Download - papan suis.docx

Transcript
Page 1: papan suis.docx

__________________________________________________SISTEM BEKALAN KUASA ELEKTRIK (BBE 10302 )

Papan suis dan gear suis ( domestik dan industri )

Pelindungan lebihan arus ialah peranti yang ditugaskan untuk melindungi litar,

kabel atau kelengkapan daripada penerima arus yang lebih tinggi daripada

kadaran yang selamat bagi litar, kabel atau kelengkapan itu ( tidak melebihi

kadaran nilai peranti itu). Peranti ini mungkin fius (memutuskan atau meleburkan

dawai fius apabila arus berlebihan mengalir ) atau pemutus litar ( peranti mekanik

yang menyambung dan memutuskan litar secara automatic apabila arus melebihi

had melaluinya. Arus lebih ini berlaku disebabkan oleh litar pintas, pertambahan

beban yang berlebihan kerosakkan alat dan sebagainya.

Apabila berlaku kebocoran arus kebumi, pengalir atau bahagian logam

pemasangan yang terdedah akan menjadi laluan arus tersebut. Arus ini dikenali

sebagai arus bocor kebumi. Arus ini adalah merbahaya dan boleh menyebabkan

kejutan jika ianya tersentuh. Bagi mengelakkan daripada terkena renjatan alat-alat

perlindungan akan digunakan bagi menghentikan bekalan utama ke litar yang

mengalami kebocoran. Alat-alat perlindungan yang menggunakan bagi tujuan ini

adalah :

Peranti perlindungan arus lebihan dengan syarat galangan bahagian arus

bocor dilitar tersebut cukup rendah untuk mengendalikan fius atau

pemutus litar pelindung arus.

____________________________________KUMPULAN 5 ( PAPAN SUIS DAN GEAR SUIS )

1

Page 2: papan suis.docx

__________________________________________________SISTEM BEKALAN KUASA ELEKTRIK (BBE 10302 )

pemutus litar bocor kebumi kendalian voltan rosak atau kendalian arus

baki.

Gambarajah pendawaian jujukan kawalan

____________________________________KUMPULAN 5 ( PAPAN SUIS DAN GEAR SUIS )

2

Page 3: papan suis.docx

__________________________________________________SISTEM BEKALAN KUASA ELEKTRIK (BBE 10302 )

Pemutus litar

Pemutus litar adalah peranti suis kendalian mekanikal yang boleh menyambung

dan memutuskan litar dalam keadaan biasa dimana arus yang mengalir tidak

melebihi kadarnya. Ia boleh dihidupkan atau dimatikan secara mekanik. Apabila

berlaku pengaliran arus yang melebihi had kadaranya, ia akan memutuskan litar

secara tersendiri. Masa yang diambil untuk ia bertindak adalah lebih pantas

daripada fius biasa. Dua jenis pemutus litar yang biasa digunakan di rumah ialah

pemutus litar miniatur (dalam kotak agihan pemutus litar ) dan pemutus litar

bocor kebumi.

Pengunaan elektrik:

Pengguna elektrik bolehlah di bahagikan kepada 3 kumpulan iaitu:

Pengguna kecil arus terus atau arus ulang-alik satu fasa (sistem 2 dawai)

Pengguna besar arus terus atau arus ulang alik satu fasa (sistem 3 fasa )

Pengguna besar arus ulang alik 3 fasa ( sistem 4 dawai )

Kaedah pemasangan setiap jenis penggunaan adalah berbaza. Begitu juga

dengan alat kawalan yang terdapat di setiap sistem bekalan dirumah kediaman

biasa. Kebanyakkan rumah kediaman adalah dibawah sistem penggunaan kecil

yang menggunakan bekalan arus ulang-alik satu fasa atau dua fasa. Oleh kerana

____________________________________KUMPULAN 5 ( PAPAN SUIS DAN GEAR SUIS )

3

Page 4: papan suis.docx

__________________________________________________SISTEM BEKALAN KUASA ELEKTRIK (BBE 10302 )

pengguna kecil ini berbeza-beza bilangan dan bentuk bangunan, sistem

pengagihan dalam penggunaan itu juga berbeza mengikut penyesuaian dengan

beban yang bakal dipasang. Diantaranya ialah :

1. Satu papan agihan mudah untuk rumah biasa.

2. Beberapa papan agihan selari untuk rumah bertingkat persendirian

3. Beberapa papan agihan kawlan berasingan oleh papan agihan utama untuk

rumah besar (banglo).

4. Beberapa papan agihan disambung dalam litar gelang.

____________________________________KUMPULAN 5 ( PAPAN SUIS DAN GEAR SUIS )

4

Page 5: papan suis.docx

__________________________________________________SISTEM BEKALAN KUASA ELEKTRIK (BBE 10302 )

Unit pengguna:

Unit pengguna sama dengan kotak agihan. Perbezaan unit pengguna dengan kotak

agihan adalah unit pengguna mempunyai mempunyai suis utama / pemutus litar

arus baki dua kutub yang biasanya berkadaran 60 amp, 80 amp dan 100 amp. Unit

pengguna juga mempunyai beberapa litar untuk sambungan keluar melalui fius

atau pemutus litar miniatur. Bilangan litar yang keluar itu dipanggil hala.

Kesemua litar yang keluar itu dikawal oleh suis utama / pemutus litar arus baki

itu.

____________________________________KUMPULAN 5 ( PAPAN SUIS DAN GEAR SUIS )

5

Page 6: papan suis.docx

__________________________________________________SISTEM BEKALAN KUASA ELEKTRIK (BBE 10302 )

____________________________________KUMPULAN 5 ( PAPAN SUIS DAN GEAR SUIS )

6

Page 7: papan suis.docx

__________________________________________________SISTEM BEKALAN KUASA ELEKTRIK (BBE 10302 )

Pengkalan pengguna.

Apabila bekalan elektrik sampai ke sesebuah bangunan, ia akan disambungkan

kepada beberapa alat kawalan seperti fius perkhidmatan, perangkai neautral,

meter kilowatt-jam, suis utama atau pemutus litar dan sebagainya. Pengkalan

sambungan setiap unit kelengkapan kawalan itu dipanggil pangkalan pengguna.

Papan suis :

Papan suis ini adalah tempat pemasangan suis utama, suis tambahan atau

peralatan suis bagi kendalian radas pengatur perlindungan atau sebarang kawalan

pemasangan elektrik sama ada bersama alatan atau tidak. Kumpulan suis-suis

tempatan dalam litar akhir bukanlah dianggap sebagai papan suis.

____________________________________KUMPULAN 5 ( PAPAN SUIS DAN GEAR SUIS )

7

Page 8: papan suis.docx

__________________________________________________SISTEM BEKALAN KUASA ELEKTRIK (BBE 10302 )

Keperluan kawalan pengguna

Pada amnya, bahaya elektrik bolehlah dibahagikan kepada tiga jenis iaitu

bahaya arus lebih yang boleh menyebabkan kerosakkan alat, kelengkapan kabel

atau kebakaran. Jenis yang kedua ialah bahaya arus bocor ke bumi yang boleh

menyebabkan kejutan atau kebakaran. Bahaya ketiga pula ialah kejutan sewaktu

membaiki, menyelenggaraan, atau membuat tambahan litar, bahaya merebaknyer

kebakaran elektrik atau kebakaran biasa ke litar elektrik yang lain dan bahaya

kejutan atau kerosakkan litar yang berpanjangan.

Bagi mengatasi bahaya-bahaya ini setiap litar pengguna mestilah

dilengkapi dengan alat alat kawalan. Misalnya, pelindung arus lebihan yang

digunakan oleh fius perkhidmatan ialah untuk menghadkan kadaran arus

pengguna agar tidak menambah sesuka hati beban atau litar lain dalam

pemasangan itu. Penambahan ini boleh menyebabkan permintaan arus bertambah.

Keadaan ini merbahaya kerana kabel dan alatan yang dipasangan telah dihadkan

kadaran arusnya. Jika arus bertambah bererti kabel dan alatan itu akan rosak.

Bahaya arus bocor kebumi boleh diatasi dengan memasang peranti pemutus litar

bocor kebumi dimana peranti ini akan memutuskan bekalan elektrik ke

pemasangan itu secara automatik apabila berlaku arus bocor ke-bumi.

Apabila kerosakkan dan kejutan elektrik, kebakaran, kerja pemasangan

atau kerja baik pulih berlaku disesuatu litar, litar itu dapat dipisahkan dari litar

yang elok. Dengan itu bahaya-bahaya tersebut dapat dielakkan daripada merebak

ke tempat lain. Tugas ini biasanya dijalankan oleh peranti yang dipanggil oleh

pemencilan. Ia berupa suis kendalian mekanik dan mungkin dilengkapkan

bersama-sama dengan fius utama. Pemencilan ini mestilah dipasang disetiap

permulaan litar bagi memastikan kesemuanya bekalan di pemasangan itu dapat

diputuskan apabila berlaku bahaya-bahaya tersebut.

____________________________________KUMPULAN 5 ( PAPAN SUIS DAN GEAR SUIS )

8

Page 9: papan suis.docx

__________________________________________________SISTEM BEKALAN KUASA ELEKTRIK (BBE 10302 )

Gambarajah jujukan kawalan pengguna

( jenis pelindung keselamatan )

Pelindung arus bocor kebumi.

Arus dalam litar elektrik biasanya mengalir dalam kabel fasa neutral dan

bahagian dabn peralatan yang ditugaskan untuk membawa arus. Apabila arus

mengalir kebahagian logam terdedah peralatan elektrik yang tidak ditugaskan

membawa arus, arus itu dikatakan telah bocor daripada aliran biasanya ( tidak

balik ke kabel neutral ). Oleh kerana rangka alat-alat ini terdedah dan mudah

tersentuh, kemungkinan besar orang yang menyentuh bahagian logam itu akan

mendapat kejutan elektrik di samping haba dari kabel yang boleh menyebabkan

kebakaran. Oleh kerana itu alat-alat elektrik dan pemasangannya mestilah

dilindungi daripada bahaya ini dengan menyambungkan bahagian logam itu ke

bumi ( bahagian-bahagian logam yang terdedah tadi ) bagi mengelakkan arus

yang bocor itu. Arus ini akan dialirkan dengan selamat ke bumi tanpa melalui

orang yang menyentuhnya kerana bumi dianggapkan berkeupayaan sifar

berbanding dengan badan manusia atau haiwan yang mempunyai rintangan.

Cara pembumian terus ini kadangkala tidak berkesan kerana rintangan bumi

yang rendah tidak mudah diperolehi terutamanya di kawasan tinggi atau kering

dan batuan – batuan atau berpasir. Arus bocor tidak mengalir sepenuhnya ke

____________________________________KUMPULAN 5 ( PAPAN SUIS DAN GEAR SUIS )

9

Page 10: papan suis.docx

__________________________________________________SISTEM BEKALAN KUASA ELEKTRIK (BBE 10302 )

bumi. Sebahagian akan mengalir melalui badan orang yang memegang bahagian

logam yang membawa arus bocor kebumi itu. Pemutus litar bocor kebumi

digunakan mengatasi masalah ini. Terdapat berbagai-bagai jenis pemutus litar

bocor kebumi. Dua daripadanya yang lazim digunakan ialah:

1. Pemutus litar arus baki ( kendalian arus )

2. Pemutus litar voltan rosak ( kendalian voltan )

____________________________________KUMPULAN 5 ( PAPAN SUIS DAN GEAR SUIS )

10

Page 11: papan suis.docx

__________________________________________________SISTEM BEKALAN KUASA ELEKTRIK (BBE 10302 )

Jika pemutus litar bocor kebumi kendalian arus digunakan untuk sistem bekalan

kuasa tn atau tt, hasil darab arus kendalian pemutus litar itu dengan galangan

gegelung rosak kebumi mestilah tidak boleh melebihi 50 ( 50 v ). Jika pemutus

litar bocor kebumi jenis kendalian voltan rosak digunakan galangan gegelung

rosak ke bumi termasuk rintangan elektrik. Bumi mestilah tidak melebihi 500

ohm. Dalam sistem bekalan tt, gegelung rosak bumi ternasuk perintang elektrod

kebumi.

Alat pelindung lebiahn arus dan istilah-istilah pelindung lebihan arus voltej rendah.

Pelindung lebihan arus ialah sesuatu alat yang boleh memutuskan litar

bekalan dengan sendiri (automatic) apabila berlaku arus yang lebih melebihi

kuantiti yang dihadkan bagi sesebuah litar.

Tujuan pelindung lebihan arus dipasang ialah untuk mengelakkan

berlakunya kerosakan pada sesuatu alat apabila arus yang melebihi kadar

keupayaan maksimum alat itu mengalir di dalam litarnya. Di samping itu,

pelindung lebihan arus digunakan untuk melindungi kabel daripada rosak.

Terdapat beberapa istilah yang sering digunakan dalam penerangan untuk

perlindungan arus lebih, antaranya :

1) Pelindung lebihan arus kelas halus

Pelindung arus lebih kelas halus bermaksud satu kumpulan peranti

pelindung arus lebih yang tidak akan dikendali dalam jangka masa satu

jam apabila arus sebanyak 1.2 x arus kadaran peranti itu mengalir

melaluinya.

____________________________________KUMPULAN 5 ( PAPAN SUIS DAN GEAR SUIS )

11

Page 12: papan suis.docx

__________________________________________________SISTEM BEKALAN KUASA ELEKTRIK (BBE 10302 )

2) Pelindung lebihan arus kelas kasar

Pelindung lebihan arus kelas kasar bererti satu kumpulan peranti

pelindung yang akan berkendali dalam masa satu jam apabila arus

sebanyak 1.5 x arus peranti itu mengalir melaluinya. Contoh peranti dalam

kelas ini ialah pemutus pemutus liotar miniatur.

3) Masa lazim

Masa lazim ialah masa yang diperlukan oleh sesuatu jenis peranti

pelindung lebihan arus untuk berkendali. Sebagai contoh fius bs3036

mengambil masa lebih empat jam untuk mengendali apabila arus sebanyak

1.2 x kadar arus fius mengalir melaluinya.

4) Arus normal , (in)

Arus normal ialah arus permintaan yang maksimum yang diperlukan oleh

sesuatu litar. Arus ini juga mengambil kira basi bagi arus untuk tambahan

litar atau beban akan dating. Oleh sebab itu kadar arus peranti pelindung

tidak boleh melebihi nilai arus normal , jika kadar arus ini tinggi maka saiz

kabel juga perlu ditambah.

5) Arus kendalian peranti pelindung lebihan arus (i2)

Arus ini yang menyebabkan peranti itu berkendali pada masa lazim bagi

melindungi litar daripada beban lebih. Arus ini hendaklah tidak melebihi

1.45 x keupayaan kabel membawa arus.

____________________________________KUMPULAN 5 ( PAPAN SUIS DAN GEAR SUIS )

12

Page 13: papan suis.docx

__________________________________________________SISTEM BEKALAN KUASA ELEKTRIK (BBE 10302 )

6) Arus penjadualan (it)

Arus penjadualan ialah kadar arus bagi sesuatu jenis kabel yang terdapat

dalam jadual kabel dan dianggarkan berkendali pada suhu tidak melebihi

30’c.

7) Arus beban (ib)

Arus beban ialah magnitude arus yang hendak dibawa oleh sesuatu litar

dalam penggunaan biasa.

8) Keupayaan kabel membawa arus (iz)

Arus ini merupakan arus yang paling berkesan (maksimum) yang mampu

dibawa oleh kabel untuk perkhidmatan yang berterusan tanpa menaikkan

suhu atau merosakkan penebatan kabel pada pemasangan tertentu.

Pemutus litar

Pemutus litar merupakan sejenis alat yange digunakan untuk menyambung

dan memutuskan bekalan. Pemutus litar berfungsi secara sendiri

(automatik).pemutus litar juga disebut sebagai suis elektrikal .pemutus litar

berfungsi apabila terdapat arus/voltan berlebihan atau lampau beban. Pemutus

dibahagikan kepada;

Magenetto hidraulik

Elektromagnet

Terma

____________________________________KUMPULAN 5 ( PAPAN SUIS DAN GEAR SUIS )

13

Page 14: papan suis.docx

__________________________________________________SISTEM BEKALAN KUASA ELEKTRIK (BBE 10302 )

2 jenis pemutus litar yang biasa digunakan adalah

Pemutus litar bekas beracuan (mccb)

Pemutus litar kenit (mcb)

Pemutus litar bekas beracuan (mccb)

Mccb merupakan pemutus litar yang sesuai digunakan untuk peralatan

yang memerlukan masukan arus yang tinggi. Mccb befungsi memutuskan bekalan

elektrik sekira berlakunya bebanan lampau atau litar pintas pada litar komponen.

Cara operasi pemutus litar bekas beracuan (mccb)

Cara operasi Gambarajah

Prinsip tekanan arching

Tekanan berlebihan

memaksa mekanisme

____________________________________KUMPULAN 5 ( PAPAN SUIS DAN GEAR SUIS )

14

Page 15: papan suis.docx

__________________________________________________SISTEM BEKALAN KUASA ELEKTRIK (BBE 10302 )

tertentu bergerak. Tekanan

ini akan menyebabkan panel

pada mccb melantik

keatas .apabila panel

terpelantik , arus tidak dapat

mengalir. Ini akan

memutuskan litar

Arc chute ialah sebuah

kekotak yang diletakkan

diatas sesentuh utama dan

sesentuh tambahan yang

tujuannya ialah untuk

menyerap percikan dan asap

dari arka yang terjadi supaya

ia tidak merebak ke

bahagian-bahagian lain.

Prinsip medan magnet

Gelung akan dialirkan arus

untuk menghasilkan medan

magnet. Pertambahan arus

luaran yang mengalir dalam

mccb menguatkan lagi

medan magnet.

Panel akan melantik apabila

arus yang mengalir melebihi

arus nominal.

Apabila panel terpelantik ,

____________________________________KUMPULAN 5 ( PAPAN SUIS DAN GEAR SUIS )

15

Page 16: papan suis.docx

__________________________________________________SISTEM BEKALAN KUASA ELEKTRIK (BBE 10302 )

arus tidak dapat mengalir.

Ini akan memutuskan litar

Bimetallic strip

Bimetallic strip akan

membengkok apabila panas.

Pemanasan melampau ini

disebabkan oleh lebihan arus

Perbezaan pemutus litar bekas beracuan (mccb) dengan mcb

____________________________________KUMPULAN 5 ( PAPAN SUIS DAN GEAR SUIS )

16

Page 17: papan suis.docx

__________________________________________________SISTEM BEKALAN KUASA ELEKTRIK (BBE 10302 )

Kelebihan pemutus litar bekas beracuan (mccb)

1. Dikendalikan secara automatik

2. Tidak perlu ditukar ganti apabila berlaku bebanan lampau. Hanya perlu

tekan butang reset/tolak ke atas punat reset

3. Mempunyai ganbungan kaedah untuk pemutusan litar agar lebih efektif

4. Kos penyelenggaraan adalah rendah serta masa pemutusan bekalan adalah

rendah

Alat pelindung voltan tinggi pemutus litar udara (acb)

1. Pemutus litar udara ini telah digunakan sejak tahun 1927 dan setelah lima

dekad teknologi ini telah mengalami banyak pembaharuan.

2. Pemutus litar yang sesuai untuk di dalam penggunaan voltan tinggi melebihi

345kv.

3. Pemutus litar udara menggunakan tekanan udara yang tinggi sebagai penyerap

percikan elektrik.

4. Sesentuh yang akan dibuka di dalam aliran letusan udara yang ditetapkan oleh

injap letusan yang menghilang percikan sederhana.

5. Tekanan udara akan menyejukkan dan menghilangkan percikan elektrik.

Proses ini akan menghilangkan percikan namun terdapat sedikit gangguan

pada aliran arus.

6. Pada realitinya udara tidak sesuai digunakan sebagai gas di dalam pemutus

litar, gas yang sesuai digunakan untuk menghilangkan percikan seperti gas

nitrogen, karbon dioksida, hidrogen, freon dan sf6.

7. Terdapat 3 jenis arah tekanan udara dan jenis muncung :

a) Selari(axial blast)

____________________________________KUMPULAN 5 ( PAPAN SUIS DAN GEAR SUIS )

17

Page 18: papan suis.docx

__________________________________________________SISTEM BEKALAN KUASA ELEKTRIK (BBE 10302 )

b) Jejari(radial blast)

c) Silang(cross blast).

8. Di antara ketiga-tiga jenis tekanan udara di atas, jenis selari dan jejari

biasanya digunakan untuk aplikasi voltan tinggi, sementara jenis silang

digunakan untuk aplikasi voltan sederhana dan kadar gangguan arus yang

tinggi.

9. Pemutus litar ini digunakan untuk terminal voltan tinggi 245kv dan 400kv

sehingga 765kv di mana memerlukan operasi pemutus yang pantas.

10. Kebaikkan penggunaan pemutus litar ini ia tidak mudah terbakar, saiznya

lebih kecil, tenaga percikan yang lebih kecil dan lebih menjimatkan jika

dibandingkan dengan pemutus litar minyak.

____________________________________KUMPULAN 5 ( PAPAN SUIS DAN GEAR SUIS )

18

Page 19: papan suis.docx

__________________________________________________SISTEM BEKALAN KUASA ELEKTRIK (BBE 10302 )

11. Kelemahan pemutus litar ini, ia sangat sensitif terhadap perubahan voltan

mendadak.tekanan udara yang dibekalkan oleh kompresor memerlukan

pemerhatian yang rapi.

Alat pelindung voltan tinggi pemutus litar minyak (ocb)

1. Pemutus litar ini menggunakan minyak sebagai penyejuk.

2. Minyak asas naphthenic petroleum(hidrogen) digunakan untuk mengelakkan

belerang terhasil.

3. Dua proses yang menghilang percikan:

a) Pertama, gas hidrogen mempunyai konduktiviti panas yang tinggi dan 

menyejukkan percikan, sehingga membantu de-

pengionan media diantara sesentuh.

b) Kedua, gas membentuk ombak di minyak dan kekuatan ke dalam ruan

g antara sesentuh, sehingga menghilangkan percikan di laluannya.

4. Minyak mempunyai kekuatan dielektrik yang sangat baik. Sifat penyejuk yang

terbaik.

5. Kelemahan penggunaan pemutus litar ini mudah terbakar. Apabila hidrogen

bercampur dengan air, boleh membentuk letupan. Minyak mudah tercemar

semasa letusan, ia memerlukan pemeriksaan rapi.

6. Terdapat dua jenis pemutus litar minyak yang diklasifikasikan mengikut

penggunaan minyak, :

____________________________________KUMPULAN 5 ( PAPAN SUIS DAN GEAR SUIS )

19

Page 20: papan suis.docx

__________________________________________________SISTEM BEKALAN KUASA ELEKTRIK (BBE 10302 )

a) Maksimum(bulk oil circuit breakers)

b) Minimum(minimum oil circuit breakers)

7. Karektria utama jenis maksimum dimana minyak bukan hanya digunakan

untuk bahan utama pemutus litar namun sebagai penebat elektrik.

8. Nama lain bagi minimum oil circuit breakers, low oil content dan oil poor circuit

breaker. Pemutus litar ini hanya menggunakan minyak untuk fungsi gangguan sahaja

manakala bahan isolasi padat digunakan untuk tujuan dielektrik. Tidak seperti

maksimum yang menggunakan minyak untuk kedua-duanya.

Transformers arus

‘current transformer’ (ct) atau dikenali sebagai pengubah arus banyak

Digunakan dalam litar pengukuran dan perlindungan elektrik di industri.

Fungsi utamanya adalah mengubah nilai arus primer kepada nilai arus sekunder

Iaitu nilai yang mampu diukur oleh jangka dalam keadaan selamat.

Didalam litar utama mungkin arus yang mengalir ialah 1000 aatau 2000 a atau

mungkin lebih tinggi lagi. Tiada jangka yang berkebolehan mengukur terus

Nilai yang sebegitu tinggi tanpa mengunakan kaedah pengubahan arus.

Dalam perkara ini pengubah arus mestilah digunakan bagi merendahkan nilai yg

selamat disamping itu juga litar pendawaian sekunder (permeteran

danperlindungan) akan menjadi lebih kecil saiz pengalirnya.

Arus maksima sekunder adalah 0 - 5 ampiar bagi kebanyakan sistem lv

Manakala 0 -1 ampiar bagi sistem ht.

Kendalian ‘ct’ adalah berbeza dari alatubah kuasa walaupun

prinsipkendaliannya adalah sama. Lilitan penduanya mengandungi belitan yang

____________________________________KUMPULAN 5 ( PAPAN SUIS DAN GEAR SUIS )

20

Page 21: papan suis.docx

__________________________________________________SISTEM BEKALAN KUASA ELEKTRIK (BBE 10302 )

banyakdan disambungkan kepada ammeter. Ammeter yang menggunakan ‘ct’ ini

telah dipiawaikan samada menggunakan kadaran 1a atau 5a. Ammeter dipilih

berdasarkan kepada nilai pendua ‘ct’. Pengiraan nisbah ‘ct’ adalah seperti

berikut...

Vp is

Vs ip

Lilitan primer dililit hanya denganbeberapa lilitan sahaja atau punbiasanya

diwakili bus bar sebagai lilitanprimer. Dalam keadaan ini arus utamaadalah

mengalir melalui bus bar danmelalui teras ‘ct’.

Alatubah kuasa memerlukan beban pada litar pendua bagi

mengujudkanpengaliran arus di litar primer yang mana menetapkan flux di dalam

____________________________________KUMPULAN 5 ( PAPAN SUIS DAN GEAR SUIS )

21

Page 22: papan suis.docx

__________________________________________________SISTEM BEKALAN KUASA ELEKTRIK (BBE 10302 )

terasnya pada nilai tetap. Manakala ‘ct’, arus dari litar primer adalah arus utama

dan mengalir tidak kira lilitan pendua disambung atau tidak. Oleh itu arus pendua

perlu dialirkan melalui ammeter bagi menstabilkan flux didalam teras dan jika

ammeter ditanggalkan, voltan yang merentangi di antarapunca ‘ct’ akan

meningkat kepada nilai tinggi dan akan menyebabkan kerosakan tebatan

(insulation breakdown) atau akan menyebabkan lampau panas kepada teras.

‘ct’ tidak boleh dikendalikan dalam keadaan lilitan pendua terbuka dan

perlindungan lampau beban tidak boleh dipasangkan kepada litarpenduanyanya.

(iee 473-01-03).

Jika ammeter memerlukan penggantian, litar pendua ct mestilah di litar

pintaskan. Ini tidak akan merosakan ct. Kuasa ketara alat pengubah arus (ct) ini

dikadarkan dalam nilai volt ampiar(va) dan di sebutkan burden. Untuk

mengurangkan kesalahan(error)ammeter atau voltmeter yg disambungkan

mestilah dikendalikan pada nilai‘burden’ yang dikadarkan.

Kumpulan belitan pada alatubah, sama ada belitan primer atau sekunder

bolehditentukan dengan menggunakan jangka 'ohm'. Nilai rintangan yang tinggi

menunjukanbelitan primer dan nilai rintangan yang rendah menunjukan belitan

sekunder. Selain dari itu, boleh juga mengguna voltmeter (jangka volt) untuk

menentukan kekutuban sesuatu alatubah.

1. Kaedah 'subtractive'.

____________________________________KUMPULAN 5 ( PAPAN SUIS DAN GEAR SUIS )

22

Page 23: papan suis.docx

__________________________________________________SISTEM BEKALAN KUASA ELEKTRIK (BBE 10302 )

Misalkan:

V1 = 220 volt.

V2 = 280 volt.

Sekiranya bacaan voltmeter v1 kurang daripada v2 maka titik 'common' bagi

sekunder adalah positif (+), ditandakan dengan x1dan satu lagi hujungnya adalah

negatif (-), ditandakan dengan x2.

2. Kaedah 'additive'.

Sekiranya bacaan voltmeter v1 lebih daripada bacaan v2, maka titik 'common'

bagi sekunder adalah negatif (-),ditandakan dengan x2 dan hujung satu lagi adalah

positif (+),ditandakan dengan x1.

____________________________________KUMPULAN 5 ( PAPAN SUIS DAN GEAR SUIS )

23

Page 24: papan suis.docx

__________________________________________________SISTEM BEKALAN KUASA ELEKTRIK (BBE 10302 )

Earth fault relay

Geganti pelindung litar / relay circuit protector

Merupakan komponen pelindung yang diguna pakai untuk memutuskan

litar

Komponen ini akan menilai situasi / tahap tertentu yang memerlukan

pemutus litar terpelantik

Dibahagikan kepada 2 jenis ;

◦ Earth fault relay

◦ Earth leakage relay

Cara earth fault relay berfungsi

____________________________________KUMPULAN 5 ( PAPAN SUIS DAN GEAR SUIS )

24

Page 25: papan suis.docx

__________________________________________________SISTEM BEKALAN KUASA ELEKTRIK (BBE 10302 )

3. Geganti ini beroperasi pada prinsip keseimbangan teras di mana arus

pada fasa tiga sistem yang dijumlahkan dengan keseimbangan teras c.t.

dalam keadaan normal adalah sama dengan sifar.

4. Sekiranya terdapat kebocoran arus ke bumi, keseimbangan ini akan

terganggu menyebabkan litar elektronik mengaktifkan geganti dalam

unit. Geganti yang umumnya disambungkan ke litar akan

mengendalikan pemutus yang tersandung ke litar utama. Geganti

elektro mekanik beroperasi dalam fault.

5. Efr disediakan dengan butang push test untuk pemeriksaan operasi dan

butang reset untuk me-reset relay operasi. Ini adalah untuk membantu

pengguna mengenal pasti tahap kesediaan operasi efr

1. Membekalkan kuasa pada gegelung rektifikasi voltan bekalan

2. Penukaran ac kepada dc untuk hidup pengawal elektronik

3. Permulaan litar pada aplikasi kuasa

4. Pemacu gegelung akan menyentuh aplikasi kuasa pengesan arus rosak

5. gegelung diputuskan apabila kerosakkan dikesan.

____________________________________KUMPULAN 5 ( PAPAN SUIS DAN GEAR SUIS )

25

Page 26: papan suis.docx

__________________________________________________SISTEM BEKALAN KUASA ELEKTRIK (BBE 10302 )

• Contoh blok/ litar elektronik yang menngunakan efr sebagai pelindung

arus bumi berlebihan.

• Efr digunakan untuk mengesan dan mccb digunakan untuk memutuskan

bekalan arus dalam litar.

____________________________________KUMPULAN 5 ( PAPAN SUIS DAN GEAR SUIS )

26


Top Related