Transcript
  • 8/3/2019 panitia kajian tempatan 2010

    1/3

    SEKOLAH KEBANGSAAN SENAWANG

    MINIT MESYUARAT PANITIA KAJIAN TEMPATAN KALI PERTAMA

    TARIKH : 21 JANUARI 2010

    MASA : 12.30 PETANG

    TEMPAT : BILIK GERAKAN SKS

    KEHADIRAN :

    1) EN. ZOLHAIRI B ABDULLAH

    2) PN. FAUZIAH BT RIHAN

    3) PN. NOR AZMAH BT MOHD SALLEH

    4) PN. ROSLINA BT TALIP5) PN. NUR AFIDAH BT SAKKRANI

    6) CIK ANITA BT DAIM7) PN. SALHI BT OMAR

    8) PN. NORRONI BT KAMIS

    9) PN. AZLINDA BT MUSTAFA

  • 8/3/2019 panitia kajian tempatan 2010

    2/3

    BIL PERKARA CATATAN

    1. Ucapan Pengerusi Panitia ( En. Zolhairi B. Abdullah )

    1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru di atas

    kesudian menghadirkan diri ke mesyuarat penitia yang pertama ini.

    1.2 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang telah dilantik

    untuk mengajar subjek Kajian Tempatan pada tahun ini dan berharapagar dapat bekerjasama untuk memajukan lagi pengajaran dan

    pembelajaran subjek Kajian Tempatan ini memandangkan situasisubjek ini adalah subjek elektif. Pengajaran dan pembelajaran perlulah

    menjurus kepada membentukan identiti murid serta dapat menarik

    minat murid.

    1.3 Penerangan tentang penulisan buku rekod, dimana perkara yang perluada di dalam penulisan rancangan mengajar harian ialah tema, HPU,

    HPK dan aktiviti.

    1.4 Penulisan impak perlulah berkaitan dengan unsur patriotik.1.5 Rancangan pelajaran tahunan dan semester perlulah yang terkini dan

    yang sebenar serta boleh didapatkan daripada ketua panitia.1.6 Format penulisan kertas soalan peperiksaan perlulah mengikut krateriayang telah ditetapkan. Bahagian C dan bahagian D telah dimansuhkan

    bagi mengatasi masalah murid yang langsung tidak menjawab soalan

    bahagian tersebut yang mempunyai 20 markah dan digantikan dengansoalan berbentuk struktur. Soalan objektif hanya mempunyai 3 pilihan

    jawapan iaitu A,B dan C

    1.7 Bulan Patriotik merupakan kelolaan Panitia Kajian Tempatan yang

    akan disambut pada 16 Ogos hingga 16 September 2010. Diharapkansemua guru dapat bekerjasama bagi menjayakan Bulan Patriotik pada

    tahun ini. Lawatan sambil belajar bergabung bersama PSS dan Panitia

    Sains akan diadakan pada sambutan Bulan Kemerdekaan.1.8 Buku rujukan boleh didapatkan di perpustakaan sekolah.

    1.9 Bahan bantu mengajar yang dibuat sendiri oleh guru bolelah

    dipamerkan di tempat yang telah disediakan. Pembahagian tugas bagimenyelenggarakan sudut pameran akan dibuat bagi memastikan sudut

    tersebut terjaga dan mempamerkan bahan-bahan serta maklumat yang

    terkini.

    Semua guru

    2. Hal-hal lain

    2.1 Semua guru secara sebulat suara bersetuju untuk memansuhkanujian bulanan bagi lebih memberikan fokus kepada kerja projekatau penilaian buku serta hasil kerja murid. Peperiksaan semester

    adalah seperti biasa.

    3. Ucapan penutup

    3.1 Pengerusi sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua

    guru yang sudi hadir ke mesyuarat pada kali ini dan

    mengharapkan semua guru dapat bekerjasama bagimemantapkan perjalanan Panitia Kajian Tempatan pada tahun

    ini.

  • 8/3/2019 panitia kajian tempatan 2010

    3/3

    Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.00 petang.

    Disedikan oleh, Disemak dan disahkan oleh,

    ( ANITA BINTI DAIM) ( ZOLHAIRI B. ABDULLAH )

    Setiausaha Panitia Kajian Tempatan Ketua Panitia Kajian Tempatan,

    Sk Senawang. Sk Senawang.


Top Related