PROGRAM PERSEDIAAN UNIVERSITI SMK SERI TANJONG, MELAKA
PANDUAN
PENULISAN AKADEMIK
UNTUK PELAJAR PPU
PPU MERCU GERBANG IPT
Panduan Penulisan Akademik Untuk Pelajar PPU SMKST
1
Kandungan : BAB 1 : PENULISAN AKADEMIK 3
• Pengertian Penulisan Akademik
• Ciri-ciri Penulisan Akademik
• Esei Akademik Yang Baik
• Perkara-perkara Asas Dalam Membuat Penyelidikan Ilmiah
BAB 2 : MEMBUAT RUJUKAN 12
• Pengenalan
• Sistem Nama Pengarang dan Tahun
• Senarai Rujukan
• Penulisan Nama Pengarang dalam Senarai Rujukan
• Penulisan Untuk Beberapa Bahan Rujukan Di Dalam Senarai Rujukan
• Rujukan Internet
BAB 3 : NOTA DAN NOTA KAKI 20
• Panduan Umum
• Kepentingan nota kaki :
• Maksud nota kaki
• Cara Penulisan ibid
• Cara Penulisan op cit
BAB 4 : FORMAT PENULISAN 22
• Kertas dan Saiz
• Birai
• Penomboran Muka Surat
• Penomboran Bab dan Pecahan Bab
• Penaipan • Font Untuk Jadual, Tajuk dan Sumber
• Jumlah Perkataan
• Pembukuab dan Penyerahan
Panduan Penulisan Akademik Untuk Pelajar PPU SMKST
2
BAB 5 : PENILAIAN PENULISAN AKADEMIK 26
• Kaedah Penilaian
• Pemarkahan BAB 6 : PENUTUP 28
• Harapan Pihak Pentadbiran dan Pengurusan PPU
Panduan Penulisan Akademik Untuk Pelajar PPU SMKST
3
BAB 1
PENULISAN AKADEMIK
Pengertian Penulisan Akademik :
Penulisan akademik adalah penulisan yang dijalankan secara ilmiah atau
saintifik. Ia mengkaji secara teratur dan teliti sesuatu persoalan. Ia berbeza dari kaedah-
kaedah lain seperti penulisan novel yang berasaskan khayalan atau rekaan dan
generalisasi daripada pengalaman. Kaedah saintifik adalah berasaskan kepercayaan
bahawa mana-mana fenomena mempunyai keterangan-keterangan tertentu; iaitu tiap-
tiap kesan mempunyai sebab. Kaedah ini berasaskan idea bahawa kesimpulan hanya
boleh diterima bila disokong oleh bukti. Seorang penulis akademik harus mengumpulkan
data secara objektif, tidak berat sebelah dalam mengumpulkan data yang menyokong
kebenaran hipotesis dan mengabaikan yang tidak mengikut kehendak peribadi
penyelidik. Untuk membolehkan pengetahuan biasa menjadi pengetahuan ilmiah(sains),
ia harus melalui jalan yang panjang. Proses yang disebut sebagai kaedah ilmiah dapat
disusun seperti di bawah :
i. Pengumpulan data dan fakta
ii. Pengamatan data dan fakta
iii. Pemilihan data dan fakta
iv. Penggolongan data dan fakta
v. Penafsiran data dan fakta
vi. Kesimpulan umum
vii. Perumusan hipotesis
iix. Pengujian terhadap hipotesis melalui kajian dan percubaan empiris
ix. Penilaian; menerima atau menolak atau menambah, ataupun merubah hipotesis
x. Perumusan teori ilmu pengetahuan
xi. Perumusan dalil atau hukum ilmu pengetahuan
Panduan Penulisan Akademik Untuk Pelajar PPU SMKST
4
Ciri-ciri Penulisan Akademik : Secara ringkas ciri-ciri penulisan akademik adalah seperti di bawah : (a) Menyampaikan fakta secara sistematik atau mengemukakan hukum alam
kepada situasi yang spesifik.
(b) Penulisannya cermat, tepat, benar dan tidak membuat andaian.
(c) Tidak menulis untuk memenuhi kehendak golongan-golongan tertentu.
(d) Penulis hanya menulis untuk memaklumkan tentang sesuatu dan tidak bersifat
prejudis.
(e) Penulisan akademik bersifat sistematik. Setiap langkah direncanakan secara
sistematik, konseptual dan mengikut prosedur yang jelas.
(f) Penulisan akademik tidak bersifat emosional. Ia mengemukakan sebab-musabab
dan pengertian sesuatu masalah/persoalan. Kata-katanya mudah diidentifikasi.
(g) Setiap pandangan yang dikemukakan disokong dengan bukti.
(h) Menulis dengan jujur dan hanya mengemukakan kebenaran. Tidak ada
kenyataan-kenyataan yang boleh menimbulkan keraguan.
(i) Penulisan akademik tidak bersifat argumentatif. Rumusan yang dibuat dalam
penulisan akademik akan membiarkan fakta berbicara sendiri.
(j) Penulisan akademik tidak bersifat persuasif. Jika penulisan berkenaan berjaya
mengubah pandangan pembaca, ia bukan melalui kaedah persuasif,
argumentasi, percanggahan pendapat dan protes, tetapi melalui fakta yang
berdiri/berbicara sendiri.
(k) Penulisan akademik tidak akan memutar-belitkan fakta kerana ia akan
merosakkan tujuan penulisan akademik. Ia juga tidak akan melebih-lebihkan
sesuatu kerana ia akan menunjukkan motif penulis yang mementingkan diri
sendiri.
Panduan Penulisan Akademik Untuk Pelajar PPU SMKST
5
Esei Akademik Yang Baik : Esei akademik kebiasaannya akan mempunyai tiga bahagian yang jelas, iaitu
pengenalan esei, isi esei dan penutup.
A. Pengenalan :
Pengenalan akan bermula secara umum dan kemudian memokus kepada suatu
idea utama.Pengenalan penting untuk menarik minat pembaca supaya terus
membaca. Pengenalan harus mempunyai ciri-ciri menyeronokkan, menyampai
dan memberi maklumat yang baru serta merangsang naluri ingin tahu pembaca.
Sebaik-baiknya ayat yang digunakan biarlah mudah, tepat dan menarik.
Perenggan pengenalan juga perlulah ringkas dan jitu.
B. Isi Esei :
Isi esei harus mempunyai banyak fakta dan maklumat. Bahagian ini biasanya
lebih panjang daripada bahagian-bahagian lain. Maklumat-maklumat tersebut
boleh disertakan dengan penjelasan lanjut dalam bentuk statistik, kutipan,
anekdot, fakta, carta dan rajah. Ia bertujuan untuk menyokong idea dan
pendapat penulis. Di samping itu penjelasan ini juga menjadikan sesebuah esei
lebih menarik dan senang difahami dan ditulis dalam bentuk perenggan. Setiap
perenggan perlu ada tiga perkara penting iaitu kesatuan idea, urutan idea dan
penonjolan idea utama. Ketiga-tiga perkara ini perlu diberikan perhatian untuk
memastikan peralihan idea berjalan lancar dan memudahkan pembaca
mengikuti perkembangan idea tersebut.
Apabila mengemukakan sesuatu idea dalam sesuatu perenggan, adalah perlu
untuk menghubungkannya dengan penyambung ayat yang betul. Caranya
adalah dengan menggunakan kata-kata penghubung seperti sementara itu,
selepas itu, walau bagaimanapun, tetapi, sejajar dengan, dalam perkembangan
ini dan sebelum ini. Kata penghubung penting bagi memastikan kelancaran idea
dalam sesuatu esei dan memberikan maklumat yang sejelas-jelasnya kepada
pembaca.
Panduan Penulisan Akademik Untuk Pelajar PPU SMKST
6
Bilangan perenggan yang ingin digunakan oleh penulis bergantung kepada
jumlah isi yang ingin diketengahkan. Bahagian tubuh sebenarnya adalah
bahagian atau argumentasi hujah. Penulis perlu mengemukakan hujah yang
akan meyakinkan pembaca. Untuk menarik perhatian pembaca, penulis perlu
memperkayakan perbendaharaan kata dan menguasai gaya bahasa supaya
penulisan menjadi lebih kemas dan efektif. Antara semua ini, yang paling penting
ialah hujah-hujah disusun secara logik. Isi yang disusun juga mestilah mengikut
keutamaan.
C. Penutup :
Bahagian ini harus kembali kepada pengenalan dan membuat kenyataan
umum. Bahagian penutup juga sama penting dengan pengenalan. Penutup
harus menarik seperti pengenalan dan jumlah perkataan lebih kurang sama
dengan pengenalan.Untuk gambaran jelas mengenai struktur esei yang jelas,
rujuk Sulaiman Masri. (1988). Penulisan dalam Bahasa Malaysia Baku. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 56-63.
Panduan Penulisan Akademik Untuk Pelajar PPU SMKST
7
Perkara-perkara Asas Dalam Membuat Penyelidikan Ilmiah : Membuat Penyelidikan Ilmiah
Penyelidikan ilmiah melibatkan dua kegiatan, pertama, proses penyelidikan dan
kedua, cadangan penyelidikan (research proposal). Kedua-dua proses ini harus
dijalankan mengikut peraturan-peratauran tertentu untuk memastikan penulisan terakhir
adalah lengkap dan tidak mengalami kecacatan.
1. Proses Penyelidikan :
i Mendapatkan Masalah Atau Tajuk :
Penyelidikan bermula dengan masalah; iaitu penyelidik melihat wujudnya
masalah di bidang yang hendak dikaji.
ii. Membentuk Hipotesis :
Ia merupakan kesimpulan sementara bagi masalah yang hendak dikaji.
Hipotesis juga mestilah bersifat khusus dan bukan umum. Sebagai
contoh, (a) wanita yang bekerja lambat berkahwin; (b) pelajar rajin lulus
dengan cemerlang dalam peperiksaan dan (c) petani yang mempunyai
bendang yang luas akan menggunakan jentera lebih awal dari petani
yang mempunyai bendang yang sempit (Ahmad Mahdzan Ayob,1983,
hlm.17). Hipotesis juga tidak harus dipengaruhi oleh nilai, pertimbangan
moral atau etika; yang merupakan cadangan-cadangan yang
mengatakan sesuatu itu baik atau buruk. Sebagai contoh, (a) melewatkan
perkahwinan di kalangan wanita yang bekerja adalah tidak baik (nilaian)
(b) petani yang tidak mengunakan jentera adalah ketinggalan zaman
Panduan Penulisan Akademik Untuk Pelajar PPU SMKST
8
(nilaian), (c) petani yang tidak menggunakan benih padi baru perlu
mengubah sikap (norma). Ketiga-tiga hipotesis ini akan menyukarkan
untuk mengukur kenyataan seperti tidak baik dalam contoh (a)
ketinggalan zaman dalam (b) dan (c) perlu mengubah sikap yang lebih
merupakan pandangan peribadi yang bersifat pertimbangan nilai.
Menurut Ahmad Mahdzan Ayob (1983), tidak ada ukuran yang objektif
untuk menyukat buruk baik, ketinggalan zaman dan keperluan mengubah
sikap. Sesungguhnya suatu hipotiesis mestilah boleh diuji dan untuk itu
memerlukan data yang konkrit.
iii Memungut Data :
Data atau sumber boleh dibahagikan kepada sumber pertama dan kedua.
Sumber pertama merujuk kepada data asli yang dihasilkan oleh
penyelidik sendiri sama ada melalui ujikaji, ujian kes atau kajiselidik dan
juga penerbitan rasmi. Sumber kedua berupa bahan-bahan bercetak
yang dihasilkan oleh individu atau institusi. Proses pengumpulan data
berbeza-beza mengikut disiplin. Kaedah pemungutan data yang biasa
digunakan ialah kajian perpustakaan, siasatan( survey), temuramah (
interview), soal-selidik ( questionares) dan pemerhatian ikutserta (
participation observation).
iv Analisis Data
Analisis data adalah proses yang berbeza mengikut bidang kajian. Dalam
bidang ekonomi, data akan dianalisa dengan menggunakan ilmu statistik
dan kaedah saintifik. Manakala dalam bidang Sejarah/Pengajian Melayu,
analisis lebih berupa huraian idea secara sistem dengan menggunakan
Panduan Penulisan Akademik Untuk Pelajar PPU SMKST
9
bukti, memapar atau menerang supaya fakta-fakta dapat difahami.
Analisa boleh diringkaskan seperti di bawah :
a. Pengenalan
• Idea pokok
• Sokongan fakta utama kepada idea pokok
• Huraian daripada idea pokok dengan sokongan fakta
pecahan atau fakta kecil termasuk misalan dan/atau rajah
• Rangkaian idea pokok
• Fakta-fakta besar menyokong kepada rangkaian idea
pokok
Analisis yang baik tidak harus mempunyai idea yang meloncat.
Setiap idea mesti dikembangkan dengan baik dari satu perenggan
ke perenggan yang lain. Pendek kata analisis yang baik mesti
mempunyai flow of ideas, thoughts and descriptions yang baik.
Harus juga diketahui bila harus diletakkan petikan dan nota kaki
supaya maklumat yang disampaikan adalah jelas dan tidak
mengganggu aliran idea dalam para berkenaan. Petikan pula
seeloknya digunakan untuk menyokong fakta, tidak banyak dan
terlalu panjang. Petikan juga biarlah yang sangat-sangat perlu dan
tepat.
Catatan kaki pula harus berperanan untuk menyokong huraian
dan analisis. Disamping itu untuk membantu pembaca membuat
pembacaan lebih lanjut dan untuk memberi perspektif lain tentang
isu yang dibincangkan. Ini kerana jika perspektif yang berbeza
dibincang dalam teks ia akan menganggu aliran pemikiran
Panduan Penulisan Akademik Untuk Pelajar PPU SMKST
10
b Menyediakan Cadangan Penyelidikan
i Masalah Kajian
Dalam masalah kajian, penulis harus menyatakan pernyataan
kajian. Pengkaji harus menyatakan persoalan yang ingin dikaji
dan persoalan ini pula boleh dibahagikan kepada persoalan pokok
dan sampingan.
ii Skop Kajian
Skop kajian harus menyatakan batas kajian hingga setakat mana
dan kenapa. Dalam bahagian ini juga boleh dinyatakan bab-bab
yang dijangkakan. Bab-bab ini seboleh mungkin mestilah berkait
antara satu dengan yang lain. Bahagian ini penting untuk
pembaca atau penyelia mendapat gambaran menyeluruh
kerangka tesis pelajar.
iii Kepentingan Kajian
Dalam bahagian ini pengkaji harus menjelaskan keistimewaan
kajian. Kepentingan kajian ini boleh dilihat dari sudut akademik
dan kepentingan kepada negara. Dari segi akademik, pembuktian
adalah dengan membuat literature review bidang yang dikaji dan
menilaikan sejauh manakah tajuk yang dipilih belum diusahakan
dan ia dapat mengisi kekosongan dalam bidang berkenaan.
Kepentingan kepada negara adalah dengan merujuk kepada
kajian-kajian bersifat kontemporari. Sebagai contoh masalah
keruntuhan moral di kalangan pelajar, kemasukan pekerja tanpa
izin dari Indonesia dan lain-lain. Kajian-kajian seperti ini dapat
membantu kerajaan mengenalpasti masalah golongan-golongan
ini dan merancang dasar-dasar yang bersesuaian untuk
menangani isu tersebut secara efektif.
Panduan Penulisan Akademik Untuk Pelajar PPU SMKST
11
iv Kaedah Kajian
Kaedah kajian kebiasaannya terbahagi kepada tiga jenis. Pertama
kajian perpustakaan, kajian lapangan dan kajian menemudaga
dan persamplen. Kaedah-kaedah kajian ini berbeza mengikut
bidang-bidang yang diusahakan. Bagi pengkaji di bidang Sejarah,
kajian mereka adalah bersifat library research dengan merujuk
sumber-sumber pertama dan kedua. Bagi pengkaji dalam bidang
Antropologi dan Sosiologi, pengkajiannya akan memerlukan
penyelidik ke lapangan dan bersama responden yang diselidiki.
Bagi pengkaji dari bidang ekonomi, perlu menguasai ilmu statistik,
persamplen dan kaedah menggunakan komputer untuk
menganalisis data.
Panduan Penulisan Akademik Untuk Pelajar PPU SMKST
12
BAB 2
MEMBUAT RUJUKAN
Pengenalan :
Penulisan akademik yang menggunakan penulisan lain, samada melalui petikan secara
langsung ataupun melalui rujukan am, mestilah memberikan butir-butir sumber tersebut
dalam bibliografi atau rujukan.
Sistem Nama Pengarang dan Tahun :
Penulisan Rujukan Kajian ilmiah hendaklah menggunakan Sistem Harvard.
1. Rujukan Dalam Teks
Rujukan yang dinyatakan dalam teks hendaklah ditulis menggunakan nama
pengarang dan tahun penerbitan seperti contoh dibawah :
i. Sekiranya pelajar menggunakan “pharaphasing” nama pengarang ditulis
sebahagian daripada teks, tahun penerbitan hendaklah ditulis dalam
kurungan seperti berikut :
Works by Yao (1993) have shown that in order to maintain the
behavioural link between the offsprings and their parents, the use of
crossover operator should be avoided.
ii. Sekiranya pelajar menggunakan petikan yang panjang (quotation), nama
pengarang, tahun penerbitan dinyatakan dalam perenggan, dan muka
surat hendaklah ditulis dalam kurungan seperti berikut :
ANN offers useful properties and capabilities such as non-linearity, inout
and output mapping, adaptability and fault tolerance among others.
(Haykin, 1990: 16)
Contoh seperti diatas iaitu petikan ini menggunakan font Arial 10 itallic,
jarak 1 baris antara barisan dan indent dipermulaan ayat.
Panduan Penulisan Akademik Untuk Pelajar PPU SMKST
13
iii. Sekiranya terdapat dua atau tiga pengarang, nama-nama pengarang
tersebut perlu ditulis seperti berikut :
In designing the model for non-linear system, the parsimonious principle
(Soderstrom and Stoica, 1989) is critical because a non-linear model
involves an excessive number of parameters.
Syu and Chang (1999) successfully used neural networks to adaptively
control Penicillin acylase fermentation.
iv. Sekiranya terdapat lebih daripada tiga pengarang, selepas nama
pengarang yang pertama hendaklah ditulis et al. seperti berikut :
The algorithm can be calculated by applying Gram-Schmidt procedures
as described by Korenberg et al. (1998)
v. Sekiranya beberapa penulisan dibuat oleh pengarang yang sama di
dalam tahun yang sama, abjad seperti a, b, c dan seterusnya hendaklah
ditulis selepas tahun penerbitan.
Some of the basic principles widely used by many researchers are
Lagrange-Euler (LE) equations (Uicker, 1965; Bejczy and Paul, 1981),
Newton-Euler (NE) equations (Luh et al., 1980a) and d’Alembert (G-D)
equations (Lee et al.,1983). Luh et al. (1980b) presented an example of
an acceleration control of robot arm/manipulator.
2. Senarai Rujukan
Semua rujukan yang dinyatakan dalam teks perlu disenaraikan dalam Senarai
Rujukan. Senarai rujukan hendaklah disenaraikan mengikut susunan abjad.
i. Sekiranya rujukan tersebut merupakan pengarang yang sama, susunan
hendaklah mengikut tahun penerbitan. Sebagai contoh, atikel yang ditulis
oleh Peden yang diterbitkan pada tahun 1983 hendaklah disusun
sebelum atikel yang diterbitkan pada tahun 1999.
Panduan Penulisan Akademik Untuk Pelajar PPU SMKST
14
ii. Sekiranya rujukan melibatkan lebih daripada satu pengarang, hendaklah
disusun mengikut pengarang yang pertama.
3. Penulisan Nama Pengarang dalam Senarai Rujukan
Penggunaan Nama Pengarang dalam Senarai Rujukan :
Terdapat pelbagai nama pengarang. Beberapa cara penulisan untuk nama
pengarang adalah seperti berikut :
i. Nama Barat
Tuliskan nama keluarganya dan diikuti oleh nama lain.
Contoh :
nama : John Noick Pavlovic
(dalam teks) ditulis : Pavlovic, J.N.
(dalam teks) Pavlovic (tahun)
ii. Nama Melayu
Tuliskan nama penuh pengarangnya.
Contoh :
nama : Mohd Noor Bin Abdullah
(dalam teks) Abdullah,M. N. (Tahun)
ditulis : Abdullah, M.N., (Tahun),
iii. Nama Arab atau berunsur Arab
Tuliskan nama keluarganya
Contoh :
nama : Syed Muhammad Naquib Al-Attas
rujukan : Muhammad Naquib, S.A.
teks : Muhammad Naquib (tahun)
atau Tuliskan nama pengarang jika tiada nama keluarganya
Contoh :
nama : Malik ibn Anas
ditulis : Malik ibn Anas
Panduan Penulisan Akademik Untuk Pelajar PPU SMKST
15
iv. Nama Cina
Mulakan dengan nama keluarganya. Nama keluarga bagi nama Cina
terletak di depan nama.
Contoh :
nama : Tan Beng Keat
Rujukan : Tan, B. K.
(dalam teks) Tan (Tahun)
v. Nama India
Tuliskan nama pengarangnya.
Contoh :
nama : Srinivasan Venkataraman
ditulis : Venkataraman, S.
(dalam teks) Venkataraman (tahun)
Ditulis terbalik sekiranya nama mempunyai singkatan.
Contoh :
nama : S. N. Gupta
ditulis : Gupta, S.N.
(dalam teks) Gupta (tahun)
vi. Nama Punjabi
Tuliskan nama pengarangnya
Contoh :
nama : Karam Singh
ditulis :Karam Singh
(dalam teks) Karam (tahun)
atau
nama : Surjit Kaur Grewel
ditulis : Surjit Kaur Grewel
(dalam teks ) Surjit (tahun)
Panduan Penulisan Akademik Untuk Pelajar PPU SMKST
16
Cara Penulisan :
Cara yang perlu ditulis di dalam Senarai rujukan adalah seperti berikut :
i. Satu dan beberapa pengarang
Contoh satu pengarang :
Veres, S.M., 1990. Structure Selection of Stochastic Dynamic Systems.
New York : Gordon and Breach Science Publishers.
Contoh dua atau beberapa pengarang :
Soderstrom, T., Stoica, P., 1989. System Identification. United Kingdom:
Prentice Hall International Ltd.
Luh, J.Y.S., Walker, M.W., and Paul, R.P., 1980. Resolved-Acceleration
Control of Mechanical Manipulators, IEEE Trans. Automatic Control. 25
(3) : 468-474.
ii. Penyunting / Penyusun
Contoh
Kristjohnson, H. (Ed), 1971. Modern Fishing gear of the worl. Surre :
Fishing New Book.
Lees, R.H. & Thomas, T.R. (Eds) 1974. Chemical nomenclature usage.
Chischester : Ellis Horwwod.
iii. Penulis / Penyunting Korporat
Contoh
Engineers Joint Council, 1969. Treasure of engineering and scientific
terms.New York : Engineers Council.
American Chemical Society (Ed). 1978. Handbook for authors of
American Chemical Society publications.Washington, D.C : American
Chemical Society.
Panduan Penulisan Akademik Untuk Pelajar PPU SMKST
17
Penulisan Untuk Beberapa Bahan Rujukan Di Dalam Senarai Rujukan :
Terdapat pelbagai bahan rujukan yang dirujuk di dalam penyediaan projek ilmiah
dan ianya hendaklah ditulis di dalam Senarai rujukan seperti berikut :
i. Buku
Nama pengarang. Tahun. Tajuk. Edisi (sekiranya terdapat lebih daripada
beberapa edisi). Tempat diterbitkan : Penerbit.
Contoh :
Theusen, G.J. and Fabrycky, W.J., 1984. Engineering Economy. 6th ed.
Englewood Cliffs, N.J : Prentice-Hall.
ii. Artikel dalam buku
Nama pengarang artikel. Tahun. Tajuk artikel. Dalam : Pengarang buku.
Tajuk buku. Tempat diterbitkan : Penerbit. Mukasurat.
Contoh :
Hussein, S.B., Jamaluddin, H., Mailah, M. and Zalza, A. M. S., 2000. An
Evolutionary Neural Network Controller for Intelligent Active Force
Control. In : Parmee, I.C. ed. Evolutionary Design and Manufacturing.
London : Springer-Verlag.351-362.
iii. Jurnal
Nama pengarang. Tahun. Tajuk artikel. Tajuk Jurnal. Volum (Bilangan) :
mukasurat.
Contoh :
Billing, S. A., 1980. Identification of Nonlinear Systems : A survey.
Proc.IEE, Part D.127 (6) : 272-284.
Panduan Penulisan Akademik Untuk Pelajar PPU SMKST
18
iv Artikel Seminar
Nama pengarang. Tahun. Tajuk artikel. Nama Seminar. Tarikh seminar.
Tempat diterbitkan : Penerbit, mukasurat.
Contoh :
Sheta, A.F. and De Jong, K., 1996. Parameter Estimation of Non Linear
Systems in Noisy Environments Using Genetic Algorithms. Proceedings
of the 1996 IEEE International Symposium on Intelligent
Control.September 15-18. Dearborn, Michigan : IEEE, 360-365.
v. Tesis
Nama pengarang (Tahun). Tajuk tesis. Institusi pengajian : Tesis.
Contoh
Hasniza, M. R., 2003. Pasaran Buruh Tempatan Dalam Sektor
Pembinaan. Universiti Malaya : Tesis PhD.(unpublished).
vi. Buku Perundangan
Nama negara. Tahun. Tajuk buku perundangan. Nombor perundangan.
Contoh
Malaysia 1983. Perintah Monumen Lama dan Tapak Tanah Bersejarah.
P.U. (A) 41 1983.
vii. Piawai
Nama Institusi. Tahun. Tajuk ‘standard’. Tempat diterbitkan. Nombor
piawai
Contoh
British Standards Institution 1987. Tongued and Grooved Software
Flooring. London, BS 1297.
viii. Patent
Nama pemilik. Tahun. Tajuk patent. Nombor patent.
Contoh
Lindgren, E.A., 1960. Screen Room Air Inlet and Wave Guard. U.S.
Patent 2, 925, 457.
Panduan Penulisan Akademik Untuk Pelajar PPU SMKST
19
ix. Katalog
Nama pengeluar Tahun. Tajuk. Tempat diterbitkan : Nota.
Contoh
Howick Partitioning Ltd. 1984. Howick : Partitioning in Business. Redhill
(U.K) : Trade Brochure.
x. Lukisan terukur
Nama. Tahun.. Tajuk. Tempat diterbitkan : Nota
Contoh
Zairul Azidin A., 1980. Rumah Kutai Haji Sahak, Kampung Tanjung,
Kampung Gajah, Perak. UTM : Lukisan Terukur.
xi. Bahan yang tidak diterbitkan
Nama. Tahun.Tajuk. Tempat/Institusi. Tidak diterbitkan
“tidak diterbitkan” perlu ditulis diakhir ayat.
Rujukan Internet
Maklumat yang dirujuk dari internet merupakan maklumat yang akan berubah-
ubah. Oleh kerana itu, rujukan yang dibuat perlu dirujuk semula dengan rujukan
asal. Walaubagaimanapun, jika maklumat tersebut perlu digunakan dalam projek
latihan ilmiah cara penulisannya sama seperti rujukan artikel lain tetapi
hendaklah dinyatakan alamat web dan tarikh dilayari adalah seperti berikut;
Dalam rujukan ditulis, (sumber web/linkpage/tarikh)
Website
i. www.midvalley.com.my/fiabci2001.cfm. 15/05/2003
ii. www.midvalley.com.my/about.cfm. 15/05/2003
Contoh dalam teks adalah sama seperti rujukan dari sumber lain. Jika
tiada nama penulis tetapi hanya artikel atau laman web resmi selepas
akhir teks di tulis dalam kurungan contoh seperti
(www.midvalley.com.my/fiabci2001.cfm.15/05/2003).
Panduan Penulisan Akademik Untuk Pelajar PPU SMKST
20
BAB 3
NOTA DAN NOTA KAKI
Panduan Umum
Nota seperti nota kaki, nota atas dan sebagainya pada sesuatu halaman tertentu tidak
digunakan bagi penulisan projek ilmiah dalam bidang Sains dan Teknologi. Walau
bagaimanapun, penggunaan nota kaki yang terhad dibenarkan bagi penulisan kajian
ilmiah dalam bidang Sains Sosial dan Kemanusiaan. Nota kaki diletakkan di bawah
sesuatu halaman. Ia digunakan untuk menerangkan atau memberi maklumat tambahan
mengenai perkara yang terdapat dalam kandungan teks pada halaman berkenaan. Nota
kaki dicatatkan mengikut angka Arab dan berturutan iaitu 1,2,3 dan seterusnya.
Kepentingan nota kaki :
i. Memudahkan pembaca meneliti semula sumber rujukan penulis.
ii. Sebagai bukti sifat tanggungjawab penulis terhadap disiplin penulisan ilmiah.
iii. Memuaskan hati pembaca.
Maksud nota kaki (Inggeris) :
i. Ibid ( ibidem ) : pada tempat, kitab, fasal atau halaman yang sama.
ii. op.cit ( opere citato ) : in the world cited, dalam rujukan yang telah diterangkan.
Cara Penulisan ibid :
1. Cornish, W. (2003). Intellectual property, patents, copyright, trademarks and
allied rights, 5th ed. London: Sweet and Maxwell.
2. Ibid. p24.
3. Ibid, p38.
Panduan Penulisan Akademik Untuk Pelajar PPU SMKST
21
Cara Penulisan op cit :
1. Cornish, W. (2003). Intellectual property, patents, copyright, trademarks and
allied rights, 5th ed. London: Sweet and Maxwell.
2. Andrews, M., (2002). Using technology in your presentation. In: White, L. and
Davids, E. eds. Enhancing your presentation. London: Sage. pp91-104
3. Cornish, W. op.cit. p35.
Panduan Penulisan Akademik Untuk Pelajar PPU SMKST
22
BAB 4
FORMAT PENULISAN 1. Kertas dan Saiz
Gunakan kertas putih saiz A4 (210mm X 297mm) yang bermutu baik iaitu
80g/m2. Hanya sebelah muka surat sahaja yang boleh di cetak.
2. Birai
Semua muka surat perlu mempunyai birai yang sama. Birai kiri mestilah 4cm
(untuk penjilidan) dan 2.5cm bagi birai atas, bawah dan kanan. (semua
maklumat termasuk nota kaki, muka surat mesti didalam margin yang telah
ditetapkan)
3 . Penomboran Muka Surat
Setiap muka surat hendaklah mempunyai nombor yang disusun berterusan.
Muka surat hendaklah dicetak di bahagian bawah di sudut sebelah kanan iaitu
1.25cm dari bawah dan 2.5cm dari sebelah kanan.
Penomboran muka surat mestilah seperti berikut :
i. Bahagian permulaan projek ilmiah dicetak dengan nombor kecil roman
secara berturutan seperti i, ii, iii.
ii. Muka surat pertama yang mengandungi judul projek dianggap sebagai
muka surat (i) tetapi nombornya tidak dicetak. Muka surat pertama
selepas muka surat yang mengandungi judul dicetak sebagai muka surat
(ii)
iii. Teks am dan semua mukasurat termasuk rujukan dan lampiran dicetak
dengan nombor Arab secara berturut seperti 1, 2, 3 bermula dengan
nombor 1.
Panduan Penulisan Akademik Untuk Pelajar PPU SMKST
23
iv. Sekiranya kertas sebagai pembahagi di antara Bab atau kerta pembahagi
di antara teks dan lampiran digunakan, ianya tidak perlu diberi nombor
muka surat
4. Penomboran Bab dan Pecahan Bab
Semua bab dan pecahan kecil perlu diberi nombor. Bab menggunakan nombor
Arab seperti BAB 1, BAB 2, BAB 3 dan seterusnya. Pecahan kecil di dalam
setiap bab perlu diberi nombor dan disusun tidak lebih daripada tiga peringkat
pecahan seperti :
4.1 Peringkat pertama (Tajuk pecahan kecil)
4.1.1 Peringkat kedua (Tajuk pecahan-pecahan kecil)
4.1.1.1 Peringkat ketiga (Tajuk pecahan-pecahan-pecahan kecil)
Sekiranya mempunyai tajuk melebihi peringkat ketiga, peringkat seterusnya
hendaklah menggunakan abjad seperti a, b, c dan seterusnya.
5. Penaipan
Penulisan akademik hendaklah dicetak dengan menggunakan font Arial saiz 11.
Jarak di antara dua baris teks ialah 1 ½ jarak. Hanya satu jarak digunakan
untuk :
i. Petikan yang panjang
ii. Abstrak
iii. Nota / Sumber /Petikan
iv. Senarai rujukan
Panduan Penulisan Akademik Untuk Pelajar PPU SMKST
24
Sesuatu perenggan yang baru pada bahagian bawah setiap muka surat mestilah
mengandungi sekurang-kurangnya dua baris yang lengkap. Sekiranya ianya
perenggan akhir dalam satu muka surat dan perenggan tersebut mempunyai
kurang daripada dua baris yang lengkap, perenggan tersebut hendaklah
dimulakan pada muka surat yang baru. Tajuk setiap bab hendaklah ditaip
menggunakan abjad besar dan menggunakan font Arial Saiz tidak melebihi 16.
Bab yang baru hendaklah dicetak pada muka surat yang baru. Tajuk dan
pecahan tajuk perlu dinamakan dan digelapkan. Abjad pertama untuk pecahan
tajuk hendaklah ditaip dengan menggunakan huruf besar kecuali untuk kata
penghubung seperti dan, dari, ke, di dan seumpamanya.
6. Font Untuk Tajuk Jadual, Tajuk Rajah dan Sumber
Font untuk perkara ini ialah Arial 10 dan jarak antara baris ialah satu.
Jarak Penaipan
Jarak yang digunakan hendaklah seperti berikut :
i. Jarak di antara birai atas dan Bab ialah 2.5cm
ii. Jarak di antara bab dan tajuk bab ialah 4 jarak baris
iii. Jarak di antara tajuk bab dan baris pertama teks ialah 4 jarak baris
iv. Jarak di antara teks di baris akhir perenggan dan sub-tajuk ialah 4 jarak
baris
v. Jarak di antara sub-tajuk dan baris pertama teks ialah 2 jarak baris
vi. Jarak di antara perenggan ialah 2 jarak baris
vii. Nombor dan tajuk bagi sub-tajuk hendaklah selari dengan birai kiri
viii. Jarak di antara baris akhir perenggan dengan jadual dan rajah ialah 2
jarak baris.
Panduan Penulisan Akademik Untuk Pelajar PPU SMKST
25
7. Jumlah Perkataan
Teks projek ilmiah hendaklah tidak kurang 2500 patah dan tidak melebihi 3500
patah perkataan (atau rujuk kepada keperluan Jabatan). Lampiran, jadual dan
rajah tidak termasuk dalam jumlah perkataan.
8 Penjilidan untuk Penyerahan
Penulisan Akademik hendaklah dijilidkan dan perlu dihantar sebanyak empat (4)
salinan asal. Satu (1) salinan dalam bentuk cakera padat (pdf format) hendaklah
dimuatkan dalam poket yang dibuat khas di bahagian dalam kulit belakang
penulisan akademik.
1. Warna Kulit dan Tulisan
Kulit penulisan akademik hendaklah menggunakan jenis ‘art paper’
100g/m2 dan bertulisan hitam. Saiz minimum untuk tulisan ialah font 14
jenis Arial. Warna yang perlu digunakan adalah seperti berikut :
i. Program Ekonomi : Merah Jambu
ii. Program Pengajian Perniagaan : Biri Muda
iii. Program Kesusasteraan Melayu : Hijau Muda
2 Muka Hadapan
Muka hadapan hendaklah mempunyai tajuk penulisan akademik, nama
pelajar, Program Persediaan Universiti dan tahun penyerahan penulisan
akademik dan hendaklah dicetak dengan huruf besar.
Panduan Penulisan Akademik Untuk Pelajar PPU SMKST
26
BAB 5
PENILAIAN PENULISAN AKADEMIK
1. Kaedah Penilaian
Pelajar yang mengambil subjek projek latihan ilmiah ini akan dinilai secara
berterusan bermula daripada minggu pertama semester 2. Pelajar akan diberi
bimbingan dan panduan melalui syarahan pada beberapa minggu mengenai
cara melaksanakan kajian penyelidikan, metodologi dan struktur penulisan.
Pelajar akan diberi pilihan tajuk-tajuk untuk projek ilmiah oleh jabatan masing-
masing.
Secara amnya draf pertama yang sempurna hendaklah dihantar pada minggu
ke-10 semester 2. Mengikut syarat yang telah ditentukan penulisan akademik
yang telah siap dibukukan mengikut warna yang telah ditentukan hendaklah
diserahkan pada minggu ke- 20.
2 Permarkahan
Pecahan permarkahan untuk penulisan akademik mulai dari sessi 2009/10
adalah seperti berikut :
1. Kesesuaian Tajuk : 03 Markah
2. Isi Kandungan : 02 Markah
3. Pendahuluan : 05 Markah
4. Pembentangan Isi/Idea : 70 Markah
5. Kesimpulan : 05 Markah
6. Persembahan dan Kreativiti : 05 Markah
7. Rujukan : 05 Markah
8. Kepatuhan Format : 05 Markah
Jumlah Keseluruhan : 100 Markah
Panduan Penulisan Akademik Untuk Pelajar PPU SMKST
27
Markah untuk kepatuhan format dibuat oleh penyelia atau penyelaras penulisan
akademik masing-masing mengambilkira prestasi kemahiran insaniah (soft skill)
pelajar dalam perkara berikut :
i. Ketepatan masa untuk temujanji
ii. Ketepatan masa menyiapkan tugasan
iii. Tindakbalas pelajar dan pemberian idea
iv. Perancangan dan proses kerja
v. Tanggungjawab dan minat
Panduan Penulisan Akademik Untuk Pelajar PPU SMKST
28
BAB 6
PENUTUP
Pihak pengurusan dan pentadbiran Program Persediaan Universiti (PPU) amat
mengharapkan agar pelajar PPU dapat menyiapkan penulisan akademik ini dengan
mengikut segala syarat dan peraturan yang telah ditetapkan. Penulisan akademik ini
adalah antara syarat yang perlu dipenuhi oleh pelajar sebelum digraduasikan pada akhir
semester 3.
Pematuhan kepada format penulisan akademik yang disediakan oleh PPU
adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan latihan kepada pelajar PPU,
berkenaan cara sesebuah tesis disiapkan oleh pelajar Institusi pengajian Tinggi Awam di
negara kita.
Semoga dengan usaha ini, perkembangan ilmu terus subur dalam diri pelajar
PPU, sekaligus dapat melahirkan modal insan kelas pertama di SMK Seri Tanjong,
Melaka.