Transcript
Page 1: pakatan pembangkang dalam politik malaysia

PENGENALAN

Politik mempunyai pengertian yang amat luas, secara mudahnya ia merujuk kepada cara

manusia memerintah dan diperintah. Ia dilihat merangkumi segala aspek kehidupan

manusia dan melibatkan konsep-konsep seperti kuasa, ‘siapa mendapat apa’ bila dan

bagaimana. Menurut Michael Laver ( 1984 ), politik merujuk kepada harapan, kerisauan,

matlamat serta aspirasi yang terdapat dalam sekelompok manusia1. Ia bakal melahirkan

dua hasil yang berbeza, konflik ataupun kerjasama. Ini kerana konflik tercetus apabila

keinginan manusia tidak tercapai manakala kerjasama pula didorong oleh faktor ketidak

upayaan seseorang individu itu untuk bertindak bersendirian2. Kamus Dewan pula

mendefinisikan politik sebagai ilmu berkaitan dengan cara pemerintahan atau hubungan

dengan negara lain3. Lantaran itu, politik dilihat merangkumi institusi, ideologi, pilihan

raya, parti, kekuasaan dan segala aspek yang bersangkut paut dengan pentadbiran

sesebuah negara.

Plato, Aristotle, Confucius, Ghandi, Ibn Khaldun, Machiavelli, Mill dan Rousseau

merupakan antara tokoh-tokoh falsafah politik yang pernah mewarnai dunia politik masa

silam. Pasa masa yang sama, peredaran zaman telah menyaksikan kelahiran pelbagai

falsafah serta sistem parti yang telah mempelbagaikan lagi rentak politik dunia. Antara

falsafah politik dunia yang masih diamalkan sehinggakan hari ini adalah seperti

konservatisme, liberalisme, demokrasi dan sosialisme.

Sementara itu, terdapat sekurang-kurangnya empat bentuk sistem parti yang

utama iaitu sistem satu parti, sistem dua parti, satu parti dominan dan pelbagai parti.

Negara yang mengamalkan sistem satu parti seperti China melambangkan bahawa

masyarakatnya dipengaruhi oleh satu ideologi iaitu ideologi komunis. Di mana Parti

Komunis China merupakan parti tunggal yang wujud dan bergerak aktif di negara Asia

Timur itu. Manakala negara-negara yang mengamalkan sistem dua parti seperti Amerika

1 Michael Laver, Invitation to politics, Basil Blackwell, United Kingdom, 1984, hlm 1. 2 Ibid.3 Hajah Noresah bt. Baharom (k.ed.), Kamus Dewan, Dewan Bahasa Pustaka, Kuala Lumpur,

1994, , hlm.1049.

1

Page 2: pakatan pembangkang dalam politik malaysia

Syarikat dan Britain pula terbentuk hasil daripada dua ideologi besar. Misalnya di

Britain, Parti Buruh dan Konservatif merupakan dua parti dominan dalam senario politik

negara itu. Manakala di Amerika Syarikat pula, Parti Demokrat dan Republikan

merupakan identiti kepada sistem demokrasi di negara itu. Di samping itu, terdapat juga

sistem satu parti dominan yang merujuk kepada penguasaan sesuatu parti utama ke atas

sesebuah negara. Corak pemerintahan seumpama ini jelas di Singapura, di mana People

Action Party( PAP ) yang ditubuhkan pada 1954 masih berkuasa sehingga ke hari ini.

Di negara kita pula, Malaysia dilihat sinomin dengan sistem pelbagai parti yang

menyaksikan kewujudan pelbagai parti politik seperti United Malays Nation Organization

( UMNO ), Malaysian Chinese Association ( MCA ), Malaysian Indian Congress ( MIC ),

Democratic Action Party ( DAP ), People’s Progressive Party ( PPP ), Gerakan Rakyat

Malaysia ( Gerakan ), Partai Islam Se-Malaysia ( PAS ), Parti Negara, Parti Buruh, Parti

Rakyat Malaysia ( PRM ), dan sebagainya.

Senario Politik di Malaysia

Di Malaysia, semua aktiviti parti-parti politik tertakluk di bawah Akta Pertubuhan 1966.

Di samping terdapat akta-akta lain seperti ISA, OSA dan Akta Polis yang telah

dikuatkuasakan untuk mengawal aktiviti parti-parti politik di Malaysia.4. Lantaran itu,

semua parti-parti politik di negara ini perlu didaftarkan dengan Jabatan Pendaftar

Pertubuhan. Kebanyakan parti politik induk didaftarkan di Wilayah Persekutuan yang

mencatatkan 14 pendaftaran pada tahun 1995 dan 19965. Menurut Laporan Tahunan

Jabatan Pendaftar Pertubuhan, pada tahun 1997 sahaja terdapat 41 buah pertubuhan

politik berdaftar di peringkat negeri dan melibatkan 43,387 cawangan di seluruh negara6.

4 Makmor Tumin, Parti-parti politik di Malaysia: Antara pertimbangan perkauman dan asas ideologi, Dewan Masyarakat, Jilid 37, Bil 7, Julai, Dewan Bahasa Pustaka, Kuala Lumpur, 1999, hlm. 10.

5 Ibid. 6 Ibid.

2

Page 3: pakatan pembangkang dalam politik malaysia

Penubuhan parti-parti politik di Malaysia dipengaruhi oleh beberapa pertimbangan

utama iaitu berasaskan perkauman, ideologi, multi-racial ( non-communal ) dan juga

agama. Penubuhan awal parti-parti politik di Malaysia banyak berdasarkan pertimbangan

perkauman yang rata-rata bertujuan untuk menjaga kepentingan ekonomi, sosial, dan

politik sesuatu komuniti. Parti UMNO, MIC dan MCA merupakan antara parti yang

ditubuhkan berdasarkan pertimbangan perkauman. UMNO misalnya telah ditubuhkan

pada tahun 1946 bertujuan untuk menyatukan orang Melayu untuk menentang penubuhan

Malayan Union di samping memelihara kepentingan serta memperbaiki keadaan orang

Melayu7.

Pada masa yang sama, pertimbangan ideologi turut membawa kepada

terbentuknya parti-parti politik seperti Parti Buruh, Parti Rakyat, Parti Kebangsaan

Melayu Malaya ( PKMM ) dan DAP. Parti Buruh mendakwa dirinya sebagai parti

sosialis tulin8. Di mana dari masa ke semasa, ia menyeru ke arah pemilik negarakan

aset-aset negara yang merangkumi perindustrian, perlombongan serta perladangan. DAP

pula dilihat berkiblatkan sosialisme demokratik yang menekankan kepada pembentukan

sebuah negara Malaysia yang bebas, demokratik dan sosialis berasaskan kepada prinsip

kesaksamaan kaum, keadilan sosial dan ekonomi9. Parti Rakyat Malaysia juga dilihat

berfahaman sosialis berdasarkan latarbelakang penubuhannya. Di mana, ia merupakan

bekas anggota Socialist Front yang menggabungkan Parti Buruh dan Parti Rakyat.

Manakala Parti Kebangsaan Melayu Malaya merupakan sebuah parti haluan kiri yang

dipengaruhi oleh Parti Komunis Malaya ( PKM )10. PKM berjaya menguasai PKMM dari

segi keanggotaan jawatankuasanya. Rashid Maidin dan Abdullah C.D merupakan anggota

PKM yang bergiat cergas di dalam PKMM manakala Musa Ahmad, Baharudin Latif dan

Shamsuddin Salleh pula dilihat berfahaman sosialis11.

7 Fuziah Shaffie dan Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia, Fajar Bakti, Shah Alam, 2001, hlm.392. 8 Gordon P. Means, Malaysian politics, Hodder and Stoughton, London, 1976, hlm.238. 9 Lee Kam Hing and Tan Chee Beng (ed.), The chinese in Malaysia, Oxford University Press, New

York, 2000, hlm 206.10 Fuziah Shaffie dan Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia, hlm. 387.11 Ibid, hlm. 387.

3

Page 4: pakatan pembangkang dalam politik malaysia

Pembentukan Parti Perikatan

Dalam sebuah negara majmuk, Malaysia berhadapan dengan pelbagai cabaran khususnya

yang melibatkan kepentingan kaum yang berbeza. Di mana perbezaan latar belakang,

kebudayaan, agama, dan pendidikan menjadi penghalang ke arah kewujudan sebuah

negara bangsa Malaysia yang sejati. Setiap kaum dilihat berpegang teguh kepada amalan

serta tradisi moyang mereka dengan toleransi yang amat terhad. Lantaran itu,

pembentukan negara bangsa di Malaysia dilihat masih di awang-awangan sahaja.

Menyedari hakikat ini, United Malays National Organization ( UMNO ) dan

Malayan Chinese Association ( MCA ) telah mengorak langkah pertama dengan

membentuk pakatan UMNO-MCA menjelang pilihan raya Majlis Bandaran Kuala

Lumpur pada 16 Februari 1952. Di mana Pengerusi MCA Selangor, Kolonel H.S. Lee

dan Ketua Jawatankuasa Kecil pilihan raya UMNO telah sepakat untuk bekerjasama

dalam pilihan raya tersebut12. Pakatan sementara itu, ternyata membuahkan hasil apabila,

UMNO-MCA berjaya memenangi sembilan daripada dua belas kerusi yang

dipertandingkan. Keputusan yang memberangsangkan itu, mendorong pakatan UMNO-

MCA diteruskan di dalam pilihan raya tempatan di Johor, Melaka dan negeri-negeri lain

dan juga menyaksikan keputusannya memihak kepada UMNO dan MCA.

Kejayaan-kejayaan ini telah membawa kepada rundingan antara pemimpin-

pemimpin UMNO-MCA pada 3 Februari 195313. Rombongan UMNO diketuai oleh

Tunku Abdul Rahman dan MCA pula diwakili oleh Tan Cheng Lock dan Kolonel H.S

Lee. Akhirnya keputusan dicapai dan Parti Perikatan ditubuhkan dan menjelang pilihan

raya 1955, Parti Perikatan telah diperkukuhkan lagi dengan kemasukan Parti Malayan

Indian Congress ( MIC ) dan seterusnya melengkapkan keanggotaan asal Perikatan yang

mewakili tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India.

Pilihan raya 1955 telah dilangsungkan pada 27 Julai 1955 dan melibatkan

beberapa parti utama seperti Parti Perikatan, Parti Islam Setanah Melayu ( PAS ), Parti

12 Fuziah Shaffie dan Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia, hlm. 394. 13 Ibid, hlm. 394.

4

Page 5: pakatan pembangkang dalam politik malaysia

Negara, Parti Buruh dan Parti Progresif Rakyat ( PPP ). Dalam pilihan raya ini, Parti

Perikatan telah meletakkan 52 calon yang terdiri daripada 35 calon Melayu, 15 calon Cina

dan 2 calon India. Ia mencapai kejayaan di luar dugaan apabila memenangi 51 daripada

52 kerusi yang dipertandingkan dan bakinya sebuah kerusi dimenangi oleh calon PAS di

kawasan Kerian, Perak. Kemenangan sulung Perikatan ini telah memberikan ia mandat

untuk merundingkan kemerdekaan Tanah Melayu.

Pakatan Parti Pembangkang Dalam Politik Malaysia ( 1959-1969 )

Pilihan raya umum 1959 merupakan yang pertama selepas Tanah Melayu mencapai

kemerdekaannya. Ia menyaksikan kemunculan pakatan parti pembangkang yang pertama

bagi menyaingi pakatan Parti Perikatan. Parti Sosialis Front ( SF ) telah dilancarkan pada

31 Ogos 1957 dan ia menggabungkan Parti Buruh dan Parti Raayat14.

Kemunculan pakatan ini telah bertapak kukuh di Pulau Pinang dan ia mulai

menampakkan pengaruhnya dalam pilihan raya Majlis Bandaran George Town dalam

tahun 1957. Sosialis Front memenangi 8 daripada 15 kerusi yang dipertandingkan dan

dalam pilihan raya Majlis Bandaran George Town yang seterusnya, pada tahun1961, parti

itu telah berjaya memenangi 14 daripada 15 kerusi yang dipertandingkan15.

Solialis Front telah bertanding bagi 38 kerusi parlimen dengan mempertaruhkan

11 calon Melayu, 20 Cina dan 7 India dalam pilihan raya 195916. Hasilnya ia berjaya

memenangi 8 kerusi parlimen dengan lima kerusi diperolehi dari Selangor dan bakinya di

Pulau Pinang17. Di peringkat dewan undangan negeri (DUN ), ia berjaya menawan 16

kerusi dengan 7 di Pulau Pinang dan masing-masing 3 di Selangor, Negeri Sembilan dan

14 K.J. Ratnam, Political parties and pressure groups, di dalam Malaysia a survey, Wang Gungwu (ed.), Donald Moone Book, United Kingdom, 1964, hlm.400.

15 Gordon P. Means, Malaysian politics, hlm.251. 16 K.J. Ratnam, Political parties and pressure groups, di dalam Malaysia a survey, Wang Gungwu

(ed.), hlm.400.17 Gordon P. Means, Malaysian politics, hlm.252.

5

Page 6: pakatan pembangkang dalam politik malaysia

Johor. Secara keseluruhannya Sosialis Front mendapat 22.2% bagi kawasan parlimen

yang ditandinginya dan 14.9% pula bagi kerusi undangan negeri18.

Bagaimanapun, Sosialis Front hanya mampu bertahan sehingga pilihan raya 1964,

apabila ia hanya mampu memenangi 2 kerusi parlimen dan 7 kerusi negeri. Kemerosotan

pengaruh parti ini kemudiannya menyaksikan Parti Raayat keluar dari pakatan ini pada

tahun 196519. Parti Buruh telah memboikot pilihan raya umum 1969 manakala Parti

Raayat yang bertanding bersendirian hanya memenangi 3 kerusi undangan negeri di

Pahang dan Pulau Pinang.

Terdapat tiga faktor yang membawa kepada kemerosotan pengaruh Sosialis Front

yang akhirnya menyebabkan ia terkubur. Pertama, Sosialis Front dilihat sebagai sebuah

parti fahaman sosialis yang radikal dan didakwa dipengaruhi oleh anasir komunis. Kedua,

Parti Raayat gagal mendapat sokongan orang Melayu luar bandar yang menjadi

penyokong kuat UMNO. Ketiga pengaruh golongan radikal Cina di dalam Parti Buruh

yang semakin kuat mengakibatkan Parti Buruh menguasai pakatan di dalam Sosialis

Front dan seterusnya membawa kepada perselisihan antara Parti Buruh dan Parti Raayat

terutamanya dalam aspek bahasa, agama Islam, pemilihan calon dan dasar mengenai isu

perkauman20.

Namun begitu, pakatan pembangkang bak perpatah “ patah tumbuh hilang

berganti” apabila dua parti baru, Parti Tindakan Demokratik ( DAP ) dan Gerakan Rakyat

Malaysia ( GERAKAN ) muncul bagi mencabar kekuasaan Perikatan. Kedua-dua parti ini

telah membuat pakatan dengan PPP pada Februari 196921. Di mana ketiga-tiga parti ini

bersetuju dalam pembahagian kerusi yang bakal ditandingi dan ia dilihat bertujuan untuk

mengelakkan pepecahan undi bagi parti pembangkang. Pakatan pembangkang ini sekali

18 Ibid. 19 R.S. Milne dan Diane K. Mauzy, Politik dan kerajaan Malaysia, Dewan Bahasa Pustaka, Kuala

Lumpur, 1982, hlm. 190. 20 Ibid, hlm. 190. 21 R.K Vasil, Ethnic politics in Malaysia, Radiant Publishers, New Delhi, 1980, hlm.164.

6

Page 7: pakatan pembangkang dalam politik malaysia

lagi menampakkan kesannya apabila Gerakan berjaya menawan Pulau Pinang dengan

memperolehi 16 daripda 24 kerusi undangan negeri. Pada masa yang sama, Gerakan dan

DAP berjaya menafikan kemenangan 2/3 Perikatan di Selangor dan Perak. Di Selangor,

Perikatan hanya mendapat 14 kerusi manakala DAP pula mendapat 9 dan Gerakan pula 4

kerusi. Baki sebuah lagi kerusi dimenangi oleh calon bebas22. Situasi di Perak pula lebih

genting, apabila Perikatan hanya mendapat 19 kerusi berbanding 21 oleh pembangkang.

PPP unggul dengan 12 kerusi, DAP 6, Gerakan 2 dan Pas 1. Namun begitu, hasrat PPP

dan DAP untuk menubuhkan kerajaan campuran di Perak berkecai apabila Gerakan dan

Pas enggan menyertai mereka. Ia jelas mengecewakan PPP dan DAP yang merasakan diri

mereka dikhianati oleh Gerakan kerana mendakwa kejayaan dua calon Gerakan di

Taiping dan Matang adalah hasil daripada keyakinan pengundi terhadap pakatan yang

terbentuk antara ketiga-tiga parti itu23. Pada 12 Mei, Gerakan telah memaklumkan kepada

UMNO bahawa dua wakil rakyatnya di Perak tidak akan menyertai kerajaan campuran

PPP- DAP dan mengambil pendirian berkecuali di dalam Dewan Undangan Negeri

Perak24.

Sejurus keputusan pilihanraya diumumkan, situasi di Semenanjung Malaysia

menjadi tegang. Kehilangan Pulau Pinang kepada Gerakan dan risiko kehilangan kuasa

Melayu di Perak dan Selangor jelas sukar diterima oleh orang Melayu. Ia diperburukkan

lagi dengan perarakan kemenangan DAP dan Gerakan di Kuala Lumpur. Pada keesokkan

harinya, MCA telah mengumumkan bahawa parti itu tidak lagi mewakili orang Cina di

dalam kerajaan setelah ia dikritik hebat kerana prestasinya yang begitu buruk dengan

hanya memenangi 13 daripada 33 kerusi yang ditandinginya25. Pada masa yang sama, satu

demonstrasi telah dianjurkan oleh UMNO Selangor dan penyebaran khabar angin bahawa

22 Ibid,hlm.174. 23 Lee Kam Hing, Politics In Perak 1969-1974: Some preliminary observations with particular

reference to the non-Malay political parties, hlm, 4.24 Ibid. 25 Diane K. Mauzy, Barisan Nasional: Coalition government in Malaysia, Marican & Son, Kuala

Lumpur, 1983, hlm. 36.

7

Page 8: pakatan pembangkang dalam politik malaysia

orang Melayu telah diserang di sekitar Kuala Lumpur telah membawa kepada tercetusnya

tregedi 13 Mei yang mengorbankan 196 nyawa26.

Tragedi 13 Mei telah membawa kepada perisytiharan darurat di seluruh negara

dan demokrasi berparlimen dibekukan. Pentadbiran negara telah diambil alih oleh Majlis

Gerakan Negara ( MAGERAN ) pimpinan Tun Abdul Razak27. Lanjutan daripada tragedi

berdarah itu, demokrasi berparlimen turut digantung dan seterusnya membawa kepada

penundaan pilihan raya di Sabah dan Sarawak yang masih belum selesai. Dalam

memperkatakan isu ini, Tun Dr. Ismail, selaku Menteri Dalam Negeri menyatakan

bahawa amalan ‘demokrasi di negara ini telah mati’ dan penggantungan parlimen telah

berterusan sehingga Februari 1971.

Era 70an memperlihatkan perubahan drastik dalam senario politik negara. Ia

bermula dengan perubahan pucuk kepimpinan negara dari Tunku Abdul Rahman kepada

Tun Abdul Razak. Di samping itu, ia turut menyaksikan pengukuhan dominasi Perikatan

dalam politik Malaysia apabila keahlian bertambah kepada 9 parti yang terdiri daripada

UMNO, MCA, MIC, Gerakan, PAS, PPP, SUPP, Perikatan Sarawak dan Perikatan

Sabah28. Gabungan parti-parti ini telah membawa kepada terdaftarnya Barisan Nasional

pada 1 Jun 1974, kira-kira 80 hari sebelum pilihan raya 1974 diadakan. Ia sekali lagi

membuktikan kemampuan Perikatan dalam berkompromi antara parti-parti yang

mewakili kaum yang berbeza di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Justeru itu,

apabila parlimen dibubarkan pada Julai 1974, Barisan Nasional unggul dengan 119 wakil

berbanding 25 wakil pembangkang29.

26 N.J. Funston, Malay politics in Malaysia: A study of the United Malays National Organisation and Party Islam, Heinemann Educational Books LTD, Kuala Lumpur, 1980, hlm. 209.

27 Lee Kam Hing and Heng Pek Koon, The chinese in the Malaysian political system, di dalam The Chinese in Malaysia, Lee Kam Hing and Tan Chee Beng (ed.), hlm. 208.

28 N.J. Funston, Malay politics in Malaysia: A study of the United Malays National Organisation and Party Islam, hlm. 234.

29 Diane K. Mauzy, Barisan Nasional: Coalition government in Malaysia, hlm 94.

8

Page 9: pakatan pembangkang dalam politik malaysia

Penstrukturan semula Perikatan telah membolehkannya menang selesa dalam

pilihan raya 1974 dengan memanangi 135 daripda 154 kerusi parlimen dengan 47 kerusi

dimenangi tanpa bertanding. Dalam pilihan raya 1974, hampir semua parti pembangkang

telah terhapus. Selain DAP, hanya Parti Kebangsaan Sarawak ( SNAP ) yang mampu

memberi sedikit saingan kepada Barisan Nasional. SNAP berjaya memenangi 9 kerusi

parlimen.. Manakala PEKEMAS, parti serpihan Gerakan pula hanya berjaya memenangi

satu kerusi menerusi Pengerusinya Dr. Tan Chee Khoon.

Senario politik di Malaysia pada awal kemerdekaan jelas menampakkan kekuatan

pakatan dalam Perikatan dan membolehkan parti itu terus menerajui negara walaupun

cuba diberi saingan oleh pakatan pembangkang seperti Sosialis Front dan pakatan PPP-

DAP-Gerakan. Namun begitu, kelemahan pakatan pembangkang khususnya dari segi

penetapan matlamat pakatan, kesanggupan untuk mengorbankan prinsip perjuangan

masing-masing dan mengenepikan kepentingan peribadi mengagalkan pakatan-pakatan

yang wujud. Oleh yang demikian, selepas pilihan raya 1969, tidak wujud sebarang

pakatan antara parti pembangkang dan ia membolehkan Barisan Nasional memperolehi

kemenangan selesa dalam beberapa siri pilihan raya dalam tempoh 1974-1986. Di mana,

dalam pilihan raya 1974, Barisan meneruskan penguasaan dengan mengaut 60.7% undi

bagi parlimen dan 57.2% bagi tahun 1978, 60.5% dan 57.6% undi bagi pilihan raya 1982

dan 198630.

Kemunculan Gagasan Rakyat dan Angkatan Perpaduan Ummah

Selepas menyepi selama 21 tahun, muncul satu lagi pakatan baru antara parti-parti

pembangkang dalam politik Malaysia. Pakatan ini dilihat mempunyai daya saing yang

lebih kental berbanding dengan pakatan awal sebelum ini. Ia melibatkan parti-parti bukan

30 The Star, 25 April, 1995.

9

Page 10: pakatan pembangkang dalam politik malaysia

Melayu, Melayu sekular dan parti Melayu yang berlandaskan agama. Malahan pakatan ini

turut melibatkan parti pembangkang dari Sabah, Parti Bersatu Sabah ( PBS ) yang telah

menarik diri daripada Perikatan Sabah pada saat-saat akhir sebelum pilihan raya 1990.

Keunikan pakatan kali ini terserlah dengan kewujudan dua perikatan yang berbeza

tetapi saling melengkapi dan mempunyai matlamat yang sama iaitu menewaskan Barisan

Nasional dan mengambil alih pucuk kepimpinan negara. Di mana pemuafakatan parti

pembangkang kali ini telah membawa terbentuknya Gagasan Rakyat yang terdiri daripada

parti Semangat 46, DAP, PRM, PBS dan AMIPF31. Manakala Angkatan Perpaduan

Ummah ( APU ) pula merupakan gabungan parti Semangat 46, PAS, BERJASA dan

HANIM dan mendapat sokongan orang Melayu di pantai timur dan utara Semenanjung32.

Kejayaan pakatan antara dua perikatan ini banyak bergantung kepada usaha

Tengku Razaleigh Hamzah yang telah berundur dari UMNO. Beliau telah menubuhkan

parti Semangat 46 pada 5 Jun 1989 bagi mencabar kepimpinan UMNO baru33. Kumpulan

serpihan ini tidak perlu menunggu terlalu lama untuk mendapat rakan seperjuangannya

apabila PAS telah menghulurkan salam persahabatan dengan parti Semangat 46 dan

seterusnya membentuk APU yang turut dianggotai oleh dua parti agama, HANIM dan

BERJASA. Perikatan ini dilihat mempunyai peluang yang cerah bagi mengugat

kekuasaan Barisan Nasional di negeri-negeri majoriti Melayu seperti Kedah, Perlis,

Terengganu, Kelantan, Pahang dan Johor34.

Menyedari perlunya kerjasama bagi menjamin kemenangan pembangkang,

Semanagat 46 telah membina jambatan penghubung antara parti pembangkang bukan

Melayu dengan parti pembangkang Melayu. Justeru itu, Gagasan Rakyat dibentuk dan

mendapat sambutan baik dari parti DAP, AMIPF, PRM dan PBS. Kewujudan gagasan ini 31 Zakry Abadi, Analisis Pilihan Raya Umum 1990, MYZ Sendirian Berhad, Kuala Lumpur, 1990

hlm.31. 32 Edmund Terence Gomez, The 1995 Malaysian General Election, Institute of Southeast Asian

Studies, Singapura, hlm.4. 33 Ahmad Atory Hussain, Dimensi politik melayu 1980-1990: Antara kepentingan dan wawasan

bangsa, Dewan Bahasa Pustaka, Kuala Lumpur, 1993, hlm. 193.34 Utusan Malaysia, 3 Februari, 1989.

10

Page 11: pakatan pembangkang dalam politik malaysia

diharap dapat memenangi pilihan raya di kawasan majoriti bukan Melayu khususnya di

Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan dan Melaka. Perhitungan ini dilihat

mempunyai asas yang kukuh sekiranya prestasi parti pembangkang bukan Melayu

diambil kira. DAP misalnya mendapat 24 buah kerusi parlimen dan 37 buah kerusi

undangan negeri dalam pilihan raya umum 1986. Pencapaiannya yang

memberangsangkan itu didorong oleh sokongan kira-kira 968,009 pengundi Cina, yang

merangkumi separuh daripada kira-kira 2,107,000 pengundi Cina seluruh negara35.

Kejayaannya ini jauh lebih baik berbanding dengan pencapaian MCA, Gerakan mahupun

MIC.

Walaupun Gagasan Rakyat dan APU merupakan dua perikatan yang berbeza

tetapi wujudnya kerjasama antara kedua-duanya untuk menghadapi pilihan raya 1990. Ia

terbukti pada hari penamaan calon pada 11 Oktober 1990, di mana hampir semua

kawasan pilihan raya dipertandingkan secara satu lawan satu antara calon Barisan

Nasional dan calon salah satu parti yang mewakili Gagasan Rakyat ataupun APU36.

Satu persoalan yang berlegar-legar pada ketika itu ialah apakah dua ‘perikatan

politik’ yang diterajui oleh Semangat 46 itu berkemungkinan menjadi bibit bagi

terbentuknya sistem dua perti dan menjadi alternatif yang wajar dalam suasana politik

negara ini37. Persoalan ini dan hakikat kerjasama yang terbentuk antara parti

pembangkang menjadikan pilihan raya 1990 yang paling menarik, ghairah,

dipertandingkan dan sukar diramalkan hasilnya.

Pencapaian Gagasan rakyat dan APU Dalam Pilihan Raya Umum 1990

Pilihan raya umum 1990 merupakan yang pertama selepas perpecahan UMNO yang

membawa kepada kewujudan dua puak dalam UMNO dan seterusnya pengharaman parti

35 Zakry Abadi, Analisis Pilihan Raya Umum 1990, hlm.31. 36 Fokus Pilihan Raya Umum 1990, Dewan Masyarakat, Jilid 25, Bil.11, November, Dewan

Bahasa Pustaka, Kuala Lumpur, 1990, hlm.26.37 Ibid.

11

Page 12: pakatan pembangkang dalam politik malaysia

itu. Terdapat tiga isu utama yang dianggap relevan dan kritikal dibincangkan di dalam

kempen pilihan raya yang ke-8 ini38. Pertama pertentangan antara kerajaan BN dengan

institusi istana. Kedua krisis dalam UMNO dan ketiga pertentangan kepimpinan UMNO

dangan institusi kehakiman yang membawa kepada penyingkiran Ketua Hakim Negara

ketika itu.

Pembahagian kerusi telah dilakukan oleh pakatan pembangkang yang bertanding

mengikut keupayaan sendiri di samping kesepakatan berkempen telah menampakkan

hasilnya. Pakatan pembangkang berjaya memenangi 49 kerusi parlimen, di mana DAP

mendapat 20 kerusi, PBS 14 kerusi, Semangat 46 pula 8 kerusi dan diikuti PAS yang

menawan 7. Pakatan ini telah meraih 47% undi popular bagi kerusi parlimen yang

dipertandingkan. Ia menampakkan peningkatan sebanyak 20 kerusi berbanding 29 kerusi

yang diperolehi oleh pembangkang dalam pilihan raya umum 1986. Pencapaian pakatan

pembangkang 1990 bagi peringkat DUN tidak kurang hebatnya apabila gabungan APU

berjaya menawan Kelantan apabila PAS mendapat 24 kerusi dan Semangat 46 pula

mendapat 14 kerusi di negeri itu. Di samping itu, PAS mendapat 8 kerusi di Terengganu,

satu di Kedah dan Semangat 46 pula menambah dua kerusi di Terengganu, dan masing-

masing satu di Pahang, Selangor dan Johor. Pencapaian PAS dan Semangat 46 turut

dikongsi oleh DAP yang mempunyai perwakilan yang teramai dalam DUN iaitu 45

orang. DAP berjaya menempatkan wakilnya di semua negeri di Semenanjung Malaysia

kecuali di Perlis, Kelantan dan Terengganu yang tidak ditandingi oleh parti itu39.

Manakala di Sabah pula, PBS pimpinan Pairin berjaya membuktikan kekuatan parti itu

walaupun tidak lagi berada di dalam Perikatan Sabah dengan memenangi 14 kerusi

parlimen.

38 Makmor Tumin, Antara pilihan raya umum 1990 dan !999, Dewan Masyarakat, Jilid 38, Bil. 02, Februari, Dewan Bahasa Pustaka, Kuala Lumpur, 2000, hlm. 21.

39 Menjelang pilihan raya umum: Ukur baju di badan sendiri, Massa, Oktober, Utusan Melayu Berhad, Kuala Lumpur, 1999, hlm.20.

12

Page 13: pakatan pembangkang dalam politik malaysia

Secara keseluruhannya DAP, PAS, PBS mahupun Semangat 46 mendapat hasil

yang boleh dibanggakan menerusi pakatan pembangkang kali ini. DAP misalnya

walaupun kehilangan 4 kerusi parlimen dalam pilihan raya kali ini tetapi pencapaiannya

di peringkat DUN jauh lebih baik berbanding pilihan raya 1986. Ia berjaya mendapat 45

kerusi DUN, penambahan 7 kerusi berbanding pilihan raya 1986. Manakala PAS pula

lebih cemerlang apabila berjaya mencatatkan penambahan 6 kerusi parlimen serta 18

DUN . Parti Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh yang bertanding buat kali pertama

turut tidak mengecewakan apabila ia mendapat 14.9% undi daripada 152 kerusi DUN

dan 15.06% daripada 61 kerusi parlimen yang ditandinginya40.Oleh yang demikian,

walaupun pakatan ini gagal menundukkan BN tetapi ia telah menjadi titik penolak kepada

kemunculan semula pakatan parti pembangkang dalam politik Malaysia dan kata pepatah

“ Bersatu Teguh Bercerai Roboh”.

Bibit Kehancuran Gagasan Rakyat

Kegagalan Perikatan Gagasan Rakyat dan APU mengambil alih pucuk kepimpinan negara

membawa kepada lunturnya kerjasama di kalangan parti pembangkang. Di mana

kerjasama yang wujud di kalangan parti-parti pembangkang dalam pilihan raya 1995

amat terhad dan tidak seakrab tahun 1990. Bibit kehancuran pakatan pembangkang

bermula apabila DAP bertindak meninggalkan pakatan Gagasan Rakyat lantaran

daripada tindakan PAS memperkenalkan Hukum Hudud di Kelantan41. Walaupun tidak

mempunyai sebarang ikatan rasmi antara kedua-dua parti ini, tetapi kerjasama yang erat

antara DAP dan Semangat 46 yang menyokong secara tidak langsung Hukum Hudud di

Kelantan jelas menimbulkan kerisauan di kalangan pemimpin serta penyokong DAP.

Pada masa yang sama, krisis dalaman turut melanda DAP sepanjang tahun 1994 dan ia

jelas di Perak dan Negeri Sembilan. Di Perak misalnya, percakaran di dalam parti telah

menyaksikan pengunduran Lau Dak Kee, ahli Parlimen Ipoh dan perletakkan jawatan P.

40 Hassan Mohd. Noor, Menjelang pilihan raya umum: Undi BN merosot?, Massa, Ogos, Utusan Melayu Berhad, Kuala Lumpur, 1999, hlm.20.

41 Edmund Terence Gomez, The 1995 Malaysian General Election, hlm.5.

13

Page 14: pakatan pembangkang dalam politik malaysia

Patoo selaku Pengerusi negeri Perak42. Manakala di Negeri Sembilan pula, Hu Sepang,

seorang pemimpin yang disegani dan bekas ahli parlimen telah meletakan jawatan dari

parti43. Masalah dalaman DAP semakin jelas, selepas penamaan calonnya dibuat pada

1995 dan telah menyaksikan perletakkan jawatan 30 ahlinya. Pada masa yang sama,

AMIPF pula telah memohon untuk menyertai Barisan Nasional manakala PBS pula telah

mencuba nasibnya di Semenanjung dengan bertanding di sembilan kerusi iaitu tujuh di

Pulau Pinang dan masing-masing satu di Johor dan Kedah.

Masalah juga tercetus di dalam APU di mana segelintir pemimpin Semangat 46

berpendapat, wakil-wakil mereka tidak dapat menjalankan tugas mereka dengan bebas

kerana terpaksa mengikut jari telunjuk PAS. Fenomena ini membawa kepada wujudnya

ketidaksefahaman antara Semangat 46 dan PAS dalam soal membuat keputusan dan

perundingan menjalankan pentadbiran di Kelantan44.

Keadaan parti-parti pembangkang yang berada dalam keadaan yang huru-hara dan

tidak sepakat mengakibatkan pakatan yang wujud tidak semantap 1990. Ia jelas apabila

parti-parti pembangkang telah menyediakan manifesto secara berasingan. PAS misalnya

bertemakan “ Membangun Bersama Islam “ telah menjanjikan empat belas perkara yang

meliputi isu kepimpinan Islam, pendidikan, dasar ekonomi, suasana politk yang sihat,

dasar kebudayaan, berakhlak mulia, sihat, lasak dan berdisiplin45. Sebaliknya Manifesto

20 perkara Semangat 46 pula merangkumi bidang politik, sosial, ekonomi, Islam dan

dasar luar46. Parti Rakyat Malaysia turut mengemukakan Manifesto 12 perkara yang

menyentuh aspek hak asasi manusia, perlindungan alam sekitar, Sistem Saran Baru dan

pampasan kepada para peneroka. DAP pula lebih agresif dengan temanya “Kuatkan DAP

demi Kebebasan Sejati dan Cegah Pemerintahan Satu Parti di Malaysia”.

42 Ibid. 43 Ibid.44 Utusan Malaysia, 26 Mac, 1994.45 Ahmad Fawzi Mohd. Basri, Pilihan Raya Umum 1995: Mandat baru menjelang 2000, Dewan

Masyarakat, Mei, Jilid 33, Bil.05, Dewan Bahasa Pustaka, Kuala Lumpur, hlm.10. 46 Ibid.

14

Page 15: pakatan pembangkang dalam politik malaysia

Kegagalan dalam mencapai kesepakatan dan manifesto perjuangan antara parti-

parti pembangkang jelas mengecewakan para pengundi yang berharapkan satu pakatan

yang mampu menyaingi Barisan Nasional dan memberi tekanan kepada kerajaan Barisan

Nasional agar menjadi lebih telus dan bertanggungjawab.

Pilihan Raya 1995

Pilihan raya umum 1995 telah dilangsungkan pada 25 April 1995 dan ia telah

menyaksikan perubahan dalam pemikiran rakyat dan langkah kerajaan dalam

memperkenalkan program liberalisasi ternyata berkesan dalam menawan hati para

pengundi. Isu-isu agama, pendidikan, bahasa dan budaya dianggap sebagai isu lapuk dan

gagal menarik perhatian sebilangan besar pengundi. Rakyat Malaysia dilihat semakin

matang pemikirannya dan telah bertindak dengan rasional apabila menjadikan aspek

pembangunan dan kestabilan sebagai kriteria utama dalam memilih pucuk kepimpinan

negara.

Dalam pilihan raya umum 1995, penguasaan Barisan Nasional meningkat semula

dengan menguasai 65.15% atau 3,894,877 undi di peringkat parlimen manakala di

peringkat undangan negeri pula, Barisan Nasional cemerlang dengan 3,206,610 undi atau

66.98% undi47. Barisan Nasional ternyata mencapai kejayaan yang terbaik dalam sejarah

parti itu dengan memenangi 162 daripada 192 kerusi parlimen yang dipertandingkan.

Manakala prestasi parti pembangkang ternyata merosot akibat daripada perubahan sikap

pengundi dan berlakunya peralihan undi dari pembangkang ke Barisan Nasional.

Parti-parti pembangkang kehilangan 19 daripada kerusi parlimen yang

dimenanginya dalam pilihan raya 1990 dengan hanya memdapat 30 kerusi kali ini. DAP

mengetuai senarai parti pembangkang dengan mendapat 9 kerusi parlimen dengan

722,176 undi yang meliputi 12.06% undi. Ia kemudian diikuti PBS dengan 8 kerusi

parlimen dengan penguasaan 198,596 atau 3.31 undi. PAS dan Semangat 46 pula masing-

47 Laporan Pilihan Raya Umum Malaysia 1995,http://www.spr.gov.my/laporan/1995/b_1995.html.

(atas talian ) (20/2/2003 ).

15

Page 16: pakatan pembangkang dalam politik malaysia

masing dengan 7 dan 6 kerusi dengan pemerolehan sebanyak 437,023 ( 7.31% ) dan

609,644 ( 10.20% ) undi48. Secara keseluruhannya, semua parti pembangkang mengalami

kemerosotan kerusi di peringkat parlimen dan hanya PAS sahaja yang berjaya

menampakkan sedikit peningkatan di peringkat undangan dengan dengan menambah

bilangan kerusinya daripada 32 kerusi kepada 33 kerusi. Manakala DAP pula mengalami

kekalahan yang paling teruk apabila kehilangan 34 kerusi undangan negerinya lantaran

daripada kesilapan strateginya di Pulau Pinang.

Dalam mengulas kekalahan kali ini, parti-parti pembangkang mengemukakan dua

faktor utama iaitu faktor dalaman dan luaran. Dalam faktor dalaman, PRM mengakui

bahawa kekalahan parti itu ialah kerana kemiskinan dari segi kewangan, jentera pilihan

raya serta keadaan pihak pembangkang yang tidak bersatu. Manakala faktor luaran pula,

peranan media dilihat memainkan peranan penting.

Kekecewaan pembangkang terhadap peranan media massa dalam politik negara

telah diluahkan oleh Presiden Semangat 46, Tengku Razaleigh Hamzah yang menyatakan

bahawa:

Media massa tidak memberikan liputan yang adil kepada pembangkang dan ia

menghalang mereka memberi penerangan kepada rakyat hingga akar umbi

berhubung dengan manifesto parti49.

Penguasaan media massa oleh Barisan Nasional membolehkan parti itu memperolehi

undi-undi dari pengundi ‘ atas pagar ’ yang tidak mempunyai kepentingan politik.

Golongan ini dilihat hanya membuat keputusan pada saat-saat akhir berdasarkan suasana

yang diwujudkan oleh parti-parti politik yang bertanding50.

Pilihan Raya 1999

48 Laporan Pilihan Raya Umum Malaysia 1995,http://www.spr.gov.my/laporan/1995/b_1995.html.

(atas talian ) (20/2/2003 ). 49 Utusan Malaysia, 29 April 1995. 50 Sun, 30 April 1995.

16

Page 17: pakatan pembangkang dalam politik malaysia

Pilihan raya umum 1999 merupakan pilihan raya yang terakhir pada abad ke-20. Ia

merupakan pilihan raya yang ke-10 dan telah menyaksikan persaingan yang sengit antara

Barisan Nasional dengan Barisan Alternatif ( BA ) yang menggabungkan DAP, PAS,

Parti keADILan dan PRM. Barisan ini telah berjaya bekerjasama dan berorganisasi

dengan teratur sekali terutamanya dalam membuat penggabungan, menganjurkan

ceramah bersama dan melancarkan manifesto bersama. Malahan pembahagian kerusi

tandingan turut berjalan lancar tanpa tercetusnya pertelingkahan yang serius antara parti

pembangkang. Walaupun BN sekali lagi membuktikan ianya masih lagi ‘relevan’ dengan

memenangi 148 daripada 193 kerusi parlimen yang dipertandingkan tetapi jumlah undi

yang diperolehi BN jelas merosot51.

Barisan Nasional hanya memperolehi 56.7% undi popular dan mencatatkan

kejatuhan sebanyak 9.4% ( 65.1% ) berbanding pilihanraya 1995. Manakala parti

pembangkang yang hanya mendapat 45 kerusi parlimen dilihat semakin meningkat dari

segi pemerolehan undi dan menguasai 43% daripada undi popular. PAS muncul sebagai

parti pembangkang yang terkuat dengan memenangi 28 kerusi parlimen dan 98 kerusi

negeri dengan menawan Terengganu di samping mengekalkan kekuasaannya di Kelantan.

Manakala di negeri Kedah dan Pahang pula, PAS turut berjaya meletakkan asas yang

kukuh apabila ia menawan 18 kerusi undangan negeri di negeri-negeri berkenaan. DAP

menyusuri dengan mendapat 10 kerusi parlimen dan 11 kerusi undangan negeri dengan

meneruskan sisa-sisa perjuangannnya di Melaka dan Perak yang menempatkan 8 daripada

11 kerusi undangannya. KeADILan pula memperolehi 5 kerusi parlimen dan 4 kerusi

negeri yang boleh dianggap sebagai satu pencapaian yang membanggakan bagi sebuah

parti baru yang bertanding buat pertama kalinya. Parti Bersatu Sabah ( PBS ) yang

bertanding bersendirian di Sabah setakat mendapat 3 daripada 20 kerusi parlimen di

Sabah. Secara kasar BA yang menggabungkan PAS, DAP, KeADILan dan PRM boleh

dianggap berjaya sekiranya dibandingkan dengan pencapaian pada tahun 1995. Di mana

dalam pilihan raya kali ini, BA telah menawan 42 kerusi parlimen dan 113 kerusi

51 Abd. Jalil Ali, Iktibar di sebalik kejayaan Barisan Nasional pada pilihan raya 1999, Dewan Masyarakat, Jilid 38, Bil 01, Januari, Dewan Bahasa Pustaka, Kuala Lumpur, 2000, hlm.4.

17

Page 18: pakatan pembangkang dalam politik malaysia

undangan negeri berbanding hanya 30 kerusi parlimen dan 56 kerusi undangan negeri

pada pilihan raya 1995.

Pilihan raya 1995 jelas meninggalkan impak yang amat mendalam kepada DAP.

Ia seolah-olah menjadi detik penamat kepada kesinambungan parti itu. Walaupun DAP

mampu menebus kekalahan teruk pada 1982 dengan mencapai prestasi yang cemerlang

pada 1986 dan 1990 tetapi fenomena itu tidak berulang dalam pilihan raya 1999. DAP

seolah-olah telah kehilangan ‘ daya penariknya’ dan hanya mampu memenangi 10 kerusi

parlimen dengan mencatat pertambahan satu kerusi berbanding pilihan raya 1995. Situasi

yang hampir sama berlaku di peringkat undangan negeri apabila DAP hanya berupaya

untuk memenangi 11 kerusi. Senario ini telah membuktikan Teori Pendulum atau

Ayunan tidak lagi sesuai digunakan untuk menilai arah sokongan dan pengundian

masyarakat Cina yang pada kebiasaannya memberikan undi mereka kepada BN dan

pembangkang selang setiap lima tahun52.

DAP yang menaruh harapan untuk menafikan majoriti 2/3 BN terpaksa menelan

ubat yang cukup pahit apabila tiga tonggak utamanya tersungkur dalam pilihan raya kali

ini. Dr. Chen Man Hin tumpas di Parlimen Rasah dan kerusi Undangan Negeri Temiang,

Negeri Sembilan53. Ekoran daripada kekalahan ini, Dr. Chen telah bernekad untuk

melepaskan jawatan sebagai Pengerusi DAP. Lim Kit Siang juga menghampiri

penghujung karier politiknya apabila tewas mengejut di Parlimen Bukit Bendera dan

Undangan Negeri Kebun Bunga54. Karpal Singh, Naib Pengerusi DAP turut mengalami

nasib yang sama di kerusi tradisinya di Jelutong dan kerusi Undangan Negeri Kampung

Keramat.

Dalam pilihan raya 1999, angin reformasi dan desakan ke arah perubahan begitu

dirasai di seluruh negara. Namun begitu, BN tetap gagah dengan memperolehi 56.7%

52 Hasllina Hassan, Pilihan raya ke-10: Mandat baru untuk Barisan Nasional, Dewan Masyarakat, Jilid 38, Bil 01, Januari, Dewan Bahasa Pustaka, hlm.12.

53 Ibid, hlm 12.54 Ibid..

18

Page 19: pakatan pembangkang dalam politik malaysia

undi popular dengan menguasai 148 daripada 193 kerusi parlimen yang dipertandingkan.

Dalam pilihan raya kesepuluh ini, isu-isu pemecatan dan perlucutan jawatan Dato’ Seri

Anwar Ibrahim dan kegawatan ekonomi negara tidak mampu menjadi faktor dominan

dalam pemerolehan undi parti-parti pembangkang. Namun demikian, kebangkitan PAS

khususnya di negeri-negeri utara seperti Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu

merupakan amaran awal yang wajar diberi perhatian oleh UMNO dan BN.

Fenomena pengundi Melayu yang beralih kepada parti pembangkang jelas apabila

UMNO yang memenangi 88 kerusi parlimen dalam tahun 1995 hanya mampu

mempertahankan 72 kerusi pada pilihan raya kali ini. Situasi UMNO bertambah genting,

apabila ia gagal menawan semula Kelantan dan terpaksa pula menyerahkan Terengganu

kepada PAS. Walaupun berjaya mencapai kejayaan cemerlang di Johor yang dianggap

sebagai jantung hati UMNO tetapi kekalahan ramai ahli Majlis Tertingginya ( MT ),

menteri, timbalan menteri dan setiausaha parlimen merupakan petanda kemerosotan

pengaruh parti Melayu itu.

Siri kekecewaan UMNO bermula dengan kekalahan, Menteri Besar Terengganu,

Tan Sri Wan Mokhtar ( DUN Cukai ), Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal

Ehwal Pengguna, Datuk Seri Megat Junid Megat Ayob ( Parlimen Parit ), Menteri

Pembangunan Luar Bandar, Datuk Annuar Musa ( Parlimen Peruingat ), Menteri

Kewangan Kedua, Datuk Mustapa Mohamed ( Parlimen Jeli ), Menteri di Jabatan

Perdana Menteri, Datuk Paduka Dr. Abdul Hamid Othman ( Parlimen Sik ) dan Ketua

Penerangan UMNO, Datuk Yusof Nor ( Parlimen Besut ).

Malahan kejutan juga hampir-hampir berlaku apabila Datuk Seri Najib hanya

menang dengan majoriti 241 undi sahaja. Lantaran itu, sudah tiba masanya bagi pucuk

kepimpinan UMNO merenung kembali prestasinya dalam pilihan raya kali ini dan

seterusnya menyusun langkah bagi menghadapi pilihan raya ke-11. Tempoh lima tahun

bukanlah satu tempoh yang lama, di mana PAS yang telah menawan Kelantan dan

Terengganu sudah pasti akan terus mengukuhkan kekuasaannya di kedua-dua negeri

19

Page 20: pakatan pembangkang dalam politik malaysia

tersebut. Pada masa yang sama, ia turut meluahkan keyakinannya untuk menawan Kedah,

Perlis malahan Selangor. Justeru itu, PAS sudah tentu tidak akan memberi laluan mudah

kepada UMNO dan ia dijangka akan terus memberi tekanan kepada UMNO dan juga

Barisan Nasional.

Walaupun prestasi UMNO kurang memberangsangkan namun begitu ia bernasib

baik apabila peralihan angin pengundi Melayu dapat diimbangi oleh pola pengundian

masyarakat Cina yang memihak kepadanya. Para pengundi dilihat tidak lagi menaruh

kepercayaan terhadap DAP dalam memperjuangkan nasib mereka. MCA mulai mendapat

semula kepercayaan para pengundi Cina memandangkan kemampuaannya dalam

membawa serta melaksanakan pembangunan yang dilihat mampu membawa kemakmuran

kepada komuniti itu.

Cabaran Dan Hala Tuju Pakatan Pembangkang

Perkongsian politik bukanlah satu perkara yang mudah dan ia melibatkan pelbagai aspek

seperti permuafakatan, toleransi dan semangat kekitaan bagi memastikan pakatan yang

terbentuk itu benar-benar utuh. Menyedari hakikat ini, parti-parti pembangkang telah

menjadikan Barisan Nasional yang terdiri daripada 13 komponen sebagai modelnya.

Namun begitu, pakatan pembangkang ternyata kekurangan formula perpaduan bagi

memastikan pakatan antara mereka mampu bertahan dan mencapai objektifnya.

Pelbagai cabaran yang muncul dilihat melemahkan pakatan-pakatan pembangkang

dan seterusnya ia ‘berkubur’ begitu sahaja. Pakatan Sosialist Front ( 1959-1964 ), PPP-

DAP-GERAKAN ( 1969 ), Gagasan Rakyat - APU ( 1990 ) dan Barisan Alternatif

( 1999 ) merupakan bukti kegagalan silam pakatan pembangkang. Dalam memperkatakan

kegagalan itu, faktor ideologi dilihat sebagai cabaran terbesar yang sering membelenggu

kerjasama antara parti-parti pembangkang. PAS memperjuangkan negara Islam dan

hukum hudud manakala DAP pula berpegang teguh pada dasar ‘Malaysian-Malaysia’.

Parti Semangat 46 pula muncul dalam pilihan raya 1990 dan 1995 cenderung

memperjuangkan kepentingan Melayu manakala PRM pula lebih tertumpu kepada

20

Page 21: pakatan pembangkang dalam politik malaysia

masyarakat kelas pertengahan di kawasan bandar. Parti KeADILan merupakan parti

pembangkang terbaru dan terus menyumbang kepada kekaburan matlamat serta ideologi

perjuangan pakatan pembangkang. Ia dilihat sebagai satu parti cetusan perasaan tidak

puashati penyokong-penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim. Lantaran itu, perjuangan

parti itu hanya menumpukan perjuangan untuk meletakkan Datuk Seri Anwar sebagai

Perdana Menteri55.

Persoalan yang timbul ialah bagaimanakah hendak mencari persamaan

kepentingan di antara parti-parti pembangkang? Mereka dilihat seolah-olah ‘tidur sekatil

tetapi mimpinya lain-lain’. Ini menyebabkan parti-parti pembangkang sentiasa bersaing

antara satu sama lain untuk menunjukkan pengaruh serta kekuatan masing-masing dalam

usaha menentukan corak perjuangan pembangkang di Malaysia. Senario ini dapat dilihat

dalam pilihan raya 1999 apabila ahli-ahli Barisan Alternatif bersaing sesama sendiri

walaupun pakatan telah pun dibuat. Barisan Alternatif bertembung sesama sendiri di

kerusi Undangan Negeri Kuala Kurau yang menyaksikan pertandingan tiga penjuru

anatara calon Barisan Nasional, PAS dan KeADILan. PAS dan KeADILan turut

bertelingkah di DUN Damak dan Batang Sadong di Sarawak56. Pada masa yang sama,

DAP dan KeADILan turut bertanding sesama sendiri di DUN Aulong, Taiping57.

Di beberapa kawasan yang lain, pertandingan tiga penjuru turut melibatkan

penyertaan parti-parti pembangkang bukan BA seperti Angkatan Keadilan Insan Malaysia

( AKIM ), Parti Reformis Sarawak ( STAR ) dan Parti Democratic Malaysia (MDP).

Kehadiran parti-parti serpihan ini jelas menunjukkan tiada kesepakatan yang kukuh di

kalangan parti-parti BA dan lain-lain parti untuk menjadi alternatif kepada gabungan

parti-parti komponen Barisan Nasional.

55 Pakatan pembangkang tempang, Massa, Jun, Utusan Melayu Berhad, Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, 1999, hlm. 17.

56 Hassan Mohd. Noor, Pilihan Raya paling sengit, Massa, November, Utusan Melayu Berhad, Kuala Lumpur, 1999, hlm.14.

57 Ibid.

21

Page 22: pakatan pembangkang dalam politik malaysia

Satu lagi cabaran kepada pakatan parti pembangkang ialah wujudnya parti yang

bermusim. Ia akan menonjolkan dirinya ketika pilihan raya dan lenyap selepas itu.

Keadaan yang tidak konsisten ini menghalang kepada usaha ke arah mewujudkan satu

pakatan yang kuat. Antara parti-parti pembangkang yang pernah mewarnai arena politik

negara dan telah tidak aktif lagi adalah seperti Parti Malaya dan Parti Tindakan Rakyat

pada pilihan raya 1964 dan Parti Keadilan Masyarakat ( PEKEMAS ), Kesatuan Insaf

Tanah Air ( KITA ) dan Parti Bebas Progresif Rakyat ( IPPP) dalam pilihan raya 1974.

Selain itu, terdapat juga parti-parti pembangkang yang gagal mempertahankan matlamat

perjuangannya lalu mengubah hala tujuannya. Parti PPP , GERAKAN dan IPF

merupakan contoh yang terbaik apabila parti-parti ini yang diasaskan sebagai parti

pembangkang ahkirnya beralah dan menyertai parti pemerintah selaku parti minoriti.

Senario yang hampir sama turut melibatkan parti Semangat 46 dan PBS yang

menyaksikan kedua-dua parti ini berada dalam persimpangan apabila menyertai puak

pembangkang dan akhirnya kembali ke Barisan Nasional. Fenomena cepat mengalah dan

tidak tahan dugaan menjadi pakatan pembangkang di Malaysia gagal membentuk barisan

pembangkang yang kuat seperti di Amerika Syarikat mahupun Britain dan seterusnya

gagal menyaingi Barisan Nasional.

Masa depan pakatan pembangkang pada hari ini berada di dalam dilema bak

pepatah ‘ hidup segan mati tidak mahu ’. Perasaan ego dan kepartian yang menebal

menyaksikan pakatan dalam BA kecundang apabila DAP bertindak keluar daripada BA

apabila menyifatkan pembentukkan negara Islam PAS ibarat ‘bom jangka’58. DAP

bertekad untuk tidak bekerjasama lagi dengan PAS dalam pilihan raya yang akan datang

dan telah menunjukkan kesungguhannya apabila pucuk kepimpinan parti itu

mengarahkan 19 wakilnya di Kelantan dan Terengganu melepaskan jawatan masing-

masing59. Sementara itu, hubungan DAP dengan KeADILan juga mengalami keretakan

58 G. Manimaran, Drama basi pakatan pembangkang, Massa, Januari, Utusan Melayu Berhad, Kuala Lumpur, 2003, hlm.21.

59 Star, 22 November 2003.

22

Page 23: pakatan pembangkang dalam politik malaysia

semasa pilihan raya kecil DUN Lunas pada penghujung 2000 akibat daripada

pertelingkahan kedua-dua parti itu dalam penentuan calon bagi kawasan Lunas, Kedah60.

Hubungan antara parti pembangkang dalam BA turut dibayangi oleh kewujudan

dokumen sulit yang didakwa milik PAS negeri Pahang yang dikatakan cuba mengkhianati

rakan mereka dalam BA. Pendedahan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob

tentang dokumen Ops 3P milik Pas memperlihatkan tipu muslihat PAS terhadap rakannya

dalam barisan pembangkang61. PAS didakwa tidak ikhlas dalam menyalin kerjasama

dengan DAP dan KeADILan dan kedua-duanya akan diketepikan sekiranya PAS

berkuasa kelak.

Walaupun telah berundur daripada BA, DAP dilihat cuba untuk membuat satu

pakatan baru dengan parti keADILan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-11.

Beberapa siri rundingan telah diadakan di antara kedua-dua pihak namun ia gagal

mencapai kata putus. DAP dan keADILan dikatakan bersaing di negeri-negeri seperti

Pulau Pinang, Perak dan Selangor apabila parti keADILan mengumumkan hasratnya

untuk bertanding kira-kira 60% kerusi di ketiga-tiga negeri itu. DAP ternyata kurang

senang dengan kenyataan parti keADILan itu yang dilihat seolah-olah

membelakangkannya.

Kemampuan untuk muncul dengan satu pakatan yang bernafas baru semakin tipis

apabila PAS bertindak mengumumkan ciri-ciri negara Islam parti itu menerusi dokumen

‘ Negara Islam’pada 12 November 2003. Tindakan PAS mendapat reaksi negatif rakan

BA, keADILan yang menyifatkan pengumuman dokumen itu tidak kena masanya dan

boleh memecah belahkan pakatan pembangkang62. Ini kerana istilah negara Islam itu

dikatakan akan terus menimbulkan salah faham dan ketakutan yang tidak perlu di

kalangan sesetengah pihak, terutamanya bukan Islam63.

60 Ibid.61 Berita Harian, 5 Februari 2003. 62 Berita Harian, 13 November 2003. 63 Ibid.

23

Page 24: pakatan pembangkang dalam politik malaysia

Kesimpulan

Kewujudan sebuah negara majmuk di Malaysia telah membawa kepada konsep

perkongsian kuasa di kalangan parti-parti politik. Di mana di dalam senario politik

negara, tidak ada wujudnya rakan mahupun musuh selama-lamanya. Sebarang

kemungkinan bakal menjadi realiti sekiranya kehendak serta tuntutan masing-masing

dapat dicapai.

Pembentukan parti Perikatan yang bermula dengan 3 komponen sebelum menjadi

9 komponen menjelang pilihan raya 1974 dan kini utuh dengan 13 komponen yang

mewakili pelbagai kaum di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak merupakan

contoh terbaik dalam perkongsian kuasa yang muhibah di Malaysia. Menyedari bahawa,

perlunya kerjasama antara pembangkang bagi menyaingi Barisan Nasional telah

membawa kepada pembentukan pajkatan-pakatan pembangkang dalam pilihan raya 1959,

1969, 1990 dan 1999. Namun begitu, pakatan-pakatan ini yang dilihat berbentuk catch-all

gagal berfungsi dengan berkesan. Walaupun dilihat mempunyai kekuatan untuk bersaing

seperti dalam pilihan raya 1969, 1990 dan 1999 tetapi ia gagal bertahan lama. Pelbagai

krisis dalaman yang tercetus dalam pakatan-pakatan itu akhirnya menyaksikan parti-parti

pakatan membawa arah tuju masing-masing. Selepas itu, wujudnya pula satu pakatan

baru menjelang pilihan raya yang akan tiba. Fenomena ini jelas menunjukkan ketidak

matangan pakatan pembangkang dan mencerminkan satu situasi yang dilihat kurang

bersedia untuk mengambil alih pucuk kepimpinan negara.

Bahang pilihan raya umum ke-11 semakin terasa, dan ia sekali lagi akan menjadi

penentu kepada survival dan kerjasama pembangkang samaada secara langsung atau tidak

langsung. Pelbagai strategi telah diatur oleh parti pembangkang. Barisan pembangkang

khususnya PAS akan menguji sejauhmanakah resipinya negara Islam dapat diterima oleh

para pengundi Islam manakala parti keADILan pula bertaut pada penyatuannya dengan

PRM yang dijangka mampu mendapat sokongan daripada golongan pengundi fahaman

sekular. DAP pula yang seolah-olah telah kehabisan modal politiknya akan terus

memainkan sentimen perkauman dan bergantung pengundi Cina dengan memberi

24

Page 25: pakatan pembangkang dalam politik malaysia

penekanan kepada pembentukan negara Islam ala UMNO mahupun PAS di samping

masa depan pendidikan Cina.

Justeru itu, plihan raya ke-11 ini bakal menjadi kayu pengukur kepada sejauh

manakah parti-parti pembangkang mampu berkompromi demi untuk memberi saingan

yang lebih bermakna kepada Barisan Nasional yang telah sekian lama memegang pucuk

kepimpinan negara. Walaupun gabungan pakatan pembangkang pada ketika ini berada

dalam keadaan yang lesu tetapi ia bukanlah faktor penghalang kepada terbentuknya satu

gabungan yang lebih mantap menjelang pilihan raya yang bakal tiba nanti.

25


Top Related