Download - pakaian cina

Transcript

Busana Kaum CinaSejarah kehadiran kaum Cina bermula dengan berkembangnya Melaka sebagi pusat perdagangan, diikuti Pulau Pinang dan Kula Lumpur. Kehadiran mereka ini membawa bersama bukan sahaja barangan dagangan untuk tukaran, tetapi jua adat resam, budaya dan corak pakaian tradisional mereka yang kemudiannya disesuaikan dengan suasana tempatan. Busana klasik Cina yang asalnya berlapis-lapis, sarat dengan sulaman benang emas dan sutera, kini masih boleh dilihat dengan diubahsuai mengikut peredaran masa dan kesesuaian. Jubah Labuh, Cheongsam, Baju Shanghai dan Samfoo kekal dipakai di dalam majlis dan upacara. Kebanyakannya masih dihasilkan dari negeri China menggunakan fabrik sutera dan broked yang berwarna terang dengan ragamhias benang emas dan perak.

Pakaian tradisi pasangan Cina yang diubah suai.

Lelaki memakai jubah labuh Ming moden dari satin dan wanita memakai Baju Shanghai

yang berbelah di depan.

Wanita memakai potongan Baju Shanghai yang lebih moden berkolar tinggi lengan

besar dan skirt labuh dari kain satin bersulam.

Sepasang Samfoo daripada fabrik satin Cina yang ditenun dengan motif-motif

melambangkan kesejahteraan.

Lelaki memilih Samfoo putih polos satin dan bertopi.

Wanita menggayakan Cheongsam moden dari sutera Cina berwarna hijau yang dikenali juga sebagai baju Hong Kong.

Wanita memakai Cheongsam moden labuh dari kain sutera Cina berwarna merah dan ditenun dengan motif-motif mewah.

Wanita memakai Samfoo dan seluar yang dibuat dari kain broked benang sutera. Pakaian yang digemari wanita separuh umur.

Pakaian lelaki Bangsawan, Baju Makua daripada broked Cina.

Sepasang pengantin menggayakan busana tradisional pengantin yang tampak mewah menggunakan fabrik broked Cina dan sutera serta lengkap perhiasan kepala.

Pakaian seni persembahan. Lelaki memakai Samfoo dan seluar longgar dari kain satin manakala wanita memakai Baju Shanghai dan skirt kembang juga dari kain satin.


Top Related