Transcript
Page 1: Pahang kenakan syarat lombong bijih besi - nre.gov.my di Akhbar/Pahang kenaka… · Pahang kenakan syarat lombong bijih besi 2011/05/05 KUANTAN: Kerajaan Pahang akan mengeluarkan

Pahang kenakan syarat lombong bijih besi 2011/05/05

KUANTAN: Kerajaan Pahang akan mengeluarkan garis panduan yang mengenakan syarat

tertentu bagi mengawal kegiatan melombong bijih besi di negeri ini, berikutan menerima kira-

kira 3,000 permohonan untuk menjalankan kegiatan itu sejak empat tahun lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, berkata kerajaan negeri sudah meminta Pejabat

Tanah dan Galian (PTG) membuat garis panduan berkaitan kegiatan mencari bijih besi itu.

Malah, beliau berkata, kerajaan negeri akan menubuhkan satu badan khas dikendalikan Majlis

Perbandaran Kuantan (MPK) bagi mengawal dan menyelaras kegiatan perlombongan bijih

besi di Pahang.

“Kegiatan mencari bijih besi di Pahang dilihat memberi pulangan besar kepada kerajaan

negeri berikutan permintaan bijih yang tinggi di pasaran dalam dan luar negara,” katanya pada

sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Kompleks

Yayasan Pahang di sini, semalam.

Dalam perkembangan sama, Adnan berkata, kerajaan negeri menerima royalti daripada

aktiviti sedemikian sebanyak RM5.5 juta bagi empat bulan pertama tahun ini, meningkat

berbanding RM4 juta sepanjang tahun lalu.

“Ini jelas menunjukkan sektor perlombongan bijih besi semakin meningkat dan sudah tentu

kita perlu wujudkan satu garis panduan bagi memastikan aktiviti ini tidak menjejaskan alam

sekitar,” katanya.

Terdahulu, beliau menyaksikan majlis menandatangani bagi memperbaharui perjanjian

persefahaman (MoA) antara Universiti Yarmouk yang diwakili Presidennya, Prof Dr Sultan

Abu Orabi dengan IKIP Education Sdn Bhd yang diwakili Pengerusi Lembaga Pengarahnya,

Datuk Dr Abdul Monir Yaakub.

Tajuk Pahang kenakan syarat lombong bijih besi

Tarikh : 5 Mei 2011

Sumber : Berita Harian

KERATAN AKHBAR ONLINE

Page 2: Pahang kenakan syarat lombong bijih besi - nre.gov.my di Akhbar/Pahang kenaka… · Pahang kenakan syarat lombong bijih besi 2011/05/05 KUANTAN: Kerajaan Pahang akan mengeluarkan

Top Related