Download - OBJEKTIF - Ministry of Health
PENGENALAN
Penubuhan Unit Hal Ehwal Islam di hospital
adalah sebagai satu mekanisme ke arah men-
jaga kebajikan orang Islam dari sudut rohani
dan jasmani selaras dengan syariat Islam.
OBJEKTIF
Menjadi sebuah unit yang mampu memberi
perkhidmatan yang cemerlang dalam me-
menuhi setiap keperluan berkaitan hal ehwal
Islam di hospital.
**********************************
Unit ini amat mengalu-alukan kerjasama dari
jabatan-jabatan kerajaan, swasta, badan-badan
Ngo’s, AJK Masjid dan individu untuk terlibat
sama dalam aktiviti sukarelawan dan Unit Hal
Ehwal Islam di hospital.
Pihak kami juga berbesar hati menerima cada-
ngan dan pandangan dalam melaksanakan ak-
tiviti dan perkhidmatan Unit Hal Ehwal Islam di
hospital.
UNIT HAL EHWAL ISLAM (UHEI)
SILA LETAKKAN RISALAH INI DI TEMPAT
YANG SEWAJARNYA
Sila dapatkan borang permohonan perkhidmatan kami di kaunter setiap wad;
Waktu perkhidmatan : 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
Unit Hal Ehwal Islam Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang
Tel : 03-3375 7000 samb. 1504/1507
Selawat Syifa’
اللهم صلى على سيدنا محمد
طب القلوب ودوائها وعافية
الابدان وشفائها ونورالابصار
وضيائها وعلى آله وصحبه
وبارك وسلم
BAGAIMANA MENYERTAI SUKARELAWAN SAHABAT
HOSPITAL?
Sukarelawan ini adalah pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Selangor dan merupakan Ngo Islam Majlis Agama Islam Selangor. Sukarelawan ini turut membantu UHEI dalam pelaksanaan pro-gram di hospital.
Borang keahlian boleh diperoleh: # UHEI hospital berkaitan # Semua Pejabat Agama Islam Daerah di Negeri Selangor # Jabatan Agama Islam Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor
Disediakan oleh : Unit Hal Ehwal Islam
Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang
Tel : 03-3375 7000 samb. 1504/1507
TERBITAN
2009
Ziarah pesakit Islam di wad
Merangkumi aspek bimbingan rohani dan memberi perangsang kepada pesakit dan waris agar redha de-ngan ujian mereka.
Bimbingan wudhu’/ tayammum dan solat kepada pesakit dan waris
Memberi pemahaman berkaitan kewaji-pan solat semasa sakit, bimbingan me-ngambil wudhu’/ tayammum semasa sa-kit. Bimbingan cara solat semasa sakit (mengikut kemampuan pesakit).
Bimbingan azan dan penamaan bayi Perkhidmatan bimbi-ngan azan, iqamah dan penerangan ber-kaitan tanggung-j a w a b i b u b a p a selepas kelahiran bayi menurut Islam.
PERKHIDMATAN UHEI Khidmat nasihat hukum Islam Bimbingan dari sudut kerohanian dan permasalahan hukum Is lam kepada kakita-ngan, pesakit dan waris yang ber-agama Islam. Program Bersama Kakitangan, Pesakit
dan Waris di wad
Program bacaan al-Qur`an, taklimat ber-kaitan kaifiat ibadah solat dan puasa ketika sakit bagi pelbagai disiplin wad.
Program Pembangunan Insan
Melaksana pelbagai kursus, ceramah, seminar dan kelas pengajian fardhu `ain kepada kakitangan, pesakit dan waris.
Program Kebesaran Islam
Program terbuka kepada semua warga Islam hospital dan masyarakat Islam setempat dengan kerjasama pelbagai pihak.
Perkhidmatan dan Penyeliaan Pengu-rusan Jenazah Islam
Perkhidmatan mer-angkumi aspek pe-ngurusan (mandi, kapan dan solat) kepada jenazah Is-lam berwaris, tanpa
waris dan muallaf. Perkhidmatan ini perlu merujuk di kaunter pertanyaan Jabatan Forensik hospital.
Penerbitan Bahan Pendidikan Islam
Risalah diterbitkan dengan usaha kaki-tangan UHEI merangkumi pelbagai per-masalahan hukum Islam sebagai pan-duan dan rujukan untuk kakitangan, pesakit dan waris di hospital.