Download - Note Takaful tbe

Transcript
  • 7/21/2019 Note Takaful tbe

    1/99

    1

    BAB A1

    PENGENALAN MUAMALAT ISLAM

    HASIL PEMBELAJARAN

    Pada akhir bab ini, calon akan dapat:

    Memahami konsep Islam, matlamat (maqasid)dan sumber-sumbersyariah.

    Memahami larangan-larangan dalam muamalat Islam.

    Memahami dan menerangkan peraturan-peraturan kontrak muamalat.

    A1.1 PENGENALAN

    Perkataan 'Islam' dalam bahasa Arab bermaksud penyerahan, dan berasal daripadaperkataan yang membawa maksud keamanan. Dalam konteks agama, Islam bermaknapenyerahan sepenuhnya kepada kehendak Allah (SWT). Islam bukanlah agama semata-

    mata tetapi suatu "deen",yang bermaksud 'cara hidup'. Ia merangkumi dimensi jasmani

    dan rohani dalam kewujudan manusia.

    Allah (SWT) telah menegaskan kesempurnaan Islam dalam ayatAl-Quranyang berikut;

    Maksudnya: "Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku

    telah cukupkan nimat Ku kepada kamu dan Aku redhai Islam menjadi agama untukkamu"

    (Al-Maidah: 3)

    1.1.1 Konsep Islam

    Pada asasnya, Islam merangkumi aqidah (kepercayaan), syariah (undang-undang) dan

    akhlak(kod moral/adab).

    Konsep syariah bukan sahaja mentadbir manusia dalam menjalankan hidupnya bagi

    merealisasikan kehendak Ilahi, tetapi meliputi semua tingkah laku; spiritual, mental sertafizikal. Oleh itu, prinsip-prinsip syariah bukan saja mengenai undang-undang tetapi

    meliputi keseluruhan cara hidup yang merangkumi kepercayaan (iman) dan amalan

    (amal),tingkah laku peribadi, undang-undang dan sosial.

    Oleh itu, Islam juga dikenali sebagaisyariah al-kubrayang merangkumi cara hidup yang

    telah ditentukan oleh Allah (SWT).

  • 7/21/2019 Note Takaful tbe

    2/99

  • 7/21/2019 Note Takaful tbe

    3/99

    3

    Fiqh Ibadat Peraturan penyucian mengenai hubungan antara manusia dan Allah

    (SWT) seperti solat, puasa, zakat, jihad dan beberapa bentuk ibadah

    lain yang termasuk di bawah tajuk ini.

    Fiqh Munakahat Peraturan berkaitan dengan undang-undang kekeluargaan sepertiperkahwinan, perceraian, harta pusaka, penjagaan dan perkara-

    perkara lain yang berkaitan.

    Fiqh Jinayat Ia dikenali sebagai undang-undang jenayah dalam Islam,

    merangkumi kesalahan besar seperti persetubuhan haram (zina),

    kecurian (sariqah),pembunuhan, dan lain-lain.

    Fiqh Muamalat Peraturan yang mengawal transaksi perdagangan antara pihak-pihakyang terlibat.

    1.1.2 ObjektifSyariah (Maqasid al Syari ah)

    Maqasid ialah perkataan dalam bahasa Arab yang bermaksud matlamat atau tujuan.Dalam konteks Islam, ia merujuk kepada objektif yang ditetapkan oleh syarak dalam

    mensyariatkan hukum.

    Menurut Imam al-Ghazali matlamat syariahadalah untuk menggalakkan kesejahteraan

    seluruh manusia, dengan menjaga iman mereka (deen),diri mereka (nafs),akal mereka

    (a'qal),keturunan mereka (nasl) dan harta benda mereka (mal). Apa sahaja yang boleh

    memastikan perlindungan daripada lima prinsip ini demi kepentingan awam, ia adalahsewajarnya.

    Terdapat lima maqasid(objektif) seperti berikut: -

    Pemeliharaan Keterangan / Catatan

    Agama Pemeliharaan dan perlindungan deen(agama) di dalam semua

    keadaan.

    Contoh:

    Mempertahankan agama Islam terutamanya jika ia diserangoleh musuh-musuh Islam.

  • 7/21/2019 Note Takaful tbe

    4/99

    4

    Nyawa Pemeliharaan dan perlindungan keselamatan nyawa manusiadidalam semua keadaan.

    Contoh:Dalam usaha untuk melindungi nyawa manusia, hukuman

    yang berat dikenakan ke atas mereka yang membunuh orang.

    Keturunan Pemeliharaan dan perlindungan keturunan dan kehormatan

    didalam semua keadaan.

    Contoh:

    Islam melarang pengikutnya berzina atau berkelakuan tidak

    bermoral.

    Akal Pemeliharaan dan perlindungan intelek dan minda di dalam

    semua keadaan. Pemeliharaan akal ialah melindunginya dari

    perkara-perkara yang boleh merosakkan dan menjejaskanfungsi serta keupayaan berfikir.

    Contoh:Pengambilan minuman keras atau seumpamanya akan

    memberi kesan negatif kepada fungsi otak.

    Harta Pemeliharaan dan perlindungan harta didalam semua keadaan.

    Contoh:

    Inisiatif dan perancangan pro-aktif dalam melindungi harta

    benda terhadap musibah atau bencana.

    1.1.3 Klasifikasi Manfaat Objektif Syariah

    Cendiakawan/ulama Islam telah membahagikan keseluruhan masalih - merangkap -maqasidkepada tiga kategori kepentingan dalam susunan menurun:

    Tahsiniyyat

    (perhiasan)

    Contohnya kereta mewah,barang kemas, dan sebagainya

    Hajiyyat(keperluan)

    contohnya pendidikan yang baik, rumah yang selesa, dansebagainya

    Daruriyyat(asas)

    contohnya makanan, pakai an, perlindungan.

    Kurang

    Penting

    Lebih

    Penting

  • 7/21/2019 Note Takaful tbe

    5/99

    5

    1.1.4 SumberSyariah

    Secara umum, sumber syariah terbahagi kepada dua, iaitu sumber-sumber yang

    dipersetujui oleh ulama (adillah muttafaq 'alaih) dan sumber-sumber yang tidak

    dipersetujui oleh ulama. Sumber-sumber yang dipersetujui oleh ulama adalah sumberyang digunakan untuk mengeluarkan peraturan mengenai sesuatu perkara atau masalahyang berlaku. Sumber-sumber ini diterima oleh ulama tanpa apa-apa perbezaan pendapat

    di kalangan mereka dari segi turutan atau kebolehgunaan.

    Terdapat empat sumber undang-undang yang dipersetujui oleh majoriti ulama seperti

    berikut:

    Sumber Keterangan / Catatan

    Al-Quran Al-Quran adalah firman Allah (SWT) yang diwahyukan kepada Nabi

    Muhammad (saw) dalam bahasa Arab melalui malaikat Jibril (as). Al-Quran adalah sumber rujukan utama dalam syariah. Ia adalah mu'jizat

    (makna yang mungkin tidak difahami oleh orang) dan tidak berubahdan dipelihara oleh Allah (SWT).

    Sunnah Menurut muhaddithun atau pakar hadith, sunnah merujuk kapada

    sebarang tingkah laku Nabi Muhammad (saw) termasuk perbuatanbeliau, kata-kata beliau, perbuatan beliau yang tidak melarang dan

    tidak menegah.

    Ia boleh dibahagikan kepada tiga kategori1:

    a. Sunnah Qawliyyah (Sunnah melalui Perkataan)

    Contoh: apabila Nabi Muhammad (saw) dengan jelas

    berkata, "Solatlah seperti yang engkau lihat aku bersolat"

    b. Sunnah Fi'liyyah (Sunnahmelalui Perbuatan)

    Jenis sunnah ini terdiri daripada perbuatan dan arahan

    sebenar Nabi, seperti cara beliau mendirikan solat,berpuasa, menjalankan upacara haji, atau transaksi yang

    dilaksanakan seperti jual beli dan urus niaga kewangan.

    c. Sunnah Taqririyyah (Sunnahmelalui Persetujuan)

    Sunnah ini terdiri daripada perbuatan dan kata-kata para

    sahabat di hadapan Nabi atau yang sampai kepada

    1Aznan Hasan, Asas Syariah dalam Kewangan Islam, ms 29

  • 7/21/2019 Note Takaful tbe

    6/99

    6

    pengetahuannya tetapi beliau diam sahaja. Kelulusantersirat Nabi Muhammad (saw) boleh disimpulkan

    daripada berdiam diri menandakan tingkah laku tersebut

    dibenarkan. Nabi Muhammad (saw) tidak akan berdiamdiri kepada perkara-perkara yang dilarang.

    Ijma ' Ijma istilah dalam bahasa Arab yang merujuk kepada persetujuan

    sebulat suara di kalangan mujtahidun selepas kewafatan Nabi

    Muhammad (saw).2

    Qiyas Qiyas merujuk kepada penggunaan hukum asal (hukum) yang telah

    ditetapkan dalam kes yang lebih awal mengenai isu semasa di mana

    undang-undang adalah senyap.3

    1.1.5 Undang-Undang Mandatori (Hukum Taklifi )

    Undang-undang mandatori (hukum taklifi) adalah undang-undang yang menghuraikan

    tentang arahan, larangan dan pilihan untuk melaksanakan atau meninggalkan

    aktiviti/pekerjaan. Menurut istilah Islam, tindakan seorang Muslim mesti dipandu olehkelima-lima hukum (al-ahkam al-khamsah)yang diklasifikasikan sebagai berikut:

    Klasifikasi Hukum Penerangan

    Wajib(wajib) Istilah wajibbermaksud tindakan yang mesti dilaksanakan

    oleh sesaorang muslim. Contoh: mendirikan solat dan

    berpuasa pada bulan Ramadhan. Dari segi teknikal, ia

    merupakan satu perbuatan yang dituntut oleh Allah (SWT)dengan syarat-syarat yang harus dipatuhi.

    Mandub(disyorkan) Mandubditakrifkan sebagai tuntutan Allah (SWT) di mana

    melakukan sesuatu perbuatan mendapat pahala dan tidak salah

    jika meninggalkannya. Hukum mandubialah berkaitan

    membuat sesuatu yang tidak bercanggah akan dapat pahala(thawab)bagi pelakunya, manakala meninggalkanya tidak

    berdosa seperti memberi sedekah.

    Haram(larangan /menyalahi undang-

    undang)

    Haramditakrifkan sebagai peninggalan sesuatu perbuatanyang diperintah oleh Allah (SWT) dengan syarat-syarat yang

    harus dipatuhi.Contoh perbuatan yang dilarang (haram)ialahpenggelapan kekayaan orang lain.

    2Aznan Hasan, Asas Syariah dalam Kewangan Islam,ms. 393Aznan Hasan, Asas Syariah dalam Kewangan Islam, ms 43

  • 7/21/2019 Note Takaful tbe

    7/99

    7

    Makruh(tercela atauditolak)

    Makruhditakrifkan sebagai peninggalan sesuatu perbuatanyang dituntut oleh Allah (SWT) dari segi syarat-syarat yang

    tidak terikat.Contoh perbuatan tercela (makruh)ialah hutang

    yang tidak didokumenkan (tidak direkodkan).

    Mubah(dibenarkan) Mubah atau perbuatan yang dibenarkan ialah Allah (SWT)telah memberi pilihan samaada melakukan atau meninggalkan

    sesuatu tanpa menyalahi atau memuji sipelaku. Menurut

    prinsip ini, semua kontrak dan urus niaga adalah dibenarkan,melainkan jika terdapat bukti yang menunjukkan sebaliknya.

    A1.2 ASAS MUAMALAT

    1.2.1 PengenalanMuamalat

    Istilah "muamalat"(jamak dari muamalah)bermaksud peraturan jual beli manakala dari

    segi teknikalnya Muamalat merupakan sebarang bentuk peraturan perhubungan dan

    persetujuan bersama antara manusia untuk menyelesaikan keperluan harian mereka,terutama dalam hal-hal yang berkaitan dengan perdagangan dan perniagaan. Muamalat

    merupakan hubungan sosial yang terdiri daripada pelbagai aktiviti ekonomi dan bukan

    ekonomi.

    Prinsip-prinsip asas yang memainkan peranan dalam membentuk peraturan syariah

    dalam muamalatialah:4

    Prinsip-prinsip Asas PeneranganKeharusan sebagaiPeraturan Umum

    Status semua perkara selain daripada ritual adalah dibenarkansehingga bukti dikemukan bahawa perkara tertentu dilarang.

    Kesimpulan Kontrak

    dengan Persetujuan

    Bersama

    Persetujuan bersama bermakna bahawa kontrak yang

    dimeterai oleh kedua-dua pihak hendaklah bebas daripada

    sebarang unsur-unsur paksaan, penipuan, salah nyata atau caralain yang menyalahi undang-undang.

    Pematuhan Kontrak

    denganMaqasid al

    Shariah

    Transaksi atau kontrak yang dibuat oleh individu-individu

    hendaklah selaras dengan maqasid al shariah.

    4Aznan Hasan, Asas Syariah dalam Kewangan Islam, ms 193-199

  • 7/21/2019 Note Takaful tbe

    8/99

    8

    Prinsip Edaran

    Kekayaan secara Meluas

    Kekayaan dan harta harus diedarkan di kalangan orang ramai

    dan dipindahkan secara aktif dari satu tangan ke satu tangan

    yang lain dalam bentuk perbelanjaan dan pelaburan.

    Prinsip Ketelusan dalamUrus niaga Perdagangan

    Semua urus niaga kewangan perlu dijalankan dengan telussupaya semua pihak jelas mengenai semua fakta penting

    termasuk terma-terma dan syarat-syarat urusan mereka.

    Adil dan Saksama dalam

    Urus Niaga

    Keadilan adalah prinsip umum shariahyang perlu diamalkan

    dalam semua transaksi dan kontrak Islam.

    1.2.2 Larangan dalamMuamalat

    Semua aktiviti ekonomi dibenarkan selagi aktiviti-aktiviti tersebut tidak melanggarsebarang prinsip-prinsip syariah. Pendapat ini disepakati dengan sebulat suara olehkesemua empat mazhab utama (Hanafi, Maliki, ShafiidanHanbali)bahwa semua bentuk

    urusan perniagaan yang melanggar sebarang prinsip-prinsipsyariahdianggap tidak sah.

    Prinsip-Prinsip Am

    Tidak dibenarkan membuat kontrak untuk menjual atau membeli produk-produkyang haram seperti alkohol atau bahan-bahan haram yang lain.

    Nabi Muhammad (saw) telah bersabda,

    "Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya telah melarang penjualan arak, daging

    haiwan yang mati, babi dan berhala,"

    (Riwayat Bukhari dan Muslim)

    Begitu juga, tidak dibenarkan membuat kontrak bagi mana-mana perjanjiankewangan yang berasaskan riba (bunga atau faedah).

    Maksudnya: "Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba"

    (Al-Baqarah: 275)

    Kontrak yang melibatkan perjudian (maisir)adalah dilarang dalam Islam.

  • 7/21/2019 Note Takaful tbe

    9/99

    9

    Maksudnya: "Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang khamar

    dan judi.Katakanlah: Pada keduanya ada dosabesar, dan ada pula beberapa

    manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya.

    (Al-Baqarah: 219)

    Kontrak yang melibatkan unsur-unsur ketidakpastian yang besar (gharar fahish)juga dilarang dan kontrak boleh dibatalkan.

    Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan(gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi

    dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka

    sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesamasendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu . "

    (An-Nisaa ': 29)

    Unsur-Unsur yang Dilarang

    1. Riba(Bunga atau Faedah)

    Al-Jassas mentakrifkan riba sebagai pinjaman yang diberi untuk satu tempoh

    yang ditetapkan dengan ditetapkan bayaran lebihan keatas principal yang mestidibayar oleh peminjam.Ribajuga ditakrifkan sebagai satu peningkatan yang tidak

    mempunyai pertimbangan yang sejajar dalam pertukaran harta untuk harta.5

    Larangan ribadisimpulkan daripada ayat berikut:

    Maksudnya:

    Orang-orang yang memakan (mengambil) riba tidak dapat berdiri betulmelainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhoyong-

    hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka

    mengkatakan: "Bahawa sesungguhnya berjual beli itu sama saja seperti riba".

    Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkanriba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kapadanya peringatan (larangan) dari

    Tuhannya lalu dia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telahdiambilnya dahulu (sebelum pengharaman riba) adalah menjadi haknya, dan

    perkaranya terserahlah kapada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi(perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itu ahli neraka, mereka kekal di

    dalamnya.

    (Al-Baqarah: 275)

    5Aznan Hasan, Asas Syariah dalam Kewangan Islam, ms 199

  • 7/21/2019 Note Takaful tbe

    10/99

    10

    Adalah jelas bahawa larangan mengenai riba mempunyai dua dimensi.Yang

    pertama melarang menambah jumlah hutang/pinjaman yang perlu dibayar yang

    dikenali sebagai riba duyun, manakala yang kedua, dalam sistem perdagangan

    barter, pertukaran barang ribawidari jenis dan asas yang sama ditukar dengan

    kadar/nisbah tukaran berbeza yang dikenali sebagai riba buyu'.

    Ini boleh diringkaskan seperti berikut:6

    a. Riba Duyun

    Kenaikan yang tidak wajar ke atas wang yang dipinjamkan sama ada

    dalam bentuk barangan atau wang tunai melebihi jumlah pokok.

    Jenis Penerangan

    Riba Qard Pertambahan (faedah) ke atas jumlah pinjaman

    pokok yang telah dipersetujui ketika kontrak

    dibuat.

    Riba Jahiliyyah Faedah dikenakan ke atas peminjam bagi

    pembayaran lewat atau kegagalan untukmembayar balik pinjaman.

    b. Riba Buyu

    Dalam urus niaga perdagangan dan pertukaran, berlaku pertukaran yang

    tidak sama ke atas komoditi ribawiyang jenis dan asas yang sama.

    6Aznan Hasan, Asas Syariah dalam Kewangan Islam, ms 33-34

    Riba

    Riba Duyun Riba Buyu

    Riba

    Jahiliyyah

    Riba

    Qard

    Riba

    Fadhl

    Riba

    Nasiah

  • 7/21/2019 Note Takaful tbe

    11/99

    11

    Jenis Penerangan

    Riba Fadhl Oleh kerana jumlah/kuantiti yang tidak sama rata

    Riba Nasi'ah Oleh kerana lanjutan masa penghantaran

    Nabi Muhammad (saw) bersabda,

    'Emas akan dibayar dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan

    gandum, barli dengan barli, kurma dengan kurma, dan garam dengan

    garam sama jenis untuk sama jenis, seimbang untuk seimbang,

    pembayaran yang dibuat dengan serta-merta. Jika jenis berbeza, ikutkehendak anda menjualnya dengan syarat pembayaran dibuat dengan

    serta-merta.

    (Riwayat Muslim)

    Dari hadith di atas, emas dan perak mewakili wang. Gandum, barli, tamardan garam mewakili barang makanan asasi.Barang tersebut dikenalisebagai barang ribawi.

    JenisMatawang Makanan Asasi

    Emas Perak MYR SGD Gandum Barli Tamar Garam

    Matawang

    Emas

    Perak

    MYR

    SGD

    Makanan

    Asasi

    Gandum

    Barli

    Tamar

    Garam

    Pada masa dan kadar yang sama

    Pada masa yang sama

    Tanpa syarat

    Peratuan pertukaran barangan berikut digunakan dalam menentukan sama

    ada transaksi berkenaan riba fadhlatau ribanasi'ah.

    Peraturan 1:

    Pertukaran antara bahan ribawidari jenis yang sama (dan asas yang sama)

    hendaklah menggunakan kadar yang sama berat, sukatan atau jumlah danpenghantaran dan pembayaran mestilah dibuat pada waktu yang sama.

  • 7/21/2019 Note Takaful tbe

    12/99

    12

    Jika pembayaran dan penghantaran barangan dibuat pada waktuyang sama tetapi kadar berat, sukatan atau jumlah bahan yang

    ditukar tidak seimbang, maka berlaku riba fadhl.

    Jika pembayaran dan penghantaran barangan tidak dibuat pada

    waktu yang sama tetapi kadar berat, sukatan atau jumlah bahanyang ditukar adalah seimbang, maka berlaku riba nasiah.

    Peraturan 2:

    Pembayaran dan penghantaran di antara bahan ribawi dari jenis yang

    berbeza dan asas yang sama perlu dibuat pada waktu yang sama, walaupunmungkin dengan harga yang berbeza. Keseimbangan kadar berat, sukatan

    atau jumlah barangan yang ditukar tidak penting.

    Jika bayaran dan penghantaran tidak dibuat pada waktu yang sama,

    maka berlaku riba nasiah.

    2. Gharar(Ketidakpastian)

    Gharar atau ketidakpastian membuat transaksi tidak sah dalam Islam kerana iaakan menyebabkan berlaku ketidakadilan kapada pihak-pihak yang terlibat.Ini

    adalah disebabkan kuantiti dan kualiti yang dinyatakan dalam transaksi berkenaan

    tidak ditetapkan dan tidak diketahui yang boleh menjadikan kontrak tidak sah atauboleh batal.

    Laranganghararboleh disimpulkan dari ayat berikut:

    Maksudnya:

    "Wahai orang-orang yang beriman. janganlah kamu makan (gunakan) harta-

    harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya)

    kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka diantara kamu, dan jangan kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri.

    Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu. "

    (An-Nisaa ': 29)

    Larangan transaksigharardisahkan dalam hadith berikut:

    Abu Hurairah ra melaporkan bahawa Nabi Muhammad (saw) melarang transaksi

    yang ditentukan dengan membaling batu, dan transaksi yang melibatkan

    sebarang ketidaktentuan.(Riwayat Muslim)

  • 7/21/2019 Note Takaful tbe

    13/99

    13

    Ghararboleh dikategorikan seperti berikut:

    a. Gharar Kecil(Yasir)

    Gharar kecil tidak menyebabkan kontrak jualan cacat kerana tidak

    memberi kesan kepada komponen-komponen utama (rukun atau unsur-unsur penting) kontrak dan syarat-syarat yang perlu bagi elemen-elemenpenting (contohnya syarat-syarat yang berkaitan dengan aset, harga,

    bahasa yang digunakan dalam kontrak dan sebagainya)

    b. Gharar Besar(Fahish)

    Secara amnya,ghararbesar adalah

    ketidakpastian yang terlalu nyata sehingga ia tidak bolehditerima, atau

    Ia terlalu kabur sehingga sukar dinilai.

    Ghararbesar menyebabkan kontrak tidak sah.

    3. Maisir(Perjudian)

    Maisir bermakna mendapatkan sesuatu dengan terlalu mudah atau memperolehi

    keuntungan tanpa berusaha. Islam melarang segala bentuk perniagaan di manakeuntungan kewangan diperolehi daripada mencuba nasib semata-mata atau

    spekulasi dan bukan dari pekerjaan. Tidak seperti gharar yang boleh diterima

    pada tahap tertentu, maisirtidak boleh diterima sama sekali.

    "Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan

    pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah,

    adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan.Oleh itu hendaklah kamumenjauhinya supaya kamu berjaya. "

    (Al-Maidah: 90)

    1.2.3 Konsep Kontrak dalam Muamalat

    "Aqad" dari sudut bahasa bermaksud "ikatan" atau "simpulan". Ia boleh diterjemahkansebagai "kontrak".

    Al-Barbati dalam kitabnya "Inayah 'ala Fath al-Qadri"mentakrifkan aqadsebagai:

    "Hubungan yang sah di sisi undang-undang tercipta melalui gabungan dua pengisytiharan

    dan wujud kesan perundangan ke atas perkara pokok yang dimaksudkan".

  • 7/21/2019 Note Takaful tbe

    14/99

    14

    Unsur-unsur penting dalam aqad:

    Unsur-unsur penting Penerangan

    Sighah a. Ijab(tawaran)

    DalamMajallah al Ahkam al Adliyyahdalam artikel 101,ijabditakrifkan sebagai ikrar - untuk membuat penjualan

    harta dan mengesahkan penjualan tersebut.

    b. Qabul(penerimaan)

    DalamMajallah al Ahkam al Adliyyahdalam artikel 102,qabul ditakrifkan sebagai ikrar yang disebut oleh pihak

    kedua apabila menerima penjualan harta dan dengan itu,

    perjanjian itu menjadi sempurna.

    Aqidain (pihak-pihak

    yang terikat dalamkontrak)

    Ia adalah syarat untuk kontrak yang sah bahawa pihak-pihak

    berkaitan mempunyai keupayaan. Keupayaan adalah kualitiyang menjadikan seseorang layak untuk mendapatkan hak-hak

    dan menjalankan tugas dan tanggungjawab.

    AqidainSighah Maaqud

    Alaih

    QabulIjab Barangan Harga

  • 7/21/2019 Note Takaful tbe

    15/99

    15

    Ma'aqud Alaih a Perkara Pokok

    Syarat-syarat yang perlu diambil kira menurutperundangan Islam bagi subjek kontrak:

    Perlu wujud pada masa kontrak.

    Mesti dimiliki secara sah.

    Mesti memberi manfaat atau hasil yangpenting bagi pihak-pihak yang

    berkontrak.

    Perlu mempunyai nilai komersial dalamprinsipsyariah.

    b Harga / Balasan

    Ditakrifkan sebagai nilai yang dijanjikan kepada pihaklain apabila membuat kontrak

    Syarat-syarat untuk balasan yang sah:

    Wujud (mawjud)

    Dibenarkan (halal)

    Sah (sahih)

    Berharga (mutaqawwim)

  • 7/21/2019 Note Takaful tbe

    16/99

    16

    BAB A2

    KONSEP RISIKO

    HASIL PEMBELAJARAN

    Pada akhir bab ini, calon akan dapat:

    Memahami konsep asas risiko.

    Memahami proses pengurusan risiko.

    Memahami bagaimana untuk menangani risiko.

    Memahami risiko dari perspektif Islam.

    Memahami hubungan antara risiko dengan Takaful.

    A2.1 PENGENALAN

    Istilah "risiko" secara amnya dikaitkan dengan kemungkinan berlakunya kerosakan,

    kecederaan atau kerugian. Terdapat unsur ketidakpastian daripada peristiwa yang berlakudan akibat daripada peristiwa tersebut.

    Menurut Khidmat Nasihat Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan United Kingdom (The

    Occupational Health and Safety Advisory Services, United Kingdom), risiko ditakrifkan

    sebagai "gabungan kemungkinan berlakunya peristiwa berbahaya atau pendedahan

    kepada peristiwa berbahaya dan tahap keterukan kecederaan atau kemudaratan yang

    boleh berlaku akibat peristiwa atau pendedahan tersebut". (the combination of the

    li keli hood of an occur rence of a hazardous event or exposure(s) and the sever ity ofin ju ry or il l health that can be caused by the event or exposure(s).)

    Dalam Takaful, perkataan "risiko" merujuk kepada kemungkinan berlakunya sesuatu

    peristiwa dan tahap keterukan kesan-kesan negatif daripada peristiwa tersebut. Dalam erti

    kata lain, ia sentiasa melibatkan ketidakpastian yang berpunca daripada kemungkinan

    berlakunya sesuatu peristiwa, yang mana hasilnya boleh mengakibatkan seseorangberada dalam kedudukan yang lebih buruk berbanding dengan kedudukan beliau sebelum

    berlakunya peristiwa tersebut.

    A2.2 KONSEP RISIKO

    Memandangkan wujudnya kaitan antara risiko dengan Takaful, tumpuan akan diberikan

    pada risiko yang melibatkan kemungkinan berlakunya kerugian dari segi kewangan.

    Kerugian kewangan boleh ditakrifkan sebagai penurunan atau kehilangan nilaidisebabkan oleh sesuatu kontingensi.

  • 7/21/2019 Note Takaful tbe

    17/99

    17

    Selain risiko merupakan ketidakpastian yang mungkin menyebabkan kerugian akibat

    daripada peristiwa yang tidak dijangka, risiko juga merupakan hubungan antara

    kekerapan dengan keterukan. Kekerapan merujuk kepada berapa kali kerugian berlaku(contohnya 170,670 kemalangan jalan raya setiap tahun) manakala keterukan merujuk

    kepada saiz kerugian (contohnya kerosakan kenderaan akibat kemalangan jalan raya

    mencapai RM10 juta pada tahun 2012). Hubungan antara kekerapan dengan keterukankewangan justeru adalah penting bagi syarikat insurans dan Pengendali Takaful.

    Secara umumnya, terdapat kekerapan yang tinggi bagi kadar insiden yang rendah dan

    kekerapan yang rendah bagi kadar insiden yang tinggi.

    Sebagai contoh, terdapat banyak insiden kecil kebakaran rumah berbanding dengan

    sangat sedikit kes kebakaran rumah yang musnah sama sekali.

    2.2.1 Kategori Risiko

    Risiko boleh dikelaskan kepada beberapa kategori yang berbeza. Kategori yang palingpenting adalah seperti yang berikut:

    1. Risiko Tulen berbanding Risiko Spekulatif

    Risiko Huraian Contoh

    Tulen Kemungkinan yang boleh

    menyebabkan hanya kerugian(contoh, rumah musnah akibat

    kebakaran) atau tiada kerugian

    (contoh rumah tidak musnah akibat

    kebakaran yang berlaku pada tahunitu). Risiko tulen amnya boleh

    dilindungi.

    Kebakaran, kilat, banjir,

    ribut, kematian awal,kemalangan, kecurian, dan

    lain-lain

    Spekulatif Kemungkinan yang boleh

    menyebabkan kerugian, tiadakerugian atau keuntungan

    (perolehan). Risiko spekulatif

    amnya tidak boleh dilindungi.

    Pelaburan dalam pasaran

    saham, turun naik matawang asing, menceburi

    perniagaan baharu.

    2. Risiko Asas berbanding Risiko Khusus

    Risiko Penerangan Contoh

    Asas Risiko yang akan memberikan

    kesan kepada semua lapisanmasyarakat atau sejumlah besar

    orang dalam masyarakat. Risiko ini

    bukan dalam kawalan individu.

    Kerosakan kepada harta

    benda akibat gempa bumi,peperangan, dan lain-lain

  • 7/21/2019 Note Takaful tbe

    18/99

    18

    Khusus Risiko yang akan memberi kesankepada individu sahaja dan dalam

    kawalan individu.

    Kerosakan kepada hartabenda akibat kemalangan,

    kecurian, rompakan.

    2.2.2 Jenis Risiko Tulen

    Risiko tulen boleh dikategorikan kepada tiga (3) jenis yang akan menjejaskan

    jaminan kewangan, iaitu:

    1. Risiko peribadi

    Risiko ini ditakrifkan sebagai risiko yang secara langsung memberikan kesan

    terhadap individu.

    Risiko peribadi seterusnya boleh dibahagikan kepada empat (4) jenis seperti yang

    berikut:

    Bil. Jenis risiko Huraian

    1 Kematian Awal Kematian ketua isi rumah atau pencari nafkah

    boleh menyebabkan kesukaran kewangan kepadatanggungan.

    2 Pendapatan yang

    tidak mencukupi

    semasa Persaraan

    Kemungkinan pesara hilang pendapatan yang

    diperoleh mereka jika mereka tidak mempunyai

    aset kewangan yang mencukupi atau sumber

    pendapatan persaraan lain.

    3 Kesihatan tidak

    memuaskan

    Kemungkinan untuk membayar bil-bil perubatan

    yang terlalu besar dan kehilangan pendapatan.4 Pengangguran Ancaman utama terhadap jaminan kewangan akibat

    daripada kitaran menurun perniagaan, perubahan

    teknologi dan ekonomi dan lain-lain

    2. Risiko Harta Benda

    Risiko harta benda merujuk kepada kemungkinan kerugian disebabkan oleh

    kerosakan harta benda yang berpunca daripada pelbagai sebab, seperti kebakaran,banjir, gempa bumi dan bencana alam yang lain.

    Terdapat dua (2) jenis risiko yang berkaitan dengan harta benda:

  • 7/21/2019 Note Takaful tbe

    19/99

    19

    Bil. Jenis risiko Huraian

    1 Kerugian Langsung Kerugian kewangan akibat kerosakan fizikal,kemusnahan atau kecurian harta. Sebagai contoh,

    sebuah kilang musnah oleh kebakaran (kerosakan

    fizikal kilang ialah satu kerugian langsung).

    2 Kerugian tidaklangsung atau

    kerugian turutan

    Kerugian kewangan akibat tidak langsung daripadaberlakunya kerosakan fizikal secara langsung atau

    kerugian kecurian harta. Sebagai contoh, tambahan

    kepada kerosakan fizikal kilang, pemilik akan

    kehilangan pendapatan (kerugian turutan)disebabkan oleh pengurangan dalam pengeluaran

    sementara kilang itu sedang dibaik pulih.

    3. Risiko Liabiliti.

    Risiko ini merujuk kepada kecederaan tubuh badan pihak ketiga atau kerosakanharta benda. Dalam kes ini, mahkamah boleh memerintahkan orang yang

    menyebabkan kemalangan untuk membayar ganti rugi yang besar kepada orang

    yang mengalami kecederaan.

    Contoh:

    Firma perniagaan boleh dipertanggungjawabkan dari segi undang-undang bagiproduk yang rosak yang boleh menyebabkan kecederaan atau kerosakan harta

    benda kepada pengguna yang menggunakan produk ini.

    2.2.3 Ciri- Risiko yang Boleh Dilindungi di bawah Takaful

    Bil. Ciri Huraian

    1 Nilai kewangan Risiko ini mesti melibatkan kerugian yang boleh diukur

    dari segi kewangan supaya pampasan kewangan boleh

    dibuat akibat daripada kerugian, contohnya kebakaranrumah, kereta yang dicuri.

    2 Pendedahan

    homogen (sama

    jenis)

    Perlu ada sejumlah besar risiko yang serupa, dan homogen

    (sama jenis) sebelum mana-mana risiko daripada jumlah

    yang besar tersebut boleh diinsuranskan.3 Risiko Tulen Secara umumnya, hanya risiko tulen (kerugian atau

    pulangan modal) boleh diinsuranskan kerana insurans

    tidak boleh digunakan untuk membuat keuntungan.

  • 7/21/2019 Note Takaful tbe

    20/99

    20

    4 Risiko khusus Risiko-risiko khusus boleh dilindungi jika merekamemenuhi kriteria-kriteria risiko yang lain yang boleh

    dilindungi di bawah Takaful. Risiko-risiko asas secara

    umumnya tidak boleh dilindungi, contohnya peperangan,perubahan dalam adat walaupun risiko-risiko tertentu

    boleh dipertimbangkan bergantung pada lokasi geografirisiko-risiko tersebut.

    5 Kebetulan Kekerapan dan keterukan apa-apa risiko mestilah benar-

    benar di luar kawalan orang yang menginsuranskan.

    6 Kepentingan Boleh

    Takaful

    Ditakrifkan sebagai hubungan undang-undang antara

    orang yang diinsuranskan dengan sesuatu perkara dalam

    Takaful. Risiko yang hendak diinsuranskan mesti

    mempunyai beberapa bentuk kerugian kewangan yangdiiktiraf oleh undang-undang. Orang yang Diinsuranskan

    mestilah orang yang akan mengalami beberapa kerugian

    kewangan jika risiko itu menjadi nyata, contohnya

    pemilik rumah menginsuranskan rumahnya sendiri.

    2.2.4 Sumber Risiko

    Selain risiko, penting juga untuk memahami faktor-faktor yang boleh menyebabkan atau

    menyumbang kepada berlakunya kerugian iaitu "Peril "dan"Bahaya ".

    1. Peril

    Peril menyebabkan berlakunya penyimpangan daripada apa yang kita

    jangkakan. Ia merupakan penyebab langsung kepada kerugian. Kewujudanperil memastikan bahawa kita dikelilingi oleh risiko seperti banjir, kematian,sakit, kecurian, keganasan dan lain-lain dan ini dibincangkan di bawah.

    a. Peril Semula Jadi:

    Kategori ini termasuk peril seperti kecederaan dan kerosakan yang

    disebabkan oleh unsur-unsur alam semula jadi seperti hujan, ais, salji,

    taufan, hurikan, gunung berapi, ombak besar, angin, gempa bumi, atau

    banjir.

    b. Peril Disebabkan Manusia:

    Terdapat juga peril disebabkan oleh manusia, yang menyebabkan

    kerugian. Ini merupakan hasil perbuatan masyarakat kita dan tindakan

    ganas dan tidak berperi kemanusiaan, yang mengakibatkan

    penyimpangan daripadajangkaan. Terdapat banyak peril seumpamaini, tetapi hanya sebahagian sahaja dibincangkan untuk

    menggambarkan kepentingan mereka.

  • 7/21/2019 Note Takaful tbe

    21/99

    21

    i. Kecurian

    ii. Rusuhan, mogok dan kerosakan dengan niat jahat

    iii. Kemalangan

    c. Peril Ekonomi:

    Kategori peril yang ketiga atau punca risiko ialah bercirikan ekonomi

    dan contoh risiko jenis ini ialah kegawatan, inflasi, turun naik pasaran

    tempatan dan ketidakstabilan firma perindustrian. Kegawatan dalampasaran menyebabkan tahap pengeluaran yang rendah dan

    peningkatan dalam pengangguran. Hasil pengeluaran yang rendah

    menyebabkan keuntungan yang berkurangan atau kerugian bagi

    tempat-tempat perniagaan manakala pengangguran menyebabkanpendapatan individu terhenti lantas mengakibatkan penderitaan mental

    dan fizikal.

    2. Bahaya

    Sementara bencana adalah punca langsung kerugian, bahaya merupakan

    faktor asas, yang meningkatkan kemungkinan berlakunya kerugian.Terdapat syarat-syarat, yang lebih berbahaya daripada yang lain contohnya,

    pekerjaan, sebagai juruelektrik adalah pekerjaan yang lebih berbahaya

    berbanding dengan jurubank kerana juruelektrik lebih mudah terdedahkepada kemalangan.

    Bil. Jenis Bahaya Huraian

    1 Bahaya Fizikal Bahaya fizikal ditakrifkan sebagai keadaan fizikalyang meningkatkan kemungkinan kehilangan.

    Contoh:

    Kerosakan pendawaian di bangunan yang

    meningkatkan peluangkebakaran.

    2 Bahaya Moral Bahaya moral ditakrifkan sebagai sikap individu

    yang meningkatkan kemungkinan kebakaran.

    Contoh:Membakar barangan yang tidak terjual dengan

    sengaja yang dilindungi di bawah Takaful.

  • 7/21/2019 Note Takaful tbe

    22/99

    22

    3 Bahaya moral Bahaya moral ialah suatu sikap kurang prihatinmengenai akibat tindakannya.

    Satu contoh ini ialah seorang yang cuaimemadamkan rokok dan tidak ambil peduli

    tindakannya melemparkan rokok itu di sekitaryang boleh menyebabkan kebakaran.

    A2.3 PENGURUSAN RISIKO

    Menurut Institut Insurans Bertauliah UK (Chartered Insurance Institute UK), pengurusanrisiko boleh ditakrifkan sebagai "pengenalpastian, analisis dan kawalan ekonomi bagi

    semua risiko yang memberikan kesan kepada aset dan keupayaan pendapatan

    perusahaan".

    Sementara itu, Institut Insurans Malaysia (Malaysian Insurance Institute, MII)mentakrifkan pengurusan risiko sebagai " pendekatan sistematik dalam menangani risikoyang mengancam aset dan pendapatan daripada perniagaan atau perusahaan ".

    2.3.1 Proses Pengurusan Risiko

    1. Mengenal Pasti Risiko

    Merujuk kepada proses mengenal pasti, menganalisis, mengkaji dan

    menjangkakan kemungkinan risiko. Objektif mengenal pasti risiko adalah

    untuk mengenal pasti dan mengkategorikan risiko yang boleh menjejaskanprojek dan mendokumentasikan risiko-risiko ini. Hasil daripada mengenal

    pasti risiko ialah penyenaraian risiko-risiko.

  • 7/21/2019 Note Takaful tbe

    23/99

    23

    2. Menilai Risiko

    Menilai risiko ialah proses menentukan kesan risiko atau potensi kerugiansupaya tindakan sewajarnya dapat diambil, dengan mengambil kira sumber

    yang ada. Dalam usaha menilai atau menentukan impak risiko, berikut perlu

    dipertimbangkan:a. Kekerapan Risiko

    Merujuk kepada bilangan berapa kali peristiwa yang menyebabkan

    kerugian akan berlaku dalam tempoh masa yang diberikan(kebarangkalian kejadiannya).

    b. Keterukan Risiko

    Merujuk kepada kos atau jumlah kerugian, dari segi nilai wang, yang

    timbul daripada peristiwa yang menyebabkan kerugian.

    3. Membangunkan Pelan Pengurusan Risiko

    Setelah risiko dinilai sepenuhnya, maka perlu pula untuk membangunkan

    pelan pengurusan risiko dengan memilih kaedah pengendalian risiko yang

    bersesuaian. Pemilihan perlu mengambil kira kos dan keberkesanan.

    Berikut ialah kaedah pengendalian risiko:

    Kaedah HuraianPenghindaran

    risiko

    Ini merupakan teknik yang diusahakan untuk menghapus atau

    mencegah risiko melalui pemberhentian aktiviti-aktiviti atauperniagaan yang mencetuskan risiko.

    Contoh:

    Seorang perokok berhenti merokok untuk mengelak risikokanser paru-paru.

    Pengawalan

    Risiko

    Ini merupakan satu teknik untuk mengurangkan risiko bagi

    mencapai tahap yang standard dan wajar. Ia melibatkan kaedah

    yang mengurangkan tahap kerugian yang teruk atau

    kemungkinan berlakunya kerugian.

    Contoh:Pemasangan perenjis air untuk memadamkan api bagi

    mengurangkan tahap kerugian yang teruk.

  • 7/21/2019 Note Takaful tbe

    24/99

    24

    PengekalanRisiko

    Ini melibatkan penerimaan risiko jika tahap semasa risikosudah berada pada tahap yang boleh diterima. Pengekalan

    risiko ialah satu strategi yang berdaya maju bagi risiko kecil

    apabila kos menginsuranskan risiko akan lebih besar dari masake masa berbanding dengan jumlah kerugian yang dialami.

    Pemindahanrisiko

    Ini melibatkan pemindahan risiko kepada organisasi atauindividu. Apabila risiko dipindahkan, kerugian akan dibayar

    oleh organisasi atau individu yang mana risiko tersebut

    dipindahkan.

    Contoh:

    Seorang pemilik rumah boleh memindahkan risiko kerugian

    yang ditanggung apabila rumahnya musnah oleh kebakarandengan menandatangani kontrak insurans kebakaran.

    Perkongsian

    risiko

    Islam tidak membenarkan penukaran risiko, iaitu jumlah

    pemindahan akibat kerugian kewangan yang timbul daripada

    risiko. Ia tidak diiktiraf sebagai adil kepada setiap pihak keranaia boleh menyebabkan terlebih beban -tuntutan di luar niat asal

    Pengendali Takaful, atau sebaliknya, yang juga boleh

    menyebabkan tahap premium yang tidak munasabah dikenakankepada orang yang diinsuranskan.

    Sebagai alternatif, individu atau organisasi boleh berkongsi

    risiko dengan orang lain yang mempunyai ciri risiko yangsama. Amalan ini dikenali sebagai Takaful atau saling

    melindungi.

    4. MelaksanaPelan Pengurusan Risiko

    Setelah melakukan pemilihan terhadap kaedah yang sesuai, pelan tersebutsedia untuk dilaksanakan. Bagi melaksanakan langkah ini, risiko tersebut

    perlu diberikan keutamaan dan diselaraskan dengan tindakan-tindakan yang

    diambil. Salah satu tindakan sudah tentunya adalah untuk menginsuranskan /

    melindungi risiko.

    5. Mengkaji dan memantau Pelan Pengurusan Risiko

    Aktiviti ini melibatkan kajian secara berkala, pemantauan ke atas prosespelaksanaan serta semakan secara progresif ke atas pelan berdasarkan apa-apa

    perubahan dalam persekitaran perniagaan dan ekonomi.

    Kajian secara berkala boleh membantu untuk mengenal pasti apa-apa

    kekurangan atau pelarasan dan juga memastikan objektif pelan itu dicapai.

    Kajian perlu dilakukan sekurang-kurangnya sekali setahun.

  • 7/21/2019 Note Takaful tbe

    25/99

    25

    A2.4 KONSEP RISIKO DALAM ISLAM

    Salah faham dalam kalangan umat Islam terhadap konsep takdir (qada dan qadar)

    adalah perkara biasa. Mereka percaya bahawa masa depan mereka adalah di tangan Allah

    (SWT) dan manusia tidak perlu mengambil apa-apa tindakan proaktif untuk mengubahkeadaan mereka.Ini adalah bertentangan dengan ayat al-Quranberikut:

    "... Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga

    mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. "(Ar Ra'd: 11)

    Islam menerima pakai pengurusan risiko sebagai salah satu cara untuk memastikanpencapaian sasaran dan objektif ke arah Sa'adah(kebahagiaan) di dunia dan akhirat. Ini

    boleh dijustifikasikan oleh ayat-ayatAl-Qurandan hadis.

    BuktiAl-Quran

    "Dan (pada suatu hari) raja Mesir berkata: Sesungguhnya aku mimpi melihat: tujuh

    ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus, dan aku melihattujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau dan tujuh tangkai lagi yang kering. Wahai ketua-

    ketua kaum (yang hadir), terangkanlah kepada ku tentang mimpi ku ini, kalau kamu

    orang-orang yang pandai menta`birkan mimp. Mereka menjawab: Yang demikian ituialah mimpi-mimpi yang bercampur aduk, dan kami bukanlah orang-orang yang

    mengetahui mimpi-mimpi (yang sedemikian) itu. Dan (pada saat itu) berkatalah orang

    yang terselamat di antara mereka yang berdua itu, dan yang baharu teringat (akan

    pesanan Yusuf) sesudah berlalu suatu masa yang lanjut: Aku akan memberitahu kepadakamu ta`birnya. Oleh itu, hantarkanlah daku pergi (kepada orang yang mengetahui

    ta`birnya)". (Setelah ia berjumpa dengan Yusuf, berkatalah dia): "Yusuf, wahai orang

    yang benar (pada segala-galanya)! Ta`birkanlah kepada kami (seorang bermimpimelihat): tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus dan

    tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau serta tujuh tangkai lagi yang kering (ta`birkanlah)

    supaya aku kembali kepada orang-orang yang mengutus ku itu, semoga mereka dapat

    mengetahui ta`birnya".Yusuf menjawab: "Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada

    tangkai-tangkainya kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan.

    Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun yang bersangatan kemaraunya,yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya kecuali sedikit dari apa

    yang kamu simpan (untuk dijadikan benih). "Kemudian akan datang pula sesudah itu

    tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat

    memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)".(Surah Yusuf: 43-49)

    Berdasarkan tafsiran ini, Nabi Yusuf (as) telah menasihati Raja Mesir cara untukmenghadapi apa-apa malapetaka. Dalam usaha untuk mempersiapkan diri bagi

  • 7/21/2019 Note Takaful tbe

    26/99

    26

    menghadapi 7 tahun kemarau (seperti yang diramalkan oleh Nabi Yusuf (as), orang-orang

    Mesir digalakkan untuk menanam tanaman secara aktif dalam tempoh 7 tahun pertama

    dan menyimpan hasil tersebut. Raja Mesir kemudiannya telah melantik Nabi Yusuf (as)sebagai Menteri Pertanian. Baginda kemudiannya melaksanakan cadangannya sendiri,

    seperti yang diperkenankan oleh Raja Mesir, dan hasilnya negara itu berupaya

    mengharungi 7 tahun kemarau.

    Ini adalah satu contoh yang jelas tentang pengurusan risiko, iaitu risiko kelaparan dan

    kebuluran dapat dicegah dengan menanam tanaman dan bahan yang boleh dimakan

    dalam tempoh 7 tahun kemakmuran.

    Bukti Hadis

    Nabi Muhammad (saw) pernah bertanya kepada seorang Badwi yang telah

    meninggalkan unta beliau dengan membuka ikatannya, "Mengapa kamu tidak mengikatunta anda?" Orang Badwi itu menjawab, "Saya serahkan kepada kehendak Allah. Nabi

    (saw) berkata, "Ikatlah unta kamu terlebih dahulu kemudian berserahlah kepada Allah

    (SWT).

    Perbualan ini menggambarkan bahawa bukan sahaja umat Islam harus menerima takdir

    mereka tetapi juga menunjukkan bagaimana umat Islam perlu berusaha untuk

    mengurangkan risiko kerugian dan bencana, iaitu pengurusan risiko.

    A2.5 RISIKO DAN TAKAFUL

    Terdapat banyak salah faham dalam kalangan umat Islam terhadap konsep takdir.

    Sesetengah orang Islam percaya bahawa masa depan adalah di tangan Allah (SWT),

    apabila mereka menghadapi mentaliti takdir dengan meletakkan diri mereka dalamdoktrin ini, iaitu sama ada seseorang itu kaya atau miskin, gembira atau sedih, semuanya

    ditakdirkan oleh Allah (SWT). Akibat salah faham yang nyata ini, apa-apa usaha atau

    strategi pengurusan risiko untuk melindungi aset atau kehidupan telah dianggap sebagai

    bertentangan dengan takdir dan kehendak Allah (SWT).

    Dalam perancangan kewangan Islam, Takaful ialah satu cara untuk mengurangkan risiko

    kerugian kewangan akibat kemalangan dan musibah (Iqtisad Al-Islamy, 2003). Padahakikatnya, Pelan Takaful ialah alternatif kepada insurans dalam perancangan kewangan

    konvensional. Dalam pelan Takaful, peserta akan membayar sejumlah wang yang

    ditentukan sebagai caruman (dikenali sebagai premium) sebahagiannya kepada dana

    risiko (peserta akaun khas) dengan menggunakan konsep Tabbaru '(derma) dansebahagiannya kepada pihak lain (dikenali sebagai pengendali Takaful ) dengan

    persetujuan bersama bahawasanya Pengendali Takaful adalah di bawah tanggungjawab

    dari segi undang-undang untuk memberikan peruntukan untuk perlindungan kewangan

  • 7/21/2019 Note Takaful tbe

    27/99

    27

    kepada peserta terhadap kerugian yang tidak dijangkakan, sekiranya risiko itu berlaku

    dalam tempoh yang telah dipersetujui.

    Dalam Takaful, risiko daripada individu atau organisasi disebarkan atau dikongsi dengan

    individu atau organisasi lain yang mempunyai corak yang sama secara relatif. Individu

    atau organisasi yang mengambil bahagian dalam skim ini akan memberikan carumankepada dana Takaful. Sekiranya sesuatu risiko berlaku, mereka akan menerima pulangandaripada dana Takaful untuk menampung kerugian yang telah dialami mereka.

  • 7/21/2019 Note Takaful tbe

    28/99

    28

    BAB A3

    PENGENALAN TAKAFUL

    HASIL PEMBELAJARAN

    Pada akhir bab ini, calon akan dapat:

    Memahami konsep asas Takaful.

    Memahami aplikasi dan manfaat Takaful.

    A3.1 PENGENALAN

    Industri Takaful Malaysia telah menyaksikan pertumbuhan yang pesat sejak awalpenubuhannya pada tahun 1984. Industri ini telah berkembang daripada industri yangterdiri dari Pengendali Takaful tunggal untuk menjadi industri yang berdaya maju. Hari

    ini, Takaful merupakan industri yang penting dalam sistem kewangan Islam.

    Menurut laporan Bank Negara Malaysia yang terkini, industri Takaful mengalami puratakadar pertumbuhan sebanyak 27 peratus daripada segi sumbangan atau caruman bersih

    antara tahun 2005 hingga 2012.

    3.1.1 Definisi

    Perkataan Takafulberasal daripada kata kerja bahasa Arab kafalayang bermaksudsaling menjamin. Oleh itu, pakatan yang melibatkan sekurang-kurangnya antara dua

    pihak yang sama-sama bersetuju untuk menjamin satu sama lain sekiranya berlaku

    kehilangan atau kerugian, sebagai akibat daripada ditimpa bencana mentakrifkan istilah

    "Takaful".

    Menurut Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA) Takaful bermaksud:

    "Suatu pengaturan yang berdasarkan saling membantu di mana peserta Takaful bersetuju

    untuk menyumbang kepada kumpulan wang bersama yang memberi manfaat kewangan

    bersama yang boleh dibayar kepada peserta Takaful atau waris mereka apabila berlaku

    keadaan-keadaan yang telah dipersetujui terlebih dahulu".

    A3.2 FALSAFAH DAN KONSEP TAKAFUL

    Pada dasarnya, sistem Takaful adalah berasaskan saling bekerjasama, bertanggungjawab,

    jaminan, perlindungan dan membantu dalam kalangan para pesertanya. Amalan yang

    sama boleh dilihat dalam amalan al-aqilah di bawah adat kebiasaan suku bangsa Arab

  • 7/21/2019 Note Takaful tbe

    29/99

    29

    sebelum kedatangan Islam di mana seorang pembunuh dikehendaki membayar wang

    darah (diyat) sebagai pampasan kepada keluarga si mati. Doktrin ini telah dibenarkan

    oleh Nabi Muhammad (saw) dan seterusnya dijadikan mandatori semasa Khalifah kedua,Saidina Umar Al Khatab (ra).

    1. Asas Kerjasama

    Takaful, adalah berasaskan konsep ta'awun bermaksud saling membantu. Para

    peserta skim Takaful bersetuju untuk membantu antara satu sama lain dalam

    berbentuk kewangan dalam perkara keperluan yang khusus (sebagaimana yangditakrifkan dalam kontrak Takaful) dengan menyumbang atau menderma kepada

    satu kumpulan wang yang umum.

    Konsep ini adalah berdasarkan perintah Allah (SWT) menerusi ayat yang berikut:

    "... Bekerjasamalah kamu dalam kebaikan dan ketakwaan, tetapi jangan kamu

    membantu satu sama lain dalam dosa dan permusuhan" (al-Maidah: 2)

    Nabi Muhammad (saw) menegaskan dalam hadis yang berikut:

    "Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya selagi dia membantu orang lain"

    (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud)

    2. Asas Tanggungjawab

    Seiring dengan disiplin syariah ke atas Takaful (yang bermaksud berkongsi

    tanggungjawab dan berkongsi jaminan), para peserta bersetuju untuk memberipampasan sekiranya berlaku musibah.

    Ibarat hubungan dan perasaan orang-orang yang beriman, antara satu samalain, adalah seperti jasad, apabila salah satu daripada bahagian-bahagian yang

    ditimpa kesakitan, maka seluruh jasad akan merasainya.

    (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

    3. Asas Saling Melindungi

    Para peserta Skim Takaful bersetuju untuk saling bertanggungjawab atauberkongsi tanggungjawab.

    Demi hayatku yang berada dalam kekuasaan Allah, tiada siapa akan masuk

    Syurga jika beliau tidak melindungi jirannya yang berada dalam kesusahan.(Diriwayatkan oleh Ahmad)

  • 7/21/2019 Note Takaful tbe

    30/99

    30

    A3.3 APLIKASI DAN MANFAAT-MANFAAT TAKAFUL

    Pada tahun 1985 Majlis Akademik Liga Islam Sedunia, sesudah membuatpengubahsuaian yang sewajarnya membuat kesimpulan bahawa insurans berbentuk

    kerjasama adalah diterima dan dianggap sebagai alternatif kepada insurans. Sistem ini

    yang berada di dalam rangka kerja Islam perlu diasaskan seperti berikut:

    1. Takaful

    Ulama Islam sebulat suara bersetuju bahawa perlindungan yang sesuai dengankehendaksyariahboleh diasaskan atas konsep Islam Takaful. Takaful adalah kata

    nama yang berasal daripada kata kerja bahasa Arab "kafala" yang bermaksud

    untuk menjaga keperluan seseorang. Takaful bermaksud saling membantu dalam

    kalangan kumpulan iaitu setiap ahli kumpulan bersama-sama berusaha untukmembantu mereka yang memerlukan dari dalam kumpulan.

    Konsep Takaful adalah berdasarkan perpaduan, berkongsi tanggungjawab danpersaudaraan ddalam kalangan ahli. Takaful boleh ditakrifkan sebagai tindakan

    sekumpulan orang yang berhasrat untuk menjamin antara satu sama lain dari

    dalam kumpulan terhadap kehilangan atau kerosakan yang mungkin berlaku ke

    atas sesiapa sahaja antara mereka.

    Ciri-ciri utama operasi Takaful adalah seperti berikut:

    o Pengendali bukanlah yang menanggung risiko, para Peserta yang salingmelindungi antara satu sama lain.

    o Pengendali Takaful bertindak sebagai pemegang amanah bagi pihak paraPeserta untuk menguruskan operasi perniagaan Takaful.

    o Semua caruman (premium) yang dibayar oleh peserta akan terkumpuldalam dana Takaful untuk pembayaran manfaat Takaful.

    o Dana Takaful pada masa yang sama boleh dilaburkan dalam urus niagayang diluluskan oleh Jawatankuasa Syariah.

    2. Model Takaful

    a. Mudharabah(Kontrak Perkongsian Keuntungan)

    Dalam perniagaan Takaful, para peserta adalah sebagai pemberi modalyang menyumbang sejumlah wang pada kumpulan wang Takaful,

    manakala Pengendali Takaful sebagai usahawan bersetuju untuk

    menguruskan kumpulan wang tersebut dengan hasrat menjana keuntungan

    bagi kedua-dua pihak, peserta dan pengendali berkongsi keuntungan padakadar yang ditentukan.

  • 7/21/2019 Note Takaful tbe

    31/99

    31

    b. Wakalah(Kontrak Agensi)

    Dalam perniagaan Takaful, peserta melantik Pengendali Takaful sebagai

    wakil mereka untuk menguruskan perlindungan Takaful dan kumpulan

    wang Takaful mereka.

    Sebagai balasan bagi perkhidmatan agensi, Pengendali Takaful dibenarkanuntuk mengenakan bayaran di bawah perjanjian tersebut. Fi boleh dibayar

    daripada caruman peserta Takaful. Ini bererti berdasarkan model di atas,

    perbelanjaan pengurusan boleh dicajkan kepada kumpulan wang Takafulsebagai caj pendahuluan.

    3. Konsep dan Kontrak Takaful

    a. Tabarru' (Derma)

    Dalam perniagaan Takaful, peserta bersetuju untuk menyumbang kepadakumpulan wang Takaful berasaskan kontrak tabarru'. Kontrak Tabarru'

    adalah elemen teras dalam perniagaan Takaful dan bukan sahaja

    diamalkan di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia.

    Tabarru' dengan nyatanya mengislamkan kontrak insurans dengan

    menghapuskan kebanyakan unsur-unsur yang bercanggah. Ini sebenarnya

    adalah perbezaan asas antara insurans yang patuh syariah dan insuranskonvensional. Dalam kontrak Takaful, Peserta hendaklah bersetuju untuk

    melepaskan sebagai derma keseluruhan atau sebahagian tertentu caruman

    yang sekali gus membolehkannya memenuhi tanggungjawab saling

    membantu dan saling jamin-menjamin.

    Kelebihan tabarru' dalam Takaful:

    i. Perlindungan Takaful yang patuhsyariah.ii. Kelebihan melakukan amal soleh.

    A3.4 MANFAAT-MANFAAT TAKAFUL

    Takaful menawarkan kedua-dua keuntungan kewangan melalui skim perlindungan dan

    "keuntungan" dari segi kerohanian. Beberapa manfaat adalah seperti berikut:

    1. Takaful membolehkan peserta untuk menunaikan tanggungjawab sosial terhadap

    masyarakat dan keluarga.

    2. Takaful juga membolehkan bantuan kewangan bagi yang kurang bernasib baik

    dan mereka yang memerlukan melalui konsep tabarru' di mana sebahagian

    daripada sumbangan itu akan diagihkan kepada kumpulan wang berisiko. Derma

  • 7/21/2019 Note Takaful tbe

    32/99

    32

    "Tabarru" juga membolehkan peserta untuk menyucikan diri mereka serta

    mencapai ketenangan fikiran.

    3. Menggalakkan nilai-nilai moral dan etika berurusan dalam semua aktiviti

    perniagaan dan operasi kerana ianya bebas daripada unsur-unsur yang dilarang

    seperti riba, gharardan maysirserta lain-lain unsur yang dilarang dalam urusankewangan.

    4. Memberi perlindungan dan keselamatan untuk keluarga dan kumpulan daripada

    sebarang musibah.

  • 7/21/2019 Note Takaful tbe

    33/99

    33

    BAB A4

    PERBANDINGAN ANTARA TAKAFUL DAN INSURANS

    HASIL PEMBELAJARAN

    Pada akhir bab ini, calon akan dapat:

    Memahami konsep asas, dasar dan jenis-jenis insurans.

    Memahami dan menerangkan unsur-unsur yang dilarang dalam amalan insurans.

    Memahami dan menerangkan perbezaan antara Takaful dan insurans.

    A4.1 PENGENALAN

    Insurans boleh ditakrifkan sebagai kontrak di mana satu pihak yang dinamakan sebagaipenanggung insurans, berjanji sebagai balasan terhadap pertimbangan yang dipersetujui,yang dipanggil premium bagi membayar kepada pihak lain, yang dinamakan pihak

    diinsuranskan, sejumlah wang, apabila berlakunya keadaan tertentu pada tempoh tertentu.

    Oleh itu, dalam erti kata yang lain, kontrak insurans adalah kontrak antara dua pihak,penanggung insurans dan pihak diinsuranskan, di mana pihak terdahulu berjanji untuk

    membayar ganti rugi kepada pihak yang kemudian apabila berlakunya keadaan tertentu

    sebagai pulangan pada sumbangan atau carumannya.

    Insurans telah wujud sejak beberapa abad. Sesetengah ahli sejarah menjejaki asal usul

    insurans dari 215 Masihi /CE, apabila kerajaan Romawi diperlukan oleh pembekal tenterauntuk menanggung semua risiko yang timbul akibat daripada serangan musuh, ribut, danlain-lain bencana alam terhadap bekalan yang dibawa di atas kapal mereka. (Omar Fisher,

    2009). Bukti terawal kontrak insurans bermula dari tahun sekitar 2,800 Sebelum Masihi

    di mana kod perundangan Babylon menunjukkan peraturan mengenai insurans. Pada

    asasnya konsep insurans telah dibangunkan untuk menangani bahaya yang dihadapi olehsaudagar-saudagar dan pedagang-pedagang di laut. Ini berbeza daripada perlindungan

    kargo dan barangan yang dibawa oleh kapal-kapal bagi perlindungan terhadap kehilangan

    nyawa para pelayar dan pegawai.

    Dalam erti kata lain, terdapat keperluan untuk manusia bersedia terhadap kerugian. Dan

    insurans moden boleh dijejaki bermula pada abad 1600 Masihi, apabila saudagar-saudagar British dan pemilik kapal mula bertemu di kedai kopi berhampiran Lombard

    Street di London. Kedai kopi ini dinamakan Lloyd, di mana mereka membuat perjanjian

    untuk saling berkongsi dalam keuntungan dan kerugian pelayaran di laut (Omar Fisher,

    2009).

    Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa amalan tersebut juga tersebar luas di kalangan

    orang Cina, Yunani dan Eropah. Kes pertama insurans hayat bermula pada tahun 1583 di

  • 7/21/2019 Note Takaful tbe

    34/99

    34

    England di mana kontrak jangka tertentu dikeluarkan untuk hayat William Gybbon. Satu

    perkembangan yang penting dalam industri insurans hayat ialah pembangunan jadual

    kemortalan oleh Edmund Halley dalam tahun 1693. Walau bagaimanapun, kira-kira satuabad kemudiannya barulah tahap ketepatannya telah dicapai dalam meramal kadar

    kemortalan.

    Insurans telah diperkenalkan di Malaysia bermula sejak abad ke-18 dan ke-19 di manafirma-firma perdagangan dan rumah-rumah agensi bertindak sebagai ejen bagi syarikat-

    syarikat insurans dari United Kingdom. Setelah mencapai kemerdekaan, terdapat usaha

    untuk menubuhkan syarikat insurans tempatan. Awal 1960-an menyaksikan pertumbuhanbanyak syarikat-syarikat insurans hayat dan am. Sesetengah syarikat dikendalikan secara

    kurang sihat dengan garis panduan pengunderaitan yang tidak wajar.

    Kerajaan kemudiannya campur tangan dan Akta Insurans 1963 telah diperkenalkan. Dibawah Akta tersebut, pengendalian dan pengawasan industri insurans secara am adalah

    dalam bidang kuasa Ketua Pengarah Insurans di bawah Kementerian Kewangan. Baru-

    baru ini, Kerajaan telah memperkenalkan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 bagimenggantikan akta yang lama.

    4.1.1 Definisi Insurans

    Insurans boleh ditakrifkan sebagai kontrak di mana satu pihak dinamakan penanggung

    insurans, berjanji sebagai balasan terhadap pertimbangan yang dipersetujui, dipanggilpremium bagi membayar kepada pihak lain, yang dinamakan pihak diinsuranskan,

    sejumlah wang, apabila berlakunya keadaan tertentu sepanjang tempoh tertentu.

    4.1.2 Asas Insurans

    Insurans adalah satu proses di mana kerugian yang dialami oleh beberapa pihak disebar

    luas kepada dan ditanggung oleh pihak yang ramai. Dalam amalan moden, insurans

    adalah satu bentuk di mana beban kewangan musibah dipindahkan daripada Penanggung

    Insurans kepada Pihak yang Diinsuranskan. Konsep di sebalik insurans adalah bahawasekumpulan orang terdedah kepada risiko yang sama berkumpul bersama-sama dan

    memberi sumbangan ke arah pembentukan satu kumpulan wang terkumpul. Seandainya

    ada pihak yang benar-benar mengalami kerugian daripada risiko tersebut, ia dibayarpampasan daripada kumpulan wang terkumpul yang sama. Sumbangan kepada

    pengumpulan tersebut dilakukan oleh sekumpulan orang yang berkongsi risiko umum

    dan dikutip oleh syarikat insurans dalam bentuk premium.

    Kontrak insurans adalah kontrak indemniti/ganti rugi (tidak termasuk Insurans Hayat dan

    Kemalangan Diri) dan prinsip ini menempatkan Pihak Diinsuranskan pada kedudukan

    kewangan yang sama seperti mana dia berada sebelum berlakunya musibah. Jumlahpihak diinsuranskan mestilah ditetapkan pada tahap, yang akan memberikan pampasan

  • 7/21/2019 Note Takaful tbe

    35/99

    35

    yang mencukupi pada masa kerugian. Bagi insurans hartanah, susut nilai mestilah

    diambil kira. Kos insurans bergantung kepada skop perlindungan di mana tambahan

    perlindungan memerlukan tambahan premium. Secara umumnya, hanya kerugian yangtidak diduga dan tidak dijangka boleh diinsuranskan. Oleh itu, musibah atau kerugian

    yang dijangka secara amnya tidak boleh insurans (kecuali dalam Insurans Hayat).

    4.1.3 Jenis-jenis Insurans

    Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) memperuntukkan bahawa:

    1. Bagi maksud Akta ini, perniagaan insurans hendaklah dibahagikan kepada

    dua kelas:

    a. Perniagaan hayat, yang mana tambahan pada semua perniagaan yang

    insurans berkenaan dengan polisi hayat termasuk sebarang jenis

    perniagaan insurans yang dijalankan hanya berkaitan dengan perniagaanpenanggung insurans hayat, dan

    b. Perniagaan am, yang bererti semua perniagaan insurans yang bukan

    perniagaan insurans hayat.

    2. Bagi maksud Akta ini, insurans semula liabiliti di bawah polisi dikira sebagai

    perniagaan insurans dari kelas dan perihalan di mana polisi tersebut akantergolong jika ianya dikeluarkan oleh penanggung insurans semula.

    A4.2 RESOLUSI SYARIAH TERHADAP INSURANS

    Konsep insurans tidak mendapat persetujuan menyeluruh dari para ulama sama ada

    dibenarkan (halal) atau dilarang (haram). Oleh kerana insurans sebagaimana yangdiamalkan sekarang, tidak wujud semasa zaman Nabi Muhammad (saw) 'ijtihad'

    digunakan untuk menentukan sama ada insurans dibenarkan atau sebaliknya.

    4.2.1 Fatwa mengenai Larangan Insurans

    1. Imam Sayyid Muhammad Amin ibn Sayyid Umar(Ibn Abidin)

    Ibn Abidin, ulama Islam dari MazhabHanafimengeluarkan fatwa pada tahun

    1836 bahawa kontrak tukaran yang digunakan dalam insurans konvensional

    tidak mematuhi kontrak tukaran (muawadhah)seperti yang dikehendaki oleh

    syariah.2. Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan

  • 7/21/2019 Note Takaful tbe

    36/99

    36

    Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam

    Malaysia, pada mesyuarat yang diadakan pada 15 Jun 1972 membincangkan

    dan memutuskan mengenai isu-isu Insurans Hayat.

    Keputusan:

    Insurans Hayat yang disediakan oleh syarikat-syarikat insurans hari ini adalahtransaksi perniagaan yang tidak sah kerana ia bercanggah dengan prinsip-

    prinsip perniagaan Islam memandangkan kontrak mengandungi unsur-unsur

    gharar, maisirdan riba. Oleh yang demikian dari sudut pandangan syariah,insurans adalah haram.

    3. AkademiFiqh OIC

    AkademiFiqhIslam, yang terbentuk daripada Pertubuhan Persidangan Islam,

    bermesyuarat dalam Sesi Kedua di Jeddah, Arab Saudi, dari 10 hingga 16

    Rabiulawal1406 H (bersamaan dengan 22-28 Disember 1985). Dan selepasmengkaji semula pembentangan dari para ulama yang mengambil bahagian

    dalam sesi berkenaan `Insurans dan insurans semula, dan setelah berbincang

    perkara yang sama, dan selepas memeriksa secara dekat kesemua jenis-jenis

    dan bentuk-bentuk insurans dan mengkaji secara mendalam prinsip-prinsipasas yang telah mereka asaskan dan matlamat serta objektif, dan meneliti

    secara mendalam apa yang telah dikeluarkan oleh Akademi Fiqhdan lain-lain

    institusi dalam perkara ini;

    Keputusan:

    Kontrak Insurans Komersil, dengan premium berkala yang tetap, biasanyadiamalkan oleh syarikat-syarikat insurans komersial, adalah kontrak yang

    mengandungi unsur-unsur utama risiko, yang akan membatalkan kontrak dan

    oleh yang demikian adalah dilarang (haram)mengikutsyariah.

    Kontrak alternatif yang sesuai dengan prinsip-prinsip Islam adalah urusan

    kontrak insurans koperatif, yang diasaskan atas dasar kebajikan dan

    kerjasama.

    Akademi Fekah OIC menjemput negara-negara umat Islam untuk

    menubuhkan institusi insurans koperatif dan entiti koperatif bagi insuranssemula, dalam membebaskan ekonomi Islam daripada eksploitasi dan

    pelanggaran sistem Allah yang telah disediakan untuk ummah.

  • 7/21/2019 Note Takaful tbe

    37/99

    37

    4.2.2 Unsur-unsur yang dilarang dalam Amalan Insurans

    Insurans adalah berdasarkan kepada kontrak beli dan jual yang mewujudkan unsur-unsur

    larangan seperti berikut:

    1. Riba

    Riba Nasi'ah Pertukaran bahan ribawi antara pihak diinsuranskan

    (premium) dan syarikat insurans (manfaat-manfaat

    tuntutan) pada masa yang berbeza.

    Riba fadhl Pertukaran bahan ribawi antara pihak diinsuranskan(premium) dan syarikat insurans (manfaat-manfaat

    tuntutan) pada kuantiti yang berbeza.

    Riba Qard Syarikat insurans melabur premium dalampelaburan yang menghasilkan faedah.

    Syarikat insurans membayar faedah ke atasproduk mereka.

    Syarikat insurans mengambi kira faedah masadepan apabila mengira premium.

    Faedah yang dicajkan pada polisi pinjaman

    Riba jahiliyyah Faedah yang dicajkan pada premium yang dibayar lewat.

    2. Gharar

    Kedua-dua pihak dalam kontrak insurans tidak mengetahui secara tepatapakah kewajipan dan tanggungjawab mereka antara satu sama lain, baik

    syarikat insurans mahupun pihak diinsuranskan yang tahu hasil daripadakontrak.

    Pihak diinsuranskan tidak tahu jumlah pampasan yang dia mungkin terimaseandainya berlaku kemalangan atau bahaya sebagaimana juga pihakdiinsuranskan tidak tahu akan ada pampasan sebagaimana tidak tahunya

    hasil daripada kontrak.

    Penanggung insurans tidak tahu bila bahaya yang akan berlaku. Tidak ada keadilan dalam insurans yang mana pihak diinsuranskan

    dikehendaki membayar premium tetapi jika peril yang diinsuranskan tidakberlaku, pihak yang diinsuranskan tidak akan menerima apa-apa bayaran.

    Insurans adalah satu janji untuk membayar pampasan yang kadangkaladipenuhi dan kadangkala tidak. Ketidakpastian dalam hasil pertukaran

    pada ketika kontrak itu dimeterai, hasil daripada pertukaran itu masihtidak pasti.

  • 7/21/2019 Note Takaful tbe

    38/99

    38

    4. Maisir

    Pihak diinsuranskan boleh menerima sejumlah besar wang, tanpa inputyang sama.

    Berkemungkinan membayar premium tanpa mendapat sebarang amaun

    atau jumlah wang sebagai balasan. Penanggung insurans kerugian jika terlalu banyak tuntutan.

    Premium yang diperoleh melebihi tuntutan, Penanggung insurans bolehmembuat keuntungan yang besar.

    A4.3 PERBEZAAN ANTARA TAKAFUL DAN INSURANS

    Bil. Isu-isuberkaitan

    Takaful Insurans

    1 Inti pati Niat Niat adalah untuk

    mewujudkan kedua-duaperhubungan rohani dan

    undang-undang

    Niat adalah untuk mewujudkan

    hubungan undang-undangsahaja

    2 Isi kandungan Isi kandungan mestilah

    dibenarkan Syariah

    Isi kandungan mestilah

    dibenarkan oleh Common Law.

    3 Jaminan Pengendali Takaful hanyaPengurus Kumpulan Wang

    atau Dana. Peserta saling

    menjamin antara satu samalain

    Syarikat yang menyediakanjaminan

    4 Kumpulan

    Wang atauDana

    Kumpulan Wang atau Dana

    adalah milik Peserta dandiuruskan oleh Pengendali

    Takaful bagi pertimbanganyang sah terhadap

    perkhidmatan yang diberikan

    Kumpulan Wang adalah milik

    Syarikat walaupun asetdiasingkan dan dikekalkan di

    antara pemegang sahamdengan pemegang polisi

    5 Bayaran

    sumbangan /

    premium

    Sumbangan dianggap sebagai

    derma (tabarru)

    Premium yang dibayar

    mewujudkan suatu kewajipan

    terhadap penanggung insuranske atas kontrak jual beli

    6 Unsur

    Larangan

    Model Islam adalah

    berdasarkan prinsip-prinsip

    Islam dan bebas daripadasebarang unsur-unsur haram

    Polisi insurans berkisar unsur-

    unsur Gharar, Riba dan Maisir

    7 Keuntungan Keuntungan dikongsi antaraPeserta dengan Pengendali

    Dalam insurans keuntunganadalah mengikut budi bicara

    Syarikat

  • 7/21/2019 Note Takaful tbe

    39/99

    39

    8 Kontrak Gabungan kontrak tabarru'(derma) dan agensi atau

    kontrak perkongsian

    keuntungan

    Kontrak pertukaran (jual danbeli) antara penanggung

    insurans dengan pihak

    diinsuranskan

    9 Pendekatan

    Risiko

    Konsep perkongsian risiko

    dalam kalangan Peserta

    Konsep pemindahan risiko

    daripada pihak diinsuranskankepada syarikat insurans

    10 Manfaat Dibayar daripada kumpulan

    wang atau dana bersama yang

    ditakrifkan di bawah

    indemniti/ganti rugi yangditanggung oleh peserta

    Dibayar daripada kumpulan

    wang atau dana yang dimiliki

    secara sah oleh syarikat

    11 Keuntungan /

    Bonus

    Menyatakan dari awal lagi

    bagaimana keuntungan yang

    akan dikongsi di antarapeserta dengan pengendali

    Boleh menawarkan bonus atau

    keuntungan secara umum

    sahaja terutamanya denganpolisi keuntungan penyertaan

    12 PelaburanKumpulanWang atau

    dana

    Aset kumpulan wang ataudana takaful dilaburkan dalaminstrumen yang patuh Syariah

    Tiada sekatan selain daripadaalasan-alasan yang disebabkanoleh peraturan kehematan

  • 7/21/2019 Note Takaful tbe

    40/99

    40

    BAB A5

    PRINSIP DAN MODEL PERNIAGAAN TAKAFUL

    HASIL PEMBELAJARAN

    Pada akhir bab ini, calon akan dapat:

    Menyenaraikan pelbagai prinsip asas Takaful.

    Memahami model perniagaan Takaful yang diterima pakai oleh Pengendali Takaful.

    Menerangkan pelbagai prinsip dan model kepada bakal pelanggan.

    A5.1 PENGENALAN

    Kontrak Takaful bukan sahaja tertakluk kepada prinsip-prinsip umum undang-undangkontrak, tetapi juga prinsip-prinsip khusus undang-undang yang termaktub dalam kontrak

    Takaful. Berdasarkan kaedah-kaedah undang-undang yang telah ditetapkan dalam konsepfiqh al-asl fi al-ashya 'al-ibahah (semua perkara adalah dibenarkan melainkan jika

    ditetapkan sebaliknya), kontrak Takaful menyepadukan prinsip-prinsip normal insurans

    ke dalam amalan Takaful yang merangkumi konsep keadilan dalam berurusan seperti

    yang dihuraikan dengan terperinci olehsyariah.

    A5.2 PRINSIP-PRINSIP ASAS TAKAFUL

    5.2.1 Kepentingan Boleh Takaful (Lindung)

    Istilah "Kepentingan Boleh Takaful" merujuk kepada manfaat (atau faedah) seseorangyang ada pada sesuatu objek atau orang yang dilindungi. Manfaat ini boleh dirujuk

    kepada, antara lain, manfaat kewangan. Seseorang yang memiliki kepentingan yang

    dibolehkan pada suatu benda yang apabila dia mengalami kerugian (kewangan atau

    sebaliknya) sekiranya benda tersebut dirosakkan atau hilang.

    Kepentingan Boleh Takaful wujud apabila terdapat hubungan antara peserta dengan

    sesuatu benda, kebiasaannya timbul daripada beberapa situasi seperti berikut:

    Hubungan DeskripsiPemilikan Harta benda Pemilik harta benda akan rugi daripada segi kewangan

    jika harta benda mereka rosak atau musnah.

    Potensi Liabiliti Undang-

    undang

    Kepentingan Boleh Takaful boleh juga wujud apabila

    terdapat kerugian kewangan yang berlaku daripada liabiliti

    undang-undang.

  • 7/21/2019 Note Takaful tbe

    41/99

    41

    Hak Perundangan Kepentingan di atas boleh diwujudkan sekiranya terdapatperuntukan dalam kontrak bahawa satu pihak

    bertanggungjawab sepenuhnya bagi sebarang kerugian

    atau kerosakan pada harta benda dan liabiliti pihak ketiga.

    Kepentingan Boleh Takaful mestilah wujud pada permulaan dan pada masa berlakukerugiansekiranya tidak, perlindungan Takaful adalah tidak sah.

    Beberapa contoh mereka yang mempunyai Kepentingan Boleh Takaful adalah: -

    1. Individu yang hayat dan badannya mempunyai Kepentingan Boleh Takaful yangtidak boleh dipersoalkan pada apa jua jumlahnya.

    2. Pasangan yang mempunyai Kepentingan Boleh Takaful terhadap hayat dan hartabenda sesama mereka.

    Seseorang itu mempunyai Kepentingan Boleh Takaful terhadap kanak-kanak ataubayi di bawah umur majoriti ketika perlindungan Takaful mula berkuat kuasa, dan

    juga terhadap sesiapa yang di bawah jagaannya sepenuh masa atau sebahagiandaripadanya.

    4. Pemiutang mempunyai Kepentingan Boleh Takaful terhadap hayat si penghutang(setakat jumlah hutang) tetapi penghutang tidak mempunyai kepentingan terhadaphayat si pemiutang.

    5.2.2 Kewajipan Penuh Percaya Mutlak

    Kewajipan Penuh Percaya Mutlak boleh ditakrifkan sebagai kewajipan yang positifsecara sukarela untuk menzahirkan, dengan tepat dan sepenuhnya semua fakta pentingmengenai risiko yang dicadangkan, sama ada diminta atau tidak.

    Kontrak Takaful, kedua-dua Keluarga dan Am yang dimeterai oleh semua pihak

    berdasarkan Penuh Percaya Mutlak, bermaksud bahawa kedua-duanya adalahdikehendaki untuk mendedahkan semua fakta yang berkaitan, sama ada diminta atau

    tidak, yang penting kepada keputusan pihak lain untuk memasukkannya ke dalam

    kontrak. Kegagalan mendedahkan maklumat penting walaupun tidak diminta,

    membuatkan pihak yang terkilan berhak untuk menganggap kontrak sebagai tidak sah. Dibawah doktrin Penuh Percaya Mutlak kedua-dua pihak iaitu peserta dan Pengendali

    Takaful mestilah mendedahkan semua fakta penting sepenuhnya dengan penuhkebenaran.

    Doktrin Penuh Percaya Mutlak juga memerlukan bahawa tidak ada penyembunyian,

    salah pernyataan atau berniat menipu fakta-fakta penting. Tanggungjawab Penuh Percaya

    Mutlak mestilah berterusan sepanjang tempoh Takaful di mana peserta dikehendakimemberitahu dan mendedahkan kepada Pengendali Takaful akan sebarang perubahan

    yang mungkin meningkatkan risiko dengan ketara. Pengendali Takaful seterusnya akan

  • 7/21/2019 Note Takaful tbe

    42/99

    42

    membuat keputusan sama ada peningkatan risiko tersebut memerlukan peningkatan

    dalam kadar caruman, perlukan syarat-syarat tambahan, atau dalam kes yang teruk,

    terpaksa dibatalkan. Sebagai contoh ialah perubahan fungsi/kegunaan sesebuah bangunandaripada sebuah kedai runcit kepada stor penyimpanan bahan bunga api.

    Dalam kontrak Takaful, bagi penguatkuasaan sijil, pihak-pihak yang terlibat di dalamnyaperlu mempunyai niat yang baik. Oleh itu, tiadanya pendedahan tentang fakta-faktapenting, penglibatan dalam perbuatan menipu, salah pernyataan atau pernyataan palsu

    adalah semua unsur yang boleh membatalkan sijil Takaful.

    Pelanggaran Penuh Percaya Mutlak berlaku apabila pencadang tahu atau menjangkakan

    secara munasabah untuk mengetahui sesuatu fakta penting:

    Gagal menzahirkan fakta penting, atau

    Salah nyata fakta penting.

    Apabila peserta gagal menzahirkan suatu fakta penting pelanggaran penuh percayamutlak dinyatakan sama ada sebagai tidak menzahirkan atau penyembunyian, iaitu

    penipuan tidak menzahirkan. Sekiranya dia salah nyata sesuatu fakta penting,pelanggaran itu disebut ditakrifkan sebagai salah nyata tanpa niat atau penipuan kerana

    salah nyata. Sebagai contoh, peserta Takaful Keluarga mempunyai penyakit yang sedia

    ada tetapi gagal memaklumkannya kepada Pengendali Takaful.

    Fakta Penting (Material)

    Fakta penting (material) ditakrifkan sebagai sebarang fakta munasabah yang akanmempengaruhi keputusan pengunderaitan Pengendali Takaful terhadap sijil, seperti akan

    mempengaruhi keputusan pihak underait sama ada mengeluarkan sijil atau carumanterhadap sijil.

    Contoh:

    Jika pencadang memohon sijil Takaful Perubatan dan Kesihatan dan mengakui bahawadia tidak mempunyai penyakit yang serius, sedangkan dia adalah pesakit kencing manis.

    Salahnyataan beliau dianggap material bilamana Pengendali Takaful tidak akan

    mengeluarkan sijil itu seandainya mengetahui fakta tersebut.

    Apabila pelanggaran penuh percaya mutlak berlaku, kontrak Takaful terbatal tanpa

    mengira sama ada pelanggaran itu telah dilakukan secara jujur atau menipu.

    Menurut Seksyen 141 (4) Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013:

    Sebelum kontrak Takaful selain daripada kontrak Takaful pengguna dimeterai, diubahatau diperbaharui, pencadang hendaklah mendedahkan kepada Pengendali Takaful

    berlesen sesuatu perkara bahawa:

  • 7/21/2019 Note Takaful tbe

    43/99

    43

    o dia tahu akan relevannya keputusan Pengendali Takaful berlesen sama ada untukmenerima atau tidak risiko tersebut, dan kadar dan terma-terma yang digunakan,

    atau

    o seseorang dalam keadaan yang munasabah yang boleh dijangkakan yang diamengetahui bahawa sesuatu itu adalah relevan.

    Bagaimanapun, menurut Bahagian 2 Jadual 9 Perenggan 4 akta tersebut, kewajipanpendedahan itu tidak memerlukan pendedahan perkara yang berikut:

    o mengurangkan risiko kepada Pengendali Takaful berleseno perkara yang menjadi pengetahuan umumo Pengendali Takaful berlesen tahu atau mengikut kebiasaan perniagaannya patut

    tahu

    o berhubung di mana Pengendali Takaful berlesen mengetepikan sebarangkeperluan bagi penzahiran

    5.2.3 Prinsip Indemniti

    Indemniti boleh ditakrifkan sebagai satu mekanisme yang digunakan oleh Pengendali

    Takaful untuk menyediakan pampasan dalam usaha untuk mengembalikan peserta

    kepada kedudukan kewangan yang sama selepas kerugian sepertimana yang dinikmatisebelum kerugian.

    Kontrak Takaful menjanjikan kebaikan kepada peserta sekiranya berlaku kerugian ataukerosakan. Apabila kerugian berlaku, jumlah yang peserta boleh dapat kembali dipanggil

    'ukuran ganti rugi. Prinsip indemniti memerlukan Pengendali Takaful mengembalikan

    peserta kepada kedudukan kewangan yang sama seperti yang dia telah dinikmati sebelum

    kerugian.

    5.1.4 Prinsip Subrogasi

    Prinsip Subrogasi merujuk kepada hak Pengendali Takaful untuk berada di tempat

    peserta, sesudah pembayaran tuntutan daripada pihak ketiga, sehingga peserta berhak

    untuk kembali pulih. Hak subrogasi walau bagaimanapun, dilaksanakan oleh Pengendali

    Takaful sebelum pembayaran kerugian. Prinsip ini adalah turutan daripada PrinsipIndemniti.

    5.1.5 Prinsip Sumbangan

    Prinsip Sumbangan boleh ditakrifkan sebagai hak orang yang dilindungi untuk meminta

    orang lain yang mempunyai perlindungan yang sama tetapi tidak semestinya bertanggung

    jawab kepada peserta yang sama untuk berkongsi kos bayaran indemniti. PrinsipSumbangan adalah satu lagi yang turutan Prinsip Indemniti. Oleh itu, ia hanya terpakai

    kepada kontrak indemniti sahaja.

  • 7/21/2019 Note Takaful tbe

    44/99

    44

    5.1.6 Sebab Terhampir

    Prinsip ini ditakrifkan sebagai punca yang terdekat dan terkuat serta aktif yang ditetapkan

    yang membawa kepada akibat, tanpa gangguan daripada mana-mana tindakan yang

    bermula dan bergerak secara aktif daripada sumber baharu dan bebas.

    Kerugian tidak mungkin disebabkan daripada satu kejadian. Ia mungkin sebab-sebab

    yang serentak atau sebab-sebab berturutan yang mungkin berlaku dalam turutan atau

    dalam turutan yang terputus. Oleh itu, punca kerugian perlu ada kerana hanya risikokhusus yang dilindungi (tidak termasuk risiko seperti yang dinyatakan dalam sijil

    Takaful) boleh diberi pampasan.

    Contoh: -

    Peserta menderita sakit batu karang, dilanggar oleh sebuah kereta dan mati, walaupun

    bagi penyakit batu karang, dia tidak akan meninggal dunia. Kematiannya bukannya didalam polisi kemalangan(Louden v British Merchants Ins.Co Ltd [1961]).

    Apabila berlaku kerugian, tanggungjawab atau beban untuk membuktikan bahawa

    kerugian yang berlaku adalah daripada peril yang dilindungi terletak pada Peserta.Sebaliknya, tanggungjawab membuktikan bahawa kerugian tersebut dikecualikan

    daripada perlindungan sebabkan oleh pengecualian tertentu di dalam sijil adalah terletak

    pada Pengendali Takaful.

    5.1.7 Tabarru '(Derma)

    "Tabarru" (dari segi harfiah bermaksud derma), adalah tanggungjawab bersama danprinsip jaminan bersama yang jelas menyatakan bahawa wang yang dikutip akan

    digunakan untuk tujuan membantu "peserta lain yang memerlukan bantuan mengikut

    terma-terma yang dipersetujui selagi terma-terma itu tidak bercanggah dengansyariah."

    Dalam perniagaan Takaful, tabarru '(dermaTakaful) adalah satu kontrak di mana peserta

    bersetuju mendermakan peratusan yang telah ditentukan daripada carumannya (untuk

    dana Takaful) bagi menyediakan bantuan kepada peserta lain. Dengan cara ini, diamemenuhi kewajipan bagi jaminan bersama dan saling membantu seandainya peserta lain

    mengalami kerugian. Konsep ini juga telah menghapuskan unsur gharar daripada

    kontrak Takaful.

    A5.2 PENGURUSAN DANA BERASINGAN DI BAWAH PERNIAGAAN TAKAFUL

    Pengendali takaful dikehendaki mengekalkan dan mengasingkan tiga jenis dana:

    1. Dana Takaful Am2. Dana Takaful Keluarga

  • 7/21/2019 Note Takaful tbe

    45/99

    45

    3. Dana Pemegang Saham

    Ciri-ciri penting sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta Perkhidmatan KewanganIslam 2013 berhubung dengan Dana Takaful adalah seperti berikut:

    Seksyen 90:

    Pengendali Takaful berlesen hendaklah menubuhkan dan menyelenggarakan satu atau

    lebih dana Takaful bagi mana-mana kelas atau deskripsi urus niaga Takaful sebagaimana

    yang ditentukan oleh Bank.

    Seksyen 91:

    Pengendali Takaful berlesen hendaklah memastikan Dana Takaful yang ditubuhkan dandiselenggarakan di bawah Seksyen 90 disimpan secara berasingan daripada dana

    pemegang saham.

    A5.3 JENIS-JENIS MODEL TAKAFUL

    Operasi Takaful dalam sektor Tijari (komersial) boleh distrukturkan kepada beberapamodel perniagaan seperti yang disenaraikan di bawah:

    Model Wakalah

    ModelMudharabah

    ModelMudharabah+ model Wakalahjuga dikenali sebagai model hibrid

    ModelWakaf

    Walau bagaimanapun, hanya model wakalah dan mudharabah yang diamalkan di

    Malaysia.

    1. ModelWakalah

    Di bawah model ini, peserta Takaful sebagai prinsipal akan melantik PengendaliTakaful sebagai wakil atau ejen untuk menguruskan penyertaan peserta dalam

    pelbagai produk Takaful yang disediakan oleh Pengendali Takaful. Sebagai

    balasan terhadap perkhidmatan agensi, Pengendali Takaful dibenarkan untukmengenakan bayaran di bawah perjanjian tersebut. Fi boleh dibayar daripada

    caruman Takaful yang dibayar oleh peserta. Ini bererti berdasarkan model di atas,perbelanjaan pengurusan boleh dicajkan kepada dana Takaful sebagai bayaran

    pendahuluan.

  • 7/21/2019 Note Takaful tbe

    46/99

    46

    Carta Aliran Takaful Am Model Wakalah

    Carta Aliran Takaful Keluarga Model Wakalah

  • 7/21/2019 Note Takaful tbe

    47/99

    47

    5.3.2 ModelMudharabah

    Di bawah perjanjian ini, peserta Takaful sebagai penyedia modal (sahibul-mal) akan

    memeterai kontrak perkongsian keuntungan dengan Pengendali Takaful sebagai

    pengusaha (mudharib). Peserta Takaful berkewajipan membuat sumbangan Takaful(modal) manakala Pengendali Takaful akan menguruskan perniagaan Takaful.

    Kontrak ini akan menentukan keuntungan perniagaan Takaful dan nisbah untuk dikongsi

    bersama antara kedua-dua pihak seperti 50:50, 60:40 atau 70:30 antara peserta denganpengendali. Pada dasarnya, keuntungan dalam Takaful ditakrifkan sebagai pulangan ke

    atas pelaburan dan lebihan pengunderaitan berkenaan dengan dana Takaful sahaja. Oleh

    itu, ini tidak termasuk keuntungan yang diperoleh daripada Dana Pemegang Saham. Bagi

    urus niaga Takaful Keluarga, keuntungan termasuk lebihan kemortalan yang akandiagihkan kepada peserta yang layak seperti yang diisytiharkan oleh penilaian aktuari

    pada akhir setiap tahun kewangan. Walau bagaimanapun, tidak seperti kontrak

    mudharabah produk perbankan Islam, perkongsian keuntungan dalam Takaful akandilaksanakan hanya selepas semua kewajipan Takaful telah diambil kira: faktor terbesar

    adalah tuntutan.

    Sekiranya berlaku kerugian atau defisit terhadap dana Takaful, kerugian akan ditanggungsepenuhnya oleh peserta sebagai penyedia modal. Walau apa pun jua, adalah menjadi

    tanggungjawab Pengendali Takaful untuk melindungi kepentingan peserta dalam usaha

    memastikan urus niaga tidak akan terjejas dengan teruknya disebabkan kerugian yangmungkin merosakkan kredibiliti dan keyakinan Takaful secara keseluruhannya.

    Sekiranya berlaku kerugian, adalah baik bagi Pengendali Takaful untuk menjadikan

    kerugian sebagai "qard atau pinjaman oleh pemegang saham.

    Satu ciri penting untuk diperhatikan bahawa di bawah model mudharabah,perbelanjaan

    pengurusan tidak dikenakan ke atas dana Takaful, sebaliknya ditanggung oleh dana

    pemegang saham. Hasil daripada dana pemegang saham adalah sebahagian daripadaperkongsian untung daripada dana wang Takaful dengan peserta, dan semua pulangan ke

    atas pelaburan daripada dana Pemegang Saham itu sendiri.

  • 7/21/2019 Note Takaful tbe

    48/99

    48

    Carta Aliran Takaful Am ModelMudharabah

    Carta Aliran Takaful Keluarga ModelMudharabah

  • 7/21/2019 Note Takaful tbe

    49/99

    49

    BAB A6

    PEMBANGUNAN DAN PENGAWALSELIAAN INDUSTRI TAKAFUL DI MALAYSIA

    HASIL PEMBELAJARAN

    Pada akhir bab ini, calon akan dapat:

    Mengenal pasti dan menerangkan keperluan undang-undang dan pengawalseliaan operasiTakaful.

    Menjelaskan peranan penyeliaan dan pengawalan pihak berkuasa dalam pembangunanindustri Takaful.

    Mengenal pasti badan-badan Perlindungan Pengguna dan fungsinya

    Mengetahui pelbagai persatuan dalam industri dan tujuan kewujudannya.

    PENGENALAN

    Pembangunan industri Takaful di Malaysia bermula apabila Akta Takaful diluluskan oleh

    Parlimen pada tahun 1984. Akta ini (Akta Takaful 1984) memperuntukkan peraturan urus niaga

    Takaful di Malaysia.

    A6.1 SEKILAS PANDANG INDUSTRI TAKAFUL DI MALAYSIA

    6.1.1 Perkembangan Industri Takaful di Malaysia 1984-2013

    Isu 1984 2013

    PengendaliTakaful

    Pengendali tunggal kompositdengan modal RM10 juta yang

    menetapkan asas untuk industri

    11 Pengendali Takaful denganmodal minimum masing-masing

    RM100 juta, yang meningkatkan

    persaingan

    Pelabur /

    Pemegang

    saham

    Sebuah bank Islam dan majlis-

    majlis agama negeri dan

    pertubuhan-pertubuhan agama

    Pemegang saham lebih meluas

    yang terdiri daripada pelabur

    swasta, kumpulan perbankan,syarikat insurans dan syarikat

    insurans semulaProduk Produk terhad yang tertumpu

    pada Takaful motor, kebakarandan gadai janji. Produk umum

    menguasai pasaran sebanyak

    63% (dari segi caruman)

    Kepelbagaian produk lebih

    meluas dengan ciri-ciri yangcanggih. Produk keluarga

    menguasai pasaran sebanyak 71%

    (dari segi caruman)

  • 7/21/2019 Note Takaful tbe

    50/99

    50

    Pelanggan Kebanyakannya Muslim Muslim dan bukan Muslim

    dengan jangkaan, pilihan dan

    permintaan yang berbeza.

    Saluran

    Pengedaran

    Cawangan dan pegawai

    pemasaran dan Meja Takaful

    Cawangan, pegawai pemasaran,

    tenaga agensi, bankatakaful,broker, internet dan pakatanstrategik

    Saluran

    Pelaburan

    Terhad pada deposit Islam dan

    sekuriti Islam Kerajaan

    Lebih meluas dengan instrumen

    pelaburan patuhsyariahyang

    dikeluarkan oleh Kerajaan dan

    sektor swasta

    6.1.2 Perkembangan Industri Takaful Malaysia- Fasa I hingga III

    Dalam membangunkan industri Takaful di Malaysia, Bank Negara Malaysia telah

    menggunakan pendekatan tiga fasa secara beransur-ansur:

    Fasa I (1984-1992)

    Fasa I bermula dengan penggubalan undang-undang pengawalseliaan khusus iaitu

    Akta Takaful 1984 dan Pengendali Takaful yang pertama memulakan perniagaan

    pada tahun 1985. Akta ini mengawal pengendalian perniagaan Takaful danmemerlukan pendaftaran Pengendali Takaful. Akta ini juga memperuntukkan

    penubuhan Jawatankuasa Syariah untuk memastikan operasi perniagaan

    Pengendali Takaful mematuhi prinsip-prinsip Syariahpada sepanjang masa.

    Fasa II (1993-2000)

    Dalam Fasa II, lebih banyak lesen telah diberikan kepada pengendali dan terdapat

    kerjasama serantau dalam kalangan Pengendali-pengendali Takaful, termasukpembentukan Kumpulan Takaful ASEAN pada tahun 1995 dan penubuhan

    ASEAN Retakaful International (L) Ltd pada tahun 1997. Ini telah memudahkan

    pengaturan takaful semula dalam kalangan Pengendali Takaful di Malaysia dan dirantau ini, seperti Brunei, Indonesia dan Singapura.

    Fasa III (2001-2010)

    Pelan Induk Sektor Kewangan (PISK) diperkenalkan pada tahun 2001 semasa

    Fasa III. Objektifnya, antara lain, adalah untuk meningkatkan kapasiti Pengendali

    Takaful dan memperkuatkan rangka kerja undang-undang, syariah danpengawalseliaan industri Takaful.

  • 7/21/2019 Note Takaful tbe

    51/99

    51

    Di bawah PISK, Malaysia berhasrat untuk menjadi pusat kewangan Islam

    antarabangsa, dan pada tempoh ini terdapat kadar peningkatan pembangunanindustri Takaful. Persatuan Takaful Malaysia (MTA), persatuan bagi Pengendali

    Takaful ditubuhkan pada tahun 2002. MTA berhasrat untuk meningkatkan

    pengawalan kendiri industri melalui keseragaman ama


Top Related