Transcript
Page 1: NOTA PENGHAYATAN PUISI

SIRI NOTA PENGHAYATAN PUISI (1)

PUISI TRADISIONALFauzi Abdullah

PROGRAM PENGHAYATAN SASTERA DAN BUDAYADEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

1

Page 2: NOTA PENGHAYATAN PUISI

PUISI

PENDAHULUAN

Puisi ialah bentuk pengucapan yang berirama, dilahirkan melalui tanggapan yang penuh imaginatif dari seseorang penulis atau penyair.

Terdapat ratusan definisi puisi. Antaranya ialah:

Edger Allan Poe:Puisi sebagai ciptaan tentang sesuatu keindahan dalam bentuk berirama. Citarasa adalah unsur yang diutamakan.

Edwin Arlington Robinson:Puisi adalah bahasa yang menyampaikan sesuatu melalui reaksi emosi, sesuatu yang sukar hendak dinyatakan.

Dante:Puisi ialah perkara-perkara benar yang diucapkan dalam bahasa yang indah.

T. S. Eliot:Puisi itu bukan penegasan tentang sesuatu kebenaran, tetapi ialah untuk menjadikan kebenaran itu lebih nyata kepada kita.

Percy Byssche Shelley:Puisi adalah rakaman dari saat-saat yang paling baik dan paling menyenangkan dari fikiran-fikiran yang paling baik dan paling menyenangkan.

MENDEKATI PUISI

Aspek dasar puisi tradisional dan puisi moden (sajak) merangkumi medan makna (isi) dan medan kata (bahasa) dan medan rasa (teknik).

1. Medan Makna (Isi)Medan makna merujuk kepada perkara yang membantu menjelaskan gambaran idea penyair atau isi sesebuah puisi.

(a) Maksud

Maksud tersurat (maksud selapis)

Maksud tersirat (maksud dua lapis)

(b) Tema

Persoalan pokok sesebuah puisi Jenis-jenis tema

- masyarakat/sosial - agama

- keluarga

2

Page 3: NOTA PENGHAYATAN PUISI

- diri (peribadi) - patriotik - alam

(c) Persoalan

Persoalan-persoalan sampingan dalam puisi.

(d) Perutusan/Amanat/Mesej/Pengajaran

Gagasan nilai yang hendak disampaikan oleh pengarang.

(e) Nilai kemanusiaan / Nilai murni / Nilai Moral

Dalam KBSM, ada 16 nilai murni, iaitu :

baik hati berdikari hemah tinggi hormat-menghormati kasih-sayang keadilan kebebasan keberanian kebersihan fizikal dan mental kejujuran kerajinan kerjasama kesederhanaan kesyukuran rasional semangat bermasyarakat

(f) Perasaan dan sikap penyair

Dalam puisi pastinya ada perasaan penyair.

Perasaan penyair dalam puisi itulah yang menentukan mood sesebuah puisi; sama ada – romantik, melankolik, sinis, protes ataupun patriotik.

Sikap penyair pula ialah pendirian penyair terhadap sesuatu isu, sama ada menyokong, memprotes ataupun berkecuali.

(g) Latar belakang penyair

Seorang penyair biasanya memindahkan pengalamannya ke dalam hasil karyanya.

Mengenali latar belakang penyair akan banyak membantu kita mengenal karya yang dihasilkannya.

2. Medan Kata (Bahasa)

Ciri khusus bahasa puisi, terutamanya sajak ialah

Konotatif ambiguiti

Aspek medan kata (bahasa) ini meliputi – diksi, imej (citra), perlambangan

(simbol), bahasa perbandingan (simile, metafora, hiperbola), unsur bunyi

3

Page 4: NOTA PENGHAYATAN PUISI

(asonansi,aliterasi, rima, jeda dan kombinasi bunyi), personifikasi, inversi sikof, anafora dan epifora.

3. Medan Rasa (Teknik)

Ini merupakan aspek yang berkaitan dengan teknik penciptaan puisi, terutama aspek struktur binaan (bentuknya) yang meliputi

(i) Bentuk terikat, bentuk bebas atau bentuk eksperimen.

(ii) Sukatan suku kata dan kata dalam baris ataupun baris di dalam rangkap.(iii) Unsur visual dalam puisi.

CABANG-CABANG PUISI

Puisi secara keseluruhannya ialah pengucapan berirama. Dalam kesusasteraan Melayu, puisi terbahagi kepada dua golongan besar, iaitu:

Puisi Tradisional atau Puisi Lama Puisi Moden.

PUISI TRADISIONAL

1. Definisi Puisi TradisionalPuisi tradisional merujuk kepada susunan perkataan dalam bentuk karangan berangkap (Za’ba, 1962) atau suatu bentuk pengucapan dalam susunan yang istimewa berbanding dengan pengucapan biasa seperti yang digunakan dalam pertuturan sehari-hari serta bahasa yang mementingkan kebenaran daya intelektual dan logika (Harun Mat Piah, 1989:2). Bentuk, pemikiran dan fungsi puisi Melayu tradisional masih dikekalkan oleh masyarakat seperti keadaan tradisionalnya. Puisi tradisional juga dikenali sebagai puisi lisan yang berkembang dalam kesenian rakyat. Setengah-setengah bentuk puisi tradisional seperti mantera dan teromba mengandungi unsur ritual dan bersifat magis.

2. Ciri-ciri Puisi Tradisional

Pada umumnya, puisi tradisional mempunyai ciri-ciri berikut :

i) Memperlihatkan penggunaan bahasa yang lebih baik, ekspresif, kental, mengandungi nilai keindahan serta menimbulkan rangsangan dan kesan kepada pengalaman dan perasaan.

ii) Mempunyai bentuk tertentu, berkerat-kerat atau berurutan dalam baris yang sejajar.

iii) Ungkapan kata dan bahasa dipengaruhi unsur muzik, lagu, intonasi, kadensa, rentak, irama dan keharmonian bunyi.

iv) Baris, rima dan irama disusun membentuk pola atau ikatan tertentu yang dipengaruhi jumlah baris, jumlah perkataan, perseimbangan bunyi dan panjang-pendek perkataan.

v) Wujud pembahagian unit dalam menyatakan idea, misalnya dua baris serangkap atau beberapa baris seuntai.

vi) Bersifat lisan, diwarisi dan disebarkan melalui tradisi lisan dengan fungsi kolektif kehidupan masyarakat tradisional.

vii) Binaannya terikat oleh aturan tertentu yang memberikan bentuk dan strukturnya.

4

Page 5: NOTA PENGHAYATAN PUISI

viii)Digunakan dalam kehidupan seharian masyarakat untuk hiburan, keramaian, ritual, keagamaan, pengajaran dan sebagainya.

ix) Ada puisi yang dianggap suci dan berhubung rapat dengan sistem kepercayaan dan menjadi taboo bagi masyarakat tertentu misalnya ungkapan adat pepatih.

x) Bahasa yang padat kental mengandungi unsur perlambangan, imajan, kiasan dan perbandingan yang bersifat tradisional untuk menyatakan sesuatu dan melahirkan perasaan hati.

3. Jenis-jenis Puisi TradisionalPuisi tradisional terbahagi kepada beberapa jenis, antaranya : Pantun Syair Gurindam Seloka Lagu rakyat Nazam

3.1 PantunPantun ialah sejenis puisi Melayu tradisional yang digunakan untuk menyampaikan perasaan dan fikiran yang gembira, sedih, rindu, marah dan sebagainya. Mengikut kajian (Muhammad Hj. Salleh, 2000 : 56) asal kata pantun mungkin berdasarkan kata toen, tuntun, tonton, tuntun, atuntun, matuntun, panton, pantun yang digunakan dalam pelbagai bahasa di Nusantara. Maksudnya merujuk kepada ‘sesuatu pengucapan dengan bahasa yang teratur, tersusun dan indah atau peri laku yang terpimpin, terdidik, bersopan dan bertatasulisa’. Dalam kesusasteraan Melayu istilah pantun atau sepantun asalnya dipakai dengan makna ‘umpama, seperti, sebagai, laksana, bak’ yakni merujuk kepada perbandingan atau kiasan. Contohnya ‘tuan sepantun kilat cermin, di balik gunung nampak juga’.

3.1.1  Ciri-ciri Pantun:

Pantun mempunyai beberapa ciri, antaranya :

a) Rangkapnya berasingan dan boleh berdiri sendiri sebagai satu kesatuan idea.

b)   Rangkapnya terbina daripada baris atau kerat yang berpasangan misalnya dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat dan seterusnya. Namun pantun yang popular dan terus berkembang adalah pantun empat kerat dan dua kerat.

c)  Jumlah perkataan setiap baris sekitar tiga hingga lima patah perkataan.

d) Jumlah suku kata dalam setiap baris sekitar lapan hingga dua belas suku kata.

e) Skima rima di tengah dan / atau di hujung baris adalah berjajar berselangan iaitu ab;ab. Ada juga skima rima yang sama, iaitu aa;aa .

f)    Struktur pantun terdiri daripada dua unit iaitu pembayang (yang menjadi kiasan) dan maksud (yang menjadi inti persoalan) yang hendak disampaikan. Pembayang adalah adalah gambaran alam dan maksud adalah gambaran sifat dan sikap manusia.

g)   Setiap rangkap memiliki kesatuan idea yang lengkap.

h)   Pemilihan perkataan merujuk kepada lambang yang sesuai dengan norma, nilai dan tanggapan masyarakat setempat.

i)    Pantun yang baik mempunyai hubungan idea dan wacana antara unit pembayang dan unit maksud.

3.1.2 Jenis Pantun

5

Page 6: NOTA PENGHAYATAN PUISI

Pantun terbahagi kepada beberapa jenis berdasarkan:

(i) Bentuk

Berdasarkan bentuk, pantun diklasifikasikan kepada:

a) Pantun dua kerat

Contoh:Banyak udang banyak garam,Banyak orang banyak ragam.

(Sehijau Warna Daun, hlm. 3)b) Pantun Empat kerat

Contoh:Tenang tenang air di laut,

Sampan kolek mudik ke tanjung;Hati terkenang mulut menyebut,

Budi sedikit rasa nak junjung. (Sehijau Warna Daun, hlm. 4)

c) Pantun Enam KeratContoh:

Penakik pisau raut,Ambil galah sebatang lintabung,

Seludang dijadikan nyiru;Setititk dijadikan laut,

Sekepal dijadikan gunung,Alam terbentang dijadikan guru.

(Kerusi, hlm. 3)

d) Pantun Lapan KeratContoh:

Sarang merbah di celah dahan,Tempat punai bermain di situ,

Berkejar-kejaran anak rusa,Tampak dari tanah seberang;

Bersyukur aku kepada tuhan,Kalau nasib memang begitu,

Akan merana sepanjang masa,Harap pada kasihan orang.

(Kerusi, hlm. 4)(ii) Isi

Berdasarkan isi, (tema dan persoalan) pantun dibahagikan kepada:a) Pantun budi

Contoh:Pulau pandan jauh ke tengah,

Gunung daik bercabang tiga;Hancur badan dikandung tanah,

Budi baik dikenang juga. (Sehijau Warna Daun, hlm. 4)

b) Pantun kanak-kanakContoh:

Jangan gergaji pokok talas,Nanti lesung dimakan pahat;

Jangan menjadi orang malas,Perut kosong badan tak sihat.

(Sehiijau Warna Daun, hlm. 5)

c) Pantun perpisahanContoh:

Hari ini menugal jagung,Hari esok menugal jelai;

6

Page 7: NOTA PENGHAYATAN PUISI

Hari ini kita berkampung,Hari esok kita bercerai.

(Seuntai Kata Untuk Dirasa, hlm. 4)d) Pantun hiburan

Contoh:Dari Melaka pergi ke Pahang,

Singgah di Johor beli berangan;Kami mengucap selamat datang,

Apa yang kurang dikeji jangan. (Seuntai Kata Untuk Dirasa, hlm. 6)

e) Pantun teka-teki Contoh:

Tanam pisang sulung tahun,Malam-malam tanak nasi;

Dalam batang ada daun,Dalam daun ada isi?

(Seuntai Kata Untuk Dirasa, hlm. 7)f) Pantun nasib

Contoh:Seri Mersing lagu Melayu,

Mari dikarang zaman dahulu;Duduk termenung menongkat dagu,

Mengenang nasib dagang piatu. (Anak Bumi Tercinta, hlm. 4)

g) Pantun peribahasaContoh:

Buat bangsal di Pulau Daik,Menahan taut sambil mengilau;

Kalau asal benih yang baik,Jatuh ke laut menjadi pulau.

(Anak Bumi Tercinta, hlm. 5)h) Pantun kiasan

Contoh:Tebang gelam tebang kenanga,

Batang tumbuh menimpa gedung;Kumbang mengidam nak seri bunga,

Bunga kembang di puncak gunung. (Anak Laut, hlm. 4)

3.2 SyairSyair merupakan bentuk puisi tradisional ciptaan dan kepunyaan orang Melayu yang mendapat pengaruh Arab dan Parsi. Kata syair berasal daripada istilah Arab sh’ir yang bererti puisi dan sha’r yang bererti penyair, pengarang, penyajak. Istilah ini berkembang dalam berbagai bahasa Nusantara seperti sa’e, saiyo, sair, singir dan syair. Dalam puisi Melayu tradisional, bentuk syair dipercayai diperkenalkan dan dikembangkan oleh Hamzah Fansuri (Syair Burung Pungguk, Syair Perahu) sekitar abad ke 16 dengan tujuan mengajarkan agama Islam.

3.2.1 Ciri-ciri Syair Syair mempunyai beberapa ciri, antaranya: i) Empat baris serangkap.ii)  Jumlah perkataan dalam setiap baris sekitar tiga hingga lima patah

perkataan. Jumlah suku kata bagi setiap baris sekitar lapan hingga dua belas suku.iii)  Skima rima hujungnya sama, iaitu aa;aa.iv)  Keempat-empat baris adalah kesatuan idea namun rangkap berkenaan tidak dapat berdiri sendiri.v)   Dalam satu baris terdapat satu hentian yang ditandai dengan jeda.

7

Page 8: NOTA PENGHAYATAN PUISI

vi)  Serangkap syair akan diikuti rangkap seterusnya untuk membawa satu kesatuan yang lengkap sebagai satu cerita atau pemerian peristiwa.

vii) Isi syair umumnya merupakan cerita atau pemerian yang panjang sama ada mengenai kisah percintaan, keagamaan, falsafah, pengajaran dan sebagainya.

Contoh syair :Assalamualaikum saya ucapkan,

Selamat sejahtera handai dan taulanSebuah syair saya sajikan

Bersama-asama kita menungkan. (Kerusi, hlm. 5)

3.2.2 Jenis SyairPada umumnya, jenis syair adalah berdasarkan isi, tema, pemikiran, persoalan atau mesej yang hendak disampaikan. Contohnya seperti berikut :i) Syair cerita

Contoh: Syair Badrul Zaman, Syair Ken Tambuhan, Syair Nur Alam Shah Lela Putera, Syair Yatim Nestapa, Syair Pembunuhan Angreni, Syair Dandan Setia Intan Terpilih

ii) Syair nasihat Contoh: Syair Menyambut Pelajaran, Syair Mungkir Janji,

Syair Pesanan Ibuiii) Syair semangat patriotik

Contoh: Syair Tenaga Pemuda iv) Syair alam sekitar

Contoh: Syair Cintai Alam Sekitarv) Syair kiasan

Contoh: Syair Jong Pecah vi) Syair ilmu

Contoh: Syair Kelebihan Ilmu

Contoh Syair: Petikan daripada Syair BidasariTersebutlah perkataan Bidasari,Setelah malam sudahlah hari, (Lagu Selendang Delima)Bangunlah ia seorang diri,Makan dan minum barang yang digemari.

Pergilah mandi Siti Bangsawan,Serta memakai bau-bauan, (Lagu Rakis)Lalu masuk ke dalam peraduan,Santap sirih di dalam puan.

Bertemu sepah bekas dimakan,Diambil Siti dicampakkan,Dengan takutnya ia berfikirkan, (Lagu Rakis)Siapakah ini yang membuatkan.

Jikalau manusia yang empunya,Nescaya aku dicabulinya,Jika ayahku dating adalah tandanya, (Lagu Siti Zubaidah)Bertambahlah makanan yang dibawanya.

Dilihatnya Siti tempat tidurnya,Tilam sedikit tersingkir alasnya,Sirih di puan salah aturannya, (Lagu Siti Zubaidah)Bidasari masygul dengan takutnya.

8

Page 9: NOTA PENGHAYATAN PUISI

Ia pun duduk di atas geta,Sangatlah gundah rasanya cita,Seraya bertaburan air mata, (Lagu Selendang Delima)Manakah tempat ia hendak dikata

( Syair Bidasari, hlm. 715-717, 721-722)

3.3 GurindamGurindam sebagai satu bentuk puisi Melayu tradisional sepertimana dikenali sekarang diperkenalkan oleh Raja Ali Haji melalui ‘Gurindam Dua Belas” yang dikarang pada tahun 1846. Bentuk gurindam adalah terikat, yakni terdiri daripada dua baris serangkap mengandungi tiga hingga enam patah perkataan dengan skima rima a;a. Seuntai gurindam memerlukan beberapa rangkap untuk melengkapkan keseluruhan idea. Bahasanya bernas dan serius. Isinya mengandungi nasihat, pengajaran, kebenaran serta pernyataan perasaan cinta.

3.3.1 Ciri-ciri Gurindam Gurindam mempunyai beberapa ciri, seperti berikut :i)  Dua baris serangkapii)      Empat hingga enam patah perkataan / 8 – 12 suku kata sebaris.

Contoh :Apabila terpelihara mata,Sedikit cita-cita.

Bersungguh-sungguh engkau memelihara tangan,Daripada segala berat dan ringan.

(Kerusi, hlm. 8)

iii)     Jumlah rangkap dalam seuntai gurindam tidak ditentukan.iv)     Skima rima hujung bercorak serima iaitu a;a.v)      Ada kalanya wujud unsur asonansi dan aliterasi pada perkataan

dalam baris. vi)     Rangkapnya terbahagi kepada unit syarat atau induk kalimat (baris

pertama) dan jawab atau anak kalimat (baris kedua)vii)    Umumnya mengandungi pernyataan yang serius terutama untuk

memberi pengajaran atau menyatakan perasaan cinta.

Contoh Gurindam:Contoh 1Semenjak tenang semakin gundahSemarak hilang ingin bermadah.

Kubawa maksud bagai diperiMoga tersambut gemalai hati.

Sumber : Noraniza Idris CD MasyhurContoh 2Siti Muhsinat digelar hambaMemohon restu berhujan emas.

Hilang dahaga fakir di desaBertiang seri tegak berlima.

Wahai saudara orang beradaTitiskanlah rahim yatim terlupa

Ayah yang mangkat di perbatasanUntuk yang lain bermimpi madu

9

Page 10: NOTA PENGHAYATAN PUISI

Sumber : Alina Hassan, Teater Tiang Seri Tegak Berlima

Dalam beberapa teks tradisonal, istilah gurindam, syair, pantun dan seloka seringkali diguna pakai oleh tukang cerita atau penyalin teks secara agak bebas. Hal ini menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat umum, kerana ‘nama’ puisi yang ditutur atau dinukilkan berbeza dengan penjenisan puisi yang dilakukan para sarjana, terutama untuk kajian dan rujukan pelajar serta penyelidik. Misalnya : “Maka adapun negeri itu baharu dibuka oleh baginda; adalah seperti gurindam orang dahulukala: ”

Awak tua bandar terbuka,Emas habis, dagangan mudah,Kerbau kambing sesak di padang,Itik angsa tenang di kuala,Merpati lindungan langit,Rengkiang tujuh sejanjar;Taman dengan sekerat kota,Emas perak penuh di rumah,Tangga rumah emas bertuang,Ibu tangga emas bertitik,Batuan sawa mengulur;Penuh sesak hamba sahaya,Ada yang empat senama,Ada yang lima senama,Dilaung di rumah di tanah menyahut,Dilaung di tanah di rumah menyahut.

(Hikayat Malim Deman, hlm. 2)

3.4 SelokaIstilah seloka berasal daripada perkataan Sanskrit shloka. Dalam bahasa Melayu, seloka bererti berseloroh, berjenaka atau menyindir. Seloka merupakan puisi yang paling tua dalam kesusasteraan Melayu. Seloka dipercayai datang ke alam Melayu bersama-sama perkembangan agama Hindu di Asia Tenggara. Teks Mahabharata (100,000 rangkap) dan Ramayana (24,000 rangkap) merupakan buku terawal yang tertulis dalam bentuk seloka (Harun Mat Piah, 1989, hlm. 334)

Sebagai puisi tradisional, karangan berangkap atau bahasa berirama, seloka lebih merupakan pepatah, bidalan atau perumpamaan yang mengandungi unsur jenaka, gurau senda, olokan, ejekan dan sindiran. Walaupun seloka merupakan puisi yang bercorak senda gurau namun isinya mengandungi sindiran yang menjadi pengajaran dan teladan kepada pembaca. Kebanyakan seloka Melayu ditulis dalam bentuk terikat yakni empat baris serangkap dengan memakai bentuk pantun atau syair. Selain itu seloka juga ditulis dalam bentuk bebas iaitu setiap barisnya menjadi isi puisi berkenaan.

3.4.1 Ciri-ciri Seloka Seloka mempunyai beberapa ciri seperti berikut :i)     Karangan berangkap yang memakai pertentangan bunyi rima hujung

yang bebas.ii)   Terbahagi kepada unit pembayang (induk kalimat) dan unit maksud

(anak kalimat)iii)   Perkataan sindiran atau ejekan disampaikan dalam bentuk berangkap.iv)   Mengandungi unsur jenaka atau gurau sendav)   Digunakan untuk menyindir sambil mengajar.

3.4.2 Jenis SelokaSeloka dijeniskan berdasarkan bentuk iaitu:i) Seloka berbentuk bebas

Contoh:

10

Page 11: NOTA PENGHAYATAN PUISI

Aduhai malang Pak KadukAyamnya menang kampung tergadaiAda nasi dicurahkanAwak pulang kebuluranMudik menongkah surutHilir menongkah pasang;Ada isteri dibunuhNyaris mati oleh tak makanMasa belayar kematian anginSauh dilabuh bayu berpuputAda rumah bertandang duduk.

(Anak Laut, hlm. 9)ii) Seloka berbentuk terikat.

Contoh: Buah pinang buah belimbing,

Ketiga dengan si buah mangga;Sungguh senang berbini sumbing,

Walau marah ketawa juga. (Warisan Puisi Melayu, hlm. 67)

Anak agam jual sutera,Jual di rengat tengah pekan;

Jangan digenggam bagai bara,Terasa hangat dilepaskan.

(Tanah Airku, hlm. 27)Anak dara dua sepasang,

Pakai baju pakai kerongsang;Sebiji nangka sebiji pisang,

Belum tahu rezeki musang.(Tanah Airku, hlm. 27)

3.5 NazamNazam adalah puisi tradisional pengaruh Arab-Parsi. Rujukan sebagai istilah teknik kepada suatu bentuk puisi Melayu tradisional digunakan dalam Tajus Salatin, karangan Bokhari al-Jauhari pada tahun 1603. Penyebarannya agak meluas di Pahang, Terengganu, Perak, Johor dan Melaka. Antara karya nazam yang berpengaruh dan luas sebarannya ialah Kitab Kanz al-‘Ula, karangan Al-Syed Muhammad bin Syed Zainal Abidin al-Idrus (Tuk Engku Tuan Besar Terengganu), tercetak pada tahun 1931. Secara umumnya nazam digunakan untuk mengembangkan ajaran Islam; oleh itu isinya bersangkutan dengan pengajaran fiqah, tasauf, cerita-cerita Nabi, kebesaran Allah, di samping mengupas sikap dan sifat nilai murni muslimin sejati.

3.5.1 Bentuk dan strukturi) Dua baris serangkap.

Contoh :Aku mula nazam ini dengan namaAllah yang memberi fahamkan agama.

(Harun Mat Piah, hlm. 286)

ii) Skema rima hujung tidak mempunyai pola tertentu ; ada yang serima a,a,a,a dan ada yang tidak serima aa, aa / aa, bb, / ab, bc, cd dan seterusnya. Contoh :

Lagi pesankan pula dengan beberapa petua (a)Dengan dibaca dia dengan lidah yang mulia. (a)

Allah jua dipuji dengan lidah dan hati (a)Atas nikmatnya atasku dan lain ku pula. (b)

(Harun Mat Piah, hlm. 295)

11

Page 12: NOTA PENGHAYATAN PUISI

iii) Secara umumnya terbina dengan 5-6 patah perkataan / 10-12 suku kata sebaris (namun jumlahnya tidak tetap). Paling sempurna 6 patah perkataan sebaris. Contoh :

Dengan salam atas kami hai muslimim (6)Dengan bahagia nyawa kamu hai mukminin (6)

(Harun Mat Piah, hlm. 296)

iv) Ada nazam yang dibina dengan cara mengulang baris (misalnya baris pertama digunakan secara berulangan bagi membentuk rangkap ke-2, ke-3 dan seterusnya). Contoh :

Maka tuanlah juga tempat harapan hambaPada masa yang maut itu hadirkan hamba

Tuan itulah pula tempat harapan hambaPada masa yang syaitan itu fitnahkan hamba

Tuan itu pula tempat harapan hambaPada masa malaikat itu tanyakan hamba.

(Harun Mat Piah, hlm. 297)

v) Ada nazam yang terbina dengan cara mengulang kata dalam / antara baris (kedudukan kata tidak mengikut pola tertentu). Contoh :

Maka maadat ia akan nisak yang muliaPada masa kecilnya serta sukakan dia.

Lagi bersunyi bagi diri yang muliaPada tempat yang sunyi pada Hira yang mulia.

(Harun Mat Piah, hlm.297)

vi) Ada nazam terbina dengan jumlah perkataan yang tidak seimbang antara baris. Contoh :

Dan daripada Allah jua kuharap akan menunjuk (7)kepada yang betulnya (3)

(Harun Mat Piah, hlm.298)

vii) Unit minimum nazam ialah 1 rangkap (2 baris), unit maksimum tidak ditentukan.

viii)    Pada peringkat awal, nazam diterjemahkan secara langsung (harafiah) daripada bahasa Arab-Parsi; oleh itu langgam bahasanya dipengaruhi langgam bahasa Arab-Parsi, dan hal ini juga mempengaruhi bentuk, struktur dan skima rima nazam. Hal ini demikian, kerana nazam menjadi alat untuk menyampaikan pengajaran agama Islam yang didatangkan dengan menggunakan bahasa Arab.

xi)     Disampaikan dengan cara nyanyian bernasyid atau berzikir beramai-ramai di majlis keramaian agama misalnya perkahwinan, khatam Quran, berkhatan, Maulidul Rasul, Maal Hijrah, menyambut kelahiran, Maulud dan Hari Asyura.

x)      Secara umumnya lagu nazam bercorak monotonus (senada) dari awal hingga akhir.

12

Page 13: NOTA PENGHAYATAN PUISI

3.5.2 Isi nazam  i) Penceritaan kisah hidup & mukjizat Nabi Muhammad

ii) Pengajaran ilmu tauhid / mengenal Allah dan Rasuliii) Pengajaran ilmu fiqah / hukum-hakam Islamiv) Pengajaran rukun Islam dan rukun iman

Dapatlah dirumuskan bahawa puisi Melayu tradisional seperti pantun, syair, gurindam, seloka, lagu rakyat dan nazam adalah pancaran nilai dan pemikiran masyarakat Melayu tradisional. Bentuk dan isi pemikirannya bukan sahaja berguna dalam konteks zamannya malah releven untuk setiap masa, ruang dan latar masyarakat Melayu atau Malaysia hari ini.

Contoh:

Kasih Ayah dan Ibu

Ibu mengandung sembilan bulanLebih dan kurang tak ditentukanLahirkan dikau berapa kesakitanBerpantang pula minum dan makan

Cukuplah masa sampai ketikaLahirlah engkau ke dalam duniaBarulah suka ibu dan bapaKepada engkau sangat kasihnya

Harap ibumu bukan sedikitTinggilah harap darinya bukitLama ibumu merasa sakitSembilan bulan tidak berbangkit

Setelah kamu sudahlah adaSiang dan malam ibumu jagaTidurpun tidak barang seketikaMakan dan minum tidak berasa

Berapalah dian dengannya tanglungDiangkat dituam lalu dibedungSudahlah jaga lalu didukungKasih dan sayang tidak tertanggung

Tidaklah tentu siang dan malam Bangun memangku di dalam kelamTerkejut jaga di tengah malamTidurpun tidak lekat di tilam

(Disesuaikan : Warna Sari Sastera Melayu Tradisional hal. 367-370)

13

Page 14: NOTA PENGHAYATAN PUISI

PANTUNLampiran

Pantun Dua Kerat

Siakap senohong gelama ikan duri, Bercakap bohong lama-lama mencuri.

Mengaku dulang paku serpih,Mengata orang dia yang lebih.

Banyak udang banyak garam ,Banyak orang banyak ragam.

Mentimun bongkok di balik tiang, Ayam berkokok alamat nak siang.

Gendang gendut tali kecapi,Kenyang perut suka hati.

Sudah gaharu cendana pula,Sudah tahu bertanya pula.

Dahulu parang sekarang besi,Dahulu sayang sekarang benci.

Tokok takal muka pintu, Orang nakal memang begitu.

Keli masduk ruan keluar,Matahari masuk bulan keluar.

Duduk inding enggang tap,Senduk di dinding panggang di atap.

Secupak padi setahil berangan,Tersepak kaki terkehel tangan.

Kapal belayar dalam semak,Perut lapar semua lemak.

Permatang Budi, 1991Fajar Bakti Sendirian Berhad

( Sehijau Warna Daun,, hlm. 3 )

Pantun Empat Kerat

Tenang-tenang air di laut,Sampan kolek mudik ke tanjung;

Hati terkenang mulut menyebut,Budi sedikit rasa nak junjung.

Pulau pandan jauh ke tengah,Gunung daik bercabang tiga;

Hancur badan dikandung tanah,Budi yang baik dikenang juga.

Pisang emas dibawa belayarMasak sebiji di atas peti;

Huitang emas boleh dibayar,Hutang budi dibawa mati.

Tanam serai tanam halia,Tanam juga pokok sengkuang;

Orang berbudi disanjung mulia,Ke mana pergi tiada terbuang.

Kalau ada jarum yang patah,Jangan disimpan di dalam peti;

Kalau ada silap dan salah,Jangan disimpan di dalam hati.

Puisi Melayu KlasikOscar Book International.

( Sehijau Warna Daun, hlm. 4 )

** Bahan tambahan : Tanah Airku, hlm. 3 – 6

Pantun Kanak-Kanak

Jangan gergaji pokok talas,Nanti lesung dimakan pahat;

Jangan menjadi orang malas,Perut kosong badan tak sihat.

Bintang tujuh sinar berseri,Bulan purnama datang menerpa;

Ajaran guru hendaklah dicari,Apa yang dapat jangan dilupa.

Terang bulan di malam sepi,Cahaya memancar ke pokok

kelapa;Hidup di dunia buatlah bakti,

Kepada saudara ibu dan bapa.

Puisi Warisan, 1994.Dewan Bahasa dan Pustaka.

( Sehijau Warna Daun, hlm. 5 )

14

Page 15: NOTA PENGHAYATAN PUISI

Pantun Enam Kerat

Ular tedung jangan dipermudah,Bisanya dapat membawa maut,

Jika tak maut merana juga;Berhujan berpanas aku tak endah,

Keris lembing aku tak takut,Kehendak hati kuturut juga.

Kuda liar berkeliling kota,Kota terbuat dari kayu,

Tempat berkawal lasykar Feringgi;Kami mendengar khabar berita,

Bunga kembang sudahpun layu,Gugur ke bumi tak harum lagi.

Penakik pisau raut,Ambil galah sebatang lintabung,

Seludang dijadikan nyiru;Setitil dijadikan laut,

Sekepal dijadikan gunung,Alam terbentang dijadikan guru.

Sultan Muda dari Lampung,Memikul cangkul dengan bajak,

Singgah minum di lepau nasi;Sudah sekah tempat bergantung,

Telah patah tempat berpijak,Ke mana hendak digapai lagi.

Permatang Budi, 1991.Fajar bakti Sdn. Bhd.

(Kerusi, hlm. 3 )** Bahan tambahan :

Tanah Airku , hlm. 7 – 8

Pantun Lapan Kerat

Sarang merbah di celah dahan,Tempat punai bermain di situ,Berkejar-kejaran anak rusa,Tampak dari tanah seberang:

Bersyukur aku kepada Tuhan,Kalau nasib memang begitu,Akan merana sepanjang masa,Harap pada kasihan orang.

Bagus rupanya bunga melur,Putih rupanya bunga pinang,Berukir bertangkai perak,Permainan raja perempuan;

Cawan, cerek sudah teratur,Pinggan, mangkuk sudah terhidang,Penganan mulia sudah terletak,Samalah duduk kita makan.

Korek perigi di parit seberang,Tepi parit tumbuh mengkudu,Berselang dengan pohon puding,Hidup subur kanan dan kiri;

Tuan pergi dagang seorang,Tiada saudara tempat mengadu,Tiada saudara tempat berunding,Pandai-pandailah membawa diri.

Permatang Budi, 1991.Fajar Bakti Sdn. Bhd.

( Kerusi, hlm. 4 )

** Bahan tambahan : Tanah Airku, hlm. 9 – 10

15

Page 16: NOTA PENGHAYATAN PUISI

SYAIR

Syair

Petikan daripada Syair Bidasari

Tersebutlah perkataan Bidasari,Setelah malam sudahlah hari,Bangunlah ia seorang diri,Makan dan minum barang yang digemari.

(Lagu Selendang Delima)

Pergilah mandi Siti Bangsawan,Serta memakai bau-bauan,Lalu masuk ke dalam peraduan,Santap sirih di dalam puan.

(Lagu Rakis)

Bertemu sepah bekas dimakan,Diambil Siti dicampakkan,Dengan takutnya ia berfikirkan,Siapakah ini yang membuatkan.

(Lagu Rakis)

Jikalau manusia yang empunya,Nescaya aku dicabulinya,Jika ayahku dating adalah tandanya,Bertambahlah makanan yang dibawanya.

(Lagu Siti Zubaidah)

Dilihatnya Siti tempat tidurnya,Tilam sedikit tersingkir alasnya,Sirih di puan salah aturannya,Bidasari masygul dengan takutnya.

(Lagu Siti Zubaidah)

Ia pun duduk di atas geta,Sangatlah gundah rasanya cita,Seraya bertaburan air mata,Manakah tempat ia hendak dikata

(Lagu Selendang Delima)

( Syair Bidasari, hlm. 715-717, 721-722)

** Menonton VCD ( Johan Baca Puisi Pelbagai Kaum IPT 2005 )

Syair Badrul Zaman

Beberapa lamanya demikian ada,Diserahkan belajar oleh baginda,Akan Badar putera yang muda,Kepada seorang Qari syuhada.

Maka baginda Badar yang mulia,Segera belajar dengan upaya,Amatlah terang hatinya dia,Belajar pelajaran sehabis daya.

Badar menuntut setiap hari,Ilmu pelajaran pelbagai peri,Sebarang diajar oleh Qari,Lekas didapat muda jauhari.

Kerana hatinya terlalu terang,Pelajaran dihafaz itu sekarang,Amatlah bijak muda yang garang,Belajar ilmu banyak tak kurang.

Beberapa lama belajarnya itu,Khatamlah pelajaran satu persatu,Sukalah baginda bukan suatu,Dijamulah Qari makanan yang tentu.

Qari dikurnai banyaklah harta,Hati di dalam banyak sukacita,Melihatkan muridnya khatamlah nyata,Beberapa ilmu hikmat pun serta.

Qari dijamu dengan makanan,Serta juga diberi persalinan,Kain baju mana berkenan,Ada sedia bersusun bertimbunan.

Qari merasa amatlah suka,Menerima kurnia sultan paduka,Kembali bermohon dengan seketika,Membawa kurnia pelbagai neka.

Amatlah ria di hati Qari,Pulang ke rumah bagaikan lari,Membawa kurnia bermacam peri,Ditunjukkan kepada anak dan isteri.Adapun Badar putera yang pokta,Maka bertambah majelis nyata,Sebagai lenyap dipandang mata,Amatlah kasih duli mahkota.

Beberapa lamanya demikian citra,Besarlah Badar muda perwira,Empat belas tahun umumrnya kira,Amat sempurna budi bicara.

Adaptasi : Rahman ShaariLangit Di tangan, 1995

16

Page 17: NOTA PENGHAYATAN PUISI

Syair Pesanan Ibu

Dengarlah anak ibu berpesan,Lengkapkan diri dengan pelajaran,Hanya itu jadi bekalan,Untuk hidup di masa depan.

Ilmu itu pelindung diri,Seperti kebun berpagar duri,Seperti sinar intan baiduri,Itulah tanda orang jauhari.

Hidupmu kini di masa remaja,Bagaikan permata amat berharga,Jangan jatuh ke lembah hina,Nanti menyesal tidak berguna.

Kalau hidup terasa susah,Sering berhadapan dengan masalah,Hadapi dengan hati yang tabah,Jangan cepat resah gelisah.

Syaitan menggoda bertambah gundah,Jangan mengambil jalan yang mudah,Jangan sekali mencuba dadah,Kalau terjerat sesal tak sudah.

Jika masa sudah terbuang,Perginya tidak akan berulang,Di hari tua sesal mendatang,Mengingatkan waktu yang telah hilang.

Dunia bagai lautan dalam,Gelombang besar karangnya tajam,Di situ banyak kapal tenggelam,Ramailah insan yang telah karam.Ingatlah wahai anakku saying,Tanah indah pusaka moyang,Jangan terlepas ke tangan orang,Sedangkan kita miskin terbuang.

Zurinah HassanLangit Di tangan, 1995, Dewan bahasa dan Pustaka.

Seuntai Kata Untuk Dirasa, hlm. 8

Syair Kelebihan Ilmu

Ilmu itulah gemala sakti,Sinarnya cerah cahaya sejati,Asal puncanya lamun didapati,Sukar bercerai sehingga mati.

Harganya tidak dapat dinilaikan,Sebuah dunia belinya bukan,Kuasanya besar sukat digunakan,Di laut di darat di rimba di pekan.

Masa seorang ialah taulan,Teman berbeka suluh berjalan,Masa berhimpun ia pengenalan,Hias penyata polan si polan.

Bagi yang duka ia penghibur,Ia penerang bagi yang kabur,Ialah kandil di dalam kubur,Lamun dengannya beramal subur.

Ia penerang jalan ke syurga,Ia pemuas tekak yang dahaga,Ialah sungai ialah telaga,Laut yang luas ialah juga.

Ialah alat sangat berguna,Idaman orang yang bijaksana,Hamparnya luas amat saujana,Tepinya ajal sempadannya fana.

Za’ba, Puisi warisan, 1994Dewan Bahasa dan Pustaka

Kerusi, hlm. 7

17

Page 18: NOTA PENGHAYATAN PUISI

Syair Menyambut Pelajaran

Anakku sayang salahmu nyata,Dalam pelajaran bertutur kata,Duduk menulis kalam di lata,Kembali kepada sekelian pendeta.

Kerana pelajaran beratur pangkatnya,Jangan dicampur yang bukan masanya,Kerja demikian besar salahnya,Faham tak lekat dalam keduanya.

Pendengaran pasti menjadi haru,Yang ditulis pun tentu keliru,Laksana menumbuk beralas nyiru,Beras luluh antan menderu.

Ilmu lisan tatkala disyarahkan,Sekalian anggota wajib satukan,Ke hati semuanya kamu kumpulkan,Barulah pendengaran dapat difahamkan.

Semasa mendengar orang berkata,Tangan menulis pula serta,Telinga diasingkan daripada mata,Mustahillah faham terangnya nyata.

Puisi Melayu KlasikOscar Book International.

Sehijau Warna Daun, hlm. 9

Syair Rakis

Bismillah itu mula karanganGurindam Bayu nama timanganKisah rencana dagang buanganNestapa lara di gunung larangan.

Di gunung larangan asmara gunaMenyamar jadi papa kelanaSegenap desa padang saujanaMembawa nasib tiada berguna

Membawa nasib untung sendiri,Meninggalkan rumah anak isteri,Masuk segenap desa dan negeri,Seperti orang hendak mencuri.

Seperti burung lepas tangkapan,Terbangnya tiada hinggap-hinggapan,Bunga dan buah tiada dimakan,Daripada bekas kemasghulan.

Sebut namaku dagang asmara,Tiada tentu desa negara,Bercerai dengan sanak saudara,Membawa nasib untung ketara.

Namaku Misa Panji LaranganDari kecil timang-timangan,Sudah sekarang buang-buanganDi negeri orang keseorangan.

(Inilah Syair Rakis Dua BelasKarangan Almarhum Pangiran Shahbandar Pangeran Mohamad Salleh)

Diperkenalkan : Aripin Said

18

Page 19: NOTA PENGHAYATAN PUISI

GURINDAM

Gurindam 1

Semenjak tenang semakin gundahSemarak hilang ingin bermadah.

Kubawa maksud bagai diperiMoga tersambut gemalai hati.

Sumber : Noraniza Idris CD Masyhur

Gurindam 2

Siti Muhsinat digelar hambaMemohon restu berhujan emas.

Hilang dahaga fakir di desaBertiang seri tegak berlima.

Wahai saudara orang beradaTitiskanlah rahim yatim terlupa

Ayah yang mangkat di perbatasanUntuk yang lain bermimpi madu

Sumber : Alina Hassan,Teater Tiang Seri Tegak Berlima

Gurindam Baris Hadapan

Tidak berbuat walaupun tahu,diambil pengayuh dibuang perahu.

Tidak tahu tapi berbuat,kayuh perahu di atas darat.

Banyak bercakap tak baca buku,macam membawa duit tak laku.

Kurang berfikir rajin membangkang,bila-bila pun di baris belakang.

Jika ilmu dikaji teliti,di sungai cabaran tersedia titi.

Ilmu dituntut dengan tabah,yakin diri bertambah-tambah.

Membaca buku karangan tokok,bagai berpaut di dahan kukuh.

Kembang ilmu tegak wibawa,seluru rakyat tidak kecewa.

Rahman Shaari, MISI, 1997 : DBPAnak Laut, DBP, hlm. 8

Gurindam Memelihara Anggota dan Hati Daripada kejahatan

Apabila terpelihara mata,sedikit cita-cita.

Apabila terpelihara kuping,khabar yang jahat tidaklah damping.

Apabila terpelihara lidahnescaya dapat daripadanya faedah.

Bersungguh-sungguh engkau memelihara tangandaripada segala berat dan ringan.

Hati ini kerajaan dalam tubuh, jikalau zalim segala anggota pun roboh.

Apabila dengki sudah bertanah,datanglah daripadanya beberapa anak panah.

Mengumpat dan memuji hendaklah fikir,di situlah banyak orang yang tergelincir.

Pekerjaan marah jangan dibelananti hilang akal di kepala.

Jika sedikit pun berbuat bohongboleh diumpamakan mulutnya itu pekung

Raja Ali HajiPuisi Melayu Tradisional, 1997Dewan Bahasa dan Pustaka

Kerusi, Dewan Bahasa dan Pustaka hlm. 8

19

Page 20: NOTA PENGHAYATAN PUISI

SELOKA

Seloka Pak Kaduk

Aduhai malang Pak KadukAyamnya menang kampung tergadaiAda nasi dicurahkanAwak pulang kebuluranMudik menongkah surutHilir menongkah pasang;Ada isteri dibunuhNyaris mati oleh tak makanMasa belayar kematian anginSauh dilabuh bayu berpuputAda rumah bertandang duduk.

Puisi Melayu Tradisional, 1997Dewan Bahasa dan Pustaka

Anak Laut, hlm. 9

Seloka Pandai Pak Pandir

Anak dipijak dagang dijinjing,Kucing dibunuh tikus dibela,Harta habis badan tergadai,Mendengar gelagak dagang,Tak sedar bertelanjang,Mendengar guruh di langit,Air di tempayan dicurahkan,Mulut kena suap pisang,Buntut kena cangkuk onak,Gunting makan di hujung,Pak Pandir juga yang menanggung,Apa didengar gelagak dagang,Gelagak rambutan jantan;Orang berbunga dia berbunga,Orang berbuah dia haram,Kilat memancar hujan tak jadi,Awak juga berkecundangan.

Puisi Melayu Tradisional, 1997Dewan bahasa dan Pustaka

Kerusi, hlm. 9

DENDANG SELOKA

Na…na…na…na…na…ni…

Anak rusa nani Baru kembang ekor

Apa dosa kami Lalu tidak tegur.

Buah jambu masakMasak hujung dahan

Apa jamu kakakNasi santan durian.

Buah pinang buah belimbingKetiga dengan si buah mangga

Sungguh senang berbini sumbingBiar marah ketawa juga.

Burung kakak tuaBersarang rumah batu

Badan sudah tuaGigi jarang satu-satu.

Kura labi-labiKetupat makanan ayam

Orang tua nak berbiniBertongkat jalan malam.

Bergerak gerak sangkutan dacingBagaikan putus diimpit lumpang

Bergerak-gerak misai sang kucingMelihat tikus pikul senapang.

Tetak rotan diniBawa sungai ulu

Cik Abang nak berbiniBayar hutang dulu.

Biar kurang masakAsal lebih lada

Biar kurang kacakAsal lebih gaya.

Anak bakau di rumpun salakPatah pucuknya ditimpa genta

Gelak sang kerbau terbahak-bahakMelihat beruk berkaca mata.

Kain baju basahSelit balik pintu

Abang baru nikahKeluar cari kutu.

Sumber : Pantun Seloka dlm Mohd. Taib Osman, 1976. Warisan Puisi Tradisional, DBP.

20

Page 21: NOTA PENGHAYATAN PUISI

SIRI NOTA PENGHAYATAN PUISI (2)

PUISI MODEN (SAJAK)oleh

Dr. Lim Swee Tin

PROGRAM PENGHAYATAN SASTERA DAN BUDAYADEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

21

Page 22: NOTA PENGHAYATAN PUISI

PUISI MODEN (SAJAK)

1 Sejarah Awal Kemunculan dan Perkembangan Sajak di Malaysia

Ali Haji Ahmad berpendapat “Lahirnya puisi Melayu adalah sebagai hasil kegelisahan dan penentangan terhadap tradisi puisi lama - syair - yang sangat-sangat mengikat itu sehingga tiada kebebsan untuk mengeluarkan perasaan dan fikiran dengan bermutu seni. Fikiran dan perasaan di dalamnya terlampau dangkal. Kegelisahan dan penentangan inilah yang mendorong penyair-penyair di masa itu untuk menyimpang dari peraturan-peraturan lama yang mengikat ketat itu” (1981: 45)

Bentuk syair diberi suntikan baru. Antaranya, bentuk panjangnya dipendekkan, atas tuntutan penangan media, maka lahirlah karya-karya yang mengungkapkan persoalan semasa dengan pengucapan yang lebih relevan. Antaranya, “Syair Timang-timangan Ilmu Itu” oleh Daud Abdul Ghani, yang terbit dalam Suara Melayu, 24 Mei 1927, dan “Semenanjung” oleh Harun Aminurrashid, yang terbit dalam Jasa, Bil.11, September 1929.

Harun Aminurrashid dikatakan “memang terbuka kepada pembacaan yang luas, termasuk yang pentingnya tulisan-tulisan dari Indonesia, khasnya melalui majalah Pudjangga Baru” (191:35). Muhammad Haji Salleh pula menganggap sebuah puisi ciptaan Harun Amin al-Rashid (Harun Aminurrashid), “Sariku” yang tersiar di dalam Pudjangga Baru (Disember 1933) sebagai puisi terawal yang menampakkan tanda-tanda perubahan. Yang dimaksudkan dengan tanda-tanda perubahan ini menurut Muhammad Haji Salleh ialah skima tradisonal telah dirosakkan dalam rangkap yang kedua. Pada rangkap tersebut, regulariti juga tidak terkawal, dan kita menemui beberapa ragam irama yang lebih hampir kepada bahasa percakapan. Rangkap pertama dan ketiga terdiri dari empat baris setiap rangkap, manakala rangkap rangkap lima mempunyai lima baris. Skema rima rangkap ini berbeza dari skema rima abab pantun. Penyair mengemukakan skima rima aabbc. Pada rangkap ketika tidak terdapat sebarang skima rima (1981:36)

Serentak dengan penyiaran puisi tersebut ialah penyiaran karya yang bertajuk “Menungan Hati” oleh Muhammad Yusof Ahmad, dan “Di Tengah Segara” oleh Pungguk, dalam Majalah Guru, Disember 1933. Kedua-dua karya ini dikatakan berbentuk syair yang sudah direvoluisikan bentuknya, dan menjadi perintis kepada penghasilan karya seumpama itu di Tanah Melayu. Sehingga ini, bentuk tersebut sudah dianggap sebagai moden, yang kemudian dikenali dengan sajak, yang dalam konteks sekarang dinamakan puisi.

Lama sebelum itu, sebuah karya yang berjudul “Seruan dengan Gurindam” karya Haji Abdul Majid, tersiar dalam majalah Kemajuan Pengetahuan, Bil.2, 1925. Abdul Samad Ahmad (Dewan Sastera, Julai 1973:18) berpendapat karya ini dirujuk kepada “Angan-angan dengan Gurindam” karya Omar Mustaffa yang termuat dalam Utusan Melayu, 18 Januari 1913. Walaupun demikian, para pengkaji berpandangan bahawa pelopor persajakan moden Melayu ialah Pungguk atau Muhammad Yasin Makmur terutamanya melalui Majalah Guru. Menurut Ali Haji Ahmad, “Ciptaan Pungguk yang pertama merupakan lima buah sajak berjudul “Keluh Kesah”, “Selalu Merayu”, “Tak Disangka-sangka”, “Pujukan Hati”, dan “Ibuku”, yang telah terbit dalam Majalah Guru, Mac 1934. Sajak-sajak ini telah memperlihatkan gejala-gejala baru dalam dunia Puisi Melayu, satu penyimpangan yang amat nyata dari peraturan-peraturan yang rigid pada pantun, syair, gurindam dan seloka (1974:1).

Puisi ‘Angan-angan dengan Gurindam’ sebagai contoh diperturunkan sepenuhnya di bawah:

22

Page 23: NOTA PENGHAYATAN PUISI

Bangkitlah bangkit !Mengapa tidur lama sangat ?Di mana dapat mencari negeri yang sekaya negeri kita !Bangkitlah bangkit !Timah dimasak sudahlah hangat.Mengapa dibiarkan bangsa lain mengambil bijih kita ?Bangkitlah bangkit !Tidakkah ingin menjadi kaya dengan bangat ?Mengapa dibiarkan bangsa lain bertanam getah di tanah kita ?Bijih dan getah ! Bijih dan getah !Inilah jalan kekayaan yang tentuHasil negeri kita yang besar dapat di situBijih dan getah ! Bijih dan getah !Dari sebab itu bangkitlah bangkit !Janganlah asyik dengan berjoget.Lihatlah kekayaan Loke Yew Chow Kit !Hartanya beribu bermilium ringgitSegeralah tuan jangan lengahSegera berbudi kepada tanahKerana tanah baik budinyaLambat laun usaha dan penat kita dibalasnya.

Puisi ini menyeru kepada kesedaran masyarakat yang masih leka dan terbuai-buai dengan khayalan. Penyayak nampaknya praktikal, dia menyarankan kebangkitan baru. Masyarakat perlu bangun segera merebut kejayaan dari harta kekayaan di tanah air yang melimpah ruah sebelum semuanya dituai oleh orang lain.

Puisi ‘Keloh Kesah’ karya Mohamad Yasin Maamor, dalam majalah Guru, Mac 1933, pula mengemukakan tema diri, dengan persoalan cinta orang muda yang bergelora.

Waktu senja burung terbangWaktu adinda bersedih cita

Hancur dan lebur di kalbu abangSedihkan adik dipanah dewata.

Waktu dinihari malam yang sunyiWaktu kanak-kanak kehilangan ibu

Abang meratap berbagai bunyiMerindukan adik bernyala di kalbu.

Waktu subuh menyingsing di angkasaWaktu tabuh bersahut-sahutan

Abang termimpi berbagai rasaAdik disangka hanyut di lautan.

Waktu kabus menyambut siangWaktu makhluk bangun bekerja

Abang terlali waktu sembahyangAsyikkan adinda intan durja.

2. Pemikiran dalam Sajak: Dahulu dan Kini

Puisi-puisi awal yang disebutkan di atas mengemukakan tema dan persoalan yang bersifat peribadi dengan sedikit-sedikit idealisme perjuangan.

Seterusnya, puisi ‘Kepada Perajurit Tanahair’ karya Masuri S.N, yang tersiar dalam Berita malai, 4 Jun 1945. Dipetik seluruhnya:

23

Page 24: NOTA PENGHAYATAN PUISI

Tiada daya beta sumbangkanUntuk suntingan gagahmu tuanHanya serangkai kata sembahanTanda meminta langkahmu pahlawan.

Terbayang semua di mata kamiKewajipan kamu di medan perangDengan gagah serta beraniMara terus dalam berjuang.

Biar bahaya keliling badanLain lelah menghambat tenagaTiada peduli musuh melawanSentiasa giat berjihad raga.

Sungguh murni kalbuku pahlawanReda berjuang dalam mengabdiUntuk kebahagiaan bangsa dan watanKamu sedia hidup dan mati.

Penyajak nyata bersemangat patriotik. Penyajak memberi semangat kepada para perajurit untuk berjuang membela tanah air. Sebagai pejuang, perajurit rela mengabdikan diri, bahkan mempertaruhkan nyawa. Begitu murni pengorbanan mereka. Masuri S.N mengungkapkan hal ini dalam puisinya ‘Kepada Perajurit Tanahair.’

Usman Awang mula berkarya pada tahun 1948. Penyair agung menghasilkan ratusan karya selepas itu kini adalah legenda kesusasteraan bangsa. Pada tahun 1955, beliau menghasilkan puisi sebuah karya yang amt terkenal iaitu ‘Bunga Popi’, yang tersiar dalam Utusan Zaman, 6 November.

Dari darah, dari nanah yang punaj di tanah,Rangka mnusia kehilangan nyawa disambar senjata,Hasil manusia gila perang membunuh mesra,Bunga merah berkembang indah minta disembah.

Yang hidup tinggal sisa nyawa, penuh derita,Kering, bongkok, cacat, tempang dan buta,Perang dalam kenangan penuh kengerian,Sekarang dalam kepahitan, dalam kesepian.

Yang lain kehilangan anak, suami dan kekasih,Hilang pergantungan, hilang pencarian, hidup kebuluran,Ribuan janda, ribuan kecewa, ribuan sengsara,Jutaan anak-anak yatim hidup meminta-minta.

Manusia gila perang telah membunuh segala mesra !Perang berlangsung mencari untung tanah jajahan !Perang berlangsung membunuh anak dalam buaian !Perang berlangsung menghancur lebur nilai kebudayaan !

Bunga popi bunga mayat perajurit bergelimpangan,Bunga darah merah menyimbah, penuh kengerian,Kami benci pada perang penuh pembunuhan !Kami rindu pada damai sepanjang zaman.

Melalui puisi ini, penyajak menyatakan sikap tegasnya yang membenci perang. Memang perang meninggalkan kesan yang dahsyat ke atas kehidupan manusia. Kesannya tidak

24

Page 25: NOTA PENGHAYATAN PUISI

tergambarkan, tetapi melalui puisi ini, penyajak menggambarkannya dengan cukup berhasil. Kita turut membenci perang !

Latiff Mohiddin muncul dengan penuh bergaya dalam era 1960-an. Sebagai penyair muda pada ketika itu, Latiif segera mendapat perhatian. Antara pelbagai tema yang digarap dalam era ini, Latiff muncul dengan tema kemanusiaan sejagatnta dengan sedikit gaya surealis dalam pengucapannya. Perhatikan puisi ‘Sungai Mekong’ berikut:

1Sungai Mekongkupiluh namamukerana aku begitu sepikan kubenamkan dadakuke dasarmukaki kananku ke bulankaki kiriku ke matarikan kuhanyutkan hatikuke kalimunamaku ke muarasuaraku ke gunung.

2Sungai Mekongnafasmu begitu tenanglenggangmu begitu lapangdi tebingmuada ibu bersuara sayumencari suara puteranya yang hilangwaktu ia merebahkan wajahnyake wajahmukau masih bisa senyum senang.

3Sungai mekongakhirilah tari siang riakmukulihat di dasarmukuntum-kuntum berdarahbatu-batu lukamalam iniribut dari utara akan tibatebingmu akan pecahairmu akan merahdan arusmu akan lebih kerasdari Niagara.

Dewan Masyarakat, Mei 1966.

Tema kemanusiaan, dan introspeksi diri mendominasi puisi pada era 60-an dan 70-an, selain alam, cinta, dan keTuhanan. Manakala, tema kritikan sosial kemudiannya semakin banyak diketengahkan Salah satu karya terkuat era 1970-an ialah puisi 'Menangguhkan Kebenaran'’ karya Baha Zain. Perhatikan puisi ini:

Aku berbaring tanpa pakaian di ranjangmengiring menghadap wajah kaca yang sepibetapa derita tubuhku dan puncatnya kulitbagai seksa seabad berhimpun sesaatmengundang kemusnahan tetapi menangguhkannyauntuk suatu waktu yang tak pasti

25

Page 26: NOTA PENGHAYATAN PUISI

Wahai kekasihku yang segar dan bernafsuaku telah mendustai kau di bawah cahaya bulan yang hamildi bawah naungan kebenaran sejenakdan kini mata yang kutatap di kaca menyeksa diriku sendirikerana ia tak biasa kubohongi lagi

Aku seharusnya berasa di tengah kawan-kawanatau berbicara dengan dipolomat, profesor atau peguamsemuanya memiliki kesukaan yang sama –berdusta pada perempuan, anak-anak dan sahabatnya,aku seharusnya tidak menulis puisi lagilebih baik merayau di lorong-lorong kelamatau berbaring saja di dada wanita penghuninyakerana baginya segala dusta dan janji tak pernah menjadi benar.

Puisi-puisi era 1980-an dan 1990-an lebih beragam tema dan persoalannya. Hal ini tidaklah menghairankan. Manusia menghadapi pelbagai fenomena baru dalam kehidupan yang serba mencabar. Perang di Bosnia dan Kosovo misalnya seperti mengembalikan pula mood puisi ‘Bunga Popi’ karya Usman Awang. Apa pun, puisi-puisi kini lebih banyak mengutarakan ketinggian intelek penyajaknya sesuai dengan kemajuan yang dicapai pembacanya. Tetapi, puisi tetap menyuarakan tema kemanusiaan, alam, dan kehidupan yang mempunyai implikasinya yang tersendiri terhadap khalayak pembacanya.

3. Bentuk Sajak

Sajak berbentuk bebas. Ada juga sajak yang masih terikat kepada bentuk pantun dan syair, terutama sekali pada peringkat awal perkembangannya. Sungguhpun demikian, lama kelamaan pengarang sudah mula meninggalkan bentuk tersebut. Sajak-sajak kini mempunyai bentuk yang lebih bebas. Sajak yang berjudul ‘Masihkah Kau Bermain Seruling’ karya Zurinah hassan di bawah ini membuktikan hakikat ini:-

MASIHKAH KAU BERMAIN SERULING

Masihkah kau bermain serulingWalau waktu telah terlewat untuk kita bercintaAku semakin terasa bersalahMelayani godaan iramaLagu yang tersimpan pada lorong halus buluhDikeluarkan oleh nafas senimanDiukir oleh bibirDiatur oleh jariDilayangkan oleh alun anginMenolak ke dasar rasa.

Masihkah kau bermain serulingKetika kampung semakin sunyiSawah telah uzurWaktu jadi terlalu mahalUntuk memerhatikan hujan turunMerenung jalur senjaMengutip manik embunMenghidu harum bunga.

Masihkah kau bermain serulingKetika aku terasa amat bersalah

26

Page 27: NOTA PENGHAYATAN PUISI

Untuk melayani rindu padamuDi kota yang semakin kusut dan tenatAdik-adikku menganggur dan sakit jiwaBangsaku dipecahkan oleh politikSaudara-saudara diserang bom-bom ganasDunia terlalu tua dan luka parah.

Di sinikah berakhirnya percintaan kitaKerana zaman sedang menuntut para senimanHidup di luar dirinya.

Shah Alam, 1987.ZURINAH HASSAN

4. Bahasa

Sajak menggunakan pada umumnya dua jenis kata, iaitu kata jenis denotatif dan kata jenis konotatif.

Kedua-dua golongan kata ini digunakan untuk membina baris dan rangkap bagi menyampaikan hasrat atau maksud pengarangnya. Pengarang juga membina dan membangunkan ungkapan-ungkapan yang sesuai, indah dn mantap dalam usaha menarik perhatian pembacanya. Pengarang menggunakan juga gaya bahasa.

Antara gaya bahasa yang digunakan pengarang meliputi:-

a. rimab. inversic. metafora dan simile (kiasan)d. anafora, epiforae. personifikasif. hiperbolag. perulanganh. unsur bunyi asonansi dan aliterasi

Ada pun tujuan penggunaannya ialah untuk menyampaikan pemikiran pengarang secar yang lebih tuntas di samping memberikan kepuasan estetik kepada pembacanya. Dapatkah anda rasakan kesan itu setelah membaca sajak yang berjudul ‘Masihkah Kau Bermain Seruling’ karya Zurinah Hassan di atas ?

5. Sajak: Konsep dan Penciptaan

Dalam hubungan penciptaan sajak, eloklah diketahui dengan lebih mendalam konsep sesebuah karya. Ciri-ciri puisi adalah sebagaimana yang berikut:

(i) Dikarang secara berangkap-rangkap.(ii) Baris-barisnya padat, ekonomis.(iii) Diskinya selektif, menggunakan kedua-dua golongan kata denotatif dan

konotatif.(iv) Berpusat atau berfokus kepada satu-satu tema sahaja.(v) Menggunakan dengan aktif unsur-unsur figuratif bahasa.(vi) Menekankan aspek bunyi dan nada dalam menyatakan sikap.(vii) Bersifat ambiguiti.

27

Page 28: NOTA PENGHAYATAN PUISI

6. Aspek dasar sajak

6.1 Puisi terbahagi kepada 2 komponen yang besar.

(i) Isi : Tema dan persoalan.(ii) Bentuk.

6.2 Bentuk puisi meliputi beberapa aspek yang penting, iaitu:

(i) Binaan luara. kata/ kalimatb. ungkapanc. baris d. rangkap

(ii) Sudut Pandangana. orang pertamab. orang keduac. orang ketigad. serba tahu (sudut pandangan objektif)

(iii) Nadaa. romantisb. melankolisc. sinisd. protese. patriotik

6.3 Idea untuk menghasilkan puisi boleh diperoleh daripada berbagai-bagai sumber.

(i) dari dalam diri(ii) dari luar diri/ masyarakat sekeliling(iii) dari renungan/ cetusan inspirasi

Bagaimana memperolehnya ?

a. pengalaman (diri/ orang lain)b. pergaulan (interaksi)c. pembacaan/ menonton (filem/ drama dsb) / pameran lukisan, dll.

Mengapa ?

1. untuk melahirkan pemikiran yang kreatif2. untuk menyuburkan pemikiran yang kritis3. untuk menjadikan fikiran kita sentiasa segar

Apa yang perlu dilakukan ?

a. pilih atau saring idea-idea yang baik/ yang signifikanb. peramkan idea dalam fikiran sehingga matangc. fikirkan jenis dan bentuk yang sesuai

Penciptaan sajak perlu ‘meniru’ teknik yang pintar sebagaimana dalam pantun dan syair yang dibincangkan di atas. Sajak-sajak Baha Zain dan Muhammad Haji Salleh, sebagai contoh menunjukkan pemilihan dan pemakaian diksi yang pintar. Muhammad Haji Salleh ialah Sasterawan Negara. Sajak Muhammad Haji Salleh yang berikut ini kaya dengan diksi yang pintar.

28

Page 29: NOTA PENGHAYATAN PUISI

Bagaimanakah akan kupilih?

tuhan,apakah yang telah kauberikan padaku,jerejak-jerejak waktu menghimpit harimuda,kerja mengejarku ke sdudut malam,perkataan orang memecah di kepalaku ?

bila aku bebasdari jerejak atau letih malam,aku kembali ke duniamu,ke pantai panjangdan ombaklaut di pagi alam.

anginmu menggetarkandaun ru dan kesepianyang selalu kuperlukan.

tuhan,bagaimana akan kupilih ?

Jadi, dalam penciptaan sajak, aspek ini janganlah diabaikan. Pemilihan dan penggunaan diksi yang terbaik, tepat dan indah amat penting. Karya kita mudah tergelincir hanya disebabkan oleh penggunaan diksi yang tidak tepat, misalnya. Makusd yang hendak disampai boleh sahaja menjadi lain, dan ini merugikan. Pembaca mungkin memperoleh maksud yang berlainan daripada apa yang dihasratkan. Pengarang yang bagus ialah pengarang yang selektif dari segi pemilihan dan penggunaan diksinya.

Kedua, dari segi gubahan atau binaan baris. Sekali lagi, asas yang digunakan pantun dan syair. Pantun dan syair mempunyai ciri-ciri binaan baris yang amat khusus. Ada beberapa perkara besar yang boleh disebutkan di sini berhubung dengan binaan atau gubahan baris.

a) tidak berupa ayat yang lengkap: Baris-baris dalam pantun dan syair tidak dibina secara lengkap. Lengkap di sini ialah dalam erti kata ia bukan berupa satu-satu ayat yang penuh. ‘Ayat-ayat’, sebenarnya lebih tepat ‘baris-baris’ yang dipadatkan. Ada kecenderungan penggubah pantun dan syair mengutamakan aspek ekonomikal.

Ekonomikal bermaksud ada bahagian-bahagian dalam baris yang sengaja digugurkan atau dibuang sehingga baris terdiri daripada beberapa kata sahaja, tetapi tidak sama sekali menjejaskan maksud yang hendak disampaikan. Baris ‘hati terkenang mulut menyebut’ ekonimikal sifatnya. Ayat ini jika mahu ditulis dalam bentuk yang lengkap barangkali berbunyi ‘Apabila hati terkenang, maka mulut pun terasa hendak menyebut.’ Jika ini yang ditulis, baris pantun tadi akan rosak. Ia tidak berupa pantun lagi.

Demikianlah jugalah dengan contoh-contoh yang lain, seperti ‘Kita hidup tidakkan lama’, ‘Anak dagang tak lama di sini’, ‘Bunga kembang akan layu’, dan banyak lagi. Bukankah baris-baris ini digubah sedemikian rupa, dipadatkan dengan elok sekali, akan tetapi maksud yang hendak disampaikan tidak berkurang. Bahkan, semakin jelas. Ini mesti dipelajari. Binaan baris-baris sajak yang pintar membantu penciptaan karya yang memuaskan.

b) menterbalikkan susunan ‘ayat’: Dalam istilah sekarang teknik ini dinamakan inversi. Menterbalikkan susunana dikenali sebagai inversi. Kecenderungan menggunakan tekni ini dalam penciptaan pantun amat jelas.

Dalam baris ‘Harta dunia janganlah tamak’ sebagai contoh menunjukkan sifat inversi yang baik. Baris ini sepatutnya berbunyi ‘ Janganlah tamak akan harta dunia.’ Ini susunan yang

29

Page 30: NOTA PENGHAYATAN PUISI

lazim. Susunan ‘Harta dunia janganlah tamak’ merupakan susunan yang tak lazim. Ia dikatakan inversi, yakni diterbalikkan kedudukannya.

Ada sebabnya hal ini dilakukan. Penggubah pantun mahu menekankan ‘harta.’ Kata ‘harta’ yang diutamakan. Dengan itu, dia meniversikan baris tersebut. Kesannya dapat dirasakan. Dalam konteks penciptaan puisi, teknik ini bagus digunakan. Ia melahirkan kesan penegasan yang jelas selain meninggalkan kesan keindahan dalam minda pembaca. Sekurang-kurangnya ia berbeza daripada kebiasaan hidup sehari-hari seperti yang kita sering mengucapkan ayat menurut susunan yang formal atau tertib. Misalnya, ‘Saya mahu meminjam buku kamu.’ Pengucapan seni tidak boleh seperti ini. Ia perlu sedikit khusus. Bukan tujuan kita untuk berbeza daripada kebiasaan, tetapi demi estetikanya.

c) diksi yang indah : Diksi bukan sahaja perlu difikirkan daripada segi selektifnya, akan tetapi bunyi juga. Bunyi membentuk rasa yang indah dalam emosi pembaca. Antara yang boleh membentuk keindahan ialah pengulangan, contohnya ‘Hina besi kerana karat, Hina manusia tidak berbudi.’ Kata ‘hina’ diulang. ‘Hina’ juga menjadi diksi yang indah di sini, kerana inilah fokus pemikiran pengarang, selain ‘tidak berbudi.’ Conbtoh yang lain ialah ‘Dagang tuan dagang bertempat’, ‘Hati muda jangan diturut, Kalau diturut salah datang.’

Kemudian, pertentangan. Dalam pantun banyak bentuk pertentangan yang digunakan. Contohnya ‘Buat baik berpada-pada, Buat jahat jangan sekali,’ lihat pertentangan ‘baik’ dengan ‘jahat.’ Selain itu, persamaan. Contohnya, ‘Duduk berdoa kepada Tuhan, Minta jalan ketetapan.’ Kata ‘berdoa’ persis ‘Minta’ juga. Cuma, konteksnya berlainan. Teknik ini menarik digunakan kerana pengarang tidak mengulang-ulang kata yang sama secara berterus-berusan yang boleh menjadi kebosanan kepada pembaca. Makna pula mungkin tidak tepat.

Ketiga, aspek yang tidak boleh diketepikan sama sekali ialah idea. Idea dalam pantun dan syair juga terpilih. Idea dalam pantun dan syair amat selektif. Kita boleh mengesan melalui penilaian setiap idea yang digarap harus merupakan idea-idea yang bernas. Penggubah pantun dan syair tidak menggunakan idea yang sembarangan, atau yang remeh-temeh. Dapat dirasakan bahawa idea yang diperoleh disaring dengan sedemikian rupa, melalui tapisan demi tapisan, sehingga yang digarapkan hanyalah inti. Inti pemikiran inilah yang menunjukkan kebijaksanaan.

Pengarang perlu bijaksana. Pengarang yang bijaksana tidak menggarap secara gopoh-gapah, polos, dan ragu-ragu. Dia bersikap. Sikapnya jelas. Ini kerana dia pembimbing masyarakat. Melalui karya, pengarang dapat melontarkan hujah yang berguna. Masyarakat dapat menggunakan idea yang dicetuskan pengarang untuk berfikir. Masyarakat yang berfikir merupakan masyarakat yang maju. Bukankah tamadun manusia bermula daripada pemikiran ahli masyarakatnya ?

Sajak ‘Dalang iv’ karya Muhammad Haji Salleh yang dipetik ini agak berat, tetapi cubalah teliti pemikiran tingginya yang diadun dalam diksi pintarnya.

dia pengukir alam bayangpenyalin warna perasaanserta aneh carayang tersangkut di bumbung panggungyang akhirnya dikumpulkan oleh penonton setia.

dengan watak yang purba oleh ceritadan gamelan yang melanggamkan babakdia membentang tikar bahasa,kata mengisahkan kelahiran,keberanian, kasih, tipu,dan paling disukainya, kesaktian.di antaranya ditenunnya

30

Page 31: NOTA PENGHAYATAN PUISI

benang ragu, resahdenting senjata,tetapi selalu harus memenangkan kebaikan.

bayang memotong selapis alamsebab itu dia berani menyalinnyadan kita terus mencarinya di belakang layar.

Demikianlah ketiga-tiga sumber atau inti pati penting yang digali daripada pantun dan syair yang tentunya amat berguna dalam membantu proses penciptaan karya yang baik dan hebat pada masa hadapan. Apa pun, pengarang mesti bersedia, kerana penghasilan karya bukan bergantung seluruhnya pada aspek yang dibincangkan di atas sahaja. Ada hal-hal lain yang menyokong dan memperkuatnya.

Penciptaan puisi haruslah bertolak dari keingina yang kuat, penguasaan kepada bahasa yang baik, pemahaman yang mendalam dalam binaan asas karya, dan keupayaan untuk mencerna idea dengan berkesan, kreatif dan puitis.

31

Page 32: NOTA PENGHAYATAN PUISI

SIRI NOTA PENGHAYATAN PUISI (3)

SAJAK: MAKNA DI SEBALIK DINDING KATA(INTERPRETASI SAJAK)

olehDr. Lim Swee Tin

PROGRAM PENGHAYATAN SASTERA DAN BUDAYADEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

32

Page 33: NOTA PENGHAYATAN PUISI

Dalam bahagian ini akan diperkatakan tentang beberapa buah puisi. Puisi-puisi yang dipilih mengemukakan tema dan persoalan yang beragam. Ia bertujuan untuk memperlihatkan bagaimanakah sesebuah karya yang baik dihasilkan.

Terdapat tiga buah puisi. Puisi-puisi tersebut ialah

Sketsa Kerinduan oleh Shukri AbdullahSejenak di Gerbang Santiago oleh Sylvester B. AloysiusDarah di Gaun Putih oleh T. Alias Taib

Sketsa Kerinduan

BondaMasih lagi aku di siniTersesat di tengah-tengah kesibukanRusuh angin saling bertolakanMenghantar rinduku ke desa kelahiran.

Terpaksa aku bertahan, bondaUntuk rezeki yang bakalMenyalakan jamung kehidupan kitaBiar pun kusedar egalanya masihTidak mampu melunasi piutang budimu.

Percayalah bondaMasih terpateri di mindakuKokok pertama ayam jantanDi tunggul ketapangPohonnya dulu tempat akuMenggantung buaian.

Kicau burung pagi persis pesta poraMenyambut pawai merdeka di ibu kotaMasihkah permatang di hujung bendangMengalirkan dinginnya ke teratak kita ?

Bonda,Seringkali sketsa ini membuai tidurkuDi ranjang resah dikepung belantara batu.

Universiti MalayaKarya, Jun 1998.

Puisi SK di atas pada hakikatnya merupakan sebuah puisi yang mudah. Ia bertolak dari rasa kerinduan seorang anak yang berhijrah meninggalkan kampung halaman untuk ke kota bagi sesuatu tujuan tertentu, mungkin sedang berusaha menuntut ilmu bagi kelak memperoleh pekerjaan lalu dapat melunasi hutang piutang kepada bondanya yang telah banyak berjasa kepadanya.

Asas idea puisi ini ialah kesepian tatkala berada di tengah-tengah kota besar. Kesepian itu langsung membawa kepada kerinduan. Dalam menyatakan kerinduannya, penyajak banyak memlih unsur-unsur yang dapat memberi penekanan betapa dia sedang merinduan bonda dan kampung halaman. Contohnya, kokok pertama ayam jantan/ ditunggul ketapang/ pohonnya dulu tempat aku/ menggantung buaian. Penyajak juga

33

Page 34: NOTA PENGHAYATAN PUISI

teringat akan kicau burung pagi.../permatang di hujung bendang/ mengalirkan dinginnya ke teratak kita ?

Melalui gambaran-gambaran ini, kita dapat melihat bagaimana rasa kerinduan si anak begitu melonjak-lonjak, dan dia dapat membayangkan semua itu dengan jelas sekali. Bahkan, si anak mengakui bahawa sketsa ini membuai tidurnya, dan meresahkan dia di tengah kota. Ini boleh dilihat dalam rangkap akhir puisi ini.

Penyajak mempunyai ketahan jiwa yang kuat. Sekalipun tertekan oleh perasaan rindu, dia masih dapat bertahan. Ini lumrah manusia yang ingin berjaya. Gambaran kota yang yang sibuk dengan rusuh angin saling bertolakan/ menghantar rinduku ke desa kelahiran. Si anak yakin apa yang dilakukannya sekarang adalah untuk menyenangkan keluarganya kelak, seperti katanya untuk reseki yang bakal/ menyalakan jamung kehidupan kita.

Puisi ini ditulis dengan gaya bermonolog. Penyajak bermonolog dengan bondanya. Ini ditunjukkan melalui sebuatan: Bonda, sebanyak dua kali, iaitu sekali pada rangkap pertama, dan sekali lagi pada rangkap akhir. Gaya ini lazim digunakan orang. Ia bukanlah sesuatu yang menunjukkan puisi itu lemah. Mahalahan, melalui monolog seperti ini, kita adapat merasakan kemesraan antara si anak dengan bonda, dan kita dapat merasakan kejujuran si anak menyatakan perasaan hatinya. Ini lebih baik dapada penulisan berbentuk pemaparan sahaja.

Penyajak juga amat teliti mengawal pemilihan diksinya. Kerana, jika tidak, karya ini akan menjadi karya yang sarat dengan emosi. Emosi mungkin boleh melimpah ruah jika penyajak tidak bijak memilih diksi. Begitu juga dengan binaan ungkapan dan baris, yang kadang-kadang diselang seli dengan unsur emjambemen yang menjadikan puisi ini terasakan lebih segar. Pendek kata, penyajak cukup bersederhana, dan tidak berlebih-lebihan dalam menyatakan isi hatinya walaupun ada kemungkinan kerinduannya amat sukar hendak dikawal. Baris menghantar rinduku ke desa kelahiran, amat menarik. Begitu juga baris menyalakan jamung kehidupan kita. Ada gaya bahasa perbandingan simile digunakan seperti dalam baris Kicau burung pagi persis pesta pora. Dan, penggunaan kata tanya masihkah dalam baris-baris masihkah permatang di hujung bendang/ mengalirkan dinginnya ke teratak kita ? menggambarkan keperihatinan penyajak yang amat mendalam akan desa kelahirannya. Keseluruhannya, puisi ini berkesan. Puisi ini terpilih untuk diberikan hadiah Hadiah KARYA Utusan Melayu (M) Berhad 1998.

Sejenak di Gerbang Santiago

Inilah kita impian cendekiawanGedung mencatat tawarikh silamReruntuhan bangsa yang terbagun semulaDari julangan genggaman kemerdekaanTerdiri megah panji keagungan leluhurDi atas keranapan kota penjajahan.

Menyusuri tebingan sungaiBagai menjejaki waku silammuTerkocak dalam memoriSemangat perkasa di TuahGemilang Bendahara Paduka RajaTuan yang merajai bestari lagi arifAh!…banyak lagi kisahmu yang tercatat.

Terdanag jauh dari hari lalumuMasih terhimbau di ruang kenanganMasyhurmu menggenggam makmurHangat bibir pujangga silam“…tuan yang menjaga Malaqa

34

Page 35: NOTA PENGHAYATAN PUISI

juga memegang leher Venice…”

Universiti Malaya. Karya, Mei 1998.

Puisi ini seperti Sketsa Kerinduan juga dipilih memenangi Hadiah KARYA 1998. Berbeza dengan puisi di atas, puisi ini bersifat pemaparan. Memang puisi boleh dihasilkan melalui berbagai-bagai cara, sama ada bermonolog/ monolog dalaman, pemaparan, pengisahan, dan sebagainya. Pokoknya, ia bertolak dari idea yang bagaimana ? Idea asas sering kali boleh mempengaruhi cara ini.

Puisi SdGS ini satu contoh karya yang mengambil elemen sejarah dalam mengungkapkan tema dan persoalan patriotik. Walaupun, unsur patriotiknya kurang ditonjolkan sebagaimana setengah-setengah puisi dalam Saymebara Deklamasi Puisi Hari Kebangsaan, karya ini ada kecenderungan ke arah itu juga, tetapi dalam keadaannya yang halus atau amat bersederhana.

Idea asas puisi ini ialah penyajak mengunjungi Kota Santiago, satu warisan tinggalan penjajah Portugis di Melaka. Hal ini dapat dilihat dalam paparan dalam rangkap pertama. Penggunaan ‘Inilah…’ dengan jelas adanya keinginan penyajak menyatakan sesuatu tentang kota tersebut. Rangkap kedua menjadi seperti permulaan, kerana penyajak baru menerangkan yang dia ‘menyusuri tebingan sungai….’, dan mengimbas beberapa aperistiwa sejarah tanah air semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka. Dan, rangkap ketiga bersifat merumuskan. Penyajak menyatakan sikapnya dalam rangkap terakhir ini.

Puisi ini sekali lagi memperlihatkan cara pemilihan diksi yang terkawal. Penyajak sedar dia mencipta sesuatu yang berkaitan dengan sejarah. Dengan itu, diksi-diksi yang berkaitan dengan sejarah dipertimbangkan dengan baik untuk digunakan, contohnya kota, gedung mencatat tawarikh silam, reruntuhan leluhur, keranapan kota penjajahan, bagai menjejaki waktu silam, si Tuah, Bendahara Paduka raja, kisahmu yang tercatat, dan Malaqa. Hal ini penting. Tujuannya untuk memberi semacam satu aliran sempurna diksi yang boleh membina kesatuan.

Penyajak juga menggunakan unsur alusi, iaitu Santiago, Tuah, Bendahara Paduka raja, Malaqa, Venice untuk membuktikan ‘kebenaran’ karyanya. Penggunaan unsur alusi juga dapat membantu pemahaman terhadap subjek yang sedang diperkatakan kerana keakraban nama-nama itu dengan pembaca. Penyajak juga menggunakan beberapa penyimpangan sebagai gaya pengucapannya, misalnya ‘panji’ yang bermaksud ‘panji-panji’, dan ‘terkadang’ untuk ‘kadang-kadang’, ‘reruntuhan’ untuk ‘runtuhan-runtuhan.’

Penggunaan tanda petik untuk satu petikan yang mungkin diambil dari buku-buku sejarah “…tuan yang menjaga Malaqa/ juga memegang leher Venive…” amat menarik. Penggunaan petikan seperti ini bukan menunjukkan penyajak tidak berupaya menghasilkan sendiri ungkapan atau baris-baris yang baik. Sebaliknya, pengambilan ini tambah meyakinkan pembaca akan apa yang dipaparkan sebelum baris-baris tersebut. Ada juga kemungkinan bahawa dalam proses penciptaan puisi ini, petikan inilah yang terlebih dahulu ditemui penyajak sehingga mendorongkan dia mencipta puisi SdGS ini.

Puisi SdGS ini berjaya melalui kebulatan ideanya, pemilihan diksi yang tepat, binaan ungkapan dan baris yang sederhana tetapi mengukuhkan maksud yang hendak disampaikan.

Darah di Gaun Putih

Mengejut kaupulang dari kota membawa darahdi gaun putihmu. Ibumu tersentak, antara

35

Page 36: NOTA PENGHAYATAN PUISI

percaya dengan tidak, hampir tidak mengenali-mu lagi: ‘Astaga, inikah manisku yang dulupemalu dan amat mentah ? Siapakah gerangan yangmemesongkan kiblatmu, menelanjangkan hatimu,mengasarkan sopanmu ? Di lorong manakah kautercicir selendang kesayanganmu ?

Mengejut kaupulang ke desa membawa harum dirambut perangmu. Ayahmu juga tersentak, tapimasih dapat mengenali manisnya yang dulu pemaludan amat mentah. Kejelitaanmu mempesonakannya;kelopak matamu yang hijau-teduh, dua bibirmuyang merah-basah, pipi halusmu yang samar-lembut.

Siapakah gerangan yang memercikkan darah digaun putihmu ?

1985.Antologi ‘Opera.’

Puisi ini mengemukakan tema keruntuhan sosial di kalangan remaja desa yang mencari pekerjaan atau berhijrah ke kota. Gadis desa yang selalunya lemah lembuh, bersopan santun dan cukup tekun mempertahankan nilai-nilai ketimuran bahkan pegangan agama, akan mudah terpengaruh dengan kehidupan liar di kota sehingga semuanya tercemar.

Perkara ini ada ditunjukkan secara gambaran. Gambaran-bambaran itu ialah: Siapakah gerangan yang memesongkan kiblatmu, menelanjangkan hatimu, mengasarkan sopanmu ? Di lorong manakah kau tercicir selendang kesayanganmu ? Gambaran ini secara halus menunjukkan bahawa si gadis tidak lagi menjalankan suruhan-suruhan agama, sikap dan perlakuannya menjadi asing dan kasar, bahkan ciri-ciri gadis timur yang ada padanya sudah luput.

Si gadis juga jelas amat terpengaruh dengan corak kehidupan kota. Ini dapat diperhatikan melalui ungkapan: membawa harum di rambut perang, kelopak mata yang hijau-teduh, dua bibir yang merah-basah, dan pipi halus yang samar-lembut.

Penyajak juga menggambarkan kedua-dua ibu bapa si gadis tersentak ! Hanya itu reaksi mereka yang ditunjukkan. Di sini, si ibu dan si ayah tidak digambarkan dengan luahan emosi yang berlebih-lebihan. Ertinya, penyajak cukup bijak mengawal emosi kedua-dua orang tua itu tatkala berhadapan dengan si anak yang luar biasa sekali penampilannya ! Walaupun, penyajak berkemungkinan boleh berlampau-lampau, dia tidak berbuat demikian kerana ini boleh mencatatkan puisinya.

Puisi DdGP memaparkan isu gejala sosial yang sedang dihadapi kini. Dalam modul terdahulu , ada diterangkan peri pentingnya calon penulis memerhati perkembangan sekeliling untuk memperoleh idea bagi digarap dalam puisi-puisi mereka. Puisi ini adalah contoh yang jelas penyajak seorang pemerhati yang cekap. Kedua, apa yang boleh dipelajari melalui karya ini ialah cara pemaparan penyajak dari sudut yang menarik serta meyakinkan.

Penyajak mungkin mempunyai beberapa cara untuk mengungkapkan pemikirannya. Misalnya, dengan mengambil gaya bermonolog dari sudut pandangan si gadis. Tetapi, barangkali memikirkan kesannya yang kurang kuat, penyajak tidak menggunakan kaedah itu. Penyajak boleh juga misalnya menggunakan corak gambaran sebagaimana puisi Sejenak di Gerabang Santiago, tetapi tidak berbuat demikian. Kemahiran ini sebenarnya adalah kemahiran penyajak yang menggunakan sepenuhnya daya kreatif yang ada pada mereka.

36

Page 37: NOTA PENGHAYATAN PUISI

Penggunaan bahasa dalam puisi ini seluruhnya mudah. Sekali lagi terbukti bahawa penggunaan bahasa yang sukar bukanlah jaminan sesebuah karya akan menjadi baik, dan penggunaan bahasa yang mudah bukan pula tanda bahawa sesebuah karya itu kurang bermutu. Ia bergantung kepada kebijaksanaan penyajak menggubah dan mengatur bahasanya seupaya indah, boleh mendukung makna dan ada kesn estetikanya.

Ungkapan ‘darah di gaun putih’, dalam judul puisi menimbulkan kesan sadis, ngeri dan pilu. Penyajak memilih kata yang mempertentangkan gambaran, lihat ‘darah’ dengan ‘gaun putih.’ Pertentangan yang ditunjukkan menimbulkan kesan semacam ada tragedi yang terjadi. Rangkap akhir ditambahkan ‘memercikkan.’ Ini sekali lagi meninggalkan kesan ngeri di atas. Teknik pertanyaan banyak digunakan dalam puisi ini, termasuk dalam rangkap akhir ini, yang mengapungkan jawapannya kepada pembaca sendiri. Penyajak tidak menjelaskan siapakah yang telah merosakkan atau menodai gadis itu. Itu tidak penting kerana bukan kerja penyajak untuk mencari jawapannya, dan bukan tanggungjawabnya untuk memberi jawapan kepada pembaca. Yang dipaparkan ialah gejala sosial !

Penggunaan unsur enjambemen amat dominan dalam puisi ini. Ia merata-rata. Penyajak seolah-olah sengaja melakukannya. Ada tujuan penyajak berbuat demikian. Ia menjadi rentetan yang bersambung-sambung, bagi menunjukkan bahawa gejala ini bukan dilakukan berseorangan, atau sekali gus. Ia juga menunjukkanada rasa tidak sabar di pihak ayang memerhati, yakni ibu dan ayah. Pendek kata, penyajak amat tekun menukang puisi ini, dan telah mengambil kira segenap segi bagi mengahasilkannya sebaik mungkin.

Puisi adalah karya kreatif. Sudah dinyatakan, selain idea cara garapannya, penggunaan bahasa, pemilihan sudut pandangan, dan berbagai-bagai hal lagi perlu difikirkan tatkala mencipta sesebuah karya. Karya yang berjaya adalah karya yang seimbang dari segala segi.

Idea sebenarnya adalah bahan mentah. Bahan mentah inilah yang perlu dihazam dengan baik dalam minda dan perasaan penulis. Idea yang baik boleh menjadi buruk jika penulis tiada kepandaian menggubah puisi secara yang berkesan. Idea yang baik akan menjadi baik jika ia jelas kepada pembaca, disokong cara penggarapan yang berkesan, melalui pemilihan dan penggunaan bahasa yang sepadan, dan karya ini pasti meninggalkan kesan esetetika kepada kita !

2.8 Dari Kertas ke Pentas

Deklamasi puisi merupakan satu ikhtiar bagi memperdengarkan bacaan puisi kepada orang ramai atau audien(selepas ini disebut khalayak). Deklamasi puisi samalah seperti gubahan lagu yang kelak didendangkan oleh penyanyi bagi membolehkan pendengar mendengarnya, memahami dan menikmati keindahannya.

Sebenarnya, sukar untuk ditentukan bilakah tradisi deklamasi ini bermula di negara kita secara tepatnya. Akan tetapi, ada direkodkan bahawa pada perhimpunan Hari Puisi kali yang pertama di Pantai Kundur, Melaka, pada tahun 1971 dahulu, dikatakan majlis diserikan dengan acara-acara deklamasi puisi. Cuma, apa yang boleh dikatakan, tradisi ini sudah bertapak kukuh dan semakin popular di negara kita.

Sekarang, saban tahun dianjurkan semacam majlis dan acara Sayembara Deklamasi Puisi Hari Kebangsaan, satu tradisi yang dimulakan sejak lebih 12 tahun lalu. Deklamasi puisi juga dianjurkan persatuan-persatuan belia, persatuan penulis, perkumpulan-perkumpulan, bahkan adaa disiarkan juga melalui radio dan televisyen. Demikian juga, deklamasi puisi dijayakan oleh hampir segenap lapisan masyarakat; dari kanak-kanak berusia empat tahun sehinggalah oleh Y.A.B. Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri kita, dengan

37

Page 38: NOTA PENGHAYATAN PUISI

puisi ‘Perjuangan yang Belum Selesai’ dan ‘Melayu Mudah Lupa’ baru-baru ini. Pendek kata, deklamasi puisi sudah menjadi sebahagian daripada warisan seni budaya bangsa yang sudah melekat di hati masyarakat dan rakyat negara ini.

Banyak sajak dalam antologi ‘Tanah Airku’ selenggaraan Zalila Sharif dan Hasni Abas (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005) yang sesuai dibawa ke pentas. Antaranya, ‘Titisan Darah di Tanah Indah’ (A. Samad Said), ‘Di Atas Bukit Senjuang’ (Ahmad Razali), ‘Keranamu Malaysia’ (Ahmad Sarju), “Sumpah Tanah Air’ (Dharmawijaya), ‘Jangan Berduka Malaysiaku’ (Kemala), dan banyak lagi. Sajak ‘Jangan Berduka Malaysiaku’ ciptaan Kemala diperturunkan sepenuhnya:

Kubebat tanganku yang luka kubebat dadamu yang luka kubebat bahumu yang luka kubebat pipimu yang luka kugiring matamu yang duka kuiring lagumu yang duka kusaring cumbumu yang duka.

Embun mencari rumput tempat berpaut daun mencari tangkai untuk bertaut.

Jangan berduka, Malaysiaku!

Gunung dilingkari kabut mendung memayungi bumi berhujan darahkah Wilayah Utara?

Serigala melolong di gunung todak melompati teluk tanjung Nadim lahir lagi demi hidup baru. Makna baru.

Ada kilat ragu di matamu berhujan darahkah Wilayah Selatan? tiba juga pesan warisan tegaklah atas nama peribadi senyum ibu dan sapaan Tuhan.

Jangan berduka, Malaysiaku!Kalau ada wabak memadami jejak-jejak putih kalau ada lagak menepisi kasih akan berhujan perakkah di Barat? langit Timur membawa jalur-jalur sejarah berhujan emaskah sang ningrat?

Ada tembang pilu sang nelayan ada tempang lagu petani kemarau mencari kasih di sudut hati suaranya serak dan parau.

Selepas jauh berjalan kaki direjami sendayan dengan duka pertama pahlawan menatap cermin retak pusaka.

Jangan berduka Malaysiaku.38

Page 39: NOTA PENGHAYATAN PUISI

Rumusan

Puisi ialah satu genre kesusasteraan. Puisi ialah bentuk pengucapan yang berirama, dilahirkan melalui tanggapan yang penuh imaginatif dari seseorang penulis atau penyair. Istilah puisi yang sebenarnya ialah sajak. Sajak ialah satu jenis puisi moden. Ia diambil daripada bahasa Yunani, poiesis, yang bererti penciptaan.Dalam bahasa Inggeris ditemukan kata poet. Kata ini dalam bahasa Yunani bererti orang yang mencipta melalui imaginasinya.

39

Page 40: NOTA PENGHAYATAN PUISI

NOTA PENGHAYATAN PUISI (3)

LATIHAN AMALI

SAJAK: MAKNA DI SEBALIK DINDING KATA(INTERPRETASI SAJAK)

oleh

AWANG ABDULLAH

PROGRAM PENGHAYATAN SASTERA DAN BUDAYADEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

40

Page 41: NOTA PENGHAYATAN PUISI

SAJAK: MAKNA DI SEBALIK DINDING KATAOleh

Awang Abdullah

SEBELUM kita dapat mengangkat SAJAK ke pentas persembahan, kita terlebih dahulu harus mencapai makna sajak terlebih dahulu. Kerja ini dinamakan INTEPRETASI SAJAK. Intepretasi ialah proses mentafsir maksud yang tersurat dan tersirat pada sajak tersebut.

Kerja mentafsir sajak agak mudah pada sajak jenis Komunikatif tetapi agak sukar dan mencabar pada sajak non-Komunikatif. Sajak “Ke Makam Bonda” karya Usman Awang adalah sajak jenis Komunikatif. Sekali baca, kita sudah dapat memahami maksudnya. Manakala sajak “Salji Hitam” karya penulis yang sama adalah jenis sajak non-Komunikatif.

Sebahagian besar MAKNA Sajak tersembunyi di bawah lapisan simbol atau LAMBANG sajak. Sebahagian lagi mungkin tersirat di sebalik bahasa KIASAN sajak tersebut.

Penyair biasanya suka menggunakan warna, imej alam, peristiwa sejarah dan tokoh sebagai lambang atau simbol. Sebahagian lambang ini adalah lambang universal yang diterima-pakai di peringkat sejagat.

Sebelum kita boleh membuat intepretasi sajak, kita terlebih dahulu harus memahami dua sifat utama bahasa sajak, iaitu KONOTATIF dan AMBIGUITI.

Lambang-lambang sejagat yang diterima pakai di mana-mana adalah seperti berikut:(a) Simbol WARNA

Putih - Suci Hitam - Jahat Merah - Berani Biru - Perpaduan

(b) Simbol CITRA ALAM Bunga – Gadis Kumbang – Jejaka Sungai – Kehidupan Gunung – Cita-cita tinggi Lembu – Kebodohan Merpati Putih – Kedamaian Ombak – Cabaran Bulan – Kecantikan

Lambang atau simbol ini boleh berubah makna tersiratnya mengikut citra masyarakat dan budaya setempat. Warna kuning misalnya membawa makna kesetiaan bagi masyarakat Melayu kerana warna kuning adalah warna yang sinonim dengan raja-raja Melayu tetapi simbol warna kuning bagi masyarakat Barat mungkin lain pula tafsirannya.

41

Page 42: NOTA PENGHAYATAN PUISI

MAKNA DI SEBALIK DINDING KATA

(TAFSIRAN MAKNA SAJAK)

INDEKS

IKON SIMBOL

SIMBOL

42

Page 43: NOTA PENGHAYATAN PUISI

Lampiran (i)

LATIHAN INTEPRETASI (I)

Berikan TAFSIRAN anda sendiri pada lambang-lambang berikut :

(A) SIMBOL PERISTIWA

(i) Singapura dilanggar todak

(ii) 13 Mei

(iii) Tenggelamnya Kapal Titanic.

(iv) Banjir besar dan bahtera Nabi Noh

(v) Peristiwa berdarah Medan Tienanmen

(vi) Turunnya bendera Union Jack

(ix) Peminangan Puteri Gunung Ledang

(x) Amukan Jebat.

(B) SIMBOL TOKOH

(i) Tuah

(ii) Jebat

(iii) Mandaliar

43

Page 44: NOTA PENGHAYATAN PUISI

(iv) Pak Pandir

(v) Panglima Awang

(C) Simbol di sebalik UJARAN KLASIK

(I) Seperti pohon-pohon bergerak di mata Mac Betch

(ii) Sayang Sarawak sungainya sempit

(iii) Tak Melayu hilang di dunia

(iv) Aku mahu hidup seribu tahun lagi

(v) Kalau roboh Kota Melaka

LATIHAN INTEPRETASI (II)

Bincang dengan kumpulan anda dan tafsirkan MAKSUD sajak-sajak berikut.

1. “Siapakah Yang Kaucari“? Karya A. Latif Mohidin (ms 42-43)

2. “Tanah Ini Akan Mencintai Aku (ms 44-45) Karya A. Latif Mohidin

3. “Pemahat Gunung” (ms 55) Karya A. Wahab Ali

4. “Genta Cinta” (ms 113-114) Karya Lim Swee Tim

5. “Genta Purba” (ms 144-145) Karya Shamsuddin Jaafar

6. “Kuala Lumpur” (ms 65-66) Karya Ahmad Razali

44

Page 45: NOTA PENGHAYATAN PUISI

7. “Sumpah Tanahair” (ms 85-86) Karya Dharmawijaya

8. “Nyanyi Sunyi di Desa Sepi” (ms 90-91) Karya Firdaus Abdullah

9. “Kematian Kekasih Bumi” (ms 102-103) Karya Jamdin B

10. ”Kita Katakan Tidak” (ms 128-129) Karya Rahman Shaari

11. “Merpati Putih, Jelajahilah Dunia Ini” (ms 160) Karya Usman Awang

45

Page 46: NOTA PENGHAYATAN PUISI

SIRI NOTA PENGHAYATAN PUISI (4)

DEKLAMASI SAJAK: KONSEP, KAEDAH DAN APLIKASI

olehDr. Lim Swee Tin

PROGRAM PENGHAYATAN SASTERA DAN BUDAYADEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

46

Page 47: NOTA PENGHAYATAN PUISI

Deklamasi Sajak : amasi Sajak : Konsep, Kaedah dan Aplikasi

1. Deklamasi: Pengertian

Deklamasi puisi merupakan satu seni. Seni deklamasi puisi sebagaimana cabang-cabang seni yang lain seumpama seni ukir, seni gubahan bunga, seni lukis, seni lakon dan sebagainya tentulah dimaksudkan dengan persembahan yang ada kesan keindahan atau estetikanya. Hal ini tidak sukar difahami - dalam sesuatu persembahan memanglah bergantung kepada pembuat persembahan itu untuk memancarkan sesuatu yang indah dan berseni dalam persembahannya.

Keindahan yang dipancarkan itu barangkali daripada suara deklmatornya (pendeklmasi puisi dinamakan deklamator, bukan pendeklamator !), daripada gayanya, kostum yang dipakainya, penataan cahaya, ataupun paduan kesemuanya. Tidak kiralah apa, yang penting ada keindahan yang dipancarkan kerana sesuai dengan sifat-sifat deklamasi sebagai satu seni.

Dalam konteks yang sama tentunya tidak boleh dilupakan sama sekali ialah kesan keseluruhan yang timbul daripada deklamasi itu; adakah berbekas di hati dan minda khalayak, atau pun tidak ? Selepas mendengar sesuatu deklamasi puisi, adakah khalayak faham, dapat menikmati sesuatu daripada kita, dan beroleh kepuasan ? Atau, mereka jadi kacau, bercelaru, pening dan bingung - mungkin pitam kerana kita juga kacau !

2. Ciri-ciri Deklamasi

Dalam persembahan seni deklamasi ini, tentulah kita juga perlu menyentuh beberapa perkara. Pertama, yang menyangkut hal persembahan. Kedua, kerana ia melibatkan khalayak. Antaranya tatalaku dan tatacara yang perlu dihayati;

i) mengetahui dengan tepat puisi yang akan dideklamasikanii) faham tema puisi, tahu bagaimana cara hendak mendeklamasikannyaiii) hafal, ataupun sudah membacanya berulang kali supaya lancariv) fikirkan kostum yang hendak digunakan, termasuk peralatanv) kenalpasti dewan/ tempat kita hendak deklamasikan puisi (termasuk pintu masuk)vi) periksa lokasi atau kedudukan mikrofon, kawasan sekelilingvii) masuk hanya setelah dipanggil/diarahviii) jangan membuat ucapan, kerana anda diundang untuk mendeklmasikan puisiix) sopan, berkeyakinanx) hormati majlis

Deklamasi puisi bukanlah satu kerja yang mudah sebagai yang dianggap oleh sesetengah orang. Namun, tidak sukar sebagaimana yang ditanggapi oleh kalangan penggiat yang menyenanginya. Deklamasi itu seni. Atas sifat seninya, kita mungkin akan beroleh kepuasan yang bukan sedikit terutama selepas deklamasi kita mendapat pujian. Selain khalayak yang datang, biarlah kita sendiri juga nikmati kepuasan itu.

Deklamasi yang disifatkan sebagai satu seni sebenarnya berurusan langsung dengan satu bahan yang kita kenali sebagai puisi atau sajak, yang diperdengar atau diperlihatkan kepada khalayak.

Di negara kita, ada beberapa jenis deklmasi. Sebenarnya, jika tidak dijenis-jeniskan pun tidak mengapa. Setakat ini, yang terkenal ialah deklmasi jenis yang seringkali ditemui pada Sayembara Deklamasi Puisi Hari Kebangsaan (DPHK), dan keduanya dikenali sebagai Deklamasi Puisi Artistik (DPA).

47

Page 48: NOTA PENGHAYATAN PUISI

3. Aspek-aspek Penting Deklamasi Sajak

Bagi menyampaikan deklmasi yang baik dan berkesan (ingat, bukan sahaja baik, tetapi berkesan !), ada dua perkara yang perlu didalami dan dihayati oleh para deklamator. Pertama, tema. Kedua, nada.

3.1 Tema

Para deklamator yang serius tentu akan mendapati bahawa pemahaman terhadap tema puisi sebagai satu aspek yang penting. Pelbagai tema digarap pengarang dalam karya-karya mereka. Akan tetapi, eloklah rasanya kalau kita kelompokkan menjadi enam sebagaimana yang berikut:

i) tema alamii) tema mengenai diriiii) tema kemasyarakataniv) tema cintav) tema patriotisme dan semangat perjuanganvi) tema keagamaan dan ketuhanan

Dengan mengenali tema sesebuah karya tentulah dapat memandu para deklamator menyampaikan deklamasi dengan baik dan berkesan di hadapan khalayaknya.

3.2 Nada

Nada yang dimaksudkan di sini ialah nada yang terpancar dalam karya berdasarkan analisis tema, penggunaan kata (istilah kesusasteraan dinamakan diksi), binaan baris dan rangkap, serta sikap pengarangnya. Ia boleh memberi maklumat yang besar terutama tentang ‘isi hati’ dan ‘perasaan’ pengarang.

Ada lima jenis nada puisi (karya) yang diketahui umum, iaitu

i) nada melankolikii) nada romantikiii) nada patriotismeiv) nada protesv) nada sinis

Para deklamator yang tekun dan berhati-hati akan berasa rugi sekiranya mereka tidak cuba mengkaji aspek nada karya. Sebarang pengabaian akan meninggalkan kesan sampingan yang barangkali merugikan kita.

Dalam apa jua jenis pekerjaan yang dilakukan, persediaan yang rapi perlu dibuat. Tanpa persediaan hasilnya tentulah dapat dibayangkan. Deklamasi puisi merupakan satu urusan yang serius. Supaya diperoleh hasil yang sepadan, kita tidak boleh sama sekali mengetepikan aspek keseriusan yang sepatutnya ada.

Aeriuskah anda?

4. Kaedah Deklamasi yang Berkesan

Bagi menyampaikan deklamasi yang berkesan tentulah disokong oleh pelbagai factor. Selain mempunyai suara yang bagus, memahami tema sajak yang hendak dideklamasikan dengan jelas, ada pengetahuan tentang nada, gaya dan teknik, factor bakat semula jadi dan daya kreatif seseorang juga memainkan peranan yang besar.

48

Page 49: NOTA PENGHAYATAN PUISI

Apa sekalipun kita halusilah empat (4) aspek yang berikut ini yang pada dasarnya boleh menghasilkan deklamasi yang berkesan, iaitu;

i) suaraii) gayaiii) nadaiv) teknik

4.1 Suara

Suara satu anugerah Tuhan. Jadi, bagaimana hendak dinilai ? Kalau suara garau, besar dan berat dikatakan suara yang baik, maka orang-orang yang dianuegerahi suara jenis itu sahajalah yang boleh masuk bertanding. Orang lain akan kempunan untuk memenangi sebarang hadiah dari sayembara sepanjang hidupnya.

Akan tetapi, itu hanyalah sebahagian sahaja daripada advantage yang ada. Suara yang dimaksudkan dalam deklamasi ialah bagaimanakah seseorang boleh mengeksploit alat-alat artikulasi mereka supaya sesuai dengan kata yang diucapkan. Kata yang diucapkan sesuai dengan maksudnya. Maksudnya jadi jelas, terang dan berfungsi. Suara itu memikat kita. Suara itu memukau. Dengan itu, suara dikatakan telah digembleng dengan cara yang sesuai dan berkesan.

Selain itu, cara anda melepaskan suara, melontarkan suara juga diberikan perhatian. Ada deklamator yang jenis menelan suara, atau mengemamnya. Adalah penting bagi kita memberi jiwa kepada kata, kita lentur baris, mencantikkan cara sebutannya suapaya kena dengan kemahuan puisi daripada bekerja keras meletuskan ‘k’ di sana sini, mengada-ngada , ataupun bersikap amat cerewet. Kesilapan sebutan harus dielakkan kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan. Baris ‘susunan indah’ tidak boleh dibaca ‘susu nan indah’, dan sebagainya.

4.2 Gaya

Gaya menjadi penting kerana deklamasi itu seni. Kalau ‘seni’, gayanya juga hendaklah biar berseni. Biar indah. Gaya yang indah iatu bagaimana, ini soalnya ?

Gaya yang indah ialah gaya yang kena dengan puisi (teks). Yang sepadan. Yang selaras. Bukan yang bertentangan. Atau bercanggah. Gerak tangan, gerak tubuh, gerak kepala, memek muka; dari kening, mata, mulut dan yang di sekitarnya perlu digemblengkan supaya ia boleh menghantar makna kepada pendengar kita.

Gaya mesti berkesan. Gaya yang berkesan ialah yang tidak kurang dan tidak juga berlebih-lebihan. Gaya biar natural.

Apakah ukuran natural ? Jawapannya, jiwailah dahulu puisi, deklamasikan dengan jujur dan penuh penghayatan, bebaskan fizikal anda untuk turut ‘berkata-kata’. Itulah yang sebenarnya dikehendaki. Anda bukan berlakon, ingat. kalau terus-terusan anda memberi arahan kepada fizikal anda supaya buat itu dan ini, jangan begitu dan jangan begini, bilakah anda hendak deklamasikan puisi. Anda sudah jadi terlalu sibuk. Deklamator yang sibuk, anda lihatlah sendiri bagaimana mereka beraksi di pentas. Jangan lupa, pengadil memerhatikan dengan teliti semua ini !

4.3 Nada

Semasa membincangkan ‘Seni Deklmasi Puisi : Apa dan bagaimana ?”, sudah menghuraikan dengan agak mendalam mengenai nada. Nada rendah, sedang dan tinggi perlulah menurut kaedah dan keperluannya. Jika perlu tinggi, tinggilah. Usah ragu-ragu atau takut. Nada penting kerana penekanan memberi pemahaman, memperjelas sikap, dan salah satu aspek yang boleh menentukan keberkesanan sesuatu deklamasi juga.

49

Page 50: NOTA PENGHAYATAN PUISI

4.4 Teknik

Timbul kekeliruan bahawa teknik itu ialah peralatan muzik atau kesan bunyi yang hendak dipakai dalam sesuatu deklamasi. Anggapan ini tidak betul.

Yang betulnya ialah teknik itu merupakan cara, helah dan strategi kita menyampaikan puisi kepada khalayak. Teknik berhubungan dengan tatalaku anda semasa mendekla-masikan puisi, persediaan alatan (dalam kadar yang dizinkan), serta kebolehan anda berhadapan dengan khalayak.

Ada tanda-tanda, deklamator dibenarkan bergerak sedikit bebas sekarang; berpindah dari satu mikrofon ke satu mikrofon, turun tangga naik tangga, duduk atau berdiri, dan beberapa lagi. Persoalannya, apakah itu perlu, dan apakah signifikannya kepada keseluruhan deklamasi ? Kalau jawapannya ya, yakni ada signifikannya, perlu serta boleh menyokong deklamasi, nah teruskanlah. Jika tidak, mengapa perlu membuang masa, dan bersusah payah sedangkan ia tidak pula memberi pulangan markah yang memberangsangkan.

4.5 Deklamasi Sebagai Seni Persembahan

Deklamasi adalah satu seni. Ia sama jugalah dengan seni tari, seni lakon dan lain-lain yang memerlukan komitmen yang besar. Antara komitmen yang dimaksudkan ialah tumpuan mental yang besar kepadanya.

Selain itu, latihan. Latihan secara yang berterusan, serius dan tekun tentulah menuntut kecekalan dan kegigihan seseorang deklamator.

Sebenarnya tiada jalan mudah bagi seseorang untuk tampil sebagai deklamator yang baik. Bakat hendaklah diasah. Dalam menyampaikan sesuatu deklamasi, persediaan dari segi stamina, rancangan penguasaan pentas, kostum dan lain-lain tentulah memerlukan perhatian yang besar.

Kerja-kerja seni harus dilaksanakan dengan bakat dan daya kreatif yang tinggi. Deklmator yang baik selalu memikirkan untuk mempelbagaikan deklamasinya. Deklamasi yang streotaip boleh menjemukan penonton dan pendengar. Keupayaan dan kebolehan mempelbagaikan cara persembahan deklamasi tentulah termasuk dalam kategori orang yang kratif dan kritis.

Rumusan

Demikianlah serba ringkas tentang deklamais sajak. Sebagaimana yang sudah dipaparkan di atas, anda sekalian hendaklah memahami dengan mendalam akan pengertian konsep deklamasi. Anda juga pastinya sudah mengetahui kaedah-kaedah deklamasi yang betul dan berkesan. Dengan semua pengetahuan ini, barulah anda boleh aplikasinya dengan menarik di pentas.

Deklamasi puisi memerlukan kesungguhan sebagaimana yang dikatakan di atas.. Yang tidak bersungguh-sungguh tentulah akan gagal menyampaikan deklamasi yang bermutu. Dengan itu, tentulah tidak akan ada tolak ansurnya dari segi membuat persediaan yang rapi untuk sesuatu deklamasi. Sesiapa yang benar-benar bersedia ada potensi dan peluang akan berjaya di pentas!

50


Top Related