Transcript

Buku Maklumat NAMA :

Nur Syahirunnisaa binti Mohamad Mazlan

KELAS :

3 Malaysia

SUBJEK :

Bahasa Melayu

NAMA GURU :

Cik Hasina binti Haris

Kandungan

TemaTajuk Perbincangan

Kemanusiaan Semangat kejiranan Bantuan kemanusiaan kepada mangsa bencana alam Masyarakat penyayang

Pendidikan Faedah-faedah belajar secara berkumpulan Usaha-usaha memartabatkan bahasa Melayu Sambutan Hari Guru

Sukan Usaha-usaha memupuk minat bersukan dalam kalangan remaja Peluang kerjaya dalam bidang sukan 1 Murid 1 Sukan

Industri Industri herba Langkah-langkah memajukan Industri Kecil dan Sederhana Kepentingan industri penternakan

Sains dan Teknologi Kebaikan dan keburukan media sosial Kepentingan teknologi dan maklumat Sains dan teknologi dalam kehidupan

Sahsiah Ciri-ciri sahabat yang baik Langkah-langkah berhemah dalam berbelanja Usaha-usaha melahirkan remaja berwawasan

Kesihatan Langkah-langkah menangani tekanan perasaan Kesan pengambian makanan segera Keracunan makanan

Patriotik Usaha-usaha memupuk semangat patriotik dalam kalangan remaja Nikmat kemerdekaan Kepentingan semangat patriotik

Semangat KejirananSemangat Kejiranan

Jiran merupakan komuniti paling hampir dengan kehidupan setiap individu. Jiran sangat penting kerana merekalah yang tinggal berdekatan dengan rumah kita.

Kepentingan Semangat Kejiranan

PerpaduanMasyarakat majmuk seperti Malaysia wajar menghidupkan kembali budaya hidup berjiran. Semangat kejiranan dapat membentuk perpaduan di kalangan rakyat tanpa mengira kaum dan agama. Kita dapat hidup dalam keadaan yang harmoni dan tenteram.BertanggungjawabSelain itu, individu juga mendapat kesedaran mengenai peranan dan tanggungjawab dalam hal ehwal kemasyarakatan. Jiran dapat menghulurkan bantuan dengan segera sekiranya berlaku hal-hal kecemasan melibatkan kesihatan dan kemalangan. Ini adalah kerana jiranlah orang yang paling hampir dengan tempat tinggal kita.

Program Kenali Jiran Sebuah Program Kenali Jiran Kita telah dilancarkan oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Program ini telah berjaya menghidupkan kembali amalan dan tradisi semangat kejiranan. Pelbagai aktiviti dilaksanakan bagi menyemarakkan kembali semangat perpaduan, setiakawan, serta gotong-royong.Ibarat pepatah Melayu bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat, ia menjelaskan betapa pentingnya nilai muafakat dalam masyarakat terutama dalam hidup berjiran.

Karangan SPM - Langkah Memupuk Semangat Kejiranan

Soalan:Semangat kejiranan dalam kalangan rakyat di negara kita semakin longgar. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang harus diambil supaya semangat kejiranan dalam kalangan penduduk dapat ditingkatkan.

Jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita, iaitu di sebelah, di hadapan, dan juga di belakang rumah kita. Jika kita tinggal di dalam satu taman atau di sebuah kampung yang sama, mereka akan dikenali sebagai jiran tetangga kita. Jiran sangat penting kerana merekalah yang akan menjadi sahabat kita dan orang yang akan membantu kita apabila kita menghadapi kesusahan nanti. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa"Jiran sepakat membawa berkat".Jadi, kita perlulah mengukuhkan semangat kejiranan supaya kita sentiasa bersatu hati dalam melakukan sesuatu perkara. Oleh itu, langkah-langkah yang wajar hendaklah diambil untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat.

Langkah primer yang harus diambil ialah mengadakan aktiviti gotong-royong. Melalui aktiviti gotong-royong, jiran dapat berkumpul dan bekerjasama sambil berbincang tentang aktiviti yang akan dilakukan. Apabila berkumpul dan berbincang, mereka akan dapat berkenal-kenalan antara satu dengan yang lain yang sekali gus membolehkan seseorang itu mengenal hati budi jiran mereka dengan lebih dekat. Hal ini dapat digambarkan melalui pepatah Melayu yang mengatakan bahawatak kenal maka tak cinta.Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan secara bergotong-royong ialah membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara, dan sebagainya. Melalui cara ini, kita dapat menjalinkan dan meningkatkan hubungan sesama jiran.

Selain itu, kita juga hendaklah mengadakan majlis-majlis rumah terbuka semasa sesuatu sambutan perayaan. Amalan ini dapat membentuk ikatan silaturahim dan memperkukuh semangat kejiranan dalam kalangan jiran setempat. Melalui acara rumah terbuka, jiran dapat bertanya khabar dan bercerita tentang pengalaman dengan lebih dekat. Seterusnya, melalui majlis rumah terbuka ini, semua ahli dalam masyarakat berpeluang untuk berkumpul dan berbincang sambil menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah. Sebagai contoh, semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Krismas, Deepavali, dan sebagainya majlis-majlis rumah terbuka hendaklah dijadikan acara tahunan. Tegasnya, majlis rumah terbuka mampu mendekatkan ahli masyarakat untuk bertemu muka dan berkenalan dengan lebih erat lagi.

Di samping itu, kita juga hendaklah mengadakan aktiviti Hari Keluarga untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat setempat. Semasa aktiviti ini diadakan, semua ahli keluarga jiran akan turut serta untuk melibatkan diri dalam aktiviti seperti berkayak, memasukkan air ke dalam botol, terompah gajah, dan sebagainya. Apabila aktiviti Hari Keluarga diadakan, kemesraan akan terjalin bukan sahaja antara ibu dengan bapa, malah anak-anak juga. Aktiviti seperti ini hendaklah diadakan di padang bola sepak, gelanggang bola tampar, taman rekreasi, atau padang sekolah yang berhampiran. Jadi, melalui aktiviti ini, hubungan yang erat sesama jiran dapat dibentuk yang secara tidak langsung akan menimbulkan perasaan ingin membantu antara satu dengan yang lain seperti yang terungkap dalam peribahasa Melayuke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.

Bukan itu sahaja, kita juga harus menggalakkan rakyat supaya melibatkan diri dalam aktiviti sosial seperti persatuan atau pertubuhan. Penduduk setempat mestilah membentuk satu persatuan yang mempunyai satu sistem organisasi yang teratur. Persatuan atau pertubuhan ini hendaklah melibatkan semua penduduk sebagai ahli. Dewasa ini, banyak pertubuhan sukarela ditubuhkan dalam masyarakat seperti Pertubuhan Rukun Tetangga, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung, Pertubuhan Khairat Kematian, dan sebagainya. Sebagai contoh, melalui Pertubuhan Rukun Tetangga, masyarakat setempat secara bergilir-gilir mengawasi keselamatan taman untuk mengelakkan kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku. Hal ini dapat kita lihat dalam peribahasa Melayu, iaituibarat aur dengan tebingyang mementingkan semangat sandar-menyandar atau saling membantu dalam kehidupan.

Seterusnya, kita mestilah menyemarakkan budaya kunjung-mengunjung dalam kalangan rakyat sebagai langkah untuk memupuk dan mengekalkan semangat kejiranan. Dalam hidup bermasyarakat, kita digalakkan menziarahi jiran kita. Melalui aktiviti ini, kita akan mengetahui masalah dan kesusahan yang dialami oleh jiran kita. Sebagai contoh, kita perlu berkunjung ke hospital jika kita mendapat berita bahawa jiran kita dimasukkan ke hospital kerana menghidap sesuatu penyakit atau kemalangan. Walaupun pepatah Melayu ada mengatakan bahawaberat mata memandang berat lagi bahu memikulnya, namun sebagai jiran, kita mestilah berpegang pada prinsipcubit paha kiri, paha kanan terasa juga. Maksudnya ialah jika kita mempunyai semangat kejiranan yang tinggi, kita akan dapat merasai segala kesusahan dan keperitan yang dialami oleh jiran kita. Jadi, melalui lawatan kita itu, sekurang-kurangnya kita dapat meringankan penderitaan yang dialami oleh jiran kita itu.

Kesimpulannya, kita perlu memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat. Dalam era globalisasi ini, sikap mementingkan diri sendiri dan sikap tidak mempedulikan orang lain semakin menebal seperti yang terkandung dalam pepatah Melayubagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.Jika hal ini dibiarkan, semangat kejiranan akan luntur dan seterusnya akan menjejaskan perpaduan negara. Ada pepatah yang mengatakan bahawabersatu kita teguh, bercerai kita roboh.Oleh itu, dengan meningkatkan semangat kejiranan, perpaduan akan bertambah utuh dan teguh. Jadi, dalam setiap masa, kita mestilah sentiasa berusaha untuk memastikan semangat kejiranan sentiasa terpelihara supaya negara kita sentiasa aman, harmoni dan sejahtera.

CARA MEMUPUK SEMANGAT KEJIRANAN

Dalam mendepani era modenisasi pada abad-21 kini, dunia menyaksikan iktisad(ekonomi)negara membangun seperticendawan tumbuh selepas hujan. Negara yang semakin pesat membangun sepertitenggelam sama basah, timbul sama hanyutseiringan dengan negara maju lain. Namun begitu,isu memupuk semangat kejiranan masih menjadi polemik dalam kalangan marhaen(golongan bawahan)di Malaysia.Dewasa ini, semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat kita semakin hari semakin terpinggir. Maasyarakat pada hari ini lebih mementingkan diri sendiri dan membudayakan hidup bagaienau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Dari segikonsepnya semangat kejiranan boleh ditakrifkan sebagai suatu perasaan yang harus dipupuk oleh setiap masyarakat di Malaysia tanpa mengira warna kulit bangsa dan agama dalam usaha untuk mengukuhkan perpaduan kaum demi negara yang tercinta. Biasanya semangat kejiranan merangkumi semua lapisan masyarakat tidak kira muda ataupun tua yang perlu kita amalkan.Menurut Dato Dr. Fadzillah Kamsah jiran merupakan orang yang tinggal di sekeliling kita sama ada di depan, belakang, kiri , atau pun kanan dan merupakan orang pertama yang membantu kita ketika kita berada dalam kesusahan. Hal ini boleh dianalogikan seperti awan yang melindungi bumi daripada cahaya matahari. Oleh itu, langkah yang signifikan harus diambil bagi menerapkan semangat kejiranan kepada semua lapisan masyarakat.

Cara yang afdal untuk memupuk semangat kejiranan ialahibu bapa perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak. Hal ini kerana ibu bapa merupakan guru pertama dan guru terbaik kepada anak-anak. Jika ibu bapa menunjukkan teladanyang baik kepada anak-anak maka mereka akan mencontohi teladan yang ditunjukkan keranabagaimana acuan begitulah kuihnya. Sekiranya ibu bapa menunjukkan suri teladan yang buruk kepada anak-anak maka mereka akan menjadi anak-anak yang jahat malah lebih teruk lagi.Hal ini boleh dianologikan seperti anak burung yang baru belajar terbang daripada ibunya. Sebagai contoh, ibu bapa haruslah mengunjungi atau menziarahi jiran tetangga walaupun mereka berada dalam keadaan yang baik atau tidak. Selain itu, ibu bapa haruslah tidak sombong dengan jiran dan sering bertegur-sapa agar dapat memupuk semangat kejiranan. Kesannya, semangat kejiranan dapat dipupuk antara jiran dalam kalangan anak-anak dan ibu bapa sekali gus dapat mewujudkan masyrakat yang harmoni. Sekiranya cara memupuk semangat kejiranan dapat dipupuk oleh ibu bapa maka negara dapat melahirkan generasi yang bijaksana dan bekerjasama dalam mentadbir membangunkan negara kearah kemajuannegara pada masa akan datang. Tegasnya, contoh teladan yang terbaik daripada ibu bapa mampu memupuk semangat kejiranan dalam kalangan anak-anak.

Memetik wasitah nirmala seterusnya, minhaj(cara)untuk memupuk semangat kejiranan dalam masyarakat setempat di Malaysia ialahprogram rukun tetangga di kawasan perumahan mesti dihidupkan semula. Hal ini kerana program rukun tetangga berfungsi sebagaiperisai untuk mengawal keselamatan kawasanperumahan terutama pada malam hari. Anggotanya membabitkan semua pihak tanpa mengira kaum kerana masing-masing bertanggungjawab menjaga keselamatan kendiri dan keluarga. Sebagai contohnya, anggota rukun tetangga akan bergilir-gilir bertugas meronda kawasan tanpa mengira usia, agama dan status. Secara ghalibnya(lazimnya), senario ini akan mewujudkan jalinan hubungan yang mesrabagai isi dengan kukusekali gus memupuk semangat kejiranan yang hakiki(sebenar).Menurut Tun Dr. Mahathir, jiran yang muafakat akan membentuk masyarakat yang harmoni. Oleh itu, kita perlu mengaktifkan program rukun tetangga bagi melahirkan semangat kejiranan yang utuh dan bersatu padu.

Meninjau dari skop yang lain, langkah yang seterusnya adalah denganmengadakan aktiviti gotong-royong.Melalui aktiviti gotong-royong, jiran dapat berkumpul dan bekerjasama sambil berbincang tentang aktiviti yang akan dilakukan. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan secara bergotong-royong adalah sepertimembersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara dan sebagainya. Apabila berkumpul dan berbincang, mereka akan dapat berkenal-kenalan antara satu dengan yang lain yang sekali gus membolehkan seseorang itu mengenal hati budi jiran mereka dengan lebih dekat. Hal ini dapat digambarkan melalui pepatah Melayu yang mengatakan bahawatak kenal maka tak cinta. Selepas mengenali hati budi antara satu sama lain barulah benih-benih kasih sayang. Melalui cara ini, masyarakat yang penyayang dapat dilahirkan di samping dapat menerapkan pelbagai nilai murni.Tun Dr. Mahathir, Mantan Perdana Menteripernah menegaskan bahawa dengan melibatkan diri dalam kegiatan bergotong-royong, kita berupaya menerapkan pelbagai nilai murni dalam diri.Bukan itu sahaja, kawasan kediaman juga akan menjadi bersih dan terpelihara daripada penyakit demam denggi. Jelaslah bahawa aktiviti gotong-royong dapat memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.

Jika dilihat dari perspektif yang lain,kita juga hendaklah mengadakan majlis-majlis rumah terbuka semasa sesuatu sambutan perayaan. Amalan ini dapat membentuk ikatan silaturahim dan memperkukuh semangat kejiranan dalam kalangan jiran setempat. Melalui acara rumah terbuka, jiran dapat bertanyakan khabar dan bercerita tentang pengalaman masing-masing dengan lebih dekat. Seterusnya, melalui majlis rumah terbuka ini, semua ahli dalam masyarakat berpeluang untuk berkumpul dan berbincang sambil menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah. Sebagai contoh, semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Krismas, Deepavali, dan sebagainya majlis-majlis rumah terbuka hendaklah dijadikan acara tahunan.Maka, dengan adanya pengimplimentasian program seperti Rumah Terbuka Kebangsaan bagi setiap sambutan perayaan, rakyat dapat diterapkan dengan nilai hormat-menghormati dan sayang-menyayangi antara satu sama lain ibarat kata bidalan, serumpun seperti serai, seikat seperti sirih. Hal ini dikuatkan lagi dengankajian dari Universiti Sains Malaysia yang menunjukkan keberhasilan penganjuran program Rumah Terbuka Kebangsaan dalam mewujudkan institusi kejiranan yang kukuh di sembilan buah kawasan perumahan di sekitar Pulau Pinang. Pendek kata, majlis rumah terbuka mampu mengeratkan hubungan kejiranan dan memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.

Lontaran idea yang seterusnya ialah kita mestilahmenyemarakkan budaya kunjung-mengunjung dalam kalangan rakyatsebagai langkah untuk memupuk dan mengekalkan semangat kejiranan. Dalam hidup bermasyarakat, kita digalakkan menziarahi jiran kita. Melalui aktiviti ini, kita akan mengetahui masalah dan kesusahan yang dialami oleh jiran kita. Sebagai contoh, kita perlu berkunjung ke hospital jika kita mendapat berita bahawa jiran kita dimasukkan ke hospital kerana menghidap sesuatu penyakit atau kemalangan. Walaupun pepatah Melayu ada mengatakan bahawaberat mata memandang berat lagi bahu memikulnya, namun sebagai jiran, kita mestilah berpegang pada prinsipcubit paha kiri, paha kanan terasa juga. Maksudnya ialah jika kita mempunyai semangat kejiranan yang tinggi, kita akan dapat merasai segala kesusahan dan keperitan yang dialami oleh jiran kita. Dengan ini, kita dapat meringankan penderitaan dan kesusahan yang dialami oleh jiran kita. Izharlah bahawa amalan ziarah-menziarahi mampu menyemarakkan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat kita.

Sebagai menggulung segala lontaran idea yang telah dinyatakan, dapatlah disimpulkan bahawa terdapat beberapa cara yang dapat dipraktikkan untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat kita. Dalam era globalisasi ini, sikap mementingkan diri sendiri dan sikap tidak mempedulikan orang lain semakin menebal.Jika hal ini dibiarkan, semangat kejiranan akan luntur dan seterusnya akan menjejaskan perpaduan negara kerana bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.Oleh itu, kita perlu memupuk semangat kejirananbermula daripada sekarang.Cogan kata Jiran Sepakat Membawa Berkat perlu terus diamalkan dalam kehidupan kita sehari-hari.Golongan remaja seharusnya menyuburkan semangat kejiranan kerana mereka merupakan pemimpin yang akan mewarnai corak pemerintahan pada masa hadapan. Namun begitu, kita tidak seharusnya meletakkan usaha ini pada bahu satu pihak keranabertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. Oleh itu, semua pihak perlulah bersinergi ibaratberat sama dipikul, ringan sama dijinjinguntuk menghidupkan semangat kejiranan di negara kita.Allah berfirman yang maksudnya,Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu kenal-mengenali.Semoga Malaysia menjadi sebuah negara yang mempunyai perpaduan yang utuh dan kukuh.

KEPENTINGAN SEMANGAT KEJIRANAN KEPADA MASYARAKAT

Nusa tercinta kita Malaysia merupakan negara yang mempunyai anak watan berbilang kaum dan hidup secara bersama sehati sejiwa ibarat peribahasaseikat bak sirih, serumpun bak serai. Sehubungan dengan itu, kebanyakan anggota masyarakat hidup berjiran di kawasan bandar ataupun di kawasan luar bandar dan mereka saling berhubung, bertemu dan berurusan antara satu sama lain. Namun terdapat lakaran suram yang menyelubungi kita bahawa ada pandangan yang menyatakan bahawa semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia pada masa ini dikatakan semakin terhakis ibarathidup segan mati tak mahu. Banyak kempen dan usaha telah dijalankan oleh pelbagai pihak untuk merapatkan kembali hubungan dalam kalangan jiran kerana semangat kejiranan begitu penting dalam kehidupan bermasyarakat.Sebenarnya semangat kejiranan dapatmemupuk kerjasama dalam kalangan anggota masyarakatdi sesuatu tempat . Kerjasama ini boleh dipupuk melalui penglibatan anggota masyarakat dalam pelbagai aktiviti yang diadakan di kawasan tempat mereka tinggal. Aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, majlis sambutan perayaan atau perjumpaan bulanan komuniti dapat mempertemukan semua jiran, saling berkenalan dan merapatkan hubungan . Mereka akan lebih mesra, saling membantubagai aur dengan tebingtanpa membezakan warna kulit, bangsa atau kepercayaan. Hal ini menunjukkan bahawa semangat kejiranan yang dipupuk dapat membentuk kerjasama dalam kalangan anggota masyarakat seterusnya membentuk ukhuwah yang kukuh dan ampuh. Selain itu semangat kejiranan juga penting kerana dapatmembentuk semangat kekitaan dan melahirkan masyarakat yang bersatu padu.Mengimbas kembali Peristiwa 13 Mei 1969 menunjukkan bahawa jika masyarakat tidak bersatu padu dan berpecah-belah, negara akan musnah dan kehidupan anggota masyarakat tidak akan selesa dan aman. Tuntasnya, semangat kejiranan membolehkan semua anggota masyarakat memahami antara satu sama lain. Masyarakat yang berbilang kaum ini boleh mempelajari perbezaan budaya dan sistem sosial masyarakat lain seterusnya memahami sensitiviti mereka agar dapat bertoleransi, bekerjasama dan saling menghormati. Tegasnya semangat kejiranan penting dalam membentuk masyarakat yang bersatu padu dan seterusnya dapat memacu pembangunan negara ke arah kegemilangan. Di samping itu, semangat kejiranan juga penting kepada negara keranamemudahkan kerajaan melaksanakan pelbagai program pembangunan dan membawa kemajuan kepada rakyat. SloganNegara Maju Rakyat Sihatmenunjukkan apabila rakyat hidup dalam keadaan sihat sejahtera maka pelbagai rancangan pembangunan dapat diatur, dirancang dan dilaksanakan secara lancar tanpa sebarang kekangan. Jika masyarakat dapat hidup bersama dalam suasana yang aman dan harmoni maka segala kemajuan yang disediakan oleh kerajaan di seluruh pelosok tanah air akan dapat dinikmati bersama-sama secara adil dan saksama. Sebagai contohnya, kerajaan telah berupaya membina pelbagai kemudahan dan infrastrukutr di kawasan taman-taman perumahan seperti dewan orang ramai, balai raya, taman permainan kanak-kanak mahupun pusat komuniti atas inisiatif, semangat kejiranan dan perpaduan yang ditunjukkan oleh anggota masyarakat di sesetengah kawasan tempat tinggal. Jelaslah semangat kejiranan penting bagi membantu anggota masyarakat dalam suatu kawasan kejiranan menikmati pelbagai kemudahan awam yang disediakan oleh pihak kerajaan. Negara yang cemerlang lahir daripada rakyatnya yang berhemah tinggi dan hidup bersatu padu seia sekata . Jika masyarakat dapat berganding bahu dan saling mengekalkan kehidupan yang harmoni maka negara akan melakar kejayaan gemilang. Semangat kejiranan merupakan salah satu elemen penting dan vitalyang membantu melahirkan anggota masyarakat yang harmoni, mempunyai jati diri dan semangat cinta akan negara. Melalui hubungan kejiranan, pelbagai aktiviti berbentuk pemupukan nilai-nilai patriotisme dapat diimplimentasikan. Sebagai contoh, mengibarkan jalur gemilang, mengadakan pameran sempena ulang tahun kemerdekaan negara ataupun menyertai perarakan dalam sesebuah pesta. Datuk Azhar Bin Mansor merupakan contoh paling jelas, dan atas sokongan rakyat Malaysia membolehkan beliau melakukan pelayaran solo mengelilingi dunia sambil mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh kejayaan. Hal Ini jelas menunjukkan keharmonian kehidupan rakyat Malaysia membolehkan mereka melakukan sesuatu hal dan perkara yang amat hebat bagi melonjakkan Malaysia di persada antarabangsa. Semangat kejiranan yang wujud dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum jugapenting sebagai produk pelancongan. Sesungguhnya, kedatangan pelancong asing ke negara ini banyak disebabkan kehidupan masyarakat Malaysia yang unik, mempunyai pelbagai seni budaya yang menarik dan hidup secara harmoni dalam komuniti kejiranan. Sesungguhnya, perpaduan masyarakat banyak membantu menarik kehadiran pelancong terutamanya ketika musim perayaan besar. Sebagai contohnya pada sambutan Hari Kemerdekaan, Majlis Rumah Terbuka dan sambutan pesta-pesta tertentu menampilkan perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara kita yang amat disukai oleh para pelancong asing tersebut . Selain di kawasan bandar, produk pelancongan seperti Program Homestay atau Inap Desa di kawasan luar bandar juga dapat menunjukkan semangat hidup berjiran dalam kalangan masyarakatnya . Maka sememangnya semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia sangat berfaedah dan membawa pulangan ekonomi yang begitu memberangsangkan kepada negara. Intihanya, semangat kejiranan merupakan sebahagian daripada amalan dan menjadi budaya masyarakat di Malaysia yang menjadikan negara kita unik pada pandangan masyarakat di luar sana malah dikenali di seluruh dunia. Tuntasnya, Semangat kejiranan bukan sahaja penting dalam mengekalkan suasana harmoni dalam kalangan rakyat di negara kita malah sumbangannya cukup besar terutamanya bagi memastikan Malaysia terus cemerlang dan mampu berdaya saing pada masa akan datang kerana rakyatnya yang bersahsiah terpuji bagi melahirkan modal insan berminda kelas pertama yang dapat memacu negara tercinta ke arah kegemilangan di puncak jagat.

Bantuan Kemanusiaan kepada Mangsa Bencana AlamContoh Karangan Bentuk Bantuan Kemanusiaan Malaysia kepada Mangsa Bencana AlamKetika dunia hari ini merentasi arus teknologi yang semakin canggih, bencana alam pula sering melanda dan menunjukkan belang. Pada realitinya, bencana alam seperti banjir, letusan gunung berapi dan ribut taufan ialah satu fenomena alam yang tidak dapat kita halang bak kata pepatah,geruh tidak berbunyi, malang tidak berbau. Hadirnya bencana alam tanpa kita minta lantaran bencana alam ini berlaku atas kehendak Tuhan, pencipta segala kehidupan. Bencana alam ini berlaku tidak kira tempat ataupun waktu. Pada abad ini, walaupun teknologi semakin berkembang dan tumbuh dengan pantas bagai belut diketil ekor, kemajuan ini tidak dapat menghalang bencana alam yang ganas melanda. Pada tanggal 26 Disember 2004, satu peristiwa telah menggemparkan dunia apabila semua berita melaporkan berlakunya ombak besar iaitu tsunami di Acheh yang telah mengorbankan beratus ribu nyawa. Kejadian dahsyat itu masih meninggalkan kesannya hingga kini malah masih menjadi mimpi ngeri buat semua yang terlibat. Memang tidak dapat kita nafikan bahawa semenjak belakangan ini banyak bencana alam yang berlaku di seluruh dunia termasuk negara kita dan juga negara-negara jiran seperti gempa bumi di Pakistan dan di China, taufan Nargis di Myanmar dan tanah runtuh yang dahsyat di Filipina. Fenomena yang terbaharu ialah letupan Gunung Merapi di Yogyakarta, Indonesia. Sebagai masyarakat yang mempunyai sifat kemanusiaan keranaberat mata memandang, berat lagi bahu memikul,kita sepatutnya bersimpati dan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukanibarat hulurkan tangan, ringankan beban.

Sebagai insan yang sedar tentang kesusahan orang lain, kita boleh menyalurkan bantuan dengan kutipan derma. Derma yang dihulurkan akan disalurkan kepada mangsa bencana alam yang amat memerlukan dan mendambakannya bagi meneruskan kehidupan di bumi ciptaan Tuhan ini. Bantuan yang disumbangkan tidaklah hanya berfokuskan wang ringgit, tetapi bantuan lain seperti ubat-ubatan, pakaian dan makanan juga diperlukan. Setelah bencana berlaku, pastinya mangsa bencana tidak memiliki kelengkapan yang sempurna untuk hidup kerana semua harta mereka telah dimusnahkan oleh bencana alam yang di luar jangka ini. Pada masa ini, pelbagai peringkat kutipan derma telah dijalankan oleh pihak berwajib sama ada pihak swasta ataupun pihak kerajaan yang berasa bertanggungjawab untuk membantu sesama manusia.Contohnya dapat dilihat apabila pihak TV3 telah mengadakan Karnival Jom Heboh untuk membantu mangsa-mangsa tragedi yang menyayat hati di seluruh negara ini. Mantan Menteri Belia dan Sukan pernah menyatakan bahawa kita seharusnya bersyukur dengan nikmat yang diberikan Tuhan dan harus berkongsi nikmat yang kita ada dengan orang lain yang memerlukan supaya Tuhan akan melipatgandakan nikmat tersebut.Jelaslah di sini bahawa kita tidak harus lokek dalam menghulurkan sumbangan keranacubit paha kiri, paha kanan pun sakitjuga agar mangsa dapat hidup sempurna seperti kita.

Menganggotai pasukan penyelamat dan pencari juga merupakan peranan kita dalam membantu dan mencari mangsa yang terperangkap dalam runtuhan bangunan atau mencari mangsa yang hilang selepas kejadian bencana alam. Muktahir ini, banyak pasukan penyelamat Malaysia diterbangkan ke negara-negara jiran yang mengalami bencana alam untuk memberikan bantuan yang semampu boleh. Namun, tidak semua daripada kita yang berani menjadi penyelamat kerana takut berlakunya kejadian susulan di tempat bencana terbabit. Bagi mereka yang berani, mereka ibarat wira dari Malaysia yang datang untuk menjalankan tanggungjawab mereka sebagai penghuni di muka bumi ini. Pasukan yang terdiri daripada Pasukan Gerak Cepat dan Pasukan SMART di samping pasukan bomba sentiasa dihantar sebagai kumpulan awal untuk turut sama dalam kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa. Mereka membantu bukan untuk balasan atau ganjaran, namun membantu atas dasar kemanusiaan demi menginsafi diri bahawa mereka perlu bersyukur dengan segala keselesaan dan telah terselamat daripada bencana alam ini. Rentetan itu, sudah terang lagi bersuluh bahawa menyumbangkan tenaga boleh menjadi satu platform untuk menyalurkan bantuan dalam melaksanakan usaha murni ini lantaran kita berpegang pada kata pepatah,hari tidak selamanya panas.

Membuat keputusan untuk menjadi sukarelawan bukanlah sesuatu yang mudah. Hal ini disebabkan apabila menjadi salah seorang ahli sukarelawan, kita akan meninggalkan keluarga yang tersayang dalam tempoh yang agak lama untuk memberikan bantuan kepada negara-negara jiran. Bantuan rawatan, membina rumah mangsa yang telah musnah semula dan mententeramkan emosi mangsa adalah antara tugas sukarelawan. Pada masa ini, sukarelawan bergerak dalam kumpulan ataupun persatuan. Para sukarelawan ini kebanyakannya dianggotai oleh golongan doktor iaitu golongan bijak pandai untuk merawat mangsa yang mengalami kecederaan sekali gus menyelamatkan nyawa mangsa. Kini, Mercy Malaysia yang dipimpin oleh Dato Dr. Jamilah semakin mendapat tempat dalam hati masyarakat setempat kerana perkhidmatan cemerlang mereka. Ketika mengadakan operasi menyelamat mangsa dalam tragedi gempa bumi di Pakistan, Mercy Malaysia telah menerima pujian hasil kepakaran dan disiplin yang tinggi para pengamal perubatan dari Malaysia. Konklusinya, kemurnian hati para sukarelawan ini amat bernilai dan bererti kepada mangsa untuk mereka terus menjalani kehidupan seperti manusia lain. Para sukarelawan yang berilmu pengetahuan, berakal, rajin dan berkemahiran ini dapat dikatakan sebagai empat bersimpul satu dalam usaha tulus suci ini.

Di samping bantuan derma dan tenaga, kita juga boleh mendoakan mangsa-mangsa kejadian bencana alam ini. Doa yang dipohonkan adalah agar mereka tabah menghadapi dugaan daripada Tuhan Yang Maha Mengetahui. Semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama boleh mendoakan kesejahteraan hidup mangsa bencana yang masih hidup atau yang telah terkorban mengikut kepercayaan agama masing-masing. Paparan akhbar harian seperti Berita Harian, Utusan Malaysia dan Harian Metro telah melaporkan bahawa solat hajat dan bacaan Yasin secara besar-besaran telah diadakan di Masjid Putra, Putrajaya yang telah dihadiri oleh lebih daripada 2000 orang rakyat prihatin dan turut disertai oleh menteri-menteri dan Yang di-Pertuan Agong. Berdasarkan senario ini, terbuktilah di sini bahawa setelah menghulurkan bermacam-macam bantuan. doa adalah pengakhiran bantuan yang diberikan lantaran kita sedar bahawa apa-apa yang berlaku adalah ketentuan Tuhan. Tuntasnya, doa dapat kita hadiahkan kepada mangsa kerana Tuhan itu Maha Adil lagi Maha Mengasihi. Doa ini juga secara tidak langsung boleh melahirkan rasa simpati dan insaf supaya kitasekali tersengat selalu beringat.

Di pihak kerajaan pula, bantuan pascabencana terus dihulurkan. Antara bantuan yang diberikan seperti sumbangan modal dan kepakaran untuk membangunkan kawasan yang telah tejejas teruk semula. Sebagai negara berjiran yang dapat merasakan rintihan dan suara hati saudara serantau, Malaysia telah membantu kerajaan Indonesia dalam usaha membangunkan semula sistem pendidikan di wilayah Acheh dan Yogyakarta di Indonesia yang terjejas teruk dalam peristiwa gempa bumi dan Tsunami. Dengan sokongan yang diberikan itu telah dapat mengurangkan sedikit beban yang ditanggung oleh mangsa-mangsa. Anak-anak dapat meneruskan semula pelajaran, sementara hidup baru dapat dimulakan sedikit demi sedikit. Sokongan dan bantuan kepakaran yang dihulurkan, sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka di samping dapat memberikan sinar kehidupan yang baharu kepada mereka selepas diuji dengan musibah yang tidak diduga itu.

Semua orang seharusnya melupakan batasan geografi dalam menghulurkan bantuan dan tidak menjadienau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.Walau di mana-mana jua kita berada, kita harus sedar bahawa manusia semuanya sama iaitu menginginkan kehidupan yang sempurna. Amat wajar membudayakan sikap saling membantu selagi kita termampu lantaranbuat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat, malahbuat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali. Semua pihak haruslah bersama-sama menghulurkan bantuan dengan apa-apa cara sekalipun kerana ada pepatah mengatakanhendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.Rasulullah juga pernah bersabda, Tidak sempurna iman seseorang kamu, selagi kamu masih belum mengasihi saudara kamu seperti kamu menyayangi diri kamu sendiri.Semoga sumbangan yang kita salurkan dapat menyempurnakan iman kita dan dapat membantu mangsa meneruskan kehidupan seharian mereka seperti sediakala.

Karangan Jenis Antarabangsa Bantuan kepada Mangsa BencanaAlamPerosolan: Bencana alam sering berlaku di merata-rata. Mangsa bencana telah kehilangan harta benda dan ahli keluarga. Sebagai negara penyayang, negara kita sering menghulurkan bantuan untuk menolong negara yang dilanda bencana alam. Huraikan sumbangan yang dapat kita berikan untuk membantu negara yang dilanda bencana alam.Bencana alam merupakan fitrah alam yang tidak dapat kita halang bak kata pepatah,geruh tak berbunyi, malang tidak berbau.Tamsilnya, tsunami yang melanda Jepun pada 11 Mac 2011 telah menggemparkan seluruh dunia. Rakyat Malaysia patut bersyukur kerana Malaysia sering terlepas daripada pelbagai bencana alam seperti gempa bumi, letupan gunung berapi, tsunami, ribut taufan dan sebagainya. Sebagai masyarakat yang mempunyai sifat kemanusiaan , kita sepatutnya bersimpati dan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan bantuanibarat hulurkan tangan, ringankan beban.Persoalan yang terus melanda ruang legar fikiran kita, apakah bantuan yang dapat kita hulurkan kepada negara yang terlibat dalam malapetaka?Tidak dapat dipertikaikan lagi, sumbangan kewangan merupakan bantuan yang afdal untuk membantu mangsa bencana. Khalayak ramai boleh menyalurkan bantuan dengan kutipan derma. Badan-badan NGO dan media perlu menyeru orang ramai supaya memberikan sedekah dan derma kerana mangsa bencana yang amat memerlukan dan mendambakan bantuan kewangan bagi meneruskan kehidupan di alam fana ini. Mangsa bencana alam memerlukan wang kerana segala harta mereka telah dimusnahkan. Makanan, susu dan pakaian juga perlu diderma untuk membantu mangsa bencana yang hidup sehelai sepinggang dan tengah kelaparan. Untuk mencapai hasrat murni ini, pelbagai peringkat kutipan derma sering dijalankan oleh badan NGO, terutamanya Persatuan Bulan Sabit Merah dan pihak berkenaan supaya dapat meringankan beban mangsa seperti peribahasaberat mata memandang, berat lagi bahu memikul.Semua umat tidak harus lokek atau kedekut dalam menghulurkan sumbangan keranacubit paha kiri, paha kananya pun sakit jugaagar mangsa bencana dapat pulih seperti sedia kala.Tambahan pula, kita perlu menghulurkan sumbangan dalam bentuk tenga dan kepakaran kepada negara yang menghadapi bencana untuk menyelamatkan mangsa. Negara kita boleh menghantar pasukan sukarela dan pasukan penyelamat yang profesional untuk mencari mangsa-mangsa yang tertimbus dan hilang. Ketika tertimbus dalam gempa bumi, setliap mangsa hanya mempunyai 72 jam untuk diselamatkan sebelum menemui maut. Proses penyelamatan mangsa memerlukan perancangan yang sistematik, saintifik dan efektif. Pasukan Gerakan Cepat dan Pasukan SMART di negara kita telah mempunyai segala kelengkapan yang canggih dan kemahiran yang cekap untuk memberikan bantuan pada bla-bila dan di mana-mana sahaja. Sumbangan tenaga penyelamatan boleh menjadi platform untuk menyalurkan bantuan dalam melaksanakan usaha murni dengan menyedari pepatah,hari tidak selamanya panas.Bukan itu sahaja, bantuan perubatan dan rawatan kesihatan harus disumbangkan kepada negara yang dilanda musibah. Negara kita perlu memberikan bantuan ubat-ubatan, terutama ubat pelali, vaksin dan sebagai. Pasukan perubatan yang terdiri daripada pegawai Jabatan Kesihatan, doktor dan jururawat harus dihantar ke negara yang dilanda malapetaka untuk memberikan rawatan kecemasan . Tidak dapat dinafikan bahawa nasib mangsabagai sudah jatuh ditimpa tanggakerana pelbagai penyakit berjangkit akan merebak selepas bencana alam. Hal ini demikian kerana mayat yang bergelimpangan tidak dikebumikan dengan baik. Bekalan air bersih turut tercemar. Lazimnya mangsa bencana akan cirit-birit, demam dan muntah malah sistem imuniti mereka turut terjejas. Penyakit taun, kepialu dan batuk kering akan menular di tapak bencana alam. Oleh itu, pasukan perubatan kita perlu mendirikan pusat rawatan atau hospital sementara untuk menjalankan pembedahan dan memberikan rawatan kepada mangsa yang sakit atau cedera memandangkan kebanyakan hospital dan klinik tempatan telah musnah atau sarat dengan pesakit.Selain keperluan fizikal, keperluan rohani tidak kurang pentingnya kepada mangsa bencana alam. Pakar psikologi dan ahli kaunseling negara kita juga perlu dihantar ke negara yang dilanda bencana alam. Lazimnya mangsa bencana alam akan menjadi trauma, iaitu sentisasa cemas, takut, kesiangan dan fikiran sentisa bercelaru. Mereka hidup dalam penderitaan dan kesedihan akibat kehilangan ahli keluarga yang disayangi. Dalam konteks ini, bimbingan dan kaunseling perlu disalurkan kepada mangsa bencana alam. Sokongan moral daripada negara kita amat penting untuk merawati hati mereka yang telah remuk-redam. Pemimpin dan artis yang terkemuka boleh menziarahi mangsa untuk memberikan semangat kepada mereka supaya mereka memperoleh nur harapan selepas menempuhi dugaan Tuhan. Lantas, mangsa dapat menghadapi masa depan yang lebih berprestij dan penuh keyakinan.Setelah ditimpa malapetaka, segala infrastrutur di negara kita akan binasa,bagai padang jarak, padang terkukur. Walhasilnya, sekolah, hospital , klinik, jalan raya, rumah dan sebagai telah musnah. Lebih-lebih lagi, ekonomi negara berkenaan telah lumpuh. Sehubungan dengan itu, kerajaan negara kita patut menghantar pegawai-pegawai perancang ekonomi bersama-sama dengan ahli korporat tempatan untuk menghidupkan aktiviti ekonomi yang telah lumpuh di kawasan bencana itu. Saranan tentang pelan induk pembinaan dan pembangunan sosioekonomi boleh dicadangkan agar ekonomi dan masyarakat terbabit dapat pulih dengan secepat mungkin. Sebagai contoh, negara kita telah berjaya mendirikan lebih daripada 3 ribu buah rumah kos rendah yang dilengkapi dengan pelbagai prasarana di Aceh , Sumatera Indonesia selepas dilanda tsunami pada tahun 2004. Oleh itu , bantuan membina prasranan dan infrastrutur yang rosak patut dihulurkan oleh negara kita terhadap mangsa bencana alam.Secara tuntasnya, sebagai makhluk ciptaan Tuhan , semua umat bagai saudara yang tidah harus dibezakan atas batasan geografi untuk bantu-membantu. Kita tidak harus bersikap ego,bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.Kata orang tua-tua,di sebalik malapetaka ada hikmatnhya, iaitu seluruh dunia memperlihatkan perikemanusiaan dengan menghulurkan bantuan kepada negara yang ditimpa musibah. Amat wajarnya kita membudayakan sikap tolong-menolong sesama manusia tanpa mengira bangsa, agama dan negeri lantaranbuat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.Seluruh dunia akan bermuafakat sehingga melahirkan dunia utopia yang aman sentosa.Masyarakat Penyayang

Memupuk sifat penyayang dalam masyarakat Oleh Khaled Nordin Setiap insan mengimpikan keamanan. Kehidupan yang aman tanpa peperangan, penindasan dan kekejaman. Namun, keamanan tidak akan datang jika manusia bersikap khianat, mementingkan diri sendiri dan menzalimi orang lain.

Sebaliknya keamanan datang daripada sifat penyayang dan kasih sayang pada setiap individu, masyarakat dan rakyat keseluruhannya. Mereka membudayakan kehidupan yang saling menghormati, berbakti, memberi khidmat, menolong, berbuat jasa, menabur budi dan bertimbang rasa. Sifat penyayang juga penting kerana ia juga adalah antara sifat Allah, iaitu ar-Rahim.

Sifat penyayang Allah tidak ada tolok banding kepada makhluk-Nya kerana selama mana manusia bernyawa, maka sepanjang itulah kasih sayang Allah tidak putus. Ini termasuk nikmat kehidupan seperti kesihatan, limpahan rezeki dan umur yang panjang.

Sifat penyayang tidak boleh diwarisi, tetapi boleh dipupuk dan dibaja dalam jiwa insan sejak kecil. Semua ini harus mengingatkan kita betapa kehidupan manusia harus dibina dan diasaskan atas rasa kasih sayang. Ia adalah sifat sejagat, sangat mulia dan harus menjadi sandaran hidup. Sifat empati beginilah yang menjadi tali yang mengikat nilai keinsanan menjalani kehidupan dengan orang sekeliling kita.

Pupuk masyarakat penyayang Di Johor, saya sentiasa beriltizam membina masyarakat lebih baik kerana pembangunan negeri bukan hanya mengenai pertumbuhan ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan, tetapi melahirkan masyarakat bermoral, yang sejahtera lingkungannya, sarat dengan ilmu dan Islamik.

Saya yakin kesejahteraan sesebuah masyarakat itu akan dapat dibentuk dengan lebih mudah dan berkesan melalui suasana yang sarat dengan nilai insani dan kekeluargaan, yang asasnya ialah saling mengasihi. Kita melakukannya bukan sahaja kerana ia tuntutan yang baik, tetapi yang lebih penting ia tuntutan Ilahi.

Dalam menterjemah semangat masyarakat penyayang, saya mencadangkan beberapa asas dan prinsip agar konsep masyarakat penyayang dapat diaplikasikan sebaik mungkin.

Pertama, setiap entiti dalam masyarakat bukan sahaja sedar tanggungjawab kepada orang sekeliling, malah sentiasa mencari jalan dan inisiatif untuk terus memberi dengan cara dan kadar terbaik atas kapasiti masing-masing.

Kedua, semangat masyarakat penyayang ini hendaklah bersifat universal. Tidak dikhususkan kepada mereka dari kaum atau agama yang sama dengan kita sahaja. Ia mesti buta diskriminasi dan prejudis.

Ketiga, semangat kesukarelaan dan penyayang tidak semestinya hanya bertumpu kepada perkara bersifat kebajikan. Benar, membantu mangsa bencana itu penting. Benar, memberikan perkhidmatan kepada golongan memerlukan dan sebagainya itu mulia. Namun, adalah juga benar pembanterasan jenayah bersama pihak berwajib, pencarian penyelesaian kepada masalah alam sekitar serta inisiatif pengembangan potensi dan kemahiran diri golongan belia itu semua adalah bahagian daripada kesukarelawanan. Konsep masyarakat penyayang dikembangkan kepada amalan yang lebih terkini, luas dan moden.

Keempat, segala inisiatif kemasyarakatan berasaskan semangat penyayang ini tidak semestinya dilakukan dalam skala yang besar. Sekecil-kecil sumbangan juga berupaya memberi nilai tambah yang besar kepada mereka di sekeliling kita.

Rancakkan aktiviti kemasyarakatan Dalam banyak segi, negara Barat sentiasa mendahului kita dan ini termasuk sifat kasih sayang dan penyayang. Kebanyakan negara maju khususnya di Barat, kerja kemasyarakatan atau sukarela berkembang menjadi sebahagian budaya hidup mereka. Di Amerika Syarikat, 69 peratus masyarakatnya memperuntukkan 48 jam setahun untuk aktiviti kemasyarakatan.

Lebih menarik, aktivis dan saintis sosial di negara Barat menjangkakan aktiviti kesukarelaan kini menjadi profesion yang semakin diminati. Malah, kebanyakan pertubuhan bukan kerajaan berpengaruh di negara Barat kini dipimpin oleh mereka yang pernah menjadi ketua pegawai eksekutif syarikat multinasional. Semua ini menjadi suatu kebangkitan yang menambah bukan sahaja masyarakat, tetapi amalan demokrasi dan pentadbiran kerajaan.

Tidak dinafikan, ada sesetengah perkara dalam masyarakat tidak boleh dan tidak mampu ditangani kerajaan secara bersendirian. Di samping perlu menghadapi isu makro seperti masalah pendidikan, peluang pekerjaan, pembasmian kemiskinan, peningkatan kualiti penjagaan kesihatan dan dasar luar negara, kerajaan juga perlu memikirkan formula membantu kebajikan warga tua tersisih, ibu tunggal, orang kelainan upaya (OKU) dan sebagainya.

Maka, di sinilah pentingnya peranan individu dan masyarakat untuk menjadi rakan kongsi aktif pembangunan dengan berganding bahu menyumbangkan idea, tenaga atau wang atas semangat kemasyarakatan. Yang lebih penting, atas rasa ihsan, kasih sayang dan nilai kemanusiaan.

Atas dasar ini jugalah, pentadbiran saya tidak teragak-agak menaikkan elaun daripada RM800 kepada RM1,000 mulai tahun ini kepada semua petugas dan penyelia Pusat Pelatih Dalam Komuniti (PDK) yang melatih golongan OKU. Saya berharap dengan kenaikan elaun ini, ia dapat mengupayakan lagi perkhidmatan terbaik untuk rakyat.

Sesungguhnya, sifat kasih sayang dan penyayang amat dituntut dalam setiap agama khususnya Islam. Melalui kasih sayang dan penyayang, hubungan manusia akan lebih kukuh dan bahagia kerana ia menyatukan mereka ketika susah dan senang.

Lebih penting, sifat penyayang dan kasih sayang ini akan membantu Malaysia menjadi negara maju secara holistik sejajar cabaran ketujuh Wawasan 2020, iaitu mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya penyayang.

Penulis ialah Menteri Besar Johor

Selanjutnya di :http://www.bharian.com.my/node/40610

KARANGAN 2 : PERANAN MASYARAKAT UNTUK MEMBENTUK MASYARAKAT PENYAYANG

PENDAHULUAN(T)Cabaran ketujuh dalam Wawasan 2020 ialah mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya penyayang. Masyarakat penyayang boleh diertikan sebagai kelompok masyarakat yang hidup dalam suasana saling menghormati, berbakti, memberi khidmat, menolong, berbuat jasa, menabur budi, melakukan kebajikan, menunjukkan rasa kasih dan belas kasihan, bertimbang rasa dan pemurah terhadap mereka yang memerlukan pertolongan dan bantuan. Cara hidup ini juga dikenali sebagai budaya ikram. Tun Dr Mahathir mentafsirkan masyarakat penyayang dan budaya penyayang sebagai sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri.(I)Sayangnya, kehidupan dalam suasana pemuafakatan antara ahli-ahli keluarga yang terjalin mesra, bertimbang rasa, faham-memahami, hormat-menghormati sudah semakin terhakis dan telah diganti dengan sikap individualistikbagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masingdan tidak peduli yang menebal. Sama ada kita mahu menerima hakikat ini ataupun tidak, fenomena inilah merupakan salah satu daripada punca berlakunya gejala sosial dalam masyarakat seperti yang dihidangkan oleh media massa setiap hari. Malah boleh dikatakan, hampir setiap hari akhbar-akhbar melaporkan berita kejadian penyalahgunaan dadah, pembuangan bayi, pergaduhan yang berakhir dengan kematian, penculikan kanak-kanak, remaja lari dari rumah, murid ponteng sekolah, sumbang mahram dan bermacam-macam lagi masalah yang melibatkan setiap lapisan individu dalam masyarakat.(A)Sebelum bisul menjadi nanah, setiap anggota masyarakat tanpa mengira usia, bangsa, agama dan status harus memainkan peranan masing-masing untuk menangani masalah ini supaya masyarakat yang penyayang dapat dilahirkan.

(P1)Peranan masyarakat yang signifikan ialah setiap individu masyarakat haruslah mempunyai didikan agama yang mantap dan utuh.(M)Membentuk sebuah masyarakat adalah sama seperti membina sebuah bangunan. Sekiranya dalam pembinaan bangunan, asasnya disiapkan terlebih dahulu, maka begitu jugalah dengan pembentukan masyarakat yang mesti dimulakan dengan pembinaan asasnya iaitu didikan agama.Hal ini dikatakan demikian kerana setiap agama mengajar umatnya supaya berkasih sayang sama ada kasih sayang kepada Pencipta, kasih sayang sesama manusia dan kasih sayang kepada makhluk yang lain di muka bumi ini. Tanpa didikan agama, sudah pasti kehidupan manusia akan keberantakan lantaran nipisnya keimanan yang dimiliki senipis kulit bawang.(B)Sekiranya kita mempunyai keimanan yang tebal sudah pasti kita tidak akan melakukan kezaliman dan penganiayaan kepada insan lain seperti kes penganiayaan bayi, kes pembunuhan, perogolan, penindasan dan sebagainya. Bukan sahaja itu, kemusnahan alam sekitar juga dapat dielakkan.(K)Sejajar dengan itu, masyarakat yang penyayang dapat mengurangkan kadar jenayah dan setiap anggota masyarakat dapat hidup dalam keadaan yang harmoni. Lebih-lebih lagi pembangunan yang lestari dan mapan dapat dipraktikkan disebabkan sifat penyayang telah mulai membenih dalam jiwa masyarakat kita.(P)Maka jelaslah di sini bahawa didikan agama yang mantap mampu melahirkan masyarakat yang penyayang demi kebaikan bersama.

(P2)Jika kita kaji dari dimensi yang lain, peranan masyarakat yang lain adalah dengan menjadi suri teladan kepada golongan yang masih hijau atau separa matang. Dalam hal ini, ibu bapalah yang memainkan peranan utama.(M)Hal ini disebabkan setiap individu yang dilahirkan dalam negara kita dilahirkan oleh kesemua ibu bapa dan ibu bapa sepatutnya berusaha membentuk seorang anak yang memiliki sifat-sifat penyayang. Jika setiap ibu bapa terlibat dalam usaha ini dan penggabungan kesemua anak di Malaysia sudah mampu melahirkan sebuah masyarakat yang penyayang.(B)Oleh itu, ibu bapa perlu menjadi contoh yang terbaik kepada anak-anak bak kata pepatah,bapa borek, anak rintik. Pepatah ini membuktikan bahawa ibu bapa sendiri perlu bersifat penyayang supaya jejak langkah meraka akan diikuti oleh anak mereka. Dalam pada itu, ibu bapa sendiri perlu mencurahkan kasih sayang kepada anak mereka supaya anak-anak yang membesar tidak akan rasa kekurangan kasih sayang.(K)Keadaan ini secara tidak langsung akan menjadikan seseorang anak yang membesar itu untuk mempunyai sifat kasih sayang kerana mereka mengetahui perasaan kebahagiaan kasih sayang. Akhirnya, masyarakat yang penyayang yang lahir daripada insititusi keluarga yang penyayang dapat dilahirkan.(P)Tegasnya, sebagai sebahagian daripada anggota masyarakat ibu bapa perlu memainkan peranan mereka untuk melahirkan masyarakat yang penyayang.

(P3)Selain itu, sebagai anggota masyarakat yang bertanggungjawab pihak sekolah juga haruslah memikul obligasi untuk melahirkan masyarakt yang penyayang.(M)Hal ini dikatakan demikian kerana pihak sekolah juga merupakan salah satu ejen yang penting dalam membentuk masyarakat yang penyayang. Lagipun, golongan kanak-kanak dan remaja banyak menghabiskan masa mereka di sekolah selain rumah dan sekolah dianggap sebagai rumah kedua mereka.(B)Pendedahan nilai-nilai murni harus didedahkan dan seterusnya disemai ke dalam jiwa setiap pelajar. Oleh itu, pihaksekolah tidak seharusnya hanya mendedahkan nilai-nilai murni kepada para pelajar dalam subjek Pendidikan Moral dan Agama Islam sahaja tetapi nilai-nilai ini perlu diterapkan pada setiap masa walaupun di luar waktu dua subjek tersebut.Guru-guru pula mesti menyemai sifat penyayang kepada para pelajar sejak mereka kecil lagi seperti kata peribahasa Melayu,melentur buluh biarlah dari rebungnya. Seterusnyapendekatan-pendekatan yang bersifat penyayang semasa proses pembelajaran dan pengajaran seharusnya dikreatifkan.(K)Dengan ini,para pelajar dapat membesar dengan persekitaran yang penyayang dan harmoni sekali gus impian untuk melahirkan masyarakat penyayang dapat direalisasikan. Bukan itu sahaja, impian negara untuk melahirkan modal insan bermentaliti kelas pertama dapat dilahirkan.(P)Jadi, peranan masyarakat pendidik untuk melahirkan masyarakat penyayang tidak dapat dipertikaikan lagi.

(P4)Peranan masyarakat yang seterusnya ialah aktiviti-aktiviti kemasyarakatan diperbanyakkan.(M)Melalui aktiviti kemasyarakatan yang diadakan, setiap anggota masyarakat akan bersatu kudrat dan sebulat suara untuk menjayakan aktiviti yang dijalankan persis kata orang tua-tua,bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.Bukan itu sahaja, sifat penyayang akan terserlah melalui amalan tolong-menolong dan bertoleransi dalam aktivti-aktiviti tersebut.(B)Sebagai tamsilannya, amalan rumah terbuka akan menggalakkan aktiviti ziarah-menziarahi jiran tetangga, saudara-mara danrumah-rumah kebajikan pada hari-hari perayaan. Manakala penyertaan masyarakat setempat dalam aktiviti gotong-royong dan kerja sukarela juga perlulah diperbanyakkan.(K)Aktiviti-aktiviti sosial ini sudah pasti dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain di samping memupuk sikap pemurah, ikhlas, sentiasa sanggup membantu dan menghulurkan tenaga untuk golongan yang tidak berkemampuanibarat yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Akhirnya, masyarakat yang berjiwa penyayang dapat dilahirkan untuk membentuk sebuah negara yang harmoni dan bertaraf kelas pertama.(P)Deduksinya, penganjuran aktiviti-aktiviti masyarakat setempat yang banyak merupakan antara elemen yang penting bagi melahirkan masyarakat penyayang.

(P5)Meninjau dari skop yang berbeza, masyarakat yang penyayang juga dapat dilahirkan melalui kempen kesedaran yang efektif. Usaha ini dapat dilaksanakan oleh golongan masyarakat media sama ada media elektronik atau media cetak.(M)Seperti yang diketahui umum bahawa media merupakan wahana yang berkesan untuk menyedarkan masyarakat umum tentang kepentingan amalan penyayang dalam menjalani kehidupan harian kita.Pihak media lebih menitikberatkan aspek sosial iaitu hubungan sesama manusia untuk didedahkan tatapan umum.(B)Oleh itu, pihak media yang merupakan sebahagian daripada anggota masyarakat yang prihatin haruslah menggiatkan pelaksanaan kempen Keluarga Bahagia, Penerapan Nilai-nilai Murni dan Cintai Sungai Kita untuk menerapkan budaya penyayang dalam kalangan masyarakat kita. Kempen-kempen ini haruslah diadakan secara berterusan dan bukannya bermusimatauhangat-hangat tahi ayam. (K) Sehubungan dengan itu, masyarakat sedar akan kepentingan amalan penyayang dalam konteks kehidupan bermasyarakat. Sikap menganiayai, menindas dan memusnahkan kepentingan orang lain dapat dihindarkan sekali gus dapat menyemai sikap prihatin dalam kalbu masyarakat kita hari ini.(P)Izharlah bahawa peranan masyarakat media melalui kempen-kempen yang diadakan dapat membentuk masyarakat yang penyayang.

PENUTUP(K)Bulan semakin terang bahawa peranan setiap anggota masyarakat amat penting untuk melahirkan masyarakat yang penyayang.Kasih sayang merupakan suatu fitrah yang amat bernilai dalam diri manusia. Kasih sayang sangat penting untuk menjamin kesejahteraan masyarakat. Pernyataan ini disokong oleh sabda Rasulullah S.A.W dalam memupuk amalan kasih sayang yang bermaksud, Tidak beriman seseorang itu selagi dia tidak kasihkan saudaranya sebagaimana dia kasihkan dirinya sendiri.(C)Oleh itu,setiap individu dalam kalangan masyarakat harusnya mengambil inisiatif untuk melakukan anjakan paradigma bagimerealisasikan pembentukan masyarakatpenyayang dalam kalangan rakyat Malaysia. Kita tidak seharusnya mengharapkan pihak berkuasa sahaja untuk menjayakan matlamat ini keranabertepuk sebelah tangan takkan berbunyi.Ibu bapa seyogianya memainkan peranan penting untuk melahirkan generasi muda yang bermoral, berakhlak baik dan bersifat suka menbantu orang lain. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus bekerjasama dan saling membantu serta saling menyayangi ibaratyang tua dihormati, yang muda disayangi. Kita juga harus mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan.(H)Dengan cara ini, masyarakat kita akan dipandang tinggi sebagai sebuah bangsa yang bukan sahaja maju dari aspek kebendaannya justeru kaya dengan budaya penyayang. Secara tidak langsung juga imej negara akan harum di persada dunia dan masyarakat Malaysia akan dianggap sebagai masyarakatkelas pertama kerana ketinggian akhlaknya. Tokoh pujangga yang bernamaAhmad Shauqi Bey berkata, Sesungguhnya bangsa akan kekal utuh selagi akhlaknya masih utuh. Jika akhlaknya sudah lumpuh, mereka pun akan lenyap.Diharapkan pembentukan masyarakat penyayang dapat merealisasikan visi kudsi negara iaitu Wawasan 2020 dengan mudahnya.

Peranan ibu bapa dalam membentuk masyarakatpenyayang.Pada alaf baru ini, ibu bapa memberi peranan yang penting kepada masyarakat dan negara. Media cetak mahupun media elektronik sering menyiarkan isu ini. Dalam kalangan ibu bapa dalam masyarakat ini selalu diberi perhatian oleh orang ramai terutamanya kerajaan. Menurut Perdana Menteri Malaysia ke-5 Dato Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi memberitahu bahawa membentuk masyarakat penyayang amat penting sekali. Oleh itu, terdapat pelbagai langkah-langkah yang boleh diambil untuk membentuk masyarakat penyayang.Sehubungan dengan hal itu, ibu bapa seharusnya memberikan kasih sayang kepada anak-anak. Namun begitu, terdapat kalangan ibu bapa yang mengabaikan anak-anak mereka. Hal ini kerana, ibu bapa tersebut lebih mementingkan kemewahan hidaup dan kekayaan. Oleh itu, ibu bapa seharusnya meluangkan lebih banyak masa dengan anak-anak mereka pada alaf globalisasi ini. Di sini saya memberi contoh ibu bapa boleh membawa anak-anak mereka semasa cuti sekolah untuk meneratkan hubungan dan mengurangan tekanan anak-anak dalam aspek pembelajaran serta ibu bapa. Jadi, impian ibu bapa atau negara untuk membentuk masyarakat penyayang akan tercapai jua.Sejajar dengan itu, ibu bapa sewajarnya memberi didikan agama kepada anak-anak semenjak kecil lagi. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sebaliknya, ibu bapa mengagung-agungkan kemodenan sehingga mengabaikan anak-anak dalam didikan agama. Hal ini kerana, mereka beranggapan didikan agama tidak penting dalam arus kemajuan teknologi satelit masa kini. Oleh itu, ibu bapa sewajarnya menerapkan didikan agama kepada anak-anak mereka. Misalnya, menggalakkan anak-anak mengikut kelas kifayah supaya anak-anak akan menjadi insan yang berakhlak mulai. Di samping itu, mereka seharusnya memberikan pengajaran yang baik kepada anak-anak mereka ketika anak-anak itu masih dalam buaian lagi. Jelaslah, hasrat ibu bapa dalam melahirkan generasi yang berguna akan menjadi kenyataan pada suatu hari nanti.Malahan, ibubapa haruslah menyediakan semua keperluan atau kemudahan kepada anak mereka. Penyediaan tempat belajar yang sesuai amat penting. Begitu juga dengan hubungan ayah dan ibu yang mesra tanpa sebarang masalah sudah pasti akan memberi keselesaan kepada anak untuk menjadi manusia yang penyayang. Ringkasnya, sikap ibubapa yang sebegini mampu melahirkan satu generasi muda yang penyayang di negara ini.Seiring dengan itu, ibu bapa seharusnya menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anak. Namun demikian, terdapat kalangan ibu bapa yang berperangai buruk. Comtohnya, menjadi penangih dadah, pencuri, penjengah, perogol dan sebagainya. Hal ini jelas, mereka akan mengalami kesempatan wang dan tekanan emosi. Bak kata pepatah bagai acuan begitulah kuihnya. Hal ini demikian, ibu bapa perlu menunjukkan sikap yang baik kepada anak-anak sejak kecil lagi. Umpamanya, mengamalkan tabiat rajin membaca buku di hadapan anak-anak. Lama-kelamaan tabiat ini dalam kalangan generasi muda akan mengikut tabiat yang positif ini. Ringkasnya, peranan ibu bapa amatlah besar dalam melahirkan masyarakat yang berguna pada alaf globalisasi ini.Tuntasnya, semua pihak sewajarnya memberikan kerjasama kepada pihak kerajaan dan pihak swasta. Dalam hal ini, ibu bapa memainkan peranan yang terpenting untuk memupuk masyarakat penyayng. Justeru, peribahasa bagai aur dengan tebing hendaklah diamalkan oleh semua warganegara Malaysia terutamanya generasi muda sejak belakangan ini.KEPENTINGAN MASYARAKAT PENYAYANG

Yang tua dihormati, yang muda disayangi. Ungkapan ini memberikan seribu pengertian dan gambaran yang sangat bererti kepada seluruh insan di dunia ini tentang masyarakat penyayang yang perlu dipupuk dan dibenamkan dalam sanubari kita selagi kita bergelar makhluk berakal yang dianugerahkan oleh Tuhan. Memandangkan dunia sekarang yang semakin penuh pancaroba dan aral melintang, maka masyarakat penyayang inilah yang menjadi tulang belakang negara ke arah merealisasikan visi kudsi yang semakin mendatang kira-kira 11 tahun lagi dari sekarang iaitu wawasan 2020. Lantaran itu, kerajaan telah menggariskan salah satu matlamat dan cabaran wawasan 2020 iaitu melahirkan masyarakat penyayang bagi mewujudkan sebuah negara Malaysia yang benar-benar maju dari pelbagai aspek. Persoalannya, apakah kepentingan masyarakat penyayang kepada masyarakat kita dari dahulu, kini dan selamanya? Persoalan inilah yang perlu dirungkai supaya masing-masing membuka mata agar masyarakat sebegini akan terus menjadi amalan dan berkekalan di negara kita.

Pembentukan masyarakat yang penyayang akan memantapkan perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Seperti yang diketahui umum, masyarakat penyayang menggambarkan masyarakat Malaysia yang hidup dengan berlandaskan nilai kasih sayang antara satu sama lain. Mereka saling membantu kerana ikatan ukhuwah sentiasa tertanam dalam naluri dan sanubari mereka. Contohnya, amalan berkunjung ke rumah rakan-rakan berlainan agama pada musim perayaan merupakan salah satu contoh amalan yang berjaya memupuk semangat muhibah dan perpaduan kerana rakyat masing-masing memupuk nilai penyayang. Begitu juga halnya ketika rakan-rakan atau saudara-mara yang mendapat musibah, kita akan memberikan bantuan yang sewajarnya dan berkongsi suka duka dengan mereka kerana masing-masing mengamalkan sikap cubit paha kanan, paha kiri terasa juga. Melalui nilai murni sebegini jelas terlihat mereka mengamalkan hidup sandar-menyandar umpama aur dengan tebing. Jadi, sesuai dengan gagasan Satu Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan cetusan idea Perdana Menteri Ke-6, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak untuk melahirkan masyarakat penyayang yang mengamalkan konsep Satu Malaysia akan terlaksana dengan jayanya.

Selain itu, masyarakat penyayang mampu merobah paradigma masyarakat yang bersikap bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Kita lihat pada masa ini, kebanyakan warga kita sibuk mengejar kemewahan duniawi kerana bagi mereka hidup yang singkat ini perlu diisi dengan kemewahan. Mereka bekerja siang malam tanpa memikirkan peri pentingnya masyarakat penyayang kepada diri, keluarga, masyarakat, dan negara. Golongan inilah yang akan membantutkan usaha murni kerajaan ke arah mewujudkan masyakat penyayang secara bersepadu dan menyeluruh. Sebenarnya, melalui masyarakat penyayang kita akan lebih bersikap prihatin dan rasional tentang apa-apa yang berlaku dalam negara mahupun di luar negara. Sebagai tamsilnya, bencana alam yang dahsyat yang berlaku di beberapa buah tempat baru-baru ini seperti gempa bumi di Padang, Indonesia, tsunami di Samoa, dan ribut taufan di Filipina memerlukan belas kasihan daripada rakyat negara kita untuk membantu kerana berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Secara implisit, masyarakat penyayang akan mengamalkan sikap saling menolong kerana tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima.

Di samping itu, masyarakat penyayang mampu membawa perubahan ekonomi negara dan melonjakkan nama Malaysia di persada dunia. Sebenarnya, masyarakat sebegini mampu menarik lebih ramai pelancong untuk datang ke negara kita yang akan membawa pulangan berbilion-bilion ringgit kepada nusa yang tercinta ini. Rakyat Malaysia keseluruhannya diseru agar bersama-sama menunjukkan nilai kasih sayang supaya pelancong berduyun-duyun datang ke negara kita. Segala perkara negatif seperti keganasan, penderaan, dan sikap hidung tinggi perlulah dibuang jauh-jauh. Hakikatnya pelancong-pelancong dari negara atas angin dan bawah angin akan datang ke negara kita untuk melihat panorama indah yang unik di samping melihat rakyatnya yang penyayang. Misalnya, kedatangan pelancong perlu diraikan dengan nilai kasih sayang daripada setiap ahli masyarakat terutamanya pekerja yang terlibat secara langsung menguruskan hal ehwal mereka. Dengan ini, masyarakat penyayang telah membawa Malaysia ke landasan yang betul dengan memberi keuntungan kepada negara dan kita mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara membangun malah negara maju yang lain.

Sudah terang lagi bersuluh, kepentingan masyarakat penyayang akan mewujudkan sebuah keluarga yang harmoni seperti yang diidam-idamkan oleh setiap keluarga. Ikatan silaturahim bertambah erat apabila ahli keluarga memainkan peranan terutamanya ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak. Hal ini demikian kerana anak-anak diibaratkan sehelai kain putih dan ibu bapalah yang akan mencorakkannya. Lagipun ibu bapa berperanan untuk mendidik anak-anak sejak kecil ibarat melentur buluh biarlah ketika rebung supaya anak-anak akan mengamalkan nilai kasih sayang kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya. Contohnya, amalan gotong-royong dalam sesebuah keluarga, ibu bapa meluangkan masa untuk menemani anak-anak mengulang kaji pelajaran, bermain bersama-sama anak-anak dan sebagainya dapat mempererat hubungan mesra antara ibu bapa dengan anak-anak. Situasi ini mengelakkan keluarga daripada bercerai-berai, porak-peranda, bergaduh kerana semua ahli keluarga mengamalkan sikap penyayang. Jelaslah bahawa masyarakat penyayang membawa perubahan yang drastik terhadap keluarga kerana keluarga bahagia, negara sejahtera..

Kesimpulannya, masyarakat penyayang banyak memberi manfaat kepada diri, keluarga, masyarakat, dan negara. Usaha mewujudkan masyarakat penyayang dalam negara kita yang terdiri daripada pelbagai ras, budaya, dan agama ini memerlukan kerjasama yang jitu daripada semua pihak kerana hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih. Pembentukan masyarakat penyayang perlulah dilakukan secara bersungguh-sungguh dan bukannya hanya hangat-hangat tahi ayam sahaja. Usaha ini merupakan tanggungjawab kita sebagai rakyat kerana kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya. Dengan ini, saya mencadangkan supaya kita perlu menggembleng tenaga untuk meningkatkan usaha ke arah masyarakat penyayang bagi mewujudkan negara bangsa yang cemerlang, gemilang, dan terbilang.Masyarakat Penyayang Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya penyayangmerupakan cabaran ketujuh dalam Wawasan 2020.Masyarakat penyayang ialah masyarakat yang hidup bermuafakat yang sentiasa bertimbang rasa.Oleh itu,kerajaan telah mengambil langkah prakasa dengan menekankan konsep masyarakat penyayang dalam Wawasan 2020 kepada masyarakat.

Tujuan kerajaan melakukan perkara tersebut adalah untuk menghidupkan semula nilai-nilai murni kerana nilai-nilai ini semakin pudar dalam kalangan generasi selaras dengan perkembangan dan peredaran zaman.Nilai-nilai murni ini semakin terhakis terutamanya dalam kalangan remaja yang tidak mementingkan kasih sayang sesama masyarakat.Jika dulunya hanya beberapa buah sahaja rumah orang-orang tua di Malaysia,tetapi kita dapat melihat perubahan yang kini amat ketara iaitu peningkatan jumlah rumah orang-orang tua di negara ini yang kedudukannya di merata-rata tempat.Ini menunjukkan bahawa anak-anak tidak lagi sayang akan ibu bapa.Nilai kasih sayang semakin luntur.Jika ibu bapa dapat menjaga kita dari lahir sehingga dewasa,kenapa tidak kita pula yang menjaga mereka?Hal ini jelas memperlihatkan nilai kasih dan sayang dalam diri anak-anak semakin terhakis.

Selain itu, peningkatan masalah sosial di Malaysia juga menjadi salah satu sebab usaha tersebut perlu dijalankan.Masalah sosial yang berkaitan dengan remaja sentiasa meningkat dari semasa ke semasa.Baik media cetak mahupun media elektronik,kedua-dua media tersebut sering kali menyiarkan berita-berita yang memaparkan masalah yang berkaitan kebejatan sosial remaja gangsterisme,vandalisme,juvana,penderaan,rempit dan sebagainya.Mereka yang terlibat seolah-olah tidak takut kepada maut yang bakal menjemput,malah rela memperjudikan nyawa sendiri.Kadang kalanya perbuatan mereka mampu mengancam nyawa insan yang tidak bersalah.

Tujuan murni kerajaan adalah untuk mensejahterakan hidup masyarakat.Jika masyarakat mengamalkan nilai kasih sayang,sudah pasti komuniti yang kreatif ini akan hidup dalam suasana yang aman.Di samping itu,usaha kerajaan untuk mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang sememangnya bertujuan untuk mewujudkan masyarakat yang harmoni yang mampu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang aman,justeru terhindar dari kepompong keganasan.

Hasrat kerajaan untuk memakmurkan negara akan tercapai jika masyarakat mengamalkan budaya penyayang dalam kehidupan seharian mereka.Kewujudan masyarakat penyayang akan membentuk satu generasi cemerlang yang dapat mencorak kepimpinan negara pada suatu masa kelak.Masyarakat juga dapat hidup dalam suasana yang aman tanpa keganasan seperti mana yang kita pernah saksikan di negara Palestin dan sebagainya.Masyarakat kita sangat bertuah kerana dapat hidup di bumi Malaysia yang tercinta ini yang sentiasa berada dalam suasana yang aman sejahtera.Oleh itu,kasih sayang sangat perlu diterapkan dalam setiap diri individu masyarakat di Malaysia.

Di samping itu,kerajaan juga dapat membentuk dan melahirkan generasi yang penyayang yang saling bertolak ansur serta mengamalkan gaya hidup yang mulia.Masyarakat yang penyayang sebenarnya mampu menguatkan jentera kepimpinan di Malaysia.Sesebuah negara yang teguh dan kukuh sebenarnya mempunyai masyarakat yang penyayang serta dapat menyatupadukan masyarakat.Masyarakat akan hidup dalam keadaan yang selamat dan hak mereka akan sentiasa dipelihara.

Kesimpulannya,kerajaan perlu kerap melaksanakan usaha tersebut secara berterusan agar wujud lebih banyak masyarakat yang penyayang.Namun begitu,tanggungjawab ini tidak sepatutnya diletakkan di bahu pihak kerajaan sahaja,malah semua pihak harus peka dan saling bekerjasama supaya hasrat yang kita impikan untuk mewujudkan masyarakat penyayang akan terlaksana.

Faedah-faedah Belajar Secara BerkumpulanFaedah Belajar Secara Berkumpulan Belajar secara berkumpulan ialah belajar secara beramai-ramai di sesuatu tempat untuk membincangkan sesuatu pelajaran. Belajar secara berkumpulan mendatangkan banyak kebaikan kerana mampu membantu meningkatkan kefahaman tentang sesuatu pelajaran. Namun begitu, belajar secara berkumpulan juga mampu memberikan kesan buruk atau kurang efektif sekiranya ahli kumpulan tidak memberikan komitmen yang sepenuhnya. Oleh itu, setiap ahli kumpulan hendaklah mempunyai visi yang sama iaitu berkeinginan tinggi untuk belajar agar aktiviti belajar secara berkumpulan yang dilaksanakan lebih berkesan. Persoalan yang bermain di benak fikiran kita, apakah faedah-faedah belajar secara berkumpulan? Perbincangan pertama mengenai faedah belajar secara berkumpulan ialah ahli kumpulan dapat saling bertukar idea serta bantu membantu. Hal ini demikian kerana apabila belajar secara berkumpulan, kita dapat bertukar pendapat tentang sesuatu pelajaran antara satu sama lain. Sebagai contoh, setiap ahli akan mengajukan pendapat masing-masing dan pendapat tersebut akan dipertimbangkan oleh ahli kumpulan yang lain. Setiap ahli kumpulan juga akan bantu membantu antara satu sama lain tentang sebarang subjek yang mereka lemah dan bekerjasama bagai aur dengan tebing. Ahli kumpulan yang mahir dalam sesuatu subjek akan membantu ahli-ahli yang lain dengan menerangkan dengan lebih terperinci tentang subjek tersebut. Berdasarkan mauduk yang dihuraikan, terbuktilah bahawa belajar secara berkumpulan mampu mendatangkan kebaikan kerana dapat bertukar idea serta bantu membantu. Perbincangan seterusnya mengenai faedah belajar secara berkumpulan ialah pembelajaran menjadi aktif dan kreatif. Hal ini demikian kerana, aktiviti belajar secara berkumpulan mampu memberi peluang kepada setiap ahli untuk menyuarakan pendapat masing-masing. Dalam konteks ini, setiap ahli akan bergerak aktif dengan menyuarakan idea mereka. Sebagai contoh, setiap ahli kumpulan bersungguh-sungguh melontarkan buah fikiran masing-masing ketika mereka membincangkan isu jenayah. Pembelajaran menjadi kreatif kerana ahli kumpulan dapat menghasilkan sesuatu formula untuk memudahkan mereka mengingati sesuatu pelajaran. Berdasarkan hujah yang dihuraikan, terbuktilah bahawa belajar secara berkumpulan memberi banyak faedah kerana pembelajaran menjadi lebih kreatif dan aktif. Lontaran idea kedua mengenai faedah belajar secara berkumpulan ialah pembelajaran menjadi lebih seronok dan tidak membosankan. Belajar secara berkumpulan memberikan suasana belajar yang menyeronokkan. Hal ini demikian kerana, seseorang pelajar akan dapat belajar atau membuat ulang kaji dengan perasaan yang ceria tanpa tekanan daripada guru-guru. Rakan-rakan juga merupakan orang yang paling dekat dengan pelajar selain ahli keluarga. Sebagai contoh, seseorang pelajar yang bersikap malu tidak berani untuk bertanya kepada guru apabila dia menghadapi masalah dalam pelajaran. Sebaliknya dia akan bertanya dan mengeluarkan buah fikiran di depan rakan-rakannya. Berdasarkan hujah yang dinyatakan, jelaslah bahawa belajar secara berkumpulan banyak manfaatnya kerana lebih seronok dan tidak membosankan. Seterusnya, faedah belajar secara berkumpulan ialah dapat mewujudkan persaingan yang sihat dan menguntungkan. Hal ini demikian kerana belajar secara berkumpulan mampu membuka langkah kepada pelajar untuk memajukan diri dalam pelajaran. Sebagai tamsilnya, seorang pelajar berasa tercabar dengan rakannya yang menguasai kemahiran menjawab dengan lebih baik. Pelajar tersebut akan berusaha mengukuhkan kemahiran menjawabnya dan seterusnya mencapai keputusan yang cemerlang dalam sesuatu mata pelajaran. Perkara ini merupakan satu persaingan yang sihat kerana setiap pelajar berusaha untuk meningkatkan prestasi masing-masing dengan bersaing antara satu sama lain dalam bidang akademik. Berdasarkan mauduk yang dinyatakan, sudah terang lagi bersuluh, belajar secara berkumpulan memang banyak manfaatnya kerana mampu mewujudkan persaingan yang sihat dan menguntungkan. Secara deduktifnya, belajar secara berkumpulan boleh dikatakan sebagai batu loncatan ke arah kejayaan kerana usaha ini boleh mendatangkan pelbagai faedah kepada pelajar-pelajar. Belajar secara berkumpulan merupakan langkah yang bijak bagi pelajar yang ingin mencapai kecemerlangan. Setiap pelajar hendaklah memberikan komitmen yang sepenuhnya dan tidak melaksanakan aktiviti ini seperti melepaskan batuk di tangga bagi memastikan aktiviti belajar secara berkumpulan ini berkesan dan berjalan lancar. Oleh itu, sebagai bakal pemimpin negara, kita seyogianya melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan memanfaatkan kaedah belajar secara berkumpulan untuk menjadi seorang yang cemerlang dan seterusnya memberi sumbangan kepada negara.ESEI: FAEDAH BELAJAR KUMPULAN...!

KARANGAN BAHAGIAN A (30 markah)Dalam zaman yang penuh persaingan ini, para pelajar sentiasa berusaha melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan ilmu demi mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang akademik. Menetapkan matlamat, menyediakan jadual waktu yang praktikal, menghadiri kelas tuisyen dan mengulang kaji pelajaran setiap hari merupakan usaha-usaha yang dilakukan oleh pelajar demi mencapai kejayaan.Namun, belajar secara berkumpulan boleh dikatakan sebagai batu loncatan ke arah kejayaan kerana usaha ini boleh mendatangkan pelbagai faedah kepada pelajar-pelajar.Belajar secara kumpulan memberikan suasana belajar yang menyeronokkan. Seseorang pelajar akan dapat belajar atau membuat ulang kaji dengan perasaan yang ceria tanpa tekanan daripada guru-guru. Hal ini demikian kerana rakan-rakan merupakan orang yang paling dekat dengan pelajar selain ahli keluarga. Contohnya, seseorang yang pemalu tidak berani bertanya kepada guru apabila dia menghadapi masalah dalam pelajaran. Sebaliknya dia akan bertanya dan mengeluarkan buah fikirannya di depan rakan-rakan. Justeru, belajar secara berkumpulan bukan sahaja dapat memberikan suasana belajar yang menyeronokkan malahan membuka peluang kepada pelajar untuk memajukan diri dalam pelajaran dengan acuan sendiri.Selain itu, para pelajar dapat berkongsi ilmu sesama mereka melalui kaedah belajar secara berkumpulan. Mereka berpeluang untuk bertukat-tukar pendapat dan pandangan tentang kaedah menjawab soalan, bertukar nota pelajaran dan lain-lain. Mereka boleh berkongsi ilmu tentang sesuatu mata pelajaran danbekerjasma menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Seseorang pelajar yang menghadiri kelas tuisyen akan lebih menguasai sesuatu ilmu berbanding dengan pelajar yang tidak berpeluang menghadiri kelas tuisyen. Melalui perbincangan secara berkumpulan, pelajar-pelajar dapat mengukuhkan kemahiran dan seterusnya mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang diduduki kelak.Bak kata pepatah, muafakat membawa berkat, belajar secara berkumpulan dapat memupuk semangat kerjasama dalam diri pelajar di samping dapat menerapkan nilai toleransi. Para pelajar dapat menyiapkan sesuatu tugasan dengan cepat dan berkesan melalui semangat kerjasama yang diamalkan. Contohnya, seseorang pelajar dapat menghasilkan karangan yang lebih baik dengan adanya maklumat dan idea yang lebih relevan daripada rakan-rakan. Natijahnya, belajar secara berkumpulan bukan saja dapat memupuk semangat bersatu padu, malah dapat mengeratkan hubungan sesama mereka dan meningkatkan prestasi mereka dalam akademik.Kesimpulannya, belajar secara berkumpulan merupakan langkah yang bijak bagi pelajar yang ingin mencapai kecemerlangan. Sebagai bakal pemimpin negara, kita seyogianya melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan memanfaatkan kaedah belajar secara berkumpulan untuk menjadi seorang yang cemerlang dan seterusnya memberikan sumbangan bermakna kepada negara pada suatu masa nanti.


Top Related