1
Muhammad Bukhari bin Ab Hamid Penasihat Undang-Undang
Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri
Akta Perlindungan Pemberi Maklumat(Akta 711) telah diluluskan di Parlimen pada 6 Mei 2010 dan telah mula berkuatkuasa pada 15 Disember 2010. Akta ini akan dilaksanakan oleh semua agensi penguatkuasaan (Seperti SPRM, PDRM, Kastam, Imigresen, JPJ dan mana-mana agensi yang mempunyai kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan) Mesyuarat Pasca Kabinet Bil. 9/2010 memutuskan bahawa BHEUU adalah penyelaras bagi semua agensi penguatkuasaan bagi pelaksanaan Akata ini (melalui Kuasa Menteri untuk mengeluarkan arahan seperti yg diperuntukkan dalam seksyen 4 , dan Kuasa Menteri untuk membuat peraturan seperti dalam seksyen 27)
LATAR BELAKANG
2
Samb…
• Salah satu Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA);
(Akta ini digubal bagi membolehkan kerajaan mencapai hasrat yang telah disasarkan dalam teras kedua NKRA iaitu memerangi rasuah disamping membantu kerajaan mengurangkan kadar jenayah iaitu teras pertama NKRA).
• Melengkapkan kekurangan pada akta-akta lain dalam
melindungi pemberi maklumat; (contoh: sek. 65 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia)
3
4
• Suatu akta untuk memerangi rasuah dan salah laku lain (kelakuan
tidak wajar) dengan menggalakkan dan memudahkan Pemberi
maklumat membuat pendedahan kelakuan tidak wajar dalam
sektor awam dan swasta;
• Melindungi orang yang membuat pendedahan daripada tindakan
yang memudaratkan; dan
• Mengadakan peruntukan supaya perkara yang didedahkan
disiasat.
PEMBERI MAKLUMAT (Whistleblower)
Individu yang membuat pendedahan kelakuan tidak wajar kepada
agensi penguatkuasaan berdasarkan kepercayaannya yang
munasabah bahawa telah/ sedang/ akan berlakunya kelakuan tidak
wajar.
5
6
Pemberi maklumat boleh terdiri daripada mangsa atau orang yang mempunyai pengetahuan tentang sesuatu kelakuan tidak wajar sama ada -
i. menerusi pengetahuannya sendiri; ii. menerusi maklumat yang diperoleh daripada orang
yang mempunyai pengetahuan tentang kelakuan tidak wajar; atau
iii. mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam sesuatu kelakuan tidak wajar; atau
Sumber dari mana-mana agensi penguatkuasaan seperti PDRM, SPRM, Kastam, Imigresen, dsb.
7
i) mana-mana orang yang mempunyai pengetahuan yang munasabah
ii) membuat pendedahan kepada mana-mana agensi penguatkuasaan (no wrong door policy)
iii) jika agensi penguatkuasaan tiada kuasa penyiasatan, salurkan kepada agensi yang lain
iv) tidak dilarang oleh mana-mana undang-undang bertulis yang melindungi maklumat pemberi maklumat
(Akta Rahsia Rasmi 1972 [Akta 88] , Akta Cukai Pendapatan
(1967 [Akta 53] , Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan
1989 [Akta 372] , dan Akta Perlindungan Saksi 2009 [Akta 696) yang melarang maklumat-maklumat tertentu didedahkan
8
Pemberi Maklumat tidak boleh menjadi
saksi atau dijadikan saksi
– Subseksyen 8(2) Akta 711
9
Saksi adalah orang yang mempunyai pengetahuan secara langsung atau terlibat dalam sesuatu transaksi kelakuan tidak wajar yang dikenalpasti hasil daripada siasatan dan memberi keterangan bukan berdasarkan pengetahuan yang munasabah - boleh mendapat perlindungan dibawah program perlindungan saksi
10
Sekiranya mangsa sesuatu kelakuan tidak wajar merupakan saksi utama atau saksi penting di dalam sesuatu perbicaraan ke atas kelakuan tidak wajar itu, mangsa itu tidak sesuai untuk diberikan perlindungan dibawah Akta ini kerana ia akan menggagalkan pendakwaan kes itu
11
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KELAKUAN TIDAK
WAJAR ?
Apa-apa kelakuan yang jika terbukti, menjadi suatu
kesalahan tatatertib atau kesalahan jenayah
12
• Kesalahan tatatertib bermaksud tindakan yang melanggar
tatatertib dalam badan awam atau badan swasta. Kesalahan
tersebut hendaklah diperuntukan oleh undang-undang atau dalam
suatu tatalaku, kod etika atau pekeliling atau suatu kontrak kerja.
13
• Kesalahan Jenayah bermaksud kesalahan yang diperuntukan oleh
mana-mana undang-undang Jenayah negara, contohnya Kanun
Kesiksaan.
APAKAH MEKANISME PENDEDAHAN KELAKUAN
TIDAK WAJAR?
• Pemberi maklumat hadir ke mana-mana agensi penguatkuasaan
untuk membuat pendedahan atau membuat temu janji di suatu
tempat yang telah dipersetujui oleh pegawai penguat kuasa.
• Membuat pendedahan melalui surat yang memberikan maklumat
yang jelas tentang nama, identiti dan alamat pemberi maklumat
dan bagaiman dia boleh dihubungi.
• Pendedahan melalui e-mel, surat layang, SMS dan mekanisme
lain yang tidak dapat dikenal pasti identiti pemberi maklumat
tidak boleh menerima perlindungan di bawah Akta 711.
14
SAMB.
15
• Antara perlindungan yang diperuntukkan di bawah Akta 711:
Perlindungan maklumat sulit;(maklumat, identiti, alamat,
pekerjaan dan yang berkaitan dengan pemberi maklumat)
Kekebalan daripada tindakan sivil dan jenayah; dan
Perlindungan daripada tindakan yang memudaratkan.
• Perlindungan terhadap tindakan yang memudaratkan juga diperluaskan
kepada mana-mana orang yang mempunyai hubungan dengan pemberi
maklumat.
• Mana-mana orang yang membocorkan maklumat sulit boleh didenda
tidak melebihi RM 50,000.00 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau
kedua-duanya sekali.
16
• Elemen yang perlu dipertimbangkan oleh agensi
penguatkuasaan selepas menerima sesuatu pendedahan
kelakuan tidak wajar:
Bidang kuasa untuk menyiasat; dan
Sekiranya tidak mempunyai bidang kuasa, pendedahan
kelakuan tidak wajar tersebut dipanjangkan ke agensi
penguatkuasaan yang mempunyai bidang kuasa (dengan
persetujuan pemberi maklumat).
17
• Jika hasil siasatan mendapati –
(i) Tiada kesalahan dibuktikan, pemberi maklumat hendaklah
dimaklumkan dan tiada tindakan lanjut;
(ii) Jika ada kesalahan tatatertib, agensi penguatkuasaan hendaklah
mengemukakan kepada jabatan yang berkenaan atau majikan tempat
orang yang diadukan itu laporan hasil siasatan dan syor yang dibuat ;
dan
(iii) Jika suatu kesalahan jenayah didapati telah dilakukan, laporan dan
syor ke atas siasatan itu hendaklah dikemukakan kepada pendakwa
raya untuk diputuskan sama ada untuk mendakwa atau tidak.
SAMB.
Pemberi maklumat turut terlibat dalam kelakuan tidak wajar itu;
Membuat kenyataan palsu;
[ Membuat kenyataan palsu merupakan satu kesalahan di bawah Akta 711 ini (Seksyen
21) dan boleh didenda tidak melebihi RM 25,000.00 atau penjara tidak melebihi 5 tahun
atau kedua-duanya sekali (Seksyen 25) ]
Pendedahan tersebut merupakan perkara yang remeh temeh;
Perkara yang didedahkan mempersoalkan merit dasar kerajaan;
Pendedahan dibuat bagi mengelak daripada dibuang kerja/ tindakan
tatatertib lain; atau
Pemberi maklumat melakukan apa-apa kesalahan di bawah akta ini
seperti mendedahkan maklumat sulit, memusnahkan bahan bukti atau
mengarahkan orang lain melakukan perkara yang menjadi kesalahan di
bawah akta ini.\
18
• Tindakan yang memudaratkan termasuklah:
a) Tindakan yang menyebabkan kecederaan, kehilangan atau
kerosakan;
b) Ugutan atau gangguan;
c) Gangguan terhadap pekerjaan sah atau mata pencarian;
dan
d) Suatu ancaman untuk mengambil mana-mana tindakan
yang disebut dalam perenggan (a) hingga (c).
19
20
• Jika hasil siasatan mendapati –
(i) Tiada kesalahan dibuktikan, pemberi maklumat hendaklah
dimaklumkan dan tiada tindakan lanjut;
(ii) Jika ada kesalahan tatatertib, agensi penguatkuasaan hendaklah
mengemukakan kepada jabatan yang berkenaan atau majikan tempat
orang yang diadukan itu laporan hasil siasatan dan syor yang dibuat ;
dan
(iii) Jika suatu kesalahan jenayah didapati telah dilakukan, laporan dan
syor ke atas siasatan itu hendaklah dikemukakan kepada pendakwa
raya untuk diputuskan sama ada untuk mendakwa atau tidak.
SAMB.
• Apabila pemberi maklumat mendapat ancaman atau diambil tindakan yang
memudaratkan, beliau boleh meminta agensi penguatkuasaan memohon
remedi daripada mahkamah bagi mendapatkan;-:
Ganti rugi atau pampasan;
Injunksi; atau
Apa-apa relif lain yang difikirkan patut oleh mahkamah.
21
Ganjaran boleh diberi kepada pemberi maklumat bagi pendedahan kelakuan tidak wajar atau tindakan yang memudaratkan yang membawa kepada pendakwaan orang yang diadukan yang telah melakukan kelakuan tidak wajar atau tindakan yang memudaratkan,
22
Penguatkuasaan dan Perlaksanaan Akta ini dapat-
Menggalakkan dan memudahkan orang ramai untuk mendedahkan sebarang perbuatan rasuah lain salah laku sama ada di sektor awam atau swasta.
Memenuhi hasrat kerajaan untuk memerangi rasuah dan mengurangkan kadar jenayah seperti disasarkan dalam NKRA tercapai.
23
Sekian. Terima Kasih.
24