Transcript
Page 1: Mqa 01 c area 2 edited melaka 80414

BIDANG 2: REKA BENTUK DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM2.1. Autonomi Akademik Dokumen Rujukan Lokasi/Pegawai

dirujukMaklumat Berkenaan Standard Asas

2.1.1 Jelaskan ketetapan dan amalan yang memastikan autonomi jabatan dalam rekabentuk dan penyampaian kurikulum,dan dalam peruntukan sumber. Lampirkan dokumen sokongan dimana perlu.

Ketetapan dan amalan yang memastikan autonomi jabatan dalam reka bentuk dan penyampaian kurikulum dan dalam peruntukan sumber tertakluk kepada punca kuasa yang diberikan oleh pihak BPTV kepada Kolej Vokasional Manjung.

Kolej Vokasional hanya melaksanakan garis panduan pelaksanaan kurikuklum yang telah ditetapkan oleh BPTV yang diuruskan selia oleh Sektor Pengurusan Akademik.

Rekabentuk kurikulum dilaksanakan oleh sekumpulan pensyarah dari beberapa kolej vokasional yang dilantik oleh BPTV sebagai Jawatankuasa Penggubal Kurikulum Program Kolej Vokasional. Ahli jawatankuasa ini merupakan pakar bidang yang diberi tanggungjawab untuk merekabentuk program dan menggubal kandungan kurikulum program ini. Proses penggubalan kurikulum dikawal selia oleh BPTV Sektor Pengurusan Akademik bersama-sama Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) KPM dalam memastikan rekabentuk program selaras dengan dasar dan garis panduan yang ditetapkan.

Jabatan ini mempunyai autonomi dalam penyampaian kurikulum seperti dalam aspek penyampaian dan penggunaan sumber.

2.1.2 Tunjukkan hubungan antara jabatan dengan senat.

Jawatankuasa Akademik ialah badan yang bertindak sebagai senat di peringkat Kolej Vokasional Seri Manjung. Ahli Jawatankuasa Akademik terdiri daripada Pengurusan Tertinggi Kolej, Ketua Jabatan Penilaian dan Pentaksiran, Ketua-ketua Jabatan dan Ketua-ketua Unit dan Ketua Unit Psikologi dan Kerjaya.

Jawatankuasa ini bertanggungjawab dalam membuat keputusan, merancang, dan menyelaras pelaksanaan program berdasarkan Peraturan Akademik Kolej Vokasional.

Ketua Jabatan dan Ketua Unit program bertindak memberi maklum balas keberkesanan pelaksanaan, memberi cadangan penambahbaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan melaksanakan keputusan yang telah ditetapkan oleh senat.

2.1.3 Bagaimanakah jabatan memastikan bahawa staf akademik mendapat autonomi yang secukupnya dalam bidang kepakaran

Page 2: Mqa 01 c area 2 edited melaka 80414

mereka?Pihak pengurusan Kolej Vokasional Manjung memberi kuasa kepada Ketua Jabatan untuk mentadbir urus jabatan bersesuaian dengan keperluan berdasarkan unjuran perjawatan yang telah ditetapkan BPTV KPM. Ketua Jabatan mempunyai autonomi dalam merancang, mengaplikasikan, memantau proses pengajaran dan pembelajaran serta mengoptimumkan penggunaan sumber sedia ada. Ketua jabatan juga bertanggungjawab mengagihkan staf akademik mengikut bidang kepakaran mereka.

Bagi staf akademik, mereka bertanggungjawab dalam menyelaras, merancang dan menilai pembelajaran pelajar selaras dengan objektif pembelajaran dan kemenjadian pelajar berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan oleh BPTV KPM. Staf akademik juga diberi ruang dan peluang secukupnya untuk peningkatan profesionalisme yang diurus selia oleh Unit Latihan dan Kemajuan Staf (ULKS) Kolej Vokasional Seri Manjung.

Maklumat Berkenaan Standard Tinggi

2.1.4 Nyatakan dasar dan amalan jabatan menghadapi kemungkinan konflik kepentingan, contohnya penglibatan staf dalam amalan persendirian, kerja sambilan dan khidmat rundinganPengarah Kolej Vokasional Manjung memberi peluang kepada staf menjalankan kerja-kerja perundingan dan ikhtisas mereka setelah mendapat kelulusan dan kerja-kerja ini tidak bercanggah dengan kepentingan kolej dan peribadi.

Namun demikian para pensyarah dan staf tertakluk kepada Pekeliling Perkhidmatan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa.

2.1.5 Apakah rancangan Pemberi Pendidikan Tinggi untuk memperluaskan autonomi staf akademik? Apakah peranan jabatan dalam rancangan ini dan bagaimanakah jabatan menyokongnya?Kolej Vokasional Seri Manjung memperluaskan autonomi staf dengan mewujudkan ULKS di peringkat Kolej sebagai usaha peningkatan profesionalisme dan inovasi di kalangan staf. Disamping itu staf digalakkan membuat penyelidikan dalam membangunkan kursus atau modul baharu bagi tujuan penambahbaikan program dan juga proses pengajaran dan pembelajaran dengan mendapat sokongan dari BPTV KPM.Staf juga digalakkan menganggotai badan 2ndustry2nal untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka di samping dapat membina rangkaian hubungan dengan pihak 2ndustry selaras dengan hasrat BPTV.

2.2 Reka Bentuk Program Dan Kaedah Pengajaran-

Pembelajaran

Maklumat Berkenaan Standard Asas

Page 3: Mqa 01 c area 2 edited melaka 80414

2.2.1 Jelaskan proses, tatacara dan mekanisme untuk pembangunan kurikulum. Bagaimanakah staf akademik dan pentadbiran terlibat dalam proses ini?Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV) dibangunkan oleh BPTV KPM selari dengan Transformasi Pendidikan Vokasional dan Perancangan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Kerangka konsep KSKV direka bentuk berdasarkan input yang diterima daripada pihak industri, komuniti dan para panel yang mahir dalam bidang-bidang berkaitan yang diurus selia oleh BPTV. Kurikulum dibangunkan oleh Jawatankuasa Penggubal Kurikulum yang dilantik oleh BPTV dalam kalangan staf akademik KV mengikut bidang kepakaran mereka masing-masing. Rajah1 menunjukkan Proses Pelaksanaan Pembangunan Kurikulum.

Rajah1: Proses Pelaksanaan Pembangunan

Kurikulum.

Page 4: Mqa 01 c area 2 edited melaka 80414

Rajah 2: Proses Pembangunan Kandungan Kurikulum

Setiap kurikulum yang dihasilkan akan melalui tatacara berikut:

a) Jawatankuasa Penggubal Kurikulum menggunakan pelbagai maklumat antaranya daripada industri, pertubuhan badan professional dan penandaaras program untuk proses analisa bagi membina Programme Aims (PAI), Programme Educational Objectives (PEO) dan Programme Outcomes (PO)

Develop PO

Develop CO

Analyse CO-PO

Analyse GS-CO

PAI : Programme AimsPEO : Programme Educational ObjectivesPO : Programme OutcomesCO : Course OutcomesGS : General StatementSS : Specific Statement

Page 5: Mqa 01 c area 2 edited melaka 80414

berdasarkan Competency Standards.

i) Sekiranya pemetaan PEO vs PO tidak menepati piawaian, PEO dan PO akan disemak semula.

ii) Berdasarkan kepada pemetaan yang diperolehi, kandungan, jenis penilaian dan penyampaian kursus digubal untuk mencapai Course Outcomes (CO) yang telah dikenalpasti. Analisis CO bersama PO digunakan untuk menghasilkan pemetaan CO vs PO.

iii) Sekiranya pemetaan CO vs PO, tidak menepati piawaian, CO akan disemak semula.

b) Prosedur pemantauan kurikulum dilaksanakan di jabatan melalui pencerapan proses pengajaran dan pembelajaran pensyarah oleh Ketua Jabatan, Ketua Unit, dan staf akademik yang dilantik.

c) Pelajar, pensyarah dan industri adalah penyumbang kepada cadangan penambahbaikan kurikulum.

d) Penggubal kurikulum terdiri daripada staf akademik yang dilantik mengikut kepakaran bidang masing-masing.

2.2.2 Jelaskan kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan dalam penyampaian kurikulum untuk mencapai hasil pembelajaran program.Proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan mencakupi pelbagai pedagogi pembelajaran. Pedagogi pembelajaran seperti kuliah, amali, tutorial, Kajian Kes, projek, pembentangan, kerja kumpulan dan sebagainya diterap dalam proses pembelajaran berdasarkan perancangan yang dibuat oleh para pensyarah. Teaching Outline, Rancangan Pengajaran (RP) dan Rancangan Sesi Latihan (RSL) merupakan perancangan yang dibentuk diperingkat unit dan dilaksanakan oleh para pensyarah dalam Rancangan Pengajaran mereka.

Selain itu, proses pembelajaran program turut memuatkan Production Based Education (PBE) dan School Enterprise (SE) sebagai salah satu kaedah melatih para pelajar dalam bidang perkhidmatan dan keusahawanan. Proses pembelajaran ini lebih menekankan aspek kemahiran atau soft skills para pelajar.

Para pelajar turut didedahkan dengan kaedah pembelajaran berbentuk Latihan Industri iaitu pelajar perlu menjalani latihan di organisasi yang berkaitan dengan program. Latihan ini memberi peluang kepada pelajar menimba pengalaman sebenar dan mempraktikkan apa yang telah dipelajari.

2.2.3 Tunjukkan bukti bahawa jabatan telah

Page 6: Mqa 01 c area 2 edited melaka 80414

mempertimbangkan permintaan pasaran dan masyarakat

terhadap program ini, dan bukti jabatan mempunyai

sumber yang mencukupi untuk mengendalikannya.

BPTV diamanahkan dengan tanggungjawab untuk merancang

dan memilih program-program pendidikan yang ditawarkan

di Kolej Vokasional dengan merujuk kepada dokumen seperti

PEMANDU, RMK10, RMK 11, NKRA, National Rural

Education Association (NREA) dan PPPM menyatakan

kepentingan masyarakat yang multi-skills dan sumber manusia

yang berkemahiran setaraf dengan Negara-negara maju (Rujuk

Lampiran C2.1)

Kolej Vokasional Manjung menerima surat arahan daripada

BPTV Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melaksanakan

Diploma Vokasional Malaysia (DVM) dalam bidang yang

berkaitan. Pelaksanaan ini sebagai salah satu langkah untuk

mencapai matlamat Negara iaitu menjadi sebuah Negara maju

menjelang 2020 serta melahirkan lebih ramai tenaga kerja yang

berkemahiran tinggi dan meningkatkan pendapatan

masyarakat.

Dengan adanya program yang dilaksanakan oleh Kolej

Vokasional Seri Manjung, diharap dapat melahirkan tenaga

kerja berkemahiran tinggi untuk mengisi kekosongan tenaga

kerja di industri dalam negara. Justeru, pihak pengurusan Kolej

Vokasional Seri Manjung telah mengambil langkah memenuhi

keperluan tenaga pengajar dan menyediakan infrastruktur yang

secukupnya bagi melaksanakan program-program yang

berkaitan.

2.2.4 Jelaskan bagaimana program boleh meningkatkan pemikiran kritikal, kemampuan menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan kemahiran pemikiran analitis, disamping menggalakkan pelajar bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka serta bersedia untuk pembelajaran sepanjang hayat.Proses pembelajaran program yang ditawarkan oleh Kolej Vokasional Manjung dilaksanakan secara teori dan amali. Pembelajaran yang dilaksanakan berteraskan PEO dan PO pembelajaran yang terkandung dalam dokumen KSKV. PEO dan PO program mencakupi 8 domain pembelajaran Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF).

Page 7: Mqa 01 c area 2 edited melaka 80414

Selain itu, Modul Insaniah dan Modul PLKN turut diterapkan kepada para pelajar dengan tujuan untuk melahirkan pelajar yang holistik, berdisiplin, bertanggungjawab, berfikiran positif, berupaya membuat keputusan, dan mampu bekerja dalam satu pasukan dengan lebih efisyen dan efektif.

2.2.5 Huraikan kepelbagaian kaedah dan sumber pembelajaran di dalam mahu pun di luar bilik kuliah, di mana pelajar dapat memperoleh ilmu, menguasai kemahiran dan membentuk sikap dan tatalaku sebagai persediaan pembelajaran mereka, perkembangan individu, kerjaya masa depan serta sebagai warga yang bertanggungjawab (contohnya: kokurikulum). Pedagogi pembelajaran secara teori dan amali sama ada dalam bentuk ceramah, latih tubi, perbincangan kumpulan, serta aktiviti luaran termasuk lawatan industri dilaksanakan untuk mencapai matlamat dan objektif pembelajaran program, dan melahirkan pelajar yang berpengetahuan dan berkemahiran untuk memenuhi keperluan tenaga mahir negara. Kombinasi dan keseimbangan di antara ilmu pengetahuan dan Kemahiran Insaniah (soft skills) yang diterap dapat melahirkan pelajar yang kompeten dan berdaya saing. Kemahiran insaniah memberi peluang kepada para pelajar mendalami kemahiran komunikasi, pengurusan, penyelesaian masalah, kepimpinan, kerja berpasukan, dan keusahawanan.

Penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan PLKN adalah untuk menyemarakkan semangat patriotisme, melahirkan generasi muda yang cergas, membentuk perwatakan positif, serta melahirkan masyarakat yang mempunyai jati diri yang tinggi serta mampu berdikari.

Elemen On Job Training (OJT), Production Based Education (PBE) memberi pengetahuan dan kemahiran yang membolehkan pelajar mempunyai pendedahan kepada reality dan alam pekerjaan seterusnya berpeluang memenuhi pemintaan dalam pasaran kerja. Konsep School Enterprise (SE) juga memberi penekanan kepada pelajar sebagai persediaan sekiranya mereka ingin menceburi bidang keusahawanan atau berdikari. Kebolehan pelajar mengadaptasi diri dalam pelbagai situasi untuk menjadi warga negara yang bertanggungjawab.

Kebolehan pelajar mengadaptasi diri dalam pelbagai situasi untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab. Penggabungjalinan kesemua aspek ini direalisasi dalam program yang dilaksanakan oleh Kolej Vokasional.

Maklumat Berkenaan Standard Tinggi2.2.6 Tunjukkan bagaimana program ini menggalakkan

pendekatan pelbagai disiplin dan kegiatan-kegiatan kokurikulum untuk meningkat dan memperkaya pembangunan peribadi pelajar.Perkembangan dunia pendidikan yang semakin pesat membawa kesan yang mendalam terhadap kaedah

Page 8: Mqa 01 c area 2 edited melaka 80414

penyampaian pembelajaran maka itu kepelbagaian kaedah penyampaian pengajaran dan pembelajaran menjadi fokus utama di dalam program yang ditawarkan di Kolej Vokasional Manjung. Setiap kursus yang ditawarkan memberi penekanan kepada 6 aspek Bloom’s Taksonomy, iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Selain itu kemahiran soft skill menjadi pelengkap dalam melahirkan pelajar yang holistik dan kompeten.

Selain itu, Kolej Vokasional Seri Manjung turun menggalakkan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum untuk memperkayakan pembangunan personaliti dan sosialisasi sebagai persediaan pelajar di alam pekerjaan yang sebenar termasuk aktiviti PBE, School Enterprise dan program inovasi.

2.2.7 Tunjukkan bagaimana sumber luaran turut terlibat dalam analisis keperluan program. Tunjukkan juga bagaimana pandangan mereka digunakan untuk menambahbaik program tersebut.Dalam usaha penambahbaikan dan peningkatan kualiti program ini, Majlis Pemuafakatan Kolej, industri dan alumni merupakan respondan yang memberi maklum balas dan pandangan dalam usaha penambahbaikan hasil pembelajaran program. Maklum balas dan pandangan yang disyorkan akan disalurkan kepada pihak BPTV selaku penggubal kurikulum untuk proses penyemakan dan peningkatan kualiti program yang dilaksanakan selari dengan keperluan semasa.

Maklum balas yang diterima melalui Program Jelajah Industri, Majlis Pemuafakatan Kolej, alumni dan pelajar yang menjalani On-Job Training (OJT) diambil kira untuk pertimbangan dalam meningkatkan tahap pengajaran dan pembelajaran serta sumber-sumber yang digunakan dalam program ini.

2.2.8 Apakah kegiatan kokurikulum yang memperkaya pengalaman pembelajaran pelajar di samping memupuk pembangunan peribadi dan tanggungjawab?Dalam usaha untuk melahirkan pelajar yang holistik dan berketrampilan khususnya dari aspek personaliti dan sosialisasi, penglibatan dalam aktiviti kokurikulum amat digalakkan. Kolej vokasional mewajibkan pelajar mengikuti modul PLKN. Modul ini dapat melahirkan pelajar yang kompeten dalam kemahiran insaniah, berdaya saing serta memupuk disiplin diri yang tinggi dalam kalangan pelajar. Selain itu modul ini menyediakan aktiviti kemasyaratan yang mampu melahirkan sikap kerja berpasukan, menonjolkan perwatakan dan sahsiah yang baik serta mengamalkan nilai-nilai murni dalam masyarakat majmuk.

2.3. KANDUNGAN DAN STRUKTUR KURIKULUM2.3.1 Klasifikasikan mata pelajaran ( berikan maklumat, di mana

berkenaan pada Jadual 1):

Page 9: Mqa 01 c area 2 edited melaka 80414

Jadual 1 : Komponen Program dan Nilai Kredit

2.3.2 Senaraikan mata pelajaran beserta klasifikasinya yang ditawarkan dalam program. Susun mengikut tahun dan semester seperti di Jadual 2

Modul dan klasifikasi yang ditawarkan dalam program boleh dirujuk Lampiran Jadual 2 : Senarai Kursus/Modul yang ditawarkan di dalam Program

2.3.3 Maklumat asas setiap kursus/modul (Berikan maklumat, di mana berkenaan dalam Jadual 3)

Maklumat asas setiap modul boleh merujuk Lampiran Jadual 3 : Maklumat Setiap Modul Dalam Program

2.3.4 Apakah rancangan jabatan untuk menilai program secara berkala agar sentiasa standing dengan perkembangan saintifik, teknologi dan perkembangan ilmu disiplin berkenaan, di samping memenuhi keperluan masyarakat?

Pada dasarnya BPTV akan membuat penilaian program selepas satu kitaran graduan. Semakan semula kurikulm akan dilakukan dengan mengambilkira pandangan serta keperluan pihak berkepentingan.

Pihak jabatan akan menyalurkan maklumat berkaitan dan saranan keberkesanan hasil pembelajaran program kepada BPTV jika diperlukan.

Maklumat Berkenaan Standard Tinggi2.3.5 Tunjukkan bukti bahawa jabatan mempunyai mekanisme

untuk memperoleh perkembangan terkini dalam bidang pengajian.

Selaras dengan pembangunan industri, pihak jabatan

Bil Klasifikasi Kursus Nilai Kredit Peratus

1. Kursus Insaniah 18 20%2. Kursus Vokasional 50 56%

3. Product-Based Education/School Enterprise 22 24%

4. Industrial training (OJT)Total Credit Value 90 100%

Page 10: Mqa 01 c area 2 edited melaka 80414

menjalankan program pembangunan untuk memberi peluang kepada staf meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka. Program pembangunan seperti Lawatan Sambil Belajar, lawatan industri seminar, perbengkelan, kursus, dan sebagainya dilaksanakan untuk meningkatkan keberhasilan pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, kolej di lengkapi dengan kemudahan ICT untuk keperluan staf akademik mencari maklumat terkini dalam bidang pembelajaran mereka.

2.4. PENGURUSAN PROGRAMMaklumat Berkenaan Standard Asas

2.4.1 Lampirkan contoh Buku Panduan Pelajar, Buku Panduan Pengajian, Pelajar dan Buku Panduan Projek Pelajar yang mana berkenaan.

Pihak BPTV dan Kolej Vokasional Seri manjung ada menyediakan Buku Panduan Pelajar berhubung aspek peraturan, pentaksiran dan pelaksanaan program.

Rujuk Lampiran: Buku Peraturan Akademik, Panduan Pentaksiran Kolej Vokasional, Peraturan Disiplin

2.4.2 Jelaskan bagaimana pengurusan akademik program dijalankan, termasuk yang berkaitan dengan pembangunan kurikulum, pengurusan program dan maklumbalas pelajar.

BPTV Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan bahagian yang bertanggungjawab merekabentuk dan membangunkan kurikulum program. Para pensyarah yang berkepakaran dalam bidang berkaitan program akan membuat semakan terhadap kurikulum dan menyarankan penambahbaikan ke BPTV.

Di peringkat Kolej Seri Vokasional Manjung, Jawatankuasa Akademik akan mentadbir urus pelaksanaan program dengan membuat pemantauan dan keputusan yang berkaitan dengan pembelajaran dan pentaksiran. Pihak jabatan akan melaksanakan perancangan, pelaksanaan, dan pemantauan secara langsung khusus dari aspek pengajaran dan pembelajaran serta keberhasilan pembelajaran pelajar.

Manakala para pelajar menyampaikan maklum balas melalui Alumni dan Majlis Perwakilan Pelajar.

2.4.3 Nyatakan jawatan, tanggungjawab dan bidang kuasa pegawai- pegawai akademik utama dan jawatankuasa yang bertanggungjawab terhadap program. Adakah mereka mempunyai sumber yang mencukupi? Tunjukkan bukti.

Page 11: Mqa 01 c area 2 edited melaka 80414

Pemetaan perjawatan Kolej Vokasional Manjung seperti mana yang diwartakan oleh KPM adalah merujuk Jadual Ringkasan Perjawatan dan Bidang Tugas di bawah.

Di samping itu, untuk mendapat impak yang lebih berkesan, pegawai akademik turut dibantu oleh beberapa jawatankuasa lain:

a. Jawatankuasa Akademikb. Jawatankuasa Sektor Akademikc. Jawatankuasa Unit Jaminan Kualitid. Jawatankuasa Penilaian dan Pentaksirane. Jawatankuasa Unit Latihan dan Kemajuan Staf

(ULKS)f. Jawatankuasa Perolehan dan Aset

Kesemua jawatankuasa membantu keberkesanan pelaksanaan program dari aspek membuat keputusan, kualiti, pengajaran dan pembelajaran, pentaksiran, latihan, peralatan dan infrastruktur yang diperlukan untuk keberhasilan pembelajaran program.

Jadual Ringkasan Perjawatan dan Bidang Tugas:-

Bil Jawatan Utama Bidang Tugas01 Pengarah Pengurusan dan Pentadbiran02 Timbalan

Pengarah Akademik

Membantu pengarah dalam mentadbir urus dan pengurusan akademik

03 Timbalan Pengarah Sokongan Akademik

Membantu pengarah dalam mentadbir urus dan pengurusan Sokongan Akademik

04 Ketua Jaminan Kualiti

Membantu pengarah dalam mentadbir urus dan pengurusan kualiti

04 Ketua Jabatan Membantu pengarah dalam pengurusan akademik program

05 Ketua Unit Membantu ketua jabatan dalam pengurusan akademik dan pembelajaran program

06 Koordinator /Mentor

Membantu ketua unit dalam pengurusan pelajar dan pembelajaran.

07 Pensyarah Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran seperti yang dirancang

2.4.4 Jelaskan proses penyemakan dan penilaian program dan penggunaan hasil penyemakan dan penilaian tersebut.

a. Proses penyemakan dan penilaian program dilakukanberdasarkan maklumbalas dari pelaksana program,

Page 12: Mqa 01 c area 2 edited melaka 80414

majikanalumni dan pihak berkepentingan yang lain.

b. Staf akademik juga terlibat secara langsung dalam menyemak semula kurikulum di bawah seliaan. Bahagian Pembangunan Kurikulum. Pensyarah yang mengajar sesuatu kursus dipertanggungjawabkan untuk mengemukakan cadangan penambahbaikan kursus berkenaan dari aspek kandungan kurikulum, penyampaian dan pentaksirannya.

c. Maklumbalas pelajar juga boleh diperolehi daripadaKajian Pengesanan Graduan mengenai keberkesanan pelaksanaan proses pembelajaran dan pengajaran.

d. Pencapaian hasil pembelajaran di peringkat kursus dan program juga dijadikan sebagai maklumat untuk menyemak semula kurikulum.

e. Maklumbalas digunakan oleh BPTV bagi proses menyemak dan menilai semula kurikulum program yang melibatkan Jawatankuasa Penggubal Kurikulum

2.4.5 Tunjukkan bagaimana persekitaran pembelajaran dapat menyemai pencapaian kesarjanaan dan kreativiti.

Pihak jabatan amat prihatin dalam menyemai persekitaran pembelajaran yang kondusif untuk menjamin pencapaian kesarjanaan dan kreativiti terlaksana dengan berkesan. Kemudahan fizikal dan pembelajaran dititikberatkan dalam perancangan jabatan dan unit.

Bengkel juga dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan dan peralatan yang diperlukan yang mana pembelian bahan-bahan tesebut dilakukan oleh ketua unit. Bengkel serta keseluruhan KV mempunyai sijil standard seperti keperluan 5S.

Selain itu kemudahan pusat sumber dan ruang pembelajaran di sekitar kolej dipertingkatkan dari semasa ke semasa untuk memberi keselasaan kepada para pelajar semasa sesi ‘non face to face’. Pihak jabatan dan Kolej Vokasional Manjung turut menyediakan kemudahan computer dan wifi Bestari Net di sekitar kawasan kolej bagi memudahkan para pelajar melayari jaringan yang berkaitan dengan pembelajaran mereka.

Pelajar turut diberi ruang dalam mengurus aktiviti akademik dan kokurikulum. Aktiviti pelajar dikendalikan secara langsung oleh pelajar yang mengikut program atau dikendalikan secara bersama dengan Majlis Perwakilan Pelajar.

Maklumat Berkenaan Standard Tinggi2.4.6 Jelaskan inisiatif jabatan untuk menggalakkan inovasi

dalam pengajaran dan pembelajaran.

Page 13: Mqa 01 c area 2 edited melaka 80414

Pihak jabatan menggalakkan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran di kalangan staf akademik dan pelajar dengan melaksanakan program-program seperti berikut:-

a. Latihan Dalaman b. Seminar / Bengkelc. Latihan Sangkut Industrid. Coaching dan Mentoringe. Lawatan Penandaarasan dan Lawatan Industrif. Mentor Menteeg. Minggu Inovasi h. Aktiviti Ko-Akademiki. Lawatan Sambil Belajar

2.4.7 Jelaskan bagaimana jabatan memanfaatkan kepakaran luaran dalam proses penyemakan dan penilaian program.

Pihak jabatan dan Kolej Vokasional Manjung memanfaatkan kepakaran luar dalam proses penyemakan dan penilaian program dalam Majlis Permuafakatan yang ditubuhkan. Pihak jabatan dan Kolej Vokasional Manjung mendapatkan maklum balas daripada ahli majlis dan disalurkan kepada BPTV untuk tindakan.

Pegawai dari JPK, CIAST, CIDB dan LP akan dijemput dari semasa ke semasa oleh BPTV untuk menambahbaik kualiti program melalui perbincangan dan sesi melibatkan pensyarah.

Selain itu, pihak industri khususnya yang terlibat dengan Program OJT pelajar akan melaporkan keberhasilan pelajar kepada jabatan setelah selesai melaksanakannya. Pelaporan ini dijadikan panduan untuk melihat kemenjadian pelajar bagi program tersebut dan kompetensi pelajar melaksanakan tugas dalam dunia pekerjaan yang sebenar.

2.5 HUBUNGAN DENGAN PIHAK BERKEPENTINGAN LUAR

Maklumat Berkenaan Standard Asas

2.5.1 Jelaskan hubungan yang wujud di antara jabatan dengan pihak berkepentingan luar untuk tujuan menambahbaik kurikulum.

BPTV Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan bahagian yang berkepentingan dalam proses pembentukan kolej vokasional seluruh Negara. BPTV bertindak selaku jawatankuasa pusat dan penggubal kurikulum kolej. Pihak Kolej Vokasional Manjung dan jabatan selaku pelaksana berhubung secara terus dengan pihak berkenaan. Keakraban jabatan dengan BPTV amat jelas dengan adanya sesi mesyuarat, penataran item dan bengkel-bengkel yang dilaksanakan membabitkan kedua-dua pihak.

Pihak jabatan turut menjalin hubungan dengan pihak luar

Page 14: Mqa 01 c area 2 edited melaka 80414

khususnya industri yang menjadi pusat pembelajaran pelajar secara ‘hands-on’ semasa OJT. Dengan adanya hubungan ini akan memberi kesan positif dalam keberhasilan pembelajaran pelajar di alam pekerjaan yang sebenar.

Kehendak dan keperluan mereka diambil kira dalam proses perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang dilakukanbagi memastikan penanda aras piawai berada pada tahap yang memuaskan.

Maklumat Berkenaan Standard Tinggi2.5.2 Nyatakan mekanisme yang sedia ada bagi memperoleh

dan memanfaatkan maklumbalas dari pihak majikan untuk menambahbaik kurikulum, latihan dan pendedahan persekitaran kerja.

Maklum balas daripada pihak majikan diperoleh dengan membuat lawatan industri oleh ketua program, pensyarah. laporan pelajar dan laporan industri.

Maklumbalas akan dikumpul dari laporan yang dibuat oleh industri di mana pelajar menjalankan OJT mereka. KV kemudian akan merumus maklumbalas ini dalam satu laporan menurut perkara mengenai sikap pelajar, pengetahuan, pencapaian, kompetensi, modus operandi latihan dan cadangan ke atas kurikulum untuk penambahbaikan.

2.5.3 Apakah peluang yang terbuka kepada pelajar untuk menjalin hubungan dengan pihak berkepentingan luar?

Pihak jabatan dan Kolej Vokasional Seri Manjung memberi peluang yang terbuka kepada pelajar untuk berhubung denga pihak berkepentingan khususnya industri melalui program seperti:-

a. Latihan Industri (OJT)b. Seminar Kerjayac. Lawatan Industrid. Ceramah daripada Pakare. Aktiviti Kemasyarakatanf. Kajian Lapangang. Pertandingan-pertandingan kemahiran dan inovasi


Top Related