Download - Modul Latihan Memanah
-
7/30/2019 Modul Latihan Memanah
1/11
-
7/30/2019 Modul Latihan Memanah
2/11
1) Stance (Cara berdiri)
Pemanah berdiri tegak dengan keadaan selesa dan relaks. Kedudukan kaki pemanah hendaklah
mengangkangi garisan panahan. Kai pemanah sepatutnya lebih kurang sama jarak dengan bahu
pemanah di mana berat pemanah sepatutnya ditanggung oleh kedua-dua belah kaki dengan
nisbah yang lebih kurang sama, berat tersebut hendaklah ditanggung oleh tumit dan hujung kakipemanah. Ini dapat membantu keseimbangan dan menjadikan badan pemanah lebih stabil.
Semasa memanah secara berturutan, kedudukan badan mestilah dikekalkan dalam keadaan stabil
dimana tidak ada perubahan berat akibat dari bongkokkan badan. Sekiranya terdapat masalahdengan tali panah semasa pelepasan anak panah, pemanah harus menukar cara berdir kepada
open stance. Apabila cara berdiri yang sesuai telah diperolehi, pemanah harus mengekalkan
kedudukan ini bagi setiap panahan.
-
7/30/2019 Modul Latihan Memanah
3/11
2) Nocking the Arrow (Memasukkan anak panah)
Anak panah dimasukkan ke tali panah dengan cara meletakkan nock anak panah ke tali panah di
bawah penanda nocking. Pastikan Index Fletch menghala ke arah pemanah dan tolakkan ianya
dengan lembut ke tali panah. Kemudian letakkan anak panah pada atas arrow rest.
-
7/30/2019 Modul Latihan Memanah
4/11
3) Drawing Hand & Bow Hand (Tangan penarik & Tangan pemegang busar)
Kebiasaanya tiga jari digunakan untuk tujuan menarik tali panah iaitu jari telunjuk, jari hantu dan
jari manis. Jari telunjuk diletakkan di sebelah atas anak panah sementara jari hantu dan jari manis
disebelah bawah. Bengkokkan jari supaya sendi ketiga-tiga jari tersebut sebaris dengan tali
panah.
Berikan sedikit ruang antara jari telunjuk dan jari hantu supaya kedua-dua jari tersebut tidakmenyentuh anak panah. (Ini untuk mengelakkan dari anak panah itu dicubit (pinching)) Biarkan
belakang tangan serata yang boleh. Bengkokkan ibu jari ketapak tangan supaya dapat diletakkanpada pipi semasa tarikan penuh. Tarik sedikit tali panah untuk menyediakan jari-jari tersebut
untuk tarikan penuh. Semasa menarik tali panah, tekanan hendaklah dibahagikan samarata
kepada ketiga-tiga jari tersebut.
Letakkan tangan pemegang bow pada tempat pemegang dengan garis tengah berkedudukandiantara ibu jari dan jari telunjuk sebaris dengan pusat busar seperti yang dipaparkan dalam rajah
diatas. Tapak otot ibu jari hendaklah diletakkan pada garis tengah pemegang busar. Semasa
menarik, tekanan sepatutnya diterima oleh otot ibu jari dan terus kepada pergelangan tangan
(Kedudukan pergelangan tangan rendah). Jari dan ibu jari patut dibiarkan dalam keadaan relax.Sekiranya pengikat jari atau pengikat busar tidak digunakan, hujung jari hendaklah
dibengkokkan sedikit supaya menyentuh busar dengan lembut. Ini akan menghalang busar
daripada terlepas semasa anak panah dilepaskan. Kedudukan tangan pada pemengang busar
hendaklah konsisten pada setiap kali panahan dilakukan.
-
7/30/2019 Modul Latihan Memanah
5/11
4) Bow Arm & PreDraw
Luruskan lengan pemegang busar untuk mendapatkan kedudukan tangan pada tempat pemegangbusar. Kemudian angkat lengan pemegang busar dan lengan penarik tali serentak pada
kedudukan seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah. Kekalkan bahu hadapan pada
kedudukan rendah. (Bahu tidak oleh dibiarkan bergerak ke hadapan atau kebelakang kerana ini
akan mengubah jaraktarikan) Kekalkan siku lengan penarik pada kedudukan separas mata kerana
ini akan membantu menggerakkan otot belakang menarik pada tarikan penuh.
-
7/30/2019 Modul Latihan Memanah
6/11
5) Drawing the Bow / FullDraw
Pada kedudukan sebelum menarik( Pre-Draw position), gunakan otot belikat untuk menarik sikulengan penarik kebelakang dalam satu tarikan yang licin sehinggalah tangan penarik terkena
dagu pemanah. Kedudukan kepala dan badan tidak boleh bergerak. (Tarik tali ke arah muka,
bukan muka bergerak kepada tali) Daya tolakan pada busar dan daya tarikan pada lengan penarikakan memberikan keseimbangan pada badan.
-
7/30/2019 Modul Latihan Memanah
7/11
6) Achoring
Istilah anchor ialah apabila tangan penarik diletakkan pada tulang dagu dan tali panah
menyentuh muka. Adalah sangat penting jari telunjuk menyentuh rahang dengan lembut, ibu jari
dibengkokkan kedalam tapak tangan supaya senang untuk menyentuh leher dan tali panah
menyentuh dagu (dan hidung sekiranya boleh ). Kaitan antara kedudukan-kedudukan ini adalahpenting kerana ianya bertindak sebagai pandangan dari belakang, jadi adalah penting untuk
mengekalkan kedudukan-kedudukan tersebut dengan konsistan. Ia juga untuk mendapatkan
tarikan penuh yang konsisten. Sebarang perubahan terhadap kedudukan-kedudukan tersebut akanmangubah tenaga yang digunakan seterusnya mempengaruhi penerbangan anak panah.
-
7/30/2019 Modul Latihan Memanah
8/11
7) Holding & Aiming (Menahan & Membidik)
Istilah holding(menahan) ialah apabila tekanan ditanggung oleh otot beakang(belikat) dan apabila tangan yang memegang panah digerakkan selari dengan
sight ( tempat membidik) dan ditengah-tengah sasaran. Semasa sightdigerakkan kearah tengah sasaran keselarian tali panah patut diperiksa.Keselarian tali panah, seperti yang di tunjukkan di dalam gambar, tali panah
adalah selari dengan dengan busar dan pin sight. Apabila busar dipegang
dengan betul pada kedudukan menegak tali panah dan hujung busar akankelihatan selari. Terdapat beberapa langkah yang perlu diperiksa untuk
memastikan semuanya berada dikedudukan yang betul. Sekiranya sebarang
bahagian badan dirasakan tidak betul, adalah lebih baik berhenti dahulu,
turunkan busar dan mula semula. Apabila membidik ke tengah sasaran,adalah pekara biasa apabila pandangan sight pin itu seperti berputar
disekitarnya. Dengan melakukan banyak latihan, pekara ini akan
berkurangan.Apabila sight pin digerakkan ke atas, anak panah akan kebawah, sight pin ke bawah, anak panah akan bergerak ke atas.
-
7/30/2019 Modul Latihan Memanah
9/11
8) The Release (Pelepasan)
Melepaskan tali panah adalah langkah yang paling penting semasa memanah. Sekiranya tidak
dilakukan dengan betul, semua langkah yang telah diambil sebelum itu adalah sia-sia.Untukmelepaskan anak panah dengan betul,tali panah yang dipegang hendaklah dibenarkan
mengelongsor (slip) dari jari. Ketiga-tiga jari mesti melepaskan tali panah dengan serentak. Ini
hendaklah dilakukan dengan biasan yang sedikit. Apabila pelepasan anak panah dilakukandengan baik, tangan penarik sepatutnya bergerak ke belakang keran otot belakang (belikat) akan
menarik tangan penarik ke belakang dan jari-jari sepatutnya berada di belakang leher.
-
7/30/2019 Modul Latihan Memanah
10/11
9) Follow Through (Ikut lajak)
Ikut lajak ( follow through) ialah mengekalkan kedudukan lengan pemegang busar pada
kedudukan pelepasan anak panah sehinggalah anak panah mengenai sasaran. Sebarang
pergerakkan semasa pelepasan anak panah akan mempengaruhi cara penerbanganya. Kedudukankepala dan badan patut dikekalkan, dan tangan penarik hendaklah digerakkan ke belakang
semasa pelepasan anak panah. Adalah penting untuk tidak menjatuhkan tangan pemegang busar
selepas pelepasan anak panah, ia akan menyebabkan anak panah mendarat rendah daripadasasaran. Menggerakkan kepala ke kiri atau kekanan untuk melihat anak panah juga akan
menyebabkan tangan pemegang busar bergerak ke kiri atau kanan.
-
7/30/2019 Modul Latihan Memanah
11/11
10) Relaxing (Rehat)
Pemanah mesti merehatkan diri selepas setiap panahan dibuat supaya otot-otot dapat pulihdaripada kerja yang dilakukan sebelumnya. Rehat dlam tempoh 20 hingga 30 saat adalah
mencukupi untuk otot-otot bersedia bagi panahan seterusnya. Sekiranya otot-otot tidak mendapat
rehat yang secukupnya, ia akan menjadi kebas selepas beberapa panahan yang berterusan.Memanah dalam keadaan otot-otot yang letih akan menyebabkan panahan menjadi tidak
konsisten. Masa rehat juga digunakan untuk menganalisa keputusan panahan sebelumnya dan
memikirkan cara-cara membetulkan kesilapan yang telah dilakukan.
Adalah penting untuk memeriksa kesemua 10 langkah asas bagi setiap kali panahan dibuat.
Sekiranya sati daripada 10 langkah itu mempunyai kecacatan,maka pemanah tidak akan dapatmenghasilkan panahan yang persis dan jitu.