Transcript

MODUL AKTIVITI KEMAHIRAN PENGURUSAN MASANama aktiviti: Seharian Dalam Kehidupan Saya Masa: 1 jamBahan: Kertas A4, borang pengurusan masa, pen.Objektif: Pada akhir aktiviti ini peserta akan dapat:

1. membuka minda dan fikiran tentang pentingnya pembahagian masa mengikut kepentingan.2. Menetapkan jadual harian yang wajib dengan mengutamakan tugasan yang segera dan penting.3. Menguruskan kehidupan harian dengan baik dan sistematik.Prosuder :1. Fasilitator mengedar kertas A4, pen dan boring pengurusan masa kepada setiap peserta.2. Fasilitator memberi penerangan berkenaan aktiviti yang akan dijalankan.3. Peserta dikehendaki mengisi borang yang telah diedarkan.4. Setelah selesai mengisi borang, setiap peserta menyampaikan kepada ahli kelompok berkaitan engan jadual yang telah diisi. 5. Setelah setiap peserta mengambil bahagian, para peserta berbincang antara mereka berkenaan kepentingan keutamaan aktiviti seharian.6. Peserta dikehendaki berbincang antara mereka berkenaan pengurusan masa dari sudut akademik dalam aktiviti seharian.7. Hasil perbincangan, peserta dikendaki membuat jadual aktiviti seharian mereka. Jadual tersebut akan menjadi rujukan sepanjang kehidupan seharian mereka.8. Fasilitator membuat rumusan berkaitan kepentingan pengurusan diri dan masa mengikut kepentingan-kepentingan.

Lampiran Borang Pengurusan Masa

SEGERATIDAK SEGERA

TAK PENTINGPENTING

MODUL AKTIVITI KEIMPINANNama Aktiviti : Menara ImpianMASA: 60 minitALATAN: Kad manila 2 keping, surat khabar 1 naskhah, pita pelekat, gam, pen marker, dan gunting.OBJEKTIF :Pada akhir aktiviti ini peserta akan dapat:

1. Peserta dapat berkongsi idea, pengalaman dan kemahiran di dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diarahkan.2. Peserta dapat memperlihatkan bakat kepimpinan di dalam merancang dan melaksanakan sesuatu tugas sehingga selesai.PROSEDUR :1. Fasilitator memberikan penerangan kepada peserta apa yang perlu mereka hasilkan.2. Fasilitator dan peserta-peserta berbincang tentang aspek : ~ Keselamatan ~ Pengurusan masa ~ Keunikan menara yang dibina ~ Kerjasama ahli kumpulan3. Setiap kumpulan diminta membina menara dengan alatan/bahan yang disediakan dalam masa 45 minit.4. Kumpulan diminta menamakan menara yang dibina dan menjelaskannya. Hasilnya akan dipertandingkan.

FALSAFAH :1. Usaha Tangga Kejayaan.2. Berstu Teguh Bercerai Roboh.3. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.4. Kerja secara berkumpulan adalah lebih baik daripada secara bersendirian.5. Jika kita dapat uruskan masa dengan baik untuk mencapai cita-cita.6. Kita dapat elakkan diri daripada melakukan perkara yang tidak baik


Top Related