Download - Minit mesyuarat uor

Transcript

Minit Mesyuarat Perjumpaan Kelas UKM 1

Tarikh : 15 Mac 2014

Masa : 8. 30 pagi

Tempat : Bangunan Akademik Blok A2, Tingkat 2, Universitas Padjadjaran

Pengerusi : Encik Qaiyum Borhan

Kehadiran : 35/36 orang

Turut Hadir ( Jika ada ) : Encik Qaiyum Borhan

1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan ucapan salam dari Encik Qaiyum Borhan dan bacaan Al- Fatihah.

1.2 Pengerusi memaklumkan bahawa ini perjumpaan kali pertama untuk Semester ke-2 bagi tahun 2014. Tujuan perjumpaan ini diadakan adalah bertujuan bagi meneruskan kegiatan kurikulum yang harus dialakukan oleh pelajar-pelajar program berkembar UKM-UnPad, bagi melengkapkan jam kredit yang diperuntukkan.

2 KANDUNGAN MINIT MESYUARAT

2.1 Mesyuarat diteruskan dengan perlantikan untuk ahli jawatankuasa baru bagi program yang bakal dijalankan.

Calon Ketua Pengarah Pencadang Undian

1. Amir Thaqiff Aiman 6

2. Aiman Najib Syahirah 15

3. Abdul Latiff Hafiz 6

4. Mohd Hafiz Nawal 30

Calon Timbalan Pengarah I

1. Raja Nabila Zuhur 9

2. Nurulain Hanani Nawal 17

3. Najihah Khadijah 4

Calon Timbalan Pengarah II

1. Dzulkifly Shakirra 5

2. Siti Zulaikha Nadwa Ummi 18

3. Siti Khadijah Najiha 12

Calon Setiausaha

1. Ku Nurmahirah Zaidhatul 20

2. Syahira Nabila Syarifah 6

3. Nur Nadhirah Aiman 7

Calon Bendahari

1. Nawal Syarifah 2

2. Zaidhatul Zuhur 24

3. Nurul Ainin Syafiqah 5

Berdasarkan undian yang dijalankan, badan jawatankuasa baru telah dibentuk :

Ketua Pengarah : Muhammad Hafiz Yusree

Timbalan Pengarah I : Nurulain Hanani

Timbalan Pengarah II : Siti Zulaikha Nadwa

Setiausaha : Ku Nurmahirah

Penolong Setiausaha : Syahira Nabila

Bendahari : Zaidhatul Azreen

Penolong Bendahari : Nurul Ainin

Maka, dengan pelantikan Majlis Tertinggi, usul mengenai program yang bakal diadakan dibahaskan bagi menetapkan program yang bakal dijalankan. Pelbagai cadangan telah dikemukakan oleh ahli-ahli

Antara cadangan yang dikemukakan :

i) Perkhemahanii) Karnivaliii) Lawatan ke hospital dan perkhemahaniv) Lawatan ke university dan carnivalv) Projek Gelandangan

Cadangan-cadangan yang dikemukan tidak mencapai kata sepakat. Keputusan program yang bakal diadakan akan dibincangkan serta dilanjutkan ke dalam mesyuarat kali ke-2.

3 PENUTUP

3.1 Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat dan penetapan tarikh dan jam mesyuarat seterusnya.

3.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengah hari.

Disediakan oleh,

..............................

(KU NURMAHIRAH BINTI KU AHMAD NASIR)

Setiausaha Projek

Disemak oleh,

.......................

(MUHAMMAD HAFIZ YUSREE)

Ketua Pengarah Projek

Minit Mesyuarat Perjumpaan Kelas UKM 2

Tarikh : 16 Mac 2014

Masa : 8.00 pagi

Tempat : Bangunan Akademik Blok A2, Tingkat 2, Universitas Padjadjaran

Pengerusi : Encik Qaiyum Borhan

Kehadiran : 30/36

Turut hadir (Jika ada) : Encik Qaiyum Borhan

1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan ucapan salam dari Encik Qaiyum Borhan dan bacaan Al- Fatihah sebagai pembuka mesyuarat.

1.2 Pengerusi memaklumkan bahawa ini adalah perjumpaan kali kedua untuk Semester ke-2 bagi tahun 2014. Tujuan perjumpaan ini diadakan adalah bertujuan untuk melanjutkanperbincangan mengenai projek yang bakal dilaksanakan bagi memenuhi keperluan jam

kredit yang diperlukan.

2. KANDUNGAN MINIT MESYUARAT

2.1.Mesyuarat diteruskan dengan pemilihan program yang bakal dilaksanakan.

CADANGAN PROJEK PRO KONTRA

1. Perkemahan Team building

Tapak perkhemahan disediakan

Menyeronokkan

Pendekatan terhadap alam sekitar

Banyak keperluan yang diperlukan

Kos tinggi

Sukar untuk meraih dana

2. Karnival Melibatkan komuniti setempat

Skop yang terlalu besar

Sukar untuk mendapatkan penglibatan komuniti.

Berisiko

3. Lawatan ke hospital dan perkemahan

Mempunyai kaitan secara langsung dengan pembelajaran

Dapat menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman

Sukar untuk berurusan dengan pelbagai pihak

Waktu yang terbatas

4. Lawatan ke universiti dan carnival

Perlawanan persahabatan serta forum

Dapat bertukar-tukar pendapat

Pengangkutan

Tidak begitu banyak aktiviti yang dapat dilakukan

5. Projek Gelandangan Mudah untuk meraih dana

Banyak target

'Team building'

Kos bahan-bahan masakan

Memerlukan permit serta penglibatan daripada pelbagai pihak.

Berikut adalah keputusan undian:

i) Perkhemahan 25

ii) Karnival 12

iii) Lawatan ke hospital dan perkhemahan 0

iv) Lawatan ke universiti dan karnival 0

v) Projek Gelandangan 21

Setelah melakukan pengundian, satu kata sepakat telah dicapai oleh semua ahli untuk memilih Perkhemahan sebagai program yang dilaksanakan.

2.2 Seterusnya mesyuarat diteruskan dengan pemilihan biro-biro bagi memastikan program yang bakal dijayakan akan berjalan dengan lancar.

BIL. BIRO

BIRO KOMUNIKASI

1. Zuhur Al Hayat (K)

2. Azizah

3. Nur Suhaili

BIRO ACARA

1. Syahirah (K)

2. Nawal

3. Wan Norshafika

4. Nur Azurah

BIRO LOGISTIK

1. Dg. Nur Iznie (K)

2. Nur Shahirah

3. Nur Najihah

4. Mazni Hamiezah

BIRO KESELAMATAN

1. Fauzan Wirai (K)

2. Amir Thaqiff

3. Niezamuddin

BIRO MULTIMEDIA

1. Aiman Najib (K)

2. Nadia Farhana

3. Siti Khadijah

4. Nur Shafiqah

BIRO BELANJAWAN

1. Ummi Athirah (K)

2. Siti Farwizah

3. Syarifah Nor Shairah

4. Nurshuhadah

BIRO MAKANAN

1. Nur Nadhirah (K)

2. Nuraqila

3. Nur Izzati

4. Raja Nabilah

BIRO PENGANGKUTAN

1. Mohammad Dzulkifliy (K)

2. Abdul Latif

3. PENUTUP

3.1 Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat.

3.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.00 pagi.

Disediakan oleh,

…..........................

(SYAHIRA NABILA BINTI KAMARUZAMAN)

Setiausaha II Projek

Disemak oleh,

…............................

(MUHAMMAD HAFIZ BIN YUSREE)

Ketua Pengarah Projek

Minit Mesyuarat Perjumpaan Kelas UKM 3

Tarikh : 17 Mac 2014

Masa : 5.00 petang

Tempat : Bangunan Bale Padjadjaran 4

Pengerusi : Muhammad Hafiz Yusree

Timb. Peng : Nurulain Hanani Ngadenin

Kehadiran : 9 orang

- Kehadiran penuh untuk semua ahli Majlis Tertinggi- Kehadiran Ketua-ketua Biro :

a) Ketua Biro Kumunikasi : Zuhur Al-Hayatb) Ketua Biro Keselamatan : Amir Thaqiffc) Wakil Biro Acara : Nawal

1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan ucapan salam dari saudara Muhammad hafiz Yusree dan bacaan Al- Fatihah.

1.2 Pengerusi memaklumkan bahawa ini perjumpaan kali ini bertujuan untuk membincangkan masalah berkaitan dengan program terdahulu yang telah dipilih.

2 KANDUNGAN MINIT MESYUARAT

2.1 Mesyuarat diteruskan dengan membahaskan masalah berkaitan dengan program perkhemahan yang telah diputuskan dalam perjumpaan kali pertama.

2.2 Hal ini kerana, program perkhemahan yang telah diputuskan berdepan dengan krisis kewangan memandangkan program tersebut menelan perbelanjaan yang besar. Ada di antara ahli yang tidak mampu untuk membayar dan menanggung peruntukan untuk perlaksanaan projek. Selain itu, program perkhemahan ini turut berdepan masalah berkaitan dengan dana dan perlaksanaan.

2.3 Setelah dibahaskan, kesemua ahli Majlis Tertinggi bersama-sama Ketua-ketua biro yang turut hadir telah mencapai kata sepakat untuk membubarkan Program Perkhemahan tersebut, serta memilih Program Membantu Gelandangan sebagai menggantikan program yang telah dibubarkan. Program mambantu gelandangan, dipilih memandangkan program ini lebih rasional dan lebih dekat untuk mencapai konteks objektif dari pihak Universiti Kebangsaan Malaysia. Di samping itu, program ini mudah untuk mendapat sumber dana, memandangkan sifat program yang lebih dekat dengan masyarakat dan berbentuk kebajikan. Malahan, program ini juga tidak menelan perbelanjaan yang besar di samping perlaksanaannya yang lebih mudah.

2.4 Oleh itu, pembentukan ahli jawatankuasa yang terdahulu mengalami sedikit perubahan bersesuaian dengan keperluan program.

Biro Komunikasi

1. Zuhur Al-Hayat

2. Azizah Omar

3. Suhaili

Biro Acara

1. Syahirah Samsuri

2. Wan Nor Shafiqah

3. Nawal

4. Shakirra

Biro Logistik

1. Dg. Nur Iznie

2. Shahirah Bistamam

3. Najihah

4. Hamiezah

Biro Keselamatan

1. Amir Thaqiff

2. Fauzan

3. Niezamuddin

Biro Multimedia

1. Aiman Najib

2. Nadia Farhana

3. Siti Khadijah

4. Syafiqah

Biro Belanjawan

1. Ummi

2. Farwizah

3. Sharifah Nur Syahirah

4. Shuhada

5. Azura

Biro Makanan

1. Nur Nadhirah

2. Nur Aqila

3. Izzati

4. Raja Nabilah

Biro Pengangkutan

1. Dzulkifly

2. Latiff

2.5 Maka, program baru telah dibincangkan. Berikut merupakan maklumat mengenai program tersebut :

Nama Projek : Haggard Project

Sasaran Projek : Gelandangan dan orang yang tidak bernasib baik

Tarikh Perlaksanaan : 12 dan 13 April 2014

Tempat Perlaksanaan : Sekitar Bandung

Misi : Melahirkan generasi yang berfikiran kritikal, penuh kebertanggungjawaban serta memiliki nilai sahsiah yang mantap dan jitu.

Visi : 1. Membina semangat berpasukan dalam sesuatu organisasi

2. Mengimplimentasi kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis

3. Menerapkan nilai-nilai kemanusiaan dalam diri setiap individu.

2.6 Berkaitan soal lokasi perlaksanaan masih dalam perbincangan serta perincian, memandangkan, Biro Komunikasi dan Keselamatan masih belum memutuskan lokasi yang spesifik.

2.7 Pembahagian tugas mengikut setiap biro turut diagihkan seperti berikut

1. Biro Komunikasi dan Biro Keselamatan

- mencari lokasi dan sasaran kumpulan masyarakat

- anggaran sasaran

2. Biro Multimedia

- publisiti

3. Biro Acara

- menyusun tentatif program

4. Biro Logistik

- mencari kotak

- meninjau barang-barang keperluan projek

5. Biro Makanan

- meninjau harga makanan dan membuat senarai makanan yang akan diberikan

6. Biro Belanjawan

- menyediakan surat berkaitan dana

- perlaksanaan untuk meraih dana

7. Biro Pengangkutan

- memikirkan pengangkutan yang diperlukan bersesuaian dengan program

- meninjau harga sewa kenderaan

3 PENUTUP

3.1 Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat.

3.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 6.15 petang.

Disediakan oleh,

..............................

(KU NURMAHIRAH BINTI KU AHMAD NASIR)

Setiausaha Projek

Disemak oleh,

.......................

(MUHAMMAD HAFIZ YUSREE)

Ketua Pengarah Projek

Minit Mesyuarat Perjumpaan Kelas UKM 4

Tarikh : 18 Mac 2014

Masa : 4.30 petang

Tempat : Bangunan Bale Padjadjaran 4

Pengerusi : Muhammad Hafiz Yusree

Timb. Peng : Nurulain Hanani Ngadenin

Kehadiran : 21 orang

- Kehadiran penuh untuk semua ahli Majlis Tertinggi

- Kehadiran Wakil-wakil Biro:

a) Biro Komunikasi : Zuhur Al Hayat, Azizah

b) Biro Acara : Nawal, Syahirah

c) Biro Belanjawan : Ummi Athirah, Syarifah Syahirah

d) Biro Logistik : Dg Nur Iznie, Mazni Hamiezah

e) Biro Makanan : Nuraqila, Raja Nabilah

f) Biro Keselamatan : Amir Thaqiff

g) Biro Pengangkutan : Mohammad Dzulkifliy, Abdul Latif

1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan ucapan salam daripada saudara Muhammad Hafiz Yusree

dan bacaan Al-Fatihah.

1.2 Pengerusi memaklumkan bahawa perjumpaan kali ini bertujuan untuk mencapai kata

sepakat dalam pemilihan program yang bakal dilaksanakan.

2 KANDUNGAN MINIT MESYUARAT

2.1 Mesyuarat diteruskan dengan mengemukakan masalah berkaitan dengan program

membantu gelandangan yang telah diputuskan dalam perjumpaan sebelum ini.

2.2 Hal ini demikian kerana program membantu gelandangan tersebut berdepan dengan

krisis pelaksanaan di mana perancangan awalnya adalah untuk dilakukan pada waktu malam

sehingga subuh. Perkara ini adalah berisiko kepada para pelajar. Di samping itu, program

membantugelandangan in juga memerlukan penglibatan serta kebenaran daripada pelbagai pihak

yang akan mengambil masa yang agak lama untuk diluluskan.

2.3 Setelah dibahaskan, kesemua ahli Majlis Tertinggi dan Wakil-wakil dari setiap biro telah

mencapai kata putus untuk membubarkan program membantu gelandangan tersebut, serta memilih

program membantu keluarga miskin untuk menggantikan program yang telah dibubarkan. Program

ini dipilih memandangkan program ini meliputi penglibatan masyarakat setempat dan berbentuk

kebajikan. Melalui program ini juga, para pelajar akan dapat mencapai objektif yang digariskan oleh

pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di samping dapat menimba pengalaman yang baru.

2.4 Oleh hal demikian, pembentukan ahli jawatankuasa yang terdahulu mengalami sedikit

perubahan bersesuaian dengan keperluan program.

Biro Komunikasi

1. Zuhur Al-Hayat2. Azizah Omar3. Suhaili

Biro Acara

1. Syahirah Samsuri2. Wan Nor Shafiqah

3. Nawal4. Shakirra

Biro Logistik

1. Dg. Nur Iznie2. Shahirah Bistamam

3. Najihah4. Hamiezah

Biro Keselamatan

1. Amir Thaqiff2. Fauzan3. Niezamuddin

Biro Multimedia

1. Aiman Najib2. Nadia Farhana3. Siti Khadijah4. Syafiqah

Biro Belanjawan

1. Ummi2. Farwizah3. Sharifah Nur Syahirah4. Shuhada5. Azura

Biro Makanan

1. Nur Nadhirah2. Nuraqila3. Izzati4. Raja Nabilah

Biro Pengangkutan

1. Dzulkifly2. Latiff

2.5 Maka, program baru telah disepakati. Berikut merupakan maklumat mengenai program

tersebut.

Nama Projek : Under One Roof ( Di Handapeun Hiji Atap)

Sasaran Projek : Golongan yang tidak bernasib baik ( 5 keluarga)

Tarikh Pelaksanaan : 13 April 2014

Tempat Pelaksanaan : Sekitar Jatinangor

Misi : Melahirkan generasi yang berfikiran kritikal, penuh

kebertanggungjawaban dan sahsiah yang baik.

Visi : 1. Menerapkan nilai-nilai kemanusiaan dalam diri setiap

individu.

2. Membina semangat berpasukan dalam sesuatu

organisasi.

3. Mengimplimentasi kemahiran berfikir secara kreatif dan

kritis.

2.6 Mengenai lokasi perlaksaan adalah masih dalam proses perbincangan memandangkan

Biro Komunikasi dan Keselamatan masih belum meninjau lokasi yang spesifik bersesuaian

dengan program ini.

2.7 Pembahagian tugas bagi setiap biro adalah seperti berikut :

1. Biro Komunikasi dan Biro Keselamatan

-mencari lokasi dan sasaran kumpulan masyarakat

2. Biro Multimedia

-membuat poster serta banner untuk tujuan publisiti

3. Biro Acara

-menyusun tentatif program

4. Biro Belanjawan

-menyediakan surat berkaitan dana

-pelaksanaan untuk meraih dana

-membuat anggaran pembelajaan yang diperlukan

5. Biro Makanan

-meninjau harga makanan

6. Biro Logistik

-mengumpulkan barang-barang yang diperlukan

7. Biro Pengangkutan

-menentukan pengangkutan yang diperlukan bersesuaian dengan program

-meninjau harga sewa kenderaan

3. PENUTUP

3.1 Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat.

3.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 6.00 petang.

Disediakan oleh,

…...........................

(KU NURMAHIRAH BINTI KU AHMAD NASIR)

Setiausaha Projek

Disemak oleh,

….............................

(MUHAMMAD HAFIZ BIN YUSREE)

Ketua Pengarah Projek

Minit Mesyuarat Perjumpaan Kelas UKM 5

Tarikh : 21 Mac 2014

Masa : 9.00 malam

Tempat : Bangunan Bale Padjadjaran 4

Pengerusi : Muhammad Hafiz Yusree

Timb. Peng : Nurulain Hanani Ngadenin

Kehadiran : 15 orang

- Kehadiran penuh untuk semua ahli Majlis Tertinggi

- Kehadiran Wakil-wakil Biro:

a) Biro Komunikasi : Zuhur Al Hayat, Azizah

b) Biro Belanjawan : Ummi Athirah

c) Biro Logistik : Nur Najihah

d) Biro Makanan : Nor Nadhirah

e) Biro Keselamatan : Amir Thaqiff

f) Biro Pengangkutan : Mohammad Dzulkifliy

g) Biro Multimedia : Aiman Najib

1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan ucapan salam daripada saudara Muhammad Hafiz Yusree

dan bacaan Al-Fatihah.

1.2 Pengerusi memaklumkan bahawa perjumpaan kali ini bertujuan untuk mengetahui

perkembangan projek yang bakal berlangsung .

2 KANDUNGAN MINIT MESYUARAT

2.1 Mesyuarat diteruskan dengan pemilihan tempat perlaksanaan projek yang telah ditinjau

oleh Biro Komunikasi dan Keselamatan

2.2 Berikut merupakan maklumat mengenai tempat perlaksanaan :

Nama Projek : Under One Roof ( Di Handapeun Hiji Atap)

Sasaran Projek : Golongan yang tidak bernasib baik ( 5 keluarga)

Tarikh Pelaksanaan : 13 April 2014

Tempat Pelaksanaan : Jalan Kolanel Ahmad Syam,

No.64,

RT4/RW5 Cikeruh, Jatinangor

2.3 Setelah dibahaskan, kesemua ahli Majlis Tertinggi dan Wakil-wakil dari setiap biro telah

mencapai kata putus untuk melaksanakan program di tempat yang telah dicadangkan oleh

Biro Komunikasi. Namun, perlaksanaannya masih lagi di peringkat perlaksanaan dan

perbincangan.

2.4 Majlis diteruskan dengan ucapan dari setiausaha berkaitan perlaksanaan projek. Kata-

kata penegasan diberikan kepada setiap biro mengenai tugasan yang perlu dilaksanakan

secepat mungkin dan dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

2.5 Maka, majlis diteruskan dengan sepatah dua kata dari setiap biro berkenaan

perlaksanaan tugasan yang dilaksanakan.

3. PENUTUP

3.1 Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat.

3.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 6.00 petang.

Disediakan oleh,

…...........................

(KU NURMAHIRAH BINTI KU AHMAD NASIR)

Setiausaha Projek

Disemak oleh,

….............................

(MUHAMMAD HAFIZ BIN YUSREE)

Ketua Pengarah Projek

Minit Mesyuarat Perjumpaan Kelas UKM 6

Tarikh : 9 April 2014

Masa : 3.45 petang

Tempat : Bangunan Bale Padjadjaran 2

Pengerusi : Muhammad Hafiz Yusree

Kehadiran : 13 orang

- Kehadiran ahli Majlis Tertinggi

- Kehadiran Wakil-wakil Biro:

a) Biro Komunikasi : Zuhur Al Hayat

b) Biro Acara : Syahirah

c) Biro Belanjawan : Ummi Athirah

d) Biro Logistik : Nur Najihah

e) Biro Makanan : Nur Nadhirah

f) Biro Keselamatan : Amir Thaqiff

g) Biro Pengangkutan : Mohammad Dzulkifliy, Abdul Latif

1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan ucapan salam daripada saudara Muhammad Hafiz Yusree

dan bacaan Al-Fatihah.

1.2 Pengerusi memaklumkan bahawa perjumpaan kali ini bertujuan untuk memastikan

kelancaran persiapan terakhir sebelum program dilaksanakan.

2 KANDUNGAN MINIT MESYUARAT

2.1 Mesyuarat diteruskan dengan ketua daripada setiap biro membentangkan persiapan

terakhir sebelum berlangsungnya program tersebut yang bakal dijalankan tidak lama lagi.

2.2 Secara keseluruhannya, segala persediaan adalah seperti yang diharapkan. Kutipan dana

yang diterima juga adalah menggalakkan di samping hasil jualan kraf tangan daripada Biro

Kewangan sendiri yang telah menaikkan jumlah dana yang sedia ada. Biro Logistik juga telah

membeli segala barang-barang yang diperlukan untuk digunakan semasa program dijalankan

serta sumbangan yang bakal diagihkan kepada para penduduk setempat. Biro Pengangkutan

juga telah menyewa kenderaan yang bersesuaian demi memastikan program berjalan

dengan lancar.

3. PENUTUP

3.1 Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat.

3.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang.

Disediakan oleh,

…...........................

(SYAHIRA NABILA BINTI KAMARUZAMAN)

Naib Setiausaha Projek

Disemak oleh,

….............................

(MUHAMMAD HAFIZ BIN YUSREE)

Ketua Pengarah Projek


Top Related