Transcript
Page 1: Minit Mesyuarat JK Kurikulum SM dan SR Bil 1 2015.docx

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUMSEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH DAERAH HILIR PERAK

BILANGAN 1/ 2015

Tarikh : 5 Februari 2015 (Khamis)

Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang

Tempat : Dewan Alamanda, Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak.

Pengerusi : Tn. Hj. Zainal Abiddin bin Osman, AMN., AMP. Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak

Kehadiran :

1. Tn. Hj. Zainal Abiddin bin Osman Ketua PPD2. Tn. Hj. Mohd. Sahid bin Alias Timbalan PPD3. En. Mat Hamdan bin Amin PPPD (Menengah)4. Pn. Norshamsiah binti Hassan Basri PPPD Kurikulum Bahasa5. En. Mohd. Azmin bin Samsudin PPPD Matematik dan Sains6. Tn. Hj. Mohamad Daud bin Abdullah Pegawai Kaunselor Pentadbiran7. En. Norazam bin Mat Isa PPPD Kurikulum (Kemanusiaan)8. Tn. Hj. Ariffin bin Zakaria PPPD Penilaian & Peperiksaan 9. En. Mohd Syukri’Alsalam bin Musman PPPD Pendidikan Islam10. En. Mustaqim bin Derani Penyelia Penilaian & Peperiksaan11. En. Sofuan bin Idris PPPD Perolehan Aset12. En. Sharifuddin bin Ali PPPD Vokasional & Teknik13. Pn. Noor Laila bt. Ishak PPPD Vokasional & Teknik (R)14. En. Yoeh Cheang An Penyelia SJK Cina15. Tn. Hj. Nur Khuzaizi bin Md. Yusoff Penyelia Kanan HEM16. En. Marashin @ Hashim bin Mohammad Penyelia Sekolah Rendah17. En. Arzmi bin Mohd Ghazali Penyelia Pendidikan Swasta/ Khas18. En. Mohmad Shahrir bin Abdul Hadi Penyelia ICT19. En. Muhammad Yusuf bin Zakaria Penyelia HEM20. En. Muhammad Fadzli bin Mat Zain PPPD ICT21. Tn. Hj. Hishamuddin bin Dahalan PPPD Pendidikan Khas22. En. Kamal bin Abdul Rahman PPPD Kaunseling & Kerjaya Murid23. En. Muhamad Rafangai bin Bardi PPPD Bahasa Inggeris (Rendah)24. En. Zam Ma’mor bin Misran @ Misiran PPPD Sains & Matematik (Rendah)25. En. Mohd. Sidek Al-Munadi bin Abdul Razak PPPD KGSK/ GSTT/ GG26. En. Mustafa Kamal bin Mohd Danan Penyelia Kokurikulum27. Pn. Suazlina bt. Salbani Pegawai Fasilinus (Literasi)28. En. Abdul Nasser bin Abdul Majeed Pegawai Fasilinus (Literasi)29. En. Mohd Faizul Hafiz bin A.Razak Pegawai Fasilinus (Numerasi)30. En. Ahmad Nazamuddin bin Abi Madian Pegawai Fasilinus (Numerasi)31. En. Navin Dave a/l Sreenivasan Pegawai Fasilinus (Bahasa Inggeris)32. Pn. Komlah a/p Perumal Pegawai Fasilinus (Bahasa Inggeris)33. Pn. Hasmah bt. Usman Pegawai Fasilinus (Bahasa Inggeris)34. En. Mohd Norhafiz bin Noor Aini Pegawai Fasilinus (Bahasa Inggeris)

1

Page 2: Minit Mesyuarat JK Kurikulum SM dan SR Bil 1 2015.docx

35. Dr. Devan V Rajaram SIP+36. Tn. Hj. Abd. Rahim bin Ahmad SIP+37. En.Shuibun bin Hamid SIP+38. En. Sajali bin Hashim SISC+ (Matematik Rendah)39. Dr. Abd. Hamid bin Abu Bakar SISC+ (BM Rendah)40. En. Mohd Basri bin Nasdor SISC+ (Matematik Rendah)41. Pn. Suraiya bt. Osman SISC+ (BI Rendah)42. Pn. Paramaswari a/p Sarathee SISC+ (BI Rendah)43. Cik Hjh. Hajar Fatimah bt. Hj. Mohd Ali SISC+ (BI Rendah)44. Pn. Hjh. Noraini bt. Hasbollah YDP Majlis Guru Cemerlang 45. En. Rosmani bin Talib YDP Majlis Guru Kaunseling 46. Pn. Roziaton Norin bt. Mohd. Yusof Ketua PKG Daerah Hilir Perak 47. Semua Pengetua Daerah Hilir Perak48. Semua Guru Besar Daerah Hilir Perak

Kecuali yang mewakilkan:

1. En.Mohd Jailani bin Masmuri SMK Hutan Melintang2. Pn.Kasmiyati bt Katiman SMK Seri Perkasa3. Santha Moorthy Dri SMK Horley Methodist4. Pn Zalina bt Omar Baki SK Ayer Hitam5. En.Noordin b. Ismail SK Sg Jejawi6. En.Raslan b. Shaari SK Tebing Rebak7. En.Su Musa bin Johor SKK Chikus8. Pn.Masitah bt Sulong SK Permatang9. Pn.Rosidah bt Asmawi SK Permatang Pelandok10. En.Mohd Faddir bin Baharin SK Peengkalan Ara11. En.Adnan bin Din SK Sungai Sumun12. Pn.Maizatul Mina bt Samsuddin SK Sg Dulang Dalam13. Pn.Mazlia bt Sidik SK Ulu Bernam14. Pn.Krisna Kumari SK Convent15. Cik Sangeetha Latchumy Sengiah SJKT Ldg Stratmashie

Urus Setia :

1. En.Mohd Faizul Hafiz bin A.Razak Pegawai Fasilinus (Numerasi)2. En. Faddil Azhar bin Mat Pegawai Fasilinus (Literasi)

2

Page 3: Minit Mesyuarat JK Kurikulum SM dan SR Bil 1 2015.docx

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat kerana hadir dan menyatakan kesyukuran atas kesempatan yang diberikan Illahi.

1.1 Pengerusi memaklumkan ketiadaan guru-guru besar sekolah berikut :i. SK Tebing Rebak (Belum melapor diri)

ii. SK Convent ( Cuti sakit)iii. SK Sg Sumun ) (Cuti sakit)iv. SK Sg Jejawi (Cuti sakit)v. SMK Horley Methodist (Kekosongan jawatan belum diisi)

vi. SMK Hutan melintang ( Hari terakir di sekolah)

Tindakan : Makluman

1.2 SASARAN KERJA TAHUNAN(SKT) PPD HILIR PERAK

1.2.1 SKT PPD Hilir Perak 2015 ialah :

i. Mencapai kedudukan nombor satu dalam peperiksaan awam.ii. Mencapai kedudukan kedua terbaik dalam sukan.

iii. Meningkatkan imej organisasi.iv. Mewujudkan sistem penyampaian yang cekap.

Tindakan : Makluman

1.3 SITUASI KEJAYAAN SEKOLAH

1.3.1 Situasi kejayaan sekolah dapat dilihat dalam beberapa keadaan iaitu :

i. Sekolah yang sentiasa dapat mengekalkan kejayaan.ii. Sekolah yang mencatat prestasi turun naik.

iii. Sekolah yang merosot setelah mencapai kejayaan.iv. Sekolah yang mempunyai murid cemerlang tetapi tidak

cemerlang. v. Sekolah yang mempunyai murid potensi lulus tetapi tidak dapat

mencatat pencapaian kuantiti yang memberansangkan.

Tindakan : Makluman

3

Page 4: Minit Mesyuarat JK Kurikulum SM dan SR Bil 1 2015.docx

1.4 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGETUA DAN GURU BESAR (PGB)

1.4.1 PGB hendaklah memahami bahawa 70 peratus tugas mereka berkaitan dengan kurikulum. Justeru, PGB perlu memperuntukkan tumpuan yang sewajarnya terhadap kurikulum agar sentiasa diberi keutamaan.

1.4.2 Semua PGB perlu memahami dan menghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan falsafah berkenaan boleh direalisasikan dengan melihat pencapaian murid.

Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

1.5 Pengerusi memaklumkan bahawa pada 29 Januari 2015 yang lalu, seramai 73 orang guru baharu lepasan Institut Pendidikan Guru (IPG) telah melapor diri ke daerah Hilir Perak. Hal ini menjadikan sumber guru bagi semua sekolah terutama Sekolah Kebangsaan Cina (SJKC) mencukupi.

Tindakan : Makluman

1.6 Bagi memantapkan sumber kewangan sekolah selari dengan misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), sekolah hendaklah bijak mencari kaedah menambah dana kewangan sekolah. Antaranya , menggunakan dana Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan sebagainya.

Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

1.7 MODAL INSAN CEMERLANG

1.7.1. Pengerusi melaklumkan bahawa pembangunan modal insan perlu memberi penekanan kepada ciri-ciri berikut:

i. Memberikan komitmen tinggi.ii. Sentiasa mengelak perkara yang salah.

iii. Mempunyai semangat yang tinggi.iv. Memiliki perasaan empati.v. Mempunyai kebijaksanaan dalam membuat sebarang pertimbangan

dan keputusan.

Tindakan : Makluman

1.8 KEUTAMAAN PELANGGAN

1.8.1 Pelanggan utama di sekolah ialah murid. Justeru, setiap warga sekolah perlu memahami dan menghayati slogan ‘Murid didahulukan Pendidikan diutamakan’.

Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

4

Page 5: Minit Mesyuarat JK Kurikulum SM dan SR Bil 1 2015.docx

1.9 KURIKULUM DAN MAKNA

1.9.1 Kurikulum adalah satu ruang pembelajaran yang terbahagi kepadabeberapa jenis iaitu pembelajaran khusus, pembelajaran umum dan kurikulum tersirat.

Tindakan : Makluman

1.10 PENGETUA DAN GURU BESAR SEBAGAI PEMIMPIN

1.10.1 Pengerusi meminta semua Pengetua dan Guru Besar memahami dan menghayati tugas mereka yang merangkumi :

i. Bertanggungjawab memimpin, mengurus tadbir, menyelia, dan menilai pelaksanaan kurikulum di sekolah.

ii. Bertanggungjawab sebagai pembimbing dan pendorong berhemah dan sentiasa menggerakkan guru-guru agar lebih proaktif, kreatif dan inovatif.

iii. Bertanggungjawab memastikan standard Pembelajaran dan Pemudahcaran (PdP) guru berada pada tahap terbaik.

Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

1.11 PENGETUA GURU BESAR SEBAGAI PEMIMPIN PERUBAHAN

1.11.1 Sebagai pemimpin instraksional di sekolah, PGB perlu memahami item dan konsep PdP. Justeru, PGB perlu memastikan Buku Rekod Mengajar guru disemak pada hari terakhir persekolahan setiap minggu, mencerap PdP guru sekurang-kurangnya dua kali setahun dan memastikan guru mematuhi jadual waktu peribadi.

Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

1.12 POST MORTEM UPSR 2014 DAN HEAD COUNT UPSR 2015

1.12.1 Semua Guru Besar perlu memastikan guru yang mengajar semua mata pelajaran UPSR 2014 membuat post mortem pencapaian murid.

Tindakan : Guru Besar

1.12.2 Semua Guru Besar perlu mengadakan kajian impak semua program peningkatan UPSR 2014. Hal Ini bagi memastikan sama ada ia boleh

5

Page 6: Minit Mesyuarat JK Kurikulum SM dan SR Bil 1 2015.docx

diteruskan, ditambah baik, digugurkan atau ditukar kepada satu program yang baharu.

Tindakan : Guru Besar

1.13 DASAR AKADEMIK PPD 2015

1.13.1 Pengerusi menjelaskan Dasar-dasar Akademik PPD iaitu :

i. PdP berkualiti perlu dijalankan dari awal tahun.ii. Setiap guru perlu melaporkan pencapaian setiap murid dalam

mesyuarat akademik.iii. Setiap guru perlu menyediakan head count bagi setiap murid dan

kelas yang diajar.iv. Penetapan sasaran perlu dibuat pada akhir tahun tetapi boleh

berubah seandainya telah dicapai.v. Ujian Diagnosis boleh dijalankan setiap dua bulan bagi

mengetahui status pencapaian semasa murid.vi. Analisis item perlu dibuat bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun

(PPT), Peperiksaan Percubaan (PP) dan Peperiksaan Akhir Tahun (PAT).

vii. Murid target kuantiti dan kualiti perlu dipamerkan untuk semua guru.

viii. Murid near miss A dan near miss lulus perlu disenaraikan dan tindakan berfokus berdasarkan pencapaian perlu dilakukan.

ix. Senarai minimum semua A perlu diselaraskan agar tidak berlaku silang A.

x. Senarai minimum semua C perlu diselaraskan agar tidak berlaku silang gagal.

xi. Mesyuarat Jawatankuasa Panitia perlu membincangkan pencapaian murid secara professional satu persatu.

xii. Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah diadakan untuk menyelaraskan kerja, merancang program dan projek serta aktiviti panitia dan menilai pematuhan dasar akademik sekolah.

xiii. PGB perlu memastiakn sentuhan emas setiap kali sebelum peperiksaan awam.

1.13.2 Pengerusi mengarahkan semua PGB mematuhi dasar-dasar akademik tersebut.

Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

6

Page 7: Minit Mesyuarat JK Kurikulum SM dan SR Bil 1 2015.docx

1.14 PERANCANGAN PPD 2015

1.14.1 Program Utama PPD Hilir Perak 2015 ialah :

i. AKAR 3.0ii. ALUSS 3.0

iii. AKAL 3.0

1.14.2 Pengerusi memaklumkan bahawa pendekatan secara turun padang ke setiap kelompok akan dijalankan melalui Jiran Cemerlang. Justeru, PGB diminta bekerjasama dalam memastikan program-program utama PPD dijalankan di peringkat kelompok dengan membantu dari aspek kos makan dan minum.

Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

1.15 DEFISIT PEMBELAJARAN

1.15.1 Pengerusi meminta PGB memastikan agar tiada defisit pembelajaran berlaku di sekolah. Antara perkara yang perlu dipastikan ialah :

i. Guru mengajar dengan betul dan sempurna.ii. Kembali kepada asas iaitu guru mengajar dan murid belajar.

iii. Memastikan guru mengadakan sesi pengajaran yang menyeronokkan.

iv. Memastikan pengajaran menarik dan berterusan.

Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

1.16 SIKAP DAN PRESTASI KERJA GURU

1.16.1 Pengerusi menjelaskan bahawa beberapa kategori guru mengikut sikap kerja guru. Pengerusi meminta PGB sedar akan sikap guru dan bersedia untuk berhadapan dengan mereka serta memastikan semua mereka bekerja termasuk membimbing guru ke arah mencapai matlamat sekolah.

Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

7

Page 8: Minit Mesyuarat JK Kurikulum SM dan SR Bil 1 2015.docx

2.0 MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH DAERAH HILIR PERAK BIL. 4/2014

Pengerusi membentangkan minit mesyuarat tersebut.

2.1 Dicadang oleh : Tn. Hj. Masri bin Suwarto - Pengetua SMK Seri Perak 2.2 Disokong oleh : En. Chew Eng Kean - Pengetua SMK St. Anthony

3.0 PERKARA BERBANGKIT DAN MAKLUM BALAS MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH DAERAH HILIR PERAK BIL. 4/2014

3.1 Tiada Perkara berbakit

3.2 Maklum Balas Minit – Semua PGB telah memberi maklum balas bagi perkara-perkara berkaitan untuk tindakan mesyuarat.

4.0 PEMBENTANGAN UNIT-UNIT:

4.1 PEMBENTANGAN OLEH PN. NORSHAMSIAH BINTI HASSAN BASRI (PENOLONG PPD KURIKULUM BAHASA)

4.1.1 DASAR-DASAR KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) DAN AKTIVITI PENINGKATAN AKADEMIK 2015

4.1.1.1 DASAR UMUM

4.1.1.1.1 LINUS 2.0.Beliau meminta semua Guru Besar memastikan guru-guru yang hadir dalam kursus on-site ialah guru opsyen. Sekiranya tiada guru opsyen, guru yang berpengalaman adalah penggantinya.

Tindakan : Semua Guru Besar

4.1.1.1.2 Kursus Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Tahun 6.Beliau memaklumkan kursus tersebut akan dilaksanakan mulai Mac hingga Oktober 2015 selama dua hari. Justeru, beliau meminta setiap sekolah menghantar ketua panitia mata pelajaran sebagai peserta.

Tindakan : Semua Guru Besar

8

Page 9: Minit Mesyuarat JK Kurikulum SM dan SR Bil 1 2015.docx

4.1.1.1.3 MBMMBIBeliau memaklumkan dua kursus peringkat daerah akan dilaksanakan yang melibatkan sekolah rendah dan sekolah menengah. Kursus tersebut ialah Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bahasa Malaysia (KPPGBM). Selain itu, dalam MBMMBI juga, enam kursus peringkat Negeri akan dilaksanakan pada bulan Mac dan September 2015.

Tindakan : Makluman

4.1.1.1.4 Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia (KPBM) Sekolah Jenis Kebangsaan.

Beliau memaklumkan ia dilaksanakan di luar waktu pembelajaran. Beliau meminta semua Guru Besar telah membuat pemilihan murid iaitu :

i. Murid tidak melepasi konstruk 1 dan konstruk 2 dalam Saringan 2/2014 Tahun 3.

ii. Murid tidak melepasi Ujian PraPROTIM.

Tindakan : Semua Guru Besar SJKT dan SJKC

4.1.1.1.5 Ujian Kecekapan Bahasa Malaysia (UKBM)

Beliau memaklumkan pada tahun 2015, seramai 30 orang guru rintis akan menduduki. Selain itu, beliau juga memaklumkan seramai 1122 orang guru bukan opsyen SK dan SJK akan menduduki ujian tersebut pada bulan April 2015.

Tindakan : Makluman

4.1.1.1.6 PROTIM (Bahasa Malaysia dan Matematik)

Beliau memaklumkan ia akan dijalankan pada bulan April 2014 untuk PraPROTIM dan bulan September 2015 untuk PascaPROTIM. Justeru, beliau meminta semua Guru Besar membuat pemantauan semasa kedua-dua ujian tersebut dijalankan.

Tindakan : Semua Guru Besar

9

Page 10: Minit Mesyuarat JK Kurikulum SM dan SR Bil 1 2015.docx

4.1.1.1.7 OPS-English

Beliau memaklumkan bahawa program berkenaan akan bermula pada bulan Januari hingga Jun 2015. Beliau turut menjelaskan bahawa ia dijalankan dalam waktu PdP yang memberi penekanan kepada listening and speaking. Justeru, semua Pengetua hendaklah membuat pemantauan kerana semua sekolah telah diberi pendedahan mengenai program tersebut.

Tindakan : Semua Pengetua

4.1.1.1.8 PRO-ELT

Beliau memaklumkan ia akan dijalankan mulai bulan Januari hingga November 2015 yang melibatkan semua guru opsyen. Ia melibatkan sekolah rendah dan menengah. Justeru, beliau meminta semua PGB mengenal pasti guru yang terlibat dan memastikan guru-guru berkenaan menghadiri kursus sepenuhnya.

Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

4.1.1.1.9 Melindungi Masa Instruksional (MMI)

Beliau meminta semua PGB memiliki buku panduan tersebut edisi cetakan 2013 dan Soal Jawab Lazim Amalan MMI Cetakan 2014.

Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

4.1.1.11.10 Pendidikan Asas Vokasional (PAV)

Beliau memaklumkan program PAV dilaksanakan di SMK Raja Muda Musa iaitu kursus membuat/menjahit pakaian. Ia merupakan kursus peningkatan kemahiran.

Tindakan : Makluman

10

Page 11: Minit Mesyuarat JK Kurikulum SM dan SR Bil 1 2015.docx

4.1.1.1.11 FROG VLE

Beliau menjelaskan bahawa program ini dijalankan dalam PdP. Ia merupakan satu persekitaran pembelajaran maya. Namun begitu, isu pencapaian internet menjadi penghalang kepada perjalanan program tersebut. Semua PGB hendaklah membuat aduan kepada Pn. Roziatun Nurin bin Hj. Mohd Yusof (Ketua PKG Daerah) untuk tindakan selanjutnya.

Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

4.1.1.1.12 SEGAK

Program SEGAK dijalankan dua kali setahun untuk murid-murid Tahun 4 dan Tingkatan 5. Data SEGAK hendaklah disediakan secara offline. Beliau meminta semua PGB hendaklah memastikan semua guru yang berkenaan menjalankan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

4.1.1.1.13 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).Beliau memaklumkan TMK pada tahun ini melibatkan Tahun 6. Satu Program Latihan untuk Guru (PLUG) akan diadakan untuk guru-guru yang mengajar TMK.

Tindakan : Makluman

4.1.1.1.14 Fullbright English Teacher Assistant (ETA)

Program ini dijalankan di SMK Abdul Rahman Talib, SMK Seri Kandi dan SMK Raja Muda Musa. Program ini dijalankan adalah untuk membantu murid-murid dalam penguasaan Bahasa Inggeris. ETA terdiri daripada pelajar-pelajar luar negara yang cemerlang.

Tindakan : Makluman

4.1.1.1.15 Program Peningkatan Akademik Sekolah Kurang Murid (SKM)Program ini merupakan perkongsian amalan terbaik untuk meningkatkan pencapaian prestasi akademik di semua SKM daerah Hilir Perak.

Tindakan : Makluman

11

Page 12: Minit Mesyuarat JK Kurikulum SM dan SR Bil 1 2015.docx

4.1.2 PROGRAM-PROGRAM AKADEMIK JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK (JPN)

4.1.2.1 Modul Intervensi JPN

Beliau meminta semua PGB memastikan semua guru menggunakan semua modul yang disenaraikan di bawah secara maksimum.

i. SOLAFii. WAJA

iii. Example KBAT Matematik UPSRiv. MULUSv. SASA + SPM

vi. Sejarahku Gemilang SPMvii. Write Is Right UPSR dan SPM

viii. REACT UPSR dan SPMix. Latih Tubi LINUS 2.0x. Set Soalan Gempur Ekonomi Rumah Tangga (ERT)

xi. Mastery Guided Learning

Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

4.1.2.2 Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC)

Beliau memaklumkan bahawa semua 113 sekolah rendah telah didedahkan dengan PLC. Beliau juga memaklumkan pada 7 Februari 2015, PLC akan dijalankan di SMK Convent.

Tindakan : Makluman

4.1.2.3 Program Guru Cemerlang

Beliau meminta Majlis Guru Cemerlang (MGC) mengadakan satu program perkongsian amalan terbaik dan menghasilkan sekurang-kurangnya satu inovasi PdP atau kajian tindakan untuk rujukan semua sekolah.

Tindakan : Majlis Guru Cemerlang

12

Page 13: Minit Mesyuarat JK Kurikulum SM dan SR Bil 1 2015.docx

4.1.2.4 Bengkel-Bengkel Pemantapan Mata Pelajaran

Beliau memaklumkan bahawa bengkel-bengkel tersebut akan diadakan untuk memberi pendedahan kepada guru-guru mata pelajaran. Antaranya ialah :

i. Bengkel Pemantapan Jadual Spesifikasi Item (JSI)ii. Bengkel Pembinaan Item

iii. Bengkel Pemantapan amali Sains Menengah Atasiv. Bengkel Penggunaan Perisian Geogebra (SR dan SM)v. Bengkel Pembinaan Item KBAT

vi. Bengkel Pembugaran Penjaminan Kualiti PBS

Tindakan : Makluman

4.1.2.5 Pemantauan HEADCOUNT

Beliau meminta semua PGB mengadakan perbincangan di peringkat panitia dan pengurusan tentang penetapan sasaran peperiksaan awam dan memastikan semua guru mengisi sasaran secara atas talian dalam info murid.

Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

4.1.2.6 Program Kerja Projek Matematik Tambahan (KPMT)

Beliau memaklumkan program ini berfokus kepada aktiviti murid meneroka dan mengaplikasi prosedur Matematik dalam menyelesaikan masalah. Ia melibatkan semua murid Tingkatan 5 yang bermula April hingga Jun 2015.

Tindakan : Makluman

4.1.3 PROGRAM-PROGRAM AKADEMIK PPD HILIR PERAK

4.1.3.1 Beliau memaklumkan bahawa pada tahun ini PPD Hilir Perak akan meneruskan program-program seperti :

i. Agresif Ke Arah A Realiti (AKAR) 3.0ii. Agresif Lulus Untuk Semua subjek (ALUSS) 3.0

iii. Agresif Ke Arah Lulus Bahasa Melayu dan Sejarah SPM (AKAL BMS)

iv. Jiran Cemerlang

Tindakan : Makluman

13

Page 14: Minit Mesyuarat JK Kurikulum SM dan SR Bil 1 2015.docx

4.1.3.2 Memperkasa dan Memaknakan Panitia

Dalam memperkasa dan memaknakan panitia, beliau memaklumkan tindakan-tindakan yang akan dilakukan oleh Unit Pengurusan Akademik seperti :

i. Mesyuarat Meja Bulat bersama dengan Setiausaha Panitia.ii. Bicara Panitia – Penggerak Utama Program Kecemerlangan.

iii. Turun Bantu Panitia.

Tindakan : Makluman

4.2 PEMBENTANGAN OLEH EN. MOHD AZMIN BIN SAMSUDIN (PENOLONG PPD SAINS DAN MATEMATIK)

4.2.1 Pelaksanaan dan Implementasi KBATBeliau meminta semua PGB membuat pencerapan guru dengan .

Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

4.2.2 Amali Sains 2015

4.2.3 Beliau meminta semua PGB merujuk kepada punca kuasa pelaksanaan amali Sains pada tahun 2015 seperti yang berikut :

i. PPPM 2013-2025 : Halaman 4 – 9ii. Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Malaysia Bil.1/2014 yang

bertarikh 10 Jun 2014. iii. Mesyuarat Profesional KPM Bil. 33/2014 yang bertarikh 27

November 2014.

4.2.4 Beliau juga turut meminta semua PGB membuat persediaan awal untuk pelaksanaan amali Sains 2015 seperti yang berikut :

i. Melengkapkan senarai peralatan bahan yang diperlukan.ii. Pindah alih aset sekolah yang berlebihan.

iii. Mengurangkan bilangan makmal sains dan menambahkanbilangan sidang Amali Sains.

Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

4.2.5 PROGRAMME FOR INTERNATIONAL ASSESMENT (PISA)

14

Page 15: Minit Mesyuarat JK Kurikulum SM dan SR Bil 1 2015.docx

4.2.5.1 Beliau memaklumkan program ini merupakan penyelidikan pendidikan antarabangsa terbesar di dunia. Ia bermula pada tahun 2000 dan dijalankan setiap tiga tahun sekali. Tahun 2015 merupakan pusingan PISA yang ke-6.

4.2.5.2 PISA melibatkan 70 buah negara termasuk Malaysia merupakan program yang mengukur literasi murid dalam Sains Matematik, bacaan dan penyelesaian masalah.

4.2.5.3 Di daerah Hilir Perak, sekolah yang terlibat ialah :

i. Sekolah Menengah Sains Bagan Datohii. Sekolah Menengah Sains Teluk Intan

iii. SMK San Min

Tindakan : Makluman

4.3 PEMBENTANGAN OLEH EN. SHARIFUDDIN BIN ALI (PENOLONG PPD KURIKULUM TEKNIK DAN VOKASIONAL)

4.3.1 PROGRAM-PROGRAM KPM/JPN/AGENSI KERAJAAN Beliau memaklumkan program-program seperti yang berikut :

i. Kursus DSKP TMK Tahun 6ii. Kursus DSKP RBT Tahun 6

iii. PLUG TMK Tahun 6

Tindakan : Makluman

4.3.2 Beliau juga memaklumkan latihan VLE kepada guru telah diadakan kepada guru-guru SMK Convent dan SK Chikus. Manakala latihan VLE kepada pemimpin sekolah telah diadakan di Institut Aminudin Baki (IAB).

Tindakan : Makluman

4.3.3 Pemantauan Bengkel RBT oleh pihak JPN telah dijalankan di :

i. SK Conventii. SK Ulu Bernam

iii. SK Sungai Balaiiv. SJKC Chong Minv. SJKT Sithambarram Pillay

Tindakan : Makluman 4.3.4 Ujian Celik ICT Tahap 1 kepada semua guru telah dijalankan. Guru-guru

yang gagal dalam ujian tersebut akan dipanggil untuk menghadiri kursus di bawah Peningkatan Profesional Berterusan (PPPB).

15

Page 16: Minit Mesyuarat JK Kurikulum SM dan SR Bil 1 2015.docx

Tindakan : Makluman

4.3.5 Bengkel Mind-Mapping

Beliau meminta semua pengetua menyediakan pengangkutan murid untuk bengkel tersebut. Semua kos akan dibiayai oleh PPD.

Tindakan : Semua Pengetua

4.3.6 Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE)Beliau meminta semua PGB merujuk surat siaran KPM Bil.1/2015 dan memberi perhatian kepada Perkara 5 dalam surat siaran tersebut iaitu :

i. Memberikan ID 1BestariNet kepada semua guru, murid dan ibu bapa/penjaga.

ii. Menyediakan latihan dalaman penggunaan VLE kepada semua guru.

iii. Memastikan guru mengintegrasikan VLE dalam PdP dan mencatatkannya dalam Rekod Persediaan Mengajar

iv. Menggalakkan guru memberi tugasan kepada murid melalui VLE.

v. Menggalakan guru membina dan menggunakan laman pembelajaran VLE bagi tujuan P&P.

vi. Menggalakan ibu bapa/penjaga memantau pembelajaran anak-anak melalui VLE.

Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

4.4 PEMBENTANGAN OLEH EN. NORAZAM BIN MAT ISA (PENOLONG PPD KURIKULUM KEMANUSIAAN)

4.4.1 Beliau meminta semua PGB menjadikan Anima Sano In Corpore Sano (ASICS) iaitu Otak yang Cerdas dari Badan yang Cergas sebagai pegangan di sekolah.

Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

4.4.2 Beliau juga meminta semua PGB melaksanakan Status Asas Pelaksanaan Kurikulum Bidang Kemanusiaan seperti yang berikut :

i. Pematuhan Akta Pendidikan ii. Pematuhan surat-surat pekeliling ikhtisas

iii. Pematuhan surat-surat siaran KPM, JPN dan PPDiv. Pematuhan arahan-arahan perbendaharaanv. Pematuhan surat-surat pekeliling kewangan

16

Page 17: Minit Mesyuarat JK Kurikulum SM dan SR Bil 1 2015.docx

vi. Pematuhan garis panduan PKPAvii. Pematuhan sistem fail-memfail

viii. Pematuhan etika keguruanix. Penggunaan SKPM secara sedar dalam penarafan kendiri sekolah

Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

4.4.3 Dalam menjayakan PPPM, ia bermula dalam bilik darjah. Justeru, semua PGB hendaklah memastikan guru-guru secara sedar mengambil kira mana-mana enam ciri tersebut dalam setiap PdP.

Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

4.4.4 Semua PGB hendaklah melihat guru-guru menggunakan prinsip-prinsip asas dalam PdP iaitu :

i. Masa Pembelajaran Kognitifii. Masa Pembelajaran Afektif

iii. Masa Pembelajaran Psikomotor

Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

4.4.5 Matlamat Kurikulum Pendidikan Jasmani adalah membina murid menjadi individu yang cergas dan sihat serta berkemahiran, berpengetahuan dan mengamalkan nilai murni melalui aktiviti fizikal ke arah mencapai kesejahteraan hidup. Justeru, Semua PGB hendaklah menyediakan senarai setiap murid mengikut BMI dan memastikan guru Pendidikan Jasmani menjalankan program intervensi kepada murid-murid obesiti.

Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

4.4.6 Semua PGB hendaklah memastikan guru Pendidikan Jasmani menjalankan program SEGAK sebanyak dua kali setahun yang melibatkan murid-murid Tahun 4 dan tingkatan 5. Setiap data hendaklah dihantar ke PPD.

Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

4.4.7 Semua PGB hendaklah merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/2011 berkaitan dengan mewujudkan Galeri Sejarah di sekolah-sekolah sebagai usaha ke arah melahirkan warganegara yang mempunyai ciri-ciri jati diri yang kental, patriotik, cintakan Negara dan menjunjung warisan budaya.

Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

4.5 PEMBENTANGAN OLEH PN. HJH. TIJAH BINTI SHAMSUDDIN (PENYELIA PENDIDIKAN ISLAM)

17

Page 18: Minit Mesyuarat JK Kurikulum SM dan SR Bil 1 2015.docx

Beliau meminta semua Guru Besar memastikan semua guru Pendidikan Islam memberi Fokus Kerja 2015 seperti yang berikut :

i. Penggunaan Modul Latih Tubi.ii. Iqra’ diselesaikan pada Tahap 1.

iii. Melaksanakan Kem Bestari Solat Tahun 1 hingga Tahun 6.iv. Melaksanakan PAFA Tahun 1 hingga Tahun 6.v. Melaksanakan Bicara Akademik Pendidikan Islam mengikut kelompok.

Tindakan : Semua Guru Besar

4.6 PEMBENTANGAN OLEH TN. HJ. MOHAMED SAPARI BIN MOHAMED ARSHAD (PENOLONG PPD PBS)

4.6.1 Beliau meminta semua PGB melaksanakan penjaminan kualiti yang melibatkan 4P iaitu Pementoran, Pengesanan, Pemantauan dan Penyelarasan.

4.6.2 Beliau juga meminta semua PGB menangani segala isu pelaksanaan PBS dan PT3 khususnya yang diutarakan oleh ibu bapa dan masyarakat awam dengan bijak dan selari dengan hasrat KPM.

4.6.3 Beliau juga meminta semua PGB mencetak bahan-bahan panduan dalam pengurusan PBS dan PT3 yang disediakan dalam edaran CD untuk disimpan dan dijadikan bahan rujukan sekolah masing-masing.

Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

4.7 PEMBENTANGAN OLEH EN. SAJALI BIN MOHAMAD HASHIM (PEGAWAI SISC +)

4.7.1 Beliau memaklumkan semua pegawai SISC + Daerah Hilir Perak akan menjalankan tanggungjawab mengikut KPI yang telah ditetapkan iaitu :

i. Membina hubungan dan membimbing guru lebih kurang 25 orang setahun.

ii. Merangka dan mentadbir intervensi lebih kurang tiga bagi setiap guru yang dibimbing.

iii. Bekerjasama dengan KPM dan PPD melaksanakan latihan on-site lebih kurang tiga kali setahun.

iv. Bengkel Kerja Daerah yang melibatkan 138 orang guru. Perlaksanaan bengkel-bengkel tersebut seperti :

a. PdP Abad Ke 21b. PdP KBATc. PdP Konsep Didik Hibur

18

Page 19: Minit Mesyuarat JK Kurikulum SM dan SR Bil 1 2015.docx

v. Bengkel Kerja Kumpulan Sederhana (10-20 guru) iaitu Coffee and Chat di Bilik Seroja PPD Cawangan.

Tindakan: Makluman

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 Rumusan oleh Tn. Hj. Mohd Sahid bin Alias - Tuan Timbalan Ketua PPD Hilir Perak.

5.1.1 PGB perlu memahami peranan mereka sebagai pemimpin instraksional terutama dalam memastikan peningkatan PdP guru.

Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

5.1.2 PGB perlu memantau pelaksanaan dasar-dasar KPM dilaksanakan di sekokah.

Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

5.1.3 PGB perlu memastiakn guru-guru PJK menjalankan ujian SEGAK dan Pentaksiran PAJSK.

Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

5.1.4 Pengetua diminta melihat persediaan fizikal sekolah, guru-guru dan pembantu makmal dalam pelaksanaan Amali Sains pada Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia nanti.

Tindakan: Semua Pengetua

5.1.5 PGB juga diingatkan sekali lagi bahawa mereka perlu memahami mengenai tanggungjawab keselamatan murid adalah merupakan tanggungjawab mereka.

Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

5.1.6 Para Guru Besar perlu memastikan semua murid Islam menguasai bacaan Iqra semasa mereka berada pada tahap 1.

Tindakan : Guru Besar

5.1.7 Semua Pengetua perlu memastikan PBS dijalankan di sekolah.

Tindakan : Pengetua

6.0 UCAPAN PENANGGUHAN OLEH TUAN KETUA PPD HILIR PERAK

6.1 PGB perlu mengambil tindakan di atas setiap perkara yang telah diputuskan dalam mesyuarat.

19

Page 20: Minit Mesyuarat JK Kurikulum SM dan SR Bil 1 2015.docx

Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

6.2 Pengerusi juga memaklumkan bahawa lawatan ke sekolah oleh pihak PPD akan diadakan pada bila-bila masa.

Tindakan : Makluman

6.3 PGB perlu berjumpa dengan semua guru dan memberikan penerangan serta tunjuk ajar bagi memastikan setiap guru menulis objektif pengajaran yang tepat dalam Buku Rekod Mengajar.

Tindakan : Semua Pengetua dan Guru Besar

6.4 Pengerusi juga menjelaskan bahawa semua bahan mesyuarat hari ini akan dimasukkan ke dalam cakera padat (CD) dan boleh diperolehi dari Unit Akademik dalam tempoh dua minggu.

Tindakan : Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.20 petang.

Dicatat oleh :

Urus Setia Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Daerah Hilir Perak

20


Top Related