Download - Minit curai Mt 2014

Transcript

1

1. Tajuk Kursus Dalaman Peringkat Sekolah

2. Nama kursus : Kursus Dalaman Bagi Mata Pelajaran Matematik (KSSR) Tahun 6 3. Tarikh : 20-05-2015 dan 21-05-2015

4. Tempat diadakan: Bilik Mesyuarat SK Tunku Mahmood 2, Kluang 5. Guru terlibat : Cik Hon Lee Lee6. Huraian :

6.1Penerangan Umum KSSR

-Latarbelakang KSSR

-Kurikulum Kebangsan

-Hasrat Pendidikan

-Transformasi Pendidikan dan kurikulum

-Asas Penggubalan dan bentuk KSSR

-Organisasi Peruntukan Masa

-Strategi Pengajaran & Pembelajaran

-Perbezaan antara KBSR dan KSSR

6.2Penerangan Standarad Kurikulum

6.2.1 Standarad Kurikulum dibina berasaskan kepada enam tunjang iaitu:

Komunikasi

Kerohanian

Sikap dan nilai

Kemanusian

Ketrampilan diri

Perkembangan fizikal dan estetika

Sains, matematik dan teknologi

6.2.2 Enam tunjang tersebut merupakan domain utama yang menyokong

antara satu sama lain dengan dan disepadukan dengan pemikiran

kritis,kreatif dan inovatif. Kesepaduan ini bertujuan untuk

membangunkan modal insan yang seimbang, berpengetahuan dan

berketrampilan.

6.3Kandungan bagi KSSR Matematik Tahun 5

NOMBOR DAN OPERASI

Nombor Bulat dan operasi pecahan

Perpuluhan

Peratus

WangSUKATAN DAN GEOMETRI

Masa dan Waktu Panjang, Jisim dan isipadu cecair Ruang

PERKAITAN DAN ALGEBRA

Koordinat

Nisbah dan kadaran

STATISTIK DAN KEBARANGKALIAN

Pengurusan Data Kebolehjadian

6.4Penerangan DSKP

-DSKP ialah menyenaraikan Standard Kurikulum,Standard Pembelajaran

dan Standard Prestasi.

-DSKP akan digunakan mulai Januari 2016 untuk tahun 6.

-Tahap penguasaan terbahagi kepada 6

-DSKP disusun mengikut kelompok bagi setiap kemahiran.

-Dalam setiap kelompok terdapat beberapa SK dan SP.

-Guru tidak boleh mengajar berdasarkan tafsiran pernyataan bagi setiap kelompok.

6.5Rancangan Harian :

Mata Pelajaran

Kelas/Masa/Bidang

Topik

Standard Pembelajaran

Objektif Pembelajaran

Aktiviti P&P

EMK

Bahan Bantu belajar

Penilaian P & P

Refleksi

6.6Taksiran Tahap Penguasaan untuk Matematik

Terdapat 3 kelompok yang perlu dinilai bagi menentukan tahap penguasaan murid iaitu pengetahuan, kemahiran dan proses serta sikap dan nilai dalam Matematik.TPTaksiran

1

Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas. 2

Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.3

Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi. 4

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik. 5

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu dengan mengikut prosedur atau secara sistematik serta tekal dan bersikap positif. 6

Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif serta boleh dicontohi.

6.7Pelaporan tahap penguasaan murid

Tidak secara dalam talian

Menggunakan apliksi MS EXCEL

Guru perlu membuat pentaksiran apabila lengkap mengajar satu kelompok standard kandungan dan pembelajaran

Rekod disimpan di sekolah untuk tindak susul dan pelaporan kepada pihak kepentingan

Tiada ujian setara di peringkat daerah, negeri atau sekolah contohnya ujian bulanan setara.

Ujian pertengahan dan akhir tahuan dilaksanakan di sekolah sebagai pentaksiran sumatif.

6.8Kemahiran Berfikir Asas Tinggi (KBAT)

6.8.1 Soalan aras tinggi menggalakkan pembelajaran sebab jenis soalan ini memerlukan murid mengaplikasi, menganalisis, mensintesis dan menilai maklumat, bukan semata-mata mengingat fakta.6.8.2 Jenis soalan matematik: a) Rutin-Masalah boleh diselesaikan dengan kaedah yang biasa digunakan oleh murid dengan mereplikasikan kaedah yang dipelajari sebelum secara langkah demi langkah. Penyelesaian masalah rutin menekankan penggunaan satu set prosedur yang diketahui atau yang ditetapkan (algoritma) untuk menyelesaikan masalah.b) Bukan rutin Masalah yang memerlukan analisis dan penaakulan matematik; banyak masalah bukan rutin boleh diselesaikan dengan lebih daripada satu cara dan mungkin mempunyai lebih daripada satu penyelesaian.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

_________________

_____________________

( HON LEE LEE ) 25 Mei 2015GAMBAR AKTIVITI LDP SECARA BERKELOMPOK


Top Related