Download - Melodi Muzik
2. MelodiSusunan pic secara melintang.a) Terdapat pic tinggi,rendah dan sederhana.b) Pic dalam melodi boleh bergerak menuju ke
arah tinggi, rendah dan mendatar (jeda)c) Pic dalam melodi bergerak secara bertangga
atau melompat (skel)d) Ton-ton dalam satu siri pic yang ada kaitan
antara satu sama lain membentuk satu kumpulan atau rangkaian pic (frasa lagu)
e) Gabungan beberapa rangkaian pic membentuk sebuah melodi lagu
f) Pic boleh disusun secara berurutan (sekuens)g) Pic-pic yang berkaitan antara satu sama lain
boleh membentuk sebuah lagu (nada)
Pic rendah, tengah dan tinggi
Pergerakan pic bertangga
Pergerakan pic melompat
Warna ton (timbre)• Maksud: sifat kualiti suara atau alat
muzik.• Setiap alat dan suara mempunyai ciri-
ciri dan sifatnya yang unik dan membezakannya dengan yang lain.
• Contoh: bunyi yang dihasilkan oleh violin dan viola adalah berlainan.
• Komposer menggunakan warna ton untuk mevariasikan muzik supaya muzik itu menjadi lebih menarik dan mencabar.• Digunakan untuk menggambarkan suasana
dalam opera dan memberi ekspressi untuk muzik secara keseluruhan.• Contoh:
1. bunyi flute dan cello digunakan untuk menggambarkan suasana sedih.
2. Bunyi brass : menggambarkan suasana peperangan dalam opera Aida yang dicipta oleh Verdi.
• Contoh bunyi yang mempunyai warna ton berbeza ialah.
1. Suara lelaki dan suara perempuan 2. Suara perempuan dengan suara
kanak-kanak 3. Suara menjerit dengan suara berbisik •Warna ton bagi bunyi berbeza, berdasarkan bahan pembuatan alat atau cara ianya dimainkan atau dinyanyikan.•Warna ton dalam muzik sama dengan warna ton dalam lukisan.
• Perkataan yang digunakan untuk menerangkan warna ton bunyi ialah seperti lembut, kasar, nyaring, garau, halus , gelap, terang , ringan dan berat. • Dalam nyanyian suara prempuan
dikategarikan dalam dua jenis iaitu soprano dan alto, manakala suara lelaki dikategorikan dalam jua jenis juga iaiti tenor dan Bass. • Dalam nyanyian koir atau nyanyian
beramai-ramai seperti nasyid yang mempunyai pelbagai jenis suara ini , hasilan warna tonnya sangat menarik dan harmoni serta indah didengar.