Transcript
Page 1: Melahirkan pengguna maklumat yang bijak menilai. - nlb.gov.sg · Melahirkan pengguna maklumat yang bijak menilai. Program-program Celik Maklumat (Information Literacy atau IL) biasanya

Melahirkan pengguna maklumat yang bijak menilai.

Program-program Celik Maklumat (Information Literacy atau IL) biasanya diselenggarakan olehperpustakaan akademik. Di Singapura, pihak Lembaga Perpustakaan Negara (NLB)

telah mengambil langkah untuk mempromosikan kesedaran IL di tahap seluruh negara. Dengan ledakan maklumat yang meluas, NLB telah melancarkan sebuah kempen seluruh negara

dalam tahun 2013 untuk memberi kesedaran peri pentingnya mencari and menilai maklumat secara bijak. Justeru itu, menjadikan Singapura satu-satunya negara pertama di luar Amerika Syarikat yang mempromosikan

IL di peringkat nasional untuk masyarakat awam.

Kami telah meringkaskan konsep utama celik maklumat untuk menjadikanya satu slogan yang mudah diingati:Source (Sumber), Understand (Faham),Research (Kajian) & Evaluate (Menilai) -S.U.R.E.

Periksa dari manaasalnya. Adakah boleh dipercayai?Pastikan sumbermaklumat tersebutsahih dan boleh dipercayai.

Lihat dari sudut yang berbeza, terdapat sekurang-kurangnya dua sudut pandangan pada setiap perkara.

Kami ialah sekumpulanpustakawan dari NLB yang mempunyai minat yang mendalam mengenai kesahihan sumber maklumat.Kami yakin bahawa keupayaan untuk mencari, mendapatkan, menilai, menganalisis dan menggunakan maklumat dengan cara yang bermakna merupakan suatu kemahiran kehidupan yang penting dalam abad ke-21. Sebagai karyawan maklumat, kami bertanggung jawab untukberkongsi minat dan kepakaran dalam pencarian dan penilaian maklumat dengan masyarakat awam. Tujuan kami adalah untuk turut membantu membangunkan sebuahnegara yang mempunyaipengguna maklumat yangbijak menilai.

Kami mengajak orang ramai untuk berfikir mengenaimaklumat yang kita terima setiap hari dan menelitisumbernya melalui pemasaran kesedaran, latihan danpenglibatan orang awam.

Mempromosikan mesej S.U.R.E. dengan memaparkanposter di ruang-ruang awam contohnya, perpustakaan,gerai akhbar, kedai makan dan sebagainya.

Meningkatkan kesedaran awam melalui pelbagai acara.

Menggalakan penggunaan IL melalui iklan rencana, paparan luar, rencana, video dan sebagainya.

Berinteraksi dengan masyarakat awam melalui media sosial, contonya, Facebook, aplikasi mobile, sumberpembelajaran electronik dan sebagainya.

Menerbitkan panduan dan bengkel pembelajaran untukguru-guru dan pelajar-pelajar.

Memupuk kemahiran mencari maklumat generasi masa hadapan melalui kegiatan Kelab S.U.R.E. untuk pustakawan pelajar.

Menyokong kajian IL melalui tinjauan nasional dan bekerjasama dengan para pengkaji universiti dan menganjurkan persidangan di tahap internasional seperti Kongres Dunia Perpustakaan danMaklumat IFLA dalam tahun 2013.

Top Related