Download - Meja Rakyat dalam pentas emosi
Meja Rakyat dalam pentas emosi
1
Meja Rakyat dalam pentas emosi
2
Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada
sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga
yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan
Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
-Ali Imran : 26
Ya Allah Tuhanku, sejahterakanlah ke atas Nabi Muhammad dan kaum keluarganya dan para isterinya dan keturunannya, sebagaimana
kesejahteraan ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya, sesungguhnya Engkau adalah Maha Terpuji lagi di-Muliai."
-Sabda Nabi Muhammad S.A.W
Jangan diam
-Allahyarham SN Usman Awang
Meja Rakyat dalam pentas emosi
3
Prakata 4
Pendahuluan 5
Kerana Pakaianmu, Maka Halal Bagi Kami 6
Teori Perpaduan Melayu 10
Dongkrak Pemimpin 12
Tika Pemimpin Lena 14
Timbal Balik 18
REvolusi Kempen 21
Perkasa ATAU Terpaksa 27
Hakikat & Tulah 29
Penutup 32
Bibliografi 33
Penulis & disebalik tabir 34
Meja Rakyat dalam pentas emosi
4
Prakata
Assalamualaikum warahmatullahi bawarokatuh.
Terpanggil untuk saya menghasilkan sebuah karya setelah lama terbenam dek kerana „tiada
nafsu‟ untuk menghasilkannya atau mungkin tandus idea. Ditambah juga bukan dari golongan
penulis mahsyur mahupun popular dalam menghasil kualiti dan sasaran pada karya. Pun begitu
ilmu yang ditimba dalam penulisan ini kadangkala bergetar-getar seolah semangat sasterawan
merasuk, bercampur asad untuk menulis pabila sesuatu isu berlaku.Teringat pada baju rasmi
ketika menjadi anak didik Dewan Bahasa Pustaka dibawah Minggu Penulis Remaja tahun 2002,
kata-kata yang keramat itu dicop pada baju dan masih utuh hingga kini walaupun sedikit kusam.
Kata-kata keramat itu datangnya dari Allayarham SN Usman Awang…
Kata-kata keramat itu saya ingat hingga kini walaupun sudah hampir 7 tahun ia berlalu…
“Jangan diam” -Allahyarham SN Usman Awang
Al-fatihah
*Sebarang cadangan dan kritikan bolehlah di lanjutkan di [email protected] / Facebook : Syamsul Johari Jalaludin / Group Parlimen
Pandan (DNS Chempaka)
Meja Rakyat dalam pentas emosi
5
Pendahuluan
Datangnya meja itu membantu memberi satu nikmat, dan manfaat. Meja itu boleh dibuat tempat
hidangan, tempat musyawarah, dan berbagai lagi mengikut kemahuan sang pemilik. Meja itu
amat berguna kerana ianya menjadi medium antara rakyat dan pemimpin.Cakap sahaja jika
mahukan kelulusan mahupun sokongan ia pasti bersaksikan sebuah meja.Meja ini kukuhnya
kerana seni dan imbangan serta materialnya, yang penting sekali ianya berkaki 4 untuk
mewujudkan kekuatan.Tahannya meja itu selagi ia memberi simbol inspirasi pada sang pemilik.
Meja rakyat adalah satu tali kata hati dan pandangan yang mungkin menyorot imaginasi kiasan
dan apa yang dirasakan perlu untuk direntap buat dokongan pembaca yang budiman. Karya ini
kadangkala tidak berpunca dan kadangkala pula berlaku pengulangan ayat,serta maksud tersirat
jelasnya ia mengisarkan antara pemimpin dan rakyat.Ianya ditokok tambah lagi dengan hasil
penulisan penulis melalui group facebook.Karya ini untuk semua, ianya dijual dengan publisiti
dari pembaca.Mudahnya ia adalah percuma, dan karya ini dirasmikan/disempurnakan
perasmiannya oleh setiap pembaca yang membaca, itulah pengiktirafan yang jarang
diberi.Tahniah untuk anda! Selamat membaca…Biar meja rakyat itu bergegar lagi!
Meja Rakyat dalam pentas emosi
6
Kerana Pakaianmu, Maka Halal Bagi Kami
Kelahiran… menjadi suatu kegembiran pada mereka yang mendapat cahaya mata, kelahiran
pemimpin pula akan memberikan pengharapan rakyat untuk mereka mendapat keselamatan dan
kebajikan sejagat.
Beza kelahiran cahaya mata dan pemimpin itu berbeza…Pemimpin itu harus melayani pancaroba
bukan sahaja teriakan hati sendiri malah harus terima teriakan rakyat yang
menyambutnya.Teriakan rakyat yang sering-sering kita dengari seperti “Wah syukur berjumpa
pemimpin budiman” dan ada pula teriakan “ Zalim sungguh pemimpin tak guna ini!” ternyata itu
antara sedikit teriak-teriak atau bisikan-bisikan yang harus diterima dengan penuh gembira serta
terbuka pada mereka yang mahu melangkah kearah ruang-ruang pemimpin.
Dan dari kata-kata rakyat itu terkadang seperti satu doa atau mungkin dipengaruhi oleh pimpinan
lawan atau musuh dalam selimut pemimpin itu sendiri. Luahan seperti “bilalah kita mahu senang
dan berkecukupan..sedang janji bertaburan dijaja sana sini oleh pimpinan” dari sisi rakyat sudah
menjadi lumrah dan alasan pimpinan yang terbiasa diberi adalah “kita sedang nantikan
peruntukkan” atau mungkin dengan bahasa sopannya saluran yang diberikan tidak sampai secara
menyeluruh.
Itu antara cebisan „pakaian‟ pimpinan yang bukan lagi satu dongengan tetapi ianya satu
kenyataan yang benar belaka.Apatah lagi sekiranya muncul pimpinan baru yang membawa
sesuatu yang baru dan „pakaian‟ yang baru untuk disajikan atau ditonjolkan pada
Meja Rakyat dalam pentas emosi
7
rakyat.‟Pakaian‟ pemimpin itu adalah suatu lambang lampu hijau kepada rakyat terutama muda
mudi.
Semakin mewah „pakaian‟ pemimpin itu maka semakin berani muda-mudi memberikan alasan
untuk menghalalkan sesuatu yang dilarang. Hari ini jelas walaupun berselindung anak-anak
melayu khasnya sedang enak minum arak, yang tua pula tidak kurang hebatnya.Mungkin ia
berjangkit pada segelintir tetapi dari segelintir inilah nanti akan menjadi ikutan.Atas dasar
demokrasikah sesuatu yang dilarang itu dihalalkan?
Pertikaian seperti kebebasan…, “hal aku hal aku hal engkau hal engkau”, “itu antara aku dengan
tuhan..” itu menjadi suatu jawapan pada muda mudi hari ini.Ketika pemimpin rakus
berjuang,terkadang mereka lupa akan generasi yang akan datang yang akan mengambil alih
pemerintahan.
Generasi itu terkadang dibelakangkan,tetapi terkadang didepankan tetapi semuanya tidak
bersepadu apabila usaha dijalankan.Corak sosial generasi muda juga hari ini mengalami evolusi
yang semakin cepat dan dipengaruhi oleh budaya luar.
Mungkin lampiran ini boleh dikuatkan dengan kalamullah:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala
dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari
perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (90)
Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian
di antara kamu dengan sebab arak dan judi dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati
Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada
Meja Rakyat dalam pentas emosi
8
melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)? (91) “(al-Maidah:
90-91)
Pakaian pemimpin itu adalah cermin pada rakyat, baik pakaiannya maka akan jadilah
ikutan.Tetapi apabila pakaiannya itu dicemari ia bukan sahaja memberi tekanan malah rakyat itu
berani membuat tindakan yang diluar jangkauan.Persoalannya memberi satu jawapan dan
tindakan nekad segelintir rakyat dengan menghadirkan perbuatan jenayah.Dan bagi rakyat yang
berada pada posisi miskin atau sederhana malah yang berada sekalipun mudah dipengaruhi untuk
melakukan jenayah.Samada jenayah itu bertindak dalam ertikata professional ataupun lebih
kepada ikut kata hati ia akan menjadi satu jurusan luar biasa yang akan diambil.Berjaya atau
tidak ia bergantung pula pada hati kering individu.
Persoalan timbul lagi, apakah kesedaran ini tidak diambil berat oleh pemimpin sedia ada? Atau
mereka menyerahkan bulat-bulat pada orang bawahannya?atau menunggu apabila kes rumit
maka baru hendak melakukan tindakan? Dalam peribahasa sering disebut mencegah itu lebih
baik dari mengubat? Apakah kita sudah cukup mencegah sedangkan gejala sosial itu jelas
terpampang ibarat seutas benang pun tiada dibadan? Adakah kerana mahu menonjolkan
semangat tolak ansur makanya kita sanggup menggandaikan harga diri sebagai orang melayu dan
islam?
Pakaian pemimpin itu hanya boleh dipakai oleh pemimpin..ianya tidak layak dipakai oleh anak
pemimpin atas alasan anak pemimpin.Tetapi hari ini jalan itu juga dipilih untuk mendapat tempat
atau ruang peluang dan kebebasan yang mereka rasakan itu sebagai kebebasan.Anak pemimpin
itu seandainya beliau menjadi pemimpin sekalipun ia tidak sama sekali boleh memakai pakaian
dari ayahandanya.Dalam erti kata lain setiap pemimpin itu ada pakaiannya tersendiri, dan dari
Meja Rakyat dalam pentas emosi
9
pakaian itulah nanti rakyat akan menilai sejauh mana yang halal itu boleh dihalalkan dan begitu
juga sebaliknya.
Mungkin masih ada yang tertanya apa itu „pakaian‟ pemimpin, ianya jelas membawa maksud
cara kepimpinan,perbuatan,perlaksanaan dan penegasan yang nampak dan dicampur dengan
khabar-khabar berunsur tipu daya atau pun mungkin benar dari kalangan lawannya ataupun
penilaian persendirian.Simpulanya yang tersirat ini membawa maksud pertalian antara pemimpin
dengan rakyat itu membawa punca berlakunya sesuatu dari pengwujudan kebaikan atau
pengwujudan sebaliknya.Dengan kata lain fungsi pemimpin dan rakyat itu haruslah seiring saling
memerlukan, menyuluh jalan-jalan membangun kemajuan dan menguatkan kekuatan akidah.
Surah Muhammad ayat 38:
“…,dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertakwa dan berderma) Dia akan menggantikan
kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu.”
Seandainya pemimpin tidak bingkas menyedari perkara ini maka akan terjadinya “BINASA
GENERASI, BANKRAP NEGARA”
Aduhai malang apabila pak pandir itu lahir lagi…Menang sorak kampung tergadai…
Meja Rakyat dalam pentas emosi
10
Teori Perpaduan Melayu
Berdiskusi dengan teori terkenang dengan teori yang terkenal yang mungkin diluar dari maksud
yang ingin dijelaskan.Teori terkenal seperti dari Albert Einstein yang dinobat sebagai saintis
teragung dengan teori e=mc2. Ianya bermula dari suasana yang dianggap cetusan ilham yang
seterusnya diberi jalan-jalan menemui jawapan.
Dengan suasana yang belum cukup selesa hari ini bait-bait perpecahan menerusi ideologi itu
menyebabkan melayu itu terperangkap dalam perpecahan acuan mereka sendiri.Teori perpaduan
melayu ini sangatlah berbagai tetapi yang jelas untuk mewujudkan perpaduan itu ianya
menggabungkan 2 elemen. Yang mana elemen itu ialah Pemimpin + Rakyat dan akan
menghasilkan = Keyakinan Kerjasama Kemajuan Kemakmuran Kehebatan.
Secara asasnya kita sudah maklum setiap kali ada pemimpin maka disitulah ada rakyat yang
menjadi pengikut/ dan langsung menjadi pembantu.Tetapi apakah yang ingin diikut dan
dijadikan teladan?
Ianya berbalik pada riwayat muslim :
"Daripada Abu Zaril Ngifari r.a sesungguhnya nabi s.a.w menasihatinya berkaitan dengan
masalah kepimpinan.Sesungguhnya kepimpinan itu adalah suatu amanah dan pada hari kiamat ia
merupakan suatu penghinaan dan penyesalan melainkan pemimpin yang melaksanakannya
dengan penuh tanggungjawab dan melaksanakan tugas yang tertanggung diatas bahunya.
Terus ianya dijana dengan mendirikan agama sebagai kewajipan; dimana ianya melaksanakan
ajaran,memelihara,menyebar,dan mempertahankan daripada penyelewengan, serta memerangi
Meja Rakyat dalam pentas emosi
11
kesesatan dan yang berkaitan.Dengan kata lain seorang pemimpin itu harus memastikan tiada
pengaruh yang boleh mencacat atau menggugat pegangan agama; bukan hanya untuk pemimpin
itu sendiri tetapi pada semua yang seagama.
Meja Rakyat dalam pentas emosi
12
Dongkrak Pemimpin
"Daripada Aisyah r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:
"Jika Allah S.W.T menghendaki kebaikan kepada seorang pemimpin,Allah S.W.T akan
menjadikan baginya seorang pembantu yang jujur.Jika dia lupa pembantu itu akan
mengingatkannya.Jika dia ingat pembantu tadi akan membantunya,tetapi jika Allah
S.W.Tmenghendaki keburukan kepada seseorang pemimpin, allah akan menjadikan baginya
seorang pembantu yang tidak baik. Jika dia lupa pembantu itu tidak akan mengingatkannya dan
jika dia ingat pembantu itu tidak akan membantunya".
Dongkrak atau memuji-muji pemimpin ini ada kebaikan dan timbul juga keburukan.Memuji
pemimpin itu harus ada keterbatasannya.Hari ini dalam konteks politik dalam acuan tersendiri itu
muncul pengertian adu domba atau lebih tepat lagi pembodek-pembodek tegar untuk
mempengaruhi pemimpin. Mereka ini (segelintir ini) seolah-olah penghibur dusta yang
menjahanamkan pemimpin dan semestinya kerana mahukan sesuatu sebagai imbalan.
Walaupun diketahui pemimpin itu yang sepatutnya mempengaruhi orang bawahannya tetapi
apabila muncul pembodek-pembodek ini makanya perjalanan untuk
kemakmuran,kemajuan,kebajikan rakyat akan sedikit tergendala dan apabila terus begini akan
terjadinya tunggakan.Ianya bermula memuji-muji kemudian disertai dengan hiburan melalaikan
dan layanan-layanan sehingga seseorang pemimpin itu kadangkala ibarat bertukar seperti
„serigala jadian‟.
Meja Rakyat dalam pentas emosi
13
Hal ini menjadi suatu bukti apabila jika dilihat darisegi sejarah dimana tamadun yang hebat atau
sesebuah kerajaan yang hebat itu musnah apabila membelakang-belakangkan agama,dan
punahlah negara bangsa.Sudah pasti umum mengetahui kisah Nabi Nuh, Nabi Luth, serta Firaun
sebagai panduan kita bersama.
Hari ini juga dengan dongkrak pemimpin ini juga sekaligus budaya caci makian yang keterlaluan
wujud dan terikut pula oleh yang mengikut.Bahkan elok kiranya peribahasa ini dijadikan
renungan… „ jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga‟ dan „jangan kerana taksub maka
dosa itu dikata pahala‟.
Pemimpin yang hebat itu ialah seorang yang berwibawa,terbuka,toleransi,lembut serta memberi
perhatian dan meninjau masalah rakyat serta memberi saluran yang terbaik untuk meringan atau
mengatasi masalah rakyat.Pemimpin yang hebat ialah menguasai siang dan malamnya.
Meja Rakyat dalam pentas emosi
14
Tika Pemimpin Lena
Terdapat dua isu yang ingin di ketengahkan:
1.Aktiviti tidak bermoral( Mak nyah,pondan) yang berlaku dikawasan ini.
2.Isu pengiklanan yang tidak mencerminkan budaya sebuah negara membangun.
Dalam isu yang pertama(aktiviti tidak bermoral) ingin saya lampirkan beberapa ayat dari
kalamullah sebagai panduan iaitu:
"(Demikian juga) kaum Lut telah mendustakan peringatan dan amaran (yang disampaikan) oleh
Rasulnya). Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut yang
menghujani mereka dengan batu, kecuali keluarga Nabi Lut, Kami selamatkan mereka (dengan
menyuruh mereka keluar dari situ) pada waktu jauh malam – Sebagai limpah kurnia dari Kami.
Demikianlah kami membalas orang-orang yang bersyukur. Dan demi sesungguhnya Nabi Lut
telah memberi amaran kepada mereka mengenai azab seksa Kami; dalam pada itu mereka tetap
mendustakan amaran-amaran itu(Surah Al-Qamar: 33 -36)"
Meja Rakyat dalam pentas emosi
15
Dan;
"Dan (ingatah peristiwa) Nabi Lut tatkala ia berkata kepada kaumnya: “Sesungguhnya kamu
melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk
alam ini sebelum kamu. “Patutkah kamu mendatangi orang lelaki (untuk memuaskan nafsu
syahwat kamu)? Dan kamu memotong jalan lalu –lalang (untuk tujuan jahat kamu)? Dan Kamu
pula melakukan perbuatan yang mungkar di tempat-tempat perkumpulan tetamu” ? Maka
kaumnya tidak menjawab selain daripada berkata (secara mengejek-ejek): “ Datangkanlah
kepada kami azab dari Allah (yang engkau janjikan itu) jika betul engkau dari orang-orang yang
benar.”(Surah Al-Ankabut: 28-29)
Ternyata jelas dari ayat diatas perkara tidak bermoral itu harus dibanteras dengan segera kerana
seandainya diabaikan bala akan menimpa.Seringkali kita mendengar luahan seperti "jika kita
tidak sokong aktiviti maka tiadalah aktiviti tidak bermoral dijalankan..." Pun begitu kata-kata
sumbang itu belum tentu benarnya.Ini berikutan sesuatu budaya itu berubah atau berevolusi; dan
seorang "pemandu" harus wujud dan ianya jelas terletak pada tanggungjawab seorang Pemimpin
yang mewakili rakyat.
Dan apatah lagi jika pemimpin dikawasan itu beragama islam maka wajib menangani isu ini
dengan segera sebelum ianya menjadi isu yang sukar ditangani.Ingin ditegaskan bahawa
mencegah itu lebih baik dari mengubati.Pemimpin harus bertindak,rakyat sudah pasti
menyokong jika ianya sesuatu yang baik.
Meja Rakyat dalam pentas emosi
16
Mengapa pemimpin atau wakil rakyat harus bertindak? Ini kerana pemimpin adalah seperti
seorang Pengawal Rakyat yang yang jernih itu kita perkasakan yang keruh itu kita buang
ketempat sepatutnya.Aktiviti tidak bermoral seperti pondan/mak nyah ini harus dibanteras dan
mentarbiyahkan kepada jalan yang benar.
Lebih menyedihkan lagi kebanyakan pondan/maknyah itu adalah orang melayu dan beragama
Islam.Inilah satu cabaran dan amanat kepada pemimpin bagi menangani isu ini.Persoalannya
adakah pemimpin mahukah kawasan ini berjangkit seperti kawasan-kawasan hitam yang
lain?Tepuk dada tanyalah hati...
Ianya berbalik pada amanat rakyat.Pemimpin harus seimbangkan perjalanan politiknya dan
dalam masa yang sama prihatin tentang setiap permasalahan rakyat.Dan amatlah teruk sekiranya
ia diambil sambil lewa.Pemimpin yang hebat ialah pemimpin yang menguasai hari siang dan
malamnya untuk rakyat dan keharmonian rakyat.
Beralih kepada isu kedua; cara pengiklanan yang tidak mencerminkan budaya sebuah negara
membangun.
Laluan saya kemudiannya beralih kepada tempelan,ikatan,atau iklan-iklan banner yang suka di
siarkan oleh orang awam, bahkan parti politik pun sekali turut terlibat walaupun ianya sesuatu
yang baik tetapi cara pengiklanan itu tidak melambangkan budaya sebuah negara yang
membangun.
Laluan kawasan juga tidak terlepas dengan banyak banner di paparkan di bahagian pintu utama
ke laluan masjid.Informasi yang diberikan tidak salah tetapi cara pengiklanan/tempat iklan
disiar,pamerkan itu tidak menepati sebagai sebuah negara membangun.
Meja Rakyat dalam pentas emosi
17
Ditambah lagi iklan-iklan yang berunsur parti politik juga turut sama diletakkan.Jadi jelas boleh
dilihat sejauh mana corak peletakan iklan itu dilakukan.Kita bukan berada disebuah universiti
yang sememangnya terlalu bajet dalam membuat iklan apabila berlaku pilihanraya kampus atau
berkaitan; kita berada dipentas rakyat yang sebenar maka corak tempat pengiklanan itu harus
berubah.
Pemimpin harus bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk mencari solusi tentang cara
pengiklanan dan penyampaian pengiklanan sesuai dengan kematangan negara.Kawasan ini
bukan kawasan kampus universiti tetapi ianya adalah kawasan rakyat dan amatlah wajib
pemimpin memberi tunjuk ajar serta teladan yang baik kepada rakyatnya.
Sekiranya pemimpin berjaya mencari solusi dalam cara dan etika yang baru dalam pengiklanan
maka ianya menjadi satu titik kecemerlangan dikawasan ini.Maka pengiklanan itu nanti akan
selari dengan negara yang membangun.Konsep siddiq,amanah,fatanah,integriti serta prinsip
'Qaulan Baligha' dan 'Qaulan Maisura' itu mungkin boleh menjadi asas kepada corak perubahan
yang diimpikan.
Meja Rakyat dalam pentas emosi
18
Timbal Balik
Sesuatu program itu harus mencerminkan kematangan berpolitik.Apabila ulasan saudara utama
penerangan berkata seperti berikut:-
“Contohnya, melalui pertandingan syarahan penganjur (penerangan) boleh memilih tajuk-tajuk
yang sensasi seperi ‟Kerajaan Selangor Zalim' dan `Di Sebalik Kematian Teoh Beng Hock‟.
Ia jelas walaupun hanya memberi contoh,tetapi pendekatannya amat keterlaluan.Kita walaupun
tahu orang itu zalim,atau bercakap perihal kematian orang biarlah pihak yang sedang
menjalankan siasatan itu melakukan tugasnya.
Apabila saudara utama penerangan cuba melangkaui aspek itu ia sebenarnya akan memberi
pandangan berbeza terutamanya pada muda-mudi kawasan sesebuah negeri.
Saya memetik dari surah Al-Hujraat ayat 12 yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak
menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah
dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan
janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka
memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah
tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan
Meja Rakyat dalam pentas emosi
19
bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani."
Program Pintas yang diwujudkan bagus sebagai alternatif dalam membawa gelombang baru
kepada marhaen; tetapi apabila cetusan pemikiran politik itu seolah-olah secara langsung ingin
menghentam ianya tidaklah cerminan kematangan yang berkualiti.
Sebagai sebuah parti yang sudah matang dalam pengalaman, tetapi bilamana ahlinya bertindak
kurang matang ianya sekaligus memberi ruang dan peluang kepada pihak lain untuk mengambil
peluang itu untuk digunakan untuk menambah kekuatan.Saya suka menggunakan peribahasa
"MENGATA DULANG PAKU SERPIH, MENGATA ORANG DIA YANG LEBIH... "
Janganlah bicara terlalu terburu-buru kerana kesannya akan menjangkiti parti.Dan seterusnya
program itu bukanlah lagi menjadi wadah perjuangan berbentuk penerangan tetapi menjadi
wadah memfitnah dan sekaligus keyakinan rakyat menurun.
Program Pintas haruslah berpaksikan kematangan dalam menggembleng idealisme dan semangat
perpaduan sesama Melayu dan seterusnya sesama bangsa lain tetapi bukan semangat hentam
sana sini yang akan membuat rakyat berfikir ianya satu tindakan yang terlalu terdesak dalam
meraih simpati rakyat.
Sebagai Abang tertua kepada parti lain.Apabila Si Abang melalui teman-teman menunjukkan
teladan yang baik ianya akan jadi lebih baik,tetapi apabila teman-teman terus terburu makanya
Meja Rakyat dalam pentas emosi
20
nanti Si Abang akan dipandang rendah kerana sikap terburu teman-teman dalam
memunggah,melaksana 'kenduri' dengan cara yang kurang menyenangkan.
Meja Rakyat dalam pentas emosi
21
REvolusi Kempen
Kempen atau mengikut kamus dewan edisi keempat membawa maksud (kémpén) segala usaha
(kegiatan dan tindakan) yg dirancangkan dan dilaksanakan dgn menggunakan penerangan
(rayuan dll) utk mempengaruhi pendapat umum atau mendapatkan sokongan umum terhadap
sesuatu (matlamat dll).
Hari ini kempen itu sudah mengalami banyak cara perlakuannya.Bermula dari
ucapan,berkunjung dari rumah ke rumah, memasang kain rentang,penggunaan media, memberi
janji dan lain-lain.Semuanya bermain dengan penerangan dan bagaimana penerangan itu dapat
diterjemah pada pihak yang menerima.
Hari ini juga pendekatan kempen kebanyakannya tidak sepenuhnya berjaya.Kempen yang
popular di negara ini apabila muncul pilihanraya yang dipertandingkan,maka kempen luarbiasa
dijalankan dengan sepenuh hati.
Pun begitu kempen yang dijana itu hari ini ada kekurangan dari segi idealis dan kreativiti.Kita
melihat dari segi kempen parti politik dimana pihak pembangkang sebagai contoh menggunakan
pendekatan politik melalui ucapan dan demonstrasi untuk mempengaruhi rakyat.Ternyata senjata
itu berkesan dalam menterjemah penerangan yang diberikan.
Melihat kempen mengingatkan pula persamaan konsep dakwah yang mana kegiatan menyeru
Meja Rakyat dalam pentas emosi
22
dan meyakinkan orang lain supaya menerima sesuatu kepercayaan dan ternyata konsep itu
mempunyai persamaan yang lebih kepada pihak parti pembangkang.
Kempen menurut saya ia mempunyai dua konsep iaitu kempen ciptaan dan kempen
semulajadi.Kempen ciptaan ini seperti yang kita sedia maklum ialah seperti sesuatu program
yang dilakukan dan dilaksanakan.Samada kempen ciptaan itu berjaya atau tidak ia tetap
dikategorikan sebagai ciptaan.
Dengan kata lain kempen ciptaan ini ia bermusim dan pendekatannya 100% terletak kepada
kreativiti seseorang.Pun begitu ia berbeza dengan kempen semulajadi kerana ia tidak bermusim
malahan ia berlaku secara harian.
Saya berikan contoh tentang kempen semulajadi; dimana apabila seseorang pemimpin itu
melaksanakan dasar-dasar sejak mula beliau menjadi pemimpin makanya secara automatik
kempen semulajadi itu berjalan.Rakyat akan menilai,dan perubahan itu dapat dirasa atau
sebaliknya.Kempen semulajadi ini kadangkala menjadi musuh pada pemimpin.
Kita lihat pada era kepimpinan terdahulu ada diantaranya terpaksa berundur kerana dasar yang
dilakukan memberi impak kesedaran besar pada rakyat untuk bangkit bersuara dan ianya
langsung berkait dengan kempen semulajadi itu.
Ternyata kempen semulajadi itu memberi suatu kerosakan yang besar apabila ia tidak
diseimbangkan dengan kempen ciptaan yang di olah dengan kreativiti.
Meja Rakyat dalam pentas emosi
23
Hari ini kempen itu diteruskan tetapi ianya masih lemah dari segi penyampaian.Ianya masih
terikut-ikut cara lama atau pendekatan lama sedangkan negara sudah mencapai tahap negara
membangun.Lihat sahaja dikawasan pandan sebagai contoh kempen masih terkebelakang dalam
memenuhi kemahuan rakyat.
Saya ingin memberikan prinsip kesantunan berbahasa yang boleh diguna pakai untuk asas
kempen iaitu :
1. Qaulan ma‟rufa
Erti ma‟ruf adalah baik dan diterima oleh nilai-nilai yang berlaku pada masyarakat .Ucapan yang
baik adalah ucapan yang diterima sebagai sesuatu yang baik dalam pandangan masyarakat.
Menurut beberapa ahli tafsir seperti Hamka dan Al-Buruswi bahawa qaulan ma‟rufa
mengandung erti perkataan yang baik, iaitu perkataan yang sopan, halus, indah, benar, penuh
penghargaan, dan menyenangkan, serta sesuai dalam penghidupan. Bahasa yang digunakan dapat
mempengaruhi orang dan diucapkan dengan cara pengungkapan yang sesuai dengan norma serta
diarahkan kepada orang yang tepat.
2. Qaulan baligha
Qaulan Baligha diartikan sebagai pengucapan yang fasih atau tepat, jelas, terang, serta tepat
dalam menyampaikan apa yang dikehendaki. Dan apabila dilihat dari segi sasaran yang
dikupaskannya dapat diterjemah sebagai ucapan yang efektif.
Meja Rakyat dalam pentas emosi
24
3. Qaulan maysura
Membawa maksud perkataan yang mudah. Ahli tafsir seperti At-Thabari dan Hamka
menjelaskan bahawa qaulan maysura sebagai ucapan yang membuat orang lain merasa mudah,
bernada lunak, indah, menyenangkan, halus, lemah lembut dan bagus, serta memberikan rasa
optimis bagi orang yang disasarkan. Ertinya bahasa komunikatif yang dapat difahami dan berisi
kata-kata yang mendorong orang lain untuk tetap mempunyai harapan. Ucapan yang lunak
adalah ucapan yang menggunakan ungkapan dan diucapkan dengan pantas dan tepat. Sedangkan
yang lemah lembut adalah ucapan yang baik dan halus sehingga tidak membuat orang lain
kecewa tau tersinggung.
4. Qaulan layyina
Bererti perkataan yang lemah lembut. Secara lebih jelas bahawa qaulan layyina adalah ucapan
yang baik; dilakukan dengan lemah lembut sehingga dapat menyentuh hati masyarakat/individu.
Ucapan yang yang lemah lembut dimulai dari dorongan dan suasana hati orang yang berbicara.
Apabila berbicara dengan hati yang tulus dan memandang orang yang diajak bicara sebagai
saudara yang dicintai, maka akan lahir ucapan yang bernada lemah lembut. Dengan konteks itu
maka akan terjadi sebuah komunikasi yang akan tampak pada tercerapnya isi ucapan oleh orang
yang diajak bicara sehingga akan terjadi tidak hanya sampainya informasi tetapi akan
berubahnya pandangan, sikap dan perilaku orang yang diajak bicara.
Meja Rakyat dalam pentas emosi
25
5. Qaulan karima
Bererti perkatan mulia. Perkataan yang mulia adalah perkataan yang memberi penghargaan dan
penghormatan kepada orang yang diajak bicara.
Dari pengertian di atas, maka ciri bahasa santun adalah ucapan yang memiliki nilai:
1) kebenaran,
2) kejujuran,
3) keadilan,
4) kebaikan,
5) lurus,
6) halus,
7) sopan, pantas,
9) penghargaan,
10) khidmat,
11) optimis,
12) indah,
13) menyenangkan,
14) logik,
15) fasih & lunak,
16) terang,
17) tepat,
18) menyentuh hati,
Meja Rakyat dalam pentas emosi
26
19) selaras,
20) terkesan,
21) tenang,
22) efektif,
23) dermawan,
24) lemah lembut,
25) rendah hati.
Konsep asas itu seandainya dikaji dan dilaksanakan saya meyakini akan berlakunya perubahan
besar dalam kempen yang akan dilakukan.
Bertitik tolak dengan itu, budaya kempen itu juga harus ditimba bukan sahaja didalam negeri
tetapi ada baiknya dibuat sebuah kumpulan untuk mencari ilmu berkempen disetiap penjuru
dunia dan ianya sekaligus memberi cara yang lebih efektif serta percambahan idea dan kreativiti
dalam memaksimumkan masa dan cara berkempen yang lebih berkesan dan seterusnya mencapai
kemenangan besar.
Secara langsung kos perbelanjaan berkempen itu dapat diminimumkan kerana orang yang
berkempen sudah tahu apa yang ingin dikempenkan,apa yang perlu dan apa yang sebaliknya.
Saya sudahi dengan surah Al-asr yang bermaksud:
"Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2) Kecuali orang-orang yang
beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-
pesan dengan sabar. / (3) "
Meja Rakyat dalam pentas emosi
27
Perkasa ATAU Terpaksa
Dalam usia wakil rakyat yang masih belum cukup pengalaman mentadbir dalam mewakili rakyat
disesebuah kawasan hari ini jenayah kian meningkat.Dan adalah sesuatu yang amat mustahil
untuk orang yang berideologi berbeza dapat menguasai sekumpulan majoriti besar yang
berideologi lain pula.
Dari apa yang saya lihat menerusi blog kebanyakan wakil rakyat ia hanya membawa isu popular
atau peringkat atasan sahaja.Perihal permasalahan mengurangkan jenayah dan aktiviti tidak
bermoral kurang dijalankan perlaksanaannya.Yang dilihat dikawasan ini mungkin dari segi
pendekatan forum yang dianjurkan atau banner yang suka dipapar di tepi jalan.
Tidak lari dari itu perkara berkaitan PATI(pendatang tanpa izin) juga jarang atau tidak diambil
perhatian.Lihat sahaja di kawasan tertentu ternyata banyak PATI yang bermaharajalela.Mereka
bukan sahaja datang dengan tangan kosong tetapi boleh pula menjana aktivti ekonomi dikawasan
persekitaran.
Perihal khutbah jumaat di masjid tertentu juga kadangkala dimanipulasi untuk menyogok dengan
hujah-hujah untuk mempengaruhi penduduk ia ternyata hujah berunsur politik.Tetapi perkara ini
tidak diambil berat oleh pemimpin yang menjadi wakil rakyat.Apakah kerana sudah menjadi
pemimpin maka perkara remeh atau perkara kecil tidak diambil berat untuk ditangani dengan
baik?
Meja Rakyat dalam pentas emosi
28
Sesebuah kerajaan yang baru setahun jagung mentadbir, harus mendepani banyak perkara yang
bertimbun untuk diselesaikan.Ianya akan terus bertimbun apabila penyelesaian tidak dilakukan
dengan segera.
Ada pihak membuat bandingan dengan mengatakan oleh kerana kerajaan yang baru itu masih
baru maka perubahan itu belum menampakkan hasilnya; tetapi bila waktunya ia akan
berhasil?Sedangkan jenayah,aktiviti tidak bermoral itu terus meningkat?
Satu kerugian apabila wakil rakyat kurang dalam bersama rakyat atau mungkin cara ia bersama
rakyat harus diperbetulkan atau di rombak supaya kesannya lebih praktikal.
Dengan gelombang program yang dianjur oleh kerajaan dominasi untuk sesebuah negeri yang
berdominasi kerajaan lain(Andai program itu wadah penerangan yang benar caranya dan tidak
seperti wadah menfitnah) maka ia memang akan memberi satu gelombang dan penangan yang
kuat dan akan 'memfakirkan' wakil rakyat negeri dalam agenda harian yang dilakukan.
Inilah yang antara faktor utama ledakan yang harus dijana pemimpin dalam menjana kapasiti
keamanan dan kebajikan rakyat terbela dan diambil perhatian.
Saya sudahi dengan surah Ali-Imran ayat 26:
"Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan!
Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan
Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah
juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa
yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan.
Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."
Meja Rakyat dalam pentas emosi
29
Hakikat & Tulah
Hakikat adalah suatu penerimaan yang terpaksa ditanggung dek kerana perbuatan manusia itu
sendiri.Mengenangkan hakikat itu maka hakikat bahawa untuk pilihanraya akan datang sudah
pastinya mana-mana parti yang bertanding harus menerima hakikat bahawa pengundi-pengundi
muda akan memberi impak besar dalam memilih arus kepimpinan negara.
Pengundi muda tidak sama dengan pengundi yang lain.Kerana pengundi muda lebih cerewet
tentang keberhasilan sesuatu janji yang diberi oleh pemimpin.Dan yang paling penting setiap apa
yang dilaksanakan ianya harus dirasa oleh pengundi muda itu sendiri.
Yang terangnya ialah hari ini cabaran parti-parti sedia ada harus mendepani cara untuk
mempengaruhi dan meyakinkan pengundi muda ataupun memberi tunjuk ajar bagaimana orang
muda yang sudah layak mengundi itu mendaftarkan diri dan mengundi parti yang betul.
Pengundi muda hari ini walaupun tidak terlalu mengikuti arus politik kerana kesibukan hal yang
lain tetapi isu-isu besar akan selalu mereka dampingi atau sekurang-kurangnya ambil tahu.
Memetik isu lama yang masih tidak luput pada fikiran adalah tentang isu calon yang penuh
'kontroversi' kerana hanya diberi amaran oleh Lembaga Disiplin berikutan dakwaan rasuah
menang jawatan Ketua Pemuda menewaskan regu lain.
Meja Rakyat dalam pentas emosi
30
Isu itu walaupun sudah beberapa bulan berlalu tetapi ia tetap menjadi bualan orang muda.Dan
hasil dari diskusi bersama rakan-rakan jelas bahawa perkara itu sangat sangsi untuk diterima
sebagai suatu kenyataan.Hal demikian dan tindakan yang diberikan adalah sangat tidak masuk
akal apabila hanya diberikan amaran sedangkan sudah terpasti beliau menggunakan saluran yang
tidak betul dalam meraih gelaran yang berjawatan itu.
Hal berikut samalah perkaitan dengan pandangan bekas calon parti lain dari Rembau, yang
pernah menentang orang itu di Rembau pada pilihan raya umum ke-12 berkata bahawa jika
orang itu menang, benarlah hipotesisnya bahawa ada 'deal' yang berlaku antara orang itu dengan
orang penting yang akan menerajui kerajaan.
Kemenangan saudara orang itu ketika itu mengejutkan banyak pihak..dan sudah pasti pihak
muda mudi antaranya sangat terkejut kerana sudahlah disabitkan kesalahan dan hanya diberi
amaran sahaja kemudian menang pula jawatan tersebut.Perihal rasuah dalam pemilihan dalam
parti bukan suatu rahsia lagi, tetapi secara terang terangan mantan presidennya, Tun Dr Mahathir
Mohamad telah menyebut perkara ini secara lantang dan terbuka.
Dalam tahun-tahun yang akan datang sudah pasti isu ini akan timbul semula samada dari ahli
parti sendiri dan parti lain yang menjadikan isu ini bonus pada mereka.Apatah lagi satu
kemestian pada tahun-tahun akan datang pengundi baru akan bertambah; dan ianya jelas akan
memberi suatu tamparan hebat dalam karier politik yang kini dilihat tiada lagi payung.
Orang muda jiwanya berbeza, yang salah atau dilihatnya tidak betul walaupun kecil tetapi
Meja Rakyat dalam pentas emosi
31
seandainya memalukan bangsa,agama,dan negara, maka mereka akan ingat sampai bila-bila dan
perkara itulah yang digeruni politikus dan ianya digelar Tulah dan Tulah itu bukan sahaja
tertakluk pada undian pilihanraya tetapi tertakluk juga pada Tulah dari Pencipta.
Meja Rakyat dalam pentas emosi
32
Penutup
Penyudah dari pandangan,kritikan ini saya kuasakan dengan sajak buat yang membaca…
Meja Rakyat
Kukuhnya meja itu mengukuhkan rakyat dan pimpinan,
Rakyat merana maka lubang neraka untuk pemimpin,
Rakyat merintih menagih kebajikan,
Wajar pimpinan tunjuk ihsan, kasih dan amanah,
Pimpinan yang sombong tidaklah menjamin,
Padahnya diakhir hayat,terkadang liang lahad sampai tak menerima,
Harmoninya rakyat dan pimpinan bila bersatu,
Bersatu bersama dalam mencapai sasaran yang dituju,
Kita jaga keamanan dan kemajuan,
Agar anak cucu terus-terusan mendapat manfaat,
Dunia ini bersifat sementara,
Kita sudah cukup dewasa,
MARILAH KITA BERSATU! KITA KEKANG PERPECAHAN ITU.
Meja Rakyat dalam pentas emosi
33
Bibliografi Maya
http://www.quranexplorer.com/ Alquran dan terjemahan serta hadith
http://prpm.dbp.gov.my/ Rujukan kamus dan istilah bahasa Melayu (Dewan Bahasa & Pustaka)
www.utusan.com.my/ Rujukan berita dan fakta berkaitan politik dan isu semasa
http://www.malaysiakini.com/bm/ Rujukan berita dan fakta berkaitan politik dan isu semasa
http://www.harakahdaily.net/ Rujukan berita dan fakta berkaitan politik dan isu semasa
http://www.shiar-islam.com/ Rujukan kaitan politik dan isu semasa
http://drmaza.com/ Rujukan kaitan politik dan isu semasa
https://www.blogger.com/ Rujukan input dan informasi
http://chedet.co.cc/chedetblog/ Rujukan input dan informasi
http://www.bernama.com/ Rujukan berita dan fakta berkaitan politik dan isu semasa
Inspirasi hujah dari Allahyarham Dato Mufti Shuib:-
http://www.youtube.com/watch?v=eSpXSPJztLc
http://www.youtube.com/watch?v=SgLVcNRn8g0
Meja Rakyat dalam pentas emosi
34
Penulis & Disebalik tabir
SYAMSUL JOHARI
Pengalaman dalam menulis ditimba sejak dibangku
Sekolah rendah kemudian ke menengah dan karya dibukukan
didalam antologi cerpen suara generasi baru sekitar tahun 2000.Seterusnya diberi peluang untuk
menyertai Minggu Penulis Remaja 2002 bagi mengukuhkan ilmu penulisan.Seterusnya saluran karya
di lebarkan pada media massa, ada yang berjaya dan ada yang sebaliknya.Menjadikan ianya hobi
sampingan, kemudian dek kerana kesibukan pelajaran di ipta maka penghasilan karya itu diberhentikan
sementara memandangkan kekurangan komitmen ditambah pula ketandusan idea.Pengalaman
kepimpinan banyak membantu dalam penghasilan karya ini.Ianya bermula dengan ilham dan lakaran…