Transcript
Page 1: MANUSKRIP - bukuteks.dbp.gov.my

MANUSKRIP

Hikayat Patani

Hukum Kanun Melaka

Hikayat Bayan Budiman

Hikayat Isma Dewa

Hikayat Hang Tuah

Taj al-Salatin

Page 2: MANUSKRIP - bukuteks.dbp.gov.my

Ibn Khaldun Nama penuh Ibn Khaldun ialah Abd al-Rahman ibn Muhammad ibn Muhammad ibn Abi Bakr Muhammad ibn al-Hasan. Ibn Khaldun lahir pada 27 Mei 1332 di Tunisia dan meninggal dunia pada 17 Mac 1406 di Kaherah, Mesir. Ibn Khaldun merupakan salah seorang pakar sejarah Arab teragung. Karya teragungnya bertajuk Muqaddimah.

E.H. Carr Edward Hallert Carr berasal dari Britain. Beliau dilahirkan pada 28 Jun 1892 dan meninggal dunia pada 3 November 1982. E.H. Carr telah menulis sejarah Soviet Union yang diterbitkan dalam 14 jilid. Beliau juga telah menulis sebuah karya terkenal, iaitu What Is History.

Herodotus Herodotus merupakan sejarawan dari Yunani. Beliau hidup antara 484 M hingga 425 SM. Herodotus telah menghasilkan karya terkenal yang dikenali sebagai The Histories yang menumpukan kajian tentang Perang Persia. Herodotus juga digelar sebagai “Bapa Sejarah”.

Dr. Muhd Yusof bin Ibrahim Muhd. Yusof Ibrahim merupakan tokoh sejarawan yang banyak menjalankan kajian tentang sejarah di Malaysia. Antara buku beliau termasuklah Pengertian dan Beberapa Perbahasan Mengenai Teori dan Kaedah, Sejarah Sejarawan dan Pensejarahan (1988), Pensejarahan Melayu 1800-1960, Ilmu Sejarah, Falsafah, Pengertian dan Kaedah (2001).

Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim Khoo Kay Kim merupakan tokoh sejarawan tempatan. Beliau telah dilahirkan pada 28 Mac 1937. Sebanyak 87 penulisan yang berfokus pada sejarah Malaysia telah dihasilkan oleh beliau. Profesor Khoo Kay Kim juga merupakan salah seorang tokoh yang terlibat dalam penggubalan Rukun Negara. Beliau meninggal dunia pada 28 Mei 2019.


Top Related