1
MANUAL
KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
PLANMalaysia@Perak (JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA PERAK
DARUL RIDZUAN)
JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PLANMalaysia@PERAK
2
JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PLANMalaysia@PERAK (JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA PERAK DARUL RIDZUAN)
Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan PLANMalaysia@Perak
Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini disediakan sebagai bahan rujukan oleh
semua warga PLANMalaysia@Perak dalam usaha untuk memenuhi pencapaian tahap
keselamatan dan kesihatan pekerjaan .
Tanggungjawab pengawasan dan pengawalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan
adalah dibawah Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan PLANMalaysia@Perak yang
diketuai oleh Pegawai Keselamatan Jabatan. Jawatankuasa ini bertindak bagi memastikan
dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan, organisasi, perancangan dan pelaksanaan
serta penilaian semula pencapaian dilaksanakan.
3
KANDUNGAN M/S
BAHAGIAN I PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN
PLANMALAYSIA@PERAK (JPBD PERAK DARUL RIDZUAN)
1.0 Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
8
1.1 Objektif 9
1.2 Dasar Am Jabatan
2.0 Pelaksanaan Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 10
2.1 Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
2.2 Objektif Jawatankuasa
2.3 Keanggotaan Jawatankuasa 12
2.4 Carta Organisasi Jawatankuasa
2.5 Ketua-Ketua Setiap Tingkat 13
2.6 Peranan Wakil Majikan, Wakil Pekerja, dan Ketua Tingkat 14
2.7 Pelantikan Ahli Jawatankuasa
2.8 Fungsi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 15
2.9 Kekerapan Mesyuarat
2.10 Aktiviti Jawatankuasa 16
BAHAGIAN I I PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN
PLANMALAYSIA@PERAK (JPBD PERAK DARUL RIDZUAN)
3.0 Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan 17
3.1 Keselamatan Am
3.2 Keselamatan Di Pejabat
3.2.1 Semasa Waktu Pejabat
3.2.2 Selepas Waktu Pejabat
3.3 Keselamatan Waktu Bekerja Di Luar Pejabat 20
3.3.1 Semasa Waktu Pejabat dan Selepas Waktu Pejabat
4
KANDUNGAN
MS
BAHAGIAN I I I PROSEDUR-PROSEDUR KESELAMATAN DAN KESIHATAN
4.0 Prosedur-prosedur Keselamatan dan Kesihatan 22
4.1 Prosedur Kebersihan Tempat Kerja
4.2 Prosedur Notifikasi Aduan, Kemalangan, Kemalangan nyaris dan
Kejadian Berbahaya
4.2.1 Pengenalan
4.2.2 Tujuan
4.2.3 Takrifan
4.2.4 Tindakan Melapor Kemalangan
4.3 Prosedur Kecemasan Kebakaran
4.3.1 Tindakan Menyelamatkan Diri (Lapisan Pegawai)
4.3.2 Tindakan Jawatankuasa (Ahli Jawatankuasa/ Pegawai
Keselamatan/Ketua Tingkat)
4.3.3 Panduan Menyelamatkan Diri Semasa Kebakaran
4.4 Prosedur Keselamatan Bagi Penggunaan Peralatan Mesin
Fotostat, Shredder, Plotter dan Scanner
4.5 Prosedur Keselamatan Semasa Membuat Lawatan Tapak
4.6 Prosedur Keselamatan Bagi Pemegang Kunci Keselamatan
4.7 Prosedur Pengurusan Keselamatan ICT
4.7.1 Kawasan Larangan
4.7.2 Keselamatan Peralatan
4.7.3 Peralatan Di Luar Premis
4.7.4 Bekalan Kuasa Elektrik
4.7.5 Kabel
4.7.6 Backup
4.8 Prosedur Keselamatan Bagi Kesempurnaan Kenderaan
5.0 Garis Panduan Keselamatan dan Kesihatan
36
5.1 Kemudahan Peti Pertolongan Cemas (PPC)
5.1.1 Lokasi
5.1.2 Kandunga
5
5.2 Kawalan Risiko Di Tempat Kerja
5.2.1 Program Kawalan Risiko
5.2.2 Program Kesedaran Kawalan Risiko Di Tempat Kerja
5.2.3 Audit Dalaman Keselamatan dan Kesihatan
BAHAGIAN V - LAMPIRAN Lampiran 1 - Jadual Kedua : Peraturan-peraturan Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (Pemberitahuan Mengenai Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan)
42
Lampiran 2 - Jadual Pertama : Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pemberitahuan Mengenai Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan)
43
Lampiran 3 - Laporan Mengenai Kemalangan/Kejadian Berbahaya (JKKP 6)
44
Lampiran 4 - Laporan Mengenai Keracunan Pekerjaan/Penyakit Pekerjaan (JKKP 7)
45
Lampiran 5 - Daftar Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan (JKKP 8 (I)/(IV))
51
Lampiran 6 - Pelan Laluan Kecemasan/ Pelan Lantai Bangunan (a) Tingkat 3 (b) Tingkat 7
54
Lampiran 7 - Senarai Nama Pemegang Kunci Pejabat
57
Lampiran 8 - Log Keluar/Masuk Bilik Server
58
Lampiran 9 - Borang Aduan Kerosakan Komputer (BLKK)
59
Lampiran 10 - Senarai Semak Audit Dalaman Keselamatan dan Kesihatan
60
6
BAHAGIAN 1 : PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN
PLANMalaysia@Perak
7
1.0 DASAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini disediakan berasaskan kepada keperluan
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994 (Akta 514). Bahagian IV, Seksyen 16, Akta
514 menekankan beberapa perkara penting yang berkaitan dengan Dasar Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan yang wajib dilaksanakan oleh majikan. Antara perkara tersebut
termasuklah;
a. Menyediakan satu pernyataan bertulis dasar am berkenaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan;
b. Menubuhkan organisasi/Jawatankuasa untuk menjayakan pelaksanaan dasar; c. Memaklumkan setiap pekerja mengenai pernyataan dasar tersebut.
Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini dibentangkan dalam Mesyuarat
Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Jabatan dan Mesyuarat Pagi
PLANMalaysia@Perak dan persetujui dan diluluskan oleh Pengarah PLANMalaysia@Perak
(JPBD Perak Darul Ridzuan).
1.1 Objektif
Objektif Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini adalah untuk;
i. Menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk semua
pekerjanya dan orang-orang lain yang mungkin terjejas oleh aktiviti-aktivitinya;
dan
ii. Mempertingkatkan keselamatan dan kesihatan Jabatan secara berterusan dan
diitegrasikan ke dalam aktiviti-aktiviti harian dan membudayakan cara kerja
selamat dan sihat.
1.2 Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan PLANMalaysia@Perak ialah;
i. Memastikan persekitaran tempat kerja dan sistem kerja yang selamat dan
selesa kepada kakitangan dan pelanggan;
ii. Melaksanakan tanggungjawab bersama dalam mengurus, menyelenggara ruang
tempat kerja, kemudahan dan peralatan serta sistem kerja supaya menjamin
bencana keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja tidak berlaku;
iii. Memastikan maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan kepada pekerja
mengenai aspek-aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan supaya selamat
dan tanpa risiko terhadap kesihatan;
iv. Menjalankan penyiasatan dan melaporkan semua kemalangan, penyakit,
keracunan dan kejadian berbahaya ditempat kerja dan kerja luar dan
mengambil langkah-langkah untuk memastikan kejadian-kejadian tersebut tidak
berulang lagi; dan
v. Menyediakan kemudahan-kemudahan kebajikan pekerja yang berkaitan
dengan keselamatan kesihatan pekerjaan.
8
Jabatan komited untuk memastikan setiap lapisan pegawai
memahami serta mematuhi Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
Kerjasama dan komitmen daripada semua pihak dan individu amat
diharapkan untuk menjayakan Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Jabatan.
Dasar ini telah dipamerkan di tempat strategik di Tingkat 3 dan 7 Jabatan ini bagi
memastikan setiap warga jabatan dapat menghayati dan menjayakan Dasar
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Jabatan ini.
Rajah 1 : Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan PLANMalaysia@Perak (JPBD
Perak Darul Ridzuan)
9
2.0 PELAKSANAAN DAN PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN
2.1 Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan ditubuhkan mengikut keperluan
peruntukan Seksyen 30, Akta 514. Mengikut definisinya, Jawatankuasa ini ialah “satu
kumpulan orang yang bertanggungjawab dan bekerjasama dalam usaha
menyediakan tempat kerja yang selamat dan sihat.”
Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan PLANMalaysia@Perak (JPBD
Perak Darul Ridzuan) telah ditubuhkan pada April 2017. Jawatankuasa ini berfungsi
juga dalam melaksanakan arahan keselamatan dan juga keperluan Ekosisten
Kondusif Sektor Awam (EKSA) bagi skop keselamatan Jabatan.
Mesyurat Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) diadakan 3 kali
setahun dengan agenda mesyuarat yang membincangkan juga berkaitan dengan
keselamatan Perlindungan dibawah Akta Rahsia Rasmi serta Keselamatan Kesihatan
dan Pekerjaan Jabatan.
Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan PLANMalaysia@Perak (JPBD Perak
Darul Ridzuan) (mulai April 2017) adalah seperti berikut:-
PENGERUSI : En. Shahidi bin Yusop Pegawai Keselamatan Jabatan dan Pekerjaan
SETIAUSAHA : En. Abdullah Bin Ab Rahman Penolong Pegawai Keselamatan dan Kesihatan
: Pn. Irma Salina binti Mohd Salleh (Pegawai Aset)
: En. Muhaimi bin Mohamed Information Chief Technology Security Officer (ICTSO)
: En. Noor Imran bin Zainuddin Ketua Jawatankuasa Keselamatan EKSA
WAKIL MAJIKAN (Ketua Bahagian/Wakil Ketua Bahagian)
: Bahagian Khidmat Pengurusan En. Kamarudzaman bin Noratu Bahagian Pengurusan Perancangan, Geospatial dan ICT En. Muhammad Syafiq bin Norsisan Bahagian Perancangan Korporat Cik Halimatul Saadiah binti Danyal Bahagian Rancangan Pembangunan dan Projek Khas En. Mohd Yusri bin Mohd Yunus
WAKIL PEKERJA (Wakil Setiap Bahagian)
: Bahagian Khidmat Pengurusan 1. Pn. Nirmala A/P Krisnan 2. Pn. Ruzita binti Abdul Latif Bahagian Pengurusan Perancangan, Geospatial dan ICT 1. En. Meor Mohamed Firdaus bin Haji Ahmad Zawawi 2. Pn. Noraini binti Mat Razali Bahagian Perancangan Korporat 1.En. Azman bin Yusof Bahagian Rancangan Pembangunan dan Projek Khas 1. En. Ahmad Saufi bin Abdul Hamid
10
2.2 Objektif Jawatankuasa
Objektif Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan ialah seperti berikut:
i. Untuk menggalakkan kerjasama di antara pihak pengurusan dan pihak pekerja
bagi meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja;
ii. Untuk menyediakan komunikasi dua (2) hala dalam penyebaran maklumat
yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan; dan
iii. Untuk menggalakkan minat serta kesedaran semua kumpulan pengurusan dan
pekerja terhadap keselamatan dan kesihatan.
2.3 Keanggotaan Jawatankuasa
Keanggotaan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan PlanMalaysia@Perak adalah
berdasarkan Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
(Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan) 1996. Komposisi Jawatankuasa ini
adalah seperti berikut:
• Pengerusi (Ketua Jabatan/Pengurus yang diberi kuasa)
• Setiausaha (Penolong Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Jabatan)
• Ahli:-
- Wakil Majikan (setiap bahagian)
- Wakil Pekerja (setiap bahagian)
- Pegawai Aset
- Information Chief Technology Security Officer (ICTSO) - Ketua Jawatankuasa Keselamatan EKSA
11
2.4 Carta Organisasi Jawatankuasa
Carta organisasi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan PLANMalaysia@Perak
(JPBD Perak Darul Ridzuan )ialah seperti di Rajah 2.
Rajah 2 : Carta Organisasi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan
PLANMalaysia@Perak (JPBD Perak Darul Ridzuan)
SETIAUSAHA En. Abdullah bin Ab Rahman
(Pen. Pegawai Keselamatan dan Kesihatan)
En. Muhaimi bin Mohamed Information Chief Technology Security Officer
(ICTSO)
Pn. Irma Salina binti Mohd Salleh
(Pegawai Aset)
En. Noor Imran bin Zainuddin (Ketua Jawatankuasa Keselamatan EKSA)
WAKIL PEKERJA
Bahagian Khidmat Pengurusan 1. Pn. Nirmala A/P Krisnan 2. Pn. Ruzita binti Abdul Latif Bahagian Pengurusan Perancangan, Geospatial dan ICT 1. En. Meor Mohamed Firdaus bin Haji Ahmad Zawawi 2. Pn. Noraini binti Mat Razali Bahagian Perancangan Korporat - En. Azman bin Yusof Bahagian Rancangan Pembangunan dan Projek Khas - En. Ahmad Saufi bin Abdul Hamid
WAKIL MAJIKAN
Bahagian Khidmat Pengurusan - En. Kamarudzaman bin Noratu* Bahagian Pengurusan Perancangan, Geospatial dan ICT - En. Muhammad Syafiq bin Norsisan Bahagian Perancangan Korporat - Cik Halimatul Saadiah binti Danyal * Bahagian Rancangan Pembangunan dan Projek Khas - En. Mohd Yusri bin Mohd Yunus
PENGERUSI En. Shahidi bin Yusop
Pegawai Keselamatan Jabatan dan Pegawai Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Kesihatan Jabatan)
Chief Infomation Officer (CIO)
12
2.5 Ketua-ketua Setiap Tingkat
Ketua setiap tingkat yang telah dilantik dari kalangan wakil majikan atau wakil
pekerja ialah seperti berikut:
i. Ketua Tingkat 3 : Cik Halimatul Saadiah binti Danyal
ii. Ketua Tingkat 7 : En. Kamarudzaman b. Noratu
2.6 Peranan Wakil Majikan, Wakil Pekerja dan Ketua Tingkat
i. Peranan Wakil Majikan:
Menghebahkan kepada lapisan pegawai di Bahagian masing-masing
mengenai program, dasar, peraturan, prosedur dan garis panduan yang
diputuskan oleh Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan.
Melaksanakan arahan dan program keselamatan dan kesihatan yang
diputuskan oleh Jawatankuasa.
Mengambil langkah-langkah tambahan untuk memastikan aspek
keselamatan dan kesihatan dipertingkatkan dan kemalangan dielakkan.
Mengemukakan cadangan-cadangan dari lapisan pegawai berkaitan aspek
keselamatan dan kesihatan untuk pertimbangan Jawatankuasa.
Melaporkan kejadian kemalangan, nyaris kemalangan atau apa-apa perkara
berkaitan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja kepada Pegawai
Keselamatan dan Kesihatan dan Jawatankuasa.
ii. Peranan Wakil Pekerja:
Membantu Ketua Bahagian menghebahkan kepada lapisan pegawai di
Bahagian masing-masing mengenai program, dasar, peraturan, prosedur
dan garis panduan yang diputuskan oleh Jawatankuasa Keselamatan dan
Kesihatan.
Membantu Ketua Bahagian melaksanakan arahan dan program keselamatan
dan kesihatan.
Melaporkan kejadian kemalangan atau nyaris kemalangan kepada Ketua
Tingkat dan Ketua Bahagian/wakil majikan.
Melaporkan dan mengemukakan cadangan tindakan pembaikan mengenai
apa-apa keadaan atau amalan yang tidak selamat atau tidak sihat di tempat
kerja kepada Jawatankuasa.
13
iii. Peranan Ketua Tingkat:
Membantu Ketua Bahagian melaksanakan dan mengawasi aspek
keselamatan dan kesihatan di tingkat masing-masing.
Memastikan aspek keselamatan dan kesihatan dipatuhi.
Memegang kunci keselamatan bagi pintu-pintu utama di tingkat masing-
masing dan mengawal serta mengawasi penggunaannya oleh pegawai lain
yang tidak tersenarai sebagai pemegang kunci.
Melaporkan kejadian kemalangan atau nyaris kemalangan kepada Ketua
Bahagian dan Pegawai Keselamatan dan Kesihatan.
2.7 Pelantikan Ahli Jawatankuasa
i. Pelantikan ahli jawatankuasa dilakukan oleh Ketua Jabatan atau Pengurus yang diberi kuasa.
ii. Wakil majikan yang dilantik ialah Ketua Bahagian ataupun wakil Ketua Bahagian.
iii. Wakil pekerja yang dilantik adalah mewakili setiap tingkat dan Bahagian.
2.8 Fungsi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan
Berdasarkan Peraturan II, Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan) 1996, fungsi Jawatankuasa ini
adalah seperti berikut:
i. Membantu dalam pembuatan kaedah-kaedah keselamatan dan kesihatan
serta sistem kerja selamat;
ii. Mengkaji semula keberkesanan program keselamatan dan kesihatan;
iii. Menjalankan kajian tentang trend kemalangan, kemalangan nyaris, kejadian
berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang berlaku di
tempat kerja;
iv. Melaporkan kepada majikan apa-apa keadaan atau amalan yang tidak selamat
atau tidak sihat di tempat kerja bersama dengan cadangan untuk tindakan
pembaikan; dan
v. Mengkaji semula dasar keselamatan di tempat kerja dan membuat cadangan
kepada majikan bagi apa-apa penyemakan dasar itu.
2.9 Kekerapan Mesyuarat
i. Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan perlu bermesyuarat seberapa kerap
atau tidak kurang tiga (3) bulan sekali.
ii. Jawatankuasa perlu mengadakan mesyuarat segera sekiranya berlaku keadaan-
keadaan berikut:
Kemalangan maut;
Kemalangan yang melibatkan kecederaan badan yang serius; dan
Kemalangan nyaris.
14
2.10 Aktiviti Jawatankuasa
i. Pemeriksaan tempat kerja (audit dalaman):
Memeriksa tempat kerja sekurang-kurangnya satu (1) kali setahun.
Tujuan : Menentukan tahap risiko dan bahaya serta mengenalpasti
apa-apa yang memudaratkan keselamatan dan kesihatan di
tempat kerja.
ii. Melaksanakan hebahan melalui poster, slogan, papan tanda, pertandingan/
kempen, tayangan video dan sebagainya.
iii. Penyiasatan aduan dan penyelesaian aduan.
iv. Penyiasatan apa-apa kemalangan.
v. Latihan dan taklimat.
vi. Penyediaan laporan, prosedur kerja selamat/sihat, arahan kerja, kaedah-
kaedah keselamatan dan lain-lain.
vii. Menyemak semula Dasar dan Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
mengikut keperluan.
2.11 Pegawai penjaga pintu kecemasan
Pegawai yang bertanggungjawab yang menjaga pintu kecemasan dan kunci telah
ditetapkan iaitu;
i. Pintu Kecemasan Tingkat 7 (Sebelah Bilik Mesyuarat Pangkor) – Aizat bin Mohd
Yusof
ii. Pintu Kecemasan Tingkat 7 ( Bahagian Kawalan) – En. Meor Mohamed Firdaus
bin Haji Ahmad Zawawi
iii. Pintu Kecemasan Tingkat 3 (Bilik Mesyuarat Royal Belum) – En. Ahmad Saufi
bin Abdul Hamid
iii. Pintu Kecemasan Tingkat 3 ( Bahagian Korporat) – En. Azman bin Yusof
2.12 Pegawai ‘Rescue’ Kebakaran
Pegawai yang dilantik ini adalah pegawai yang dipertanggungjawabkan untuk
bertindak memberi arahan dan panduan semasa semasa berlaku kebakaran. Semua
kakitangan perlu hanya mematuhi arahan dari pegawai yang dilantik.
Pegawai yang dilantik adalah mengikut tingkat iaitu;
Tingkat 7 : En Kamarudzaman bin Noratu
Tingkat 3 : Mohd Yusri bin Mohd Yunus
15
BAHAGIAN 2 : PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN
PLANMALAYSIA@PERAK
16
3.0 PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN
3.1 Keselamatan Am
a. Tujuan
Bagi mencegah daripada berlakunya kemalangan di PLANMalaysia@Perak
(JPBD Perak Darul Ridzuan) akibat daripada kecuaian atau tindakan tidak
selamat oleh kakitangan dan pelawat.
b. Penerangan
i. Sila ikuti segala arahan keselamatan semasa berada di Pejabat.
ii. Pastikan semua peralatan dan dokumen disimpan di tempat yang betul
serta kawasan tempat kerja anda sentiasa kemas dan bersih.
iii. Gunakan peralatan dengan betul dan cermat ketika bekerja.
iv. Elakkan daripada mengganggu orang lain semasa bekerja.
v. Laporkan dengan segera apa-apa tindakan dan keadaan tidak selamat
yang mana boleh mendatangkan kecederaan kepada kakitangan dan
kerosakan kepada harta benda.
vi. Sekiranya berlaku kemalangan semasa bekerja, laporkan dengan segera
serta dapatkan bantuan.
vii. Penggunaan, baikpulih dan penyelenggaraan peralatan hanya boleh
dilakukan apabila mendapat kebenaran untuk melakukannya.
viii. Gunakan kaedah yang betul semasa mengangkat barang dan dapatkan
bantuan sekiranya perlu.
ix. Dilarang merokok dan melakukan pembakaran terbuka dalam kawasan
ruang bekerja.
x. Rujuk kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Jabatan bagi
mendapatkan arahan, prosedur dan garis panduan yang berkaitan
keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
xi. Kenalpasti pintu laluan keluar dan laluan kecemasan di tingkat tempat
anda bekerja.
xii. Berikan kerjasama kepada petugas keselamatan bangunan dan Jabatan
sekiranya berlaku kecemasan.
17
3.2 Keselamatan Di Pejabat
3.2.1 Semasa Waktu Pejabat
a. Pengenalan
Keselamatan di tempat kerja perlu dititikberatkan oleh setiap orang
dan beberapa peraturan keselamatan di pejabat perlu dipatuhi dan
dijadikan amalan berterusan.
b. Penerangan
i. Pastikan lorong laluan dalam dan luar pejabat tidak dihalang
oleh peralatan, perabot, pendawaian elektrik dan lain-lain.
ii. Pastikan semua peralatan pejabat berfungsi dengan baik.
iii. Gunakan penapis skrin komputer untuk mengurangkan
dedahan sinar UV.
iv. Pastikan semua lampu berfungsi dengan baik dan mendapat
kadar pencahayaan yang mencukupi.
v. Pastikan laci kabinet ditutup dengan kemas selepas setiap kali
dibuka.
vi. Berhati-hati ketika mengubah kedudukan peralatan yang berat
seperti almari, meja, peralatan dan kotak supaya tidak
mengalami kecederaan. Gunakan troli jika perlu.
vii. Bersihkan tumpahan serta-merta walaupun hanya air
minuman.
viii. Pastikan tiada halangan di pintu kecemasan.
ix. Setiap pekerja perlu mengetahui kedudukan alat pemadam api
dan mudah untuk dicapai.
x. Kenalpasti kedudukan alat pecah kaca untuk mengaktifkan
penggera sekiranya berlaku kebakaran.
xi. Berehat sebentar secara berkala bagi melegakan tekanan dan
kepenatan.
3.2.2 Selepas Waktu Pejabat
a. Takrifan
Selepas waktu pejabat ditakrifkan pada hari dan masa berikut:
Hari Waktu
Isnin-Jumaat 5.00 petang-8.00 pagi
Sabtu, Ahad dan Cuti Kelepasan Am Sepanjang masa
18
b. Peraturan-peraturan
i. Semua tugas lebih masa selepas waktu pejabat hendaklah
mendapatkan arahan bertulis dari Ketua Bahagian/Pegawai
Atasan masing-masing.
ii. Perlu menyediakan Buku Daftar Kerja Lebih Masa dan
menempatkannya di setiap tingkat. Buku daftar yang disediakan
tersebut hendaklah mempunyai ruangan-ruangan untuk
mencatatkan perkara-perkara berikut:-
• Bilangan
• Tarikh (Hari)
• Nama
• Masa Mula
• Masa Tamat
• Tugasan
• Tandatangan
• Pegawai Yang Dimaklumkan
• Catatan
iii. Setiap lapisan pegawai yang bekerja lebih masa di pejabat
dimestikan mengisi Buku Daftar Kerja Lebih Masa.
iv. Perlu menggunakan pintu hadapan sahaja untuk keluar/masuk
pejabat.
v. Perlu mendapat kebenaran memegang kunci pejabat dari ketua
tingkat/ pemegang kunci setiap tingkat.
vi. Mencatatkan dalam buku rekod keselamatan tarikh mengambil
dan menyerahkan kunci pejabat.
vii. Perlu memastikan keadaan pejabat di dalam keadaan selamat
sebelum menutup pejabat dan menyerahkan semula kunci
pejabat kepada pemegang kunci seberapa segera.
19
3.3 Keselamatan Bekerja Di Luar Pejabat
3.3.1 Semasa Waktu Pejabat dan Selepas Waktu Pejabat
a. Takrifan
Bekerja di luar pejabat ditakrifkan seperti berikut :
Tugasan Waktu
Lawatan Tapak 8.00 Pagi – 5.00 petang (Semasa Waktu Pejabat)
5.00 petang - 8.00 Pagi
(Selepas Waktu Pejabat)
Mesyuarat
Kursus/Latihan/Taklimat/DLL
b. Peraturan-peraturan
i. Setiap lapisan pegawai perlu memaklumkan kepada ketua
bahagian/ pegawai atasan masing-masing sebelum bekerja di
luar pejabat semasa dan selepas waktu pejabat.
ii. Setiap lapisan pegawai perlu mencatat di papan kenyataan
sebelum bekerja di luar pejabat.
iii. Sebarang kesulitan yang timbul, keadaan tidak selamat,
kemalangan atau kejadian berbahaya semasa bekerja di luar
pejabat perlu dimaklumkan kepada ketua bahagian/ pegawai
atasan /ketua tingkat masing-masing dengan kadar segera.
20
BAHAGIAN 3 : PROSEDUR-PROSEDUR
KESELAMATAN DAN KESIHATAN PLANMALAYSIA@PERAK
21
4.0 PROSEDUR-PROSEDUR KESELAMATAN DAN KESIHATAN
4.1 Prosedur Kebersihan Tempat Kerja
Prosedur ini menerangkan langkah-langkah dan pengawasan yang perlu diambil
dalam penjagaan kebersihan di semua ruang bekerja di PLANMalaysia@Perak (JPBD
Perak Darul Ridzuan) supaya mencegah berlakunya kemalangan atau keadaan yang
tidak selamat disebabkan faktor pengabaian mengamalkan kebersihan.
Langkah-langkah penjagaan kesihatan adalah seperti berikut:-
1. Memastikan semua laluan sentiasa bersih dan bebas daripada halangan-halangan yang boleh mengganggu laluan.
2. Memastikan laluan kecemasan selamat digunakan sekiranya berlaku kecemasan atau kebakaran.
3. Penempatan apa-apa mesin, bahan, peralatan dan lain-lain barangan di laluan ini adalah dilarang sama sekali.
4. Memastikan tiada sebarang bahan yang tidak diperlukan terletak di ruang bekerja.
5. Memastikan stor sentiasa bersih, kemas dan tersusun. 6. Memastikan permukaan lantai tempat kerja dalam keadaan baik, bersih dan
kemas. 7. Memastikan pembuangan sampah hendaklah dibuat dengan cara yang betul
di dalam tong sampah yang disediakan 8. Memastikan lampu berfungsi dengan baik dan kadar pencahayaan yang
mencukupi. 9. Memastikan kawasan tangga bersih dan kemas serta pengadang tangan dalam
keadaan yang baik. 10. Memastikan peralatan dan perkakasan berada dalam kedudukan yang
tersusun/teratur 11. Memastikan alat pemadam api belum tamat tempoh dan diletakkan
di lokasi yang mudah dikesan. 12. Memastikan pemeriksaan tempat kerja dibuat sekurang-kurangnya 1 kali
setahun oleh Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan dan tindakan pembetulan/pembaikan dibuat sekiranya perlu.
13. Memastikan meja dan kerusi kerja bersih dan kemas serta dalam keadaan yang baik.
14. Memastikan pantry berkeadaan bersih dan tersusun 15. Memastikan kemudahan tandas bersih dan baik. 16. Memastikan program gotong-royong pembersihan di setiap tingkat dijalankan
setiap bulan (setiap Jumaat minggu terakhir).
22
4.2 Prosedur Notifikasi Aduan, Kemalangan, Kemalangan Nyaris Dan Kejadian
Berbahaya
4.2.1 Pengenalan
Prosedur ini disediakan berdasarkan kepada Peraturan-Peraturan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pemberitahuan Kemalangan,
Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan) 2004 di
bawah kehendak Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta
514).
4.2.2 Tujuan
Peruntukan Akta 514 mengkehendaki setiap majikan:
a. Menyediakan suatu saluran komunikasi untuk membolehkan mana-mana pekerjanya membuat aduan mengenai apa-apa perkara yang memudaratkan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja;
b. Mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas aduan dan kejadian yang tersebut di atas; dan
c. Melaporkan kejadian yang tersebut di atas kepada Jabatan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia.
4.2.3 Takrifan
Beberapa takrifan berikut adalah berdasarkan Akta 514.
a. Kejadian Berbahaya (Dangerous Occurrence)
Mana-mana kejadian di dalam mana-mana kelas yang disenaraikan
pada Jadual Kedua Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan (Pemberitahuan Mengenai Kemalangan, Kejadian
Berbahaya, Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan) seperti di
LAMPIRAN 1.
b. Kemalangan Nyaris (Near Miss)
Apa-apa kemalangan di tempat kerja yang berpotensi untuk
menyebabkan kecederaan kepada mana-mana orang atau kerosakan
kepada apa-apa harta.
c. Kemalangan (Accident)
Suatu kejadian yang berbangkit daripada atau berkaitan dengan kerja
yang mengakibatkan kecederaan maut atau kecederaan tidak maut.
23
d. Kecederaan Badan yang Serius
Apa-apa kecederaan yang disenaraikan dalam Jadual Pertama
Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
(Pemberitahuan Mengenai Kemalangan, Kejadian Berbahaya,
Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan) seperti di LAMPIRAN 2.
e. Kecederaan Maut
Kecederaan yang membawa kepada kematian serta merta atau
kematian dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh kemalangan.
f. Kecederaan Tidak Maut
i. Kecederaan yang menghalang seorang pekerja daripada
melaksanakan kerja biasa dan membawa kepada ketidakupayaan
untuk bekerja secara kekal atau sementara, atau
ii. Kecederaan yang memerlukan rawatan perubatan.
4.2.4 Tindakan Melapor Kemalangan
a. Ketua Bahagian/Ketua Tingkat hendaklah memastikan setiap kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang berlaku di tempat kerja masing-masing dilaporkan kepada Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Jabatan. Laporan hendaklah dibuat dengan serta merta sebaik sahaja kejadian tersebut dikenalpasti atau berlaku di Jabatan masing-masing dan menghantar Borang JKKP 6 – Laporan Mengenai Kemalangan/Kejadian Berbahaya dan Borang JKKP 7 – Laporan Mengenai Keracunan Pekerjaan/ Penyakit Pekerjaan secepat yang praktik sebagaimana LAMPIRAN 3 dan LAMPIRAN 4 dan disalinkan kepada fail Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Jabatan.
b. Semua kemalangan sama ada mengalami kecederaan atau tidak, hendaklah dilaporkan kepada Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Jabatan dengan segera.
c. Butiran kemalangan mestilah direkodkan dalam Borang JKKP 6 –
Laporan Mengenai Kemalangan/Kejadian Berbahaya dan Borang JKKP 7 – Laporan Mengenai Keracunan Pekerjaan/ Penyakit Pekerjaan oleh pelapor. Borang laporan kemalangan boleh didapati pada setiap bahagian.
• Semua bahagian dalam borang tersebut perlu dipenuhi
dengan teliti dan terperinci khasnya di bahagian huraian
kemalangan.
24
• Borang JKKP 8 – Daftar Kemalangan, Kejadian Berbahaya,
Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan pada LAMPIRAN
5 perlu dihantar kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan (JKKP) Malaysia, Kementerian Sumber Manusia,
Putrajaya yang menyelaras semua urusan yang berkaitan
dengan kemalangan tersebut selewat-lewatnya pada 30
Januari tahun yang berikutnya (walaupun tiada berlaku
sebarang kes/kejadian kemalangan).
d. Bagi kemalangan yang serius, kawasan kemalangan hendaklah jangan diganggu kecuali untuk mencegah kemalangan yang lebih serius atau memudahkan laluan bantuan. Nasihat atau panduan daripada Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Jabatan mengenai kemalangan tersebut hendaklah diperolehi dengan serta merta.
4.3 Prosedur Kecemasan Kebakaran
Prosedur ini hendaklah digunapakai semasa tindakan kecemasan kebakaran. Ia
menjelaskan langkah-langkah semasa tindakan kecemasan kebakaran bagi tujuan
mengatasi semua jenis kemalangan yang mungkin berlaku di Jabatan.
Berikut adalah tindakan yang perlu diambil ketika berlaku kecemasan kebakaran:-
4.3.1 Tindakan Menyelamatkan Diri (Lapisan Pegawai)
Apabila kedengaran loceng kebakaran berbunyi iaitu sebagai isyarat berlaku
kebakaran, semua lapisan pegawai/ pelawat hendaklah :
1. Hentikan kerja dan mematikan semua punca elektrik dan mencabut
plug.
2. Hendaklah keluar mengikut laluan kecemasan dan JANGAN
menggunakan lif, gunakan tangga kecemasan.
3. Jangan berlari, tolak menolak dan panik.
4. Jangan berpatah balik untuk mengambil barang-barang yang
tertinggal.
5. Berikan kerjasama dan patuhi arahan pegawai ‘resque’
6. Berkumpul di tempat yang telah ditetapkan.
7. Sila hubungi Balai Bomba terdekat di talian 03-5519 4444 atau dail
TALIAN KECEMASAN 994 dan 112 bagi panggilan menggunakan
telefon bimbit.
Sila rujuk pelan laluan kecemasan/ pelan lantai bangunan yang di pamerkan
setiap tingkat. Rujuk LAMPIRAN 6(a) – 6(e)
25
4.3.2 Tindakan Jawatankuasa (Pegawai Keselamatan/ Ketua Bahagian/ Ketua
Tingkat/ pegawai ‘resque’
1. Bunyikan wisel berulang kali (jika “alarm” automatik tidak berbunyi).
2. Matikan semua punca elektrik dan mencabut plug.
3. Sekiranya kebakaran berlaku di peringkat awal dan tidak mengancam
keselamatan diri, padamkan segera.
4. Jika didapati kebakaran tersebut telah merebak dan ada penghuni di
bangunan tersebut, beri arahan mengosongkan bangunan.
5. Arahkan lapisan pegawai/pelawat keluar melalui pintu kecemasan
sahaja dan menutup pintu rintangan api selepas keluar.
6. Arahkan lapisan Pegawai/pelawat berkumpul di tempat berkumpul
yang telah ditetapkan dan memastikan semua dalam keadaan
terkawal.
7. Membuat panggilan baris (roll-call) di tempat berkumpul dengan
menggunakan SENARAI KEHADIRAN KAKITANGAN dan menyemak
sekiranya ada yang tertinggal di dalam bangunan bagi pekerja di
bawah kawalan masing-masing.
8. Jangan benarkan sesiapa pun masuk ke bangunan tersebut melainkan
yang berkenaan sahaja.
9. Hubungi pegawai yang bertugas di pondok pengawal keselamatan
untuk bantuan. Jika perlu hubungi Jabatan BOMBA secara terus.
10. Bekerjasama dengan anggota BOMBA dalam segala aspek.
11. Sekiranya terdapat kemalangan atau kecederaan, pastikan pesakit
diberikan rawatan kecemasan dan dihantar ke klinik/hospital
(sekiranya perlu).
4.3.3 Panduan Menyelamatkan Diri Semasa Kebakaran
a. Cara-cara Bergerak Semasa Terperangkap Di Dalam Asap
Di dalam sesuatu kebakaran, asap merupakan ancaman kerana ia
bergerak mendahului api, panas, menyesakkan pernafasan serta
beracun dan boleh menyekat jalan menyelamatkan diri dari
kebakaran. Sebagai panduan menyelamatkan diri dari kebakaran
asap, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:
1. Bertenang, sabar dan berfikir. Panik atau kelam kabut boleh
mengakibatkan anda bertindak dengan cara yang salah.
2. Sebelum membuka pintu, pastikan dahulu, jika panas biarkan
tertutup. Cari jalan lain untuk menyelamatkan diri.
3. Jika terperangkap di dalam asap, rendahkan diri seberapa boleh
sebaiknya merangkak di atas lantai dan bernafas pendek-
pendek (melalui hidung hingga sampai ke tempat selamat).
26
4. Kepulan asap yang banyak biasanya boleh menggelapkan
pemandangan. Dalam keadaan demikian, gunakan belakang
tangan untuk raba jalan menyusur dinding hingga bertemu
pintu keluar.
b. Terperangkap Di Dalam Bangunan Terbakar
Jika anda terperangkap di dalam bangunan semasa berlaku
kebakaran, anda hendaklah bertindak seperti berikut:
1. Dapatkan seberapa banyak pintu bertutup di antara anda
dengan api. Sebagai makluman, pintu-pintu boleh menjadi
penyelamat nyawa anda.
2. Tutupkan pintu di belakang anda dan jauhkan asap dan bahang.
Sumbat celah-celah pintu dan lubang angin dengan kain atau
sebagainya bagi mengelakkan asap masuk (pilih bilik yang
bertingkap dan tunggu untuk diselamatkan).
3. Pergi ke tingkap bagi mendapatkan udara bersih dan beri isyarat
minta bantuan.
4. Buka tingkap di atas dan di bawah untuk membolehkan udara
kotor keluar dan udara bersih masuk.
5. Jika keadaan semakin buruk, pandang keluar tingkap, balut kaki
dengan baju, 'carpet' atau sebagainya (basahkan jika perlu) bagi
menahan kepanasan.
6. Jangan cuba terjun dari tingkap atau tingkat yang tinggi. Ramai
orang terbunuh kerana tergopoh-gapah terjun. Tunggu BOMBA
atau pasukan penyelamat, jika benar-benar tidak ada jalan lain
lagi.
4.4 Prosedur Keselamatan Bagi Penggunaan Peralatan Mesin Fotostat, ‘Shredder’,
Plotter Dan Scaner
Prosedur ini digunakan untuk memastikan pengurusan penggunaan peralatan mesin
fotostat, shredder, plotter dan scaner berada di dalam keadaan yang selamat.
Bagi memenuhi kehendak ini, penggunaan peralatan tersebut perlulah mematuhi
peraturan-peraturan seperti berikut:-
1. Setiap lapisan pegawai hendaklah bertanggungjawab melaksanakan prosedur
ini semasa menggunakan peralatan tersebut;
27
2. Setiap lapisan pegawai perlulah mendapat latihan dan penerangan yang jelas
daripada kakitangan yang lebih arif tentang kaedah dan cara menggunakan
peralatan tersebut yang betul sebelum menggunakannya;
3. Memastikan peralatan bersih daripada bahan-bahan yang tidak diperlukan;
4. Elakkan pembaziran elektrik;
5. Penggunaan mesin hanya untuk urusan rasmi sahaja dan penggunaan selain
daripada urusan rasmi adalah dilarang sama sekali;
6. Laporkan kepada Bahagian Pentadbiran dan Kewangan sekiranya peralatan
tersebut tidak berfungsi dengan baik; dan
7. Semua kakitangan perlulah berhati-hati semasa menggunakan peralatan
tersebut.
4.5 Prosedur Keselamatan Semasa Membuat Lawatan Tapak
Untuk memastikan setiap pegawai berada di dalam keadaan selamat dan sihat
semasa menjalankan tugas lawatan tapak, langkah-langkah keselamatan perlu
diambilkira. Penggunaan peralatan keselamatan semasa mengadakan lawatan tapak
adalah perlu dipatuhi oleh setiap lapisan pegawai Jabatan. Setiap lapisan pegawai
yang hendak membuat lawatan tapak perlulah mematuhi perkara-perkara seperti
berikut:-
1. Memaklumkan kepada Ketua Bahagian/Pegawai Atasan mengenai lokasi dan
tujuan menjalankan lawatan tapak.
2. Memakai kasut dan pakaian yang bersesuaian.
3. Bagi melindungi cahaya matahari, pemakaian topi pelindung cahaya yang
dibekalkan oleh Jabatan adalah digalakkan.
4. Pihak polis hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu sebelum lawatan tapak ke
kawasan yang merbahaya.
4.6 Prosedur Keselamatan Bagi Pemegang Kunci Keselamatan
Kunci merupakan satu alat yang penting dalam menentukan keselamatan Jabatan. Beberapa langkah berikut hendaklah dipatuhi bagi menjamin keselamatan kunci pejabat:
1. Pemegang kunci hendaklah pegawai yang disenaraikan seperti di LAMPIRAN 7 (kecuali mendapat kebenaran);
2. Pemegang kunci hendaklah memastikan merekod masa membuka dan
menutup pejabat di dalam Buku Rekod keselamatan setiap hari;
3. Pemegang kunci memastikan keadaan pejabat di dalam keadaan selamat
sebelum menutup pejabat;
28
4. Kunci tidak boleh diserahkan kepada pegawai lain tanpa kebenaran dan direkod di dalam Buku Rekod keselamatan;
5. Kunci DILARANG sama sekali untuk dibuat ‘pendua’; dan 6. Kunci hendaklah diserahkan kepada Ketua Pembantu Tadbir (Pentadbiran)
apabila berlaku pertukaran tempat bertugas/pegawai.
4.7 Prosedur Pengurusan Keselamatan ICT
Keselamatan ICT adalah bermaksud keadaan di mana segala urusan menyedia dan
membekalkan perkhidmatan yang berasaskan kepada sistem ICT berjalan secara
berterusan tanpa gangguan yang boleh menjejaskan keselamatan.
4.7.1 Kawasan Larangan
Kawasan larangan ditakrifkan sebagai kawasan yang dihadkan kemasukan
kepada pegawai-pegawai yang tertentu sahaja. Ini dilaksanakan untuk
melindungi aset ICT yang terdapat di dalam kawasan tersebut.
a. Kawasan larangan di PLANMalaysia@Perak (JPBD Perak Darul
Ridzuan)adalah bilik server dan bilik switch/hub.
i. Akses kepada kawasan larangan hanyalah kepada
pegawaipegawai yang dibenarkan sahaja; dan
ii. Pihak ketiga adalah dilarang sama sekali untuk memasuki
kawasan larangan kecuali, bagi kes kes tertentu seperti
memberi perkhidmatan sokongan atau bantuan teknikal dan
mereka hendaklah diiringi sepanjang masa sehingga tugas di
kawasan berkenaan selesai.
b. Peraturan Am Bilik Server dan bilik switch/hub
i. Memastikan kebenaran diperolehi dari Pegawai Keselamatan
ICT (ICTSO) atau pegawai lain yang dibenarkan untuk memasuki
bilik server;
ii. Memastikan individu yang diberi kebenaran masuk
bertanggungjawab di atas sebarang kejadian;
iii. Memastikan pintu sentiasa ditutup dan dikunci;
iv. Memastikan bilik server dan bilik switch/hub sentiasa bersih;
v. Memastikan penghawa dingin dalam bilik server sentiasa
berfungsi dan suhu di bawah 16 darjah celsius;
vi. Memastikan 'Uninterruptable Power Supply' (UPS) dalam
keadaan baik dan stabil;
vii. Memastikan alat pencegah kebakaran jenis CO2 (gas) dalam
keadaan baik dan tidak luput tarikh; dan
viii. Memastikan perkara-perkara berikut dipatuhi ketika berada
di dalam bilik server:-
29
Dilarang menghisap rokok; Dilarang membawa makanan dan minuman; Dilarang membawa alat mudah terbakar.
c. Tatacara Masuk/ Keluar Bilik Server
i. Pegawai/individu hendaklah berjumpa Pegawai Keselamatan
ICT atau pegawai lain yang dibenarkan;
ii. Meminta kebenaran untuk memasuki bilik server atas sesuatu
tujuan rasmi/kerja;
iii. Pegawai Keselamatan ICT akan mempertimbangkan kerja-kerja
yang hendak dilakukan;
iv. Jika kerja-kerja tersebut tidak berkaitan atau tidak memerlukan
untuk memasuki bilik server maka permohonan akan di tolak;
v. Pegawai Keselamatan ICT atau pegawai lain yang dibenarkan
akan mengiringi pegawai/individu tersebut ke bilik server dan
membuka pintu;
vi. Pegawai/individu wajib mengisi log keluar / masuk di dalam
buku log yang telah disediakan seperti di LAMPIRAN 8; dan
vii. Pegawai/individu perlu memaklumkan kepada Pegawai
Keselamatan ICT atau pegawai lain yang dibenarkan setelah
meninggalkan bilik server.
30
Rajah 3 : Proses Tatacara Masuk/Keluar Bilik Server
* Atau pegawai lain yang dibenarkan
Berjumpa pegawai
keselamatan ICT*
Minta kebenaran
Pegawai ICT Mengiringi ke
Bilik Server*
Buku Catatan dalam Buku Log
Tugas selesai dan
meninggalkan bilik server
Pengesahan oleh Pegawai
Keselamatan ICT*
Sila buat permohonan
semula (jika tiada
pegawai pengiring)
Selesai
Setuju/Tidak
31
4.7.2 Keselamatan Peralatan
Melindungi peralatan ICT dari kehilangan, kerosakan, kecurian serta
gangguan kepada peralatan tersebut.
Perkara-perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut:
1. Pengguna hendaklah menyemak dan memastikan semua peralatan ICT
di bawah kawalannya berfungsi dengan sempurna;
2. Pengguna bertanggungjawab sepenuhnya ke atas peralatan ICT masing-
masing dan tidak dibenarkan membuat sebarang pertukaran
perkakasan dan konfigurasi yang telah ditetapkan;
3. Pengguna dilarang sama sekali menambah, menanggal atau mengganti
sebarang perkakasan ICT yang telah ditetapkan;
4. Pengguna dilarang membuat instalasi sebarang perisian tambahan
tanpa kebenaran Pentadbir Sistem ICT (Penolong Pegawai Teknologi
Maklumat);
5. Pengguna adalah bertanggungjawab di atas kerosakan atau kehilangan
peralatan ICT di bawah kawalannya;
6. Pengguna mesti memastikan perisian antivirus di komputer peribadi
mereka sentiasa aktif (activated) dan dikemaskini di samping melakukan
imbasan ke atas media storan yang digunakan;
7. Semua peralatan sokongan ICT hendaklah dilindungi daripada kecurian,
kerosakan, penyalahgunaan atau pengubahsuaian tanpa kebenaran;
8. Peralatan-peralatan kritikal perlu disokong oleh ‘Uninterruptable Power
Supply’ (UPS);
9. Semua peralatan ICT hendaklah disimpan atau diletakkan di tempat
yang teratur, bersih dan mempunyai ciri-ciri keselamatan. Peralatan
rangkaian seperti switches, hub, router dan lain-lain perlu diletakkan di
dalam rak khas dan berkunci;
10. Peralatan ICT yang mengalami kerosakan dan perlu dibaiki di luar
pejabat perlulah mendapat kelulusan Pentadbir Sistem ICT dan
direkodkan bagi tujuan pemantauan. Borang Aduan Kerosakan
Komputer perlu digunakan seperti di LAMPIRAN 9;
11. Peralatan ICT yang hilang hendaklah dilaporkan kepada ICTSO dan
Pegawai Aset ICT dengan segera;
12. Pengendalian peralatan ICT hendaklah mematuhi dan merujuk kepada
peraturan semasa yang berkuat kuasa;
13. Pengguna tidak dibenarkan mengubah kedudukan peralatan ICT dari
tempat asal ia ditempatkan tanpa kebenaran Pentadbir Sistem ICT;
14. Sebarang kerosakan peralatan ICT hendaklah dilaporkan kepada
Pentadbir Sistem ICT untuk di baik pulih;
15. Sebarang pelekat selain bagi tujuan rasmi tidak dibenarkan. Ini bagi
menjamin peralatan tersebut sentiasa berkeadaan baik;
16. Konfigurasi alamat IP tidak dibenarkan diubah daripada alamat IP yang
asal;
32
17. Pengguna dilarang sama sekali mengubah kata laluan bagi pentadbir
(administrator password) yang telah ditetapkan oleh Pentadbir Sistem
ICT;
18. Pengguna bertanggungjawab terhadap perkakasan, perisian dan
maklumat di bawah jagaannya dan hendaklah digunakan sepenuhnya
bagi urusan rasmi sahaja;
19. Pengguna hendaklah memastikan semua perkakasan komputer,
pencetak dan pengimbas dalam keadaan “OFF” apabila meninggalkan
pejabat;
20. Sebarang bentuk penyelewengan atau salah guna peralatan ICT
hendaklah dilaporkan kepada ICTSO; dan
21. Memastikan plug dicabut daripada suis utama (main switch) bagi
mengelakkan kerosakan perkakasan sebelum meninggalkan pejabat.
(jika berlaku kejadian seperti petir, kilat dan sebagainya).
22. Semua media storan yang mengandungi data kritikal hendaklah
disimpan di dalam peti keselamatan yang mempunyai ciri-ciri
keselamatan termasuk tahan dari dipecahkan, api, air dan medan
magnet;
23. Perkakasan backup hendaklah diletakkan di tempat yang terkawal (peti
keselamatan); dan
24. Mengadakan salinan atau penduaan (backup) pada media storan kedua
bagi tujuan keselamatan dan bagi mengelakkan kehilangan data.
4.7.3 Peralatan Di Luar Premis
Perkakasan yang dibawa keluar dari premis PLANMalaysia@Perak (JPBD
Perak Darul Ridzuan) adalah terdedah kepada pelbagai risiko.
Perkara-perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut:
1. Peralatan perlu dilindungi dan dikawal sepanjang masa; dan
2. Penyimpanan atau penempatan peralatan mestilah mengambil kira ciri-
ciri keselamatan yang bersesuaian.
4.7.4 Bekalan Kuasa Elektrik
Bekalan kuasa merupakan punca kuasa elektrik yang dibekalkan kepada
peralatan ICT.
Perkara-perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut:
1. Semua peralatan ICT hendaklah dilindungi dari kegagalan bekalan
elektrik dan bekalan yang sesuai hendaklah disalurkan kepada peralatan
ICT; dan
2. Peralatan sokongan seperti ‘Uninterruptable Power Supply’ (UPS) dan
penjana (generator) boleh digunakan bagi perkhidmatan kritikal seperti
di bilik server supaya mendapat bekalan kuasa berterusan.
33
4.7.5 Kabel
Kabel komputer (networking) hendaklah dilindungi kerana ia boleh
menyebabkan maklumat menjadi terdedah.
Langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil adalah seperti berikut:
1. Menggunakan kabel yang mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan;
2. Melindungi kabel daripada kerosakan yang disengajakan atau tidak
disengajakan;
3. Melindungi laluan pemasangan kabel sepenuhnya bagi mengelakkan
ancaman kerosakan dan ‘wire tapping’; dan
4. Semua kabel perlu dilabelkan dengan jelas dan mestilah melalui
‘trunking’ bagi memastikan keselamatan kabel daripada kerosakan dan
pintasan maklumat.
4.7.6 Backup
Bagi memastikan sistem dapat dibangunkan semula setelah berlakunya
bencana, backup hendaklah dilakukan setiap kali konfigurasi berubah.
Perkara-perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut:
1. Membuat backup keselamatan ke atas semua sistem perisian dan
aplikasi sekurang-kurangnya dua (2) kali sebulan atau setelah mendapat
versi terbaru;
2. Membuat backup ke atas semua data dan maklumat mengikut
keperluan operasi. Kekerapan backup bergantung pada tahap kritikal
maklumat;
3. Menguji sistem backup dan prosedur ‘restore’ sedia ada bagi
memastikan ianya dapat berfungsi dengan sempurna, boleh dipercayai
dan berkesan apabila digunakan khususnya pada waktu kecemasan;
4. Menyimpan sekurang-kurangnya tiga (3) generasi backup; dan
5. Merekod dan menyimpan salinan backup di lokasi yang berlainan dan
selamat.
34
4.8 Prosedur Keselamatan Bagi Kesempurnaan Kenderaan
Pemandu hendaklah mengetahui dan mempunyai senarai semak perkaraperkara
seperti berikut sebelum menghidupkan enjin kenderaan, semasa menghidupkan
enjin kenderaan, sebelum bertolak dan sebagainya.
a. Pemandu mestilah memeriksa keadaan kenderaan secara umum;
1. Minyak enjin mencukupi
2. Angin tayar kenderaan termasuk tayar simpanan
3. Air radiator
4. Bateri kering
5. Minyak brek
6. Minyak ‘power steering’
b. Peralatan dan dokumen dibawa bersama;
1. Jack
2. Pembuka tayar
3. Peti Pertolongan Cemas
4. Tanda tiga segi
5. Pemadam Api jenis CO2 (gas)
6. Tayar simpanan
7. Cukai jalan
8. Smart Tag dan Kad ‘Touch N Go’
c. Ketika enjin dihidupkan;
1. Pastikan bunyi enjin memuaskan
2. Tiada asap hitam
3. Meter kepanasan tidak melebihi had
4. Brek berfungsi dengan baik
5. Lampu isyarat berfungsi
6. Lampu brek berfungsi
7. Penghawa dingin berfungsi
8. Pemancut air berfungsi (wiper)
9. Lampu amaran berfungsi
10. Tali pinggang kaledar untuk pemandu dan penunggang dalam keadaan
baik
11. Cermin sisi berkeadaan baik
35
d. Buku Log dan Rekod Kad Minyak dan kad ‘Touch n Go’ yang diguna perlu
direkodkan;
1. Nama pemandu
2. Kenderaan yang digunakan
3. Masa bertolak
4. Rekod jarak perjalanan (bacaan odometer)
5. Buku Log dan rekod Kad Minyak dan kad ‘Touch n Go’ diserahkan kepada
Ketua Pembantu Tadbir untuk semakan dan tandatangan pengesahan
setiap bulan.
e. Penyelenggaraan Kenderaan;
1. Pemandu hendaklah memastikan penyelenggaraan berkala daripada pihak
yang bertauliah atau yang dicadangkan oleh pihak pengeluar kenderaan
tersebut.
2. Rekod Laporan Penyelenggaraan hendaklah difailkan.
3. Pemandu hendaklah bertanggungjawab memastikan alat ganti yang
digunakan adalah tulen.
4. Pemandu hendaklah memastikan penjagaan tayar bersesuaian dengan
kenderaan.
5. Pemandu hendaklah bertanggungjawab memastikan kenderaan dalam
keadaan bersih.
f. Tempat Letak Kenderaan;
1. Pemandu perlu memastikan kenderaan di letak di petak yang telah
ditetapkan.
2. Ketika berada di luar kawasan pejabat pemandu perlu memastikan di letak
di tempat yang selamat dengan kawalan rapi.
36
BAHAGIAN 4 : GARIS PANDUAN
KESELAMATAN DAN KESIHATAN PLANMALAYSIA@PERAK
37
5.0 GARIS PANDUAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN
5.1 Kemudahan Peti Pertolongan Cemas
Garis panduan ini adalah untuk menjelaskan langkah-langkah dan perkara yang perlu
dibuat dalam penyediaan Peti Pertolongan Cemas (PPC) di tempat kerja.
5.1.1 Lokasi
a. PPC ditempatkan di bawah pengawasan Ketua Tingkat.
b. PPC juga ditempatkan di bilik KESUBA tingkat 3 dan semua kenderaan
Jabatan.
c. Semua lapisan pegawai hendaklah dimaklumkan tentang lokasi PPC
ditempatkan.
5.1.2 Kandungan
a. PPC hendaklah mempunyai kuantiti bahan-bahan pertolongan cemas
yang sesuai dan mencukupi. Senarai kandungan PPC yang disarankan
adalah seperti berikut:-
1. Kapas Putih
2. Kain Pembalut (Bandages
3. Paracetamol – Panadol
4. Ubat Luka – Iodin
5. Minyak Angin
6. Handsplast
7. Pita Pelekat
8. Pin Untuk Bandages
9. Gunting
10. Sarung Tangan
11. Penyepit Kapas
12. Deepheat Sport
13. Krim Antiseptik (Burnol Plus)
14. Eusolution
b. Bahan-bahan yang tiada berkaitan dengan pertolongan cemas
hendaklah tidak disimpan dalam PPC. Bahan-bahan ubatan
makan/minum perlu diasingkan.
c. PPC hendaklah sentiasa diperiksa bagi memastikan kandungannya
mencukupi sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun. Mana-mana
bahan yang berkurangan hendaklah ditambah dan bahan-bahan yang
luput tarikh atau rosak perlu diganti semula.
38
5.2 Kawalan Risiko Di Tempat Kerja
Mengawal risiko kemalangan di tempat kerja adalah kaedah asas dalam melindungi
pekerja. Perlaksanaan sistem yang lebih selamat dapat mengawal atau
mengurangkan risiko bencana, kemalangan, mendapat penyakit dan kecederaan di
tempat kerja.
5.2.1 Program Kawalan Risiko
Berikut adalah perkara-perkara yang terdedah dengan risiko kemalangan di
tempat kerja dan langkah-langkah yang perlu dipatuhi:-
a. Peralatan elektrik dan lampu
i. Memastikan semua peralatan pejabat berfungsi dengan baik.
ii. Memastikan lampu berfungsi dengan baik.
iii. Membuat laporan segera sekiranya berlakunya litar pintas dan
lampu tidak berfungsi.
b. Suis elektrik dan plug
i. Memastikan semua suis dan plug berfungsi dengan baik.
ii. Melaporkan sekiranya terdapat suis dan plug yang rosak.
iii. Kenalpasti kedudukan alat pecah kaca untuk mengaktifkan penggera
sekiranya berlaku kebakaran.
iv. Perlu memastikan memadam dan menutup semua suiz dan plug
pada waktu tamat bekerja sebagai langkah penjimatan dan
keselamatan.
c. Bilik ‘server’
i. Bilik server perlu sentiasa dikunci.
ii. Tidak dibenarkan masuk tanpa kebenaran kecuali pegawaipegawai
yang ditugaskan.
iii. Menempatkan alat pemadam api jenis CO2 (gas) sebagai persediaan
kebakaran
iv. Server perlu disimpan di dalam kabinet besi yang kukuh.
v. Memastikan suhu penghawa dingin di dalam bilik server sentiasa
terkawal.
vi. Peraturan am penggunaan bilik server telah disediakan (sila rujuk
para 4.7.1 dan rajah 3).
d. Bilik simpanan fail dan dokumen
i. Berhati-hati ketika mengubah kedudukan peralatan yang berat
seperti almari, meja, peralatan, kotak, fail dan dokumen supaya tidak
mengalami kecederaan manual. Gunakan tangga dan troli jika perlu.
ii. Dilarang merokok di dalam ruang pejabat bagi mengelakkan
terdedah kejadian kebakaran.
iii. Menempatkan alat pemadam api mudah alih sebagai persediaan
kebakaran.
39
e. Siling
Membuat laporan segera kepada Unit Pengurusan Bangunan sekiranya
berlaku sebarang kerosakan pada struktur bangunan seperti dinding
retak dan siling bocor/ pecah.
f. Tangga laluan kecemasan
i. Pastikan lorong laluan dalam dan luar pejabat tidak dihalang oleh
peralatan, perabot, dawai elektrik dan lain-lain. Ini bagi memastikan
laluan selamat untuk digunakan sekiranya berlaku kecemasan atau
kebakaran.
ii. Memastikan semua kakitangan jabatan mengetahui kedudukan
pelan kecemasan kebakaran dan memahami tanda-tanda laluan
kecemasan di dalam pelan.
5.2.2 Program Kesedaran Kawalan Risiko Di Tempat Kerja
a. Menyediakan latihan kebakaran (dianjurkan oleh Unit Pengurusan
Bangunan) bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat.
b. Menyediakan program ceramah dan taklimat kesihatan.
c. Mengadakan taklimat mengenai kesedaran kawalan risiko di tempat
kerja kepada semua lapisan kakitangan.
Untuk keterangan lanjut berhubung proses penaksiran risiko di tempat kerja,
rujuk Garis Panduan Pengenalpastian Bahaya, Penilaian Risiko dan Kawalan
Risiko 2008 (Guidelines for Hazard Identification, Risk Assessment and Risk
Control-HIRARC 2008) yang di keluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan, Malaysia.
5.3 Audit Dalaman Keselamatan Dan Kesihatan Jabatan
a. Audit dalaman hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya sekali setahun di
setiap tingkat dan meliputi semakan seperti berikut:-
i. Kemudahan;
ii. Struktur dalaman pejabat; dan
iii. Persekitaran
Rujuk Senarai Semak Audit Dalaman Keselamatan dan Kesihatan seperti di
LAMPIRAN 10
b. Audit Dalaman dijalankan oleh wakil-wakil pekerja dari tingkat yang berlainan
dengan tempat bertugas.
c. Hasil dari audit dalaman akan diambil tindakan penambahbaikan (bagi tindakan
segera) dan dilaporkan di dalam mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan
Kesihatan .
40
BAHAGIAN 5 : LAMPIRAN
41
PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (PEMBERITAHUAN
MENGENAI KEMALANGAN, KEJADIAN BERBAHAYA, KERACUNAN PEKERJAAN DAN PENYAKIT
PEKERJAAN)
JADUAL KEDUA
[subperaturan 5(1)]
KEJADIAN BERBAHAYA
BAHAGIAN I
KEJADIAN BERBAHAYA YANG BOLEH DIBERITAHU APABILA BERLAKU DI MANA-MANA
KERUNTUHAN PERANCAH
1. Keruntuhan atau keruntuhan sebahagian daripada mana-mana perancah yang tingginya
lebih daripada 5 meter yang mengakibatkan sebahagian besar daripada perancah jatuh atau
terbalik.
KERUNTUHAN BANGUNAN ATAU STRUKTUR
2. Di mana-mana bangunan atau struktur yang dalam pembinaan, pembinaan semula,
pengubahsuaian atau perobohan, keruntuhan atau keruntuhan sebahagian daripada mana-
mana bahagian bangunan atau struktur itu, atau daripada mana-mana topang sementara,
kecuali jika cara dan takat keruntuhan atau keruntuhan sebahagian disengajakan.
LITAR PINTAS ELEKTRIK
3. Litar pintas atau beban lampau elektrik yang disertai api atau letupan yang mengakibatkan
pemberhentian loji yang terlibat selama lebih daripada 24 jam dan yang mungkin boleh
menyebabkan kecederaan badan yang serius kepada mana-mana orang.
PELEPASAN BAHAN
4. Pembebasan atau pelepasan tidak terkawal apa-apa bahan atau agen dalam hal keadaan
yang mungkin boleh menyebabkan kerosakan kepada kesihatan atau kecederaan yang serius
kepada mana-mana orang.
LETUPAN, KEBAKARAN ATAU KEGAGALAN STRUKTUR
5. Letupan, kebakaran atau kegagalan struktur yang menjejaskan keselamatan atau kekuatan
mana-mana tempat kerja atau loji yang terdapat di dalam tempat kerja itu.
6. Apa-apa letupan atau kebakaran yang berlaku di mana-mana tempat kerja yang berpunca
daripada penyalaan bahan terproses, barangan sampingan atau barangan siapnya yang
mengakibatkan pemberhentian atau penggantungan kerja biasa di tempat itu selama lebih
daripada 24 jam.
Lampiran 1
42
7. Peletusan bekas yang berputar, roda, batu pengasah atau roda pengasah yang digerakkan
oleh kuasa mekanik.
8. Peletusan, peletupan atau keruntuhan talian paip atau mana-mana bahagiannya; atau
penyalaan apa-apa benda di dalam talian paip, atau apa-apa benda yang sebaik sebelum ia
dinyalakan, berada di dalam talian paip.
9. Peletupan, keruntuhan, peletusan atau kegagalan struktur yang menjejaskan keselamatan
atau kekuatan apa-apa vessel tertutup termasuklah dandang stim atau vessel tekanan tidak
berapi; kehilangan air, peleburan palam boleh lakur dan peletusan tiub.
10. Kebakaran atau letupan di dalam sesuatu gudang atau kawasan penyimpanan di mana
bahan berbahaya disimpan.
43
PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (PEMBERITAHUAN MENGENAI KEMALANGAN, KEJADIAN BERBAHAYA, KERACUNAN PEKERJAAN
DAN PENYAKIT PEKERJAAN)
JADUAL PERTAMA
[Subperaturan 5(1)]
KECEDERAAN BADAN YANG SERIUS
1. Emaskulasi.
2. Kurang penglihatan yang kekal salah satu mata.
3. Kurang pendengaran yang kekal salah satu telinga.
4. Kurang mana-mana anggota atau sendi.
5. Kemusnahan atau kerosakan yang kekal upaya mana-mana anggota atau sendi.
6. Kecacatan yang kekal pada kepala atau muka.
7. Patah atau dislokasi tulang.
8. Hilang kesedaran akibat daripada kekurangan oksigen.
9. Hilang kesedaran atau sakit akut akibat daripada penyerapan, penyedutan atau pengingesan
apa apa bahan, yang memerlukan rawatan oleh pengamal perubatan berdaftar.
10. Apa-apa hal tentang keadaan tidak sihat akut yang terdapat sebab untuk mempercayai
bahawa hal ini ialah akibat daripada pendedahan kepada pathogen terasing atau bahan yang
dijangkiti, semasa bekerja.
11. Apa-apa kecederaan atau luka terbakar lain yang berhubungan dengan kerja yang
mengakibatkan orang yang tercedera dimasukkan ke dalam hospital dengan serta-merta
selama lebih daripada 24 jam.
Lampiran 2
44
Lampiran 3
45
Lampiran 4
46
Lampiran 5
47
48
49
50
51
LALUAN KECEMASAN SEWAKTU KEBAKARAN (PELAN TINGKAT 3)
Nota:- PROSEDUR KECEMASAN KEBAKARAN Apabila kedengaran loceng kebakaran berbunyi iaitu sebagai isyarat berlaku kebakaran, semua kakitangan/pelawat hendaklah:- (1) Hentikan kerja dan mematikan semua punca elektrik dan mencabut plug (2) Hendaklah keluar mengikut arah laluan bertanda ‘hijau’ dan JANGAN menggunakan lif, gunakan tangga kecemasan (3) Janagan berlari, tolak menolak dan panic (4) Jangan berpatah balik untuk mengambil barang yang tertinggal (5) Berikan kerjasama dan patuhi arahan ketua tingkat/pasukan ‘Quick Response Team’ (QRT) (6) Ketua Tingkat perlu memastikan semua kakitangan/pelawat telah keluar daripada bangunan/tingkat masing-masing (7) Berkumpul di tempat yang telah ditetapkan(___) (8) Sila hubungi Balai Boma terdekat (____ ) di talian 05- atau dail Talian Kecemasan ___
bersambung ke mukasurat _
Lampiran 6(a)
52
LALUAN KECEMASAN SEWAKTU KEBAKARAN (PELAN TINGKAT 3)
Nota:- PROSEDUR KECEMASAN KEBAKARAN Apabila kedengaran loceng kebakaran berbunyi iaitu sebagai isyarat berlaku kebakaran, semua kakitangan/pelawat hendaklah:- (1) Hentikan kerja dan mematikan semua punca elektrik dan mencabut plug (2) Hendaklah keluar mengikut arah laluan bertanda ‘hijau’ dan JANGAN menggunakan lif, gunakan tangga kecemasan (3) Janagan berlari, tolak menolak dan panic (4) Jangan berpatah balik untuk mengambil barang yang tertinggal (5) Berikan kerjasama dan patuhi arahan ketua tingkat/pasukan ‘Quick Response Team’ (QRT) (6) Ketua Tingkat perlu memastikan semua kakitangan/pelawat telah keluar daripada bangunan/tingkat masing-masing (7) Berkumpul di tempat yang telah ditetapkan(___) (8) Sila hubungi Balai Boma terdekat (____ ) di talian 05- atau dail Talian Kecemasan ___
Lampiran 6(b)
bersambung ke mukasurat _
53
LALUAN KECEMASAN SEWAKTU KEBAKARAN (PELAN TINGKAT 3)
Nota:- PROSEDUR KECEMASAN KEBAKARAN Apabila kedengaran loceng kebakaran berbunyi iaitu sebagai isyarat berlaku kebakaran, semua kakitangan/pelawat hendaklah:- (1) Hentikan kerja dan mematikan semua punca elektrik dan mencabut plug (2) Hendaklah keluar mengikut arah laluan bertanda ‘hijau’ dan JANGAN menggunakan lif, gunakan tangga kecemasan (3) Janagan berlari, tolak menolak dan panic (4) Jangan berpatah balik untuk mengambil barang yang tertinggal (5) Berikan kerjasama dan patuhi arahan ketua tingkat/pasukan ‘Quick Response Team’ (QRT) (6) Ketua Tingkat perlu memastikan semua kakitangan/pelawat telah keluar daripada bangunan/tingkat masing-masing (7) Berkumpul di tempat yang telah ditetapkan(___) (8) Sila hubungi Balai Boma terdekat (____ ) di talian 05- atau dail Talian Kecemasan ___
Lampiran 6(c)
Kawasan Padang
54
LALUAN KECEMASAN SEWAKTU KEBAKARAN (PELAN TINGKAT 7)
Nota:- PROSEDUR KECEMASAN KEBAKARAN Apabila kedengaran loceng kebakaran berbunyi iaitu sebagai isyarat berlaku kebakaran, semua kakitangan/pelawat hendaklah:- (1) Hentikan kerja dan mematikan semua punca elektrik dan mencabut plug (2) Hendaklah keluar mengikut arah laluan bertanda ‘hijau’ dan JANGAN menggunakan lif, gunakan tangga kecemasan (3) Janagan berlari, tolak menolak dan panic (4) Jangan berpatah balik untuk mengambil barang yang tertinggal (5) Berikan kerjasama dan patuhi arahan ketua tingkat/pasukan ‘Quick Response Team’ (QRT) (6) Ketua Tingkat perlu memastikan semua kakitangan/pelawat telah keluar daripada bangunan/tingkat masing-masing (7) Berkumpul di tempat yang telah ditetapkan(___) (8) Sila hubungi Balai Boma terdekat (____ ) di talian 05- atau dail Talian Kecemasan ___
bersambung ke mukasurat _
Lampiran 6(d)
55
LALUAN KECEMASAN SEWAKTU KEBAKARAN (PELAN TINGKAT 7)
Nota:- PROSEDUR KECEMASAN KEBAKARAN Apabila kedengaran loceng kebakaran berbunyi iaitu sebagai isyarat berlaku kebakaran, semua kakitangan/pelawat hendaklah:- (1) Hentikan kerja dan mematikan semua punca elektrik dan mencabut plug (2) Hendaklah keluar mengikut arah laluan bertanda ‘hijau’ dan JANGAN menggunakan lif, gunakan tangga kecemasan (3) Janagan berlari, tolak menolak dan panic (4) Jangan berpatah balik untuk mengambil barang yang tertinggal (5) Berikan kerjasama dan patuhi arahan ketua tingkat/pasukan ‘Quick Response Team’ (QRT) (6) Ketua Tingkat perlu memastikan semua kakitangan/pelawat telah keluar daripada bangunan/tingkat masing-masing (7) Berkumpul di tempat yang telah ditetapkan(___) (8) Sila hubungi Balai Boma terdekat (____ ) di talian 05- atau dail Talian Kecemasan ___
bersambung ke mukasurat _
Lampiran 6(e)
56
LALUAN KECEMASAN SEWAKTU KEBAKARAN (PELAN TINGKAT 7)
Nota:- PROSEDUR KECEMASAN KEBAKARAN Apabila kedengaran loceng kebakaran berbunyi iaitu sebagai isyarat berlaku kebakaran, semua kakitangan/pelawat hendaklah:- (1) Hentikan kerja dan mematikan semua punca elektrik dan mencabut plug (2) Hendaklah keluar mengikut arah laluan bertanda ‘hijau’ dan JANGAN menggunakan lif, gunakan tangga kecemasan (3) Janagan berlari, tolak menolak dan panic (4) Jangan berpatah balik untuk mengambil barang yang tertinggal (5) Berikan kerjasama dan patuhi arahan ketua tingkat/pasukan ‘Quick Response Team’ (QRT) (6) Ketua Tingkat perlu memastikan semua kakitangan/pelawat telah keluar daripada bangunan/tingkat masing-masing (7) Berkumpul di tempat yang telah ditetapkan(___) (8) Sila hubungi Balai Boma terdekat (____ ) di talian 05- atau dail Talian Kecemasan ___
Lampiran 6(f)
Kawasan Padang
57
SENARAI NAMA BAGI PEMEGANG KUNCI PENDUA PEJABAT PLANMALAYSIA@PERAK (JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA PERAK DARUL RIDZUAN
BIL TINGKAT Pegawai
TINGKAT 3
1. Kunci PINTU UTAMA (2) – Pondok Keselamatan Bangunan
En. Michael Dass En. Farizul Shahril bin Ibrahim En. Ahmad Saufi bin Abdul Hamid
2. Kunci Pintu Kecemasan Bah. Korporat En. Azman bin Yusof
3. Kunci Pintu Kecemasan Bilik Mesyuarat Royal Belum
En. Ahmad Saufi bin Abdul Hamid
TINGKAT 7
1. PINTU UTAMA (2) – Pondok Keselamatan Bangunan
En. Michael Dass En. Farizul Shahril bin Ibrahim En. Ahmad Saufi bin Abdul Hamid
2. Pintu Kecemasan Tingkat 7 (Sebelah Bilik Mesyuarat Pangkor)
En. Aizat bin Mohd Yusof
3. Kunci Pintu Kecemasan Bahagian Kawalan En. Meor Mohamed Firdaus bin Haji Ahmad Zawawi
4. Kunci Bilik Server Pn. Noraini binti Mat Razali
NOTA: i. Rekod pemegang kunci pendua perlu direkodkan dan kemaskini dari masa kesemasa. ii. Pegawai yang bertanggungjawab membuka pintu utama pejabat perlu berurusan di
pondok pengawal untuk ambil dan serah kunci. iii. Pemegang kunci utama peti kunci pendua adalah Pn. Nirmala A/P Krisnan
Lampiran 7
58
LOG KELUAR MASUK BILIK SERVER PLANMALAYSIA@PERAK
Bil. Tarikh Nama Agensi Kelulusan Pegawai
ICT*/ T.Tangan
Waktu Masuk/
T.Tangan
Waktu Keluar/
T.Tangan
Catatn/ Tujuan Kerja
Lampiran 8
59
PENYELENGGARAAN DAN PEMBAIKAN KOMPUTER
MS ISO 9001 : 2015 - JPBD.Pk/PK 24
1 MAC 2017
Lampiran JPBDPk./PK24-01: Borang Laporan Kerosakan Komputer
LAPORAN KEROSAKAN KOMPUTER KEW 312 :
MAKLUMAT PENGADU NAMA : JAWATAN/ UNIT :
MAKLUMAT PERKAKASAN NO PENDAFTARAN HARTA MODAL : JPBD.Pk. HM JENIS PERKAKASAN : JENAMA & MODEL : NO SIRI: KETERANGAN KEROSAKAN:
TANDA TANGAN PENGADU :
TARIKH :
LAPORAN PEMERIKSAAN AWAL NAMA PEMERIKSA : KETERANGAN :
JENIS PEMBAIKAN YANG DICADANGKAN DALAMAN / LUARAN TANDA TANGAN PEMERIKSA :
TARIKH :
LAPORAN PEMBAIKAN PENYELENGGARA / PEMBEKAL : TARIKH SELENGGARA : TARIKH BAWA KELUAR : TARIKH DIPULANGKAN : KETERANGAN PENYELENGGARAAN : TANDA TANGAN PENYELENGGARA : TARIKH :
PERAKUAN UJIAN FUNGSIAN ( ) PERKAKASAN TELAH DISELENGGARA DAN DIBAIKI DAN BERFUNGSI DENGAN BAIK CATATAN :
NAMA PENYEMAK : JAWATAN / UNIT : KOS : RM RUJUKAN : TANDA TANGAN PENYEMAK : TARIKH :
PENGESAHAN KETUA UNIT GEOINFORMATIK
( ) KERJA-KERJA PEMBAIKAN DI ATAS TELAH DIJALANKAN DENGAN BAIK CATATAN : TANDA TANGAN PENGESAHAN : NAMA/JAWATAN TARIKH :
Lampiran 9
60
PLANMALAYSIA@PERAK JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA
PERAK DARUL RIDZUAN
SENARAI SEMAK
AUDIT DALAMAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN
(Dokumen ini mempunyai 5 muka surat)
Tarikh Pemeriksaan :
Bahagian :
Tingkat :
Juruaudit :
1. 2.
Lampiran 10
61
62
63
64