Transcript
Page 1: Malaysia sebagai aset strategik kepemimpinanOIC · manfaatkan Malaysia ketika kita giat meneruskan model tersendiri hak asasi manusia dan usaha pem bangunan yang dapat dicontohi pel

14 APRIL 2015 ® SELASA RENCANA 023

Malaysia sebagai aset strategik kepemimpinanOIC

Perkasa peranan NGI pertahan hak

Muslim, tangani ekstremisme

S uatu cabaran terbesar diga­riskan Setiausaha Agung Per­tubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang baharu, Tan Sri Dr Iyad Ameen Madani yang

perlu ditangani OIC ialah memper­kayakan perbahasan hak asasi ma­nusia dengan nilai dan prinsip Is­lam. Hal ini ditegaskan secara khu­sus ketika beliau menghadiri sesi keempat Suruhanjaya Bebas Tetap Hak Asasi Manusia (IPHRC) OIC di Jeddah pada 2 Februari 2014, genap kira-kira setahun selepas beliau se­cara rasminya diisytihar sebagai pe­megangjawatan tertinggi OIC.

Dr Iyad menyebut secara khu­susnya isu had kebebasan bersuara, kesamarataan gender, pelaksanaan hak asasi manusia bersesuaian de­ngan sistem perundangan dan per­lembagaan negara anggota OIC, ser­ta tindakan menyekat ekstremisme sebagai antarakeutamaan OIC da­lam tahun mendatang. Hal itu perlu diberi tumpuan kerana sedang menjadi antara punca pertenta­ng;m utama perbahasan hak asasi manusia pada peringkat sejagat ke-

· tika ini. Keprihatinan Dr Iyad sendiri da­

lam kenyataan beliau pada sidang keempat IPHRC berkenaan menye­but mengenai realiti negara ang­gota OIC yang secara sukarela me­nerimapakai dan melaksanakan norma hak asasi manusia antara­bangsa. Namun begitu, beberapa isu melangkaui skop sebenar hak asasi manusia dan bercanggah de­ngan ajaran islam oleh kerana ke­rana asas kerangkanya berlandas­kan fahaman liberal sekular tama-

Dr Iyad Ameen Madani

dun Barat. lni adalah antara realiti yang di­

hadapi Malaysia dalam usaha me­nyeimbangi usaha memberi had ke­

. bebasan yang bertanggungjawab dan amanah mempertahankan ke­dudukan Islam di dalam Perlem­bagaan Persekutuan dan hak ke­bebasan beragama penduduk ber­bilang agama di negara ini.

Kebebasan bersuara Contoh yang paling ketara ialah berkenaan isu kebebasan bersuara yang sedang hangat diperkatakan dengan pindaan terkini yang di­perkenalkan Kerajaan Malaysia bagi memperkasa Akta Hasutan 1948, serta inisiatif kerajaan mempetke­nalkan Akta Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 yang diluluskan Dewan Rakyat baru-baru ini.

Dua akta itu bukan untuk me­nafikan kebebasan bersuara dan hak kebebasan lain, tetapi us aha menzahirkan hasrat absah sese­buah kerajaan bagi menangani si­kap melampau dalam memprak­tikkan hak kebebasan bersuara dan kebebasan asasi lainnya. Bagi Dr Iyad, isu kebebasan bersuara ada­lah sesuatu yang asasi (fundamen­tal) tetapi walaupun wujud secara berterusan siri kejadian kebencian dan keganasan yang disebabkan ke­ganasan akibat sikap stereotaip aga­rna dan mendedahkan keaiban in­dividu tokoh agama, masyarakat dan agama, sesetengah' negara ma­sih enggan meletakkan batasan

atau had pertanggungjawaban ter­hadap hak dan kebebasan ini.Ma­lah, negara yang majoritinya ber­agama Islam yang mempertahan­kan kehormatan, kemuliaan dan reputasi nilai agama, kitab suci aga­rna dan tokoh agama demi mem­promosi keamanan dalam kalangan inasyarakat dikritik hebat kerana mengehadkan kebebasan ini (con­tohnya melalui undang-undang penghinaan terhadap agama).

Kekang suara ekstremisme Selain itu, cabaran mengekang sua­ra ekstremisme yang wujud dalam kalangan negara anggota OIC juga perlu ditangani, bagi mengelak sa­lah tanggapan bahawa suara itu wujud mewakili arus perdana Is­lam. Usaha ini tentu bertepatan dengan inisiatif Malaysia mengete­ngahkan pendekatan wasatiyyah dalam melaksanakan tuntutan Is­lam" di dalam pentadbiran negara dan dalam mengurus kemajmukan masyarakat pelbagai agama di Ma­laysia. Dengan wujud kerjasama yang lebih utuh ' di antara kepe­mimpinan OIC dan Kerajaan Ma-

, laysia, usaha mence01a dan mem­bahas idea wasatiyyan ini akan da­pat disebarluaskan dalam kalangan negara anggota OIC dalam us aha menangani gejala ektremisme dan terorisme.

Diharapkan kunjungan rasmi Se­tiausaha Agung OIC ke sini mulai hari ini hingga Jumaat dapat me­nyerlahkan peranan optimum Ma­laysia sebagai rakan strategik ke­pemimpinannya. Selain hakikat ba­hawa OIC adalah pertubuhan kedua terbesar segi rangkuman geo­grafi selepas Pertubuhan Bangsa­Bangsa Bersatu (PBB), pertubuhan ini juga berbangga dengan fakta bahawa Islam adalah agama per­tama yang meletakkan asas yang kukuh mengenai hak-hak kemanu­siaan sejagat.

Semenjak penubuhannya, OIC te­lah memulakan usaha mempromo­si hak asasi manusia dan kebebasan asasi berkenaan, termasuk dan khu-

susnya usaha membela hak wani.ta dan pembabitan mereka dalam se­mua aspek kehidupan, membantu masyarakat minoriti Muslim ber­depan dengan cabaran memperta­hankan maruah serta identiti bu­daya dan agama mereka.

penulis percaya bahawa kepe­mimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan barisan ke­pemimpinan negara akan meman­faatkan kunjungan hormat ini bagi memperkasa kembali peranan dan gagasan OIC. Piagam OIC memben­tuk IPHRC sebagai satu inisiatif mempromosi hak sivil, politik, so­sial dan ekonomi yang bersesuaian dengan nilai Islam. Suruhanjaya berkenaan yang menubuhkan em­pat kumpulan kerja yang memfo­kus isu Palestin, Hak Wanita dan Kanak-Kanak, Islamofobia dan Mi­noriti Islam serta Hak Terhadap Pembangunan. .

Kumpulan kerja berkenaan perlu menjadi landasan yang dapat di­manfaatkan Malaysia ketika kita giat meneruskan model tersendiri hak asasi manusia dan usaha pem­bangunan yang dapat dicontohi pel­bagai negara lain. Pada tahun ini khususnya, peranan Malaysia seba­gai Pengerusi ASEAN dan ahli ang­gota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB boleh dimanfaatkan .sepenuh­nya bagi memperkukuh peranan IPHRC.

Di sinilah juga peri penting pe­ranan dan sumbangan pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGI) perlu diberikan perhatian khusus kepe­mimpinan OIC dan negara anggo­tanya. Jika dalam gelanggang hak asasi manusia PBB di Geneva, pe­ngaruh sebilangan NGO dalam membahaskan nilai dan memper­kukuh serta melaksana mekanisme perlindungan hak asasi manusia menjadi sangat berkesan, maka OIC seharusnya mengorak langkah memperkasa peranan NGI dalam menguasai mekanisme hak asasi manusia PBB sedia ada yang se­bahagiannya dapat dimanfaatkan untuk mempertahankan hak ma­syarakat Muslim dalam kalangan negara anggota.

Negara anggota OIC tidak seha­rusnya dibiarkan bersendirian me­nerima tanpa usul periksa segala instrumen dan konvensyen hak asa­si manusia antarabangsa tanpa me­mahami implikasi dan tujuannya. OIC melalui IPHRC juga perlu me­luaskan skop dan peranannya un­tuk memberikan tafsiran betul me­ngenai nilai dan hakikat sebenar hak asasi manusia berlandaskan acuan syariah dan nilai yang tidak bercanggah dengan fitrah kemanu­siaan, seperti digariskan Setiausaha Agungnya, dalam pelbagai forum dan platform.

D~ penulis 1:1 ialah peguam dan ketua eksekutif,

Pusat Penyelidikan dan Advokasi Menahan individu disyaki militan an tara usaha kerajaan untuk mengekang ekstremisme. [FOTO HIASAN] Hak Asasi ,Manusia (CENTHRAl

AZRILMOHD AMIN

-+

Top Related