Download - Maksud Etika

Transcript

Maksud Etika 1. Satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan (Dewan Bahasa & Pustaka, 1995)2. Prinsip moral atau set prinsip moral (Kamus Oxford, 1994).3. Tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat.4. Dari persepktif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah.

Maksud Etika ProfesionalSemua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku profesion dalam masyarakat.Skop Etika Profesional 1. Mencakupi sebahagian besar kehidupan ahli profesional kecuali hal-hal yang benar-benar peribadi seperti mencuci kereta, menanam bunga dll.2. Dalam Islam, etika ialah akhlak yang diamalkan oleh manusia yang bertakwa dalam keseluruhan hidupnya.3. Etika PerguruanBermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar.

Kepentingan Etika GuruGuru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etika dianggap penting kerana:

1. Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan. – Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru.2. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. – Guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka.3. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. – Guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain.4. Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan. – Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan.5. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi. – Membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara.6. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. – Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan atnara ahli dalam organisasi

Tanggungjawab guru

1. Guru tidaklah harus bertingkahlaku sehingga begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionalnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion

perguruan.2. Guru tidaklah harus bertingkahlaku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan.3. Dalam semua hubungan dan tugas, guru hendaklah menjalankannya dengan jujur.4. Tanggungjawab utama guru ialah terhadap muridnya. Kepentingan murid mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian.5. Guru haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan setiap muridnya.6. Guru haruslah memberi perhatian dan pengajaran untuk semua murid tidak kira bangsa dan agama atau kepercayaan.7. Guru haruslah bertugas sebagai 'pengganti ibubapa' dalam usaha membentuk tingkah laku murid ke arah matlamat yang diterima oleh masyarakat.8. Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal, keturunan, daya intelek dan lain-lain.9. Guru haruslah mengesan, menerima perbezaan individu di kalangan muridnya dan membimbing mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan lain-lain.10. Guru haruslah menghormati hak setiap murid supaya maklumat sulit mengenai diri murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi yang tidak berkenaan.11. Guru tidaklah harus bertingkah laku terhadap muridnya begitu rupa yang boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan.12. Guru tidaklah harus menanam sikap yang boleh merosakkan kepentingan murid, masyarakat atau negara.13. Guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua muridnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat dan berguna.14. Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri murid dan ibubapa terhadapnya.15. Guru haruslah bertingkahlaku begitu rupa supaya menjadi contoh baik atau 'role model' kepada muridnya.16. Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada muridnya untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran yang disahkan.17. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen atau pengajaran persendirian.18. Guru tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik persendirian terhadap muridnya.19. Guru tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibubapa atau ahli masyarakat dalam menjalankan tugas profesionalnya.20. Guru tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru lain.21. Guru haruslah menggunakan cara yang sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan) untuk tujuan kenaikan pangkat atau untuk mendapat pekerjaan.22. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruanEtika Kerja Kementerian Pelajaran MalaysiaEtika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati berdasarkan prinsip-prinsip berikut:-Niat yang betul

Perlakuan yang baikPengerak ke arah kebaikanMemperkotakan apa yang dikatakanBerdisiplin dan beradabMenghargai dan bertanggungjawab hasil usaha organisasi

NILAI-NILAI UTAMA ETIKA KERJA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAWalaupun banyak terdapat nilai-nilai mulia, tetapi tujuh nilai utama menjadi fokus Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia.Nilai-nilai itu adalah:AmanahBenarBijaksanaBersyukurDedikasiIhklasPenyayangAkauntabiliti keguruan

1.0 Konsep keguruan

Menurut Kamus Dewan (1970), ‘guru’ bererti pendidik, pengajar dan pengasuh. Jika dihuraikan dengan lebih mendalam lagi, pendidik bermaksud orang yang memelihara dan melatih. Pengajar ialah seorang yang menjadi petunjuk kepada orang lain, manakala pengasuh memberi makna orang yang memelihara, menjaga dan mendidik. Manakala keguruan ialah sesuatu yang mempunyai perkaitan dengan bidang menuntut ilmu atau tempat mendapatkan ilmu seperti sekolah, tempat belajar, pengajaran dan pembelajaran dan sebarang perkara yang mempunyai perkaitan dengan guru.

2.0 Konsep AkauntabilitiMengikut Kamus Dwibahasa , perkataan ‘akauntabiliti’ di huraikan sebagai bertangungjawab kepada seseorang atau bertangugjawab terhadap sesuatu. Menurut Tan Sri Ahmad Sarji , konsep akauntabiliti adalah satu obligasi untuk memberikan jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak untuk mendapat jawapan dan penjelasan tersebut . Akauntabiliti juga adalah mengenai displin dan keperluan untuk memberikan justifikasi dan menerima keberrtangungjawaban terhadap sesuatu keputusan yang telah diambil.

3.0 Akauntabiliti keguruan.Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru. Akauntabiliti keguruan juga membawa maksud berkenaan dengan tanggungjawab guru terhadap profesionalisme keguruan. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru yang dimaksudkan di atas merangkumi akautabiliti guru terhadap pelajar , diri guru itu sendiri, sekolah, masyarakat dan negara , dan profesion keguruan amnya.

Akauntabiliti guru terhadap

3.1 PelajarSeorang guru haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik darjah termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut kaedah dan teknik yang berkesan. Guru juga haruslah mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan murid-murid berbanding hal-hal lain. Seorang guru yang bertanggungjawab haruslah bersikap adil terhadap pelajar-pelajarnya tanpa mengira bangsa, agama, faktor jasmani, emosi, mental, politik, sosial dan perkara-perkara lain. Guru hendaklah membimbing dan mengajar murid-murid di bilik darjah tanpa meminta sebarang bayaran atau hadiah daripada mereka, sebaliknya guru sekali-sekala perlu memberi hadiah kepada murid-muridnya untuk menggalakkan mereka berminat terhadap proses pembelajaran. Memberi contoh teladan yang baik dengan berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas harus juga di amalkan supaya murid memperolehi model yang baik. Ini adalah kerana seorang guru merupakan orang yang di hormati oleh pelajarnya, oleh yang demikian perlulah guru menjaga profesionalisme guru supaya mereka tidak di benci,di pandang serong dan tidak di hormati lagi oleh anak muridnya.3.2 DiriSeorang guru haruslah menjaga kebersihan dan kesihatan dirinya agar dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Emosi hendaklah di kawal oleh guru sendiri dan juga perlu menghindarkan diri dari sebarang ketegangan jiwa yang boleh mengganggu tugasnya. Sebagai seorang guru, guru hendaklah bijak menguruskan kewangan dengan bijaksana dan mengimbangi pendapatan dengan perbelanjaan. Ini adalah kerana jika guru gagal menguruskan kewangan maka guru akan menghadapi masaalah luaran yang boleh menjejaskan tumpuannya terhadap proses pengajaran di sekolah. Guru juga di galakkan melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. dan peka terhadap peristiwa di sekeliling melalui media massa atau elektronik supaya mudah memberikan imput yang berguna terhadap profesionnya. Guru juga boleh melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan aktiviti berfaedah di masa lapang yang boleh menjadikan guru itu sihat dari segi mental dan fizikal.

3.3 SekolahSekolah ialah tempat seseorang guru bertugas. Oleh itu , guru juga bertangungjawab terhadap tugas yang di amanahkan oleh pentadbiran sekolah. Sebagai seorang ahli dalam sebuah sekolah ,guru mempunyai akauntabiliti terhadap perkembangan dan kemajuan sekolah. Dalam hal ini, selain tugas mengajar , guru juga hendaklah menjalankan tugas-tugas yang lain seperti sebagai guru displin, kaunselor, setiusaha peperiksaan,setiusaha PIBG, panitia mata pelajaran dan jawatan-jawatan lain yang di lantik oleh pihak pentadbiran sekolah.

3.4 Masyarakat dan NegaraSebagai seorang guru , beliau hendaklah menjalankan tugas untuk menyebarkan cita dan matlamat pendidikan negara berlandaskan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara. Guru hendaklah Memupuk nilai dan sikap murni pelajar dan sesuai dengan masyarakat berbilang bangsa dalam diri pelajar. Guru hendaklah memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat. Selain itu guru hendaklah mengeratkan persefahaman dan kerjasama di kalangan guru dan ibu bapa pelajar. Guru haruslah bersopan santun dan bertingkahlaku baik dalam segala aktiviti sosial bagi mewujudkan suasana harmoni. Guru perlu sentiasa berusaha untuk memenuhi tanggungjawab

terhadap masyarakat dan negara dengan tidak menyebarkan ajaran yang boleh merosakkkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara. Guru juga hendaklah sering memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap pelajar yang dapat membimbing mereka menjadi warganegara yang setia, bertanggungjawab, menghormati orang lebih tua dan perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. Di samping itu guru hendaklah menghormati masyarakat di tempat guru tersebut berkhidmat dan memenuhi tanggungjawab sebagai ahli masyarakat. Guru juga perlu menggalakkan kerjasama di antara guru dengan ibubapa dan masyarakat, serta mengamlkan tingkah laku soppan yang diterima oleh masyarakat .

3.5 Profesion KeguruanGuru haruslah meluaskan ilmu dengan membaca pelbagai buku rujukan berkaitan mata pelajaran yang diajar. Ini termasuklah memahami selengkapnya isi pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dan menyertai seminar pendidikan seperti kursus-kursus yang dianjurkan oleh jabatan pendidikan atau pihak pentadbiran sekolah. Ini di lakukan dengan merancang dan melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya bagi mencapai objektif pelajaran secara maksimum. Guru juga hendaklah mengajar dengan fakta yang betul agar murid menerima ilmu yang betul dan tepat.

4.0 PenutupDengan dapat memahami prinsip akauntabiliti , guru dapat memahami tanggungjawabnya yang sebenar. Penghayatan akauntabiliti haruslah di hayati sepenuhnya kerana akan dapat meningkatkan tahap profesionalisme keguruan. Ini kerana penghayatan tersebut membolehkan semua guru dapat menjalankan tanggungjawab dan tugas-tugasnya dengan penuh komited dan dedikasi. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru merangkumi akuntabilitinya terhadap sekolah, diri sendiri , murid-murid dan profesion keguruan akan dapat ditingkatkan sekiranya seseorang guru itu benar-benar menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik dengan berkesan. Peningkatan dalam bidang tersebut melambangkan tingginya kualiti seseorang guru yang juga akan meningkatkan taraf profesionalisme keguruan. Selain itu guru juga dapat melaksanakan tugas itu dengan bersungguh-sungguh dan penuh dedikasi sekiranya guru tahu tanggungjawabnya terhadap kerjayanya. Kesedaran kepada akauntabiliti akan menjadikan seseorang guru itu lebih bertanggungjawab terhadap tanggungjawab yang di laksanakannya. Oleh yang demikian, akauntabiliti perlulah dihayati oleh semua guru. Sekiranya seseorang guru itu mengabaikan akauntabiliti terhadap tugas dan tanggungjawabnya , maka tanggungjawabnya tidak dapat di jalankan dengan baik dan akan gagal melahirkan modal insan seperti yang di cita-citakan negara. Ini akan menjatuhkan martabat profesion perguruan oleh kerana perbuatan yang tidak bertanggungjawab terhadap amanah yang di berikan.

Posted by mohd nazriat 12:42 AM

GURU SEBAGAI SATU PROFESION

Profesion Pekerjaan yang khusus di mana ia dilaksanakan oleh orang yang berpendidikan tinggi atau mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu. Contoh: keguruan, peguaman, akauntan, perubatan, kaunseling, kejuruteraan dan perniagaan.  Ciri-ciri Profesion Konsep Perguruan Dan Keguruan Perguruan = pengajaran kepada guru pelatih, murid dan sebagainya. Keguruan = perkara yang berkaitan dengan guru, iaitu yang berkaitan dengan peranan, tugas dan kelayakan sebagai guru . Konsep Profesion Perguruan Dan Keguruan Profesion perguruan = pekerjaan pengajaran yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan khas. Profesion keguruan = satu pekerjaan yang membawa bersama tanggungjawab, integriti dan akauntabiliti terhadap masyarakat. Keguruan sebagai satu profesion Pekerjaan penting Bersifat autonomi Memerlukan kelayakan akademik dan latihan ikhtisas Guru digolongkan sebagai pakar dalam pendidikan Mengutamakan perkhidmatan Keguruan Bukan Satu Profesion Kelayakan akademik dan latihan yang berbeza Kuasa Kesatuan Keseragaman ahli Kesatuan Kuasa Autonomi Bidang ikhtisas yang lain Konsep Profesional dan Bukan Profesional- Konsep Profesion Perguruan dan Keguruan. Perguruan, menurut Kamus Dewan (1989), adalah diertikan sebagai PENGAJARAN, misalnya perguruan kepada guru-pelatih, murid dan sebagainya. Manakala, perkataan keguruan

boleh diertikan sebagai PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN GURU, iaitu yang berkaitan dengan peranan, tugas dan kelayakan sebagai guru. Maka, profesion perguruan: pekerjaan pengajaran yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan khas. Profesion keguruan: pekerjaan yang berkaitan dengan peranan tugas, tanggungjawab, sifat dan kualiti guru. Keguruan dalam konsep profesional. mempunyai latihan ikhtisas dalam Latihan Keguruan. mempunyai autonomi menentukan kaedah-kaedah mengajar dalam bilik darjah. menjadi ahli kesatuan yang menentukan kod etika sebagai panduan guru dalam segala aktiviti profesionalnya. Pekerjaannya merupakan perkhidmatan yang penting kepada individu dan negara. guru digolongkan sebagai pakar dalam pendidikan. Keguruan dalam konsep bukan profesional. pekerjaan guru tidak terhad kepada guru terlatih sahaja. Orang yang tidak mempunyai latihan ikhtisas dalam bidang keguruan pun boleh digelar sebagai guru, selagi dia menjalankan tugas mengajar. Selain itu, seseorang tidak semestinya peroleh ilmu pengetahuan daripada buku sahaja, tetapi juga daripada televisyen, majalah, buku-buku dan sebagainya. Kemasukan ahli ke dalam profesion keguruan tidak sukar dan tidak banyak persaingan. autonomi seseorang guru adalah terhad. Kebanyakan keputusan tidak boleh dibuat oleh guru sendiri tetapi dibuat oleh pentadbir sekolah. kesatuan guru tidak mempunyai kuasa untuk memecat guru daripada mengajar di sekolah jika guru itu tidak mematuhi kod etika yang ditentukan oleh kesatuannya. bukan semua guru diwajibkan menjadi ahli

dalam kesatuan guru. Tambahan pula, terdapat banyak kesatuan guru yang mempunyai matlamat penubuhan mereka yang berbeza. Kod Etika Profesion Perguruan Malaysia etika ialah suatu sistem dasar tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi. setiap badan profesional mempunyai kod etika masing-masing. setiap profesion akan menetapkan nilai-nilai asas yang perlu ditaati oleh semua insan yang menjalankan pekerjaan tersebut. Ini disebut sebagai KOD ETIKA. justeru, etika profesional ialah nilai-nilai atau tingkah laku murni yang harus dihayati oleh individu-individu mengikut profesion masing-masing. Kod etika memperjelaskan tindakan-tindakan betul yang perlu diikuti dan tindakan-tindakan salah yang perlu dihindari oleh individu-individu dalam sesuatu profesion. tujuan kod etika ialah untuk mengekalkan integriti moral sesuatu profesion. setiap guru harus mematuhi kod etika yang terdapat dalam TATASUSILA PROFESION KEGURUAN seperti yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, seperti berikut: tanggungjawab terhadap pelajar; tanggungjawab terhadap ibu bapa; tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara; dan tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan Etika Suatu sistem yang berkaitan dengan dasar akhlak dan tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi.  Meliputi aspek-aspek moral yang baik dan yang buruk, serta yang betul dan salah dengan tujuan memberi garis panduan kepada ahli-ahli berkenaan.

Kod Etika Memperjelaskan tindakan-tindakan betul yang perlu diikuti dan tindakan-tindakan salah yang perlu dihindari oleh individu-individu dalam sesuatu profesion. Bertujuan untuk mengekalkan integriti moral sesuatu profesion. (a) Tanggungjawab terhadap Pelajar Mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar Bersikap adil terhadap setiap pelajar Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit tentang pelajar Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang baik Membimbing atau mengajar seseorang pelajar (b) Tanggungjawab terhadap Ibu Bapa Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa Mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat antara institusi pendidikan dengan rumah tangga Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka. (c) Tanggungjawab terhadap Masyarakat dan Negara Menghormati perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara

(d) Tanggungjawab terhadap Rakan Sejawat dan Profesion Kegurua n Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seorang guru Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat Mengawal diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru.   Akauntabiliti Guru ‘ akauntabiliti’ = bertangungjawab kepada seseorang atau bertangugjawab terhadap sesuatu. Konsep akauntabiliti satu obligasi untuk memberikan jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak untuk mendapat jawapan dan penjelasan tersebut. Akauntabiliti keguruan tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru.  akauntabiliti keguruan bermaksud tanggungjawab terhadap profesionalisme keguruan.    Kebaikan Akauntabiliti Memastikan semua pelajar belajar mengikut kemampuan mereka sendiri dan berfaedah bagi sekumpulan kecil pelajar yang lemah Pelajar akan mempunyai motivasi yang kuat untuk belajar Penekanan pada pencapaian memotivasikan guru untuk mencuba pendekatan-pendekatan pengajaran yang baru. Akauntabiliti dapat memberitahu orang ramai segala yang berlaku di sekolah Akauntabiliti Guru terhadap Sekolah Kaedah mengajar sejajar dengan perkembangan kognitif murid-murid. Bersifat optimistik dan menunjukkan minat yang tinggi di dalam pekerjaannya Kaedah mengajar yang

terkini dan canggih Perhubungan sosial yang baik . Kawalan disiplin yang berkesan Akauntabiliti Guru terhadap Sekolah Membina satu program perkembangan ko- kurikulum yang dinamik Pembimbing kepada muridmurid untuk memotivasikan murid-murid bagi meningkatkan kemahiran pencapaian akademik Menjalankan tugas yang diamanahkan oleh pentadbiran sekolah Akauntabiliti Guru terhadap Tingkah Laku Melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan Menjadi seorang 'role model' yang baik dalam masyarakat setempat Mengurus kewangan sendiri dengan bijaksana Mengamalkan nilai-nilai murni seperti ketatasusilaan, belas kasihan, kejujuran dan keikhlasan, kecekapan, pertimbangan memelihara penampilan diri Melibatkan diri dalam hobi aktiviti berfaedah pada masa lapang mengawal emosi ketika mengajar  Akauntabiliti Guru terhadap Murid Mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid-murid Bersedia menyelesaikan masalah murid-murid dengan bersikap adil Ikhlas dalam menyampaikan ilmu pengetahuan Bekerjasama dengan pihak sekolah dan ibu bapa. Tidak mengharapkan sebarang balasan dan ganjaran Akauntabiliti Guru terhadap Profesion Menjadi ahli kesatuan guru elak membuat sebarang kenyataan negatif tentang profesionnya dalam media tempatan elakkan daripada menganggotai parti haluan kiri/ kegiatan pengganas , dan politik Selalu bersedia membantu rakan sejawat elakkan daripada terlibat dalam sebarang kegiatan negatif atau merbahaya

Akauntabiliti Guru terhadap Komuniti Tidak menyebarkan ajaran negatif yang boleh merosakkkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara Bersopan-santun dan bertingkah laku baik dalam segala aktiviti sosial Mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat Sentiasa menghormati ahli-ahli masyarakat setempat Tidak mencemarkan nama baik rakan sejawat

Pendahuluan.Dalam perkembangan dunia yang pesat membangun pada ketika ini, pelbagai informasi terkini

sangat mudah diperolehi, salah satunya ialah berita yang pelbagai. Ianya disalurkan melalui

pelbagai medium elektronik seperti melalui internet, televisyen, radio, bahan bercetak seperti

akhbar, risalah dan sebagainya. 

Tidak dinafikan berita-berita yang telah tersebar melalui media adalah datang dari pelbagai

sumber dan sudut pendapat yang berbeza, namun begitu, pengaruhnya terhadap masyarakat

dilihat sangat membimbangkan, khususnya dalam pendokumentasian isu yang melibatkan guru. 

Hal ini akan membawa seribu satu persoalan, persepsi dan pandangan dari pelbagai sudut, baik

positif dan juga negatif, terutamanya terhadap profesion perguruan khususnya dan kepada guru

amnya.

Guru dan Profesion Perguruan.

Guru.

Adapun pendapat umum berkenaan definisi guru ialah seorang yang mengajarkan sesuatu ilmu

kepada murid atau pelajar di setiap peringkat usia dan tingkat tahap pendidikan itu sendiri. Ragbir

Kaur (2007), mendefinisikan guru adalah sebagai insan yang mendidik murid dalam pelbagai ilmu

pengetahuan dan kemahiran daripada pelbagai disiplin dalam kurikulum sekolah, manakala Mok

Soon Sang (2007) mena’rifkan guru adalah pendidik dan pengasuh kanak-kanak yang akan

menjadi warisan kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk kemajuan Negara pada masa depan.

Profesion Perguruan.

Merujuk kepada Kamus Dewan (1989), perkataan ‘Perguruan’ yang diertikan dalam konteks

pendidikan ialah ‘pengajaran’, contohnya perguruan kepada guru, murid dan sebagainya,

manakala perkataan ‘keguruan’ pula diertikan sebagai ‘perkara yang berkaitan dengan guru’,

seperti peranan, tugas, kelayakan, sifat dan lain-lain perkara sebagai guru, misalnya masyarakat

memandang tinggi kepada nilai keguruan yang ada pada seorang guru, yang menjelaskan tentang

ciri-ciri serta sahsiah yang dimiliki oleh guru pada perkataan keguruan yang dinyatakan.

Profesion memiliki maksud yang sangat luas khususnya dalam aspek pekerjaan. Ianya membawa

dimensi dan penilaian yang berbeza antara suatu pekerjaan dengan pekerjaan yang lain dalam

konteks standard dan impak terhadap individu yang terlibat dalam pekerjaan tersebut. 

Dalam menghuraikan sama ada sesuatu pekerjaan itu boleh diklasifikasikan sebagai profesion

atau tidak, tokoh pendidikan Amerika Syarikat, Lieberman telah menggariskan beberapa ciri-ciri

tertentu, seperti yang berikut:

-Pekerjaan itu merupakan perkhidmatan yang unik dan penting.

-Banyak menggunakan keupayaan intelek.

-Pakar dalam bidangnya dan mempunyai autonomi semasa menjalankan tugas.

-Mendapat latihan khusus.

-Mementingkan mutu perkhidmatan serta dedikasi terhadap kerja.

-Merupakan ahli kepada autonomi yang menentukan nilaitaranya.

-Mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasi.

-Bertanggungjawab terhadap semua keputusan yang telah diambil.

Dalam menjelaskan makna sebenar konsep profesion perguruan, ada baiknya ia dinilai daripada

dua sudut pandangan yang berbeza agar ianya dapat didefinisikan dengan lebih efektif dan

mudah untuk difahami. Awang Had Salleh (1980) memperihalkan bahawa perguruan adalah lebih

mirip kepada pekerjaan berbanding profesion. 

Mok Soon Sang (1996) telah meringkaskan konsep profesionalisme dalam kalangan guru sebagai

suatu pekerjaan khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan

ikhtisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, berakauntibiliti dan bermoral tinggi,

mempunyai autonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya. 

Kedua-dua pendapat ini telah menggambarkan secara ringkas konsep profesion perguruan dan

menjelaskan bagaimana perguruan itu sendiri dianggap sebagai suatu profesion yang mempunyai

standard yang tersendiri.

Etika Keguruan.

Harold Koontz & Heinz Weihrich (1990) menjelaskan etika adalah sebagai satu cabang ilmu

pengetahuan yang meliputi perkara yang baik dan tidak baik seiring dengan kewajiban dan

tanggungjawab moral. 

Dalam erti kata yang lain,etika adalah panduan dan ketetapan yang telah digariskan terhadap

setiap perlakuan untuk memastikan matlamat yang ingin dicapai dapat diperolehi seperti yang

telah ditetapkan. Sebagai contoh, dalam konteks ingin membentuk sahsiah yang terpuji dalam diri

seorang guru, adalah menjadi satu tenggungjawab bagi seorang guru untuk mempraktikkan etika

keguruan dalam diri masing-masing bagi dalam usaha untuk mencapai hasrat untuk menjadi guru

yang mempunyai sahsiah yang terpuji.

Isu Etika Keguruan.

Namun begitu, sejak kebelakangan ini, kita telah banyak menyaksikan pelbagai isu negatif yang

telah menafikan akauntibiliti dan etika keguruan dalam kalangan guru pada masa kini.

Bukan sekali berita yang telah memaparkan kes tindakan salah laku guru disiarkan. Lebih

membimbangkan lagi, peratus berlakunya isu yang melibatkan etika keguruan yang tidak

menyenangkan tidak menunjukkan tanda-tanda penurunan, malah graf pada statistik kajian ke

atas perkara ini memaparkan lonjakan angka yang menggambarkan betapa parahnya isu etika

keguruan yang sedang berlaku. Sepanjang tempoh bermula dari bulan Januari hingga Mei dalam tahun 2007, lebih 200 aduan telah diterima oleh pihak Kementerian Pelajaran berkenaan kes salah laku yang melibatkan guru. Terdapat beberapa jenis kesalahan utama yang telah dikenalpasti dalam aduan-aduan yang telah dibuat, seperti rasuah, tidak hadir bertugas, gangguan seksual, pecah amanah, penyalahgunaan dadah dan sebagainya. Berikut merupakan analisis jumlah peratus kesalahan yang telah dilaporkan. 

Rajah 1 : Peratus bilangan kesalahan pelbagai guru yang dilaporkan dalam bulan Januari hingga Mei 2007.

200 aduan yang diterima dalam tempoh 5 bulan bukanlah jumlah yang sedikit, kerana mungkin

masih terdapat lebih banyak lagi kes yang melibatkan isu etika keguruan yang negatif  tidak

diadukan kepada pihak yang berkenaan seperti pihak Kementerian Pelajaran dan juga Polis Diraja

Malaysia. Besar kemungkinan peratus angka yang dicatatkan dalam Rajah 1 akan meningkat

sekiranya tidak ada usaha untuk cuba mengatasi dan mengurangkan kadar berlakunya kes salah

laku yang membabitkan etika keguruan yang tidak baik.

Dalam akhbar-akhbar harian tempatan, baik dalam bentuk akhbar bercetak dan juga akhbar yang

diakses melalui internet, setiap terbitan yang terkini tidak pernah lekang dengan topik kebejatan

etika keguruan. Berkesinambungan dengan analisis aduan yang terdapat di dalam Rajah 1.

Berikut merupakan tajuk-tajuk utama berita, melibatkan etika keguruan yang terdapat di media

massa dari tahun 2008 sehingga ke hari ini :

 

Implikasi Isu Terhadap Akauntabiliti Keguruan dan Integriti Guru.

Gambar 1 : Perbezaan antara dua zaman berkenaan tindakan guru dan ibu bapa murid

  

Contoh-contoh berita yang telah disiarkan dan juga berdasarkan pengalaman saya sendiri berada

di sekolah adalah merpuakan bukti yang kukuh, bahawa isu etika keguruan yang semakin

membarah dan berpotensi tinggi untuk menularkan kesan-kesan sampingan yang pelbagai

kepada pelbagai pihak, khususnya terhadap akauntabiliti dan integriti keguruan, ekoran daripada

tindakan guru yang menyalahi etika keguruan.

Komik yang dipaparkan dalam Gambar 1 menunjukkan dua situasi dan latar belakang masa yang

berbeza, namun mempunyai tema yang sama, iaitu tindakan guru terhadap murid serta respon

dari  ibu bapa murid terhadap tindakan guru. Apa pun tindakan yang dilakukan oleh seorang guru,

ianya tidak boleh dipisahkan dengan akauntabiliti keguruan.

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, akauntabiliti bermaksudsifat bertanggungjawab terhadap

seseorang atau sesuatu keputusan atau  tindakan manakala Kamus Dewan Edisi Keempat

menerangkan maksud integriti, iaitu kejujuran, ketelusan dan menjaga sesuatu daripada perkara

yang melibatkan penyelewengan. 

Dalam konteks akauntabiliti keguruan dan integriti guru pula, ianya merujuk kepada

tanggungjawab dan komitmen yang tinggi terhadap profesion perguruan dalam beberapa

komponen utama, iaitu akauntabiliti terhadap murid, ibu bapa, rakan sejawat, masyarakat dan

negara serta profesion perguruan, serta pembudayaan nilai integriti keguruan dalam kalangan

guru.

Walaupun begitu, isu-isu yang melibatkan etika keguruan yang sangat banyak berlaku pada hari

ini telah menjejaskan akautabiliti guru. Secara amnya, isu yang membabitkan etika keguruan telah

melunturkan akauntabiliti yang ada dalam diri guru yang tidak terlibat dengan sebarang kes salah

laku tersebut atas persepsi umum yang dibuat oleh masyarakat.

Apabila persepsi negatif ditujukan kepada akauntabiliti keguruan, maka segala tindakan yang

dilakukan oleh guru akan mendapat respon yang pelbagai khususnya daripada ibu bapa dan

masyarakat amnya. 

Sebagai contoh, apabila seorang guru yang sangat mematuhi kod etika profesion perguruan dan

melaksanakan akautabilitnya sebagai guru memberikan teguran dan nasihat dengan tegas kepada

muridnya supaya menyiapkan latihan secara lisan. Apabila hal itu sampai kepada pengetahuan

penjaga murid berkenaan, maka  guru tersebut telah didakwa atas kesalahan melakukan

kekasaran terhadap anaknya, atas persepsinya yang tidak begitu baik terhadap akautabiliti

keguruan yang ada pada guru secara amnya.

Di samping itu, lunturnya integriti yang ada pada seorang guru kesan daripada isu seperti hadir

lewat ke sekolah. Ianya bukan sahaja akan mengakibatkan hilangnya kepercayaan dan rasa

hormat terhadap rakan sejawat dan murid-murid, bahkan secara tidak langsung akan

melambatkan aspek pengurusan dan pengelolaan. Pelan Integriti Nasional telah menggariskan 5

objektif khusus, salah satu darinya ialah menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan

anggota masyarakat serta mendorong perkembangan masyarakat sivil yang menjunjung prinsip

integriti dan bergerak cergas menegakkan integriti. 

Selain itu, kualiti pembelajaran murid juga akan turut terkesan akibat daripada etika guru yang

telah menjejaskan akauntabiliti keguruan itu sendiri. Sebagai contoh, murid yang menjadi mangsa

kepada guru yang tidak mengamalkan kod etika keguruan serta menjalankan akauntabilitinya

sebagai guru akan merasa mereka seolah-olah guru berkenaan garang dan susah untuk didekati. 

Maka, sekiranya murid berkenaan mengalami masalah, murid tersebut tidak berani untuk

berjumpa dengan guru itu kerana takut kepada guru tersebut.

 Harus diingat bahawa, hal seperti ini adalah penyumbang utama kepada jatuhnya akauntibiliti profesion perguruan dalam kaca mata masyarakat pada hari ini, lebih-lebih lagi dengan tersiarnya berita-berita negatif berkenaan isu keguruan di segenap sumber media massa.

 

Gambar 2 : Kes salah laku guru berada di tempat tertinggi dalamGoogle Search Engine.

Marshall Mc Luhan (1983) yang menulis buku Media is the Message menjelaskan bahawa media

lebih berkesan dalam menentukan isi kandungan maklumat, kerana media itu sendiri yang

berperanan dalam menyampaikan maklumat. Sejauh mana maklumat itu dapat disebarkan, sejauh

itulah luasnya masyarakat akan menerimanya dan bagaimana impaknya pada masyarakat itu,

ditentukan oleh media itu sendiri. 

Maka dalam konteks ini, masyarakat yang menerima maklumat secara cepat dan meluas secara

tidak langsung akan dipengaruhi oleh kandungan media itu sendiri. Melihat kepada jumlah kes

jenayah dan salah laku berkenaan isu etika keguruan yang disiarkan di media massa, sedikit

sebanyak ianya mampu mengubah persepsi masyarakat terhadap profesion perguruan, daripada

persepsi yang baik, kepada yang sebaliknya.

Media massa lebih banyak dan kerap memaparkan kes-kes negatif yang melibatkan etika

keguruan berbanding menyiarkan perkara-perkara yang positif. Hal ini perlu dipandang serius

oleh pihak-pihak yang berkenaan, seperti pihak media, pihak kementerian dan organisasi di

sekolah itu sendiri untuk cuba menggiatkan usaha untuk mengangkat dan meningkatkan semula

martabat profesion perguruan yang kian terjejas dari hari ke hari. 

Cadangan Langkah-langkah Menangani Isu.

Memperkasakan konsultansi antara pihak sekolah & ibu bapa.

Apabila rasa tidak puas hati para ibu bapa terhadap tindakan guru, memfailkan saman adalah

tindakan yang selalu diambil untuk menyelesaikan masalah.

Senario ini telah acap kali berlaku pada hari ini, sehingga ianya dibawa ke sidang parlimen.

Bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Hon Choon Kim  telah menyatakan bahawa guru

mempunyai tanggungjawab yang amat berat dalam mendidik. Sekiranya mereka melakukan

sesuatu yang telah menimbulkan perasaan tidak puas hati ibu bapa, perkara itu tidak perlu dibawa

ke mahkamah, sebaliknya dibawa berbincang secara baik.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) adalah salah satu medium terbaik untuk menghubungkan

antara ibu bapa dan juga guru. Perancangan untuk mewujudkan kesefahaman dan kerjasama

antara dua pihak ini perlu diperkemaskan untuk memastikan tidak berlaku salah faham serta

terjalinnya hubungan yang baik antara pihak sekolah, khususnya guru-guru dan ibu bapa.

Melibatkan guru-guru dengan kursus-kursus yang berkaitan.

Kursus atau seminar adalah antara mekanisme terbaik untuk mendapatkan ilmu serta

meningkatkan kemahiran-kemahiran yang pelbagai. Ianya bukan sahaja boleh dilakukan di

sekolah, malah penganjuran kursus ini turut dilakukan oleh pihak kementerian di setiap peringkat

untuk disertai oleh guru-guru. 

Sebagai contoh, inisiatif yang baik telah diambil oleh kerajaan negeri Selangor dengan

penganjuran Bengkel Sumbang Saran hala Tuju Pendidikan. 

Menggiatkan program yang berfokuskan kepada guru.

Guru adalah merupakan model terbaik untuk dicontohi oleh murid. Noriati A. Rashid (2010)

berpendapat bahawa, guru-guru yang mempamerkan ciri-ciri penampilan yang sesuai dimodelkan

supaya tidak bertentangan dengan etika guru.Justeru itu, mempergiatkan program yang mampu

membentuk peribadi dan sahsiah yang baik perlu dilaksanakan di setiap peringkat. Antara contoh

program yang boleh dilakukan ialah seperti Program Guru Penyayang, Anugerah Guru Contoh

Mingguan, Program Anak Angkat dari kalangan murid, lawatan atau riadah bersama rakan

sejawat.

Program-program seperti ini dapat memupuk para guru untuk memiliki nilai murni dalam kalangan

guru, sekaligus mengurangkan sikap yang kurang baik. Myint (2005) menyatakan bahawa guru

perlu mengurangkan emosi-emosi negative apabila berada dalam kalangan murid.

Sentiasa mengamalkan budaya cakna dalam kalangan guru.

Budaya cakna ini lebih sesuai sekiranya ia dapat dilaksanakan bertujuan untuk memberi ruang

dan peluang kepada guru-guru untuk sentiasa memberi perhatian serta mengikuti segala garis

panduan dan arahan yang telah diberikan untuk melaksanakan sesuatu tindakan. Sebagai contoh,

untuk menyelesaikan masalah disiplin dalam kalangan murid, guru yang berkenaan perlu

melakukannya berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian dengan

merujuk terlebih dahulu kepada tatacara yang telah ditetapkan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas

Bilangan 7 Tahun 20133,Pelaksanaan Standard Operating Procedure (SOP) 1:3:7, Pelaporan dan

Tindakan Menangani Isu Disiplin Murid.

Gambar 3 : Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7 Tahun 2013

Selain itu, budaya cakna ini boleh dilakukan secara berperingkat dan diadakan samada secara

berkala atau harian. Sebagai contoh, setiap kali perjumpaan atau mesyuarat, aka nada slot

perkongsian untuk menjelaskan tentang kandungan pekeliling atau garis panduan yang tertentu.

Kesimpulan Penting.

Perlu difahami dengan jelas bahawa, kerjaya guru bukanlah suatu kerjaya yang sembarangan. Ia

merupakan ibadah yang tinggi darjatnya di sisi Allah SWT dan sebahagian daripada modal yang

paling kukuh untuk menjadi syarat melangkahkan kaki ke dalam syurga yang dijanjikan kepada

hamba Allah yang benar-benar layak atas amalan yang telah dilakukan.

Pendidik, kontribusinya kepada umat tidak dapat dikira dengan angka, tidak dapat diukur dengan

nilaian manusia, sekalipun adanya anugerah-anugerah khusus yang diberikan. Dari hidup

sehingga matinya pun, pahala kepada amal kebaikannya terus dikira, apabila ilmu yang telah

dicurahkan kepada murid-murid dan segala kebaikannya kepada masyarakat dan umat terus

dimanfaatkan.

Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah , ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.'' (HR Muslim).

Dalam riwayat Ibnu Majah, Rasulullah SAW menambahkan tiga amal di atas, Rasulullah SAW bersabda, 

"Sesungguhnya amal dan kebaikan yang terus mengiringi seseorang ketika meninggal dunia adalah ilmu yang bermanfaat, anak yang dididik agar menjadi orang shaleh, mewakafkan Alquran, membangun masjid, membangun tempat penginapan bagi para musafir, membuat irigasi, dan bersedekah". (HR Ibn Majah).  

Oleh yang demikian, seharusnya, seorang guru itu, memiliki sifat yang sebenar-benarnya selayak

seperti seorang pendidik, mempunyai nilai dan sahsiah yang tinggi.

Isu guru ponteng

1.0  Pengenalan

Umum telah mengetahui bahawa sekolah adalah sebuah tempat untuk mengajar dan belajar, tempat untuk memberi dan menerima pendidikan formal. Sekolah dianggap sebagai pusat menimba ilmu khusus kepada kanak-kanak, bermula dari peringkat pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengahdan seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Bagi setiap kategori tersebut dikenali dengan nama-nama yang berlainan. Pra Sekolah bagi kanak-kanak yang berusia 5 dan 6 tahun. Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah bagi peringkat usia 7 hingga 12 tahun. Sekolah Menengah bagi peringkat usia 13hingga 19 tahun.  

Mengikut kamus Oxford (1969) menyatakan bahawa sekolah merupakan institusi untuk memberi pendidikan kepada para pelajar. Ia berlaku di mana ada masa dan ruang yang ditetapkan untuk melakukan pengajaran dan pembelajaran. Interaksi sosial pelajar dalam sistem pendidikan formal di sekolah berlaku dalam bilik darjah dan aktiviti ko-kurikulum. Bilik darjah merupakan unit interaksi sosial yang paling berpengaruh di sekolah (Syarifah Alawiah Al-Sagoff, 1988). Ini adalah kerana guru-guru berinteraksi dengan pelajar secara individu hampir setiap hari. Dalam keadaan persekolahan sekarang ini, kebanyakan proses pengajaran dan pembelajaran mencorakkan tingkah laku dan perbendaharaan kata pelajar (Syarifah Alawiah Al-Sagoff, 1988).

Sekolah memberikan pendidikan dan menghasilkan perubahan ke atas diri seseorang pelajar itu. Pendidikan yang didapati di sekolah merupakan proses dan aktiviti yang bertujuan untuk membawa perubahan kepada seseorang individu. Menurut Dewey, pendidikan harus berpusatkan kepada pelajar sebagai individu untuk melengkapkan dirinya dengan ciri-ciri insan yang sempurna pada keseluruhannya. Oleh itu, sekolah bukan merupakan institusi setakat untuk menyediakan individu itu bagi sesuatu latihan dan memperolehi pekerjaan tetapi membuat persediaan untuk mereka membangunkan masyarakat

2.0  Isu Guru atau Keguruan

Guru Ponteng Sebulan Boleh Diberhenti Kerja

Mungkin setiap guru yang tidak hadir ke sekolah ada alasan yang tersendiri. Sakit? Ada masalah keluarga? Berjauhan dari keluarga? Masalah kewangan? Stress? 1001

alasan.. tetapi kadangkala suara dan kebajikan guru kurang diberi perhatian oleh pihak pengurusan. Inilah kesannya.. Apabila sudah ada laporan rasmi, maka tindakan yang

sewajarnya perlu diambil.

MARILAH SAMA-SAMA KITA MENJAGA PROFESION KEGURUAN INI...

"Guru Cemerlang, Negara Terbilang"...

2.1  Definisi dan Jenis Ponteng

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), ponteng dari segi bahasa boleh didefinisikan sebagai kecoh, tipu, lari daripada tugas yakni tanggungjawab dan lain-lain. Manakala ponteng dari segi istilah merujuk kepada tidak hadir bertugas tanpa sebarang surat akuan sakit mahupun apa-apa sebab yang munasabah. Menurut Cascio (2005), ketidakhadiran bermaksud apa-apa sahaja kegagalan seseorang pekerja daripada melaporkan diri ataupun tidak berada di tempat kerja mengikut masa yang telah ditetapkan atas apa alasan sekalipun. Ini menunjukkan apabila seseorang pekerja itu tidak datang ke pejabat pada waktu bekerja maka mereka dianggap sebagai tidak hadir. Sekiranya seseorang pekerja tidak hadir tanpa sebarang sebab yang munasabah, ianya boleh dianggap sebagai ponteng kerja.Oleh itu, guru ponteng bermaksud guru yang lari daripada melakukan tugas yang diamanahkan kepada mereka, sama ada tugas utama iaitu mengajar atau tugas-tugassampingan seperti hadir mesyuarat, melaksanakan

program dan sebagainya. Faktor utama yang menyebabkan berlakunya masalah ponteng ini ialah faktor sikap guru itu sendiri.

Ponteng boleh dikategorikan dalam beberapa jenis, iaitu ponteng sekolah, ponteng kelas dan ponteng tugasan. Kesemua jenis ponteng ini memberi kesan negatif kepada murid dan sekolah.

a.    Ponteng sekolahPonteng sekolah bermaksud guru tidak hadir bertugas ke sekolah tanpa sebab atau dengansebab yang tidak munasabah. Ponteng jenis ini memberi kesan yang sangat besar kepada pembangunan dan pencapaian sesebuah sekolah dan muridnya. Antara alasan-alasan yang sering diguna oleh guru ialah kurang sihat dan anak kurang sihat. Guru juga ponteng sekolah dengan pulang ke kampung lebih awal terutamanya ketika musim cuti sekolah dan musim-musim perayaan dengan pelbagai alasan yang kurang logik.

b.    Ponteng kelasPonteng kelas pula bermaksud guru tidak masuk mengajar ke kelas atau lewat wasuk ke dalam kelas dengan sengaja atau keluar lebih awal sebelum masa pengajaran dan pembelajaran tamat tanpa alasan yang munasabah. Sikap guru yang lebih suka melepak di kantin sekolah, berbual atau bersembang kosong dengan rakan, melayari facebookdansebagainya. Guru bermasalah ini menjadikan aktiviti-aktiviti sampingan lebih penting berbanding mengajar di dalam bilik darjah. Ponteng jenis ini memberi kesan yang amat besar kepada pencapaian murid dalam akademik.

c.    Ponteng tugasanPonteng tugasan ialah tidak melaksanakan arahan yang diberikan oleh pihak pentadbir sekolah. Contohnya guru tidak menghadirkan diri dalam sesi mesyuarat yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah, tidak menghadirikan diri semasa aktiviti atau kegiatan ko-kurikulum dijalankan, tidak menyertai program yang dilaksanakan di sekolah tanpa alasan yang munasabah dan kukuh, tidak menyiapkan kerja dan sebagainya. Ponteng jenis ini menyebabkan kelancaran sesuatu program yang dijalankan oleh pihak sekolah akan terbantut.

2.2  Faktor Berlakunya Ponteng

Dalam mengkaji isu ponteng yang dilakukan oleh guru, terdapat beberapa faktor yang dikenal pasti yang memungkinkan guru-guru mengambil jalan mudah untuk ponteng. Hal ini merangkumi aspek dalaman dan luaran yang mana masing-masing memberi impak kepada pembangunan sahsiah seorang guru.

2.2.1     Faktor Dalaman

2.2.1.1        Kurangannya Pegangan AgamaGuru tidak menghayati apa yang diajarkan dalam agama. Agama Islam contohnya menganjurkan agar umatnya berkerja dengan ikhlas, amanah dan penuh bertanggungjawab. Kerja adalah satu ibadah dan ramai di antara guru yang bekerja tetapi tidak bersungguh-sungguh, tidak amanah. Walaupun ramai di antaranya yang berpuasa dan menunaikan solat tetapi perbuatan seperti ponteng tetap berlaku dalam pekerjaan (Pahrol Mohamad Juoi,2010). Guru menganggap ponteng adalah perkara biasa dan tidak berkait dengan pahala dan dosa. Walhal guru perlu menjadikan pekerjaan sebagai satu sumber yang halal untuk dinikmati oleh anak-anak dan ahli keluarga.

2.2.1.2        Kurang motivasi dari dalaman guru.Guru terbeban dengan hal-hal persekitaran yana mungkin menyebabkan guru dibelenggu rasa kecewa kurang motivasi, lemah semangat, dihimpit bebanan sehinggakan guru merasa tertekan, depresi, kurang minat mengajar dan sebagainya. Tanpa motivasi diri, seseorang guru itu akan mendapat kesan yang tidak disedari seperti hilang fokus, tiada matlamat yang jelas, hilang minat dan luntur komitmen dalaman (Pendidik, September 2010).

2.2.1.3        Gangguan emosi.Emosi yang tidak stabil akan menyebabkan kemurungan. Kemurungan yang melampau boleh memberi kesan negatif dalam kehidupan sehingga membawa kepada gejala yang tidak sihat kepada tubuh badan dan pemikiran. Selain itu juga kemurungan boleh menyebabkan seseorang bertindak mengasingkan diri dari kelompok rakan dan masyarakat (Pendidik, April2010). Gangguan emosi ini terhasil apabila guru-guru tidak mencapai keperluan peribadi. Misalnya seorang guru mempunyai sasaran terhadap keputusan markah murid-murid dalam peperiksaan. Apabila telah berulang kali

keputusan yang diharapkan tidak memenuhi sasaran yang diharapkan, guru akan merasa kecewa, rasa putus dan akhirnya menganggu kerja-kerjaguru yang lain. Penambahan masalah akhirnya guru mengambil jalan untuk ponteng kelas,dan ponteng kerja.

2.2.1.4        Sifat yang tidak ikhlasIkhlas selalunya dikaitkan dengan bersedekah, jarang-jarang sekali ikhlas dikaitkan dengankerja atau profesion, jika ada ianya hanya disebut sepintas lalu. Ini adalah satu persoalan yang penting kerana apabila kerja dianggap sebagai satu ibadah, maka inti pati atau terasnya mestilah sifat ikhlas. Ikhlas adalah nilai teras yang membuahkan nilai-nilai yang lain.Ikhlaslah melahirkan integriti, produktiviti dan kualiti juga lain-lain nilai murni dalam pekerjaan. Ikhlas adalah pemantau dalaman yang menjamin seseorang itu berlaku telus, lurus dan benar sebelum, semasa dan selepas sesuatu pekerjaan dilakukan (Pahrol Mohamad Juoi,2010). Jika seseorang guru tidak ikhlas, maka amat sukar baginya menumpukan sepenuh perhatian terhadap pekerjaan utama di sekolah dan yang paling penting kepada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah

2.2.2     Faktor Luaran

2.2.2.1        Tekanan beban kerjaKyriacou & Sutcliffe, (1978) menyatakan bahawa tekanan guru boleh ditakrifkan sebagai perasaan tidak selesa, emosi negatif seperti marah, kebimbangan, tekanan serta kekecewaan yang berpunca dari aspek kerja mereka sebagai seorang guru. Dalam hal ini, guru yang menghadapi tekanan adalah guru yang tidak dapat mengawal emosi mereka terhadap perubahan budaya pendidikan yang bukan sahaja untuk memberi ilmu pengetahuan tetapi perlu mendidik manusia agar menjadi modal insan yang berguna kepada masyarakat. Guru terpaksa melakukan kerja lebih masa, perkeranian, menyediakan alat bantu mengajar,menghadiri kursus atau bengkel sepanjang minggu sambil terpaksa melakukan penyesuaian terhadap kaedah pengajaran yang baru sehingga mengabaikan emosi dan kehendak dalaman mereka. Seorang guru di Sarawak juga menyuarakan tentang suasana kerjanya di salah sebuah sekolah membuktikan bahawa dalam era pemodenan pendidikan ini masih terdapat suasana tidak selesa pada tempat kerja guru. Apa yang digambarkan adalah, isu kepadatan guru dalam bilik guru, masalah kongsi meja dan penyediaan perabut yang tidak sesuai sertamen cukupi. (Berita Harian, 19 Julai 2005). Hal ini menyebabkan guru bertindak ponteng daripada membebankan emosi dan perasaan mereka dengan tekanan.

2.2.2.2        Murid yang tidak menghormati guruDalam era modenisasi kini, murid kurang menghargai dan menghormati perasaaan guru. Sambutan Hari Guru saban tahun semakin hambar dan tidak terkesan di dalam sanubari murid-murid. Tiada lagi ucapan penghargaan kepada guru yang diterima oleh murid. Mereka leka dengan aktiviti persekitaran tanpa menghargai perasaan guru yang selama ini mencurahkan khidmat bakti menjadikan mereka modal insan yang akan menentukan corak kepimpinan negara pada masa akan datang. Murid tidak lagi menjadikan guru sebagai role model mereka tetapi lebih memilih artis-artis barat dan tempatan sebagai ikutan mereka. Guru yang bersemangat mendidik anak bangsa seringkali dikejutkan dengan tindakan murid yang di luar jangkaan seperti memancitkan dan menconteng kereta guru, memandang sinis guru, tidak menyiapkan kerja sekolah yang diarahkan, tidak mematuhi arahan dan melanggar disiplin

2.2.2.3        Kurang galakan dan pemantauan dari pentadbirFaktor ini juga amat penting dalam menjadikan pekerjaan guru sebagai satu profesion yang berjaya. Pentadbir yang perihatin selalu mengambil berat akan masalah kakitangan bawahan. Bukan bermaksud untuk mencampuri urusan guru berkenaan, tetapi lebih kepada mengelakkan masalah guru menjadi lebih berat sehingga boleh mengganggu tugas-tugas mereka di sekolah. Pentadbir juga perlu mengambil tindakan serta merta kepada guru yang sering ponteng. Ini kerana ditakuti gejala ini akan diikuti oleh guru-guru lain apabila mendapati pihak pentadbir terutamanya Guru Besar tidak mengambil tindakan kepada guruyang melakukan kesalahan.

2.2.2.4        Jarak sekolah dan keadaan persekitaraanKeadaan ini biasanya merujuk kepada di mana guru itu mengajar. Bagi guru yang mengajar di luar bandar, dan di pulau-pulau guru lebih terdedah untuk ponteng sekolah memandangkan kurangnya lawatan dari pihak atasan dan nazir. Guru mengambil cuti lebih awal dari masayang ditetapkan untuk tujuan tertentu seperti pulang untuk sambutan perayaan dan cuti persekolahan. Hal ini telah disahkan apabila Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sabah, Dr Muhiddin bin Yussin berkata, perkara itu dikenalpasti hasil lawatan jemaah nazir sekolah dari Kementerian Pelajaran ke sekolah-sekolah baru-baru ini (Berita Harian). Lain pula halnya apabila guru tersebut mengajar di kawasan bandar. Guru akan keluar pada sesi persekolahanuntuk memenuhi keperluan peribadi dan keluarga. Contohnya guru akan keluar untuk membeli barang-barang dapur, keperluan anak-anak, keperluan peribadi, mengambil wang gaji pada sesi persekolahan berjalan. Guru akan keluar apabila mempunyai masa terluang terutamanya rehat dan tidak ada kelas dalam jadual. Namun guru tidak sedar

sebenarnya mereka juga dikategorikan sebagai ponteng kerana tidak berada di kawasan persekolahan pada sesi persekolahan berjalan demi untuk memenuhi keperluan peribadi.

2.2.2.5        Pengaruh rakan-rakan sejawatPengaruh rakan sejawat dan rakan sekeliling juga mempengaruhi isu ponteng guru. Ini kerana guru baru contohnya akan mudah terpengaruh dengan sifat rakan guru yang malas, membuat kerja sambil lewa dan sering ponteng. Besar kemungkinan ponteng telah menjadi kebiasaan kepada guru-guru di sekelilingnya dan ini menjadikan guru tersebut terikut-ikut dan terbawa-bawa dengan sahsiah negatif guru lain lebih-lebih lagi jika pihak pentadbir sekolah tersebut tidak menangani isu ponteng ini dengan tegas.

2.2.2.6        Penyalahgunaan dadahPenyalahgunaan dadah merupakan salah satu penyebab utama berlakunya masalah ponteng dalam kalangan guru. Guru yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah akan hilang kawalan diri dan tidak mampu untuk berfikiran dengan waras. Mereka ini telah hanyut dalam dunia mereka sendiri dan telah hilang matlamat sebenar kehidupan. Spiritual mereka amat lemah,manakala emosi mereka sukar dikawal dan mudah tertekan. Apabila seseorang guru telah terlibat dengan penyalahgunaan dadah, mereka akan lebih mudah dihimpit dengan pelbagai masalah lain, contohnya kewangan, ponteng kerja, masalah keluarga, tindakan undang-undang dan sebagainya.

2.3  Langkah Mengatasi Masalah Ponteng

Pelbagai langkah yang boleh diambil oleh pihak pentadbir bagi mengelakkan masalah ponteng ini dari terus berlarutan dan menjadi ikutan kepada guru-guru lain. Pihak pentadbir perlu mengadakan perbincangan dengan guru yang bermasalah iaitu guru yang sering ponteng. Ini bertujuan mengkaji dan mengetahui mengapa guru mengambil tindakan sedemikian sehingga mengabaikan tanggungjawab dan peranan merekadi sekolah. Pihak pentadbir perlu bersemuka dan mendekatkan diri kepada guru-guru ini bagimengetahui punca masalah ini berlaku. Nasihat, dan motivasi diperlukan agar perkara seperti ini tidak akan berulang dikemudian hari. Langkah perbincangan ini bersesuaian dengan teori kepimpinan humanistik di mana guru tersebut diberikan ruang kebebasan untuk menceritakan masalah sebenar yang berlaku

dan punca masalah ini berlaku. Di samping pihak pentadbir juga boleh mendekatkan diri lagi kepada guru yang bermasalah ponteng kerja ini supaya hubungan lebih akrab dan harmonis di mana persetujuan dan pemuafakatan lebih mudah dicapai oleh kedua- dua pihak.  Jika perbincangan telah pun dijalankan dan perkara ini masih tetap berulang, pihak pentadbir akan mengeluarkan surat tunjuk sebab dan surat amaran bagi memberi amaran kepada guru tersebut. Surat tunjuk sebab ini menunjukkan bahawa pihak  pentadbir amat memandang berat akan isu ponteng ini. Dalam sesetengah kes, guru yang ponteng akan kembali bertugas setelah mendapat surat tersebut. Namun demikin jika perkara ini masih berlanjutan, pihak pentadbir iaitu Guru Besar mempunyai kuasa merujuk guru bermasalahtersebut kepada lembaga tatatertib selaras dengan Peraturan 25(1) yang terkandung dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993 Bahagian III.

Selain itu, fenomena ponteng dalam kalangan guru juga boleh diatasi dengan cara aplikasi teori kepimpinan transformasi. Pemimpin transformasi adalah seorang yang suka melakukan perubahan dan pembaharuan. Ini jelas melalui visi dan misi yang dibentuknya. Oleh itu, sebagai seorang pemimpin, mereka harus mempunyai tanggungjawab untuk menjelaskan visi dan misi sehingga difahami, diterima dan dihayati oleh semua pengikutnya. Seorang pemimpin transformasi juga adalah seorang yang mempunyai kasih sayang dan dapat memahami subordinatnya. Beliau mesti sentiasa peka dengan kehendak dan keperluan mereka yang sentiasa berubah. Oleh itu, pentadbir bijak mengendalikan keperluan persekitarannya iaitu budaya sekolah agar semua mereka yang terlibat di bawah organisasinya berasa puas dan selamat serta mendorong melaksanakan tanggungjawab dengan baik dan berkesan. Pemimpin transformasi juga adalah orang yang sanggup menerima pandangan orang lain jika pandangan tersebut boleh mendatangkan manfaat kepada semua ahli dalam organisasi. Dengan cara ini, masalah ini yang berfaktor dalaman guru seperti kurang motivasi dan gangguan emosi boleh diatasi dengan jayanya.

Setiap individu mempunyai keperluan, kehendak, harapan dan impian masing-masing. Walaubagaimanapun, seringkali pilihan yang dibuat adalah berdasarkan kepada pengalaman, konflik dan situasi yang dialami. Oleh sebab itu, segelintir guru yang mempunyai masalah, mereka mengambil jalan mudah untuk melarikan diri mereka dari masalah. Sebagai pentadbir, bersesuaian dengan teori kepimpinan behavioristik, pentadbir perlulah wujudkan persekitaran di sekolah yang lebih mesra, harmoni, toleransi, menyayangi antara satu sama lain (sebagai rakan sejawat). Dengan cara ini mereka yang bermasalah akan selesa hadir ke sekolah kerana di sekolah masih ada lagi rakan yang menghargai mereka seterusnya mereka boleh menceritakan dan meluahkan masalah yang masih menjadi igauan dalam diri dan tidak akan menjadikan alasan bahawa ponteng kerja merupakan jalan

penyelesaiannya. Kebebasan merancang dan mencorakkan kerja mengikut acuan sendiri menjadi idaman setiap individu. Namun begitu dalam pengurusan sesebuah sekolah kebebasan memilih kadang-kadang tidak dapat dipraktikkan. Contohnya, pihak sekolah dibebani dengan pelbagai program daripada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang perlu dilaksanakan secara serentak. Guru pula sebagai pelaksana dibebani dengan pelbagai jawatan sampingan selain daripada mengajar di dalam bilik kelas.Pihak pentadbir biasanya akan memilih guru yang bertanggungjawab untuk melaksanakan sesuatu program dan mencapai objektif yang disasarkan. Bebanan ini akan lebih dirasai olehguru-guru sekolah yang kekurangan guru. Oleh kerana itu, sebagai pentadbir mestilah memberikan peluang dan pilihan untuk guru- guru membuat kebebasan dengan tugasan yang diberikan tetapi mestilah tidak melanggar etika keguruan dan peraturan sekolah. Ini mengurangkan lagi stress dan tekanan kerja guru serta permasalahan ponteng kerja boleh dibendung. Selain itu, sebagai pentadbir mestilah mengadakan latihan dalam perkhidmatan bagi memantapkan lagi sahsiah dan hasil kerja guru tersebut. Tambahan pula, di dalam latihan ini terdapat pelbagai cara untuk meningkatkan lagi kredibiliti seorang guru yang syumul. Pentadbir perlu mewajibkan kesemua guru di sekolah menghadirinya bagi kepentingan sekolah dan diri guru tersebut. Bersesuaian dengan perubahan tingkah laku guru dari kurang baik kepada lebih baik dan seterusnya mengaplikasikan falsafah pendidikan kebangsaan dengan jayanya.

3.0  Rumusan

Dapatlah dirumuskan bahawa, isu ponteng bukan sahaja melanggar etika profesion perguruan, malah kesannya boleh mempengaruhi semua pihak sama ada murid, sekolah, ibu bapa dan masyarakat sekeliling. Tindakan yang tegas dan pantas daripada

pihak pentadbir akan dapat menyelesaikan masalah ini. Namun sering kali pihak pentadbir terlewat mengambil tindakan yang menyebabkan masalah ponteng ini berlarutan. Oleh yang demikian perlu ada pemantauan yang berterusan daripada pentadbir dan pihak jabatan untuk memastikan masalah ponteng di kalangan guru dapat dibendung

  4.0  Refleksi

Setelah selesai tugasan dilakukan, saya merasakan bahawa tugasan ini mampu menjadi satu penyelesaian masalah kepada sebarang perkara yang timbul dalam isu guru. Apabila berlakunya sesuatu masalah, maka sebagai guru kita haruslah mempunyai satu cara untuk menyelesaikan masalah tersebut. Ini termasuklah isu yang dipilih iaitu isu guru ponteng. Apa yang penting ialah bagaimana pentadbir mampu untuk menyelesaikan masalah ponteng dalam kalangan guru. Selain itu, dalam hal kehidupan seharian kita sebagai seorang guru juga, ianya mampu menjadi satu panduan dan petunjuk supaya setiap masalah itu pastu ada cara untuk menyelesaikannya.

Sepanjang menyelesaikan tugasan ini juga, ianya memberi cabaran kerana terlalu banyak tekanan kerja yang dialami. Namun begitu, ianya adalah sebagai salah satu permulaan dalam kehidupan yang mana lebih mencabar untuk masa akan datang. Setiap kerja yang dilakukan pasti ada cabaran yang datang. Begitu juga halnya dengan diri sebagai seorang guru iaitu cabaran dari segi fizikal dan mental pasti menjelma. Tetapi, di sebalik rintangan dan cabaran yang direntasi pasti ada kejayaannya. Kejaayaan tidak akan datang bergolek dan tidak akan datang mengikut perancangan.   

Selain itu, pelbagai kemahiran baharu yang diperoleh sepanjang menyiapkan tugasan ini. Ini termasuklah kemahiran dari segi pengurusan dan etika untuk menjadi seorang guru kelak. Walaupun kemahiran ini belum diaplikasikan dalam kehidupan sebagai guru, namun pengetahuan yang diperoleh ini akan digunakan apabila mula bergelar guru kelak. Ini sekaligus akan menjadikan saya sebagai seorang guru yang mempunyai akauntabiliti yang tinggi dan mampu bertindak profesionalisme. Apa yang penting ialah, bagaimana sesuatu pengetahuan itu diselarikan dengan kemahiran supaya dapat menjadi seorang guru yang beretika tinggi.

Tugasan ini dapat dikaitkan dengan rancangan masa hadapan saya dengan cara bagaimana sekiranya masalah seperti isu ini atau isu-isu lain melanda dan dialami oleh saya apabila bergelar guru kelak. Oleh itu, saya perlu mengekalkan kredibiliti saya sebagai seorang guru supaya saya dapat menjadi seorang guru yang tidak mempunyai sebarang masalah disiplin apatah lagi melanggar etika profesion keguruan ini. Saya

seharusnya mempersiapkan diri dengan segala cabaran yang akan datang supaya mampu menjadi guru yang bagus.

SAHSIAH GURU

PENGENALAN Profesion perguruan atau bekerja sebagai guru adalah antara beberapa jenis pekerjaan yang penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara. Profesion perguruan merupakan profesion paling utama di dalam proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada individu dan masyarakat. Dalam era globalisasi sekarang, peranan guru menjadi semakin kompleks dan mencabar. Golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati seterusnya dapat merealisasikan Misi Nasional seperti yang digariskan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia dalam Rancangan Malaysia Ke-9. Guru juga berperanan besar membentuk pelajar menjadi insan yang mempunyai nilai-nilai dan jati diri yang tinggi serta bermoral.

Para pendidik juga berperanan menerapkan nilai kerjasama dan toleransi di kalangan pelajar. Jika kita lihat, orang-orang Islam telah diikat oleh satu peraturan supaya hidup berjiran dan bersahabat dengan mereka. Hak jiran tidak boleh dikurangi dan tidak boleh boleh dilanggar sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w dalam pembentukan negara Islam. Dengan ini, terciptalah satu masyarakat yang berbilang kaum dan kepercayaan demi mewujudkan kebahagiaan bersama dalam satu masyarakat dan satu negara. Sikap toleransi yang diterapkan oleh guru dapat membentuk hubungan yang baik dalam masyarakat yang mampu melahirkan integrasi nasional. Prinsip utama seorang guru yang cemerlang adalah ia mesti faham bahawa tugas mengajar dan mendidik serta meneladani adalah pekerjaan yang sangat mulia. Guru yang mengajar anak bangsanya perlu menganggap profesion ini sebagai satu jihad yakni menentang, membasmi dan mencegah kejahilan, kelemahan, kealpaan, kemunduran dan kehinaan akibat tidak berilmu pengetahuan dan menjadikannya sebagai suatu ibadah. 

ISU SEMASA MENGENAI SAHSIAH GURU

Profesion perguruan amat mulia dipandang. Mereka bertanggungjawab memimpin dan mendidik masyarakat. Tidak dinafikan, sehingga hari ini, guru telah menyumbang khidmat bakti dalam pembanggunan bangsa dan Negara, lebih-lebih lagi dalam membentuk sahsiah pelajar.

Sebelum membentuk sahsiah pelajar, guru terlebih dahulu perlu mempunyai sahsiah yang baik untuk dicontohi oleh pelajar. Dalam hal ini, Prof. Mohd Kamal Hasan (1998) menjelaskan, "Contoh teladan guru inilah yang banyak membantu pembentukan akhlak pelajar. Mereka seharusnya terlebih dahulu dilengkapi dengan ciri akhlak mulia, walaupun ada segelintir masyarakat kurang menghargai watak berbudi luhur ini."

Namun, dewasa ini kita kerapkali dikejutkan dengan isu-isu negatif mengenai sahsiah guru. Antaranya ialah isu guru ponteng sekolah, guru rogol pelajar, guru dera pelajar malah baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan berita kematian murid tahun satu

meninggal dunia akibat didera oleh warden asrama yang juga seorang guru atas kesalahan mencuri wang. Ia merupakan satu tindakan keterlaluan serta memalukan warga guru yang mengutamakan prosedur dan garis panduan salah laku pelajar di sekolah. Biarpun guru mempunyai objektif dan niat murni untuk mendidik pelajar, pelaksanaan tindakan mesti rasional dan berfokus sahsiah dan selaras konsep Jeri iaitu keseimbangan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual yang ingin diterapkan kepada pelajar.

Zaman guru bengis dan tidak mesra pelajar sudah berlalu. Guru wajar dihormati bukan ditakuti. Pelajar akan berasa dihargai jika guru sering berdamping dan menasihati pelajar nakal. Umpamanya, menyedarkan pelajar bahawa mereka menjadi harapan ibu bapa untuk mengubah nasib sendiri dan keluarga. Mereka belajar pelbagai ilmu dan kemahiran serta nilai di sekolah agar menjadi ahli masyarakat mulia dan berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Memang tidak dinafikan salah laku dan disiplin pelajar merunsingkan semua pihak. Apatah lagi kini pelajar terdedah kepada persekitaran dan media yang memerlukan guru cakna dan waras dalam tindakan. Guru harus banyak bersabar dan tabah menghadapi kerenah pelajar dewasa ini. Rasionalnya mereka budak yang nakal, berbuat salah dan silap tetapi manusia yang bernama guru menerima tanggungjawab mendidik, mengajar, mengasuh dan membentuk manusia yang bakal menjadi warganegara berprinsipkan Rukun Negara.

Guru harus menerima risiko diancam pelajar, kenderaan dicalar atau dibocorkan tayar atau paling menyusahkan guru apabila kes mahkamah membabitkan guru. Malah, tindakan tatatertib juga adalah prosedur dan etika dalam perkhidmatan awam menanti guru yang melepas geram ketika bertugas.

Biar apapun bebanan tugas dan disiplin pelajar yang dihadapi, guru mesti berpegang pada nilai murni. Usaha mendidik dan membangunkan nilai manusia tidak semudah membina bangunan. Sekali gus guru disanjung kerana maruah dan disiplin keilmuan. Jangan nila setitik rosak susu sebelanga.

Selain daripada berhadapan dengan isu-isu merogol dan mendera pelajar, dewasa ini, bidang keguruan juga banyak berhadapan dengan symptom-simptom guru yang malas seperti guru kerap ponteng sekolah, guru tidak membuat buku rekod mengajar dan guru lewat masuk ke kelas. Walaupun isu-isu tersebut nampak remeh tetapi jika dibiarkan tanpa pengawasan daripada pihak-pihak bertanggungjawab, lama-kelama profesyen perguruan tidak lagi dipandang mulia oleh masyarakat.

PERKAITAN ISU SAHSIAH GURU DENGAN PENDIDIKAN

Dalam konteks pendidikan, sebagai seorang guru, adalah menjadi tanggungjawab dan tugas kita untuk melahirkan pelajar yang berwawasan serta mempunyai etika dan kemoralan yang tinggi. Setiap guru harus sedar bahawa tugas sebagai seorang guru bukan sekadar hanya mengajar, tapi perlu menganggap diri mereka sebagai teman,

fasilitator dan kaunselor kepada pelajar. Sistem hubungan dua hala antara guru dan pelajar bukan sekadar melibatkan masalah akademik tetapi juga masalah peribadi pelajar untuk membolehkan pihak sekolah mengesan gejala yang tidak sihat di peringkat awal sebelum mereka benar-benar terjebak dalam kes polis. 

Malah sebagai guru juga harus mempunyai jati diri dan pembentukan sahsiah yang bermoral sebelum mendidikan anak pelajar menjadi seorang yang bermoral dan bersahsiah. Sahsiah adalah perkataan Bahasa Arab yang bermaksud keperibadian atau peribadi. (Kamus Dewan, 2011). Maksud peribadi pula ialah manusia sebagai diri sendiri, sifat-sifat seseorang yang sebati dengan diri sendiri untuk membentuk watak dirinya. Ia juga menggambarkan sifat personalitI unik individu yang membezakan dirinya dengan individu lain (Cloniger,2008). Menurut Siti Fatimah (1993), sahsiah merujuk kepada sistem tingkah laku individu. Ia bererti setiap individu ada cara bertindak yang tersendiri dan cara bertindak itu adalah lebih kurang sama dari sehari ke sehari.

Dalam perspektif Islam, pembangunan sahsiah bukan sahaja dilihat dari aspek jasmani sahaja, tetapi juga merangkumi seluruh aspek rohani, naluri dan akal individu. Menurut Shahabudin dan Rohizan (2007), sahsiah bermaksud akhlak. Akhlak pula terbahagi kepada dua bahagian iaitu akhlak terpuji dan akhlak tercela. Abdullah Nashih (1994) mendefinisikan pembangunan sahsiah berdasarkan empat unsure dasar iaitu pembinaan akidah (kepercayaan), ibadah (ritual), akhlak (etika dan moral) dan penampilan (mazhar). Keempat-empat unsur dasar ini telah mengaitkan sahsiah dengan aspek kerohanian atau dalaman manusia. 

Menurut Imam Al-Ghazali (1989), pembangunan sahsiah merangkumi keseluruhan aspek diri individu iaitu melibatkan pngetahuan agama, akidah, penghayatan Al-Quran, adab kehidupan berkeluarga, mencari rezeki , perhubungan sesama manusia, akhlak, budi pekerti dan pembanguan jiwa serta hati. Namun begitu, Ibn Miskawah mempunyai tarkrifan yang berbeza terhadap pembangunan sahsiah iaitu suatu keadaan (sikap) diri yang mendorong seseorang bertindak melakukan perbuatan serasi dengannya tanpa berfikir panjang.

Pembangunan sahsiah dari perspektif Islam bererti membina akhlak, peribadi dan tingkah laku dengan matlamat menjadikan seseorang itu bertamadun, berintelek, mempuyai nilai murni dan berdaya maju. Pembangunan sahsiah dari perspektif Barat, berdasarkan para pemikir seperti Mark (1818-1883), Weber (1864-1920) dan Maslow (1908-1970) ialah keperluan fizikal dan keperluan psikologi manusia, meningkatkan status kuasa dan agama serta meningkatkan kelas sosial ekonomi yang dianggap sebagai tunjang dalam menentukan pembentukan dan perkembangan struktur sosial masyarakat manusia (Kamarul Azmi.2002).Isu berkaitan sahsiah guru memberi kesan kepada dua aspek iaitu aspek diri dan aspek sekolah. Dalam aspek diri guru itu sendiri, yang menyebabkan bertindak secara rasional ataupun sebaliknya. Antara yang ciri-ciri yang mendorong seseorang bertindak ialah dari segi emosinya, tingkah laku yang biasa digunakan untuk bertindak dalam situasi

tertentu dan pemikirannya. Apabila guru tersebut tidak menyiapkan Buku Rekod Mengajar, kesan pada dirinya ialah guru tersebut akan memberi pelbagai alasan supaya terlepas daripada menyiapkan tugasan tersebut. Selain daripada itu, dia juga akan terbiasa tidak menghantar Buku Rekod Mengajar untuk ditandatangani oleh Pengetua , Guru Besar atau wakilnya. 

Tindakan Guru Besar pada guru tersebut adalah dengan memberi amaran secara lisan.Tindakan Pengetua atau Guru Besar seterusnya, jika didapati guru tersebut tetap tidak membuat Buku Rekod Mengajar ialah dengan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada guru berkaitan. Tidak membuat atau menyiapkan Buku Rekod Mengajar adalah satu kesalahan mengikut P.U.(A) 531 Seksyen 8(1) yang dikenakan penalti RM 500.00. Oleh yang demikian, hukuman ini adalah amat merugikan diri guru tersebut.

Aspek sekolah merupakan apa-apa tindakan yang berkaitan dengan tanggungjawab di sekolah seperti kehadirannya di sekolah , mengajar dan mendidik murid mengikut masa yang ditentukan serta mematuhi segala peraturan dan etika yang digariskan. Guru yang tidak membuat Buku Rekod Mengajar bukan sahaja telah melanggar etika Profesion Perguruan, tetapi juga tidak dapat mengajar dan mendidik muridnya mengikut masa dan jadual yang ditentukan. Ini akan memberi kesan yang buruk kepada murid-murid yang memerlukan khidmat bakti guru terbabit. Proses pengajaran dan pembelajaran tidak akan dapat berjalan dengan baik, murid-murid pula akan mendapat akibat daripada perbuatan guru tersebut.

Selain daripada kesan yang akan diterima oleh anak-anak didik mereka, prestasi sekolah juga akan turut terjejas. Peratus kelulusan mengikut subjek yang diajar oleh guru berkaitan akan menunjukkan kemerosotan berikutan masalah yang dihadapi dan prestasi sekolah akan menurun. Ini akan merugikan murid-murid, sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan guru itu sendiri.

Murid-murid dan rakan-rakan sejawat dalam Profesion Perguruan juga akan mula menjauhkan diri , jika masalah tersebut semakin teruk guru berkaitan akan semakin tertekan dan tidak dinafikan dia akan melakukan perkara-perkara yang lebih buruk lagi. Hal ini akan menyebabkan keadaan tidak akan terkawal, kecuali dengan memberi perkhidmatan kaunseling kepada guru terbabit.

Sudah jelas dinyatakan di atas, dalam pembentukan sahsiah, nilai-nilai integriti amat penting di tanam dalam jiwa guru-guru. Integriti juga adalah suatu kualiti yang dimiliki secara konsisten bagi mendorong prinsip moral tinggi atau tahap profesionalisma. Ianya merupakan satu kesatuan yang tidak boleh dipisahkan, yang sempurna dan tidak boleh dirosakkan. Secara ringkasnya, ia adalah suatu pemilikan kualiti yang konsisten.

Contoh aspek guru yang berkesan hendaklah mempunyai nilai integriti dalam diri mereka. Ini adalah kerana di dalam nilai integriti terkandung empat petunjuk di dalam nilai integriti iaitu adil, amanah, akauntabiliti dan telus. Guru perlu bersikap adil dalam pengajarannya di sekolah, seperti masuk ke kelas tepat pada waktunya, keluar kelas mengikut masa yang ditetapkan, tidak sepatutnya guru mengamalkan sikap ‘curi

tulang’ dan memberi ilmu pengetahuan kepada murid tidak berdasarkan kepada rupa paras , tahap kepandaian, latar belakang keluarga murid dan sebagainya. Guru juga perlu adil dalam memberi hukuman atau tugasan kepada murid.

Petunjuk yang kedua ialah amanah, guru sudah semestinya perlu mempunyai sifat amanah dalam dalam mendidik murid-murid untuk menjadi insan yang berakhlak mulia dan berdisiplin. Guru hendaklah menyampaikan maklumat yang benar, fakta yang jelas dan mengajar murid bercakap benar. Ini adalah kerana guru menjadi ‘role model’ kepada anak didiknya, segala ilmu yang disampaikan haruslah benar dan mengikut sukatan pelajaran yang telah ditentukan.

Guru perlu mendidik murid-muridnya supaya menjawab soalan dengan amanah dan berhati-hati ketika menduduki kertas peperiksaan, tanpa boleh meniru jawapan orang lain atau mengambil sumber maklumat daripada bahan-bahan bacaan yang tidak dibenarkan. Ini akan dapat membiasakan mereka melakukan sesuatu tanpa bantuan orang lain. Petunjuk yang ketiga ialah Akauntabiliti, Mengikut Kamus Dwibahasa , perkataan ‘akauntabiliti’ di huraikan sebagai bertangungjawab kepada seseorang atau bertangugjawab terhadap sesuatu. Menurut Tan Sri Ahmad Sarji , konsep akauntabiliti adalah satu obligasi untuk memberikan jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak untuk mendapat jawapan dan penjelasan tersebut . Akauntabiliti juga adalah mengenai displin dan keperluan untuk memberikan justifikasi dan menerima keberrtangungjawaban terhadap sesuatu keputusan yang telah diambil. 

(KamusDwibahasa) Akauntabiliti bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru. Akauntabiliti keguruan juga membawa maksud berkenaan dengan tanggungjawab guru terhadap profesionalisme keguruan. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru yang dimaksudkan di atas merangkumi akautabiliti guru terhadap pelajar , diri guru itu sendiri, sekolah, masyarakat dan negara , dan profesion keguruan amnya. Ia juga bermaksud perlu melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh pengetua atau guru besar mengikut masa yang telah ditetapkan. Contohnya program yang perlu dijalankan adalah selama sebulan, guru perlu menyediakan kertas cadangan, merancang aktiviti bersama Jawatankuasa yang dilantik, menjalankan mesyuarat bersama guru besar atau pengetua membuat perbincangan dan seterusnya memastikan program yang telah dirancang dapat dijalankan mengikut jadual yang telah disusun.

Jika sesuatu program tidak dapat dijalankan dengan sebaik-baiknya mengikut perancangan, guru tidak boleh menyalahkan pihak lain atas perkara yang berlaku, kerana setiap permasalahan yang melanda pasti ada sebab musababnya. Oleh yang demikian, seharusnya sebagai seorang guru perlu ada sikap akauntabiliti. Kerana setiap perkara yang berlaku pasti ada rahmat di sebaliknya. 

Guru perlu muhasabah diri sendiri dan cuba memperbetulkan kesilapan diri sendiri. Seorang guru haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik darjah termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan

pembelajaran mengikut kaedah dan teknik yang berkesan. Guru juga haruslah mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan murid-murid berbanding hal-hal lain. Seorang guru yang bertanggungjawab haruslah bersikap adil terhadap pelajar-pelajarnya tanpa mengira bangsa, agama, faktor jasmani, emosi, mental, politik, sosial dan perkara-perkara lain. 

Guru hendaklah membimbing dan mengajar murid-murid di bilik darjah tanpa meminta sebarang bayaran atau hadiah daripada mereka, sebaliknya guru sekali-sekala perlu memberi hadiah kepada murid-muridnya untuk menggalakkan mereka berminat terhadap proses pembelajaran. Memberi contoh teladan yang baik dengan berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas harus juga di amalkan supaya murid memperolehi model yang baik. Ini adalah kerana seorang guru merupakan orang yang di hormati oleh pelajarnya, oleh yang demikian perlulah guru menjaga profesionalisme guru supaya mereka tidak dibenci,di pandang serong dan tidak dihormati lagi oleh anak muridnya.

Seorang guru haruslah menjaga kebersihan dan kesihatan dirinya agar dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Emosi hendaklah di kawal oleh guru sendiri dan juga perlu menghindarkan diri dari sebarang ketegangan jiwa yang boleh mengganggu tugasnya. Sebagai seorang guru, guru hendaklah bijak menguruskan kewangan dengan bijaksana dan mengimbangi pendapatan dengan perbelanjaan. Ini adalah kerana jika guru gagal menguruskan kewangan maka guru akan menghadapi masalah luaran yang boleh menjejaskan tumpuannya terhadap proses pengajaran di sekolah.

Guru digalakkan melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. dan peka terhadap peristiwa di sekeliling melalui media massa atau elektronik supaya mudah memberikan imput yang berguna terhadap profesionnya. Guru juga boleh melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan aktiviti berfaedah di masa lapang yang boleh menjadikan guru itu sihat dari segi mental dan fizikal.

Petunjuk yang terakhir ialah telus iaitu menjalankan tanggungjawab sebagai guru dengan telus, menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran mengikut apa yang telah diamanahkan. Sekolah ialah tempat seseorang guru bertugas. Oleh itu , guru juga bertangungjawab terhadap tugas yang di amanahkan oleh pentadbiran sekolah. Sebagai seorang ahli dalam sebuah sekolah ,guru mempunyai sifat telus terhadap perkembangan dan kemajuan sekolah. Dalam hal ini, selain tugas mengajar , guru juga hendaklah menjalankan tugas-tugas yang lain seperti sebagai guru displin, kaunselor, setiusaha peperiksaan, setiausaha PIBG, panitia mata pelajaran dan jawatan-jawatan lain yang di lantik oleh pihak pentadbiran sekolah. 

PENUTUP

Harus diingat bahawa, pelakuan seharian kita sebagai seorang guru sentiasa diperhatikan dan seringkali ditiru oleh pelajar. Seorang guru harus menunjukkan contoh yang terbaik supaya kita menjadi role model kepada setiap pelajar kita. Jadi, sebagai

seorang guru, kita seharusnya memperbetulkan dan merperindahkan dulu budi pekerti dan kemoralan diri kita sebelum menasihat atau menegur pelajar supaya pelajar menyanjung dan memartabatkan kita sebagai role model terbaik untuk dirinya. Zaman telah berubah, peningkatan intelek, akademik, persekitaran dan arus kemodenan telah banyak mengubah masyarakat moden kini yang lebih berpendidikan tinggi dan berpengetahuan luas. Oleh yang demikian guru-guru perlu bersedia dari segi mental dan fizikal untuk bersama-sama berganding bahu dengan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Najib Tun Razak, Perdana Menteri kita dalam membuat transformasi sepertimana tema Hari Guru pada tahun 2011.

Setiap tahun para warga pendidik akan menyambut Sambutan Hari Guru pada 16 Mei. Pada tahun ini walaupun Hari Guru akan disambut lebih dalm tempoh 2 bulan lagi, temanya dahpun diketahui iaitu Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara. Jika dilihat pada tema ini secara halus, maka nampak dengan jelas bahawa tugas guru semakin mencabar. Kerana sebagai penjana transformasi (perubahan) pendidikan negara, para pendidik perlu memikul semua perancangan pendidikan yang telah dirancang oleh kerajaan. Dalam erti kata lain, apa sahaja perancangan yang telah dirancang oleh kerajaan sebagai pembuat dasar perlu dilaksanakan dengan sebegitu sempurna agar apa yang tersirat dalam tema Hari Guru pada tahun ini dapat dicapai.

TAJUK 2 :KOD ETIKA PERGURUAN: ISU DAN CABARAN

1. Pengenalan2. Definisi Etika3.Tatasusila profesion perguruan4.Etika Guru Muslim5.Ciri-ciri guru yang berkesan6.Program pendidikan guru7.Isu-isu berbangkit8.Cadangan9.Penutup

PENGENALAN

Profesion guru dan pendidik terutamanya dalam zaman-zaman mencabar ini bukanlah semudah yang disangka - kerjanya separuh hari dan cutinya panjang. Sebagai arkiteksosial, guru mempunyai tanggungjawab yang amat besar, bukan sekadar member pendidikan dan menyampaikan ilmu. Gurulah insan yang dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan transformasi pendidikan yang dicita-citakan oleh negara. Justeru kegagalan sesebuah masyarakat untuk berfungsi dengan sempurna kerap dikaitkan dengan kegagalan sistem pendidikan sesebuah negara.Lebih daripada itu, guru juga perlu menjadi model utama kepada anak didiknya. Oleh itu mereka perlu berjiwa besar. Bukan sembarangan orang layak menjadi guru. Hanya mereka yang luhur jiwa dan kental semangatnya yang sanggup mencurahkan bakti untuk menjadi guru. Kecintaan terhadap profesion ini juga seharusnya bukan sekadar secara luarannya sahaja, sebaliknya menyelinap ke dalam lubuk hatinya.Selain itu, guru sering dikaitkan sebagai agen perubahan

dalam agenda sosial, politik dan ekonomi. Perubahan-perubahan yang dikehendaki oleh kerajaan selalunya disalurkan melalui falsafah dan matlamat ( juga merupakan input ) yang perlu diterjemahkan oleh guru sekolah dalam aktiviti kurikulum dan ko kurikulum.Falsafah Pendidikan Negara (PPN) pula memberikan matlamat yang jelas mengenaijenis manusia yang ingin dilahirkan oleh sistem kita. Pendekatan melahirkan insane harmoni dan seimbang perlu mendapat dukungan yang lebih bermakna supaya faktor perubahan yang berlaku tidak menjejaskan matlamat pendidikan itu sendiri. Bagi memberi tindak balas kepada faktor globalisasi, sistem kita harus mampu mendepani cabaran zaman. Untuk menjadikan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia, ia tidak boleh terpencil dari arus pendidikan dunia. Tapi keterbukaan kita terhadap pengaruh di luar lingkungan jangan sampai menjadikan kita kehilangan jatidiri.Oleh yang demikian, bagi memastikan jatidiri guru terus utuh, seseorang guru haruslah mematuhi Etika Profesion Keguruan. Etika ini merupakan panduan tingkah laku yang menjadi pegangan guru berlandaskan nilai-nilai akhlak mulia. Melalui etika inilahmasyarakat boleh menganilisis, menilai serta menentukan sama ada tingkah laku guru telah mengikut peraturan yang ditetapkan atau sebaliknya. Melalui etika ini juga dapatmembantu guru menangani cabaran dalam dunia pendidikan yang begitu mencabar dewasa ini.

DEFINISI ETIKA

Etika berasal dari perkataan Greek iaitu ethos dan ethikos. Ethos bererti sifat, watak,kebiasaan, tempat yang biasa, cara hidup atau budaya manakala ethikos pula ialahtatasusila, beradab atau kelakuan atau perbuatan yang baik. Menurut Thiroux (2001),etika merupakan teori yang berkaitan dengan tindakan, hujah dan tujuan yangmengarah kepada makna sesuatu tindakan. Ia bukan bersangkutan dengan fakta atau fizikal manusia tetapi merupakan suatu falsafah moral yang mengambil kira tindakan atau tingkahlaku manusia. Tumpuan etika ialah terhadap tingkahlaku individu,bagaimana manusia bertingkahlaku dalam sesuatu keadaan. Namun begitu, Ismail Ibrahim (1995) menyebut, etika ialah sebagai proses pemikiran tentang baik dan buruk berkaitan perilaku seseorang. Etika juga merupakan suatu disiplin ilmu yang mengkaji tentang moral, prinsip moral, kaedah moral dan tindakan serta kelakuan manusia yang betul. Oleh itu etika memperkatakan tentang apa yang betul dan salah, perbuatan yang baik dan buruk, perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan, yang patut dan tidak patut serta yang berkaitan dengan tanggungjawab. Tegasnya, etika adalah sains perlakuan atau “behavioral science” yang mengkaji tentang perlakuan manuisa dalam masyarakat, membuat tafsiran mengenai tingkahlaku mereka dan memberi panduan cara-cara bertingkahlaku yang betul berdasarkan kepada piawaian etika atau moral manusia serta masyarakatnya.Menurut Martin [1993], etika didefinisikan sebagai "the discipline

which can act as theperformance index or reference for our control system". Oleh demikian, etika akan memberikan batasan ataupun standard yang akan mengatur pergaulan manusia didalam kelompok sosialnya. Dalam pengertiannya yang secara khusus dikaitkan dengan seni pergaulan manusia, etika ini kemudian dirupakan dalam bentuk aturan(code) tertulis yang secara sistematik dibuat berdasarkan prinsip-prinsip moral yang ada, dan pada saat yang diperlukan akan berfungsi sebagai alat untuk mengadili segalatindakan yang secara logika-rasional umum (common sense) dinilai menyimpang dari kode etik Dengan demikian etika adalah refleksi dari apa yang disebut dengan "self control", kerana segalanya dibuat dan diterapkan untuk kepentingan sosial (profesi) itu sendiri.Selain dari itu, kerana kelompok profesional merupakan kelompok yang berkemahiran yang diperolehi melalui proses pendidikan dan latihan yang berkualiti dan mempunyai standard tinggi yang dalam menerapkan semua kemahirannya yang tinggi itu hanya dapat dinilai dari dalam oleh rakan sejawat, sesama sendiri. Kehadiran organisasi profesion dengan perangkat "built-in mechanism" berupa kode etik profesi dalam hal ini jelas akan diperlukan untuk menjaga martabat serta kehormatan profesi, dan disisi lain melindungi masyarakat dari segala bentuk penyimpangan maupun penyalah-gunaan keahlian (Wignjosoebroto, 1999).Oleh kerana itu dapatlah disimpulkan bahwa sebuah profesi hanya dapat memperoleh kepercayaan dari masyarakat, apabila dalam diri para elit profesional tersebut ada kesadaran kuat untuk mengindahkan etika profesi bila mereka ingin memberikan jasa kepada masyarakat yang memerlukannya. Tanpa etika profesi, apa yang semula dikenal sebagai sebuah profesi yang terhormat akan jatuh menjadi sebuah pekerjaan pencarian nafkah biasa yang sedikitpun tidak diwarnai dengan nilai-nilai idealisme danujung-ujungnya akan berakhir dengan tidak-ada lagi respek maupun kepercayaan yangdiberikan kepada para golongan profesional ini. Maka Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati berdasarkan prinsip-prinsip berikut:-Niat yang betul, Perlakuan yang baik, Pengerak ke arahKebaikan,Memperkotakan apa yang dikatakan,Berdisiplin dan beradab,Menghargai dan bertanggungjawab.

NILAI-NILAI UTAMA ETIKA KERJA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA(KPM)

Walaupun banyak terdapat nilai-nilai mulia, tetapi tujuh nilai utama menjadi fokus EtikaKerja Kementerian Pelajaran Malaysia. Nilai-nilai itu adalah:Amanah, Benar, Bijaksana, Bersyukur, Dedikasi, Ikhlas, Penyayang

TATASUSILA PROFESION PERGURUAN

Tatasusila profesion perguruan merupakan suatu garis panduan atau kod-kod tingkahlaku yang perlu dipatuhi oleh semua orang yang menggelar dirinya sebagai pendidik dalam sistem pendidikan di Malaysia. Tatasusila tersebut dibahagikan kepada empat bidang tanggungjawab termasuklah pelajar, ibubapa, masyarakat dan Negara serta rakan sejawat dan profesionnya sendiri.

Tanggungjawab terhadap pelajar

Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar daripada hal-hal lain.·

Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani,mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.

Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada merekayang berhak mengetahuinya.

Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam matapelajaran-matapelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.·

Menunjukkan suatu cara berpakaian, pertuturan dan tingkahlaku yang dapatmemberikan contoh yang baik kepada pelajar.·

Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan,lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supayapengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

Tanggungjawab terhadap ibu bapa·

Menghormati tanggungjawab utama ibubapa terhadap anak-anak mereka.·

Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusipendidikan dengan rumahtangga.·

Menganggap semua makumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.·

Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.

Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.·

Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang bolehmenjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.

Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara·

Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara.·

Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawabdan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.·

Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.·

Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.·

Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawanan masyarakat.·

Berpegang kepada tingkahlaku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan kami sehari-hari dengan baik.

Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan·

Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atauberbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.·

Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai guru.·

Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dansosial.· Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baharudalam profesion perguruan.·

Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesionperguruan.·

Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.Guru yang dimaksudkan dalam konteks Tatasusila ini ialah orang yang menyebarkan pengetahuan di sesebuah institusi pendidikan peringkat rendah, menengah dan tinggi,termasuk guru terlatih yang bertugas dalam pentadbiran, organisasi dan penyeliaan pendidikan

ETIKA GURU MUSLIM

Etika perguruan Islam belum dibuat secara khusus oleh kumpulan yang dianggotai oleh berbagai kalangan yang profesional. Namun sebagai percubaan awal hal ini boleh diusahakan secara perseorangan dan kemudiannya dapat ditokok tambah oleh khalayak pendidik serta dihayati oleh mereka sebagai suatu etika profesion keguruan .Antara yang boleh dirumuskan ialah:

Tanggungjawab Terhadap Allah

Seorang guru Muslim hendaklah sentiasa memantapkan keyakinan/keimanan kepada Allah di samping mengukuhkan hubungannya yang berterusan denganNya.·

Sifat istiqamah, iltizam semangat berbakti dan beramal soleh hendaklah menjadi amalan harian.·

Guru Muslim mustahak menghayati rasa khusyuk, takut dan harap kepada Allah.·

Guru Muslim hendaklah prihatin untuk sentiasa mengagungkan syiar agama Islam dan berusaha ke arah mendaulatkan syariat Islam.·

Guru Muslim mesti melaksanakan kewajiban agama, menghindari laranganNya dan menyempurnakan segala hak dan tanggungjawab yang berkaitan dengannya.·

Guru Muslim hendaklah bersyukur kepada Allah di samping selalu berdoa kepadaNyadengan membaca ayat-ayat Allah dan merendahkan diri ke hadratNya.

 Tanggungjawab Terhadap Diri·

Guru muslim hendaklah memastikan keselamatan diri sendiri, sama ada dari aspek fizikal, emosional, mental mahupun moral.·

Prihatin terhadap kebersihan diri, pakaian, perawakan dan tempat tinggal.·

Memahami kekuatan dan kelemahan diri untuk boleh dimanfaatkan serta ditingkatkan dari segenap aspek.·

Meningkatkan kesejahteraan diri agar dapat berkhidmat selama dan sebanyak mungkin kepada Allah, masyarakat dan negara.·

Melibatkan diri dengan program dan agenda yang boleh meningkatkan kualiti profesion sebagai seorang guru.

Tanggungjawab Terhadap Ilmu

Guru muslim hendaklah :

 Memastikan penguasaan ilmu takhassus secara mantap dan mendalam.

Beriltizam dengan amanah ilmiah.Prihatin untuk mengamalkan dan mengembangkan ilmu yang dipelajari.

Sentiasa mengikuti perkembangan teknologi terbaru dalam pengajaran ilmu yangberkaitan.

Dari semasa ke semasa guru Muslim hendaklah menelusuri sudut atau dimensi spirituality Islam dalam pelbagai lapangan ilmu pengetahuan.

Sentiasa memanfaatkan ilmu untuk tujuan kemanusiaan, kesejahteraan dan keamananumat manusia sejagat.

Tanggungjawab terhadap Profesion

Seorang guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionnya dan yang mana menyebabkan kurang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan.

Dia tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan.Dalam

semua hubungan dan tugas seseorang guru hendaklah menjalankannya dengan jujur.

Tanggungjawab utama seseorang guru ialah terhadap pelajarnya. Kepentingan para pelajarnya haruslah mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentinganmasyarakat, persatuan atau persendirian.

Dia haruslah menumpukan perhatian dan pengajaran untuk semua pelajar tidak kirabangsa, agama atau kepercayaan.

Dia haruslah bertugas sebagai pengganti ibu bapa dalam usaha membentuk tingkahlaku para pelajar ke arah matlamat-matlamat yang diterima oleh masyarakat.

Dia haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan setiap pelajarnya.

Dia haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua pelajar tidak kira bangsa, warna, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal keluarga, intelek, akademik dan status-status lain.

Dia harus mengesan dan menerima perbezaan individu di kalangan pelajar dan memandu mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, dayacipta dan rohani.

Dia harus menghormati hak setiap pelajar supaya maklumat-maklumat sulit mengenaidiri para pelajar tidak diberitahu kepada orang atau agensi lain yang tidak berkenaan.

Dia tidaklah harus bertingkah laku terhadap para pelajarnya begitu rupa yang bolehmembawa jatuhnya darjat profesion perguruan.

Dia tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan pelajar,masyarakat awam atau negara.

Dia haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap para pelajarnya supaya merekadapat berkembang menjadi warga negara yang taat setia dan beragama.

Dia tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkankeyakinan diri para pelajarnya dan ibubapanya.

Dia haruslah bertingkah laku begitu rupa supaya menjadi contoh yang baik terhadap pelajar.

Dia tidaklah harus menerima apa-apa bayaran daripada para pelajarnya untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran-bayaran yang disahkan.

Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja-kerja tuisyen atau pengajaran persendirian.

Dia tidaklah harus memaksa kepercayaan keagamaan, politik persendirian terhadap para pelajarnya.

Dia tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibu bapa para pelajar atauahli-ahli masyarakat dalam menjalankan tugas-tugas profesionnya.

Dia tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru-guru lain.Untuk mendapatkan pekerjaan atau kenaikan pangkat dia haruslah menggunakan cara-cara yang sah sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan).

Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-membesarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan.

Tanggungjawab Terhadap Pelajar

Guru muslim hendaklah lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar dari hal-hal lain.

Bersikap adil terhadap setiap seorang tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental,emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan dan agama.

Menampilkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikancontoh yang baik kepada pelajar.. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam kelas sendiri atau dalam mata- mata pelajaran yang diajar dalam kelas tanpa sebarang bayaran.

Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaranmencapai mutu yang setinggi-tingginya

Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat

Guru muslim hendaklah mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.

Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai guru.

Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab dengan rajin danbersungguh-sungguh dan mengekalkan kemajuan ikhtisas dan sosial.

Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru dalam profesion perguruan.

Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan.

Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan Negara

Mengelakkan diri daripada meyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang boleh bertentangan dengan Rukunegara.

Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warga negara yang taat setia, bertanggungjawabdan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.

Menghormati masyarakat tempat mereka berkhidmat dan memenuhi segalatanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.

Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan tahap kehidupan morality, kebudayaan dan kecendikiawanan

masyarakat.Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan harian dengan baik.

 Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa

Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.

Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumahtangga.

Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumahtangga atau anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.

Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.

Mengelakkan diri daripada penggunaan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.

Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yangboleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka. 

Kod etika keguruan Islam ini kalau benar-benar dipatuhi dan diamalkan akan membantukeberkesanan pangajaran guru. Perkataan keberkesanan pengajaran guru ini mungkin kabur pagi setengah pihak. Oleh itu ada baiknya kita menjelaskan maksud perkataan tersebut. Keberkesanan bermaksud pengajaran guru berkenaan mencapai puncak matlamat yang digariskan.CIRI-CIRI GURU YANG BERKESANPerbincangan mengenai ciri seseorang guru yang amat berkesan (highly effective)boleh dikategorikan kepada tiga aspek iaitu:·

Ciri peribadi yang menjelaskan perwatakan.·i. Seorang yang bermatlamat (mission-driven) dan juga seorang yang asyik dalam pekerjaannya.

ii. Bersikap positif dan real yakni yakin dalamapa pun yang dilakukan di samping sabar menerima kenyataan biar pun pahit untuk ditelan.iii.Merupakan seorang guru-pemimpin; di samping mengajar ia jugamembimbing dan menunjuk ajar bukan sahaja anak didik malah rakan sejawat dansiapa sahaja

Ciri mengajar yang memberikan hasil.·seorang yang memiliki dan sentiasa menerapkan aspek dengannya("with-it-ness") dalam apa jua yang dibuat atau apa jua yang murid-muridnya mestibuat. Ia juga mempunyai stail yang tersendiri, sesuai dengan semua keadaan danpersekitaran, nilai dan budaya, peraturan dan undang-undang. Ianya juga memilikikepakaran memotivasi serta kebekesanan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Ciri intelek yang menunjukkan ilmu, sedar-diri dan faham-kendiri.Seseorang yang suka membaca buku, dan mempunyai mental life yang segar, berkembang dan bersifat self-actualization dengan minda yang sihat danterbuka, melihat alam dan kehidupan di dalam ruang lingkup yang luas dan menyeluruh(banyak) di samping melihat, menganalisis, mensintisis dan menilai satu di dalam yangbanyak.Falsafah Pendidikan Negara (PPN) memberikan matlamat yang jelas mengenai jenis manusia yang ingin dilahirkan oleh sistem kita. Pendekatan melahirkan insan harmoni dan seimbang perlu mendapat dukungan yang lebih bermakna supaya factor perubahan yang berlaku tidak menjejaskan matlamat pendidikan itu sendiri. Bagi memberi tindak balas kepada faktor globalisasi, sistem kita harus mampu mendepani cabaran zaman. Untuk menjadikan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia, ia tidak boleh terpencil dari arus pendidikan dunia. Tapi keterbukaan kita terhadap pengaruh di luarlingkungan jangan sampai menjadikan kita kehilangan jatidiri.

PROGRAM PENDIDIKAN GURU

Program pendidikan guru ialah satu program latihan praktik dan sistematik berasaskan sekolah yang bersifat "developmental". Program ini membolehkan guru pelatih membina, menguasai, dan mengukuhkan ilmu profesional keguruan untuk menjadi guru permulaan yang berkesan.Namun begitu, kualiti pengajaran dan pembelajaran sesebuah sekolah banyak bergantung kepada kualiti gurunya. Kelayakan dan keprofesionalan guru menentukan kualiti program. Mack (1975) mengatakan ciri-ciri personaliti guru dan setakat mana latihan profesional yang dimiliki adalah menyumbang kepada kebolehannya. Ciri-ciri personaliti guru termasuklah: mempunyai kematangan, menghormati pelajar dan ibu bapa,

berkeyakinan, fleksibel, suka belajar, perawakan baik, fizikal yang sesuai,beretika dan mempunyai latihan yang cukup.

Guru-guru perlu mendapat latihan professional untuk memahami bagaimana murid-murid berkembang dan belajar.Guru yang berkualiti dilihat dari segi hubungan erat yang berjaya diwujudkan denganpelajar, kemampuannya mengembangkan program dan merancang aktiviti,kejayaannya mewujudkan komunikasi yang baik dengan ibu bapa dan rakan sejawatyang lain dan kemahirannya dalam pentadbiran dan perkembangan professional.Guruyang baik ialah guru yang efektif iaitu guru yang berkemahiran serta dapat meningkatkan hasil pembelajaran pelajar. Kemahiran yang ada pada guru tidak lahir begitu sahaja. Ia perlu dipupuk dan dibajai melalui latihan yang sistematik sebelum melibatkan diri di dalam profesion perguruan. Latihan adalah penting bagi seseorang guru sekolah bagi mencapai kemahiran, kecekapan serta keberkesanan didalam perlaksanaan tugas. Sebagaimana apa yang dinyatakan oleh Yu- Wei Lin dan Spodek (1992) iaitu latihan berfungsi meningkatkan kualiti pengajaran guru sekolah.Walau bagaimanapun selain latihan yang diikuti minat yang mendalam terhadap kerjaya juga membantu keberkesanan pengajaran seseorang guru prasekolah. Motivasi juga merupakan faktor penting yang boleh meningkatkan kualiti guru-guru prasekolah kerana ia akan menaikkan semangat untuk berusaha dan mencapai matlamat yang hendak dicapai.Penglibatan sekolah dalam melaksanakan program ini dapat mewujudkan jalinan hubungan kerjasama antara Universiti dan sekolah, memupuk rasa tanggungjawabbersama, rasa kesepunyaan (ownership) dan mengukuhkan konsep "partnership" bagimembantu perkembangan profesionalisme.

Dalam melaksanakan program pendidikan guru ini, bimbingan dan latihan lebihdiutamakan daripada penilaian. Jalinan kerjasama dan perkongsian pengalaman serta kepakaran antara Universiti dan sekolah, yang menjadi teras pelaksanaan praktikum dapat membantu perkembangan sekolah terutamanya dari segi peningkatan ikhtisasguru pelatih.Komponen utama yang perlu ada dalam program pendidikan guru ialah:

(a) pengajaran dan pengalaman di bilik darjah,(b) pengajaran dan pengalaman luar bilikdarjah, dan(c) pembentukan ciri sahsiah yang sesuai dengan profesion keguruan.

Objektif Program Pendidikan GuruProgram pendidikan guru memberi peluang kepada guru pelatih mengenal secara lebih dekat peranan dan fungsi guru dan pengelolaan serta pengurusan sebenar

bilik darjah. Secara khusus, program ini memberi peluang kepada guru pelatih belajar:· tentang tugas dan tanggungjawab asas keguruan.· mengenal pasti dan memahami murid-murid yang mempunyai perbezaan individu dan merancang persediaan pengajaran bagi memenuhi keperluan individu tersebut.· mengamal dan mencuba kaedah pengajaran mata pelajaran serta menilai kerja murid seperti yang telah dipelajari di dalam kursus.· menilai kelebihan dan kelemahan kesan-kesan pengajaran dan pembelajaran.· prosedur dan teknik pengelolaan kurikulum dan kokurikulum· mempraktikkan etika keguruan.

Sistem pentadbiran dan pengurusan sekolah.· mengamalkan, mengubah suai dan mencuba teori-teori dan metodologi pengajaranberasaskan keseluruhan ilmu keguruan dan disiplin pengkhususan.· menganalisis perbezaan-perbezaan pelajar dan menghubungkan isu-isu disiplin dan gerak laku serta berusaha mengatasi masalah yang dihadapi.· membina daya usaha, kreativiti, kepekaan dan keyakinan diri serta sikap yang lebih positif dalam suasana pengajaran dan pembelajaran yang berbeza.· mengalami proses sosialisasi di dalam masyarakat sekolah supaya dapat berfungsisecara positif dalam bidang perguruan.· melibatkan diri secara aktif dalam pengelolaan kokurikulum sekolah dan mencubapendekatan-pendekatan yang sesuai dan inovatif.

Guru Sebagai PenyelidikPenyelidikan dalam konteks globalisasi ini menekankan kepada pembentukan satu budaya kolaboratif, kerjasama, perkongsian dan penyayang dalam masyarakat. Disamping itu, penglibatan yang meluas dalam proses penyelidikan akan menimbulkan“sense of ownership” di kalangan semua pihak guru yang terlibat dalam penyelidikan tersebut. Setiap pihak yang terlibat akan lebih terbuka dalam memberikan kerjasama dan maklumat yang diperlukan. Pandangan di atas menunjukkan bahawa guru memerlukan trdisi penyelidikan yang sesuai dengan teori dan amalan mereka yangdapat menyumbang terhadap peningkatan kepada kemahiran menyelesaikan masalah.Satu tradisi penyelidikan yang berkembang dalam kemasyarakatan perlu di cuba dan di bangunkan. Organisasi, firma dan kilang-kilang, tempat kerja, rumahtangga dan sekolah adalah merupakan makmal yang ideal untuk menguji teori-teori sosial dankemasyarakatan. Perwakilan seperti ‘NGO’, ‘key personal’, wakil dari organisasi, surirumah, ketua tempat kediaman, adalah sebenarnya dikelilingi oleh sumber-sumber dan bahan yang kaya yang boleh dijadikan bahan penyelidikan.Stenhouse (1975) berpendapat bahawa jika guru hendaklah merealisasikan aspirasi negara mereka, adalah perlu mereka menganggap peranan mereka sebagai penyelidik.Penyelidikan perlu dijadikan sebagai salah satu tugas utama masyarakat. Pendedahan untuk menjalankan penyelidikan perlu diberi kapada guru supaya aspirasi negara untuk membina insan

yang mempunyai kemahiran meneroka jati diri terbina secara intrinsik.Donald Schon (1983) yang menyarankan perubahan amalan gurudari berbentuk‘technical rationality’ kepada ‘reflective rationality’ yang menekankan amalan refleksi sebagai asas perkembangan profesional.Schon mengemukakan konsep ‘reflection-in-action’ dan ‘knowing-in-action’ sebagai proses penyelidikan yang menjadi saluran untuk perkembangan ilmu profesional dan peningkatan profesional. Konsep ‘reflection-in-action’ dan ‘knowing-in-action’ membawa maksud refleksi yang dilakukan semasa seseorang itu melakukan sesuatu untuk mempastikan apa yang dilakukan itu berkesan ataupun mungkin persepsi yang baru diperolehi bagi membaiki amalan. Keadaan ini banyak berlaku semasa guru mengajar misalnya guru sentiasa (sama ada secara sedaratau tidak) membuat refleksi ke atas pengajaran yang sedang mereka jalankan. Proses ini sebenarnya memerlukan seseorang itu mengesan maklumat dan menganalisis maklumat bagi membuat keputusan yang pantas bagi membaiki amalannya secara berterusan.Elliott (1993) menekankan betapa perlunya refleksi yang sistematik sebagai cara untuk mempertingkatkan mutu keputusan dan tindakan profesional yang dibuat oleh seorang pengkaji Elliott telah mengutarakan paradigma sains praktikal yang merangkuami konsep guru sebagai penyelidik dan pengamal refleksi. Proses ini melibatkan penyelidikan tindakan dan inkuiri tindakan. Bagi Elliott, perubahan pendidikan perlu berlandaskan inkuiri yang sistematik.Dari pandangan-pandangan di atas, jelaslah bahawa penglibatan guru sebagai penyelidik ini perlu diperkembangkan. Penglibatan pakar-pakar penyelidik dalam membimbing guru untuk melakukan penyelidikan secara berterusan boleh membentuk budaya menyelidik dan reflektif. Budaya ini memungkinkan suara dan pandangan wakil guru didengar dan diambil perhatian oleh pihak pembuat dasar dan pihak-pihak yang berkepentingan dalam pendidikan. Ini sekurang-kurangnya dapat meningkatkan keyakinan dan ‘self-esteem’ guru. Budaya menyelidik juga didapati telah dapat menigkatkan keberkesanan guru yang seterusnya dapat menyumbangkan kepada kualiti pendidikan. Dalam konteks pendemokrasian pendidikan,  konsep guru sebagai penyelidik ini akan mula berakar umbi di kalangan guru di negara ini. Penglibatan guru dalam penyelidikan terutama penyelidikan tindakan perlu dijadikan amalan harian.

Pembudayaan penyelidikan yang menyeluruh adalah perlu supaya penyelidikan dapat dijadikan sebagai amalan yang boleh membantu dalam membuat keputusan serta tindakan yang lebih baik. Penyelidikan bukanlah cara yang boleh menyelesaikan sesuatu masalah, tetapi penyelidikan dapat membantu dalam melihat masalah secara lebih terancang dan sistematik supaya penyelesaian kepada masalah itu dapat dibuatdengan lebih berkesnn. Untuk membolehkan penyelidikan memberi sumbangan yang berkesan dalam meningkatkan kualiti pendidikan guru

di setiap peringkat, metodologi,proses dan dapatan penyelidikan perlu dapat difahami dan digunakan sebaik-baiknyaoleh pelbagai pihak yang terlibat dan berkepentingan

ISU-ISU BERBANGKIT

Sejauh manakah guru-guru di sekolah sedar akan etika keguruan seperti yang tercetak di dalam Buku Rekod Pengajaran (Tatasusila Profesion Perguruan, Malaysia)? Walaupun Pengetua/Guru Besar dan guru memegang Buku Rekod Pengajaran dan merekodkan rancangan pengajaran mereka tiap-tiap hari, tetapi adakah mereka membaca dengan teliti dan memahami Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia yangmerupakan garis panduan kod etika perguruan? Berapa peratuskah Pengetua/GuruBesar dan guru-guru seluruh Malaysia yang memahami kod etika ini dan betul-betu mengamalkannya? Menurut Dr. Mohammed Sani (2001) dalam menggariskan sifat dan kualiti peribadi seseorang guru, di antaranya termasuklah sifat bertanggungjawab, mempuyai keyakinan diri, mempuyai daya kepimpinan dan menghayati nilai keagamaan dan nilai murni melalui program tarbiyah ruhiyyah yang berterusan. Menurut Rohaty (2002), guru perlu memahami dan menghayati etika dan profesion keguruan supaya dianggapprofessional. Malangnya terdapat juga segolongan guru dan Pengetua/Guru Besaryang seolah-olah telah ‘terlupa’ tentang kewujudan kod etika keguruan, dan salah satu faktor yang menyebabkan kejadian ini berlaku ialah faktor materialistik. Menurut Dr.Tajul Ariffin (1997), tugas mendidik sekarang telah dicemari dengan kegilaan guru untuk mencari kekayaan, kemegahan dan pangkat. Ini menyebabkan guru menggunakanlebih banyak masa untuk kepentingan sendiri ke arah perkara-perkara tesebut daripada memberi tumpuan kepada perkara yang berkaitan dengan pendidikan. Ini jelas sekali menjejas etika dan profesion keguruan. Sebagai kesan sampingannya, pada masa kini telah berlaku kes-kes salah guna kuasa dan salah laku serta jenayah yang melibatkan pengurus sekolah atau/dan guru-guru sekolah.Menurut Timbalan Pendakwa Raya Badan Pencegah Rasuah, Zulqarnain Hassan dalam pembentangan kertas kerja yang bertajuk Jenayah Rasuah – Salah Guna Kuasa dan Penyelewengan Dalam Pengurusan Sekolah pada Seminar Kepengetuaan Kebangsaan Ke-3 di Institut Pengetua Universiti Malaya, Mac 2004, beliau telah mengatakan bahawa pengurus sekolah menyedari peruntukan undang-undang mengenai penyalahgunaan kuasa itu, ``Tetapi mereka dengan sengaja melakukannya…,. Menurut beliau, kes-kes sedemikian didapati bertambah setiap tahun, dan ini telahmenunjukkan peningkatan dalam kes penyalah gunaan kuasa oleh pihak berkenaan.``Namun begitu ada juga pengurus sekolah yang tidak tahu perbuatan mereka itu

menyalahi peraturan, katanya.Dalam pembentangan kertas kerja tersebut, belaiu telah memberi contoh kes-kes yangtidak beretika yang berlaku di sekolah-sekolah di Malaysia seperti berikut:(1) Contoh Kes Suapan Guru Jasmani menerima wang daripada kontraktor didorong bahawa beliau meluluskan pembelian alat sukan.(2) Pengetua sekeluarga menerima tiket kapal terbang secara percuma untuk melancung ke luar negeri dari syarikat buku yang menjual buku di sekolah berkenaan.(3) Pengetua menerima wang bulanan untuk dirinya daripada pengusaha kantin asramasekolah kerana telah berusaha mendapatkan tender untuknya.(4) Pengurus sekolah meminta kontraktor membaiki rumahnya secara percuma keranabeliau telah menganugerahkan kontrak kepada kontraktor berkenaan.(5) Anak pengurus sekolah telah diberikan pekerjaan sebagai kerani di pejabat kontraktor sebagai balasan kerana mendapat kontrak.(6) Contoh penggunaan dokumen palsu untuk mengelirukan majikana. Pengurus sekolah membuat tututan perjalanan kepada pihak atasan kononnya perjalanan dibuat daripada tempat A ke C, tetapi sebenarnya perjalanan adalah daripada A ke B(7) Pengetua berpakat dengan kontraktor menuntut kos baik pulih perabot sekolah dengan menggunakan resit/invois tetapi kerja baik pulih tidak dijalankan sebaliknyakerja lain dibuat.(8) Pengetua meluluskan bayaran kepada kontraktor membekal makanan untuk pelajar-pelajar asrama sekolahnya dalam keadaan beliau tahu bahawa tuntutan adalah tidak betul iaitu 100 orang pelajar diberi makanan tetapi tuntutan daripada kontraktor ialah 200 orang pelajar yang diberikan makanan.(9) Contoh kes pengurus sekolah yang mengambil kesempatan daripada kedudukannya/jawatannya untuk kepentingan peribadi atau saudara.(10) Seseorang pengurus sekolah mengeluarkan pesanan tempatan kepada syarakat abangnya untuk mendapat bekalan kertas, kapur, pasu bunga dan peralatan sukansekolah.(11) Pengurus sekolah membeli peralatan peti sejuk dan televisyen bagi kegunaan bilikguru sekolah dengan mengeluarkan pesanan tempatan kepada syarikat elektrik milik isteri/suaminya.(12) Pengetua memberikan tender mengusahakan kantin sekolah kepada pengusaha kantin yang ada hubungan persaudaraan iaitu adik ipar.(14) Contoh kes pecah amanaha. Pengurus sekolah memberikan wang bantuan kerajaan kepada pelajar berada, danbukannya pelajar miskin seperti dikehendaki oleh peraturan.

(15) Pengurus sekolah dikehendaki membayar sejumlah wang kepada Perbendaharaan tetapi bayaran tidak dibuat kepada Perbendaharaan sebaliknya dimasukkan ke dalam akaun sendiri maka beliau telah melakukan pecah amanah.Selain daripada contoh kes-kes penyalah gunaan kuasa yang tersebut di atas, dalam tahun 2004 ini telah pun berlaku beberapa kes yang tidak beretika di kalangan guru kerana terlibat dalam penjenayahan dan salah tingkahlaku.

Selain daripada itu, satu kes yang berlaku di Sekolah Menengah Sains di Kuantan,Pahang ialah ibubapa seorang pelajar telah mengadu bahawa anaknya telah dirotan walaupun kesalahan yang dilakukannya terlalu kecil (Berita Harian, 30/6/2004).Satu kes yang lain pula melibatkan penjenayahan yang telah dilakukan oleh seorang guru lelaki di sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur yang telah menculik seorang budak perempuan yang hanya berusia empat tahun dan telah meminta wang tebusan sebanyak RM200,000 (Berita Harian, 24/6/2004).Selain daripada kes-kes yang tersebut di atas, kita juga sering dapati adanya kecenderungan pihak-pihak tertentu, khususnya syarikat-syarikat pengeluar, penguasa,penerbit, pengedar dan individu-individu yang ingin membuat jualan terus kepada pelajar-pelajar dan guru-guru atau pun ingin mengadakan promosi melalui pameran dan demonstrasi dengan tujuan yang sama (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.12/1988,Kementerian Pendidikan Malaysia). Menurut pekeliling berkenaan, Pengetua dan GuruBesar diingatkan bahawa“ … kebenaran tidak boleh diberi kepada mana-mana syarikat atau mana-mana individu... Walau bagaimanapun, kelonggaran kepada larangan ini boleh diberi kepada pihak-pihak yang memohon untuk membuat jualan … keadaan-keadaan tertentu seperti … perayaan Hari Ibubapa, Hari Guru, Hari Sukan … [atau] demonstrasi dan promosi hanya mendapat perhatian dan pertimbangan … tanpa melibatkan pelajar-pelajar danlain-lain guru.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.12/1988, Kementerian Pendidikan Malaysia)

ISU SEMASA PROGRAM  LATIHAN GURU

Isu profesion guru juga sering dikaitkan dengan latihan mengajar. Persoalan seperti bagaimana pihak universiti, maktab, Kementerian Pelajaran dapat menguruskan progam latihan mengajar bagi guru pelatih dengan cara lebih berkesan? Latihan mengajar bagi bakal guru adalah pendidikan awal dalam hidup pendidik. Pengetahuan akademik tidak cukup untuk menjadi seorang guru, pengalaman dan amali praktikal menentukan kejayaan seseorang guru. Keberkesanan penyampaian pengetahuan adalah hasil sebenar kerja mereka. Keberkesanan pengajaran guru bergantung kepada konsep guru sebagai berikut:

        Agen mangkin dalam pertumbuhan dan perkembangan pelajar.

        Fasilitator dalam pembelajaran pelajar.        Penggerak kepada usaha pelajar.        Pembimbing dan model.        Pembuat keputusan dalam penggunaan peluang ada untuk kebajikan pelajar.

Latihan mengajar memberi peluang bagi guru menggunakan teori dan prinsip-prinsip pendidikan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran sebenar di samping meningkatkan keyakinan diri untuk mengurus bilik darjah. Keseluruhan jangka masa latihan mengajar lebih kurang 12 minggu, waktu mengajar antara 8 hingga 10 waktu seminggu. Tumpuan khusus kepada proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah mengikut opsyen guru pelatih itu. Terdapat beberapa kelemahan dalam program latihan pengajar:Kemahiran profesional belum mantap. Latihan mengajar menekankan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran,sedangkan tuntutan profesion perguruan lebih daripada itu kerana guru menghadapibanyak tekanan sosial seperti masalah berkaitan dengan disiplin, tuntutan ibu bapa danmasyarakat yang mementingkan pencapaian akademik cemerlang.Kekurangan bimbingan dan tunjuk ajar Guru pelatih diselia antara 5 hingga 8 kali semasa latihan mengajar. Penyeliaan dibuat untuk menilai kecekapan guru mengajar dan respons dari pelajar di dalam matapelajaran. Sebagai perbandingan, latihan profesion kedoktoran, doktor perlu menjalani housemanship selama setahun. Semasa menjalankan housemanship, doctor pelatih adalah di bawah pegawasan doktor pakar. Selepas itu, doktor tersebut perlu mendapat pengiktirafan dan mendaftar dengan persatuannya untuk latihan dan seterusnya terikatdengan tatasusila profesion kedoktoran di bawah pengawasan persatuan perubatan.Jangka masa latihan yang singkat Salah satu ciri profesion ialah latihan ahli-ahlinya memakan masa panjang dan seragam di semua institusi pengajian. Tempoh latihan perguruan berubah mengikut institusi dan permintaan tenaga manusia. Misalnya, tempoh masa perguruan di maktab berkurang dari tiga tahun ke dua setengah tahun. Program diploma pendidikan di university mengambil masa 9 bulan termasuk latihan mengajar. Jangka masa terlalu singkat menyebabkan calon tidak didedah kepada suasana sebenar di sekolah dengan masa yang cukup.

Kekurangan latihan pendidikan guru dalam perkhidmatan adalah terancang dan berterusan untuk membantu guru yang sedang berkhidmat bagi mengemaskini pengetahuan dan kemahiran profesional mengenai pendekatan dan penemuan mutakhir untuk membolehkan mereka menjalankan tugas dengan efektif.Pendidikan guru dalam perkhidmatan sentiasa menekankan strategi pengajaran baru terutamanya apabila sesuatu kurikulum baru diperkenalkan untuk dilaksanakan oleh guru. Program ini membantu guru menjalankan tugas, mempertingkatkan kebolehan mengajar dan mendalami pengetahuan dan

pengalaman guru. Di samping itu, sijil atau diploma yang dianugerahkan oleh Kementerian Pendidikan membantu para guru melanjutkan pelajaran ke universiti, kenaikan pangkat atau gaji.Mengikut kajian Dr Mohammed Sani Bin Ibrahim (1992), hanya seramai 1,485 orang guru iaitu 0.83 % daripada jumlah guru di Malaysia pada 30 Jun 1989 seramai 178,666 guru yang berpeluang mengikuti program pendidikan guru dalam perkhidmatan. Punca-punca minoriti guru yang menghadiri program adalah bilangan kursus yang ditawarkan dan bilangan peserta yang diambil adalah terhad.

Sistem pemilihan peserta kursus tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh pihak penganjur. Menurut pegawai kanan di Kementerian Pelajaran dan pengarah IPG bahawa pengetua cenderung mencalonkan guru bermasalah manakala guru yang berprestasi baik diminta terus mengajar di sekolah untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran pelajar tidak terjejas dan keputusan peperiksaan sekolah dapat dikawal dan dipertingkatkan. Jabatan Pelajaran Negeri juga tidak menyokong kebanyakan pemohonan guru yang dicalonkan oleh pengetua. Masalah mendapat calon yang sesuai menyebabkan berlakunya guru-guru pernah mengikuti kursus dipilihsemula untuk berkhusus.Maklumat mengenai kursus tidak sampai ke pengetahuan guru dan ini menyebabkan ramai guru tidak boleh memohon untuk mengikutinya

CALON GURU

Antara calon-calon yang menawarkan dirinya menjadi guru ada yang terdiri daripada golongan tidak berminat terhadap profesion guru, oleh kerana memerlukan pekerjaan dan merupakan pilihan terakhir mereka selepas gagal memasuki program lain. Malaysia dilanda dengan “banjir siswazah” akibat daripada dasar pendemokrasian pendidikan dibawa oleh Dasar Ekonomi Baru. Peluang-peluang pekerjaan yang berkurangan akibat kemerosotan ekonomi menyebabkan pengangguran segolongan besar siswazah, maka sebahagian mereka telah diserapkan ke profesion perguruan.Kriteria bercorak akademik digunakan dalam pemilihan calon perguruan tanpa menitikberatkan sikap, aptitude atau kecenderungan dan personaliti disertai dengan iltizam untuk berjaya merupakan faktor penentu sama ada seseorang itu menjadi guru baik atau sebaliknya. Profesion perguruan dan skim perkhidmatan pendidikan masih belum menandingi profesion-profesion lain seperti peguam, perniagaan, perakuanan dan kedoktoran yang menarik pelajar terbaik. Misalnya, syarat umum kemasukan universiti adalah lulus SPM dengan kepujian BM termasuk lulus ujian lisan, mendapat sekurang-kurangnya gred E bagi Pengajian Am, gred E bagi dua mata pelajaran lain bagi calon dari STPM.Isu tentang kelulusan akademik guru bukan sahaja menarik minat

orang ramai di Malaysia sahaja. Laporan dari Amerika tentang keadaan kurang memuaskan bagi keupayaan akademik (scholastic aptitude) di kalangan pelajar berminat menjadi guru.Kebolehan intelektual bakal-bakal guru didapati jauh lebih rendah daripada kebolehan kebanyakan pelajar yang mengkhusus dalam bidang lain seperti kejuruteraan dan perubatan. Justeru itu, pendidikan hanya dapat menarik pelajar-pelajar yang kurang kebolehan dalam bidang akademik. Untuk menaikkan imej penguruan di AmerikaSyarikat, syarat kelulusan akademik memasuki bidang perguruan dinaikkan dari CGPA2.00 ke 2.5 (Laman dan Reeves, 1983). Kajian-kajian seterusnya menunjukkan latarbelakang akademik pelajar pendidikan perguruan sama baik dengan latar belakang akademik pelajar dalam bidang lain (Fisher dan Reldman, 1985; Book, Freeman danBrousseou, 1985).Gambaran yang jelas telah menunjukkan kelulusan akademik calon pendidikan kurang daripada pelajar yang mengikuti pengajian perubatan, kejuruteraan dan undang- undang. Walau bagaimanapun, untuk menjadi guru baik, kelulusan akademik semata-mata tidak dapat dijadikan ukuran, banyak sifat lain seperti dedikasi, sabar, akhlak baikadalah sangat penting.Perlukah temuduga lebih ketat bagi pemilihan calon program pendidikan diadakan? Keberkesanan guru bergantung kepada latihan yang diterima dan keperibadian. Calon yang tidak berminat, dan menganggap guru sebagai satu pekerjaan tidak dapat menjadiseorang guru yang baik. Kredibiliti guru bergantung kepada:Nilai sikap motivasi faktor personalitifaktor aspirasi dedikasi, komitmen dan kepuasan diperolehi.sikap penyayang terhadap kanak-kanak dan bercita-cita mengeksploitasi potensi mereka sepenuhnya.

CADANGAN

Disarankan beberapa tindakan yang boleh diambil bagi meningkatkan nilai etika dan kualiti profesion perguruan dalam sistem pendidikan di negara ini, diantaranya seperti berikut :

Topik Etika dan Profesion Keguruan dengan berpandu kepada Tatasusila ProfesionPerguruan, Malaysia yang tercatat dalam Buku Rekod Pengajaran, dimasukkan kedalam agenda Mesyuarat Pertama Tahunan dan apabila adanya guru baru yang melapor ke sekolah untuk mengingatkan guru-guru tentang kod etika perguruan yang harus dipatuhi. Dengan membuat demikian, pengetua dan guru besar juga akansentiasa mengingati wujudnya kod etika yang harus dipatuhi dalam pengurusan sekolah.

Selain daripada itu, juga pamerkan Tatasusila Profesion Perguruan dalam Bilik Guru supaya ianya dapat dibaca oleh seluruh masyarakat sekolah agar guru akan sentiasa sedar akan kod etika profesion keguruan.

Laksanakan program peningkatan profesionalisme guruMelalui program berkenaan membolehkan guru sekolah terbabit bekerjasama dengan pensyarah IPG mengusahakan program yang dikenal pasti berdasarkan keperluan masing-masing, seperti membina bahan pengajaran dan pembelajaran(P&P), kursus padagogi dan motivasi serta meningkatkan profesionalisme guru.

Memberi bimbingan profesional berterusan kepada guru, sekaligus menaikkan prestasi pelajar di kawasan pedalaman dalam pelbagai aspek, bertepatan matlamat mempertingkatkan akses, ekuiti serta kualiti pendidikan dan strategi memperkasakan sekolah kebangsaan.

Kualiti pengajaran dan pembelajaran guru di padalaman perlu ditangani dengan melaksanakan strategi berbeza daripada guru lain. Geografical isolation perlu dipecah bagi mengurangkan jurang perbezaan pendidikan antara kawasan pedalaman, luarbandar dan bandar

Guru perlu menyusun dan menentukan keutamaan kerja mereka sendiri. Dalam hal ini Omardin Ashaari (1996) menyatakan dalam teori moden, kaedah yang paling berkesan untuk mencapai matlamat bukan dengan menggunakan kuasa (autokratik)tetapi dengan memenuhi hasrat dan keperluan individu, di mana pihak pentadbiransentiasa mengambil daya usaha untuk memotivasikan guru dan kakitangan sekolah.

Pembangunan Profesionalisme Melalui Pengurusan IlmuSecara jelasnya, pengurusan ilmu sebenarnya mendorong kita untuk meningkatkan profsionalisme dengan memberikan yang terbaik melalui konsep pengurusan ilmudengan menekankn konsep perkongsian, mencari maklumat yang baru. Maklumat ini seterusnya akan digunakan untuk perkembangan profesionalisme pendidik. Fullan danHargreaves (1992) menjelaskan bahawa konsep `collaberative’ di dalam pekerjaan akan memberikan lebih pendekatan untuk menjadikan pendidik lebih profesionalisme terutama di kalangan mereka yang baru berkhidmat serta langkah-langkah yang dijalankan oleh Fullan dan Hargreaves merupakan cadangan yang sama dengan konsep pengurusan ilmu ialah

        Menggalakkan kerjasama di kalangan pendidik berkaitan dengan projek dan pembangunan pelajar.

        Sering bertukar pendapat,kerjasama di dalam seminar, mesyuarat, atau perjumpaan yang diadakan oleh pihak sekolah bagi tujuan pembangunan profesionalisme

pendidik. Bermatlamatkan kejayaan. Pendidik bekerjasama menjalankan idea yang diciptauntuk mencapai matlamat mereka.

        Menganjurkan perjumpaan secra tetap bertujuan berbincang mengenai masalahpelajar. Mereka sentiasa bertukar pendapat, meneliti semula penilaian dan pencapaianpelajar, dan menggunakan kesempatan untuk membina alat bantu mengajar

PENUTUP

Kesederan kepada etika dalam memartabatkan profesion perguruan perlu datang dari pengalaman guru-guru sebagai pendidik itu sendiri. Nilai etika dan gaya professional keguruan perlu diterapkan dalam organisasi pengurusan guru dan aspek pedagogi keguruan agar matlamat pengajaran dan pembelajaran (P&P) dapat dimanfaatkan kepada pelajar. Nilai etika dan gaya ini haruslah di pupuk dalam program pendidikan guru lagi agar mereka dapat mengetahui lebih mendalam tentang objektif sebenar menjadi seorang pendidik. Guru perlu memastikan pencapaian matlamat dan objektif dasar pendidikan, guru juga perlu berdepan dengan tanggapan dan persepsi pelajar dan masyarakat yang pelbagai terhadap etika dan profesion keguruan.

RUJUKAN

Book, C.L, Freeman, D.J.& Brousseau B. 1985. “Comparing academic backgroundsand career aspirations of education and non-education majors”. Journal of TeacherEducation, vol.36(No.3): 27 – 30

Berita Harian Online. http://202.184.94.19/bin/main.exe?f=doc&state=grsgrc.2.1

Berita Harian Online. http://202.184.94.19/bin/main.exe?f=doc&state=grsgrc.3.23

Berita Harian Online. http://202.184.94.19/bin/main.exe?f=doc&state=grsgrc.3.37

Berita Harian Online. http://202.184.94.19/bin/main.exe?f=doc&state=grsgrc.3.57

Berita Harian Online. http://202.184.94.19/bin/main.exe?f=doc&state=grsgrc.3.63

Donald Schon (1983) A guide to innovation in education. Ann Arbor, ISR: University ofMichigan.

Fisher, R.E.and Feldman, M.E. 1985. “Some answers about the quality of teachereducation students. Journal of Teacher Education, vol.36(No.3): 37-40.

Fullan, M & Hargreaves, A. 1992. What’s Worth Fighting for in your School? Together for Improvement. Buckingham : Open University.Mack. (1975) Dalam 

Rohaty Mohd Majzub. 2003. Pendidikan Prasekolah: Cabaran DanKualiti. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohammed Sani Bin Ibrahim. 1992. Satu penilaian terhadap pendidikan guru dalam perkhidmatan di Malaysia dan implikasinya untuk masa depan. Tesis Doktor Falsafah.Universiti Kebangsaan Malaysia.

Robiah Sidin. 1998. Pemikiran dalam pendidikan. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Rohaty Mohd Majzub. 2003. Pendidikan Prasekolah: Cabaran Dan Kualiti. PenerbitUniversiti Kebangsaan Malaysia.

Stenhouse (1975) Professional Ethics In Teaching: Towarda The Development Of ACode Of Practise. Journal of Education, 0305764X, Jun 2000, Vol. 30, Issue 2.Academic Search Premier.

Suprihadi dan Soehartono (1982) “Comparing academic backgrounds and careeraspirations of education and non-education majors”. Journal of Teacher Education,vol.36(No.3): 27 – 30Thiroux J.P. 2001. Ethics, Theory and Practice (7th Edition). New Jersey : Prentice Hall.

Yu-Mei Lin dan Spodek. (1992). Early Childhood Teacher Preparation In Taiwan. EarlyChild Development and Care Journal, 78, 95-109.

_________________________________________________________________

Sejauh Manakah Senario Ketidakpatuhan menjejaskan Integriti Dan Akauntabiliti Guru?            Apabila menyentuh berkaitan dengan aspek ketidakpatuhan ini, tentu sekali kita akan menyentuh berkaitan dengan etika keguruan khasnya dan etika amnya. Mengapakah etika begitu penting dalam dunia pendidikan dan pengurusan pendidikan? Guru telah diberi tanggungjawab yang besar untuk menjalankan amanah dan tanggungjawab mendidik anak bangsa Negara yang pada suatu hari nanti akan menjadi tunjang kepada pembangunan Negara. Penekanan terhadap nilai dan etika

perkhidmatan awam yang paling sesuai ialah dengan memastikan bahawa penjawat awam seperti guru memahami konsep tanggungjawab dan turut menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab (Mohd Tap et al,1999). Profesionalisme guru pada hari ini  agak tergugat dengan pelbagai pendedahan dari pihak media massa tentang kelemahan sistem pendidikan dan secara tidak langsung mengugat ketokohan seseorang guru di mata masyarakat Negara ini. Oleh itu, integriti dan akauntabiliti seseorang guru kini dipersoalkan oleh masyarakat Malaysia yang sentiasa meletakkan isu berkaitan dengan guru sebagai isu umum utama yang seringkali menjadi bualan hangat di tempat kerja dan ketika berbual dengan rakan di luar waktu kerja. Apabila guru mula dipersoalkan kemampuannya, adakah kita masih boleh dianggap profesioanal?            Integriti dan akauntabiliti guru merupakan kualiti unggul dan kebertanggungjawaban yang perlu dipikul oleh guru untuk meningkatkan martabat professional perguruan di mata masyarakat sekeliling. Jika dilihat pada Pelan Integriti Nasional (PIN) yang dikeluarkan pada tahun 2004 oleh Institut Integriti Malaysia, Integriti turut merujuk kepada etika dan nilai-nilai etika. Oleh itu, adalah menjadi akauntabiliti seseorang penjawat awam untuk meletakkan kualiti diri yang unggul sepanjang masa bagi menjaga nama baik profesion perguruan. Perlakuan yang tidak beretika sebenarnya berpunca daripada diri sendiri dan untuk mengatasi masalah tersebut, seseorang guru hendaklah berani untuk berubah dan meletakkan kepentingan perkhidmatan awam dan profesion perguruan melebihi kepentingan peribadi.

            Kerajaan telah menekankan amalan etika yang baik dan integriti dalam Perkhidmatan Awam. Antaranya ialah Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam Dalam Pentadbiran (1983), Pendekatan Islam Hadhari (2002), Rancangan Malaysia Kesembilan RMK9 (2006-2010), Kempen Nilai-nilai Murni dan Budi Bahasa (2008), Pelan Integriti Nasional (PIN) (2008), Penubuhan Institut Integriti Malaysia, Ikrar Aku Janji, Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam, Wawasan 2020, Ikrar Perkhidmatan Awam, Ikrar Kualiti, Piagam Pelanggan Perkhidmatan Awam dan lain-lain lagi. Ternyata Kerajaan amat komited untuk meningkatkan integriti dan akauntabiliti guru namun persoalan yang akan timbul ialah sejauh mana diri guru itu sendiri mahu berubah dan memikul integriti serta akauntabiliti dalam perkhidmatan awam.            Senario ketidakpatuhan terhadap Surat Pekeliling merupakan contoh mudah tindakan guru yang boleh mengakibatkan integriti dan akauntabiliti profesion perguruan dipertikaikan oleh masyarakat setempat. Guru dilarang merokok di sekolah kerana sekolah merupakan kawasan larangan merokok namun masih terdapat segelintir guru yang tidak mengendahkan larangan ini. Ini menunjukkan bahawa guru-guru seperti ini tidak memiliki integriti seperti yang dituntut dalam Pelan Integriti Nasional (PIN). Oleh itu, guru seharusnya berusaha untuk mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang boleh mendatangkan nama yang tidak baik terhadap profesion perguruan. Perkara ini turut terkandung dalam Kod Etika Profesion Keguruan perkara (J) iaitu guru

tidak seharusnya bertindak sedemikian rupa yang boleh menjatuhkan darjat profesion perguruan.            Kesimpulannya, ketidakpatuhan guru terhadap arahan yang dikeluarkan melalui Surat Pekeliling akan menjejaskan akauntabiliti dan integriti guru dalam tempoh masa yang panjang dan kepercayaan masyarakat akan turut berkurangan terhadap guru. oleh itu, komuniti guru harus sentiasa berusaha untuk menjaga prestasi dan nama baik profesion perguruan serta dalam masa yang sama, sentiasa berusaha untuk meningkatkan integriti, akauntabiliti, produktiviti dan kualiti perkhidmatan yang diberikan untuk memacu pembangunan dunia pendidikan Negara.

Cadangan Dan Ciri Kepimpinan Guru Yang Bersesuaian            Guru merupakan “public-figure” yang sentiasa menjadi perhatian masyarakat dan sentiasa sahaja isu yang berkaitan dengan guru dibincangkan dengan hangat di kedai-kedai kopi dan pejabat jabatan lain. Oleh itu, guru hendaklah sentiasa menjaga perlakuan mereka terutamanya apabila berhadapan dengan masyarakat kerana guru akan sentiasa menjadi buah mulut masyarakat yang selama ini meletakkan tugas untuk mendidik anak bangsa di bahu guru-guru. Untuk menjadi guru yang baik, guru memerlukan ciri-ciri kepimpinan yang bersesuaian untuk memimpin bukan sahaja murid tetapi untuk memimpin diri sendiri.            Secara asasnya, guru boleh memimpin diri sendiri untuk melakukan perkara yang mudah untuk dilakukan. Sebagai contoh, mematuhi kod etika profesion keguruan yang sudah digunapakai sejak sekian lama sebagai panduan untuk menjaga tahap profesionalisme perguruan. Dengan ini, guru akan mampu menjadi pemimpin untuk diri sendiri di samping dapat menjadi panduan dan pimpinan untuk rakan sejawat lain di sekolah. Guru yang mampu untuk memimpin rakan-rakan guru yang lain boleh dikenali sebagai guru pemimpin di sekolah. Guru pemimpin juga dikehendaki di masa lain bagi memotivasikan rakan-rakan sejawat supaya membuat pembelajaran inovatif serta melaksanakan tugas dengan cara yang lebih baik dan berkesan (Busher & Harris, 2000; Day, et al, 2007).            Jika menyentuh kepada gaya kepimpinan yang dikehendaki untuk membentuk guru-guru di sekolah, antara gaya kepimpinan sering digunakan adalah autokratik, demokratik, laissezfaire, birokratik dan karismatik (Owen,1970). Gaya kepimpinan ini merupakan yang biasa digunakan oleh guru besar dan guru-guru dalam mentadbir sesuatu organisasi seperti sekolah, kelab akademik, persatuan dan kelab permainan. Oleh itu, gaya-gaya kepimpinan ini merupakan cara guru mentadbir dan mengurus di sekolah untuk melancarkan perjalanan pengurusan di sekolah. Sesetengah guru selesa untuk menggunakan cara demokratik bersama pelajar manakala ada juga guru yang lebih selesa bersifat autokratik untuk mengelakkan banyak kerenah semasa pengurusan. Namun, ciri-ciri kepimpinan merupakan perkara yang berlainan daripada gaya kepimpinan namun masih tergolong dalam kategori yang sama.            Ciri-ciri kepimpinan guru seperti yang dikatakan oleh Al-Farabi dan Ibnu Khaldun ialah berpengetahuan luas, berkeyakinan, rajin berusaha dan beberapa lagi

ciri-ciri lain yang boleh digunakan oleh guru untuk mencorak dan mengolah kepimpinan mereka. Antara ciri-ciri lain kepimpinan yang boleh dicontohi oleh guru ialah ;

      i.        - Suka bekerjasama    ii.        - Peramah   iii.       - Penyabar   iv.        -  Berpendirian    v.        - Rendah hati   vi.        -  Ikhlas dan jujur  vii.        -  Bertimbang rasa danviii.        -  Tidak membezakan antara pelajar

            Daripada perspektif Islam sebagaimana yang ditulis oleh Imam Al-Ghazali dan Prof. Dr Hamka, seorang guru haruslah mempunyai kepimpinan yang telus serta tidak mengharapkan balasan atas apa yang dilakukan. Antara ciri-ciri kepimpinan guru yang diperkatakan oleh kedua-dua tokoh ini ialah ;

      i.        - Bertaqwa kepada Allah    ii.        - Memiliki ilmu jiwa walaupun sedikit   iii.        - Suka mengeratkan hubungan silaturahim dengan orang lain   iv.        - Berani atas kebenaran    v.       -  Berfikir dengan rasional dan bukannya menggunakan emosi dan   vi.        - Boleh menerima nasihat dengan hati yang terbuka

            Disini, sudah jelas bahawa guru sentiasa memiliki panduan untuk memilih ciri kepimpinan yang berkenan di hati untuk dijadikan panduan dan semoga dengan adanya ciri-ciri kepimpinan yang dipelopori oleh tokoh-tokoh di atas, guru mampu untuk memimpin dengan baik di sekolah.            Guru novice seharusnya memiliki ciri-ciri kepimpinan seperti yang dinyatakan di atas sebagai panduan untuk menempuh cabaran dunia pendidikan yang pastinya akan semakin mencabar pada masa akan datang. Untuk mengelakkan diri daripada terjebak ke dalam pelanggaran etika dan ketidakpatuhan terhadap pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, guru novice seharusnya memahami ciri-ciri kepimpinan yang bersesuaian daripada yang dinyatakan di atas sebagai panduan untuk menjadi seorang guru yang benar-benar memiliki naluri seorang guru. Dengan ciri kepimpinan yang betul, guru novice akan dapat mengelakkan diri daripada terpengaruh dengan rakan sejawat yang tidak beretika dan cuba untuk menghasut guru novice agar tidak terlalu komited dengan tugas dan tanggungjawab yang perlu dilakukan. Guru novice harus mengambil langkah yang betul untuk mengelakkan masalah perlanggaran etika berlaku kepada dirinya dalam usaha untuk mengangkat martabat profesion perguruan ke tahap yang lebih tinggi daripada yang ada sekarang.


Top Related