Download - Makmal Kej. Awam
5/14/2018 Makmal Kej. Awam - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/makmal-kej-awam 1/15
Isi Kandungan
Objektif .............................................................................................................. 2
Senarai Peralatan .............................................................................................. 2
Gambar alatan ................................................................................................... 2
Kegunaan Batu Bata .......................................................................................... 6
Asas Kerja Bata .................................................................................................. 7
Prinsip Utama Ikatan Bata .................................................................................. 7
Jenis Ikatan Bata ................................................................................................ 8
Ikatan Bata Sisi.................................................................................................. 8
Kerja Melepa .................................................................................................... 10
Kerja Memasang Jubin Dinding ......................................................................... 13
Langkah-langkah pemasangan jubin dinding ................................................... 13
Kesimpulan ...................................................................................................... 15
5/14/2018 Makmal Kej. Awam - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/makmal-kej-awam 2/15
Objektif
Objektif makmal kerja bata yang kami jalankan ini adalah untuk
menimbah pengalaman dan pengetahuan dalam melakukan kerja-kerja
berkaitan khususnya tentang kerja bata, melepa dan memasang jubin dinding.
Kerja makmal ini sangat penting untuk dipraktikkan kerana ia lebih berkesan
berbanding dengan hanya mempelajari tentangnya dari segi teori sahaja.
Pengalaman ini sangat berguna apabila pelajar menceburi bidang pekerjaan
kelak.
Senarai Peralatan1. Bata tanah liat
2. Baldi
3. Sudip
4. Sarung tangan
5. Penyedok
6. Penimbang air
7. Simen mortar (1:3)
8. Palang aluminium
9. Jubin
Gambar alatan
5/14/2018 Makmal Kej. Awam - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/makmal-kej-awam 3/15
Bata tanah liat Baldi
5/14/2018 Makmal Kej. Awam - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/makmal-kej-awam 4/15
Sudip
Sarung tangan
Penyedok
Penimbang air
Mortar (1:3) Palang
Aluminium
5/14/2018 Makmal Kej. Awam - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/makmal-kej-awam 5/15
Jubin dinding
5/14/2018 Makmal Kej. Awam - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/makmal-kej-awam 6/15
Pengenalan
Bata merupakan bahan binaan yang telah lama digunakan dalam sektor
pembinaan di negara kita. Bata adalah bahan yang tahan lama. Kebanyakan
batu-bata diperbuat daripada tanah liat . Batu-bata dibuat denganmenggunakan tangan atau mesin.
Bata-bata yang dibentuk melalui tekanan biasanya mempunyai lekuk muka
pada permukaan atas bata. Batu-bata yang diperbuat dengan mesin terdiri
daripada tanah liat yang ditekan dengan alat penekan hidraulik. Batu-bata
yang telah dibentuk akan dikeringkan dan kemudiannya dibakar. Bata juga
terdapat dalam pelbagai jenis.
Saiz piawaian batu-bata ialah 215 mm x 102.5 mm x 65 mm. Jika
dicampurkan dengan lapisan gabungan mortar setebal 10 mm, ia akan
menjadi 225 mm x 112.5 mm x 75 mm mengikut BS 3921 bahagian 2.
Kegunaan Batu Bata
Batu-bata digunakan untuk membina dinding bangunan samaada
tanggung beban atau mengisi dinding antara kerangka tidak menanggung
beban. Ia juga diguna untuk membuat tembok penahan , dinding tandas serta
membuat pagar konkrit. Kegunaan batu bata sangat penting dalam aspek –
aspek pembinaan dan kegunaannya merangkumi keseluruhan bangunan yang
akan didirikan dan tanpa penggunaan batu bata, mungkin pembinaan tidak
akan berjalan dengan lancar serta kualiti yang dihasilkan tidak memuaskan
hati pelanggan.
Bangunan yang dihasilkan tanpa menggunakan batu bata akan rosak dan
tidak kukuh disebabkan tiada penyokong atau penahan manakala strukturnya
5/14/2018 Makmal Kej. Awam - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/makmal-kej-awam 7/15
juga akan terjejas akibat daripada kurangnya batu bata.Oleh itu, penggunaan
batu bata dalam pembinaan bangunan sangat penting.
Selain itu, bagi bata yang telah pecah pecah disebabkan oleh kecuaian
semasa mengendalikannya, ia tidak perlu dibuang begitu sahaja. Ia masih
boleh dijadikan sebagai hadkor iaitu bahan yang digunakan sebagai alas
dalam pembinaan lantai. Ini sekaligus mengelakkan bahan binaan daripada
pembaziran.
Asas Kerja Bata
Dalam kerja bata, terdapat tiga bahan penting yang diperlukan iaitu antaranya
:
1. Simen - simen hendaklah daripada jenis simen Portland biasa.
2. Pasir - pasir untuk penghasilan mortar hendaklah daripada jenis pasir air
tawar yang keras, bersih dan bebas daripada sebarang selaput atau kotoran
lain.
3.Mortar
- mortar hendaklah mengandungi 1 bahagian simen dan 6 bahagianpasir dan dicampur dengan bahan pemudah adun. Pemudah adun hendaklah
digunakan mengikut piawai yang ditetapkan. Bahan-bahan ini hendaklah
disukat dengan menggunakan kotak sukatan serta hendaklah dibancuh di atas
papan pelantar yang bersih atau menggunakan alat pembancuh jentera.
Prinsip Utama Ikatan Bata
Prinsip-prinsip utama dalam pengikatan bata ialah :
1. Mengadakan lekap ¼ bata atau ½ bata untuk mengelakkan sambungan
tegak yang terus-menerus baik di permukaan mahupun di dalamtembok.
2. Mengikut jenis ikatan yang ditetapkan oleh ahli rekabentuk. Prinsip yang
pertama memastikan kekuatan dan kestabilan tembok yang dibina. Prinsip
yang kedua pula mengawal kesenian rekabentuk pada permukaan tembok.
5/14/2018 Makmal Kej. Awam - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/makmal-kej-awam 8/15
Dalam sesuatu tembok yang tidak terikat, iaitu sambungan tegaknya
berterusan, kekuatan dan kestabilannyaadalah kurang. Oleh sebab itu,
sambungan yang berterusan itu seboleh-bolehnya hendaklah dielakkan dalam
segala kerja bata.
Jenis Ikatan Bata
Dalam kerja bata terdapat banyak jenis ikatan untuk menyusun bata. Antara
ikatan ini yang biasa digunakan di Malaysia ialah ikatan sisi bata, ikatan
kepala bata, ikatan Inggeris dan ikatan Flemish.
Ikatan Bata Sisi
Ikatan jenis ini digunakan pada tembok yang tebalnya ½ bata atau 112.5mm.
Ikatan ini disusun dengan menyambungkan bata kepada kepalanya. Lekapan
ialah ½ bata. Pembinaan bermula dengan satu lapisan bata sisi, lapisan yang
kedua pula dimulakan dengan satu bata setengah diikuti dengan bata sisi
penuh dan seterusnya. Tembok yang dibina dengan ikatan ini tidak
mempunyai keupayaan tanggung yang tinggi. Oleh sebab itu, ianya digunakan
pada jenis binaan yang tertentu seperti tembik sekatan, tembok tandas, bilik
dan sebagainya.
5/14/2018 Makmal Kej. Awam - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/makmal-kej-awam 9/15
Gambar : Kerja mengikat bata
5/14/2018 Makmal Kej. Awam - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/makmal-kej-awam 10/15
Kerja Melepa
Penerangan Am:-
a) Penyediaan skrid hendaklah terlebih dahulu dilaksanakan sebelum
memulakan tugasan ini.
b) Kaedah melepa berpandukan skrid boleh dibuat sama ada kedudukan
skrid melintang (horizontal) atau menegak (vertical)
c) Sekiranya kerja lepaan lapisan pertama atau kedua tidak sempat
dihabiskan , pemotongan bahagian sambungan hendaklah dibuat
dengan cermat dan kemas.
Langkah-langkah Kunci Utama
Persediaan Tempat Kerja
1. Pastikan kawasan kerja dalam
keadaan selamat
2. Letakan bahan dan peralatan
dengan peralatan dengan teratur
Menampal Permukaan Rata Dan
Menegak Berpandukan skrid
1. Basahkan permukaan dinding
sekiranya ia terlalu kering.
2. Dengan menggunakan sudip lepadan hok tampalkan mortar diruang
antara skrid tegak yang telah
disediakan sebelum tugasan ini.
3. Jika tebal lepaan yang dikehendaki
melebihi 10mm maka kaedah
melepa dua lapisan atau tiga
lapisan dilaksanakan .
4. Penuhkan lepaan pada ruang
diantara skrid hingga sama rata
dengan permuakan skrid.
5/14/2018 Makmal Kej. Awam - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/makmal-kej-awam 11/15
Kaedah memotong / Memaras
mortar lepaan
1. Gunakan kayu pelurus tepi untuk
memotong mortar yang telah dilepa
jika berpandukan skrid melintang
pemotongan dibuat samada bemula
dari kiri atau kanan permukaan
yang dilepa atau sebaliknya.
2. Apabila pemotongan dibuat didapati
bahagian yang tidak penuh atau
sama rata dengan skrid hendaklah
ditampal mortar sehingga
mendapati samarata mortar
tampalan tersebut.
Kaedah Mensamaratakan
Permukaan Pemotongan
Dengan menggunakan kayu perata darbai
(durby float ) gosokkan permukaan lepaan
yang telah dibuat pemotongan hingga
keseluruhan permukaan tidak kelihatan
bahagian yang melengkung atau
cembung.
Kaedah Mendapatkan Kemasan
Permukaan Lepaan
Akhir sekali kerja mengosok permuakaan
yang telah samarata dilakukan dengan
menggunakan papan pengosok .
Perlaksanaan meratakan permukaan ini
dilakukan secara pergerakan putaran
kekiri atau kekanan dengan mengekalkan
tekanan sederhana pada permukaan
lepaan .
5/14/2018 Makmal Kej. Awam - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/makmal-kej-awam 12/15
Gambar : Kerja melepa dinding bata
Gambar : Kerja melepa yang telah siap
5/14/2018 Makmal Kej. Awam - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/makmal-kej-awam 13/15
Kerja Memasang Jubin Dinding
Langkah-langkah pemasangan jubin dinding
1. Mula-mula sediakan permukaan dinding yang telah dilepa dan pastikan
permukaan dinding sama rata.
2. Ratakan dan buang permukaan yang timbul manakala tampal dengan
mortar pada permukaan yang berlekuk.
3. Sediakan bancuhan mortar atau simen dengan pasir dengan nisbah 1:3
untuk melekatkan jubin dinding. Bancuhan ini juga boleh dibuat di
dalam baldi bancuhan.
4. Basahkan terlebih dahulu permukaan dinding dan jubin supaya ianya
tidak meresap air dari bancuhan mortar kerana ia akan menyebabkan
mortar menjadi keras serta merta.
5. Setelah bancuhan disediakan, mulakan kerja memasang jubin pada
bahagian bawah dinding dahulu, ini adalah untuk memudahkan kerja
memasang kerana jubin di bahagian bawah boleh menyokong jubin di
bahagian atasnya.6. Semasa meletakkan mortar pada jubin pastikan terdapat rongga-rongga
pada permukaan lepekan mortar untuk memudahkan jubin untuk
diketuk bagi meratakan permukaannya.
7. Lekatkan paku bersaiz 1 inci pada bahagian tepi atas dan bawah jubin
supaya ruang antara jubin seragam antara satu sama lain.
8. Kemudian bancuh simen (grout) dan sapu pada ruang antara jubin dan
penuhkan ruang.
9. Setelah selesai bersihkan permukaan jubin tadi dengan menggunakan
span sebelum mortar menjadi keras.
5/14/2018 Makmal Kej. Awam - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/makmal-kej-awam 14/15
Gambar : Kerja memasang jubin dinding yang telah siap.
5/14/2018 Makmal Kej. Awam - slidepdf.com
http://slidepdf.com/reader/full/makmal-kej-awam 15/15
Kesimpulan
Setelah menjalani kerja makmal bata ini selama 3 minggu kami telah
mempelajari tentang cara-cara atau teknik-teknik untuk :-
1. Menerap bata
2. Melepa dinding
3. Memasang jubin dinding
Kami juga dapat mempelajari banyak tips-tips yang berguna seperti nisbah
bancuhan mortar, cara untuk meratakan susunan bata menggunakan
penimbang air, cara untuk meratakan bucu lepaan mortar menggunakan kayu
beroti, cara sebenar untuk melepekkan mortar pada permukaan jubin dan
banyak lagi.