Transcript
Page 1: MAJLIS SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN YANG KE-60 › phocadownloadpap › warkah › Warkah PS… · Dataran Merdeka untuk melaungkan Merdeka tujuh kali. Tidak ketinggalan persembahan

KUALA LUMPUR: Kejayaan temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL 2017), Hari Kebangsaan 2017 dan Hari Raya Aidiladha yang berturut-turut tiga hari merupakan hari untuk rakyat Malaysia bangkit bersama dan terus melangkah ke depan. Rakyat dari pelbagai peringkat usia dan bangsa datang untuk meraikan kemenangan Malaysia menjadi juara Sukan SEA ke-29 di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Kemudian setelah selesai acara penutup Sukan SEA, acara disambung dengan majlis menyambut Hari Kebangsaan 2017 dengan sorakan serta tepukan gemuruh memenuhi sekitar stadium.

Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan ke-60 dimulakan di Dataran Merdeka sebaik sahaja keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V yang disambut Perdana Menteri dan isteri. Dataran Merdeka bergema dengan nyanyian Negaraku yang mengiringi acara menaikkan Jalur Gemilang oleh bekas Leftenan Komander Tentera

Laut Diraja Malaysia, Mohd Sarif Kalam dan Pegawai Waran 1 (Bersara), Oliver Culvelt serentak dengan 14 das tembakan kehormat melambangkan 14 negeri dalam Malaysia. Acara diteruskan dengan bacaan ikrar Rukun Negara sebelum Perdana Menteri mengambil tempat di tengah pekarangan Dataran Merdeka untuk melaungkan Merdeka tujuh kali. Tidak ketinggalan persembahan khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan pantomim Ops Tapah F Team diikuti dengan persembahan kawat senyap oleh Tentera Darat Diraja Malaysia (TDM) membabitkan 1,000 anggota. Acara perbarisan Hari Kebangsaan 2017 menampilkan lapan kontinjen utama menggambarkan penyertaan pelbagai lapisan masyarakat yang turut disertai kontinjen Sukan SEA 2017 dan pasukan keselamatan. Orang ramai dilihat teruja dengan perarakan aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selain pertunjukan udara melintasi kawasan Dataran Merdeka.

MAJLIS SAMBUTAN HARI KEMERDEKAANYANG KE-60

DO NOT TINKER WITH DISCIPLINE OF HISTORY

CENDERAHATI PERPISAHAN MEMBAWA

KENANGAN ABADI

SEJARAH MALAYSIA: PERSIMPANGAN DAN

POLEMIK

Menarik di dalam:

Muka 6

Muka 12

Muka 17

Bil. 53/17 JUL / SEP 2017

Martabatkan Sejarah Malaysia

Page 2: MAJLIS SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN YANG KE-60 › phocadownloadpap › warkah › Warkah PS… · Dataran Merdeka untuk melaungkan Merdeka tujuh kali. Tidak ketinggalan persembahan

Warkah PSM diterbitkan oleh:

PERSATUAN SEJARAH MALAYSIAAras 3, Anjung, Wisma Sejarah,230, Jalan Tun Razak,50400, Kuala Lumpur.

DR ZAHIDI DATO’ HAJI ZAINOL RASHID (KETUA EDITOR)DRS WAN AMINUDDIN ABD HAMIDRAMLAH HJ MUHAMMADMOHD AROF ISHAK

SIDANG REDAKSITel : 03 - 2681 5388 / 2681 6388Faks : 03 - 2681 4388Email : [email protected] / [email protected]

JUL / SEP 2017

MARTABATKANSEJARAH

MALAYSIA

TEMA-TEMA HARI KEMERDEKAAN(1970-2017)

TAHUN TEMA TAHUN TEMA

197019711972197319741975197619771978197919801981198219831984198519861987198819891990

Muhibah dan PerpaduanMasyarakat ProgresifMasyarakat AdilMasyarakat Berkebudayaan MalaysiaSains dan Teknologi Alat PerpaduanMasyarakat BerdikariKetahanan Rakyat20 tahun Bersama MajuKebudayaan Sendi PerpaduanBersatu BerdisiplinBerdisiplin BerbaktiBerdisiplin BerharmoniBerdisiplin Giat MajuBersama Ke Arah KemajuanAmanah Asas KejayaanNasionalisme Teras PerpaduanBangsa Tegas Negara TeguhSetia Bersatu Berusaha MajuBersatuBersatuBerjaya

Wawasan 2020Wawasan Asas KemajuanBersatu Menuju WawasanNilai Murni Jayakan WawasanJatidiri Penggerak WawasanBudaya Penantu KecapaianAkhlak Mulia Masyarakat JayaNegara Kita,Tanggungjawab KitaBersatu Ke Alaf BaruKeranamu MalaysiaMalaysiaku GemilangPerpaduan Teras Kejayaan1 Malaysia: Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan

1 Malaysia:Menjana Transformasi1 Malaysia; Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera

55 Tahun Merdeka: Janji DitepatiMalaysiaku Berdaulat ,Tanah Tumpahnya Darahku

Malaysia, Di Sini Lahirnya Sebuah CintaMalaysia, Sehati SejiwaNegaraku, Sehati Sejiwa

199119921993199419951996199719981999

2000-200620072008200920102011201220132014

2015-20162017

Page 3: MAJLIS SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN YANG KE-60 › phocadownloadpap › warkah › Warkah PS… · Dataran Merdeka untuk melaungkan Merdeka tujuh kali. Tidak ketinggalan persembahan

3

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya kita dapat bertemu kembali pada keluaran ini.

Kita sebagai satu organisasi NGO telah bergerak dengan baik dengan memenuhi tuntutan tujuan kita ditubuhkan. Walau bagaimanapun sambutan kepada aktiviti-aktiviti warisan di kalangan angkatan muda masih belum menguasai jiwa raga mereka. PSM sentiasa berusaha untuk memikat minat anak muda kepada sejarah supaya mereka dapat menginsafi bahawa kehidupan mereka adalah berkait rapat dengan sejarah. Mereka menghargai sejarah tetapi sejarah belum dapat menguasai jiwa mereka.

Untuk perancangan masa depan tumpuan akan diberikan kepada penerbitan. Dalam perlembagaan penerbitan adalah tunjang bagi kegiatan PSM. Pengeluaran sebuah jurnal adalah merupakan tugasan pertama dan utama bagi PSM sejak ia ditubuhkan. PSM telah berjaya menerbitkan jurnal ‘Malaysia Dari Segi Sejarah’. PSM amat aktif dalam penerbitan buku. Sehingga sekarang tidak kurang daripada 50 judul buku telah diterbitkan. PSM juga menerbitkan penerbitan berkala ‘Warkah PSM’ yang diterbitkan empat kali setahun dan terbitan berkala cawangan negeri-negeri yang diterbitkan dari masa ke masa.

PSM akan mempertingkatkan program kerjasama dengan badan-badan seperti universiti, muzium, arkib dan badan penyelidikan dan dengan masyarakat sejarah dari dalam dan luar negeri untuk mengembangkan ilmu sejarah dan faedahnya sebagai penyuluh kehidupan kepada rakyat.

Aktiviti utama selain daripada penerbitan adalah penyelidikan. PSM ada juga menjalankan kajian secara lisan khusus tentang tokoh terpilih. PSM akan menerbitkan buku tentang biografi Jeneral Datuk Abdullah Shamsuddin, seorang tokoh yang telah banyak berjasa kepada Tanah Air dalam bidang ketenteraan. PSM juga sedang menjalankan kajian tentang kegiatan Bintang Tiga selepas Perang Dunia Kedua yang melibatkan temubual lisan dengan individu-individu yng masih ada.

Kerjasama yang diberikan oleh pelbagai pihak antaranya Kementerian Pendidikan, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Perpustakaan Negara Malaysia, Muzium Negara, Arkib Negara dan IPT dan lain-lain akan dapat memain peranan masing-masing dalam memartabatkan sejarah Malaysia.

Perutusan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif

Tan Sri Dato’(Dr) Hj Omar Mohd HashimPengerusiJawatankuasa EksekutifPersatuan Sejarah Malaysia

Catatan EditorialAlhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita dapat bertemu pada keluaran kali ini. Pertamanya saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada penyumbang artikel pada kali ini iaitu Prof Emeritus Dato' Dr Abdullah Zakaria Ghazali, Mohd Nor Long dan Mohd Arof Ishak. Prof Emeritus Dato Dr Abdullah menulis tentang “Sejarah Malaysia: Persimpangan dan Polemik”, Mohd Arof Ishak menulis kepada NST Editor bertajuk "Do Not Tinker with Discipline of History" dan Mohd Nor Long bertajuk "Cenderahati Perpisahan Membawa Kenangan Abadi". Setakat ini untuk keluaran ini agar kita bertemu lagi di keluaran yang akan datang.Sekian, terima kasih.

Sekian terima kasih.

Dr Zahidi Dato' Zainol RashidKetua EditorBuletin WarkahPersatuan Sejarah Malaysia

JUL / SEP 2017

Page 4: MAJLIS SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN YANG KE-60 › phocadownloadpap › warkah › Warkah PS… · Dataran Merdeka untuk melaungkan Merdeka tujuh kali. Tidak ketinggalan persembahan

4

PSM DI SANA SINI

199119921993199419951996199719981999

2000-200620072008200920102011201220132014

2015-20162017

BENGKEL SEJARAH LISAN 2017Bengkel Sejarah Lisan 2017 telah diadakan pada 13 dan 14hb Julai 2017 di Dewan Persidangan, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia. Ianya dianjurkan oleh Unit Sejarah Lisan, Bahagian Sejarah, Pusat Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia. Penceramah/Pemudah cara ialah Prof Datin Dr Mahan Musa dan Cik Kuah Li Peng. Seramai 38 orang peserta yang terdiri daripada staf akademik, staf bukan akademik dan pelajar dari universiti awam seperti USM, UPSI, UM, UKM, UUM, UTM dan USIM. Juga yang hadir adalah staf IPG Pulau Pinang, Kota Bharu dan Ipoh, staf PSM dan staf Think City.

SIMPOSIUM POLEMIK SEJARAH MALAYSIASimposium Polemik Sejarah Malaysia telah berlangsung pada 31 Julai - 1 Ogos 2017 bertempat di Auditorium, Pusat Pendokumentasian Dan Pemeliharaan Audio Visual Negara (PPPAV), Arkib Negara Malaysia. YBhg Encik Azemi bin Abdul Aziz, Ketua Pengarah Arkib Negara telah menyampaikan ucaptama. Sesi panel I merangkumi bidang Sejarah, Arkeologi dan warisan. Pada petang telah berlangsung majlis perasmian dan sesi dialog TN50. Pada hari kedua pada sesi panel II terdiri dari badan bukan kerajaan. Pada petang pada sesi panel III adalah dari jabatan dan agensi kerajaan.

MALAYSIA-THAILAND FRIENDSHIP ASSOCIATION(MTFA)

Satu perjumpaan antara MTFA dan PSM telah diadakan di Wisma Sejarah. Pertemuan tersebut telah dipengerusikan oleh Tan Sri Omar Mohd Hashim, Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif PSM. Turut hadir ialah Presiden MTFA iaitu Dato Latt Shariman Abdullah, Presiden TFA dan timbalan beliau, Prof Baharudin Omar.

Perbincangan bersama MTFA dan PSM di Wisma Sejarah, Kuala Lumpur

JUL / SEP 2017

Page 5: MAJLIS SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN YANG KE-60 › phocadownloadpap › warkah › Warkah PS… · Dataran Merdeka untuk melaungkan Merdeka tujuh kali. Tidak ketinggalan persembahan

55

JUL / SEP 2017MASJID

TELOK MANOKOleh

DR ZAHIDI DATO HAJI ZAINOL RASHID

Masjid Wadi Al-Hussein yang terletak di Kampung Telok Manok, Narathiwat, Selatan Thailand adalah masjid tertua di Asia Tenggara. Walaupun tidak ada catatan yang tepat mengenai usia masjid ini dipercayai berumur 370 tahun. Ia terletak 4 kilometer dari bandar Narathiwat. Kalau hendak melawat masjid ini, ia terletak berdekatan dengan bandar kecil Bachok. Di satu simpang jalan menghala ke barat kita akan melalui satu jalan tanah merah. Mengikut jalan ini, kita akan sampai ke Kampung Telok Manok dan bertemu dengan sebuah masjid tua yang masih tersergam indah. Kampung Telok Manok adalah salah sebuah perkampungan yang terletak di kaki Banjaran Bukit Budur.

Masjid ini didirikan oleh seorang ulama dan ha�z dari Kampung Sena, Patani yang bernama Wan Hussein Senawi. Beliau adalah nenek saudara kepada ulama Patani yang terkenal iaitu Syeikh Daud Al-Patani. Masjid kayu ini dibina oleh seorang tukang kayu bernama Abdul Rauf dari Kampung

Sungai Batu. Ianya masih sempurna dan masih digunakan sehingga hari ini. Kayu yang digunakan adalah jenis chengal batu. Kayu ini tidak digergaji tetapi ditarah dengan sejenis alat yang dipanggil bayong. Keseluruhan masjid ini tidak menggunakan paku. Selama 100 tahun sejak didirikan atapnya adalah atap sagu. Kemudian barulah ditukar kepada bata. Rabung diperlukan kerana bata diperbuat daripada kapur bercampur manisan sebelum ditukar kepada simen seperti yang ada sekarang.

Hj Abd Kadir yang pernah menjadi imam masjid ini pernah membuka pondok di sekitar masjid ini. Masjid ini pernah terkenal sebagai tempat pengajian Al-Quran dan sering dikunjungi qari-qari yang ingin mendalami ilmu lagu-lagu Al-Quran dan ilmu tajwid. Menurut Ramli Ahmad, masjid ini pada hari ini selain berjemaah, kegiatan masjid ini adalah memberi pelajaran fardu ain dan Bahasa Melayu kepada anak-anak di persekitaran masjid ini.

Sumber: https://www.beautifulmosque.com/

Page 6: MAJLIS SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN YANG KE-60 › phocadownloadpap › warkah › Warkah PS… · Dataran Merdeka untuk melaungkan Merdeka tujuh kali. Tidak ketinggalan persembahan

6

Pada sekitar tahun 50-an, negara berada di ambang kemerdekaan, ketika itu jabatan-jabatan kerajaan masih diketuai pegawai orang putih, termasuk jabatan pelajaran. Ada sebuah nama amat dikenali guru-guru Melayu Perak dan Kedah iaitu E.C.Hicks, mula berkhidmat sebagai guru di Pulau Pinang dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaya pada tahun 1921. Berikutnya di Kedah, Selangor, Johor, Pahang dan Perak. Berkhidmat di Perak sebagai Ketua Nazir Sekolah (Chief Inspector of Schools) yang kini dikenali sebagai Pengarah Pelajaran Negeri. Paling lama dia berkhidmat di Perak bermula tahun 1938 ketika suasana perang Dunia Kedua hampir mendekati dan dia bernasib baik kerana dapat menyelamatkan diri dari kekejaman Jepun malah kembali semula bersama Pentadbiran Tentera British (British Military Administration) tahun 1945. Dia menamatkan perkhidmatan pelajaran pada tahun 1954, tetapi masih mahu menyumbang dalam pendidikan di Sarawak, kekal sebagai seorang bujang kelana dan meninggal di Sarawak tahun 1970-an.

Beliau merupakan sahabat baik Allahyarham Tun Hamdan, pada mulanya sebagai hubungan antara ketua dan guru, ketika Tun berkhidmat sebagai guru Geografi di Sekolah Clifford Kuala Kangsar. Tiba-tiba mendapat arahan daripada Hicks untuk memulakan tugas membangun sekolah menengah baharu di Parit kini terkenal Sekolah Menengah Iskandar Shah. Pada masa yang samaTun baru pulang dari Nottingham Universiti mengikuti kursus lanjutan perguruan satu tahun, dan dengan semangat berkobar-kobar untuk mengaplikasi segala selok-belok pengajaran dan pembelajaran di sekolah lamanya itu.

Lantas dia memanggil Tun ke pejabatnya di Ipoh, lalu berkata: “Hamdan , you have been to London .You are a qualified person. You have obtained good passes. And now the time has come for you to become a Headmaster.” Dengan mengumpul sedikit keberanian, Hamdan menjawab seolah membantah.

“Sir, I have just begun teaching geography. So what about my specialization in that field?”

“If you are not willing to go to Parit, then all that I can say is that all your training in London has been literally wasted.” Balas Hicks dengan nada marah.

“If that is your conclusion and decision, Sir, of course I concur and am ready to be transferred to Parit.” “That’s my boy.” Senyum Hicks.

Pertemuan mereka berakhir di situ dan Hamdan menginsafi bahawa khidmatnya amat diperlukan di luar bandar yang rata-ratanya pelajar anak Melayu. Mulai saat itu perhubungan mereka menjadi intim dan secara kebetulan punya minat bersama dalam kegiatan pengakap, sehingga orang putih itu bersara (sumber Tun Hamdan Sheikh Tahir 2001).

Sementara di kalangan guru-guru Melayu seluruh Perak Hicks amat dikagumi dan mereka amat terkesan dengan usahanya membela nasib guru-guru Melayu apabila dalam tahun 1952, tanpa mengambil kira kerenah birokrasi, dia mengumpul seramai 30 orang guru Melayu pada hematnya punya keinginan tinggi untuk meningkatkan pendidikan dalam bahasa Inggeris menerusi sekolah menengah Inggeris. Sejumlah guru lulusan SITC dan sebilangan kecil Latihan Normal Melayu dianugerahkan cuti belajar tiga tahun serta bergaji penuh dan ditempatkan di asrama Sultan Yussuff School Batu Gajah. Tugas mereka hanya belajar dan belajar bersama murid-murid biasa selama tiga tahun, dengan syarat tahun pertama mesti lulus Lower Certificate of Education dan selanjutnya lulus Senior Cambridge School Certificate dalam masa tahun ketiga.

Hampir kesemua mereka lulus dalam kedua-dua peperiksaan bahkan ada yang mendapat Sijil Satu. Bertolak dari sini satu lonjakan besar di kalangan mereka tidak lagi kekal menjadi guru, tetapi meneroka haluan masing-masing sebagai pensyarah maktab, pegawai PTD dan berbagai-bagai lagi atau melanjutkan pelajaran ke universiti. Itulah jasa Hicks yang dikenang hingga sekarang!

Terdetik khabar Hicks akan bersara atas dasar Malayanisation pada pertengahan 1954. Mendengar berita itu satu perjumpaan guru-guru besar sekolah Melayu bermesyuarat serta bercadang menghadiah satu bingkisan paling bermakna lagi unik kerana bagi mereka orang putih ini berbudi besar kepada mereka patut dihadiah sesuatu yang paling bermakna. Justeru cenderamata seperti labu sayung, replika perahu layar, penyu, alatan bubu lukah adalah terlalu lumrah!

JUL / SEP 2017

OlehMOHD NOR LONG

CENDERAHATI PERPISAHAN MEMBAWA KENANGAN ABADI

E.C. Hicks Senior Inspector of School Perak pada awal tahun 1950-an sedang berucap dalam suatu majlis dan turut hadir

Sultan Yussu� Izuddin Shah of Perak

Page 7: MAJLIS SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN YANG KE-60 › phocadownloadpap › warkah › Warkah PS… · Dataran Merdeka untuk melaungkan Merdeka tujuh kali. Tidak ketinggalan persembahan

7

JUL / SEP 2017

Professor Dr Muhamad menunjukkan album E.C. Hicks pada tahun 2007

Barisan guru Sekolah Perempuan Taiping bersama pelawat jabatan pelajaran Perak Utara

Kegiatan kokurikulum senaman beramai-ramai

Latihan bercucuk tanam sebahagian daripada kokurikulum

Sekolah Melayu Kampong Kedah

Satu keputusan dicapai iaitu menghadiahkan sebuah album bergambar sekolah-sekolah Melayu seluruh Perak, ratusan bilangannya, hanya memuat terhad lima buah foto dilekatkan pada selembar kertas A4 sumbangan setiap sekolah mengandungi: satu barisan para guru, kumpulan murid-murid seluruh sekolah, catatan nama para guru semasa, kegiatan pembelajaran dan pengajaran bilik darjah dan kokurikulum. Dengan segera sekolah-sekolah mengirim kepada penyelaras di pejabat pelajaran Ipoh untuk dijilid, di atur lengkap menjadi sebuah album berkulit keras dengan jodol, setebal hampir satu kaki dan seberat antara dua ke tiga kilogram, bakal disampaikan pada hari perpisahan Hicks yang akan pulang ke England untuk dibawanya bersama sebagai tanda kenangan abadi.

Apabila beliau meninggal dunia di Sarawak, album masih tersimpan oleh keluarganya, lalu terfikir mereka alangkah baik dijual kepada kedai barang-barang antik, mungkin ada yang berminat untuk memilikinya sebagai collector items bahan sejarah. Menepati telahan itu, lalu seorang pelajar Malaysia berasal dari Perak terjenguk di kedai tersebut, ambil membelek-beleknya dan ternyata sesuatu yang amat bermakna untuk dibawa ke negeri asalnya. Lantas dibelinya dan tak pula ketahui berapa harganya? Dibawanya pulang, jauh pengembaraan pergi balik di antara Malaysia dan England, album itu kembali semula ke Ipoh dan diserah kepada pejabat Setiausaha Negeri kerana difikirkan betapa bernilainya bahan itu untuk dimanfaatkan kemudian hari. Terkini, album itu ada pada tangan seorang professor ilmu kemanusiaan Universiti Teknologi Petronas, Bandar Seri Iskandar Tronoh. Melihat kepada keunikan album itu pada hemat saya sangat sesuai, sama ada PSM atau Arkib Negara mendapatkan semula untuk dijadikan bahan kajian sejarah sekolah-sekolah Melayu sebelum merdeka oleh penyelidik kemudian hari.

Page 8: MAJLIS SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN YANG KE-60 › phocadownloadpap › warkah › Warkah PS… · Dataran Merdeka untuk melaungkan Merdeka tujuh kali. Tidak ketinggalan persembahan

8

JUL / SEP 2017

SEJARAH BERGAMBAR

Dinamakan "Battle of Jitra" atau "Pertempuran Jitra" kerana pekan tersebut adalah pengkalan bagi Divisyen ke-11 Tentera British (India) dan merupakan benteng pertahanan Tanah Melayu di bahagian utara. Menariknya peristiwa pertempuran ini, ia cuma berlaku dalam masa dua hari sahaja atau lebih tepat selama tempoh 36 jam. Masa itu cukup buat ketumbukan ke-25 tentera Jepun melumpuhkan pertahanan British di Jitra.

Melihat sejarah dan asal usul peneroka-peneroka maka jelas menunjukkan bahawa sudah wujud penempatan Melayu terawal di Pulau Pinang sebelum kedatangan Francis Light pada tahun 1786.

SiapabukaPulau

Pinang?

Page 9: MAJLIS SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN YANG KE-60 › phocadownloadpap › warkah › Warkah PS… · Dataran Merdeka untuk melaungkan Merdeka tujuh kali. Tidak ketinggalan persembahan

9

JUL / SEP 2017

“Panglima Awang”

Melayu pertamakeliling dunia

Kisah seorang pemuda Melayu dari Melaka dalam ekspedisi merentasi lautan yang diketuai pelayar terkenal Ferdinand de Magelan pada tahun 1519 adalah manusia pertama mengelilingi dunia setelah Magelan terbunuh semasa pertempuran di Pulau Cebu, Filipina.

SEJARAH BERGAMBAR

Laksamana Cheng Ho adalah pemimpin unggul yang menyatukan armada lebih 100 kapal bersama 27,000 anak kapal ke lautan barat mendahului Vasco Da Gama dan Christopher Columbus menemui laluan ke laut timur.

Page 10: MAJLIS SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN YANG KE-60 › phocadownloadpap › warkah › Warkah PS… · Dataran Merdeka untuk melaungkan Merdeka tujuh kali. Tidak ketinggalan persembahan

10

JUL / SEP 2017

PENGKISAHAN SEJARAH MENAIKKAN BENDERA TANAH MELAYU 1957

Mantan petugas TLDM iaitu Sharif Kalam dan Oliver Samuel Culvelt menceritakan

pengalaman mereka menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957

Tan Sri Omar Mohd Hashim menerima cenderamata daripada Timbalan Panglima TLDM

Tan Sri Omar Mohd Hashim bersama Timbalan Panglima TLDM dan penaik bendera kemerdekaan

Tetamu istimewa (penaik bendera kemerdekaan) iaitu Sharif Kalam dan Oliver Samuel Culvelt

MTM 62

Dato' Sri Haji Wan Abdul Wahid bersama Tan Sri Omar Mohd Hashim, Dato’ Haji Jumaat Dato'

Mohd Noor dan JKE/PSM

Yang DiHormati Orang Kaya Indera Pahlawan Dato' Sri Haji Wan Abdul Wahid Haji Hassan

berucap ketika merasmikan Mesyuarat Tahunan Majlis ke-62 PSM

Page 11: MAJLIS SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN YANG KE-60 › phocadownloadpap › warkah › Warkah PS… · Dataran Merdeka untuk melaungkan Merdeka tujuh kali. Tidak ketinggalan persembahan

11

JUL / SEP 2017

KUIZ PERINGKAT KEBANGSAAN

Peserta terbaik kuiz 2017-Amalia Izzati bt Razaman

Tan Sri Omar Mohd Hashim, Dato' Hj Jumaat Dato' Mohd Noor bersama dif jemputan di Majlis

Pertandingan Akhir Kuiz Sejarah dan Patriotisme 2017

Ahli-ahli panel pertandingan kuiz sejarah dan patriotisme

Pemenang pertandingan kuiz sejarah dan patriotisme bersama-sama tetamu jemputan

MTM 62MTM 62

Penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan esei sejarah Malaysia

Page 12: MAJLIS SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN YANG KE-60 › phocadownloadpap › warkah › Warkah PS… · Dataran Merdeka untuk melaungkan Merdeka tujuh kali. Tidak ketinggalan persembahan

12

JUL / SEP 2017

Persimpangan dan Polemik serta mencari penyelesaian adalah perkara lumrah dalam akademik tidak terkecuali dalam bidang atau disiplin sejarah khususnya Sejarah Malaysia. Oleh sebab menyedari adanya perkara tersebut, saya ingin berkongsi pengalaman sebagai pelajar sejarah untuk mendapatkan maklum balas bagi mengemaskan aspek persimpangan dan polemik yang sepatutnya diberi keutamaan dalam perbincangan polemik Sejarah Malaysia yang akan datang. Menyedari tidak akan dapat memaparkan semua aspek terpilih dan tempoh perbincangan dari tahun 1262, pengasas kerajaan Melaka hingga tahun 1957, Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

Persimpangan dan polemik sejak 1262, ialah tahun 1262 dan pengasasan kerajaan Melaka. Sebelum ini diterima umum dan tercatat pada buku teks Sejarah Malaysia, Melaka diasaskan oleh Parameswara pada tahun 1400. Penemuan dan pandangan baru menyatakan kerajaan Melayu diasaskan oleh Raja Iskandar Shah, tahunnya pada 1262. Persimpangan ini melahirkan polemik dalam sejarah Malaysia khususnya pengasas kerajaan Melaka. Seterusnya masih lagi sejarah elak menjadi polemik ialah tokoh bernama Hang Tuah. Selama ini sejak dahulu tokoh bergelar Laksamana dalam kerajaan Melaka dirujuk sebagai Hang Tuah. Kebelakangan ini muncul pula pandangan dan pendapat baru menyatakan perkataan “Tuah” tidak ada dalam kamus Melayu ketika itu. Malah sebelum ini ada

juga menyatakan bahawa Hang Tuah itu bukan Melayu, sebaliknya Cina, bernama Hang Tu Ah. Selain itu terdapat dalam catatan naskhah Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) versi A. Samad Ahmad (Dewan Bahasa dan Pustaka) Hang Tuah nama sebelumnya Daeng Mempawah berasal daripada keturunan Raja Bajung, Sulawesi dan nama Hang Tuah dianugerah oleh Sultan Mansur Shah Melaka. Selain itu terdapat lagi perkara menarik, Hang Tuah dinyatakan masih hidup ketika Portugis menyerang dan menawan Melaka pada tahun 1511. Dengan itu timbul persoalan, bagaimana tokoh Laksamana Khoj Haan, diikuti seterusnya Laksamana Hang Nadim yang disebutkan dalam Sejarah Melayu. Begitu juga pertikaman adakah Hang Tuah dengan Hang Jebat atau Hang Tuah dengan Hang Kasturi? Juga adakah Hang Tuah atau Hang Nadim yang membawa Tun Teja dari Pahang ke Melaka?

Selain itu masih dalam sejarah kerajaan Melaka, nama Melaka iu sendiri. Adakah

SEJARAH MALAYSIA:PERSIMPANGAN DAN POLEMIK

OlehPROF EMERITUS DATO’ DR ABDULLAH ZAKARIA GHAZALI

Page 13: MAJLIS SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN YANG KE-60 › phocadownloadpap › warkah › Warkah PS… · Dataran Merdeka untuk melaungkan Merdeka tujuh kali. Tidak ketinggalan persembahan

13

JUL / SEP 2017

namanya daripada pokok, sungai atau Bukit Melaka? Atau daripada perkataan Arab, Malakat (Pasar). Dalam hal ini timbul juga persimpangan dan polemik, adakah Hang Li Po atau Li Po itu seorang puteri Raja China, dan wujud dalam sejarah Melaka? Persimpangan dalam sejarah kerajaan Melaka ini menarik minat pengkaji dan khalayak, serta terus berpolemik memberi hujah mempertahankan pandangan dan pendapat masing-masing.

Seterusnya bergerak dalam sejarah Kesultanan Johor. Persimpangan berlaku tentang siapa pengasas Kesultanan Johor. Adakah Sultan Mahmud dari Melaka atau putera baginda dengan Tun Fatimah, Raja Ali bergelar Sultan Alauddin Riayat Shah? Selain itu, Sultan Alauddin Riayat Shah ditawan ke Acheh pada 1615, atau baginda tidak ke Acheh tetapi berundur di Tanah Melayu. Begitu juga dengan tokoh Bendahara Johor, Tun Seri Lanang, hilang kisahnya setelah Johor dikalahkan Acheh pada tahun 1615, beliau ditawan ke Acheh.

Dalam perkembangan Sejarah Johor juga, timbul lagi persimpangan tentang tokoh Raja Kecil. Dia menduduki takhta kerajaan Johor pada 1718, bergelar Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah dan memerintah Johor sehingga tahun 1722. Pada tahun 1722, Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah diturunkan takhta oleh Raja Sulaiman, putera Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV (1699-1718) dengan bantuan Opu Bugis Lima Bersaudara (Daeng Parani, Daeng Menambun, Daeng Chelak, Daeng Kemasi dan Daeng Marewah). Raja Sulaiman dilantik Opu Bugis sebagai Sultan Johor bergelar Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah mendirikan Kerajaan Siak dan dinobatkan sebagai Sultan Siak pada tahun 1723.

Dalam hal ini, persimpangan juga wujud mengenai asal usul Raja Kechil, Hikayat Siak dan Tuhfat al-Nafis masing-masing menyatakan cara berbeza mengandungnya bonda Raja Kechil tetapi kedua-dua naskhah ini mencatatkan hasil daripada

benih Sultan Mahmud mangkat dijulang. Dalam pada itu ada juga menyatakan asal usul Raja Kechil adalah perkara spekulasi. Namun demikian, pada masyarakat Siak, Raja Kechil yang kemudiannya bergelar Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah Johor dan pendiri Kerajaan Siak Inderapura adalah putera Sultan Johor, Sultan Mahmud mangkat dijulang.

Selain itu banyak lagi perkara yang menjadi persimpangan dalam Sejarah Malaysia, dan aspek berkaitan ini mengundang polemik. Oleh sebab itu polemik Sejarah Malaysia sangat wajar diteruskan bukan sahaja meluruskan pandangan berbeza, tetapi juga mencerahkan kesamaran atau kegelapan, serta meleraikan segala kekusutan. Sementara ramai pengkaji menyatakan Siam menyerang dan menjajah atau menduduki Kedah pada tahun 1821, terdapat juga yang menyatakan Siam hanya menukarkan bentuk pentadbiran daripada tidak langsung kepada langsung. Sementara dinyatakan bahawa perjuangan menentang British di Malaysia, misalnya Penghulu Dol Said di Naning: Dato’ Maharaja Lela Pandak Lam, Dato’ Sri Agar Diraja (Dato’ Sagor-Ngah Kamdin), Dato’ Laksamana Wan Muhamad Amin dan Dato’ Shahbandar Uda Maamor di Perak: Dato’ Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau di Pahang: Tok Janggut ( Haji Mat Hasan bin Munas) di Kelantan: Haji Abdul Rahman bin Abdul Hamid (Haji Abdul Rahman Limbong) di Terengganu: Sheriff Masahor dan Rentap di Sarawak: dan Mat Salleh serta Antanom di Sabah (Borneo Utara), masih terdapat di sana sini menyebut dan mencatat sebagai pemberontak dan penderhaka.

Kehadiran dan penglibatan British di negeri Melayu juga mencetuskan persimpangan dan polemik. Dalam hal ini ada yang menyatakan kehadiran dan penglibatan British tersebut kerana anarki (kacau-bilau) dalam negeri Melayu, dan ada juga menyatakan kerana ekonomi (simpanan bijih yang kaya) di negeri Melayu. Kemudiannya British mengikat perjanjian dengan negeri Melayu. Dengan alasan

Page 14: MAJLIS SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN YANG KE-60 › phocadownloadpap › warkah › Warkah PS… · Dataran Merdeka untuk melaungkan Merdeka tujuh kali. Tidak ketinggalan persembahan

14

JUL / SEP 2017

tanpa perkataan “jajah” tercatat dalam perjanjian tersebut dinyatakan British tidak menjajah negeri Melayu: sebaliknya negeri Melayu dinaungi atau dilindungi. Dalam pada itu terdapat pandangan dan tafsiran lain menyatakan negeri Pulau Pinang, Singapura dan Melaka adalah negeri Melayu. Ketiga-tiga negeri ini dijadikan kerajaan baginda raja sebagai Jajahan Mahkota. Juga menyatakan, tanpa tercatat perkataan “jajah” dalam perjanjian, pada hakikatnya negeri Melayu dijajah, serta Raja Melayu tidak ada kedaulatan. Polemik tentang dijajah atau tidak dijajah (dilindungi) berterusan hingga ke hari ini. Sehubungan itu, apakah tercetusnya fikiran dan penggunaan Hari Kebangsaan, tidak lagi Hari Kemerdekaan berbangkit daripada hasil polemik itu?

Apabila berbincang tentang campur tangan British di negeri Melayu sehingga hari ini masih terdengar pernyataan Raja Melayu menjual negeri (misalnya Pulau Pinang dan Singapura). Dalam pada itu ada juga menyatakan Raja Melayu menyerahkan negeri Melayu dengan janji selagi ada bulan dan bintang. Persoalannya apakah perkara tersebut benar atau sebaliknya? Dengan itu tanpa majlis polemik perkara ini sukar dicerahkan atau dileraikan. Dengan perkataan lain dokumen berkaitan perkara ini amat perlu disemak dan dihebahkan kepada khalayak.

Sementara itu terdapat juga persimpangan tentang status atau kedudukan Raja Melayu setelah British campur tangan dalam pentadbiran negeri sehingga Jepun menduduki Tanah Melayu mulai tahun 1941. Perbincangan atau polemik yang seringkali didebatkan, Raja ada kedaulatan. Keadaan yang sama, apakah raja berdaulat atau sebaliknya ketika pendudukan Jepun dari tahun 1941 hingga 1942? Dalam pada itu tidak kurang pula pernyataan pendudukan Jepun adalah “rahmat tersembunyi” dan menyemarakkan perjuangan Melayu menentang British.

Begitu juga perlu dijelaskan mengapa Raja

Melayu menyerahkan kedaulatan masing-masing dalam perjanjian McMichael? Atau ada alasan yang menyebabkan Raja Melayu menurunkan tandatangan ke atas perjanjian tersebut. Seterusnya timbul pula aspek menarik dalam tentangan terhadap Malayan Union. Siapakah pencetus dan menyemarakkan penentangan terhadap Malayan Union? Dato’ Onn dan Pergerakan Melayu Semenanjung Johor atau Dato’ Onn dan Pergerakan Melayu Johor? Atau Dato’ Abdul Rahman dan Persatuan Melayu Johor? Sudah pasti perkara ini menjadi polemik menarik dan sangat wajar dicerahkan dalam Sejarah Malaysia. Satu perkara penting dan perlu dijelaskan di sini, kerajaan baginda raja sememangnya sudah memutuskan akan melaksanakan Malayan Union di Tanah Melayu. Begitu juga Sarawak dan Borneo Utara (Sabah) akan dijadikan jajahan mahkota. Kerajaan baginda raja juga memutuskan akan mengikat perjanjian baru dengan masing-masing negeri untuk mendapat mandat bagi membolehkan baginda raja melaksanakan undang-undang terhadap negeri tersebut. Dengan itu polemik mengenai perkara ini sangat wajar dan penting bagi meleraikan kekusutan dan mencerahkan suasana sejarah dan penentangan Malayan Union. Dalam hal lain, apakah benar sebagaimana dakwaan baginda Raja Melayu berlaku paksaan dan tekanan terhadap baginda dalam menandatangani perjanjian Malayan Union itu?

Protes rakyat terhadap Malayan UnionSumber: https://hornbillunleashed.wordpress.com/

Page 15: MAJLIS SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN YANG KE-60 › phocadownloadpap › warkah › Warkah PS… · Dataran Merdeka untuk melaungkan Merdeka tujuh kali. Tidak ketinggalan persembahan

15

JUL / SEP 2017

Dalam pada itu polemik dan penyelesaian juga wajar disentuh dalam peralihan kuasa dan pentadbiran di Sarawak selepas pendudukan Jepun. Menariknya di Sarawak ini, munculnya dua kumpulan menentang Sarawak sebagai jajahan mahkota dan yang keduanya menyokong Sarawak sebagai jajahan mahkota. Dalam hal ini muncul pula pernyataan dirujuk sebagai penderhaka: penentang yang dikenali sebagai anti-penyerahan sebagai pejuang atau dirujuk juga sebagai nasionalis. Perkara yang tidak berbeza, juga berlaku di Tanah Melayu, di mana ahli komunis merujuk dan dirujuk sebagai nasionalis. Persoalannya apakah mereka atau ahli komunis yang bermatlamat mendirikan Republik Rakyat Komunis Malaya layak dirujuk sebagai nasionalis? Sehinggakan dalam hal yang berkaitan ini muncul pula pernyataan patriot dan pengkhianat. Di sinilah membuktikan betapa pentingnya berlangsung Polemik Sejarah Malaysia. Seterusnya dalam tempoh perjuangan kemerdekaan. Sejauh manakah Raja Melayu terlibat? Atau yang memainkan peranan utama UMNO dan Perikatan sahaja? Perkara ini menarik dan menjadi polemik serta perbincangan dalam kalangan khalayak dan pengkaji yang berminat. Sehingga ada pernyataan yang menyokong Raja Melayu dari segi tertentu banyak bergantung kepada UMNO. Sudah pasti perkara ini dapat dicerahkan melalui Majlis Polemik Sejarah Malaysia. Dipercayai persoalan tentang peranan dan sumbangan Raja Melayu khususnya kepada agama, tanah air dan Melayu akan jelas dan terjawab melalui rujukan minit persidangan Majlis Raja-Raja Melayu pada tempoh berkaitan.

Juga berkait dengan kemerdekaan dan selalu

didendangkan kontrak sosial. Persoalan itu kadang kala disebut sensitif tetapi demi pencerah dan pelurusan sangat wajar dibawa ke Majlis Polemik Sejarah Malaysia. Penyelesaian nanti mudah-mudahan dapat dibuat. Misalnya perkara yang disentuh itu adakah kontrak sosial atau sebenarnya perkara yang jelas dan nyata tersurat dan tersirat dalam Perlembagaan Persekutuan? Begitu juga soal bahasa, apakah Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia? Jelas menunjukkan betapa banyak aspek menjelang dan selepas Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan yang wajar dibangkitkan dalam Majlis Polemik Sejarah Malaysia. Sebelum mengakhiri kertas ringkas ini, ingin juga diketengahkan isu-isu yang masih menjadi polemik dan perbincangan hingga hari ini: siapakah pengasas Kuala Lumpur? Tiga tokoh yang seringkali dibangkitkan: Raja Abdullah, Sutan Puasa dan Yap Ah Loy. Persoalan menarik ini perlu juga dijelaskan apakah sebelum kehadiran ketiga-tiga tokoh ini di Kuala Lumpur sudah ada Kuala Lumpur? Jika ada, bagaimana kedudukan, adakah sebagai mukim? Jika sebagai mukim, Kuala Lumpur di bawah tadbiran siapa? Jika penghulu, siapa pula yang melantik penghulu? Adakah sultan? Sementara muncul pula pendapat terbaharu bahawa tarikh Batu Bersurat Terengganu ialah 1308, dan bukan 1303. Semua perkara menjadi menarik jika dibawa ke Majlis Polemik Sejarah Malaysia. Perlu dinyatakan kertas ringkas ini adalah lontaran fakta, isu dan idea untuk dibahaskan dalam persidangan ini. Dengan itu sangat diharapkan maklum balas daripada pembentangan kertas ini akan dapat mengemaskan lagi fakta, isu dan idea yang perlu dibawa dalam Majlis Polemik Sejarah Malaysia.

Kertas kerja ini telah dibentang di Simposium Polemik Sejarah Malaysia pada 31 Julai - 10 Ogos 2017 di Arkib Negara Malaysia.

Siapakah pengasas Kuala Lumpur; Yap Ah Loy (kiri), Raja Abdullah (tengah) atau Sutan Puasa (kanan)?

Page 16: MAJLIS SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN YANG KE-60 › phocadownloadpap › warkah › Warkah PS… · Dataran Merdeka untuk melaungkan Merdeka tujuh kali. Tidak ketinggalan persembahan

16

JUL / SEP 2017

Di Atas Kemangkatan

Pada

Merafak Sembah Takziah Daripada

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIAAL SULTAN ALMU’TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM

MU’ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH’

SULTAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN

11 September 2017 Bersamaan 20 Zulhijah 1438H

Semoga Allah S.W.T. Mencucuri Rahmat ke Atas Roh Al-MarhumDan Ditempatkan Oleh Allah Subhanahuwataala

Di Kalangan Para Aulia, Syuhada dan Solihin

SEMBAH TAKZIAHAl-Fatihah

Al-Sultan Almu'tasimu Billah Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah (28 November 1927-11 September 2017) diputerakan pada 28 November 1927 di Anak Bukit, Alor Setar, Kedah. Baginda merupakan anak kedua Tunku Badlishah bersama Tunku So�ah bint Tunku Mahmud. Baginda memulakan zaman persekolahan rendah di Sekolah Melayu Alor Merah, Sekolah Melayu Titi Gajah dan Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar. Pada bulan Februari 1949, Kebawah Duli Tuanku telah berangkat ke United Kingdom untuk melanjutkan pengajian di Wadham College Oxford, London untuk mengikuti kursus dalam jurusan Sains Kemasyarakatan dan Pentadbiran Awam.Sekembali ke Tanah air pada tahun 1955, baginda berkhidmat di Pejabat Daerah Kota Setar selama dua tahun sebelum berpindah ke Pejabat Perbendaharaan Negeri Kedah. Pada 14 Julai 1958 baginda telah dilantik sebagai Sultan Kedah selepas kemangkatan ayahanda Baginda Almarhum Sultan Badlishah. Pada 21 September 1970 baginda telah terpilih sebagai Yang di-Pertuan Agong. Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang ke-225 telah memutuskan bahawa Sultan Abdul Halim Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong yang ke-14 pada 13 Disember 2011, sekaligus menjadi sultan pertama menjadi Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali. Baginda mangkat pada 11 September 2017 di Istana Anak Bukit, Kedah pada pukul 2.30 petang .

Page 17: MAJLIS SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN YANG KE-60 › phocadownloadpap › warkah › Warkah PS… · Dataran Merdeka untuk melaungkan Merdeka tujuh kali. Tidak ketinggalan persembahan

17

JUL / SEP 2017

KUALA LUMPUR: "HISTORY 'S di�erent naratives" by Hazlina Aziz (NST, Sept 13 ) refers to those who want to "rewrite" history. Let us respect it as an established discipline of knowledge, and never tinker with it. Why pander to some vocal local view that history should be "inclusive", a term propagandised in Malaysia. Whereas, it is well known that "inclusiveness" is not the objective nor the purpose of history. History is simply a record of prominent events and personalities in the life of a civilisation, of which the country is just edi�ce.

The call for a nurse, Sybil Kathigesu, who treated the injured during the Japanese occupation, to be included in the history textbook, is an example of this call for "inclusiveness". So that the history of Malaysia would not be Malaycentric. But, was she so prominent during that historical episode? Must she be considered a national hero? Did she also �ght British colonialism, and oppose the Malayan Union which sought to make Malaya a British colony?

If none of these were true, why the need for her to be included in the textbook?

Should we also include the names of all the 42 o�cers and men of the Malay Regiment who fought the Japanese all the way to Singapore and vanished?

The British might have recognised Sybil for whatever reason. But, for some of us, it is just "inclusiveness" or "political correctness" that requires Sybil's inclusion. Should we also politicise history?

And, the accusation that the powers that be are "downplaying the role of Yap Ah Loy in the history of Kuala Lumpur". Let us put the matter in perspective, Yap's name �rst appeared in the history textbook as the "founder of Kuala Lumpur". But, when it was later evidence that he was only the third kapitan Cina, and could not, therefore, have been the founder of KL, the matter should have come to a rest, i.e. his name did not have to appear in the textbook again.

But, the "inclusiveness" argument then took a di�erent tack, and insisted Yap should stay in the textbook because he contributed most toward building the early KL-this is what I call tinkering with the discipline of history. Of course ,Yap can appear in the history of the city of KL, but does he have to appear in the textbook of the country's history, too?

All my arguments above are to show that history writing in Malaysia has always been proper-there is no unforward racial bias. To prevent a Malay-centric Malaysian history cannot be the objective of history writing. The history of Malaysia will necessarily be Malay-centric because Malays and the natives are the fouding population.

Yes, we should be revising our history so that a colonialist interpreted history is replaced by an indigenous narrative, but "inclusiveness" should not become a benchmark that damages the essence of history itself.

NST LETTER TO EDITORDo Not Tinker wi th Discipl ine of History

OlehAROF ISHAK

History is simply a record of prominent events and personalities in the life of a civilisation, of which the country is just an edi�ce.

Sumber: NSTP �le pic

Page 18: MAJLIS SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN YANG KE-60 › phocadownloadpap › warkah › Warkah PS… · Dataran Merdeka untuk melaungkan Merdeka tujuh kali. Tidak ketinggalan persembahan

18

RESENSI

JUL / SEP 2017

PSM melanggan majalah berbentuk sejarah bertajuk "All About History". Ia diterbitkan oleh Image Publishing, United Kingdom dan diterbitkan secara bulanan. Artikel-artikelnya amat menarik dan ditulis secara ringkas dan bermaklumat dan mengikut halaman dengan topik-topik tertentu. Ada juga artikel yang pernah disiarkan adalah tentang sejarah peperangan yang ada kaitan dengan Malaysia.

Contoh artikel-artikel berikut :

1. Fall of Singapore: Veteran and Burma Railway POW 2. British Malaya in Japanese hands: Listening to the Forgoten Asian Voices of WW2

Diharap ahli-ahli PSM dapat menatap dan membaca artikel-artikel menarik yang terkandung dalam majalah ini.

Page 19: MAJLIS SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN YANG KE-60 › phocadownloadpap › warkah › Warkah PS… · Dataran Merdeka untuk melaungkan Merdeka tujuh kali. Tidak ketinggalan persembahan

19

SALAM TAKZIAH

DATUK HAJI SAMURI JURAIMI

SEKALUNG TAHNIAH

AHLI PSM CAW. KEDAHAHLI PSM CAW. KEDAH

LT KOL MUKHTAR MANSOR

Dianugerahkan gelaranLT KOL

pada 2017

PENGASAS SATE HAJI SAMURI

PROF DR ISHAK

Dilantik sebagaiPROFESOR

daripada UPSIpada 2017

AHLI PSM CAW. KEDAH

DR ZAIHASRIAH DR ZAHIDI

DianugerahkanDOCTOR OF PHILOSOPHY

daripada Multimedia Universitipada 2017

telah meninggal dunia pada 2 Sep 2017

PROF EMERITUS DATUK DR MOHD TAIB OSMAN

BEKAS NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYA

telah meninggal dunia pada 3 Sep 2017

BAHYAH MAHMOOD

BEKAS WARTAWANUTUSAN MELAYU

telah meninggal dunia pada 20 Jun 2017

JUL / SEP 2017

Al-Fatihah

Page 20: MAJLIS SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN YANG KE-60 › phocadownloadpap › warkah › Warkah PS… · Dataran Merdeka untuk melaungkan Merdeka tujuh kali. Tidak ketinggalan persembahan

20

An Index to Malaysia In History Vol II

1961-2015

Malaysia dari Segi SejarahBil 44-2016

JURNAL-JURNAL TERBITAN PSM

JUL / SEP 2017

Malaysia dari Segi SejarahBil 41-2013

Malaysia dari Segi SejarahBil 40-2012


Top Related