Transcript
Page 1: Main/minit/MINIT_JKKS... · Web viewPengetua mengarahkan Panitia Matematik dan Panitia Sains melaksanakan latih tubi/drilling mata pelajaran Matematik dan Sains semasa waktu WPK pada

PK17/2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAJA PEREMPUAN, IPOHMINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM BILANGAN 3/2011

Tarikh : 4 Julai 2011(Isnin)Masa : 2.00 petangTempat : Bilik GerakanPengerusi : Cik Rusnani binti SharuddinKehadiran(Bilangan) : 34/40Nama Yang Hadir :

1 Cik Rusnani bt Sharuddin 18 Pn. Anita Suganthi a/p Kolandasamy2 Pn. Azizah bt Mat Cha 19 Cik Nor Maizura Ashikin bt Ibrahim 3 Pn. Zuraida bt Ahmad Khulaimi 20 Pn. Selambu Chelvi a/p Chellapan4 Pn. Hjh. Emsakiah bt Zulkifli 21 Pn. Jamidah bt Sandang5 Pn. Asmah bt Abu Bakar 22 Pn. Hjh. Mariam bt Ismail 6 Pn. Biby Dayana bt Abdullah 23 Pn Saadiah bt Mohamed7 Pn. Suraine bt Muhmad Noordin 24 Pn. Rozitah bt. Hassan8 Cik Zaiton bt Bakar 25 Pn Noraini bt Nordin9 Pn Umaimah bt Harith 26 Cik Zuridah bt Ahmad

10 Pn. Wong Nyook Ngor 27 Pn. Nurain bt Ali11 Pn. Rohana bt Adnan 28 Pn. Fong Ee Lin12 Pn. Mashitah bt Mohamed Tahir 29 Pn. Suriani bt Noordin13 Pn. Julaila bt Yahya 30 Pn. Sabrina bt Latib14 Pn. Zaleha bt M. Saufi 31 Pn. Robitah Nordin15 Pn. Mah Yi Fun 32 Pn. Hawa Nurliza Mohd Yussof16 En. Abdul Ridzuan b Abu Bakar 33 Pn. Saliza bt Othman17 Cik Sellam a/p Paramanathan

Setiausaha : Pn. Asmawati bt Razalli

Nama Yang Tidak Hadir (Bersebab):1. Pn. Norlaila bt Abd Ghani 2. Pn. Latipah bt Ahmad Sudan3. Pn. Yip Pei Yian4. Pn. Mashidah bt Hj Abu Bakar5. Pn. Saidatul Nadiah Shamsuddin 6. Pn. Shashafarah Ibrahim

1

Page 2: Main/minit/MINIT_JKKS... · Web viewPengetua mengarahkan Panitia Matematik dan Panitia Sains melaksanakan latih tubi/drilling mata pelajaran Matematik dan Sains semasa waktu WPK pada

1.0 Ucapan Pengerusi1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua ahli jawatankuasa ke mesyuarat kali ketiga

sesi persekolahan tahun 2011.

1.2 Pengerusi memaklumkan bahawa sasaran akademik SMK Raja Perempuan adalah ke arah keputusan yang "luar biasa". Oleh itu usaha semua guru juga hendaklah "luar biasa". Semua guru mesti berfikir cepat dan bertindak cepat. Saranan tersebut juga ditekankan oleh pihak JPN Perak di peringkat negeri.

Tindakan : Makluman

1.3 Semua Guru Kanan Mata Pelajaran dan Semua Ketua Panitia dikehendaki menegaskan dalam mesyuarat panitia masing-masing bahawa fokus hendaklah diberikan kepada semua kelas dan semua tingkatan, bukan hanya kepada kelas-kelas peperiksaan. Ketegasan mesti ada dalam melaksanakan setiap program yang dirancang.

Tindakan : Semua Guru Kanan, Semua Ketua Panitia dan semua guru

1.4 Semua Ketua Panitia dikehendaki memikirkan dan melaksanakan cara bagaimana untuk mencapai outcome atau keputusan yang berkualiti. Ranking, Block Time Table & Construct Base Teaching(RBC) menjadi program induk P & P di dalam bilik darjah. Fokuskan kepada melatih tubi item-item peperiksaan berdasarkan kelemahan yang dihadapi oleh para pelajar.

Tindakan : Semua Ketua Panitia

1.5 Bagi tempoh setengah tahun kedua ini, semua guru dikehendaki memperbanyak latih tubi dan menggunakan semua masa yang ada. Namun begitu latih tubi tidak akan berkesan jika pelajar tiada kefahaman. Oleh itu semua Ketua Panitia/guru harus tahu dan mengenal pasti setiap masalah mengikut topik , kumpulan pelajar malahan mengikut individu pelajar itu sendiri. Cara menanganinya hendaklah berbeza mengikut pelajar.

Tindakan : Semua Ketua Panitia

2.0 Mengesahkan minit mesyuarat yang lalu, Bil 2/2011Cadangan : Pn. Rohana bt AdnanSokongan : Pn. Julaila bt Yahya

Tindakan : Makluman

3.0 Perkara-perkara Berbangkit3.1 Merujuk Agenda 7.1 berkaitan pengurusan panitia yang melibatkan tahap kecemerlangan

guru panitia - Semua Ketua Panitia dikehendaki memastikan sebarang masalah yang dihadapi dikomunikasikan sama ada dengan Pengetua, Penolong Kanan, Guru Kanan atau sesama Ketua Panitia dan ahli panitia masing-masing.

Tindakan : Makluman

3.2 Merujuk Agenda 7.4 berkaitan klinik mata pelajaran teras sesi petang - Penolong Kanan Petang, Puan Hjh Emsakiah memaklumkan bahawa klinik tersebut telah dijalankan tiga minggu sebelum Peperiksaan Pertengahan Tahun. Hasilnya, didapati program tersebut

2

Page 3: Main/minit/MINIT_JKKS... · Web viewPengetua mengarahkan Panitia Matematik dan Panitia Sains melaksanakan latih tubi/drilling mata pelajaran Matematik dan Sains semasa waktu WPK pada

berkesan untuk kumpulan pelajar yang kecil. Untuk itu, perancangan yang rapi dan terperinci hendaklah dilaksanakan selanjutnya oleh panitia-panitia berkenaan.

Tindakan : Ketua Panitia berkenaan

4.0 Analisis Peperiksaan Pertengahan Tahun4.1 Secara umum pencapaian keputusan peperiksaan untuk kelas-kelas tingkatan 1, tingkatan 2

dan tingkatan 3 menunjukkan paten yang hampir sama dengan GPK lebih kurang 2.0. Tindakan : Makluman

4.2 Semua guru hendaklah lebih "agresif " dan terus berusaha bagi tempoh setengah tahun kedua ini. Sebarang masalah hendaklah dikenalpasti dan diatasi. Guru-guru Kanan mata pelajaran hendaklah memastikan soalan-soalan adalah berkualiti terutama bagi semua mata pelajaran Tingkatan 1 dan Tingkatan 2. Perhatian utama hendaklah diberikan kepada peningkatan kualiti akademik kelas-kelas Rancangan Khas.

Tindakan : Semua Guru Kanandan Semua guru

4.3 Peratus lulus semua mata pelajaran SPM ialah 96.53%. Analisis SPM mengikut mata pelajaran – Sila rujuk Lampiran Analisis Mata Pelajaran.

Tindakan : Makluman

4.4 Peratus lulus mata pelajaran Bahasa Melayu SPM ialah 97.50%. Lima orang pelajar dari Tingkatan 5 Gardenia Gagal mata pelajaran tersebut. Mereka ialah Shalini a/p Vesudevan, Nurul Syahira bt Ahmat Samsuri, Uma Devi a/p Raja Segar, Nurul Syahirah bt Mohd Azman dan Sherylnaann a/p Raja Segar. Ketua Panitia dan guru mata pelajaran diminta mengambil tindakan bagi memastikan pencapaian tersebut boleh diperbaiki.

Tindakan : Ketua Panitia Bahasa Melayu

5.0 Pelaporan Panitia/Status Pelaksanaan Program Panitia dan Tindakan Susulan 5.1 Ketua Panitia melaporkan status pelaksanaan program panitia masing-masing.

Tindakan : Makluman

5.2 Panitia Matematik – Ketua Panitia memaklumkan tindakan susulan untuk pelajar-pelajar PMR antaranya ialah:

5.2.1 program latihan kendiri untuk empat kelas yang pertama5.2.2 Uji sifir untuk pelajar kritikal – sepuluh minit pertama P & P di dalam bilik

darjah5.2.3 Bengkel mata pelajaran untuk topik-topik Tingkatan 2 pada setiap hari Rabu 5.2.4 Ulang kaji soalan-soalan daripada negeri-negeri lain.

Tindakan : Makluman

5.3 Panitia Sains – Ketua Panitia melaporkan bahawa antara tindakan yang telah dan sedang dilaksanakan ialah RBC - untuk bulan Julai 2011 membincangkan 8 set soalan-soalan peperiksaan percubaan PMR daripada negeri-negeri lain. Latih tubi semasa WPK juga dilaksanakan dengan memberikan fokus kepada soalan-soalan nombor 4, 5 dan 6.

Tindakan : Panitia Sains

3

Page 4: Main/minit/MINIT_JKKS... · Web viewPengetua mengarahkan Panitia Matematik dan Panitia Sains melaksanakan latih tubi/drilling mata pelajaran Matematik dan Sains semasa waktu WPK pada

5.4 Pengetua mengarahkan Panitia Matematik dan Panitia Sains melaksanakan latih tubi/drilling mata pelajaran Matematik dan Sains semasa waktu WPK pada hari Rabu dan Khamis.

5.5 Latih tubi juga (Matematik dan Sains PMR) diberikan kepada pelajar-pelajar 3 Begonia (pelajar asrama) yang dilaksanakan pada waktu prep asrama pada sebelah malam. Latihan tersebut dikumpul dan diserahkan kepada PK HEM serta disemak oleh guru mata pelajaran berkenaan keesokan harinya.

Tindakan : Guru Panitia Matematik dan Sains

5.6 Panitia Fizik – Ketua Panitia Fizik melaporkan bahawa antara tindakan yang telah dan sedang dijalankan ialah :

5.6.1 P & P dan latih tubi berfokus kepada soalan-soalan yang berpotensi untuk keluar dalam peperiksaan/fokus soalan esei mengikut topik tertentu di Tingkatan 4 dan Tingkatan 5

5.6.2 Learning Through Diagrams5.6.3 Bengkel Score A – Paper 2 (Section B dan C) serta Paper 3 (Section A dan B)

Tindakan : Makluman

5.7 Panitia Perdagangan – Program Mentor-Mentee dilaksanakan untuk menangani kelemahan mengingat fakta. Lima minit pertama P & P digunakan melalui ujian yang dilakukan oleh pelajar terhadap rakannya sendiri.

Tindakan : Makluman

5.8 Panitia Bahasa Inggeris - Guru-guru memberikan fokus kepada 5.8.1 bahagian Guided Writing untuk pelajar-pelajar PMR dan bahagian Continuous

Writing untuk pelajar-pelajar SPM.5.8.2 Pelajar-pelajar Cemerlang dan Sederhana

Tindakan : Makluman

5.9 Pengetua mengarahkan semua panitia melaksanakan program RBC sebagaimana seperti yang telah ditetapkan bagi tempoh setengah tahun kedua tahun 2011. Semua Ketua Panitia hendaklah mengambil tindakan yang sewajarnya jika ada mana-mana guru mata pelajaran yang tidak hadir semasa jadual waktu blok ini dilaksanakan. Penyelarasan dari segi bahan dan konstruk hendaklah dibuat oleh semua Ketua Panitia.

Tindakan : Semua Ketua Panitia dan semua guru

5.10 Satu cara untuk membantu para pelajar ialah dari segi ketegasan terutama semasa P & P di dalam bilik darjah. Ketua-ketua Panitia hendaklah mengingatkan semua guru supaya tegas dari segi nada suara dan arahan yang diberikan kepada pelajar . Wujudkan suasana serius untuk belajar dalam kalangan pelajar.

5.11 Semua panitia dikehendaki membincangkan masalah pelajar mengikut kumpulan pelajar dan mengikut individu pelajar dalam mesyuarat panitia masing-masing.

Tindakan : Semua Ketua Panitia dan semua guru

6.0 Pelaporan Jawatankuasa Merealisasikan Sasaran Akademik(MSA)6.1 Semua panitia hendaklah mendokumentasikan semua program akademik yang

dilaksanakan oleh panitia masing-masing.

4

Page 5: Main/minit/MINIT_JKKS... · Web viewPengetua mengarahkan Panitia Matematik dan Panitia Sains melaksanakan latih tubi/drilling mata pelajaran Matematik dan Sains semasa waktu WPK pada

6.2 Pelaporan yang dibuat adalah berdasarkan strategi yang sama seperti yang digunakan oleh pihak Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara (PPD Kinta Utara) iaitu berdasarkan NKRS atau berdasarkan Near miss, Kumpulan, Ranking dan SP Chart.

Tindakan : Semua Ketua Panitia

7.0 Hal-hal lain7.1 PK HEM memaklumkan bahawa pelajar bernama Sakinah bt Rohaizat dari tingkatan

3 Eugenia telah berhenti sekolah.Tindakan : Makluman

8.0 Ucapan Penangguhan8.1 Pengerusi sekali lagi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua ahli jawatankuasa ke

mesyuarat kali ini. Diharap semua guru berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan sasaran yang diharapkan tercapai.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.15 petang

Disediakan oleh : Disemak oleh

ASMAWATI BT RAZALLI RUSNANI BINTI SHARUDDIN, AMNSetiausaha JKKS Pengerusi JKKS/

Pengetua, SMK Raja Perempuan, Ipoh

(Tanda tangan tidak diperlukan untuk cetakan komputer)

Tarikh Keluaran No Keluaran No Pindaan4 Jan 2010 01 00

5

CERTIFIED TO ISO 9000:2008, CERT NO : AR 4501


Top Related