Download - LUKPP_BMPEM456_072015
-
TASK : Latihan Ulang Kaji Petikan Pemahaman (Tahun 4,5,6)
CODE : LUKPP_BMPEM456_072015
Bacakan jadual di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikut.
1. Nyatakan jenis susu yang terdapat dalam jadual. (I-think)
2. Mengapakah susu lembu terpaksa diproses?
Susu lembu terpaksa diproses supaya ___________________.
3. Bulatkan golongan yang sesuai minum susu segar.
4. Apakah bentuk susu tepung dibungkus? Bulatkan.
A Kotak B Botol
C Tin D Tin dan peket
5.Tandakan () pada pernyataan yang benar mengenai tip pemilihan
susu peket.
Pilih tin yang kemek dan berkarat. ( )
Penutup botol masih berkeadaan baik. ( )
Botol mempunyai kesan retak atau sumbing. ( )
Jenis Penghasilan Saranan
pengguna
Bentuk
pembungkusan
Tip pemilihan
Susu
segar
Susu lembu
diproses
agar tahan
lebih lama
Sesuai
diminum
oleh semua
peringkat
umur.
Botol
Kotak
Botol tidak mempunyai
kesan retak atau
sumbing
Penutup botol masih
berkeadaan baik
Kotak tidak bocor dan
menggelembung
Susu
tepung
Susu cair
yang
dikeringkan
menjadi
tepung
Berdasarkan peringkat
umur
Untuk pengguna-
pengguna
tertentu
Dirumus dengan
pelbagai
vitamin dan
zat
Tin
Peket
Tin tidak kemek dan karat
Dipeket dengan baik
Tidak koyak
Susu
pekat
Susu yang
disejatkan
dan
ditambah
gula
Sesuai
diminum
oleh semua
peringkat
umur
Tin
Botol
Tin tidak kemek dan
berkarat
Botol tidak mempunyai
kesan retak atau
sumbing
Penutup botol masih
berkeadaan baik
Petikan 1
Jenis Susu
Orang dewasa Remaja Wanita
Kanak-kanak Orang tua
-
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikut.
Aku ialah salah satu daripada lima pancaindera yang dimiliki
oleh manusia. Aku amat berguna kepada manusia. Tugas aku adalah
untuk bernafas dan menghidu bau.
Tugas aku yang pertama adalah sebagai sebahagian daripada
organ pernafasan. Jika aku tidak berfungsi, maka manusia tidak
dapat bernafas dengan sempurna. Di sini, aku akan menyedut masuk
dan menghembus keluar udara. Udara yang aku sedut itu akan
ditapis terlebih dahulu sebelum dihantar ke paru-paru. Proses
penapisan ini dilakukan oleh bulu hidung yang terdapat di dalam aku.
Bulu hidung ini akan menapis kotoran yang besar. Selain itu,
bendalir atau mukus di dalam aku pula berfungsi memerangkap
bakteria dan bahan-bahan halus daripada udara yang aku sedut.
Tugas aku yang kedua adalah sebagai organ penghidu. Aku
amat peka menghidu bauan. Aku dapat menghidu dan membezakan
kira-kira 400 jenis bau. Aku berasa bangga kerana dapat berkhidmat
kepada manusia.
Namun, sikap manusia selalu menyusahkan aku. Mereka
tidak mengutamakan kebersihan dan kesihatan aku. Aku sering
diganggu oleh pelbagai penyakit. Antaranya penyakit selesema dan
pendarahan hidung. Malah, ada penyakit yang lebih teruk iaitu
penyakit resdung. Penyakit ini boleh menyerang aku jika manusia
mengalami alahan terhadap habuk dan makan tertentu.
Aku amat berharap manusia dapat menghargai aku sebagai
salah satu organ deria yang penting. Oleh itu, manusia mesti
mengutamakan kebersihan agar aku dapat berfungsi kepada mereka
dengan baik.
1. Nyatakan tugas aku kepada manusia.
(a) ______________________________________________
(b) ______________________________________________
2. Ke bahagian manakah udara yang disedut oleh aku akan
ditapis dan dihantar ke? Bulatkan.
3. Apakah fungsi bendalir atau mukus di dalam aku?
_______________________________________________
_______________________________________________
4. Apakah penyakit yang mengganggu aku akibat manusia
tidak mengutamakan kebersihan dan kesihatan aku?
5. Apakah usaha yang harus manusia lakukan agar aku
dapat berfungsi dengan baik?
_______________________________________________
_______________________________________________
Petikan 2
-
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikut.
Pada petang itu, aku terus pulang selepas menjalani latihan
bola sepak di sekolah. Aku barasa letih lalu berbaring di atas sofa di
ruang tamu setiba di rumah.
Tiba-tiba, aku terdengar suara orang meminta tolong. Aku
bingkas bangun dan ternampak seorang budak lelaki terjatuh ke
dalam longkang. Aku cuba menolong budak itu. Malangnya aku
terjatuh ke dalam longkang yang dalam itu. Keadaan sekeliling yang
gelap amat menyeramkan lebih-lebih lagi banyak tikus yang
berkeliaran.
Aku cuba sedaya upaya mencari jalan keluar. Peluh dingin
mulai membasahi bajuku. Aku terdengar bunya. Aku terkaku
seketika dan memandang ke sekelilingku. Aku terkejut apabila
terlihat seekor ular sawa. Ular sawa itu merenung ke arahku seolah-
olah hendak menelan aku. Seluruh badanku menggigil ketakutan.
Aku terkaku tanpa bergerak. Ular sawa itu terus menyusur ke
arahku dan cuba membelitku. Dengan berani, aku memukul kepala
ular sawa itu bertubi-tubi. Namun begitu, badan ular sawa itu dapat
membelit badanku. Aku berguling-guling untuk melepaskan diri.
Ketika itulah aku terdengar suara ibu memanggilku. Aku
membuka mata. Rupa-rupanya aku memeluk bantal sandar yang
terdapat di atas sofa. Kulihat kekabu bantal sandar itu berselerak di
ruang tamu. Ayah dan adik meluru ke ruang tamu. Melihat keadaan
diriku, mereka tersenyum. Aku hanya tunduk malu.
1. Bagaimanakah penulis terjatuh ke dalam longkang?
A Terkejut melihat banyak tikus berkeliaran.
B Ketika menolong seorang budak lelaki.
C Keadaan sekeliling yang gelap.
D Ditolak oleh seorang budak lelaki.
2. Jelaskan maksud frasa peluh dingin dalam petikan.
_________________________________________________
_________________________________________________
3. Bagaimanakah cara penulis menyelamatkan diri daripada
belitan ular sawa itu?
_________________________________________________
_________________________________________________
4. Apakah sebenarnya yang dipukul oleh penulis? Bulatkan.
5. Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan.
A Penulis tertidur di atas sofa.
B Daun pokok berdesir selepas ditiup angin.
C Ibu penulis memarahi penulis kerana banyak kekabu
berselerak.
D Penulis menyertai activiti kokurikulum di sekolahnya.
Petikan 3
-
Baca surat kiriman tidak rasmi di bawah, kemudian jawab soalan-
soalan berikut.
Blok 1-08-10,
Jalan Kota Raya,
Selangor Darul Ehsan.
3 Ogos 2015
Ke hadapan sabahatku, Lydia yang berada di Kampung Pasir,
Sitiawan, semoga sihat walafiat di samping keluarga tersayang.
Saudari,
Apa khabar? Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk
menceritakan pengalaman saya berkunjung ke bengkel seni kraf
tangan Pak Cik Manif pada cuti persekolahan yang lalu.
Bengkel tersebut terletak di Kamping Chiwan, Sungai Peting,
Sepang. Bengkel yang diusahakan oleh Pak Cik Manif sejak 10 tahun
yang lalu ini banyak menghasilkan produk yang berasaskan barang
terbuang iaitu tempurung kelapa. Produknya termasuk rantai, replika
haiwan, bunga, lampu dan sebagainya.
Selain itu, Pak Cik Manif juga berbakat membuat kraf tangan
daripada kulit siput berupa haiwan seperti angsa. Menurut Pak Cik
Manif, sambutan kraf tangan daripada kulit siput kurang memuaskan
malahan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan siput laut yang
sesuai. Oleh sebab itu, Pak Cik Manif lebih menumpukan
perhatiannya kepada pembuatan produk daripada tempurung kelapa.
Walau bagaimanapun, hasil kraf tangan yang paling mendapat
sambutan ialah lampu hiasan. Kebanyakan lampu yang dihasilkan
bercorak tropika dan nusantara yang dijadikan hiasan di rumah dan
restoran.
Di samping itu, Pak Cik Manif juga menghasilkan beberapa
produk lain. Antaranya replika bermotifkan haiwan seperti gajah dan
kura-kura selain tabung dan rak mini. Menurutnya lagi, pada ketika
ini dia sedang menyiapkan 100 buah pemegang kunci yang ditempah
oleh sebuah agensi. Pemegang kunci tersebut dibuat dalam pelbagai
saiz serta dihiasi motif bercorak dan warna yang menarik.
Sebelum pulang, saya membeli tabung berupa arnab yang
dibuat daripada tempurung kelapa. Untuk saudari pula, saya telah
membeli seutas rantai yang sangat cantik coraknya sebagai oleh-oleh.
Nanti saya akan kirimkan kepada saudari. Nampaknya setakat ini
sahaja coretan saya untuk kali ini. Sampaikan salam saya untuk
keluarga saudari.
Sekian, terima kasih.
Sahabatmu,
Esther
Petikan 4
-
1. Apakah tujuan surat ini ditulis oleh Esther?
Esther menulis surat ini bertujuan ______________________
_________________________________________________.
2. Nyatakan produk kraf tangan yang dihasilkan daripada
tempurung kelapa. (i-think)
3. Nyatakan dua sebab Pak Cik Manif tidak lagi menumpukan
perhatian kepada pembuatan produk daripada kulit siput laut.
(KBAT)
(a) _______________________________________________
(b) _______________________________________________
4. Tandakan () pada pernyataan yang betul tentang petikan.
Pak Cik Manif ialah pengusaha bengkel kraf tangan berang
terbuang. ------------------------------------------------( )
Lampu hiasan ialah produk yang paling banyak mendapat
sambutan. ------------------------------------------------( )
Lydia turut membeli tabung berupa arnab.----------( )
5. Jelaskan maksud oleh-oleh dalam petikan.
_________________________________________________
_________________________________________________
a. _______________
Produk kraf tangan
yang dihasilkan
daripada tempurung
kelapa b. ______________
c. ______________
d. ______________
-
Baca dialog di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikut.
Zarif : Boleh Angah tahu siapa sahabat akrab Along?
Syaril : Siapa lagi kalau bukan Alvin.
Zarif : kenapa Alvin menjadi sahabat akrab Along?
Syaril : Alvin banyak persamaan dengan Along. Dia bersopan.
Lagipun kami sama-sama pengawas.
Zarif : Along dan Alvin sama-sama pengawas?
Syaril : Ya, Along dan Alvin sama-sama pengawas. Ha, hobi kami
pun sama, tau!
Zarif : Hobi Along dan Alvin sama? Wah, hebat tu!
Syaril : Betul. Kami suka melukis. Kalau Angah hendak tahu, tarikh
lahir kami pun sama. Tahun ini kami hendak raikan bersama-
sama di rumahnya.
Zarif : Along hendak raikan di rumahnya? Bagaimana dengan
makanannya nanti?
Syaril : Jangan bimbang. Ibu kita baru sahaja berpakat dengan ibu
bapanya minggu lepas. Mereka akan menempah makanan
daripada Pak Cik Wan dan Mak Cik Za, jiran kita.
Zarif : Wah, tentunya meriah majlis itu nanti! Bila majlis itu akan
diadakan, Along?
Syaril : Dua minggu sahaja lagi, iaitu pada hari Sabtu, 3 Ogos.
1. Siapakah Along dalam petikan di atas?
A Zarif B Syaril C Alvin D Pak Cik Wan
2. Mengapakah Alvin menjadi sahabat akrab Syaril? (KBAT)
_________________________________________________
_________________________________________________
3. Bilakah persetujuan untuk menempah makanan diadakan?
A Minggu yang lalu B Minggu hadapan
C Dua jam lalu D Hari Sabtu, 3 Ogos
4. Di manakah majlis hari lahir Alvin dan Syaril akan diadakan?
_________________________________________________
_________________________________________________
5. Berikan maksud frasa Along dalam petikan.
_________________________________________________
Petikan 5