Transcript
Page 1: LOMPATAN - esemen gerko

LOMPATAN

1.0 LOMPAT JAUH

Lompat jauh merupakan salah satu aktivitas pengembangan akan kemampuan

daya gerak yang dilakukan, dari satu tempat ke tempat lainnya. . Mereka yang

bertanding akan berlari di laluan (pada tahap elit, biasanya mempunyai

permukaan yang sama dengan trek larian) dan melompat sejauh yang boleh

dengan memijak sepintas pada papan kayu ke bahagian yang diisi pasir atau

tanah. Jarak minimum dari papan ke tanda yang dibuat oleh atlit pada pasir

diukur. Jika seseorang itu memulakan lompatannya dengan mana-mana

bahagian kakinya di depan atau melebihi papan (satu lapisan plastisin diletakkan

dengan segera di depan papan untuk mengesan ketepatan ini), lompatannya

diisytiharkan salah atau batal dan tiada jarak akan direkodkan.

Tiga Gaya Lompat jauh iaitu:

- Jongkok (tuck)

- Menggantung (hang style)

- Jalan di udara (walking in the air)

Drs. Eddy Suparman menjelaskan bahwa unsur utama dalam lompat jauh adalah

sebagai berikut :

1.    Harus dapat membangkitkan daya momentum yang sebesar-besarnya.

2.    Harus dapat memindahkan momentum gaya horizontal dan vertikal.

3.    Harus dapat mempersatukan gaya tersebut dengan tenaga badan pada saat

melakukan tolakan.

4.    Harus dapat menggunakan titik berat badan sebaik yang mungkin.

Lompat jauh telah dijadikan sebagai sebahagian daripada Sukan Olimpik.

Peraturan lompat jauh

Dalam pertandingan yang melibatkan 8 orang peserta, 3 percubaan

dibenarkan dahulu. Selepas ini 8 peserta terbaik dipilih untuk membuat 3

lagi lompatan.

Page 2: LOMPATAN - esemen gerko

Sebaliknya jika bilangan peserta ialah 8 orang atau kurang, 6 percubaan

diberi.

Pembatalan berlaku dalam keadaan berikut:

kaki menyentuh kawasan melepasi papan lonjak

melonjak di luar kawasan papan lonjak semasa mendarat, berjalan keluar

melalui bahagian terdekat dari titik pendaratan.

Cara mengukur jarak

Ukuran jarak terdekat dari kesan mendarat ke bahagian papan lonjakan

yang terdekat dengan kawasan mendarat. Kemudian jarak tersebut

direkodkan kepada meter terdekat iaitu 0.01 m di bawah ketinggian yang

diukur. Ini bererti bahagian kurang daripada 1 cm diabaikan.

Fasa lompat jauh

Lompat jauh boleh dibahagikan kepada empat fasa seperti :

v Fasa penujuan – terdapat beberapa cara untuk memulakan fasa ini iaitu

fasa berlari dari tempat permulaan ke papan lonjak. Seorang atlet mula berdiri

dengan kaki segaris atau kaki depan belakang. Perkara yang paling penting ialah

langkah pertama dari titik permulan mestilah bermula dengan kaki melonjak.

Bilangan langkah ke papan lonjak berbeza, 11-15 langkah untuk pelompat novis,

17-19 langkah untuk pelompat wanita pakar dan 23 langkah untuk pelompat

lelaki pakar.

v Fasa lonjakan – setibanya di papan lonjak, pelompat pelompat seharusnya

mencapai kelajuan larian maksimum. Bila kaki memijak papan lonjak, badan

direndahkan sedikit untuk memberi keanjalan dari papan lonjakan itu. Kemudian

badan ditegakkan dengan mengangkat dada ke atas.

v Fasa penerbangan/layangan – dalam fasa ini pelompat tidak ada peluang

untuk meningkatkan kederasan. Pelompat menggerakkan kaki dan tangan ke

belakang. Untuk gaya tendang kayuh kaki digerakkan seperti mengayuh basikal.

v Fasa pendaratan – apabila badan mula jatuh, tangan dan kaki dirapatkan;

tangan dan kaki digerakkan ke hadapan. Bila tumit mula mencecah tanah,

tangan digerakkan ke belakang dan kemudian ke hadapan.

Page 3: LOMPATAN - esemen gerko

2.0 LOMPAT TINGGI

Acara Lompat Tinggi adalah salah satu daripada acara olahraga yang diminati

dan sentiasa mendapat perhatian ramai. Lompat Tinggi mula diperkenalkan

dalam tahun 1887 dan dalam tahun 1896 acara Lompat Tinggi telah

diperkenalkan  di dalam sukan Olimpik. Acara ini menjadi perhatian ramai kerana

pelbagai gaya lompatan digunakan oleh para atlit.

Terdapat beberapa gaya dalam acara Lompat Tinggi seperti berikut :

Gaya gunting

Gaya timur

Gaya guling barat

Gaya Pelana

Gaya fosbury flop

Bil Gaya Lompatan Penerangan

1 Gunting Peserta menuju ke palang secara bersudut dan

melonjak dengan kaki yang berasa di luar dari

palang. Semasa melepasi palang peserta berada

dalam keadaan duduk berlunjur.

2 Timur Peserta menuju ke palang secara lurus dari

hadapan (90 darjah). Semasa melonjak kaki

bebas dihayun secara tegak ke hadapan

badannya dan perserta melepasi palang secara

mengiring.

Page 4: LOMPATAN - esemen gerko

3 Guling Barat Penujuan ke palang adalah secara bersudut

seperti dalam gaya gunting. Peserta melonjak

dengan kaki yang lebih dekat dengan palang. Kaki

lonjakan berada dalam keadaan bengkok semasa

peserta berguling selari

dengan palang untuk

membuat pelepasan.

4 Pelana Gaya ini hampir sama dengan gaya guling barat.

Peserta menuju ke palang secara bersudut.

Ketika melepasi palang, muka peserta

memandang ke bawah dan keadaan badannya

seolah-olah meniarap di atas palang.

Fosbury Flop Penujuan ke palang sebelum peserta melonjak

adalah secara melengkung. Peserta melepasi

palang dengan membelakangi palang.

Page 5: LOMPATAN - esemen gerko

Peraturan Asas Lompat Tinggi:

Peserta mestilah melonjak dengan sebelah kaki.

Peserta boleh mula melompat di mana-mana ketinggian permulaan yang

disukainya.

Sesuatu lompatan akan dikira batal jika peserta menyentuh palang dan tidak

melompat, menjatuhkan palang semasa membuat lompatan atau menyentuh

kawasan mendarat apabila tidak berjaya lompat.

Peserta yang gagal melompat melintasi palang sebanyak 3 kali berturut-turut

(tanpa diambil kira di aras mana kegagalan itu berlaku) akan terkeluar

daripada pertandingan.

Seseorang peserta berhak meneruskan lompatannya (walaupun setelah

semua peserta lain gagal) sehingga dia tidak mampu meneruskannya lagi

mengikut peraturan.

Ketinggian lompatan diukur secara menegak dari aras tanah hingga ke

bahagian tengah atas palang.

RUJUKAN:

http://www.slideshare.net/gtabbas/lompat-tinggi

Page 6: LOMPATAN - esemen gerko

http://maswafi.blogspot.com/2008/03/pengenalan-pat-ke-navigasi-gelintar.html

http://www.sarjanaku.com/2011/09/lompat-jauh-pengertian-teknik-faktor.html

REFLEKSI:

NAMA : SUHAILI BINTI ZULKIFLI

KULIAH : PISMP 6.02

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinanNya saya dapat

menyiapkan tugasan projek ini. Pelbagai pengalaman dan ilmu yang baru sepanjang

saya menyiapkan projek ini.

Saya dan kawan-kawan yang lain mengalami masalah membuat rancangan

pengajaran harian. Kami tidak tahu untuk mengisi beberapa komponen dalam

rancangan pengajaran tersebut. Oleh itu kami mengambil keputusan untuk bertanya

kepada sahabat dari kos pendidikan jasmani. Kami meminta tolong dua orang sahabat

Page 7: LOMPATAN - esemen gerko

daripada kos pendidikan jasmani untuk membantu kami dalam menyiapkan laporan.

Alhamdulillah kami berjaya menyiapkannya walaupun agak sukar.

Selain itu semasa melakuka amali rancangan pengajaran harian saya mendapati

saya dan ahli kumpulan yang lain agak kekok untuk mengajar pendidikan jasmani. Kami

diminta mengajar latihan lari jarak jauh. Aktiviti yang kami jalankan adalah hasil

perbincangan kami dengan dua orang pelajar dari kelas pendidikan islam. Saya juga

dapat belajar untuk mengajar pendidikan jasmani. Saya dapat mengaplikasi beberapa

langkah yang dibuat oleh sahabat daripada kumpulan lain untuk tajuk dalam pendidikan

islam. Pergerakan dalam pendidikan jasmani akan mengurangkan rasa mengantuk

murid di dalam kelas.

Di samping itu, saya mulai sedar tentang kepentingan pengetahuan bagi subjek

pendidikan jasmani. Aktiviti yang menarik dapat saya gunakan semasa mengajar

pendidikan islam. Sebagai bakal ustazah saya juga pelu tahu kerana di sekolah nanti

tidak semestinya saya akan mengajar pendidikan islam semata-mata. Saya perlu

bersedia dalam pelbagai ilmu pengetahuan. Di sekolah nanti pelbagai kemungkinan

boleh berlaku. Saya perlu bersiap sedia dari segi mental dan fizikal.

Selain itu semasa menjayakan Kejohanan Olahraga Tahunan tahun 2012

saya mendapat banyak pengalaman. Semasa sukantara telah diadakan pada 24 dan

25 April sebelum kejohan diadakan. Saya ditugaskan untuk menjadi hakim acara

lompat tinggi akhir lelaki dan perempuan. Saya mengangkat bendera putih jika sah dan

bendera merah jika batal. Banyak perkara yang saya belajar semasa menjadi hakim

acara lompat tinggi ini misalnya memberi tumpuan setiap lompatan pelatih guru. Jika

saya terlepas pandang saya sendiri tidak tahu lompatan tersebut sah atau batal. Saya

berasa berdebar-debar dan malu apabila tiba acara peserta lelaki. Saya perlu berdiri di

hadapan mereka semua dan mengangkat bendera. Peristiwa ini adalah pertama kali

yang berlaku ini seumur hidup saya. Walaupun malu saya cuba bertenang walaupun

dalam hati ini hanya Allah yang tahu. Peristiwa ini mengajar saya untuk menjadi lebih

yakin dan tidak menggelabah apabila berhadapan dengan orang ramai terutama kaum

adam.

Page 8: LOMPATAN - esemen gerko

Sesungguhnya pengalaman sepanjang belajar subjek kejohanan olahraga

ini tidak dibeli. Pengalaman yang dirasai mematangkan diri dan memberi peluang

kepada diri untuk pergi lebih jauh. Semoga apa yang dipelajari diamalkan agar ilmu

yang dipelajari tidak luput dari ingatan yang lemah ini.


Top Related