Transcript
  • LOMPAT TINGGI

    DI SEDIAKAN OLEH:JESSYCA ANAK UNGATMOHD. TAUFIQ BIN AMINESTHER ROBERT

  • Sejarah Lompat TinggiAcara lompatan mula menjadi sebahagian daripada acara olahraga yang penting apabila olahraga telah menjadi lebih formal pada abad-19 dan abad ke-20. Dalam abad ke-19, atlit lompat tinggi mula melompat dan mendarat di atas tanah berumput.Oleh demikian, untuk menjaga keselamatan pelompat, maka teknik lompat tinggi gaya gunting digunakan.Untuk tingkatkan lagi kualiti keselamatan, pasir dilonggokkan di tempat mendarat untuk mengurangkan impak pendaratan.

  • Pada masa yang sama, gaya gunting cara membelakang digunakan tetapi cara ini banyak mencederakan para atlit. Sebelum tahun 1940-an, Gaya Timur adalah popular walaupun teknik ini lebih sukar dilakukan. Dalam tahun-tahun 1940-an gaya guling mula diminati. Pada tahun 50-an, Gaya Guling Barat merupakan gaya pertama yang dipopularkan dan ia digunakan ramai atlit sehingga pertengahan taun 1950-an. Walau bagaimanapun, Gaya Pelana mula menjadi dominan sehingga sukan Olimpik 1968 di Mexico. Pada sukan Olimpik 1968 itu Dick Fosbury telah menggunakan gaya baru iaitu Fosbury Flop untuk membuat lompatan .

  • Aspek Keselamatan 1. Pemanasan badan (warming-up)Pelajar perlu memanaskan badan terlebih dahulu untuk mengelakkan kecederaan. 2. Tempat pendaratan Pastikan tempat pendaratan atau tilam yang digunakan untuk mendarat selamat. 3. Keadaan tiang Tiang hendaklah diletakkan di tempat yang rata agar tidak bergoyang atau mudah jatuh. 4. Keadaan palangPalang mestilah diletakkan di belakang tiang mengadap tempat pendaratan supaya ia jatuh ke bawah bila disentuh dan tidak menyekat peserta ketika melompat.

  • Peralatan yang digunakan

    1.Tiang Lompat Tinggi.Dua batang tiang Tiang-tiang ini tidak boleh diubah-ubah semasa pertandingan sedang dijalankan. Jika perlu diubah kedudukan, hendaklah dilakukan selepas tamat satu pusingan yang melibatkan semua peserta. Kedua-dua tiang ini mempunyai alat bantuan khusus bagi membolehkan tiang ditegakkan tanpa mudah dijatuhkan.Tiang Lompat Tinggi ini hendaklah dijarakkan pada jarak minimum 4 meter atau maksimum 4.04 meter dari bahagian dalam

  • 2. Palang Lompat Tinggi.Palang lompat tinggi diperbuat sama ada daripada kayu, logam ataupun bahan yang sesuai dengan berbentuk bulat atau segitiga.Panjang palang hendaklah sesuai dengan jarak kedua-dua tiang yang dipasangkan. Palang ini akan diletakkan pada tiang menerusi alat sokongan khas. Sokongan ini hendaklah mudah dinaikkan atau diturunkan pada tiang.Panjang palang lompat tinggi ini hendaklah sesuai dengan jarak kedua-dua tiang yang dipasangkan. Berat maksimum palang ini ialah 2 kg. Palang ini diletakkan pada tiang menerusi alat sokongan khas. Alat sokongan ini hendaklah berbentuk segi empat rata dan berukuran 4 cm lebar dan 6 cm panjang.

  • 3. Kawasan MendaratDahulu, kawasan pendaratan hanya terdiri daripada satu kawasan khas yang diisikan dengan pasir lembut yang lembap. Kini, kawasan mendarat bagi acara lompat tinggi ini digunakan tilam atau pengalas lembut bergetah dan hendaklah berbentuk segiempat.Tilam atau pengalas lembut ini hendaklah ditempatkan betul-betul selepas kedua-dua tiang lompat tinggi.Tilam berspring atau bergetah boleh digunakan asalkan sesuai untuk pendaratan peserta.Kawasan mendarat dalam acara lompat tinggi ini adalah tilam atau pengalas lembut bergetah dan berbentuk segiempat dengan saiz 5 meter panjang dan 4 meter lebar dan 1 meter tebal

  • 4. Pita PengukurPita pengukur adalah untuk mengukur ketinggian lompatan yang berjaya dilakukan oleh setiap peserta. Ukuran hanya dibuat sekali sebelum lompatan dimulakan selepas palang dinaikkan. Kini, dalam acara lompat tinggi alat pengukur elektronik digunakan bagi menjadikan proses pengukuran dapat dilakukan dengan cepat dan tepatPita pengukur adalah untuk mengukur ketinggian lompatan yang berjaya dilakukan oleh setiap peserta. Ukuran hanya dibuat sekali sebelum lompatan dimulakan selepas palang dinaikkan. Kini, dalam acara lompat tinggi alat pengukur elektronik digunakan bagi menjadikan proses pengukuran dapat dilakukan dengan cepat dan tepat.

  • Fasa Lompat TinggiTerdiri daripada empat (4) fasa:Perujuan- larian menghala palangLonjakan- tindakan kaki untuk menaikkan badanLayangan- gaya dan kedudukan badan ketika berada di udara dan diatas palangPendaratan- sentuhan badan dan bahagiannya dgn tempat mendarat

  • 5 Gaya Lompat TinggiGaya guntingGaya timurGaya guling baratGaya pelana Gaya fosbury flop

  • Gaya GuntingPelompat menuju ke palang secara bersudut dan melonjok dgn kaki yang berada di luar dari palang. Semasa melepasi palang,pelompat berada dalam keadaan duduk berlunjur.

  • Fasa Gaya Gunting Penujuan1. Pelompat menuju ke palang secara bersudut kira-kira 30 darjah.2. Pelompat menggunakan 7-9 langkah.3. Pelompat yang melonjak dengan kaki kanan akan berlari dari sebelah kiri, memulakan larian dengan kaki kanan.4. Pelompat yang melonjak dengan kaki kiri akan berlari dari sebelah kanan, memulakan larian dengan kaki kiri.

  • Lonjakan1. Pelonjak melonjak dengan kaki luar.2. Semasa melonjak, kaki melonjak di depan pinggul dan pinggul di hadapan bahu untuk mencondongkan badan semasa membuat lonjakan.

  • Layangan1. Kaki bebas dihayun kuat ke atas, selari dengan palang.2. Bahu berhampiran palang dikekal tinggi dan tidak condong ke arah palang.3. Kaki lonjak dihayun ke atas.

  • Pendaratan1. Pelompat melompat di atas punggung atau dengan dua belah kaki

  • Gaya TimurPelompat menuju ke palang secara lurus dari hadapan(90*).Semasa melonjak kaki bebas dihayun secara tegak ke hadapan badannya dan pelompat melepasi palang secara mengiring

  • Gaya Guling BaratPenujuan ke palang adalah secara bersudut seperti dalam gaya gunting.Pelompat melonjak dengan kaki yang lebih dekat dengan palang.kaki lonjakan berada dalam keadaan bengkok semasa pelompat berguling selari dengan palang untuk membuat pelepasan

  • Gaya PelanaGaya ini hampir sama dengan gaya guling barat.Pelompat menuju ke palang secara bersudut.Ketika melepasi palang, muka pelompat memandang ke bawah dan keadaan badannya seolah-olah meniarap di atas palang

  • Fasa Gaya Pelana Penujuan: Biasanya pelompat akan berlari sebanyak tujuh hingga sembilan langkah menuju ke palang 30 45 darjah. Tiga langkah terakhir dibuat secara pantas dan terkawal. Badan pelompat dicondongkan sedikit ke belakang dan kaki lonjak dibengkokkan sebagai persediaan untuk melompat pada langkah yang terakhir.

  • Lonjakan: sebaik sahaja kaki lonjak mencecah tandaan melonjak,Pelompat hendaklah menolak dengan kuat. Tindakan melonjak ini bermula dengan bahagian tumit dan disusuli dengan bahagian hujung kaki. Serentak dengan tolakan ini, kaki bebas dihayun dengan kencang ke atas aras palang. Fasa lonjakan ini juga dibantu dengan menghayunkan kedua-dua belah tangan ke atas.

  • Layangan: Setelah membuat lonjakan,badan dan kaki pelompat bebas berada didalam keadaan selari dengan palang. Ketika ini, badan dan kaki bebas pelompat berpusing seolah-olah hendak membalut palang. Bahu dan kepala pelompat direndahkan sebaik sahaja pelompat melepasi palang. Ini adalah untuk membantu pelompat membuat persediaan untuk mendarat. Kaki lonjak mestilah menyusuli pergerakan badan tanpa diluruskan.

  • Pendaratan: Ketika pendaratan,pelompat memusingkan badannya dan mendarat di atas bahagian belikat atau belakang badan.

  • Sudut Penujuan bagi gaya pelana(peserta melonjak dengan kaki kiri)

  • Gaya Fosbury FlopPenujuan ke palang sebelum pelompat melonjak adalah secara melengkung.Pelompat melepasi palang dengan membelakangi palang

  • Fasa fosbury Penujuan1. Larian dilakukan dengan cepat dan beritma.2. Guna larian 5-9 langkah dengan tiga langkah terakhir secara melengkung.3. Pelompat yang melonjak dengan kaki kanan akan berlari dari sebelah kiri, memulakan larian dengan kaki kanan.4. Pelompat yang melonjak dengan kaki kiri akan berlari dari sebelah kanan, memulakan larian dengan kaki kiri.

  • Lonjakan1. Pelonjak melonjak dengan cepat dan kuat menggunakan kaki luar palang.2. Kaki di hadapan badan.3. Badan ditegakkan atau condong sedikit ke belakang.4. Kaki bebas diangkat tinggi dengan lutut dibengkokkan.5. Tangan yang dibengkokkan juga dihayun ke atas.6. Lutut digerak melintang badan untuk membantu pusingan badan.

  • Layangan1. Di udara pelompat memandang palang sambil melentikkan badan.2. Kedua-dua belah tangan di sisi badan.3. Kedua-dua lutut dibengkokkan. 4. Setelah badan melepasi palang, luruskan kedua belah kaki dan gerakkan ke atas sambil mengangkat

  • Pendaratan1. Pelompat mendarat di atas bahagian belakang badannya.

  • LATIHAN ANSUR MAJU LOMPAT TINGGI GAYA FOSBURY FLOP

    Latihan 1Berlari anak atau pantas beberapa langkah ke hadapan dan kemudian melengkok beberapa langkah ke kiri ( jika melonjak dengan kaki kiri ).Sekiranya pelompat melonjak dengan kaki kanan , dia haruslah melengkok ke kanan.Latihan ini bertujuan untuk melatih para pelajar supaya dapat berlari lurus dan melengkok.

  • Latihan 2

    Seperti dalam Latihan 1 , apabila pelompat melangkah tandaan di bahagian melengkung, dia mestinya melonjak dengan serta-merta ke atas.Kemudian kedua-dua belah tangannya dihayunkan ke atas ( siku dibengkokkan ) dan badan dipusingkan di udara dengan lutut kaki bebas menyilang badan. Pelompat mendarat di atas kaki lonjak sambil menghadap tempat permulaan.

  • Latihan 3

    Seperti dalam latihan 2, pelompat melonjak ke atas dan melentikkan badan. Sebelah tangan dihulur ke belakang untuk menyentuh palang yang tergantung.

  • Latihan 4

    Pelompat berdiri membelakangkan tali atau palang yang direntangkan. Pelompat melonjak dengan kedua-dua belah kaki ke belakang sambil melentikkan badan dan melepasi tali. Pelompat mendarat di atas bahagian bahu atau belakang badan.Latihan ini bertujuan untuk melentikkan badan, melepasi halangan dan mendarat.

  • Latihan 5

    Pelompat berlari lima hingga tujuh langkah dan terus melompat dengan gaya Fosbury Flop Latihan ini merupakan latihan berlari pantas dan menentukan tempat yang sesuai melonjak.

  • Ansur majuTerdapat dua iaitu:1.Aktiviti mendorong 2.Latihan Lompatan

  • 1.Aktiviti mendoronga. Berjalan dengan lutut tinggib. Berlari dengan lutut tinggic. Berlari dalam bulatand. Berlari mengikut laluan angka lapan.e. Melonjakf. Melonjak untuk menyentuh bola yang tergantung.

  • 2.Latihan Lompatana. Memulakan lompatan dengan gaya gunting.b. Melompat gaya gunting dan mendarat bentuk L, kaki selari dengan palang.c. Melompat gaya gunting dan mendarat bentuk L serta kaki bersudut 45 darjah.d. Melompat gaya gunting dan mendarat 90 darjah dengan kaki menghala ke arah palang.

  • e. Berdiri membelakangkan tempat mendarat, melompat secara dirian dan mendarat.f. Ulang (e) dengan berdiri di atas kerusi panjang atau peti lombol satu tingkat.g. Ulang (f) dengan papan anjal.h. Menentukan titik semak.i. Membuat lompatan dengan mengambil langkah 7-9 langkah.

  • PERATURAN ASAS ACARA LOMPAT TINGGIPeserta mestilah melonjak dengan sebelah kakiPeserta boleh mula melompat di mana-mana ketinggian permulaan yang disukainyaSesuatu lompatan akan dikira batal jika peserta menyentuh palang dan tidak melompat,menjatuhkan palang semasa membuat palang lompatan atau menyentuh kawasan mendarat apabila tidak berjaya melompat

  • Peserta yang gagal melompat melintasi palang sebanyak 3 kali berturut-turut(tanpa diambil kira di aras mana kegagalan itu berlaku)akan terkeluar daripada pertandinganSeseorang peserta berhak meneruskan lompatannya(walaupun setelah semua peserta lain gagal)sehingga dia tidak dapat meneruskannya lagi mengikut peraturanKetinggian lompatan diukur secara menegak dari aras tanah hingga ke bahagian tengah atas palang

  • Kaedah LatihanLatihan pliometriks- sebelah kaki-dua belah kakiLari naik dan turun tanggaLompat melepasi deretan pagar rendah (lonjakan dua belah kaki)Lari selekoh-memberi perhatian kepada condongan badan dan langkah larianLari skip tegak dengan menggerakkan kedua dua belah tangan serentak ke atas

    *************************************************


Top Related