4 OBQ2 SASTERA
Oleh Hafizah Iszahanid [email protected]
llrlalU banyak mitos dan
salah faham menyelubungi Adat Perpatih hingga menenggelamkan fakta sebenar
mengenai adat yang diamalkan di Negeri Sembilan itu.
Kegusaran paling tinggi ialah soal harta sehingga ramai yang membuat tanggapan bahawa berkahwin dengan keluarga sebelah perempuan dari Negeri Sembilan ertinya menyerahkan semua harta secara bulat-bulat.
Pengarang dan bekas peguam kelahiran Negeri Sembilan, Nisah Haron, berkata cerita negatif itu kemudiannya ditokok tambah misalnya, jika berlaku perceraian, harta itu automatik menjadi milik perempuan dan keluarganya.
Keadaan begini, tegasnya, bukan hanya menyaksikan Adat Perpatih setakat diancam, malah
. dikecam oleh masyarakat dari luar negeri berkenaan.
Nisah berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja Adat Perpatih dalam Cerpen dan Novel: Sebuah Pengalaman Kreatif pada Sidang Sehari Adat Perpatih 2015 bertema Memelihara dan Memulihara Adat Demi Bangsa
+ di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Sembi-
» Sidon.g sehOrl perjelOS
kekellruOn, huroi 0 to'
.. harta. "Ada juga yang
mempercayai Adat Perpatih menyalahi syarak kerana
Ian (JKKNNS), Seremban, barubaruini.
sebenor ikut kaedah fiqah
harta pusaka haruslah dilebihkan kepada waris
lelaki berbanding waris perempuan dengan nisbah 2:1," katanya.
Sidang sehari itu dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Sembilan dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Yayasan Warisan Negara, Lentbaga Muzium Negeri Sembilan dan Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN).
Bukan utamakan wanita Nisah berkata, salah faham yang lain termasuklah, Adat Perpatih mengutamakan kaum wanita sehingga saudara lelaki merempat kerana tidak layak
Salah faham yang lain termasuklah lelaki Negeri Sembilan dayus kerana membenarkan hal itu berlaku, manakala wanita negeri itu bersifat 'queen control' kerana berkuasa dalam kawasan harta pusakanya hingga boleh berbuat apa saja terhadap harta itu.
Semua salah faham itu, kata Nisah, dijawab menerusi karya kreatif yang beliau hasilkan sepan-
jangpembabitannya dalam dunia penulisan.
Hasilkan cerpen, perbetul kesalahan "Banyak daripada cerpen yang dihasilkan bernuansa undangundangdengansebaha~annya bercerita tentang Adat Perpatih itu sendiri.
"Semua usaha itu dibuat dengan sedar berdasarkan kedudukansayasebagaibekaspeguam dan berada dalam kelompok masyarakat Adat Perpatih," katanya.
Kata Nisah, satu konsep yang diamalkan di wilayah Adat Perpatih ialah rundingan dan muafakat.
"Salah faham yang timbul dalam kalangan orang awam tentang tanah adat hatta sesetengah sarjana juga tidak memahami,
bahawa tanah pusaka adat berbeza dengan tanah pus aka biasa.
"Hanya tanah pus aka adat dimiliki oleh suku
yang diwakili oleh waris wanita," katanya.
Turut berkongsi dengan khalayak mengenai Adat Perpatih dan tinggalan kesusasteraannya ialah Pengarah Institut Peradaban Melayu (IPM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung
Malim, Perak, Prof Madya Datuk Dr
,.,. /
Semua usaha itu dibuat dengan sedor berdasarkan kedudukan soya sebagai bekas peguam dan berada do/am ke/ompok masyarakat Adat Perpatih"
N;sah Haran, Pengarang dan bekas peguam kelahiran Negeri Sembilan
Mohd Rosli Saludin menerusi kertas kerjanya, Teromba Sebagai RajaPuisi. •
Teromba dalam aktiviti masyarakat Tegas Rosli, teromba menjadi antara aspek yang membezakan adat Perpatih dengan adat Melayu yang lain. Dalam masyarakat Adat Perpatih, teromba diguna pakai sebelum
® ISNIN 13 MAC 2015
menjalankan sebarang aktiviti kemasyarakatan baik sosial, politik mahupun ekonomi termasuklah pentadbiran negeri, suku, perundangan, kehakimari dan
acara istiadat. Dalam permuafakatan ini,
pernyataan, penerangan dan penghujahan dilafazkan, dibuktikan serta disokong oleh teromba.
"Teromba seperti adat lazimnya tidak bertulis. Ia bersifat lisan dan diperturunkan daripada satu keturunan kepada satu ketururian yang lain atau satu generasi ke satu generasi.
"Jadi, dalam teromba daya ingatanlah yang memainkan peranan penting," katanya.
Tambah beliau, walaupun kebanyakan teromba tidak bertulis, ada juga berjayadidokumentasikan seperti Kumpulan Hukum Adat dari Sungai Ujong, KumpuIan Undang-Undang Minangkabau, Perak dan Kuala Pilah.
"T,ema dan isi teromba banyak memberikan gambaran tentang pegangan'atau tingkah laku serta peraturan yang mesti dipatuhi, nilai bermasyarakat atau hidup bersatu-padu, di samping memberi bayangan tentang kepercayaan, nilai dan pegangan serta pandangan hidup atau pandangan alam masyarakatnya.
"Semua aspek masyarakat Adat Perpatih baik sejarah termasuk mitos dan legenda, sosial, ekonomi, politik, kepercayaan, undangundang ataupun perlembagaan negeri terakam dalam teromba," katanya.