Download - LIRIK LAGU BONGKAH.docx
LIRIK LAGU BONGKAH
Kamilah bongkah pelbagai rupa Ada yang bulat permukaan rataKubus, kuboid, Sfera, kon, piramid, silinderBersisi tegak melengkung pun ada.
Bersisi empat sama kubus namanyaBerbucu lapan dua belas sisinyaEnam permukaan yang sama rataBuahlah dadu itulah contohnya.
Kuboidlah pula segiempat tepatIbarat kotak tiada bezanyaBersifat sama kubus bersaudaraCuma panjang sisi saja yang berbeza
Beralih pula kepada sferaTidak bersisi tiada bucunyaSatu permukaan itulah sahajaSeperti bola bumilah contohnya
Piramid pula dua bentuknyaTapak segiempat tepat dan juga samaBerlima bucu juga permukaanKedua-duanya bersisi lapan
Tin minuman boleh diibaratkanDua sisinya tiga permukaanSilinder pula mengambil giliranTidak berbucu dan bersempadan
Bongkah terakhir kon dikenaliMerata tempat aiskrim diisiSatulah bucu dan satulah sisiDua permukaan boleh didapati