Transcript
Page 1: Latihtubi Prosa Klasik

CSL2012 Latihtubi Prosa Klasik

1

MODUL KECEMERLANGAN BAHASA MELAYU SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

2012

LATIHTUBI BAHASA MELAYU KERTAS DUA

SOALAN 2(c) : PROSA KLASIK

(KOMPILASI SOALAN PERCUBAAN SPM KERTAS DUA TAHUN 2011)

SAZALI BIN IBRAHIM PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

SMK LALOH, KUALA KRAI KELANTAN

http://cikgusazali.blogspot.com

“ULI SAPA LET IT”

Page 2: Latihtubi Prosa Klasik

CSL2012 Latihtubi Prosa Klasik

2

LATIHAN 1 : SEKOLAH BERASRAMA PENUH

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Alkisah, maka tersebutlah perkataan Raja Kedah berkelahi dengan saudaranya di dalam negeri Kedah. Kemudian saudaranya yang tua Raja Kedah itu berkirim surat pula menyilakan Opu Daeng yang berlima bersaudara, silakan ke Kedah.

Maka tiada berapa antara maka muafakatlah Opu Daeng yang berlima bersaudara itu. Maka bersiaplah masing-masing dengan kelengkapannya serta dengan kenaikannya sebuah seorang.

Maka sampai waktu ketika yang baik, maka dilangkahkan dengan langkah rijalul ghaib. Maka belayarlah ke negeri Kedah. Serta sampai dipanggil oleh Yang Amtuan Raja Kedah masuk ke dalam kota. Maka berjumpalah dengan Yang Amtuan Kedah. Maka berjamu-jamulah santap nasi. Telah sudah santap air panas, maka Raja Kedah pun berkhabarlah, “Minta tolong perang, kerana saya berkelahi dengan saudara saya sebab berebutkan kerajaan.”

Khabar Raja Kedah, “Jikalau menang saya perang, saya berilah Opu Daeng yang berlima bersaudara, saya berilah seorang lima belas bahara.”

Kemudian dijawab oleh Opu Daeng, “Khabar Raja Kedah itu, saya minta cap tandatangan, dan mana-mana sekalian orang dagang yang datang dari Timur ada di dalam negeri Kedah ini dan seperti Bugis dan Mengkasar dan Mandura semuanya itu diserahkan kepada saya perintahnya.”

(Dipetik daripada

“Hikayat Opu Daeng Menambun” dalam antologi Dirgahayu Bahasaku,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Mengapakah Opu Daeng dan saudara-saudaranya diutus supaya datang ke Kedah oleh Raja Kedah? [2 markah]

(ii) Nyatakan perjanjian yang dibuat oleh kedua-dua belah pihak sekiranya Raja Kedah berjaya mencapai hasratnya untuk memerintah negeri Kedah. [3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah kepentingan sesuatu perjanjian. Berikan tiga sebab. [3 markah]

Page 3: Latihtubi Prosa Klasik

CSL2012 Latihtubi Prosa Klasik

3

SKEMA SEKOLAH BERASRAMA PENUH (i) Opu Daeng dan saudara-saudaranya diutus supaya datang ke Kedah oleh Raja Kedah: - supaya dapat membantu Raja Kedah menjauhkan/mengalahkan saudara - supaya Raja Kedah dapat memerintah negeri Kedah (ii) Perjanjian :

- Janji Raja Kedah : memberikan Opu Daeng dan saudara-saudaranya lima belas bahara setiap seorang sekiranya berjaya dalam perebutan kuasa tersebut.

- Janji Opu Daeng : meminta pengesahannya/persetujuannya orang dagang dari Timur seperti orang Bugis, Mengkasar dan Madura di bawah pemerintahannya.

(iii) Kepentingan:

- Supaya kedua-dua belah pihak maklum tentang janji yang telah dibuat - Memperoleh ganjaran/pulangan sebagaimana yang ditetapkan - Tidak mendatangkan perasaan tidak puas hati pada kemudian hari - Untuk mengelakkan penipuan/penindasan/penyalahgunaan kuasa

Page 4: Latihtubi Prosa Klasik

CSL2012 Latihtubi Prosa Klasik

4

LATIHAN 2 : MRSM

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka Tuan Bujang bermohonlah kepada Sultan Palembang hendak mudik. Maka dilepaskan baginda Sultan Palembang dengan kasih sayangnya, dibekalkan dengan pakaian keemasan dan keris kebesaran. Maka Tuan Bujang mudik ke Rawas. Maka Tuan Bujang berbini dengan anak Dipati Batu Kucing. Dan tiada berapa lamanya Tuan Bujang duduk di Rawas itu, maka beranak seorang laki-laki, dinamakan Raja Alam.

Maka Tuan Bujang pergi ke Jambi, mendapatkan Sultan Maharaja di Batu, bersama-sama akan sultan berkelahi, berebut kebesaran dengan sultan di Kedah. Maka berperanglah. Tuan Bujang masuk perang, lalu luka paha, kena peluru setinggar, paha kiri. Sultan Maharaja di Batu menang perangnya.

Maka Tuan Bujang pun naik ke Minangkabau, lalu ke Pagaruyung. Maka Tuan Bujang menghadap baginda. Maka terkejut ia melihat Tuan Bujang, lalu baginda bertitah, "Mengapa engkau lama di lahut?" Maka sembah Tuan Bujang, "Patik menengok cupak gantang orang." Maka baginda pun tersenyum, "Akan sekarang ini, apakah kehendak engkau?" Sembah Tuan Bujang, "Lebih-lebih maklum duli tuanku sahaja, mana titah." Maka kata Puteri Jilan, "Kutahu kehendak engkau. Baiklah engkau turun ke lahut, ke Siak. Ambil olehmu Negeri Johor. Tuntut kematian ayahandamu."

(Dipetik daripada 'Hikayat Siak'

dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah maksud rangkai kata berebut kebesaran? [2 markah] (ii) Nyatakan peristiwa yang berlaku sebelum Tuan Bujang mudik ke Rawas.

[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, wajarkah Tuan Bujang menuntut bela atas kematian ayahandanya? [3 markah]

Page 5: Latihtubi Prosa Klasik

CSL2012 Latihtubi Prosa Klasik

5

SKEMA MRSM (i) Maksud rangkai kata berebut kebesaran ...

- berperang/bertarung untuk mendapatkan/ merampas kuasa/tampuk pemerintahan

(ii) Peristiwa yang berlaku sebelum Tuan Bujang mudik ke Rawas ...

- Tuan Bujang memohon kebenaran/izin Sultan Palembang untuk belayar/mudik

- Sultan memberi keizinan/ melepaskan Tuan Bujang (dengan kasih sayang) - Tuan Bujang dianugerahkan pakaian keemasan - Tuan Bujang dianugerahkan keris kebesaran

(iii) Pendapat (Wajar)

- Ayahandanya mati dibunuh - Mendapatkan negeri Johor kembali/mendapatkan hak - Mengangkat martabat Tuan Bujang sebagai pemerintah Johor sebenar - merapatkan/menyatukan hubungan keluarga (Tidak wajar) - Mengakibatkan pertumpahan darah - Mengganggu ketenteraman negeri Johor - Membangkitkan pertelingkahan lama semula - Menjatuhkan imej Tuan Bujang/institusi diraja

Page 6: Latihtubi Prosa Klasik

CSL2012 Latihtubi Prosa Klasik

6

LATIHAN 3 : MELAKA Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Merah Silu pun bermohon kepada Megat Iskandar, lalu dia pergilah mengambil segala hartanya, askar dan kesemua kerbaunya. Lalu dibawa ke Buluh Telang itu. Merah Silu tinggallah di situ.

Merah Silu sangat gemar menyabung ayam. Ramai juara sabung ayam datang bermain menyabung dengan Merah Silu. Orang yang kalah dibayar taruhannya. Berita itu tersebar kepada kampung lain dan ramailah orang datang bermain sabung ayam di Buluh Telang. Apabila mereka kembali. Merah Silu memberi mereka seorang seekor kerbau. Orang yang datang melihat permainan sabung ayam itu juga diberi seekor kerbau.

Megat Iskandar dan Megat Kedah keduanya ialah kakanda kepada Sultan Maliku'I-Nasar di Rimba

Jerun. Segala rakyat serta kedua raja itu kasih akan Merah Silu. Megat Iskandar menyuruh segala rakyat membawa beras seorang sekampit. Pada suatu hari, Megat Iskandar bemuafakat dengan orang besar-besar, orang tua-tua dan segala rakyat dalam negeri itu. Kata Megat Iskandar. "Hai segala tuan-tuan, apa fikiran kita akan Merah Silu ini? Pada bicara hamba baiklah kita jadikan dia raja kerana ia pun sedia raja, lagi ia hartawan. Dapat kita menumpang bersuka kepadanya."

(Dipetik daripada ‘Merah Silu'

dalam antologi Harga Remaja. Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud rangkai kata ia pun sedia raja berdasarkan petikan.

[2 markah]

(ii) Berdasarkan petikan di atas, apakah kelebihan-kelebihan bersabung ayam dengan Merah Silu? [3 markah]

(iii) Sekiranya anda Merah Silu. bagaimanakah caranya anda memanfaatkan harta yang banyak itu? [3 markah]

Page 7: Latihtubi Prosa Klasik

CSL2012 Latihtubi Prosa Klasik

7

SKEMA MELAKA (i) Maksud: - Merah Silu berdarah/berketurunan raja (ii) Kelebihan: - Orang yang kalah dibayar taruhannya

- Merah Silu memberi orang yang bersabung dengannya seekor kerbau seorang. - Orang yang datang melihat permainan sabung ayam itu juga diberi seekor kerbau.

(iii) Cara: - membantu rakyat yang susah - menternak kerbau secara komersial - mengadakan pertandingan sabung ayam di setiap daerah dengan hadiah yang lumayan - mewakafkan harta untuk kepentingan awam

Page 8: Latihtubi Prosa Klasik

CSL2012 Latihtubi Prosa Klasik

8

LATIHAN 4 : JOHOR Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Apabila jurumudi dan Mualim sudah sedia di depan Tuanku Nakhoda Tua, rnasuklah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dengan geramnya, "Ya, ayahanda, tua orang tua, berakal; makin tua rnakin berminyak, tetapi tua ayahanda tua cendawan makin tua makin busuk!"

Tuanku Nakhoda menjadi tersentak, "Hal anakku yang tidak tahu dek untung, mengapakah kau berkelakuan demikian ini di depan orang tua?'

"Kerana mata ayahanda sudah kabur dan telinga ayahanda sudah pekak, sebab itulah anakanda berkata demikian. Cubalah ayahanda lihat siapakah di dalam petak jubung yang dilingkari tali sauh itu?·

Tuanku Nakhoda Tua segera menjengah ke petak jubung. Dilihatnya ada seorang muda yang sangat tampan dengan wajahnya berseri-seri bagai pumama empat belas hari bulan. Baginda tertegun kaum lalu kembaii bertanya kepada puterinya. "Hai anakanda, siapakah pemuda yang di dalam jubung itu?"

"Dialah budak hitam yang meminta tolong bayarkan hutangnya kepada ayahanda dulu, tetapi telah ayahanda nyahkan dia."

"Siapa namanya?" "ltulah Awang Sulung Merah Muda, anak Tuanku Si Helang Laut, cucu kepada Tuanku Si Helang

Mawai. Dialah yang sebenarnya bertanggungjawab memeliharakan geliung dan isinya selamanya ini. Sekarang marilah ayahanda lihat isi geliung kita ini, telah penuhlah dengan wang dinar emas pemberian bajak laut."

(Dipetik daripada 'Pelayaran yang Penuh Peristiwa'

dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud bertanggungjawab memeliharakan geliung.

[2 markah]

(ii) Siapakah Awang Sulung Merah Muda? [3 markah]

(iii) Pada pandangan anda, apakah yang harus dilakukan oleh warga tua untuk menjadikan hidupnya lebih bermakna?

[3 markah]

Page 9: Latihtubi Prosa Klasik

CSL2012 Latihtubi Prosa Klasik

9

SKEMA JOHOR (i) Maksud: - bertugas/berperanan menjaga/mengawasi kapal (ii) Awang Sulung Merah Muda ialah: - seorang yang tampan/wajahnya berseri-seri bagai purnama empat belas haribulan - budak hitam yang meminta tolong bayarkan hutangnya kepada Tuanku Nakhoda Tua - orang yang dihalau oleh Tuanku Nakhoda Tua - anak Tuanku Si Helang Laut - cucu Tuanku Si Helang Mawai - orang yang bertanggungjawab memeliharakan geliung dan isinya (iii) Pandangan: - membaca buku/kitab agama - memperbanyak ibadat kepada Tuhan - bermain/bermanja dengan cucu/cicit - melibatkan diri dengan kerja sukarela/khidmat masyarakat - beriadah untuk menyihatkan tubuh badan

Page 10: Latihtubi Prosa Klasik

CSL2012 Latihtubi Prosa Klasik

10

LATIHAN 5 : MPSM PERLIS

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setelah penuh sarat geliung itu dengan wang dinar emas diisikan oleh lanun-lanun itu, mereka pun bermohon kembali ke bahtera masing-masing. ·

Melihatkan lanun itu telah pergi, jurumudl segera mencabut kerisnya lalu menikam seekor ayam lagi, kemudian dengan keris berdarah itu pergilah dia menghadap Tuanku Nakhoda Tua mengatakan dialah yang telah menyelamatkan geliung itu daripada dirampas oleh lanun.

Dengan tidak berfikir panjang lagi, Tuanku Nakhoda Tua percaya dengan kata-kata jurumudi yang palsu itu, lalu baginda menitahkan Mualim Cik Mas menikahkan puterinya dengan jurumudi itu. ·

Apabila jurumudi dan Mualim sudah sedia didepan Tuanku Nakhoda Tua, masuklah Tuan Puteri Dayang Sari Jawa dengan geramnya, "Ya, ayahanda, tua orang tua, berakal; makin tua makin berminyak, tetapi tua ayahanda tua cendawan makin tua makin busuk! "

Tuanku Nakhoda menjadi tersentak, "Hai anakku yang tidak tahu dek untung, mengapakah kau berkelakuan demikian ini di depan orang tua?"

"Kerana mata ayahanda sudah kabur dan telinga ayahanda sudah pekak, sebab itulah anakanda berkata demikian. Cubalah ayahanda lihat siapakah di dalam petak jubung yang dilingkari tali sauh itu? " ·

(Dipetik daripada 'Pelayaran yang Penuh Peristiwa'

dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud bermohon kembali ke bahtera. [2 markah]

(ii) Apakah tindakan jurumudi setelah lanun itu pergi? [3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, wajarkah Tuanku Nakhoda Tua menikahkan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dengan jurumudi itu?

[3 markah]

Page 11: Latihtubi Prosa Klasik

CSL2012 Latihtubi Prosa Klasik

11

SKEMA PERLIS (i) Maksud: - meminta diri/kebenaran/keizinan pulang/balik ke kapal (ii) Tindakan jurumudi: - mencabut kerisnya - menikam seekor ikan lagi - pergi menghadap Tuanku Nakhoda Tua dengan keris berdarah - menyatakan/memberitahu bahawa dia menyelamatkan geliung daripada lanun (iii) Wajar. Alasannya: - Tuan Puteri ialah puterinya/anakanda - Tuanku Nakhoda Tua merupakan walinya - menunaikan janjinya kepada jurumudi - jurumudi orang kepercayaan Tuanku Nakhoda Tua - seorang yang berani dan bertanggungjawab - pandai mengambil hati Tuanku Nakhoda tua Tidak Wajar. Alasannya: - jurumudi telah menipu/berbohong/tidak jujur - Tuanku Nakhoda Tua tiada usul periksa/tidak menyiasat - tidak bertanyakan pendapat/mengambil pandangan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa - Tuanku Nakhoda Tua tidak berbincang dahulu dengan pembesar negeri

Page 12: Latihtubi Prosa Klasik

CSL2012 Latihtubi Prosa Klasik

12

LATIHAN 6 : SABAH

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setelah sampai ke taman itu, maka Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi berseru-seru, “Adakah nenekku di rumah?” Maka sahut peri itu, “Tikar dan bantal seperti ada orang tidur.” Maka kata segala dayang-dayang itu, “Benarlah kata tuan puteri baharu pula rumah nenekku itu ada tempat ketiduran laki-laki rupanya. ”Maka kata peri itu, “Adapun tempat tidur siang hari itu tempat hamba tidur pada malam hari.” Maka ia pun tertawa serta bergurau dan bersenda. Maka tuan puteri pun berbedak dan berlangirlah. Maka ramailah bergosok-gosok. Maka barang lakunya tuan puteri itu habis dilihat oleh Raja Indera Bumaya itu. Maka baginda pun berahilah dalam hatinya. Sungguhlah seperti kata peri itu. Maka tuan puteri pun pergilah mandi keluar di dalam cindai itu serta diiringkan oleh segala dayang-dayang dan inang pengasuh sekalian.

Setelah sudah maka Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi pun turun mandi. Maka Raja Indera Bumaya pun turun berjalan di tepi kolam itu, seorang pun tiada melihat dia. Maka Raja Indera Bumaya pun berlindung pada pohon kemunting. Maka baginda pun menjadikan dirinya seekor burung bayan terlalu indah-indah rupanya. Syahadan, adapun matanya itu daripada intan dan bulunya itu daripada pusparagam dan kakinya daripada emas. Maka bayan itu pun hinggap pada pohon kemunting itu seraya berbunyilah terlalu merdunya suaranya.

(Dipetik daripada“Hikayat Langlang Buana‟ dalam antalogi Dirgahayu Bahasaku,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah maksud barang lakunya? [2 markah]

(ii) Nyatakan tiga keistimewaan burung bayan yang digambarkan dalam petikan. [3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah watak Raja Indera Bumaya digambarkan memiliki kuasa sakti? Kemukakan dua alasan anda. [3 markah]

Page 13: Latihtubi Prosa Klasik

CSL2012 Latihtubi Prosa Klasik

13

SKEMA SABAH

(i) Maksud rangkai kata barang lakunya :

- perbuatan / tingkah laku tuan puteri

(ii) Tiga keistimewaan burung bayan

- Matanya daripada intan - Bulunya daripada pusparagam - Kakinya daripada emas - Suaranya sangat merdu.

(iii) Dua alasan Raja Indera Bumaya digambarkan memiliki kuasa sakti

- Untuk menunjukkan kehebatan golongan bangsawan. - Untuk menunjukkan kehebatan ilmu yang dimiliki oleh anak raja itu. - Untuk membezakan golongan bangsawan dengan rakyat biasa. - Sudah menjadi kebiasaan watak bangsawan memiliki kuasa sakti.

Page 14: Latihtubi Prosa Klasik

CSL2012 Latihtubi Prosa Klasik

14

LATIHAN 7 : KELANTAN

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Maka lalu dihampirinya akan tasik itu. Maka dilihat olehnya Inderaputera pasirnya itu daripada emas urai dan batunya itu daripada permata yang indah-indah. Syahadan gersiknya daripada mantika dan rumput daripada kuma-kuma dan airnya seperti bau kasturi dan tepi tasik itu beberapa pohon anggur dan pohon zabib dan pohon delima dan buah-buahan yang indah-indah di tepi sungai itu. Maka Inderaputera melihat berbagai-bagai temasya. Maka Inderaputera pun berjalan di tepi tasik itu dan berbunyi suatu suara itu demikianlah bunyinya, “Hai Inderaputera, ingat-ingat tuan hamba!” Maka didengar oleh Inderaputera bunyi suara itu. Maka dilihat ke kiri dan ke kanan, seorang pun tiada manusia dilihatnya, maka ia pun berjalan juga pada tasik itu maka dilihatnya oleh Inderaputera sepohon kayu. Maka lalu diusirnya. Maka sampailah Inderaputera ke bawah pohon kayu itu. Maka dilihat oleh Inderaputera itu mayat banyak terhantar di bawah pohon kayu itu.

(Dipetik daripada “Dua Geliga Hikmat” dalam antologi Dirgahayu Bahasaku,

Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Apakah maksud rangkai kata berbagai-bagai temasya berdasarkan petikan di atas? [2 markah] (ii) Berdasarkan petikan, apakah yang dilihat oleh Inderaputera setelah baginda menghampiri tasik? [3 markah] (iii) Pada pendapat anda, nyatakan usaha-usaha untuk menjadikan tasik sebagai pusat pelancongan?

[3 markah]

Page 15: Latihtubi Prosa Klasik

CSL2012 Latihtubi Prosa Klasik

15

SKEMA KELANTAN (i) Maksud: - banyak/pelbagai pemandangan yang menarikperistiwa yang kelihatan (ii) Perkara yang dilihat ialah: - pasirnya daripada emas urai - batunya itu daripada permata yang indah-indah - gersiknya daripada mantika - rumputnya daripada kuma-kuma - airnya seperti bau kasturi

- tepi tasiknya terdapat pohon anggur, pohon zabib, pohon delima dan buah-buahan yang indah-indah.

(iii) Usaha: - menyediakan kemudahan asas seperti masjid, tandas, perhubungan - menjaga kebersihan tasik - menanam pokok-pokok hiasan - memelihara ikan-ikan/hidupan akuatik - menyediakan kemudahan beriadah

Page 16: Latihtubi Prosa Klasik

CSL2012 Latihtubi Prosa Klasik

16

LATIHAN 8 : PERAK

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Mahu tak mahu terpaksalah Tuanku Nakhoda Tua berangkat sendiri ke jubungan seraya bertitah, “Wahai anakanda, janganlah berkecil hati dengan perbuatan ayahanda, kerana ayahanda ini sudah tua; penglihatan sudah kabur, pendengaran pun sudah kurang, haram ayahanda tidak mengetahui bahawa rupa-rupanya anakandalah yang telah memelihara geliung ini seisi-isinya!” “Ampun Tuanku, titah Tuanku itu adalah benar, tetapi patik adalah menumpah teduh di dalam geliung ini saja, patik telah berhutang dan patik belum pun melunaskannya lagi.” Tuanku Nakhoda Tua memimpin tangan Awang Sulung lalu dibawanya ke depan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa, puterinya. “Anakanda Dayang, siapakah sebenarnya yang telah memeliharakan geliung ini daripada serangan Tuan Puteri Dayang Nuramah dan bajak-bajak laut tempoh hari?” “Dialah ayahanda, orang yang kita cari selama ini sejak kita meninggalkan Semarang, Tanah Jawa. Dialah yang bernama Awang Sulung Merah Muda.” Kemudian Tuanku Nakhoda Tua segera menitahkan Mualim Cik Mas membacakan khutbah nikah kerana mengahwinkan Awang Sulung Merah Muda dengan puterinya. Jurumudi yang telah melarikan diri terus memegang kemudi dengan hati yang marah bercampur malu.

(Dipetik daripada ‘Pelayaran Yang Penuh Peristiwa’

dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Nyatakan pertolongan yang telah diberikan oleh Awang Sulung kepada Tuanku Nakhoda Tua. [2 markah] (ii) Berdasarkan petikan di atas, mengapakah Tuanku Nakhoda Tua meminta Awang Sulung supaya

tidak berkecil hati terhadap baginda? [3 markah] (iii) Pada pandangan anda, selain mengahwinkan Awang Sulung dengan puterinya, apakah cara-cara

lain yang boleh dilakukan oleh Tuanku Nakhoda Tua untuk membalas jasa Awang Sulung? [3 markah]

Page 17: Latihtubi Prosa Klasik

CSL2012 Latihtubi Prosa Klasik

17

SKEMA PERAK (i) Pertolongan: - memelihara geliung dan isi-isinya - memelihara geliung daripada serangan Tuan Puteri Dayang Nuramah - memelihara geliung daripada serangan bajak-bajak laut (ii) Kerana: - baginda sudah tua - penglihatannya sudah kabur - pendengarannya sudah kurang - baginda tidak mengetahui bahawa Awang Sulung yang telah menyelamatkan mereka (iii) Cara: - mengurniakan/menaikkan pangkat kepada Awang Sulung - melantik Awang Sulung sebagai pengganti baginda - menganugerahkan gelaran - memberikan pingat - memberi sebahagian negeri jajahan untuk ditadbir oleh Awang Sulung - memberi hadiah dalam bentuk wang ringgit/emas/rumah/istana

Page 18: Latihtubi Prosa Klasik

CSL2012 Latihtubi Prosa Klasik

18

LATIHAN 9 : KEDAH

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. “Bijaksana sekali Raja Indera Bumaya itu.” Maka kata tuan puteri, “Hai nuri, di manakah Raja Indera Bumaya itu sekarang?” Maka sahut nuri, “Ya tuanku tuan puteri, adapun baginda itu hampir datang ke negeri ini.” Maka tuan puteri pun berahilah hendak melihat akan Raja Indera Bumaya itu. Maka tuan puteri itu berkata, “Hai nuri dapatkah engkau tunjukkan aku rupanya Raja Indera Bumaya itu?” Maka sahut nuri itu, “Dapatlah juga patik tunjukkan.” Maka nuri pun menyelit dada tuan puteri itu sengan sayapnya, maka kelihatanlah rupa Raja Indera Bumaya itu kepada tuan puteri itu. Syahadan, seketika itu maka nuri itu pun menjadi bunga yang sudah dikarang dengan cemerlang terlalu indah-indah rupanya. Setelah tuan puteri dan segala dayang-dayang melihat nuri itu menjadi bunga maka tuan puteri hairanlah seraya mengambil bunga itu lalu diciumnya.

Setelah maka Raja indera Bumaya pun mengembalikan dirinya yang sediakala duduk di kanan Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi. Setelah dilihat oleh tuan puteri bunga itu menjadi seorang laki-laki terlalu elok parasnya dan sikapnya terlalu pantas, maka di dalam hati tuan puteri, “Inilah rupanya yang dikatakan oleh nuri, ini juga rupanya yang menjadi bayan ini dan nuri menjadi bunga.” Di dalam hati tuan puteri, “Bijaksana sekali-kali Raja Indera Bumaya ini.” Maka Raja Indera Bumaya pun mengembalikan dirinya seperti yang sediakalanya.

(Dipetik daripada“Hikayat Langlang Buana‟ dalam antalogi Dirgahayu Bahasaku,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud rangkai kata dengan cemerlang terlalu indah-indah rupanya berdasarkan petikan di atas?

[2 markah]

(ii) Nyatakan tiga peringkat perubahan diri Raja Indera Bumaya sebelum menjadi dirinya yang sebenar?

[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah keistimewaan Raja Indera Bumaya yang memikat hati Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi? [3 markah]

Page 19: Latihtubi Prosa Klasik

CSL2012 Latihtubi Prosa Klasik

19

SKEMA KEDAH (i) Maksud dengan cemerlang terlalu indah-indah rupanya - dengan bersinar/bercahaya sekali/tersangat cantik dan berseri-seri wajahnya. (ii) Tiga peringkat perubahan

- Nuri - Raja Indera Bumaya/menjadi dirinya sendiri - Bunga

(iii) Keistimewaan Raja Indera Bumaya

- pandai bercerita/berpantun - mempunyai kesaktian/boleh menjelmakan diri dalam pelbagai rupa - sikapnya terlalu pantas - terlalu elok rupa parasnya - suaranya merdu - pandai memujuk/romantik - baik budi bahasa - bijaksana

Page 20: Latihtubi Prosa Klasik

CSL2012 Latihtubi Prosa Klasik

20

LATIHAN 10 : NEGERI SEMBILAN

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Sebermula pada tiap-tiap hari siang dan malam, orang berkawal di bawah mahligai Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi itu. Empat orang menteri dan empat orang hulubalang memegang senjata dan berbaju rantai berkawal di bawah mahligai tuan puteri itu. Setelah didengar oleh hulubalang suara orang tertawa di atas mahligai tuan puteri itu maka katanya, “Apalah bicara tuan hamba sekalian?” Maka kata seorang lagi, “Pada bicara hamba baiklah kita persembahkan ke bawah duli dahulu. Apalah juga titah Yang Dipertua kita kerjakan.” Setelah sudah ia mesyuarat itu maka menteri keempat itu pun masuklah menghadap Raja Bahrum Dewa. Maka katanya kepada biduanda itu, “Pergilah persembahkan ke bawah Duli Yang Dipertuan katakan, pada malam tadi kami berkawal di bawah mahligai tuan puteri itu kami dengar suara laki-laki tertawa di atas mahligai tuan puteri itu, hendak disegerakan pekerjaan itu kerana belum kami persembahkan ke bawah Duli Yang Dipertuan.” Setelah demikian kata menteri itu maka biduanda pun pergilah menghadap Raja Bahrum Dewa itu serta dipersembahkannyalah perkataan segala menteri yang berkawal di bawah mahligai itu.Setelah didengar oleh baginda akan sembah biduanda itu maka Raja Bahrum Dewa pun terlalu marahnya, api bernyala-nyala merah padam muka baginda itu seperti bunga raya yang baharu kembang rupanya. Serta baginda bertitah kepada empat puluh hulubalang dan rakyat sekalian, “Pergilah kamu lihat anak celaka itu memberi malu kita.”

(Dipetik daripada“Hikayat Langlang Buana‟ dalam antalogi Dirgahayu Bahasaku,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud baiklah kita persembahkan [2 markah]

(ii) Berdasarkan petikan di atas, nyatakan tiga tindakan menteri dan hulubalang setelah mereka mendengar suara laki-laki tertawa di atas mahligai tuan puteri.

[3 markah]

(iii) Sekiranya anda Raja Bahrum Dewa, apakah tindakan yang mungkin anda ambil terhadap laki-laki yang masuk ke mahligai Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi? [3 markah]

Page 21: Latihtubi Prosa Klasik

CSL2012 Latihtubi Prosa Klasik

21

SKEMA NEGERI SEMBILAN (i) Maksud: - eloklah/moleklah kita beritahu/maklumkan (ii) Tiga tindakan: - mereka berbincang/bermesyuarat - mengambil keputusan untuk memberitahu Raja Bahrum Dewa - akan bertindak mengikut arahan Raja Bahrum Dewa - meminta biduanda melaporkan perkara itu kepada Raja Bahrum Dewa (iii) Tindakan: - menangkap lelaki itu - menyoal siasat lelaki itu - menghukumnya dan memasukkannya ke dalam penjara - membunuh lelaki itu - menjadikannya orang tawanan - mengahwinkannya dengan tuan puteri setelah disoal siasat

Page 22: Latihtubi Prosa Klasik

CSL2012 Latihtubi Prosa Klasik

22

LATIHAN 11 : PULAU PINANG

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Setelah itu maka hari pun hampir siang. Maka Raja Indera Bumaya pun mencita geliga daripada Raja Johan Syahperi itu maka keluarlah empat orang lengkap dengan senjatanya. Maka titah Raja Indera Bumaya, “Hai saudaraku, pergilah tuan hamba perang dengan Raja Bahrum Dewa itu tetapi janganlah tuan hamba bunuh.” Setelah demikian titah Raja Indera Bumaya maka jin empat orang itu pun lalu menyembah lalu turun berperang dengan rakyat Raja Bahrum Dewa itu. Setelah seketika berperang maka rakyat Raja Bahrum Dewa pun pecahlah perangnya, banyak tertangkap. Ada yang lari masuk ke dalam kota kerana tiada tertahan lagi tangkap jin empat orang itu. Maka titah Raja Bahrum Dewa, “Sudahkah engkau tangkap? Apa mati laki-laki itu?” Maka sembah segala hulubalang yang lari itu, “Ya tuanku, tiadalah mati laki-laki itu. Maka hulubalang tuanku dua ratus yang lari, dua puluh orang hulubalang yang tertangkap orang itu. Maka patik dengar suaranya seorang juga maka segala rakyat beribu-ribu sekalian itu pun dilawannya juga.” Setelah baginda mendengar sembah segala hulubalang itu maka Raja Bahrum Dewa pun marah menyuruh memalu gendang mengumpulkan segsla rakyat sekalian. Setelah sudah berkampung segala rakyat dan menteri hulubalang sekalian, maka titah Raja Bahrum Dewa, “Segeralah pergi tangkapkan beta laki-laki itu.”

(Dipetik daripada“Hikayat Langlang Buana‟ dalam antalogi Dirgahayu Bahasaku,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud rangkai kata mencita geliga [2 markah]

(ii) Mengapakah Raja Bahrum Dewa murka? [3 markah]

(iii) Sekiranya anda Raja Indera Bumaya, apakah langkah yang wajar anda ambil untuk mengelakkan peperangan? [3 markah]

Page 23: Latihtubi Prosa Klasik

CSL2012 Latihtubi Prosa Klasik

23

SKEMA PULAU PINANG (i) Maksud: - menggunakan/menjampi batu sakti/batu hikmat (ii) Mengapa Raja Bahrum Dewa murka: - apabila mendapati Raja Indera Bumaya belum berjaya ditangkap - Raja Indera Bumaja belum mati - Raja Indera Bumaya menang/ tentera Raja Bahrum Dewa kalah - Dua ratus hulubalang baginda lari - 20 orang hulubalang baginda berjaya ditangkap (iii) Langkah: - menyerah diri kepada Raja Bahrum Dewa - bersemuka dengan Raja Bahrum Dewa - Berterus terang tentang tujuan baginda berada di istana puteri - mengajak Raja Bahrum Dewa berbincang untuk menyelesaikan masalah - mengahwini tuan puteri untuk menutup malu - membuat tawaran yang menguntungkan kedua-dua belah pihak

Page 24: Latihtubi Prosa Klasik

CSL2012 Latihtubi Prosa Klasik

24

LATIHAN 12 : TERENGGANU

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Melihatkan lanun itu telah pergi, jurumudi segera mencabut kerisnya lalu menikam seekor ayam lagi, kemudian dengan keris berdarah itu pergilah dia menghadap Tuanku Nakhoda Tua mengatakan dialah yang telah menyelamatkan geliung itu daripada dirampas oleh lanun. Dengan tidak berfikir panjang lagi, Tuanku Nakhoda Tua percaya dengan kata-kata jurumudi yang palsu itu, lalu baginda menitahkan Mualim Cik Mas menikahkan puterinya dengan jurumudi itu.

Apabila jurumudi dan mualim sudah sedia di depan Tuanku Nakhoda Tua, masuklah Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dengan geramnya, “Ya ayahanda, tua orang tua, berakal; makin tua makin berminyak tetapi tua ayahanda tua cendawan makin tua makin busuk! "

Tuanku Nakhoda menjadi tersentak, "Hai anakku yang tidak tahu dek untung, mengapakah kau berkelakuan demikian ini di depan orang tua?" "Kerana mata ayahanda sudah kabur dan telinga ayahanda sudah pekak, sebab itulah anakanda berkata demikian. Cubalah ayahanda lihat siapakah di dalam petak jubung yang dilingkari tali sauh itu? " Tuanku Nakhoda Tua segera menjengah ke petak jubung. Dilihatnya ada seorang muda yang sangat tampan dengan wajahnya berseri-seri bagai purnama empat belas hari bulan. Baginda tertegun kaum lalu kembali bertanya kepada puterinya, “Hai anakanda, siapakah pemuda yang di dalam jubung itu?” “Dialah budak hitam yang meminta tolong bayarkan hutangnya kepada ayahanda dulu, tetapi telah ayahanda nyahkan dia.”

(Dipetik daripada ‘Pelayaran Yang Penuh Peristiwa’

dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud rangkai kata tidak tahu dek untung. [2 markah] (ii) Apakah kata-kata Tuan Puteri Dayang Seri Jawa yang menyebabkan ayahandanya begitu marah? [3 markah] (iii) Pada pendapat anda, wajarkah Tuanku Nakhoda Tua menitahkan puterinya bernikah dengan

jurumudi? [3 markah]

Page 25: Latihtubi Prosa Klasik

CSL2012 Latihtubi Prosa Klasik

25

SKEMA TERENGGANU (i) Maksud: - tidak menghargai/tidak bersyukur/kelebihan yang dimiliki (ii) Kata-kata Tuan Puteri:

- Puterinya menyatakan ayahandanya tidak seperti orang tua lain yang semakin tua semakin berakal

- Puterinya menyatakan ayahandanya ibarat cendawan, semakin tua semakin tidak berguna - Puterinya menyatakan penglihatan ayahandanya kabur dan pendengarannya sudah

terjejas. (iii) Tindakan Tuanku Nakhoda Tua; - WAJAR kerana

- jurumudi dianggap lelaki yang hebat kerana dialah yang menyelamatkan geliung itu

- Tuanku Nakhoda Tua percaya akan jurumudi apabila melihat bukti keris jurumudi yang berlumuran darah

- Jurumudi ialah orang pertama yang menemuinya dan mengaku menyelamatkan geliung itu.

- TIDAK WAJAR kerana

- Tuanku Nakhoda Tua mengambil keputusan tanpa usul periksa kebenaran kata-kata jurumudi

- Tuanku Nakhoda Tua langsung tidak menanyakan pendapat orang lain/puterinya dalam mengambil keputusan

- Tuanku Nakhoda Tua terus mempercayai jurumudi hanya dengan bukti keris yang berlumuran darah

Page 26: Latihtubi Prosa Klasik

CSL2012 Latihtubi Prosa Klasik

26

LATIHAN 13 : SELANGOR

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Maka sahut tuan puteri itu, “Hai kakanda, ambillah gemala hikmat itu oleh kakanda! Adapun pergunanya hikmat itu terlalu banyak. Adapun jikalau saudaraku hendak membuat negeri, maka citalah nenek hamba Dewa Langkurba yang di dalam laut supaya jadi suatu negeri dengan alatnya takhta kerajaannya dan segala hulubalangnya dan rakyatnya sekalian itu dan biti-biti perwara dan serta jin, peri, dewa, dan mambang lengkaplah dengan senjatanya. Adapun hulubalangnya ada dua orang, seorang bernama Dikar Kilat dan seorang Dikar Agus dan Dikar Kilat jikalau saudaraku hendak menyuruh kepada suatu negeri atau ke dalam laut, maka dengan sekalian itu juga ia pergi datang. Adapun Dikar Agus itu jikalau saudaraku hendak menyuruhkan menurunkan hujan atau angin atau api nescaya dapat olehnya. Demikianlah gunanya gemala hikmat itu. Adapun jikalau lain daripada saudaraku nescaya tidaklah hamba berikan.” Maka kata Inderaputera, “Wahai adinda, sungguhlah tuan kasih kepada kakanda dan apalah kakanda hendak balaskan kasih adinda itu kandalah yang menanggung kasih adinda!”

(Dipetik daripada ‘Dua Geliga Hikmat’

dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud rangkai kata pergunanya hikmat. [2 markah] (ii) Nyatakan kelebihan gemala hikmat seperti dalam petikan. [3 markah] (iii) Pada pendapat anda, apakah cara-cara untuk membalas budi orang yang telah membantu kita?

[3 markah]

Page 27: Latihtubi Prosa Klasik

CSL2012 Latihtubi Prosa Klasik

27

SKEMA SELANGOR (i) Maksud: - keistimewaan/kelebihan gemala hikmat (ii) Kelebihan:

- mampu menyeru Dewa Langkurba yang di dalam laut untuk membina sebuah negeri negeri tersebut lengkap dengan alat takhta kerajaan, hulubalangnya, rakyatnya dan biti-biti perwara dan serta jin, peri, dewa, dan mambang yang lengkap bersenjata.

- boleh menyeru Dikar Kilat untuk membantu membina suatu negeri atau masuk ke dalam laut serta Dikar Agus bagi menurunkan hujan atau angin atau api.

(iii) Cara-Cara: - memberikan hadiah sebagai tanda terima kasih - menawarkan pertolongan sekiranya diperlukan - menjemput ke rumah untuk jamuan makan

Page 28: Latihtubi Prosa Klasik

CSL2012 Latihtubi Prosa Klasik

28

LATIHAN 14 : PAHANG

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Maka bertitahlah Sultan Raja Sulaiman kepada Opu Daeng yang berlima bersaudara itu, “Kerana saya ini hendak minta tolong benar-benar, seboleh-bolehnya hal kesakitan saya semua orang Riau ini oleh orang Siak. Dilanggarnya, kemudian ditaruhnya di bawah perintah, kebesaran di Riau sekaliannya dibawanya pulang ke Siak, seperti bedil kerajaan Laila Majnun, serta dengan gendaga emas dan periuk emas, dan puan emas dan sekaliannya kerajaan dibawanya. Dan saudara saya perempuan dibawanya ke Siak, dirampasnya, dibuatnya bini oleh Yang Amtuan Raja Kecil, itulah ibunya Yang Amtuan Raja Bunga. Syahadan maka menyahut Opu Daeng yang berlima bersaudara itu, berkhabar kepada Yang Amtuan Raja Sulaiman, “Dan jikalau mahu kita berjanji betul-betul cakap, saya menolong . Insya-Allah, seboleh-bolehnya saya tolong, dengan kuasa daripada Allah Yang Amtuan Raja Sulaiman menjadi Yang Amtuan Besar.

(Dipetik daripada “Hikayat Opu Daeng Menambun”

dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud kemudian ditaruhnya di bawah perintah

[2 markah]

(ii) Nyatakan tiga perkara yang menyebabkan Sultan Raja Sulaiman meminta pertolongan daripada Opu Daeng lima bersaudara? [3 markah]

(iii) Sekiranya anda Opu Daeng lima bersaudara, apakah tindakan yang akan anda lakukan setelah mendengar titah Sultan Raja Sulaiman itu?

Berikan tiga cadangan. [3 markah]

Page 29: Latihtubi Prosa Klasik

CSL2012 Latihtubi Prosa Klasik

29

SKEMA PAHANG

(i) Maksud rangkai kata - telah diperintah / ditakluk oleh Siak (ii) Perkara yang menyebabkan Sultan Raja Sulaiman meminta pertolongan

- Negaranya ditakluk oleh orang Siak - Segala kebesaran di Riau telah dibawa ke Siak - Saudara perempuannya dibawa ke Siak - Saudara perempuannya dijadikan isteri oleh Yang Amtuan Raja Kecil

(iii) Tindakan yang akan dilakukan

- Meminta pertolongan dari negara lain - Berbincang dengan pemerintah Siak / rundingan. - Menyerang Siak / melanggar Siak - Membina kubu pertahanan - Menggunakan khidmat orang tengah.

Page 30: Latihtubi Prosa Klasik

CSL2012 Latihtubi Prosa Klasik

30

LATIHAN 15 : SARAWAK

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Setelah itu maka hari pun hampir siang. Maka Raja Indera Bumaya pun mencita geliga daripada Raja Johan Syahperi itu maka keluarlah empat orang lengkap dengan senjatanya. Maka titah Raja Indera Bumaya, “Hai saudaraku, pergilah tuan hamba perang dengan Raja Bahrum Dewa itu tetapi janganlah tuan hamba bunuh.” Setelah demikian titah Raja Indera Bumaya maka jin empat orang itu pun lalu menyembah lalu turun berperang dengan rakyat Raja Bahrum Dewa itu. Setelah seketika berperang maka rakyat Raja Bahrum Dewa pun pecahlah perangnya, banyak tertangkap. Ada yang lari masuk ke dalam kota kerana tiada tertahan lagi tangkap jin empat orang itu. Maka titah Raja Bahrum Dewa, “Sudahkah engkau tangkap? Apa mati laki-laki itu?” Maka sembah segala hulubalang yang lari itu, “Ya tuanku, tiadalah mati laki-laki itu. Maka hulubalang tuanku dua ratus yang lari, dua puluh orang hulubalang yang tertangkap orang itu. Maka patik dengar suaranya seorang juga maka segala rakyat beribu-ribu sekalian itu pun dilawannya juga.”

(Dipetik daripada“Hikayat Langlang Buana‟ dalam antalogi Dirgahayu Bahasaku,

Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah maksud rangkai kata sekalian itu pun dilawannya? [2 markah]

(ii) Nyatakan nasib yang menimpa rakyat jelata dan jin empat orang itu apabila tercetusnya peperangan.

[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah rakyat Raja Bahrum Dewa sanggup bermati-matian berperang menewaskan musuh, iaitu jin seramai empat orang itu?

Berikan tiga sebab. [3 markah]

Page 31: Latihtubi Prosa Klasik

CSL2012 Latihtubi Prosa Klasik

31

SKEMA SARAWAK (i) Maksud: - semua yang ada telah ditentangnya (ii) Nasib:

- seramai 20 orang tertangkap - seramai 200 orang lari ke dalam kota untuk mengelakkan ditangkap

oleh Jin empat orang itu. - Jin empat orang itu tidak juga mati-mati

(iii) Sebab-sebab:

- Ketaatan kepada Raja Bahrum Dewa - Mereka dalam jumlah yang ramai berkeyakinan dapat menewaskan

jin empat orang - Mereka terpaksa berperang kerana pekerjaan mereka adalah untuk

Memastikan keselamatan raja mereka.

Page 32: Latihtubi Prosa Klasik

CSL2012 Latihtubi Prosa Klasik

32

LATIHAN 16 : WILAYAH PERSEKUTUAN Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Setelah sudah maka Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi pun turun mandi. Maka Raja Indera Bumaya pun turun berjalan di tepi kolam itu, seprang pun tiada melihat dia. Maka Raja Indera Bumaya pun berlindung pada pohon kemunting. Maka baginda pun menjadikan dirinya seekor burung bayan terlalu indah-indah rupanya. Syahadan, adapun matanya itu daripada intan dan bulunya itu daripada pusparagam dan kakinya daripada emas. Maka bayan itu pun hinggap pada pohon kemunting itu seraya berbunyilah terlalu merdunya suaranya. Setelah didengar oleh Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi bunyi bayan itu maka tuan puteri pun memandang ke atas pohon kemunting itu. Maka dilihat oleh tuan puteri seekor burung bayan terlalu indah rupanya. Maka kata tuan puteri kepada inangda, “Tangkaplah bayan itu.” Maka inangda pun segeralah naik hendak menangkap bayan itu. Maka bayan pun terbanglah ke atas puncak kemunting itu. Maka sembah inangda kepada tuan puteri, “Tiada dapatlah patik menangkap bayan ini.” Setelah didengar oleh tuan puteri sembanh inangda itu, maka titah tuan puteri kepada seorang dayang-dayang, “Pergilah diri tangkapkan kami bayan itu.” Maka dayang-dayang itu pun segeralah berbangkit naik dari kolam itu dengan kainnya basah. Maka dijolok oleh dayang-dayang itu hendak menangkap bayan itu. Maka bayan itu pun terbang lah pula kepada suatu dahan kepada suatu dahan seraya tertawa. Maka sembah dayang itu, “Ya tuanku tuan puteri, tiada tertangkap bayan itu terlalu liarnya burung ini.”

(Dipetik daripada“Hikayat Langlang Buana‟ dalam antalogi Dirgahayu Bahasaku,

Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Berikan maksud rangkai kata berlindunglah pada pohon?

[2 markah]

(ii) Jelaskan rupa bayan seperti yang digambarkan dalam petikan. [3 markah]

(iii) Sekiranya anda Raja Indera Bumaya, apakah usaha yang akan anda lakukan untuk memikat Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi? [3 markah]

Page 33: Latihtubi Prosa Klasik

CSL2012 Latihtubi Prosa Klasik

33

SKEMA WILAYAH PERSEKUTUAN (i) Maksud: - bersembunyi di sebalik pohon (ii) Rupa bayan: - matanya itu daripada intan

- bulunya itu daripada pusparagam - kakinya daripada emas

(iii) Usaha: - menghiburkan tuan puteri dengan suara yang merdu (burung bayan) - menjelma sebagai manusia dan mencurahkan isi hati - berjumpa dengan ayahanda tuan puteri untuk menyatakan hasrat hati - memohon maaf kepada tuan puteri


Top Related