Download - Latest GERKO
-
7/31/2019 Latest GERKO
1/55
TUGASAN GERKO
KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2012
1
PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T di atas peluang
yang diberikan, kesihatan yang baik yang dikurniakan untuk saya melengkapkan
tugasan GERKO ini. Selepas berminggu-minggu bertungkus lumus mendapatkan
maklumat mengenai Gerak Kerja Kokurikulum dari buku-buku, internet, rakan-rakan
serta pihak pengurusan, akhirnya lengkaplah sudah tugasan ini.
Sekalung penghargaan ditujukan kepada Guru Besar, Puan Siti Norkiah Abdul
selaku pengerusi Badan Kokurikulum SK Kerupang . Tidak dilupakan ucapan
pernghargaan yang tidak terhingga ditujukan kepada Guru Penolong Kanan
Kokurikulum, Puan Ruhaiah Jumat di atas keperhatinannya terhadap tugasan GERKO
ini. Kesudiannya dalam memberi maklumat terperinci mengenai Gerak Kerja
Kokurikulum amat dihargai. Walaupun sibuk dengan tugasan, namun masa tetap
diluangkan untuk memberi maklumat secukupnya kepada saya.
Kepada guru-guru SK Kerupang terutama kepada pelatih KPLI j-QAF yang lain,
terima kasih di atas segala tunjuk ajar dan garis panduan yang diberikan untuk saya
melengkapkan tugasan ini. Tidak lupa kepada keluarga yang tersayang di atas
sokongan moral yang diberikan. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik
kalian, Insya-Allah.
Semoga dokumentasi ini dapat memberi manfaat kepada pihak sekolah
mahupun Institut Perguruan. Semoga dengan pembacaan dokumentasi ini dapat
memberi lebih kesedaran kepada semua pihak bahawa betapa pentingnya Gerak
Kerja Kokurikulum dilaksanakan di sekolah-sekolah kerana pelbagai manfaat daripada
aktiviti-aktivitinya dapat digarap untuk kehidupan murid-murid. Semoga segala usaha
dan penat lelah yang dikorbankan untuk dokumentasi ini mendapat ganjaran yang
berterusan selagi ia dimanfaatkan oleh pelbagai pihak Insya-Allah.
-
7/31/2019 Latest GERKO
2/55
TUGASAN GERKO
KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2012
2
PENDAHULUAN
Sejak zaman penjajahan British lagi, aktiviti kokurikulum telah dilaksanakan.
Contohnya, penubuhan pergerakan pengakap yang pertama di Malaysia mengambil
tempat di Singapura pada tahun 1909. Aktiviti kokurikulum diberi penekanan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia seperti yang terkandung dalam surat arahan School
Course of Studies Regulations1956 dan Pindaan Tahun 1961 (Akta Pendidikan 1961,
No. 552).
Mengikut Md. Aris Mansor (1985), kokurikulum merupakan satu bidang
pembelajaran yang berasaskan mata pelajaran akademik.Kegiatan kokurikulum
sebahagian besarnya dilaksanakan di luar waktu pembelajaran samada di awal pagi
sebelum kelas bermula atau pada waktu tengahari selepas waktu persekolahan.
Walaupun kokurikulum dilaksanakan di luar waktu persekolahan, namun aktiviti yang
dilakukan saling melengkapi bidang akademik yang dipelajari di dalam kelas.
Dokumentasi ini akan menjelaskan secara terperinci mengenai Gerak Kerja
Kokurikulum (GERKO) serta pelaksanaannya secara umum serta turut dinyatakan
juga pelaksanaan kokurikulum di SK Kerupang, Wilayah Persekutuan Labuan.
-
7/31/2019 Latest GERKO
3/55
TUGASAN GERKO
KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2012
3
1.0 KONSEP
Aktiviti kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah dan
setiap murid harus melibatkan diri. Ia boleh dijalankan di dalam dan di luar bilikdarjah mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti. Aktiviti kokurikulum ini dapat
menyediakan pelbagai pengetahuan dan pengalaman untuk perkembangan
mental, minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika serta
sosial yang positif kepada murid-murid.
Penglibatan semua murid dan anggota masyarakat adalah penting
berdasarkan anggapan bahawa :
Semua murid harus mempunyai keseimbangan antara
perkembangan mental (akademik) dengan perkembangan
sahsiah yang bersepadu (sosial, jasmani dan rohani)
Semua murid boleh dididik dan boleh pula mendidik diri sendiri
dan rakan sebaya;
Sekolah bertanggungjawab melahirkan murid-murid untuk
keperluan masyarakat dan negara;
Masyarakat turut bertanggungjawab memainkan peranan
mendidik murid-murid termasuklah pendidikan kemasyarakatan.
1.2 Definisi Kokurikulum Dalam Program Pendidikan.
Menurut Kamus Dewan (Edisi Ketiga) terbita Dewan Bahasa dan
Pustaka (2002) menyatakan bahawa kokurikulum adalah kegiatan
atau aktiviti selain mata pelajaran yang diajarkan di dalam bilikdarjah tetapi masih dianggap sebagai sebahagian daripada
kursus pendidikan murid di sekolah1 (misalnya kegiatan di dalam
persatuan-persatuan, sukan dan lain-lain).
1Kamus Dewan (Edisi Ketiga), Dewan Bahasa dan Pustaka (2002), m.s. 692.
-
7/31/2019 Latest GERKO
4/55
TUGASAN GERKO
KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2012
4
Subperaturan 3(1) dalam Peraturan-peraturan (Kurikulum
Kebangsaan) tahun 1997 menjelaskan kokurikulum sebagai
sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan.
"Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang
termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi
semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan
dan kepercayaan, untuk membantu perkembangan seseorang
murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan
emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral
yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.
Manakala Warta Kerajaan No. 5652 turut memberi definisi
kokurikulum sebagai kegiatan kumpulan2
Justeru dapat dirangkumkan di sini bahawa kokurikulum adalah aktiviti
berkumpulan yang dijalankan di sekolah tetapi berlaku di luar waktu
pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan memperkasakan diri muriddari segi mental, fizikal, praktikal serta mampu membina jati diri dan
kemahiran bersosial yang sihat sebagai persediaan untuk mendepani
cabaran pada masa hadapan.
2.0 MATLAMAT
Matlamat utamanya adalah untuk menyemai kesedaran dan kepatuhan
terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan di kalangan murid-murid
selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
2Warta Kerajaan No.5652 Jld. 11/Bil. 27 bth. 28.12.1967 (Peraturan Kursus Pengajian sekolah 1956)
-
7/31/2019 Latest GERKO
5/55
TUGASAN GERKO
KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2012
5
Antara matlamat lain adalah :
Memberi keseimbangan antara perkembangan mental, rohani, jasmani
dan emosi murid-murid.
Membina dan meningkatkan minat dan bakat murid-murid dalam
aktiviti yang diceburi.
Membina dan meningkatkan disiplin murid.
Mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan menggembirakan.
Membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan hubungan dua
hala antara sekolah dan masyarakat.
Mewujudkan sekolah yang berwatak.
Menyediakan murid untuk mengikuti program khidmat negara.
Mengukuhkan integrasi nasional.
3.0 STRATEGI PELAKSANAAN
Bagi memastikan matlamat GERKO dicapai, terdapat pelbagai strategi
disediakan bagi membolehkan pihak pengurusan sekolah menjayakan
aktiviti kokurikulum ini agar dapat berjalan dengan lebih berkesan dan
sistematik.
3.1 Strategi Pelaksanaan Kokurikulum di Sekolah
Di antara strategi pelaksanaan yang boleh diambil ialah :-
Menubuhkan jawatankuasa yang berkaitan serta merancang aktiviti
atau program untuk mencungkil bakat murid-murid.
Melibatkan Jawatankuasa Bimbingan Murid Sekolah(JBPS),
Persatuan Ibu Bapa Guru-Guru (PIBG), guru-guru dan murid-
-
7/31/2019 Latest GERKO
6/55
TUGASAN GERKO
KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2012
6
murid dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti
kokurikulum.
Menyediakan takwim sekolah dan jadual waktu kegiatan.
Memberi wajaran yang sesuai kepada aktiviti kokurikulum supaya
kurikulum dan kokurikulum saling melengkapi dalam proses
pendidikan di sekolah.
Menambahkan bilangan pasukan badan beruniform,
persatuan/kelab, kelab sukan dan permainan serta
mempelbagaikan aktiviti tersebut untuk memberi peluang kepada
semua murid melibatkan diri dengan aktif secara individu atau
kumpulan.
Melibatkan murid daripada semua kaum dalam semua aktiviti
kokurikulum yang sesuai untuk memupu semangat perpaduan.
Mengenalpasti murid yang berkebolehan dalam sesuatu bidang dan
melatih mereka agar dapat memaksimakan potensi tersebut.
Merekod dan menilai kemajuan aktiviti kokurikulum yang dijalankan.
Menganjur dan mengelola pertandingan yang melibatkan semua
murid.
Memberi penekanan terhadap penghayatan agama dan nilai-nilai
murni dalam aktiviti kokurikulum.
3.1.1 Strategi pelaksanaan kokurikulum Sekolah Kebangsaan
Kerupang
Semua murid tahap dua (tahun 4, 5 dan 6) diwajibkan menyertai
aktiviti kokurikulum iaitu Unit Beruniform, Persatuan/Kelab dan
Sukan/ Permainan.
Kegiatan dan kehadiran murid direkod di dalam Buku Laporan
setiap bahagian kokurikulum tersebut.
-
7/31/2019 Latest GERKO
7/55
TUGASAN GERKO
KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2012
7
Penglibatan guru-guru dalam mengendalikan aktiviti amat
dititikberatkan oleh pihak pengurusan.
Buku Laporan setiap Unit Beruniform, Persatuan/Kelab dan
Sukan/Permainan perlu dihantar kepada Guru Penolong Kanan
Kokurikulum secara berkala untuk pantauan dan penilaian aktiviti.
3.2 Panduan Pelaksanaan
4.1.1 Kegiatan Kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan
akan mengandungi perkara-perkara yang berikut3 :
(a) penyertaan dalam sukan dan permainan;
(b) penyertaan dalam persatuan dan kelab;
(c) penyertaan dalam badan beruniform; dan
(d) penyertaan dalam kegiatan-kegiatan lain sebagaimana
ditentukan oleh Menteri.
4.1.2 Kegiatan Kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan
meliputi kegiatan dalam persatuan yang ditubuhkan di sekolah
daripada kategori berikut:-
(a) mata pelajaran yang diajar di sekolah sebagaimana yang
dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan
(Kurikulum Kebangsaan) 1997;
(b) hobi dan rekreasi;
(c) sukan dan permainan;
(d) badan beruniform; atau
(e) apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh Pendaftar.
3Subperaturan 3(3) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang
diterbitkan sebagai P.U.(A) 531/97.
-
7/31/2019 Latest GERKO
8/55
TUGASAN GERKO
KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2012
8
3.3 Peruntukan Masa
Peruntukan masa untuk kegiatan kokurikulum seperti dalam Warta
Kerajaan No. 5652 Jil. 11/Bil. 27 bertarikh 28 Disember 1967 adalah
seperti berikut:-
3.2.1 Sekolah Rendah
Tahun Peruntukan Masa
3 dan 4 60 minit seminggu
5 dan 6 120 minit seminggu
3.4 Tugas dan Tanggungjawab Guru
Guru Besar/Pengetua sebagai Penolong Pendaftar mempunyai kuasa
untuk melantik guru sebagai guru penasihat bagi menjalankan tugas-
tugas dalam aktiviti kokurikulum berdasarkan peruntukan yang sediaada.4
3.5 Kepentingan Kokurikulum
Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan ialah untuk mewujudkan suatu
bangsa bercorak Malaysia yang bersatu padu dan dihormati. Hasrat ini akan
dapat dicapai jika generasi muda kini mendapat pendidikan yang seimbang dan
sempurna.
Menurut Y.A.B Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi (1985),
pendidikan yang seimbang dan sempurna sentiasa memberi penekanan aspek
akademik dan gerak kerja kokurikulum. Ini bermakna seseorang murid itu telah
4Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), Bahagian 2.
-
7/31/2019 Latest GERKO
9/55
TUGASAN GERKO
KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2012
9
diberi didikan yang menyeluruh apabila merangkumi aspek mental, fizikal, dan
spiritual.
Menurut Dato Abdul Rahman Hj. Arshad (1985) pula, penekanan barukepada gerak kerja kokurikulum di sekolah-sekolah adalah sesuai dengan
masa dan keperluan pendidikan di negara kita sekarang. Ini akan menjadikan
pendidikan yang menyeluruh merangkumi bidang akademik dan kokurikulum.
Kedua-dua bidang ini seharusnya digabungkan, diberi penekanan baru, dan
diberi penilaian dan pengiktirafan yang sesuai supaya keseluruhan murid dan
guru dapat memahami konsep pendidikan yang berasaskan kepada penekanan
yang sama kepada bidang kokurikulum dan bidang akademik.
Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji pelaksanaan Dasar
pelajaran (1979) pula menyatakan bahawa Gerak Kerja Kokurikulum adalah
penting untuk menyemai, memupuk dan menanam perasaan kekitaan atau
'esprit de corps' di antara murid-murid pelbagai keturunan yang mempunyai
latar belakang dan cara hidup yang berlainan. Kegiatan ini melatih mereka agar
berdisiplin, berdikari dan berkemahiran dalam sesuatu lapangan yang mereka
sertai.
Dalam konteks pendidikan kebangsaan pula, kegiatan kokurikulum
merupakan satu program penting demi membangunkan potensi murid secara
menyeluruh. Secara umum kegiatan kokurikulum yang sedia ada telah berjaya
membina disiplin murid serta meningkatkan minat mereka terhadap
pembelajaran.5
5Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1995
-
7/31/2019 Latest GERKO
10/55
TUGASAN GERKO
KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2012
10
3.6 Kepentingan Kokurikulum
3.6.1 Pengukuhan dan Pengayaan
Pengetahuan yang diproleh daripada mata pelajaran yang
dipelajari di dalam kelas dapat dipraktikkan melalui aktiviti
kokurikulum. Aktiviti ini juga dapat memberi peluang kepada
murid memahami konsep latihan dalam bidang tertentu dengan
menggunakan pengetahuan tersebut dalam konteks yang lebih
bermakna dan realistik. Di samping itu, cara ini dapat memberi
pengalaman yang mungkin tidak terdapat di dalam bilik darjah.
Justeru, segala aktiviti kokurikulum hendaklah dirancang secara
sistematik agar dapat saling melengkapi dengan apa yang telah
dipelajari di dalam bilik darjah agar dapat membantu
meningkatkan prestasi mereka dalam pelajaran.
Contoh aktiviti korikulum yang berfungsi sebagai pengukuhan
dan pengayaan diri murid-murid.
Aktiviti Pergerakan Pasukan Bulan Sabit Merah.
Pertolongan Cemas :
Aktiviti ini dapat memberi peluang kepada murid mencuba
pengetahuan atau pengalaman memberi rawatan
kecemasa serta menggunakan pengetahuan yang
dipelajari dalam matapelajaran sains.
3.6.2 Khidmat Masyarakat
Murid, guru dan kakitangan sekolah boleh memberi khidmat
kepada masyarakat dan begitulah sebaliknya. Tujuannya adalah
untuk memupuk hubungan dud hala antara sekolah dan
-
7/31/2019 Latest GERKO
11/55
TUGASAN GERKO
KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2012
11
masyarakat serta menyemai semangat berkhidmat, bekerjasama
da saling membantu antara satu sama lain.
Sumbangan Masyarakat Kepada Sekolah.
i. Mengutip derma dan mendapatkan kemudahan-
kemudahan tertentu bagi melengkapkan peralatan
kokurikulum sekolah seperti peralatan sukan, pakaian,
komputer dan lain-lain;
ii. Membantu sekolah dalam pengelolaan sukan, bergotong-
royong, membersih dan mengindahkan sekolah.
iii. Memberi bantuan kepada murid.
3.6.3 Hobi dan Rekreasi
Dengan melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum, murid
dapat memperolehi pengetahuan dan kemahiran, di samping
dapat mengisi masa lapang mereka dengan berfaedah serta
membina kesihatan fizikal dan mental.
Aktiviti ini juga dapat memberi keseronokan kepada murid
seperti membaca, bersukan, menghias/menggubah, menyanyi,
bermain alat-alat muzik, dan menulis sajak, pantun serta cerpen.
3.6.4 Kerjaya
Aktiviti kokurikulum dapat memberi asas kerjaya kepada
murid. Ia juga dapat membantu dan melengkapi pengajaran dan
pembelajaran serta dapat menimbulkan kesedaran dan
penyediaan pemilihan kerjaya murid. Pengetahuan dan
kemahiran ini sangat berguna apabila mereka memasuki dunia
pekerjaan kelak.
-
7/31/2019 Latest GERKO
12/55
TUGASAN GERKO
KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2012
12
Contoh aktiviti yang boleh menjadi asas kerjaya
Seni Lukis : Seni lukis tenunan, kraftangan, seni ukir,
anyaman, membuat wau, sangkar, tudung saji dan lain-
lain.
3.6.5 Perkembangan Individu
Semua aktiviti kokurikulum dapat memberi peluang kepada murid
melatih diri sendiri untuk kesihatan diri, berdisiplin, memupuk
minat dan bakat serta membina semangat untuk menghayati nilai
perpaduan dan kewarganegaraan.
Kesihatan
Pasukan Badan Uniform amat mementingkan pakaian dan
perawakan yang kemas dan teratur. Selain itu, aktiviti
permainan dapat meningkatkan tahap kesihatan murid
melalui aktiviti yang dijalankan.
Peningkatan Disiplin
Aktiviti kokurikulum dapat meningkatkan dan
memperkukuhkan disiplin murid ke arah pembinaan
sahsiah yang bersepadu.
-
7/31/2019 Latest GERKO
13/55
TUGASAN GERKO
KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2012
13
1.0 KOMPONEN / BIDANG GERAK KERJA KOKURIKULUM
Komponen atau bidang gerak kerja kokurikulum sekolah-sekolah
merangkumi kategori-kategori seperti berikut :
Mata pelajaran yang diajar di sekolah sebagaimana yang dinyatakan
di dalam Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan)
1997.
Hobi dan rekreasi.
Sukan dan permainan.
Badan beruniform; atau
Apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh Pendaftar.
1.1 Bidang Unit Beruniform /Pasukan Pakaian Seragam
Sesebuah sekolah rendah boleh menubuhkan unit beruniform / pakaian
seragam mengikut keperluan setempat, kemudahan peralatan, personal
atau jurulatih dan kemudahan sedia ada di sesebuah sekolah bagi
mengendali dan melaksanakan aktiviti setiap unit beruniform. Antara
pasukan pakaian seragam yang boleh ditubuhkan di sekolah rendah ialah:
Kumpulan Pengakap (unit Pengakap Kanak-Kanak)
Kumpulan Pandu Puteri (unit Tunas Puteri)
Persatuan Bulan Sabit Merah (Pasukan Link)
Kadet Remaja Sekolah (Tunas Kadet Remaja Sekolah)
Puteri Islam
1.2 Bidang Persatuan dan Kelab
Bidang persatuan dan kelab yang ditubuhkan di sekolah boleh
dikategorikan kepada dua iaitu persatuan dan kelab yang berasaskan mata
-
7/31/2019 Latest GERKO
14/55
TUGASAN GERKO
KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2012
14
pelajaran (akademik) dan persatuan dan kelab yang berasaskan minat,
perkhidmatan, kecenderungan dan hobi.
1.2.1 Persatuan dan Kelab Berasaskan Akademik atau Mata PelajaranPenubuhan persatuan berasaskan akademik atau mata pelajaran
bertujuan untuk menambahkan minat dan kemahiran pelajar dalam mata
pelajaran tersebut. Sekolah boleh menubuhkan persatuan dan kelab ini
berdasarkan keperluan sekolah dan kemudahan yang diperoleh. Antara
persatuan dan kelab yang boleh ditubuhkan di sekolah rendah adalah
seperti:
Bahasa (berasaskan bahasa yang diajar di sekolah seperti Persatuan
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan sebagainya)
Sains
Matematik
Seni Lukis
Muzik
Komputer
Agama (seperti Persatuan Agama Islam)
1.2.2 Persatuan dan Kelab Berasaskan Minat, Perkhidmatan, Kecenderungan
dan Hobi.
Penubuhan persatuan berasaskan faktor-faktor di atas adalah
seperti:
Kraftangan
Mengumpul Setem
Mekanik
1.3 Bidang Sukan dan Permainan
Pelbagai aktiviti sukan dan permainan yang boleh dilaksanakan di
sekolah rendah. Aktiviti sukan terbahagi kepada dua iaitu berasaskan sukan
-
7/31/2019 Latest GERKO
15/55
TUGASAN GERKO
KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2012
15
dan permainan antarabangsa, contohnya bola sepak, olahraga dan yang
berasaskan permainan tradisional seperti wau, gasing dan sebagainya.
Antara bidang sukan dan permainan yang boleh dilaksanakan di sekolah
adalah seperti:
Bola Sepak
Bola Jaring
Pingpong
Sepak Takraw
Badminton
Bola baling Permainan dalam
2.0 PENGURUSAN GERAK KERJA KOKURIKULUM (GERKO)
Penyertaan pelajar dalam gerak kerja kokurikulum bergantung kepada
peraturan sekolah yang dikenakan ke atas mereka. Kebanyakan sekolah
telah mewajibkan setiap pelajar menyertai gerak kerja kokurikulum. Di
samping itu, terdapat beberapa faktor lain yang menentukan penyertaan
pelajar seperti:
(a) Minat pelajar;
(b) Guru yang terlatih dalam gerak kerja kokurikulum;
(c) Galakan dan dorongandaripada pihak sekolah;
(d) Kejayaan pelajar terdahulu dalam gerak kerja kokurikulum;
(e) Penglibatan aktif guru dalam gerak kerja kokurikulum;
(f) Kemudahan fizikal dan kewangan sekolah; dan
(g) Sikap dan sokongan ibu bapa.
-
7/31/2019 Latest GERKO
16/55
TUGASAN GERKO
KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2012
16
2.1.1 Carta Organisasi Kokurikulum di Sekolah
Bagi melancarkan lagi pengurusan kokurikulum di sekolah, satu
jawatankuasa akan ditubuhkan bagi mewujudkan pengurusan yang
berkesan.
-
7/31/2019 Latest GERKO
17/55
TUGASAN GERKO
KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2012
17
GURU BESAR
GURU PENOLONGKANAN KOKURIKULUM
SETIAUSAHA DANPEN. SETIAUSAHA
KOKURIKULUM
BENDAHARIKOKURIKULUM
PENYELARASBADAN
BERUNIFORM
GURUPENASIHAT
PENYELARASSUKAN DANPERMAINAN
GURUPENASIHAT
PENYELARASKELAB DANPERSATUAN
GURUPENASIHAT
SETIAUSAHASUKAN
KETUA RUMAHSUKAN
OLAHRAGA
CARTA ORGANISASI PENGURUSAN KOKURIKULUM
PENGERUSI PASUKAN PAKAIAN SERAGAM, KELAB/PERSATUAN, KELAB
SUKAN/PERMAINAN, KETUA RUMAH DAN KAPTEN PASUKAN SEKOLAH
(MURID-MURID)
-
7/31/2019 Latest GERKO
18/55
TUGASAN GERKO
KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2012
18
PENGERUSI
PN. SITI NORKIAH ABDUL
TIMB. PENGERUSI
PN. RUHAIAH JUMAT
SETIAUSAHA
PN. ROSNAH MURAH
PEN. SETIAUSAHA
PN. NAPIAH ALI AMAT
BENDAHARI
PN. MARIATI AG. DAMIT
PENYELARAS BADAN
BERUNIFORM
EN. RAMLI KARIM
GURUPENASIHAT
PERGERAKAN PENGAKAP
PERGERAKAN PUTERI ISLAM
PER. BULAN SABIT MERAH
PERSATUAN TUNAS PUTERI
TUNAS KADET REMAJA
PENYELARAS KELAB DAN
PERSATUAN
PUAN JULIANI MOKTAR
GURUPENASIHAT
KELAB BAHASA INGGERIS
KELAB BAHASA MELAYU
KELAB KEWANGAN(MATEMATIK)
KELAB KEMBARA & BUMI HIJAU
PERSATUAN AGAMA ISLAM & j-QAF
KELAB KEBUDAYAAN
KELAB KOMPUTER
KELAB DOKTOR MUDAKELAB SPBT
PENYELARAS SUKAN DAN
PERMAINAN
EN. ALMAN JAIR
GURUPENASIHAT
KELAB BOLA JARING
KELAB PINGPONG
KELAB BOLA TAMPAR
KELAB BADMINTON
KELAB PERMAINANDALAM
KELAB BOLA SEPAK
SETIAUSAHA SUKAN
UST. NAWAWI EJAL
KETUA RUMAHSUKAN
OLAHRAGABOLA TAMPAR
BADMINTON
BOLA SEPAK
PING PONG
CATUR
RAGBI
AKUATIK/TERJUN
CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA KOKURIKULUM
SK KERUPANG 2012
-
7/31/2019 Latest GERKO
19/55
TUGASAN GERKO
KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2012
19
SENARAI NAMA GURU PENASIHAT AKTIVITI
KOKURIKULUM SK KERUPANG W.P. LABUAN 2012
USTAZ NORAZLANMAHMUD (KETUA)
EN. DURASAD EDRIS
PN. RUHAIAH JUMAT
EN. RAMLEE KARIM
PN. NURSYAFENAH J.ADONG
PN. KHATIJAH TAMIT
PN. JULIANI MOKTAR
EN. ALMAN JAIR
EN. MUSLIM MUSA
CIK JONG SIEW FUNG
PN. NAPIAH ALI AMAT
PN. HJH. SUKAH HJ. ISMAIL(KETUA)
PN. HJH NASIMAH OSMAN
USTZH. VIVI ERMAABDULLAH
PN. SARIMAH BUNGSU
USTZH NORAINI LATEH
USTZH SITI FATIMAHYAAKOB
PN. ARMI NONCHI
USTZH. SALMAH MATMALI
USTZH. HAMIZAH RIFAI
PN. RASINAH MATNOR(KETUA)
PN. SURIAH SUALIN
PN ROSMAH DANI
USTZH. HAMIDAH ALILMATAN
USTZH. HAFIZAH DAUD
PN. ROSNAH MURAH
PN. NORAILING VOO
PN. NERTY MILTON @YOPOK
EN. AHAD MOHD DAUD
BADAN BERUNIFORM
-
7/31/2019 Latest GERKO
20/55
TUGASAN GERKO
KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2012
20
BADAN BERUNIFORM
SENARAI NAMA GURU PENASIHAT AKTIVITI
KOKURIKULUM SK KERUPANG W.P. LABUAN 2012
PN. ROHANI AG. AHMAD(KETUA)
PN. SITI MARIAM AB AZIS
PN. FEIROUZ MOHD. NOORPN. ENGKU AZLINDA ENGKUMUDA
PN. MARYSIA JOHNY
CIK OOI KUN YEE
PN. SITI KHADIJAH DIN
PN. NOORHASLINDAMOHAMAD SHAFIE
EN. MOHD AZAM MOHD SANI(KETUA)
USTZH. NORHAFIZH LAMUDIN
EN. SABDIN JAPARUDINPN. SANIMAH TALI
PN. NORIZAN SALLEH
UST. NAWAWI EJAL
UST. IBRAHIM MAT
CIK NURASMAH ISHAK
-
7/31/2019 Latest GERKO
21/55
TUGASAN GERKO
KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2012
21
KELAB
BAHASAINGGER
IS PN. HJH.
NASIMAHOSMAN (KETUA)
PN. SITI MARIAMAB AZIS
PN. NERTYMILTON @YOPOK
PN. SANIMAHTALI K
ELABBAHASAMELAYU
PN. HJH. SUKAH
HJ. ISMAIL(KETUA)
PN. SARIMAHBUNGSU
PN. ROSMAHMOHD DANI
PN. NORIZANSALLEH K
ELAB
KEWANGAN
CIK OOI KUN
YEE CIK JONG SIEW
FUNG
EN. DURASADEDRIS
PN. JLIANIMOKTAR
KELAB DAN PERSATUAN
SENARAI NAMA GURU PENASIHAT AKTIVITI
KOKURIKULUM SK KERUPANG W.P. LABUAN 2012
KELABKEMBA
RA&BUMIHIJAU
EN. MUSLIMMUSA (KETUA)
EN. RAMLEEKARIM
PN. RASINAHMATNOR
UST. HJ.
NORAZLANMAHMOOD
KELABAGAMA
ISLAM
&j-QAF
USTZH. NORAINILATEH (KETUA)
USTZH. NORHAFIZAHLAMUDIN
USTZH. SITIFATIMAH
YAAKOB USTZH. SALMAH
MATMALI
UST. IBRAHIMMAT K
ELAB
SENIKEBUDAYAAN
PN. SITIKHADIJAH DIN(KETUA)
PN. NORAILINGVOO
PN. ARMINONCHI
P. MARYSIAJOHNY
PN.NOORHASLINDAMOHAMADSHAFIE
-
7/31/2019 Latest GERKO
22/55
TUGASAN GERKO
KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2012
22
KELAB
DOKTOR
MUDA
ENGKU AZLINDA
ENGKU MUDA(KETUA)
PN. NAPIAHAMAT
EN. ESMIT AMAT
USTZH. HAMIZAHRIFAI
KELAB
RUKUN
NEGARA
PN. SURIAH
SUALIN (KETUA)PN. KHATIJAHTAMIT
PN.NURSYAFEENAHJ. ADONG
CIK NUR ASMAHISHAK
KELAB
SPBT
USTZH. HAMIDAH
ALIL MATRAN(KETUA)
EN. ALMAN JAIR
USTZH. VIVIERMA ABDULLAH
PN. ROSNAHMURAH
KELAB DAN PERSATUAN
SENARAI NAMA GURU PENASIHAT AKTIVITI
KOKURIKULUM SK KERUPANG W.P. LABUAN 2012
KELAB
KOMPUTER
EN. MOHD AZAMMOHD. SANI(KETUA)
PN. FEIROUZMOHD NOR
PN. ROHANI AG.
AHMAD UST. NAWAWI
EJALKELABBIMBINGANDAN
KAUNSELING
EN. SABDINJAPARUDIN(KETUA)
USTZH.NORHAFIZAHDAUD
PN. NORSIAH MD.SALLEH
-
7/31/2019 Latest GERKO
23/55
TUGASAN GERKO
KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2012
23
EN. RAMLEE KARIM(KETUA)
EN. ALMAN JAIR
PN. NURSYAFEENAHJ. ADONG
USTZH. HAMIDAH ALLMATRAN
PN. ROSNAH MURAH
CIK NORASMAHISHAK
OLAHRAGA
PN. JULIANI MOTAR(KETUA)
PN. SARIMAHBUNGSU
PN. SITI KHADIJAHDIN
PN. NERTY MILTON @YOPOK
PN. ROHANI AG.AHMAD
PN. KHATIJAH TAMITBOLA JARING
EN. SABDINJAPARUDIN (KETUA)
UST. NORAZLANMAHMOOD
UST. IBRAHIM MAT
USTZH. SITI FATIMAHYAAKOB
PN. SANIMAH TALI
BOLA SEPAK
SUKAN DAN PERMAINAN
SENARAI NAMA GURU PENASIHAT AKTIVITI
KOKURIKULUM SK KERUPANG W.P. LABUAN 2012
USTZH. VIVI ERMAABDULLAH (KETUA)
PN. ENGKU AZLINDAENGKU MUDA
PN. NORIZANSALLEH
USTZH. NORAINILATEH
USTZH. SALMAHMATMALI
PN. NORSIAH MDSALLEH
PING PONG
UST. NAWAWI EJAL
EN. MUSLIM MUSA
PN. RASINAHMATNOR
PN. MARYSIA JOHNY
PN. SURIAH SUALIN
EN. DURASAD EDRIS
EN. AHAD MOHD.DAUD
BOLATAMPAR
USTZH. NOHAFIZAHLAMUDIN (KETUA)
CIK OOI KUN YEE
PN. NAPIAH ALI AMAT
USTZH.NORHAFIZAH DAUD
CIK JONG SIEWFUNG
PN. NOORHASLINDAMOHAMAD SHAFIE
USTZH. HAMIZAHRIFAI
BADMINTON
EN. MOHD AZAMMOHD. SANI(KETUA)
PN. ROSMAH DANI
PN. HJH. SUKAHHJ. ISMAIL
PN. ARMI NONCHI
PN. SITI MARIAMAB AZIS
PN. FEIROUZ MATNOOR
PERMAINANDALAM
-
7/31/2019 Latest GERKO
24/55
TUGASAN GERKO
KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2012
24
SENARAI NAMA GURU RUMAH SUKAN
SK KERUPANG W.P. LABUAN 2012
- EN. MOHD AZAM MOHD SANI (KETUA)
- UST. IBRAHIM MAT
- PN. KHADIJAH TAMIT
- PN. HJH. SUKAH HJ. ISMAIL
- PN. ROHANI AG. AHMAD
- PN. JULIANI MOKTAR
- USTZH. SITI FATIMAH YAACOB
PN. ENGKU AZLINDA ENGKU MUDA
USTZH. NORHAFIZAH MOHD DAUD
- USTZH. SALMAH MATMALI
- USTZH. HAMIZAH RIFAI
- EN. MUSLIM MUSA (KETUA)
- EN. RAMLI KARIM
- CIK OOI KUN YEE
- CIK JONG SIEW FUNG
- PN. NORAILING VOO
- PN. NURSHAFHEENA J. ADONG
- USTZH. VIVI ERMA ABDULLAH
- PN. SITI MARIAM AB. AZIS
- PN. SANIMAH TALI- USTZH. HAMIDAH ALIL MATRAN
- CIK NUR ASMAH ISHAK
SENARAI NAMA GURU RUMAH SUKAN
SK KERUPANG W.P. LABUAN 2012
-
7/31/2019 Latest GERKO
25/55
TUGASAN GERKO
KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2012
25
- EN. ALMAN JAIR (KETUA)
- EN. DURASAD EDRIS
- PN. NASIMAH OSMAN
- USTZH. NOOR AINI LATEH
- PN. SARIMAH BUNGSU- PN . NORSIAH BUNGSU
- PN. MARYSIA JOHNY
- USTZH. NORHAFIZAH LAMUDIN
- PN. NORIZAN SALLEH
- PN. SITI KHADIJAH DIN
- PN. ARMI NONCHI
- EN. SABDIN JAPARUDIN (KETUA)
- PN. FEIROUZ MD. NOOR
- PN. NOORHASLINDA MOHAMAD SHAFIE
- PN. ROSMAH DANI
- PN. SURIAH SUALIN
- PN. NAPIAH ALI AMAT
- PN. RASINAH MAT NOR
- PN. NERTY MILTON @ YOPOK- PN. ROSNAH MURAH
- EN. AHAD MOHD DAUD
SENARAI NAMA GURU RUMAH SUKAN
SK KERUPANG W.P. LABUAN 2012
-
7/31/2019 Latest GERKO
26/55
TUGASAN GERKO
KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2012
26
1.0 STATUS PELAKSANAAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH
Sebagai sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan, maka pelaksanaan
kokurikulum di sekolah adalah wajib.6
Kegagalan atau keengganan melaksanakankegiatan kokurikulum di sekolah adalah suatu kesalahan dan apabila disabitkan
boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh
tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.7
Jika kesalahan itu dilakukan secara berterusan, maka apabila disabitkan
sedemikian, seseorang itu dikenakan hukuman denda harian yang tidak melebihi
lima ratus ringgit sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang boleh
dikenakan kepadanya di bawah Akta ini berkenaan dengan kesalahan itu, bagi
setiap hari kesalahan itu terus dilakukan.8
1.1 PENGUATKUASAAN AKTA PENDIDIKAN 1996
Dalam Warta Kerajaan Bertarikh 21hb Mei 1998, Jilid 42. No. 11
Tambahan No.41, Perundangan (A), P.U (A) 196. AKTA PENDIDIKAN 1996 ada
dinyatakan;
PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN SEKOLAH) 1998
Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 130 Akta Pendidikan 1996,
Menteri membuat peraturan yang berikut:
1. Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Pendidikan
(Persatuan Sekolah) 1998 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada 21 Mei
1998.
6Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)
7Subseksyen 135(1) Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)
8Subseksyen 135(2) Akta 550
-
7/31/2019 Latest GERKO
27/55
TUGASAN GERKO
KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2012
27
2. Peraturan-peraturan ini adalah terpakai bagi sekolah kerajaan dan sekolah
bantuan kerajaan.
3. Dalam Peraturan-Peraturan ini:-
Guru besar atau Pengetua ertinya pegawai dalam Perkhidmatan
Pendidikan yang dilantik oleh Ketua Pengarah Pendidikan untuk mengurus
sekolah;
Jawatankuasa ertinya sekumpulan orang yang dilantik atau dipilih untuk
menjalankan tugas persatuan sekolah;
Penasihat ertinya guru yang dilantik oleh Guru Besar atau Pengetua untuk
memberi nasihat kepada persatuan sekolah;
Persatuan Sekolah ertinya apa-apa kelab atau persatuan murid dan guru
sekolah;.
4. Guru Besar atau Pengetua, setelah menerima permohonan secara bertulis,
hendaklah menubuhkan persatuan sekolah daripada kategori yang berikut:-
(a) Mata pelajaran yang diajar di sekolah sebagaimana yang dinyatakan
dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997;
(b) Hobi dan rekreasi;
(c) Sukan dan permainan;
(d) Badan beruniform; atau
(e) Apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh Pendaftar.
5. (1) Jawatankuasa tiap-tiap persatuan sekolah hendaklah
mengemukakan secara bertulis kepada Guru Besar atau Pengetua,
laporan yang lengkap mengenai perkara-perkara berikut:-
(a) perlembagaan persatuan;
(b) senarai ahli jawatankuasa;
(c) senarai aktiviti utama persatuan.
-
7/31/2019 Latest GERKO
28/55
TUGASAN GERKO
KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2012
28
(2) Laporan itu hendaklah dikemukakan dalam tempoh empat belas hari
mula berkuatkuasanya Peraturan-Peraturan ini atau dalam hal persatuan
yang ditubuhkan selepas Peraturan-Peraturan ini berkuatkuasa, dalam
tempoh empat belas hari selepas mesyuarat pertama persatuan
tersebut.
(3) Perlembagaan dan peraturan persatuan sekolah hendaklah diluluskan
oleh Guru Besar atau Pengetua.
6. (1) Jawatankuasa tiap-tiap persatuan sekolah hendaklah
mengemukakan secara bertulis kepada Guru Besar atau Pengetua,
laporan yang lengkap mengenai apa-apa perubahan dalam
perlembagaan, peraturan, jawatankuasa atau ahli persatuan.
(2) Laporan itu hendaklah dikemukakan dalam tempoh empat belas hari dari
tarikh yang laporan tentang perubahan itu dibuat, dan hendaklah
disahkan dengan tandatangan pengerusi dan setiausaha persatuan
berkenaan.
(3) Guru Besar atau Pengetua boleh, menerima atau enggan untuk
menerima perubahan yang dinyatakandalam subperaturan (1).
7. Guru Besar atu Pengetua hendaklah menyimpan atau menyebabkan
disimpan suatu rekod tentang ahli-ahli persatuan sekolah dalam tempoh tiga
puluh hari selepas berkuatkuasanya Peraturan-Peraturan ini dan hendaklah
sedia ada bagi pemeriksaan oleh Pendaftar.
8. Guru Besar atau Pengetua hendaklah melantik seorang atau beberapa orang
guru untuk bertindak sebagai penasihat atau penasihat-penasihat bagi setiap
persatuan sekolah dan Guru Besar atau Pengetua itu hendaklah menyimpan
atau menyebabkan disimpan suatu rekod bertulis tentang maklumat itu dan
hendaklah sedia ada bagi pemeriksaan oleh Pendaftar.
-
7/31/2019 Latest GERKO
29/55
TUGASAN GERKO
KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2012
29
9. (1) Akaun bagi tiap-tiap persatuan sekolah hendaklah di bawah
kawalan Guru Besar atau Pengetua atau Guru Penasihat.
(2) Guru Besar atau Pengetua hendaklah menyimpan atau menyebabkansupaya disimpan suatu akaun yang sewajarnya dan hendaklah
menyimpannya dibawah jagaannya bagi tempoh tidak kurang dari enam
bulan setelah berakhir tiap-tiap tahun kewangan dan hendaklah sedia
ada bagi pemeriksan oleh Pendaftar.
10. Pendaftar, Guru Besar atau Pengetua boleh, mengarahkan mana-mana
persatuan sekolah mematuhi peraturan tentang pengurusan, aktiviti, keahlian
atau yang selainnya berkenaan dengan persatuan itu.
12. (1) Pendaftar, Guru Besar atau Pengetua boleh, secara bertulis
mengarah mana-mana persatuan sekolah dibubarkan jika dia berpuas hati
bahawa persatuan itu mungkin digunakan bagi maksud:-
a. Yang tidak memberi manfaat kepada murid dan guru;
b. Propaganda politik yang memudaratkan kepentingan Malaysia
atau awam;
c. Yang memudaratkan kepentingan murid; atau
d. Yang melanggar mana-mana peruntukan Peraturan-peraturan ini.
(2) Tiap-tiap arahan yang dibuat di bawah subperaturan (1) atau peraturan
10 hendaklah disiarkan dengan menampalkan suatu salinan
mengenainya di papan kenyataan sekolah atau mana-mana tempat
yang boleh dilihat di premis sekolah.
-
7/31/2019 Latest GERKO
30/55
TUGASAN GERKO
KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2012
30
1.2 LAPORAN JAWATANKUASA KABINET MENGKAJI PELAKSANAAN DASAR
PELAJARAN 7hb NOVEMBER 1979 TELAH MEMPERAKUKAN
Perkara 50. Semua murid hendaklah digalakkan supaya mengambil bahagian
secara lebih aktif dalam kegiatan kokurikulum. Guru-guru
hendaklah didedahkan kepada pendekatan yang menarik dalam
pengendalian kegiatan-kegiatan kokurikulum apabila mereka menjalani
kursus latihan perguruan. Guru-guru yang telah banyak berjasa
dalam kegiatan kokurikulum hendaklah diberi pengiktirafan yang
sewajarnya.
Perkara 51. Untuk meninggikan lagi mutu kegiatan pasukan pakaian seragam di
sekolah-sekolah, maka adalah diperakukan supaya guru-guru yang
memimpin pasukan tersebut hendaklah terdiri dari mereka yang telah
menerima latihan kepimpinan dan pengendalian dalam pergerakan-
pergerakan tersebut.
Perkara 52. Memandangkan latihan Pasukan Kadet Tentera dan Pasukan Kadet
Polis adalah sangat berfaedah untuk menyemai semangat disiplin
dan berdikari, maka adalah diperakukan supaya pasukan-pasukan
tersebut hendaklah diperluaskan keseberapa banyak yang boleh.
Perkara 53. Untuk menjamin supaya persatuan-persatuan atau kelab-kelab di
sekolah-sekolah dapat memainkan peranan dalam pembentukan
perpaduan di kalangan murid-murid, adalah diperakukan bahawa:
1. Sekolah-sekolah digalakkan menubuhkan persatuan/kelab yang
boleh mendatangkan faedah kepada murid-murid. Pemilihan
persatuan/kelab yang hendak ditubuhkan itu hendaklah
-
7/31/2019 Latest GERKO
31/55
TUGASAN GERKO
KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2012
31
berasaskan kepada kemudahan yang ada dengan suasana dan
persekitaran serta keperluan tempatan.
2. Persatuan Bahasa seperti Persatuan Bahasa Malaysia, Persatuan
Bahasa Inggeris, Persatuan Bahasa Cina, Persatuan Bahasa
Tamil dan sebagainya hendaklah ditubuhkan dengan tujuan untuk
menyemai, memupuk dan menanam minat murid-murid dan
meningkatkan kemajuan mereka dalam penggunaan sesuatu
bahasa. Murid-murid dari berbagai kaum hendaklah juga
digalakkan menyertai persatuan bahasa selain daripada
persatuan bahasa ibunda mereka sendiri.
Perkara 54. Untuk memastikan kegiatan sukan dan olahraga dapat mencapai
matlamat yang ditentukan adalah diperakukan:
1. Sekolah-sekolah hendaklah mengadakan senaman beramai-
ramai yang melibatkan penyertaan semua murid. Pertandingan
senaman beramai-ramai diantara pasukan-pasukan di sesebuah
sekolah dan diantara sekolah-sekolah hendaklah dijalankan.
2. Permainan-permainan di sekolah seberapa yang boleh hendaklah
melibatkan penyertaan murid yang ramai seperti dalam
perlumbaan merentas desa, jalan kaki dan sebagainya. Di
samping itu mereka yang hendak diberikan latihan atau
kemahiran peringkat tinggi hendaklah dilayani juga.
3. Kegiatan sukan dan olahraga di peringkat sekolah, daerah,
negeri dan kebangsaan hendaklah terus dipergiatkan supaya
-
7/31/2019 Latest GERKO
32/55
TUGASAN GERKO
KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2012
32
matlamat perpaduan di antara murid-murid berbilang kaum dan
lapisan masyarakat dapat dicapai.
Perkara 55. Adalah diperakukan bahawa semua sekolah memperkemaskan lagi
program program kokurikulum dan dalam pelaksanaan program-program
ini keutamaan hendaklah diberikan kepada kegiatan-kegiatan yang boleh
memupuk disiplin dikalangan murid-murid. Di samping itu guru-guru
yang mengendalikan kegiatan kokurikulum hendaklah diberi
pengiktirafan yang sewajarnya supaya mereka lebih bergiat lagi
terutama dari segi penyeliaan.
-
7/31/2019 Latest GERKO
33/55
TUGASAN GERKO
KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2012
33
1.0 PERATURAN-PERATURAN GERKO
Dengan berpandukan kepada BUKU PANDUAN PENGURUSAN GERAK KERJA
KOKURIKULUM SEKOLAH RENDAH yang telah dikeluarkan oleh pihak
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 1985, adalalah dimaklumkan bahawa :
PIHAK SEKOLAH BOLEH MENYEDIAKAN GARIS PANDUAN DAN PERATURAN
GERAK KERJA KOKURIKULUM seperti :-
1. Keahlian/Penyertaan
1.1 Tiap-tiap seorang murid dikehendaki mengambil bahagian dalam
gerak kerja kokurikulum sekolah iaitu :-
Komponen A....................Persatuan Akademik
Komponen B.....................Kelab Permainan
Komponen C.....................Pasuakan Pakaian Seragam
1.2 Setiap murid Tahap 2: (Tahun 4,5 dan 6) dikehendaki melibatkan
diri dengan ketiga-tiga komponen kegiatan kokurikulum tersebut.
2. Kedatangan
Kedatangan adalah WAJIB, setiap murid adalah dikehendaki hadir dan
menyertai kegiatan yang dirancangkan.
3. Pakaian
Semasa menghadiri setiapa kegiatan, setiap orang murid hendaklah
memakai pakaian seragam sekolah ATAU pakaian yang sesuai untuk
krgiatan bersukan ATAU pakaian seragam bagi unit pakaian seragam.
4. Keselamatan dan Disiplin
Setiap oarang murid hendaklan mematuhi segala peraturan sekolah,
peraturan gerak kerja kokurikulum sekolah.
-
7/31/2019 Latest GERKO
34/55
TUGASAN GERKO
KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2012
34
5. Kad Pelaporan Kokurikulum
Kad Pelaporan ini hendaklah dibawa pada setiap kali murid menghadiri
gerakkerja kokurikulum yang dilibati dan hendaklah diserahkan kepada
guru penasihat untuk ditandatanganinya.
6. Penggunaan Kemudahan dan Alatan
Setiap murid adalah tanggungjawab bagi menjaga dan manjamin
kemudahan dan peralatan sekolah yang digunakan itu dalam keadaan
baik.
7. Perjalanan Gerakerja Kokurikulum
Setiap persatuan/ kelab hendaklah mempunyai perlembagaan sendiri
yang diluluskan oleh Guru Besar.
1.1 Kegiatan Kokurikulum Yang Dirancang di Peringkat Sekolah Rendah.
1. Komponen A
- Persatuan Agama Islam
- Persatuan Bahasa Melayu
- Persatuan Bahasa Inggeris
- Persatuan Sains dan Matematik
2. Komponen B
- Sofbol
- Bola Baling
- Bola Sepak
- Bola Jaring
3. Komponen C
- Pengakap
- Bulan Sabit Merah
-
7/31/2019 Latest GERKO
35/55
TUGASAN GERKO
KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2012
35
1.2 Pelaporan
1. Pelaporan ialah penyampaian rekod maklumat tentang penglibatan
murid. dalam gerak kerja kokurikulum sekolah.
2. Tujuan Pelaporan ialah untuk :
2.1 Merekod maklumat berkenaan dengan peyertaan murid dalam
bidang Gerak Kerja Kokurikulum.
2.2 Mengadakan laporan yang seragam untuk ibubapa dan penjaga
mengenai kegiatan murid dalam Gera Kerja Kokurikulumnya.
3. Pihak sekolah adalah bertanggungjawab bagi menyediakan Kad
Pelaporan Gerakerja Kokurikulum.
1.3 MESYUARAT
Mesyuarat Gerakerja Kokurikulum hendakalah diadakan sekurang-kurangnya
dua kali setahun (awal tahun dan akhir tahun) dimana laporan perkembangan
tiap-tiap gerakerja dinilai dan dikaji untuk tindakan selanjutnya. Mesyuarat ini
hendaklah diadakan bersama Guru Besar dan Penyelaras Kokurikulum.
-
7/31/2019 Latest GERKO
36/55
TUGASAN GERKO
KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2012
36
2.0 PERLEMBAGAAN : UNIT BERUNIFORM, PERMAINAN,
PERSATUAN/ KELAB
2.1 NAMA
1.1 Persatuan ini dinamakan (Unit Beruniform, Permaianan,
Persatuan/Kelab)
..
2.2 ALAMAT
2.1 Alamat sekolah
2.3 TUJUAN
Tujuan persatuan ini antara lain adalah untuk :
3.1 ......
3.2 ..
3.3 ..
3.4 ..
3.5 ..
2.4 KEAHLIAN
2.4.1 Keahlian bagi persatuan ini terbuka kepada semua pelajar ini yang
belajar di Tahap 2 : Tahun 4, 5 dan 6.
2.4.2 Tanggungjawab Ahli :
a. Setiap ahli mematuhi hak bersara dalam menentukan sesuatu
keputusan
-
7/31/2019 Latest GERKO
37/55
TUGASAN GERKO
KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2012
37
b. Ahli-ahli bertanggungjawab dalm memerhati dan mengambl
tindakan yang berlunaskan perlembagaan supaya Persatuan ini
bergerak dengan giat mengikut Perlembagaan.
c. Ahli-ahli berhak menyemak hal-hal kewangan Persatuan untuk
memastikan tidak berlaku penyelewengan
d. Setiap ahli Persatuan DIWAJIBKAN hadir atau mengambil
bahagian dalam segala bentuk aktiviti yang dianjurkan.
e. Mereka yang tidak dapat berbuat demikian hendakalah
memberitahu Guru .
f. Penasihat dengan memberi sebab-sebab yang munasabah.
2.5 Pentadbiran
2.5.1 PENAUNG : Guru Besar
2.5.2 PENASIHAT : Beberapa orang guru dilantik oleh Guru Besar
sebagai Guru Penasihat. Seorang daripadanya
sebagai ketua, manakala yang lainnya membantu.
Guru Penasihat berperanan mengendalikan
perjalanan persatuan.
2.5.3 AJK : Persatuan ini ditadbirkan oleh AJK Persatuan
yang
dipilih dalam Mesyuarat Agong Tahunan yang
diadakan pada awal sesi persekolahan setiap tahun.
Jawatankuasa tersebut terdiri daripada
i Pengerusi :
ii Naib Pengerusi :
-
7/31/2019 Latest GERKO
38/55
TUGASAN GERKO
KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2012
38
iii Setiausaha :
iv AJK :
2.6 Yuran
Setiap ahli dikenakan yuran sebanyak RM ____setahun dan wang itu dikutip
melalui Bendahari Persatuan.
2.7 Kumpulan Wang
Kumpulan atau yuran hanya boleh digunakan untuk aktiviti Persatuan.
Persatuan berhak menerima sumbangan dalam bentuk wang atau lain-lain dari
mana-mana pihak .
2.8 Mesyuarat
2.8.1 Mesyuarat Agong Tahunan diadakan pada ____________persekolahan
atau pada satu tarikh yang sesuai yang diputuskan oleh AJK dan Guru
Penasihat
2.8.2 Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan diadakan sekurang-kurangnya dua
bulan sekali atau bile-bile masa diperlukan.
2.8.3 Mesyuarat Agong Tahunan hanya sah apabila dua pertiga dari ahli-ahli
hadir
2.8.4 Menghadiri mesyuarat pada masa-masa yang ditentukan adalah wajib
kepada ahli-ahli kecuali atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
2.8.5 Pengumuman setiap mesyuarat hendaklah dibuat sekurang-kurangnya
sehari sebelum mesyuarat diadakan.
-
7/31/2019 Latest GERKO
39/55
TUGASAN GERKO
KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2012
39
2.9. Pindaan Perlembagaan
2.9.1 Pindaan kepada Perlembagaan ini boleh dilakukan pada bila-bila masa
yang diperlukan atas nasihat Guru Besar atau Guru PenasihatPersatuan.
-
7/31/2019 Latest GERKO
40/55
TUGASAN GERKO
KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2012
40
3. 0 SKEMA PELAKSANAAN KOKURIKULUM
Menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan dan Penyelarasan
Kokurikulum Sekolah.
Menubuhkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah. {Rujuk
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985 bertarikh 2hb. Januari 1985}
Merumus dan menetapkan visi dan misi kegiatan kokurikulum
sekolah dan menghebahkannya kepada guru-guru dan pelajar-pelajar. (Visi dan misi sekolah dalam bidang kokurikulum
ditetapkan dalam mesyuarat bersama di antara Jawatankuasa
Pengurusan dan Penyelarasan Kokurikulum Sekolah dengan
Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah).
Menubuhkan Jawatankuasa Kerja Pengurusan dan Penyelarasan
Kegiatan Kokurikulum yang terdiri daripada guru-guru penasihat
persatuan/kelab, pasukan pakaian seragam, dan
sukan/permainan.
Mengkaji dan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dalam
pelaksanaan kegiatan kokurikulum pada tahun-tahun sebelumnya
dan merumuskan dasar, pendekatan dan kaedah baru
pelaksanaan.
Memberi taklimat kepada guru-guru tentang dasar, pendekatan
dan kaedah baru pelaksanaan kokurikulum yang telah
dirumuskan.
-
7/31/2019 Latest GERKO
41/55
TUGASAN GERKO
KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2012
41
Menyediakan keperluan asas pentadbiran (termasuklah fail;
dokumen-dokumen rujukan berkaitan prosedur, undang-undang
atau peraturan dan tatacara pelaksanaan; kurikulum kegiatan;
borang-borang penilaian; dan sijil-sijil).
Menyediakan atau memperolehi keperluan prasarana dan
kemudahan-kemudahan asas.
Mengenalpasti keupayaan sekolah dari aspek pelaksanaan,
seperti sumber tenaga dan kepakaran, kesesuaian persekitaran,
sumber bantuan dan kewangan, dan kecendorongan pelajar.
Memperolehi dan mengemaskini inventori , bekalan pejabat, dan
harta modal bidang kokurikulum.
Menyediakan perancangan dan jadual tahunan (takwim) kegiatan
kokurikulum sekolah.
Menubuhkan persatuan/kelab/badan beruniform dan melantik
guru-guru penasihat.9
Menyediakan kurikulum kegiatan setiap persatuan/kelab.
Melaksanakan kursus-kursus pengurusan kokurikulum kepadas
guru-guru.
Menyelaraskan kegiatan atau aktiviti persatuan/kelab/badan
beruniform berdasarkan objektif/matlamat setiap
9Peraturan-peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan bertarikh 21
Hb. Mei 1998 Jil. 42/No. 11 : PU (A) 196
-
7/31/2019 Latest GERKO
42/55
TUGASAN GERKO
KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2012
42
persatuan/kelab/badan beruniform berkenaan, rangka
perancangan kokurikulum sekolah, dan jadual aktiviti kokurikulum
peringkat daerah dan negeri.
Memantau dan menyelia pelaksanaan kegiatan kokurikulum.
Menyedia, mengumpul dan menyemak dokumentasi pelaksanaan
oleh setiap persatuan/kelab, badan beruniform dan
persatuan/kelab sukan dan permainan.
Melaksanakan Skema Penilian Aktiviti Kokurikulum untuk setiap
pelajar.
Merancang dan melaksanakan kursus-kursus kejurulatihan.
Meneroka dan mewujudkan peluang-peluang penyertaan dan
penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum di peringkat
daerah, negeri, kebangsaan dan antara bangsa.
Menyediakan laporan Tahunan Kokurikulum.(Lampiran Laporan)
4.0 PRINSIP PELAKSANAAN KOKURIKULUM
Menyediakan ruang, peluang, kesempatan, dan kemudahan
pembelajaran yang menarik, menyeronokkan, dan merentasi
kurikulum, bagi membantu murid/pelajar mengikuti, melalui, dan
mengalami alam persekolahan dalam keadaan selesa, selamat, dan
sejahtera dengan pewujudan iklim, budaya, dan persekitaran sekolah
yang kondusif, ceria dan bersih;
-
7/31/2019 Latest GERKO
43/55
TUGASAN GERKO
KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2012
43
Merancang, menganjur, dan mengelolakan kegiatan kokurikulum yang
berbentuk aktiviti bagi tujuan mempelbagaikan pengalamanpembelajaran dan persekolahan murid/pelajar dalam usaha untuk
melengkapkan dan memantapkan lagi pelaksanaan program akademik
dan menjadikannya lebih berkaitan dan relevan dengan alam dan
kehidupan di luar sekolah.
Dalam semua program kokurikulum penekanan diberi kepada
pemerolehan dan peningkatan ilmu dan kemahiran baru, dan
pemupukan sikap positif dan nilai-nilai murni kemanusiaan dan
keinsanan demi meningkatkan kualiti sahsiah, disiplin, ketahanan diri,
daya saing, dan kesejahteraan diri murid/pelajar dan masyarakat.
Dalam semua program kokurikulum penekanan diberi secara sedar
kepada usaha bersepadu ke arah memperkukuhkan semangat
patriotisme, dan semangat perpaduan antara kaum dan wilayah bagi
kesejahteraan masyarakat, bangsa, dan negara.
Menyediakan peluang, ruang, dan kemudahan yang mencukupi
dengan mempelbagaikan program dan aktiviti kokurikulum bagi
membolehkan penyertaan murid/pelajar secara beramai-ramai;
penyertaan seramai mungkin murid-murid terpilih; dan peragaan murid
kepada khalayak yang lebih ramai dan terbuka.
-
7/31/2019 Latest GERKO
44/55
TUGASAN GERKO
KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2012
44
5.0 PANDUAN KESELAMATAN DAN PERATURAN DI PADANG
Pakai pakaian sukan atau pakaian yang sesuai sahaja ketika menjalankan
aktiviti jasmani atau senaman di padang.
Sentiasa berhati-hati dan berwaspada ketika menjalankan aktiviti jasmani yang
lasak serta tidak memaksa diri untuk melakukan aktiviti yang di luar had
kemampuan.
Jaga kebersihan padang, kutip dan buang sampah ke dalam tong sampah atau
sebagainya.
Dinasihatkan memakai kasut ketika menjalankan aktiviti sukan atau senaman
bagi mengelakkan berlakunya sebarang kecederaan.
Tidak dibenarkan bermain di padang sewaktu hujan.
Dilarang berkeliaran di padang selain waktu matapelajaran pendidikan
jasmani, ketika sukan atau aktiviti yang dibenarkan pihak sekolah.
Sila beratur setiap kali datang ke padang dan setelah selesai aktiviti sukan.
Tidak digalakkan membawa barang kemas atau barang berharga ke padang
untuk mengelakkan sebarang kecurian dan kehilangan.
Penjagaan bagi peralatan sukan yang telah digunakan adalah wajib. Sila
kembalikan ke tempat asal setelah digunakan.
Dilarang menggunakan padang oleh orang luar selain murid, guru dan
kakitangan sekolah tanpa kebenaran pihak sekolah.
-
7/31/2019 Latest GERKO
45/55
TUGASAN GERKO
KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2012
45
Laporkan segera kepada guru bertugas sekiranya berlaku sebarang
kecemasan atau kehilangan untuk tindakan selanjutnya.
Tanamkan semangat kesukanan ketika di padang, sentiasa berdisiplin dan
mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
-
7/31/2019 Latest GERKO
46/55
TUGASAN GERKO
KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2012
46
1.0 PENTAKSIRAN GERAK KERJA KOKURIKULUM
Gerak Kerja Kokurikulum merupakan suatu program yang terancang. Justeru,
tidak hairanlah sekiranya penglibatan serta keaktifan murid diambil kira. Pergerakan
ini dapat dikesan melalui Sistem Maklumat Kokurikulum (Curiculum Information
System). Sistem ini mengandungi rekod tentang maklumat peribadi murid, jenis
bidang kokurikulum yang diceburi dan tahap pencapaian mereka bagi setiap item yang
diambil kira.
Seperti yang telah dinyatakan di dalam Buku Panduan Kokurikulum, penilaian
pencapaian kokurikulum murid dikira daripada aspek-aspek yang berikut :-
BIL ASPEK PENILAIAN % MARKAH
1 Kehadiran 50
2 Pencapaian 20
3 Penglibatan 20
4 Jawatan 10
JUMLAH 100
Berdasarkan jadual di atas, peratusan kehadiran meliputi separuh markah
daripada jumlah markah penilaian. Ini bertujuan untuk menggalakkan murid-murid
sentiasa menghadiri aktiviti kokurikulum pada setiap minggu. Kehadiran murid dikesan
melalui Kad Laporan Kehadiran murid-murid yang ada pada setiap murid. Selain itu,
pencapaian murid dalam peringkat Sekolah/ Zon /Daerah / Negeri dan Antarabangsa
turut menyumbang markah kepada pencapaian kokurikulum mereka. Markah aspek
penglibatan pula diberikan kepada semua ahli berdasarkan sumbangan dan komitmen
mereka di dalam setiap aktiviti yang dianjurkan oleh setiap Unit Beruniform, Persatuan
dan Kelab serta Sukan dan Permainan yang mereka sertai. Murid-murid yang
mempunyai jawatan dalam sesuatu kegiatan kokurikulum akan mendapat markah
sehingga 10 peratus oleh guru-guru penilai.
-
7/31/2019 Latest GERKO
47/55
TUGASAN GERKO
KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2012
47
Selain itu, markah bonus akan diberi berdasarkan sesuatu jawatan kepimpinan
yang disandang oleh murid dan jawatan tersebut bertujuan membantu pengurusan
dan pentadbiran sekolah. Markah bonus yang ditetapkan adalah seperti berikut :-
BIL JAWATAN MARKAH BONUS
1 Ketua Murid 10
2 Timbalan / Penolong Ketua Murid 8
3 Pengawas Sekolah 7
4 Pengawas Perpustaaan 6
5 Badan-badan Tertentu 5
6 Ahli jawatankuasa termasuk penolong ketua/pengerusi/ setiausaha/ bendahari/ bagi
badan-badan dalam komponen aktiviti
kokurikulum
3
7 Ketua Kelas 2
8 Penolong Ketua Kelas 1
Pada setiap hujung tahun, Guru Penolong Kanan Kokurikulum akan membuatanalisis pemarkahan pencapaian kokurikulum bagi setiap murid. Bagi murid tahun 6
pula, satu laporan pencapaian kokurikulum akan dikeluarkan. Laporan ini
mengandungi maklumat terperinci mengenai jenis kegiatan kokurikulum yang disertai
sepanjang tahun berkenaan. Satu sampel laporan pencapaian kokurikulum murid
dilampirkan sebagai rujukan. Sampel ini merupakan sampel murid cemerlang
kokurikulum yang telah mendapat markah dan gred keseluruhan cemerlang iaitu 86%,
gred A. Markah pencapaian kokurikulum adalah penting kepada murid tahun enam
terutamanya kerana ini menjadi nilai tambah bagi mereka untuk mendapatkan tempat
di sekolah berasrama penuh kelak.
-
7/31/2019 Latest GERKO
48/55
TUGASAN GERKO
KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2012
48
1.0 Huraian Aktiviti Kokurikulum Yang Dijalankan di Sekolah Kebangsaan
Kerupang.
Aktiviti kokurikulum yang dijalankan di SK Kerupang adalam mengikutgaris panduan yang telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sekolah ini aktif terlibat di dalam kejohanan sukan serta pertandingan-
pertandingan yang diadakan samada di peringkat negeri mahupun
kebangsaan.
Aktiviti Kokurikulum yang diadakan di SK Kerupang dijalankan pada
setiap hari Rabu selepas waktu pengajaran dan pembelajaran bermula jam 1
petang sehingga 2.30 petang. Guru Penolong Kanan Kokurikulum akan
melakukan pantauan pada hari tersebut agar setiap aktiviti berjalan dengan
lancar. Setiap bidang diselang selikan gilirannya pada setiap minggu.
Gerak kerja kokurikulum yang dijalankan di SK Kerupang adalah meliputi
tiga bidang seperti yang telah diterangkan di dalam Buku Panduan Gerak Kerja
Kokurikulum iaitu Unit Beruniform, Persatuan dan Kelab serta Sukan dan
Permainan. Seperti yang telah dilampirkan di bahagian Komponen / Bidang,
Struktur dan Carta Organisasi Kokurikulum Sekolah, terdapat enam buah Unit
Beruniform berjaya ditubuhkan dengan penyertaan murid yang
memberangsangkan. Diikuti dengan 11 jenis Persatuan dan Kelab serta tujuh
jenis Sukan dan Permainan. SK Kerupang telah diamanahkan untuk menjadi di
antara sekolah perintis bagi Kelab Doktor Muda yang dikelolakan oleh
Kementerian Kesihatan W.P Labuan dengan pantauan Jabatan Pendidikan.
Pada bulan 10, 12, 13 dan 14 April 2012 yang lalu, SK Kerupang telah
menyertai Kejohanan Balapan dan Padang Sekolah-sekolah kali ke-12
MSSWPL 2012 yang berlansung di Kompleks Sukan Labuan. Sebanyak 17
buah sekolah rendah dan 9 buah sekola menengah di seluruh Labuan telah
menyertai kejohanan tersebut. Kejohanan yang berlansung selama seminggu
ini mempertandingkan pelbagai acara balapan dan padang seperti acara 100
-
7/31/2019 Latest GERKO
49/55
TUGASAN GERKO
KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2012
49
meter, 3000 meter, 4x100 meter larian lelaki dan perempuan, lompat tinggi,
lompat jauh, lontar peluru dan banyak lagi.
Para atlet diberi latihan yang secukupnya oleh jurulatih masing-masingsebelum hari perlawanan bermula. SK Kerupang berjaya mendapat 1 perak
dan 3 gangsa pada kejohanan ini. Menang atau kalah bukan ukuran, tetapi
yang paling penting, pengalaman ini dapat memupuk semangat juang, disiplin
yang tinggi, persefahaman, kerjasama dan semangat setiakawan di dalam diri
setiap para atlet.
Selain aktiviti sukan, SK Kerupang turut menyertai Majlis Tilawah dan
Tadarus Al-Quran peringkat Wilayah Persekutuan Labuan pada Mac 2012 yang
lalu. SK Kerupang telah mendapat berjaya menjadi naib johan bercerita lelaki
dan naib johan hafazan lelaki. Disertakan di bahagian lampiran senarai
pencapaian kokurikulum SK Kerupang bagi semester 1 (Bulan Jan-Mei 2011) .
1.2 Kelebihan
Kegiatan kokuriklum merupakan satu program penting bagi
membangunkan potensi pelajar secara menyeluruh. Secara umum kegiatan
kokurikulum yang sedia ada berjaya membentuk disiplin pelajar serta
meningkatkan minat mereka terhadap pembelajaran. Oleh yang demikian,
setiap sekolah harus menitikberatkan aktiviti kokurikulum ini tanpa
mengabaikan kurikulum.
SK Kerupang merupakan sekolah bertuah kerana dikurniakan guru-guru
yang berdedikasi dan bersungguh-sungguh dalam menjayakan aktiviti-aktiviti
kokurikulum ini. Setiap aktiviti mingguan berlansung dengan jayanya denganpenglibatan murid-murid yang memberangsangkan. Sebagai contoh,
Persatuan Bahasa Inggeris baru-baru ini telah menganjurkan suatu kuiz
menguji minda berkaitan tatabahasa Bahasa Inggeris. Aktiviti ini melibatkan
murid-murid daripada persatuan dan kelab-kelab lain serta guru-guru.
Kesungguhan guru dalam menguruskan perjalanan kuiz ini harus dipuji.
-
7/31/2019 Latest GERKO
50/55
TUGASAN GERKO
KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2012
50
Kelihatan betapa bersungguhnya murid-murid menyelesaikan kuiz tersebt. Ini
menjadi bukti bahawa kegiatan kokurikulum ini berjaya menarik minat murid-
murid terhadap ilmu-ilmu yang dipelajari di dalam kelas..
Murid-murid SK Kerupang diberi galakan untuk menyertai sebarang
kejohanan sukan dan pertandingan-pertandingan di peringkat sekolah
mahupun kebangsaan. Para atlet dilatih oleh jurulatih yang terdiri daripada
guru-guru yang arif dan berpengalaman dalam bidang-bidang sukan tertentu.
Begtu juga dengan murid-murid yang menyertai pertandingan koir, bercerita,
kuiz dan sevagainya. Walaupun terpaksa berkorban masa dan tenaga, para
jurulatih tidak pernah jemu melatih murid-murid agar mereka mendapat latihan
yang secukupnya menjelang hari perlawanan dan pertandingan.
Setiap Unit Beruniform, Persatuan dan Kelab serta Sukan dan
Permainan mempunyai perancangan aktiviti yang sistematik bagi memastikan
setiap aktiviti mendatangkan manfaat kepada murid-murid. Guru-guru
penasihat juga mempunyai jadual tugasan masing-masing. Ini bagi
mengelakkan tiada guru yang bertugas mengawal dan mengendalikan aktiviti
murid-murid.
Waktu pelaksanaan kegiatan kokurikulum bersesuaian kerana dijalankan
selepas waktu persekolahan iaitu bermula pada pukul 1 petang sehingga 2.30
petang. Pada hari tersebut, murid-murid tahun 4, 5 dan 6 mengakhiri sesi
pembelajaran pada jam 12.20 tengahari. Masa senggang selama 40 minit
membolehkan murid-murid berehat untuk makan tengahari dan bersolat
sementara menunggu aktiviti kokurikulum bermula.
-
7/31/2019 Latest GERKO
51/55
TUGASAN GERKO
KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2012
51
1.3 Kelemahan
Kegiatan Kokurikulum memerlukan komitmen yang tinggi daripada
murid-murid, guru-guru dan pihak pengurusan sekolah agar aktiviti ini dapat
memberi impak yang positif terhadap diri murid-murid.
Namun kekangan kekurangan fasiliti di sekolah boleh membantutkan
aktiviti kokurikulum. Seperti yang berlaku di SK Kerupang, fasiliti padang
sebagai tempat yang luas untuk aktiviti sukan dan permainan telah
menyebabkan aktiviti ini tidak dapat dilakukan secara maksimum. Murid-murid
terpaksa menggunakan tempat kosong yang bersimen dan bertar untuk
menjalani latihan sukan. Ini memberikan risiko kecederaan yang mungkin
berlaku kepada murid-murid.
1.4 Cadangan Penambahbaikan
Cadangan penambahbaikan aktiviti kokurikulum di SK Kerupang adalah
menyediakan bilik gerakan khas bagi setiap unit beruniform, sukan dan
permainan serta persatuan dan kelab. Ini boleh menjadi perangsang kepada
setiap murid-murid dan guru-guru menjalankan aktiviti kokurikulum secara
berkesan.
Selain itu, suatu jawatankuasa yang terdiri daripada murid-murid bagi
mengendalikan bilik gerakan bagi tiap-tiap bidang tersebut perlu ditubuhkan.
Ini dapat memupuk sifat kepimpinan di dalam diri mereka sebagai latihan
untuk menjadi pemimpin di masa hadapan.
Selain itu juga, kemudahan padang sebagai tempat aktiviti sukan dan
permainan murid-murid perlu dipercepatkan agar murid-murid dapat
menjalani aktiviti sukan mereka secara berkesan.
-
7/31/2019 Latest GERKO
52/55
TUGASAN GERKO
KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2012
52
Kesimpulannya setiap pihak perlu bekerjasama dan bertangungjawab
dalam memastikan kecemerlangan murid-murid di dalam bidang
kokurikulum. Jika ini dapat dijayakan, maka seruan Negara untuk melahirkan
murid yang berkebolehan dari segi akademik, kokurikulum dan sahsiah yang
mulia dapat direalisasikan.
-
7/31/2019 Latest GERKO
53/55
TUGASAN GERKO
KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2012
53
PENUTUP
Aktiviti kokurikulum di sekolah merupakan suatu program yang sangatberfaedah yang telah dirangka oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini
dijadikan satu aktiviti yang wajib kepada semua sekolah rendah maupun menengah di
seluruh Negara. Memandangkan cabaran kehidupan seharian yang makin mencabar,
maka tindakan kerajaan mewajibkan aktiviti ini adalah sangat relevan.
Kepentingan kokurikulum kepada murid-murid sekolah rendah atau menengah
memang tidak dapat dinafikan lagi. Keberkesanannya dalam memupuk sifat
kepimpinan dan nilai-nilai positif mampu menjadi nilai tambah pada diri mereka.
Justeru, penglibatan murid-murid di dalam aktiviti kokurikulum harus diberi perhatian
memandangkan ianya termasuk dalam program Kementerian Pendidikan Malaysia
yang dilaksanakan di sekolah-sekolah.
Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti kokurikulum dapat mematangkan diri
murid-murid dan ilmu yang didapati dapat dipraktikkan di dalam kehidupan seharian.
Program kokurikulum mengajar murid-murid erti nilai-nilai murni dan menggilap sikap
kepimpinan serta mengajar cara bersosial yang sihat.
Justeru, SK Kerupang menjadikan aktiviti kokurikulum sebagai landasan bagi
mengasah kemahiran dan kebolehan serta potensi diri murid-murid di sekolah ini agar
dapat melahirkan murid-murid yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Kesungguhan
Guru Besar dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum serta guru-guru dalam
memartabatkan aktiviti kokurikulum harus dipuji dan diberi penghargaan. Semoga
guru-guru dan murid-murid dapat memanfaatkan aktiviti kokurikulum ini sepenuhnya
sebagai persiapan menghadapai cabaran hidup yang mendatang. Insya-Allah.
-
7/31/2019 Latest GERKO
54/55
TUGASAN GERKO
KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2012
54
BIBLIOGRAFI
1) Buku Panduan Pengurusa Gerak Kerja Kokurikulum Sekolah
Rendah,2009,Putrajaya : Kementerian Pelajaran Malaysia.
2) Buletin Kejohanan Balapan dan Padang MSSWPL ke-12, 2012, Wilayah
Persekutuan Labuan : SK Lubok Temiang.
3) Gerak Kerja Kokurikulum, Mohd Fadzil B. Abdul Hanid,
http://fadzilmahasiswa.blogspot.com/2011/12/gerak-kerja-kokurikulum.html, 15
Mei 2012.
4) Kamus Dewan (Edisi Ketiga), 2002, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
5) Keperluan Aktiviti Kokurikulum (Beruniform) Kepada Pelajar Tingkatan Empat
Di Sekolah Menengah Kebangsaan Di Daerah Langkawi, Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia,
http://eprints.utm.my/11595/1/Keperluan_Aktiviti_Kokurikulum.pdf, 13 Mei 2012.
6) Pengenalan Kepada Gerak Kerja Kokurikulum Sekolah,http://www.slideshare.net/guest71b30b/bab-1-pengenalan-kepada-gerko, 15
Mei 2012.
http://fadzilmahasiswa.blogspot.com/2011/12/gerak-kerja-kokurikulum.htmlhttp://eprints.utm.my/11595/1/Keperluan_Aktiviti_Kokurikulum.pdfhttp://www.slideshare.net/guest71b30b/bab-1-pengenalan-kepada-gerkohttp://www.slideshare.net/guest71b30b/bab-1-pengenalan-kepada-gerkohttp://eprints.utm.my/11595/1/Keperluan_Aktiviti_Kokurikulum.pdfhttp://fadzilmahasiswa.blogspot.com/2011/12/gerak-kerja-kokurikulum.html -
7/31/2019 Latest GERKO
55/55
TUGASAN GERKO
KERJA KURSUS KPLI (j-QAF) MODE LPBS AMBILAN JANUARI 2012