Download - Latar belakang Perang Salib
1.0 PENGENALAN
Perang Salib atau Crusade yang berlaku sekitar akhir abad ke-11 hingga abad ke-13
bukanlah satu ciri peperangan yang singkat dan khusus, sebagaimana lazimnya sesuatu
perang, berkecamuk dan selesai, namun Perang Salib tidaklah sedemikian. Peperangan
ini pada asasnya untuk menguasai tanah suci Jerusalem, dan ia melibatkan dua kaum
besar iaitu negara Eropah Barat Nasrani dan negara Timur Tengah Islam.1 Peperangan ini
memakan masa lebih kurang dua ratus tahun iaitu sekitar 1095 M hingga 1292 M dan
telah mengorbankan berjuta-juta nyawa manusia yang telah gugur kerananya. Menurut
Michaud, tidak ada peristiwa yang lebih menentukan dalam sejarah abad pertengahan
selain perang penaklukan Tanah Suci, ini menunjukan betapa penting dan panjangnya
peperangan ini. Perang ini dinamakan Perang Salib kerana sempena orang-orang Kristian
yang memakai tanda salib (cross) sebagai symbol perjuangan mereka semasa berperang.
Banyak pendapat yang mengatakan bahawa Perang Salib adalah satu gerakan yang tidak
jauh dari rangkaian pertentangan antara peradaban Barat dan Timur seperti Parsi dan
Rom, kemudian lenyap dan meletus dengan dahsyat dalam bentuk pertentangan agama
antara Islam dengan Kristian.2 Dan terdapat juga yang beranggapan bahawa perang ini
adalah kebangkitan kembali agama Kristian di Eropah Barat yang bermula sejak abad ke-
10 dan mencapai puncaknya pada abad ke-11. Namun, walau apapun pendapat yang
dikemukakan, perang salib berlaku bukan disebabkan agama semata-mata, sebaliknya
faktor politik dan ekonomi lebih dominan dalam Perang Salib
1 http://yulian.firdaus.or.id/2006/01/23/perang-salib2 http://miyuki binafsha.blogdrive.com/comments?=13
1
2.0 LATAR BELAKANG MASYARAKAT EROPAH
Sebelum berlakunya Perang Salib, masyarakat Eropah mengalami pertentangan dengan
masyarakat Islam dari segi pertentangan agama yang mencetuskan berlakunya Perang
Salib yang bermula pada tahun 1095 sehingga penghujung abad ke-13. Di bawah
pemerintahan Maharaja Rom, Diocletian (284-305 M) telah membahagikan empayarnya
kepada dua iaitu yang dikenali sebagai Empayar Byzantium dan Barat yang dikenali
sebagai Empayar Rom Barat. Semasa pemerintahan Raja Franks yang terkenal dengan
gelaran “Charles The Great” iaitu Charlemagne banyak kawasan yang berjaya ditakluk
sehingga dikenali sebagai penakluk yang termasyhur selepas Constantine. Selepas
kematian Charlemagne, empayar mula berpecah dan mazhab Kristian kehilangan
pelindung. Hal ini kerana pada 1054 M berlakunya keretakan antara Rom dan Byzantium
yang mana mazhab Kristian di kerajaan Byzantium dikenali sebagai Orthodok dan di
Rom sebagai mazhab Kristian Roman Katolik.3 Manakala raja-raja dan para pembesar
saling bermusuhan dan saling menakluk tanah jajahan masing-masing. Selepas
pemecahan Empayar Charlemagne, masyarakat Eropah telah menghadapi serangan
orang-orang Gasar seperti kaum Magyar yang terbentuk di Eropah Barat pada abad ke-9
dan kaum Viking yang telah menyerang dan memusnahkan Eropah Utara. Hal ini
berlaku kerana pada abad ke-8 kekuatan kaum Viking telah bertambah dan berkembang
pada abad ke-9 dan ke-10 yang datang dari Fiod Scandinavia dan telah meluaskan
perampasan dan kemusnahan di seluruh dunia Kristian Barat. 4
3 Sivachandralingam Sundara Raja, Sejarah Eropah, Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributor Sdn.Bhd, 2002, hlm. 68.4 William H Mc Neill, Kebangkitan Barat Sejarah Masyarakat Manusia, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994, hlm. 76.
2
Kaum Seljuk telah berjaya mengalahkan kerajaan Byzantium dan kawasan
Anatolia pada tahun 1071 masihi dalam peperangan di Manzikert. Keadaan ini telah
menyebabkan berlakunya kesukaran kepada mubaligh-mubaligh yang datang dari Eropah
ke Timur. Di sini, menunjukkan kemaraan kaum Seljuk dalam menentang negara
Kristian.5 Kekuatan yang dimiliki oleh bangsa Seljuk terhadap posisi dan kedudukan
kekuasaan Byzantium Timur di Syam dan Byzantium Barat Asia Kecil menyebabkan .
Byzantium merasa lebih terancam setelah Seljuk memenangi pertempuran yang berlaku
di Manzikert. Disebabkan itu, tidak hairan kalau Maharaja Byzantium meminta bantuan
dari Eropah Barat, termasuk dari Pope yang kuasanya cukup besar pada ketika ini.
Masyarakat Eropah sebelum berlakunya Perang Salib adalah masih lagi terikat
kepada konsep feudalisme iaitu yang berlaku di Eropah Barat pada abad ke-9 M selepas
pemecahan Empayar Charlemagne yang berterusan sehingga abad ke-13 M. Serangan
dan rompakan orang Gasar menyebabkan sistem pemerintahan berpusat yang berkesan
tidak dapat diwujudkan. Kemunculan feudalisme menyebabkan penduduk yang tinggal di
kawasan yang terbatas secara sukarela terpaksa menurut dan tunduk kepada wakil raja-
raja orang Gasar dengan syarat mereka mendapat perlindungan.6 Dengan adanya
pengaruh feudalisme menyebabkan masyarakat Eropah ingin membebaskan diri dan
ingin meluaskan pengaruh Eropah kepada tamadun moden dengan melalui Perang Salib.
5 http://yulian.firdaus.or.id/2006/01/23/perang-salib6 Sivachandralingam Sundara Raja, Sejarah Eropah, 2002, hlm 72.
3
3.0 LATAR BELAKANG MASYARAKAT ISLAM
Pada zaman kerajaan Fatimiyyah yang mempunyai kekuasaan ke atas Mesir telah
mengalami keruntuhan dan kehancuran. Mesir telah menjadi rebutan daripada pelbagai
kuasa yang di antaranya adalah berketurunan Mamluk yang berasal dari Turki, orang
Sudan dan Maghribi. Pada permulaan abad kelima Hijrah kerajaan Fatimiyyah berada
dalam keadaan yang tegang dan huru hara iaitu dibawah kekuasaan Khalifah al-Hakim
Biamrillah.7 Pada masa itu, bangsa Maghribi dan Turki saling berbunuhan, penyakit taun,
berjangkit. Pada tahun 469H keturunan Bani Saljuk telah berjaya merebut Baitil Maqdis,
Palestin dan Damsyik dari kekuasaan Fatimiyyah. Pada masa ini, keadaan di Mesir
berada dalam keadaan kekacauan. Peristiwa yang telah berlakunya kebuluran ialah pada
458-465H yang mana penduduk terpaksa memakan daging manusia. 8Khalifah Fatimiyin
yang paling lemah berkuasa di Mesir adalah Khalifah al-Musta’li.
Manakala Kerajaan Abbasiah di Timur Tengah pada abad kelima Hijrah
merupakan keadaan yang menunjukkan kelemahan dan keadaan huru-hara yang berlaku
pada masa itu. Sejak Bani Buwaih memerintah di Baghdad iaitu pada 334 H keadaan
bertambah buruk yang mana berlakunya permusuhan di antara Bani Buwaih yang
beraliran Syiah dan khalifah bersama rakyat jelata yang bermazhab Sunni dari pihak lain.
Pada masa pemerintahan al-Qaim Biamrillah pada 422-467 H keadaan bertambah buruk
yang mana berlakunya perompakan dan perampasan yang terang-terangan. Bani Saljuk
telah berjaya menguasai Baghdad pada tahun 447 H dan telah berjaya menyatukan al-
Masyriq al-Islami. Kekuasaan sultan-sultan yang terkemuka seperti Sultan Alib Arslan, 7http://yulian.firdaus.or.id/2006/01/23/perang-salib8 Muhammad Al-‘Arusiy Al-Matwiy, (terj. Ahmad Asri Lubis), Perang Salib di Alam Islam: Muslihat, Kuala Lumpur: Pustaka Syuhada, 1998, hlm. 2.
4
Malik Syah dan Tugral Bek menyebabkan kekuasaan Kerajaan Bani Saljuk meluas tetapi
kekuasaan tidak kekal lama selepas kematian Sultan Malik Syah pada tahun 485H yang
menyebabkan berlakunya pemecahan dan kekacauan yang berlaku terhadap Bangsa
Saljuk.9 Di bawah kekuasaan kerajaan Fatimiyin al-Hakim Biamrillah, Syria berada
dalam keadaan kekacauan yang teruk. Keadaan di Negeri Syam adalah tidak stabil dan
telah dikuasai oleh Bani Saljuk (Sunni). Sebelum berlakunya Perang Salib, negeri Syam
mengalami kekacauan di bawah pengaruh kuasa Bani Saljuk yang saling bermusuhan
sesama sendiri.
Di Tunisia, Sicily dan Andalusia, masyarakat Islam turut serta dalam melibatkan
diri dalam perang Salib yang disebabkan oleh masalah yang melanda situasi dan keadaan
masyarakat mereka. Al-Mu’iz al-Shanhaji telah berkuasa di Tunisia pada 406-453 H.
Selepas al-Mu’iz al-Shanhaji mengisytiharkan secara rasmi bahawa wilayah
kekuasaannya adalah dibawah kerajaan Fatimiyyah menyebabkan wilayah kekuasaan al-
Mu’iz memberontak dan memisahkan diri serta serangan yang dilakukan oleh Bani Hilal.
Pengganti al-Muiz iaitu Tamim bin al-Mu’iz iaitu pada 453-501 H juga berada dalam
keadaan tegang dan lebih teruk daripada sebelumnya. Keadaan yang lebih teruk telah
berlaku yang mana terjadinya kebuluran di seluruh negeri yang berlaku pada tahun
483H /1091 M. Di Sicily, telah berlaku pertempuran iaitu serangan ke atas pulau yang
dilakukan oleh bangsa Normand yang melakukan serangan ini ketika masyarakat Sicily
bermusuh-musuhan. Pada tahun 484H/1091M Sicily telah jatuh ke tangan bangsa
Normand. Keadaan masyarakat Islam yang lemah telah mendorong bangsa Normand
9 Ibid, hlm. 4.
5
untuk mencerobohi dan membuat serangan di kawasan pantai wilayah kekuasaan umat
Islam di Afrika iaitu di Tunisia, dari Bijayah hinggalah ke Tarabulis (Libya).
Sebelum tahun 399 H telah berlaku ketidakstabilan di Andalusia yang terjadi
berpunca daripada perlantikan Abdul Rahman bin Mansur al-Haji. Semasa pemerintahan
Muluk al-Tawaif, masyarakat di Andalusia sentiasa mencari peluang dengan meminta
bantuan daripada golongan Kristian untuk menghapuskan penguasa yang dianggap
sebagai saingan mereka. Toledo telah dirampas kuasa oleh Alphonse pada tahun 478H/
1085M dan kejatuhan bandar ini telah menunjukkan kekuasaan golongan Kristian ke atas
umat Islam di Andalus. Keadaan masyarakat Islam dan keadaan masyarakat Eropah telah
mendorong meletusnya Perang Salib.
4.0 FAKTOR-FAKTOR PENDORONG PERANG SALIB
4.1 Faktor Politik
Permusuhan antara orang Islam dengan orang Kristian telah bermula sejak zaman Nabi
Muhammad SAW lagi. Kemuncak permusuhan ini adalah apabila Alp Arselan dari Bani
Buwaih berjaya menewaskan puak Byzantine di Manzikert pada tahun 1071 M.10 Atas
dasar inilah empayar Byzantium meminta bantuan kepada kaum Baba dan Kaum Nasrani.
Konstantinople dibina untuk dijadikan pusat kegiatan keagamaan selain sebagai pusat
kegiatan politik negara. Konstantine Yang Agung membina kota ini kerana menganggap
bahawa Rom tidak lagi sesuai lagi untuk ajaran Masihi. Rom dibina mengikut arkitektur
Buddha. Sejak Konstantinople menjadi pusat kegiatan agama dan politik, sejak itulah ia
10 W. Montgomery Watt (pengantar Nurcholish Madjud), Islam dan Peradaban Dunia: Pengaruh Islam Atas Eropah Abad Pertengahan, Jakarta: PT Gramedia Pustaka Utama, 1995, hlm. 77.
6
berjalan dengan kemegahannya. Itulah masa pertama kejayaannya setelah dikuasai oleh
kerajaan Usmaniah pada tahun 857 H / 1453 M.11
Pusat pemerintahan yang bersembunyi di Konstantinople adalah musuh utama
Islam sejak tahun 13 H. Hal ini mendorong umat Islam untuk segera mengusainya.
Berbagai usaha dijalankan untuk merebut kota Konstantinople. Ia berhasil apabila
kerajaan Usmaniah berjaya menguasai Konstantinople. Sebahagian pemimpin melarikan
diri ke Eropah dan Balkan. Pemimpin Byzantium Alexius I terusir dari negerinya setelah
kaum Saljuk berjaya menduduki sebahagian besar Asia kecil dan bahagian utara Syam.
Keadaan inilah yang mendorong Alexius Comnenus I meminta bantuan Pope Gregory
VII. Ia bertujuan untuk mempertahankan pusat kerajaaan mereka yang berada di hadapan
kekuatan Islam sejak beberapa abad itu.12
Sementara itu, pada abad ke-11 kedudukan Pope mulai dianggap penting. Ia menjadi
pemimpin semua aliran Kristian, baik di Barat mahupun di Timur. Pope bermatlamat
untuk menyatukan semua gereja. Pada waktu itu gereja telah berpecah kepada dua iaitu
gereja Barat dan gereja Timur. Perpecahan ini disebabkan oleh berlakunya Conferensi
Rom pada tahun 869 M dan Conferensi Constantinople 879 M. Pope berusaha untuk
menundukkan gereja Orthodox Timur, tetapi pertentangan antara Gereja Barat dan
pemerintahan Byzantium menghalangi niat Pope ini.
11 Muhammad Al-‘Arusiy Al-Matwiy, (terj. Ahmad Asri Lubis), Perang Salib di Alam Islam: Muslihat, 1998, hlm. 24-25.12 Salahuddin Al-Ayubi, Pahlawan Perang Salib: Riwayat Hidup Gagah Berani Perlu Diteladani Umat Masa Kini, Selangor: Visi Madani, 1998, hlm. 16-17.
7
Peluang untuk melaksanakan matlamat Pope ini membuahkan hasil apabila
pemerintah Byzantium meminta bantuan Pope untk menghadapi ancaman daripada
Saljuk. Peluang emas ini telah dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh Pope untuk muncul
sebagai pemimpin tunggal untuk semua penganut agama Kristian dalam berjuang
melawan kaum muslimin dan sekaligus bercita-cita menyatukan gereja Timur dan gereja
Barat di Byzantium serta mengembalikan tanah-tanah suci di Jerusalem. Selain itu, tujuan
penyatuan di bawah kuasa Pope adalah Pope ingin menguasai seluruh masyarakat di
Eropah. Oleh yang demikian Pope Urban II telah menetapkan 15 Ogos 1096 sebagai hari
memulakan pergerakan angkatan tentera Salib dan Constantinople sebagai pusat semua
angkatan tentera Eropah yang akan melanggar ke Timur.13
4.2 Faktor Ekonomi
Faktor ini juga berperanan dalam mencetuskan Perang Salib. Semua golongan di Eropah
yang terlibat dalam Perang Salib mengganggap faktor ekonomi merupakan faktor yang
menyebabkan mereka bersetuju melibatkan diri dalam Perang Salib. Ini disebabkan oleh
ketika Eropah (terutama Perancis) melancarkan propaganda Perang Salib, negaranya
sedang menghadapi krisis ekonomi yang amat teruk. Disebabkan itu, sejumlah besar
golongan rakyat yang miskin dan penjenayah menyambut baik seruan ini, bukan kerana
panggilan agama tetapi panggilan ‘perut’. Buktinya mereka merompak serta merampas
makanan dan harta benda sesama orang Kristian dalam perjalanan menuju Constantinople
ketika menyerang Jerusalem.14
13 Abdul Rahman Hj. Abdullah, Sejarah dan Tamadun Islam, Selangor: Pustaka KM, 2002, hlm. 164.14 http://yulian.firdaus.or.id/2006/01/23/perang-salib.
8
Selain itu, telah wujud tiga pelabuhan besar iaitu Venice, Genoa dan Pisa di
bawah pemerintahan Itali yang memberikan bantuan terutama armada laut serta
membelanjakan wang dan senjata untuk menggalakkan peperangan ini. Pemerintah Itali
bermaksud hendak menguasai dan menduduki pelabuhan-pelabuhan timur dan selatan
seperti pelabuhan-pelabuhan di Syam supaya pelabuhan-pelabuhan ini menjadi pusat
perdagangan mereka di Timur dan supaya perdagangan Eropah bersambung dengan jalan
laluan perdagangan di Timur. Ia juga bertujuan supaya pedagang-pedagang di Timur
melalui jalan-jalan ini.15 Ini disebabkan pedagang-pedagang Arab berdagang di seluruh
Asia terutamanya yang mempunyai bahan dagangan yang penting kepada penduduk di
Eropah. Dengan menguasai pelabuhan-pelabuhan di Timur memudahkan mereka
mendapat barang dagangan yang mereka inginkan.
4.3 Faktor Sosial-Politik
Faktor sosial-politik juga memainkan peranan yang dominan dalam konflik Perang Salib
ini. Kelas sosial masyarakat Eropah terbahagi kepada tiga kelompok iaitu kelompok
pertama terdiri daripada orang-orang gereja dan bangsawan. Kelompok kedua iaitu
kelompok kesatria yang terdiri daripada para bangsawan dan penunggang kuda (knights)
dan kelompok ketiga iaitu kelompok petani dan hamba.
Sistem masyarakat feudal, selain mengakibatkan timbulnya golongan tertindas,
juga menimbulkan konflik sosial yang merujuk kepada kepentingan status sosial
ekonominya. Kelompok ketiga merupakan kelompok yang terbesar di Eropah dan
kelompok ini juga yang sering tertindas untuk memenuhi dua kelompok di atasnya.
15 Ahmad Shalaby, Perang Salib, Singapura: Pustaka Nasional,1975, hlm. 4 -5.
9
Golongan ini tertekan dengan kewajipan membayar cukai dan kerja paksa yang harus
dituruti. Kelompok atas tidak bertindak sebagai penolong kepada kaumnya tetapi mereka
adalah pemeras, orang yang tamakkan kekuasaan dan ingin membentuk kerajaan-
kerajaan baru di Timur. Mereka telah memaksa golongan petani dan hamba untuk
menjadi tentera. Pasukan-pasukan inilah yang ditugaskan ke timur untuk
memperkukuhkan kekuasaan demi memenuhi nafsu setiap peribadi para pemimpin.16
Setiap golongan masyarakat seperti disebutkan di atas tadi mempunyai kepentingan
tersendiri untuk melibatkan diri dalam Perang Salib. Golongan bangsawan melihat
perang tersebut dapat memberi peluang kepada mereka untuk mendapatkan tanah baru di
Timur serta mendirikan kerajaan-kerajaan dan wilayah-wilayah kekuasaan di Timur.17
Dalam proses Perang Salib nanti akan menampakkan bahawa dorongan ini merupakan
faktor terlemah tentera-tentera Salib kerana timbul persaingan bahkan konflik sesama
sendiri.18 Selain itu, disebabkan tanah di Timur adalah lebih subur, udaranya tidak dingin
dan harapan mereka bahawa tanah itu aman berbanding di Eropah yang sering terlibat
dengan Perang Saudara. Ia menyebabkan tanah tidak subur dan tanaman-tanaman di
Eropah tidak dapat dikendalikan dan mulai lenyap. Ini menyebabkan timbul kebuluran di
merata-rata seluruh Eropah. Kesan ini lebih ketara kepada golongan hamba dan petani.
Hal ini diakui oleh seorang Rahib yang hidup pada abad kesebelas, yang menyatakan
tentang keadaan kebuluran yang melanda di Eropah iaitu pada tahun 1033 M. Rahib ini
menyatakan bahawa “Di waktu terjadinya kebuluran, binatang dan burung-burung telah
16 Salahuddin Al-Ayubi, Pahlawan Perang Salib: Riwayat Hidup Gagah Berani Perlu Diteladani Umat Masa Kini, 1998, hlm. 18.17 Muhammad Al-‘Arusiy Al-Matwiy, (terj. Ahmad Asri Lubis), Perang Salib di Alam Islam: Muslihat, 1998, hlm. 5.18 Ibid, hlm. 34.
10
habis, penduduk terpaksa memakan daging manusia. Golongan yang kuat berusaha
menangkap golongan yang lemah di jalanan. Mereka disembelih, daging mereka dibakar
dan dimakna. Sewaktu krisis yang semakin genting, ada di antara berusaha membongkar
mayat dalam kubur untuk dimakan”.19 Disebabkan peperangan sering berlaku di Eropah
maka lahirlah pelbagai wabak penyakit hasil daripada keadaan yang tenat, kebuluran dan
mayat-mayat manusia terbiar di merata-rata tempat. Oleh disebabkan ini orang Eropah
menyambut baik propaganda Perang Salib terutamanya kelompok ketiga. Bagi kelompok
ini, jika ditakdirkan mati, lebih baik mati suci daripada mati kelaparan dan hina, mati
sebagai hamba. Jika bernasib baik, selamat sampai ke Jarusalem, mereka mempunyai
harapan baru yang mana hidup lebih baik daripada negeri sendiri.20
Undang-undang masyarakat feudal mengenai warisan menyebabkan sebahagian
genarasi muda menjadi miskin kerana hak waris hanya dimiliki anak sulung. Dengan
mengembara ke Timur, melalui Perang Salib, anak-anak muda ini berharap akan
memiliki tanah dan memperolehi kekayaan dari imbuhan peperangan di samping dapat
menebus dosa. Di samping itu, permusuhan yang berterusan antara pembesar-pembesar
feudal telah melahirkan pahlawan yang kerjanya hanya berperang. Mereka juga
menyambut baik propaganda ini bukan semata-semata tujuan agama tetapi sebaliknya
untuk menunjukkan kepahlawanan mereka yang bukan sahaja di kalangan orang Islam
tetapi di kalangan orang Kristian sendiri.
19 Muhammad Al-‘Arusiy Al-Matwiy, (terj. Ahmad Asri Lubis), Perang Salib di Alam Islam: Muslihat, 1998, hlm. 33.20 http://yulian.firdaus.or.id/2006/01/23/perang-salib.
11
Besarnya kekuasaan Pope pada abad pertengahan, ia begitu nyata dan nampak
dari kelemahan Raja itu sendiri yang tidak berani menolak permintaan Pope. Kalau raja
menolak, ia akan disenarai hitamkan oleh pihak gereja yang boleh mengakibatkan
turunnya wibawa raja di mata rakyat. Hal ini terbukti ketika Raja Frederick II terpaksa
turun berperang dengan membawa tentera yang sedikit, dan membelok ke Syam ketika
beliau seharusnya memberikan bantuan ke Mesir. Beliau tidak bersemangat untuk
berperang dan telah menghubungi Sultan al-Malik al-Kamil untuk menerangkan
keadaannya bahawa beliau tidak membawa misi suci (Perang Salib). Kerana itu beliau
memintanya untuk menjaga rahsia beliau agar tidak diketahui orang Jerman.21
4.4 Faktor Agama
Faktor ini dikaitkan dengan kebangkitan kuasa kaum Saljuk di Asia Minor yang mana
pada 1070 M, telah berjaya menawan Jerusalem dan Baitul Maqdis khasnya. Kononnya
dengan kejayaan tersebut orang-orang Saljuk telah bertindak kejam terhadap jemaah-
jemaah ‘haji’ Kristian yang mengunjungi Baitul Maqdis. Penguasaan kaum Saljuk di
Asia Minor seolah-olah mengepung Baitul Maqdis, sebab di selatannya terdapat kerajaan
Fatimiyyah yang pada 1007 M pernah bertindak meruntuhkan gereja-gereja Holy
Sepulchre yang menjadi tumpuan kaum Kristian mengerjakan ‘haji’. Kononnya
disebabkan pencemaran ke atas tempat-tempat suci mereka berlakunya Perang Salib.22
Orang-orang Kristian dari segenap pelosok Eropah datang mengerjakan ‘haji’ dalam
jumlah rombongan yang besar dengan membawa obor dan pedang seperti tentera hendak
21 The Crusaders22 Abdul Rahman Hj. Abdullah, Sejarah dan Tamadun Islam, hlm. 166.
12
berperang. Sebahagian daripada mereka mempermainkan pedang dengan dikelilingi
pasukan gendang dan seruling dan diiringkan pula oleh pasukan bersenjata lengkap.23
Sebelum Jerusalem ditadbir Kerajaan Saljuk, upacara tersebut dibenarkan atas dasar
toleransi tetapi selepas kerajaan ini mengambil alih, upacara seperti itu tidak dibenarkan
atas faktor keselamatan. Keputusan yang dibuatkan mungkin disebabkan oleh upacara
tersebut semakin merbahaya. Lebih-lebih lagi kumpulan-kumpulan yang mengambil
bahagian dalam upacara itu sering menyebabkan pergaduhan dan huru-hara.
Menurut Gustave Le Bon, pada tahun 1064 ketua Bishop memimpin pasukan
seramai 7000 orang jemaah ‘haji’ yang terdiri daripada kumpulan bangsawan (baron) dan
para pahlawan telah menyerang orang-orang Arab dan orang-orang Turki. Keadaan ini
yang membimbangkan Kerajaan Saljuk. Larangan ini dibuat demi keselamatan Jemaah
haji Kristian itu sendiri.24 Malangnya, tindakan ini disalah anggap oleh orang-orang
Eropah. Sikap kerajaan Saljuk ini menyebabkan orang Kristian berdendam dan marah
kepada orang Islam dengan menuduh umat Islam sebagai umat yang taksub, melakukan
penindasan terhadap orang-orang Kristian dan mencabuli kemuliaan tempat-tempat suci
mereka. Ketua-ketua agama mereka telah berkempen bahawa kebebasan agamanya telah
dicabuli oleh orang-orang Islam dan menyeru agar Tanah Suci itu dibebaskan daripada
genggaman umat Islam.25
Walau bagaimanapun faktor agama hanya mempengaruhi sesetengah kumpulan
orang Kristian sahaja yang turut serta dalam Perang Salib. Pope Urban II telah 23 Ahmad Shalaby, Perang Salib, 1975, hlm. 8.24 Abdul Rahman Hj. Abdullah, Sejarah dan Tamadun Islam, hlm. 166.25 W. Montgomery Watt (pengantar Nurcholish Madjud), Islam dan Peradaban Dunia: Pengaruh Islam Atas Eropah Abad Pertengahan, 1995, hlm. 77.
13
mempergunakan segala cara untuk menarik hati hati rakyat agar semangat keagamaan
mereka terangsang. Pope telah menawarkan pengampunan dosa bagi sesiapa yang
menyertai ekspedisi, membebaskan pasukan Salib daripada semua kewajipan atau beban
terhadap kerajaan seperti cukai.26 Penawaran daripada Pope ini jugalah menyebabkan
golongan ketiga yang paling ramai menawarkan diri untuk terlibat dalam perang ini.
5.0 PERINGKAT AWAL PERANG SALIB
5.1 Perang Salib I
Perang Salib I bermula apabila Alexius I, pemerintah Byzantine meminta pertolongan
untuk mempertahankan empayarnya daripada kerajaan Seljuk. Keadaan ini menjadi
alasan bagi Pope Urban II pada sekitar tahun 1095 M untuk menyeru semua masyarakat
Kristian untuk berperang dengan Turki, dan peperangan ini dikatakan sebagai penebusan
dosa bagi orang Kristian. Peperangan ini tamat tiga tahun kemudiannya. Peperangan ini
diketui oleh orang Perancis, Itali, dan Jerman27. Keberangkatan tentera Salib ini menuju
ke Timur Tengah adalah kerana sudah tidak sabar menunggu lebih lama untuk
kebebasan, kemewahan dan habuan yang dijanjikan. Oleh itu, Paderi Patriach Ermite
telah memimpin 280,000 tentera lelaki dan perempuan. Sepanjang perjalanan tentera
Salib ini telah melakukan pelbagai kegiatan yang tidak senonoh seperti merompak,
memperkosa dan mabuk-mabuk. Sesampai di Hungary dan Bulgaria, sambutannya sangat
dingin dan pada masa yang sama tentera Salib yang sudah kekurangan makanan telah
marah dan bertindak merampas harta benda penduduk tempatan, keadaan ini
menyebabkan pertempuran berlaku dan seramai 7000 sahaja tentera salib yang selamat 26 Muhammad Al-‘Arusiy Al-Matwiy, (terj. Ahmad Asri Lubis), Perang Salib di Alam Islam: Muslihat, 1998, hlm. 36.27 Sivachandralingam Sundara Raja, Sejarah Eropah, 1995, hlm. 93.
14
sampai di Semenanjung Thracia (Albania) di bawah pimpinan seorang Rahib Ortodok.
Tentera Salib menghadapi pelbagai halangan dalam usahanya untuk memasuki Asia
Kecil antaranya tentera salib terpaksa berlawan dengan orang Islam apabila mendarat di
Pantai Asia Kecil dengan kekalahan yang teruk tentera Salib.
Walau bagaimanapun, Perang Salib yang sebenarnya hanya berlaku dengan
terbentuknya tiga angkatan besar perang yang berjumlah 150,000 orang askar yang
berkumpul di Constantinople yang dipimpin oleh para bangsawan Eropah iaitu Godfrey
dan saudaranya Baldwin, Bohemund dan Count Raymond.28 Kemudiannya menyeberang
Selat Bhospuros dan melanggar wilayah islam seperti air bah. Dengan angkatan tentera
yang beratus ribu itu menyebabkan dengan mudah mereka menumpaskan tentera Islam
yang hanya mempunyai kekuatan 50,000 tentera yang bertahan mati-matian di bawah
pimpinan Sultan Kalij Arselan.29 Oleh itu, satu persatu kota dan benteng tentera Islam
jatuh ke tangan tentera Salib. Tentera Salib seterusnya mara ke arah Selatan Turki.
Pertempuran di Darylaeum meluas ke Tenggara Nicaea sehingga akhir 1097 M. Ketika
ini tentera Salib meraih kemenangan ekoran Kerajaan Seljuk yang berada dalam keadaan
yang lemah. Antara kejayaan tentera salib ialah mereka berjaya memasuki Selatan
Anatolia dan Torres, Edessa pula berjaya ditawan di bawah pimpinan Baldwin. Setelah
bersusah payah selama sembilan bulan, Bohemund akhirnya dapat menakluk Antioch
iaitu ibu kota lama Byzantium pada 3 Jun 1098. Antioch merupakan ibu kota yang
mempunyai benteng yang sangat kuat kerana kedudukannya sangat strategik dengan
gunung-gunungnya yang mengelilingi sebelah utara dan timur dan sungai yang
28 Abdul Ahmad Hj Abdullah, Sejarah dan Tamadun Islam, 2002, hlm. 168.29 http://miyuki binafsha.blogdrive.com/comments?=13
15
membatasinya. Kejatuhan Antiaoch juga adalah disebabkan oleh pengkhianatan bangsa
Armenia yang memihak kepada tentera salib dan juga kelengkapan perang tentera salib.
Setelah penaklukan Antioch, Bohemund dapat menguasai daerah-daerah
sekitarnya manakala Raymond pula menguasai sebelah barat daya.Antioch dan tidak
mahu menyerahkannya kepada Bohemund kerana dia sendiri mempunyai cita-cita
menguasai seluruh Antioch. Krisis ini akhirnya selesai apabila Raymond ditugaskan
untuk menyerang Jerusalem dan dalam tempoh satu bulan, Jerusalem dapat direbut pada
15 Julai 1099.30 Kekalahan tentera Islam ketika Pemerintahan Fatimiyyah yang
menguasai Jerusalem sudah dapat dijangka kerana kota-kota penting telah jatuh satu
persatu. Selain itu juga, jumlah tentera Salib ini diwarnai dengan pembantaian yang tidak
mengenal erti peri kemanusiaan. Berlaku keganasan yang luar biasa yang belum pernah
terjadi dalam sejarah umat manusia. Tentera Salib telah menyembelih penduduk awam
Islam lelaki, perempun dan kanak-kanak dengan sangat ganas dan juga membantai orang-
orang Yahudi dan juga orang-orang Kristian yang enggan bergabung dengan tentera
Salib. Keganasan tentera Salib ini sangat melampau diperkatakan oleh semua agama dan
bangsa. Secara amnya, faktor agama merupakan pendorong yang penting dan ini berbeza
dengan Perang Salib yang seterusnya.
5.2 Perang Salib II
Perang ini adalah rentetan Perang Salib I, apabila tentera-tentera Salib menakluki
kawasan-kawasan disebelah timur dan juga ladang-ladang besar untuk diri sendiri dan
30 http://miyuki binafsha.blogdrive.com/comments?=13
16
menjadi raja-raja kecil feudal.31 Kawasan-kawasan ini bergelar Kerajaan Latin dan ia
kekal lebih kurang 100 tahun. Kawasan ini dikelilingi di ketiga-tiga bahagian oleh orang
Turki. Tidak berapa lama selepas itu, Turki menyerang kawasan-kawasan Kristian
tersebut dan pada 1144 M, mereka berjaya menakluki kerajaan kecil yang bernama
Edessa. Edessa dianggap oleh penganut Kristian sebagai salah sebuah kota suci dan berita
kejatuhan Edessa begitu mengejutkan Eropah kerana Edessa merupakan kawasan penting
yakni untuk mengawal jalan darat dari Mesopotamia ke utara Syria.32 Keadaan ini telah
memaksa perang salib diteruskan. Perang Salib II (1147-1149 M) ini telah diseru oleh St.
Bernard, beliaulah yang membakar semangat orang-orang Eropah untuk mengangkat
pedang membantu tentera-tentera Salib di Timur. Bernard dibantu oleh Conrad III dan
Louis VII. Ramai tentera Salib yang terkorban dalam pertempuran ini. Tentera Jerman
bergerak dahulu menyeberangi Sungai Danube (selatan Jerman) menuju Contatinople dan
di sana mereka disambut Maharaja Manual (Byzantium) yang hanya memiliki semangat
tetapi tidak pandai berperang dan sesampainya ke Asia Kecil, dengan mudah tentera
Jerman ini dibunuh oleh tentera Islam. Begitu juga dengan nasib tentera Perancis yang
tiba di Constantinople, kebanyakannya mati selain mati kerana wabak penyakit.33
Pemerintahan dan kekuatan tentera Nurudin Zangi berjaya memerangi saki baki tentera
dalam pertempuran yang hebat, menyebabkan mereka pulang ke Eropah dengan
kekalahan. Oleh itu, Perang Salib II selesai. Namun begitu Jerusalem masih lagi dikuasai
oleh penguasa-penguasa Kristian yang telah dilantik oleh pimpinan gereja.
31Sivachandralingam Sundara Raja, Sejarah Eropah, 1995, hlm. 95.32 Ibid, hlm. 95.33 http://miyuki binafsha.blogdrive.com/comments?=13
17
Punca kegagalan tentera Salib dalam Perang Salib II ialah tiada kerjasama antara
tentera salib dan saling tidak mempercayai kerana khuaitir kekuasaan akan dirampas,
ditambah lagi wabak penyakit terutamanya yang menimpa tentera Salib dan juga
serangan yang dilakukan secara serentak seperti Perang Salib I. Kegagalan ini juga
disebabkan oleh kepintaran ketua askar Islam iaitu Saladin. Saladin berjaya mengalahkan
askar-askar Kristian dekat Laut Galilee, mara ke selatan dan menakluk Jerusalem. Pada
masa yang sama satu demi satu kerajaan kecil Kristian jatuh ke tangannya. Orang
Kristian hanya berkuasa di sebuah Bandar kecil bernama Tyre. Berita kemenangan
Saladin ini memeranjatkan Eropah dan Paderi Agung menyeru mengadakan satu lagi
Perang Salib.
5.3 Perang Salib III
Perang Salib III berlaku apabila kejatuhan Baitul Maqdis telah mengemparkan dunia
Kristian,34 dan ia adalah reaksi orang Kristian terhadap malapetaka ini,35 lalu dibentuk
satu angkatan tentera yang besar dibawah pimpinan tiga orang raja Eropah iaitu Frederick
Barbarossa dari England, Philip Augustus dari Perancis dan Richard the Lionheart dari
England. Di antara ketiga-tiga raja ini, Raja Frederick yang paling cergas dan
bersemangat. Malangnya beliau telah tenggelam ketika menyeberangi Sungai Cilicia di
Armenia. Sehubungan itu, tentera-tenteranya berpecah belah dan pulang ke negeri
masing-masing. Oleh itu, hanya tinggal tentera-tentera pimpinan Richard dan Philip yang
bersama-sama Guy dari Jerusalem telah menawan Acre pada 12 Julai 1191. Walau
bagaimanapun, akhirnya Philip pulang ke negerinya disebabkan masalah kesihatan atau
34 Abdul Rahman HJ.Abdullah, Searah dan Tamadun Islam, 2002, hlm. 171.35 W.Montgomery Watt(penterjemah Dr.Nurcholish Madjid), Islam Dan Peradaban Dunia, Pengaruh Islam Atas Eropa Abad Pertengahan, 1972, hlm. 79.
18
mungkin kerana konflik peribadinya dengan Richard36. Walaupun, hanya Richard yang
tinggal, namun semangat “singanya” terus menyala untuk menentang Saladin yang telah
menawan Jerusalem, namun kekuatan Saladin tidak sedikit pun tergugat. Jadi Richard
telah menghadapi pemberontakan daripada kaum Saxon (ketuanya Robin Hood), jadi
keadaan ini memerlukan Richard untuk segera kembali mententeramkan kestabilan
negaranya. Sehubungan itu, perjanjian damai al-Ramlah telah diadakan pada November
1192. Perjanjian ini mengakui Saladin adalah penguasa Palestin seluruhnya kecuali
Bandar Acre diletakkan di bawah pemerinhatan Kristian. Perjanjian ini juga menyetujui
para “haji” Kristian menziarahi kota-kota sucinya tanpa membawa sebarang senjata serta
dalam kumpulan-kumpulan kecil. Maka berakhirlah Perang Salib III. Perjanjian
Ramallah ini sebagai berakhirnya Perang Suci yang telah berlanjutan selama lima tahun,
sebelum kemenangan besar Hittin pada bulan Julai 1187 M, tiada satu inci pun tanah
Palestin di dalam tangan orang-orang Islam. Selepas perjanjian Ramallah inilah,
keseluruhannya menjadi milik mereka kecuali satu jalur kecil dari Tyre ke Jaffa. Saladin
tidak ada rasa malu apapun dengan perjanjian ini walaupun sebahagian kecil tanah
Palestin masih di tangan orang-orang Kristian dan keadaan ini telah menyebabkan
seluruh Kristian kembali mengangkat senjata, namun tanah suci masih di dalam tangan
Saladin. Melalui perang ini Saladin telah berjaya menyatukan mereka yang berlainan
bangsa dan kaum di atas jalan tuhan bermula 1187 hingga 1192 dan perang ini
merupakan perang Ssalib terakhir yang telah melibatkan bilangan pejuang yang besar,
iaitu seramai 300,000 orang37.
36 Ibid, hlm. 171.37 Sivachandralingam Sundara Raja, Sejarah Eropah, 1995, hlm. 96
19
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan Perang Salib ini berlaku adalah bertujuan untuk mendapatkan semula
tanah suci di Jerusalem daripada tangan orang muslim. Peperangan ini telah
mengakibatkan ramai nyawa yang terkorban. Peperangan ini telah menyebabkan
berlakunya kemajuan dalam perdagangan yang mana melalui peperangan ini telah
memberikan keistimewaan perdagangan kepada negara Barat dan Timur. Justeru itu,
banyak pengetahuan yang diperolehi oleh orang Eropah yang di pelajari daripada orang
Islam seperti dalam bidang astronomi, matematik, geometri, sains tulen dan perubatan.
Selain itu peperangan ini telah juga mempengaruhi agama, politik dan perubahan
kehidupan masyarakat Eropah. Melalui faktor agama telah memberikan kesan yang baik
kepada tamadun Eropah terutamanya dalam meruntuhkan sistem feudalisme dan
menukarkan Eropah kepada zaman moden. Walaupun peperangan ini telah lama berlalu
tetapi masih lagi meninggalkan kesan sehingga hari ini yang mana masih ada sifat
dendam dan iri hati antara orang Kristian dan orang Islam. Contohnya serangan yang
berlaku pada 11 September 2001 di World Trade Center di Manhattan, New York City di
Amerika Syarikat.38 Selepas peristiwa ini Amerika Syarikat telah menjalankan serangan
ke atas orang Islam terutamanya penyerangan kerajaan Taliban di Afganistan dan
serangan ke atas Iraq dengan alasan Saddam Hussein telah membantu Al-Qaeda.
BIBLIOGRAFI
Abdul Rahman Hj. Abdullah, 2002, Sejarah dan Tamadun Islam, Selangor: Pustaka KM.
Ahmad Shalaby, 1975, Perang Salib, Singapura: Pustaka Nasional.
38 http://ms.wikipedia.org/wiki/Serangan_9/11
20
Mc Neill,William H., 1994, Kebangkitan Barat Sejarah Masyarakat Manusia, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhammad Al-‘Arusiy Al-Matwiy, (terj. Ahmad Asri Lubis), 1998, Perang Salib di Alam Islam: Muslihat, Kuala Lumpur: Pustaka Syuhada.
Salahuddin Al-Ayubi, 1998, Pahlawan Perang Salib: Riwayat Hidup Gagah Berani Perlu Diteladani Umat Masa Kini, Selangor: Visi Madani.
Sivachandralingam Sundara Raja, 2002, Sejarah Eropah, Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributor Sdn.Bhd.
W. Montgomery Watt (pengantar Nurcholish Madjud), 1995, Islam dan Peradaban Dunia: Pengaruh Islam Atas Eropah Abad Pertengahan, Jakarta: PT Gramedia Pustaka Utama.
http://miyuki binafsha.blogdrive.com/comments?=13
http://yulian.firdaus.or.id/2006/01/23/perang-salib
21