Transcript
Page 1: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

JABATAN KERJA RAYA HULU SELANGOR 44000 HULU SELANGOR, SELANGOR DARUL EHSAN

(SESI APRIL 2005 – JUN 2005)

YUSNITA BINTI RAMLI 4 SAW

LAPORAN DIKEMUKAKAN KEPADA FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

I

Page 2: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

Ruj. Tuan : Ruj. Kami : ( ) dlm.JKR.HS.1/1 DEKAN, Tarikh : 11 Jun 2005 Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Skudai, Johor. Tuan, PER. : PENGESAHAN MENJALANI LATIHAN INDUSTRI Merujuk perkara di atas, adalah dengan ini telah disahkan bahawa Cik Yusnita Binti Ramli bernombor kad pengenalan 830117-01-5170 telah menamatkan latihan industri di Jabatan Kerja Raya Hulu Selangor, Kuala Kubu Bharu. Butiran Latihan Industri : Tempoh : 4 April sehingga 11 Jun 2005 ( 10 minggu ). Bahagian : Bahagian Jalan Bidang Tugas : - Melawat tapak projek pembinaan jejantas Kalumpang

- mengawasi kerja-kerja konkrit - mengawasi ‘launching beam’ - menghadiri taklimat bancian trafik - melawat projek pembaikpulihan jambatan besi - membuat ‘surveying’ jalan - memplot dan membuat kiraan (membuka sebutharga) - menghadiri taklimat penggunaan ‘Microsoft Project’

untuk CPM (Critical Path Method) 2. Sepanjang menjalani latihan industri ini, Cik Yusnita Binti Ramli didapati berkebolehan dalam menjalankan bidang tugas yang diberi dan patuh pada setiap arahan yang diberikan tanpa sebarang masalah. Sekian, terima kasih. Disahkan oleh, (ENCIK SUHAINI BIN NORDIN) Jurutera Awam (Jalan) JKR Hulu Selangor, Kuala Kubu Bharu.

II

Page 3: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

PERAKUAN

‘Laporan ini adalah hasil usaha saya sendiri kecuali pada bahagian-bahagian yang dilampirkan dari sumber-sumber yang dinyatakan atau fakta-fakta yang berkaitan.’

............................................. Tarikh : (YUSNITA BINTI RAMLI) Disahkan oleh, .................................................. Tarikh : (EN. SUHAINI BIN NORDIN) Jurutera Awam (Jalan) JKR Hulu Selangor

III

Page 4: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

PENGHARGAAN

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya saya berjaya menjalani

latihan industri di Jabatan Kerja Raya Hulu Selangor (JKR/ HS) selama sepuluh minggu

yang bermula daripada 4 April sehingga 12 Jun 2005 seperti yang telah diwajibkan oleh

pihak fakulti bagi pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan Awam sesi 2004/2005.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga

kepada seluruh tenaga, tunjuk ajar, dorongan, nasihat dan idea-idea yang telah dicurahkan

kepada saya sepanjang saya menjalani latihan industri di jabatan ini. Sesungguhnya

segala ilmu yang diberikan kepada saya akan saya pergunakan dengan sebaiknya demi

masa depan saya untuk mengharungi alam pekerjaan kelak.

Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada

En. Suhaini bin Nordin selaku Jurutera Awam (Jalan) yang telah menjaga, mendidik dan

memberi tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya di sini. Tidak lupa juga kepada

kakitangan yang lain seperti En. Zainal bin Saman (Pembantu Juruteknik), En. Suhairi

bin Ahmad, Pn. Norzieana binti Roslan dan Pn. Rohaizainy binti Zainudin di atas

kesudian memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya dalam melaksanakan tugas dan

membantu saya menyelesaikan segala masalah yang dihadapi sepanjang sesi latihan

industri ini.

Akhir sekali tidak ketinggalan juga saya ingin mengucapkan terima kasih buat

ayah dan ibu serta pelajar-pelajar Politeknik yang juga membuat latihan praktikal di

jabatan yang sama kerana sering menyuntik semangat dan memberikan cadangan yang

bernas kepada saya.

Sekian, terima kasih.

IV

Page 5: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA SURAT

1. JUDUL I 2. PENGESAHAN II 3. PERAKUAN III 4. PENGHARGAAN IV 4. ISI KANDUNGAN V - VIII 5. SENARAI LAMPIRAN DAN FOTO IX – X 6. BAB 1 – PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI 1.2 TUJUAN LATIHAN INDUSTRI 1.3 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

1 1 1 – 2

7. BAB 2 – LATAR BELAKANG JABATAN 2.1 PENUBUHAN JABATAN KERJA RAYA 2.2 STRUKTUR ORGANISASI

3 3 – 12

8. BAB 3 – PERATURAN KONTRAK DI JKR 3.1 KONTRAK 3.2 TENDER 3.3 BAYARAN PENDAHULUAN 3.4 KECUKUPAN DOKUMEN KONTRAK 3.5 BAYARAN KEMAJUAN 3.6 PERUBAHAN HARGA UNTUK KONTRAK 3.7 POTONGAN 3.8 KERJA – KERJA PAKAR 3.9 MESYUARAT TAPAK BINA 3.10 KONTRAK YANG TIDAK SIAP 3.11 TUNTUTAN KONTRAK KIRA-KIRA AKHIR 3.12 ARAHAN KEPADA PENTENDER 3.13 SYARAT-SYARAT SEBUTHARGA UNTUK KERJA 3.14 PROSEDUR PEROLEHAN BEKALAN DAN PERKHIDMATAN

13 13 – 15 15 – 16 17 – 18 18 – 19 20 20 20 – 21 21 21 22 22 – 24 24 – 29 29 – 34

9. BAB 4 – ACUAN KONKRIT 4.1 FUNGSI-FUNGSI BAHAGIAN ACUAN 4.2 JANGKA MASA PENANGGALAN ACUAN 4.3 LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DALAM PEMBINAAN ACUAN

35 – 36 36 37

V

Page 6: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

10. BAB 5 – ASAS DAN CERUCUK

5.1 PENGENALAN 5.2 FUNGSI-FUNGSI ASAS 5.3 KATEGORI ASAS 5.4 JENIS-JENIS ASAS 5.5 PEMILIHAN JENIS ASAS BANGUNAN 5.6 PEMILIHAN ASAS 5.7 ASAS CERUCUK 5.8 PEKERJAAN CERUCUK PACAK 5.9 CARA MENGAMBIL SET 5.10 KERJA CERUCUK DI TAPAK BINA 5.11 MUTU CERUCUK 5.12 KAWALAN PENANAMAN CERUCUK 5.13 UJIAN CERUCUK 5.15 KERJA PENGGALIAN LUBANG 5.16 KERJA PEMOTONGAN CERUCUK 5.17 KERJA PEMBINAAN TETOPI CERUCUK

38 39 39 39 39 40 – 41 42 42 – 45 45 45 – 47 47 – 48 48 – 50 50 – 55 55 56 – 58 58

11. BAB 6 – KONKRIT 6.1 PENGENALAN 6.2 BAHAN-BAHAN KONKRIT 6.3 MEMBANCUH KONKRIT 6.4 JENIS-JENIS GRED KONKRIT 6.5 UJIAN KE ATAS BANCUHAN KONKRIT 6.6 UJIAN KIUB 6.7 UJIAN RUNTUH 6.8 MENGANGKUT DAN MENUANG KONKRIT

59 59 – 62 62 63 64 64 – 68 68 – 69 69 – 70

12. BAB 7 – KERJA-KERJA BAR DAN TETULANG 7.1 PENGENALAN 7.2 JENIS BAR DAN TETULANG 7.3 PENYIMPANAN BESI DAN TETULANG 7.4 PEMBENGKOKKAN BESI DAN TETULANG 7.5 PEMASANGAN TETULANG KELULI 7.6 SEMAKAN BESI TETULANG

71 71 71 – 72 72 – 73 73 – 74 74

13. BAB 8 – PEMBINAAN INFRASTRUKTUR 8.1 PENDAHULUAN 8.2 KERJA TANAH 8.3 PEMBERSIHAN TAPAK

75 75 76 – 77

VI

Page 7: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

8.4 SISTEM PERPARITAN 8.5 KERJA PENGGALIAN 8.6 PEMASANGAN LONGKANG KONKRIT 8.6 TAKUNGAN 8.7 KERJA MENANAM RUMPUT DAN PADANG 8.8 KERJA SALIRAN KEKOTORAN 8.9 PENYIASATAN TAPAK 8.10 SILING 8.11 BUMBUNG 8.12 BAHAN-BAHAN PENEBAT 8.13 KERJA PEMASANGAN GENTING KONKRIT SALING MENGIRAT 8.14 TINGKAP 8.15 PINTU 8.16 KERJA PEMASANGAN RANGKA TINGKAP DAN PINTU 8.17 KERJA BATA

77 – 78 78 – 79 79 79 80 81 – 83 83 – 85 85 – 86 86 – 88 88 88 – 90 90 91 91 91 – 94

14. BAB 9 – JAMBATAN 9.1 PENGENALAN 9.2 KOMPONEN JAMBATAN 9.3 SETTING OUT 9.4 KERJA – KERJA TANAH 9.5 KERJA - KERJA PENCERUCUKAN 9.6 ABUTMENT DAN PIER 9.7 PENYELIAAN KERJA KONKRIT 9.8 PEMBINAAN INFRASTRUKTUR 9.9 EXPANSION JOINT 9.10 PERALATAN JAMBATAN 9.11 PENGENDALIAN KEMUDAHAN-KEMUDAHAN AWAM

95 95 – 96 96 – 98 98 – 100 100 - 106 106 – 108 108 – 110 110 – 117 118 – 119 119 – 120 120 – 124

15. BAB 10 – CERUN 10.1 PENGENALAN 10.2 PENGARUH GEOLOGI TERHADAP KESTABILAN CERUN 10.3 GAMBARAN TENTANG MASALAH KESTABILAN CERUN 10.4 PERLINDUNGAN / KESTABILAN CERUN 10.5 LONGKANG CERUN

125 125 – 126 127 – 128 128 – 138 138

16. BAB 11 – JALANRAYA 11.1 PENGENALAN 11.2 PENYEDIAAN SUB-GRED 11.3 BAHAN PENUTUP

139 139 139

VII

Page 8: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

11.4 SUB – TAPAK 11.5 LAPISAN SALUT 11.6 TAMBAKAN JALAN PADA TANAH LEMBUT 11.7 TAMBAKAN JALAN PADA TANAH BERBUKIT YANG SEMULAJADI 11.8 KAEDAH PENYIASATAN TAPAK

140 140 – 141 141 – 142 142 – 143 143

17. BAB 12 – TEKNOLOGI BARU 12.1 PENGENALAN 12.2 KENAPA POWERMESH 12.3 KELEMAHAN SISTEM SEMASA 12.4 KONSEP 12.5 IMPLIKASI SISTEM SEMASA

144 144 – 145 146 – 147 148 – 150 150 – 150

18. KESIMPULAN 157

19. CADANGAN 158

20. RUJUKAN 159

21. LAMPIRAN 160

VIII

Page 9: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

SENARAI LAMPIRAN BIL PERKARA LAMPIRAN 1. STRUKTUR ORGANISASI (PENTADBIRAN) 1.0

2. STRUKTUR ORGANISASI (BANGUNAN) 2.0

3. STRUKTUR ORGANISASI (JALAN) 3.0 (a) & (b)

4. BORANG TENDER 4.0 (a) & (b)

5. CONTOH SURAT SETUJU TERIMA TENDER 5.0 (a),(b),(c) & (d)

6. PERJANJIAN KONTRAK 6.0

7. - LAPORAN RINGKAS KONTRAK KERJA

- CATATAN MESYUARAT TAPAK - CONTOH RINGKASAN LAORAN KERJA

7.0 (a) 7.0 (b) 7.0 (c)

8. BORANG SEBUTHARGA 8.0

9. BUTIR-BUTIR SPESIFIKASI 9.0

10. CARTA : - PROSEDUR PEROLEHAN DAN BEKALAN - PEROLEHAN KONTRAK PUSAT - PEROLEHAN PEMBELIAN TERUS - PEROLEHAN SEBUTHARGA - PEROLEHAN TENDER - PENERIMAAN BARANGAN DAN PERKHIDMATAN - PEROLEHAN PERKHIDMATAN PERUNDING PENYIASATAN TANAH - PEROLEHAN PERKHIDMATAN PERUNDING

10.0 (a) 10.0(b) 10.0(c) 10.0(d) 10.0(e) 10.0(f) 10.0(g) 10.0(h)

11. - REKOD PENANAMAN CERUCUK - KIRAAN - LAYOUT CERUCUK

11.0(a) 11.0(b) 11.0(c)

12. CONTOH LAPORAN UJIAN KIUB 12.0 (a), (b) & (c)

13. CONTOH LAPORAN UJIAN BAR TETULANG 13.0

14. JENIS GELINCIRAN DALAM CERUN BAKI 14.0

IX

Page 10: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

15.

GAMBARAJAH KESTABILAN CERUN 15.0 & 16.0

16.

PELAN KAEDAH GABION, HYDROSEEDING, RUBBLE PITCHING

17.0

17. PELAN KAEDAH GABION 18.0

18. GAMBARAJAH KAEDAH GABION 19.0

19. - GAMBARAJAH KAEDAH SOIL NAILS & LONGKANG - GAMBARAJAH SOIL NAILS HEAD

20.0(a) & (b) 20.0(c)

20. PELAN SOIL NAILS HEAD 21.0

21. GAMBARAJAH SISTEM LONGKANG 22.0 (a) & (b)

22. PELAN JALANRAYA

23.0

23. JADUAL KRITERIA REKABENTUK JALAN 24.0

24. PAPAN TANDA KERJA-KERJA PEMBINAAN 25.0

25. BARRIER JALAN 26.0

26. SURAT TAKLIMAT BANCIAN 27.0

SENARAI FOTO BIL. PERKARA LAMPIRAN 1. KONKRIT BEAM 28.0

2. UJIAN BEARING PAD 29.0

3. TURAPAN JALAN 30.0

X

Page 11: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

BAB 1 : PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI

Latihan industri ini diwajibkan kepada setiap pelajar Sarjana Muda

Kejuruteraan Awam sebagai syarat penganugerahan ijazah. Latihan ini juga

bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar tentang

keadaan sebenar dalam bidang kerjuruteraan awam dan sebagai persediaan awal

bagi pelajar sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Bagi sesi 2004/2005, latihan

ini berjalan selama 10 minggu iaiatu bermula pada 4 April sehingga 12 Jun 2005.

Saya telah memohon dan mendapat tempat untuk menjalani latihan

industri di Jabatan Kerja Raya Hulu Selangor. Di dalam jabatan ini, saya telah

ditempatkan di bahagian Jalan. Sepanjang latihan ini saya diberi peluang untuk

mengikuti juruteknik-juruteknik yang terlibat ke tapak-tapak projek yang

berkaitan. Perisian yang saya perolehi adalah ianya dapat membantu saya

memahami keperluan kerja dan meningkatkan pemahaman akademik yang lebih

jelas serta meluas dalam selok-belok bidang kejuruteraan awam.

1.2 TUJUAN LATIHAN INDUSTRI

Latihan industri ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengenalan

kepada pelajar tentang berbagai-bagai aspek amalan dalam Kerjuruteraan Awam

dan peranannya dalam masyarakat.

1.3 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

Di antara objektif latihan industri ini diadakan adalah untuk :

a) Mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan sebenar

b) Menambah dan meluaskan pengetahuan teknikal kemahiran pelajar

c) Menimbulkan kesedaran serta meningkatkan minat pelajar terhadap

pelajaran di universiti

XI

Page 12: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

d) Membolehkan pelajar mengaitkan teori-teori dengan praktikal yang

dilalui

e) Mengetahui dan dapat membiasakan diri dengan peraturan-peraturan

keselamatan di dalam industri

f) Menanam sifat amanah dan bertanggungjawab

g) Menanam sikap ingin sentiasa mengetahui perkara-perkara yang baru

h) Menyuntik semangat dalam diri pelajar untuk terus tingkatkan diri

dalam bidang yang diceburi

Latihan industri ini penting kepada siswazah untuk keyakinan diri, meluaskan

pergaulan sama ada secara korporat atau tidak, menanam semangat kerja

berpasukan dan perhubungan baik sesama pekerja, menilai kebolehan diri di alam

pekerjaan dan memperkenalkan diri pelajar sendiri dari segi kebolehan,

kesanggupan dan sikap kepada bakal majikan serta dapat menyediakan laporan

rasmi selepas tamat latihan.

XII

Page 13: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

BAB 2 : LATAR BELAKANG JABATAN

2.1 PENUBUHAN JABATAN KERJA RAYA

Jabatan Kerja Raya telah ditubuhkan sejak 1872 dan berfungsi sebagai

sebuah agensi teknikal kepada Kerajaan Malaysia. Jabatan Kerja Raya Malaysia

berperanan melaksanakan projek- projek pembangunan dan penyelenggaraan

infrastruktur kepada pelbagai kementerian, jabatan, badan berkanun dan kerajaan

negeri seperti jalan, bekalan air, bangunan, lapangan terbang, pelabuhan dan jeti

bagi memenuhi keperluan negara.

2.2 STRUKTUR ORGANISASI

Kerja Raya (Public Work) adalah bertanggungjawab di dua peringkat

pentadbiran iaitu persekutuan dan negeri, oleh yang demikian terdapat JKR

Persekutuan dan JKR Negeri. Walau bagaimanapun organisasi JKR Sabah dan

Sarawak adalah di bawah tanggungjawab kerajaan negeri masing-masing.

Peringkat organisasi JKR adalah seperti berikut :

a) JKR Malaysia

Terdiri dari Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia dan Pejabat-

pejabat Pengarah Cawangan di peringkat Ibu Pejabat JKR Malaysia di Kuala

Lumpur.

b) JKR Negeri, Jabatan Bekalan Air (JBA) Negeri dan Unit Khas JKR

Terdiri dari Pejabat-pejabat Pengarah JKR Negeri, Pejabat-pejabat

Pengarah JKR Wilayah Persekutuan, Pejabat-pejabat Pengarah JBA Negeri dan

Pejabat-pejabat Pengarah Unit Khas.

c) JKR Daerah dan JBA Daerah

XIII

Page 14: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

Terdiri dari Pejabat-pejabat Jurutera JKR Daerah dan Jurutera Daerah.

2.2.1 Latarbelakang Organisasi

Jabatan Kerja Raya (JKR) Hulu Selangor terletak di pekan Kuala

Kubu Bharu. Ianya terletak di dalam kawasan bangunan kerajaan seperti

Jabatan Bekalan Air (JBA), Pejabat Daerah dan Tanah serta Mahkamah

Majistret, Kuala Kubu Bharu.

JKR Hulu Selangor terbahagi kepada 3 unit. Bahagian pertama

adalah unit kontrak, ukur bahan dan kewangan. Bahagian unit kedua

adalah unit bangunan. Unit ini hanya diketuai oleh pembantu teknik iaitu

En. Amir Zaki bin Elham selaku pemangku di bahagian bangunan. Di

bahagian bangunan ini masih tidak mempunyai ketua setelah jurutera yang

terdahulu telah bersara.

Untuk unit ketiga adalah unit jalan yang diketuai oleh Jurutera

Awam (Jalan) iaitu En. Suhaini bin Nordin serta dibantu oleh seorang

pembantu teknik iaitu En. Zainal bin Saman.

JKR Hulu Selangor sentiasa menjalankan segala kerja pembinaan

dengan baik dan memberikan komitmen yang tinggi serta sentiasa

memberi penekanan kepada masa, kos dan rekabentuk yang terbaik di

samping mutu yang membanggakan.

2.2.2 Objektif dan misi JKR

Objektif JKR Hulu Selangor adalah untuk menyediakan

infrastruktur dan kemudahan awam khususnya jalan, bangunan, lapangan

terbang, sekolah, pelabuhan dan pengkalan bagi memenuhi keperluan

pembangunan Negara dengan sentiasa memberi penekanan kepada :

J – Jangka masa secepat mungkin

K - Kos yang ekonomi

R - Rupabentuk dan mutu yang terbaik

XIV

Page 15: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

Manakala misi korporat JKR adalah memberi nasihat dan

perkhidmatan kepada kerajaan, kementerian dan jabatan dalam

perancangan rupabentuk dan pembinaan projek-projek pembangunan

infrastruktur dan kemudahan awam, yang meliputi kemudahan jalanraya,

bangunan, kerajaan dan lain-lain. JKR juga mengendali dan

menyelenggara kemudahan-kemudahan jalanraya, bangunan tertentu

kerajaan.

2.2.3 Organisasi JKR

JKR Hulu Selangor diketuai oleh seorang jurutera daerah iaitu

Tuan Mohd Zein bin Mohd Noor. JKR Hulu Selangor terdiri daripada

bahagian-bahagian seperti berikut:

- Pentadbiran dan Kewangan

- Bangunan

- Kontrak dan Ukur Bahan

- Elektrik

- Jalan

JKR Hulu Selangor juga dibantu oleh cawangan JKR Stor yang

dilengkapi perkhidmatan sokongan kepada fungsi-fungsi JKR. Bahagian

tersebut diketuai oleh Ketua Penyelenggara.

2.2.4 Tujuan JKR

Merancang, membina, memperbaiki dan menyelenggara jalanraya

dan jambatan, bangunan pejabat kerajaan, bangunan khas dan sekolah-

sekolah untuk menentukan infrastruktur dan kemudahan awam adalah

sentiasa dalam keadaan baik. Selain itu, untuk menjamin pembangunan

sosio-ekonomi dan dapat dijalankan dengan cekap dan berkesan selaras

dengan dasar ekonomi baru.

XV

Page 16: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

Memberi nasihat teknik dalam bidang kejuruteraan dan menjadi

agensi perlaksanaan projek-projek jabatan dan agensi kerajaan dan

sentiasa memberi penekanan keapda:

Jangka masa yang pendek

Kos yang ekonomi

Rupabentuk dan mutu yang terbaik

2.2.5 Dasar dan Matlamat Yang Strategi

Selaras dengan dasar ekonomi baru strategi jabatan dalam

mencapai objektif kerajaan adalah seperti berikut:

a) Pembinaan lebih banyak jalan besar dan kecil untuk mukim atau

kampung yang kurang maju untuk membangunkan kawasan itu

dengan memudahkan pengangkutan.

b) Memperbaiki serta melebarkan jalan-jalan untuk mengatasi

masalah lalulintas dan menjimatkan masa perjalanan dan juga

untuk menjamin keselamatan pengguna jalanraya.

c) Memberi, katakan di dalam perlaksanaan projek-projek

pembangunan di kawasan kurang maju.

d) Membina jalan baru dalam kawasan pedalaman untuk menjadi

jalan keselamatan.

e) Merancang dan melaksanakan infrastruktur selaras dengan

cadangan-cadangan pelan struktur.

f) Menjadi agensi pelaksanaan bagi projek jabatan-jabatan Kerajaan

Negeri dan Persekutuan.

2.2.6 Piagam Pelanggan JKR Bahagian Jalan

a) Komitmen kami ialah memberi perkhidmatan yang menyerluruh

kepada pengguna menerusi perlaksanaan dan mempunyai ciri-ciri

keselamatan.

XVI

Page 17: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

b) Tindakan akan diambil dalam masa tidak melebihi 3 hari setelah

aduan diterima untuk memperbaiki lubang-lubang yang

membahayakan lalulintas di atas turapan jalan.

c) Tindakan akan diambil dalam masa tidak melebihi 24 jam untuk

membersihkan pokok-pokok tumbang dipermukaan jalan atau

tanah runtuh setelah aduan diterima.

d) Bagi projek-projek yang menggunakan pelan piawai kami adalah

komited untuk menyiapkan projek dari tarikh penerimaan surat

kuasa pelaksanaan seperti berikut:

Kos projek kurang daripada RM 1 juta-2 tahun

Kos projek antara RM 1-RM 10 juta-3 tahun

Kos projek antara RM 5-RM 10 juta-4 tahun

e) Bagi projek-projek yang menggunakan rekabentuk baru tempoh

siap kerja mengikut jadual yang dipersetujui dalam kontrak.

f) Membaiki kerosakan hawa dingin di bangunan-bangunan kerajaan

dalam masa 3 hari setelah aduan diterima.

2.2.7 Piagam Pelanggan Bahagian Kontrak Dan Ukur Bahan

a) Melayan semua pemborong dengan mesra, bertanggungjawab dan

selengkap yang boleh.

b) Pemilihan kontraktor yang berjaya akan dibuat dalam tempoh 3

minggu dari tarikh sebutharga ditutup.

c) Dokumen kontrak akan disediakan dalam masa 1 minggu selepas

dokumen insurans, perkeso, bon pelaksanaan dan surat setuju

terima dikembalikan oleh kontraktor dengan lengkap.

d) Setiap penjualan borang sebutharga dan borang tawaran tender

akan dikeluarkan resit dengan serta-merta pada hari yang sama.

XVII

Page 18: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

2.2.8 Bahagian Pembinaan Dan Penyelenggaraan Bangunan

Bahagian ini bertanggungjawab untuk merekabentuk, membina

dan menyelenggara bangunan-bangunan kerajaan serta mengurus dan

mentadbir kontrak-kontrak kerajaan. Untuk menjalankan fungsinya

dengan lebih berkesan, aktiviti ini dibahagikan kepada 3 unit. Arkitek

yang bertanggungjawab atas aspek rekaan dan penyediaan lukisan serta

mengawasi projek bangunan yang dilaksanakan oleh JKR Hulu Selangor.

2.2.9 Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan

Aktivitinya ialah mengendalikan dan menguruskan segala urusan

kerjaraya dan kemudahan yang melibatkan jalanraya, jambatan dan

bangunan-bangunan untuk kegunaan awam dan bangunan-bangunan

pejabat dan rumah kerajaan diperingkat negeri.

Merancang, mengurus dan mengawal kumpulan wang di bawah

belanja mengurus dan pembangunan bagi program-program pembinaan,

memperbaiki jalanraya dan jambatan serta bangunan kerajaan dan jabatan-

jabataan persekutuan, mengenai pelaksanaan projek-projek di bawah

naungannya.

2.2.10 Piagam Pelanggan Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan

a) Bahagian Pentadbiran

i. Melayan pertanyaan aduan orang awam dan kakitangan

jabatan dengan mesra serta memberi maklumat

selengkapnya.

ii. Menyampaikan pertanyaan / aduan yang diterima kepada

bahagian berkenaan (jalan, bangunan atau elektrik) pada

hari yang sama.

iii. Menguruskan pelbagai urusan perkhidmatan berhubung

dengan jawatan untuk kakitangan dengan mesra dan

secepat mungkin.

XVIII

Page 19: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

b) Bahagian Kewangan

i. Melayan semua pertanyaan daripada pemborong,

kakitangan jabatan, pengawal-pengawal dari jabatan luar

dan orang awam dengan ramah mesra serta dengan

selengkap yang boleh.

ii. Menghantar baucer gaji ke bendahari negeri sebelum 15

raribulan setiap bulan.

iii. Menghantar baucer tuntutan elaun perjalanan kakitangan

sebelum 10 haribulan setiap bulan.

iv. Memasukkan pungutan hasil jabatan ke dalam bank setiap

hari.

v. Menyediakan baucer bayaran dan bilangan-bilangan yang

diterima dari pelanggan ke bendahari dalam tempoh 4 hari.

vi. Menyediakan baucer bayaran untuk projek dalam tempoh 4

hari selepas bayaran diperakukan.

vii. Setiap penerimaan wang akan dikeluarkan resit dengan

serta merta untuk cek resit dalam masa sebulan.

2.2.11 Bahagian Kontrak Dan Ukur Bahan

Objektif utama bahagian ini ialah untuk menentukan kos

pembinaan projek-projek kerajaan yang dikendalikan oleh JKR adalah

sepadan dengan nilai-nilai yang diperolehi dan memastikan segala

perbelanjaan ke atas sesuatu projek adalah adil dan memenuhi ciri-ciri

‘public accountability’. (Rujuk lampiran 1.0)

Perkhidmatan yang disediakan oleh bahagian ini ialah :

a) Memberikan khidmat nasihat berkaitan dengan kos ekonomi

pembinaan, menyediakan kos pelan dan menjalankan semakan kos

terhadap kerja yang direkabentuk.

b) Menyediakan senarai kuantiti dan dokumen-dokumen tender yang

lain.

XIX

Page 20: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

c) Memberikan khidmat nasihat berkaitan dengan prosedur tender

dan pengurusan kontrak.

d) Mempelawa, menilai dan membuat laporan ke atas tender-tender.

e) Mengurus atau melibatkan diri dengan perundingan pra-kontrak.

f) Menyedia dan mengedarkan dokumen kontrak.

g) Menyediakan penilaian kemajuan kerja dan perakuan bayaran

interim.

h) Menyediakan dokumen tender, mempelawa, menilai dan membuat

laopran tender untuk kerja / bekalan bahan-bahan yang terkandung

dalam kontrak sebagai Wang Kos Prima dan Wang Peruntukan

Sementara.

i) Menyediakan penilaian kerja perubahan dan perakuan perubahan

kerja dan menyelesaikan akaun.

j) Memberikan khidmat nasihat berkaitan dengan pengeluaran

perakuan-perakuan dan notis-notis yang diperlukan dalam

pentadbiran kontrak seperti perakuan kelambatan dan lanjutan

masa, perakuan kerja tak siap, notis-notis bagi penamatan

pengambilan kerja kontraktor dan sebagainya.

k) Memberikan khidmat nasihat ke atas masalah am yang berkaitan

dengan pentadbiran kontrak.

l) Menilai, merunding dan menyelesaikan tuntutan dan membantu di

dalam kes timbang tara.

2.2.12 Bahagian Bangunan

a) Fungsi Bahagian Bangunan

Bahagian bangunan menjalankan fungsi-fungsi seperti berikut :

i. Melaksanakan projek-projek pembinaan Bangunan Khas

dan Rumah Kediaman Jabatan yang dibiayai oleh Kerajaan

Negeri/ Persekutuan.

ii. Melaksanakan projek-projek pembinaan bangunan dalam

sector sosio-ekonomi bagi pihak jabatan Menteri Besar di

XX

Page 21: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

mana perbelanjaan projek-projek ini dibiayai sepenuhnya

melalui peruntukan negeri.

iii. Melaksanakan projek-projek pembinaan bangunan agensi

dan jabatan persekutuan di mana perbelanjaan dibayar

melalui peruntukan persekutuan.

iv. Menyelenggara bangunan-bangunan kegunaan am untuk

Kerajaan Negeri dan Persekutuan. (Rujuk lampiran 2.0)

b) Piagam Pelanggan Bahagian Bangunan

i. Sedia memberi khidmat nasihat teknikal dengan cepat,

tepat dan professional.

ii. Merancang dan melaksana projek-projek bangunan

mengikut keperluan pelanggan dengan menekankan mutu,

jangkamasa yang sesuai dan kos yang berkesan.

iii. Aduan kerosakan bangunan yang segera akan ditangani

dalam tempoh 1 hari manakala kerosakan biasa dalam

tempoh 1 minggu dari tarikh aduan diterima.

iv. Aduan kerosakan sistem pendawaian elektrik akan diatasi

dalam tempoh 1 hari bagi kerosakan segera dan 1 minggu

bagi kerosakan biasa.

v. Penyenggaraan berkala bagi rumah kediaman, pejabat,

masjid dan institusi akan dirancang bagi menghasilkan

keberkesanan kos dengan katakan kepada bangunan yang

uzur dan penyenggaraan terakhir tidak kurang dari 5 tahun.

vi. Pengukuran bagi tujuan pembayaran untuk kerja

pembangunan / penyenggaraan akan dibuat dalam tempoh

1 minggu dari tarikh permohonan dibuat oleh kontraktor.

vii. Baucer bayaran yang segala jenis pembayaran /

penyenggara akan dihantar kepada agensi pembayaran

dalam masa 1 minggu dari tarikh pengukuran.

XXI

Page 22: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

2.2.13 Bahagian Pembinaan Dan Penyelengaraan Jalan Dan Jambatan

Menyelaras pembinaan, pembaikan dan penyelenggaraan semua

jalanraya dan jambatan Negeri dan Persekutuan untuk menentukan

infrastruktur utama adalah dalam keadaan baik untuk menyenangkan

pengangkutan pengeluaran pertanian dan hutan dari kawasan-kawasan

pedalaman untuk meninggikan taraf sekitar luar Bandar.

Menjalankan kerja-kerja rekabentuk jalanraya dan jambatan serta

menentukan kualiti ke atas projek-projek jalan serta bahan-bahan yang

digunakan dalam projek-projek ini. (Rujuk lampiran 3.0(a) & (b))

a) Fungsi Bahagian Jalan

i. merancang sistem rangkaian jalan-jalan utama yang

melibatkan jalan dibawah jagaan JKR.

ii. Mengawal pembangunan tepi jalan terutama menentukan

jalan keluar / masuk supaya mengikut piawaian yang telah

ditetapkan.

iii. Menyemak dan mengulas pelan-pelan pembangunan yang

melibatkan pembangunan di tepi jalan bawah jagaan JKR.\

iv. Melaksanakan projek-projek jalan dan jambatan.

v. Menyelenggara jalanraya dan jambatan sentiasa berada

didalam keadaan baik dan selamat kepada pengguna-

pengguna. Menjalankan ujian-ujian ke atas struktur jalan

dan pengguna bahan binaan.

b) Penyelenggaraan Jalan Dan Jambatan

Penyelenggaraan jalan dan jambatan adalah juga dijalankan

mengikut program-program yang ditetapkan dan juga secara ad-

hoc yang merangkumi perkara-perkara berikut :

i. Membaharui muka jalan dan menampal lopak-lopak

permukaan jalan.

ii. Menyelenggara bahu jalan dan pemotongan rumput.

XXII

Page 23: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

iii. Membaiki dan mengukuhkan tebing jalan.

iv. Membersih, membaiki dan membina semula jambatan,

pembetong dan longkang-longkang di tepi jalan.

v. Membersih, membaiki dan mengganti perabot jalan.

vi. Mengecat garisan jalan.

BAB 3 : PERATURAN KONTRAK DI JKR

3.1 KONTRAK

3.1.1 Jenis Kontrak

Jenis-jenis kontrak yang terdapat dalam JKR adalah seperti berikut :

a) Kontrak Kerja iaitu kontrak untuk membina dan menyiapkan kerja

seperti bangunan dan sebagainya.

b) Kontrak Bekalan iaitu kontrak untuk membekal dan menghantar

barang-barang (Kontrak Bekalan diuruskan oleh Setor Persekutuan

atau Setor Negeri)

3.1.2 Borang-Borang Kontrak

Borang-borang kontrak yang digunakan dalam JKR adalah borang

piawai (Standard Forms).

XXIII

Page 24: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

3.2 TENDER

Tender adalah tawaran yang dibuat untuk melakukan sesuatu (seperti

mengadakan bekalan, membina bangunan dan sebagainya) dengan syarat-syarat

dan harga yang tertentu. Mengikut Arahan Perbendaharaan 180, tender mestilah

dipelawa bagi semua kerja yang dianggarkan bernilai lebih daripada RM 50,000

bagi tiap-tiap satu kerja. ( Rujuk lampiran 4.0(a) & (b))

3.2.1 Anggaran Awal

Anggaran Awal disediakan daripada lukisan-lukisan awal yang

disediakan oleh Arkitek untuk dikemukakan kepada Jabatan/Kementerian

Gunawan dalam bentuk borang iaitu “Preliminery Detailed Abstract”.

Tujuannya ialah bagi Jabatan/Kementerian Gunawan mendapatkan

peruntukan kewangan bagi projek yang ingin dilaksanakan.

3.2.2 Jenis Tender

Jenis tender yang biasa diamalkan oleh JKR adalah seperti berikut :

a) Tender Terbuka (Open Tender)

b) Tender Terhad (Restricted Tender)

c) Tender Terpilih (Selective Tender)

3.2.3 Panggilan Tender

Cara memanggil tender adalah melalui surat khabar tempatan.

Tawaran JKR selalunya dipanggil dengan menyiarkan iklan di dalam

suratkhabar tempatan. Sekurang-kurangnya satu minggu sebelum sesuatu

iklan itu akan disiarkan, sepucuk surat Kenyataan Tender hendaklah

dihantar kepada ‘Pengurus Suratkhabar’ memohon supaya disiarkan

‘Kenyataan Tender’ pada tarikh yang ditentukan. Semua iklan tender

hanya boleh dibuat dalam suratkhabar yang dicetak dalam Bahasa

Malaysia sahaja.

XXIV

Page 25: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

3.2.4 Mempamerkan Kenyataan Tender

Tender-tender negeri dipamerkan di Pejabat Pengarah JKR Negeri

atau di Pejabat Jurutera Daerah yang berkenaan. Tender-tender

Persekutuan dipamerkan di Bahagian Bekalan dan Kontrak, Kementerian

Kerjaraya.

Tender-tender Persekutuan yang dikelolakan oleh JKR Negeri

dipamerkan di Bahagian Bekalan dan Kontrak, Kementerian Kerjaraya

dan juga di Pejabat Pengarah JKR Negeri yang berkenaan.

3.2.5 Peti Tender

Peti berkunci di mana tender dimasukkan dan bertanda dengan

tarikh dan masa tender dibuka. Dua kunci disediakan dan disimpan oleh

dua orang Pegawai Kanan Jabatan. Peti tender, jika boleh dipindah tempat

hendaklah disimpan selamat di pejabat pegawai yang bertanggungjawab.

3.2.6 Membuka Tender

Tender hendaklah dibuka oleh ‘Ahli Jawatankuasa Membuka

Tender’ atau disimpan selamat jika kelewatan tidak dapat dielakkan. Peti

Tender hendaklah dikunci. Tiap-tiap tender hendaklah dibuka dan diberi

nombor siri serta tandatangan ringkas oleh tiap-tiap ahli jawatankuasa

membuka tender. Nama Pentender dan harga tender hendaklah dicatit

dalam jadual tender. Ahli Jawatankuasa hendaklah merekod di

borang/jadual tender masa tender dibuka dan menandatangani borang

tersebut kemudiannya.

3.2.7 Penerimaan Tender

Penerimaan Tender dibuat dengan mengemukakan ‘Surat Setuju

Terima’ kepada pentender yang berjaya dengan menyatakan, antaranya

harga kontrak dan tarikh mengambil alih tapakbina. Pemborong juga

dikehendaki mengemukakan gerenti perlaksanaan, polisi insurans

kebakaran, polisi pampas an awam dan polisi pampasan pekerja atau

XXV

Page 26: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

PERKESO. Ikatan kontrak antara JKR/Kerajaan dan pemborong wujud

sebaik sahaja ‘Surat Setuju Terima’ diposkan kepada pentender yang

berjaya. Pentender ini kemudiannya digelar ‘Pemborong atau Kontraktor’.

(Rujuk lampiran 5.0 (a), (b), (c) & (d))

3.3 BAYARAN PENDAHULUAN

Kelayakan bayaran pendahuluan kepada kontraktor-kontraktor yang

menjalankan kontrak-kontrak kerajaan telah diumumkan melalui Surat Pekeliling

Pebendaharaan Bilangan 11/1979 dan dikuatkuasakan oleh JKR melalui Surat

Pekeliling KPKR Bilangan 4/1979 bertarikh 16hb. Februari, 1979.

3.3.1 Amaun Wang Pendahuluan

Syarat terdahulu sebelum memulakan sesuatu kerja haruslah

mendepositkan kepada Kerajaan, yang mana terkandung dalam Kontrak;

suatu Bon Perlaksanaan atau Wang Pendahuluan yang berupa wang tunai

atau dalam bentuk Deposit Perbendaharaan, Draf Bank atau suatu Gerenti

Bank atau Gerenti Insurans yang diluluskan bernilai sebanyak 5% dari

Jumlah Harga Kontrak sebagai mematuhi perlaksanaan yang sewajar

dengan kontrak ini. Kontraktor-kontraktor boleh diberi wang pendahuluan

sebanyak 15% nilai kontrak tertakluk kepada had maksima sebanyak RM

1.5 juta.

3.3.2 Nilai Kontrak

Nilai kontrak bagi maksud sekim wang pendahuluan ini ialah

jumlah penuh ‘Builder’s Work’, iaitu nilai kontrak setelah ditolak jumlah

Kos Prima dan Wang Peruntukan Sementara.

3.3.3 Kelayakan Menerima Wang Pendahuluan

Semua kontraktor-kontraktor yang menjalankan kontrak-kontrak

kerja layak menerima wang pendahuluan. Pembekal-pembekal yang

XXVI

Page 27: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

sebenarnya pembuat sendiri dan bukan pengedar juga layak menerima

wang pendahuluan ini. Kontraktor-kontraktor yang membuat permohonan

dan layak menerima wang pendahuluan hendaklah memenuhi syarat-

syarat berikut :

a) Mengembalikan Surat Setuju Terima setelah ditandatangani.

b) Bagi kontrak-kontrak kerja, kontraktor-kontraktor hendaklah

mengemukakan polisi-polisi insurans serta resit-resit bayaran

premium.

c) Mengemukakan jaminan bank sebagai Gerenti Perlaksanaan bagi

kontrak melebihi RM 25,000.

d) Mengemukakan Gerenti Bank mengikut borang PWD.Q4/79

sebagai cagaran untuk wang pendahuluan yang dikehendaki.

3.4 KECUKUPAN DOKUMEN KONTRAK

‘Dokumen Kontrak’ adalah dikira sebagai saling jelas-menjelas antara satu

sama lain. kontraktor hendaklah mengadakan segala keperluan untuk

melaksanakan Kerja dengan sewajarnya sehinggalah siap mengikut jadual dan

mengikut maksud sebenar Dokumen Kontrak. Sebarang ‘Percanggahan’ atau

‘Pemesongan’ antara mana-mana dua atau lebih dari apa yang terkandung dalam

Dokumen Kontrak ini, hendaklah dengan kadar seberapa segera memberi kepada

Pegawai Penguasa secara bertulis tentang bahagian percanggahan tersebut dan

meminta Pegawai Penguasa mengeluarkan arahan-arahan berkenaan. Dengan

syarat bahawa, ‘Percanggahan’ atau ‘Pemesongan’ tersebut tidak akan

membatalkan kontrak ini.

3.4.1 Penyediaan Dokumen Kontrak Asal

XXVII

Page 28: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

Dokumen Kontrak Asal hanya boleh disediakan setelah Kontraktor

yang berjaya mengemukakan Gerenti Perlaksanaan, Polisi-polisi Insurans

yang berkenaan dan teratur dan Nombor Kod PERKESO. Semua pindaan

kepada kontrak hendaklah terlebih dahulu ditandatangani ringkas oleh

Juruukur Bahan/Jurutera/Arkitek dan Kontraktor. Pegawai-pegawai JKR

telah diberi kuasa oleh Menteri Kerja Raya untuk menandatangani kontrak

bagi pihak kerajaan mengikut nilai satu-satu kontrak. Dokumen Kontrak

Asal yang telah ditandatangani hendaklah disimpan di tempat yang

selamat. (Rujuk lampiran 6.0)

3.4.2 Penyediaan Salinan Dokumen Kontrak

Sebelum menandatangani Kontrak ini, Kontraktor hendaklah

bersetuju dengan Pegawai Penguasa tentang kemunasabahan kadar harga

atau harga-harga yang dinyatakan dalam ‘Jadual Kadar Harga’. ‘Dokumen

Kontrak’ ini, hendaklah terus berada dalam jagaan Pegawai Penguasa dan

hanya akan dikemukakan apabila dikehendaki oleh kontraktor sahaja.

Setelah Dokumen Kontrak Asal ditandatangani, tindakan segera hendaklah

diambil untuk menyediakan bilangan salinan dokumen kontrak yang

mencukupi. Semua salinan dokumen kontrak hendaklah diakui sah oleh

Ketua Bahagian/Cawangan/Unit yang berkenaan dan diedarkan kepada

pihak-pihak yang terlibat. Pegawai Penguasa, hendaklah memberi dengan

percuma kepada kontraktor :

a) Satu salinan Dokumen-dokumen Kontrak yang diakui benar.

b) Dua salinan Pelan-pelan Kontrak.

c) Dua salinan Spesifikasi dan satu salinan ‘Jadual Kadar Harga’.

d) Lazimnya sepuluh salinan Dokumen Kontrak hendaklah

disediakan, enam salinan dengan lukisan dan empat salinan tanpa

lukisan.

3.5 BAYARAN KEMAJUAN

XXVIII

Page 29: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

Penilaian di tapakbina untuk bayaran kemajuan hendaklah dibuat pada

tiap-tiap bulan pada tarikh yang sama tanpa menghiraukan sama ada nilai

kemajuan kerja mencukupi atau tidak untuk bayaran kemajuan diberi kepada

kontraktor. Borang yang digunakan bagi penyediaan bayaran kemajuan ialah

‘Borang PWD 66’ @ ‘JKR 66’. (rujuk lampiran….)

Penilaian kerja-kerja boleh dibahagikan kepada tiga induk iaitu :

a) Preliminaries

b) Kerja-kerja yang telah dijalankan

c) Bahan-bahan di tapakbina

3.5.1 Prelimineries

‘Prelimineries’ bermaksud kerja-kerja awalan, bayaran ke atas

preliminaries hendaklah dibuat mengikut nilai item-item yang tertentu

yang telah diisi harga oleh kontraktor. Kerja mengira untuk membuat

penilaian Prelimineries boleh dirujuk pada ‘Jadual Kadar Harga’ yang

terkandung dalam ‘Dokumen Kontrak’ bagi projek tersebut.

3.5.2 Kerja-kerja Yang Telah Dijalankan

Jumlah nilai kerja yang telah dijalankan sehingga tarikh penilaian

itu dijalankan. Bagi kontrak berdasarkan Senarai Bahan, adalah lebih

mudah dan tepat untuk mentaksirkan nilai kemajuan oleh sebab tiap-tiap

butir kerja telah diisi harga dalam Senarai Bahan kontrak berdasarkan

Penentuan dan Lukisan, penilaian kemajuan kerja adalah dibuat

berdasarkan kepada peratusan yang berpatutan, nilai tiap-tiap satu

bangunan yang tercatit dalam Ringkasan Tender. Nilai kemajuan bagi

kerja-kerja kontrak kecil akan dikira berasingan dan dibayar kepada

Kontraktor Kecil yang dinamakan melalui Kontraktor Induk.

XXIX

Page 30: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

3.5.3 Bahan Di Tapakbina

Bahan-bahan binaan yang dibawa masuk ke tapakbina untuk

digunakan dalam kerja-kerja itu adalah dinamakan ‘Bahan di Tapakbina’

@ ‘Materials On Site’. Semua bahan-bahan itu hendaklah diambilkira dan

ditaksir dengan harga yang berpatutan untuk menyediakan ‘Bayaran

Kemajuan’.

Hanya 75% nilai bahan-bahan yang ada di tapakbina akan

dimasukkan ke dalam ‘Sijil Bayaran Kemajuan’. ‘Sijil Bayaran

Kemajuan’ hendaklah disediakan oleh Juruukur Bahan atau pegawai

berkenaan yang mengawasi sesuatu projek. Sijil ini kemudiannya

diperakui dan ditandatangani oleh Pegawai Penguasa/Pengarah

Negeri/Cawangan.

Penilaian terhadap kemajuan kerja-kerja elektrik dan mekanikal

akan dibuat oleh Jurutera Jentera Mekanikal dan Jurutera Elektrik. Nilai-

nilai ini pula dikemukakan kepada Juruukur Bahan atau pegawai

berkenaan untuk dimasukkan ke dalam Sijil Pembayaran.

3.6 PERUBAHAN HARGA UNTUK KONTRAK

Syarat perubahan harga untuk kontrak hendaklah dimasukkan ke dalam

semua kontrak binaan JKR. Dalam menyediakan bayaran kemajuan bulanan, nilai

perubahan harga hendaklah diambilkira. Nilai perubahan harga boleh menjadi

sebagai tambahan atau kurangan mengikut keadaan.

3.7 POTONGAN

Bagi tiap-tiap bayaran kemajuan, nilai perkara-perkara berikut hendaklah

ditolak :

XXX

Page 31: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

a) Bahan-bahan yang dibekalkan oleh Kerajaan atau Agensi Kerajaan seperti

Pernas Trading untuk bekalan keluli.

b) Buruh yang dibekalkan oleh Jabatan.

c) Bayaran yang dibuat bagi pihak Kontraktor.

d) Bayaran balik wang pendahuluan.

e) Bayaran denda sekiranya dikuatkuasakan.

f) Semua bayaran kemajuan yang telah dibuat kepada Kontraktor

sebelumnya.

3.8 KERJA-KERJA PAKAR

Semua pakar, saudagar, tukang dan orang-orang yang melaksanakan apa-

apa kerja atau perkhidmatan, atau membekalkan bahan atau barang yang akan

dibayar melalui Wang Kos Prima dan terkandung dalam Dokumen Kontrak Tiap-

tiap kontrak biasanya mempunyai kerja-kerja pakar yang dikehendaki dijalankan

kontraktor-kontraktor lain yang pakar dalam bidang masing-masing. Contoh

kerja-kerja pakar ini adalah seperti pemasangan elektrik, pemasangan Jentera

Hawa Dingin, pemasangan alat pencegah kebakaran dan sebagainya. Pegawai

Penguasa atau Kontraktor jika diarahkan, hendaklah secara bertulus mendapatkan

tender-tender bagi kerja atau perkhidmatan yang dinamakan ‘Sub-kontraktor

Dinamakan’ atau ‘Pembekal Dinamakan’ ini. Pada peringkat kerja-kerja

pembinaan yang sesuai, tender-tender akan dipelawa untuk kerja-kerja pakar

dengan menggunakan Borang Q4 iaitu ‘Borang Tawaran’ untuk ‘Kontraktor Kecil

Yang Dinamakan’. Kontraktor Induk akan diarahkan supaya menerima kontraktor

kecil itu sebagai ‘Kontraktor Kecil Yang Dinamakan’. Sebuah Kontrak Kecil,

dengan menggunakan ‘Borang Kontrak PWD 203N’, akan disediakan oleh JKR

untuk ditandatangani diantara ‘Kontraktor Induk’ sebagai satu pihak dan

‘Kontraktor Kecil Yang Dinamakan’ sebagai pihak yang lain. bayaran kemajuan

untuk kerja-kerja kontrak kecil adalah dimasukkan dalam Sijil Bayaran Kemajuan

Kontraktor Induk dan dibayarkan melaluinya kepada kontraktor kecil.

XXXI

Page 32: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

3.9 MESYUARAT TAPAK BINA

Dalam melaksanakan projek-projek JKR, adalah menjadi kebiasaan wakil

Pegawai Penguasa di tapakbina mengadakan mesyuarat tapakbina yang diadakan

di pejabat tapakbina tiap-tiap bulan. Wakil-wakil pihak yang terlibat dalam JKR

dan Kontraktor Induk serta semua Kontraktor-kontraktor Kecil dikehendaki hadir

di mesyuuarat ini. dalam mesyuarat ini, pihak-pihak JKR akan menyuarakan

masalah yang dihadapi oleh pihak Jabatan dengan Kontraktor dan pihak

kontraktor pula akan berpeluang menyuarakan masalah yang dihadapinya.

Dimana yang sesuai, penyelesaian dapat dicapai dalam mesyuarat. (rujuk

lampiran 7. (a), (b) & (c)).

3.10 KONTRAK YANG TIDAK SIAP

Di mana Kontraktor tidak dapat menyiapkan kerja-kerja dalam masa yang

ditetapkan atau dalam ‘Tempoh Lanjutan Masa’ yang telah dibenarkan, pihak

kontraktor akan dikehendaki memberi sebab mengapa beliau tidak boleh

dikenakan denda. Sekiranya alasan yang diberikan tidak boleh diterima, maka

‘Sijil Mengenai Kerja-kerja Yang Tidak Siap’ akan dikeluarkan. Kontraktor

dikehendaki membayar denda bagi tempoh kerja-kerja itu tidak siap. Bayaran

denda ini akan dipotong dari Bayaran Kemajuan kepada Kontraktor.

3.11 TUNTUTAN KONTRAKTOR DAN KIRA-KIRA AKHIR

Sudah menjadi kebiasaan pemborong akan membuat tuntutan kepada JKR

mengenai semua kerja-kerja tambahan yang telah diarahkan oleh Pegawai

Penguasa Projek. Oleh itu setiap tuntutan itu perlu dikaji dengan teliti kerana

tidak semua tuntutan yang dibuat munasabah dan perlu dibayar oleh

JKR/Kerajaan. Perlu diingatkan di sini, sebarang kerja yang dibuat atas kehendak

pemborong sendiri atau sebagai memperbaiki kesilapan yang telah dilakukannya,

tidak boleh dituntut. Tuntutan yang munasabah mestilah diselesaikan dengan

XXXII

Page 33: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

menyediakan Arahan Pinda Kerja. Kerja-kerja mengukur mestilah dibuat dan

kadar harga digunakan adalah seperti yang diterangkan di bawah tajuk ‘Arahan

Pinda Kerja’.

3.12 ARAHAN KEPADA PENTENDER

3.12.1 Hak Kerajaan Untuk Menerima / Menolak Sebutharga

Kerajaan adalah tidak terikat untuk menerima Sebutharga yang

terendah atau mana-mana Sebutharga atau memberi apa-apa sebab diatas

penolakan sesuatu Sebutharga. Keputusan Jawatankuasa Sebutharga

adalah muktamad.

3.12.2 Cara-Cara Melengkapkan Dokumen Sebutharga

3.12.2.1 Penyediaan Sebutharga

Kontraktor adalah dikehendaki mengisi segala maklumat

berikut dengan sepenuhnya.

a) Harga dan tandatangan Kontraktor di ringkasan

Sebutharga.

b) Harga, tempoh dan tandatangan dalam Borang Sebutharga.

(Rujuk lampiran 8.0)

c) Senarai Kerja Dalam Tangan.

d) Jadual Kadar Harga (jika ada).

e) Butir-butir Spesifikasi (Rujuk lampiran 9.0).

Jika berlaku kesilapan dalam mengisi maklumat-maklumat

di atas, Kontraktor dikehendaki menandatangani ringkas semua

pembetulan.

3.12.2.2 Penyerahan Dokumen Sebutharga

XXXIII

Page 34: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

a) Dokumen Sebutharga yang telah diisi dengan

lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul

yang dicatatkan dengan bilangan Sebutharga

JKR/SEL/D/..../200... serta tajuk Sebutharga dan

hendaklah dimasukkan ke dalam peti Sebutharga

pada masa dan tempat yang ditetapkan dalam Notis

Sebutharga.

b) Jika Dokumen Sebutharga tidak diserahkan dengan

tangan, Pentender hendaklah menghantar Dokumen

tersebut dengan Pos supaya tiba pada atau sebelum

masa dan ditempat yang ditetapkan.

c) Sebutharga yang diserahkan selepas masa yang

ditetapkan, berbangkit dari sebaranga sebab, tidak

akan dipertimbangkan.

d) Kegagalan Kontraktor mengembalikan Dokumen

Sebutharga pada tarikh tutup Sebutharga akan

membolehkan kerajaan mengambil tindakan

tatatertib.

3.1.2.3 Penjelasan Lanjut

Sekiranya terdapat maklumat dalam Dokumen Sebutharga

yang tidak jelas atau bercanggah, Kontraktor boleh menghubungi

pejabat ini untuk penjelasan lanjut.

3.12.3 Perbelanjaan Penyediaan Dokumen Sebutharga

Semua perbelanjaan bagi penyediaan Sebutharga ini hendaklah

ditanggung oleh Pentadbir sendiri.

XXXIV

Page 35: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

3.12.4 Tempoh Sah Sebutharga

Sebutharga ini sah selama 60 hari dari tarikh tutup Sebutharga.

Kontraktor tidak boleh menarik balik Sebutharga sebelum tamat tempoh

sah Sebutharga. Pengesyoran tindakan tatatertib akan diambil sekiranya

Kontraktor menarik balik Sebutharga sebelum tamat tempoh sah

Sebutharga.

3.13 SYARAT-SYARAT SEBUTHARGA UNTUK KERJA

3.13.1 Pemeriksaan Tapakbina

Kontraktor adalah dinasihatkan untuk memeriksa dan meneliti

tapakbina dan sekiranya, bentuk dan jenis tapakbina, takat dan jenis kerja,

bahan dan barang yang perlu bagi menyiapkan kerja cara-cara

perhubungan dan laluan masuk ke tapakbina dan hendaklah mendapatkan

sendiri segala maklumat yang perlu tentang risiko luar jangkaan dan

segala hal keadaan yang mempengaruhi dan menjejas Sebutharganya.

Sebarang tuntutan yang timbul akibat daripada kegagalan Kontraktor

mematuhi kehendak ini tidak akan dipertimbangkan.

3.13.2 Bon Perlaksanaan / Insurans

a) Kontraktor hendaklah mengemukakan Bon Pelaksanaan sebanyak

5% daripada jumlah Harga Kontrak dalam bentukan Jaminan Bank

atau Jaminan Insurans atau memilih Wang Jaminan Pelaksanaan

yang dikenakan potongan sebanyak 10% daripada setiap bayaran

Interim sehingga mencapai jumlah 5% harga kontrak.

b) Kontraktor hendaklah atas nama bersama Kerajaan dan Kontraktor

mengambil insurans seperti berikut:

XXXV

Page 36: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

i. Insurans pampasan pekerja (Workmen Compensation)

dan atau Nombor Pendaftaran dengan PERKESO bagi

kesemua pekerjanya.

ii. Insurans Liabiliti Awam dan / atau Insurans Kerja

(Sekiranya dinyatakan di dalam butir-butir Ringkasan

Sebutharga).

Kontraktor hendaklah mengemukakan kepada Pegawai Inden

semua polisi insurans dan Nombor Kod Pendaftaran dengan

PERKESO yang tersebut di atas sebelum memulakan kerja.

Bagaimana untuk tujuan memulakan kerja sahaja Nota-nota

Perlindungan dan resit-resit bayaran premium adalah mencukupi.

Sekiranya Kontraktor gagal mengemukakan semua polisi insurans

selepas tempoh sah Nota-nota Perlindungan, tanpa sebarang sebab

yang munasabah, Pegawai Inden hendak mengambil tindakan

seperti di bawah fasal 10(d).

3.13.3 Peraturan Pelaksanaan Kerja

Kerja-kerja yang dilaksanakan hendaklah mematuhi

Spesifikasi, pelan-pelan, butir-butir kerja dalam Ringkasan

Sebutharga dan Syarat-syarat yang dinyatakan dalam Dokumen

Sebutharga ini dan arahan Pegawai Inden atau Wakilnya.

3.13.4 Kegagalan Kontraktor Memulakan Kerja

Sekiranya Kontraktor gagal memulakan kerja selepas 7 hari

dari tarikh akhir tempoh mula kerja yang dinyatakan dalam Inden

Kerja tanpa sebab-sebab yang munasabah, Inden Kerja akan

dibatalkan oleh Pegawai Inden dan tindakan tatatertib akan diambil

terhadap Kontraktor.

3.13.5 Sub-Sewa Dan Menyerah Hak Kerja

XXXVI

Page 37: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

Kontraktor tidak dibenarkan mengsub-sewakan kerja

kepada kontraktor-kontraktor lain. Kontraktor tidak boleh

menyerahkan apa-apa faedah di bawah inden kerja ini tanpa

terlebih dahulu mendapatkan perlindungan bertulis daripada

Pegawai Inden.

3.13.6 Penolakan Bahan, Barang Dan Kerja Oleh Pegawai / Inden

Pegawai Inden atau wakilnya berhak menolak bahan,

barang dan kerja-kerja yang tidak menepati Spesifikasi, Bahan,

barang dan kerja-kerja yang ditolak hendaklah diganti dan

sebarang kos tambahan yang terlibat hendaklah ditanggung sendiri

oleh Kontraktor.

3.13.7 Ringkasan Sebutharga

a) Ringkasan Sebutharga hendaklah menjadi sebahagian

daripada Borang Sebutharga ini dan hendaklah menjadi

asas Jumlah Harga Sebutharga.

b) Harga-harga dalam Ringkasan Sebutharga hendaklah

mengambil kira semua kos termasuk kos-kos

pengangkutan, cukai, duti, bayaran-bayaran caj lain yang

perlu bagi menyiapkan kerja dengan sempurnanya.

c) Tiada sebarang tuntutan akan dilayan bagi pelarasan harga

akibat daripada perubahan kos buruh, bahan-bahan dan

semua duti dan cukai kerajaan, sama ada dalam tempoh sah

Sebutharga atau dalam tempoh kerja.

d) Harga-harga dalam Ringkasan Sebutharga yang

dikemukakan oleh Kontraktor hendaklah tertakluk kepada

persetujuan sebelumnya daripada Pegawai Inden tentang

kemunasabahannya. Persetujuan sebelumnya itu dan apa-

apa pelaras kemudiannya kepada harga-harga dalam

XXXVII

Page 38: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

Ringkasan Sebutharga hendaklah dibuat sebelum Inden

Kerja dikeluarkan.

e) Apa-apa pelarasan harga dalam Ringkasan Sebutharga

menurut perenggan (iv) tersebut di atas dan apa-apa

kesilapan hisab dalam Ringkasan Sebutharga hendaklah

dilaras dn diperbetulkan sebelum Inden Kerja dikeluarkan.

Jumlah amaun yang dilaraskan hendaklah sama dengan

amaun jumlah pukal dalam borang Sebutharga. Amaun

jumlah harga pukal dalam borang Sebutharga hendaklah

tetap dan tidak berubah.

3.13.8 Percanggahan Dalam Dokumen Sebutharga

Jika Kontraktor mendapat apa-apa percanggahan dalam

dokumen Sebutharga maka dia hendaklah merujuk kepada

Pegawai Inden untuk mendapatkan keputusan.

3.13.9 Kegagalan Kontraktor Menyiapkan Kerja Dan Penamatan

Perlantikan Kontraktor

Pegawai Inden berhak membatalkan Inden Kerja sekiranya

Kontraktor berada dalam keadaan berikut dan setelah menerima

surat amaran daripada Pegawai Inden.

a) Sekiranya Kontraktor masih gagal menyiapkan kerja dalam

tempoh masa yang ditetapkan.

b) Kemajuan kerja terlalu tanpa apa-apa sebab munasabah.

c) Penggantungan perlaksanaan seluruh atau sebahagian kerja,

tanpa apa-apa sebab yang munasabah.

d) Tidak mematuhi arahan Pegawai Inden tanpa apa-apa

alasan munasabah.

e) Apabila Kontraktor diisytiharkan bankrap oleh pihak yang

sah.

XXXVIII

Page 39: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

3.13.10 Kerja Perubahan

a) Pegawai Inden boleh menurut budi bicaranya

mengeluarkan arahan-arahan yang berkehendakkan sesuatu

perubahan kerja dengan secara bertulis. Tiada apa-apa

perubahan yang dikeluarkan oleh Pegawai Inden atau yang

disahkan kemudian oleh Pegawai Inden boleh membatalkan

Sebutharga ini.

b) Semua kerja perubahan dan /atau tambahan yang

diluluskan oleh Pegawai Inden akan diukur atau dinilai

dengan menggunakan kadar harga yang ada dalam Senarai

Kuantiti / Ringkasan Sebutharga. Jika tidak terdapat

sebarang kadar harga yang bersesuaian kadar harga yang

dipersetujui oleh Pegawai Inden dan Kontraktor hendaklah

digunakan.

3.13.11 Tempoh Liability Kecacatan

Kontraktor hendaklah membaiki apa-apa kecacatan,

ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa kerosakan lain dalam

tempoh Liability Kecacatan, iaitu 6 bulan tarikh penyiapan kerja.

3.13.12 Pematuhan Undang-Undang Oleh Kontraktor

Kontraktor hendaklah mematuhi segala kehendak Undang-

undang Kecil dan Undang-undang Berkanun dalam Malaysia

semasa perlaksanaan kerja. Kontraktor tidak berhak menuntut

sebarang kos dan bayaran tambahan kerana pematuhannya dengan

syarat-syarat ini.

XXXIX

Page 40: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

3.13.13 Peraturan Membayar Selepas Siap

Bayaran sepenuhnya hanya akan dibayar setelah Kontraktor

menyiapkan kerja dengan sempurnanya dan mengambilkira Inden

Kerja Asal.

3.13.14 Tempoh Kecacatan

Tempoh tanggungan kecacatan bagi kerja-kerja tersebut

adalah selama 6 bulan dari tarikh kerja diperakukan siap.

3.14 PROSEDUR PEROLEHAN BEKALAN DAN PERKHIDMATAN

3.14.1 Objektif

Prosedur ini adalagh untuk memastikan perolehan bekalan

dan perkhidmatan memenuhi peraturan yang ditetapkan supaya

dapat menzahirkan produk sebagaimana dasar dan objektif kualiti.

3.14.2 Skop

Prosedur perolehan ini digunapakai oleh semua Pusat

Tanggungjawab (PTJ) yang melaksanakan perolehan bekalan dan

perkhidmatan dengan syarat peruntukan untuk pembelian tersebut

telah diterima. Prosedur ini digunapakai oleh semua Pusat

Tanggungjawab (PTJ) yang melaksanakan perolehan bekalan dan

perkhidmatan dengan syarat peruntukan untuk pembelian tersebut

telah diterima. (Rujuk lampiran 10.0 (a)). Bekalan dan

perkhidmatan diperolehi daripada pembekal yang memenuhi

kriteria-kriteria yang ditetapkan seperti berikut:

XL

Page 41: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

a) Perolehan daripada Kontrak Pusat: pembekal hendaklah

berdaftar dan mempunyai kontrak yang masih berkuatkuasa

dan barangan yang memenuhi kehendak. (Rujuk lampiran

10.0 (b)).

b) Perolehan secara Pembelian Terus: criteria sebagaimana

yang diperuntukan dalam Surat Pekeliling Perbendaharaan

Bil. 4/2002 hendaklah diapatuhi. (Rujuk lampiran 10.0 (c)).

c) Perolehan secara Sebutharga: criteria sebagaimana yang

diperuntukan dalam Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil.

2/1999 dan 2./2001 hendaklah diapatuhi. (Rujuk lampiran

10.0 (d)).

d) Perolehan secara Tender: criteria sebagaimana yang

diperuntukan dalam Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil.

3/1995 dan 15/2001 hendaklah diapatuhi. (Rujuk lampiran

10.0 (e)).

3.14.3 Untuk Kaedah Perlaksanaan Secara Perkhidmatan Bukan

Perunding

a) Perolehan Secara Sebutharga

i. Prosedur yang pertama apabila butiran bekalan barangan

dan perkhidmatan diterima, Pegawai Mengurus Sebutharga

akan menyediakan dokumen sebutharga serta anggarannya.

ii. Setelah siap anggaran dibuat, sebutharga tersebut akan

dipelawa / dibuka.

iii. Sebutharga yang diterima akan diuruskan oleh

Jawatankuasa Membuka Sebutharga.

XLI

Page 42: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

iv. Sebutharga tersebut akan dinilai Pegawai Penilai dan

kemudian pembekal-pembekal akan dipilih oleh

Jawatankuasa Sebutharga.

v. Sekiranya bilangan pembekal melebihi daripada nilai

hadnya, Lembaga Perolehan yang akan membuat pemilihan

pembekal. Ketua unit yang berkenaan akan menyediakan

Surat Setuju Terima dan diserahkan kepada pembekal

tersebut.

vi. Sekiranya tidak melebihi hadnya, Pesanan Tempatan akan

disediakan dan diserahkan kepada pembekal. Pesanan ini

diuruskan oleh Pengurus Tapak Projek.

b) Perolehan Secara Tender

i. Prosedur yang pertama apabila butiran bekalan barangan

dan perkhidmatan diterima, Pegawai Mengurus Tender

akan menyediakan dokumen tender serta akan disemak dan

dicetak.

ii. Selain itu, pegawai tersebut akan tentukan bidang

bekalan/barangan perkhidmatan pentender.

iii. Langkah seterusnya, Notis Iklan Tender dan dalam masa

yang sama anggaran akan disediakan dan Dokumen Tender

akan dijual kepada pentender oleh Pegawai Mengurus

Tender.

iv. Jawatankuasa mengurus tender akan menerima dan

membuka tender.

v. Pegawai Penilai / Jawatankuasa Penilai Tender / Urusetia

tender akan menilai dan memperakukan tender.

vi. Pada akhir prosedur, lembaga perolehan akan membuat

pemilihan pembekal dan pengarah yang berkenaan (

Pengarah Cawangan Ibu pejabat JKR Malaysia, Pengarah

XLII

Page 43: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

JKR Negeri / Pengarah JKR Wilayah Persekutuan /

Pengarah JKR Pembangunan Persekutuan / Pengarah Unit

Khas JKR ) akan menyediakan Surat Setuju Terima Tender

dan akan diserahkan kepada pembekal yang telah dilantik.

c) Penerimaan Barangan & Perkhidmatan Dan Memproses Bayaran

i. pegawai pengurus perolehan akan menguruskan terima

barangan dan perkhidmatan serta pesanan penghantaran /

perlaksanaan kerja (DO) akan disemak. Jika kualitinya

tidak baik, maka barangan tersebut akan diminta ganti atau

kerja tersebut akan diperbaiki. Tetapi sekiranya kualitinya

baik, dari segi :

a) Manual

- Pegawai mengurus perolehan akan mengesahkan

penerimaan barangan .

b) E-P

- Nota penerimaan barangan / nota perlaksanaan

perkhidmatan akan disediakan secara online.

ii. Setelah diterima, invois akan dikeluarkan oleh pembekal

untuk Pegawai Mengurus Perolehan. Invois tersebut boleh

melalui sistem manual atau sistem E-P.

iii. Jika invois tersebut melalui manual, invois dan pesanan

tempatan / surat setuju terima tender akan disemak serta

pesanan penghantaran dan bayaran akan diperakukan oleh

pegawai tadbir kewangan.

XLIII

Page 44: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

iv. Sebaliknya, jika prosedur adalah melalui system E-P,

padanan bayaran akan dibuat secara online.

3.14.4 Untuk Kaedah Perlaksanaan Perkhidmatan Secara Perunding.

a) Perolehan Perkhidmatan Perunding Penyiasatan Tanah &

Rekabentuk Geoteknik

i. Apabila memerlukan rekabentuk, HODT (Head Of Design

Team) akan menyediakan skop kerja dan arahan akan

dikeluarkan terus kepada KISB (Kump. Ikram Sdn Bhd)

ii. Tindakan seterusnya, HODT akan menerima laporan

daripada KISB dan laporan tersebut akan disemak dan

ianya merangkumi laporan penyiasatan tanah dan perakuan

rekabentuk geoteknik.

iii. HODT akan menyediakan laporan prestasi KISB dan akan

diedarkan kepada Kementerian Kerja Raya. Selepas itu, ia

akan dikemukakan kepada HODT bagi syor bayaran untuk

KISB.

iv. HODT akan memperakukan bayaran kepada Bahagian

Kewangan.

b) Perolehan Perkhidmatan Perunding

i. Setelah mempunyai cadangan outsource rekabentuk /

perlaksanaan projek, HODT / Pegawai Mengurus Tender

akan menyediakan permohonan dan Terma Rujukan

Perkhidmatan Perunding.

ii. kemudian Urusetia Cawangan / Negeri akan menyemak

permohonan tersebut dan menentukan pihak berkuasa

meluluskan permohonan.

XLIV

Page 45: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

iii. Urusetia Cawangan juga akan mendapatkan kelulusan

daripada JPPPPA / LP / PKewN / Perbendaharaan.

iv. Sekiranya bayaran perunding melalui input masa, surat niat

akan dikeluarkan kepada perunding tersebut. Rundingan

fee akan dibuat dengan pihak perunding dan sekali lagi

kelulusan akan diperolehi daripada LP / Perbendaharaan /

PKewN. Surat lantikan perunding akan dikeluarkan dan

perjanjian serta Terma Rujukan Perunding yang perlu

ditanda tangani akan disediakan oleh HODT / Pegawa

Mengurus Tender. Kemudian HODT / PMT / Pegawai

Mentadbir Kontrak akan memantau prestasi perunding dan

laporan akan dihantar kepada Perbendaharaan melalui CPK

JKR (Cawangan Pengurusan Korporat). Setelah itu, HODT

/ PMT / PMK akan menyediakan bayaran kepada peunding.

v. Sekiranya bayaran perunding adalah melalui skala bayaran

yang diluluskan oleh lembaga yang berkaitan, surat

lantikan perunding akan terus dikeluarkan kepada

perunding tanpa perlu melalui pengeluaran surat niat,

rundingan fee dan kelulusan LP.

XLV

Page 46: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

BAB 4 : ACUAN KONKRIT (FORMWORK)

4.1 FUNGSI BAHAGIAN-BAHAGIAN ACUAN

Bentuk binaan konkrit boleh dibuat mengikut sebarang rekaan yang

dicipta melalui kegunaan acuan. Acuan biasanya dibuat untuk pembinaan tapak,

ambang, rasuk, tiang dan sebagainya. Acuan adalah binaan sementara dan mesti

ditanggalkan selepas konkrit yang dibuat itu cukup kuat.

Antara bahagian yang digunakan untuk menghasilkan acuan ialah :

a) Lapik papan (sheathing) terdiri daripada papan yang bertanggam lidah dan

lurah.

b) Papan alas tapak ialah untuk meluruskan acuan tersebut dan menyokong

berlebas pada jarak yang sama.

c) Belabas merupakan tetulang pada acuan dan menegakkan lapik papan

supaya kedudukannya tidak berubah.

d) Susur dinding (waler) ialah untuk memastikan kelurusan acuan serta

mengukuhkannya.

e) Tupang menentukan jarak diantara kedua-dua lappik papan dalam acuan.

f) Rembat bertujuan mengukuh dan menetapkan kedudukan acuan serta

menahan tegasan semasa bancuhan konkrit ditempatkan.

XLVI

Page 47: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

g) Pancang pula digunakan untuk mengekalkan rembat.

gambarajah 4.1 : Pekerja sedang memasukkan konkrit ke dalam acuan.

4.2 JANGKA MASA PENANGGALAN ACUAN

Acuan harus menetap sehingga konkrit mancapai kekuatan yang cukup

untuk menanggung beban sendiri dan beban yang disokong. Jangka masa untuk

menanggalkan acuan bagi bahagian-bahagian yang berlainan adalah seperti berikut :

Bil. Bahagian Acuan Jangka masa

1 Tepi rasuk, tiang dan tembok 2 – 6 hari

2 Bawah rasuk dan papak (yang tidak dibebankan) 7 – 14 hari

3 Papan tepi (yang dibebankan) Tidak kurang 7 hari

4 Papan bawah (yang dibebankan) 28 hari

Jadual 4.0: Jangka masa minimum untuk menanggalkan acuan

XLVII

Page 48: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

4.3 LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DALAM PEMBINAAN

ACUAN

Langkah-langkah keselamatan yang harus dipatuhi dalam pembinaan

acuan adalah seperti berikut :

a) Memastikan bahan-bahan yang digunakan untuk membina acuan

mengikut peraturan. Bahan-bahan yang mempunyai kecacatan tidak boleh

digunakan.

b) Pemasangan mestilah kukuh dengan melakukan sokongan menggunakan

papan pengalas dan baji pada kaki jermang. Semua jermang hendaklah

dipasakkan dengan rembat atau tupang.

c) Pemeriksaan hendaklah dibuat sebelum penempatan konkrit.

d) Permukaan tempat acuan hendaklah disapu dengan minyak bagi

memudahkan penanggalannya.

XLVIII

Page 49: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

BAB 5 : ASAS DAN CERUCUK

5.1 PENGENALAN

Asas ialah sebahagian daripada struktur yag menyentuhi terus kepadaa

tanah. Asas menerima beban dari tiang, rasuk, lantai dan sebagainya dan

menyebarkan ke tanah dengan selamatnya. Pembinaan bahagian asas ini

memerlukan perhatian khusus supaya ia cukup kukuh dan kekal. Oleh kerana

paras tanah kukuh yang tersebut adalah berbeza-beza, maka asas pada umumnya

dibahagi kepada 2 iaitu :

i. Asas Cetek : contohnya ‘pad footing’,’strip footing’.

ii. Asas Dalam : contohnya cerucuk, kaison, selinder.

gambarajah 5.1 : Salah satu contoh asas.

XLIX

Page 50: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

5.2 FUNGSI- FUNGSI ASAS

a) Memindahkan beban struktur kepada tanah dengan selamatnya.

b) Untuk mengelak berlakunya enapan.

c) Menyediakan permukaan yang rata untuk kerja- kerja pembinaan.

d) Meninggikan kestabilan struktur dengan adanya struktur yang ditanam di

dalam tanah.

5.3 KATEGORI ASAS

Terdapat dua jenis kategori asas iaitu :-

a) Asas cetek

b) Asas dalam

5.4 JENIS- JENIS ASAS

a) Asas pad

b) Asas jalur

c) Asas rakit

d) Asas cerucuk

5.5 PEMILIHAN JENIS ASAS BANGUNAN

Pemilihan asas bengunan bergantung kepada beberapa faktor seperti :-

a) Keadaan dan kekuatan tanah.

b) Jenis asas yang dipilih dengan megambil kira dari segi ekonomi asas dan

struktur bangunan keseluruhannya.

c) Sifat dan jenis bangunan

d) Agihan beban daripada superstruktur

L

Page 51: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

e) Jumlah beban bangunan termasuk keseluruhan bahagiannya.

5.6 PEMILIHAN ASAS

Sebelum projek bermula, pihak makmal JKR akan membuat penyelidikan

tapak dengan rapinya untuk menentukan jenis tanah yang terdapat di situ,

dalamnya lapisan-lapisan tanah, kedudukan tanah keras dan paras air bawah tanah

dan lain-lain lagi. Setelah diambilkira saiz dan beratnya struktur yang akan dibina

diatasnya serta faktor-faktor lain seperti ekonomi, maka jenis asas akan dipilih.

Secara amnya, jika lapisan tanah keras terletak tidak jauh dari permukaan tanah,

maka asas cetek seperti ‘pad footing’ akan dipilih. Tetapi jika sekiranya saiz asas

tersebut adalah besar dan tidak ekonomik serta lapisan tanah keras berada jauh di

dalam, maka asas dalam seperti asas cerucuk akan dipilih.

5.6.1 Cerucuk

a) Definisi

Cerucuk adalah elemen yang berbentuk tiang yang

berfungsi mengagihkan beban ‘superstruktur’ melalui strata yang

kurang mampat atau lapisan air kepada strata yang labih mampat

dan kuat.

b) Jenis-jenis cerucuk

i. Cerucuk Tanggung Hujung (End-Bearing Pile) iaitu

cerucuk ditahan oleh lapisan tanah keras atau batu.

ii. Cerucuk Geseran Kulit (Skin Frictional Pile) iaitu beban

struktur ditanggung oleh geseran kulit diseluruh permukaan

cerucuk yang bersentuhan dengan tanah.

Oleh kerana banyak faktor-faktor yang disebut ini seperti kekuatan

tanah dan lain-lain adalah perkara yang relative, maka kebanyakan

LI

Page 52: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

cerucuk mempunyai kedua-dua sifat ‘tanggung hujung’ dan ‘geseran kulit’

tetapi di dalam kadar yang berbeza-beza.

Berdasarkan kepada jenis bahan cerucuk, pembahagian boleh

dibuat seperti berikut :

i. Cerucuk Bakau,

Saiz 3” atau 5” bulat,

Beban yang dibenarkan ½ - 1tan mesti berada di bawah paras air

bawah tanah yang minima.

ii. Cerucuk Kayu Berubat (Tanalised Timber Pile)

Saiz 5”x5”, 6”x6”,

Jenis kayu; kempas,keruing.

Beban yang dibenarkan 8-15 tan.

iii. Cerucuk Konkrit Bertetulang (R.C Pile)

Saiz 12”x12”, 14”x14”, 15”x15”,

Beban yang dibenarkan 42-65

iv. Cerucuk Konkrit Tegas Dahulu

Saiz 10”x10”, 12”x12”, 14”x14”, 16”x16”,

Beban yang dibenarkan 45-110 tan.

v. Cerucuk Keluli ‘H’

Saiz 8”x8”, 10”x10”, 12”x12”,

Beban yang dibenarkan 50-150 tan.

vi. Cerucuk Gerek Tuang Dimampat

LII

Page 53: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

gambarajah 5.6.1 : Cerucuk konkrit bertetulang (R.C Pile)

5.7 ASAS CERUCUK

5.7.1 Definisi

Asas cerucuk merupakan satu anggota struktur yang memindahkan

beban- beban yang dipikul ke lapisan yang keras, beban- beban ini

dipindah melalui geseran, tanggung hujung atau gabungan kedua- duanya.

Jika beban ditahan oleh geseran kulit disepanjang permukaan cerucuk,

cerucuk itu dinamakan cerucuk geseran (Frictional pile), dan jika cerucuk-

cerucuk itu ditahan oleh lapisan tanah keras atau batu, ia dinamakan

cerucuk tanggung hujung (end bearing pile).

5.7.2 Jenis- jenis cerucuk

Pada umumnya jenis cerucuk- cerucuk berikut digunakan untuk

pembinaan JKR.

a) Cerucuk kayu terubat / bakau

b) Cerucuk konkrit tuang dahulu

c) Cerucuk keluli

d) Cerucuk gerek tuang di tempat

5.8 PEKERJAAN CERUCUK PACAK (Cerucuk konkrit tuang dulu)

LIII

Page 54: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

Sebelum pekerjaan cerucuk selanjutnya, ada beberapa perkara penting

perlu diambil perhatian oleh pegawai penyelia projek.

a) cerucuk yang dibuat dengan menggunakan Ordinary Portland Cement

hendaklah berada dalam keadaan lembab sekurang- kurangnya 10 hari

selepas ianya dibuat.

b) Selepas 21 hari cerucuk boleh diangkat dan dipindahkan ke tempat yang

lebih sesuai tetapi ia belum boleh dipacakkan sehingga umurnya 4

minggu.

c) Setiap cerucuk hendaklah ditulis dengan jelas bilagan rujukan, panjang

dan tarikh ia dibuat dan ia hendaklah diangkat dengan cara yang betul,

melalui lubang- lubang yang telah disediakan dan kemudian diletakkan

dengan susunan yang betul.

5.8.1 Peralatan Untuk Cerucuk Pacak

a) Terdiri daripada kerangka cerucuk (piling frame) dan penukul

(hammer). Kerangka cerucuk ada yang besar dan ada yang kecil

bergantung kepada pada kegunaannya.

b) Penukul cerucuk (piling hammer) yang paling sederhana sekali

adalah penukul terjun (drop hammer). Berat penukul adalah antara

2 – 4 tan dan tinggi terjun tidak lebih dari 5 – 6 kaki. CP 2004

mengesyorkan untuk mendapatkan kecekapan tukul pelantak

dengan menggunakan penukul terjun ini, maka berat penukul

hendaklah tidak lebih kurang dari setengah berat cerucuk (berat

penukul ½ berat cerucuk)

c) Penukul cerucuk yang lain adalah penukul diesel (diesel hammer).

Jenis yang biasa digunakan adalah Kobe series K13 (1.3 tonne ram

weight) K25 dan K35 dengan terjun tinggi maksimum adlah 3

meter.

d) Sewaktu melantak cerucuk samada kayu, konkrit mahupun keluli,

kepala cerucuk hendaklah disarungkan dengan topi cerucuk

LIV

Page 55: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

(helmet) bersama- sama dengan lapisan kusyen kayu untuk

menahan hentaman, dan diatas topi cerucuk yang akan menerima

penukul adalah lapik (dolly) yag terdiri daripada kepingan besi dan

kayu keras.

gambarajah 5.8.1 (a) : Kren sedang mengangkat cerucuk untuk didirikan pada titk yang

hendak dilantak.

gambarajah 5.8.2 (b) : Cerucuk sedang dilantak.

5.8.2 Data Pelantak Cerucuk

LV

Page 56: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

a) Sebelum cerucuk di angkat ke kerangka cerucuk, cerucuk

hendaklah ditandakan dengan ukuran kaki/ meter.

b) Setelah cerucuk diangkat ke kerangka cerucuk, pastikan cerucuk

barada pada kedudukan yang betul sebelum dipacu.

c) Apabila cerucuk sudah siap untuk dipukul, jumlah pukulan untuk

setiap kaki hendaklah dicatit di dalam borang data yang

disediakan.

d) Pukulan hendaklah diberhentikan apabila jumlah pukulan / kaki

sedah sampai kepada anggaran yang dibuat oleh jurutera Projek

dan bersedia mengambil ‘set’.

5.9 CARA MENGAMBIL ‘SET’

‘Set’ adalah jarak terakhir penetrasi cerucuk kedalam tanah bagi setiap

pukulan penukul, biasanya diambil 10 pukulan terakhir. Tujuan ‘set’ diambil

adalah untuk menentukan keupayaan tanggung muktamad (ultimate bearing

capacity) cerucuk. Perlu diambil perhatian jenis cerucuk yang diambil ‘set’ adalah

jenis cerucuk tanggung hujung saja dan tidak perlu pada cerucuk geseran.

a) ‘Set’ diambil dengan meletakkan kertas graf pada cerucuk dan pensel

diletakkan secara melintang pada kayu lurus dan rata yang disokong oleh

dua penahan.

b) Setiap pukulan pada cerucuk, pensel dialihkan dan digesekkan dari kiri ke

kanan sehingga 10 pukulan.

c) Ukuran set terakhir bagi setiap cerucuk hendaklah direkod samada pada

kadar ketelusan dalam unit mm bagi setiap 10 hentakan yang diperlukan

umtuk menghasilkan ketelusan setakat 25mm.

5.10 KERJA CERUCUK DI TAPAKBINA

Penanaman cerucuk adalah merupakan bidang kerja yang terpenting sekali

di dalam sesuatu projek. Ini adalah kerana sebaik sahaja ianya siap dan asas

LVI

Page 57: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

ditimbus, kerja-kerja memperbaiki sukar dilakukan jika sekiranya terdapat

kesilapan. Keadaan menjadi lebih menyulitkan jika sekiranya kesilapan atau

kerosakan disedari atau berlaku apabila struktur telah didirikan.

Walaupun penyelidikan tapak telah merumuskan cerucuk yang perlu

ditanam disesuatu projek, ianya mestilah diterima dengan cermat kerana di dalam

perihal kerja-kerja penanaman cerucuk selalunya dikategorikan sebagai

‘Provisional’ di mana ukuran semula akan dibuat apabila siap kerja nanti.

Berdasarkan fakta-fakta yang tersebut, penyeliaan di tapakbina sebelum, sewaktu

dan sesudah penanaman perlu diperkemaskan.

5.10.1 Kawalan Mutu Cerucuk

a) Cerucuk Konkrit Bertetulang

Pastikan bagaimana cerucuk diacu. Jika di tapakbina,

kawalan mutu konkrit perlu dibuat seperti biasa. Pemborong hanya

boleh mengacu cerucuk ditempat lain jika kawasan tapakbina

terlalu sempit dan perkara ini mendapat persetujuan Pegawai

Penguasa.

gambarajah 5.10.1 : Cerucuk konkrit bertetulang

b) Cerucuk Pendahuluan

Cerucuk pendahuluan adalah cerucuk yang dibenam

sebelum menjalankan kerja cerucuk keseluruhannya, untuk

LVII

Page 58: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

menentukan criteria melantak untuk cerucuk-cerucuk kerja

berikutnya dan untuk mengesahkan kecukupan rekabentuk,

dimensi-dimensi dan keupayaan galas. Cerucuk ini hendaklah

diambil kira sebagai sebahagian dari kerja asas yang tetap.

c) Cerucuk Acu Siap

Jika pemborong bercadang menggunakan cerucuk yang

sudah siap, pastikan yang sebabnya boleh diterima. Ini adalah

kerana bagi cerucuk ini pihak JKR tidak dapat mengawal mutu

dengan sepenuhnya. Oleh itu adalah digalakkan membuat lawatan

ke pembekal-pembekal yang berkenaan. Perlu juga dipastikan yang

sifat dan keupayaan cerucuk tersebut adalah tidak kurang daripada

yang dikehendaki dan juga bayaran lebih tidak akan dibuat oleh

pemborong.

5.11 MUTU CERUCUK

Simen yang digunakan mestilah Ordinary Portland Cement (OPC).

Pengacuan mestilah dibuat di dalam satu proses sahaja. Ujian-ujian penurunan,

factor mampatan dan juga ujian kiub perlu dibuat seperti biasa. Cerucuk boleh

dikeluarkan dari kotak acuan selepas 3 hari. Pengacuan boleh diteruskan sehingga

10 hari dan selepas 14 hari, cerucuk bolehlah diangkat dengan menggunakan

‘liftingholes’ atau ‘togglees’ yang disediakan dan disusun dengan cara betul agar

cerucuk tidak mengalami kerosakan semasa dalam perjalanan ke tapakbina.

Cerucuk hanya boleh ditanam selepas sebulan dengan tujuan untuk menjaga

kematangannya.

5.11.1 Saiz dan Geometri.

Pastikan yang saiz dan geometri adalah baik. Cerucuk mestilah

tegak dan segala potongan mestilah tepat 90 darjah.

LVIII

Page 59: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

5.11.2 Pancangan Tanda

Pancangan Tanda hendaklah dijalankan dari garis grid utama

struktur yang dicadangakan. Sejurus sebelum memacak cerucuk,

kedudukan cerucuk hendaklah ditanda dengan menggunakan pin,

pancang-pancang atau penanda-penanda yang boleh dikesan.

5.11.3 Kedudukan

Bagi cerucuk yang bahagian atasnya dipotong paras tanah atau

lebih tinggi daripada paras tanah, penyimpangan maksimum yang

dibenarkan diantara pusat cerucuk dengan titik pusat sepertimana yang

ditunjukkan dalam pelan yang dilampirkan dan hendaklah tidak melebihi

75mm dalam semua arah.

5.11.4 Kepugakan

Penyimpangan maksimum yang dibenarkan dari garis pugak bagi

cerucuk yang telah siap ialah mengikut nisbah 1 dalam 75. Cerucuk yang

sudah sendeng dengan berlebihan tidak seharusnya ditegakkan dengan

paksaan kerana ini hanya akan merosakkannya.

5.11.5 Kecondongan

Jejunjung cerucuk hendaklah dipasang dan disenggarakan untuk

mengekalkan kecondongan yang diperlukan. Penyimpangan maksimum

yang dibenarkan bagi cerucuk yang telah siap dari kecondongan yang

telah ditentukan atau kecondongan yang ditunjukkan dalam pelan-pelan

hendaklah mengikut nisbah 1:25.

5.12 KAWALAN PENANAMAN CERUCUK

5.12.1 Carta Program Kerja Penanaman

LIX

Page 60: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

Pemborong mestilah menyebabkan program sebelum memulakan

kerja terutama sekali jika skopnya besar dan terdapat beberapa jenis

cerucuk digunakan. Ini adalah penting supaya Pegawai Penguasa boleh

merancang tenaga penyeliaannya memandangkan kerja ini adalah intensif.

Program yang dicadangkan untuk dilaksanakan hendaklah dikemukakan 7

hari sebelum kerja tersebut dimulakan. Selain dari itu, kontraktor

hendaklah memberitahu Pegawai Penguasa, program kerja cerucuk untuk

hari berikutnya dan memberi secukupnya notis mengenai cadangannya

untuk bekerja diluar waktu pejabat.

5.12.2 Rekod Penanaman

Setiap butir mestilah dimasukkan ke dalam rekod penanaman

supaya ianya boleh digunakan oleh Pegawai Penguasa dan pihak Ukur

Bahan untuk proses ‘Arahan Pinda Kerja’. Setiap cerucuk yang dipasang

hendaklah dikemukakan kepada Pegawai Penguasa dua salinan rekod-

rekod yang telah ditandatangani tidak lewat dari tengahari hari berikutnya,

selepas cerucuk dibenam. Rekod yang ditandatangan akan menjadi

sebahagian dari rekod kerja. (Rujuk lampiran (a), (b) & (c)).

5.12.3 Gangguan dan Kerosakan

Bunyi bising dan gangguan hendaklah diambil kira oleh kontraktor

dan langkah-langkah dilakukan bagi mengurangkan bunyi bising dan

gangguan semasa melantak dapat diatasi.

5.12.4 Kerosakan

Kontraktor hendaklah mengambil perhatian kepada ‘Kerosakan

Kepada Harta Benda’ dalam syarat-syarat kontrak. Kontraktor adalah

disifatkan telah mengetahui sendiri risiko-risiko yang akan dialami oleh

struktur yang bersebelahan dan sesuatu kemudahan akibat dari cara kerja-

kerja cerucuk yang dicadangkan.

LX

Page 61: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

Sebelum menjalankan sebarang kerja cerucuk, Kontraktor

hendaklah membuat pemeriksaan tapak bersama Pegawai Penguasa untuk

menentukan sebarang keadaan yang boleh menunjukkan terdapatnya

sesalur utama dan sesalur bekalan bawah tanah di tapak binaan atau

sekelilingnya. Jika semasa menjalankan kerja, kerosakana

berkemungkinan berlaku terhadap sesalur utama, sesalur bekalan atau

struktur-struktur bersebelahan, Kontraktor hendaklah mengemukakan

kepada Pegawai Penguasa cadangannya untuk membaiki atau

mengelakkan kerosakan tersebut.

5.12.5 Kerosakan kepada Cerucuk

Kontraktor hendaklah melaksanakan kerja dengan sebegitu cara

yang boleh mengurangkan kerosakan kepada cerucuk. Semua cerucuk

yang rosak semasa kendalian sama ada semasa pengangkutan, penegakan,

pemacakan, pelantakan atau pada bila-bila masa yang lain hendaklah

digantikan oleh kontraktor dengan perbelanjaan sendiri.

5.12.6 Langkah Keselamatan

Kontraktor hendaklah mengambil langkah-langkah keselamatan di

sepanjang perlaksanaan kerja cerucuk mengikut kehendak-kehendak

undang-undang dan undang-undang kecil yang berkenaan.

5.13 UJIAN CERUCUK

5.13.1 Tujuan :

a) Memeriksa keupayaan tanggung muktamad cerucuk (ultimate

bearing capacity of pile).

b) Memeriksa ciri-ciri lengkungan ‘Load – Settlement’ cerucuk pada

beban kerja (working load).

c) Memeriksa ketahanan struktur asas, umpamanya kecekapan

sambungan cerucuk.

LXI

Page 62: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

Adalah disyorkan bahawa :

a) Untuk jenis tanah liat lembut, ujian cerucuk hendaklah

dilaksanakan selepas 4 minggu cerucuk dipacak.

b) Untuk tanah liat dari kukuh ke keras (stiff to hard clay) ujian

cerucuk hendaklah dilaksanakan selepas 2 minggu dipacak.

c) Untuk tanah pasir, ujian beban dilaksanakan selepas 1 minggu

dipacak.

5.13.2 Kaedah

Ada dua cara ujian yang biasa dilaksanakan :

a) Maintained Load (biasa dilaksanakan JKR)

Ujian beban ini merupakan salah satu ujian yang terpenting

dalam bidang pembinaan. Ia menggunakan ‘jack’ untuk

mendapatkan reaksi dari beban lawan (knetledge) yang lebih berat

dari beban ujian yang diperlukan. Beban lawan diletak atas

platform dan disokong oleh beberapa blok konkrti. Pihak

kontraktor yang perlu menjalankan kerja-kerja ujian beban ini dan

pihak JKR bertanggungjawab mengawasi dan memastikan bahawa

kerja ujian beban dijalankan dengan betul dan mematuhi

spesifikasi yang ditentukan oleh JKR.

b) Alatan untuk ujian beban

a) Jek Hidraulik b) Tolok Dial (Dial Gauge) c) Tentu ukur

5.13.3 Langkah- langkah Ujian Beban Tetap

Ada beberapa perkara penting yang harus diambil perhatian :

a) Sewaktu ujian beban, permukaan kepala cerucuk hendaklah

diratakan.

LXII

Page 63: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

b) Penyokong (support) kepada beban lawan hendaklah berada jauh

sedikit daripada cerucuk yang hendak diuji.

c) Beban lawan hendaklah disusun supaya pusat gravitinya sama

dengan paksi cerucuk. Berat beban lawan hendaklah lebih tinggi

sebanyak 10% - 20% dari ujian maksima.

d) Jangka tolok (pressure gauge) dan jek hendaklah dikaliberasikan

terlebih dahulu. Keupayaan jangka tolok mestilah lebih tinggi

sebanyak 10 – 20% dari ujian maksima.

e) Misalnya 500 tonne jek dengan 500 tonne gauge yang

dikaliberasikan dengan ketepatannya hampir kepada 10 tonne

adalah tidak sesuai untuk menguji cerucuk 300mm x 300mm yang

hanya boleh memikul 80 tonne sahaja. Tolok yang sesuai adalah

mempunyai keupayaan 100 – 150 tonne dengan ketepatan 1- 2

tonne.

f) Dial gauge yang dipasang kepada rasuk dari cerucuk yang diuji

untuk mengukur penurunan mestilah berada diatas penyokong

yang kukuh. Penyokong itu hendaklah berada sekurang- kurangnya

6 kaki atau 3 kaki garis pusat cerucuk dari cerucuk yang diuji.

g) Mengikut penentuan JKR, penurunan 2 kali beban kerja tidak lebih

dari 1.5 inci, ini bererti satu pusingan jarum dial gauge mestilah

berjumlah penurunan 2 inci. Sebarang dial gauge yang mempunyai

satu pusingan kurang dari 2 inci yang tidak akan diterima.

h) Dial gauge hendaklah mempunyai ketepatan 0.004” (0.1mm).

Biasanya dial gauge yang mempunyai ketepatan 0.001” atau

0.002” boleh diterima. Walaubagaimanapun cara mengambil data

akan ditentukan oleh Jurutera Projek.

5.13.4 Prosedur Ujian

a) Beban hendaklah ditambah secara berperingkat- peringkat dengan

kenaikan sebanyak 25% daripada beban kerja sehingga mencapai

beban maksima sebanyak 2 kali beban.

LXIII

Page 64: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

b) Setiap penambahan beban hendaklah dilakukan dengan cermat dan

berperingkat- peringkat selama 16 jam.

c) Bacaan penurunan dan waktu hendaklah dicatit sebelum dan

selepas setiap penambahan beban mengikut banjaran (intervel)

waktu yang ditentukan.

d) Proses ini diulang sehingga beban mencapai beban maksima.

e) Apabila sudah mencapai beban maksima, ia hendaklah dibiarkan

sekurang- kurangnya 24jam.

f) Kemudian beban dikurangkan secara berperingkat- peringkat

(misalnya dalam 4 peringkat selama 8 jam)

g) Lengkungan “time settlement” dan “load settlement” hendaklah

dibuat.

5.13.5 Rekod Ujian Dan Keputusan

Segala rekod ujian dan keputusan perlu diisi dalam beorang rekod

ujian. Ianya diperlukan untuk menyediakan dua graf yang penting :

a) graf beban – pemendapan

b) graf masa – pemendapan

5.13.6 Kegagalan ujian cerucuk

Kegagalan ujian cerucuk boleh dikesan melalui graf- graf yang

digunakan untuk penafsiran status ujian. Ujian dikira gagal sekiranya :

a) Baki mendapan 6.50mm selepas ujian diturunkan

b) Jumlah mendapan melebihi 12.50mm dibawah beban rekabentuk.

c) Jumlah mendapan melebihi 38.0mm dibawah dua kali ganda beban

rekabentuk.

5.13.7 Berikut ialah kerja pengiraan ujian beban

Jumlah beban yang akan diuji dalam kes ini ialah 40 tan

LXIV

Page 65: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

Jadual dibawah menunjukkan proses penambahan beban secara

berperingkat- peringkat selama 8 jam

MASA JUMLAH (TAN)

12.00 p.m – 2.00 p.m 5

2.00 p.m – 4.00 p.m 5

4.00 p.m – 6.00 p.m 5

6.00 p.m – 8.00 p.m 5

8.00 p.m – 10.00 p.m 5

10.00 p.m – 12.00 p.m 5

12.00 a.m – 2.00 a.m 5

2.00 a.m – 4.00 a.m 5

JUMLAH 40

Jadual 5 a : Proses Penambahan Beban selama 8jam.

MASA JUMLAH (TAN)

4.00 a.m – 4.00 a.m 40

Jadual 5 b: Kerja mengekalkan beban selama 24jam.

MASA JUMLAH (tan)

4.00 a.m – 6.00 a.m 10

6.00 a.m – 8.00 a.m 10

LXV

Page 66: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

8.00 a.m – 10.00 a.m 10

10.00 a.m –12.00 a.m 10

JUMLAH 40

Jadua 5 c : Proses pengurangan beban selama 8jam.

a) Bagi ujian beban di atas jumlah beban yang dikenakan adalah 90

tan

b) Jadual 5a menunjukkan beban dinaikkan sebanyak 500 psi setiap

satu jam sekali .kerja menambah beban dijalankan dalam masa 6

jam.

c) Bacaan diambil setiap 15 minit sekali.

d) Jadual 5b menunjukkan bahawa selepas beban 90 tan dikenakan, ia

dikekalkan selama 24 jam.

e) Jadual 5c menunjukkan beban dikurangkan berperingkat iaitu

sebanyak 50 psi setiap 1 jam. Kerja pengurangan beban dijalankan

selama 6 jam.

f) Bacaan diambil setiap 15 minit sekali.

g) Jumlah keseluruhan masa bagi kerja ujian beban ialah 38 jam.

5.15 KERJA PENGGALIAN LUBANG

a) Selepas kerja ujian beban selesai dijalankan, kerja seterusnya yang akan

dijalankan ialah kerja penggalian lubang.

b) Lubang akan dikorek untuk melakukan kerja pemotongan cerucuk dan

untuk pembinaan pilecap

c) Kerja pengorekan ini dilakukan dengan bantuan jentolak (case).

d) Kerja pengorekan ini mestilah dilakukan dengan penuh berhati-hati untuk

mengelakkan kerosakan pada cerucuk.

LXVI

Page 67: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

gambarajah 5.15 (a) : Jentolak sedang menggali lubang untuk membuat pemotongan

cerucuk.

gambarajah 5.15 (b) : Keadaan tanah setelah dikorek.

5.16 KERJA PEMOTONGAN CERUCUK

Secara lazimnya, terdapat dua jenis cerucuk yang biasa digunakan dalam

bidang pembinaan iaitu:

a) Cerucuk spun (berbentuk bulat)

LXVII

Page 68: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

Biasanya cerucuk spun dipotong menggunakan Diamond Cutter. Ini

kerana pemotongan dengan cara ini lebih selamat dan kurang risiko jika di

bandingkan dengan pemotong Hacker. Ia juga boleh mengelakkan kerosakan pada

cerucuk spun yang sememangnya mudah rosak jika di salah potong.

b) Cerucuk R.C (berbentuk segiempat)

Cerucuk R.C biasanya dipotong dengan menggunakan Hacker. Ini kerana

cerucuk R.C tidak mudah rosak.

gambarajah 5.16(a) : Pekerja sedang memotong cerucuk.

gambarajah 5.16 (b) : Pekerja sedang membantu untuk mengalihkan lebihan cerucuk

menggunakan kren.

LXVIII

Page 69: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

gambarajah 5.16 (c) : Cerucuk yang telah dipotong.

5.17 KERJA PEMBINAAN TETOPI CERUCUK

Selepas kerja pemotongan cerucuk, kerja pembinaan yang seterusnya ialah

kerja pembinaan pilecap. Pilecap dibina sebelum pembinaan rasuk tanah. Pilecap

ini dibina dari konkrit bertetulang. Jenis gred konkrit yang digunakan dalam

pembinaan pilecap ialah G25 nisbah bancuhan yang digunakan ialah 1:1½:3 dan

jenis simen yang digunakan ialah Simen Portland Biasa.

Kerja penimbusan tanah untuk menutupi pilecap dijalankan selepas

kerja pemotongan cerucuk selesai. Kerja penimbusan tanah ini dilakukan dengan

menggunakan jentolak. Kerja penimbusan ini juga dilakukan dengan berhati-hati

untuk mengelakkan kerosakan pada pilecap.

LXIX

Page 70: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

BAB 6 : KONKRIT

6.1 PENGENALAN

Konkrit merupakan sejenis bahan yang dihasilkan daripada hasil gabungan

simen ( cement ), batu baur halus ( fine aggregate ), batu baur kasar ( coarse

aggregate ) dan air mengikut nisbah tertentu. Konkrit boleh dibahagikan kepada

beberapa jenis mengikut kegunaannya. Jenis konkrit adalah seperti berikut :-

i. Konkrit simen ( plain cement concrete )

ii. Konkrit bertetulang ( reinforcement cement concrete )

iii. Konkrit kapur ( lime concrete )

6.2 BAHAN- BAHAN KONKRIT

Dalam kerja konkrit, bahan- bahan yang digunakan adalah seperti :-

a) Simen

Simen yang hendak digunakan dalam kerja konkrit mestilah simen

Portland dari pembuat yang diluluskan. Simen Portland haruslah

mematuhi kehendak- kehendak Piawaian Malaysia M.S 7.13. Jenis- jenis

simen Portland yang biasa digunakan ialah seperti berikut :

i. Simen Portland Biasa (Ordinary Portland Cement) – simen jenis ini

mesti menepati Piawaian M.S 522. Bahan- bahan mentah yang biasa

digunakan adalah kalsium karbonat, silica, alumina dan besi oksida.

ii. Simen Portland Cepat Mengeras (Rapid Hardening Portland

Cement) – simen jenis yang akan digunakan mesti menepati Piawaian

LXX

Page 71: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

Malaysia M.S 522. Ia mempunyai komposisi yang sama dengan Simen

Portland Biasa akan tetapi ia dikisar dengan lebih halus supaya dapat

mengeras dengan lebih cepat.

iii. Simen Portland Penahan Sulfat (Sulphate Resisting Portland

Cement) – simen Portland jenis ini menepati Piawaian British B.S

4027 sebelum dapat digunakan. Ia merupakan simen Portland yang

mempunyai kandungan trikalsium aluminat yang rendah dan

kandungan tetrakalsium aluminoferrit yang tinggi berbanding Simen

Portland lain. Dengan adanya kandungan trikalsium aluminat terhidrat

yang akan bertindak balas dengan sulfat, maka konkrit yang dihasil

menggunakan simen tersebut akan menjadi konkrit penahan sulfat.

Jadi simen amat sesuai digunakan untuk pembinaan struktur- struktur

bawah tanah serta kawasan yang terdedah kepada air laut, bahan kimia

dan sebagainya.

Simen yang akan digunakan harus disimpan dikawasan yang

kering dan bebas daripada kelembapan. Ini mengelakkan proses

pembekuan berlaku kepada simen. Simen yang didapati rosak disebabkan

usianya, kerosakan pada kampit, pemnyimpanan yang tidak sempurna,

isinya keras atau didapati cacat dalam apa jua bentuknya mesti

dikeluarkan dari tapak binaan dengan segara.

b) Batu Baur

Antara bahan-bahan dalam konkrit, batu baur merupakan paling

beraneka jenis. Oleh yang demikian, batu baur yang hendak digunakan

perlu mematuhi Piawaian Malaysia iaitu M.S 74 sebelum dapat

digunakan. Semua batu baur yang akan digunakan mesti dari jenis yang

kuat, tahan lama, bersih dan tidak berselaput kotoran serta tidak

mengandungi bahan- bahan perosak yang akan membawa kesan buruk

kepada kekuatan dan ketahanan konkrit dan tetulang. Ia harus disimpan

LXXI

Page 72: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

dengan baik. Ia biasanya terbahagi kepada dua jenis mengikut saiz yang

berbeza, iaitu :-

i. Batu Baur Halus – ia mesti dari pasir semulajadi yang terdapat

dikawasan air tawar. Batu baur halus hendaklah tidak mengandungi selut

atau bahan- bahan halus lain melebihi 3 % mengikut isipadu apabila diuji

mengikut Piawaian M.S 7.5. Penggunaan pasir dari pecahan batu adalah

tidak dibenarkan. Manakala pasir yang didapati dari kawasan lombong dan

laut harus dibersihkan terlebih dahulu sebelum boleh digunakan.

ii. Batu Baur kasar – Batu baur jenis ini yang akan digunakan mestilah

menepati Piawaian M.S 29. Ia mesti dari jenis yang bebas daripada segala

kotoran dan boleh digolongkan kepada 3 jenis utama iaitu batu Igneus,

batu mendakan, dan batu jelmaan. Saiz maksimum batu baur mestilah

dalam lingkungan 19mm.

c) Air

Air yang digunakan untuk bancuhan konkrit harus mematuhi

piawaian Malaysia iaitu M.S 28. Ia mesti bebas dari segala kotoran yang

boleh memberi kesan kepada konkrit. Ini kerana air penting untuk proses

tindak balas kimia berlaku dalam bancuhan konkrit yang dibuat. Kuantiti

air yang digunakan untuk bancuhan adalah ditentukan mengikut format

berikut :

Jumlah Berat Air Dalam Konkrit

Berat Simen Untuk bancuhan biasa nisbah bancuhan air adalah 0.4 hingga

0.7

LXXII

Page 73: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

d) Bahan Tambah

Bahan tambah (menepati piawaian M.S 922) merupakan sejenis

bahan yang dicampur kedalam bancuhan konkrit semasa bancuhan

dijalankan. Tujuan adalah untuk meninggikan taraf pada sifat- sifat konkrit

dalam keadaan yang diperlukan. Jenis- jenis bahan tambah adalah seperti

berikut :-

i. Pencepat (Accelerators)

ii. Pelambat (Retarders)

iii. Bahan Tambah Perangkap Udara (Air entraining agent)

iv. Bahan Penangkis Air (Water repelling agent)

6.3 MEMBANCUH KONKRIT

Konkrit boleh dibancuh dengan 3 cara, iaitu :-

i. Membancuh dengan menggunakan penyeduk

ii. Membancuh dengan menggunakan mesin penggaul

iii. Bekalan daripada kilang bancuh siap

Biasanya membancuh konkrit dengan menggunakan penyedok atau

‘concrete mixer’ adalah bagi kuantiti yang kecil sahaja. Sukatan simen perlu

ditambah kira- kira 10 % lagi untuk memudahkan kerja- kerja membancuh.

Semasa membancuh konkrit dengan cara ini, bahan campuran akan digaul kering

dahulu. Kemudian air akan dicampurkan sedikit demi sedikit sehingga sukatan

LXXIII

Page 74: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

airnya mencukupi. Kerja menggaul dilakukan sehingga campuran bahan itu

sekata.

Untuk projek- projek besar, jumlah konkrit yang diperlukan adalah

banyak. Bancuhan konkrit ini biasanya adalah daripada kilang bancuhan siap.

Pembancuhan konkrit ini baik di kilang atau pun di tapak bina perlulah mematuhi

nisbah bancuhan yang ditentukan untuk menghasilkan konkrit yang berkualiti.

6.4 JENIS- JENIS GRED KONKRIT

Pada masa kini, jenis- jenis bancuhan konkrit lebih dispesifikasikan

sebagai gred- gred konkrit yang tertentu. Bancuhan konkrit tidak lagi dikenali

dengan campuran nisbah bancuhan. Campuran konkrit akan digredkan dengan

gred- gred berikut :-

a) G15 (1:3:6)

b) G20 (1:2:4)

c) G25 (1:1⏐:3)

d) G30 (1:1:2)

Gred ini didefinasikan sebagai satu nombor yang membayangkan

“Characteristic Compressive Strenght”, konkrit berkenaan dalam unit N/mm².

6.4.1 Jenis-Jenis Campuran

a) Campuran 1:2:4

1 bahagian simen : 2 bahagian pasir : 4 bahagian batu.

Campuran 1:2:4 ini adalah campuran yang biasa digunakan untuk

segala kerja struktur konkrit bertetulang dan juga untuk kerja

konkrit tuang dulu. (Pre-cast Concrete).

b) Campuran 1:3:6

1 bahagian simen : 3 bahagian pasir : 6 bahagian batu.

Campuran ini adalah digunakan dalam kerja konkrit yang banyak,

seperti tapak dan lantai konkrit.

LXXIV

Page 75: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

c) Campuran 1 :9

1 bahagian simen : 9 bahagian pasir.

Ini digunakan sebagai ‘screed’ konkrit. ‘Screed’ konkrit adalah

digunakan :

1. Untuk memberikan permukaan yang lebih bersih dalam

kerja umpamanya untuk membuat tetulang.

2. Untuk menahan lubang yang baru digali dari hakisan air.

6.5 UJIAN KEATAS BANCUHAN KONKRIT

Tujuan utama ujian ini dilakukan adalah untuk mengetahui kekuatan

sesuatu konkrit. Dengan adanya ujian ini ia akan dapat menentukan samada

bancuhan itu sesuai untuk kegunaan berkenaan atau pun untuk mencapai

kehendak kekuatan mampatan yang dikehendaki dalam kerja- kerja pembinaan.

Jenis- jenis ujian konkrit adalah :-

a) Ujian Runtuh

b) Ujian Kiub

c) Ujian Vebe Consistometer

d) Ujian Faktor Mampatan

6.6 UJIAN KIUB (CUBE TEST)

Ujian kiub merupakan satu lagi ujian penting dalam kerja konkrit. Tujuan

ujian konkrit ini adalah untuk menentukan kekuatan konkrit. Keputusan daripada

ujian- ujian ini akan memberikan gambaran bahawa campuran itu adalah betul

dan kekal. Ia juga akan memberikan gambaran yang jelas kepada konkrit yang

dibuat.(Rujuk lampiran 12.0(a), (b) & (c)).

6.6.1 Alat- Alat Yang Digunakan

LXXV

Page 76: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

a) Di dalam semua projek, kiub akan dibuat pada setiap kali

campuran konkrit ditukarkan. Ini adalah untuk ujian kekuatan

pecahan pada hari ke 7 dan ke 28. Kotak acuan yang diperbuat

daripada keluli dan dalam dua bahagian, yang mana diboltkan

bersama. Kebiasaannya alas keluli juga dibekalkan bersama.

gambarajah 6.6.1 (a) : Bancuhan konkrit sedang dimasukkan ke dalam kiub-kiub

bersaiz 6” 150mmx150mm

b) Rod, diameter 16mm dan panjang 600mm (standard tamping)

LXXVI

Page 77: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

gambarajah 6.6.1 (b) : Sebatang rod besi digunakan untuk hentakan sebanyak 35 kali

6.6.2 Cara Ujian Kiub Dijalankan

a) Acuan hendaklah disapu dengan minyak pelicin (geris) untuk

mengelakkan daripada konkrit melekat pada acuan.

b) Acuan yang berukuran 6 inci kiu9b itu dipenuhkan konkrit dalam 3

lapisan yang hampir sama tebal.

c) Tiap- tiap lapisan konkrit yang diisi perlu dipadatkan dengan rod

sebanyak 35 kali.

d) Selepas kiub konkrit menjadi keras, ia direndam didalam air.

e) Pada peringkat pertama, ia akan direndam selama 7 hari dan

peringkat kedua adalah selama 28 hari.

f) Ujian pada peringkat pertama selepas 7 hari, kiub konkrit yang

diuji perlu mencapai kekuatan 75%. Jika kurang dari 75% ujian

peringkat kedua perlu dijalankan selepas 28 hari.

LXXVII

Page 78: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

gambarajah 6.6.2 : Acuan disapu dengan minyak gris (pelincir).

6.6.3 Kiraan Ujian Kiub

Gred yang digunakan (G25)

Katakana beban yang dikenakan 500KN

500KN = 500000N

Kiraan :

Luas kiub yang dikenakan beban

150mm x 150mm

= 22500 mm persegi

= F/A

= 500000

22500

= 22.22 N/mm♠

Jenis gred (G25)

Maka peratus kekuatan konkrit ialah :

22.22

25 Gred konkrit

= 0.88

= 88%

Ujian lulus kerana ia melebihi 75%

LXXVIII

Page 79: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

Kekuatan kiub pada hari

ke 7

Kekuatan kiub pada hari

ke 28

Ujian awal Ujian kerja Ujian awal Ujian kerja

Nisbah

campuran

nominal N/mm♠ N/mm♠ N/mm♠ N/mm♠

1 : 1 : 2 26.7 20 40 30

1 : 1 ½ : 3 22.7 27 34 25.5

1`:2 : 4 18.7 14 28 21

Jadual a : Jadual Kekuatan Kiub

6.7 UJIAN RUNTUH ( SLUMP TEST )

Ujian pemendapan tidak mengukur betapa bagusnya konkrit yag dibuat

tetapi ia adalah mustahak untuk menganalisa segala perubahan sekata dalam

sesuatu campuran yang diberikan. Ia dilakukan sebelum kerja penuangan konkrit

pada struktur bangunan dijalankan. Ujian ini perlu dijalankan ke atas semua truck

mixer yang masuk ke tapak.

6.7.1 Alat- Alat Yang Digunakan

a) kon kejatuhan konkrit, diameter muncung atas 100mm, diameter muncung

bawah 200mm dan tinggi 300mm.

LXXIX

Page 80: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

gambarajah 6.7.1 (a) : Acuan kon yang diletakkan di atas kepingan aluminium.

b) Rod, diameter 16mm dan panjang 600mm (standard tamping)

c) Pita ukur untuk mengukur kejatuhan konkrit

6.7.2 Cara Ujian Runtuh Dijalankan

a) pertama sekali, konkrit dimasukkan kedalam ‘slump cone’.

b) Ia dimasukkan secara berperingkat- peringkat mengikut 3 lapisan

c) Setiap lapisan perlu dipadatkan sebanyak 25 kali dengan rod.

d) Selepas 4 lapisan dibuat, slump cone dikeluarkan secara perlahan-

lahan dari lapisan konkrit yang dipadatkan.

e) Jika tinggi konkrit yang tidak runtuh itu tidak melebihi 3 inci,

maka ujian tersebut lulus dan konkrit akan dibenarkan untuk

dibawa masuk kedalam tapak bina.

f) Jika tingginya kurang daripada 3 inci, maka ujian tersebut gagal

dan konkrit tersebut perlu ditukar.

• Designed Slump = 75mm(+/-) 25mm

6.8 MENGANGKUT DAN MENUANG KONKRIT

LXXX

Page 81: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

a) konkrit perlu diangkut secepat yang mungkin dari alat pembancuhan.

b) Cara penuangannya perlu dilakukan dengan betul untuk mengelakkan

pengasingan bahan- bahan yangsedia ada atau kehilangan bahan- bahan

bancuhan.

c) Konkrit hendaklah dituang sedekat yang mungkin ke tempat tuangan yang

dikehendaki untuk mengelakkan tuangan semula atau pengaliran.

d) Konkrit perlu dituang di tempat- tempat yang dikehendaki dengan secepat

mungkin.

e) Konkrit yang dituang perlu dipadatkan sepenuhnya dengan menggunakan

alat penggetar berjentera.

f) Konkrit perlu dipadatkan sepenuhnya sehingga ke sudut- sudut acuan

dengan menggunakan papan pemadat.

g) Alat getar berjentera hanya boleh digunakan untuk memadat konkrit dan

bukan digunakan untuk menempatkan konkrit kebahagian- bahagian yang

tertentu.

h) Konkrit diantara dinding- dinding acuan hendaklah dipadatkan dengan alat

getar dari jenis benam dan konkrit untuk papak- papak yang tidak

menggunakan acuan sebelah atasnya, hendaklah dipadatkan dengan alat

getar dari jenis permukaan atau alat getar dari jenis rasuk atau jenis- jenis

lain yang diluluskan.

LXXXI

Page 82: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

BAB 7 : KERJA-KERJA BAR TETULANG 7.1 PENGENALAN Dalam Kerja binaan konkrit tetulang, bar tetulang ialah sejenis besi yang

berbentuk bulat dan panjang yang digunakan sebagai tetulang. Konkrit biasanya

tidak berupaya menanggung beban tegasan dan tekanan dengan sangat berkesan.

Struktur- struktur seperti tiang, lantai, rasuk dan lain- lain bahagian sering

mengalami tegasan tegangan. Oleh itu, konkrit biasa adalah tidak sesuai

digunakan, maka ia diatasi denga menggunakan konkrit bertetulang

(Reinforcement concrete) iaitu dengan mencantumkan besi tetulang dengan

konkrit.

7.2 JENIS BAR TETULANG

I. Keluli lembut / hot rolled mild steel

II. Bar berbunga / deformed bar

III. Tetulang anyaman / BRC steel fabric

IV. Dawai keluli tegangan tinggi / high tensile wire

LXXXII

Page 83: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

7.3 PENYIMPANAN BESI TETULANG

Bagi kegunaan di tapak, besi tetulang dihantar ke tapak. Apabila ia sampai

ke tapak ia perlu diikat dan diasingkan mengikut saiz dan jenis. Apabia besi

tetulang telah sampai ke tapak bina, periksa keadaan bar tetulang itu dan

perhatikan kadar karatnya dan kebengkokkannya. Jika sekiranya kadar karatnya

terlampau teruk, ia hendaklah digantikan kerana kemungkinan ia akan

merosakkan struktur bangunan. Bar- bar tetulang hendaklah diletakkan diatas

lapik mengikut pembahagian supaya ia tidak berkarat dan mudah diambil untuk

penggunaan. Tetulang hendaklah sentiasa bersih dan sentiasa jauh dari kotoran

minyak, tanah, karat, dan lain- lain bahan.

gambarajah 7.3 : Besi tetulang yang baru sampai di tapak dan telah diikat.

7.4 PEMBENGKOKAN BESI TETULANG

Lukisan kejuruteraan yang disertakan untuk sesuatu pembinaan

memainkan peranan pada bahagian ini. Kerja pembengkokkan bar tetulang

dilakukan mengikutnya. Mesin pembengkok dapat dilihat dalam gambar yag

disertakan di muka surat sebelah. Pembengkokan ‘bender’ atau ‘hooker’ berguna

dalam membengkok bar tetulang yang saiznya kurang daripada 25mm. Bagi bar

LXXXIII

Page 84: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

tetulang yang lebih daripada 28mm ia boeh dibengkokkan dengan memanaskan

bar tetulang tersebut.

Bar tetulang utama hendaklah dibentukkan cangkuk atau tambatan pada

hujungnya. Selepas ia dibengkokkan ia dihantar ke tapak dan dipasang ke dalam

acuan. Bagi kerja pemasangan ia diikat dengan mengunakan dawai halus yang

berdiameter 1.63mm.

gambarajah 7.4(a) : alat untuk pembengkokkan besi tetulang.

gambarajah 7.4(b) : Besi tetulang yang telah dibengkokkan.

LXXXIV

Page 85: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

7.5 PEMASANGAN TETULANG KELULI Tetulang keluli yang dipasang pada struktur tiang dan rasuk adalah perlu

diikatkan dahulu dengan link. Kerja pengikatan link adalah dilakukan dikawasan

bawah. Kerja- kerja pengikatan link adalah seperti berikut :-

a) Tetulang keluli yan hendak dipasang adalah diletakkan diatas dua peranca.

b) Link akan dimasukkan kedalam sekeliling tetulang serta dijarakkan 150mm

atau 200mm pusat ke pusat megikut bentuk.

c) Seterusnya link diikat pada tetulang dengan dawai dengan cangkuk

pengikatnya.

gambarajah 7.4 : tetulang keluli bagi tiang yang diikat dengan dawai halus.

LXXXV

Page 86: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

7.6 SEMAKAN BESI TETULANG

Wakil P.P harus menjalankan satu tugas yang penting dalam kerja

pengkonkritan iaitu pemeriksaan tetulang. Semakan- semakan harus dibuat untuk

memastikan tetulang disediakan mengikut kehendak- kehendak lukisan.

Kontraktor dikehendaki mengemukakan permohonan untuk meneruskan kerja-

kerja pengkonkritan dengan menggunakan borang permohonan. (Rujuk lampiran

13.0).

BAB 8 : PEMBINAAN INFRASTRUKTUR

8.1 PENDAHULUAN

i) Pengurusan projek bangunan bukan sahaja tertumpu kepada struktur dan

substruktur bangunan, malah ia merangkumi bidang yang lebih luas termasuk

kerja perkhidmatan dan infrastruktur.

ii) Infrastruktur adalah komponen yang penting dalam projek bangunan. Jika

mutunya tidak diberi penekanan yang sewajarnya, kemungkinan kecacatannya

akan menjadi sangat nyata dan memberi gambaran yang negatif terhadap

hasil projek dan juga kewibawaan pegawai perancang dan juga kakitangan

pengawasan.

iii) Infrastruktur projek bangunan merangkumi kerja-kerja saliran tanah, sistem

perparitan, penanaman rumput, jalan, saliran kekotoran dan retikulasi air.

8.2 KERJA TANAH

Kerja tanah perlulah dirancang, dilaksanakan dan diawasi dengan

sempurna kerana kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan kos yang

tinggi apabila kejadian yang tidak diingini berlaku seperti tanah runtuh dan

LXXXVI

Page 87: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

hakisan. Kerja pembaikan memerlukan kepakaran yang akan menelan belanja

yang besar yang mungkin dapat dijimatkan sekiranya perhatian yang rapi

diberikan semasa merancang dan melaksanakan kerja-kerja tanah.

8.3 PEMBERSIHAN TAPAK

a) Kawasan yang hendak dibersihkan (Rajah 8.1) perlulah ditanda, supaya

kerja pembersihan ini tidak memasuki kawasan sempadan.

b) Kadangkala terdapat pokok-pokok, kawasan berumput dan lain-lain yang

perlu disimpan atau dijaga dalam keadaan sedia ada. Pokok-pokok ini

hendaklah ditandakan dan kawasan-kawasan berumput pula diadakan

papan tanda penghadang supaya tidak diganggu oleh aktiviti-aktiviti

pembinaan.

c) Jika projek berada dalam wilayah yang telah dibangunkan, arah jajaran

paip air, sesalur bawah tanah dan lain-lain perkhidmatan perlu ditentukan

supaya perhatian khas diberikan apabila kerja-kerja memotong atau

menggali dibuat berhampiran dengan jajaran tersebut.

d) Adalah sangat mustahak akar-akar pokok perlu dibongkar keluar, lebih-

lebih lagi di tapak bangunan. Jika akar pokok ditinggalkan dalam tanah,

lama kelamaan ia akan reput dan mengakibatkan pemendapan tanah.

e) Lapisan tanah asal sedalam 150mm boleh digunakan semula untuk kerja

penanaman rumput. Kawasan untuk menyimpan tanah atas ini hendaklah

dikenal pasti terlebih dahulu supaya aktiviti pembinaan yang lain tidak

LXXXVII

Page 88: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

terganggu. Bahan-bahan yang tidak diperlukan yang terdapat dalam

lapisan tanah atas perlu dibuang sebelum tanah atas itu disimpan.

gambarajah 8.3 : Kerja-kerja pembersihan tapak

8.4 SISTEM PERPARITAN

a) Parit Tanah :-

Ini merupakan saliran sementara dan memerlukan penyelenggaraan yang

kerap. Kos pembinaan adalah rendah jika dibandingkan dengan jenis yang lain.

b) Longkang Konkrit Tuang Dulu:-

Longkang jenis ini digunakan dengan meluasnya. Kos pembinaannya

adalah sederhana dan ianya hanya memerlukan penyelenggaraan yang minima,

jika direkabentuk dengan sempurna.

c) Longkang Konkrit Tuang Disitu:-

Jenis ini biasanya digunakan di mana pemendapan yang tidak setara

dijangka akan berlaku seperti longkang di atas cerun tambun.

LXXXVIII

Page 89: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

d) Longkang Batu Rubble:-

Longkang ini dibina dari blok – blok batu dan juga berfungsi sebagai

dinding penahan.

e) Longkang Bertingkat:-

Longkang ini dibina di mana cerun tanah adalah agak curam. Pehatian

khas hendaklah diberikan kepada sambungan dan tapak longkang ini. Kuasa

hakisan air adalah sangat kuat dan tidak harus di pandang mudah.

f) Pembentung Kekotak dan Pembentung Paip:-

Pembentung-pembentung ini dibina jika sekiranya sistem perparitan

terpaksa merentasi jalan. Kelas pembentung yang sesuai haruslah digunakan

berdasarkan beban dan keadaan setempat. Pembentung ini dikelaskan seperti

berikut :-

STD (S) - Standard

L (X) - Low

M (Y) - Medium

H (Z) - High

g) Pemilihan kelas pembentung biasanya dibuat oleh Jurutera berdasarkan faktor-

faktor berikut :-

- Tinggi tambunan

- Jenis alas

- Bebas kenderaan

- Jenis tanah

- Garis pusat dan lain-lain.

8.5 KERJA PENGGALIAN

LXXXIX

Page 90: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

a) Perparitan perlulah digali mengikut saiz, aras dan cerun.

b) Perparitan hendaklah dielakkan dari terlebih gali, kerana ini akan

mengakibatkan pemendapan tidak setara apabila bahan kambus yang tidak

sesuai digunakan.

c) Mengikut amalan biasa, peparit digali 150mm kurang dari yang

dikehendaki. Bakinya akan digali sebelum kedap dibina.

8.6 PEMASANGAN LONGKANG KONKRIT

a) Mutu longkang yang hendak dipasang mestilah mengikut jenis, saiz dan

dimensi yang telah ditentukan.

b) Pengalas konkrit atau lapis kedap perlulah dibina dengan sempurna

mengikut cerun yang telah ditetapkan.

c) Cerun pengalas konkrit ini perlu disemak untuk memastikan aliran

‘songsang’ dan ‘ponding’ tidak terjadi.

d) Sambungan-sambungan perlulah dibuat lurus dan selari supaya pengaliran

air tidak terganggu atau tersekat.

e) Ruang-ruang di celah longkang perlulah dimampat dengan sempurna

supaya hakisan dan pemendapan tanah dapat dikurangkan.

8.6 TAKUNGAN

a) Takungan-takungan diperlukan di mana arah aliran air cerun saliran

bertukar.

b) Jenis dan saiz takungan bergantng kepada rekabentuk dan juga

kegunaannya.

XC

Page 91: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

c) Aras invert untuk takungan biasanya 150mm lebih rendah dari invert

longkang keluar. Ini adalah supaya takungan dapat berfungsi untuk

menghalang kelajuan air dan seterusnya mengelakkan hakisan.

8.7 KERJA MENANAM RUMPUT DAN PADANG

a) Padang

i) Semasa kerja tanah, permukaan haruslah dibentuk supaya ia

mempunyai kamber atau cerun yang menghala ke saliran yang

berhampiran. Cerun untuk padang adalah dalam lingkungan 1:60 –

1:200.

ii) Untuk memastikan cerun ini diperolehi, aras titik hendaklah diambil

ataupun papan kamber digunakan untuk mengukur kamber.

iii) Jika keadaan padang adalah luas dan rata, penggunaan saliran bawah

tanah mungkin digunakan.

iv) Tanah hitam atau lapisan atas disimpan semasa kerja tanah boleh

digunakan untuk lapisan atas padang.

b) Kepingan Rumput

i) Saiz kepingan rumput dalam spesifikasi JKR ialah 200mm persegi dan

tebalnya ialah 50mm.

ii) Jenis rumput dan spesifikasinya perlulah ditentukan terutama sekali

jika teknik ‘hydro seeding’ digunakan. Rumput-rumput hendaklah

bebas dari lalang.

iii) Kepingan rumput perlulah disimpan dalam keadaan lembap supaya

kesegarannya terjaga.

iv)

c) Penanaman Rumput

XCI

Page 92: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

v) Penanaman rumput di cerun atau tebing perlulah dilaksanakan sebaik

sahaja cerun atau tebing itu disiapkan. Ini adalah untuk mengurangkan

risiko hakisan tanah.

vi) Rumput ditanam secara ‘tanam-rapat’, ruang di antara rumput tidak

seharusnya kelihatan sementara jarak antara kepingan rumput ‘tanam-

tompok’ ialah 450mm pusat ke pusat.

8.8 KERJA SALIRAN KEKOTORAN

a) Penggaliran saliran kotoran

i) Peparit yang digali haruslah selanjar antara salur lurang keluar

dengan salur lurang masuk dan aras invertnya pula perlulah

dikawal supaya kejadian pengaliran sonsang tidak berlaku.

ii) Peparit perlu dibina dengan stabil dan jika terdapat tanah

lembik atau tanah lembut, tanah ini perlu diganti dengan tanah

bermutu atau pasir yang terpilih.

b) Jenis Paip

Terdapat beberapa jenis paip saliran kekotoran yang biasa digunakan iaitu :

i) Paip tembikar bergilap yang memenuhi piawaian BS65

atau BS539.

ii) Paip besi tuangan yang digunakan apabila saliran kekotoran

terdedah atau melintas jalan.

iii) Paip klorida polivinal tak plastik (UPVC).

iv) Paip V.C.p (extra strength).

c) Pemasangan Paip

i) Peparit yang telah digali perlulah diperiksa sebelum

memasang paip saliran kekotoran (Rajah 8.2)

XCII

Page 93: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

ii) Paip tidak sepatutnya digolek atau dicampak ke dalam

peparit.

iii) Bahagian luar dan dalam sambungan paip perlulah

dibersihkan sebelum kerja penyambungan dilakukan.

iv) Bahagian hujung paip yang tidak dikerjakan perlulah

ditutup untuk mengelakkan dari dimasuki tanah.

v) Paip yang bersoket seharusnya diatur dengan soketnya

menyongsang hala pengaliran untuk memudahkan kerja

pemasangan paip.

vi) Jarak antara lurang ke lurang hendaklah dihadkan kepada

45 meter sahaja untuk memudahkan kerja penyelenggaraan.

d) Lurang-lurang untuk saliran kekotoran.

i) Lurang-lurang ini diperlukan untuk kerja-kerja

pemeriksaan dan penyelenggaraan. Dalamnya lurang-

lurang ini bergantung kepada aras invert dan juga cerun

saliran.

ii) Di mana lurang dibina di atas tanah lembut, asas cerucuk

bakau biasanya diadakan.

iii) Segala sudut di bahagian dalam hendaklah dibuat dalam

bentuk membulat.

iv) Bahagian dalam lurang dan bahagian luar yang terdedah

mestilah dilepa dengan simen mortar.

v) Penutup lurang yang dibuat dari besi tuangan tegas

sederhana hendaklah disediakan.

vi) Untuk lurang yang melebihi 1 meter dalam, anak-anak

tangga besi tempa perlulah diadakan.

vii) Ujian ke atas paip saliran kekotoran perlulah dijalankan

dari lurang ke lurang sebelum peparit dikambus. Ujian

yang dijalankan ialah ujian air di mana kelajuan air

diukur dalam tempoh 30 minit.

XCIII

Page 94: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

viii) Jika sekiranya ujian air lulus, peparit bolehlah dikambus

dengan menggunakan tanah yang bebas dari batu besar.

ix) Kambusan perlulah dibuat secara lapisan dan setiap

lapisan tidak melebihi 300mm tebal dan dimampatkan.

e) Sistem Kumbahan.

i) Terdapat berbagai-bagai jenis sistem kumbahan yang

digunakan di dalam bidang pembinaan. Pemilihan sesuatu

sistem itu bergantung kepada faktor-faktor keluasan

tanah, jenis penggunaan, bilangan pengguna dan lain-lain

lagi.

ii) Antara sistem kumbahan yang biasa digunakan ialah :

a. Tangki najis (septic tank).

b. Tangki najis dengan peparit penapis.

c. Tangki najis dengan penghampar penapis.

d. Tangki imhof.

e. Tangki pengoksidaan sistem pembentungan

pusat.

f. Sistem RBC,Biofilter dan lain-lain.

iii) Sistem kumbahan ini memerlukan penyelenggaraan yang

berterusan. Keberkesanan sesuatu sistem kumbahan itu

boleh dinilai dari mutu air buangan dengan kiraan B.O.D

( Biological Oxygen Demand ).

8.9 PENYIASATAN TAPAK

Di dalam melaksanakan sesuatu projek binaan sama ada bangunan

ataupun jalan, pihak Jurutera perlu mengetahui keadaan tanah yang sebenar

sebelum meneruskan kerja rekabentuk asasnya, dengan melakukan analisa

XCIV

Page 95: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

kestabilan benteng jalan atau pun apa-apa kerja yang berkaitan dengan tanah

tersebut. Maka, maklumat-maklumat tertentu mengenai tanah boleh diperolehi

melalui kerja ‘Penyiasatan Tapak’.

8.9.1 Pentingnya Penyiasatan Tapak

a) Sebagai satu langkah berjaga-jaga di dalam sesuatu projek yang

akan dilaksanakan.

b) Untuk mendapatkan sifat-sifat fizikal dan juga lain-lain meklumat

yang bersangkutan.

c) Membolehkan perekabentuk memilih jenis-jenis asas serta

melakukan rekabentuk asas yang baik, selamat dan berekonomi.

d) Dapat memberi gambaran tentang kemungkinan masalah-masalah

yang akan dialami ketika pembinaan.

e) Mengetahui dan mengambilkira tentang sesuatu keanehan atau pun

perbezaan–perbezaan yang mungkin timbul di suatu tapak.

f) Untuk mengenalpasti perubahan-perubahan yang mungkin berlaku

disebabkan oleh perubahan keadaan asal dan juga mengkaji

kemungkinan apa yang akan berlaku disebabkan perubahan itu.

8.9.2 Objektif Penyiasatan Tapak

Diantaranya sebagaimana yang telah ditetapkan oleh ‘British

Standard Code of Practice (CP 2001)’ adalah seperti berikut :

a) Mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan dengan keadaan

tanah diperbagai lokasi dan kedalaman.

b) Mengira atau mendapatkan lokasi, susunan ketebalan dan kekuatan

setiap strata tanah termsuklah tentang jenis-jenis tanah itu sendiri,

ketegasan strukturnya dan kelapisannya.

c) Mendapatkan jenis serta dalamnya batu asas di sesuatu tempat

seterusnya dari segi lokasi, susunan, ketebalan keluasan dan

XCV

Page 96: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

kekerasannya serta keterangan mengenai batu itu sendiri di setiap

lapisan.

d) Mendapatkan paras air serta tekanan-tekanan air tertentu disesuatu

kawasan.

e) Mendapatkan sifat-sifat tanah dengan satu cara ataupun gabungan

cara-cara yang terdapat dari pengujian.

8.9.3 Cara Penyiasatan Tanah Peringkat Awal

a) ‘Proba JKR’

JKR telah memperkenalkan alat ini dan ia merupakan alat

yang sering digunakan untuk kajian awal dan sebagai tambahan

kepada kajian terperinci yang akan dijalankan kemudian. ‘Proba

JKR’ telah diasaskan mengikut prinsip ‘Hvorslev(1949)’

berdasarkan syor ‘European Group Subcommittee’.

b) Peralatan ‘Proba JKR’

Ianya mempunyai ‘cased hardened steel pointer’, bergaris pusat

25mm dan mempunyai kun bersaiz 60 darjah. ‘Pointer’ tersebut

berskru di bahagian bawah di hujung batang besi. Batang-batang

besi yang digunakan ialah bergaris pusat 12mm dari jenis HY 55C

dan mempunyai kepanjangan 1.2m panjang. Batang-batang besi ini

boleh disambungkan diantara satu sama lain.

c) Cara Kerja Menggunakan ‘Proba JKR’

XCVI

Page 97: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

i. Dengan menjatuhkan tukul seberat 5kg dengan kadar

ketinggian 280mm, kun tersebut akan tertekan masuk ke

dalam tanah.

ii. Jumlah bentakan untuk kemasukan kun sedalam 300mm

(1kaki) akan dicatatkan dan ianya digunakan sebagai

petanda kekentalan tanah pada tanah jelikat dan system

penyusunan tanah ‘Granular’. Jika keadaan tanah baik

‘Proba JKR’ boleh digunakan sehingga kedalaman 15m.

8.10 SILING

Siling dibina untuk melindungi kayu- kayu jeriau, jermang bumbung dan

sebagainya daripada penglihatan mata kasar. Selain itu, ia juga dapat menahan

sedikit sebanyak haba yang dapat menembusi bumbung. Siling yang dimaksudkan

ini ialah untuk bangunan- bangunan yang berbumbung curam.

Kerja Pemasangan Siling Terus Menerus

a) Satu pengikat dipasangkan terus kepada alang atau kasau bumbung.

b) Kemudian siling bumbung diasang secara terus menerus pada kasau atau

jeriau bumbung. Siling yang digunakan ialah papan simen berukuran

970mm x 600mm x 6 tebal.

c) Papan simen dipasang dengan memakunya pada kasau atau jeriau.

d) Jalur atau ruang yang terbentuk diantara papan- papan simen dikemaskan

dengan jalur penutup siling yang bersaiz 3.8mm x 13kk.

8.11 BUMBUNG 8.11.1 Pengenalan

Bumbung merupakan bahagian bangunan yang paling atas sekali

pada sesuatu bangunan. Ia melindungi penghuni dan bahgian- bahagian

bangunan daripada dedahan hujan, terik matahari, angin dan sebagainya.

XCVII

Page 98: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

8.11.2 Jenis Bumbung Pembinaan bumbung pada amnya boleh dibahgikan kepada dua

kumpulan iaitu :-

1. bumbung rata : mempunyai kecerunan kurang daripada 10%. Kasaunya

merentang antara tembok, rasau ataupun kekuda dengan jarak 2 hingga 4

meter dari tetengah untuk menyokong gulung- gulung.

2. bumbung curam : mempunyai kecerunan melebihi 10% dari garisan ufuk.

Bumbung curam didapati dalam pelbagai bentuk, antaranya ialah :-

i. Bumbung Tebang Layar

ii. Bumbung Limas

iii. Bumbung Gambriel

iv. Bumbung Layang

v. Bumbung Mansard

8.11.3 Pemilihan Bumbung Pemilihan bumbung adlah bergantug kepada factor- factor berikut :

i. Jenis bangunan

ii. Ketahanlasakan

iii. Rintangan kepada haba

iv. Perlindungan cahaya

v. Kecantikan

vi. Ekonomi

vii. Kemungkinan pengubahsuaian pada masa hadapan

8.11.4 Kerangka Bumbung Dalam pembinaan kerangka bumbung terdapat beberapa

bahagian kayu berlainan seperti kasau betina, kasau limas, kasau lurah dan

sebagainya. Struktur kerangka bumbung boleh dibahagikan kepada

kategori berikut :-

i. Bumbung Selapis

XCVIII

Page 99: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

ii. Bumbung Rata

iii. Bumbung Pisang Sesikat

iv. Bumbung Gadung

v. Bumbung Beralang

vi. Bumbung Kekuda

8.11.5 Kekuda Bumbung

Kekuda kayu berbentuk segitiga gabungan anggota bumbung

seperti pengikat, jeriau siling, kasau penupang dan sebagainya. Kekuda

merentang antara dinding luar dan berjarak kira- kira 1.8m antara satu

sama lain. Saiz kayu yang digunakan berubah- ubah berdasrkan panjang

rentang. Untuk rentang yang lebih panjang, saiz kayu bagi anggota kekuda

adalah lebih besar.

Kekuda dapat direka dalam pelbagai bentuk. Salah satu bentuk

kekuda yang digunakan dalam pembinaan adalah seperti berikut :-

8.11.6 Penutup Bumbung

Penutup bumbung mestilah terdiri daripada bahan- bahan yang

kalis air. Bahan- bahan yang digunakan adlah jenis bumbung dan

kecerunan bumbung, bahan- bahan yang digunakan untuk membuat

………………-penutup bumbung adalah seperti kepingan kuprum,

pumbum, zink, aluminium, asbestos, plastik, konkrit dan tanah liat.

i. Genting Konkrit Saling Mengikat

Genting konkrit saling mengikat hendaklah dari jenis dan warna

yang diluluskan dan bebas dari segala kecacatan. Genting ini

dipasang keatas kayu beroti sederhana keras berukuran 50mm x

30mm untuk bumbung dan dipasang pada jarak 300mm untuk

genting biasa dan pada jarak 275mm untuk genting cerun landai.

Penyumbat genting terdiri daripada mortar simen (1 : 3 ) digunakan.

XCIX

Page 100: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

Genting untuk sisi atap, perabung limas dan lurah hendaklah

disediakan dan dipasang bercantuman dengan keseluruhan penutup

bumbung

ii. Genting Tanah Liat

Genting tanah liat hendaklah berbentuk ‘Marsseiles’ berukuran

400mm hingga 425mm panjang dan 225mm hingga 263 lebar dan

bebas dari sebarang keretakan, serpihan dan meleding. Genting tanah

liat ini hendaklah dipasang dengan kukuh keatas kayu beroti

berukuran 50mm x 25mm pada jarak lebih kurang 275mm dengan

lurah hendaklah diadakan bersepadan dengan keseluruhan bumbung

dan dipasang dengan menggunakan simen mortar (1 : 3 ) yang

menyerupai warna bumbung.

8.12 BAHAN- BAHAN PENEBAT

Biasanya bahan- bahan penebat digunakan bersama- sama penutup

bumbung. Dengan penggunaan bahan- bahan penebat ini dapat menghalang haba

panas dari luar menembusi bumbung dan juga menghalang hawa dingin yang

terdapat didalam bangunan keluar. Lapisan penebat yang biasanya digunakan

pada penutup bumbung ialah jejaring dawai ayam ( galvanized hexagon wire

netting ), kertas keranjang aluminium ( aluminium foil ) dan gentian kaca.

8.12.1 Galvanised Hexagon Wire Netting Jejaring dawai ini akan digunakan untuk melapik kertas kerajang

aluminium supaya ia kelihatan kemas, rata dan licin dari bahagian dalam

bangunan.

8.12.2 Aluminium Foil Kertas kerajang aluminium ialah sejenis kertas yang diselaput

dengan aluminium pada kedua- dua permukaan untuk digunakan sebagai

bahan penebat haba dan cahaya.

C

Page 101: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

8.12.3 Kaca Gentian Kaca gentian digunakan sebagai penebat haba untuk

mengekalkan suhu dalam bangunan dan juga untuk mengurangkan bunyi

titik hujan semasa hari hujan.

8.13 KERJA PEMASANGAN GENTING KONKRIT SALING MENGIRAT

1. Sebelum pemasangan genting, lapisan kalis lembab dihamparkan

merentangi kasau bumbung. Kemudian be;oti diletakkan diatasnya dan

dipaku. Selepas itu, kerja pemasangan genting dimulakan.

2. Genting biasanya dipasang berlapis kembar untuk mengelakkan aliran

hujan dari masuk kedalam bumbung.

3. Genting digantungkan supaya sisi- sisinya ditumpu bersama dan

sambungan ini terikat hingga keatas curam bumbung.

4. Pada setiap lapisan keempat, genting dipaku pada beloti.

5. Semasa meletakkan genting, bahagian genting atas hendaklah sekurang-

kurangnya setengah daripada panjang genting bawah.

8.14 TINGKAP 8.14.1 Pengenalan

Tingkap ialah satu bukaan yang dibuat pada dinding untuk

membolehkan cahaya matahari masuk menerusinya. Tingkap ini

dikemaskan dengan bahan lutsinar atau lut cahaya yang dipasangkan

kepadanya. Disamping membenarkan cahaya menembusinya, bahan-

bahan itu bertindak sebagai penghalang angin dan hujan. Dengan adanya

tingkap, udara silih berganti didalam bengunan dan pandangan ke luar.

Pintu ialah satu bukaan di dinding atau penyekat bagi

membolehkan lalu lalang. Daun pintu pula ialah satu perintang pejal pada

CI

Page 102: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

sesuatu bukaan. Daun pintu ini menghalang kemasukan, perintang panasan

dan juga merintangi cuaca.

8.14.2 Jenis- Jenis Tingkap

i. Tingkap berengsel

ii. Tingkap gelangsar

iii. Tingkap majmuk

iv. Tingkap gantungan sisi ( berbingkai )

8.15 PINTU

8.15.1 JENIS- JENIS PINTU

i. Pintu rata

ii. Pintu berpanel

iii. Pintu kayu beloti

8.16 KERJA PEMASANGAN RANGKA TINGKAP DAN PINTU

a) Kerja pemasangan rangka pintu dan tingkap perlu dilakukan dengan teliti.

b) Ia perlu dipasang sebelum kerja pemasangan batu- bata dilakukan

c) Rangka tingkap dan pintu haruslah berada dalam keadaan baik. Jenis kayu

mestilah mematuhi piawaian JKR.

d) Semasa kerja pemasangan dilakukan, ia haruslah dipastikan supaya berada

dalam keadaan yang pugak.

CII

Page 103: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

e) Kepugakkanya boleh ditentukan dengan menggunakan pelambab.

f) Setelah itu, rangka tingkap dan pintu itu ditupang pada bahagian tengah,

atas dan bawah.

g) Diatas kepala jenang rangka pintu dan tingkap diletakkan ambang konkrit

yang mempunyai ketebalan bata semasa kerja mengikat batu- bata

dijalankan.

8.17 KERJA BATA

8.17.1 Pengenalan

Dalam kerja bata, terdapat tiga bahan penting yang diperlukan iaitu

antaranya :

1. Simen – simen hendaklah daripada jenis simen Portland biasa.

2. Pasir - pasir untuk penghasilan motar hendaklah daripada jenis

pasir air tawar yang keras, bersih dan bebas daripada sebarang

selaput atau kotoran lain.

3. Motar – motar hendaklah mengandungi 1 bahagian simen dan 6

bahagian pasir dan dicampur dengan bahan pemudah adun.

Pemudah adun hendaklah digunakan mengikut piawai yang

ditetapkan. Bahan-bahan ini hendaklah disukat dengan

menggunakan kotak sukatan serta hendaklah dibancuh di atas

papan pelantar yang bersih atau menggunakan alat pembancuh

jentera.

8.17.2 Prinsip Utama Ikatan Bata

Prinsip-prinsip utama dalam pengikatan bata ialah :

CIII

Page 104: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

1. Mengadakan lekap ¼ bata atau ½ bata untuk mengelakkan

sambungan tegak yang terus-menerus baik di permukaan mahupun

di dalamtembok.

2. Mengikut jenis ikatan yang ditetapkan oleh ahli rekabentuk.

Prinsip yang pertama memastikan kekuatan dan kestabilan tembok

yang dibina. Prinsip yang kedua pula mengawal kesenian

rekabentuk pada permukaan tembok. Dalam sesuatu tembok yang

tidak terikat, iaitu sambungan tegaknya berterusan, kekuatan dan

kestabilannyaadalah kurang. Oleh sebab itu, sambungan yang

berterusan itu seboleh-bolehnya hendaklah dielakkan dalam segala

kerja bata.

8.17.3 Jenis Ikatan Bata

Dalam kerja bata terdapat banyak jenis ikatan untuk menyusun

bata. Antara ikatan ini yang biasa digunakan di Malaysia ialah ikatan sisi

bata, ikatan kepala bata, ikatan Inggeris dan ikatan Flemish.

8.17.4 Ikatan Bata Sisi

Ikatan jenis ini digunakan pada tembok yang tebalnya ½ bata atau

112.5mm. Ikatan ini disusun dengan menyambungkan bata kepada

kepalanya. Lekapan ialah ½ bata. Pembinaan bermula dengan satu lapisan

bata sisi, lapisan yang kedua pula dimulakan dengan satu bata setengah

diikuti dengan bata sisi penuh dan seterusnya. Tembok yang dibina

dengan ikatan ini tidak mempunyai keupayaan tanggung yang tinggi. Oleh

sebab itu, ianya digunakan pada jenis binaan yang tertentu seperti tembik

sekatan, tembok tandas, bilik dan sebagainya.

8.17.5 Kerja-Kerja Pembinaan Ikatan Bata

1. Benang dan pelambab digunakan untuk menandakan kawasan

ikatan bata.

CIV

Page 105: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

2. Benang akan dipakukan pada bahagian bawah tingkat dan ditarik

benang tadi ke atas mengikut ukuran yang ditetapkan dengan

disertakan paku sebagai pengukuhan.

3. Permulaan kerja ikatan bata ialah dengan penuangan bitumen

secara memanjang mengikut tempat ikatan bata nanti dibina.

4. Lapisan kalis lembab dipotong dan diletakkan di atas bitumen tadi.

5. Dengan menggunakan sudip tangan, bancuhan mortar akan diturap

di atas lapisan kalis lembap.

6. Bata disusun memanjang bermula dari atas mortar tadi.

Sambungan antara bata dengan bata ditempelkan sedikit mortar

sebagai pengikat bata itu.

7. Kegunaan benang sebagai bantuan untuk mendapatkan penghasilan

tembok yang benar-benar lurus secara melintang atau menegak.

8. Jaring keluli ‘Exment’ dipasang setiap 4 lapisan bata yang

berfungsi sebagai menguat dan mengukuhkan ikatan bata itu

sendiri.

8.17.6 Kerja-Kerja Melepa Dinding Bata

Kerja melepa (plastering) akan dilakukan apabila kerja-kerja

ikatan bata siap dikerjakan. Berikut adalah langkah-langkah permulaan

plastering :

1. Simen yang digunakan adalah jenis Portland biasa yang mematuhi

piawai British BS 12.

2. Bahan pemudah adun dicampurkan bersama-sama bancuhan

mortar.

CV

Page 106: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

BAB 9 : JAMBATAN

9.1 PENGENALAN

Jambatan adalah merupakan sebahagian dari rangkaian infrasturktur asas

yang memainkan peranan penting untuk pembangunan ekonomi sesebuah Negara.

Ianya adalah struktur yang dibina untuk menyambungkan laluan jalanraya dikala

menemui halangan umpamanya sungai, tasik, lembah, jalanraya keretapi dan

sebagainya tanpa menyebabkan sebarang gangguan. Sepanjang saya di jabatan

ini, saya berpeluang melihat projek jejantas dijalankan. Jejantas juga membawa

konsep yang sama di dalam pembinaannya.

CVI

Page 107: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

9.2 KOMPONEN JAMBATAN

Bahagian-bahagian utama sesebuah jambatan adalah seperti berikut :

a) Rasuk dan geladak

b) Alas tanggung (bearing)

c) Abutment dan pier

d) Asas (foundation)

e) Bridge furniture (handrail, guardrail dsgnya)

f) Services

g) River protection work (rubble pitching, gabion dsbnya)

gambarajah 9.2(a): Perabot jejantas iaitu handrail untuk bahagian atas bumbung

CVII

Page 108: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

gambarajah 9.2(b) : Perabot jejantas yang telah siap dipasang.

Bahagian-bahagian disebelah atas dari alas tanggung adalah dinamakan

‘superstruktur’ sementara disebelah bawahnya dinamakan ‘substruktur’.

9.3 ‘SETTING OUT’

Ianya merupakan aktiviti sukat menyukat yang dijalankan di tapak

sebelum pembinaan sturktur jambatan dimulakan. ‘setting out’ dibuat berdasarkan

kepada pelan tapak dan lukisan-lukisan berkaitan unutk memutuskan perkara-

perkara berikut:

a) ‘alignment’ atau arah jambatan

b) kedudukan jambatan yang meliputi lokasi keratin tengahnya berdasarkan

kepada aliran sungai.

c) Dimensi jambatan umpamanya jarak diantara ‘abutment’.

d) Aras jambatan yang akan menentukan paras ‘pile cap’, ‘freeboard’ dan

sebagainya.

CVIII

Page 109: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

Adalah amat penting sekali unutk dipastikan agar kerja-kerja ‘setting out’

dilaksanakan dengan tepat dan terperinci seperti yang dikehendaki.

Sebarang kegagalan menjalankan kerja-kerja ‘setting out’ mungkin akan

menyebabkan masalah-masalah berikut :

a) Kesilapan menentukan alignment

- jenis dan keadaan tanah yang kurang sesuai dengan sistem asas.

- Perubahan kuantiti tanah yang dikorek atau ditambun di bahagian

‘approach embankment’.

- Perubahan kepada sistem pengaliran sungai umpamanya halaju

yang akan menyebabkan penghaksian struktur asas.

b) Kesilapan lokasi

- masalah kestabilan cerun di bahagian abutment sekiranya terlalu

rapat dengan tebing sungai.

c) Kesilapan dimensi

- rasuk jambatan tidak akan ditempatkan (launching)

d) Kesilapan aras

- penghakisan ke atas struktur asas.

- Terjejasnya ruang ‘freeboard’ diantara paras air dan geladak

jambatan.

e) ‘Intersection point dan Bench Mark’

- kedudukan ‘intersection point’ dan ‘bench mark’ utama hendaklah

dijaga dengan sempurna. Kedua-duanya adalah merupakan rujukan

untuk ditentukan ‘alignment’, lokasi dan aras jambatan. Sekiranya

tanda-tanda rujukan tersebut terpaksa dipindahkan disebabkan

gangguan kerja, pemindahannya ke tempat baru hendaklah

dilaksanakan dengan tepat da sempurna.

CIX

Page 110: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

9.4 KERJA-KERJA TANAH

Setiap jambatan yang dibina mempunyai ‘limit of contract’ yang tersendiri

merangkumi rentang keseluruhan jambatan dan juga kedua-dua ‘approach

embankment’. Bagi memastikan kuantiti kerja tanah yang tepat, catitan hendaklah

dibuat terhadap aras profil dan keratin melintang di bahagian ‘approach

embankment’ sebelum dimulakan kerja mengorek atau menambun. Sebarang parit

atau taliair yang terganggu hendaklah dipindahkan tanpa sebarang gangguan.

a) Kerja mengorek tanpa asas

- kedudukan dan dimensi untuk asas abutment dan pier hendaklah

ditentukan dengan tepat. Saiz kawasan yang dikorek adalah

berdasarkan kepada panjang dan lebar ‘pile cap’.

- Sebaik-baiknya kawasan asas yang dikorek hendaklah bebas dari

sumber air. Ini adalah untuk memastikan kestabilan cerun (solpe)

danjuga daya tanggung (bearing capacity) tanah. Jika pam

digunakan, ianya hendaklah berupaya untuk mengatasi kemasukan

air dengan secukupnya.

- ‘cofferdam’ yang terdiri dari ‘sheet piles’ biasanya digunakan

untuk mengatasi masalah kemasukan air dan tanah untuk kerja

pembinaan asas air yang terletak di dalam sungai.

b) Kerja menambun tanah

- ianya meliputi penambunan ke atas ‘approach embankment’

disamping kawasan sekeliling pier dan abutment yang telah dibina.

Kunci utama untuk mendapatkan kerja penambunan yang baik

ialah dengan menggunakan tanah yang sesuai disamping

pemampatan yang sempurna.

CX

Page 111: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

- Tanah’granuler’ dan bergred adalah paling sesuai oleh kerana

ianya mudah dimampatkan disamping menjadi media pengaliran

keluar air yang baik. ‘silt’ dan tanah liat adalah kurang sesuai.

Ianya susah untuk dimampatkan disamping akan mengecut

dimusim kemarau dan mengembang di musim hujan. Ini akan

menjejaskan kestabilan ‘approach embankment’.

- Kerja penambunan tanah dibelakang abutment dan ‘wingwall’

hendaklah dibuat dengan berhati-hati. Ini adalah untuk memastikan

agar aktiviti tersebut tidak menjejaskan kestabilan struktur.

- Kadangkala kerja menambun tanah tidak dibenarkan sehingga

rasuk jambatan telah ditempatkan atau pun setelah abutment

disokong atau ditampan terlebih dahulu.

- Kerja memampat hendaklah dilakukan dengan menggunakan loji

yang sesuai. ‘Mechanical tempers’ biasanya digunakan untuk

kawasan yang berhampiran dengan abutment dan wingwall.

- Saluran pengaliran keluar air dibelakang abutment hendaklah

disediakan dengan sempurna umpamanya dengan menggunakan

sistem ‘filter medium’.

- ‘weep hole’ hendaklah dihindarkan dari tersumbat kerana air yang

bertakung dibelakang abutment dan wingwall akan menambahkan

tekanan ufuk yang boleh menjejaskan kestabilan struktur.

- Penakungan air juga akan menyebabkan berlakunya masalah

pemendapan berlebihan disamping menjejaskan daya ricihan tanah

yang ditambun. Pastikan bahan yang digunakan berhampiran

abutment adalah dari jenis batu baur dan bukannya tanah liat atau

‘silt’.

- Permukaan cerun yang ditambun adalah dari jenis tanah yang

mempunyai daya ricihan yang tinggi dan dimampatkan dengan

sempurna. Konkrit ‘screed’ hendaklah diletakkan terlebih dahulu

sebelum disusun blok batu baur untuk pembinaan ‘rip rap’.

CXI

Page 112: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

Biasanya saluran pengaliran keluar air juga disediakan untuk

memastikan kestabilan cerun.

9.5 KERJA-KERJA PENCERUCUKAN

Pembinaan jambatan selalunya memerlukan asas cerucuk untuk

menghantar segala bebanan struktur ke lapisan tanah bahagian bawah yang kukuh

dan stabil. Asas cangkat (shallow foundation) jarang sekali digunakan oleh kerana

beban yang ditanggung adalah tinggi disamping daya tnaggung tanah dilapisan

atas adlaah kecil.

a) Pengkelasan asas cerucuk

Pengkelasan asas cerucuk adalah dibuat mengikut kaedah

pembinannya seperti berikut :

- cerucuk hentaman (driven piles).

- Cerucuk pengorekan, tuang ‘insitu’ (bored piles).

- Cerucuk hentaman, tuang ‘insitu’ (driven cast in place piles).

Sebagai garis panduan, artikel ini hanya akan membincangkan

pembinaan asas cerucuk hentaman sahaja memandangkan ianya adalah

popular dalam projek-projek JKR.

Cerucuk hentaman adalah terdiri dari jenis-jenis berikut :

- cerucuk dari kayu sama ada bakau atau biasanya kempas yang

diawet dengan tekanan.

- Cercucuk konkrit tetulang biasa.

- Cerucuk konkrit prategasan.

- Cerucuk keluli umpamanya dari jenis keluli gelek H.

b) Kaedah penanggungan beban

CXII

Page 113: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

Daya penanggungan beban yang dihasilkan oleh cerucuk adalah

berdasarkan kepada ciri-ciri berikut :

- tanggung hujung (end bearing) yang dihasilkan apabila bahagian

hujung cerucuk terletak di atas lapisan asas yang kukuh umpamanya

granite atau batu kapur pejal.

- geseran kulit (skin friction) yang berlaku di antara permukaan luar

cerucuk dengan tanah sekelilingnya umpamanya di kawasan tanah

liat.

- gabungan bersama diantara tanggung hujung dan geseran.

c) Persediaan awal

Sebelum kerja-kerja penanaman cerucuk dijalankan, persediaan awal

hendaklah dibuat yang merangkumi perkara-perkara berikut :

- sistem untuk menentukan kedudukan dan aras cerucuk seperti yang

terdapat dalam lukisan kerja. Tanda rujukan umpamanya batu aras

hendaklah berada diluar kawasan kerja untuk mengelakkan

sebarang gangguan ke atasnya.

- Mengenalpasti jenis loji dan lain-lain peralatan yang digunakan

untuk penanaman cerucuk disamping kaedah dan cara

penggunaannya. Umpamanya, berat pengetuk hendaklah sepadan

dengan berat cerucuk yang digunakan. Sama ada pengetuk lepas

atau ‘diesel hammer’ digunakan adalah tertakluk kepada skop

kerja, kerumitan dan keadaan tanah. ‘diesel hammer’ adalah tidak

sesuai untuk kawasan batu kapur oleh kerana kesukaran untuk

menentukan/mengawal ‘hammer drop’ apabila diperlukan.

- Menentukan nilai’set’ untuk 10 pukulan pengetuk bagi mengawal

betapa dalamnya penanaman cerucuk apabila ianya dari jenis

tanggung hujung. Cerucuk geseran adalah ditanam berasaskan

kepada betapa dalamnya seperti yang tercatit di lukisan atau

dokumen tawaran kerja.

CXIII

Page 114: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

- Menyediakan boring data penanaman cerucuk. Data-data yang

berhubung dengan kedudukan cerucuk, perkiraan ‘blow’,

dalamnya yang ditanam, berat dan jarak terjun pengetuk dan lain-

lain maklumat penting hendaklah disediakan dengan sempurna.

- Menyediakan peralatan untuk mengawal ‘alignment’ dan

kecerunan cerucuk yang bakal ditanam. Ini adalah terdiri dari

‘plum bob’ yang digantungkan, sesiku dan ‘spirit level’.

d) Kaedah pengendalian cerucuk

Sebelum kerja-kerja penanaman cerucuk dijalankan, pegawai penyelia

perlulah memberikan perhatian khusus ke atas perkara-perkara berikut :

- bagi kayu bakau, ianya hendaklah ditempatkan di tapak dalam

keadaan lembab. Apabila ditanam, ianya hendaklah berada di

bawah paras air pada setiap masa.

- Cerucuk konkrit tetulang biasa dan prategasan hendaklah diangkat

dengan cara yang betul melalui lubang penyangkut yang

disediakan setelah konkrit mencapai kekuatan tertentu. Cerucuk

yang disusun secara bertindih hendaklah dilapikkan dengna kayu

pada lubang penyangkutnya.

- Pihak kontraktor hendaklah meneyrahkan segala salinan sijil ujian

pembuat mengenai cerucuk keluli yang bakal digunakan.

e) Penanaman cerucuk

Sebelum cerucuk diangkat ke kerangka pengetuk, ianya adalah ditanda

untuk setiap kaki panjang. Kepala cerucuk kemudiannya disarungkan

dengan helmet yang terdapat lapisan ‘dolly’. dan bertindak sebagai kusyen

untuk menghalang daripada berlaku keretakan struktur.

CXIV

Page 115: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

‘Alignment’ cerucuk adalah dikawal dengan mengikatkan ‘helmet’ ke

bahagian kerangka pengetuk. Disamping itu, laluan terjun pengetuk

hendaklah berada selari dengan ‘alignment’ cerucuk yang ditanam.

Perubahan kepada ‘alignment’ cerucuk yang dibenarkan setelah

ditanam adalah tercatit dalam penentuan kerja. Untuk kerja-kerja JKR,

nilai perubahan yang dibenarkan adalah seperti berikut :

- nilai maksima sebanyak 1 dalam 75 untuk paksi pugak.

- Nilai maksima sebanyak 3 inchi diparas pemotongan cerucuk

untuk paksi ufuk.

Jika berlaku sebarang perubahan ‘alignment’ yang lebih besar dari

nilai-nilai di atas, bukanlah bererti cerucuk yang telah ditanam mesti

ditolak. Asas jambatan adalah berdasarkan kepada system gabungan

cerucuk (pile group). Besar kemungkinan system ‘pile cap’ boleh

direkabentuk semula untuk mengambilkira perubahan yang berlaku.

Dalam keadaan demikian, nasihat dari jurutera tapak atau pun

perekabentuk hendaklah diambil untuk tindakan yang sewajarnya.

Ketika penanaman cerucuk dijalankan, jumlah pukulan untuk setiap

kaki yang ditanam hendaklah dicatitkan ke dalam borang data yang

disediakan. Untuk cercucuk tanggung hujung, pukulan pengetuk

hendaklah diberhentikan apabila jumlah pukulan bagi setiap kaki yang

tertanam sudah sampai kepada anggaran yang dibuat oleh Jurutera Projek

berdasarkan kepada perkiraan nilai ‘set’.

Apabila sambungan dilakukan ke atas cerucuk yang memerlukan

penembusan seterusnya, hendaklah dipastikan bahawa bahagian

penyambung dilakukan dengan sempurna di bawah penyeliaan yang rapi.

Pastikan agar kedua-dua cerucuk yang disambung berada dalam

‘alingment’ yang lurus. Ini adalah untuk mengelakkan dari berlaku

sebarang momen lentur yang menjejaskan keupayaan stuktur cerucuk.

CXV

Page 116: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

Kualiti kerja mengimpal ke atas sambungan hendaklah benar-benar

sempurna.

Apabila cerucuk ditanam di kawasan berpasir, isipadu tanah

disekelilingnya akan bertambah. Pemendapan dikawasan persekitaran

mungkin akan berlaku. Penanaman cerucuk yang terletak di bahagian

tengah ‘pile cap’ adalah agak sukar dijalankan sekiranya dibuat setelah

lain-lain cerucuk disekelilingnya telah ditanam. Oleh itu, pastikan cerucuk

di bahagian tengah ditanam dahulu di kawasan berpasir.

Sekiranya cerucuk ditanam di kawasan bertanah liat, tanah

disekelilingnya akan menggembur (heave) naik. Ini boleh menyebabkan

cerucuk yang telah ditanam terangkat dari aras asalnya. Jika ini berlaku,

cerucuk adalah seolah-olah tergantung dan akan menjejaskan daya

tanggungannya, terutama jika ianya dari jenis tanggung hujung.

Sekiranya masalah ini berlaku, cerucuk yang sudah ditanam sehingga

‘set’ hendaklah dipukul semula untuk ‘set’ bagi kali keduanya.

gambarajah 9.5 : Penanaman cerucuk sedang dijalankan oleh kren

f) Ujian cerucuk

Ujian ke atas cerucuk dijalankan dengan tujuan-tujuan berikut :

CXVI

Page 117: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

- memeriksa keupayaan tanggung muktamad (ultimate bearing

capacity).

- Memeriksa keutuhan struktur cerucuk setelah ditanam.

- Mengkaji hubungan diantara bebanan dan penurunan cerucuk.

Setelah cerucuk pertama ditanam sehingga mencapai nilai ‘set’ yang

ditentukan atau pun mengikut kedalaman yang direkabentuk. Ujian yang

dilakukan ke atasnya bagi memastikan perkara-perkara di atas.

Jika ujian tersebut lulus, maka cerucuk seterusnya adalah ditanam

berdasarkan kepada nilai set atau pun kedalaman cerucuk yang pertama

tadi. Ujian ini akan memudahkan pihak pemborong untuk membuat

anggaran ke atas jumlah panjang cerucuk seterusnya yang patut

disediakan. Kedudukan cerucuk yang diuji hendaklah ditanam

berhampiran dengan ‘bore hole’ yang telah diketahui jenis dan keadaan

tanah sekitarnya.

Bagi mematuhi kehendak-kehendak teknikal, perhatian yang khusus

hendaklah diberikan ke atas perkara-perkara berikut :

- untuk kawasan bertanah liat, ujian cerucuk hendaklah dijalankan

setelah 4 minggu ditanam.

- Untuk kawasan berpasir, ujian boleh dilakukan setelah beberapa

hari sahaja ditanam.

g) Susunan peralatan dan prosedur ujian

Beberapa perkara penting yang harus diambil perhatian :

- permukaan kepala cerucuk yang diuji hendaklah diratakan.

- Penyokong (support) kepada beban lawan (kentledge) hendaklah

berada sekurang-kurangnya 1.3m dari cerucuk yang diuji.

- Beban lawan hendaklah disusun sedemikian rupa, supaya pusat

gravitinya selari dengan paksi cerucuk. Berat beban lawan

hendaklah lebih tinggi, iaitu kira-kira 20 % dari beban ujian

maksima.

CXVII

Page 118: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

- Tolok tekanan (pressure gauge), tolok dail (dial gauge) dan jek

hidraulik hendaklah dikalibrasikan terlebih dahulu sebelum

digunakan. Keupayaan jek hidraulik mestilah melebihi diantara 1.2

hingga 2.0 kali ganda beban ujian maksima.

- Sekurang-kurangnya tiga dan sebaik-baiknya empat tolok dail

hendaklah digunakan untuk menyukat penurunan cerucuk. Ianya

hendaklah dipasangkan kepada rasuk yang disokong dengan

kukuh.

- Berdasarkan penentuan binaan jambatan JKR, ujian beban

maksima seberat 2 kali beban rekabentuk hendaklah dikenakan

selama 48 jam.

Penurunan cerucuk yang dibenarkan hasil dari beban ujian maksima

adalah 30mm. penurunan sebenar (permanent settlement) yang dibenarkan

setelah pengembalian semula (recovery) sebaik sahaja beban ditanggalkan

adalah 5mm. (Lihat gambarajah 10 untuk pemasangan ujian cerucuk).

9.6 ABUTMENT DAN PIER

Tujuan utama pembinaan abutment dan pier adalah untuk

menghantarkan segala tindak balas bebanan dari superstruktur ke bahagian atas

jambatan. Di samping itu, abutment juga adalah bertujuan untuk menahan tanah

yang ditambun dibelakangnya. Kebiasaannya kedua-dua struktur tersebut adalah

dibina dari konkrit tetulang biasa.

Kepala cerucuk yang sempurna ditanam adalah dipotong paras

pemotongan (cut off level) dengan meninggalkan tetulang besi utama kira-kira

1m panjang untuk ditambatkan ke dalam ‘pile cap’. Permukaan bawah ‘pile

cap’ ditempatkan dengan lapisan konkrit jisim bagi menyediakan permukaan

yang bersih.

CXVIII

Page 119: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

a) Kerja konkrit – Abutment dan pier

Kebiasaannya, konkrit yang digunakan untuk kedua-dua struktur

ini adalah dari gred 26 N/mm2.

Perkara-perkara berikut hendaklah diberikan perhatian khusus

semasa menjalankan kerja-kerja konkrti di paras pemotongan cerucuk :

- tetulang besi untuk ‘pile cap’ diiklat dan diletakkan di atas blok

pemisah (cover block) yang disusun di atas konkrti jisim. Ini

adalah untuk mendapatkan penutup (concrete cover) yang

sempurna.

- Pastikan agar konkrit ditempatkan dikawasan yang kering tanpa

terdedah kepada sumber air yang mungkin menyerap masuk. Air

hendaklah sentiasa dipam keluar sehingga konkrit telah benar-

benar set.

gambarajah 9.6 : Pembinaan abutment masih belum sempurna

CXIX

Page 120: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

gambarajah 9.6(b) : Abutment yang telah siap

9.7 PENYELIAAN KERJA KONKRIT

Pastikan agar ianya dilaksanakan berdasarkan kepada penentuan dan

lukisan kerja disamping arahan-arahan yang dikeluarkan oleh jurutera projek dari

semasa ke semasa.

a) Bahan

Ini termasuklah pasir, batu baur, simen dan besi tetulang. Kesemua

bahan-bahan yang dihantar ke tapak hendaklah diperiksa berdasarkan

kepada penentuan kontrak sebelum diluluskan untuk kegunaan. Perhatian

khas hendaklah diberikan kepada perkara-perkara berikut :

- pasir dan batu baur hendaklah dibekalkan dari sumber yang

diluluskan. Ianya hendaklah bersih dari sebarang kekotoran

disamping dari jenis yang bergred.

- Simen hendaklah disimpan dengan sempurna, jauh dari sumber air

dan lembapan. Sebarang bungkusan barang yang terdapat ketuln

simen hendaklah ditolak.

- Penggunaan ‘admixture’ adalah tidak dibenarkan tanpa kelulusan

bertulis dari jurutera projek.

CXX

Page 121: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

- Besi tetulang hendaklah bebas dari kepingan karat, minyak dan

lain-lain kekotoran yang akan menghindakan tegasan cantuman

antaranya dan konkrit.

b) Kerja acuan

Pastikan agar acuan yang digunakan menepati kehendak berikut :

- ketepatan dimensi yang meliputi saiz, bentuk, kedudukan dan

kelurusannya.

- Ianya adalah dari bahan yang tegar untuk menahan dari berlaku

sebarang pergerakan, lenturan atau melembung semasa

menempatkan konkrit.

- Semua sambungan diantara panel acuan hendaklah benar-benar

kejap untuk menghindarkan pengaliran keluar mortar.

- Permukaan acuan yang akan bersentuh dengan konkrit hendaklah

bebas dari sisa-sisa dawai, paku dan sebarang kekotoran yang akan

menjejaskan kemasan permukaan konkrit.

c) Bancuhan konkrit

Perkara-perkara utama yang perlu diberikan penekanan adalah seperti

berikut :

- bancuhan konkrit hendaklah menepati nisbah kandungan bahan-

bahan yang ditetapkan iaitu pasir, batu baur, simen dan air. Nisbah

kandungan air yang digunakan hendaklah mengambil kira air yang

sedia ada dalam pasir dan batu baur.

- Bancuhan konkrit hendaklah menyeluruh (consistency of mix),

boleh dikerjakan dengan sempurna (workable) disamping tidak

berlaku pemisahan (segregation).

- Konkrit yang telah ditempatkan hendaklah dimampatkan dengan

sempurna dan akhirnya diawet dengan secukupnya.

- Ujian kawalan mutu hendaklah dilakukan secara sistematik. Ujian-

ujian utama ialah ujian penurunan dan penyediaan kiuub konkrit.

CXXI

Page 122: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

gambarajah 9.7 : Ujian kiub yang perlu dilakukan

9.8 PEMBINAAN SUPERSTRUKTUR

Bahagian supersturktur jambatan dari jenis rasuk rentang biasa (simply

supported beam) adalah dibina secara berperingkat seperti berikut :

- pembinaan rasuk sama ada dikilang atau pun di tapak

binaan.(Rujuk rajah 28.0)

- Melancarkan rasuk untuk merentangi dua penyokong yang terdiri

dari abutment atau pier.

- Pembinaan geladak dan lain-lain peralatan/kemasan jambatan.

a) Pelancaran rasuk

Biasanya rasuk jambatan JKR adalah direkabentuk khas dari jenis

konkrit prategasan. Artikel ini tidak akan menerangkan secara mendalam

tentang kaedah pembinaan rasuk jenis ini oleh kerana satu syarahan khas

berhubung dengannya adalah diberikan secara berasingan.

Rasuk konkrit prategasan terbahagi kepada dua jenis :

- prategasan tegas dahulu berbentuk ‘inverted T’. Prategasan tegas

kemudian berbentuk ‘I’

CXXII

Page 123: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

Pilihannya adalah bergantung kepada keadaan dan kedudukan tapak

binaan. Rasuk prategasan tegas dahulu biasanya dibuat dikilang dan

dihantar ke tapak. Panjangnya adalah terhad, umpamanya 18.9m sahaja

disebabkan masalah pengangkutan.

Rasuk prategasan tegas kemudian biasanya dibuat di tapak dan adalah

lebih panjang, umoamanya 31.24m menurut piawaian JKR. Ketika

menjalankan kerja-kerja pelancaran rasuk,penyelia tapak hendaklah

mengambil perhatian ke atas perkara-perkara berikut :

- rasuk hendaklah diangkat melalui tempat penggantungannya

dengan cara perlahan-lahan tanpa sebarang kejutan.

- Kerja-kerja pelancaran rasuk tidak mengganggu kedudukan alas

tanggung (bearing) dan ‘dowel bar’. Kedudukan rasuk, alas

tanggung dan dowel bar hendaklah menepati lukisan kerja.

Biasanya pelancaran rasuk jenis tegas dahulu adalah dengan

menggunakan kren. Rasuk tegas kemudian yang lebih berat dan panjang

memerlukan rel, rasuk pelancar sementara (launching girder) dan kren.

gambarajah 9.8 (a) : Pelancaran rasuk (launching) sedang dijalankan menggunakan

kren.

CXXIII

Page 124: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

gambarajah 9.8 (b) : Ketika pelancaran rasuk, perlulah memastikan kedudukan rasuk

adalah betul-betul pada tempatnya

gambarajah 9.8 (c) : perletakan rasuk perlulah dilakukan dengan berhati-hati

b) Bearing

Fungsi-fungsi bearing bagi sesebuah jambatan adalah merangkumi

perkara-perkara berikut :

- untuk memindahkan bebanan dari superstruktur ke substruktur.

- Memberikan kemudahan pergerakan (expansion and contraction)

kepada struktur.

CXXIV

Page 125: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

- Memeberikan kemudahan lenturan kepada geladak ketika

menerima bebanan.

- Untuk mengurangkan getaran ke atas struktur jambatan

disebabkan beban mengejut.

Bearing yang biasa digunakan di Negara ini adalah dari jenis

‘elastromeric’. Ianya adalah dibuat dari getah asli atau pun getah tiruan

yang dipanggil neoprene sebagai bahan utama. (Rujuk rajah 29.0)

Bearing ‘elastromeric’ adalah terbahagi kepada 3 jenis seperti berikut :

- ‘laminated’: mempunyai beberapa lapisan elastomer yang

dicantumkan kepada pelit keluli yang terdapat di dalamnya.

- ‘pad’: hanya mempunyai satu lapisan elastomer sahaja.

- ‘strip’: bearing jalur yang panjang.

Bearing laminated dan pad adalah digunakan secara terpisah sementara

bearing strip adalah selari panjang. Pemilihan masing-masing adalah

dibuat berdasarkan kepada factor-faktr berikut :

- berat bebanan yang ditanggung.

- Saiz pergerakan dan lenturan geladak.

- Keluasan permukaan penyokong di atas pier atau abutment.

CXXV

Page 126: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

gambaraja 9.8(c) : Pad bearing antara komponen yang utama bagi menyerap gegaran

yang dihasilkan oleh jambatan atau jejantas.

Pemeriksaan yang teliti hendaklah dijalankan oleh pegawai penyelia

ke atas kesemua bearing yang dihantar ke tapak sebelum digunakan. Ianya

hendaklah memenuhi keperluan penentuan yang merangkumi perkara-

perkara berikut :

- jenis, dimensi dan gred elastomer. Kadangkala bearing yang

mempunyai dimensi yang sama terdapat perbezaan dari segi

jumlah plat keluli mahu pun gred elastomer yang digunakan.

Tentukan pengenalan dapat dibuat dengan tepat tanpa sebarang

keraguan. Surat jaminan/pengesahan dari pembuat sebaik-baiknya

diperolehi bersama.

- Jika kuantiti yang digunakan adalah besar, ujian biasanya

dilakukan ke atas bearing yang telah siap. Ini dapat dilakukan

dengan kerjasama makmal Institut Penyelidikan Getah Malaysia,

Sungai Buloh, Selangor. Jenis-jenis ujian yang dijalankan adalah

seperti yang dilampirkan.

- Bearing hendaklah disimpan jauh dari sinaran matahari, haba,

minyak dan lain-lain bahan kimia yang boleh menjejaskan

elastomer.

CXXVI

Page 127: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

Persediaan awal sebelum bearing dipasangkan ke tempatnya adaah

seperti berikut :

- bearing elastromeric adalah diletakkan di atas lapisan ‘epoxy

mortar’ untuk menghindarkannya dari rosak disebabkan

permukaan konkrit yang kasar.

- Sebelum menempatkan lapisan ‘epoxy mortar’, permukaan konkrit

di bawahnya hendaklah kering, bersih dari minyak dan segala

kekotoran.

- ‘epoxy mortar’ hendaklah disediakan berdasarkan kepada arahan

pembuatnya. Lapisan ini hendaklah disediakan dengan paras yang

cepat dan sempurna.

-

c) Dowel bar

Bearing elastromeric di atas boleh dibahagikan kepada 2 kategori iaitu

:

- bearing tetap (fixed). Ia hanya membenarkan lenturan kepada

geladak tetapi tidak membenarkan pergerakan (displacement).

- Bearing bebas (free). Ia membenarkan kedua-dua lenturan dan

pergerakan berlaku pada geladak.

Fungsi-fungsi dowel bar adalah seperti berikut :

- menghalang dari berlaku sebarang pergerakan di bahagian bearing

tetap, tetapi membenarkan lenturan dari geladak.

- Memindahkan bebanan ufuk dari superstruktur ke bahagian

substruktur. Beban-beban terseut adalah terdiri dari kuasa

pemberekan dan penarikan dari kenderaan (tractive), tiupan angina

dan sebagainya.

Dowel bar boleh ditempatkan dengan 2 cara yang berbeza :

CXXVII

Page 128: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

- ditambatkan ke dalam abutment/pier dibahagian bawahnya

disamping menembusi bearing dan seterusnya bahagian bawah

rasuk.

- Ditambatkan ke dalam abutment/pier dibahagian bawahnya,

manakala bahagian atasnya menembusi ke dalam diaphragm

penghujung (end diaphragm).

Perkara-perkara utama yang perlu diberikan perhatian semasa

menempatkan dowel bar adalah seperti berikut :

- kedudukan, saiz, jumlah dan jenis keluli hendaklah menepati

lukisan kontrak.

- Bahagian yang ditanam ke dalam abutment/pier dan yang

menembusi rasuk/dipharagm penghujung mempunyai panjang

yang secukupnya. Sebaik-baiknya bahagian bawah hendaklah

dipertemukan kepada tetulang utama abutment/pier.

- Topi dowel (dowel cap) hendaklah dipasang pada salah satu

penghujungnya untuk membenarkan lenturan geladak.

d) Pembinaan lantai geladak

Setelah rasuk-rasuk jambatan sempurna dilancarkan, kerja-kerja

pemasangan penampan dan acuan (falsework and formwork) untuk

pembinaan lantai geladak dijalankan. Biasanya, keseluruhan kerja acuan

untuk rasuk prategasan I adalah menggunakan kepingan papan lapis,

sementara untuk rasuk prategasan ‘Inverted T’, kepingan asbestos adalah

digunakan sebagai acuan tetap dibahagian bawah lantai geladak dan papan

lapis untuk lain-lain bahagian.

Semasa pembinaan lantai geladak dijalankan, pegawai penyelia

hendaklah membuatkan perhatian kepada perkara-perkara berikut :

- besi tetulang

Penutup konkrit hendaklah disediakan secukupnya

untuk memastikan ketahanan tetulang struktur.

CXXVIII

Page 129: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

Penyambungan besi tetulang hendaklah dilakukan

berdasarkan kepada lukisan kerja. Biasanya

penyambungan tetulang utama adalah dibuat secara

berselang-selang (staggered). Penyambungan secara

kimpalan tidak dibenarkan dibahagian yang kritis

untuk mengelakkan dari terjejasnya sifat-sifat/

kekuatan tetulang.

- konkrit

biasanya dari gred 31 N/mm2 untuk memberikan

kekuatan, ketahanan dan daya kalis air yang baik.

Sambungan pembinaan (construction joint)

hendaklah mendapatkan persetujuan dari jurutera

projek.

Pastikan tidak berlaku sebarang smbungan sejuk

(cold joint) yang akan menyebabkan keretakan

lantai konkrit.

Pengawasan yang rapi semasa menempatkan

konkrit di atas kepingan asbestos, memastikan ianya

tidak pecah. Konkrit yang masuk diruangan kosong

antara rasuk-rasuk ‘inverted T’ akan menambahkan

bebanan mati ke atas keseluruhan sturktur jambatan.

‘shear connector’ rasuk hendaklah berada dalam

keadaan seperti yang terdapat dilukisan kerja.

Ketebalan, ‘camber’ dan ‘superelevation’ lantai

geladak hendaklah menepati lukisan kerja.

Paip saluran pengaliran air dari permukaan geladak

hendaklah disediakan secukupnya.

CXXIX

Page 130: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

9.9 EXPANSION JOINT

Expansion joint terletak dibahagian lantai geladak yang kritis dimana

ianya tertakluk kepada bebanan mengejut dan gegaran, disamping terdedah

kepada pengaliran air, minyak dan lain-lain kekotoran kimia.

Apabila direkabentuk dan dipasangkan dengan sempurna, ianya akan

memberikan perkhidmatan yang baik tanpa melibatkan kos penyelenggaraan yang

tinggi.

9.9.1 Fungsi

Ianya adalah seperti berikut :

a) Memberikan kemudahan pergerakan dan lenturan geladak jambatan.

b) Menanggung segala bebanan yang dikenakan kepadanya. Ini terdiri

dari bebanan-bebanan ufuk dan pugak dari kenderaan.

Sumber pergerakan dan lenturan yang ditanggung oleh expansion

joint adalah sama seperti yang dikenakan ke atas bearing. Oleh itu,

expansion joint dan bearing adalah bertindak secara bersama (compatible).

9.9.2 Kehendak-kehendak operasi (operational requirements)

Bagi memastikan ianya dapat memberikan perkhidmatan yang

sempurna, expansion joint perlulah memenuhi kehendak-kehendak berikut

:-

a) Mempunyai permukaan yang kesat (tidak licin) dan tidak

membahayakan kenderaan.

b) Sunyi dan bebas dari sebarang gegaran.

CXXX

Page 131: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

c) Kalis air dan dapat menghalang kemasukan sebarang kekotoran yang

akan menjejaskan bearing, kepala pier dan abutment.

d) Memberikan kemudahan pergerakan dan lenturan tanpa komponennya

tertarik keluar dari kedudukan asal.

e) Permukaan yang tahan lasak, tidak mudah rosak atau haus.

f) Mudah diperiksa, diselenggara dan dipulihkan jika perlu.

9.9.3 Pemasangan Expansion Joint

Perkara-perkara berikut hendaklah diberikan perhatian khusus

semasa pemasangannya :-

a) Penggunaan bahan-bahan dan perlatan kerja hendaklah berdasarkan

kepada arahan dari pembuat.

b) Sebelum dipasang, permukaan lantai geladak adalah dalam keadaan

kering dan bebas dari segala kekotoran.

c) Dimensi dan kaedah pemasangan umpamanya penggunaan ‘epoxy

bedding’ atau ‘anchor bolt’ adalah berdasarkan kepada penentuan dan

lukisan kerja.

d) Jika ‘compression seal’ digunakan, pastikan ianya ditambat dengan

sempurna ke permukaan pugak sambungan.

e) Pastikan tidak ada kekotoran yang terlekat pada bahagian sambungan

yang akan menjejaskan pergerakan dan lenturan geladak.

f) Expansion joint yang baru dipasang hendaklah bebas dari sebarang

bebanan sebelum bahan-bahan yang digunakan mencapai kekuatan

tertentu.

g) Expansion joint untuk bahagian pejalan kaki, kerb dan handrail

hendaklah dibina berdasarkan kepada lukisan kerja. ‘Sleeve joint’

dibahagian handrail adalah dipasang dengan kedudukan ‘alignment’

yang tepat bagi menghindarkan geseran dan pergerakan diantara

bahagian-bahagian yang bersambung.

CXXXI

Page 132: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

9.10 PERALATAN JAMBATAN

Peralatan utama adalah merangkumi perkara-perkara berikut :

a) Kerb dan handrail

b) Konkrit parapet

c) Guardrail

Peralatan-peralatan tersebut adalah direkabentuk dan dibina untuk

memastikan keselamatan pengguna-pengguna jambatan dari terjatuh ke dalam

sungai, gaung atau pun jalanraya dibawahnya. Selain dari ciri keselamatan,

peralatan-peralatan berkenaan hendaklah dibina/dipasangkan agar cantik

dipandang.

Perkara-perkara penting yang perlu diberikan perhatian adalah seperti

berikut :

a) Alignment yang betul tanpa bengkang-bengkok.

b) ‘Anchor bolt’ untuk menerima tiang railing hendaklah dari bahan, saiz

dan kedudukan yang ditentukan. Pastikan ianya ditambatkan ke dalam

konkrit secukupnya.

c) Besi tetulang untuk pembinaan parapet hendaklah menepati kehendak

lukisan kerja.

d) Handrail keluli hendaklah dikimpal dengan sempurna diberikan

rawatan permukaan (surface treatment) dan cat menepati kehendak

penentuan kerja.

9.11 PENGENDALIAN KEMUDAHAN-KEMUDAHAN AWAM

CXXXII

Page 133: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

Biasanya, jambatan juga memberikan perkhidmatan sampingan kepada

kemudahan-kemudahan awam seperti kabel elektrik, talian telefon dan paip

bekalan air. Untuk menepati ciri-ciri keselamatan dan kecantikan, pemasangan

kemudahan-kemudahan tersebut hendaklah dilakukan berdasarkan kepada

penentuan dan lukisan kerja.

gambarajah 9.11(a): Rupabentuk jambatan yang sedang dibuka plat besinya

untuk ditukar ganti bagi jambatan Sg. Chilling

gambarajah 9.11(b): Kepala ribet yang bulat perlu dicairkan dahulu

CXXXIII

Page 134: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

gamrajah 9.11(c): Keadaan jambatan yang telah dibuka plat lengkungnya.

Rasuk-rasuk jambatan didapati melendut dan berkarat

gambarajah 9.11(d): Plat lengkung yang telah dibuka

CXXXIV

Page 135: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

gambarajah 9.11(e): ribet diketuk dengan tukul besi setelah kepalanya dicairkan

gambarajah 9.11(f): Scaffolding yang dipasang pada jambatan untuk

memudahkan kerja-kerja membaiki

CXXXV

Page 136: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

gambarajah 9.11(g): Piling yang telah siap dibuat untuk penggantian jambatan

Sg. Kelubi

gambarajah 9.11 (h): Jambatan Sg. Kelubi yang telah uzur dan perlu ditukar

ganti

CXXXVI

Page 137: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

BAB 10 : CERUN

10.1 PENGENALAN

Dalam pembinaan jalan, terutama sekali di kawasan yang berbukit

pemotongan cerun tidak dapat dielakkan bagi menjimatkan kos. Jalan yang dibina

di tebing-tebing cerun mendatangkan banyak masalah dalam soal kegagalan

cerun. Kegagalan ini adalah disebabkan keadaan cuaca di negara kita yang

sentiasa menerima hujan yang lebat. Maka untuk mengurangkan atau mengawal

masalah kegagalan cerun ini, pelbagai asas-asas utama yang digunakan dalam

mekanik tanah dan geologi akan digunapakai. Dalam menangani masalah ini,

jurutera akan merekabentuk cerun dengan rekabentuk yang selamat dan praktikal

bagi mengurangkan masalah kegagalan cerun. Perkara penting yang perlu

difahami dalam bab ini ialah RISIKO kegagalan cerun tidak dapat dihapuskan

sama sekali sama ada secara ekonomi atau praktikal. Merekabentuk cerun secara

praktikal adalah bertujuan untuk mengurangkan RISIKO kegagalan cerun sedikit

yang mungkin.

10.2 PENGARUH GEOLOGI TERHADAP KESTABILAN CERUN

a) Faktor pencetus : hujan, aktiviti manusia dan gempabumi

b) Faktor pengawal : sifat batuan dasar dan tanah, hidrogeologi cerun dan

konfigurasi cerun

Maklumat-maklumat geologi berikut perlu dalam penilaian kestabilan

cerun batuan atau tanah baki :

a) Morfologi (bentuk muka bumi) kawasan

b) Darjah luluhawa batuan dasar

c) Orientasi struktur-struktur geologi

d) Profail luluhawa

e) Struktur baki dalam tanah baki

CXXXVII

Page 138: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

Jenis glinciran dalam cerun baki atau cerun koluvial (Rujuk lampiran 14.0) :

a) Gelinciran cetek dibahagian tanah baki atas

b) Gelinciran blok atau baji disepanjang ‘relict joints’

c) Penguraian lapisan nipis koluvial

d) Gelinciran dalam pada koluvial

Gelinciran cetek dibahagian tanah baki atas :

a) Zon atas tanah baki tergelincir di atas batuan terluluhawa dibawahnya,

biasanya akibat dari peningkatan tekanan air liang dalam tanah baki

semasa hujan lebat.

b) Satah kegagalan merupakan ‘interface’ profail luluhawa batuan

c) Gelinciran blok atau baji disepanjang ‘relict joints’

d) Pergerakan blok atau baji tanah dan batuan terluluhawa disepanjang satah

lemah didalam zon batuan terluluhawa atau boleh juga dalam zon yang

tidak terluluhawa.

10.2.1 Penguraian Lapisan Nipis Koluvial

Gelinciran dalam koluvial cetek. Koluvium yang lebih telap

mewujudkan ‘perched water table’. Air ini akan mengurangkan kekuatan

bahan dibawahnya, mewujudkan satu daya resapan mudarat dalam

koluvium. Semasa hujan lebat, kedua air permukaan dan bawah

permukaan menggalakkan penguraian semula lapisan tutupan nipis

koluvial.

10.2.2 Gelinciran Dalam (Deep Seated) Pada Koluvium

a) berlaku semasa hujan lebat

b) mungkin ada beberapa satah lemah pada profail tanah sama ada

dalam koluvium atau tanah baki di bawah.

CXXXVIII

Page 139: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

c) Untuk meramal FOS cerun koluvial, perlu diketahui stratigrafi,

ketebalan koluvium dan tanah baki di bawah dan juga keadaan air

bawa tanah.

10.3 GAMBARAN TENTANG MASALAH KESTABILAN CERUN

Kebanyakan kegagalan cerun di dalam kawasan yang bertropika adalah

berpunca daripada proses penyusupan (90%). Masalah ketidakstabilan berkait

dengan hakisan tanah dari cerun yang dipotong di negara ini adalah berpunca

utama daripada hujan yang berterusan. Kebanyakan pemotongan cerun di

kawasan yang berbukit mempunyai kadar penyusupan yang lebih tinggi yang

mendatangkan masalah ketidakstabilan dalam pelbagai cara. Bagi kawasan yang

berbukit, kebanyakan cerunnya adalah amat curam (antara 30 atau 50) sudah

menjadi kebiasaan. Ini telah membuatkan rekabentuk cerun amat sukar dan

mendatangkan kos yang tinggi disebabkan penggunaan soil nailing, struktur

bertetulang atau jejambat akan digunapakai. Jenis batuan yang biasa terdapat di

kawasan berbukit adalah granit, batu daripada gunung berapi, batu sediment dan

metamorfis. Cerun yang rendah bagi kawasan berbukit biasanya dilitupi dengan

kolivium beberapa meter dalam.

Mekanisme bagi kegagalan cerun ialah :

a) Sepanjang hari yang kering dan panas, permukaan cerun terjemur

dan mengecut terutama sekali cerun yang baru dipotong.

Pemanjangan dan kedalamannya bergantung kepada keplastikan

tanah dan jenis perlindungan cerun yang digunapakai.

b) Sewaktu hujan kilat, air hujan akan menyerapi celah-celahan

rekahan atau permukaan yang terdedah menyebabkan jisim cerun

mengembang dan menjadi tepu. Ini memberi kesan kepada

partikel-partikel tanah bergerak-gerak melalui lompang-lompang

antara tanah dan menyebabkan terhasilnya ricih. Pergerakan air

yang melalui rekahan pada tanah dari permukaan atas cerun juga

CXXXIX

Page 140: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

adalah disebabkan tekanan sedutan pada permukaan atas strata

tanah yang kering di bahagian bawahnya.

c) Apabila permukaan luar cerun menjadi tepu dan mengembang,

kebolehtelapan adalah sejajar dengan permukaan cerun bertambah

dengan hujan yang berterusan.

d) Disebabkan kekurangan dalam kekuatan ricih akibat daripada

ketepuan tanah, kegagalan akan bertambah jika rintangan ricih

adalah sama atau kurang dari daya ricihannya.

e) Kestabilan cerun biasanya dianalisis dengan kaedah had

keseimbangan sementara itu, pergerakan tanah dianalisis kaedah

elemen terhad.

10.4 PERLINDUNGAN / KESTABILAN CERUN

Tujuan perlindungan cerun adalah untuk melindungi cerun daripada

terjadinya hakisan tanah akibat daripada pengaliran air pada permukaan, untuk

mengurangkan penyusupan dan juga untuk menambahkan landskap cerun dengan

tema cintai alam semulajadi. Perlindungan cerun adalah bukanlah mudah untuk

menambahkan kestabilan cerun. Kejayaan perlindungan cerun adalah bergantung

kepada pemilihan kaedah yang betul, spesifikasi yang sempurna, pembinaan yang

sempurna dan penyelenggaraan yang baik. (Ruujuk lampiran 15.0 & 16.0)

Pelbagai jenis cara-cara perlindungan diringkaskan seperti di bawah :

10.4.1 Turfing

Turfing adalah kaedah di mana cerun akan ditutupi

permukaannya dengan tanaman berumput. Penutupannya boleh

menggunakan pohon yang rendah dengan akar yang menjalar dan rumput

kerbau kerana sifat pokok yang berakar menjalar dapat mencengkam tanah

dan sekaligus mengelakkannya daripada terhakis. Ini boleh diringkaskan

di mana partikel-partikel tanah tidak dapat bergerak kerana ia

CXL

Page 141: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

terperangkap di bawah cengkaman akar pokok yang menjalar. Kaedah ini

sangat efektif untuk perlindungan yang segera dan ia biasa digunapakai

bagi cerun yang kurang memberi kesan kegagalan yang ketara.

Penambahan kekuatan ricih akibat daripada tindakan akar pokok

terutamanya akar yang menjalar memberi kesan terus kepada peneguhan

tanah secara mekanikal dan pemindahan kelembapan oleh proses

transpirasi. Penambahan kekuatan ricih ini juga boleh menjadi sama

dengan kepaduan yang berkesan diantara 3 hingga 5 kPa.

Cerun yang didapati terdedah perlu ditutupi segera dengan kaedah

ini secepat yang mungkin sekurang-kurangnya dalam masa 14 hari selepas

kerja-kerja tanah.

10.4.2 Hydroseeding

Hydroseeding tanpa anak pohon yang berkualiti dan parit

yang melintang pada cerun tidak akan berjaya. Mengambil perkiraan

hamparan yang terbiodegradasi akan melindungi anak pohon dan akar

rumput muda daripada hanyut dibawa air hujan yang mengalir pada

permukaan atau terjemur oleh cahaya matahari. Spesifikasi yang lengkap

dengan rujukan yang khusus untuk mengawal kualiti anak pohon, formula

yang diaplikasikan dan kadar semburan, persediaan permukaan cerun dan

ujian-ujian sebelum pengaplikasian adalah amat penting bagi memastikan

perlindungan cerun ini berjaya. Sebelum menentukan penggunaan turfing

atau hydroseeding, tanah perlu disemak pengasidannya. Cerun

mengandungi kandungan mineral yang merupakan sulfide besi atau syis

grafit hitam atau slat atau tanah fillit adalah dalam keadaan yang sangat

berasid (pH = 2 hingga 3.5) untuk tumbuh-tumbuhan. Sesetengah cerun

boleh dilindungi oleh geosel iaitu dengan turfing atau hydroseeding,

guniting, crib wall atau lain-lain yang bersesuaian dengan ukurannya

bergantung kepada keperluan tertentu untuk sudut cerun, lokasi dan

sebagainya. (Rujuk lampiran 17.0)

CXLI

Page 142: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

10.4.3 Guniting

Guniting atau shorcrete adalah kaedah yang mahal dan

hanya digunapakai apabila turfing dan hydroseeding tidak memberi kesan

yang efektif dengan sebab-sebab di bawah :

a) Cerun terlalu curam (>45º) dan atau mempunyai Factor Of Safety

yang tinggi (>1.2)

b) Cerun berupa tanah yang mudah menyerap lembapan (tanah yang

berpasir dan berkeladak atau batuan yang mempunyai retakan yang

tinggi ).

c) Cerun berupa tanah yang keras atau tanah yang berbatu.

d) Cerun berupa tanah yang mempunyai banyak batuan yang mudah

hancur.

e) Cerun berupa tanah yang mempunyai sifat kebolehtelapan, di mana

keperluan untuk mengurangkan penyusupan dan kestabilan tidak

boleh dengan meratakan cerun.

f) Cerun yang mempunyai banyak jisim yang tidak selanjar.

Saliran sub-tanah perlu disediakan (lubang titisan atau saliran

pendek yang melintang bagi 0.3m – 1m panjang saliran atau kira-kira

1.5m ruang perlu disediakan, terutamanya di mana air akan meresap

daripada permukaan). Pasak pendek yang mempunyai diameter >12mm –

20mm paip GI lebih kurang 500mm hingga 1m panjang pada 1.5m ruang

turut disediakan untuk mengelakkan gelinciran pada cerun yang curam

terutamanya. Jenis gunite bagi perlindungan cerun berupa 75mm – 100mm

semburan tebal simen / bancuhan pasir (1 : 3) dilengkapi dengan wiremesh

(A4 / A6) untuk mengurangkan pengecutan dan rekahan akibat suhu

terma. Guniting, sekiranya direkabentuk dengan lengkap, pembinaan dan

pengekalannya dapat memelihara daya sedutan tanah, di mana ia dapat

memberi sumbangan yang paling besar kepada kestabilan cerun. Cerun

dengan FOS <1.2 atau cerun yang mempunyai banyak gelinciran setempat

CXLII

Page 143: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

perlu dirawat sebelum guniting. Jenis ketebalan bagi shotcrete adalah

diantara 100 – 200mm. Kerja perlindungan cerun yang lain menggunakan

konkrit.

Guniting perlu dibina dengan segera selepas pemotongan cerun

dilakukan sebelum ianya terdedah kepada hujan atau pada bila-bila masa

yang sesuai. Bagi cerun yang sudah terdedah kepada hujan perlu ditutupi

sementara dengan kain tarpal untuk beberapa hari bagi mengeringkan

tanah sebelum kaedah guniting dilaksanakan. Kegagalan dalam

melaksanakan kerja-kerja guniting dengan betul ialah :

a) Gunite disembur pada cerun yang lembap akan apabila mengering

ia akan mengalami rekahan.

b) Jika bancuhan gunite terlalu basah, terlalu tebal atau permukaan

tanah yang basah atau banyak mempunyai lompang, permukaan

gunite akan meleleh dan akan menyebabkan ketebalannya tidak

sama dan mengalami rekahan apabila ia kering. Jika ketebalan

100m atau lebih, dan cerunnya terlalu curam (>76º), gunite perlu

disembur dengan 2 lapisan.

c) Kandungan simen yang tidak mencukupi, atau bancuhan dan

tekanan semburan / teknik yang tidak lengkap akan menghasilkan

gunite yang lemah. Ia akan cenderung untuk pertumbuhan fungus.

Gunite seharusnya disembur dengan nozel terus secara serenjang

ke permukaan cerun pada jarak 1 – 1.5m.

d) Ketebalan yang tidak sama wujud apabila persediaan kaedah

mempunyai kekurangan atau tidak sempurna. ( permukaan cerun

harus teliti semburan hingga ±30mm dan kawalan blok ketebalan

atau pancang perlu diletakkan pada jarak antara 3 – 5m sebelum

gunite dilakukan.

e) Permukaan gunite yang tegar dapat menghasilkan aspek

persekitaran yang kurang baik. Tumbuh-tumbuhan yang menjalar

dimasukkan pada cerun gunite.

f) Ketidakberkesanan penyeliaan oleh penyelia.

CXLIII

Page 144: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

10.4.4 Gabion Mattress

Untuk cerun berpasir yang mempunyai keupayaan tinggi untuk

terhakis di mana tumbuhan sukar untuk tumbuh pada permukaan cerun,

gabion mattress dengan kain penuras adalah kaedah yang sangat baik.

Tekanan normal yang tinggi bagi gabion mattress dapat juga

menambahkan kestabilan pada cerun. (Rujuk lampiran 17.0, 18.0 & 19.0)

Bagi cerun yang padat, yang dapat menenggelamkan terutama

apabila ada aliran air yang mengalir pada kaki cerun, gabion mattress

sesuai digunakan untuk menghasilkan perlindungan yang baik pada kaki

cerun.

gambarajah 10.4.4 : kaedah gabion

10.4.5 Soil Nailing (Rujuk lampiran 20.0 (a),(b) & (c) & 21.0)

a) Piawai rekabentuk : BS 8006.

b) Kriteria rekabentuk :

i. Soil nails bertindak terutamanya dalam daya tegasan;

lengkukkan dan ricih tidak akan dipertimbangkan di dalam

rekabnetuk ini.

CXLIV

Page 145: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

ii. Soils nailing tidak sesuai untuk tanah yang tepu atau

kepadatan tanah yang kurang baik di mana FOR adalah

atau kurang dari 1.0.

iii. Tentukan gelinciran permukaan di mana FOS nya sama

dengan yang direkabentuk atau gunakan kaedah preskriptif

yang diberi.

iv. Kira jumlah daya setiap meter panjang bagi cerun yang

diperlukan untuk mencapai FOS yang telah ditentukan tadi.

Kebiasaannya soil nails adalah diantara 10º - 20º dipasang

secara melintang. Ruang diantara soil nails ialah 1.0 –

2.0m. Keberkesanan secara normal yang dibolehkan bagi

keupayaan tegangan soil nails ialah antara 2 – 20 tan.

v. Panjang nails : tentukan rintangan purata tarikan melewati

minimum gelinciran permukaan pada setiap aras nail. Kira

panjang nail yang diperlukan seterusnya minimum

gelinciran permukaan untuk menghasilkan rintangan

tarikan. Kabiasaannya 6 – 36m panjang dan bar tetulang

Y12 hingga Y32 atau bar fireglass dalam 100 – 150mm

lubang yang diturap dengan simen. Lubang yang digerek

perlu disembur dengan simen secepat yang mungkin sebaik

sahaja 2jam selepas lubang digerek.

vi. Rekabentuk kepala nail : kepala nail memadai dengan saiz

yang besar dan keras untuk mengagihkan beban rekabentuk

pada permukaan cerun. Kebiasaannya 200x200mm hingga

450x450mm plat MS dengan 12mm – 12mm tebal atau

diperbuat in-situ penapak RC atau penapak jalur. Bagi

cerun yang tidak sepenuhnya ditutupi dengan guniting,

tekanan bearing pada cerun yang tepu perlulah disemak.

Kepala nails secara individu tanpa rasuk-rasuk pada

guniting adalah biasanya untuk cerun batuan.

CXLV

Page 146: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

vii. Permukaan : minimum 75mm tebal gunite atau shotcrete

reinforced dengan dawai mesh atau permukaan fleksibel

geosel atau hydroseeding / turfing. Apabila anjakan

melebihi 0.5 H% (H adalah kedalaman pugak yang

dikorek), bengkokkan dan ricihan yang melampau dalam

nail boleh terhasil berikutan rayapan dan rekahan tegangan

berlaku.

c) Perlindungan karatan : bar bergalvanis perlu mempunyai salutan dengan

ketebalan minimum 85 mikron atau 610 g / m2 (BS 729). Paip pra-grout

HDPE hanya digunapakai jika cerun adalah agresif (kandungan klorida

>100ppm atau sulfat >200ppm).

d) Spesifikasi kerja : rujuk kepada BS 8006 dan GEO Hong Kong untuk

penggunaan prosedur, QC dan keperluan ujian-ujian.

gambarajah 10.4.5 (a) : kaedah soil nailing yang telah siap dipasang dan rumput

ditanam

CXLVI

Page 147: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

gambarajah 10.4.5 (b) : nail telah dipasang tetapi kepalanya belum disimen

gambarajah 10.4.5 (c): Blok-blok simen yang digunakan dan dipasang pada kepala nail

CXLVII

Page 148: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

gambarajah 10.4.5 (d) : Pekerja-pekerja sedang memanjat scaffolding untuk

memasukkan nail pada lubang yang telah digerek

gambarajah 10.4.5 (e) : Proses memasukkan dan menegangkan nail pada lubang yang

digerek

CXLVIII

Page 149: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

gambarajah 10.4.5 (f) : Pekerja sedang menembak konkrit ke dalam lubang yang digerek

gambarajah 10.4.5 (f) : Lubang-lubang yang telah disembur konkrit

CXLIX

Page 150: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

gambarajah 10.4.5 (g) : Dawai mesh yang digunakan setelah nail dipasang.

10.4.6 Horizontal drains

Kehadiran airbumi mengurangkan kestabilan cerun dan ia mengakibatkan

merendahkan rintangan ricih bagi tanah, pengurangan dalam kepaduan tanah dan

hakisan sub-permukaan tanah. Horizontal drain adalah amat berkesan untuk

mengurangkan kesan yang tidak diperlukan bagi airbumi pada kestabilan cerun.

Keberkesanannya bergantung kepada ruangan, diameter longkang dan di atas

lokasi relative bagi kawasan / zon gelinciran.

Diantara butir-butir rekabentuk :

a) Saiz : 25mm, 37mm, 50mm, 75mm paip PVC atau HDPE

b) Panjang : 3 – 48mm bergantung kepada rekaan.

c) Jarak : 1 – 6m, biasanya 2 – 5m

d) FOS yang berkesan : diantara 0.1 – 0.3

e) Kecerunan : 1 – 15%; biasanya 5%

f) Kos unit : RM 20 – RM 100 per meter bergantung kepada kos utama bagi

kerja-kerja sementara.

CL

Page 151: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

10.5 LONGKANG CERUN

Tujuan utama bagi permukaan longkang adalah untuk mengumpul aliran

air yang mengalir pada permukaan cerun dan membawa aliran dari cerun secepat

yang mungkin bagi mengelakkan penyusupan dan hakisan daripada berlaku yang

disebabkan oleh hujan. (Rujuk lampiran 22.0 (a) & (b))

Skop yang penting dalam rekabentuk longkang adalah:

a) Jenis dan saiz longkang ( dituang in-situ longkang V atau U

dipilih; saiz minimum ialah 300mm untuk alasan yang praktikal.)

b) Kecerunan (haruslah antara 0.3% hingga 5% dengan halaju aliran

1.2m/s hingga 4m/s kecuali longkang bertingkat)

c) Pelan susun atur bagi system longkang termasuklah butiran bagi

takungan dan sebagainya.

BAB 11 : JALANRAYA

11.1 PENGENALAN

Pembinaan jalanraya hanya dapat diteruskan setelah siap sistem

perkhidmatan dan penyaluran perparitan kerana ia boleh memberikan kesan

kepada kerja-kerja pembinaan jalan. (Rujuk lampiran 23.0, 24.0, 25.0 & 26.0 dan

rajah 30.0)

11.2 PENYEDIAAN SUB-GRED

CLI

Page 152: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

a) penyediaan sub-gred perlu dibuat terlebih dahulu sebelum sub-tapak

dihamparkan. Bahan yang bersifat lembut tidak sesuai dijadikan sebagai

sub-gred dan perlulah diganti dengan tanah yang berkualiti baik.

b) Tanah tambakan tersebut perlulah dari bahan bumi yang berkualiti baik

dalam bentuk lapisan yang gembur dan setiapnya tidak melebihi dari

225mm ketebalan bagi mendapatkan kualiti tanah yang terbaik.

c) Permukaan sub-gred dan setiap lapisan tambakan harus mudah

dimampatkan atau dipadatkan dengan nilai minimum 12 laluan bagi 8 tan

oleh penggelek roda licin hingga mencapai kepadatan yang seragam. Jika

perlu sebelum dipadatkan sub-gred hendaklah disiram, dikeringkan atau

jika diganti dengan bahan baru.

11.3 BAHAN PENUTUP

Sub-gred yang telah siap-sedia perlulah diselimuti dengan debu-debu kauri

atau pasir dengan disebarkan kepada lapisan yang dipadatkan dengan ketebalan

50mm. jika pasir digunakan ianya hendaklah dalam gred yang baik dan bebas

daripada sifat tanah berjelekit atau bahan yang berorganik.

11.4 SUB-TAPAK

a) Di dalam pembinaan jalan, sub-tapak terdiri daripada bahan agregat

terhancur yang mempunyai kualiti dan gred yang baik dengan saiz

maksimum 75mm serta bebas daripada sifat tanah liat atau bahan

berorganik.

b) Dalam keadaan tertentu, sub-tapak boleh juga terdiri daripada 2 lapisan

yang dipadatkan dengan jumlah ketebalan 200mm. Untuk lapisan yang

pertama, agregat terhancur perlu disebarkan dengan seragamnya hingga

CLII

Page 153: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

membentuk lapisan dengan ketebalan 125mm dan perlu dipadatkan

selepas itu dengan 4 kali laluan bagi 8 tan menggunakan jentera penggelek

roda licin.

c) Kemudian permukaan yang telah dipadatkan akan disembur dengan debu-

debu kuari yang nipis pada celahn-celahan dan dipadatkan semula dengan

6 kali laluan menggunakan jentera yang sama. Proses yang sama akan

dilakukan kepada lapisan yang kedua.

d) Sebelum lapisan kedua dibina, kontraktor akan membina bonggol dengan

kualiti tanah yang baik pada pinggir jalan untuk menyokong pinggir sub-

tapak dan lapisan salut.

11.5 LAPISAN SALUT

11.5.1 Salut Perdana

Salut ini adalah satu lapisan nipis bitumen cair yang disembur

kepada permukaan sub-tapak yang bersih dan kering. Ia berfungsi untuk

menusuk dan mengikat debu dan aggregate serta meningkatkan ikatan

antara lapisan tapak dan permukaan. Ia juga bertindak sebagai salutan

yang kalis air.

Bahan-bahan salut perdana perlulah dari bahan yang diluluskan.

Aggregate dalam salut perdana hendaklah mempunyai saiz antara 12.5mm

hingga 19mm. Semasa diangkut ke tapak, ianya hendaklah ditutupi bagi

mengelakkan keadaan cuaca yang buruk dan juga untuk mengurangkan

kehilangan suhu sepanjang perjalanan. Salut tersebut perlulah dihampar

secepat yang mungkin. Kemudian ia akan dipadatkan dengan ketebalan

yang tertentu.

11.5.2 Salut Jelujur (Tack Coat)

Satu lapisan nipis bitumen cecair yang disembur di atas lapisan

berbitumen berfungsi untuk meningkatkan ikatan diantara lapisan

CLIII

Page 154: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

berbitumen. Bitumen disembur dengan kadar 0.25 – 0.55 liter bagi setiap

meter persegi. Ia akan dipadatkan dengan penggelek dengan 8 kali laluan

yang mempunyai berat 8 tan. Batuan yang jenis berderaian (20mm

nominal) akan digunakan dalam proses ini bagi mengisi ruang-ruang

kosong. Seterusnya, permukaan akan diturap dengan 80/100 bitumen asli

dengan kadar 4.08 liter setiap meter persegi. Satu lapisan batuan (19mm

nominal) yang nipis di hampar secara kasar untuk menutupi keseluruhan

permukaan tadi dan kemudian dipadatkan. Akhir sekali, satu lapisan debu

kuari atau pasir sungai yang nipis akan disembur ke seluruh permukaan

dan dipadatkan. Perlu diingat, semburan berlebihan hendaklah dielakkan

kerana ianya boleh menyebabkan masalah lelehan bitumen pada

permukaan jalan. Lapisan pengikat hanya akan dihampar ke atas jalan

yang telah dibersihkan dan disalut dengan selut perdana. Penghamparan

mestilah dilakukan di dalam keadaan cuaca yang kering.

11.6 TAMBAKAN JALAN PADA TANAH LEMBUT

Aluvium pantai atau pembentukan tanah pemendapan atau tanah paya

adalah diantara jenis-jenis tanah yang lemah atau lembut. Jenis-jenis masalah

geoteknik diantaranya adalah ketidakstabilan cerun. Analisis geoteknik yang biasa

adalah untuk menentukan nilai keupayaan galas, kestabilan cerun, jumlah dan

kadar kecacatan. Data-data penting yang perlu diambil kira ketika membuat

penyiasatan tapak bagi jalan ialah :

Profail sub-tanah menunjukkan ciri-ciri dan ketebalan bagi

pelbagai jenis kemampatan dan strata yang kukuh. Kebiasaannya, satu atau

dua lubang galian serta dua atau lebih DS (Deep Sounding) atau kon piezo

adalah disyorkan untuk menilai profail sub-tanah bagi mendapatkan

kesimpulan umum terutama apabila ketinggian tebing adalah melebihi

daripada 6m. Ciri-ciri tanah termampat untuk penyelesaiain analisis boleh

CLIV

Page 155: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

didapati daripada 1-D ujian pengukuhan atau sel hidarulik menggunakan

sample berkualiti yang tak terganggu.

11.7 TAMBAKAN JALAN PADA TANAH BERBUKIT YANG SEMULAJADI

Masalah geoteknik yang utama dan keadaan penyiasatan tapaknya yang

relevan serta ujian-ujian untuk mengenalpasti masalah tersebut adalah :

a) semak kestabilan pada tambakan; kebiasaannya adalah tanah yang

tidak tepu, dan parameter rekabentuknya terutama sekali kekuatan

ricih adalah dari sampel yang termampat dengan menggunakan

sampel yang diambil sekurang-kurangnya satu atau dua sampel

pada kedalaman 1.5m daripada potongan kawasan major.

b) Disyorkan bagi geometri kestabilan yang bersesuaian, perlu

disemak secara global atau setempat kestabilan tambakan.

Semakan merangkumi semakan bearing untuk mencari nilai

kedalaman bagi bahan yang tidak bersesuaian yang akan

digantikan. Ruang bagi lubang gentian bagi tambakan (h<6) yang

rendah dan ketinggian tambakan seharusnya antara 100m-600m

dan 50m-300m. Ujian pengkelasan bagi semua sample yang

terganggu terutama yang berada atas daripada 6m perlulah

dilakukan.

c) Semakan kestabilan bagi tanah sokongan adalah penting apabila

tambakan berada di tanah yang bercerun atau terlalu tinggi (h>12m

atau lebih). Kedalaman lubang gentian adalah sehingga 3m (atau

lebih) terutamanya teras batuan untuk kes pembentukan batu meta-

sedimen (pemendapan).

11.8 KAEDAH PENYIASATAN TAPAK

a) JKR probe

CLV

Page 156: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

b) Gerudi Tangan (Hand Augering)

c) Alat Penggerek Tangan Bermotor (Motorised Hand Boring)

d) Ujian Plat Bearing

e) Ujian Meter Tekanan

f) Penyiasatan Air Bawah Tanah

g) Ujian Teras Batuan

BAB 12 : TEKNOLOGI BARU 12.1 PENGENALAN : POWERMESH

CLVI

Page 157: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

Powermesh adalah suatu sistem pengurungan tanah yang ringan dan

fleksibel, setiap sambungan jaringan besi bergalvani adalah saling mengunci dan

menghasilkan satu sistem daya ikatan yang kuat dan kekuatan ini tidak dapat

dihasilkan oleh jenis jaringan lain, khas sambungan jaring kimpalan percikan api

yang biasa disebut ‘spark weld’ kerana ia menghadapi masalah terkecai apabila

sambungan tersebut berkarat selepas terdedah kepada air. Masalah ini telah diatasi

oleh sistem Powermesh yang menggunakan besi bergalvani yang direkacipta

secara interlocking tanpa sebarang kimpalan dan ini bebas daripada sebarang

ancamaan air atau kekaratan.

Selain ciptaan teknologi tersebut, konsep kekuatan yang diperkenalkan

oleh sistem Powermesh adalah menggabungkan setiap sel kecil menjadi satu

objek besar yang menghasilkan satu daya perlindungan yang kukuh kepada cerun-

cerun bukit. Satu lagi kelebihan sistem Powermesh ialah ianya boleh dipasang

tanpa sebarang penapak yang besar dan berat, sebaliknya ia boleh dipasang pada

apa jua keadaan dan kerja pemasangan boleh dijalankan pada bila-bila masa tanpa

menggnakan jentera berat.

12.2 KENAPA POWERMESH

12.2.1 Hakisan tanah dan Air

Dengan Powermesh, kadar hakisan bawah dan permukaan tanah

dapat dielakkan justeru menstabilkan struktur tanah yang selalu terdedah

kepada cuaca lembap. Air dalam tanah dapt mengalir keluar secara

semulajadi tanpa sebarang halangan dan kelebihan ini tidak dapat

dilindungi oleh sistem runtuhan lain.

12.2.2 Banjir Kilat

Dengan Powermesh, banjir kilat yang kerap berlaku akibat

kedalaman sungai yang semakin cetek yang berpunca daripada hakisan

CLVII

Page 158: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

tanah tebing sungai dapat diatasi. Jelas terbukti bahawa sistem ini adalah

sistem yang dapat mencengkam dan mengukuhkan permukaan tanah

daripada ancaman air hujan.

12.2.3 Kecerunan Tanah

Dengan Powermesh, tahap kecerunan tanah dapat ditingkatkan

sehingga 60º tanpa sebarang keraguan.

12.2.4 Pemasangan Ringkas

Powermesh direkabentuk bagi meringkaskan kerja-kerja

pemasangan tanap melibatkan jentera berat dan mengelakkan kerosakan

dan kesesakan jalanraya. Kerja-kerja penyelenggaraan yang ringkas tidak

mengakibatkan sebarang beban dan masalah selepas pemasangan

memandangkjan produk ini merupakan sebuah sistem berdasarkan kepada

mesra alam.

12.2.5 Hiasan Taman

Dengan Powermesh, tahap perhiasan dan penanaman semula dapat

dijalankan pada bila-bila masa, manakala sistem runtuhan yang lain tidak

dapat memenuhi keperluan ini.

12.2.6 Alam Kehijauan

Dengan Powermesh, aktiviti penghijauan dapat dilakukan pada apa

jua jenis permukaan cerun termasuk permukaan cerun yang telah siap

dibina dengan sistem ketahanan cerun berkonkrit / sistem batu besar /

permukaan rock / tanah berasid dan sebagainya kerana Powermesh

merupakan sistem yang menggunakan alam kehijauan.

12.3 KELEMAHAN SISTEM SEMASA

CLVIII

Page 159: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

Berbagai jenis sistem seperti concrete, gabion, rubble-pitching, canvas

dan canvas & crib wall telah digunakan oleh pihak kerajaan dan swasta dalam

penyelesaian masalah keruntuhan tanah, namun sistem semasa menghadapi

kelemahan seperti berikut :-

Masalah : Kejadian tanah berterusan setelah kerja pemulihan

dilancarkan.

Sebab : Tembok penahan yang kuat, keras dan berat dibina untuk

menahan tanah, keadaan ini menyebabkan air bawah tanah

terkumpul dan menghasilkan satu tekanan ke atas tembok

tersebut justeru tragedy tanah runtuh terus terjadi.

Rekabentuk tembuk yang kuat sebaliknya membawa risiko

yang lebih tinggi kerana air bawah tanah tidak dapat

mengalir keluar melalui tembok tersebut.

Masalah : Banjir kilat kerap berlaku.

Sebab : Tebing-tebing sungai di bawah projek pembangunan

sentiasa kurang diberi prihatin oleh pemaju mengakibatkan

hakisan sering berlaku. Akibat fenomena ini, kedalaman

sungai cetek dan mengakibatkan paras air sungai

meningkat, banjir kilat kerap berlaku di kawasa-kawasan

rendah dan kawasan-kawasan kediaman semasa huan lebat.

Masalah : Kesesakan Lalulintas semasa pembinaan dijalankan.

Sebab : Pembinaan tembok penahan atau sebarang kerja konkrit

akan membabitkan penggunaan kawasan yang luas dan

kehadiran jentera berat. Secara langsung, lalulintas sedia

ada akan disusut lalu menyebabkan kesesakan lalulintas

berlaku. Selain itu, keselamatan para pengguna jalanraya

juga terancam apabila keselamatan tapak tidak diutamakan.

CLIX

Page 160: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

Masalah : Permukaan cerun yang gundul.

Sebab : Penanaman rumput di permukaan cerun seperti tanah

berasid atau permukaan rock langsung tidak dapat

dijalankan. Maka cerun ini akan terdedah kepada proses

luluhawa yang boleh melemahkan struktur cerun.

Masalah : Penanaman semula / penghijauan tidak dapat

dilaksanakan.

Sebab : Sistem ketahanan cerun yang seringkali digunakan adalah

diperbuat daripada batu besar atau simen konkrit yang

menghalang penanaman dan pertumbuhan rumput-

rampai atau tumbuhan renek yang memainkan peranan

penghijauan yang menyegarkan pemandangan.

CLX

Page 161: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

12.4 KONSEP Sistem Powermesh adalah menggabungkan Powermesh-ring yang diskrit

menjadi satu objek besar justeru menghasilkan daya ikatan yang kuat dan stabil.

Gambarajah 12.4 (a) : Gambaran keseluruhan

.

gambarajah 12.4 (b) : jaringan gambarajah 12.4 (c) : jaringan yang dikunci bahagian tengah dikunci pada tepi

gambarajah 12.4(d) : jaringan yang diikat dengan jaringan yang

lain secara sambungan cincin

CLXI

Page 162: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

gambarajah 12.4 (e) : gambaran jaringan yang telah disambung dan dipasang pada

cerun

Sistem powermesh juga mempamerkan satu prestasi yang tinggi dari segi

kecondongan cerun-cerun bukit.

Kerja-kerja pemasangan yang ringkas tanpa melibatkan jentera berat dapat

mengelakkan kerosakan dan kesesakan jalanraya. Bahan system powermesh

bergalvani yang bebas daripada kekaratan membenarkan air dalam tanah

disingkirkan tanpa halangan setelah ia dikukuhkan di permukaan cerun bukit.

Penanaman semula dan kerja-kerja landskap dapat dijalankan pada bila-

bila masa suoaya mempamerkan satu pemandangan yang semulajadi.

gambarajah 12.4 (f) : jaringan yang ditimbus dengan tanah bagi mencantikkan

permukaan

CLXII

Page 163: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

gambarajah 12.4 (g) : jaringan yang hampir 80% siap ditimbus dengan tanah

12.5 IMPLIKASI SISTEM SEMASA 12.5.1 Sistem Semasa

Air dalam tanah sukar disingkirkan melalui system ini. Keadaan

menjadi kritikal apabila paip penyingkiran air tersumbat dengan tanah dan

rumput.

System semasa ini juga bertentangan dengan konsep alam

penghijauan yang diamalkan oleh kerajaan kerana kegiatan penanaman

semula tidak dapat dijalankan.

gambarajah 12.5.1 (a) : gambaran untuk sistem semasa dengan kaedah konkrit dilepa

pada cerun

CLXIII

Page 164: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

12.5.2 Gabion

Sistem semasa ini hanya memainkan peranan sebagai penahan

tanah di bahagian bawah sahaja. Sebaliknya, factor utama iaitu langkah

perlindungan cerun bukit tidak dijalankan. Akibat kesilapan berikut,

tragedy tanah runtuh terus berlaku.

gambarajah 12.5.2(a) : Menggunakan kaedah gabion iaitu batuan yang dikurung

membentuk blok-blok dan menjadi tembok penahan cerun

Sistem semasa ini akan menghadapi masalah apabila tanah

timbusan menghasilkan satu daya tekanan dan daya tolakan ke atasnya.

System semasa ini hanya dapat menghasilkan satu daya tahanan

yang terhad sahaja, kerana ia terdiri daripada kurungan-kurungan batu

yang berasingan.

CLXIV

Page 165: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

gambarajah 12.5.2(b) : kegagalan dalam menggunakan kaedah gabion

Kegagalan system semasa dalam menangani masalah tanah runtuh

kerana air dalam tanah yang terkumpul serta permukaan cerun bukit yang

tidak diambil berat telah menghasilkan satu daya tolakan yang kuat ke

atasnya.

gambarajah 12.5.2(c) : menunjukkan kelemahan system penahan cerun dalam

menahan daya tolakan

CLXV

Page 166: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

gambarajah 12.5.2(d) : tanah runtuh yang berpunca dari air terkumpul tidak dapat

ditampung oleh sistem

12.5.3 Rubble-pitching

System semasa ini telah menghadapi masalah penanaman semula

di mana ia tiak dapat mempamerkan pemandangan mesra alam. Air dalam

tanah yang sukar disingkirkan akan menjadi satu beban ke atas cerun bukit

tersebut.

gambarajah 12.5.3 (a) : system ini tidak menggambarkan pemadangan mesra alam.

CLXVI

Page 167: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

gambarajah 12.5.3(b) : tumbuhan tidak dapat hidup pada permukaan cerun

12.5.4 Canvas System perlindungan yang terasli di mana tanah cerun hanya

dilindungi buat seketika sahaja. Sebaliknya, masalah tanah runtuh tidak

dapat diatasi. Kain kampas yang terkuat telah mempamerkan imej buruk

Negara kepada pelancong.

gambarajah 12.5.4 (a) : Pemandangan yang buruk akibat daripada kain yang

digunakan terkoyak

CLXVII

Page 168: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

gambarajah 12.5.4 (b) : Masalah tana runtuh tetap tidak dapat diatasi

12.5.5 Canvas & Crib Wall Sistem semasa ini hanya memainkan peranan sebagai penahan

tanah di bahagian bawah sahaja. Sebaliknya, factor utama iaitu langkah

perlindungan cerun bukit tidak dijalankan. Akibat kesilapan tersebut,

tragedy tanah runtuh teurs berlaku.

gambarajah 12.5.5 :Dinding batu Crib yang dipasang hanya melindungi cerun

bahagian bawah sahaja

12.5.6 Permukaan Berasid Kerja perhiasan atau penanaman rumput tidak dapat dijalankan di

atas permukaan yang berasid atau permukaan rock di mana ia

bertentangan dengan konsep kerajaan yang mengamalkan alam

pernghijauan.

CLXVIII

Page 169: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

gambarajah 12.5.6 : cerun yang terdedah tanpa pertumbuhan rumput kerana tanah

yang bersifat asid

Hakisan di tebing-tebing sungai yang tidak diberi perhatian telah

menyebabkan kedalaman sungai semakin cetek. Akibat fenomena ini, paras air

sungai meningkat dan mendorong banjir kilat berlaku di kawasan kediaman.

CLXIX

Page 170: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

Sepanjang saya menjalani latihan industri, saya telah mempelajari

pelbagai pengetahuan yang baru mengenai Kejuruteraan Awam di Jabatan Kerja

Raya Hulu Selangor (JKR/HS). Di sini, saya dapat mempraktikkan apa yang telah

saya pelajari semasa di universiti iaitu dengan mengikuti kerja-kerja yang

berkaitan di tapak bina dan di pejabat. Selain itu, saya dapat melihat

pekembangan semasa dalam hal-hal kerja yang berkaitan dengan pembinaan iaitu

bagaimana menguruskan sesuatu dokumen tender dan sebutharga, mengikuti

mesyuarat tapak bina dan mendengar perbincangan masalah – masalah yang

berkaitan dengan projek.

Di samping itu, saya dapat mengetahui bagaimana untuk berkomunikasi

dengan para pekerja sama ada dari pihak bawahan mahupun atasan yang terlibat

dengan jabatan ini. Memahami karenah-karenah pelanggan yang mempunyai

pelbagai permintaan untuk mendapat kepuasan dalam mencapai hasil yang

terbaik. Oleh itu, adalah sangat baik latihan industri ini dijalankan supaya pelajar

memahami segala aspek yang terkandung dalam bidang yang diikuti iaitu

Kejuruteraan Awam.

CLXX

Page 171: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

Saya selaku pelatih yang menjalani latihan industri, ingin mencadangkan

supaya pelajar-pelajar yang ingin menjalani latihan agar sentiasa bersedia untuk

menjalankan tugas yang bakal dilakukan dan sentiasa mengamalkan sikap

bertanggungjawab. Di samping itu, pelajar harus juga didedahkan dengan kerja-

kerja di tapak bina untuk memahami antara teori dan amali supaya dapat lebih

memahami dengan jelas tujuan dan maksud kerja tersebut dilaksanakan. Selain

dari itu, pelatih-pelatih juga seharusnya dapat dibimbing dengan sebaik mungkin

oleh penyelia yang bertanggungjawab di mana pelatih menjalani latihan.

Para pelatih seharusnya didedahkan dengan lebih banyak pengetahuan

tentang-tentang kerja yang berkaitan projek, di mana pengetahuan ini tidak dapat

diperolehi di universiti hanya dengan mendapatkannya secara teori.

Saya juga ingin memberikan saranan iaitu ketua dan pekerja bawahan

perlulah mempunyai hubungan komunikasi yang baik seperti memberi

penerangan secukupnya tentang sesuatu projek supaya pekerja dapat melakukan

kerja dengan sebaik mungkin.

Akhir sekali, saya mengharapkan agar pelatih tidak mensia-siakan peluang

yang telah diberi semasa menjalani latihan industri supaya ilmu yang diperolehi

sepanjang latihan dapat digunakan dan menjadi panduan untuk menempuh alam

pekerjaan serta ia akan menjadi asset yang berguna kepada diri sendiri.

CLXXI

Page 172: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

SUMBER-SUMBER RUJUKAN :

1 – Encik Mohd Suhaini b. Nordin

Jurutera Awam (Jalan), JKR Hulu Selangor

Selangor Darul Ehsan.

2 – Encik Zainal b. Saman

Pembantu Teknik Kanan (Jalan)

JKR Hulu Selangor

3 – Encik Amir b. Elham

Pemangku Jurutera Bangunan,

JKR Hulu Selangor

4 – Spesifikasi dan Piawaian (Bangunan, Jalan & Jambatan) JKR dan Penyeliaan

Pembinaan.

5 – Nota-nota Institut Kerja Raya Malaysia,

(IKRAM) Serdang, Selangor.

Infrastruktur Bangunan

Penyelenggaraan Bangunan & Jambatan

Cerucuk

Kawalan Pembinaan

Kerja Konkrit

Cerun

CLXXII

Page 173: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

CLXXIII

Page 174: Laporanliyusnita 090701231528-phpapp02

CLXXIV


Top Related