Laporan Tinjauan Awalan Bagi Perpustakaan Raja Tun Uda, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
2018
- 1 -
1.0 PENGENALAN
Bahagian Pemantauan, Penilaian dan Teknologi Bangunan (BPPTB), Bahagian Senggara
Fasiliti Bangunan telah menerima satu permohonan untuk melaksanakan pemeriksaan ke
atas Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam, Selangor melalui rujukan surat
(31)JKR.B.BGN.600-4/2/98 JLD 36 bertarikh 5 Disember 2018 (rujuk lampiran 1).
Satu sesi lawatan pemeriksaan keadaan bangunan oleh BPPTB telah diadakan pada 10
Disember 2018 melalui rujukan surat JKR/SKS(FB)/090.050/1 Jld. 11 (28) (rujuk
lampiran 2). Pasukan tinjauan awalan ini adalah terdiri dari dengan kerjasama dari
pasukan Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor, Jabatan Kerja Raja Daerah Petaling dan
Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor. Pegawai – pegawai yang terlibat adalah
seperti berikut:
i. Sr Dr. Syamilah Bt Yacob – Juruukur Bangunan Kanan, BPPTB, CSFB
ii. Sr Christina Edmund Rambayan – Juruukur Bangunan, BPPTB, CSFB
iii. Mior Wahidun Asuat Md Sabri – Juruukur Bangunan, BPPTB, CSFB
iv. Ahmad Bin Misro – JKR Daerah Petaling
v. Zairohasli Bt Mohamad Yani – JKR Daerah Petaling
vi. Mohd Al Hafiz Bin Hamid – JKR Daerah Petaling
vii. Azri Bin Muhamad – JKR Daerah Petaling
viii. Ramli Bin Salleh – JKR Daerah Petaling
ix. Zulhelmi Bin Alias – JKR Daerah Petaling
x. Khalil Bin Abd Rani – JKR Daerah Petaling
xi. Shahzulkifli Bin Zuki – JKR Daerah Petaling
xii. Nur Zalila Binti Abdul Aziz – Jurutera Awam, JKR Negeri Selangor
xiii. Siti Yusnina Bt Mohd Jainuddin – Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor
xiv. Harith Fadhillah Bin Tamyas – Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor
xv. Mohd Sazlee Bin Shaharudin – Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor
xvi. Nor Aina Binti Arifin – Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor
xvii. Nor Izani Bt Manaf – Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor
xviii. Hisham Bin Jani – Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor
xix. Fahrurrazi Bin Md Shukri – Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor
Laporan Tinjauan Awalan Bagi Perpustakaan Raja Tun Uda, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
2018
- 2 -
2.0 OBJEKTIF
a) Pemeriksaan yang dilaksanakan adalah untuk mengenalpasti kerosakan pada
bangunan ini seperti yang dilaporkan oleh pihak Perbadanan Perpustakaan Awam
Selangor.
b) Mengemukakan syor pembaikan yang bersesuaian dan tindakan keselamatan yang
perlu dilaksanakan
3.0 METODOLOGI PEMERIKSAAN
a) Menjalankan pemeriksaan fizikal secara visual ke atas kerosakan yang dilaporkan;
b) Perbincangan bersama pihak pelanggan, JKR Selangor dan JKR Daerah Petaling
mengenai kerosakan yang dilaporkan;
c) Semakan dokumen seperti pelan-pelan terbina bangunan, dokumen kontrak dan
lain-lain yang berkenaan; dan
d) Membuat analisa terhadap kerosakan yang dilaporkan.
4.0 MAKLUMAT BANGUNAN
Perpustakaan Raja Tun Uda ialah bangunan 6 tingkat yang terletak di Jalan Kelab Golf
13/6, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor dan dibawah seliaan Perbadana
Perpustakaan Awam Selangor (PPAS). Perpustakaan Raja Tun Uda beroperasi pada
setiap hari dan ditutup pada cuti umum. Dibuka pada orang awam pada setiap isnin –
Jumaat 9.30agi – 6pm dan Sabtu – Ahad dari 9.30pagi – 5petang.
Perpustakaan Raja Tun Uda ini dilengkapi dengan pelbagai perkhidmatan dan ruang
seperti Bilik Teater, Kafeteria, 6D Room, Bilik Seminar, Taman Kanak – Kanak, Pejabat,
dan Perpustakaan. Perpustakaan Raja Tun Uda ini dibina pada tahun 2005 dan mula
diduduki pada tahun 2011.
Laporan Tinjauan Awalan Bagi Perpustakaan Raja Tun Uda, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
2018
- 3 -
Lokasi Kedudukan Perpustakaan Raja Tun Uda, Seksyen 13, Shah Alam
5.0 MAKLUMAT PROJEK
LATAR BELAKANG
Alamat penuh Jalan Kelab Golf 13/6, Seksyen 13, 40100
Shah Alam Selangor Darul Ehsan
Tahun bangunan mula dibina 2007
Kategori bangunan Perpustakaan
Jenis struktur bangunan Konkrit Tetulang dan Cladding Glass Wall
Agensi pelaksana JKR Negeri Selangor
Jenis Kontrak Reka dan Bina
Kontraktor Majulia Group Sdn Bhd
Perunding Kumpulan Senireka Sdn Bhd
Lain-lain maklumat Walaupun projek yang dilaksanakan secara
reka dan bina, pelantikan perunding
Arkitek adalah dilaksanakan oleh Arkitek
JKR.
Laporan Tinjauan Awalan Bagi Perpustakaan Raja Tun Uda, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
2018
- 4 -
6.0 HASIL PEMERIKSAAN
Hasil pemeriksaan secara visual keatas kerosakan yang dilaporkan adalah seperti pelan
lantai bangunan PPAS (rujuk lampiran 3) manakala pemeriksaan fizikal keatas kerosakan
yang dilaporkan sebagaimana gambar-gambar pada lampiran 4.
Bangunan yang telah diperiksa adalah berdasarkan kepada laporan pemeriksaan struktur
bangunan PPAS, Selangor oleh JKR Petaling. Lokasi pemeriksaan adalah pada aras 4,
aras 1 dan aras bawah bangunan. Lokasi kerosakan ditandakan pada pelan lantai
bangunan dan keratan rentas bangunan (rujuk Lampiran 5)
Pemeriksaan dilaksanakan pada dinding parapet aras 4, dinding dan lantai di aras 1 dan
aras bawah ruang teater dan bahagian luar bangunan. Perbincangan bersama pelanggan
juga dibuat bagi memastikan ketersediaan dan kecukupan dokumen bagi menyemak
perincian pada kerosakan yang dilaporkan. Semakan kepada dokumen sedia ada
mendapati bahawa tiada pelan perincian tersedia terutama perincian kepada dinding
parapet bangunan PPAS.
6.1 Aras 4 bangunan PPAS
a) Binaan dinding parapet ini adalah dari jenis batu bata tanah liat (Gambar 1)
b) Terdapat keretakan melintang pada sambungan dinding parapet di anjung lantai
cantilever pada bahagian luar bangunan (Gambar 2)
c) Terdapat keretakan melintang pada beberapa bahagian atas dan tengah dinding
parapet (Gambar 3)
d) Terdapat keretakan melintang pada tiang dan dinding di Bilik Seminar Tingkat 4
(Gambar 4)
e) Terdapat keretakan lepaan pada sambungan siling dan dinding di ruang stor proses
buku (Gambar 5)
f) Terdapat pokok tumpang yang tumbuh di beberapa tempat disepanjang lantai
cantilever pada bahagian luar bangunan (Gambar 6)
6.2 Tingkat 1 Bangunan PPAS (Bahagian Kanak-kanak)
a) Terdapat tanda lembap atau kesan resapan air pada dinding dalam di Bilik
Aktiviti Kanak Kanak (Gambar 7)
b) Lantai di ruang Bilik Aktiviti Kanak Kanak didapati mengalami kelembapan dan
menyebabkan papan lapis yang dipasang mengalami kereputan, kulat dan
serangan anai-anai (Gambar 8)
Laporan Tinjauan Awalan Bagi Perpustakaan Raja Tun Uda, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
2018
- 5 -
6.3 Aras bawah Bangunan PPAS (Bahagian Teater)
a) Terdapat keretakan plaster pada tiang di ruang Bilik Santai (Gambar 9)
6.4 Bahagian Luar bangunan
a) Terdapat keretakan melintang pada bahagian dinding luar bangunan (Gambar 10)
c) Tiang dari jenis mild steel (MS) berkarat (Gambar 11)
d) Jarak Bangunan PPAS dan laluan pejalan kaki yang terlalu rapat. Dimana
keadaan ini menyukarkan kerja-kerja pembaikian yang akan dilaksanakan
(Gambar 12 dan 13)
7.0 RUMUSAN
Tiang dari jenis MS didapati berkarat dan bocor. Air didapati keluar dari tiang tersebut.
Bahagian bawah tiang MS juga didapati sejuk berbanding pada bahagian atas tiang.
Keadaan ini berkemungkinan terdapat kebocoran pada kimpalan bahagian atas tiang dan
menyebabkan air masuk ke dalam tiang MS. Selain daripada itu pengaratan pada tiang ini
juga disebabkan oleh kelemahan dalam kerja-kerja penyenggaraan selain disebabkan
kehadiran air dan tindakan udara Semakan terperinci perlu dilaksanakan bagi
memastikan cadangan pembaikan kepada pengaratan serta air di dalam tiang diselesaikan
tanpa mengganggu integriti tiang tersebut.
Dinding parapet yang dibina di atas lantai cantilever adalah dari jenis batu bata tanah liat.
Pelan princian bagi pembinaan dinding ini tidak diperolehi. Walaubagaimana pun binaan
dari jenis batu bata jenis tanah liat ini disahkan oleh Akitek Perunding Kumpulan
Senireka Sdn Bhd. Keretakan yang berlaku di sepanjang 40 meter dinding parapet sedia
ada adalah berkemnungkinan disebabkan oleh impak gegaran dari kerja-kerja pembinaan
baru yang bersebelahan. Selain daripada itu kelemahan dalam kerja-kerja
penyenggaraan teruatama dalam mengenalpasti keretakan di peringkat awal
menyebabkan keretakan yang berlaku bertambah serius.
Keretakan melintang pada sambungan dinding parapet batu bata di anjung lantai
cantilever pada bahagian luar bangunan adalah bukan dari jenis keretakan struktur
memandangkan dinding ini dibina hanya untuk kemasan fasad bangunan PPAS. Begitu
juga keretakan pada bahagian lain pada bangunan dimana keretakan yang berlaku adalah
keretakan pada lepaan sahaja.
Laporan Tinjauan Awalan Bagi Perpustakaan Raja Tun Uda, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
2018
- 6 -
Hasil tinjauan juga menunjukan bahawa kategori lebar retak yang berlaku antara julat
1mm hingga 10mm. Nilai lebar retak paling rendah adalah 1mm dan nilai lebar yang
paling tinggi adalah 10mm. Manakala ukuran nilai lebar retak paling kerap wujud adalah
5mm lebar. Manakala didapati juga kedudukan dinding parapet mengalami kecondongan
pada waktu ianya diperiksa. Ukuran numerik lebar retak bagi dinding parapet ditunjukkan
sebagaimana dalam grid pelan dan gambar di Lampiran 5.
Selain daripada itu, hasil tinjauan menunjukkan bahawa laluan pejalan kaki yang baru
siap dibina adalah terlalu rapat dengan bangunan utama PPAS. Keadaan ini boleh
menyukarkan kerja-kerja pembaikian yang akan dilaksanakan.. Segala pembaikian
kepada keretakan yang berlaku pada aras 4 bangunan PPAS perlu dilaksanakan
sebaiknya dengan mengurangkan kerosakan, gangguan dan pencemaran kepada binaan
sedia ada.
8.0 KESIMPULAN
Berdasarkan kepada hasil penemuan yang diperolehi dari tinjauan ini, mendapati bahawa
keretakan yang berlaku di aras 4 bangunan PPAS ini boleh membahayakan pengguna
bangunan walaupun keretakan tersebut bukan keretakan struktur. Selain daripada itu
keadaan tiang MS yang dikhuatiri telah berkarat juga perlu diberi perhatian. Sehubungan
dengan itu tindakan pembaikan segera bagi tujuan keselamatan pengguna bangunan
tersebut perlu diambil bagi memastikan bangunan selamat untuk digunakan.
Oleh itu, dicadangkan supaya pihak PPAS menutup laluan bawah kepada orang ramai
terutama pada bahagian yang berlaku keretakann sehingga kerja-kerja membaikpulih
keretakan selesai. Walaubagaimana pun ianya tertakluk kepada tindakan pengesyoran
dari Unit Forensik Cawangan Kejuruteraan Awam & Struktur (CKAS). CKAS perlu
menjalankan kajian dan pemeriksaan segera pada keretakan berkenaan; dan laporan
CKAS yang merangkumi cadangan serta pengesyoran kepada tindakan pembaikan segera
yang boleh diambil bagi mengatasi masalah pelanggan.
Laporan Tinjauan Awalan Bagi Perpustakaan Raja Tun Uda, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
2018
- 7 -
Disediakan Oleh: Disemak Oleh:
........................................................ ...............................................
Mior Wahidun Asuat Md Sabri Sr. Christina Edmund Rambayan
Juruukur Bangunan Juruukur Bangunan Kanan
BPPTB, CSFB BPPTB, CSFB
JKR IP Malaysia JKR IP Malaysia
Disahkan Oleh:
.........................................
Sr Dr Syamilah Binti Yacob
Juruukur Bangunan Kanan
BPPTB, CSFB
JKR IP Malaysia
Laporan Tinjauan Awalan Bagi Perpustakaan Raja Tun Uda, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
2018
- 8 -
LAMPIRAN 1
Laporan Tinjauan Awalan Bagi Perpustakaan Raja Tun Uda, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
2018
- 9 -
LAMPIRAN 2
Laporan Tinjauan Awalan Bagi Perpustakaan Raja Tun Uda, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
2018
- 10 -
LAMPIRAN 3
Laporan Tinjauan Awalan Bagi Perpustakaan Raja Tun Uda, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
2018
- 11 -
LAMPIRAN 4
Laporan Tinjauan Awalan Bagi Perpustakaan Raja Tun Uda, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
2018
- 12 -
LAMPIRAN 4
Gambar 1
Gambar Bata Tanah Liat sebagai bahan utama pembinaan dinding parapet
Gambar 2
Keretakkan melintang pada dinding parapet
Gambar 3
Keretakkan pada bahagian atas dan tengah dinding parapet
Laporan Tinjauan Awalan Bagi Perpustakaan Raja Tun Uda, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
2018
- 13 -
Gambar 4
Keretakan lepaan pada tiang dan dinding
Gambar 5
Keretakan lepaan pada siling dan dinding
Gambar 6
Pokok Tumpang pada ruangan dinding parapet
Laporan Tinjauan Awalan Bagi Perpustakaan Raja Tun Uda, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
2018
- 14 -
Gambar 7
Kelembapan pada dinding (kesan lembap kesan dari keretakan bahagian luar
bangunan)
Gambar 8
Kelembapan pada dinding dan lantai
Gambar 9
Keretakkan lepaan pada tiang
Laporan Tinjauan Awalan Bagi Perpustakaan Raja Tun Uda, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
2018
- 15 -
Gambar 10
Keretakan pada bahgian dinding luar bangunan
Gambar 11
Tiang Berkarat
Gambar 12
Jarak antara susur gajah dengan bangunan yang terlalu dekat
Laporan Tinjauan Awalan Bagi Perpustakaan Raja Tun Uda, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
2018
- 16 -
LAMPIRAN 5
Laporan Tinjauan Awalan Bagi Perpustakaan Raja Tun Uda, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
2018
- 17 -
LAMPIRAN 5
A B C D E F
X
X X X
X X
X
X
X X
X
X X X X X
X X X X X X
X
Saiz :
1mm Saiz Julat:
1 – 5mm Saiz: 5mm
Saiz Julat:
1 – 6mm Saiz Julat:
5 – 8mm
Saiz Julat:
5 – 10mm
X X
Petunjuk:
X - <1.00mm
X - >5.00mm
Laporan Tinjauan Awalan Bagi Perpustakaan Raja Tun Uda, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
2018
- 18 -
LAMPIRAN
KERATAN RENTAS SECTION E-E BANGUNAN YANG MENUNJUKKAN PEMBINAAN DINDING PARAPET PADA ARAS 4 BANGUNAN.
Laporan Tinjauan Awalan Bagi Perpustakaan Raja Tun Uda, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
2018
- 19 -
LAMPIRAN 5
Lokasi A: Grid 9B – Grid 10
Lokasi B: Grid 10 – Grid 10
Julat saiz keretakkan
ialah diantara 1mm –
5mm
Julat saiz
keretakkan ialah
diantara 1mm –
5mm
Dinding parapet
sedikit condong
ke luar /kanan
Laporan Tinjauan Awalan Bagi Perpustakaan Raja Tun Uda, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
2018
- 20 -
LAMPIRAN 5
Lokasi C: Grid 11 –Grid 12
Lokasi D: Grid 12 – Grid 13
Julat saiz keretakkan
ialah diantara 1mm –
6mm
a - Lebar retak 65mm
b - Kedalaman retak
50mm
Dinding parapet
sedikit condong ke luar
/ kanan
Julat saiz keretakkan
ialah diantara 5mm –
8mm
a - Julat lebar retak
23mm – 43mm
b - Julat kedalaman
retak 23mm – 34mm
Dinding parapet
sedikit condong ke
luar / kanan
a
b
a
b
Laporan Tinjauan Awalan Bagi Perpustakaan Raja Tun Uda, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
2018
- 21 -
LAMPIRAN 5
Lokasi E: Grid 13- Grid 14
Lokasi F: Grid 14 – Grid 15
Julat saiz
keretakkan ialah di
antara 5mm – 8mm
a- Julat lebar retak
23mm – 43mm
b – Julat
kedalaman retak
30mm
Dinding parapet
sedikit condong ke
luar / kanan
Julat saiz keretakkan
ialah di antara 4mm –
10mm
a- Julat lebar retak
24mm – 80mm
b- Julat kedalaman
retak 10mm – 25mm
Dinding parapet
sedikit condong ke
luar
a
b
a
b