Transcript
Page 1: Laporan Senamrobik Serentak 1murid 1sukan 1malaysia-1

LAPORAN SENAMROBIK SERENTAK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT LINTANG, MELAKA

Pada 10 Julai 2012 bersamaan hari Selasa yang lalu, telah diadakan Program

Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia. Program ini berlangsung selama

30 minit yang melibatkan semua warga sekolah iaitu semua guru, murid-murid dan

staf sokongan. Senamrobik di sekolah ini, bertujuan bagi memupuk gaya hidup sihat

dan cergas. Matlamat program ini adalah melahirkan generasi muda yang cergas

dan sihat. Selain itu, dapat membina keyakinan diri murid agar tidak malu dalam

melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti kecergasan seperti senamrobik dan sukan.

Terdapat beberapa objektif di dalam program ini iaitu menggalakkan murid untuk

mempraktikkan gaya hidup sihat, mengeratkan silaturrahim antara murid dan guru

dan dapat melahirkan murid-murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi

dan sosial.

Sebelum program ini berlangsung, saya dan rakan berbincang dengan pihak

pentadbir sekolah untuk mengendalikan program ini. Pihak pentadbir memberi

kepercayaan kepada kami berdua untuk mengendalikan program ini. Satu

mesyuarat mengenai program senamrobik ini telah diadakan bagi melantik ahli

jawatankuasa. Kerjasama guru-guru amat kami harapkan untuk sama-sama

menjayakan program ini. Selepas berbincang dan melantik ahli jawatankuasa, kami

membuat kertas kerja dan buku program. Selain warga sekolah, kami juga turut

menjemput ibubapa/PIBG untuk turut serta di dalam program ini.

Senamrobik ini dimulakan dengan pergerakan ‘warming up’ iaitu dengan kata

lain memanaskan badan terlebih dahulu. Selepas itu, baru diikuti dengan

pergerakan yang mengikut rentak lagu. Senaman ini berlangsung selama hampir 30

minit dan diakhiri dengan pergerakan ‘cooling down’ iaitu sesi menyejukkan badan.

Sebelum itu, guru juga mengingatkan murid-murid jika ada yang sakit untuk tidak

turut serta atau membuat pergerakan yang termampu sahaja.

Page 2: Laporan Senamrobik Serentak 1murid 1sukan 1malaysia-1

Kekuatan sepanjang program ini berlangsung, ialah kerjasama dan sokongan

daripada warga sekolah. Saya dan rakan dapat menimba pengalaman untuk

mengendalikan sesuatu program. Bagi saya, bukan mudah untuk mengendalikan

sesuatu program yang dianjurkan. Banyak perkara yang perlu diambil serius. Bagi

pendapat saya, kerjasama ahli di dalam organisasi perlu ada untuk menjadikan

sesuatu program itu berjalan dengan lancar. Selain itu, faktor cuaca yang baik juga

menjadi salah satu kekuatan. Rasa syukur dipanjatkan ke atas Ilahi kerana cuaca

pada pagi hari Selasa amat baik. Oleh itu, program dapat dijalankan di dataran

perhimpunan. Jika cuaca tidak baik, program senamrobik ini pasti tidak dapat

dijalankan kerana tiada tempat berbumbung yang boleh menampung semua murid.

Kekuatan lain yang saya dapat lihat ialah pergerakan senamrobik yang

mudah diikuti. Semua murid dan guru dapat mengikut pergerakan yang di lakukan

oleh instructor di hadapan. Saya dan rakan menjadi instructor di hadapan sewaktu

senamrobik berlangsung. Kami mengaplikasikan pergerakan yang mudah agar

semua dapat mengikuti pergerakan senamrobik tersebut. Selain itu, faktor lagu

yang digunakan. Lagu yang digunakan ada yang perlahan dan rancak. Pergerakan

dibuat mengikut beat lagu. Murid-murid rasa terhibur dengan program senamrobik

disamping melakukan aktiviti yang menyihatkan. Oleh kerana mendapat sambutan

daripada murid-murid, pada masa akan datang boleh diadakan pertandingan

senamrobik mengikut kelas. Ini juga merupakan salah satu aktiviti yang menarik

untuk diadakan. Sepanjang program senamrobik berlangsung, murid-murid

mendengar arahan yang diberikan oleh guru. Ini secara tidak langsung,

memudahkan perjalanan aktiviti ini.

Setiap kekuatan pasti ada kelemahannya. Terdapat beberapa kelemahan

yang saya lihat sepanjang berlangsung program ini. Antaranya, dari segi keadaan

tempat. Senamrobik ini dijalankan di kawasan tapak perhimpunan. Kawasan ini

agak kecil dan sempit untuk menampung murid-murid yang seramai 455 orang. Ini

kerana, aktiviti senamrobik ini memerlukan ruang yang luas untuk membuat

pergerakan agar tidak bertembung dengan rakan yang lain. Oleh itu, cadangan

Page 3: Laporan Senamrobik Serentak 1murid 1sukan 1malaysia-1

penambahbaikan, aktiviti seperti ini sepatutnya dilaksanakan di tempat yang luas

seperti padang sekolah.

Selain itu, kelemahan yang saya lihat ialah murid tidak diingatkan membawa

air kosong. Ini kerana, selepas aktiviti senamrobik, murid-murid menyerbu ke kantin

untuk membeli air. Perkara ini perlu diambil perhatian, agar pada masa akan

datang, lebih peka terhadap sesuatu perkara.

Kelemahan lain yang saya lihat ialah pergerakan senamrobik yang agak

sukar bagi murid prasekolah dan tahun 1. Ini kerana, saya perhatikan murid

prasekolah dan tahun 1 tidak dapat mengikut dengan baik langkah dan pergerakan

yang saya dan rakan lakukan di hadapan. Oleh itu, pergerakan senamrobik perlu

disesuaikan dengan tahap murid-murid supaya murid berasa bersemangat.

Page 4: Laporan Senamrobik Serentak 1murid 1sukan 1malaysia-1

SEBELUM

Page 5: Laporan Senamrobik Serentak 1murid 1sukan 1malaysia-1

- Menguruskan PA System –

Page 6: Laporan Senamrobik Serentak 1murid 1sukan 1malaysia-1

- Pendaftaran peserta senamrobik – - Persiapan tempat–

- - Peserta senamrobik telah bersedia - -Guru-guru juga

mengambil tempat -

SEMASA

Page 7: Laporan Senamrobik Serentak 1murid 1sukan 1malaysia-1

- warming up/memanaskan badan -

Page 8: Laporan Senamrobik Serentak 1murid 1sukan 1malaysia-1

- Pemandangan daripada atas –

Page 9: Laporan Senamrobik Serentak 1murid 1sukan 1malaysia-1

-Guru lelaki yang bersemangat- - Guru Besar yang sporting-

Disediakan oleh:

........................................

(SITI HAJAR BINTI MAZILAH)

Setiausaha,

Senamrobik Serentak 1 Murid

1 Sukan 1 Malaysia


Top Related