Transcript
Page 1: Laporan Program Anak Angkat Bina Insan Guru Fasa Pertama 2014 Mine

LAPORAN PROGRAM ANAK ANGKAT BINA INSAN GURU FASA PERTAMA 2014

Pada 9 hingga 11 Oktober yang lalu bersamaan dengan hari khamis hingga sabtu seramai

72 orang guru - guru pelatih semester 4 ambilan Januari 2013 dari IPG Kampus Tun

Hussein Onn telah menjalani program anak angkat BIG Fasa IV mereka dengan jayanya.

Tujuan utama program ini adalah bagi memenuhi arahan tugasan yang dikeluarkan oleh iPG

untuk matapelajaran WAJ 3143 serta mengadaptasikan guru - guru pelatih dengan sarat

ranjau yang bakal dilalui apabila mereka memasuki alam profesion perguruan sebenar yang

menanti khidmat guru - guru pelatih. Program ini dijadualkan untuk berlangsung selama tiga

hari dua malam bertempat di Kampung Batu Putih, Batu Pahat. Kami turut ditemani oleh

empat orang tutor selaku penasihat dan pemantau opsyen masing - masing. Opsyen yang

dimaksudkan adalah seperti PP-SJKT, PP-SJKC, TESL-SK dan BC-SK. Oleh kerana

kumpulan yang dipilih terdiri daripada guru - guru pelatih berbilang kaum,maka tidak

hairanlah silaturahim yang jitu dapat disemadikan dalam sanubari setiap guru pelatih yang

mengambil bahagian.

HARI PERTAMA

Sebagaimana yang dirancang, guru - guru pelatih telah diarahkan untuk berkumpul

di astaka tepat pada pukul 10.00 pagi bagi menunggu bas sebelum bertolak ke destinasi

yang dituju. Oleh kerana pihak penganjur menghadapi sedikit kekangan untuk menyediakan

dua buah bas, maka sebuah bas telah ditempah terlebih dahulu untuk bergerak secara

ulang - alik. Berikutan, guru - guru pelatih dibahagikan kepada dua kumpulan. Opsyen PP -

SJKC dan BC - SK telah tiba awal di Kampung Batu Putih iaitu pada jam 11.00 pagi

berbanding kumpulan PP - SJKT dan TESL - SK yang sampai ke lokasi pada pukul genap 1

petang. Setelah semua orang sampai, kami telah diagihkan tugasan untuk membersihkan,

menghias dan menceriakan Balai Raya yang nampak agak suram untuk Majlis penyerahan

keluarga angkat pada sebelah petang nanti. Pada pukul 3 petang, majlis sepetang bersama

masyarakat Kampung Batu Putih berlangsung dengan lancar.

Selepas majlis perasmian yang diikuti dengan penyerahan keluarga angkat tersebut,

semua ahli peserta BIG telah mengikuti keluarga angkat mereka balik ke rumah

masing - masing. Untuk makluman, setiap keluarga dianugerahkan dengan

sekurang - kurangnya dua orang anak angkat dan ketua kampung sendiri dengan relanya

menerima 7 orang anak angkat. Ada rumah yang terletak dekat dengan kawasan sekeliling

balai raya tersebut. Maka, guru - guru pelatih menggunakan kenderaan ringan seperti

motosikal untuk balik ke rumah. Guru - guru pelatih yang ditempatkan agak jauh daripada

tempat itu dibawa dengan kereta dan ada juga yang berkongsi kereta kerana keluarga

mereka tidak mampu untuk memiliki kemewahan sedemikian. Yang menyusul adalah aktiviti

Page 2: Laporan Program Anak Angkat Bina Insan Guru Fasa Pertama 2014 Mine

suai kenal bersama dengan keluarga. Ia merupakan langkah wajar untuk guru - guru pelatih

menimba suatu pengalaman yang baru lebih - lebih lagi bersama masyarakat Melayu yang

hidup aman dan damai di kawasan kampung sekaligus mengenali dan menghormati serta

mengikuti makanan, adat dan budaya mereka.

Pada jam 9 malam setelah bersiap sedia, kami sepatutnya mengikuti ceramah dan

program motivasi pelajar. Walau bagaimanapun,aktiviti tersebut gagal dilaksanakan atas

sebab - sebab tertentu tetapi menyediakan peluang bagi guru - guru pelatih bersungguh -

sungguh mempersiapkan persembahan mereka bagi malam kebudayaan yang akan

dilaksanakan pada hari esok umpama di sebalik setiap kekurangan akan ada juga

kelebihannya. Semua peserta BIG diwajibkan untuk melibatkan diri secara aktif dalam

persembahan tersebut kerana dapat dikenang selalu dan sememangnya akan mewujudkan

nostalgia manis buat penduduk Kampung Batu Putih yang belum pernah merasainya sebelu

itu. Setelah berlatih sampai 11 malam, baru kami balik ke rumah keluarga angkat untuk

meluangkan masa selebihnya bagi bersantai dan berbual - bual bersama mereka.

GAMBAR - GAMBAR HARI PERTAMA

Guru - guru pelatih yang sabar menunggu bas dengan bagasi mereka.

Page 3: Laporan Program Anak Angkat Bina Insan Guru Fasa Pertama 2014 Mine

Perbincangan dalam opsyen berkaitan program tiga hari yang bakal dilalui

Penerangan ringkas pengerusi BIG FASA IV mengenai aktiviti yang bakal berlangsung

Page 4: Laporan Program Anak Angkat Bina Insan Guru Fasa Pertama 2014 Mine

Taklimat umum tentang keselamatan oleh Encik Nahar selaku ketua unit jabatan

kokurikulum

Menyusun barang - barang ke dalam bas

Page 5: Laporan Program Anak Angkat Bina Insan Guru Fasa Pertama 2014 Mine

Sesi bergambar

Bergotong - royong membersihkan balai raya

Menyusun barang - barang untuk keluarga angkat

Page 6: Laporan Program Anak Angkat Bina Insan Guru Fasa Pertama 2014 Mine

Upacara penyerahan anak angkat

HARI KEDUA

Aktiviti hari kedua bermula pada pukul 8 pagi. Kami berkumpul di Balai Raya

setelah bersarapan di rumah masing - masing. Selepas dibahagikan kepada tiga

kumpulan, kami diminta untuk bergotong - royong bagi kawasan yang telah

ditetapkan. Kawasan yang ingin dibersihkan adalah seperti luaran dan dalaman

tadika dan sekitar kawasan Balai Raya. Setiap opsyen dipertanggungjawabkan

dengan lokasi pilihan mereka. Mural juga berjaya dihasilkan oleh guru pelatih bagi

menceriakan dan mengindahkan lagi kawasan Tadika tersebut. Tema yang dipilih

pula bersesuaian dengan tahap umur kanak - kanak Tadika supaya mereka dapat

belajar dalam keadaan yang menyeronokkan dan tidak menekan. Aktiviti gotong -

royong yang dilangsungkan selama empat jam ini tampak lebih sempurna sehingga

memberi wajah baru buat balai raya dan juga tadika tersebut.

Oleh kerana aktiviti gotong - royong tadi mengambil masa yang agak lama,

ada guru pelatih yang tidak berpeluang untuk melaksanakan kembara sosial

bersama keluarga angkat. Namun ada juga guru pelatih yang sempat pergi ke

tempat di mana sejarah nama batu putih wujud. Mereka berkongsi pengalaman dan

pengetahuan yang ditimba dengan rakan - rakan yang lain.

Pada jam 4 petang, aktiviti sukaneka telah diadakan oleh AJK Sukaneka.

Terdapat dua jenis permainan yang menarik khususnya untuk kanak - kanak kecil

yang dibimbing oleh guru pelatih. Pada umumnya, aktiviti - aktiviti dijalankan dengan

lancar dan semua kanak - kanak Kampung Putih telah bermain dengan girang

gembira. Seterusnya sukaneka disusuli dengan pertandingan Futsal antara remaja

lelaki Kampung Batu Putih dan guru pelatih lelaki IPTHO. Kanak - kanak perempuan

pula berlawan dengan guru pelatih perempuan IPTHO bagi pertandingan bola jaring.

Sukaneka pada slot tersebut berakhir dengan acara penutup tirai dan penyampaian

hadiah bagi para pemenang. Semua aktiviti sampai kepada penghujungnya pada

jam 7 petang dan kami pun balik ke rumah keluarga angkat masing - masing serta

membuat persediaan untuk persembahan malam kebudayaan.

Pada jam 9 petang, persembahan malam kebudayaan telah dilancarkan

secara rasminya. Setiap opsyen mempunyai dua jenis persembahan yang bervariasi

Page 7: Laporan Program Anak Angkat Bina Insan Guru Fasa Pertama 2014 Mine

untuk dipersembahkan kepada warga penduduk yang hadir pada malam itu.

Terdapat lapan jenis persembahan keseluruhannya dan dua persembahan

daripadanya adalah hasil usaha kanak - kanak tadika Kampung Batu Putih sendiri.

Antara jenis persembahan yang dimaksudkan ialah seperti tarian, nyayian,

pertunjukan fesyen dan sebagainya. Setiap persembahan mendapat sambutan yang

mengalakkan daripada penonton serta tepukan yang gemuruh memeriahkan lagi

suasana pada malam tersebut. Selepas kami minum malam, pensyarah pembimbing

BIG kami iaitu En. Razali telah memberikan sedikit refleksi tentang program

pelaksanaan BIG kali ini. Beliau juga berharap agar kami akan berasa suka dengan

BIG kali ini serta lebih memahami kebudayaan kaum lain suaya dapat menjamin

ikatan silaturahim yang erat antara satu sama lain. Kemudian, kami bersurai pada

jam 11.30 malam dengan keluarga angkat masing - masing.

GAMBAR - GAMBAR HARI KEDUA

Kawasan balai raya yang dibersihkan

Page 8: Laporan Program Anak Angkat Bina Insan Guru Fasa Pertama 2014 Mine

Mengelap cermin

Pokok kelapa yang ditebang

Pokok kelapa yang ditebang

Mural yang dilukis

Page 9: Laporan Program Anak Angkat Bina Insan Guru Fasa Pertama 2014 Mine

Mengecat dinding

Mencuci kolam

Kanak - kanak yang sudah bersiap sedia

Page 10: Laporan Program Anak Angkat Bina Insan Guru Fasa Pertama 2014 Mine

Permainan mencari gula - gula dalam tepung

Memasukkan air ke dalam botol menggunakan span

Permainan futsal antara kaum lelaki

Page 11: Laporan Program Anak Angkat Bina Insan Guru Fasa Pertama 2014 Mine

Persembahan tarian kanak - kanak tadika

Tarian sabah

Drama yang mencuri tumpuan orang ramai

Pasukan kompang

Page 12: Laporan Program Anak Angkat Bina Insan Guru Fasa Pertama 2014 Mine

Taklimat En. Razali


Top Related