LAPORAN AKTIVITI PUSPANITA CAWANGAN KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
BULAN JUN HINGGA SEPTEMBERTAHUN 2015
Page 2
RINGKASAN PROGRAM/ AKTIVITI PUSPANITA CAWANGAN
NRE DARI BULAN JUN HINGGA SEPTEMBER TAHUN 2015
BIL TARIKH PROGRAM
1. 11 Jun 2015 (Khamis)
Ceramah Hak-Hak Wanita Dalam Undang-
undang Islam, Pembahagian Harta Pusaka
dan Anti-Pencatutan & GST
2. 03 Julai 2015 (Jumaat) Lawatan ke Kompleks Kraf, Kuala Lumpur
BIRO : EKONOMI DAN KEUSAHAWANAN JKPTG
PERSEKUTUAN
Page 3
LAPORAN AKTIVITI BIRO
KEUSAHAWANAN DAN
EKONOMI
CERAMAH HAK-HAK WANITA DALAM UNDANG-UNDANG ISLAM, PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA DAN ANTI PENCATUTAN & GST
Page 4
TUJUAN
Tujuan kertas ini adalah untuk melaporkan
penganjuran Ceramah mengenai Hak-hak Wanita
Dalam Undang-undang Islam, Pembahagian Harta
Pusaka Dan Anti Pencatutan & GST oleh Biro
Ekonomi dan Keusahawanan/Biro Kepenggunaan dan
Perundangan, PUSPANITA Cawangan Kementerian
Sumber Asli dan Alam Sekitar dengan kerjasama Ahli
Jawatankuasa PUSPANITA Cawangan Jabatan Ketua
Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan dan Jabatan
Pengairan dan Saliran
Page 5
LATAR BELAKANG• Pada asalnya bajet penganjuran ceramah ini telah
dipohon melalui Biro Pendidikan dan Pembangunan
Keluarga Cawangan PUSPANITA JKPTG. Oleh kerana
tajuk ceramah mempunyai hubungkait dengan Biro
Kepenggunaan dan Perundangan dari JPS Y.Bhg Datin
Sri Pengerusi NRE mencadangkan supaya ceramah ini
digabungkan Biro Ekonomi dan Keusahawanan dan Biro
Kepenggunaan dan Perundangan.
Page 6
• Oleh yang demikian, Biro Ekonomi dan Keusahawan
PUSPANITA JKPTG dan JPS telah diberikan
peruntukan berjumlah RM3,140.00 bagi mengadakan
Ceramah Hak-Hak Wanita Dalam Undang-Undang
Keluarga Islam Dan Pembahagian Harta Pusaka Serta
Anti Pencatutan & GST di mana peruntukan berkenaan
merupakan peruntukan subsidi daripada PUSPANITA
Cawangan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.
Dari jumlah tersebut sebanyak RM940.00 diperuntukan
untuk bayaran penceramah seramai 3 orang dan
selebihnya adalah untuk tempahan makan minum serta
kos mencetak slide ceramah bagi peserta yang hadir
Page 7
• Ceramah ini telah mendapat sambutan yang
amat baik daripada para peserta PUSPANITA
Cawangan NRE iaitu terdiri daripada JPKTG,
JPS, JAS, FRIM, NAHRIM, PERHILITAN,
JUPEM dan JTLM. Seramai 65 peserta daripada
JKPTG, 8 orang peserta daripada JPS, 1 orang
peserta daripada JAS, 1 orang peserta daripada
FRIM, 1 orang peserta daripada NAHRIM, 1
orang peserta daripada PERHILITAN, 4 orang
peserta daripada JUPEM dan 2 orang peserta
daripada JTLM telah menyertai seminar ini.
Page 8
OBJEKTIF• Objektif ceramah ini untuk meningkatkan pemerkasaan
wanita Islam melalui inisiatif dan program-program
mengenai perkara yang berkaitan dengan hak-hak,
akses dan peluang pembangunan diri serta keluarga di
semua peringkat dan dalam pelbagai bidang.
• Objektif ini juga menggalakan ahli supaya aktif di dalam
aktiviti berkaitan ilmiah bagi tujuan memantapkan jati diri
di samping mengkaji peranan wanita dalam menerajui
peningkatan arus globalisasi.
Page 9
TARIKH, MASA & TEMPAT
• Tarikh : 11 Jun 2015 (Khamis)
• Masa : 8.00 pagi – 1.00 petang
• Tempat : Dewan Baiduri, Wisma
Sumber Asli, PUTRAJAYA
Page 10
ATURCARAMASA PROGRAM
8.00 – 8.30 pagI Pendaftaran
8.45 pagi Bacaan Doa
Ucapan Perasmian oleh YBhg. Datin Sri Yang DiPertua PUSPANITA JKPTG
9.00 – 11.00 pagi Ceramah (1)
“Hak Wanita di Dalam Undang-Undang Keluarga Islam”
Ustazah Fatimah Manja, JAKIM
11.00 – 11.15 pagi Minum Pagi
11.15 – 1.00 tgh Ceramah (2)
“Hak-Hak Wanita Dalam Pembahagian Harta Pusaka”
Pn. Hasiah Binti Kasah, JKPTG
1.00 – 2.30 ptg Makan Tengahari
Solat Zohor
2.30 – 4.30 ptg Ceramah (3)
Anti Pencatutan & GST
En. Thanabalan, JPS
4.30 ptg Penyampaian Sijil dan Cenderamata
Bersurai
Page 11
PENCERAMAH
• Seramai 3 orang penceramah telah dijemput bagi
menyampaikan topik-topik yang diminta. Penceramah-
penceramah ini dipilih berdasarkan kepada pengalaman
dan kepakaran mereka di dalam bidang masing-masing.
Penceramah-penceramah berkenaan adalah:
– Ustazah Fatimah Manja, Penceramah daripada
JAKIM
– Puan Hasiah Binti Kasah, Pengarah Bahagian
Pembahagian Pusaka JKPTG
– Encik Thanabalan, Penceramah daripada JPS
Page 12
PERBELANJAAN
BIL. PERKARA JUMLAH (RM)
1. Bayaran Penceramah 940.00
2. Makan Minum Mesyuarat 2,000.00
3. Kos Mencetak Hand-out Ceramah 200.00
JUMLAH KESELURUHAN 3,140.00
Page 13
PENUTUP
• Pada keseluruhannya, seminar ini telah
berjaya mencapai objektifnya dan telah
mendapat respond yang baik daripada
para peserta. Oleh yang demikian,
seminar ini disyorkan agar dapat
dianjurkan lagi pada masa hadapan.
Page 14
LAPORAN AKTIVITI BIRO
KEUSAHAWANAN DAN
EKONOMI
LAWATAN KE KOMPLEKS
KRAF KUALA LUMPUR
Page 15
MAKLUMAT AKTIVITI
Aktiviti : LAWATAN KE KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR
Tempat : KOMPLEKS KRAF, JALAN CONLAY
Tarikh : 03 JULAI 2015 (JUMAAT)
Masa :10.00 PAGI – 3.00 PTG
Kos Pelaksanaan (petrol) : RM183.74
Jumlah Kehadiran : 33 Peserta
Gambar Aktiviti
Page 16
Page 17
LAPORAN AKTIVITI
LAWATAN KE KOMPLEKS KRAF, JALAN CONLAY
Biro Ekonomi dan Keusahawaan PUSPANITA Cawangan Kementerian
Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) yang diterajui oleh PUSPANITA
Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan telah
menganjurkan satu sesi lawatan ke Kompleks Kraf, Jalan Conlay, Kuala
Lumpur pada 3 Julai 2015 (Jumaat).
Lawatan ini telah dihadiri seramai 33 peserta dari pelbagai agensi di bawah
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, seperti NRE, JAS, JPS, JMG,
JUPEM, JPSM, PERHILITAN, dan FRIM.
Page 18
LAPORAN AKTIVITI
LAWATAN KE KOMPLEKS KRAF, JALAN CONLAY
Antara tujuan lawatan antaranya adalah untuk :-
i. Mempelajari dan menjiwai proses pembuatan produk-produk kraf
seperti teknik anyaman rotan,mencanting batik, mengukir kayu, dan
membuat seramik;
ii. Mengenali dan menghayati warisan kraf melalui pengumpulan
maklumat proses pembuatan kraf serta pameran warisan kraf;
iii. Memberi pendidikan dan kefahaman yang berkesan kepada Ahli
PUSPANITA NRE khususnya berkaitan kraf melalui program
pemuliharaan kraf warisan;
iv. Memberi peluang kepada para peserta untuk merapatkan ukhuwah
sesama ahli PUSPANITA NRE yang lain;
v. Mewujudkan hubungan kerjasama yang baik di antara
kementerian/agensi dengan pihak Kompleks Kraf, Jalan Conlay.
Page 19
Aktiviti :Lawatan ke Kompleks Kraf,
Jalan Conlay
Tempat : Kompleks Kraf, Jalan Conlay
Tarikh : 03 Julai 2015 (Jumaat)
Masa : 10.00 pagi – 3.00 petang
Jumlah Kos
Perbelanjaan: RM 183.74
Jumlah Peserta : 33 orang
MAKLUMAT AKTIVITI
SEKIAN TERIMA KASIH
Disediakan oleh : BIRO KEUSAHAWANAN DAN EKONOMI, PUSPANITA CAWANGAN NRE