Transcript
  • Laporan Jawatankuasa Mengkaji, Menyemak dan Membuat PerakuanTentang Perkembangan dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi Malaysia

    i vi vi vi vi v

    Cetakan Pertama 2005Cetakan Kedua 2006 Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, 2005

    Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apajuga cara baik secara elektronik, mekanik, rakaman atau lain-lain, mana-mana bahagian kandungan bukuini sebelum mendapat izin bertulis daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Blok E3, Parcel E,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62505 Putrajaya.

    Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

    Laporan jawatankuasa mengkaji, menyemak dan membuat perakuan tentangperkembangan dan hala tuju pendidikan tinggi Malaysia, KementerianPengajian Tinggi Malaysia : langkah-langkah kearah kecemerlangan.Bibliografi: ms.297ISBN 967-958-192-61. Education, Higher--Malaysia. 2. Education, Higher--Planning--Malaysia.3. Universities and colleges--Malaysia. 4. Universities and colleges--Planning--Malaysia. I. Malaysia. Kementerian Pengajian Tinggi.378.595

    Reka bentuk kulit: Billion Printing Sdn. Bhd.Rupa taip teks: Times New RomanSaiz taip teks: 12 / 15

    Dicetak oleh: Univision Press Sdn. Bhd. (Email: [email protected])

  • Langkah-Langkah Ke Arah Kecemerlangan

    vvvvv

    Senarai Rajah viiSenarai Carta ixSenarai Jadual xiSenarai Sisipan xiiiPerutusan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia xvPrakata xviiPenghargaan xxiRingkasan Eksekutif xxiiiSenarai Perakuan xxxvii

    Bahagian I: PendahuluanBab 1 : Imperatif 3Bab 2 : Kajian 17

    Bahagian II: Latar Belakang Pendidikan Tinggi NegaraBab 3 : Sejarah Perkembangan Pendidikan Tinggi 23Bab 4 : Dasar-Dasar Negara dan Wawasan 29Bab 5 : Dasar Pendidikan Kebangsaan 33Bab 6 : Nilai-Nilai Kebangsaan 39Bab 7 : Undang-Undang Pendidikan Tinggi 43

    Bahagian III: Memperkasa Institusi Pendidikan TinggiBab 8 : Wawasan dan Misi Pendidikan Tinggi 49Bab 9 : Perundangan dan Tadbir Urus 55Bab 10 : Pembiayaan Institusi Pendidikan Tinggi 69Bab 11 : Sumber Manusia 83Bab 12 : Kualiti, Daya Saing dan Pengantarabangsaan 97Bab 13 : Teknologi Maklumat dan Komunikasi 115

    Muka Surat

    KANDUNGAN

    sherNoteMarked set by sher

  • Laporan Jawatankuasa Mengkaji, Menyemak dan Membuat PerakuanTentang Perkembangan dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi Malaysia

    v iv iv iv iv i

    Bahagian IV: Kecemerlangan Pengajaran dan PembelajaranBab 14 : Kurikulum 133Bab 15 : Pengajaran-Pembelajaran dan Pentaksiran 149

    Bahagian V: Kecemerlangan Penyelidikan dan PembangunanBab 16 : Penyelidikan dan Pembangunan 161

    Bahagian VI: Kecemerlangan Sumbangan kepada Masyarakat Malaysia

    Bab 17 : Perpaduan Negara 187Bab 18 : Akses dan Ekuiti 191Bab 19 : Langkah-Langkah Strategik ke Hadapan 205

    Bahagian VII: PenutupBab 20 : Penutup 215

    Lampiran I : Senarai Ahli Jawatankuasa 219Lampiran II : Biodata Ahli-Ahli Jawatankuasa Induk 223Lampiran III : Senarai Peserta Dialog Hala Tuju

    Pendidikan Tinggi Negara 235Lampiran IV : Senarai Peserta Siri Persidangan Meja Bulat

    Hala Tuju Pendidikan Tinggi Negara 259Lampiran V : Senarai Negara dan Institusi yang Dilawati dalam

    Kajian Tanda Aras dan Amalan Terbaik Antarabangsa 269Lampiran VI : Perangkaan Penduduk, IPTA dan IPTS Malaysia 275Lampiran VII : Senarai Universiti Awam dan Swasta,

    Kolej Universiti Awam dan Swasta,Kampus Cawangan Universiti Luar Negara,Politeknik dan Kolej Komuniti di Malaysia 277

    Lampiran VIII : Pentarafan 500 Universiti Terbaik Dunia Tahun 2004 281Lampiran IX : Senarai 200 Universiti Terbaik Dunia 293

    Bibliografi 297Glosari Singkatan dan Akronim 303

  • Langkah-Langkah Ke Arah Kecemerlangan

    v i iv i iv i iv i iv i i

    SENARAI RAJAH

    Muka Surat

    6465

    129

    Rajah 9.1 : Hubungan IPTA dengan Pelbagai Agensi KerajaanRajah 9.2 : Skema Kawalan Tadbir Urus di IPTSRajah 13.1 : Ringkasan Struktur Arkitektur Operasi eHiEd

  • Langkah-Langkah Ke Arah Kecemerlangan

    i xi xi xi xi x

    SENARAI CARTA

    Muka Surat

    7478

    162

    163

    Carta 10.1 : Komposisi Tenaga Buruh Berkelulusan Sijil, Diploma danIjazah bagi Malaysia, Singapura, Korea Selatan danAustralia

    Carta 10.2 : Graduan IPTS Mengikut Peringkat Kelulusan 2004Carta 16.1 : Kadar Kegiatan Penyelidikan Negara-Negara Terpilih

    (Peratus)Carta 16.2 : FTE Penyelidik Per 1000 Tenaga Buruh di Negara-

    Negara Terpilih

  • Langkah-Langkah Ke Arah Kecemerlangan

    x ix ix ix ix i

    SENARAI JADUAL

    Jadual 3.1 : IPTS Bukan Bertaraf Universiti Mengikut Negeri, 2004Jadual 10.1 : Lulusan IPTA Mengikut Peringkat KelulusanJadual 10.2 : Perbelanjaan Pendidikan Tinggi di Negara Anggota dan

    Negara Rakan OECD, 2001 dan Malaysia, 2004Jadual 10.3 : Senarai Profesional Berdaftar 1988 dan 2004Jadual 10.4 : HDI dan Education Index Negara-Negara Maju dan

    Malaysia 2002Jadual 10.5 : Peratus Tenaga Buruh Warganegara Malaysia Berkelulusan

    Ijazah dan Sijil, 1980 dan 2003Jadual 10.6 : Bilangan Universiti Awam dan Swasta di Jepun, 2003Jadual 14.1 : Perangkaan Penting Industri Kelapa Sawit Malaysia, 2004Jadual 14.2 : Kurniaan Maritim MalaysiaJadual 16.1 : Komposisi Penyelidik Negara Mengikut KelulusanJadual 16.2 : Gran, Tabung dan Skim Galakan PenyelidikanJadual 16.3 : Sumber Dana P&P di IPTJadual 16.4 : Komposisi Penyelidik di IPT Mengikut Kelayakan

    dan KewarganegaraanJadual 18.1 : Enrolmen dan Kadar Penyertaan Kohot Umur

    19-24 Tahun di IPTA

    Muka Surat

    2770

    7071

    72

    7377

    138140163164166

    166

    194

  • Langkah-Langkah Ke Arah Kecemerlangan

    xi i ix i i ix i i ix i i ix i i i

    SENARAI SISIPAN

    Sisipan 1.1 : Misi dan Fungsi Pendidikan TinggiSisipan 8.1 : Cadangan Wawasan Pendidikan Tinggi NegaraSisipan 8.2 : Cadangan Misi Pendidikan Tinggi NegaraSisipan 9.1 : Kuasa LPU Menurut Pandangan Perunding Undang-

    UndangSisipan 10.1 : Perbandingan Penuntut Pendidikan Tinggi Korea

    Selatan dengan MalaysiaSisipan 11.1 : Cadangan Skim Perkhidmatan Pendidikan Tinggi: Terma

    dan Carta Perjawatan Staf AkademikSisipan 12.1 : Kajian Destinasi Siswazah IPTA MalaysiaSisipan 16.1 : Teras Penyelidikan dalam Pembangunan Sumber

    Manusia NegaraSisipan 16.2 : Aspirasi P&P dalam Dasar Pembangunan WawasanSisipan 16.3 : Korean Advanced Institute of Technology, Korea

    SelatanSisipan 16.4 : Australian National University, Australia

    Muka Surat

    75253

    61

    75

    93106

    161165

    174174

  • Langkah-Langkah Ke Arah Kecemerlangan

    x vx vx vx vx v

    PERUTUSAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

    Kerajaan Malaysia bertekad merealisasikan ikrar untuk mengembalikan dan meneruskan tradisikegemilangan pendidikan tinggi nasional demi mengupayakan institusi-institusi pendidikan tinggimenjana modal insan yang mampu memberikan sumbangan bakti cemerlang kepada usaha-usahapembangunan negara.

    Sesungguhnya kejayaan tekad dan aspirasi murni ini menuntut perubahan dalam cara gaya kitamemimpin dan mengurus perjalanan pendidikan tinggi. Tuntutan utama, sebagaimana yangdiungkapkan oleh Perdana Menteri Malaysia, ialah melaksanakan revolusi pendidikan. Malahrevolusi tersebut telah dimulakan dengan beraninya oleh Perdana Menteri Malaysia denganmenubuhkan Kementerian Pengajian Tinggi dan saya pula telah diberikan penghormatan dantanggungjawab untuk memulakan larian obor perjuangan ini.

    Salah satu langkah segera saya dalam larian obor ini ialah menubuhkan Jawatankuasa Mengkaji,Menyemak dan Membuat Perakuan Tentang Perkembangan dan Hala Tuju PendidikanTinggi Malaysia, supaya Kementerian Pengajian Tinggi dan seluruh warga pendidikan tinggi negaradapat bertindak berdasarkan perakuan-perakuan Jawatankuasa tersebut demi memacu gerakanperubahan dan menyemarakkan usaha mencapai kecemerlangan. Lantaran tuntutan perubahan yangdemikian mendesak, Jawatankuasa yang terdiri daripada para cendekiawan berpengalaman danmewakili pelbagai bidang kepakaran serta dipimpin oleh Tan Sri Dato Dr. Wan Mohd. Zahid binMohd. Noordin, hanya diberikan enam bulan untuk menyiapkan kerja besar ini.

    Sayugialah saya merakamkan penghargaan seikhlasnya dan mengucapkan syabas kepadaJawatankuasa yang bukan sahaja telah berjaya menyempurnakan tugasan ini dalam tempoh masayang sedemikian singkat, malah berupaya pula menyiapkan sebuah Laporan yang komprehensifberserta dengan perakuan-perakuan yang dapat memandu perencanaan kita ke arah kecemerlanganpendidikan tinggi negara. Kementerian Pengajian Tinggi akan meneliti dengan serius segala pandangandan perakuan Jawatankuasa dan akan berikhtiar sebaik-baiknya untuk melaksanakannya, terutamanyaperakuan-perakuan yang disenaraikan sebagai mendesak dan menuntut tindakan segera.

    Akhirnya saya berharap agar ahli-ahli Jawatankuasa akan terus menyumbang kepada usaha murniini. Pengalaman dan kebijaksanaan ahli-ahli Jawatankuasa sangatlah bernilai kepada KementerianPengajian Tinggi dalam melaksanakan segala pandangan dan perakuan yang tergarap di dalamLaporan ini.

    Sekian, terima kasih.

    DATO DR. HAJI SHAFIE BIN HAJI MOHD SALLEHMenteri Pengajian Tinggi Malaysia 18 Julai 2005

    KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIABLOK E3, PARCEL EPUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN62505 PUTRAJAYA

    Tel : 03-88835000Faks : 03-88891327Web : http://www.mohe.gov.my

  • Langkah-Langkah Ke Arah Kecemerlangan

    xvi ixv i ixv i ixv i ixv i i

    JJJJJ awatankuasa Mengkaji, Menyemak dan Membuat Perakuan TentangPerkembangan dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi Malaysia telah ditubuhkan oleh YangBerhormat Dato Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh, Menteri Pengajian Tinggi Malaysiapada 17 Januari 2005 untuk menjalankan kajian status pendidikan tinggi negara dalam konteksperkembangan pendidikan tinggi serantau dan antarabangsa, dan kemudiannya menyediakanlaporan dan perakuan kepada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia berasaskan termarujukan yang telah ditetapkan. Jawatankuasa telah diberikan tempoh selama enam bulan untukmenyiap dan mengemukakan laporan kepada Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi.Dengan izin Allah, pada 18 Julai 2005, Jawatankuasa telah menyiapkan kerjanya danmenyerahkan Laporan ini kepada Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.

    Skop kajian Jawatankuasa ini meliputi fungsi-fungsi teras institusi pendidikan tinggi: pengajarandan pembelajaran, penyelidikan dan pembangunan, perkhidmatan kepada komuniti, pendidikansepanjang hayat dan isu-isu yang berkaitan dengan pendemokrasian pendidikan, akses danekuiti, serta komitmen institusi kepada usaha-usaha peningkatan kualiti secara berterusanbertanda aras kepada amalan-amalan terbaik antarabangsa. Jawatankuasa telah berusahadengan sedaya upaya untuk memastikan supaya skop kajian yang telah ditetapkan, yangbegitu luas cakupannya, tidak tersasar daripada hasrat kajian ini yang sebenarnya, iaitu untukmencerakin dan merumus perakuan-perakuan yang berfokus kepada hasrat menjadikanMalaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan tinggi dan bertaraf dunia.

    Sehubungan itu, Jawatankuasa telah melaksanakan kajian tanda aras dan amalan terbaikantarabangsa, dengan mengadakan kunjungan ke institusi-institusi pendidikan tinggi terkemukadi seluruh dunia meliputi Amerika Utara, Eropah dan Asia.

    PRAKATA

  • Laporan Jawatankuasa Mengkaji, Menyemak dan Membuat PerakuanTentang Perkembangan dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi Malaysia

    xvii ixvii ixvii ixvii ixvii i

    Berasaskan fungsi-fungsi teras dan perspektif kajian, Laporan ini diberikan tema Langkah-Langkah Ke Arah Kecemerlangan. Laporan ini dibahagikan kepada tujuh bahagian, dengansetiap bahagian mengandungi beberapa sub-tema, yang kesemuanya diolah untuk menyokongtema utama tersebut. Setiap bahagian pula dipecahkan kepada beberapa bab, dan setiap babdiolah dengan memperincikan sub-tema berkenaan, dan seterusnya disertakan perakuan-perakuan.

    Bahagian I dan Bahagian II menghuraikan imperatif, sejarah perkembangan, wawasan,dasar, nilai dan kerangka perundangan. Manakala Bahagian III, di bawah sub-temaMemperkasa Institusi Pendidikan Tinggi, membentangkan analisis terhadap kedudukanpendidikan tinggi Malaysia dewasa ini, serta perakuan-perakuan untuk memperkasakannyaagar berupaya melaksanakan fungsi-fungsi teras pendidikan tinggi dengan cekap dan berkesan,di samping berupaya mendepani cabaran-cabaran dalam persaingan di pentas antarabangsadan persada dunia. Bahagian IV, Kecemerlangan Pengajaran dan Pembelajaran,menumpukan kepada analisis yang paling asas dan menjadi prasyarat utama kepadakecemerlangan mana-mana institusi pendidikan, dan kunci ke arah menjadi juara antarabangsa,iaitu pengajaran dan pembelajaran. Bagi Bab V pula, yang tertumpu kepada KecemerlanganPenyelidikan dan Pembangunan, memaparkan kajian serta perakuan yang bersabit denganpenyelidikan dan pembangunan, yang merupakan teras kedua terpenting kepada pendidikantinggi, teras yang membezakan keunggulan sesuatu IPT dengan IPT yang lain.

    Justeru IPT wujud dalam masyarakat Malaysia dan antarabangsa, dan dibiayai olehmasyarakat, sama ada secara langsung atau tidak langsung, maka Bahagian VI diberikansub-tema Kecemerlangan Sumbangan Kepada Masyarakat Malaysia. Bahagian inimenghurai dan mengesyorkan tindakan-tindakan demi meningkatkan kecemerlangansumbangan pendidikan tinggi kepada masyarakat tempatan. Pada bahagian akhir, BahagianVII, Jawatankuasa menggariskan faktor-faktor yang menjadi kekangan kepada kajian danperakuan-perakuan yang dikemukakan.

    Pada keseluruhannya Jawatankuasa mengelak daripada membuat perakuan yang menuntutpelaburan baru oleh Kerajaan, yang mempunyai implikasi kewangan yang besar. Namunkecemerlangan yang dituntut dan diwar-warkan oleh semua pihak memerlukan keazamandan kesungguhan untuk melakukan tindakan-tindakan yang wajar demi mencapai cita-citatersebut.

    Dalam konteks Laporan ini, pendidikan tinggi Malaysia telah dilihat dari perspektif FalsafahPendidikan Kebangsaan, wawasan dan dasar-dasar negara yang bermatlamat membangunkanmodal insan yang berdaya tahan, berdaya saing, beradab dan berintelek tinggi bagi menghadapicabaran globalisasi, dan menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi dan perpaduannegara.

  • Langkah-Langkah Ke Arah Kecemerlangan

    x i xx i xx i xx i xx i x

    TAN SRI DATO DR. WAN MOHD ZAHID BIN MOHD NOORDINPengerusi

    Tan Sri Dato SeriDr. Haji Zainul Ariff Haji Hussain

    PengerusiBank Pembangunan Malaysia Berhad

    Prof. Dato Dr. Hassan SaidKetua Pengarah

    Jabatan Pengurusan IPT,Kementerian Pengajian Tinggi

    Datuk Dr. Abdul Monir YaacobPesuruhanjaya SUHAKAM

    (Bekas Ketua PengarahInstitut Kefahaman Islam Malaysia)

    Prof. Emeritus DatoDr. Khoo Kay Kim

    Profesor Jabatan SejarahUniversiti Malaya

    Prof. Dato Dzulkifli Abdul RazakNaib Canselor

    Universiti Sains Malaysia

    Prof. DatoDr. Ibrahim Ahmad Bajunid

    DekanFakulti Kemanusiaan

    & Sains SosialUniversiti Tun Abdul Razak

    Prof. DatoDr. T. Marimuthu

    Vice PresidentInternational Graduate Studies College

    Datuk Dr. Sulaiman MahbobPresiden

    Institut Integriti Malaysia

    Prof. Dato Mohd. Shukri Ab. Yajid,Presiden

    Kolej Universiti Teknologi& Pengurusan Malaysia

    Datuk Mustafa MansurPresident

    Federation Of MalaysianManufacturers

    18 Julai 2005

    Dalam hal ini, Jawatankuasa ingin mengungkapkan pernyataan seorang wakil masyarakatyang menyertai salah satu sesi perundingan Jawatankuasa ini: ...kita mempunyai segala-galanya yang boleh menjadikan kita unggul, malah suatu ketika kita pernah mencapaikeunggulan, namun kemudiannya dengan berlalunya waktu, keunggulan itu pun turutberlalu. Persoalan di hadapan kita sekarang ialah: Adakah kita mempunyai keazamanyang kental untuk bangkit semula sebagai bangsa yang unggul?

    Terima kasih.

    Prof.Dr. Shaik Md. Noor Alam Shaik Mohd Hussain

    ProfesorFakulti Ekonomi Dan Pengurusan

    Universiti Putra Malaysia

  • Langkah-Langkah Ke Arah Kecemerlangan

    x x ix x ix x ix x ix x i

    PENGHARGAAN

    Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pemimpin-pemimpin utama negara, YangAmat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawidan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Mohd. Najib bin TunAbdul Razak kerana telah memberi masa dan idea kepada Jawatankuasa ini. Terima kasih jugakepada Yang Berhormat Dato Mustapa Mohamed, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yangturut memberikan input kepada Jawatankuasa ini. Tidak ketinggalan juga rakaman terima kasihkepada Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia;Yang Berbahagia Tan Sri Musa Hitam, mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia; dan YangBerbahagia Tan Sri Dato Seri Ahmad Sarji Abdul Hamid, mantan Ketua Setiausaha NegaraMalaysia.

    Pada kesempatan ini juga Jawatankuasa mengungkapkan penghargaan serta rasa terhutang budikepada pelbagai institusi dan universiti terkenal di pelbagai negara yang telah dikunjungi, danpelbagai agensi serta individu di negara-negara berkenaan, yang telah mengongsikan maklumatdan idea, dan telah banyak membantu Jawatankuasa ini merumuskan dapatan-dapatan sertamenggubalkan perakuan-perakuan.

    Pernyataan penghargaan serta ucapan terima kasih ini tidak akan lengkap, tanpa mencatatkanyang lain-lainnya, yang telah memberikan sumbangan yang tidak ternilai. Terutamanya kepada AhliJawatankuasa Kerja yang telah bekerja dengan penuh dedikasi hingga ke saat-saat akhir tugasan,melampaui kewajipan yang dituntut, demi menyempurnakan Laporan ini sebaik mungkin.Penghargaan dan terima kasih juga kepada Ahli-Ahli Urusetia daripada Kementerian PengajianTinggi Malaysia (KPTM) dan Institut Integriti Malaysia (IIM). Terima kasih khusus kepada UniversitiTeknologi MARA atas ehsan menerbitkan Laporan ini dan menyediakan perkhidmatan sekretariat.Terima kasih juga kepada ahli-ahli akademik dan pengurus-pengurus institusi pendidikan tingginegara, pegawai-pegawai Kerajaan, para profesional, pemimpin masyarakat dan pertubuhan NGO,pertubuhan-pertubuhan pelajar, pertubuhan-pertubuhan wanita, dan semua anggota masyarakatyang telah memberikan pandangan melalui laman web Jawatankuasa ini.

    Akhirnya, dengan tulus ikhlas, Jawatankuasa merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terimakasih kepada Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Yang Berhormat Dato Dr. Haji Shafie bin HajiMohd. Salleh yang telah memberikan kepercayaan kepada kami untuk melaksanakan tugasannegara yang amat besar ini.

  • Langkah-Langkah Ke Arah Kecemerlangan

    xxii ixxi i ixxi i ixxi i ixxi i i

    1 Rujuk Bab 2 para 2.1.2 Terjemahan Ucapan Perdana Menteri Malaysia di majlis The NEAC Dialogue Forum pada 13 Januari 2004 di HotelMarriot Putrajaya.

    RINGKASAN EKSEKUTIF

    1. PENDAHULUAN

    1.1. Tema Laporan ini ialah Langkah-Langkah Ke Arah Kecemerlangan. Jawatankuasatelah memilih tema ini setelah memikirkannya dengan teliti dan mendalam serta membuatpetimbangan-pertimbangan yang menyeluruh serta jitu berasaskan hujah-hujah yangkonkrit dan mantap.

    1.2. Pertama, Terma Rujukan yang diberikan kepada Jawatankuasa adalah berfokuskanpencapaian kecemerlangan. Jawatankuasa diminta mengemukakan perakuan-perakuanyang akan membolehkan pendidikan tinggi di Malaysia mencapai taraf dunia, supayadengan pencapaian tersebut menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlanganpendidikan serantau1.

    1.3. Kedua, seruan berterusan pemimpin-pemimpin supaya menjadikan pendidikan tingginegara bertaraf dunia dan menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan serantau.

    1.4. Ketiga, keyakinan Perdana Menteri Malaysia bahawa ..kita memerlukan tidakkurang daripada suatu revolusi pendidikan untuk memastikan bahawa aspirasikita untuk menerapkan budaya pencapaian yang baru tidak terbantut olehketidakmampuan kita membangunkan modal insan yang sepadan dengantanggungjawab dan cabaran-cabaran mendatang.2

  • Laporan Jawatankuasa Mengkaji, Menyemak dan Membuat PerakuanTentang Perkembangan dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi Malaysia

    xxivxx ivxx ivxx ivxx iv

    1.6. Justeru, amat jelas sekali kepada kita semua bahawa seruan-seruan yang senada danbersinambungan daripada segenap lapisan masyarakat Malaysia, supaya digandakanusaha ke arah mencapai kecemerlangan, adalah merupakan harapan dan desakan yangperlu diberikan perhatian serius. Dengan kata lain, kehendak dan cita rasa rakyatMalaysia kini terhadap pendidikan tinggi ialah kecemerlangan, keunggulan danpendidikan tinggi bertaraf dunia. Di sisi yang lain, pandangan-pandangan yang diluahkanrakyat Malaysia turut membayangkan semacam ketidakpuasan hati atau hasrat yangbelum terpenuh terhadap kualiti pendidikan negara, terutamanya bersabit denganpendidikan tinggi.

    1.7. Pada setiap pertemuan, suatu hal yang sentiasa dilontarkan kepada Jawatankuasa ini,ialah mengenai keperluan untuk melakukan perubahan, keperluan untuk bertindakdengan berani dan segera, demi mengembalikan kecemerlangan dan keunggulan yangpernah kita nikmati sebelum ini. Dalam konteks ini, Y.A.B Perdana Menteri telahmenyuarakan keprihatinannya dan mendesak kita semua melakukan revolusi pendidikandemi menjaminkan bangsa Malaysia dapat mendepani serta menangani semua cabarandan memenuhi semua tuntutan zaman.

    1.8. Pendek kata perubahan perlu dilakukan, dan untuk menjayakannya dengan berkesankita perlu kepada kesungguhan dan keberanian. Namun, berdasarkan pengamatandan pengalaman, kerana sesetengah perubahan hanya berlangsung setengah jalan atautidak dilaksanakan dengan sepenuhnya, maka ada pihak yang berasa sangsi terhadapkajian dan laporan Jawatankuasa ini.

    ...Kalau kita sudah putuskan, kita mesti ada keazaman politik untukmelaksanakannya, dan kita mesti ubah apa yang perlu kita ubah. Kita tidakmahu, seperti apa yang berlaku sekarang, kita tidak mengkaji sesuatu itu dengansecara menyeluruh, dan justeru penyelesaian yang dicadangkan juga tidaklengkap. Saya berharap Jawatankuasa ini dapat membuat keputusan yang tegasdan berani, dan biarlah ia merupakan Jawatankuasa terakhir, dan tidak akanada lagi Jawatankuasa untuk mengkaji pendidikan tinggi negara bagi tempohsepuluh tahun lagi. Kita telah bercakap tentang perkara ini tidak kurangdaripada 30 tahun. (Ungkapan salah seorang peserta Persidangan Meja Bulat HalaTuju Pendidikan Tinggi Negara yang dikelolakan oleh Jawatankuasa ini).

    1.5. Keempat, maklumbalas-maklumbalas yang dikumpulkan oleh Jawatankuasa menerusidialog dan persidangan, dan memorandum-memorandum awam menerusi laman web.Kesemuanya menyeru kepada perubahan dalam pendidikan tinggi agar dapat bergerakke arah kecemerlangan.

    Ringkasan Eksekutif

  • Langkah-Langkah Ke Arah Kecemerlangan

    x x vx x vx x vx x vx x v

    1.9. Jawatankuasa amat yakin bahawa seruan ke arah kecemerlangan dan gesaan ke arahmengangkat martabat institusi pendidikan tinggi (IPT) negara menjadi pusatkecemerlangan serantau dan bertaraf dunia, adalah merupakan hasrat yang tulus, danbukan retorik, impian murni untuk melihat IPT negara menjadi pusat pendidikan tinggiyang tersohor dan terbilang. Sehubungan itu, Jawatankuasa berkeyakinan penuhbahawa rakyat Malaysia memang serius dengan tuntutan mereka, dan mereka jugasudah bersedia untuk sama-sama memikul amanah serta tanggungjawab untuk menapakke arah kecemerlangan.

    1.10. Jawatankuasa ingin menegaskan bahawa semua analisis dan perakuan dalam Laporanini adalah merujuk serta berpandukan hasrat dan harapan setiap rakyat Malaysia.Perlu juga ditegaskan bahawa seruan ke arah kecemerlangan menuntut perumusandasar dan penyusunan strategi. Jawatankuasa juga sedar dan maklum tentang kewujudantindakan afirmatif Kerajaan untuk menyusun semula masyarakat dan menghapuskanidentiti bangsa berdasarkan tempat tinggal dan kegiatan ekonomi mereka. Walaubagaimanapun, dasar afirmatif perlu dilaksanakan dalam konteks realiti masyarakatberbilang etnik, tanpa mengira kaum dan tempat tinggal, di samping dasar-dasar laindemi mencapai perpaduan dan keharmonian kebangsaan.

    1.11. Jawatankuasa mengakui bahawa wujud semacam pertentangan atau ketegangan antaradua tuntutan yang berbeza. Di satu pihak ialah tuntutan untuk memenuhi keperluankelompok-kelompok yang masih ketinggalan semenjak sekian lama, dan di pihak lainpula ialah tuntutan untuk terus mara ke hadapan bagi menjadikan Malaysia sebuahnegara yang berdaya saing di peringkat antarabangsa. Justeru, formula yang terbaikdan bijaksana untuk menangani masalah ini ialah dengan meningkatkan kemajuan melaluipendekatan yang dinamik dan seimbang.

    1.12. Tindakan untuk memacu ke hadapan dalam usaha mengejar kemajuan mestidilaksanakan dengan serius dan berterusan. Maksudnya ialah negara tidak bolehberhenti, walaupun sejenak, kerana hendak menunggu kelompok-kelompok yang masihbelum bersedia untuk menyertai persaingan tersebut. Andainya negara berbuatdemikian, tindakan tersebut merupakan tindakan levelling down dan langkah ini bersifatlangkah undur ke belakang yang jumud serta merugikan.

    1.13. Sebenarnya, negara memerlukan pendekatan yang boleh membawa kepada peningkatanatau levelling up. Pendekatan levelling up merupakan formula yang terbaik dan sejajardengan strategi dinamik serta seimbang dalam usaha mencapai kemajuan. Jawatankuasaberpendapat melalui pendekatan ini kelompok-kelompok yang masih ketinggalan akanmendapat faedah, dan dengan cara itu seluruh bangsa Malaysia akan dapat dilibatkandengan cara serentak dan menyeluruh dalam gerak kerja untuk mencapai kemajuan.Kedua-dua kelompok, yang masih ketinggalan dan yang telah maju, masih dapatmara ke hadapan untuk mencapai kecemerlangan.

    Ringkasan Eksekutif

  • Laporan Jawatankuasa Mengkaji, Menyemak dan Membuat PerakuanTentang Perkembangan dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi Malaysia

    xxvixxvixxvixxvixxvi

    3 Jawatankuasa mengakui bahawa matlamat pendidikan adalah lebih luas dan menyeluruh daripada yang dinyatakan diatas. Namun, bukanlah menjadi hasrat Jawatankuasa ini untuk membincangkan kesemuanya.

    1.14. Apa yang dinyatakan di atas adalah model pendemokrasian pendidikan yang disyorkanoleh Jawatankuasa ini. Model serampang dua mata ini bertujuan untuk memenuhisasaran hala tuju negara ke arah kecemerlangan dan peningkatan daya saing, dan jugamemenuhi serta menjaminkan keperluan kelompok masyarakat yang selama ini masihketinggalan. Justeru strategi seimbang dan dinamik ini juga dijadikan asas untukmerumuskan perakuan-perakuan mengenai kurikulum pendidikan tinggi.

    1.15. Selain itu, keprihatinan untuk meningkatkan nilai pasaran para siswazah di negara inimenjadi lebih mendesak dengan meningkatnya kadar pengangguran di kalangan mereka.Isu ini telah menguatkan desakan pihak tertentu, termasuk para cendekiawan, supayapendidikan tinggi dipacu semata-mata untuk memenuhi tuntutan utilitarian. Jika desakanini dipenuhi, kesannya sangat merugikan kerana matlamat pendidikan tinggi dihadkankepada suatu sasaran yang sempit, sedangkan matlamat pendidikan itu sendiri adalahamat luas.

    1.16. Pendidikan ditugaskan meladeni banyak matlamat. Lantaran itu, dalam pendidikan,pencarian kecemerlangan bukan suatu usaha yang ringkas dan mudah. Banyak segiyang mesti diambil kira, dan banyak sudut yang wajib diteroka. Secara seumum-umumnya, Jawatankuasa mengkategorikan matlamat pendidikan untuk memenuhi duaaspek, iaitu3:

    1.16.1 matlamat sosial, dan1.16.2 matlamat ekonomi.

    1.17. Matlamat sosial dan ekonomi tersebut menjadi dua tunggak besar yang menjulangmatlamat murni pendidikan, iaitu melahirkan manusia baik, seimbang, berilmu,berketrampilan, bertanggungjawab dan bijaksana.

    1.18. Justeru, pendidikan tidak wajar dilihat semata-mata dari perspektif utilitarian, keranamanusia utilitarian yang terpisah daripada nilai-nilai murni hanya akan berpedomankanhawa nafsu. Manakala masyarakat yang didominasi oleh individu-individu utilitarianpula adalah merupakan masyarakat yang pincang dan gawat bahana keserakahan nafsuindividu-individu tersebut. Salah satu petunjuk kepincangan tersebut ialah penyakitrasuah. Dalam konteks ini, Kerajaan Malaysia kini sedang meningkatkan usaha untukmenghapuskan penyakit ini, dan fakta ini mengukuhkan lagi tuntutan dan komitmen kearah melaksanakan pendidikan yang seimbang.

    Ringkasan Eksekutif

  • Langkah-Langkah Ke Arah Kecemerlangan

    xxviixxviixxviixxviixxvii

    1.19. Berdasarkan hakikat ini, Jawatankuasa menyokong penuh Falsafah PendidikanKebangsaan (FPK) yang berhasrat untuk melahirkan insan dan warganegara seimbangmelalui pendidikan seimbang. Pernyataan FPK adalah seperti berikut:

    Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arahmemperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untukmelahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosidan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usahaini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmupengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapaikesejahteraan diri serta mampu memberikan sumbangan terhadap keharmoniandan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.4

    1.20. FPK tidak berkompromi dan tidak berganjak dalam mempertahankan cita-citapembangunan modal insan. FPK adalah falsafah yang seimbang, yang meladeni tuntutandan keperluan utilitarian dengan cara mengembangkan kemahiran dan meningkatkannilai pasaran sumber manusia yang telah melalui proses pendidikan, dan pada masayang sama, manusia ekonomi itu diperteguhkan lagi dengan nilai-nilai murni, prinsip-prinsip moral dan kepercayaan kepada Tuhan.

    1.21. Jawatankuasa berpendirian bahawa kurikulum pendidikan tinggi negara mestilahseimbang. Kurikulum ini akan mempersiapkan siswazah pendidikan tinggi yangberupaya memiliki ketrampilan dalam kerjaya, dan juga mampu menghayati nilai-nilaimurni serta prinsip-prinsip moral.

    2. RINGKASAN PERAKUAN-PERAKUAN

    2.1. Jawatankuasa telah menjadikan latar belakang, asas-asas dan pertimbangan-pertimbangan seperti yang dinyatakan di atas sebagai landasan untuk memahami danmendekati persoalan hala tuju pendidikan negara. Jawatankuasa juga berpendirianbahawa perjalanan menuju kecemerlangan mesti diselaraskan dengan perjalanan kearah pendemokrasian peluang-peluang pendidikan untuk semua. Justeru, tiada individuyang akan tercicir, dan negara juga tidak akan tercicir dalam persaingan mengejarkecemerlangan dan kedudukan yang tinggi di medan antarabangsa dan juga persadadunia.

    4 Akta Pendidikan 1996.

    Ringkasan Eksekutif

  • Laporan Jawatankuasa Mengkaji, Menyemak dan Membuat PerakuanTentang Perkembangan dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi Malaysia

    xxviiixxviiixxviiixxviiixxviii

    2.2. Jawatankuasa juga telah merumus sebanyak 138 perakuan untuk pertimbanganKerajaan Malaysia, KPTM, pelbagai institusi dan warga pendidikan tinggi negara danmasyarakat seluruhnya. Perakuan-perakuan tersebut dikelompokkan di bawah limatunggak kecemerlangan pendidikan tinggi, iaitu:

    2.2.1 Kecemerlangan pengajaran-pembelajaran.2.2.2 Kecemerlangan penyelidikan dan pembangunan.2.2.3 Kecemerlangan keupayaan institusi pendidikan tinggi memberikan sumbangan

    masyarakat dan negara.2.2.4 Kecemerlangan keupayaan institusi dalam menyempurnakan fungsi-fungsi

    terasnya.2.2.5 Kecemerlangan dalam melaksanakan inisiatif pendemokrasian pendidikan bagi

    menjamin akses dan penyertaan kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengirakaum, keturunan, agama, warna kulit dan fahaman politik.

    3. KECEMERLANGAN PENGAJARAN-PEMBELAJARAN

    3.1. Pengajaran adalah fungsi teras pendidikan tinggi. Menguasai kemahiran pengajaran-pembelajaran adalah prasyarat kepada kelancaran dan keberkesanan pengajaransesuatu disiplin pengajian. Inilah hakikat yang telah lama diterima umum: kecemerlangandalam pengajaran akan meningkatkan kecemerlangan IPT. Guru atau pensyarah yangunggul melahirkan siswazah yang cemerlang. Siswazah yang cemerlang akanmempamerkan peribadi yang cemerlang dan sentiasa bijaksana membawa dirinyamenyertai sebarang persaingan di segenap segi kehidupan.

    3.2. Jawatankuasa mengesyorkan perakuan-perakuan yang memfokus kepada peningkatankecemerlangan pengajaran dan pembelajaran. Jawatankuasa telah memperakukansupaya pensyarah-pensyarah baru di IPT diwajibkan mengikuti latihan pedagogi danandragogi. Perakuan ini sebenarnya dirumus berdasarkan kejayaan inisiatifpendemokrasian pendidikan yang telah membolehkan lebih ramai penuntut menyertaipendidikan tinggi.

    3.3. Akibat daripada inisiatif pendemokrasian pendidikan, pendidikan tinggi tidak lagiberbentuk elitis, tetapi telah terbuka kepada penuntut daripada pelbagai latar belakangkehidupan, tahap keupayaan pembelajaran dan tabiat pentaakulan. Ini tentunyamemerlukan penguasaan pengetahuan dan kemahiran pedagogi di kalangan parapensyarah untuk menangani kepelbagaian kebolehan para penuntut. Pengajaran tidakboleh lagi dilaksanakan menerusi kaedah cuba-jaya. Lantaran itu Jawatankuasamemperakukan usaha-usaha berterusan demi meningkatkan kelayakan dan kepakaranpara pensyarah, bukan sahaja dalam kaedah-kaedah pengajaran, malahan juga dalamkaedah-kaedah pentaksiran. Jawatankuasa juga memperakukan supaya para pensyarahpendidikan tinggi bekerja rapat dengan profesional di sektor pekerjaan dalam membina

    Ringkasan Eksekutif

  • Langkah-Langkah Ke Arah Kecemerlangan

    xx ixxx ixxx ixxx ixxx ix

    4. KECEMERLANGAN PENYELIDIKAN & PEMBANGUNAN

    4.1. Penyelidikan dan Pembangunan (P&P) adalah satu lagi tunggak kecemerlangan yangmembezakan IPT bertaraf dunia daripada IPT yang lain. Penyelidikan menyuburkankeghairahan para penuntut kepada penemuan ilmu baru. Penyelidikan mencabar,merangsang dan mendorong para penuntut untuk meneroka ilmu dan memahamikehidupan manusia.

    4.2. Hala tuju IPT negara untuk meraih kecemerlangan dalam penyelidikan masih lagi jauh.Komposisi penuntut pascasiswazah daripada seluruh enrolmen penuntut di IPT tempatanberbanding IPT di negara-negara maju adalah amat kecil. Di Jepun misalnya, penuntutpascasiswazah di IPT ialah 27.3 peratus daripada jumlah enrolmen, manakala di KoreaSelatan pula ialah sebanyak 13.1 peratus. Komposisi penuntut pascasiswazah diMalaysia hanyalah 5.9 peratus daripada jumlah enrolmen di IPT.5 Kenyataan pahit inimenuntut tindakan yang segera dan berani di pihak Kerajaan demi memperbetulkanketidakseimbangan dan kesenjangan tersebut. Sebagai permulaan, Jawatankuasamencadangkan agar Kerajaan mengenal pasti lima universiti terkemuka negara untukdijadikan universiti penyelidikan dan pascasiswazah.

    4.3. Sehubungan dengan perkara di atas, Jawatankuasa telah memperakukan supayauniversiti penyelidikan dan pascasiswazah diwujudkan dengan cara menjadikanuniversiti-universiti awam yang sedia ada, yang menepati kriteria yang ditetapkan olehKPTM, sebagai universiti penyelidikan, pascasiswazah dan pascakedoktoran.

    4.4. Selari dengan itu juga Jawatankuasa memperakukan penubuhan PerbadananPenyelidikan Malaysia yang dianggotai bersama oleh IPT, institusi penyelidikan, institusiperdagangan dan perindustrian, dan agensi ekonomi Kerajaan untuk bekerjasamadengan Majlis Penyelidikan dan Kemajuan Sains Negara untuk mengembangkan danmengukuhkan aktiviti penyelidikan negara sebagai landasan inovasi dalam bidang sains,teknologi, kemanusiaan dan pembelajaran menerusi kolaborasi penyelidik-penyelidiktersohor (top-flight), merentas sempadan dan antara disiplin. Perbadanan PenyelidikanMalaysia berperanan mengupayakan saintis dan sarjana berkualiti dari seluruh duniamelakukan penyelidikan di Malaysia bersama-sama dengan saintis dan sarjanatempatan.

    5 Analisis Jawatankuasa berasaskan data daripada Buku Tahunan Perangkaan Malaysia 2004 dan data KementerianPengajian Tinggi Malaysia http://www.mohe.gov.my (30 Ogos 2005); Statistical DataBase(KOSIS), Korea NationalStatistics Office http://kosis.nso.go.kr (30 Ogos 2005); Selected Higher Education Statistics, Department ofEducation, Science and Training, Australiawww.dest.gov.au/sectors/higher_education/students_2004_selected_higher_education_statistics.htm (30 Ogos 2005)

    kurikulum dan merangka kaedah pentaksiran yang standard dan relevan. Malahdiperakukan supaya para pensyarah IPT menimba pengalaman dengan cara melibatkandiri bekerja di sektor perindustrian dan perdagangan.

    Ringkasan Eksekutif

  • Laporan Jawatankuasa Mengkaji, Menyemak dan Membuat PerakuanTentang Perkembangan dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi Malaysia

    x x xx x xx x xx x xx x x

    4.5. Jawatankuasa berpendapat bahawa inisiatif P&P tidak sewajarnya menjaditanggungjawab Kerajaan Persekutuan semata-mata. Sudah sampai masanya kerajaan-kerajaan negeri dan perbadanan-perbadanan awam yang berhubung dengan Kerajaan(GLC) mengambil bahagian secara aktif dalam menaja kegiatan P&P di IPT dengancara mewujudkan kursi-kursi penyelidikan dalam bidang-bidang strategik sepertikomunikasi, tenaga, pertanian, perbankan dan pengurusan dasar-dasar pembangunan.

    4.6. Selain itu, penuntut-penuntut yang berjaya menghasilkan penemuan-penemuan menerusipenyelidikan dan menghasilkan inovasi dan invensi wajarlah diberikan galakan dengancara menganugerahkan biasiswa atau dermasiswa sekali bayar (one-off). Ganjaranwajar juga diberikan kepada penuntut-penuntut yang berjaya menerbitkan penulisannyadi jurnal-jurnal kebangsaan, serantau dan antarabangsa yang berimpak tinggi. Demikianjuga penuntut-penuntut pascasiswazah, terutamanya yang melakukan penyelidikandalam bidang-bidang yang boleh menyumbang secara langsung kepada pembangunannegara dan kesejahteraan masyarakat, wajar diberikan galakan biasiswa yang setimpal.Jawatankuasa juga menyokong program penajaan oleh Kerajaan kepada penuntut-penuntut yang menyambung pendidikan tinggi di luar negara dan memperakukan supayaprogram penajaan di peringkat pascasiswazah dan pascakedoktoran dipertingkatkanlagi.

    4.7. Walau bagaimanapun, Jawatankuasa menegaskan bahawa hanya siswazah dihantarmenyertai pengajian pascasiswazah di luar negara, dan mereka hanya dihantar ke IPTyang terulung sahaja. Masanya telah tiba bagi Kerajaan menghentikan penghantaranbesar-besaran penuntut-penuntut prasiswazah ke luar negara. Sejumlah yang kecilmungkin masih boleh dihantar ke luar negara, itupun ke IPT cemerlang dan bertarafdunia yang menjurus kepada bidang-bidang pengajian yang kritikal kepada keperluanmasyarakat dan negara. Kita patut menerima hakikat bahawa penuntut prasiswazahtidak menjalankan penyelidikan yang serius, dan biasanya mereka juga tidak mendapatdidikan daripada profesor yang terkemuka.

    4.8. Demi menyemarakkan lagi kolaborasi penyelidikan antara disiplin, Jawatankuasa telahmencadangkan supaya universiti-universiti penyelidikan diberikan tanggungjawabmengambil daya usaha menubuhkan dan menggerakkan akademi berikut:

    4.8.1 Akademi Sains dan Teknologi64.8.2 Akademi Sains Kejuruteraan4.8.3 Akademi Sains Sosial4.8.4 Akademi Ilmu Kemanusiaan

    6 Akademi Sains Malaysia telah sedia wujud, lantaran itu akademi tersebut perlu dikembangkan kepada Akademi Sainsdan Teknologi Malaysia serta kepakarannya digembleng untuk memajukan penyelidikan antara disiplin.

    Ringkasan Eksekutif

  • Langkah-Langkah Ke Arah Kecemerlangan

    xxx ixxx ixxx ixxx ixxx i

    Keempat-empat akademi tersebut diperakukan supaya diintegrasikan untuk membentukMajlis Akademi Sarjana Kebangsaan. Majlis ini boleh berperanan sebagai pemangkindan penaja inkuiri intelektual, di samping mengintegrasikan pelbagai inisiatif antaradisiplin dalam bidang penyelidikan, inovasi dan invensi.

    4.9. Berhubung dengan hal yang sama, Jawatankuasa memperakukan supaya ditubuhkanPerbadanan Antarabangsa Pendidikan Tinggi Malaysia (Malaysian InternationalHigher Education Corporation, MIHEC) untuk membawa usaha-usaha penyelidikanke peringkat antarabangsa serta menarik penyelidik-penyelidik antarabangsamelakukan penyelidikan di Malaysia bersama-sama dengan penyelidik-penyelidiktempatan. Juga diperakukan penubuhan Pangkalan Maklumat Penyelidikan Malaysiayang akan berperanan sebagai pusat pengumpulan data penyelidikan dan pusat rujukanpara penyelidik Malaysia dan antarabangsa.

    4.10. Jawatankuasa mendapati berlakunya pertindihan bidang-bidang penyelidikan di IPTnegara. Jawatankuasa yakin bahawa sekiranya pertindihan tersebut dapat dielakkan,dana pendidikan tinggi yang disumbangkan oleh Kerajaan dapat dimanfaatkan denganlebih berkesan lagi. Dengan kata lain, IPT perlu memfokus kepada bidang-bidangteras masing-masing. Dengan itu program-program institusi dapat dilaksanakan padamode economies of scale dan sekaligus mencegah kejadian staf dicuri atau staffpinching. Justeru, Jawatankuasa memperakukan bidang-bidang baru yang sedangmuncul. Antaranya, sebagai contoh ialah:

    4.10.1 Biobase: bioteknologi, biomedikal dan biokejuruteraan.4.10.2 Mikroteknologi: nanoteknologi, kejuruteraan precision.4.10.3 Sumber asli negara: petroleum, air, maritim, solar, angin.4.10.4 Sains sosial dan kemanusiaan: pelbagai budaya, antara budaya.4.10.5 Sains antara disiplin.

    4.11. Wajar juga dicatatkan bahawa demi memacu kegiatan penyelidikan dan pembangunan,autonomi institusi serta kebebasan akademik merupakan prasyarat penting untuk menjanabudaya kreatif lagi inovatif. Namun demikian, universiti wajarlah dipertanggungjawabkanke atas segala keputusan yang diambilnya dalam segala segi untuk menjamin pencapaianP&P yang produktif dan cemerlang.

    Ringkasan Eksekutif

  • Laporan Jawatankuasa Mengkaji, Menyemak dan Membuat PerakuanTentang Perkembangan dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi Malaysia

    xxxi ixxxi ixxxi ixxxi ixxxi i

    5. KECEMERLANGAN SUMBANGAN KEPADA MASYARAKAT DANNEGARA

    5.1. IPT adalah agen kritikal kepada penjanaan dan peningkatan kekayaan negara dankesejahteraan masyarakat. Hubungan rapat antara pendidikan dengan pembangunanekonomi sememangnya telah diakui sekian lama di seluruh dunia. Ini bermakna IPTtidak boleh menjadi menara gading yang terpisah daripada masyarakat. Malahan IPTwajib berganding bahu dengan masyarakat dan berusaha keras dalam segenap bidanguntuk meningkatkan keupayaan masyarakat dan negara demi mencapai kemakmuranekonomi dan kesejahteraan sosial. Oleh itu, Jawatankuasa ini telah mencadangkansupaya IPT tempatan menjadi rakan seiring industri dengan cara membinapermuafakatan strategik dan usaha sama.

    5.2. Sehubungan itu, IPT dan industri telah diperakukan supaya menjalankan usaha sama:IPT menawarkan pelbagai kemudahan dan kepakaran penyelidikannya kepada industribagi menjalankan inisiatif P&P, manakala pihak industri pula menyediakan dana dankepakaran dalam mengkomersialkan hasil-hasil penyelidikan tersebut. IPT jugadiperakukan supaya menyediakan pusat-pusat inovasi dan pasukan pengurusan hartaintelek demi memajukan dan menyemarakkan daya usaha kolaborasi dengan pihakindustri. Selanjutnya, IPT bertanggungjawab menjayakan pembangunan usahawan-usahawan inovatif yang kemudiannya akan mengkomersialkan hasil-hasil penyelidikandan harta-harta intelek milik bersama.

    6. MEMPERKASA KEKUATAN INSTITUSI

    6.1. Jawatankuasa telah mengenal pasti aspek-aspek kritikal yang mesti ditangani dalamrangka mengangkat martabat IPT negara ke taraf dunia dan menjadi pusatkecemerlangan pendidikan. Aspek pertama dan utama ialah merumuskan wawasandan misi pendidikan tinggi yang jelas dan mantap untuk menjadi panduan hala tuju(beacon) kepada semua institusi dan entiti pendidikan tinggi negara. Jawatankuasatelah mengambil inisiatif menyediakan cadangan pernyataan wawasan dan misi tersebutseperti pada Sisipan 8.1 dan 8.2.

    6.2. Dalam usaha memperkasakan kekuatan IPT negara, Jawatankuasa menaruh keyakinantentang peri mustahaknya IPT diurus sebagai organisasi korporat bagi melepaskannyadaripada belenggu birokrasi dan renyah tunjuk atur (micro-management) KPTM.Bagi Jawatankuasa ini, pengurusan secara korporat ini adalah satu imperatif yangmustahak sekiranya Kerajaan bertekad meningkatkan kecekapan dan keberkesananpengurusan IPT. Jawatankuasa memperakukan supaya Lembaga Pengarah Universiti(LPU) diberikan pengupayaan dan pertanggungjawaban sepenuhnya terhadap tadbirurus universiti. Ini boleh dilakukan dengan cara Menteri Pengajian Tinggi menurunkankuasa dan tanggungjawabnya kepada LPU dalam mentadbir urus universiti. Kesandaripada perakuan ini ialah penganugerahan autonomi kepada IPT, dan ini bermaknakuasa dalam segala segi operasi dan membuat keputusan diturunkan daripada KPTMkepada IPT.

    Ringkasan Eksekutif

  • Langkah-Langkah Ke Arah Kecemerlangan

    xxxiiixxxiiixxxiiixxxiiixxxiii

    6.4. Jawatankuasa meyakini bahawa dengan melepaskan Menteri Pengajian Tinggi daripadakerenyahan menunjuk atur (micro-management) IPT, dengan pelbagai kerenah warganya,kepimpinan, daya kreativiti dan kebijaksanaan beliau dapat dijuruskan kepada perkara-perkara dasar dan utama dalam memandu pendidikan tinggi negara berserta segala entitidan institusi di dalamnya bergerak di atas landasan yang betul dan mara mencapai wawasannegara.

    6.5. Begitu juga dengan peranan naib canselor sebagai ketua pegawai eksekutif IPT yangbertanggungjawab terus kepada Lembaga Pengarah Universiti. Naib canselor perludiperkasakan dengan diberikan tanggung jawab dalam konteks budaya tinggi yangberasaskan kepada kecemerlangan intelektual. Dalam masa yang sama, naib canselorhendaklah bersikap apolitical tetapi memikul dan melaksanakan agenda negara denganpenuh amanah dan dedikasi.

    7. KECEMERLANGAN DALAM MEMAJUKAN PENDEMOKRASIANPENDIDIKAN: AKSES DAN PENYERTAAN

    7.1. Penyata Razak dengan jelasnya menggarapkan konsep pendemokrasian pendidikan:gagasan pendidikan percuma yang mesti diberikan kepada semua rakyat Malaysia tanpamengira kaum, warna kulit dan kepercayaan. Gagasan pendemokrasian pendidikan dalamPenyata Razak telah dikanunkan dengan tegas dan terperinci di dalam prakata AktaPelajaran 1961:

    Bahawasanya adalah difikirkan perlu bahawa setakat yang sejajar dengan dasaritu, dengan mengadakan pengajaran yang cekap dan dengan mengelakkanperbelanjaan awam yang tidak berpatutan, perhatian hendaklah diberi kepadaprinsip am bahawa murid-murid hendaklah dididik mengikut kemahuan-kemahuanibubapa mereka.7

    7 Akta Pelajaran 1961.

    6.3. Namun, perlu juga dijelaskan bahawa dengan penurunan kuasa tersebut tidak bermaknabahawa Menteri Pengajian Tinggi melepaskan kepentingan dan tanggungjawabnya keatas IPT. Sebagaimana amalan yang telah diterima dalam entiti korporat, hak dankuasa mengikat dan mengurai, melantik dan menamatkan keahlian LPU adalah terletaksecara mutlak di tangan Menteri Pengajian Tinggi. Perlu juga ditegaskan bahawa dalamamalan tadbir urus korporat, lembaga pengarah, dalam hal ini LPU, merundingi danmendapatkan restu pemegang saham utama, dalam hal ini Menteri Pengajian Tinggi,berkaitan dengan hal-hal yang utama dan kritikal kepada universiti.

    Ringkasan Eksekutif

  • Laporan Jawatankuasa Mengkaji, Menyemak dan Membuat PerakuanTentang Perkembangan dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi Malaysia

    xxxivxxxivxxxivxxxivxxxiv

    7.2. Jawatankuasa menyokong prinsip-prinsip pendemokrasian pendidikan tersebut denganmemperakukan bahawa tiada pelajar yang layak, dan telah ditawarkan tempat belajar diIPT pada peringkat diploma atau ijazah pertama, dinafikan peluang mereka mengikutipendidikan tinggi. Berkaitan dengan ini juga perakuan dibuat supaya syarat-syarat kelayakanpenajaan pendidikan tinggi bersifat pelbagai aras (multi-tiered) bagi membolehkan penuntutmendapat penajaan tanpa mengira laluan masuknya ke IPT.

    7.3. Perakuan ini adalah sejajar dengan konsep pendidikan sepanjang hayat. Usaha memajukandiri sendiri dianjurkan supaya menjadi pembelajaran yang berterusan, lantaran itu peluangsetiap individu untuk meningkatkan keupayaan dirinya tidak sepatutnya terhalang oleh syaratkelayakan penajaan yang kaku dan tunggal. Jawatankuasa penuh yakin bahawa perakuanini akan membuka seluas-luasnya pintu pendidikan tinggi kepada semua rakyat Malaysiayang berazam memajukan diri masing-masing.

    7.4. Gagasan pendemokrasian pendidikan akan menjadi pincang dan kurang bermakna sekiranyapenuntut-penuntut yang mencapai tahap kelayakan untuk belajar di IPT akhirnya dinafikanpeluangnya semata-mata kerana ketiadaan tempat. Maka Jawatankuasa memperakukansupaya Kerajaan, perbadanan-perbadanan awam dan sektor swasta berganding bahu danberusaha dengan pelbagai cara menyediakan tempat kepada semua warganegara yangbertekad mengembangkan potensi diri masing-masing menerusi pendidikan tinggi.

    8. LANGKAH-LANGKAH SEGERA KE HADAPAN

    8.1. Jawatankuasa berpendapat beberapa perakuan menuntut pelaksanaan serta merta, bukansahaja kerana impaknya yang sistemik dan keperluannya yang kritikal, tetapi juga araskompleksitinya rendah dan tidak memakan masa yang panjang untuk disempurnakan.Jawatankuasa mengkategorikan perakuan-perakuan tersebut sebagai Perakuan Prioritiyang perlu dilaksanakan dan disempurnakan dalam tempoh 12 bulan daripada tarikhLaporan ini diterima oleh Kerajaan.

    8.2. Perakuan Prioriti tersebut ialah:

    8.2.1 Perakuan 17: Jawatankuasa memperakukan supaya moratorium terhadappemberian lesen penubuhan IPTS dilaksanakan dengan segera sehingga prosespentaksiran yang teliti dilaksanakan di semua IPTS sedia ada.

    8.2.2 Perakuan 35 & 36: Jawatankuasa memperakukan supaya ditubuhkan AgensiKawalan Kualiti, Akreditasi dan Audit Pendidikan Tinggi Malaysia (QualityControl, Audit and Accreditation Agency, QCAAA) di bawah satu AktaParlimen. Jawatankuasa memperakukan supaya fungsi QCAAA adalah sepertiberikut:

    Ringkasan Eksekutif

  • Langkah-Langkah Ke Arah Kecemerlangan

    xxxvxxxvxxxvxxxvxxxv

    8.2.2.1 Menjalankan audit kualiti IPT setiap lima tahun sekali.8.2.2.2 Melaporkan keputusan audit kualiti IPT kepada Parlimen.8.2.2.3 Merumuskan, membuat semakan berkala dan mengemas kini kriteria-

    kriteria akreditasi institusi.

    8.2.3 Perakuan 43: Jawatankuasa memperakukan supaya kursus pengajian ProgramSarjana Universiti dilaksanakan sebagai kursus wajib kepada semua pelajarprasiswazah dan pascasiswazah peringkat sarjana.

    8.2.4 Perakuan 67: Jawatankuasa memperakukan supaya Kerajaan dan pihak swastabergabung tenaga menubuhkan dan menguruskan sebuah IPT pascasiswazahberasaskan industri kelapa sawit. Bidang pengajian boleh meliputi segala aspekindustri kelapa sawit meliputi penanaman, agronomi, pengeluaran minyak dan bahan-bahan termaju berasaskan kelapa sawit. Institusi ini juga hendaklah berfungsisebagai pusat kecemerlangan yang boleh menerima para penuntut dari negara lainyang berminat melaksanakan penyelidikan dalam bidang-bidang yang berkaitandengan industri berasaskan kelapa sawit.

    8.2.5 Perakuan 68: Jawatankuasa memperakukan supaya Kerajaan dan swastabergabung tenaga menaikkan taraf Akademi Laut Malaysia sebagai sebuahuniversiti dalam bidang maritim. Institut Maritim Malaysia wajarlah dijadikansebahagian daripada universiti tersebut.

    8.2.6 Perakuan 69: Jawatankuasa memperakukan supaya penggubalan kurikulum dipoliteknik dan kolej komuniti mengamalkan pendekatan rakan seiring di manapara profesional daripada industri dan perdagangan menyediakan kurikulum,manakala para profesional di politeknik dan kolej komuniti melaraskannya mengikutprinsip-prinsip pedagogi. Pendekatan ini boleh menggunakan kaedah Develop-A-Curriculum (DACUM) dan Systematic Curriculum and InstructionalDevelopment (SCID) sebagaimana yang diperkenalkan oleh Universiti Ohio, USA.

    8.2.7 Perakuan 72: Jawatankuasa memperakukan supaya Bahasa Melayu sebagaiBahasa Kebangsaan digunakan dalam semua urusan rasmi dan bahasa Inggerishendaklah digunakan sebagai bahasa pengantar di IPT bagi semua mata pelajaransains, matematik dan profesional, manakala mata pelajaran lain hendaklah diajardalam bahasa yang paling berkesan untuk menyampaikan ilmu yang terkandung didalam mata pelajaran tersebut. Namun dalam masa yang sama, penuntut-penuntutdigalakkan mempelajari dan menguasai bahasa-bahasa antarabangsa yang lain.

    8.2.8 Perakuan 75: Jawatankuasa memperakukan supaya guru dan pensyarah pendidikantinggi yang baru dilantik diwajibkan mengikuti program latihan sains pengajaran-pembelajaran yang merangkumi aspek-aspek pedagogi dan andragogi. Manakalaprofesor pula digalakkan mengikuti program pascakedoktoran.

    Ringkasan Eksekutif

  • Laporan Jawatankuasa Mengkaji, Menyemak dan Membuat PerakuanTentang Perkembangan dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi Malaysia

    xxxvixxxvixxxvixxxvixxxvi

    8.2.10 Perakuan 95: Jawatankuasa memperakukan supaya ditubuhkan PerbadananPenyelidikan Malaysia yang dianggotai bersama oleh IPT, institusi penyelidikan,institusi perdagangan dan perindustrian, dan agensi ekonomi Kerajaan untukbekerjasama dengan Majlis Penyelidikan Dan Kemajuan Sains Negara untukmengembangkan dan mengukuhkan aktiviti penyelidikan negara sebagailandasan inovasi dalam bidang sains, teknologi, kemanusiaan dan pembelajaranmenerusi kolaborasi penyelidik-penyelidik tersohor (top-flight), merentassempadan dan antara disiplin. Perbadanan Penyelidikan Malaysia berperananmengupayakan saintis dan sarjana berkualiti dari seluruh dunia melakukanpenyelidikan di Malaysia bersama-sama dengan saintis dan sarjana tempatan.

    8.2.11 Perakuan 130: Jawatankuasa memperakukan supaya Projek MyBrain15dirangka dan dilaksanakan sebagai satu gerakan pembangunan modal insankebangsaan. Projek MyBrain15 hendaklah direncanakan dan dilaksanakanke arah menghasilkan 100,000 siswazah Ph.D dalam masa 15 tahun.

    9. PENUTUP

    9.1. Sebagai rumusannya Jawatankuasa mendapati bahawa masyarakat Malaysiamempunyai keyakinan yang teguh terhadap pendidikan tinggi negara. Jawatankuasajuga mendapati bahawa segenap anggota masyarakat menaruh harapan yang tinggikepada aspirasi Kerajaan untuk menjadikan pendidikan tinggi Malaysia bertaraf duniadan sekaligus menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan. Malahpemimpin-pemimpin pelbagai pertubuhan, ahli-ahli profesional, wakil-wakilstakeholders, tokoh-tokoh ternama, pemimpin-pemimpin masyarakat dan paraakademia yang telah dirundingi oleh Jawatankuasa ini telah menyatakan komitmenmasing-masing untuk bersama-sama dengan Kerajaan, menyahut dan mendukungperubahan-perubahan ke arah kecemerlangan pendidikan tinggi negara.

    9.2. Sekiranya semua tekad dan azam murni tersebut, berserta dengan penggemblengansegala tenaga dan sumber-sumber kekuatan yang sedia ada, ditumpukan sepenuhnyakepada agenda-agenda kecemerlangan yang diperakukan di dalam Laporan ini,Jawatankuasa berkeyakinan penuh bahawa dalam tempoh 10 tahun ke hadapan, IPTnegara akan setanding dengan institusi-institusi terbaik di dunia.

    8.2.9 Perakuan 86: Jawatankuasa memperakukan supaya universiti penyelidikan danpascasiwazah diwujudkan dengan cara menjadikan universiti-universiti awam sediaada yang menepati kriteria yang ditetapkan oleh KPTM sebagai universitipenyelidikan, pascasiswazah dan pascakedoktoran.

    Ringkasan Eksekutif

  • Langkah-Langkah Ke Arah Kecemerlangan

    xxxviixxxviixxxviixxxviixxxvii

    SENARAI PERAKUAN

    1. Jawatankuasa memperakukan supaya Falsafah Pendidikan Kebangsaan dijadikan asaskepada falsafah pendidikan tinggi.

    2. Jawatankuasa memperakukan supaya wawasan dan misi pendidikan tinggi negaradigubal berdasarkan pernyataan-pernyataan seperti pada Sisipan 8.1 dan Sisipan 8.2.

    3. Jawatankuasa memperakukan supaya undang-undang pendidikan tinggi dikaji semuladan pindaan yang sesuai dibuat untuk merangka satu akta yang bersepadu yangmerangkumi semua institusi pendidikan, termasuk Politeknik dan Kolej Komuniti sertaagensi-agensi yang berkaitan dengan pendidikan tinggi, sejajar dengan penubuhanKementerian Pengajian Tinggi yang bertanggungjawab kepada pengawasan dan tadbirurus pendidikan tinggi negara, serta untuk membolehkan perakuan-perakuan tertentudalam Laporan ini mendapat asas perundangan bagi tujuan pelaksanaannya.

    4. Jawatankuasa memperakukan supaya disiplin penuntut-penuntut politeknik dan kolejkomuniti juga diselia melalui kaedah disiplin yang terpakai kepada penuntut-penuntutuniversiti dan kolej universiti. Sehubungan itu, Akta Institusi Pendidikan (Disiplin) 1976,Jadual Pertama hendaklah dipinda sewajarnya.

    5. Jawatankuasa memperakukan supaya Perlembagaan Universiti diubah untukmembolehkan para profesor memilih dua puluh orang ahli dari kalangan mereka untukmenganggotai Senat universiti.

    6. Jawatankuasa memperakukan supaya Menteri Pengajian Tinggi menurunkan kuasanyakepada Lembaga Pengarah Universiti untuk berperanan sebagai pengawal autonomi(guardian of autonomy) dengan lebih berkesan berasaskan prinsip-prinsip autonomi,kecemerlangan akademik dan akauntabiliti.

  • Laporan Jawatankuasa Mengkaji, Menyemak dan Membuat PerakuanTentang Perkembangan dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi Malaysia

    xxxviiixxxviiixxxviiixxxviiixxxviii

    7. Jawatankuasa memperakukan supaya semua dasar dan tadbir urus universitidipertanggungjawabkan kepada Lembaga Pengarah Universiti.

    8. Jawatankuasa memperakukan supaya kuasa Lembaga Pengarah Universiti diperluaskanuntuk membolehkannya berperanan sebagai pengawal autonomi (guardian ofautonomy) universiti.

    9. Jawatankuasa memperakukan supaya di samping Naib Canselor, dua orang lagi dilantiksebagai ahli Lembaga Pengarah Universiti, seorang mewakili persatuan staf akademikdan seorang lagi mewakili Senat.

    10. Jawatankuasa memperakukan supaya sektor awam terus membiayai pendidikan tingginegara sebagai suatu bentuk pelaburan strategik dalam pembangunan sumber dayamanusia negara.

    11. Jawatankuasa memperakukan supaya pembiayaan pendidikan, terutamanya pendidikantinggi, dipertingkatkan lagi bagi memperkasa dan memacu pendidikan tinggi negarauntuk mencapai kuantiti dan kualiti sumber daya manusia yang setanding dengan negara-negara maju.

    12. Jawatankuasa memperakukan supaya pembiayaan pendidikan tinggi ditumpukankepada penyempurnaan fungsi teras IPT, iaitu:

    (a) meningkatkan peluang penyertaan warganegara dalam pendidikan tinggi,(b) meningkatkan kualiti pengajaran-pembelajaran,(c) meningkatkan kualiti penyelidikan dan pembangunan,(d) meningkatkan kolaborasi dengan masyarakat setempat dan komuniti perdagangan-

    perindustrian,(e) mempelbagaikan program dan aktiviti,(f) meningkatkan keberkesanan daya saing global, dan(g) meningkatkan kecekapan dan keberkesanan tadbir urus IPT.

    13. Jawatankuasa memperakukan supaya kerajaan-kerajaan negeri mewujudkan KursiKerajaan Negeri di IPT bagi menjalankan kerja-kerja penyelidikan dan pembangunanyang dapat membantu meningkatkan keupayaan jentera pentadbiran kerajaan negeridan kerajaan tempatan dan keberkesanan pelaksanaan program pembangunansosioekonomi dan sosiobudaya negeri masing-masing.

    14. Jawatankuasa memperakukan supaya kerajaan-kerajaan negeri memanfaatkankewujudan politeknik dan kolej komuniti di negeri masing-masing untuk melaksanakanprogram pendidikan sepanjang hayat dan pendidikan lanjutan untuk melatih sumbermanusia negeri dalam pelbagai bidang kemahiran.

    Senarai Perakuan

  • Langkah-Langkah Ke Arah Kecemerlangan

    xxxixxxxixxxxixxxxixxxxix

    15. Jawatankuasa memperakukan supaya perbadanan awam yang berhubung denganKerajaan (GLC) seperti Petronas, Telekom Malaysia, MISC, Tenaga Nasional,Maybank dan sebagainya, jika belum menubuhkan IPT, digalakkan untuk menubuhdan menguruskan IPT yang moden dan bertaraf antarabangsa. IPT yang ditubuhkandan diuruskan oleh perbadanan-perbadanan awam tersebut juga digalakkan untukmenerima penuntut-penuntut dari negara-negara asing bagi kursus-kursus berbentukteknikal dan komersial.

    16. Jawatankuasa memperakukan supaya GLC mewujudkan kursi-kursi pengajian tertentudi universiti tempatan bagi menerajui penyelidikan dan pengajaran dalam sektor-sektoryang penting kepada negara seperti tenaga, maritim, komunikasi, perbankan,perladangan, pertanian dan sebagainya.

    17. Jawatankuasa memperakukan supaya moratorium terhadap pemberian lesenpenubuhan IPTS dilaksanakan dengan segera sehingga proses pentaksiran yang telitidilaksanakan di semua IPTS sedia ada.

    18. Jawatankuasa memperakukan supaya IPTS sentiasa inovatif dan responsif kepada k-ekonomi, menghasilkan sumber manusia mahir yang relevan kepada pasaran kerjaglobal, menjangkau masyarakat antarabangsa, menjana ilmu-ilmu baru danmempelbagaikan kurikulum.

    19. Jawatankuasa memperakukan supaya IPTS diterima sebagai sektor penjanapertumbuhan ekonomi dan berperanan sebagai institusi peluasan akses dan ekuiti.Justeru, satu skim insentif yang komprehensif untuk memperkasakan IPTS wajardilaksanakan, sebagaimana yang disediakan kepada sektor-sektor ekonomi yang lain.

    20. Jawatankuasa memperakukan supaya beban pembiayaan pendidikan tinggi jugaditanggung oleh sektor swasta, termasuk sektor perbankan, supaya dalam jangka masasederhana, beban ke atas kewangan Kerajaan dapat dikurangkan. Pembiayaan inimeliputi pinjaman projek kepada IPTA dan pinjaman kepada pelajar-pelajar padakadar caj yang munasabah.

    21. Jawatankuasa memperakukan supaya imperatif dalam perekrutan kepimpinan IPT disegenap peringkat ialah pencapaian cemerlang yang berasaskan kepada Petunjuk-Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang dinilai dan disemak secara tahunan.

    22. Jawatankuasa memperakukan supaya diwujudkan Skim Perkhidmatan PendidikanTinggi yang khusus untuk staf akademik IPT. Terma-terma perjawatan, asas-asas laluankenaikan pangkat dan etika kerja staf akademik ialah seperti pada Sisipan 11.1.

    Senarai Perakuan

  • Laporan Jawatankuasa Mengkaji, Menyemak dan Membuat PerakuanTentang Perkembangan dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi Malaysia

    x lx lx lx lx l

    23. Jawatankuasa memperakukan supaya dalam pentaksiran prestasi ahli akademik untukkenaikan pangkat, perhatian yang sewajarnya diberikan kepada aspek memupukpenjanaan dan pengiktirafan khazanah ilmu peribumi dan kesarjanaan tempatan yangbertaraf global.

    24. Jawatankuasa memperakukan supaya pelantikan Naib Canselor bagi universiti-universiti pascasiswazah dan universiti-universiti prasiswazah dilakukan secara terbukadan diiklankan bagi mendapatkan calon yang terbaik. Naib Canselor juga hendaklahdilantik untuk suatu tempoh selama dua tahun serta diberikan gaji yang kompetitif, danpelantikan tersebut boleh diperbaharui, dilanjutkan atau ditamatkan pada bila-bilamasa.

    25. Jawatankuasa memperakukan supaya diwujudkan Petunjuk-Petunjuk Prestasi Utama(KPI) untuk mengukur prestasi Naib Canselor berasaskan kepada petunjuk-petunjukyang ditetapkan itu. KPI tersebut hedaklah dijadikan sebahagian daripada syaratkontrak perkhidmatan Naib Canselor.

    26. Jawatankuasa memperakukan supaya pemilihan profesor dibuat dengan rapi,berasaskan syarat-syarat yang ketat, dilakukan secara terbuka dan diberikan gaji dangred yang kompetitif.

    27. Jawatankuasa memperakukan supaya profesor yang berkaliber diberikan ganjarankhas berasaskan kecemerlangan akademik dan tidak diberikan jawatan-jawataneksekutif.

    28. Jawatankuasa memperakukan supaya penyelidik dibenarkan menyimpan hak bersamaterhadap hasil penyelidikannya dan mendapat sebahagian daripada royaltipenyelidikannya yang dikomersialkan atau dipatenkan oleh universiti atau agensi lain.

    29. Jawatankuasa memperakukan supaya penerbitan sekurang-kurangnya 15 artikel dalamrefereed journal antarabangsa dijadikan syarat wajib dalam pelantikan profesor. Syaratpelantikan ini, sama ada untuk kenaikan pangkat ataupun tidak, hendaklah digunapakai di semua IPT, iaitu IPTA dan IPTS.

    30. Jawatankuasa memperakukan supaya dana pembangunan sumber manusia untukmerekrut staf IPTA dikendalikan oleh institusi itu sendiri. Prinsip-prinsip yang digunapakai dalam merekrut staf ialah kecemerlangan akademik, bidang pengkhususan yangsesuai, pengalaman dan keperibadian yang positif ke arah kesarjanaan, dan terbukakepada semua.

    Senarai Perakuan

  • Langkah-Langkah Ke Arah Kecemerlangan

    x l ix l ix l ix l ix l i

    31. Jawatankuasa memperakukan supaya universiti memperkenalkan program pensyarahindustri bagi membolehkan mereka yang bekerja dalam industri memberi kuliah.Universiti hendaklah memberikan ganjaran mata kredit kepada pensyarah-pensyarahindustri tersebut untuk menggalakkan penglibatan mereka di universiti, di sampingmembantu usaha-usaha pihak industri menjayakan pendidikan sepanjang hayat.

    32. Jawatankuasa memperakukan supaya jawatan Reader dengan fungsinya yang tertentu,atau jawatan kanan tertentu, diwujudkan bagi memperluaskan lagi peluang-peluangkenaikan pangkat kepada staf akademik.

    33. Jawatankuasa memperakukan supaya jawatan penulis/penyelidik/pensyarah tamu danfelo dimanfaatkan dengan sepenuhnya untuk menjana ilmu dan pengalaman sertaberkongsi kepakaran kesarjanaan mereka.

    34. Jawatankuasa memperakukan supaya penyandang gelaran Profesor Emeritus diberikansegala kemudahan yang sepatutnya untuk meneruskan sumbangan kesarjanaannya,termasuk sumbangan sebagai mentor kepada tenaga pengajar muda.

    35. Jawatankuasa memperakukan supaya ditubuhkan Agensi Kawalan Kualiti, Akreditasidan Audit Pendidikan Tinggi Malaysia (Quality Control, Audit and AccreditationAgency, QCAAA) di bawah satu Akta Parlimen.

    36. Jawatankuasa memperakukan supaya fungsi QCAAA adalah seperti berikut:

    (a) Menjalankan audit kualiti IPT setiap lima tahun sekali.(b) Melaporkan keputusan audit kualiti IPT kepada Parlimen.(c) Merumuskan, membuat semakan berkala dan mengemaskini kriteria-kriteria

    akreditasi institusi.

    37. Jawatankuasa memperakukan supaya Lembaga Pengarah QCAAA terdiri daripadatujuh orang ahli, seperti berikut:

    (a) Lima orang yang dihormati serta berintegriti tinggi, memiliki pengetahuan yang mendalamdalam pendidikan tinggi, dan sedia berkorban serta komited ke arah pembangunankesarjanaan dan pendidikan tinggi secara keseluruhannya.*

    (b) Dua orang sarjana luar negara.*(c) Ketua Eksekutif agensi ini bertindak sebagai ex officio.*Dipilih oleh sebuah jawatankuasa pemilihan yang ditubuhkan oleh KPTM.

    38. Jawatankuasa memperakukan supaya QCAAA digerakkan oleh sebuah sekretariatyang ditubuhkan oleh KPTM dan diketuai oleh seorang Ketua Eksekutif yang memilikiijazah Ph.D dan menyandang pangkat JUSA A.

    Senarai Perakuan

  • Laporan Jawatankuasa Mengkaji, Menyemak dan Membuat PerakuanTentang Perkembangan dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi Malaysia

    xl i ix l i ix l i ix l i ix l i i

    39. Jawatankuasa memperakukan supaya setiap IPT membina dan mengembangkanpetunjuk kualiti masing-masing dan menetapkan tanda aras kecemerlangannya sendiri.

    40. Jawatankuasa memperakukan supaya KPTM menggalak dan menyokong pembinaanInstrumen Petunjuk Kualiti (IPK) dan pengumpulan data berkualiti untuk mentaksirkemajuan pendidikan di peringkat pendidikan tinggi.

    41. Jawatankuasa memperakukan supaya KPTM menggalak dan menyokong satu sistempemeringkatan dan penarafan akademik yang fleksibel, rapi dan munasabah, yangrelevan di peringkat nasional dan boleh dipercayai di peringkat antarabangsa, sertaboleh digunakan oleh setiap institusi untuk mencapai satu tahap kecemerlanganmengikut kadar masing-masing dan memfokus kepada kecemerlangan dalam bidang-bidang niche kebangsaan.

    42. Jawatankuasa memperakukan supaya diwujudkan Biro Statistik Pendidikan Tinggidengan tujuan untuk mengumpul dan menganalisis semua jenis statistik mengenaipendidikan tinggi dan mempelopori pembentukan pelbagai pangkalan data untukkegunaan strategik Kerajaan dan IPT.

    43. Jawatankuasa memperakukan supaya kursus pengajian Program Sarjana Universitidilaksanakan sebagai kursus wajib kepada semua penuntut prasiswazah danpascasiswazah peringkat sarjana.

    44. Jawatankuasa memperakukan supaya IPT mengambil tindakan untuk memanfaatkanmaklum balas pemeringkatan dan penarafan oleh badan-badan pemeringkatan danpenarafan antarabangsa, untuk memperkukuhkan lagi daya saing akademik negara,serta memperkukuhkan kemampuan IPT berkenaan sebagai pemimpin global dalambidang niche masing-masing.

    Senarai Perakuan

  • Langkah-Langkah Ke Arah Kecemerlangan

    xli i ixl i i ixl i i ixl i i ixl i i i

    45. Jawatankuasa memperakukan supaya diwujudkan satu entiti dan mekanisme yangbertanggungjawab mengatur dan menyelaras kerja-kerja memperkukuhkan hubunganserantau dan antarabangsa dengan cara:

    (a) Membina rakan strategik dan memperkukuhkan pakatan tersebut menerusi projek-projek penyelidikan dan perkongsian antara institusi (inter-institutionalpartnerships).

    (b) Meningkatkan jaringan perhubungan dalam bidang perniagaan, perdagangan danperindustrian yang terarah kepada jalinan dan kolaborasi penyelidikan.

    (c) Membina dan memperkukuhkan hubungan dengan pelbagai institusi awam dinegara-negara serantau dan antarabangsa.

    (d) Memastikan semua IPT di negara ini mendapat manfaat daripada badan-badandan kumpulan-kumpulan profesional serantau dan antarabangsa yang mempunyaikemahiran dan pengetahuan khusus dalam bidang kepakaran masing-masing.

    (e) Menggembleng kepakaran IPT untuk menyumbang kepada komuniti serantau danantarabangsa supaya kehadiran IPT negara ini diiktiraf dan dikagumi olehmasyarakat sejagat.

    (f) Melaksanakan secara sistematik strategi dan program friend raising di pentasserantau dan antarabangsa bagi membantu IPT negara mendapatkan sekutustrategik masing-masing dengan mudah dan berkesan serta dapat menyumbangsecara bersama kepada pembangunan komuniti setempat.

    46. Jawatankuasa memperakukan supaya usaha untuk mempromosikan IPT tempatan diperingkat antarabangsa dipertingkatkan dengan menyediakan pelan tindakan yangkomprehensif untuk jangka masa pendek dan jangka masa panjang.

    47. Jawatankuasa memperakukan supaya badan profesional negara berusaha membuatpelarasan dan penyesuaian (harmonization) dengan standard amalan badan profesionalantarabangsa supaya kelayakan profesional IPT Malaysia mendapat pengiktirafan diperingkat antarabangsa.

    48. Jawatankuasa memperakukan supaya insentif disediakan bagi menggalakkan IPTmelaksanakan aktiviti-aktiviti promosi dan memasarkan program mereka ke luar negara.

    49. Jawatankuasa memperakukan supaya IPT mewujudkan dana khas untukmenggerakkan aktiviti pertukaran penuntut dan staf dengan IPT antarabangsa sertamenyediakan tabung pertukaran penuntut antarabangsa untuk mengutip dana daripadapelbagai sumber.

    50. Jawatankuasa memperakukan supaya setiap IPT memastikan enrolmen penuntutantarabangsa yang cemerlang pada kadar 10 peratus hingga 15 peratus daripadajumlah enrolmen masing-masing.

    Senarai Perakuan

  • Laporan Jawatankuasa Mengkaji, Menyemak dan Membuat PerakuanTentang Perkembangan dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi Malaysia

    x l ivx l ivx l ivx l ivx l iv

    51. Jawatankuasa memperakukan supaya satu dasar digubal untuk mewujudkanpersekitaran e-Pendidikan Tinggi (eHigher Education atau eHiEd) yang bersepadubagi memastikan keupayaan ICT dan pengurusan maklumat dipertingkatkan.

    52. Jawatankuasa memperakukan supaya sebuah Majlis ICT Pendidikan Tinggi berpusatdibentuk bagi menyelia keseluruhan strategi dan pelaksanaan persekitaran eHiEd. Majlisini hendaklah dipandu oleh KPTM dan dijadikan badan strategik ICT pendidikantinggi peringkat kebangsaan.

    53. Jawatankuasa memperakukan supaya aplikasi Penyelesaian Sumber Terbuka (OSS)diguna pakai dalam kegiatan pengurusan dan pembangunan di KPTM dan semua IPT.

    54. Jawatankuasa memperakukan supaya digiatkan pembinaan rangkaian yang selamatdengan menggunakan Gigabyte Ethernet dan teknologi tanpa wayar di semua IPTuntuk menambahbaik jaringan dan pautan antara penuntut, fakulti dan para pentadbir.

    55. Jawatankuasa memperakukan supaya Pusat-pusat Perkongsian Perkhidmatan (SharedServices Centre) ICT diwujudkan untuk semua universiti awam, politeknik dan kolejkomuniti. Misalnya, adalah dicadangkan KPTM menubuhkan satu Pusat PerkongsianPerkhidmatan bagi kawasan utara Semenanjung Malaysia untuk semua IPT di zonutara.

    56. Jawatankuasa memperakukan supaya semua universiti awam, politeknik dan kolejkomuniti dalam lingkungan eHiEd mewujudkan Pusat Pemerolehan Semula Data (DataRecovery Centre) dengan menggunakan perkhidmatan yang ada di Pusat PerkongsianPerkhidmatan ICT di bawah eHiEd.

    57. Jawatankuasa memperakukan supaya pembangunan perisian dan kandungane-pembelajaran oleh para pakar ditingkatkan. Ganjaran sewajarnya hendaklahdiberikan demi menyemarakkan minat dalam kegiatan pembangunan perisian dankandungan e-pembelajaran di semua universiti awam, politeknik dan kolej komuniti.

    58. Jawatankuasa memperakukan supaya Perpustakaan Negara menjadi tempatpenyimpanan digital utama bagi e-jurnal, e-berkala, e-buku, dan seumpamanya, untukkegunaan semua stakeholder di IPT.

    59. Jawatankuasa memperakukan supaya keupayaan pengurusan pengetahuandibangunkan dan disebarluaskan ke semua IPT. Seterusnya, setiap institusibertanggungjawab meningkatkan keupayaan pengurusan pengetahuan yang bersepadubagi membolehkan setiap institusi berkongsi dan berkolaborasi pengetahuan dan inovasimasing-masing.

    Senarai Perakuan

  • Langkah-Langkah Ke Arah Kecemerlangan

    x l vx l vx l vx l vx l v

    60. Jawatankuasa memperakukan supaya KPTM mempunyai akses untuk membuat analisisdan mengkonsolidasi maklumat terkini semua IPT menerusi penggunaan SistemMaklumat Eksekutif (EIS), Data Warehousing (DW) dan Enterprise Integration(EI).

    61. Jawatankuasa memperakukan supaya setiap IPT menggunakan Sistem PengurusanKampus (SPK) untuk pengurusan akademik, hal ehwal penuntut, kurikulum,perpustakaan, kewangan, aset, sumber-sumber kemudahan dan kakitangan.

    62. Jawatankuasa memperakukan supaya IPT menggunakan sistem kad pintar yangstandard untuk semua. Untuk memudahcara rancangan ini, KPTM menubuhkan PusatKad Pintar (PKP) bagi mengurus keseluruhan proses pengeluaran kad pintar danmemasukkan maklumat individu pemegang kad pintar tersebut.

    63. Jawatankuasa memperakukan supaya kurikulum pendidikan tinggi negara digubal dandilaksanakan untuk:

    (a) Membentuk sumber manusia yang boleh berfikir secara kritikal, berupayamembentangkan idea-idea mereka kepada masyarakat, berupaya menterjemahdan menguruskan idea-idea tersebut secara inovatif dan bermanfaat kepada dirisendiri serta masyarakat.

    (b) Membentuk sumber manusia yang berkeupayaan memahami isu-isu dalam konteksdan realiti masyarakat.

    (c) Membentuk sumber manusia yang celik huruf, celik angka dan celik IT, sertaberkeupayaan mengumpul dan menyusun, mensintesis, menganalisis danmenggunakan ilmu untuk menyelesaikan masalah-masalah baru dalam masyarakat.

    (d) Membentuk sumber manusia yang kreatif, inovatif, berani menanggung risiko,berupaya bekerja secara berseorangan dan berkumpulan, dan memiliki semangatkeusahawanan.

    (e) Membentuk profesional yang berkemahiran mengurus.(f) Membentuk profesional yang sentiasa terlibat dalam pembelajaran sepanjang hayat.

    64. Jawatankuasa memperakukan supaya IPT sentiasa menyemak semula kurikulum agarkemas kini dan menyepadukannya dengan perkembangan-perkembangan semasa.

    65. Jawatankuasa memperakukan supaya wakil-wakil dari sektor korporat dan industridilibatkan dalam proses penggubalan kurikulum, terutamanya dalam disiplin-disiplinprofesional dan saintifik. Mereka juga perlu dilibatkan dalam pengajaran danpenyelidikan.

    Senarai Perakuan

  • Laporan Jawatankuasa Mengkaji, Menyemak dan Membuat PerakuanTentang Perkembangan dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi Malaysia

    x lv ix lv ix lv ix lv ix lv i

    66. Jawatankuasa memperakukan supaya diwajibkan program internship industri selamasekurang-kurangnya enam bulan kepada para penuntut prasiswazah dan pradiplomasains dan teknologi, vokasional dan teknikal, dan lain-lain bidang pengajian yangmemerlukan praktikum.

    67. Jawatankuasa memperakukan supaya Kerajaan dan pihak swasta bergabung tenagamenubuhkan dan menguruskan sebuah IPT pascasiswazah berasaskan industri kelapasawit. Bidang pengajian boleh mencakupi segala aspek industri kelapa sawit, termasukpenanaman, agronomi, pengeluaran minyak dan bahan-bahan termaju berasaskankelapa sawit. Institusi ini juga hendaklah berfungsi sebagai pusat kecemerlangan yangboleh menerima para penuntut dari negara lain yang berminat melaksanakanpenyelidikan dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan industri berasaskan kelapasawit.

    68. Jawatankuasa memperakukan supaya Kerajaan dan swasta bergabung tenagamenaikkan taraf Akademi Laut Malaysia sebagai sebuah universiti dalam bidangmaritim. Institut Maritim Malaysia wajarlah dijadikan sebahagian daripada universititersebut.

    69. Jawatankuasa memperakukan supaya penggubalan kurikulum di politeknik dan kolejkomuniti mengamalkan pendekatan rakan seiring, yakni para profesional daripadaindustri dan perdagangan menyediakan kurikulum dan para profesional di politeknikdan kolej komuniti melaraskannya mengikut prinsip-prinsip pedagogi. Pendekatan iniboleh menggunakan kaedah Develop-A-Curriculum (DACUM) dan SystematicCurriculum and Instructional Development (SCID) sebagaimana yang diperkenalkanoleh Universiti Ohio, USA.

    70. Jawatankuasa memperakukan supaya dimasukkan komponen Pengajian Islam Hadharidi dalam mata pelajaran Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) dan dijadikannyasebagai kursus wajib dalam kurikulum pengajian IPT.

    71. Jawatankuasa memperakukan supaya dimasukkan aspek integriti dan budi pekertimulia, etika kerja dan etika perniagaan dalam tadbir urus korporat dalam kurikulumIPT supaya sumber manusia negara yang dilahirkan memahami, mengamalkan danmenghayati nilai-nilai luhur dalam kehidupan, serta mempraktikkan akauntabiliti dalambudaya kerja dan budaya niaga mereka.

    72. Jawatankuasa memperakukan supaya Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaandigunakan dalam semua urusan rasmi dan bahasa Inggeris hendaklah digunakan sebagaibahasa pengantar di IPT bagi semua mata pelajaran sains, matematik dan profesional,manakala mata pelajaran lain hendaklah diajar dalam bahasa yang paling berkesanuntuk menyampaikan ilmu yang terkandung dalam mata pelajaran tersebut. Pada masayang sama, penuntut-penuntut digalakkan mempelajari dan menguasai bahasa-bahasaantarabangsa yang lain.

    Senarai Perakuan

  • Langkah-Langkah Ke Arah Kecemerlangan

    xlviixlviixlviixlviixlvii

    73. Jawatankuasa memperakukan supaya IPT meningkatkan keupayaan untukmenawarkan pengajian bahasa-bahasa antarabangsa.

    74. Jawatankuasa memperakukan supaya dipastikan setiap penuntut dapat menguasaisekurang-kurangnya dua bahasa antarabangsa selain daripada Bahasa Melayu.

    75. Jawatankuasa memperakukan supaya tenaga pengajar dan pensyarah pendidikan tinggiyang baru dilantik diwajibkan mengikuti program latihan sains pengajaran-pembelajaranyang merangkumi aspek-aspek pedagogi dan andragogi, manakala profesor puladigalakkan mengikuti program pascakedoktoran.

    76. Jawatankuasa memperakukan supaya IPT mewujudkan mekanisme yangmenggalakkan para pensyarah baru sentiasa merujuk dan mengadakan perbincanganyang berterusan dengan pensyarah dan profesor yang berpengalaman demimeningkatkan profesionalisme mereka dalam kegiatan pengajaran-pembelajaran.

    77. Jawatankuasa memperakukan supaya semua IPT menyediakan pelan jangka panjangprogram peningkatan profesionalisme untuk semua staf serta mewujudkan anugerah-anugerah yang sesuai berserta dengan ganjaran-ganjaran yang setimpal.

    78. Jawatankuasa memperakukan supaya sistem mentor-mentee diwujudkan bagimenyediakan peluang-peluang bimbingan intelektual dan sosioemosi kepada parapenuntut dalam sistem pembelajaran pendidikan tinggi. Sistem residential hendaklahdimanfaatkan sepenuhnya untuk tujuan pengajaran-pembelajaran ke arahpengembangan diri yang bersifat keindividualan, keperibadian, kejatian, kesarjanaandan keintelektualan.

    79. Jawatankuasa memperakukan supaya disediakan mekanisme, pembiayaan dan laluanbagi pensyarah pendidikan tinggi meningkatkan kompetensi pengajaran, penyelidikandan perkhidmatan kepada masyarakat, di samping mengasah, meningkatkan sertamemperkukuhkan kemahiran intelektual mereka, menerusi kerjasama dengan rakansejawat dalam disiplin yang sama, dalam negara dan juga antarabangsa.

    80. Jawatankuasa memperakukan supaya tanpa mengira apapun andaian, pendekatan,kaedah dan teknik yang digunakan oleh para pensyarah pendidikan tinggi, merekahendaklah digalakkan meneroka pendekatan konstruktivisme dalam pengajaran-pembelajaran.

    81. Jawatankuasa memperakukan supaya para pemimpin IPT komited untuk menjadikaninovasi dalam falsafah, dasar dan amalan pengajaran-pembelajaran dan pentaksiransebagai tunjang ke arah menjadikan institusi masing-masing cemerlang dan terkemukadi peringkat global.

    Senarai Perakuan

  • Laporan Jawatankuasa Mengkaji, Menyemak dan Membuat PerakuanTentang Perkembangan dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi Malaysia

    xlviiixlviiixlviiixlviiixlviii

    82. Jawatankuasa memperakukan supaya semua staf IPT diberikan latihan berterusan untukmenguasai kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi dan menggunakan teknologitersebut dalam pengajaran-pembelajaran, pentaksiran, penyelidikan dan pentadbiraninstitusi.

    83. Jawatankuasa memperakukan supaya semua IPT mengambil langkah untuk memastikanbahawa semua penuntut bukan sahaja celik dan mahir ICT, tetapi juga menguasaikemahiran-kemahiran lain yang berkaitan dengan era digital.

    84. Jawatankuasa memperakukan supaya semua IPT memberikan perhatian yang seriuskepada aspek pentaksiran akademik dan memastikan bahawa semua pensyarahmendapat latihan berterusan untuk menguasai kemahiran pentaksiran.

    85. Jawatankuasa memperakukan supaya prinsip-prinsip berikut bagi pembiayaanpenyelidikan dan latihan penyelidikan di IPT diterima pakai:

    (a) Prinsip Kecemerlangan. Peruntukan dana awam perlu ditumpukan kepada amalandan aktiviti penyelidikan bertaraf dunia untuk memastikan universiti-universitinegara ini mengekal dan memperkembangkan penyelidikan yang berkualiti tinggidan inovatif serta dihormati dalam konteks global.

    (b) Prinsip Autonomi Institusi dan Bersifat Responsif. Institusi-institusi perlu bebasmenentukan bagaimana mereka berfungsi dan menyumbang kepada penjanaan,penyebaran, penyimpanan, pemindahan dan penggunaan ilmu dengan penuhtanggungjawab.

    (c) Prinsip Hubungan dan Kolaborasi. Kerangka dasar yang dapat menggalak danmemberikan ganjaran perlu dibentuk supaya pengembangan budaya keusahawananyang sesuai yang membolehkan penyelidik dan pelbagai institusi berkolaborasi dikalangan mereka dengan penyelidik-penyelidik serantau dan antarabangsa.Universiti perlu memiliki dasar dan struktur untuk memacu pengkomersialanpenemuan, dan pengembangan budaya keusahawanan di kalangan penyelidikmasing-masing dan berperanan sebagai pembangun technopreneurs.

    (d) Prinsip Persaingan, Mudah dan Akauntabiliti. Proses mengagihkan peruntukanuntuk penyelidikan dan latihan penyelidikan mesti bersifat kompetitif, mudah untukditadbir, dan mudah difahami oleh institusi, penyelidik, penuntut dan masyarakatumum. Semua keputusan pembiayaan peruntukan mesti bebas dari konflikkepentingan dan berlandaskan prinsip etika yang telus.

    86. Jawatankuasa memperakukan supaya universiti penyelidikan dan pascasiwazahdiwujudkan dengan cara menjadikan universiti-universiti awam yang sedia ada yangmenepati kriteria yang ditetapkan oleh KPTM sebagai universiti penyelidikan,pascasiswazah dan pascakedoktoran.

    Senarai Perakuan

  • Langkah-Langkah Ke Arah Kecemerlangan

    xl ixx l ixx l ixx l ixx l ix

    87. Jawatankuasa memperakukan supaya bidang tumpuan penyelidikan dan pembangunan(P&P) setiap universiti hendaklah seboleh-bolehnya berbeza, dan masing-masingmenumpukan usaha dalam bidang-bidang baru yang sedang muncul, sebagai contoh:

    (a) Biobase: seperti bioteknologi, bioperubatan dan biokejuruteraan.(b) Mikroteknologi: seperti nanoteknologi dan kejuruteraan precision.(c) Sumber asli negara: seperti petroleum, air, maritim, solar, dan angin.(d) Sains sosial dan kemanusiaan: seperti pelbagai budaya dan antara budaya.

    88. Jawatankuasa memperakukan supaya universiti penyelidikan dan pascasiswazahtersebut diberikan tanggungjawab dan keupayaan untuk melaksanakan ProjekMyBrain15.

    89. Jawatankuasa memperakukan supaya universiti penyelidikan dan pascasiswazahtersebut juga diberikan tanggungjawab mempelopori usaha-usaha ke arah mewujudkandan menggiatkan Akademi Sains dan Teknologi, Akademi Sains Kejuruteraan, danAkademi Sains Sosial dan Kemanusiaan serta menggabungkan akademi-akademitersebut ke dalam Majlis Akademi Sarjana Kebangsaan. Fokusnya ialah ke arahmewujudkan satu gerakan untuk menjana dan memajukan ilmu dan semua bidangkeilmuan, serta menjadi wadah penyatuan dan penggabungan disiplin-disiplin ilmu dalamusaha-usaha penyelidikan dan penggunaan ilmu pengetahuan.

    90. Jawatankuasa memperakukan supaya IPT menyediakan ruang yang mencukupi untukpihak industri melaksanakan aktiviti P&P di IPT tersebut dan pada masa yang samamenentukan pihak industri dapat menyediakan dana serta kepakaran pemasaran bagipengkomersialan hasil P&P secara usaha sama.

    91. Jawatankuasa memperakukan supaya semua IPT mewujudkan pusat inovasi, pusatpengurusan harta intelek dan pejabat pelesenan teknologi supaya dapat meningkatkanlagi hubungan kerjasama dengan pihak industri. Pada masa yang sama mewujudkanusahawan-usahawan inovasi bagi mengkomersialkan hasil penyelidikan serta hartaintelek tersebut.

    92. Jawatankuasa memperakukan supaya universiti-universiti melakukan usaha-usaha yangformal untuk membawa industri ke dalam kegiatan penyelidikan mereka melaluiprogram-program penyelidikan secara kolaboratif.

    93. Jawatankuasa memperakukan supaya IPT mewujudkan usaha sama dengan pusat-pusat penyelidikan dan industri bertaraf antarabangsa yang terkemuka untukmeningkatkan lagi keupayaan dalam P&P, melakukan pemindahan teknologi, danmengetengahkan hasil-hasil penyelidikan ke pasaran antarabangsa.

    Senarai Perakuan

  • Laporan Jawatankuasa Mengkaji, Menyemak dan Membuat PerakuanTentang Perkembangan dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi Malaysia

    lllll

    94. Jawatankuasa memperakukan supaya ditubuhkan Perbadanan Pendidikan TinggiAntarabangsa untuk memajukan kegiatan P&P dalam bidang sains dan teknologibertaraf dunia serta mengetengahkan pendidikan tinggi negara ke peringkatantarabangsa. Perbadanan ini hendaklah dianggotai bersama dan ditadbir secaraautonomi oleh wakil Kerajaan dan IPT. Misi perbadanan tersebut ialah:

    (a) Mengupayakan penuntut pascasiswazah dan pascakedoktoran menjadi sarjanadalam bidang-bidang ilmu pengetahuan utama yang relevan kepada peningkatandaya saing Malaysia.

    (b) Mengupayakan penuntut pascasiswazah dari seluruh dunia menjadi sarjana dalambidang-bidang ilmu pengetahuan utama dan sekaligus menjadi rakan kepadaMalaysia.

    (c) Melayakkan sarjana Malaysia untuk berperanan sebagai pemimpin dan perintisdalam dunia akademik dan penyelidikan dengan cara memperkasakan rangkaianantarabangsa dan antarabudaya.

    (d) Memajukan usaha-usaha pengantarabangsaan pendidikan tinggi negara dengancara meningkatkan daya tarikan IPT tersebut kepada penuntut pascasiswazahdan penyelidik dari seluruh dunia.

    95. Jawatankuasa memperakukan supaya ditubuhkan Perbadanan Penyelidikan Malaysiayang dianggotai bersama oleh IPT, institusi penyelidikan, institusi perdagangan danperindustrian, dan agensi ekonomi Kerajaan untuk bekerjasama dengan MajlisPenyelidikan Dan Kemajuan Sains Negara untuk mengembangkan dan mengukuhkanaktiviti penyelidikan negara sebagai landasan inovasi dalam bidang sains, teknologi,kemanusiaan dan pembelajaran menerusi kolaborasi penyelidik-penyelidik tersohor(top-flight), merentas sempadan dan antara disiplin. Perbadanan Penyelidikan Malaysiaberperanan mengupayakan saintis dan sarjana berkualiti dari seluruh dunia melakukanpenyelidikan di Malaysia bersama-sama dengan saintis dan sarjana tempatan.

    96. Jawatankuasa memperakukan supaya Perbadanan Penyelidikan Malaysia jugadipertanggungjawabkan dengan peranan-peranan berikut:

    (a) Sekretariat penyelarasan dan penggemblengan kerja-kerja penyelidikan.(b) Penggerak kepada kerja-kerja penyelidikan antara universiti dan pelbagai disiplin

    yang akan memberikan impak kepada pembangunan sosioekonomi negara.(c) Penaja kegiatan P&P yang berorientasikan kehendak pasaran, berkolaborasi

    dengan industri dan diintegrasikan dengan objektif dasar-dasar Kerajaan.(d) Penggembleng sumber kewangan untuk menaja kerja-kerja penyelidikan secara

    autonomi dan bebas.(e) Perunding, pengurus kontrak penyelidikan dan pemilikan paten, pelesenan hak

    cipta, hak penerbitan dan pengkomersialan harta intelek bagi pihak institusi, industridan penyelidik.

    Senarai Perakuan

  • Langkah-Langkah Ke Arah Kecemerlangan

    l il il il il i

    97. Jawatankuasa memperakukan supaya prinsip-prinsip berikut dijadikan landasan operasiPerbadanan Penyelidikan Malaysia demi memperkasakannya dalam mendepanicabaran-cabaran baru:

    (a) Menggalakkan pencapaian cemerlang.(b) Menaja tokoh dan bukan sahaja projek.(c) Ditadb


Top Related