Download - Laporan Dokumentasi Hari Guru
SEKOLAH KEBANGSAAN DANAU KOTA
JALAN 2/23E, TAMAN DANAU KOTA
53300 SETAPAK, KUALA LUMPUR
LAPORAN DOKUMENTASI
“GURU PENCETUS KREATIVITI PENJANA INOVASI”
TARIKH : 23 MEI 2014 (JUMAAT)
TEMPAT : DATARAN WAWASAN, SK DANAU KOTA
MASA : 10.00 PAGI HINGGA 12.30 TENGAHARI
08.00 MALAM HINGGA 10.00 MALAM
TEMA : BIRU
SAMBUTAN
TARIKH : 23 MEI 2014 (JUMAAT)
TEMPAT : DATARAN WAWASAN, SK DANAU KOTA
MASA : 10.00 PAGI HINGGA 12.30 TENGAHARI
08.00 MALAM HINGGA 10.00 MALAM
TEMA : BIRU
PERKARA MUKASURAT
SENARAI AHLI JAWATANKUASA 4
ATURCARA MAJLIS 6
LAPORAN BERTULIS 8
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 14
GAMBAR AKTIVITI
PENGHARGAAN
BUKU PROGRAM
LAMPIRAN
Kertas kerja Surat panggilan mesyuarat Surat jemputan majlis
3
ISI KANDUNGA
N
ATURCARA MAJLIS
SAMBUTAN HARI GURU 2014
7.30 – 9.30 pagi : Sesi pengajaran dan pembelajaran ( P&P)
9.30 – 10.00 pagi : REHAT
10.00 pagi :
Murid berkumpul di
Dewan Sri Danau
Bacaan Doa
Ucapan wakil murid /
pengawas sekolah
Ucapan Pn. Zainab bt
Mohamad
Guru Besar SK Danau Kota
Sesi Bergambar
(semua guru)
Ikrar Guru
Nyanyian lagu Kami
Guru Malaysia dan
lagu tema
Persembahan guru
dan murid
Penyampaian hadiah
Tokoh-tokoh guru
Pertandingan keceriaan kelas (PIBG)
Daripada murid-murid kepada guru-guru
Acara padang
6
ATURCARA
MAJLIS
SAMBUTAN HARI GURU 2014
LAPORAN BERTULIS SAMBUTAN HARI GURU 2014
SK DANAU KOTA, SETAPAK KUALA LUMPUR
Hari Guru di Malaysia telah ditetapkan pada tarikh 16 Mei setiap tahun. Pada
tahun ini, Guru Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi merupakan tema yang dipilih untuk
sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2014. Sehubungan dengan itu, majlis
sambutan Hari Guru SK Danau Kota telah diadakan pada 23 Mei 2014 bersamaan
dengan Hari Jumaat. Bertemakan warna biru, sambutan tersebut telah diraikan di
dalam dua majlis iaitu sesi pertama pada sebelah pagi
dan sesi kedua pada sebelah malam.
Sambutan Hari Guru peringkat sekolah sesi pertama
telah diadakan di Dewan Sri Danau pada sebelah pagi
24 Mei 2014 yang melibatkan semua murid dan guru SK
Danau Kota dari sesi pagi dan petang. Sambutan sesi
kedua pula diadakan pada sebelah malam dengan Majlis
Makan Malam yang melibatkan semua pentadbir, guru,
kakitangan sekolah, wakil PIBG dan bekas tenaga
pengajar SK Danau Kota.
Majlis sambutan Hari Guru pada sebelah pagi dimulakan
pada jam 10.00 pagi hingga 12.30 tengahari. Selepas
waktu rehat, murid-murid dikehendaki berkumpul di
Dataran Wawasan mengikut tahun masing-masing.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh
En. Mohd Razali bin Harun. Seterusnya, majlis
diteruskan dengan ucapan ketua pengawas sekolah,
adik Harith Haziq b. Abd Razak dan disusuli dengan
ucapan daripada Puan Zainab bt Mohamad selaku Guru
Besar SK Danau Kota, Kuala Lumpur.
9
LAPORAN
BERTULIS
SAMBUTAN HARI GURU 2014
Setelah selesai ucapan daripada Guru Besar, semua guru dijemput untuk ke
atas pentas untuk sesi bergambar. Selepas itu, semua guru dijemput untuk membaca
Ikrar Guru yang dipimpin oleh En. Mohd Rizal Hadi bin Rusli. Selepas bacaan Ikrar
Guru, semua guru seterusnya menyanyikan Lagu Kami Guru Malaysia.
Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan persembahan daripada murid-murid
dan guru-guru SK Danau Kota. Persembahan pertama dimulakan dengan Action Song
bertajuk Everything At Once dan Terima Kasih Cikgu yang dipersembahkan oleh murid-
murid Tahun 3 Cemerlang. Selepas itu, persembahan diteruskan dengan persembahan
Ukulele oleh murid-murid Tahun 6 dengan lagu yang bertajuk Terima Kasih dan disusuli
dengan persembahan lagu One Thing oleh murid-murid Tahun 5. Acara persembahan
diakhiri dengan kumpulan Zahran & The Gang mewakili guru-guru dengan
mempersembahkan lagu Masih Mencintaimu.
Berikutnya, majlis diteruskan lagi dengan acara penyampaian hadiah oleh Puan
Zainab bt Mohamad kepada tokoh-tokoh guru dan Puan Mahdalela bt Yusof Pardi,
kepada pemenang pertandingan program gotong-royong keceriaan kelas PIBG.
Keputusan pemenang bagi kedua-dua acara adalah seperti berikut :
Tokoh-tokoh Guru
Guru Penyayang : Puan Arikah bt Sadon
Guru Bergaya : Puan Syarina Syahiza bt Rostam
Guru Ceria : Puan Atyfah bt. Roslan
Guru Sporting : En. Mohd Fairuz bin Abu Bakar
Guru Popular : Puan Zainab bt Mohamad
Program Gotong-royong Keceriaan Kelas PIBG
Aliran Perdana : Johan : 5 Gemilang & 1 Gemilang
Naib Johan : 4 Gemilang & 3 Gemilang
10
Tempat Ketiga : 5 Bestari & 1 Bestari
Aliran PPKI : Johan : Kelas Pra PPKI
Naib Johan : Kelas Kekwa
Setelah selesai acara penyampaian hadiah, semua guru dan murid berkumpul di
Dataran Wawasan untuk acara sukaneka guru. Terdapat lima acara yang
dipertandingkan iaitu pertandingan bola tampar bagi guru lelaki, acara boling stoking,
acara pancing ikan, acara raily makan cepat dan acara dulang bertuah. Kesemua acara
disertai oleh guru-guru lelaki dan wanita sesi pagi serta petang. Keputusan bagi acara
sukaneka adalah seperti berikut :
Pertandingan Bola Tampar Guru Lelaki
Johan : Pasukan En. Mohd Razali bin Harun
Naib Johan : Pasukan En. Rosmizal
Tempat Ketiga : Pasukan En. Masnawi
Tempat Keempat : Pasukan En. Zuhaimy
Pertandingan Boling Stokin
Johan : Kumpulan Pn Norlihaslinda
Naib Johan : Kumpulan Pn Roshamiza Adilah
Tempat Ketiga : Kumpulan Cik Siti Nurfazira
Pertandingan Pancing Ikan
Pn Zainab
Cik Siti Nurfazira
11
Pn Nadiah
Cik Fashidah
Cik Norul Aizan
Pn Suzana
Cik Suhana
Pn Syahada
Pn Hayat
Pn Munis
Cik Jamie
Pn Norlihaslinda
Pertandingan Dulang Bertuah
Johan : Pn Rohimas, Pn Idayu & Pn Norlina
Naib Johan : Pn Azah, Pn Rusnani & Pn Nik Noha
Tempat Ketiga : Pn Rozne, Pn Haslinda & Pn Huda
Tempat Keempat : Pn Zawiyah, Pn Mas Zarina & Pn Fatiah
Pertandingan Raily Makan Cepat
Johan : Kumpulan Cik Fashidah
Naib Johan : Kumpulan Cik Maslianee
Seterusnya, setelah semua acara sukaneka selesai dijalankan, semua murid dan
guru dikehendaki berkumpul semula di Dewan Sri Danau untuk acara yang berikutnya.
Majlis diakhiri dengan nyanyian Lagu Negaraku oleh semua warga SK Danau Kota
sebelum dibenarkan pulang pada pukul 12.30 tengah hari.
Sambutan Hari Guru bagi sesi yang kedua iaitu Majlis Makan Malam pula
diadakan di Dewan Sri Danau pada sebelah malam pada hari yang sama. Majlis Makan
12
Malam tersebut melibatkan semua pentadbir, guru, wakil PIBG, kakitangan dan bekas
guru SK Danau Kota. Majlis dimulakan dengan pendaftaran kedatangan pada jam 8.00
malam dan agihan nombor cabutan bertuah.
Berikutnya, majlis diteruskan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh En.
Muhammad Zahran bin Yaacob. Setelah selesai acara bacaan doa, majlis diteruskan
dengan jamuan makan malam yang dihidangkan secara buffet untuk guru-guru dan
hidangan meja untuk VIP. Majlis dijalankan secara santai dan diselang-seli dengan
acara cabutan bertuah. Seterusnya, majlis juga diserikan dengan persembahan
nyanyian oleh guru-guru SK Danau Kota, antaranya ialah En. Abul Azham bin Abu
Bakar, En. Jasni bin Daud, En. Fozi dan wakil daripada PIBG En. Saiful Anuar bin Mohd
Bagawi.
Jamuan makan malam dan acara cabutan bertuah dijalankan sehingga semua
hadiah diagihkan dan berakhir pada jam 10.30 malam.
13