Download - Lapangan 14

Transcript
Page 1: Lapangan 14

LAPANGAN

PEMBANGUNAN KOMUNITI Tunjang utama aktiviti MRA 2012

“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada orang lain”

Page 2: Lapangan 14

KHIDMAT KOMUNITI merupakan satu aspek penting dalam membangunkan mana-mana komuniti atau kelompok masyarakat yang terpinggir, terpencil, tertinggal atau kurang bernasib baik. Melalui program yang digerakkan dalam khidmat komuniti, penduduk setempat atau anggota komuniti tersebut akan diberikan pendedahan yang sewajarnya bagi mem bolehkan mereka berdikari dalam meneruskan kehidupan tanpa perlu mengharapkan ihsan dan bantuan orang atau agensi kerajaan semata-mata, mereka juga akan melalui satu proses kehidupan yang lebih baik dan tersusun, yang mempunyai sistem dan aturan lebih baik dari yang sedia diamalkan, memberikan mereka ide dan rencana yang lebih baik untuk mereka ceburi bagi memastikan kesinambungan keluarga, men-jadikan komuniti mereka celik ilmu dan pengetahuan - komuniti yang mempunyai orang cerdik pandai dikalangan mereka pasti menjadi sebuah komuniti yang maju dan berdaya saing disamping mempunyai banyak ciri-ciri positif untuk membolehkan mereka terus melangkah dan bergerak kehadapan. MRA mengambil serius terhadap program pembangunan komuniti yang digerakkannya dengan sentiasa meletakkan komitmen yang padu dalam menjayakan setiap program pembangunan komuniti tersebut, antaranya ialah Pembangunan Komuniti Orang Asli, Pembangunan Komuniti Orang Kurang Upaya, Pembangunan Komuniti Pelarian Rohingya serta Pembangunan Komuniti Masyarakat Terpinggir. MRA percaya dengan kesungguhan dan kerjasama diantara semua pihak yang terlibat pasti akan membawakan hasil yang dikehendaki dan ahli masyarakat yang dibantu ini semestinya akan mengalami per ubahan positif seperti yang disasarkan. Justeru, MRA mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin berkerjasama didalam men-jayakan aktiviti pembangunan komuniti ini secara sinergi dan kerjasama. Sebaik-baik Manusia ialah Orang yang Paling Bermanfaat kepada Orang Lain

MOHD SHAHRULAZILAN Pengarah Eksekutif

Minda Redaksi PEMBANGUNAN KOMUNITI

LaPANGAN adalah E-Majalah MRA yang diterbitkan setiap bulan dalam Bahasa Malaysia

LAPANGAN 14-2012 2222

Tumpuan Utama MRA—2012

RETREAT EXCO MRA - Menentukan hala tuju 2012. Memastikan MRA terus relevan dan berdaya saing diper-ingkat tempatan dan antarabangsa. MESYUARAT MRA PERAK Mesyuarat Operasi bagi memantapkan lagi jentera kerja dan pengumpulan dana bagi aktiviti MRA Perak PENERANGAN MRA KEDAH Menguatkan lagi kehadiran MRA di wilayah utara tanahair, memastikan bantuan dapat disampaikan dengan lebih pantas dan berkesan PERTEMUAN ICPS-MRA &

JKM - Inisiatif MRA untuk memastikan kebajikan ahli-ahli CP terpelihara. Or-ganisasi yang digerakkan oleh ahli CP sendiri. SEKOLAH KOMUNITI

ROHINGYA-MRA - Pelbagai program diatur untuk komuniti pelarian Rohingya di Cheras Baru. Klinik Kesihatan bersama MSU, agihan makanan kering, agihan alatulis dan pertandingan mencipta logo Sekolah Komuniti Rohingya MRA

MYCORPS-MRA - Mesyuarat Penyelarasan dan penghantaran tim pertama MYCORPS-MRA ke Lebanon. Mem-persiapkan persediaan mental dan fizikal setiap ahli MYCORPS sebelum mereka turun ke Lapangan Antarabangsa yang sebenar.

Page 3: Lapangan 14

RETREAT EXCO MRA

RETREAT MRA 2012 ber-langsung dengan jayanya, dihadiri oleh hampir kesemua ahli Lembaga Pemegang Amanah, EXCO dan pengurusan Sekretariat MRA. Retreat yang diadakan julung-julung kali ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat Hospital Pakar Al Islam Kampung Baru. Retreat padat yang mengambil masa sehari suntuk ini bermula dari jam 8.30 pagi berakhir sekitar jam 9.00 malam. KELANGSUNGAN ORGANISASI Beberapa agenda penting Retreat telah dibahaskan dan beberapa isu penting organisasi telah berjaya dibincangkan dan mencapai kata sepakat bagi mencari pen-yelesaiannya. Retreat ini bertujuan untuk memastikan kelangsungan organisasi di-

samping memastikan kewujudan MRA sentiasa relevan dan menjadi sebuah organisasi yang dihormati, mempunyai ruang operasinya yang tersendiri dan mampu melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dengan sebaik mungkin. MUHASABAH ORGANISASI Retreat ini turut membicarakan mengenai misi-misi yang telah diadakan, kempen-kempen yang telah digerakkan serta jumlah agihan dana yang telah dibelanjakan. Ianya juga turut membincangkan langkah praktikal bagi memastikan dana dan sum-bangan untuk menggerakkan program MRA dapat ditambah dan dipastikan konsistens-inya bagi memudahkan pergerakan dan merancang aktiviti tahunan untuk tahun 2012.

2012 adalah tahun untuk MRA melonjak lebih tinggi lagi dari kebiasaannya

MELIPATGANDA AKTIVITI MRA berhasrat untuk melipatgandakan usaha dan aktivitinya dalam tahun 2012. Justeru itu, usaha bagi memantapkan peranan sekretariat, pengurusan dan pengumpulan dana serta pengupayaan SAHABAT MRA merupakan antara strategi utama bagi menjadikan MRA sebuah organisasi yang ampuh, mantap dan berdaya saing dengan organisasi bantuan kemanusiaan lain yang telah lebih lama bertapak baik didalam mahupun diluar negara. Doakan kejayaan kami dalam mentadbir MRA demi kemanusiaan sejagat.

MENENTU HALATUJU 2012

3 3 3 3 LAPANGAN 14-2012

Page 4: Lapangan 14

LAPANGAN 14-2012 4444

MRA PERAK MRA PERAK MRA PERAK MRA PERAK sebagai cawangan pertama MRA di peringkat negeri telah m e n g a d a k a n Me s y u a r a t Operasinya di Ipoh baru-baru ini. MRA disebelah utara sebelum ini dikenali sebagai MRA Utara, dan kini dengan tertubuhnya MRA Perak dan insyallah MRA Kedah dalam masa terdekat, menjadikan cawangan ini semakin sibuk dengan pelbagai program dan aktiviti. Mesyuarat ini antara lain bertujuan untuk memantap-kan lagi urusan pentadbiran, kewangan dan operasi MRA di kawasan utara Malaysia.

Sebuah Kempen Penerangan men-genai Malaysian Relief Agency (MRA) telah berjaya diadakan di Hospital Sultanah Bahiyah. Sg. Petani yang telah dihadiri oleh kakitangan pe-rubatan dan staf pentadbiran Hos-pital tersebut. Program ini telah dikendalikan oleh Dr. Mohd Saifullah yang meru-pakan seorang pakar orthopedik di Jabatan Othopedik Hospital berk-enaan. Dr. Saifullah juga meru-pakan Pengerusi bagi Cawangan MRA-Kedah.

Turut dibincangkan ialah laporan perjalanan program yang telah dilaksanakan serta maklumbalas yang diterima. Turut dibincang ialah program yang ber potensi untuk dimulakan dan bagaimana ia boleh digerakkan. Mesyuarat ini telah dirasmi-kan sendiri oleh Dato Dr. Abdul Razak Kechik, selaku Presiden MRA dan dihadiri juga oleh Sdr. Shirajuddin Sirat, PSUA MRA dan Sdr. Shahrul, Pengarah Eksekutif MRA. Syabas MRA PERAK!

Di dalam majlis tersebut, beliau menekankan konsep bantuan yang digerakkan oleh MRA disamping mengajak mereka yang hadir untuk turut sama berdaftar sebagai sahabat MRA. MRA Kedah dijangka akan m e n g g e r a k k a n p r og r a m sulungnya iaitu sebuah Klinik Lapangan di perkampungan Orang Asli di Ulu Legong, Baling Kedah pada bulan Mac nanti. Jom ikut serta!

MESYUARAT MRA PERAK

MAJLIS PENERANGAN MRA Cawangan KEDAH

berjalan lancar penuh iltizam

Dr. Saifullah memberikan taklimat mengenai MRA

Khusyuk mendengar penerangan mengenai aktiviti MRA

Semua serius dan bersemangat sepanjang mesyuarat berlangsung

Page 5: Lapangan 14

5555 LAPANGAN 14-2012

bersama wakil JKM

SATU SESI PERTEMUAN telah diadakan diantara tim ICPS-MRA dan wakil JKM bertempat di Sekretariat Malaysian Relief Agency (MRA). Pertemuan pertama kali ini bertujuan untuk memaklumkan kepada JKM bahawa MRA telah mengambil satu inisiatif untuk membantu menggerakkan sebuah persatuan atau per- kumpulan yang disertai oleh ahli-ahli Cerebral Palsy (CP) yang berada di Kuala Lumpur. Pertemuan ini turut dihadiri oleh ibubapa dan penjaga ahli-ahli CP, mereka turut memberikan input dan maklumat berguna berdasarkan pengalaman yang mereka lalui serta pengetahuan yang mereka ada mengenai kaedah perlaksanaan yang berkesan untuk kumpulan ini. Perbincangan secara dua hala ini memberikan peluang kepada kesemua pihak yang hadir untuk meluahkan pandangan dan isihati mereka mengenai masa depan anak-anak dan jagaan masing-masing.

ICPS-MRA

Respons yang diberikan oleh pihak JKM juga sangat baik dan pegawai yang hadir juga merupakan seorang yang begitu arif dan mahir dalam isu yang dibincangkan. Beliau turut melahirkan rasa terharu dan gembira dengan inisiatif yang digerakkan oleh MRA ini dan berharap ianya dapat berjalan lancar seperti yang telah dirancang dan memberikan bantuan dan sokongan yang diperlukan untuk ahli-ahli CP ini. Tim ICPS-MRA dianggotai oleh ahli yang berbilang agama dan berbilang bangsa, menjadikannya sebuah organisasi yang majmuk dan mempunyai pelbagai latarbelakang yang berwarna warni. Besarlah harapan MRA agar kumpulan ini dapat ber-tahan dan kekal aktif bagi memberikan sokongan kepada ahlinya dalam apa saja yang mereka lakukan demi membuktikan bahawa ahli-ahli CP juga boleh berdikari dan menguruskan diri mereka sendiri.

APAKAH CEREBRAL PALSY? Cerebral palsy adalah se-buah kumpulan penyakit yang boleh menyebabkan kegagalan fungsi otak dan sistem saraf seperti pergera-kan, pembelajaran, menden-gar, melihat, dan berfikir. Terdapat beberapa jenis cerebral palsy; Hemiplegia (sebelah bahagian badan), Diplegia (kedua belah kaki) dan Quadriplegia (kedua belah tangan dan kaki)

Page 6: Lapangan 14

LAPANGAN 14-2012 6666

PROGRAM PEMERIKSAAN KESIHATAN MRA-MSU-UNHCR Di Sekolah Komuniti Rohingya MRA-Cheras Baru

Sebuah Program Pemeriksaan Kesihatan yang dianjurkan secara bersama oleh Malaysian Relief Agency (MRA), Management Sciences University (MSU) dan United Nations High Commissioner on Refugee (UNHCR) telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Turut hadir memberikan sokongan dan bantuan ialah tim dari Hospital Pakar Al Islam, Kg. Baru, tim inisiatif sukarelawan elit negara-MYCORPS serta SAHABAT MRA. Program ini menerima kehadiran pesakit yang agak ramai. Menjangkau ratusan orang, terdiri dari kanak-kanak, wanita dan orang tua.

Ramai yang datang dari kawasan sekitar tetapi ada juga yang datang dari jauh bagi mendapatkan rawatan yang di-tawarkan pada hari tersebut. Pemeriksaan kesihatan di Sekolah ini memang merupakan projek tahunan MRA yang bertujuan untuk memberikan para pelarian serta keluarga mereka peluang untuk mendapatkan pemerik-saan kesihatan tanpa perlu mengeluar-kan dana dan belanja yang besar. Semoga kerjasama erat sebegini dapat diteruskan dimasa-masa mendatang bagi kebaikan dan faedah semua pihak.

Tim Pemeriksaan Kesihatan MSU bersama SUA MRA-Dr. Mohd Daud Sulaiman

Page 7: Lapangan 14

7777 LAPANGAN 14-2012

Suasana ketika program berlangsung

Farmasi memberikan ubat Kesihatan penting untuk kita

Dr. Mohd Daud Sulaiman sedang memeriksa pesakit yang datang berkunjung ke Klinik yang dibuka

Sihat dan Senyum

MYCORPS turut terlibat

Wakil UNHCR hadir memantau

Daftar nama anda disini

Page 8: Lapangan 14

DARI ORANG RAMAI DAPUR

LAPANGAN 14-2012 8888

SUMBANGAN ALATULIS

SUMBANGAN BARANGAN

ALHAMDULILLAHALHAMDULILLAHALHAMDULILLAHALHAMDULILLAH, sumbangan yang diterima dari orangramai untuk kegunaan Sekolah Komuniti Rohingya MRA semakin meningkat setiap hari. Kami juga merasa syukur kerana melihat kepada sokongan dan dorongan dari orang ramai yang amat prihatin dan mengambil berat. Segala sumbangan yang telah diberikan amat kami hargai dan akan digunakan dengan sebaik mungkin dan semaksima yang boleh. Setiap sumbangan juga akan direkodkan bagi memastikan ketelusan.

Terkini MRA telah menerima bantuan dari sebuah organisasi - Rumah Amal Cheshire yang begitu bermurah hati menderma kepada MRA beberapa barangan makanan mentah dan kering untuk kegunaan di Sekolah Komuniti Rohingya MRA. Lebih menarik, kami turut menerima sumbangan dari mereka yang budiman bagi menyediakan sarapan pagi kepada 85 murid Sekolah ini setiap hari. Terima kasih.

SEKOLAH KOMUNITI ROHINGYA-MRA merasa amat bertuah kerana telah dipilih oleh badan kebajikan kakitangan Majlis Keselamatan Negara untuk menerima sumbangan ikhlas dari mereka yang berupa alat-alat tulis seperti buku tulis, pensil warna, pembaris, pemadam, pensil, pengasah pensil dan bermacam-macam lagi. MRA amat menyanjung tinggi keprihatinan yang ditunjukkan oleh mereka kerana bantuan ini sedikit sebanyak menunjuk-kan rasa tanggungjawab dan kasihan belas yang amat tinggi kepada para pelarian Rohingya disini. Sumbangan ini pasti-nya telah membakar semangat anak-anak mereka untuk terus belajar dengan cemerlang.

DARI KAKITANGAN MAJLIS KESELAMATAN NEGARA

Terima Kasih Daun Keladi, Kalau Ada Bagi Lagi

Page 9: Lapangan 14

9999 LAPANGAN 14-2012

KEMPEN DARI UNHCR UNHCR sekali lagi dengan kerjasama MRA telah mengadakan Kempen Kesedaran Jantina untuk para pelajar di Sekolah Komuniti Rohingya-MRA. Kempen ini turut digerakkan oleh UNHCR di sekolah-sekolah pelarian yang lain bertujuan untuk mendedahkan kepada mereka mengenai perbezaan jantina diantara lelaki dan perempuan, bagaima-nakah proses kelahiran seorang bayi boleh terjadi dan beberapa aspek lain yang menjurus kearah tersebut. PENDIDIKAN BERSEPADU Di Sekolah Komuniti Rohingya-MRA ini, kami sentiasa mengamalkan konsep pendidikan ber-sepadu, menggabungkan elemen mental, fizikal dan spiritual, ini bertujuan bagi memastikan murid yang dididik di sekolah ini mempunyai maklumat yang menyeluruh dan lengkap dengan segala macam ilmu dan pengetahuan. PENDIDIKAN “GENDER” Justeru itu, soal kelainan jantina sebenarnya telah diaplikasikan melalui aktiviti dan program yang diselia oleh para guru secara berterusan. Pemisahan gender dalam beberapa hal tertentu tidak bermaksud penafian hak dan berlakunya penindasan gender.

SATU PERTANDINGAN bagi mencipta logo Sekolah Komuniti Rohingya-MRA telah diadakan baru-baru ini. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar Sekolah Komuniti Rohingya-MRA dan lebih dari 40 penyertaan telah diterima dari kalangan para pelajar. Persaingan amat sengit, karya-karya yang di-hantar oleh para pelajar semuanya hebat-hebat dan cantik, dengan moto dan pemilihan warna yang begitu menarik sekali kombinasinya. Juri-juri telah mengambil keputusan untuk memilih tiga buah lukisan yang terbaik dan berikut adalah susunannya:-

Wakil dari UNHCR berserta penterjemah sedang berkongsi ilmu

Panel Pemilihan sedang tekun meneliti penyertaan peserta

Page 10: Lapangan 14

LAPANGAN 14-2012 10101010

Peringatan mengenai keselamatan ditekankan terutamanya kepada pasukan yang akan ke negara konflik dan negara bergolak seperti di Pakistan, Afghanistan, Sri Lanka dan Thailand. SELATAN THAILAND Perkembangan di Selatan Thai kelihatan tidak begitu baik seperti yang dilaporkan didalam media massa telah dikupas dan diberikan penerangan khusus oleh Sdr. Khairil Annuar Khalid, Penga-rah Bantuan Kecemasan dan Lo-jistik MRA.

...isu berkaitan keadaan keselamatan telah di-bangkitkan sekali lagi

bagi memastikan setiap ahli memahami risiko

dan kemungkinan yang boleh berlaku...

LAPANGAN LEBANON Beliau turut memberikan per kembangan terkini diLebanon, ter-utamanya berkaitan isu pelarian Palestin di Kem-kem Pelarian yang berserakan di sana. Turut di bincangkan ialah penglibatan pihak-pihak tertentu didalam dan diluar Kem-kem Pelarian ini. Be l i a u tu r u t me mb e r i k a n saranan dan cadangan terutama-nya berkaitan perancangan dan perlaksanaan program, termasuk cadangan penginapan dan kawasan operasi bersama rakan pelaksana di lapangan.

TEMU PENYELARASAN bagi projek-projek MYCORPS yang berada dibawah seliaan MRA telah berjalan buat kali yang kesekiannya. Mesyuarat kali ini bertujuan untuk melihat kepada perkembangan program pengumpulan dana, pemasalahan yang dihadapi serta bagi mengemaskini maklumat terkini berkaitan perkembangan projek pasukan masing-masing. TUJUH NEGARA Untuk makluman, ada tujuh buah negara yang akan dituju oleh pasukan MYCORPS yang diletak-kan dibawah seliaan MRA iaitu Uzbekistan, Afghanistan, Pakistan, Lebanon, Sri Lanka, Thailand dan Indonesia. Masing-masing mem-punyai satu pasukan melainkan Pakistan yang mempunyai tiga buah pasukan.

TARIKH BERLEPAS Perbincangan juga berkisar kepada penentuan tarikh untuk mereka ber-tolak pergi dan tempoh masa yang akan mereka luangkan semasa berada di lapangan antarabangsa masing-masing. Penetapan tarikh adalah penting kerana ianya berkaitan dengan pe-makluman persediaan di lapangan kepada rakan pelaksana di luar negara. Ianya juga berkaitan dengan persediaan permohonan cuti mereka serta kesesuaian cuaca di lapangan. ISU KESELAMATAN Beberapa isu berkaitan keadaan keselamatan telah dibangkitkan sekali lagi bagi memastikan setiap ahli memahami risiko dan kemungkinan yang boleh berlaku, ianya seperti pengulangan sesi kuliah seperti di Kem Rakan Muda, Kemunting tempohari.

MESYUARAT KOORDINASI DAN PERKEMBANGAN

PROJEK-PROJEK MYCORPS-MRA

Serius untuk membawa nama belia Malaysia ke persada antarabangsa

Page 11: Lapangan 14

TUDUNG SUMBANGAN ORANG RAMAI MULA DITERIMA

TIM MYCORP-MRA THAILAND telah mula menerima sumbangan tudung kepala dari orang ramai. Kempen SUMBANGAN tudung-tudung yang tidak digunakan lagi ini telah mendapat sambutan baik dan kami kini telah menerima banyak tudung-tudung dari pelbagai pihak dan lokasi. Sumbangan yang diberikan adalah amat dialu-alukan,

MENGASINGKAN TUDUNG Tudung-tudung yang diterima akan diperiksa sekali lagi sebelum diasing-asingkan mengikut jenis dan saiz. Ada tudung yang siap berjahit, ada yang sedia disarung dan ada yang tidak berjahit, saiz kanak-kanak dan sebagainya. Ini bertujuan untuk memudahkan pengagihan di Lapangan nanti.

KEMANA DIAGIHKAN Kami mensasarkan wilayah Selatan Thailand sebagai kawasan utama dimana tudung-tudung ini akan diagihkan kerana disini terdapat komuniti Muslim yang besar dan mereka hidup dalam keadaan yang tidak semewah dan sesenang kita. BANTUAN LAIN Tim Thailand, selain dari agihan tudung ini, mereka turut terlibat dalam siri bantuan kepada anak-anak yatim dan keluarga mereka serta terlibat serius dalam program pembangunan komuniti yang meli-batkan orang-orang muda. Mereka juga akan menumpukan kepada program-program yang berbentuk pendidikan . MYCORPS-MRA mengucapkan ribuan terima kasih diatas sumbangan orang ramai yang sudi mender-makan tudung mereka yang tidak terpakai, semoga anda diberikan ganjaran setimpal oleh ALLah SWT.

Sdr. Izuan dan Sdr. Ikhsan sedang melipat tudung yang diterima

11111111 LAPANGAN 14-2012

Tudung sumbangan orang ramai

Page 12: Lapangan 14

LAPANGAN 14-2012 12121212

SIDANG MEDIA OLEH PRESIDEN MCA Sempena PENYERAHAN DANA MYCORPS

SIDANG MEDIA MYCORPS

SATU Sidang Media telah diadakan oleh Parti MCA men-genai penajaan projek MYCORPS-MRA Lebanon. Presiden MCA, Dato Seri Chua Soi Lek telah mempengerusikan Sidang Media ini yang turut dihadiri oleh Pn. Wasitah, Tim. Pengarah Rakan Muda, En. Johari Kan Abdullah, Penyelia Program MRA, En. Ashraff Abdul Rahman, Presiden MYCORPS dan ahli-ahli pasukan MYCORPS-MRA Lebanon. Dalam Sidang Media ini, MCA memaklumkan bahawa atas dasar keprihatinan kepada kemelut yang melanda pelarian Palestin, mereka telah bersetuju untuk menyumbangkan sebanyak RM30,000 bagi membantu perlaksanaan projek-projek pembangunan dan pendidikan di kem-kem pelarian Palestin di Lebanon.

MENTERI BELIA & SUKAN, Dato Ahmad Shaberry Chik telah menghadiri Sidang Media MY-CORPS bagi Pelepasan Lapangan Antarabangsa yang dijadualkan akan bermula pada akhir Mac 2012. SUKARELAWAN ELIT: Beliau menyatakan bahawa MYCORPS merupakan inisiatif yang ber- tujuan melahirkan sukarelawan elit negara, dan pemergian ke lapangan antarabangsa tidak bermakna mereka hanya akan menumpukan bantuan ke luar negara sebaliknya bertujuan untuk memberikan mereka pen dedahan sebanyak mungkin mengenai kerja di Lapangan.

SUKARELAWAN BERKUALITI: Beliau men-doakan agar program ini dapat mencapai sasaran yang digariskan iaitu bagi mewujudkan generasi pemimpin sukarelawan yang berkualiti, mempunyai ketahanan yang mantap serta mampu melaksanakan program baik didalam ataupun diluar negara. Menjadi agen perubahan yang dapat bekerja dalam segala situasi.

MENCARI DANA SENDIRI: Beliau turut melahirkan rasa bangganya diatas komitmen dan keupayaan ahli MYCORPS dalam melakukan program pengumpulan dana mereka sendiri bagi menampung kos per- laksanaan projek ini. Kesungguhan inilah yang mem-bezakan produk MYCORPS dengan yang lain, jelas beliau. Semoga inisiatif MYCORPS ini dapat meng-harumkan nama negara di mata dunia.

Page 13: Lapangan 14

TIM MYCORPS PERTAMA BERGERAK Misi Membantu Pelarian Palestin di Lebanon

TIM PERTAMA MYCORPS yang bakal bergerak ke Lapangan Antarabangsa ialah tim yang dipantau oleh MRA dan destinasi lapangan mereka ialah ke Lebanon yang terletak di Asia Tengah. Tim ini terdiri dari tiga orang anak muda cekal, penuh visi dan misi, iaitu En. Lutfy Hafifi, Cik Kim Lee Choy dan Cik Yusmunirah Md. Yusar. OBJEKTIF MISI Misi utama tim ke Lebanon ini ialah untuk meninjau potensi bagi program-program pendidi-kan serta kerja-kerja pembangunan komuniti kepada para pelarian Palestin yang menghuni puluhan kem-kem pelarian yang terletak di sem-padan diantara Lebanon dan Palestin (kini ber gelar negara haram Israel). Misi ini juga akan mendapatkan sebanyak mungkin maklumat yang diperlukan bagi merangka kerja-kerja bantuan kemanusiaan dan pembangunan komuniti untuk jangkamasa yang panjang.

KERJASAMA Tim ini juga telah dinasihatkan agar dapat men-jalinkan hubungan dengan beberapa buah organisasi dan ngo tempatan yang terlibat secara langsung dengan para pelarian Palestin yang menghuni pelbagai kem pelarian yang terdapat disana. Mereka dijangka tidak akan menghadapi masalah besar dalam hal ini kerana, kebanyakkan dari organisasi ini telahpun mengenali MRA, malahan sebahagian besar daripadanya telahpun mempunyai pengalaman berurusan dan menggerakkan program bersama MRA. CUACA Suhu di Lebanon amat berbeza dengan Malaysia, buat masa ini masih lagi sejuk walaupun musim dingin sudah berada dipenghujungnya. Oleh yang demikian, tim ini telah bersedia dengan segala keperluan termasuklah baju sejuk, mafla, sarung

tangan dan lain-lain peralatan yang diperlukan bagi menghadapi cuaca yang diluar dari kebiasaan bagi orang Malaysia. PROGRAM Tim Lebanon berhasrat untuk m e n u m p u k a n k e p a d a keperluan untuk mengadakan program-program yang bersifat pembangunan komuniti, pember-dayaan ekonomi, peningkatan pendidikan dan tumpuan utama mereka adalah kelompok pelarian Palestin yang mendiami kem-kem pelarian yang telah dihuni sejak puluhan tahun yang lalu, dengan keadaan prasarana yang tidak terurus dan juga tidak mencu-kupi. JANGKAMASA Seperti tim-tim lain, Tim MYCORPS Lebanon juga akan mensasarkan tempoh setahun bagi memastikan segala aktiviti dan perancangan yang telah digariskan dapat dilak-sanakan mengikut jadualnya. HARAPAN Semua pihak meletakkan harapan yang amat tinggi kepada kumpu-lan ini kerana mereka merupakan kumpulan yang pertama daripada inisiatif MYCORPS yang akan berada di Lapangan antarabangsa. Kami percaya ketiga-tiga ahli MYCORPS ini akan berjaya dalam tugasan yang diamanahkan ker-ana mereka telah dipersiapkan dengan ilmu dan kemahiran yang diperlukan untuk berbakti dan berkhidmat demi negara tercinta.

13 13 13 13 LAPANGAN 14-2012

Pn Wasitah Yusof dan Pn. Hartini A.Jabar turut hadir menghantar Tim Lebanon

Page 14: Lapangan 14

Leka mengangkat kain pelikatLeka mengangkat kain pelikatLeka mengangkat kain pelikatLeka mengangkat kain pelikat Minta sekerat dibuat percaMinta sekerat dibuat percaMinta sekerat dibuat percaMinta sekerat dibuat perca Harta berkat kerna dek zakatHarta berkat kerna dek zakatHarta berkat kerna dek zakatHarta berkat kerna dek zakat Dunia akhirat hidup sejahteraDunia akhirat hidup sejahteraDunia akhirat hidup sejahteraDunia akhirat hidup sejahtera

Sesi Pelancaran Tabung Dana Kemanusiaan Pakistan MRA-UTUSAN


Top Related