486
LAMPIRAN (C)
Kaitan Ilmu Perubatan dan Qawaid Fiqhiyyah
Ilmu sains perubatan sentiasa berkembang dan seiringan dengan isu-isu baru yang
menimbulkan banyak persoalan sama ada bertepatan atau bercanggah dengan kehendak
syariah. Oleh yang demikian selayaknya perlu ada hubungan dan kerjasama dengan pakar
perubatan dan pakar bidang fiqh agar satu permasalahan itu dapat diselesaikan dengan baik,
selamat dan mendapat keredhaan Allah SWT. Sehubungan dengan ini, Allah SWT
berfirman bermaksud: "Maka tanyalah ahli ilmu sekiranya kamu tidak mengetahui" (Surah
al-Nahl: 16: 43). Jelas bahawa ilmu Syariah dan ilmu Perubatan diturun dan diilhamkan
oleh sumber Maha Agung yang sama, iaitu Allah SWT.
Kekeliruan terhadap Qawaid Fiqhiyyah
Qawaid bermaksud kaedah-kaedah, sebagai satu cabang dalam bidang ilmu syariah. Skop
perbahasannya membincangkan hukum syarak secara keseluruhan merangkumi masalah-
masalah furu’. Ia bersifat umum atau menyeluruh namun dalam satu-satu kaedah ada
masalah yang dikecualikan. Kaedah feqah pula lahir daripada masalah-masalah furu’ feqah
yang dilihat ada persamaan antara satu sama lain. Ia digunakan oleh ulama atau penuntut
ilmu untuk memudahkan hafalan masalah-masalah feqah mengikut kaedah, bukan
digunakan oleh mujtahid untuk mengistinbath hukum feqah. Bagi tujuan mengistinbath
hukum, perlu kepada penguasaan ilmu usul feqah menerusi media bahasa Arab secara
mendalam.
Penjelasan di sini hanya membincangkan kaedah Fiqh, sebaliknya bukan spesifik
kepada hukum Fiqh itu sendiri. Namun untuk lebih jelas lagi perlu disertakan juga contoh
487
secara spesifik agar terminologinya tiada kekeliruan dengan usul Fiqh sebagai suatu tajuk
yang lain. Penjelasan di bawah adalah sekadar panduan;
Sepuluh (10) kaedah feqah yang boleh digunakan jika menghadapi keraguan
terhadap sesuatu hukum dalam perubatan seperti berikut;
Bil. Kaedah Maksud
1. Al-Umur bi Maqaāsidihā Segala perkara bergantung pada tujuannya
2. Al-YaqIn lā yuzāl bi syakk Keyakinan tidak dihilangkan dengan
keraguan
3. Al-Masyaqqah Tajlibu Taisir Kesukaran mendatangkan kesenangan
4. Al-Darar Yuzāl Kemudaratan dihapuskan
5. Al‘ā'ddah muhakkamah Adat dijadikan hukum
6. Al-Darar lā Yuzāl bi Darar Kemudaratan tidak boleh dihilangkan
dengan kemudaratan
7. Al-Darar Asyaddu Yuzālu bi
Darar al-Akhaff
kemudaratan yang berat dihilangkan
dengan kemudaratan yang lebih ringan
8. Dar’ al-Mafāsid Muqaddam 'alā
jalbi al-masālih
Menolak kerosakkan diutamakan dari
mengambil kebaikkan
9. Al-Darar Yudfa'u bi Qadar al-
Imkān
Kemudaratan dibendung dengan kadar
yang dapat
10. Al-Wājib lā Yutrak illā li al-wājib Sesuatu yang wajib tidak boleh
dihilangkan melainkan dengan yang wajib
juga
Usul Fiqh (digunakan untuk mengistinbath hukum) → Hukum Fiqh (melibatkan isu-
isu spesifik) → Qawaid Fiqhiyyah (rumusan daripada hukum-hukum fiqh yang sedia
ada) Kesimpulannya Usul Fiqh tidak sama dengan Kaedah Fiqh.
488
Kaedah yang tersebut dapat diklasifikasikan kepada lima (5) yang utama. Bentuknya
lebih kurang sama, namun terdapat sedikit perbezaan dan lebih mudah untuk diingati.
Terrdapat sedikit perbezaan, namun mencakupi spuluh (10) kaedahnya;
1. Segala perkara bergantung pada niat (1)
2. Kemudaratan hendaklah dihapuskan (4)
(a) Kemudaratan hendaklah dielakkan setakat mampu (9)
(b) Kemudaratan yang lebih dasyat hendaklah dielakkan dengan kemudharatan
yang lebih ringan (7)
(c) Hajat (keperluan) diletakkan di posisi kemudharatan(8)
3. Sesuatu yang diyakini tidak harus dihilangkan dengan suatu yang syak (2)
4. Adat dirujuk dalam menentukan hukum (5)
5. Kesukaran mendatangkan kemudahan (3)
(a) Kemudaratan membawa kepada keharusan perkara-perkara yang
diharamkan.(10)
(b) Sesuatu yang diharuskan kerana darurat, dihadkan sekadar darurat tersebut.(6)