Download - Lampiran a

Transcript
Page 1: Lampiran a

0

LAMPIRAN A

PENGENALAN KEPADA ADOBE PHOTOSHOP CS5

Nor Syazwani Mat Salleh 2/26/2012

Page 2: Lampiran a

Lampiran A Adobe Photoshop CS5

1

1.1 APAKAH ITU ADOBE PHOTOSHOP CS5

1) Adobe Photoshop CS5 adalah perisian yang digunakan untuk mengubah suai

gambar atau imej kepada pelbagai bentuk mengikut cita rasa dan kreativiti

pengguna yang dicipta oleh Adobe Systems.

2) Kelebihan dari CS5 ini ialah merupakan produk ini yang memang dikhususkan bagi

jurugambar profesional, jurugambar pertengahan yang ingin menceburi bidang Foto,

Design Graphic dan Web Designer.

3) Perkara-perkara baru dalam Photoshop CS5 antara lain:

Ada Panel baru untuk konfigurasi (adjustment panel)

Panel buat Masking dimana memudahkan si pengguna untuk meningkatkan

kerja „edit‟

adanya "Enhanced color-correction technology" memberi kemudahan dalam

proses seleksi

Lebih maju dalam pengolahan file raw ( File gambar ukuran besar )

Integrasi dengan Adobe Photoshop Lightroom

System edit "workflow" yang akan memudahkan dalam proses mengedit.

Untuk printing ukuran besar (Print very large image) dapat dilihat dalam

mode preview sebelum proses print

4) Beberapa ciri utama Adobe Photoshop CS5 seperti Bar Menu (Menu Bar),

Bar Tajuk (Title Bar), Bar Pilihan (Options Bar), Kotak Alatan (Toolbox)

dan sebagainya.

5) Selain daripada itu, Adobe Photoshop CS5 ini mempunyai alatan tambahan

iaitu The Quit Selection Tool yang mana mengandungi menu The Magic

Wand Tool.

6) Adobe Photoshop CS5, mempunyai satu butang Quick Mask (toggle), dan

Pilihan untuk menukar Mod Skrin – Standard, Maksimum dan Skrin Penuh,

dan berkongsi pada butang yang sama. Ke semua itu dikumpulkan ke dalam

drop-down list.

7) Adobe Photoshop CS5 juga, mempunyai dua alatan tambahan iaitu Alatan

Palet 3D (3D Tool Palettes) dan (3D Rendering Tools). Walau

bagaimanapun, penggunaan alatan 3D ini boleh digunakan setelah pengguna

memasukkan ‘Photoshop Extended’.

Page 3: Lampiran a

Lampiran A Adobe Photoshop CS5

2

1.2 MEMBUKA FAIL BARU 1. Pada paparan Photoshop, klik FILE > NEW

Rajah 1.1 Membuka fail baru Photoshop

2. Paparan seperti di sebelah akan dipaparkan. Anda boleh mengubah saiz halaman baru anda mengikut kesesuaian yang anda kehendaki.

Rajah 1.2 Membuka fail baru Photoshop

1.3 PAPARAN ANTARAMUKA ADOBE PHOTOSHOP CS5

Skrin perisian Adobe Photoshop CS5 yang telah dibuka seperti berikut:

Bar Menu (Menu Bar)

Kotak alatan (Toolbar)

Gambar

Nama Gambar.

Tetingkap Palet (window Palettes)

Rajah 1.3 Paparan Jendela kerja Adobe Photoshop CS5

Page 4: Lampiran a

Lampiran A Adobe Photoshop CS5

3

FUNGSI – FUNGSI TETINGKAP DAN ALATAN BAGI PHOTOSHOP CS5 1.4 TETINGKAP PALET (palettes)

A. Tetingkap Palet Color - Tetingkap ini mengandungi bar kawalan untuk mengubahsuai warna yang akan digunakan sebagai warna latar hadapan dan belakang

B. Tetingkap Palet Swatches - Tetingkap ini menyediakan pilihan warna yang telah siap dicampurkan dari pecahan

warna spektrum RGB atau CMYK.

- Pemilihan sebarang warna pada tetingkap ini akan mengubah warna latar hadapan yang terdapat pada kotak alatan (Toolbox)

C. Tetingkap Palet Styles - Tetingkap ini membolehkan pengguna untuk melihat, memilih dan menggunakan preset layer styles. - Pengguna boleh menggunakan styles dalam palet tersebut atau boleh membuat palet sendiri dengan Create New Style icon.

D. History - Tetingkap ini memegang segala maklumat gerak kerja yang kita lakukan di dalam sesuatu proses kerja. - Tetingkap ini berperanan sebagai undo pada menu edit yang membenarkan pengguna balik kepada langkah asal hanya sekali sahaja. - Tetingkap Palet History ini membenarkan kita berpatah balik kepada gerak kerja yang kita perlukan lebih daripada satu langkah.

Page 5: Lampiran a

Lampiran A Adobe Photoshop CS5

4

E. Adjustments - Penyesuaian lapisan memberikan anda kemampuan untuk melaksanakan kesan kepada sekelompok lapisan di Photoshop, dan kemudian anda boleh mengedit kesan yang kemudian, sambil menjaga lapisan asal.

F. Layer - Tetingkap ini mengandungi bilangan layer atau lapisan yang digunakan untuk membentuk sesuatu imej atau reka bentuk. - Ianya boleh digambarkan sebagai konsep lut sinar (transparency), tindih-menindih yang mana setiap layer adalah lut sinar dan bertindih di antara satu sama lain.

Page 6: Lampiran a

Lampiran A Adobe Photoshop CS5

5

A Layer Visibility- Mata menunjukkan bahawa lapisan yang dipilih kelihatan. Klik atau mematikan untuk melihat atau menyembunyikan lapisan.

H Link Layers –Dapat digunakan untuk menyambung lapisan bersama-sama

B Layer Locking Options –Klik ikon tempat-tempat persegi untuk mengunci Transparency; klik ikon brush untuk mengunci Gambar, klik pada ikon anak panah untuk mengunci posisi tersebut; klik ikon kunci untuk mengunci semua pilihan.

I Layer Styles – Jika sebuah lapisan memiliki gaya, sebuah “F” ikon menunjukkan di bahagian bawah palet Layers. Klik segi tiga hitam kecil untuk melihat pilihan-pilihan gaya

C Layer Blending Mode –Mendefinisikan bagaimana piksel lapisan itu disatukan dengan piksel yang mendasari pada gambar. Dengan memilih mod blending tertentu dari menu dropdown anda boleh membuat pelbagai kesan khas.

J Layer Mask –Gambar grayscale, dengan bahagian-bahagian dicat hitam tersembunyi, bahagian dicat pada menunjukkan putih, dan bahagian dicat warna abu-abu menunjukkan pada pelbagai peringkat transparensi.

D Fill – Dengan menaip nilai atau mengheret slider, anda boleh menentukan transparensi gambar tersebut. Lapisan Palet warna gambar atau objek

K Layer Set –Pilihan ini akan membantu untuk menetapkan foto dengan beberapa lapisan. Klik ikon untuk membuat folder untuk beberapa lapisan.

E Opacity –Dengan menaip nilai atau mengheret slider, anda boleh menentukan transparensi dari seluruh lapisan.

L Create New Fill or Adjustment Layer –Memiliki opacity yang sama dan pilihan blending mode sebagai lapisan gambar dan boleh disusun semula, dihapuskan, tersembunyi, dan digandakan dengan cara yang sama sebagai lapisan gambar. Klik icon dan pilih pilihan untuk membuat layer baru atau mengisi penyesuaian.

F Layer Lock –Ikon menunjukkan bila layer dikunci dan menghilang ketika dibuka. Klik dua kali pada ikon untuk membuka lapisan.

M Create New Layer –Klik ikon ini untuk membuat layer baru

G Layer Options Menu –Klik segi tiga hitam untuk melihat pilihan-pilihan berikut: New Layer, Duplicate Layer, Padam Layer, Layer Properties, dan lain-lain. Beberapa pilihan disajikan sebagai ikon di bahagian bawah palet Layers.

N Delete Layer - Untuk menghapuskan layer, pilih layer dalam Layers palette dan tarik (drag) ke dalam trash can icon

Jadual 1.1 Penerangan mengenai tetingkap lapisan (layers)

Page 7: Lampiran a

Lampiran A Adobe Photoshop CS5

6

1.5 KOTAK ALATAN (toolbox)

Jadual 1.2 Ikon-ikon yang terdapat pada kotak alatan Adobe Photoshop CS5

Page 8: Lampiran a

Lampiran A Adobe Photoshop CS5

7

1.5.1 Alatan pilihan (Selection Tools) 1. Marquee Tool Ikon ini membolehkan pengguna membina kawasan pilihan (selection) pada imej. Terdapat 4 jenis marquee iaitu:

Rectangular Marquee Digunakan untuk memilih kawasan imej secara segi empat tepat

Elliptical Marquee Digunakan untuk memilih kawasan imej secara membulat

Single Row Marquee Digunakan untuk memilih kawasan imej secara membaris

Single Column Marquee Digunakan untuk memilih kawasan imej secara lajur

2. Move Tool Ikon ini membolehkan pengguna mengalihkan kedudukan sesuatu imej dari lokasi asal ke lokasi lain.

3. Lasso Tool Lasso Tool digunakan untuk mengaktifkan kawasan pilihan yang berbentuk tidak khusus atau sukar seperti bentuk manusia, binatang dan sebagainya. Terbahagi kepada 3 iaitu:

Lasso Tool Digunakan untuk membina kawasan pilihan secara lakaran tangan dengan menggunakan tetikus

Polygonal Lasso Tool Membina kawasan pilihan dengan cara mencantumkan titik-titik. Terhad kepada bentuk polygon

Magnetic Lasso Tool

Membina kawasan pilihan dengan melalukan pointer tetikus kepada kawasan yang hendak dipilih. Kawasan tersebut akan dipilih secara automatik.

Page 9: Lampiran a

Lampiran A Adobe Photoshop CS5

8

4. Magic Wand Tool - Alat ini digunakan untuk memilih kawasan yang mempunyai warna yang seakan-akan atau hampir sama pada sesebuah imej. - Penetapan julat warna yang dipilih boleh ditentukan pada ruangan tolerance di bar pilihan bagi ikon Magic Wand. - Setting tolerance yang rendah akan mengehadkan pilihan warna manakala yang tinggi akan memilih julat piksel yang lebih luas.

5. Crop Tool Alat ini berfungsi sebagai pemotong bahagian ingin dibuang pada sesuatu imej.

Slice Tool Berfungsi untuk memotong sesuatu imej menjadi beberapa imej yang lebih kecil. Ini biasanya dilakukan untuk kegunaan reka bentuk laman web.

Slice Select Tool Digunakan untuk mengubah saiz potongan setiap imej tadi.

1.5.2 Alat penukaran (Alteration Tools) 1. Healing Brush/ Patch/ Color Replacement Tool

Spot Healing Brush Tool Digunakan untuk memperbaiki ketidaksempurnaan pada sesuatu imej

Healing Brush Tool Digunakan untuk memperbaiki ketidaksempurnaan pada sesuatu imej. Fungsi ini juga membolehkan penyeragaman tekstur, pencahayaan serta bayang-bayang.

Patch Tool Membolehkan pengguna memperbaiki sesuatu kawasan yang telah dipilih dengan menggantikan kawasan tersebut dengan piksel daripada kawasan lain.

Red Eye Tool Digunakan untuk menukarkan warna pada imej kepada warna yang dikehendaki.

Page 10: Lampiran a

Lampiran A Adobe Photoshop CS5

9

2. Paintbrush Tool

Brush Tool Fungsinya seperti penggunaan sebatang berus lukisan. Ia digunakan untuk melukis atau mewarnakan sesuatu objek. Warna ditentukan mengikut latar hadapan (foreground).

Pencil Tool Berfungsi seperti pensel biasa dan digunakan untuk menulis, melakar dan melukis sesuatu objek atau gamba rajah.

Color Replacement Tool Digunakan untuk menukarkan warna bahagian tertentu pada imej kepada warna yang dikehendaki.

3. Clone Stamp/ Pattern Stamp Tool

Clone Stamp Tool Berfungsi untuk menyalin atau menampal sesuatu imej dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Alt + KLIK pada bahagian yang hendak disalin kemudian warnakan pada bahagian yang dikehendaki sepertimana penggunaan Paintbrush

Pattern Stamp Tool Berperanan menampal corak yang dipilih pada bar pilihan kepada sesuatu imej. Selepas corak dipilih, warnakan pada bahagian yang dikehendaki.

4. History Brush/ Art History Brush Tool

History Brush Tool Berfungsi untuk mendapatkan kembali kawasan imej yang telah dipadam atau diconteng oleh tool-tool lain.

Art History Brush Tool Mengembalikan kawasan imej yang dipadam atau diconteng secara lebih artistik berdasarkan ruangan Styles yang dipilih di bar pilihan.

Page 11: Lampiran a

Lampiran A Adobe Photoshop CS5

10

5. Eraser Tool Digunakan untuk memadam bahagian-bahagian yang tidak dikehendaki pada imej. Terdapat 3 jenis Eraser Tool iaitu:

Eraser Tool Digunakan sebagai pemadam biasa

Background Eraser Tool Memadamkan warna latar belakang sesuatu imej. Ianya akan memadam piksel imej berdasarkan penetapan tolerance dan sampling yang dipilih di bar pilihan

Magic Eraser Tool Memadamkan piksel imej yang mempunyai warna yang seakan sama.

6. Gradient/ Paint Bucket Tool Fungsi kedua-duanya adalah untuk mewarnakan kawasan pilihan atau objek.

Gradient Tool Gradient Tool bersama pilihan Linear Gradient di bar pilihan digunakan untuk mewarnakan objek secara lorekan warna.

Paint Bucket Tool Digunakan untuk mewarnakan sesuatu pilihan ataupun objek secara terus, tanpa lorekan ton warna

7. Blur/ Sharpen/ Smudge Tool

Blur Tool Digunakan untuk memberikan kesan kabur pada bahagian tertentu imej mengikut kreativiti pengguna. Digunakan untuk mengurangkan kejelasan sisi sesebuah imej agar kelihatan lebih realistik.

Sharpen Tool Digunakan untuk menjelaskan (sharpen) bahagian-bahagian pada imej yang kabur

Smudge Tool Memberikan kesan pada cat atau warna yang basah kepada imej pengguna.

Page 12: Lampiran a

Lampiran A Adobe Photoshop CS5

11

1.5.3 Alat untuk melukis & pemilihan (Drawing and Selection Tools) 1. Path Selection/ Direct Selection Tool

Path Selection Tool

Digunakan untuk memilih semua anchor point (sila rujuk pada bahagian Pen Tool) pada sesuatu Shape yang telah dihasilkan.

Direct Selection Tool

Untuk memilih sesetengah anchor point pada suatu shape, Direct Selection Tool boleh digunakan dengan cara klik dan drag pada bahagian yang dikehendaki.

2. Dodge/ Burn/ Sponge Tool

Dodge Tool Digunakan untuk mencerahkan bahagian-bahagian tertentu pada imej mengikut kreativiti pengguna seolah-olah seperti memberikan kesan pencahayaan pada bahagian tersebut.

Burn Tool Bertindak sebaliknya iaitu untuk menggelapkan bahagian-bahagian yang dikehendaki oleh pengguna, seakan-akan memberikan kesan bayang-bayang pada bahagian tersebut.

Sponge Tool Memberikan kesan seperti mewarnakan dengan menggunakan span pada imej.

3. Type Tool Type Tool digunakan untuk memasukkan teks ke dalam imej pengguna. Ia terbahagi kepada 4 jenis iaitu:

Horizontal Type Tool Memasukkan teks dalam kedudukan melintang

Vertical Type Tool Memasukkan teks dalam kedudukan menegak

Horizontal Type Mask Tool Kawasan pilihan (selection) dalam bentuk teks secara melintang

Vertical Type Mask Tool Kawasan pilihan (selection) dalam bentuk teks secara menegak.

Page 13: Lampiran a

Lampiran A Adobe Photoshop CS5

12

4. Pen Tool Terbahagi kepada 4 jenis iaitu:

Pen Tool Menghasilkan path secara klik titik demi titik

Freeform Pen Tool Menghasilkan path dengan cara melakar dengan menggunakan tetikus

Add Anchor Point Tool Menambah anchor point baru pada path

Delete Anchor Point Tool Membuang anchor point sedia ada pada path

Convert Point Tool Menukarkan bentuk yang berlengkok kepada bentuk polygon dengan klik mana-mana anchor point.

5. Shape Tool

Rectangle Tool Menghasilkan imej berbentuk segi empat

Rounded Rectangle Tool Menghasilkan imej berbentuk segi empat dengan sisi yang dibulatkan

Ellipse Tool Menghasilkan imej berbentuk bulat atau lonjong.

Polygon Tool Menghasilkan imej polygon. Bilangan sisi polygon boleh diubah pada bar pilihan untuk Polygon Tool.

Line Tool Menghasilkan garisan

Custom Shape Tool

Menghasilkan imej vektor daripada bentuk-bentuk yang telah disediakan. Bentuk-bentuk ini boleh dipilih pada bar pilihan.

Page 14: Lampiran a

Lampiran A Adobe Photoshop CS5

13

1.5.4 Alat bantuan (Assisting Tools) 1. Eyedropper/ Color Sampler/ Measure Tool

Eyedropper Tool Berfungsi untuk mendapatkan warna yang terdapat pada sesuatu imej dengan cara klik pada kawasan yang dipilih. Warna yang dipilih akan dipaparkan pada warna latar hadapan toolbox.

Color Sampler Tool

Digunakan untuk mendapatkan contoh pelbagai warna dengan memaparkan nilai warna RGB dalam bentuk nombor pada tetingkap palet info.

Measure Tool /Ruler Tool Digunakan untuk mengukur jarak di antara 2 titik pada sesebuah imej yang sedang diubahsuai.

Note Tool Meletakkan nota pada bahagian yang dikehendaki. Nota ini boleh diubah warna, font dan saiz tulisannya (font).

3. Zoom Tool Digunakan untuk membesarkan paparan imej pada skrin komputer. Paparan imej juga dapat dikecilkan dengan menekan kekunci Alt + KLIK tetikus. (Paparan kecil atau besar imej hanyalah pada skrin komputer dan bertujuan memudahkan proses kerja).

4. Annotation Tool Adalah set fungsi untuk meletakkan nota pada imej pengguna. Terbahagi kepada 2:

Hand Tool Digunakan untuk memaparkan kawasan lain di dalam sesebuah imej sekiranya imej yang diubahsuai itu terlalu besar sehingga tidak dapat dipaparkan secara keseluruhannya

Page 15: Lampiran a

Lampiran A Adobe Photoshop CS5

14

1.5.5 Kotak warna dan mod (Color Boxes and Modes) 1. Set Foreground/ Background Color Tool

Warna latar hadapan adalah warna yang digunakan untuk menaip teks, melukis garis, objek dan sebagainya.

Warna latar belakang pula merupakan warna yang digunakan oleh sesuatu fail baru pilihan Background Color dipilih pada tetingkap New.

Warna latar hadapan (diwakili dengan kotak di bahagian hadapan)

Warna latar belakang (diwakili dengan kotak di bahagian belakang) boleh ditukar dengan cara klik salah satu kotak kemudian memilih warna yang dikehendaki pada Color Picker.

Untuk kembali kepada warna asal (Latar Hadapan: Hitam dan Latar Belakang: Putih) boleh dilakukan dengan klik kotak kecil di sudut kiri bawah ikon.

Sekiranya pengguna ingin menukar warna di antara latar hadapan dan latar belakang, pengguna perlu klik symbol anak panah pada ikon.

2. Modes

Edit untuk Mod Standard

Page 16: Lampiran a

Lampiran A Adobe Photoshop CS5

15

i. Masalah: Anda ditugaskan oleh Pengusaha Penanaman Nenas untuk menyediakan satu

gambar nenas yang eksotik untuk digunakan bagi kegunaan laman web mereka. Anda perlu

menfokuskan gambar buah nenas sahaja tidak termasuk daunnya. Apakah alatan yang

harus digunakan oleh anda untuk berbuat demikian. Tandakan bulat pada jawapan pilihan

anda.

a. Menggunakan Zoom Tool (Z) dan Menggunakan Crop Tool (C)

b. Menggunakan Zoom Tool (Z) sahaja.

c. Menggunakan Crop Tool (C) sahaja.

ii. Anda boleh “beralih” pada mana-mana langkah yang telah dibuat sebelum ini sekiranya

berlaku kesilapan. Kenyataan ini merujuk kepada Palet (Palette) mana?

iii. Apakah fungsi-fungsi alatan di bawah :

a) Kotak Alatan (Toolbox)

LATIHAN PENGUKUHAN MODUL 1

Page 17: Lampiran a

Lampiran A Adobe Photoshop CS5

16

b) Palet (Palettes)

c) Bar pilihan (Options bar)


Top Related