Download - L a p o r a n korban 2013 2
L A P O R A NPROGRAM SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA
16 OKTOBER 2013 (RABU)BERSAMAAN 11 ZULHIJJAH 1434H
ANJURAN BERSAMA :
SUMUR,
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM,
PANITIA PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH,
PANITIA PENDIDIKAN QURAN DAN SUNNAH,
PIBG.
‘ Pengorbanan Teras Kecemerlangan ‘
BA
NN
ER P
RO
GR
AM
LAPORANPROGRAM KORBAN & SAMBUTAN AIDULADHA 2013
Tarikh :16 OKTOBER 2013 (RABU)
BERSAMAAN 11 ZULHIJJAH 1434H
Kelancaran program :
Secara keseluruhannya program ini telah dapat dilaksanakan dengan jayanya sebagaimana yang telah dirancang. Bermula seawal jam 8.00 pagi, dua ekor lembu yang dibeli dari Hj. Zainal seorang penternak lembu di Sijangkang telah selamat disembelih oleh penyembelih bertauliah Ustaz Khairollah Bin Haji Tahir dibantu beberapa orang guru dan pelajar tingkatan 6 Atas. Kerja- kerja melapah, memotong dan memasak daging dilakukan di bawah bangsal sementara yang dipasang di badminton court bersebelahan kantin sekolah. Nama peserta korban (rujuk lampiran )
Pelajar-pelajar tingkatan 1, 2 dan 5 ditempatkan di dewan Al-Ghazali untuk bertakbir beramai-ramai dan selepas itu menonton sebuah tayangan filem berjudul ‘Tasbih yang Terlerai’ selama 2 jam dibawah kendalian Unit bimbingan dan Kaunseling. Manakala pelajar-pelajar tingkatan 3 dan 4 menjalani peperiksaan akhir tahun di dalam kelas masing-masing. Pengajaran dan pembelajaran bagi tingkatan 6 STAM berjalan seperti biasa.
Para pelajar telah direhatkan serentak iaitu menengah rendah dan menengah atas pada jam 10.30-11.00 tengahari. Selesai waktu rehat, semua pelajar kecuali tingkatan 3 dan 4 berkumpul di dewan Al-Ghazali untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan.
Tepat jam 12.30 tengahari guru-guru dan pelajar tingkatan 1,2,5 dan 6 mengambil makanan masing-masing, manakala pelajar tingkatan 3 dan 4 serta guru-guru yang terlibat dengan kelas peperiksaan menjamu hidangan pada jam 1.30 tengahari di kantin sekolah.
Menu masakan yang disediakan:Nasi putih, daging korban masak kari, sayur campur dan air sirap.
Kekuatan Program :
1. Tentatif program telah dapat dipatuhi dengan sebaiknya sama ada oleh guru mahupun pelajar serta pihak yang berkaitan dengan program ini seperti ketepatan masa tiba lembu korban dan penyembelih korban.
2. Keadaan pelajar yang terkawal dengan aktiviti yang telah diatur di lokasi masing-masing memudahkan guru-guru melaksanakan tugas-tugas lain yang berkaitan dengan program ini seperti melapah lembu yang telah disembelih, memasak dan menyediakan makanan untuk jamuan seluruh warga sekolah pada jam 12.30 hingga 1.00 tengahari.
3. Keadaan cuaca yang baik juga memastikan program ini dapat berjalan lancar.
4. Kerjasama dari guru-guru, kakitangan sekolah, AJK PIBG dan para pelajar yang terlibat bersama-sama bergotong royong melaksanakan tugasan yang telah diagih-agihkan sehingga selesai. Sesuai dengan tema program ini PENGORBANAN TERAS KECEMERLANGAN ‘
Kelemahan Program dan cadangan mengatasi :
1. Program Sambutan aiduladha ini bertembung dengan Peperiksaan Akhir Tahun tingkatan 3 dan 4. Keadaan ini menimbulkan sedikit kekalutan dikalangan guru-guru kerana mereka telah diberikan tugas untuk unit-unit tertentu dalam program tersebut dalam masa yang sama perlu juga berada di dalam kelas untuk mengedar dan mengawasi peperiksaan.
Cadangan penambahbaikan :Kelas peperiksaan dianjakkan tarikhnya kehadapan untuk memastikan penglibatan guru-guru dan pelajar sepenuhnya dalam program korban ini terutama pelajar tingkatan 4 dan 5 di mana terdapat satu tajuk khas Sembelihan dan Korban di dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Syariah Islamiah untuk tingkatan 4.
2. Program ini merupakan program ‘ad-hoc’. Ia tidak dirancang dengan teliti dari awal dan dimasukkan di dalam pelan strategi 2013 mana-mana panitia. Oleh itu cadangan kertas kerja yang dikemukakan kepada Puan pengetua perlu dimurnikan beberapa kali dengan mesyuarat sebanyak dua kali telah diadakan dimana beberapa tambahan telah dibuat antaranya penambahan unit dan AJK sekaligus menyebabkan ramai guru terlibat.
cadangan penambahbaikan :Perancangan awal dan dijadikan program tahunan dibawah SUMUR atau mana-mana Panitia.
Penutup
Diharap program seperti ini dapat dijadikan acara rasmi pada tahun- tahun akan datang berikutan respon yang positif diterima dari para guru dan pelajar kerana ia dapat menanamkan semangat pengorbanan yang tinggi dan kerjasama dalam diri warga SAMTTAR sekali gus memperingati semangat perjuangan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail ‘Alaihissalam. Mudah-mudahan dengan adanya program seperti ini dapat mempereratkan lagi ukhuwah yang sedia terjalin dan menggalakkan guru-guru menginfakkan sedikit wang yang diperolehi dengan melakukan ibadah korban. Semoga segala usaha dan amalan diterima sebagai satu ibadah di sisi Allah.
Disediakan : Disemak ,
.................................. . ................................... .
Unit Dokumentasi
Disahkan oleh, Disokong oleh,
………………………………… ………………………………
( ) ( )
Kertas Kerja Program
KERTAS KERJA
PROGRAM SAMBUTAN HARI RAYA KORBAN 1434 H
1.0 Pendahuluan
Bersempena ketibaan Hari Raya Korban, Pihak SUMUR ( BADAR ) dengankerjasama Panitia
Pendidikan Islam, Panitia Syariah Islamiah dan Panitia Pendidikan Quran Sunnah SAMTTAR akan
mengadakan program sambutan dan korban bagi memeriahkan sambutan hari kebesaran Islam ini.
2.0 Tujuan
Tujuan kertas kerja ini adalah untuk disampaikan kepada Puan Pengetua untuk kebenaran dan
kelulusan kewangan bagi menjayakan Program Sambutan Hari Raya Korban 1434 H.
3.0 Objektif
Program Sambutan Hari Raya Korban ini bertujuan untuk :
1. Memperingati semangat perjuangan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail ‘Alaihissalam.
2. Dapat melahirkan generasi khairuummah yang dapat meneruskan perjuangan Nabi Muhammad
s.a.w.
3. Menanamkan semangat pengorbanan yang tinggi dalam diri warga SAMTTAR.
4. Membentuk semangat kerjasama dalam kalangan warga SAMTTAR.
4.0 Sasaran
Semua guru , staff dan semua pelajar SAMTTAR
5.0 Pelaksanaan
Program Sambutan Hari Raya Korban ini dicadangkan pada :
Tarikh : 16 hb Oktober 2013
Hari : Rabu
Masa : 8.00 pagi hingga 1.30 petang
Tempat : Dewan Al-Ghazali SAMTTAR
6.0 Ahli Jawatankuasa Pelaksana
Rujuk Lampiran 1
7.0 Tema Program
‘ PENGORBANAN TERAS KECEMERLANGAN ‘
8.0 Tentatif Program
MASA ATURCARA
7.30 pagi – 8.00 pagi Taklimat Program
- Lafaz niat korban
8.00 pagi - 10.30 pagi Sessi penyembelihan dan melapah
- Selawat beramai-ramai
Dibantu pelajar tingkatan 6 Atas
- Tayangan ( Tingkatan 1,2,5 dan 6 B)
10.30 pagi – 11.00 pagi Rehat
11.00 pagi – 12.30 pagi Ceramah Sambutan ‘Idul Adha 1434 H
Penceramah : Ust Salahuddin Bin Shafie
Tajuk : Mencontohi Pengorbanan Agung Nabi Allah
12.30 tgh - 1.00 petang Bacaan Doa
Jamuan makan tengahari
9.0 Anggaran Perbelanjaan
BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH
1 Saguhati
i- Penceramah
ii- Penyembelih
1 x RM 200
1x RM 50
RM 200.00
RM 50.00
2 Banner 1 x RM 130 RM 130.00
3 Sewa
i- Peralatan masak
ii- Kantin
iii- Khemah
RM 150
RM 50
2 x RM 140
RM 150.00
RM 50.00
RM 280.00
4 Masakan dan jamuan
i- Bahan mentah
ii- Sayur
iii- Pinggan , mangkuk, cawan
RM 259.40
RM 290.60
RM 200
RM 259.40
RM 290.60
RM 200.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 1610.00
10.0 Penutup
Semoga usaha yang dilaksanakan bersama ini mendapat keredhaan Allah disamping dapat
mengeratkan silaturrahim serta dapat memupuk rasa tanggungjawab semua warga sekolah. Segala
keperihatinan dan sokongan yang diberikan oleh pelbagai pihak diharap dapat melancarkan program
yang dirancangkan ini demi melahirkan insan pelajar yang cemerlang dari segi jasmani, rohani,
emosi dan intelektual.
Disediakan oleh, Disemak oleh,
………………………. ……………………………..
( NORSIAH BT BASAR ) ( KHALID AL_WALID BIN YUSUF )
S/U Program Pengarah Program
Disahkan oleh, Disokong oleh,
………………………………… ………………………………
( ) ( )
Lampiran 1
AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
PROGRAM SAMBUTAN HARI RAYA ‘IDUL ADHA DAN KORBAN
PENASIHAT : PN ROMZIAH BT MADONG ( Pengetua SAMTTAR )
PN NORAFIZAH BT AHMAD ( GPK Akademik )
PENGERUSI : Ustaz Ramli Bin Rashid ( GPK HEM )
N. PENGERUSI : Ustaz Khairollah Bin Hj Tahir ( GPK Ko-Kurikulum)
Pn Norlina Bt Saharuddin ( PK Tingkatan Enam )
PENGARAH PROGRAM : Ustaz Khalid Al-Walid Bin Yusuf
TIMB. PGRH PROGRAM : Ustaz Mohd Firdaus Bn Misnan
SETIAUSAHA : Pn Norsiah Bt Basar
BENDAHARI : Pn Sotnizan Bt Sapare
AJK
UNIT PERSIAPAN TEMPAT UNIT SAMBUTAN
Pn Kartina Bt Masron (K ) En Mohd Zam Zam B. Othman (K)
Pn Atikah uyun Bt Ahmad Pn Hamidah Bt Daud
Pn Jurifa Bt Mustafa Pn Norhanisah Bt Mansur
En Anuar B. Md Ishak En Hailili B Salamon
En Faizal Bin Mulim Pn Siti Norazah Bt Amin
Pn Najwah bt Dawami Pn Marina Depong Ong
Pn Suhaini Bt Ismail Cik Nurfazila Bt Arif
En Mohd Rusnizam B Ahmad Turus En. Mohd Jamahari Bin Abd Manap
UNIT PERALATAN UNIT SEMBELIHAN & AGIHAN
Pn Umi Kalsom bt Ismail ( K ) En Ahmad Zawave Hassan
En Ahmad Lutfi En Fadhil Noor B. Jaafar
En Mohd Nazri B. Narawi En Mohd Azhar B Tormudi
Pn Fadhilah Bt Mahmood Pn Normaziah Bt Mohd Yunus
Pn Norazlin Bt M. Sahudi Pn Roziana Bt Abd Rahman
Pn Ruzaiha Bt Ahmad Pn Nurfarhana Bt Abd Aziz
Pn Jahlelawati Bt Kasim Pn Suzila Bt Darini
En. Mohd Qaedi B Masnan Cik Sabrina Razali
UNIT MEMASAK UNIT KEBERSIHAN
Pn Affidah Bt Ayob (K ) Pn Rohaiza Bt Kusnin (K)
Pn Muslimah Bt Taslim Pn Norazira Bt Ahmad
Pn Nurizzah Bt Salleh Pn Raja Nurhidayah
Pn Norhashimah bt Ismail Pn Aziana bT Abd aziz
Pn Nurizma Bt Kusri Pn Norraha Bt Banuri
Pn Chek Yah Bt Leman En Ahmad Maskuri B Mohd Judi
En Mohd Saiful B. Ripin Pn Nor Azah Azan Bt Mohamad
En Hasnol B. Wakiran Cik Nur Hafizah Bt Ghulam
En Azizi Bin Saiman
Pn Salmiah Bt Kusni
Pn Anis Wahida Bt Tajuddin
UNIT JAMUAN PELAJAR UNIT JAMUAN GURU
Pn Siti Hanifpah Bt Pangilun (K ) Pn Saadiah Bt Karli (K )
Pn S. Noraliza Bt Mohamad Pn Ilya Romiza Bt Suri
Pn Zaleha Jantan Pn Zaleha Bt Hashim
Pn Aryani Bt Mohd Akhir Pn Juriah Bt mat Anit
Pn Layyinah Bt mohd Rabeh Pn Mashitoh Bt Hamzah
Pn Khamisah bt Jauhar Cik Norashidah Bt Marjum
UNIT DISIPLIN UNIT KEBAJIKAN & KESELAMATAN
En Mohd Fauzi B Abu Yamin (K) Pn Ruzita Bt Junaidi ( K)
En Ngasri B Mohd Noor En Mohd Najib B Najmuddin
Pn Kamishah Bt Saper Pn Norhazila Bt Toroje
Cik Fatin Khairunnisa En Ibrisam B Said
Pn Suriani Bt Taharuddin
Cik Sutara Bt Jamali
UNIT BACAAN DOA UNIT DOKUMENTASI
En Saiful Bahri B. Aspan En Ahmad Zahidi B Mohamad
Pn Norsafiyati Bt Mohd Isman
LAMPIRAN 2
BIDANG TUGAS
1. Pengarah Program
- Memastikan program berjalan seperti yang dirancang
- Memantau unit-unit di bawahnya berjalan lancer
- Memberikan taklimat atau arahan kepada AJK dan pelajar
- Bekerjasama dengan unit-unit lain
2. Timbalan Pengarah
- Membantu segala urusan pengarah terutama semasa ketiadaannya
- Menguruskan penyertaan dan bayaran ibadah korban
- Menyediakan dan memasang backdrop majlis
- Bekerjasama dengan unit-unit lain
3. Setiausaha
- Mencatat minit dan mendokumenkan mesyuarat program
- Mengurus surat menyurat
- Merancang cadangan tentative program
- Menyusun dan menentukan pelantikan AJK program
- Membuat Laporan sepanjang perjalanan program
- Meyimpan dan mendokumenkan segala maklumat program
- Bekerjasama dengan unit-unit lain
4. Bendahari
- Mengurus dan mencatat setiap perjalanan keluar masuk kewangan
- Menyediakan laporan kewangan sepanjang program dan diserahkan ke pejabat
- Bekerjasama dengan unit-unit lain
5. Unit masakan
- Merancang dan menyediakan cadangan menu jamuan
- Membantu penyediaan masakan setiap menu yang telah ditetapkan
6. Unit jamuan pelajar
- Menguruskan pengagihan makanan kepada pelajar
- Memastikan makanan diagih kepada semua pelajar
- Bekerjasama dengan unit lain
7. Unit Sembelihan dan Agihan
- Menguruskan segala urusan penyembelihan , melapah dan agihan
- Bekerjasama dengan unit-unit lain
8. Unit Peralatan
- Menyediakan peralatan penyembelihan dan masakan
- Memastikan segala peralatan yang digunakan dibersihkan dan disimpan semula
- Bekerjasama dengan unit-unit lain
9. Unit Jamuan Guru & VIP
- Menyediakan tempat jamuan guru dan VIP
- Memastikan makanan mencukupi
- Bekerjasama dengan unit-unit lain
10. Unit Kebersihan
- Memastikan kebersihan semasa dan selepas program
- Menyediakan plastic sampah di kawasan berlangsung
- Bekerjasama dengan unit-unit lain
11. Unit Kebajikan dan keselamatan
- Memastikan tempat dan peralatan yang digunakan selamat
- Memberikan rawatan sekiranya diperlukan
- Menyediakan ubat-ubatan yang sesuai
- Bekerjasama dengan unit-unit lain
12. Unit Disiplin
- Memastikan disiplin pelajar terkawal sebelum, semasa perjalanan program
- Memastikan pelajar mematuhi arahan semasa pengambilan makanan
- Bekerjasama dengan unit-unit lain
13. Unit Persiapan
- Menyediakan tempat untuk majlis dan tempat penyembelihan serta memasak
- Memastikan tempat program dibersihkan dan dikemas selepas program
- Bekerjasama dengan unit-unit lain
14. Unit Sambutan
- Merancang sambutan dan pengisian sepanjang majlis berjalan
- Menentukan pengerusi dan penceramah sekiranya perlu
- Memastikan peralatan PA system berfungsi dengan baik
- Bekerjasama dengan unit-unit lain
15 . Unit Dokumentasi
- Mengambil dan menyimpan gambar sepanjang program
- Membantu urusan setiap AJK yang memerlukan
- Bekerjasama dengan unit-unit lain
16. Unit Bacaan Doa
- Menyediakan teks doa
- Bersedia membaca doa mengikut masa yang ditetapkan
Lensa Kamera
Dua ekor lembu untuk korban
Jam 8.00 pagi sembelihan dimulakan.
Guru-guru dan pelajar tingkatan 6 Atas bergotong royong melapah dan memotong daging korban untuk dimasak.
Guru-guru perempuan dan pelajar perempuan tingkatan 6 atas menyiapkan bahan-bahan untuk masakan
Kerja-kerja memasak bermula seawal jam 10 pagi
Guru-guru dan pelajar-pelajar menjamu selera pada jam 1.30-2.00 petang
Pelajar-pelajar tingkatan 1,2 dan 5 dikumpulkan di dewan untuk bertakbir dan menonotn tayangan.Sesi Ulasan dan pengajaran yang dapat diambil oleh pelajar selepas menonton.
Slot ini dikendalikan oleh unit Bimbingan dan Kaunseling
Slot Ceramah dari Penceramah jemputan bermula jam 11.00 – 12.30 tengahahri.
Lampiran
NAMA PESERTA QORBAN
LEMBU 1
KHAIROLLAH BIN HAJI TAHIR & KELUARGA
LEMBU 2
1. NUR IRDINA HANNANI BT MOHAMAD HAIKAL
2. MASHITOH BT HAMZAH
3. NORRAHA BT BANURI
4. NOR AZAH AZAN BT MOHAMMED
5. ROHAIZA BT KASNIN
6. MOHD HAFIZ B. MISPAN
7. MOHD REDZUAN B. WAHAB