Download - KWLH
TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA
TEKNIK KWLH
APAKAH KWLH?
Teknik KWLH ialah satu teknik membaca secara kritis yang memerlukan pelajar meninjau perkara-perkara yang telah diketahui, yang akan diketahui dan yang telah dipelajari.
Teknik ini bertujuan menggalakkan pelajar mencari maklumat tambahan daripada pelbagai sumber.
Teknik ini juga sesuai dilaksanakan untuk bacaan ekstensif dan kritis.
APAKAH KWLH?
KWhat I knowKnow (Tahu)
Murid-murid mencatat maklumat yang sudah diketahui berdasarkan tajuk atau perkara yang akan dibincangkan.
APAKAH KWLH?
WWant (Hendak/Ingin Tahu)
Murid-murid mencatat maklumat yang ingin diketahui dengan lebih lanjut berdasarkan tajuk atau perkara yang dibaca.
APAKAH KWLH?
L What I learned Learn (Pelajari)
Murid-murid dikehendaki mencatat isi penting yang diperoleh daripada bahan bacaan berdasarkan tajuk atau teks. Dengan perkataan lain, murid-murid menjawab soalan yang dibina sendiri.
APAKAH KWLH?
H How much I want to know How (Bagaimana)
Murid-murid dikehendaki mencatat bagaimana, bila dan di mana untuk mendapatkan maklumat yang belum lengkap berdasarkan teks yang diberi. Murid-murid juga berupaya mengemukakan cadangan untuk merujuk sumber lain.
BAGAIMANAKAH CARANYA?
Guru menyediakan tajuk dan memberi borang KWLH kepada pelajar.
Guru berbincang dengan pelajar tentang tajuk dan meminta pelajar mengisi ruangan ‘K’ ( apa yang saya tahu) berkaitan dengan tajuk.
Guru meminta pelajar mengisi ruangan ‘W’ ( apa yang saya ingin tahu) tentang tajuk yang diberi
BAGAIMANAKAH CARANYA?
Guru memberi petikan dan meminta pelajar membaca dan mencatat isi-isi penting dalam ruangan ‘L’ ( apa yang saya telah pelajari).
Guru berbincang dengan pelajar tentang perkara yang telah mereka pelajari dan meinta pelajar mengisi ruangan ‘H’ ( bagaimana saya boleh mendapatkan maklumat tambahan) berkaitan dengan tajuk yang dipelajari.
K(know)
W(want)
L(learned)
H (how)