Transcript
Page 1: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/Titah 1993 1994.pdf · Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1993 ... Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1415 pada

Kumpulan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia

Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

Tahun 1993 dan 1994

Page 2: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/Titah 1993 1994.pdf · Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1993 ... Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1415 pada

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan

Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien

Sa’adul Khairi WaddienSultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

Page 3: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/Titah 1993 1994.pdf · Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1993 ... Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1415 pada

VTitah 2012V

TerbitanUnit Penerbitan Melayu

Bahagian Penerbitan dan PameranJabatan Penerangan

Jabatan Perdana MenteriNegara Brunei Darussalam

Cetakan Pertama Cetakan Kedua 2016

Hakcipta Jabatan Penerangan

PenyelarasHajah Rosidah binti Haji Ismail

Susunan/Reka letak/KompilasiZawiyatun Ni’mah binti Mohamad Akir

PenyemakNorhafilah binti Rosli

Kulit LuarMuhammad Al Khaliq bin Ali

Dicetak olehEzy Printing Services & Trading Co. Sdn. Bhd

ISBN

Page 4: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/Titah 1993 1994.pdf · Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1993 ... Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1415 pada

VII Titah 2012 Titah 2012VI VI VII

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1993

Titah Di Majlis Pertandingan Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan pada 3 Januari 1993

1-4

5-7

Titah Di Majlis Perasmian Bangunan Ibb pada 13 Januari 1993

Titah Sempena Ulangtahun Ke-9 Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam pada 23 Februari 1993

8-9

10-13

Titah Sempena Menyambut Perayaan Ke-9 Hari Kebangsaan, Dengan Acara Utamanya Pelancaran Menulis Al-Quran Yang Akan Menggantikan Cokmar Universiti Brunei Darussalam Bertempat Di Bangunan Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas pada 23 Februari 1993

14-16

Titah Di Majlis Nuzul Al-Quran 1413 Hijrah/1993 Masihi Di Bangunan Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas pada 11 Mac 1993

17-19

Titah Sempena Lawatan Tuan Yang Terutama Tuan Chuan Leekpai, Perdana Menteri Thailand Ke Negara Brunei Darussalam pada 22-23 Mei, 1993

Titah Sempena Menyambut Hari Raya Aidiladha 1412 Hijrah Pada 31 Mei 1993

Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Hijrah 1414 pada 20 Jun 1993

23-25

26-28

29-32

Titah Di Majlis Pembukaan Rasmi Muktamar Akademi Fiqh Islam Kali Ke-Viii pada 21 Jun 1993

Titah Bersempena Hari Keputeraan Yang Ke-47 Tahun Di Balai Singgahsana, Istana Nurul Iman pada 15 Julai 1993

33-36

37-43

Titah Di Majlis Pembukaan Rasmi Bangunan Baru Masjid Kampong Bunut pada 16 Julai 1993

44-46

Titah Bersempena Hari Keputeraan Yang Ke-47 Tahun Di Daerah Belait pada 18 Julai 1993

Titah Bersempena Hari Keputeraan Yang Ke-47 Tahun Di Daerah Tutong pada 20 Julai 1993

47-48

49-51Titah Sempena Hari Raya Aidilfitri 1413 Hijrah/1993 Masihi

20-22

Page 5: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/Titah 1993 1994.pdf · Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1993 ... Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1415 pada

IX Titah 2012 Titah 2012VIII VIII IX

Titah Bersempena Hari Keputeraan Yang Ke-47 Tahun Di Daerah Temburong pada 22 Julai 1993

52-53

54-57

58-60

Titah Bersempena Lawatan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 3 Ogos 1993

69-73

74-75

76-78

Titah Di Majlis Pertandingan Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan 1414 Hijrah/1994 Masihi Di Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien pada 17 Januari 1994

79-80

Titah Sempena Menyambut Perayaan Ulangtahun Ke-10 Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam pada 23 Februari 1994

81-84

Titah di Majlis Nuzul Al-Quran 1414 Hijrah/1994 Masihi Bertempat Di Pusat Persidangan Antarabangsa pada 28 Februari 1994

85-87

Titah Sempena Hari Raya Aidilfitri 1414 Hijrah/1994 Masihi pada 13 Mac 1994

88-91

92-95

96-99

Titah Sempena Hari Keputeraan Yang Ke-48 Tahun di Balai Singgahsana Istana Nurul Iman pada 15 Julai 1994

100-107

Titah Sempena Hari Keputeraan Yang Ke-48 Tahun Di Daerah Tutong pada 19 Julai 1994

108-110

Titah Di Majlis Konvokesyen Kelima Universiti Brunei Darussalam Pada 16 September 1993

Titah Di Majlis Sambutan Hari Guru pada 23 September 1993

61-63

Nota Perantaraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Di Sidang Sesi Eksekutif Sempena Sidang Kemuncak Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (Chogm) Pada 21 Oktober 1993

64-67

Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1994

Titah Sempena Pelancaran Perkhidmatan Tv Melalui Satelit pada 1 Januari 1994

Titah Di Majlis Sambutan Israk Dan Mikraj Bagi Tahun 1414 Di Pusat Persidangan Antarabangsa pada 9 Januari 1994

Sempena Menyambut Hari Raya Aidiladha 1414 Hijrah/1994 Masihi Pada 20 Mei 1994

Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1415 pada 10 Jun 1994

Page 6: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/Titah 1993 1994.pdf · Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1993 ... Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1415 pada

XI Titah 2012 Titah 2012X X XI

Titah Sempena Hari Keputeraan Yang Ke-48 Tahun Di Daerah Temburong pada 21 Julai 1994

Titah Sempena Hari Keputeraan Yang Ke-48 Tahun Di Daerah Belait pada 22 Julai 1994

111-113

114-116

Titah Bersempena Dengan Lawatan Tuan Yang Terutama Presiden Fidel V.ramos, Presiden Republik Filipina Ke Negara Brunei Darussalam pada 6 - 8 Ogos 1994

Titah di Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam pada 20 Ogos 1994

117-120

121-123

Titah Di Majlis Penyerahan Surat Pengakuan Mengikuti Rancangan Perumahan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah pada 22 Ogos 1994

124-127

Titah Di Majlis Konvokesyen Keenam Universiti Brunei Darussalam Di Pusat Persidangan Antarabangsa pada 10 September 1994

128-130

Titah Di Majlis Sambutan Hari Guru Di Pusat Persidangan Antarabangsa pada 22 September 1994

131-133

Titah Di Sidang Ke-49 Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu Di New York pada 6 Oktober 1994

Titah Sempena Lawatan Negara Tuan Yang Terutama Tuan Akbar Hashemi Rafsanjani, Presiden Republik Islam Iran pada 15-17 Oktober 1994

134-139

140-142

Titah Di Sidang Kemuncak Pertubuhan Persidangan Islam Kali Ketujuh Di Casablanca, Morocco pada 13-14 Disember 1994

143-147

Page 7: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/Titah 1993 1994.pdf · Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1993 ... Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1415 pada

1Titah 20121

Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1993

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalameen, Wassalaatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa’alaa Aalihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Tahun baru Masihi menjelang lagi, iaitu setelah tahun 1992 akan berakhir pada tengah malam ini. Dengan kedatangan tahun baru 1993, membawa kita mesti bersiap untuk menghadapi cabaran-cabaran yang baru pula.

Di antara cabaran-cabaran itu, kita mestilah melihat: Apakah perubahan-perubahan yang telah kita lalui, serta sejauh mana ia menguntungkan ataupun sebaliknya?

Kita tidaklah wajar semata-mata menerima perubahan-perubahan tanpa memperhitungkan tentang nilai. Di dalam apa pun bidang, soal nilai adalah paling utama. Di bidang kemajuan khasnya, semua orang adalah sependapat bahawa ianya mesti dirancang dan diusahakan. Tetapi setelah manusia itu berjaya dan maju, banyaklah perubahan yang terjadi, termasuk menerima nilai-nilai baru yang tidak sesuai dengan budaya bangsa.

Ke sudut ini banyak bukti menunjukkan, bahawa semakin jauh kemajuan, maka semakin ramai orang-orang yang melupakan soal nilai dan moral, seolah-olah ianya menjadi penyakit yang mudah berjangkit dalam dunia moden hari ini.

Semua ini mustahaklah diketahui dan diinsafi, supaya kita tidak turut hanya dilanda oleh perubahan yang membwa mudarat itu.

Biarlah kita agak lambat sedikit, tetapi berhati-hati dan waspada sambil mengekalkan kewarasan bertindak bagi keselamatan semua.

Kemajuan yang kosong dari nilai-nilai moral dan agama, telah mula menampakkan kehampaan dan kerugian yang besar kepada dunia, iaitu ternyata dengan berkembangnya sekarang macam-macam unsur maksiat dan jenayah di kalangan manusia, di mana ia boleh membawa kehancuran dan kebinasaan yang menyeluruh.

Page 8: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/Titah 1993 1994.pdf · Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1993 ... Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1415 pada

3 Titah 2012 Titah 20122 2 3

Dalam kesempatan ini, beta hanya ingin membuat rumusan ringkas mengenai apa yang turut disaksikan oleh tahun 1992, iaitu terdapat banyak pergolakan yang menyedihkan, antaranya seperti kejadian di Bosnia-Herzegovina yang bermandikan darah orang-orang Islam itu. Tetapi syukurlah negara kita telah dapat merealisasikan sikapnya yang tegas dengan bersimpati dalam bentuk moral dan material.

Sekiranya ada sebarang pendapat atau anggapan yang kurang senang maka perkara itu kita pulangkan sahaja kepada Allah kerana sesungguhnya kita pun tidak berupaya untuk membawa semua orang bersetuju dengan cara kita ini. Hanya apa yang penting disebutkan di sini ialah hakikat yang sebenar, bahawa segala-galanya itu bersumber daripada “rasa hati” kita yang ikhlas dan jujur semata-mata kerana Allah jua.

Apa yang lebih utama juga untuk disebut ialah peristiwa-peristiwa kita di dalam yang berlaku di sekitar tahun 1992 seperti detik-detik bersejarah sambutan Jubli Perak beta Menaiki Takhta.

Beta amat merasa berkewajipan untuk melafazkan syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala di atas nikmat dan kemurahan-Nya mengizinkan sambutan tersebut berjalan dengan baik dan teratur.

Sebenarnya bukanlah sambutan itu yang menjadi matlamat tetapi apa yang tersirat untuk menjadi ristaan dan sejarah kepada negara, dan juga untuk menjadi bukti kewujudan kita sebagai bangsa yang berdaulat lagi bertamadun menurut calak Melayu dan Islam yang kita banggakan. Semoga semua ini juga akan berperanan untuk mengilham masa depan Brunei yang panjang.

Atas penglibatan seluruh lapisan rakyat dan penduduk, beta dengan tulus ikhlas melalui kesempatan ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kerana sama-sama menjayakan sambutan tersebut.

Dan secara khusus beta juga tidak melupakan segala penat lelah seluruh pegawai dan kakitangan kerajaan beta, termasuk anggota-anggota pasukan keselamatan dan juga mereka yang berkhidmat di sector swasta atas peranan masing-masing bagi kepentingan negara ini.

Akhirnya dengan hati yang jernih dan suci beta dan keluarga beta sukacita mengucapkan “Selamat Tahun Baru Masihi 1993” kepada

Bagi Negara Brunei Darussalam mestilah kekal di atas kakinya sendiri, berdiri dengan yakin, membangun dan berusaha dengan titik peluh dan gayanya yang tersendiri, menurut arus perkembangan yang sihat dan selamat di bawah inayah dan petunjuk Allah, iaitu ajaran-ajaran agama Islam yang maha suci.

Dalam pada itu, kita juga sama-sama menyaksikan apa yang berlaku di luar tanah air. Semuanya adalah menjadi panduan dan iktibar dalam kita menjalani liku-liku perkembangan di semua bidang.

Di bidang-bidang sosio-ekonomi dan politik, adalah penting sekarang kita mencapai tahap-tahap kekuatan yang diperlukan. Lalu ke arah ini, mustahak bagi kita memiliki sifat-sifat yang besar, seperti cekal, tabah dan bijaksana untuk menghadapi berbagai-bagai keadaan.

Blok-blok perdagangan yang bersifat ‘regional’, dan juga perlumbaan di bidang perdaganagan antarabangsa, adalah sangat-sangat memerlukan kecekapan dan kemahiran bagi merangka strategi-strategi baru, yang memudahkan kita berunding, atau juga barangkali, dalam keadaaan-keadaan tertentu, kita akan terpaksa menghadapi persaingan.

Selain itu, turut juga menarik perhatian kita, ialah mengenai dengan isu-isu alam sekitar, yang mengungkapkan kekhuatiran-kekhuatiran tentang pencemaran yang kian mengancam. Di dalam hal ini, kita juga sama-sama memainkan peranan dengan menandatangani Deklarasi Rio, dan kemudian terus berusaha untuk mencapai objektif-objektifnya.

Beta berharap, di samping usaha-usaha yang bersifat umum ini, maka usaha-usaha khusus ke arah menitikberatkan kebersihan dalam lingkungan kita sendiri, sama ada di kawasan-kawasan bandar mahupun kampong-kampung pedalaman, adalah paling utama dan mustahak. Beta sudah pernah menyebutkan hal ini, namun pencapaiannya masih juga ditahap yang belum memuaskan. Sebab, masih terdapat kawasan-kawasan yang memerlukan pembaikan serta jalan-jalan raya yang dipenuhi oleh air dan lumpur, walaupun hanya dengan hujan yang sedikit.

Beta berharap, pihak berkenaan dan orang ramai akan dapat memerhati serta mengambil langkah yang positif mengenainya.

Page 9: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/Titah 1993 1994.pdf · Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1993 ... Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1415 pada

5 Titah 2012 Titah 20124 4 5

seluruh rakyat dan penduduk sambil berdoa semoga kita semua berada di dalam selamat, aman makmur, sihat dan afiat di bawah lindungan dan pemeliharaan Allah dengan syafaat dan berkat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, Rasul-rasul dan orang-orang Salih.

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh.

Titah Dalam Pertandingan Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan pada 3 Januari 1993

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil 'Aalameen, Wassalaatu Wassalamu 'Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa'alaa Aalihie Wasahbihie Ajma'een, Waba'du.

Kitab Suci Al-Quran telah memandu dan mengasuh kita untuk hidup sempurna. Barangsiapa yang memiliki dan membacanya, orang itu ialah orang bertuah dan bahagia. Kerana jangan fikir, semua orang di dunia ini akan dapat memiliki Al-Quran. Semua itu belum tentu berlaku.

Misalnya setelah sebuah empayar besar pecah dalam abad kita ini, maka banyaklah rahsia yang terbuka kepada umum, antaranya mengenai dengan orang-orang Islam di beberapa buah negara bekas empayar tersebut, rupa-rupanya mereka itu telah lama terpisah atau putus hubungan dengan Al-Quran. Mereka tidak dapat memilikinya, sedangkan pada hakikatnya, mereka benar-benar berhajat dan memerlukan Al-Quran. Hanya baru sekarang mereka dapat bertemu dengan Al-Quran, iaitu setelah menerima sumbangan daripada negara tertentu.

Maka dengan kenyataan ini, memang amat beruntunglah orang-orang Islam seperti kita, dan juga mereka yang lain, yang dapat memiliki Al-Quran itu dengan senang sahaja.

Oleh itu, sebagai tanda syukur kita yang mendalam, maka kemudahan yang ada ini mestilah kita gunakan sungguh-sungguh iaitu dengan banyak membaca dan mempelajari Al-Quran itu sebeberapa yang termampu. Kita sudahpun mempunyai Al-Quran sendiri, yang ditulis dan diterbitkan dengan perbelanjaan yang besar, maka sayugialah ianya dimanfaatkan untuk dibaca, bukannya disimpan semata-mata.

Page 10: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/Titah 1993 1994.pdf · Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1993 ... Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1415 pada

7 Titah 2012 Titah 20126 6 7

Kita juga mengambil beberapa langkah lain untuk memperluaskan lagi pengajian Al-Quran di negara ini termasuklah menubuhkan sebuah Tahfiz Al-Quran. Beta setakat ini mendapat maklum bahawa sambutan orang ramai terhadapnya adalah hangat dan membanggakan.

Daripada Al-Quran kita beroleh berkat dan ilmu di mana keberkatannya itu berupa cahaya yang menerangi hati, yang boleh mengubat dan menjadi penawar kepada penyakit dukacita dan resah gelisah.

Dalam dunia yang penuh dengan krisis dan kegelisahan ini, barangkali satu jalan terbaik untuk mengatasinya ialah dengan Al-Quran. Manusia perlu kembali kepada Al-Quran, perlu berpegang dan bersandar dengannya, sebab Al-Quran itu tidak pernah salah dalam memberikan pimpinan kepada manusia.

Mengapa dunia dan manusia dilanda kekacauan? Sebabnya ialah pegangan orang tidak tetap, sekejap ke Barat dan sekejap pula ke Timur. Kebenaran juga tidak pernah jelas, yang menjadikan kadang-kadang orang terbabas dan melawan kebenaran itu sendiri.

Sekiranya Al-Quran dijadikan matlamat dan panduan, maka soal hak dan kebenaran itu adalah mutlak daripada Allah, di mana segala-galanya akan terungkap dengan betul, dan manusia tidak lagi perlu bergaduh untuk mencari kebenaran.

Inilah yang mahu kita capai, terutama dalam mengendalikan soal akidah, kita umat Islam mestilah rujuk terus kepada Al-Quran dan hadis, bukan dengan meraba-raba seperti cerita orang buta dengan gajah.

Daripada akidah yang betul, segala-galanya juga akan turut betul. Orang yang akidahnya lurus, akan mengurus dirinya dengan lurus pula. Hatta daripada dirinya sendiri yang lurus, sampailah membawa

kepada pekerjaannya, urusannya, pentadbirannya dan hubungan-hubungannya dengan Allah dan juga dengan sesama manusia adalah lurus dan betul belaka.

Inilah sumber segala kebajikan, yang melahirkan suasana dan negara yang mantap. Kemudian dari keadaan ini, kita terus bergerak ke hadapan seperti orang lain juga, untuk membangun dengan penuh azam, tetapi tetap tegak dan tidak berganjak daripada landasan akidah, iaitu percaya kepada kudrat dan iradat Allah.

Akhirnya beta ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada qari dan qariah yang berjaya yang akan mewakili negara ini ke Musabaqah Membaca Kitab Suci Al-Quran Peringkat Antarabangsa, dan juga qari-qari dan qariah-qariah yang lain, beta berharap supaya akan terus mencuba sehingga berjaya.

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 11: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/Titah 1993 1994.pdf · Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1993 ... Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1415 pada

9 Titah 2012 Titah 20128 8 9

Titah Dalam Majlis Perasmian Bangunan Ibb pada 13 Januari 1993

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil 'Aalameen, Wassalaatu Wassalamu 'Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa'alaa Aalihie Wasahbihie Ajma'een, Waba'du.

Sekarang sampailah kita kepada detik-detik yang dinanti-nantikan iaitu setelah sekian lamanya kita menunggu apa yang ingin kita capai atau miliki sebagai orang Islam yang sedar.

Sebenarnya idea untuk ini sudahpun lama, mungkin juga sama tua dengan apa yang orang lain telah rancang dan buat. Tetapi oleh kerana beberapa sebab tertentu, maka kita terpaksalah tinggal di belakang untuk beberapa waktu.

Bagaimanapun Alhamdulillah, impian ini akhirnya menjelma juga dengan berkat niat kita yang baik untuk memenuhi tuntutan syarak yang sangat mencabar itu.

Maka pada hari ini, pada 20 haribulan Rejab, 1413 bersamaan 13 haribulan Januari, 1993 muncullah dengan megahnya sebuah bank Islam di Negara Brunei Darussalam, iaitu sesudah hampir dua tahun selepas kita menyambut kelahiran Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB).

Dengan ini kita telah menjadi keluarga kepada negara-negara yang ada mempunyai institusi kewangan Islamnya yang akan bermuamalah atau berurusan secara yang dihalalkan oleh Allah.

Bank Islam Brunei Berhad akan dikawal oleh sebuah badan yang diberi nama Badan Penasihat Syariah, yang akan menentukan segala apa juga bentuk urusan kewangannya adalah halal menurut kehendak-kehendak syarak.

Kita sedar bahawa kemajuan negara sebahagiannya itu adalah dibentuk melalui amalan sistem ekonomi dan perdagangan yang bersih dan adil, yang sunyi daripada penindasan dan penipuan. Di antara langkah untuk menghindarkan diri daripada penindasan itu ialah dengan mengadakan urusniaga atau muamalah secara reda sama reda dengan menolak sebarang amalan berbentuk riba atau interest. Maka bank Islam kita insya-Allah akan berjalan dan beroperasi di atas landasan ini.

Ianya merupakan sebuah bank perdagangan yang akan menjalankan urusniaga kewangannya mengikut cara-cara yang dibenarkan oleh syarak.

Pelanggan-pelanggan terdiri daripada penyimpan-penyimpan dan peminjam-peminjam atau pelabur-pelabur yang menggunakan wang simpanan mereka di dalam bank bagi tujuan-tujuan memperolehi keuntungan di bawah bentuk-bentuk perjanjian muamalah cara Islam.

Pelanggan-pelanggan persendirian yang beragama Islam sudah barang tentu akan bertambah yakin dan lega dengan kehadiran sistem banking Islam ini, sebagai jalan keluar dosa akibat riba di samping mengharapkan kemanfaatan dan keuntungan yang berkat dan halal daripadanya.

Demikian juga dengan jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan beta, akan dapat menumpukan urusniaga kewangan mereka kepada sistem banking Islam ini sebagai cara atau langkah mempraktikkan peraturan dan hukum Islam di dalam pentadbiran dan urusan kewangan negara.

Begitulah seterusnya bagi mereka yang bukan beragama Islam pula, penubuhan Bank Islam Brunei Berhad atau The Islamic Bank of Brunei Berhad ini tidaklah sepatutnya menimbulkan sebarang kecurigaan kepada mereka. Malahan ‘total commitment” rakyat pada keseluruhannya terhadap sistem ini akan melahirkan kekaguman antarabangsa kepada kita.

Page 12: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/Titah 1993 1994.pdf · Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1993 ... Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1415 pada

11 Titah 2012 Titah 201210 10 11

Titah Sempena Ulangtahun Ke-9 Hari KebangsaanNegara Brunei Darussalam

pada 23 Februari 1993Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalameen Wassalatu ‘Alaa Asyrafil Mur-saleen Saayyidina Muhammadin, Wa Alaa Aalihie Wasahbihie

Ajma’een, Waba’du.

Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan izin dan limpah rahmat-Nya jua kita dapat menyambut Ulang Tahun Ke-9 Hari Kebangsaan iaitu hari kesyukuran dan kebanggaan bagi seluruh Negara Brunei Darussalam dan segala isi di dalamnya.

Dengan petunjuk dan inayah Allah Subhanahu Wataala jua kita telah dapat menjaga dan memelihara kemerdekaan itu.

Dengan kemerdekaan, kita telah dapat menguatkan azam bagi sama-sama melaksanakan tanggungjawab membangun dan memajukan negara yang kita cintai ini.

Sesungguhnya kita bertuah, kerana dalam masa menerima kemerdekaan itu kita sudah mempunyai corak pemerintahan yang tulen. Corak tersebut telah berupaya melindungi kepentingan-kepentingan kita dalam semua aspek perkembangan dan keperluan yang kita kehendaki.

Menerusinya negara dan rakyat telah dapat menikmati keamanan yang membolehkan kita hidup selesa dan harmoni.

Bagaimanapun kita juga turut menyedari akan cabaran-cabaran bernegara dan berpemerintahan, khasnya dalam keadaan negara-negara dan bangsa-bangsa seluruh dunia saling bergantung di antara satu sama lain yang memungkinkan interaksi budaya, termasuklah budaya yang bersifat politik.

Maka itulah kita perlu berwaspada menentukan arah dan landasan budaya politik kita sebagai bangsa yang berwibawa dan mempunyai identiti, di samping tidak mengabaikan budaya takwa sebagai penentu kepada dasar-dasar kita.

Ini akan menguatkan lagi keunggulan kita sebagai satu bangsa di tengah-tengah sekian banyak bangsa-bangsa lain yang wujud di merata bumi Allah ini.

Dalam pada itu, kejadian-kejadian mutakhir yang berlaku di dunia antarabangsa pula masih menunjukkan unsur-unsur persengketaan yang menuju kehancuran.

Berakhirnya perang dingin nampaknya belumlah mendatangkan kemanfaatan kepada keamanan dunia pada keseluruhannya. Ini ternyata bilamana berbagai konflik, serta persengketaan yang tidak mengenal erti kemanusiaan masih berleluasa di beberapa tempat di dunia ini.

Selaku bangsa yang mempunyai prinsip cintakan perdamaian dan menghormati hak-hak asasi manusia, kita adalah turut mengutuk sebarang bentuk kekejaman dan penindasan yang dilakukan terhadap sesama insan.

Bagi kita apa pun juga istilah yang digunakan tidaklah boleh menghalalkan tindakan-tindakan ganas yang tidak berperikemanusiaan sepertimana yang masih berleluasa di Bosnia-Hezegovina.

Begitu juga kita turut mengutuk tindakan rejim Yahudi mengusir orang-orang Palestin dari negara tumpah darah mereka dengan mengenepikan resolusi-resolusi Bangsa-Bangsa Bersatu seperti yang lumrah dilakukannya selama ini.

Kita berpendapat kekejaman-kekejaman ini sudah lama berlarutan dan telah banyak mendatangkan korban dan kesengsaraan kepada orang-orang yang berkenaan. Dari itu, kita tidak henti-hentinya mengharapkan agar Bangsa-Bangsa Bersatu menunjukkan kewibawaan ataupun kredibilitinya selaku badan dunia yang terunggul.

Dalam masa yang sama, selaku sebuah negara Islam kita juga melahirkan rasa kekesalan kita terhadap terjadinya beberapa perbalahan dan persengketaan sesama Islam. Kita berdoa semoga mereka yang berkenaan akan diberikan kesedaran oleh Allah Subhanahu Wataala dan akan segera kembali ke jalan persaudaraan yang sejati.

Kita juga turut merasa khuatir dengan perkembangan yang belum mantap di Cambodia kerana kita sedar bahawa keamanan di Indochina juga penting bagi kemantapan rantau ini pada keseluruhannya.

Page 13: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/Titah 1993 1994.pdf · Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1993 ... Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1415 pada

13 Titah 2012 Titah 201212 12 13

Dalam suasana pembangunan ekonomi yang pesat di Rantau Asia dan Pasifik, keadaan aman dan tenteram itu adalah penting.

Kemudian berbalik lagi kepada masalah dalaman kita. Pada sejauh ini alhamdulillah, kita telah dapat meneruskan usaha-usaha yang telah kita jalankan selama ini. Usaha-usaha tersebut meliputi pembangunan fizikal di berbagai bidang dan juga pembangunan dari segi intelek dan kerohanian.

Kita berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wataala agar usaha-usaha yang kita jalankan itu akan sentiasa diberkati-Nya dan rakyat serta penduduk pula benar-benar dapat merasakan nikmat kemerdekaan itu.

Dalam zaman yang penuh mencabar dan persaingan ini sangatlah perlu bagi setiap usaha yang kita jalankan itu dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh dan dengan sepenuh hati.

Hal ini penting untuk membolehkan kita bersaing dengan bangsa-bangsa lain di dunia ini yang setengahnya itu lebih jauh ke hadapan meninggalkan kita di segi pengetahuan serta penguasaan sains dan teknologi.

Kita juga perlu menumpukan perhatian terhadap langkah-langkah mempelbagaikan ekonomi, khususnya melalui pengembangan bidang perindustrian yang kita laksanakan selama ini, termasuklah penglibatan aktif sektor swasta.

Penglibatan anak-anak tempatan dalam sektor swasta ini perlu, kerana tidak wajar bagi kita secara berterusan bergantung kepada tenaga-tenaga yang didatangkan daripada luar.

Tenaga-tenaga yang didatangkan dari luar negeri akan membawa balik kemahiran dalam pekerjaan yang mereka dapati di negara ini setelah tempoh perkhidmatan mereka tamat. Yang demikian, negara ini tetap sahaja akan berterusan kekurangan tenaga mahir itu.

Dengan tertubuhnya Tabung Amanah Pekerja baru-baru ini, yang tidak berapa lama lagi juga dilaratkan kepada sektor swasta, maka beta berharap anak-anak tempatan kita tidak akan teragak-agak lagi untuk mencaburi sektor tersebut kerana ianya juga sama-sama menjanjikan masa depan yang terjamin bagi setiap pekerja.

Kita juga tidak mahu belakunya pengangguran di negara ini, kerana sumbangan tenaga dan pemikiran setiap rakyat dan penduduk itu adalah penting bagi mengekalkan pembangunan dan kemakmuran serta juga kesejahteraan tanahair.

Akhirnya, bertepatan dengan tarikh sambutan hari kebangsaan tahun ini jatuh pada awal bulan Ramadan, maka beta berharap hanya acara-acara sambutan yang sesuai dengan suasana bulan ini sahaja yang akan diadakan.

Beta adalah tidak lupa merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih beta kepada Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi dan lain-lain Jawatankuasa Sambutan Perayaan Ulang Tahun ke-9 Hari Kebangsaan kita.

Kepada seluruh rakyat dan penduduk yang beta kasihi termasuklah semua peringkat pegawai dan kakitangan di dalam perkhidmatan awam kerajaan, pasukan-pasukan keselamatan dan angkatan bersenjata serta mereka yang berkhidmat di sektor swasta beta mengucapkan selamat menyambut dan meraikan Hari Kebangsaan.

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 14: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/Titah 1993 1994.pdf · Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1993 ... Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1415 pada

15 Titah 2012 Titah 201214 14 15

Titah Sempena Menyambut Perayaan Ke-9 Hari Kebangsaan, Dengan Acara Utamanya Pelancaran

Menulis Al-Quran Yang Akan Menggantikan Cokmar Universiti Brunei Darussalam Bertempat Di Bangunan

Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas Pada 23 Februari 1993

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil 'Aalameen, Wassalaatu Wassalamu 'Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa'alaa Aalihie Wasahbihie Ajma'een, Waba'du.

Kita bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dapat berkumpul bagi menyambut dan merayakan Ulangtahun ke-9 Hari Kebangsaan kita. Tidak syak lagi perkumpulan kita pada hari ini adalah istimewa, kerana ianya belum pernah diadakan sepertinya sebelum ini. Beta berpendapat, keistimewaan itu bukan sahaja pada format, malahan juga isinya, iaitu sebagai suatu “kelainan” yang mungkin tidak terbayang oleh kita pada mulanya.

Demikianlah kita telah memilih Pelancaran Penulisan Al-Quran Untuk Menggantikan Cokmar Universiti Brunei Darussalam sebagai acara utama Sambutan Ulangtahun Hari Kebangsaan kita yang ke-9 pada tahun ini. Pemilihan acara ini sangat besar ertinya dalam era manusia tidak pernah berhenti daripada mencari falsafah dan ideologi yang sesuai bagi negara masing-masing.

Dengan pelancaran ini, turut membayangkan aspirasi negara kita, sekurang-kurangnya bagi mendapatkan keberkatan Al-Quran di dalam bidang ilmu, dan lebih jauh lagi di dalam bidang-bidang kehidupan secara menyeluruh.

Kita tahu, tidak ada undang-undang dan perlembagaan yang lebih benar dan lebih ungggul daripada Al-Quran. Kerana itu turut menjadi kewajipan kita untuk mengutip mana-mana yang termampu oleh kita melaksanakannya daripada ajaran-ajaran Al-Quran itu. Sebagai

misalan, kita telah pun melakukan pengharaman arak, kerana arak dengan terangnya diharamkan oleh Al-Quran. Begitu juga kita telah menubuhkan institusi-institusi kewangan Islam, kerana di dalam Al-Quran juga ada menyebutkan tentang riba.

Begitulah seterusnya, banyak lagi perkara yang ditegah oleh Al-Quran itu sudahpun menjadi sebahagian daripada peraturan dan undang-undang negara kita, seperti pengharaman terhadap judi dalam apa bentuk dan jenisnya sekalipun.

Beta penuh yakin, dengan berkat kita mengikut dan mematuhi lunas-lunas Al-Quran inilah, negara kita terus maju dan stabil dan bahkan makmur, dengan tidak perlu bergantung kepada sumber-sumber yang haram.

Kita akan terus mengekalkan sikap dan pendirian yang baik ini, dengan berpandukan moral dan semangat Al-Quran. Kerana sudah sampailah masanya untuk orang-orang Islam itu berbuat sesuatu, bukan lagi sekadar meneriakkan slogan-slogan dan cakap-cakap tinggi.

Bagaimanapun, semakin jauh kita melangkah, semakin banyak rasanya perkara-perkara yang belum kita teroka, dalam makna, semakin meningkatnya usia kemerdekaan itu, semakin luas pula ruangan yang mesti kita isi.

Maka dalam perkiraan untuk mengisi ruangan-ruangan yang kosong inilah, kita memerlukan sikap dan semangat kebruneian yang tulen dengan tidak perlu merujuk, mengikut atau meniru-niru unsur-unsur luaran. Kerana dalam penelitian beta, tidak ada teladan atau contoh yang unggul dalam zaman sekarang yang dapat dijadikan ikutan, melainkan merata-rata pihak mempunyai masalah-masalahnya sendiri, yang setengahnya itu terlalu kusut dan sukar untuk diselesaikan.

Kita mesti teruskan cara kita yang ada. Kita membangun dan bekerja keras dan sambil itu kita juga berdoa dan beribadat, dan

Page 15: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/Titah 1993 1994.pdf · Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1993 ... Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1415 pada

17 Titah 2012 Titah 201216 16 17

dengan ini insya-Allah, kejayaan dan kesejahteraan akan memihak kepada kita.

Mengenai dengan penulisan Al-Quran yang akan dilancarkan hari ini, mudah-mudahan akan menjadi pasak yang dapat meneguhkan lagi semangat dan pendirian kita dalam menghadapi berbagai cabaran dan pengaruh zaman. Ianya adalah suatu pekerjaan yang sangat-sangat terpuji lagi mendatangkan keberkatan. Kerana itu beta secara peribadi, amatlah berbesar hati kerana diberi peluang untuk memulakan penulisan yang penuh bersejarah ini. Beta menganggapnya, peristiwa ini adalah sebahagian daripada sejarah beta sendiri, dan juga sejarah tanahair.

Beta berharap, pengendalian penulisan seterusnya akan berjalan dengan baik dan lancar, supaya tidak lama lagi, kita akan dapat menyaksikannya untuk menggantikan cokmar yang ada. Dengan penggantian ini kelak, maka satu lagi pencapaian dan perubahan baru akan kita tempuh, yang akan meletakkan negara ini kepada taraf moden dengan memakai model Al-Quran.

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Titah Di Majlis Nuzul Al-Quran 1413 Hijrah/1993 Masihi Di Bangunan Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas

pada 11 Mac 1993

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil 'Aalameen, Wassalaatu Wassalamu 'Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa'alaa Aalihie Wasahbihie Ajma'een, Waba'du.

Beta bersyukur kerana dapat hadir dalam majlis memperingati turunnya Al-Quran pada bulan Ramadan yang berkat ini.

Sebagaimana lazimnya, umat Islam di negara ini sangat sibuk apabila menjelangnya bulan Ramadan. Kesibukan itu lebih-lebih lagi terasa pada sebelah malamnya, dengan umat Islam bersembahyang Terawih serta bertedarus Al-Quran.

Beta mengetahui, bahawa masjid-masjid dan surau-surau di negara ini sungguh meriah, dikunjungi oleh berbagai lapisan masyarakat Islam yang melakukan sembahyang Terawih dan tedarus Al-Quran itu. Beta berharap keadaan ini akan menjadi tradisi berterusan pada setiap tahun, sebagai syiar yang tidak boleh dipadam-padam.

Peranan Al-Quran sudah sangat diketahui umum, iaitu sebagai penawar dan cahaya yang menerangi hati. Dengan mendampingkan diri kepada Al-Quran, seorang Muslim akan dikurniakan kekuatan akal, jiwa dan semangat yang sangat-sangat diperlukan dalam hidup. Dan apabila orang Islam itu memiliki ciri-ciri kekuatan ini, maka senanglah dia mengendalikan dirinya dan juga orang lain. Jika dia seorang pemimpin atau ketua keluarga, maka inilah pemimpin dan ketua keluarga yang baik.

Jadi jika begitu, nyatalah keperluan terhadap Al-Quran itu mengatasi segala-galanya. Kerana itulah kerajaan beta tetap

Page 16: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/Titah 1993 1994.pdf · Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1993 ... Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1415 pada

19 Titah 2012 Titah 201218 18 19

akan melakukan apa sahaja rancangan yang berpatutan yang boleh membawa kepada kemajuan dalam bidang pengajian dan pembelajaran Al-Quran ini.

Beta percaya, pengajian dan pembelajaran di bidang Al-Quran ini tidaklah akan berakhir sampai bila-bila.

Kalau 10 atau 15 tahun dahulu, orang-orang Islam di negara ini hanya belajar semata-mata untuk pandai membaca sahaja, tetapi pada hari ini, tren itu berubah sama sekali dengan adanya juga usaha-usaha mentafsir, menulis dengan tangan dan kemudiannya menghafaznya secara yang lebih bersistem. Semua ini kita lakukan ialah untuk mendapatkan keberkesanan yang lebih daripada Al-Quran itu.

Kita adalah benar-benar serius dalam melaksanakan ajaran-ajaran Al-Quran bagi kebahagian masyarakat dan bangsa kita. Setakat hari ini sahaja, kita telah pun mempercepatkan langkah menurut pedoman dan landasan syariat, khasnya di segi rancangan-rancangan dan usaha-usaha kerajaan, seperti dalam bidang kewangan, kita telah pun memasuki era muamalat menerusi system Islam, dan begitu juga dalam bidang perundangan, usaha-usaha sedang rancak dibuat bagi menyesuaikan sistem perundangan yang kita pakai selama ini dengan sistem perundangan Islam. Cuma bagi perlaksanaannya, kita akan melakukannya secara berperingkat-peringkat, sesuai dengan keupayaan yang ada.

Apa yang perlu sekarang, serta juga bagi masa depan yang panjang, ialah kesediaan kita menerima cara hidup dan cara bernegara menurut calak Islam itu, mestilah dengan padu dan bulat, terutama di kalangan masyarakat Islam sendiri. Jangan ada seperti perumpamaan: “Satu pihak membangun masjid, dan satu pihak lagi merobohkannya” sebagaimana yang banyak terjadi di merata dunia hari ini.

Bersukat dengan hari yang penuh berkat ini, beta dengan segala tulus ikhlas ingin mengharapkan supaya akan wujudlah perpaduan yang benar-benar tulen di kalangan rakyat beta, khasnya mereka yang beragama Islam. Kerana dalam senario politik dunia hari ini, cara musuh hendak melemahkan sesuatu bangsa dan negara itu, ialah dengan cara memecah-belahkan perpaduan mereka, sama ada perpecahan itu dalam bentuknya yang jelas mahupun tidak, tetapi kedua-duanya itu tetap menjejaskan ketahanan bangsa dan negara. Oleh kerana itu, amat perlulah ianya dihindarkan.

Sekian sahaja, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 17: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/Titah 1993 1994.pdf · Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1993 ... Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1415 pada

21 Titah 2012 Titah 201220 20 21

Titah Sempena Hari Raya Aidilfitri 1413 Hijrah/1993 Masihi

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wassalaatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa’alaa Aalihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahil Hamd

Kita bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan izin-Nya, maka kita sekarang berada di dalam suasana Hari Raya yang mulia, iaitu setelah sebulan menjalani ibadat berpuasa.

Bulan Ramadan adalah merupakan bulan ujian, bulan di mana seluruh umat Islam menempuh peperiksaan secara beramai-ramai. Di dalam bulan inilah kita diperiksa atau diuji menurut cara Allah bukannya menurut cara sekolah. Kalau menurut cara sekolah atau lain-lain tempat pengajian, ujian itu ialah berkisar di sekitar kemahiran dan keupayaan kita dalam bidang-bidang pelajaran tertentu bagi mendapatkan sijil atau ijazah, tetapi ujain melalui ibadat puasa ini, berkisar di sekitar ketahanan jiwa dan pendirian untuk mendapatkan pahala dan keampunan Allah.

Pada hemat beta, ujian jenis ini sungguhpun mudah disebut, tetapi belum tentu senang dibuat. Kerana itulah setengah orang Islam itu, ada yang tidak sanggup menempuh peperiksaan yang mencabar ini.

Bagi kita Alhamdulillah, beta sangatlah yakin, bahawa rakyat beta yang taat beragama, telah secara keseluruhannya memasuki ujian ini dan sebaik-baik sahaja menjelang Hari Raya, ujian tersebut pun berakhir. Kemudian insya-Allah sijil atau ijazah yang berbentuk pahala serta makrifat Allah akan kita terima di akhirat kelak.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahil Hamd

Selain daripada ujian berlapar dan ujian menahan hawa nafsu, ujian-ujian sampingan juga harus sahaja berlaku.

Umpamanya pada tahun yang lepas, di sepanjang bulan Ramadan kita telah diuji dengan kemarau dan cuaca yang sangat panas, yang membawa kepada banyak kebakaran serta gangguan-gangguan perbekalan air. Semua ini adalah perkara-perkara yang tidak diingini, dan bahkan ditakuti tetapi ianya berlaku juga dengan kehendak Allah.

Demikian juga beta tidak lupa, bahawa dua minggu sebelum menjelangnya Ramadan pada tahun yang lalu itu, di negara kita telah berlaku satu gegaran bumi yang menimbulkan sedikit gangguan dan perasaan panic di kalangan orang ramai. Ini juga sudah barang tentunya mengandungi rahsia dan hikmat di sisi Allah.

Pada tahun ini Alhamdulillah, keadaan dan suasana yang merisaukan ini, tidaklah berlaku, iaitu suatu perkara yang menunjukkan adanya rahmat dan belas kasihan Allah yang patut disyukuri. Ini telah membolehkan kita berpuasa dan berhari raya dengan aman serta selesa tanpa sebarang gangguan dan ketakutan.

Bagaimanapun, dalam tempoh tidak sampai tiga minggu sebelum kita mulai berpuasa, satu kejadian sedih dan pilu berlaku di negara ini iaitu dengan kembalinya ke rahamtullah seorang ulama besar, Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam. Beta percaya, Allahyarham bukan sahaja ulama bagi negara ini, malahan juga kepunyaan dunia Islam seluruhnya di dalam abad ini. Kepergian beliau, tidak syak lagi, adalah satu kehilangan berat kepada negara dan bahkan kepada umat Islam di mana-mana sahaja.

Kita berdoa, semoga Allah menempatkan roh beliau bersama-sama dengan para aulia dan salihin di dalam Syurga.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahil Hamd.

Sebagai sifat kita orang mukmin, kita mestilah melihat kehidupan ini dalam konteks sejagat. Kerana itu di samping kita menerima kemakmuran dan kesenangan yang sedang kita nikmati, kita juga adalah turut bersedih mengenangkan penderitaan saudara-saudara kita yang seagama di seluruh dunia, yang sedang mengalami berbagai-bagai musibah dan bencana: Ada bencana perang, bencana kezaliman dan penganiyaan yang dilakukan oleh musuh-musuh Allah dan musuh-musuh umat Islam. Lain lagi halnya dengan bencana-bencana penyakit, kemalangan dan kelaparan.

Page 18: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/Titah 1993 1994.pdf · Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1993 ... Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1415 pada

23 Titah 2012 Titah 201222 22 23

Semua ini memberi gambaran tentang betapa nasib umat Islam yang selalu dirundung malang.

Sebenarnya, nasib malang ini bukanlah baru terjadi, malahan bertolak dari semenjak berabad-abad lagi. Namun nasib itu tidak juga kunjung berubahnya, atau dengan kata lain tidak banyak yang mengalami perubahan. Tidak ada perubahan yang drastik bagi umat Islam selepas 700 tahun pernah menjadi umat yang kuat dan terhormat.

Mengapakah begitu lama sekali umat Islam dan dunia Islam menanggung beban derita yang demikian teruk ini?

Pada hemat beta, umat Islam masih lagi belum bangun semuanya ke arah memperbaiki nasib masing-masing melalui pengalaman pahit bertaus tahun itu tidak seperti umpamanya: ada bangsa yang bangkit daripada timbunan dan pencemaran radioaktif kekalahan perang, hanya dalam masa kira-kira lima puluh tahun sahaja, mereka sudah pun berhasil mempersiapkan diri semula untuk menjadi kuasa yang disegani dalam segala bidang.

Kita tiupkan semangat ini untuk diri kita sendiri, dan juga untuk seluruh dunia Islam melalui seruan dan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Dan akhirnya secara khusus, beta dan keluarga beta dengan segala tulus ikhlas mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua lapisan rakyat beta serta penduduk negara ini yang beragama Islam.

Sekian sahaja, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Titah Sempena Lawatan Tuan Yang Terutama Tuan Chuan Leekpai, Perdana Menteri Thailand Ke

Negara Brunei Darussalam pada 22-23 Mei, 1993

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wassalaatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa’alaa Aalihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Tuan Yang Terutama,

Beta dengan amat sukacita mengalu-alukan Tuan Yang Terutama dan rombongan ke Negara Brunei Darussalam.

Dalam tujuh bulan yang lalu, Negara Brunei Darussalam telah menerima beberapa ramai tetamu kenamaan kerana menghadiri upacara perayaan Jubli Perak beta menaiki takhta. Di antara mereka itu termasuklah Duli Yang Teramat Mulia Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn dan Tuan Yang Terutama sendiri daripada Negara Thailand.

Beta sangatlah berbesar hati atas penyertaan Duli Yang Teramat Mulia dan Tuan Yang Terutama itu, dan akan tetap mengenangnya sebagai satu sejarah penting lagi indah bagi diri beta sendiri dan juga bagi rakyat serta penduduk negara ini.

Pada kali ini, lawatan Tuan Yang Terutama adalah merupakan sebahagian daripada siri lawatan Tuan Yang Terutama ke negara-negara ASEAN bagi membaharui hubungan rapat yang sedia terjalin di antara kita rakan-rakan serantau.

Bagaimanapun, beta dapat memahami bahawa tragedy industri yang baru-baru ini berlaku di Bangkok, masih lagi turut merungsingkan Tuan Yang Terutama. Maka melalui Tuan Yang Terutama, beta dengan sukacita mengambil kesempatan untuk melahirkan rasa simpati beta yang mendalam terhadap kaum keluarga mangsa-mangsa yang berkenaan.

Tuan Yang Terutama,

Page 19: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/Titah 1993 1994.pdf · Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1993 ... Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1415 pada

25 Titah 2012 Titah 201224 24 25

Secara tradisi, hubungan kedua-dua buah negara kita adalah sangat akrab. Ianya diperkukuhkan lagi melalui berbagai bidang kerjasama, termasuklah bidang-bidang pembangunan tenaga manusia dan latihan-latihan teknikal.

Demikian juga dalam waktu yang sama, terdapat beberapa pertukaran lawatan di peringkat tertinggi yang sangat banyak mendatangkan keuntungan dan faedah bagi kedua buah negara kita.

Dalam hubungan ini, beta tidaklah lupa merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Thailand yang telah menyediakan banyak peluang dan kemudahan bagi pegawai-pegawai Negara Brunei Darussalam mengikuti latihan-latihan lanjutan kepakaran serta mendapatkan pengalaman-pengalaman yang baru.

Beta sangatlah gembira dengan cara kita menjalani hubungan dua hala seperti ini. Beta yakin ianya akan diperkukuhkan lagi melalui penglibatan sektor swasta negara masing-masing.

Tuan Yang Terutama,

Untuk masa depan rantau ASEAN, kita adalah melihat ke arah AFTA untuk menyediakan peluang-peluang kerjasama dan perkembangan serantau yang lebih menyeluruh.

Beta percaya ianya boleh menambahkan lagi kedinamikan ekonomi rantau kita, di samping mengekalkan kestabilan yang telah disediakan oleh ASEAN selama ini.

Bagaimanapun, dalam jangka waktu yang panjang, masa depan rantau ini banyak bergantung kepada kejayaan resolusi bagi keadaan di Kemboja. Dan beta adalah memaklumi, bahawa perkara ini merupakan kebimbangan yang khusus bagi Negara Tuan Yang Terutama.

Dalam hubungan ini, Negara Brunei Darussalam turut mengharapkan supaya pilihanraya yang akan diadakan di Kemboja akan berjalan dengan baik, sebagaimana dihasratkan oleh pihak-pihak berkenaan yang sama-sama menandatangani Perjanjian Paris (Paris Peace Accord). Harapan kita, Kemboja akan muncul di masa depan sebagai rakan dalam perkembangan bagi rantau ini.

Tuan Yang Terutama,

Buat akhirnya, beta berharap Tuan Yang Terutama dan rombongan akan merasa gembira dan senang berada di negara kami. Tidak ada yang lebih indah untuk diungkapkan selain daripada harapan, bahawa kedua buah negara kita akan terus berkongsi kepentingan, baik di segi persahabatan, mahupun di segi perkembangan dan pencapaian taraf hidup rakyat masing-masing, sebagai salah satu tanggungjawab utama kerajaan-kerajaan kita.

Sekian terima kasih, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 20: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/Titah 1993 1994.pdf · Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1993 ... Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1415 pada

27 Titah 2012 Titah 201226 26 27

Cek tahun Hijrah????Titah Sempena Menyambut Hari Raya Aidiladha 1412

Hijrah Pada 31 Mei 1993

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wassalaatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa’alaa Aalihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Laa-ilaaha Illallaah, Allahu Akbar, Walillahil Hamd.

Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala, kerana dengan izin-Nya jua dapatlah kita bersama-sama menyambut dan merayakan lagi Aidiladha yang mulia, yang penuh dengan keberkatan dan iktibar itu.

Hari ini, kita pasti teringat tentang pengorbanan dan perjuangan seorang Rasul Allah, Nabi Ibrahim Alaihissalam. Pengorbanan dan perjuangan Baginda itu amatlah luar biasa, iaitu semata-mata kerana taat dan menjunjung titah perintah Allah jua. Baginda tidak memikirkan untung ataupun rugi dari ketaatannya itu, melainkan hanyalah semata-mata taat, yang membawa Baginda sanggup berbuat apa sahaja, walaupun dengan mengorbankan seuatu yang paling Baginda kasihi.

Bagindalah yang bersama-sama puteranya, Nabi Ismail Alaihissalam mendirikan kota Mekah, dan juga membangunkan Ka’abah yang menjadi kiblat umat Islam di seluruh dunia. Di antara ajaran agama yang berasal daripada sejarah Nabi Ibrahim Alaihissalam dan keluarga Baginda, ialah Ibadat Haji.

Dalam konteks ini, kita bersyukur kerana negara kita Brunei Darussalam adalah salah sebuah negara di dunia yang tidak pernah luput daripada menyertai perhimpunan besar di Tanah Suci untuk mengerjakan Rukun Islam yang kelima itu.

Apabila dianggarkan dari segi nisbah bilangan penduduk, maka peratus jemaah kita pada setiap tahun, sebenarnya adalah tinggi. Ini semua tidak syak lagi menandakan adanya peningkatan ekonomi dan

kemakmuran rakyat, khasnya di kalangan mereka yang beragama Islam.

Dalam situasi dunia yang sentiasa bergolak, yang penuh dengan berbagai-bagai peristiwa buruk, maka Tanah Suci Mekah pada musim haji adalah merupakan sebuah “Taman Perdamaian” yang indah dan unik, di mana seluruh bangsa-bangsa daripada segenap pelusuk bumi ini, akan melupakan sejenak masalah-masalah sosial dan politik mereka yang mungkin sahaja selalu menekan dan menghimpit ketika di tanahair masing-masing. Di antara masalah-masalah yang amat popular ialah seperti peperangan dan pergaduhan yang banyak memakan korban yang dicetuskan oleh berbagai-bagai sebab, antaranya kerana dorongan tamak, atau kerana mempertahankan pendirian, atau kerana diskriminasi kaum dan lain-lain lagi.

Dengan kita mengalami sendiri keadaan di Tanah Suci ini, maka dapatlah diambil rumusan bahawa inilah suatu ajaran yang paling benar, yang digariskan oleh Islam tentang perdamaian dan persaudaraan sejati di antara manusia, iaitu: Tidak ada hasad dengki, tidak ada tamak, dan tidak ada diskriminasi kaum. Semua orang adalah sama sahaja, tidak kira sama ada kulitnya putih ataupun hitam, masing-masing itu ada hak yang wajib dihormati.

Sepatutnya dunia mestilah mengakui hakikat ini, bahawa agama Islam telah lebih jauh ke hadapan tentang persamaan dan cara menghormati hak-hak manusia, bukannya seperti yang digembar-gemburkan oleh banyak pihak tentang demokrasi yang kosong daripada kenyataan.

Tegasnya manusia patutlah belajar dari pengalaman, bahawa amalan persefahaman dan menghormati hak asasi masing-masing ini tidaklah akan merugikan sesiapa, malahan sebaliknya membawa keuntungan dan kebahagiaan.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar,Laa-ilaaha Illallaah, Allahu Akbar, Walillahil Hamd.

Marilah kita berdoa, mudah-mudahan dengan berkat Aidiladha yang agung ini kita semua dikurniakan nikmat, iaitu nikmat Islam dan nikmat Iman, nikmat sihat afiat, nikmat aman makmur yang berpanjangan sampai turun-temurun.

Page 21: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/Titah 1993 1994.pdf · Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1993 ... Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1415 pada

29 Titah 2012 Titah 201228 28 29

Mudah-mudahan juga, Allah ampunkan dosa-dosa kita, dosa-dosa para ibu bapa kita, dosa-dosa kaum muslimin dan muslimat, sama ada yang masih hidup mahupun yang sudah meninggal dunia.

Akhirnya, sama-sama juga kita pohonkan pembelaan Allah terhadap orang-orang yang membela agama-Nya, dan menggagalkan setiap usaha dan langkah sesiapa juga yang bertujuan untuk melemahkan agama Allah dan melemahkan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

Sekian Wabillahit Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wassalaatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa’alaa Aalihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan izin-Nya dapatlah kita menyambut Tahun Baru Hijrah 1414. Mudah-mudahan dengan kehadiran tahun baru ini akan membawa beberapa perubahan atau perkembangan yang baik dan bermanfaat kepada kita semua dan bahkan kepada umat Islam di seluruh dunia.

Di sepanjang tahun yang lalu, kita telah pun mendengar atau menyaksikan berbagai peristiwa, yang telah banyak meninggalkan kesan kepada jiwa kita. Jika peristiwa itu manis dan jika sebaliknya maka kesannya pula adalah sebaliknya.

Kita sudah menyaksikan beberapa pergolakan pahit yang tidak diingini. Kita juga mendapati ramai manusia yang masih suka bermain sandiwara dengan bangsa-bangsa besar dan kuat menjadi pelakon utamanya. Kita telah lihat berapa banyak korban atau mangsa daripada permainan ini yang terjadi bukan atas kemahuan mangsa-mangsa tersebut tetapi berpunca daripada rasa tamak dan rancangan-rancangan jahat musuh untuk mengeruhkan keadaan.

Masalah menuntut hak dan penyelesaian perang masih menjadi isu utama dunia. Tetapi kedua-duanya tidaklah pernah terhurai dengan berkesan. Pihak-pihak yang kehilangan hak seperti bangsa Palestin umpamanya, masih sahaja terus kehilangan hak mereka, sementara yang diburu oleh peperangan dan penindasan, seperti bangsa Bosnia-Herzegovina masih juga terus diburu tanpa belas kasihan.

Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Hijrah 1414 pada 20 Jun 1993

Page 22: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/Titah 1993 1994.pdf · Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1993 ... Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1415 pada

31 Titah 2012 Titah 201230 30 31

Inilah hakikat yang sedang mewarnai dunia kita hari ini.

Selain daripada itu, ribut politik dan krisis social juga terus berlaku di sana sini yang kadang-kadang turut dirasakan gegarannya. Namun semua itu tidaklah menjejaskan kepentingan dan kemantapan kita.

Insya-Allah dengan pengalaman dan kewaspadaan kita sepanjang masa akan menolong kita mendapatkan jalan yang selamat lagi elok untuk dilalui oleh bangsa dan negara ini.

Tegasnya, kita tidak akan lalai daripada berhati-hati terhadap sebarang ‘budaya politik’ yang tidak menguntungkan yang boleh membawa kepada porak-peranda dan perpecahan. Kita akan tetap berpegang kepada prinsip Melayu Islam Beraja, sebagai sumber etika dan budaya orang-orang Brunei, yang telah berjaya membawa mereka sampai terbilang sebagai bangsa yang bersopan santun lagi penuh setia.

Di samping kita ligat mengikuti perkembangan dan pembangunan kebendaan, kita juga tidak ketinggalan melengkapkan diri di bidang kerohanian. Kita telah merancang dan bekerja keras ke arah ini dengan perbelanjaan yang besar serta mencurahkan titik peluh yang banyak untuk kesejahteraan negara dan rakyat.

Kita telah membangun masjid dan mengadakan usaha-usaha di bidang pelajaran dan pendidikan. Demikian juga kita tidak lupa untuk menyediakan berbagai-bagai kemudahan perkhidmatan bagi orang-orang yang mahu beribadat seperti mengadakan perguruan hal-ehwal haji dan lain-lain. Semuanya ini mempunyai kaitannya yang rapat dengan pembangunan rohani bangsa.

Beta amatlah gembira dengan cara penghayatan rakyat terhadap lambang-lambang atau syiar-syiar agama yang maha suci sebagai cetusan kesedaran yang sihat di kalangan umat Islam, yang juga sekaligus menjadi tanda ketakwaan dan keteguhan agama mereka.

Di antara syiar-syiar yang telah biasa kita hayati, ialah seperti sambutan-sambutan bagi hari-hari kebesaran Islam dan majlis-majlis keagamaan lainnya, tidak terkecuali juga perayaan atau sambutan kepada orang-orang yang akan menunaikan haji, lebih-lebih lagi setelah mereka itu kembali ke tanahair sesudah selesai menyempurnakan ibadat yang mulia ini.

Menyentuh mengenai sambutan terhadap orang-orang haji, beta telah difahamkan bahawa satu sambutan untuk mengalu-alukan keberangkatan balik beta ke tanah air telah pun dirancangkan oleh sebuah jawatankuasa khas, sebagaimana juga di masa-masa yang lalu. Tetapi oleh kerana kesempitan masa, dan mungkin juga jika diteruskan, akan membawa kepada beberapa kerumitan, maka beta pun memperkenankan supaya ianya ditiadakan sahaja. Walau bagaimanapun, ini tidaklah bererti akan mengakhiri segala bentuk sambutan pada masa-masa yang akan datang insya-Allah.

Beta dalam hubungan ini, sukacita mengambil kesempatan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada jawatankuasa berkenaan di samping tidak lupa juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah turut membuat persiapan bagi sambutan ini. Semoga Allah juga yang akan membalas serta memberkati niat yang baik itu.

Beta menganggap tradisi mengagungkan syiar Islam itu adalah sejenis budaya yang tinggi dan luhur iaitu suatu amalan terpuji di antara amalan-amalan agama di negara ini asalkan sahaja ianya tidak bercanggah dengan hukum syarak dan akidah Ahli Sunnah Wal-Jemaah.

Mengenai amalan beragama ini beta ingin menekankan supaya kita sama-sama dapat berjalan di atas landasan yang betul yakni bukan dengan mengikut-ikut secara terburu-buru, sebarang ajaran yang belum kita fahami dan ketahui salah benarnya. Dan dalam hubungan ini, latar belakang serta peribadi orang yang membawa apa sahaja jenis ajaran atau amalan itu, hendaklah disiasat dan dipastikan terlebih dahulu.

Page 23: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/Titah 1993 1994.pdf · Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1993 ... Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1415 pada

33 Titah 2012 Titah 201232 32 33

Anjuran ini, adalah sebahagian daripada azam kita untuk mengekalkan kehidupan beragama yang betul dan sempurna, yang boleh menciptakan ketenteraman dan kebahagiaan sejati, sebagaimana telah berjalan dengan izin Allah di negara kita selama ini.

Akhirnya, beta dan keluarga beta mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah 1414 kepada seluruh rakyat beta yang beragama Islam serta juga umat Islam di mana-mana sahaja, dengan doa, semoga Allah akan memberkati kita semua dengan inayah dan taufik-Nya.

Wabillahit Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Titah Di Majlis Pembukaan Rasmi Muktamar Akademi Fiqh Islam Kali Ke-Viii pada 21 Jun 1993

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil 'Aalameen, Wassalaatu Wassalamu 'Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa'alaa Aalihie Wasahbihie Ajma'een, Waba'du.

Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dapat hadir untuk merasmika Muktamar Akademi Fiqh Islam Pertubuhan Persidangan Islam Kali Ke-VIII ini. Beta amatlah gembira kerana ianya berlangsung di Negara Brunei Darussalam. Maka sehubungan itu, beta tidak lupa mengalu-alukan serta mengucapkan selamat dating “Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum” kepada semua para ulama dan cendekiawan Islam yang sama-sama menghadiri muktamar ini. Beta berharap, mereka akan merasa selesa dan berpuas hati selama berada di sini.

Negara brunei Darussalam merasa sungguh bertuah kerana telah diberikan penghormatan oleh Akademi Fiqh Islam sebagai Negara yang ke-3 di luar daripada Negara Arab Saudi, menjadi tempat berlangsungnya muktamar yang penting ini. Penghormatan ini adalah besar ertinya kepada Brunei Darussalam sebagai sebuah negara yang kecil lagi jauh daripada rantau Asia Barat.

Beta difahamkan, bahawa Akademi Fiqh Islam itu mempunyai beberapa matlamatnya yang besar, iaitu antaranya: Berusaha untuk mencapai Perpaduan Islam, mendorong kerana berpegang kuat dengan akidah Islamiah, mengkaji masalah-masalah semasa umat Islam, dan menghuraikan hukum-hukum serta masalah-masalah tersebut.

Page 24: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/Titah 1993 1994.pdf · Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1993 ... Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1415 pada

35 Titah 2012 Titah 201234 34 35

Selaras dengan keadaan umat Islam hari ini, maka peranan yang dimainkan oleh Akademi Fiqh Islam adalah wajar. Umpamanya perpecahan yang terus-menerus berlaku di kalangan mereka itu, sudah tentu memerlukan kajian dan huraian lengkap dari segi hukum. Mengapakah kita umat Islam harus berpecah, dan apa risiko berat daripada perpecahan ini, yang kadang-kadang juga sampai membawa kepada peperangan.

Apakah kita akan mengabaikan sahaja amaran agama tentang peperangan dan jenayah bunuh-membunuh sesama Islam itu, sedang sama ada yang membunuh atau yang dibunuh, kedua-duanya akan memperolehi kerugian besar di dunia dan di akhirat, dengan ketempatan mereka ialah neraka.

Umat Islam, apa pun bangsanya, tidaklah boleh memiliki politik semata-mata dengan mengabaikan hokum, tetapi politik hendaklah dikawal oleh hokum. Sebab yang indah dan sedap pada perasaan dan selera itu, belumlah tentu baik, tetapi yang baik pada agama, itulah yang mutlak, walaupun ianya pahit dan tidak enak untuk ditelan.

Beta berpendapat, kelemhan umat Islam hari ini bukan semata-mata berpunca daripada tindakan-tindakan musuh, tetapi juga bersebab daripada telatah umat Islam sendiri. Mereka kurang semangat untuk tunduk kepada ajaran-ajaran Islam, tetapi lebih meyakini doctrine dan budaya yang dicetuskan oleh berbagai aliran hidup.

Inilah factor besar yang menjadikan umat Islam tidak berdaya memberikan sumbangan berkesan kepada diri sendiri, dan apatah lagi kepada sesama Islam di peringkat antarabangsa.

Kita boleh lihat berapa banyak masalah yang masih terbengkalai, seperti masalah Palestin, masalah Teluk, masalah Bosnia-Herzegovina, masalah Kashmir, masalah Somalia dan lain-lain lagi, semuanya itu adalah meminta kesepakatan dan kebulatan umat Islam, bukannya dengan mengharapkan ihsan orang lain. Dan adalah juga wajib bagi kita supaya tidak membiarkan bumi Islam dipecah-pecah walaupun

sejengkal, dengan rakyatnya ditindas tanpa mendapat simpati dan pertolongan, khasnya daripada saudara-saudara yang seagama. Padahal orang-orang Islam itu, mereka adalah ibarat satu jasad, jika sakit sebahagian anggotanya maka yang lain-lain juga akan turut sakit sama.

Jika konsep ‘satu jasad’ ini diamalkan oleh umat Islam, maka beta percaya, taktik putar belit orang lain untuk pura-pura menolong umat Islam itu tidaklah akan laku lagi.

Di tangan umat Islam terdapat kemahiran dan kekayaan, termasuklah kemahiran dalam melaksanakan hokum. Orang-orang Islam sudah menubuhkan banknya sendiri yang boleh bersaing dengan bank-bank biasa, iaitu suatu bukti jelas bahawa hukum Islam itu dapat dilaksanakan apabila kita mahu, di mana perkara itu dahulunya dianggap mustahil jika tanpa riba. Kemudian di satu aspek yang lain, kejayaan seperti ini juga membuktikan bahawa agama Islam itu adalah sesuai bagi setiap zaman dan tempat.

Atas realiti inilah pula, kita bertambah yakin bahawa dunia pada suatu masa kelak akan menyaksikan hukum Islam itu berjalan lebih menyeluruh lagi sebagai cara hidup yang syumul dan lengkap dalam semua aspek kehidupan. Dan atas asas inilah juga makanya, Negara Brunei Darussalam pada masa ini, sedang rancak beregrak ke arah mengislamkan undang-undangnya.

Beta berharap kepada semua pihak umat Islam, terutama Muktamar Akademi Fiqh Islam hari ini, supaya akan dapat memberikan sokongan padu dan kuat atas cita-cita murni negara beta ini.

Akhirnya beta mengucapkan selamat bermuktamar, dan dengan mendahulukan lafaz Bismillahir Rahmanir Rahim, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Sayyidina, Wa Habibina, Wa Maulana Muhammadin, Wa ‘Alaa ‘Aalihie Wasahbihie Ajma’een, beta rasmikan Muktamar Akademi Fiqh Islam, Pertubuhan Persidangan Islam Kali Ke-VIII ini.

Page 25: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/Titah 1993 1994.pdf · Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1993 ... Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1415 pada

37 Titah 2012 Titah 201236 36 37

Wabillahit Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Titah Bersempena Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-47 Tahun Di Balai Singgahsana, Istana Nurul Iman

pada 15 Julai 1993

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wassalaatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa’alaa Aalihie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Alhamdulillah, beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala, yang telah mengurniakan rahmat dan izin-Nya kepada kita, sehingga dapatlah kita berkumpul sekali lagi di istiadat yang berkebajikan ini.

Beta dengan ikhlas terlebih dahulu mengucapkan terima aksih dan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada Yang Terutama Dato Paduka Seri Try Sutrisno, wakil Presiden Republik Indonesia dan Ibu Tutu Try Sutrisno; Puan Yang Terutama Mrs. Corazon C. Aquino, bekas Presiden Republik Filipina dan lain-lain para tetamu beta daripada negara-negara jiran, yang telah sudi hadir untuk sama-sama merayakan hari keputeraan beta pada tahun ini.

Demikian juga kepada sekalian dif-dif yang lain. Serta semua pihak yang telah menghantarkan perutusan-perutusan ucap selamat mereka, bersempena dengan perayaan ini.

Semoga Allah jua yang akan membalas dengan ganjaran yang berlipat-ganda.

Ingin beta menyebutnya di sini betapa tinggi dan mulianya harga keamanan dan ketenteraman itu yang telah ditakdirkan oleh Allah untuk Negara Brunei Darussalam semenjak sekian lama lagi. Dengannyalah kita bergerak rancak ke arah pembangunan dan peningkatan taraf hidup, selaras dengan tuntutan masa dan zaman.

Kita telah pun melihat dan bahkan turut memahami bahawa sebarang kacau-bilau atau gangguan-gangguan terhadap keamanan itu boleh membantutkan pembangunan dan kemajuan sesebuah Negara. Hal ini Alhamdulillah, tidaklah berlaku ke atas kita.

Page 26: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/Titah 1993 1994.pdf · Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1993 ... Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1415 pada

39 Titah 2012 Titah 201238 38 39

Kita selaku bangsa yang lahir di arena merdeka, adalah silap sekali jika menganggap bahawa kekayaan itu boleh menjanjikan segala-galanya. Kekayaan akan terhakis apabila negara mengalami kemelut. Buktinya banyak sekali berlaku di hadapan mata, sama ada jauh mahupun dekat. Dan malahan, jika kemelut itu berlarut-larut ianya boleh sahaja melumpuhkan sesebuah negar, walaupun negara itu asalnya kaya dan mewah.

Maka mengingat inilah, setiap individu itu perlulah berjanji kepada diri masing-masing untuk berbuat apa sahaja bagi mempertahan dan mengekalkan keamanan.

Sejarah negara kita yang panjang telah membuktikan bahawa orang-orang Brunei itu semenjak zaman-zaman lagi telah berjaya menjalani kehidupan yang bahagia di bawah payung keamanan dan prinsip hormat-menghormati.

Lalu kerana itu, untuk hubungan yang lebih jauh dan terbuka dengan rakan-rakan serantau mahupun lain-lain negara, kita akan tetap mengamalkan prinsip ini, sebagai syarat persahabatan yang bersih daripada sebarang campur tangan di dalam hal-ehwal negara masing-masing.

Inilah juga yang menjadi pegangan kita dalam menyertai perbincangan atau forum-forum antarabangsa, khasnya akan menjadi asas terpenting bagi kerjasama kita di bidang pertahanan melalui Memorandum Persefahaman, serta juga lain-lain inisiatif menurut keperluan dan kesesuaiannya dari masa ke semasa.

Di samping kita melihat ke dalam diri sendiri dan juga rakan-rakan dalam ASEAN, kita juga tidak lupa mengharapkan perkembangan-perkembangan yang positif di Indochina. Kerana secara rasionalnya, keamanan dan kestabilan rantau ini adalah juga turut ditentukan oleh keadaan di Indochina itu dan bahkan bukan itu sahaja, malahan keadaan aman dan stabil di kawasan ini juga akan memberikan sumbangan yang besar kepada pertumbuhan ekonomi serantau secara keseluruhannya.

Menyebut aspek ekonomi ini, kerajaan beta adalah mengambil berat perkembangan di bidang-bidang perindustrian dan pertanian di negara ini. Pada setakat ini, kita telah pun mencatatkan pertambahan pelaburan oleh pengusaha-pengusaha tempatan sama ada ianya

secara bersendirian mahupun melalui usahasama dengan pengusaha-pengusaha luar negeri.

Kita amat menekankan kedua-dua bidang perindustrian dan pertanian sebagai sama-sama mustahak untuk diteroka. Kita tidak mahu hanya pakaian sahaja yang cantik atau kereta sahaja yang mewah, sedangkan bahan makanan lebih bergantung kepada pihak luar. Cubalah bayangkan apa akan jadi jika sekiranya tempat bergantung itu juga tidak dapat memenuhi keperluan kita disebabkan oleh perkara-perkara yang tidak diduga.

Inilah namanya kita merancang untuk masa depan yang panjang, berdasarkan ungkapan, “Beringat sebelum kena dan berjimat sebelum habis.”

Khusus di bidang perindustrian kita sudahpun mempunyai barangan keluaran tempatan, yang mendapat pengiktirafan mutu piawaian antarabangsa. Kita telah memulainya daripada perusahaan-perusahaan kecil dan pertengahan, bagi dikembangkan menjadi perusahaan lebih maju untuk memenuhi pasaran luar atau “export market”.

Kita perlu tahu bahawa akhir-akhir ini negara-negara besar perindustrian telah membuat penilaian, bahawa rantau Asia dan Pasifik merupakan rantau yang pesat membangun serta yang penuh dengan harapan untuk berkembang maju. Maka sehubungan inilah, kita mesti meneruskan usaha kita bagi sama-sama mendapatkan faedah daripada peluang-peluang yang ada itu.

Usaha yang beta maksudkan itu bukanlah semata-mata dari segi pentadbiran sahaja, bahkan juga merangkumi soal-soal pembangunan infrastruktur yang teratur dan mencukupi.

Dan ke arah ini, kerajaan Beta telah menyediakan peruntukan yang besar sebagaimana terdapat dalam Rancangan Kemajuan Negara Yang Keenam, di mana peruntukan berjumlah $2.2 bilion sahaja adalah untuk sektor penggunaan awam, sektor pengangkutan dan perhubungan.

Demikian juga melalui rancangan yang sama, kerajaan beta akan terus memberikan keutamaan terhadap peningkatan kesejahteraan

Page 27: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/Titah 1993 1994.pdf · Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1993 ... Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1415 pada

41 Titah 2012 Titah 201240 40 41

rakyat, khasnya melalui Rancangan-rancangan Perumahan Negara, di mana untuk ini sahaja lebih daripada $552 juta telah pun diperuntukkan.

Dan sehubungan dengan ini, beta sukacita mengumumkan bahawa syarat-syarat Skim Perumahan Kerajaan yang ada pada masa ini akan diubah. Perubahan ini akan menjadikan jumlah bantuan kemudahan kewangan ialah 4 tahun gaji pemohon, dan akan dibayar balik dalam tempoh 30 tahun, atau pada tarikh bersara mana-mana yang lebih awal.

Di samping itu pemohon juga tidak akan dikenakan faedah atau bunga atau insurans gadaian juga tidak diwajibkan.

Apabila pinjaman perumahan telah habis dibayar, permohonan bantuan kewangan yang kedua akan diteruskan, dan bolehlah ianya digunakan untuk membina atau membeli sebuah rumah di tempat lain daripada perumahan yang asal.

Adapun baki pinjaman yang ada sekarang bolehlah ditukar mengikut peraturan baru ini dan Kementerian Kewangan akan mengeluarkan surat keliling yang bersesuaian mengenainya.

Di samping berbelanja, kita juga mengambil langkah bagaimana hendak meningkatkan pendapatan negara. Di antara langkah tersebut ialah dengan memajukan industri petroleum kita. Maka ke arah ini satu badan yang diberi nama Lembaga Minyak dan Gas Brunei telah pun ditubuhkan pada awal tahun ini.

Langkah lain yang berikut ialah perundingan dengan pembeli-pembeli LNG Brunei di Jepun. Di dalam perundingan tersebut, kontrak pertama yang telah berakhir telah diperbaharui semula bagi tempoh selama 20 tahun lagi.

Kita berkeyakinan bahawa kontrak baru ini akan menjamin pembelian gas cecair asli daripada Negara Brunei Darussalam bagi tempoh yang berpanjangan, yang sudah barang tentunya akan turut menjadi puncak kemakmuran negara.

Bagaimanapun juga, perkembangan ini tidaklah akan mengubah ‘dasar berjimat cermat kita’, yang kita amalkan selama ini.

Kemerosotan dalam bidang perdagangan masih lagi melanda dunia antarabangsa di mana harga-harga komoditi utama termasuk petroleum masih lagi di peringkat yang rendah.

Keadaan ini, di samping memerlukan amalan berjimat cermat, juga memerlukan supaya kita mempunyai pemikiran-pemikiran yang baru dan dinamik bagi menambahkan lagi hasil dan pendapatan negara.

Kita pun tahu, suasana perdagangan yang tidak sunyi daripada persaingan adalah menghendaki langkah-langkah yang tegas serta strategi yang tepat, antaranya kita terpaksalah mengambil kira aspek-aspek peningkatan daya usaha atau kreativiti, di samping tidak mengabaikan pengetahuan di bidang sains dan teknologi.

Bidang-bidang yang disebutkan ini adalah merupakan asset utama dalam usaha membangunkan negara, serta menjadi alat terpenting ke arah mencapai kecemerlangan dalam banyak bidang.

Maka untuk tujuan pengusahaan sains dan teknologi itu, usaha yang gigih terutamanya di bidang pendidikan adalah sangat diperlukan. Insyaallah, rancangan kerajaan ke arah ini akan terus menghala kepada melahirkan generasi yang mahir dalam bidang-bidang berkenaan itu.

Tegasnya, turut menjadi dasar pendidikan kita ialah menjurus kepada memperkemaskan tenaga manusia. Kerana itulah baru-baru ini sebagai langkah segera, sebuah jawatankuasa yang diberi nama Jawatankuasa Kebangsaan Sumber Tenaga Manusia telah beta perkenankan penubuhannya. Ia juga turut melibatkan perwakilan daripada sector swasta iaitu suatu bukti tentang kesungguhan kerajaan untuk memastikan bahawa kemampuan negara ini akan sama-sama ditangani oleh segenap lapisan rakyat.

Satu lagi objektif kerajaan ialah untuk lebih mengenalkan lagi negara ini kepada negara-negara luar iaitu dengan melalui siaran rancangan-rancangan televisyen menerusi satelit yang akan kita mulakan, insya allah pada tahun 1994 ini secara berperingkat. Dengan perkhidmatan ini nanti dapatlah menjangkau rantau sebelah sini.

Page 28: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/Titah 1993 1994.pdf · Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1993 ... Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1415 pada

43 Titah 2012 Titah 201242 42 43

Beta berharap dengan perluasan perkhidmatan rancangan-rancangan televisyen ini nanti dapatlah kita menikmati banyak lagi faedah termasuk juga nama dan imej yang baik bagi negara bukan sebaliknya.

Selama ini, nama yang baik itu telah kita perolehi melalui aktiviti-aktiviti yang bermanfaat serta budaya yang luhur yang diamalkan oleh orang-orang Brunei.

Beta amat bangga dalam keadaan budaya moden begitu cepat mempengaruhi sikap manusia, rakyat Negara Brunei Darussalam masih sahaja menunjukkan ciri-cirinya yang tersendiri, tidak mudah tunduk kepada pengaruh-pengaruh yang negative. Mereka tetap teguh, setia dan komited dengan kehidupan beragama, beraja dan bernegara sebagaimana yang mereka jalani semenjak turun-temurun lagi.

Disinilah kelainan kita dan dari sini juga kita maju dan berkembang mengikut arus peredaran zaman. Kita bersahabat dan berhubung di mana-mana sahaja dengan membawa identity kebruneian yang tulen dan nampak-nampaknya dunia telah pun menerima kita sebagai warganya yang baik dan layak dihormati.

Ini adalah kita berdasarkan kepada beberapa pengalaman yang pernah kita tempuh di dalam pertemuan-pertemuan dan persidangan-persidangan umat Islam dan antarabangsa yang selalunya menyebut kita selaku rakan yang baik. Dan berpunca daripada sanjungan yang ikhlas inilah mereka kadang-kadang sampai meletakkan kepercayaan yang begitu tinggi sebagaimana baru-baru ini oleh pihak Akademi Fiqh Islam telah menyerahkan mandatnya kepada Negara Brunei Darussalam untuk mengendalikan persidangannya yang ke-VIII.

Semoga keadaan harmoni dan persefahamanan yang seumpama ini akan terus berkembang dan tersebar luas.

Akhirnya beta dengan ikhlas ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada segenap lapisan rakyat dan penduduk yang telah memberikan kerjasama serta sokongan mereka kepada kerajaan beta pada menjalankan tanggungjawab yang besar terhadap negara.

Beta berdoa dengan berkat serta syafaat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, mudah-mudahan rakyat dan penduduk yang beta kasihi sentiasa berada dalam makmur, bersatu padu, aman damai dan beroleh kebahagiaan.

Beta juga tidak lupa merakamkan ucapan terima kasih yang sama kepada semua kakitangan kerajaan di atas perkhidmatan mereka yang bersungguh-sungguh dan jujur.

Kepada semua pegawai dan kakitangan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pasukan Polis Diraja Brunei serta orang ramai, beta juga ingin mencatatkan setinggi-tinggi penghargaan di atas tanggungjawab dan kerjasama mereka dalam memelihara keamanan, keselamatan dan ketenteraman negara.

Akhir sekali penghargaan ini juga beta tujukan kepada semua jawatankuasa perayaan, baik di peringkat kebangsaan mahupun daerah di atas penat lelah mereka menyusun dan menjalankan rancangan-rancangan perayaan. Semoga Allah juga yang akan membalas mereka dengan ganjaran yang lumayan.

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 29: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/Titah 1993 1994.pdf · Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1993 ... Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1415 pada

45 Titah 2012 Titah 201244 44 45

Titah Bersempena Majlis Pembukaan Rasmi Bangunan Baru Masjid Kampong Bunut pada 16 Julai 1993

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil 'Aalameen, Wassalaatu Wassalamu 'Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa'alaa Aalihie

Wasahbihie Ajma'een, Waba'du.

Telah menjadi kewajipan kita untuk menonjolkan segala syiar Islam di negara ini, iaitu satu-satunya yang terpenting ialah masjid atau lain-lain tempat peribadatan bagi orang-orang Islam. Ianya mestilah wujud bersemarak, sebagai tanda adanya ummah dan tegaknya agama. Kita tidaklah boleh memandang sepi sahaja perkara ini kerana ia adalah lambang kemuliaan dan keagungan yang sebenar-benarnya.

Sejarah telah menunjukkan bahawa di mana sahaja Islam itu bertapak dengan kuatnya, pembinaan masjid adalah diutamakan, tidak pernah diabaikan. Ia dibina seindah dan sekukuh yang mungkin. Perkara ini insya allah tidak akan berakhir sampai bila-bila. Cubalah kita lihat sahaja umpamanya, berapa kali pembesaran dan pemodenan telah dilakukan ke atas masjid-masjid Al-Haram di Mekah dan An-Nabawi di Madinah? Semua ini membuktikan tentang keajaiban dan kebenaran Islam yang telah menamakan masjid itu sebagai “Rumah Allah”.

Demikian juga sejarah membuktikan bahawa masjid bukan sahaja digunakan untuk sembahyang malahan juga untuk membina kehidupan. Daripadanyalah terpancar segala macam ilmu, perkhidmatan dan dakwah. Ia tidak pernah berhenti daripada berfungsi yakni tidak pernah cuti.

Lalu atas alasan inilah masjid itu perlu diberikan perhatian yang khusus dan istimewa sebagai pusat kegiatan ummah.

Janganlah kita menyangka, kewajipan terhadap masjid itu sudah habis apabila orang ramai sudah membanjirinya pada tiap-tiap hari Jumaat atau setiap kali menjelangnya Hari Raya. Jika inilah yang dikehendaki sebenarnya perkara itu sudahpun lama wujud, cuma yang belum pernah ialah bagaimana masjid akan dapat menjadi pusat pemikiran, pusat perkembangan ilmu, atau dengan kata lain pusat tercetusnya budaya dan tamaddun ummah.

Inilah lagi yang belum dapat dicapai walaupun kesedaran sudah ada, dan sudah cukup jelas, namun kita masih sahaja belum mampu untuk melahirkan suatu bentuk perkembangan atau perubahan yang menjurus ke arah ini. Buktinya kita sekarang sudahpun mengadakan mini khutubkhanah di masjid-masjid namun setakat ini ia masih belum berperanan sepenuhnya sebagai tempat merujuk dan mengaut ilmu.

Hal ini, mesti ada perkara yang menghalanginya yang memerlukan kajian atau penelitian kita.

Bersabit dengan inilah untuk mengemaskinikan lagi peranan masjid itu, beta telah memperkenankan penubuhan sebuah jabatan baru di bawah kementerian Hal Ehwal Ugama yang diberi nama “Jabatan Hal Ehwal Masjid”.

Jabatan ini diharapkan akan dapat menggerakkan lagi pentadbiran masjid dengan lebih teratur oleh tenaga-tenaga yang berkelayakan dalam bidang-bidang pentadbiran dan akademik supaya aktiviti-aktiviti masjid itu dapat disusun dan dijalankan dengan lebih berkesan.

Tidak memadai masjid hanya sebagai tempat mengadakan perjumpaan-perjumpaan Hari Raya atau tempat mengadakan dikir-dikir Maulud semata-mata tetapi juga mestilah turut menyediakan kelas-kelas bimbingan dan kursus-kursus fardu ain, bimbingan-bimbingan bagi orang-orang yang hendak melangsungkan perkahwinan, dan juga sebagai tempat menyalurkan khidmat nasihat kepada belia-belia dan lain-lain lagi.

Page 30: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/Titah 1993 1994.pdf · Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1993 ... Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1415 pada

47 Titah 2012 Titah 201246 46 47

Beta menyedari semua ini memerlukan perancangan dan masa. Namun begitu tidaklah bermakna kita tidak boleh memulakannya setakat yang ada dahulu atau yang termampu oleh kita pada masa ini.

Kemudian di samping itu kita pun terus menyusun rancangan-rancangan jangka panjang yang dibuat dengan teliti dan difikirkan dengan semasak-masaknya agar rancangan-rancangan itu tidaklah akan terbengkalai atau musnah sekerat jalan.

Kita sebenarnya telahpun memiliki apa yang setengah orang lain belum lagi memilikinya. Kita semenjak sekian lama lagi telah pun memiliki Skim Tanggagaji untuk imam-imam dan juga lain-lain kelebihan atau kemudahan. Tetapi ini sahaja belumlah menandakan kita sudah maju. Bahkan di samping itu adalah juga diperlukan peningkatan keupayaan bagi institusi masjid dengan mengambil kira akan kualiti dan potensi tenaga-tenaga yang bekenaan dengannya.

Kita mestilah merancang serta membuat beberapa perubahan bukan semata-mata mengikut rutin dan kebiasaan sahaja. Memanglah jalan yang mudah itu ialah berada ditakuk yang lama. Tetapi cara ini sesungguhnya adalah membosankan, tidak lagi popular. Oleh itu langkah maju ke hadapan walaupun setapak adalah sangat bermakna.

Akhirnya beta berharap dengan tertubuhnya Jabatan Hal Ehwal Masjid ini akan banyaklah perubahan yang menarik yang lebih memberangsangkan.

Dengan mendahulukan lafaz Bismillahir Rahmanir Rahim, Wassalatu Wassalamu, ‘Alaa Sayyidina Muhammadin, Sayyidil Mursaleen, Wa-‘Alaa Aalihie Wasahbihie Ajma’een, beta rasmikan Bangunan Baru Masjid Kampong Bunut ini.

Wabillahit Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Titah Bersempena Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-47 Tahun Di Daerah Belait pada 18 Julai 1993

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil 'Aalameen, Wassalaatu Wassalamu 'Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa'alaa Aalihie

Wasahbihie Ajma'een, Waba'du.

Seperti biasa marilah kita sama-sama merafakkan syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala yang telah mengizinkan kita dapat berkumpul lagi di istiadat yang indah ini.

Beta sangat berbesar hati mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada seluruh rakyat dan penduduk di daerah ini yang telah menyumbangkan banyak tenaga dan fikiran bagi menjayakan acara-acara sambutan perayaan hari keputeraan beta yang ke-47 tahun bagi daerah ini.

Beta berdoa semoga Allah akan mengurniakan ganjaran yang sebaik-baiknya kepada mereka itu.

Satu daripada kurnia Allah yang jelas kepada daerah ini ialah menjadikannya sebagai pusat perindustrian terbesar bagi Negara Brunei Darussalam.

Sebagaimana kita tahu bidang perindustrian adalah merupakan suatu bidang yang sangat-sangat dipentingkan oleh banyak kerajaan di dunia, termasuk juga kita. Kerana itulah kerajaan beta tidak lalai daripada memajukan bidang ini termasuklah menyediakan tapak-tapak yang sesuai bagi tujuan tersebut di setiap daerah.

Dalam pada itu sebagaimana juga pernah beta tegaskan di Balai Singgahsana Istana Nurul Iman pada 15 Julai 1993 yang lalu bahawa di negara ini bidang perindustrian dan pertanian itu adalah sama-sama penting untuk diberikan perhatian seimbang oleh kerajaan.

Page 31: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/Titah 1993 1994.pdf · Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1993 ... Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1415 pada

49 Titah 2012 Titah 201248 48 49

Kerana bumi Brunei Darussalam bukan sahaja kaya dengan sumber minyaknya malahan juga subur dan sesuai untuk pertanian.

Lalu ke arah ini sesuailah kita jadikan target kedua-dua bidang ini baik bagi jangka pendek mahupun jangka panjang sebagai persiapan kita memenuhi keperluan-keperluan biasa dan juga lain-lain keperluan yang tidak dapat diramalkan.

Tegasnya negara mestilah mempunyai matlamat. Jika bidang perindustrian telah diteroka dan sedang menampakkan hasilnya maka bidang pertanian pun demikian juga, hendaklah diambil langkah lebih cepat. Kerana kita sama-sama menyedari bahawa ada masanya segenggam beras atau seikat ubi kayu itu jauh lebih berharga daripada emas berbungkal dan wang berjuta.

Mudah-mudahan apa yang kita tegaskan sebagai azam pada hari ini akan menjadi kenyataan insya-Allah pada masa-masa yang akan datang.

Akhirnya beta tidak lupa mendoakan dengan berkat serta syafaat Nabi kita, Sayidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, rakyat dan penduduk di daerah ini khasnya akan sentiasa hidup dalam aman, tenteram dan beroleh kemakmuran yang berpanjangan, Amin Ya Rabbal Aalamin.

Sekian, Wabillahit Taufek Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Titah Bersempena Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-47 Tahun Di Daerah Tutong pada 20 Julai 1993

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil 'Aalameen, Wassalaatu Wassalamu 'Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa'alaa Aalihie

Wasahbihie Ajma'een, Waba'du.

Alhamdulillah dengan izin dan rahmat-Nya jua kita sekali lagi dapat hadir di istiadat yang permai ini.

Beta dengan ikhlas sukacita merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak di daerah ini yang telah sama-sama menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan benda untuk menyusun dan menjalankan rancangan-rancangan sempena dengan sambutan hari keputeraan beta yang ke-47 tahun bagi daerah ini. Mudah-mudahan Allah Subhanahu Wataala jua yang akan membalas jerih payah mereka itu dengan kebajikan yang berlipat-ganda.

Demikian juga beta tidak lupa menyatakan penghargaan kepada rakyat dan penduduk daerah ini di atas kerjasama mereka kepada kerajaan beta sepanjang setahun yang lalu. Dengan adanya kerjasama itu berbagai rancangan kemajuan untuk daerah ini telah dapat dilaksanakan sebagaimana juga daerah-daerah yang lain.

Satu perkara yang sungguh membanggakan ialah rakyat dan penduduk daerah ini juga telah dapat mengekalkan suasana aman dan tenteram yang merupakan asas atau punca kebahagiaan dan kemakmuran yang sedang kita nikmati sekarang.

Sebagai langkah ke arah meningkatkan kebajikan rakyat, tidak terkecuali juga bagi mereka yang berada di kawasan-kawasan luar bandar dan pedalaman, maka satu Jawatankuasa Khas Kemajuan dan Perkembangan Luar Bandar dan Pedalaman telah beta perkenankan penubuhannya baru-baru ini.

Page 32: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/Titah 1993 1994.pdf · Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1993 ... Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1415 pada

51 Titah 2012 Titah 201250 50 51

Jawatankuasa ini antara lain akan bertugas untuk meneliti dan membuat perancangan-perancangan serta menyokong permohonan-permohonan dan juga akan sentiasa mengikuti kemajuan perlaksanaan bagi projek-projek di bidang perkhidmatan luar bandar dan pedalaman.

Jawatankuasa yang serupa juga ditubuhkan di peringkat daerah yang dipengerusikan oleh masing-masing Pegawai Daerah bagi membantu jawatankuasa di peringkat pusat ini.

Selaras dengan konsep beringat-ingat, beta pada kesempatan ini sukacita menekankan bahawa kita dalam keadaan apa pun lebih-lebih lagi apabila berada dalam nikmat janganlah sekali-kali lupa atau leka dengan kesenangan-kesenangan yang ada, yang mungkin membawa kita kepada kemerosotan moral.

Sebaliknya kita mustahaklah sedar bahawa segala kemewahan yang kita nikmati itu adalah kurnia daripada Allah yang wajib disyukuri dan bahkan wajib dimanfaatkan pada jalan yang betul.

Selain nikmat mewah, satu lagi nikmat yang paling asasi untuk kita miliki ialah nikmat sihat dan afiat.

Maka untuk ini kerajaan beta tidaklah lupa untuk menyediakan peruntukan yang besar bagi maksud memberikan perkhidmatan perubatan dan kesihatan yang lengkap dan bermutu semata-mata untuk memastikan setiap rakyat dan penduduk negara ini dapat menikmati tahap kesihatan yang tinggi.

Kita sedaya upaya akan terus merapuskan perkhidmatan yang penting ini dengan apa jua cara termasuklah dengan cara kenderaan darat, laut mahupun udara.

Demikian juga tempat-tempat perubatan iaitu hospital dan klinik adalah sentiasa bertambah dari masa ke semasa di samping pertambahan kakitangan yang mengendalikannya.

Mudah-mudahan kemajuan yang asasi begini dapat diteruskan sampai bila-bila dengan izin Allah.

Akhirnya beta tidak lupa berdoa semoga rakyat dan penduduk di daerah ini akan lebih aktif lagi dalam usaha meningkatkan taraf hidup di samping bersatu padu dan hormat menghormati demi untuk mengekalkan keamanan dan kesejahteraan.

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 33: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/Titah 1993 1994.pdf · Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1993 ... Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1415 pada

53 Titah 2012 Titah 201252 52 53

Titah Bersempena Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-47 Tahun Di Daerah Temburong pada 22 Julai 1993

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil 'Aalameen, Wassalaatu Wassalamu 'Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa'alaa Aalihie

Wasahbihie Ajma'een, Waba'du.

Beta tidak lupa merafakkan syukur yang sebanyak-banyaknya ke hadrat Allah Subhanahu Wataala yang telah melimpahkan rahmat-Nya kepada kita di pagi yang indah ini.

Dengan tulus ikhlas beta terlebih dahulu mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat dan penduduk daerah ini yang telah bersusah payah menyusun berbagai acara sambutan perayaan ulang tahun hari keputeraan beta yang ke-47 tahun untuk daerah ini.

Beta berdoa semoga Allah jua yang akan membalasnya dengan sebaik-baik balasan.

Ingin beta tegaskan bahawa dalam projek-projek pembangunan Negara, Daerah Temburong adalah tidak ketinggalan untuk diberikan perhatian yang selayaknya menurut keutamaan.

Daerah ini mempunyai potensinya yang baik dari segi alam semula jadinya terutama tanahnya yang subur.

Melalui Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan satu projek akan dilaksanakan di Kuala Belalong iaitu “Outward Bound School”. Penubuhannya adalah bertujuan untuk membolehkan para belia membina ketahanan fizikal dan kemantapan mental serta melengkapkan diri dengan sifat-sifat tabah, berani dan sabar, berdisiplin, berdikari dan bertanggungjawab serta dapat menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan penghidupan.

Projek ini akan turut didukung berupa sumbangan kewangan oleh pihak Syarikat Minyak Shell Brunei Sendirian Berhad. Ini adalah merupakan tanda komitmen mereka bagi sama-sama membangunkan negara ini yang juga patut dicontohi oleh pihak-pihak swasta yang lain.

Beta berharap pada masa-masa akan datang ada lagi rancangan yang akan menyusul untuk daerah ini dengan mengambil kira environment dan keadaan buminya yang subur sebagai tapak melancarkan projek-projek pertanian pula.

Akhirnya beta berdoa semoga rakyat dan penduduk di daerah ini khasnya akan terus menikmati kehidupan yang aman, bersatu padu dan bahagia.

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 34: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/Titah 1993 1994.pdf · Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1993 ... Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1415 pada

55 Titah 2012 Titah 201254 54 55

Titah Bersempena Lawatan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia

pada 3 Ogos 1993

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil 'Aalameen, Wassalaatu Wassalamu 'Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa'alaa Aalihie

Wasahbihie Ajma'een, Waba'du.

Yang Amat Berhormat,

Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad,

Perdana Menteri Malaysia,

Para hadirin yang dihormati sekalian.

Beta dengan bangga dan sukacita mengalu-alukan kedatangan Yang Amat Berhormat beserta rombongan dan mensifatkan lawatan ini sebagai tanda betapa rapatnya hubungan di antara kedua negara dan rakyat kita yang sememangnya sudah sedia erat dihubungkan oleh faktor-faktor budaya, geografi dan sejarah. Masing-masing kita ada mempunyai banyak persamaan di samping juga tidak kurangnya beberapa perbezaan. Tetapi sungguhnya begitu, kita masih sahaja tetap mesra sebagai sahabat, sebagai jiran dan bahkan selaku saudara yang tidak lepas daripada pandangan mata dan ingatan di hati.

Beta yakin hubungan ini dengan izin Allah akan berkekalan dan juga akan terus ditingkatkan bukan sahaja oleh kita pada hari ini malahan juga oleh generasi yang akan datang. Kita akan terus memupuknya berasaskan “semangat setiakawan” dan amalan hormat-menghormati yang mendalam.

Mengambil kesempatan ini, beta ingin menegaskan penghargaan kerajaan kepada Kerajaan Malaysia di atas berbagai jenis bantuan dan kerjasama yang telah disumbangkannya kepada Negara Brunei Darussalam iaitu dalam bidang-bidang pendidikan, keagamaan, ketenteraan, perhubungan dan lain-lain lagi. Beta berharap bantuan-bantuan dan kerjasama seumpama itu akan dapat diteruskan dari masa ke semasa.

Sebaliknya pula di pihak Negara Brunei Darussalam juga akan sentiasa bersedia untuk memberikan apa jua jenis kerjasama di bidang-bidang yang sesuai dan terupaya oleh kita baik dalam konteks kerjasama dua hala mahupun yang seharusnya berlaku dalam pertubuhan-pertubuhan antarabangsa dan serantau.

Mengenai hubungan dua hala ini beta amat gembira kerana satu Memorandum Persefahaman Bagi Penubuhan Suruhanjaya Bersama antara kedua buah negara kita akan ditandatangani dalam sedikit masa lagi.

Pada setakat ini beta juga sungguh berpuas hati dengan cara negara-negara ASEAN mengendalikan hubungan mereka dengan penuh persefahaman serta berasaskan semangat perpaduan dari cara mereka membuat keputusan-keputusan yang melibatkan kepentingan-kepentingan bersama seperti umpamanya persetujuan oleh Menteri-menteri Luar ASEAN baru-baru ini mengenai dengan EAEC atau Perundingan Ekonomi Asia Timur.

Demikian juga cara mereka bertahan yang membabitkan kepentingan-kepentingan ASEAN, kita alhamdulillah telah dapat mengawal diri masing-masing daripada dipengaruhi oleh sebarang pandangan atau pendapat-pendapat luar yang bertentangan dan akhirnya mampu membuktikan bahawa apa yang telah kita fikirkan itu adalah baik dan tepat dan juga tidaklah menjejaskan sesiapa. Oleh kerana itu kita bolehlah berbangga bahawa inisiatif bagi pembentukan konsep yang datangnya daripada Malaysia ini akhirnya turut difahami juga oleh dunia.

Page 35: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/Titah 1993 1994.pdf · Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1993 ... Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1415 pada

57 Titah 2012 Titah 201256 56 57

Pada hemat beta membiarkan ASEAN dengan gagasannya ini adalah satu perkara yang adil dan wajar sebagaimana jika orang lain bebas menubuhkan blok perdagangannya dan mengadakan kelab eksklusif negara kaya sedangkan kita dari negara-negara membangun ini barulah sekadarkan untuk duduk sama-sama dalam satu forum bagi membahaskan untung nasib kita.

Kita tidaklah meminta lebih selain daripada pengertian supaya dunia menghormati hak negara-negara membangun lebih-lebih lagi negara-negara lemah dan miskin yang sering ditimpa malang. Bagi negara-negara ini hak asasi yang utama itu ialah kebebasan mendapatkan makanan yang cukup dan tempat tinggal yang sempurna. Maka ke arah ini layanan yang adil dan penuh bertimbang rasa itu adalah klimaks segala kebajikan.

Inilah antara asas yang pernah dan akan terus kita suarakan di dalam melihat masalah-masalah seperti apa yang terjadi di Bosnia-Herzegovina yang sudah lebih setahun mengalami peperangan, penindasan dan pencabulan terhadap hak-hak asasi rakyatnya namun usaha-usaha penyelesaian sampai ke hari ini masih sahaja kabur dan mengelirukan.

Berbalik mengenai sesama kita. Negara brunei Darussalam adalah turut mengkagumi Malaysia kerana pencapaiannya dalam banyak bidang. Istimewa di bidang pembangunan ia sudahpun boleh berdiri sendiri iaitu suatu syarat terpenting ke arah penerokaan masa depan yang cerah.

Demikian juga kita turut bangga dengan cita-cita tinggi Yang Amat Berhormat Dato’ untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju di abad yang akan datang di bawah gagasan 2020 di mana ini boleh menjadi pendorong ke arah kerja keras bagi seluruh rakyat Malaysia sendiri dan bahkan mungkin turut mengilhami negara-negara membangun lainnya.

Beta berharap Malaysia dan Negara Brunei Darussalam akan dapat berjalan serentak dalam menuju matlamat masing-masing di bawah kerjasama-kerjasama yang bermanfaat sebagai dua buah negara yang berjiran dan bahkan bersaudara.

Beta tidaklah bermaksud memanjangkan kalam, hanya sekali lagi dengan perasaan muhibah bagi pihak diri beta dan keluarga beta serta rakyat sekalian ingin mengalu-alukan kedatangan Yang Amat Berhormat beserta rombongan dan mengharapkan supaya Yang Amat Berhormat beserta rombongan akan sentiasa beroleh kebahagiaan, sifat afiat serta selesa.

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 36: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/Titah 1993 1994.pdf · Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1993 ... Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1415 pada

59 Titah 2012 Titah 201258 58 59

Titah Di Majlis Konvokesyen Kelima Universiti Brunei Darussalam Pada 16 September 1993

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil 'Aalameen, Wassalaatu Wassalamu 'Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa'alaa Aalihie

Wasahbihie Ajma'een, Waba'du.

Beta bersyukur kerana dapat pula hadir dalam Majlis Konvokesyen Universiti Brunei Darussalam Kali Yang Kelima ini.

Universiti Brunei Darussalam telah lahir ketika mana dunia benar-benar sedang mengalami perubahan-perubahan pesat, termasuklah pencapaian atau penguasaan terhadap bidang-bidang ilmu yang diperlukan oleh manusia. Ke arah inilah semua pusat pengajian di dunia sedang rancak bergerak tanpa menghiraukan rintangan-rintangan di hadapan masing-masing.

Mereka telah menetapkan tahap kecemerlangan sebagai asas dan amalan dalam pendidikan iaitu suatu budaya baru bagi menghadapi persaingan dan cabaran.

Maka demikianlah hendaknya Universiti Brunei Darussalam mesti turut menampilkan diri seiring dengan institusi-institusi pendidikan luar yang telah maju dan malahan sudah mantap dengan konsep kecemerlangan mereka.

Satu di antara sistem pendidikan tinggi yang popular pada masa ini ialah berlumba-lumba untuk mengadakan program “pendidikan kembar” di antara universiti-universiti. Maka dalam hal ini beta amatlah gembira kerana Universiti Brunei Darussalam telah pun menyertai rancangan seumpama itu. Rancangan ini tidak lagi diragukan akan dapat memperluaskan bidang kursus di universiti kita serta boleh juga membawanya lebih rapat berkenalan dengan universiti-universiti yang ternama di dunia.

Bagaimanapun perkenalan yang luas dan terbuka itu biarlah takluk semata-mata di bawah kriteria meningkatkan mutu, bukannya untuk menerima bulat-bulat pengaruh-pengaruh luar yang tidak bersesuaian dengan kita. Universiti Brunei Darussalam mestilah menetapkan sikap menguasai kualiti dalam makna bukan sahaja mengimport kemahiran tetapi juga berupaya untuk mengeksportnya kelak.

Beta mengalu-alukan wawasan universiti mengkaji semula rancangan akademiknya sebagai persediaan sebelum berpindah ke kampus kekalnya menjelang dekad kedua perkembangan universiti.

Sebagai sebuah universiti tunggal di negara ini, universiti Brunei Darussalam juga mustahak peka dengan corak kehidupan rakyat untuk membimbing bukan sahaja pelajar-pelajar bahkan juga menjadi contoh kepada masyarakat dalam bidang-bidang kepimpinan, pemikiran dan peranannya untuk melahirkan bangsa yang berilmu di samping tidak mengabaikan ciri-ciri keperibadian ahli takwa yang bakal menerajui pembangunan masa depan.

Dalam mendukung kewujudan sebuah universiti yang berpengaruh maka ia adalah perlu untuk disertai sama oleh sektor masyarakat daripada berbagai fungsi. Sebagai contohnya, beta sukacita merekodkan di sini penghargaan terhadap Syarikat Minyak Brunei Shell Sendirian Berhad dan beberapa buah syarikat yang lain diatas komitmen mereka dengan perkembangan rancangan dan penyelidikan di universiti ini. Dan pada hari ini beta mengetahui bahawa Syarikat Mitsubishi Corporation telah mengabadikan sumbangannya bagi pembinaan dewan-dewan kuliah pusat di kampus kekal Universiti Brunei Darussalam. Beta berharap penglibatan seperti ini akan dicontohi oleh syarikat-syarikat lain dan juga oleh orang perseorangan di negara ini.

Satu lagi perkara yang membawa kegembiraan kita ialah apabila untuk julung-julung kalinya Universiti Brunei Darussalam telah dapat pula melahirkan siswazah lepasan ijazah di peringkat Master

Page 37: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/Titah 1993 1994.pdf · Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1993 ... Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1415 pada

61 Titah 2012 Titah 201260 60 61

dalam dua jurusan iaitu jurusan Dasar Awam dan jurusan Pengurusan Pendidikan. Maka untuk ini beta tidak lupa merakamkan ucapan tahniah kepada semua pihak yang berkenaan.

Demikian juga ucapan yang sama kepada semua graduan dan penerima-penerima sijil yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka.

Ucapan terima kasih yang khusus pula ialah kepada semua pihak yang berkaitan dengan universiti yang meliputi Naib Canselor, para ahli akademik, pengurus, pentadbir dan seluruh kakitangan universiti di atas segala sumbangan dan khidmat bakti mereka. Semoga Allah Subhanahu Wataala jua yang akan melimpahkan ganjaran-Nya serta memberikan petunjuk dan bimbingan ke jalan yang betul.

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Titah Dalam Majlis Sambutan Hari Guru pada 23 September 1993

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil 'Aalameen, Wassalaatu Wassalamu 'Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa'alaa Aalihie

Wasahbihie Ajma'een, Waba'du.

Beta bersyukur dan gembira kerana dapat hadir bagi kali yang ketiganya di Majlis Sambutan Hari Guru Negara Brunei Darussalam ini. Perhimpunan yang diadakan pada setiap 23 September ini amatlah penting, bukan sahaja bagi kaum guru itu sendiri malahan juga untuk seluruh masyarakat dengan tidak mengira apa sahaja peringkat mereka.

Seperti kita sedia maklum bahawa kerjaya guru itu adalah berkait langsung dengan usaha membina manusia. Ia merupakan suatu kerja sukar lebih sukar daripada kita membina bangunan. Ia memerlukan bahan dan kemahiran. Tanpa bahan dan kemahiran, profesion ini boleh sahaja tumpul dan kurang berkesan. Adapun bahan dan kemahiran tersebut tidak lain tidak bukan ialah ilmu dan pengalaman yang luas.

Sebab itu adalah menjadi satu pekerjaan yang sia-sia kiranya kita berguru kepada orang yang sepatutnya menjadi murid. Kerana dengan cara ini ia bererti tidur ke belakang bukannya maju ke hadapan.

Secara khusus kita menghargai guru-guru lama yang telah banyak berjasa. Mereka ini merupakan “gGru-Guru Teras” yang cekal dan kaya dengan pengalaman. Daripada merekalah kita mengenali A B C dan Alif Ba Ta serta menerima ajaran-ajaran akhlak yang mulia yang amat sukar untuk didapati pada zaman ini.

Beta berpendapat amat mustahak untuk kita menyepadukan kemajuan akademik yang ada dengan nilai-nilai akhlak yang pernah ditanam dan disebarkan oleh guru-guru kita yang lama itu pada

Page 38: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/Titah 1993 1994.pdf · Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1993 ... Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1415 pada

63 Titah 2012 Titah 201262 62 63

suatu masa dahulu. Langkah ini amatlah penting sebagai usaha mengimbangi kebanjiran setengah budaya moden yang tidak sesuai atau yang bertentangan dengan nilai-nilai akhlak dan tradisi kita.

Ada orang berpendapat bahawa di dalam sebuah negara sedang membangun, gejala-gejala buruk seperti belia-belia yang terlibat dalam perjudian, suka lari daripada rumah dan mabuk adalah suatu perkara yang biasa dan tidak boleh dielakkan.

Pendapat ini pada hemat beta tidaklah boleh dikembangkan dalam negara kita ini. Ia tidak dapat diterima sebagai pandangan yang sihat. Kerana persoalan kita ialah: kita bukan sahaja setakat ingin maju, bahkan juga mempersoalkan bagaimanakah nanti kemajuan itu dipelihara, iaitu bukan sahaja oleh kerajaan malahan juga oleh generasi pendukung yang terkandung di dalamnya ialah belia-belia, kaum cendekiawan dan para pemimpin. Cubalah bayangkan apa akan jadi jika kemajuan itu nanti ditangani oleh orang-orang yang rendah akhlak serta pemabuk?

Dari sinilah kelihatan peranan dan tangungjawab guru itu iaitu untuk menyelaraskan keperluan akademik di samping tidak akan mengabaikan nilai-nilai akhlak dan keperibadian yang mulia. Inilah objektif kita iaitu untuk mencapai kedua-duanya sekali secara serentak.

Supaya guru-guru itu dihormati dan dipandang tinggi, mereka mestilah memiliki watak yang baik dan hebat. Mereka tidak boleh cacat di mata murid-murid mahupun orang ramai. Mereka mestilah selamanya unggul dan suci, barulah mereka akan diterima dengan baik oleh masyarakat serta pengajaran dan pendidikan mereka juga, barulah boleh dharap akan mendatangkan kesan yang mendalam.

Sifa-sifat guru yang seupama ini banyak sekali dimiiki oleh guru-guru kita yang terdahulu. Mereka itu kaya dengan ciri-ciri keunggulan dari segi sikap, semangat dan cara berfikir. Mereka tidak sibuk memperjuangkan tanggagaji dan elaun walaupun gaji mereka kecil. Tetapi apa yang jelas khidmat dan pengorbanan mereka tetap sempurna tidak pernah dipertikaikan.

Beta percaya “budaya dan etika perguruan” di masa silam itu akan dapat pula kita jelmakan di zaman moden ini dalam bentuk dan isinya yang lebih baik lagi selaras dengan kemudahan-kemudahan serta peralatan-peralatan canggih yang ada.

Akhirnya beta tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada semua yang berkenaan serta juga ucap selamat yang istimewa kepada guru-guru dari seluruh pelusuk tanah air, mudah-mudahan Allah Subhanahu Wataala akan menerima segala khidmat dan jasa cikgu-cikgu itu sebagai amal kebajikan yang akan membawa kepada kebahagiaan, insya Allah.

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 39: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/Titah 1993 1994.pdf · Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1993 ... Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1415 pada

65 Titah 2012 Titah 201264 64 65

Nota Perantaraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin

Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan Dan Yang

Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Di Sidang Sesi Eksekutif Sempena Sidang Kemuncak Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (Chogm) Pada 21 Oktober 1993

Tuan Pengerusi,

Izinkan saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Pengerusi, juga kerajaan Cyprus atas sususnan rapi yang disediakan bagi mesyuarat ini di samping layanan mesra yang diberikan.

Dalam pertemuan paling akhir kita di Harare, kegembiraan di penghujung Perang Dingin telah pun reda. Namun demikian suasana optimis masih lagi dapat dirasakan. Tetapi hari ini begitu sukar untuk mempertahankan suasana ini. Bukan pula satu order baru dunia tetapi apa yang kita saksikan adalah pertikaian yang tercetus di antara dan di dalam negara-negara berkenaan. Berbangkit lagi dan meletus kebencian suku kaum, etnik dan keagamaan yang begitu lama terpendam.

Tidak ramai yang menjangkakan bahawa kekejaman yang paling buas berlaku di pintu hadapan Eropah. Kekejaman yan mengerikan yang dipanggil ‘ethnic cleansing’ berlaku di Bosnia-Herzegovina. Kita di Brunei Darussalam amat terkejut kerana kekejaman seperti ini dibiarkan berterusan dengan pasukan keamanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu hanya melihat tanpa dapat berbuat apa-apa. Kita tidak faham mengapa kuasa-kuasa besar membiarkan puak Serb mendapat faedah dari perbuatan kejam mereka.

Baru-baru ini pula, liputan terus-menerus CNN menunjukkan kereta-kereta kebal Rusia yang menyerang bangunan parlimen mereka sendiri di Moscow jelas memperlihatkan betapa kacau bilaunya dan sukar untuk diramalkan dunia pada hari ini.

Di Somalia kita mengharapkan agar segala operasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dapat membebaskan negara ini dari pertelingkahan dan kebuluran. Sebaliknya apa yang kita lihat adalah pasukan tentera Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu diserang hendap, dibunuh, ditawan serta dipamerkan di Mogadishu yang kini merupakan medan perang gerila di kawasan bandar.

Mujur juga tidak semua gambaran begitu suram di merata tempat. Terdapat juga beberapa perkembangan yang memberi harapan yang cerah. Penandatanganan perjanjian di antara PLO dan Israel memberi harapan bahawa hak-hak yang sah rakyat Palestin akan dipulihkan. Bagaimanapun jika masyarakat antarabangsa tidak menolong membangunkan ekonomi yang “viable” bagi orang-orang Palestin di kawasan-kawasan pemerintahan mereka sendiri, keamanan tidak akan wujud di Timur Tengah.

Satu lagi perkembangan yang cerah ialah Afrika Selatan. Komanwel patut merasa bangga kerana perjuangannya yang begitu lama terhadap Apartheid telah menghasilkan pencapaian dengan adanya dialog dan tolak ansur. Nelson Mandela telah memperlihatkan keberaniannya untuk meyakinkan rakan sejawatnya dalam ANC bahawa strategi yang aman merupakan cara menuju ke hadapan yang terbaik. Kita sanjung tinggi sumbangan istimewanya.

Komanwel juga membuat sumbangan dengan menubuhkan Utusan Pemerhati Komanwel di Afrika Selatan (COMSA). Kehadiran mereka dapat mengekang keganasan politik di negara tersebut.

Kita mengalu-alukan penubuhan Majlis Tertinggi Sementara (TEC). Negara Brunei Darussalam menyambut baik seruan ANC bagi menamatkan sekatan terhadap Afrika Selatan. Keadaan ekonomi mestilah dipulihkan dengan segera jika kerajaan baru Afrika Selatan hendak mengelakkan segala kesulitan yang besar. Kita dengan penuh harapan menunggu kemasukan Afrika Selatan baharu ke dalam Komanwel.

Page 40: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/Titah 1993 1994.pdf · Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1993 ... Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1415 pada

67 Titah 2012 Titah 201266 66 67

Di Asia, kita merasa beruntung kerana masalah Kemboja telah dapat dihuraikan. Pilihanraya politik di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berjaya dijalankan. Kerajaan campuran telah mengamalkan satu perlembagaan baru. Putera Norodom Sihanouk telah menjadi raja. Tanpa beliau, Kemboja sudah tentu telah musnah. Setelah mengalami berdekad-dekad waktu dalam peperangan, rakyat Kemboja berusaha untuk mencapai keamanan serta membangun semula negara mereka. Mereka memerlukan kehadiran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang sederhana tetapi berkesan untuk memberikan sokongan antarabangsa bagi kerajaan yang sah ini.

Penubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sewajarnya berbangga kerana mewujudkan keamanan bagi kemboja. Negara-negara ASEAN juga memberi sumbangan mereka. Perbezaan di antara perang di Kemboja dan Vietnam, dan keamanan di bahagian lain Asia Tenggara meyakinkan Vietnam serta pihak-pihak yang bertikai di Kemboja untuk menamatkan pertelagahan mereka. Daya tarikan ekonomi yang meningkat dan dinamik membantu mewujudkan keamanan. Asia Tenggara bernasib baik kerana rantau Asia Tenggara telah menjadi rantau pertumbuhan yang paling pesat. Kini negara-negara Asia yang lain seperti Vietnam, China, India, Pakistan juga sedang membebaskan ekonomi mereka untuk memasuki kumpulan dinamik ini.

Kemakmuran kita yang berterusan masih bergantung kepada kesudahan Pusingan Uruguay yang Berjaya. Jika perundingan gagal, pasukan perlindungan akan melemahkan keseluruhan system dagangan pelbagai hala. Ini akan menghasilkan blok-blok perlindungan yang akan membawa kepada pertikaian dan peperangan. Mesyuarat Komanwel ini hendaklah menggesa masyarakat Eropah untuk menyelesaikan masalahnya mengenai pertanian dengan Amerika Syarikat. Pusingan Uruguay yang Berjaya akan menimbulkan suasana optimis yang menyeluruh serta menghidupkan ekonomi dunia.

Akhir sekali adalah menjadi kewajipan kepada kita semua untuk mengukuhkan institusi pelbagai hala yang dapat mengekalkan keamanan dan kemantapan terutama sekali Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang lebih kukuh akan dapat melindungi dengan baik negara-negara kecil dan sederhana dalam dunia yang begitu sukar untuk diramalkan ini. Bilamana peraturan undang-undang diterima serta diamalkan dengan meluas, dunia akan menjadi tempat yang lebih selamat bagi semua.

Page 41: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/Titah 1993 1994.pdf · Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1993 ... Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1415 pada

69 Titah 2012 Titah 201268 68 69

Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1994

Kumpulan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia

Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

Tahun 1994

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa ‘Alaa Aalihie

Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Hanya beberapa ketika sahaja lagi Tahun Masihi 1993 akan meninggalkan kita, digantikan oleh tahun baru 1994.

Dengan pergantian tahun ini kita turut menyedari betapa cepatnya masa itu berlalu dengan mengukir seribu satu macam kejadian atau peristiwa.

Oleh itu pastilah akan beruntung orang-orang yang senantiasa menghargai masa dengan pelbagai aktiviti dan usaha yang bermanfaat.

Maka dalam hubungan ini elok rasanya kita membuat penilaian tentang sejauh mana sudah usaha kita telah lakukan di sepanjang tahun 1993.

Adakah kita telah berjaya menempah kejayaan-kejayaan khasnya di bidang peningkatan taraf hidup dan seumpamanya itu?

Dari penilaian inilah, kita dapat mengaturkan langkah-langkah serta persiapan-persiapan yang lebih kemas lagi bagi menghadapi masa-masa yang mencabar dan penuh dengan persaingan.

Kita sudah turut menyaksikan betapa bangsa-bangsa yang maju tidak jemu-jemunya mempergiatkan usaha mereka di dalam berbagai bidang kehidupan.

Perkara ini sepatutnya boleh menjadi pendorong untuk kita melipatgandakan lagi usaha-usaha, supaya dengan itu tidaklah jauh tertinggal dengan bangsa-bangsa yang lebih maju itu.

Page 42: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/Titah 1993 1994.pdf · Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1993 ... Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1415 pada

71 Titah 2012 Titah 201270 70 71

Semua ini memerlukan kecekalan dan kebijaksanaan. Hanya bangsa yang cekal dan bijaksana sahaja yang akan berupaya untuk maju dan meningkat khasnya disaat-saat mutahir dunia penuh dengan cabaran dan perlumbaan ini.

Cabaran dan perlumbaan itu pula, adakalanya muncul dalam bentuk yang negatif, yang tidak menyokong kepada perkembangan bidang perdagangan dan pelaburan.

Misalnya blok-blok perdagangan yang bersifat “regional”, tidak akan menguntungkan sesiapa, malahan boleh melemahkan sistem perdagangan berbagai hala dunia, yang akhirnya kelak menimbulkan berbagai konflik serta lebih buruk lagi dari itu boleh mencetuskan perperangan.

Ini boleh sahaja terjadi kerana sesuatu bangsa yang merasa dirinya tersepit dan tertindas akan mudah hilang pertimbangan serta terdorong untuk mengambil tindakkan-tindakkan yang tidak diingini.

Dalam hubungan ini ASEAN telah menubuhkan Kawasan Perdagangan Bebasnya, AFTA. Ini membuktikan bahawa ASEAN merupakan satu pertubuhan serantau yang bersungguh-sungguh menyokong sistem perdagangan bebas, bukan sahaja di kalangan sesama ahli bahkan juga dengan rantau-rantau lain.

Kita percaya sistem perdagangan bebas akan mendatangkan keuntungan kepada semua pihak di samping akan meningkatkan lagi tahap kerjasama ekonomi.

Di samping itu, kita juga tidak jemu-jemunya melibatkan diri dalam berbagai forum antarabangsa dalam usaha untuk menangani isu tersebut dengan lebih berkesan.

Namun demikian usaha-usaha oleh pihak-pihak tertentu dalam negara ini perlulah dikembangkan. Kita mesti terus meningkatkan

mutu dan pengeluaran barangan yang boleh kita perdagangkan di pasaran antarabangsa, bukan semata-mata menerima barangan daripada luar sahaja.

Hanya dengan cara ini sahaja kita akan sama-sama dapat meraih manfaat dari sistem perdagangan bebas antarabangsa itu.

Berbalik dengan tahun 1993, masih memaparkan sekian banyak kejadian tragis yang menyayat hati di berbagai penjuru dunia ini.

Penderitaan orang-orang Islam Bosnia-Herzegovina dan konflik di Somalia masih lagi parah dan terus meningkat sampai ke hari ini.

Kedua-dua tragedi serta beberapa banyak lagi masalah antarabangsa yang belum terhurai benar-benar mencabar kewibawaan badan dunia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang di dalam piagamnya menekankan keazaman untuk menyelamatkan keturunan manusia dari sebarang malapetaka peperangan dan kezaliman.

Inilah yang kita suarakan di setiap forum antarabangsa yang turut kita hadiri termasuk di Persidangan Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel yang diadakan di Limassol, Cyprus baru-baru ini.

Di samping menyaksikan sengketa ini, tahun 1993 juga telah menyaksikan perjanjian damai di antara Pertubuhan Pembebasan Pelestin dan Israel, keruntuhan fahaman Apartheid di Afrika Selatan dan penyelesaian konflik di Cambodia.

Di negara kita sendiri, tahun 1993 juga telah menyaksikan suatu bencana buruk di mana lebih seratus buah rumah musnah oleh kebakaran di Kampong Ayer.

Kejadian begini bukanlah pertama kali berlaku bahkan sudah beberapa kali. Kerana itu kerajaan amatlah memandang berat bagi memastikan tahap keselamatannya di masa-masa akan datang.

Page 43: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/Titah 1993 1994.pdf · Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1993 ... Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1415 pada

73 Titah 2012 Titah 201272 72 73

Dalam pada itu penduduk Kampong Ayer sendiri juga tidaklah boleh mendiamkan diri dari melakukan apa jua yang baik untuk mereka, walaupun setakat mengubah sikap dengan membersihkan kampong dari segala macam unsur negatif jika ada. Kerana ini juga sungguh bererti dari segi menolak bala Allah Taala dan menagih rahmat-Nya.

Kita menyedari apa lagi bencana lain yang sudah banyak kali menimpa negara iaitu kejadian-kejadian jenayah mencuri, merompak dan mencederakan orang awam.

Ini juga menjadi racun kepada ketenteraman dan kesejahteraan rakyat. Kita tidak boleh diam dan tidak boleh memandang ringan perkara ini. Kita mesti banteras sampai ke akar-akarnya.

Kerana itulah pihak-pihak berkenaan mesti membuktikan keupayaan, kecekapan dan ketegasan mereka dengan menempah kejayaan-kejayaan yang diharapkan dengan menumpas dan memberkas penjenayah-penjenayah itu.

Akhirnya dalam kesempatan ini beta mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh lapisan rakyat dan penduduk yang telah memberikan sokongan padu kepada kerajaan beta.

Demikian juga penghargaan dan ucapan yang sama beta tujukan kepada seluruh pegawai dan kakitangan kerajaan beta termasuklah anggota-anggota Pasukan Keselamatan dan juga mereka yang berkhidmat di sektor swasta di atas peranan masing-masing bagi kepentingan negara ini. Dengan hati yang penuh ikhlas beta dan keluarga beta sukacita mengucapkan Selamat Tahun Baru Masihi 1994 kepada seluruh rakyat dan penduduk di negara ini.

Beta berdoa semoga tahun baru yang akan kita lalui ini nanti akan membawa keberkatan dan dengan syafaat serta berkat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kita semua akan sentiasa

berada di dalam selamat, aman makmur, sihat dan afiat di bawah pemeliharaan dan perlindungan Allah Subhanahu Wataala. Amin ya rabbal ‘alamin.

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 44: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/Titah 1993 1994.pdf · Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1993 ... Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1415 pada

75 Titah 2012 Titah 201274 74 75

Titah Sempena Pelancaran Perkhidmatan Tv Melalui Satelit pada 1 Januari 1994

Assalamualikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyarafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa ‘Alaa Aalihie

Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala di atas limpah rahmat-Nya kepada Negara Brunei Darussalam untuk melangkah maju setapak lagi dalam bidang penyiaran.

Mulai hari ini siaran televisyen negara ini memasuki era baru dengan pemancaran menerusi satelit. Penonton-penonton di luar negara khasnya di kawasan dalam lingkungan satelit Palapa atau Palapa “footprint” akan berpeluang mengikuti siaran televisyen Brunei yang dinamakan saluran SUKMA INDERA selama 1 jam antara pukul 9 hingga 10 setiap malam.

Buat permulaan ini sesuai dengan jangka waktu siaranya yang singkat itu, kandungan rancangan dalam perkhidmatan baru ini adalah terhad kepada berita dan hal-ehwal semasa dan satu dua rancangan pilihan.

Namun demikian beta berharap ianya akan menjadi sumbangan Negara Brunei Darussalam dalam mengukuhkan persefahaman serantau dan antarabangsa.

Kemajuan pesat teknologi perhubungan membawa banyak kemungkinan dalam bidang penyiaran yang setakat ini sudah ramai pihak memanfaatkan perkembangan tersebut bagi meluaskan sasaran penonton televisyen.

Kemajuan dan peluasan sasaran penonton ini hendaklah dilihat dari aspek positifnya. Ia mestilah digunakan untuk faedah-faedah kemanusiaan serta untuk mengukuhkan lagi persefahaman dua hala dan antarabangsa dengan tidak mengira sama ada kecil ataupun besar tetapi yang jelas dapat sama-sama memberikan sumbangan yang berharga.

Beta sukacita mencatatkan di sini bahawa perkhidmatan siaran menerusi satelit ini adalah hasil dari kerjasama yang rapat di antara kerajaan beta dan Kerajaan Republik Singapura dalam bidang penyiaran. Kedua-dua belah pihak khasnya stesen penyiaran masing-masing iaitu RTB dan SBC telah bersetuju menggunakan “transponder” yang sama iaitu pada satelit Palapa Indonesia.

Walaupun tujuan tertentu pelancarannya berlainan menurut prioriti masing-masing namum perkhidmatan siaran oleh kedua-dua buah kerajaan bagi ditonton di luar negara adalah merupakan petanda bahawa kita memang ingin memanfaatkan teknologi perhubungan di bidang penyiaran ini secara lebih meluas.

Sungguhpun begitu kita juga akan tetap melihat kepentingan nasional dari segi isi-isi sumbangan iaitu biarlah sentiasa menggambarkan identiti kita yang baik kerana hanya dengan ini shaja kita dapat mengekalkan nama baik kita dan negara di mata dunia.

Demikianlah. Dan bersempena dengan Awal Tahun Baru Masihi 1994, beta sukacita mengucapkan “Selamat Tahun Baharu” kepada semua penonton. Semoga kita semua sentiasa aman dan sejahtera serta beroleh kebahagiaan dan pemeliharaan Allah Subhanahu Wataala.

Wabillahit Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 45: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/Titah 1993 1994.pdf · Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1993 ... Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1415 pada

77 Titah 2012 Titah 201276 76 77

Titah Di Majlis Sambutan Israk Dan Mikraj Bagi Tahun 1414Di Pusat Persidangan Antarabangsa pada 9 Januari 1994

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbal ‘Aalameen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyarafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa ‘Alaa Aali-

hie Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala, kerana dapat hadir di majlis yang berkat ini untuk menyambut dan memperingati Israk dan Mikraj Nabi kita Sayidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam.

Salah satu dari tujuan memperingati peristiwa ini ialah untuk mendapatkan pengajaran atau iktibar daripadanya. Dan paling menghairankan kita walaupun ianya sudah sekian banyak diulang-ulang namun kita masih sahaja ingin mendengarnya dan bahkan menghayatinya, tanpa sedikitpun jemu atau bosan.

Pada hemat beta ajaran-ajaran paling besar yang terkandung di dalam peristiwa Israk dan Mikraj itu ialah mengenai dengan pembetukan “Akhlak Islam”, yang diwajibkan ke atas orang-orang yang beriman. Pendedahan tentang dosa-dosa besar adalah menguatkan lagi hujah kita bahawa semua itu berkait lansung dengan perangai tingkah laku dan perbuatan buruk manusia yang mesti dijauhi. Jika tidak ianya akan mendatangkan bencana buruk berupa azab yang pedih daripada Allah Subhanahu Wataala.

Dari ajaran-ajaran akhlak yang ditekankan itu dapatlah kita gambaran betapa mustahaknya soal akhlak kepada manusia. Ia cukup menentukan segala-galanya.

Suatu bangsa yang tahan uji serta panjang sejarahnya adalah bangsa yang berakhlak senonoh. Sebaliknya bangsa yang terdedah kepada kehancuran pula ialah bangsa yang rendah akhlaknya.

Pendapat ini bukanlah lagi teori atau ramalan tetapi telah menjadi fakta dan kenyataan.

Pada masa-masa yang lalu. Banyak tamadun telah runtuh yang berpunca dari pengabaian nilai-nilai akhlak. Dan sekarang hakikat itu menjelma pula dengan adanya negara-negara yang binasa atau yang sedang menuju kebinasaan serta mengalami kedudukan merosot dan kurang penting disebabkan oleh pengabaian terhadap nilai-nilai akhlak itu. Mereka itu tidak mementingkan disiplin dan peraturan tuhan, tetapi sebaliknya menjalani kehidupan yang berlawanan dengan disiplin ketuhanan.

Kita selaku bangsa yang baru muncul di arena merdeka adalah memerlukan lebih banyak perhatian kepada soal-soal moral dan etika bukan sebaliknya. Kita mestilah patuh dan mula membangun dengan berlandaskan nilai-nilai murni yang dibenarkan oleh ugama. Tegasnya kita sekali-kali tidaklah harus fanatik semata-mata kepada kemajuan dengan membelakangkan etika dan moral yang luhur.

Ingatan ini beta buat berdasarkan beberapa gejala buruk seperti penyelewengan dan sifat rakus umpamanya adalah sangat biasa mendatangi manusia bersama-sama dengan kemajuan dan pembangunan yang akhirnya boleh membawa muram serta hilang keberkatan kepada negara.

Di antara cara untuk menyerapkan nilai-nilai akhlak yang dihidangkan dari peristiwa Israk dan Mikraj itu ialah melalui sistem asuhan dan pendidikan sama ada ugama ataupun bukan, kedua-duanya mestilah berjalan serentak selaras dengan aspirasi negara.

Selain daripada itu sifat dakwah juga perlulah lebih jelas dan lebih kuat serta lebih tajam bagi mempengaruhi pendirian umum. Sehingga apa yang disampaikan itu nanti tidaklah sia-sia malahan berhasil sebagai wadah pembentuk akhlak ummah.

Page 46: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/Titah 1993 1994.pdf · Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1993 ... Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1415 pada

79 Titah 2012 Titah 201278 78 79

Inilah dua bidang yang perlu berjalan seiring dan perlu memiliki potensi serta matlamat yang kukuh.

Beta berharap sambutan pada kali ini, akan membawa lebih kepada kemajuan bagi umat Islam terutama di segi peningkatan moral dan nilai-nilai rohani yang mulia.

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Titah Di Majlis Pertandingan Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan 1414 Hijrah/1994 Masihi Di Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien pada 17 Januari

1994

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismilahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa ‘Alaa Aalihie

Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Beta amatlah bersyukur kerana dapat hadir di majlis ini sebagaimana juga pada tiap-tiap tahun.

Kitab suci Al-Quran telah memberikan panduan dalam segala segi di samping menjadi bacaan yang mendatangkan pahala serta juga merupakan “penawar”. Ia tidak boleh ditandingi walaupun oleh sehebat mana jenis kitab yang dihasilkan oleh manusia. Kerana ilmu Allah itu tidak boleh disukat sementara ilmu manusia pula hanyalah sedikit itupun bergantung kepada belas kasihan Allah jua.

Kerana itu tugas kita terhadap Al-Quran selain dari mengambil inti ajarannya, juga paling pokok ialah mempelajarinya sampai pandai, jangan jemu dan jangan berhenti.

Perkara ini eloklah dijadikan salah satu wawasan Negara sehingga dalam jangka masa yang tertentu kelak Negara Brunei Darussalam akan memiliki rekodnya yang tersendiri di mana keseluruhan rakyatnya yang berugama Islam akan pandai membaca Al-Quran itu.

Di antara ajaran Al-Quran yang selari dengan perkembangan zaman hari ini ialah dorongannya yang kuat di bidang iktisad seperti perdagangan dan perniagaan, sebagaimana juga oleh Hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam ada ditegaskan yang bermaksud: “Hendaklah kamu berniaga, kerana di dalam berniaga itu terdapat 9/10 daripada rezeki.”

Page 47: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/Titah 1993 1994.pdf · Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1993 ... Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1415 pada

81 Titah 2012 Titah 201280 80 81

Jadi sangat jelas di sini bahawa sumber utama kekayaan itu ialah perniagaan dan perdagangan. Inilah bidang yang selalu direbut serta diteroka oleh bangsa-bangsa yang kuat dan besar. Mereka itu sedar bahawa kekuatan negara sangat bergantung kepada sejauh mana tahap kekuatan ekonomi masing-masing. Jika keadaan ekonomi lemah maka tidak banyak perkara pembangunan yang dapat dilakukan.

Inilah faktor yang terbesar mengapa kita menubuhkan Bank Islam dan Tabung Amanah Islam serta yang berikutnya menubuhkan Syarikat Insuran Islam yang dikenali sekarang dengan nama Syarikat Takaful IBB Berhad.

Kita bersyukur kerana dapat menyaksikan kelahiran ketiga-tiga institusi kewangan ini yang dapat beroperasi dengan baik dan lancar iaitu suatu bukti menunjukkan betapa muamalah cara Islam itu adalah hebat dan sesuai dengan segala zaman.

Beta difahamkan bahawa terdapat juga syarikat-syarikat serta orang-orang perseorangan yang bukan Islam telah turut melibatkan diri di dalam institusi-institusi ini iaitu satu lagi dalil betapa orang bukan Islam juga telah mula memahami akan keunggulan sistem kewangan Islam sebagai suatu sistem yang terbaik lagi paling adil.

Sesungguhnya komitmen yang kental serta tindak balas yang cepat oleh rakyat terhadap dasar dan rancangan kerjaan seumpama ini adalah suatu petanda baik bagi negara dan masa depan kita semua.

Beta berharap kita akan dapat meneruskan kejayaan ini sambil memperbaiki lagi keupayaan kita dalam mengurus supaya penglibatan dan kepercayaan masyarakat terhadap institusi-institusi kewangan yang baru lahir ini akan berkekalan.

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Titah Sempena Menyambut Perayaan Ulangtahun Ke-10 Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam

pada 23 Februari 1994

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismilahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa ‘Alaa Aalihie

Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala di atas limpah rahmat-Nya kepada kita, sehingga dengan ini dapatlah kita menyambut Hari Kebangsaan dalam suasana yang aman dan bahagia.

Dengan sambutan pada kali ini genaplah usia kemerdekaan kita sepuluh tahun. Di dalam masa tersebut kita telah berjaya melalui liku-liku kehidupan dengan cara yang kita pilih sendiri tanpa dipengaruhi ataupun dikongkong oleh citarasa orang lain.

Rakyat serta penduduk bolehlah berbangga kerana telah dapat membuktikan kebolehan mentadbir dan menguruskan diri sendiri yang menjadi punca kita mencapai perkembangan dan keamanan.

Sesungguhnya matlamat utama bagi bangsa-bangsa di dunia ialah mencari keamanan dan keselamatan. Kerananyalah mereka menganut atau mencipta berbagai-bagai dasar dan ideologi namun hasilnya masih juga seperti impian belaka.

Ini dapat kita saksikan dari media-media massa yang saban hari menyogokkan berita-berita tentang pergolakan, konflik dan tragedi-tragedi yang diakibatkan oleh berbagai malapetaka yang semua itu mendatangkan penderitaan pahit kepada rakyat dan penduduk di Negara-negara berkenaan hatta tidak terkecuali juga Negara-negara maju.

Page 48: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/Titah 1993 1994.pdf · Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1993 ... Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1415 pada

83 Titah 2012 Titah 201282 82 83

Adapun kita Alhamdulillah telah menikmati keamanan dan keselamatan itu lebih daripada orang lain iaitu suatu kurnia Allah terhadap kita.

Beta percaya ini semua merupakan kebajikan dan keberkatan dari kemerdekaan itu kerana dari awal-awal lagi kita telah menyambut dan menanainya dengan takbir membesarkan Allah iaitu suatu hal yang belum pernah terjadi di mana-mana. Dan apabila menyebut ini kita pun teringat betapa ia pernah bergema dikepalai oleh Paduka Ayahanda beta, Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien.

Beta rasa inilah sebahagian dari syiar dan identiti kita yang sangat unik dan berharga.

Di antara tanda-tanda keberkatan itu ialah kekalnya ikatan yang kukuh di antara kerajaan beta dengan rakyat serta penduduk yang merupakan asas menjadikan kemerdekaan itu bertambah-tambah teguh dan bermakna.

Dalam masa kita menikmati hasil kemerdekaan kita juga terus berusaha memajukan diri sambil berpegang kuat kepada keperibadian Brunei tulen. Kita akan kekal di sini di samping jika mustahak akan menerima apa juga perubahan yang baik dalam bidang pentadbiran dan politik.

Suka beta nyatakan bahawa semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, langkah telah dibuat untuk meneliti Perlembagaan Negara Tahun 1959. Ianya akan selesai insya-Allah sedikit masa lagi. Beta percaya rakyat akan menyambut baik sebarang langkah yang akan beta ambil kemudian dalam perkembangan Perlembagaan Negara itu. Ianya dihasratkan semata-mata untuk kepentingan serta kesejahteraan rakyat jua.

Dalam mengusahakan kesejahteraan rakyat ini sudah barang tentu memerlukan banyak perancangan dan pembangunan di samping kewangan.

Dan selain itu faktor asas yang juga turut menentukan kejayaan setiap perancangan itu ialah keupayaan dari segi tenaga manusia. Maka kerana itu bagi faedah tersebut beta telah pun memperkenankan penubuhan sebuah jawatankuasa yang diberi nama Jawatankuasa Kebangsaan Sumber Tenaga Manusia.

Jawatankuasa ini bertujuan selain dari untuk menyusun tenaga manusia supaya lebih teratur dan tidak akan berlaku pembaziran juga yang utama ialah untuk mengimbangi pergantungan kita kepada tenaga-tenaga yang didatangkan daripada luar. Pada masa ini negara kita masih lagi banyak bergantung kepada tenaga-tenaga luar itu dalam berbagai peringkat termasuklah peringkat profesional dan teknikal.

Di samping menghargai sumbangan mereka, kita juga wajar berusaha khasnya di bidang pendidikan supaya dalam jangka waktu yang munasabah tenaga-tenaga yang cukup terlatih serta berkemahiran akan mengambil alih tugas-tugas penting di bidang-bidang yang berkenaan.

Sebagai tanda penghargaan serta perhatian kerajaan terhadap sektor swasta maka jawatankuasa ini juga akan melibatkan perwakilan sektor swasta bagi sama-sama menangani masalah yang dihadapi.

Di bidang perdagangan antarabangsa, kerajaan beta bukan hanya setakat berusaha untuk melahirkan masyarakat yang berilmu malahan juga ingin melihat pengusaha-pengusaha yang mahir daripada kalangan anak-anak tempatan sendiri.

Kita sedia menyedari bahawa pembangunan ekonomi negara itu adalah memerlukan individu-individu yang berjiwa besar dan berpandangan jauh.

Page 49: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/Titah 1993 1994.pdf · Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1993 ... Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1415 pada

85 Titah 2012 Titah 201284 84 85

Sesungguhnya mereka yang dimaksudkan ini sudah ada di kalangan kita namun bilangan mereka masih kecil. Kita masih perlu menambah bilangan mereka supaya lebih banyak lagi aktivit-aktiviti ekonomi dapat dilaksanakan. Apa yang kita mahu ialah menambahkan pulangan ataupun keuntungan-keuntungan negara di samping mampu menyediakan lebih banyak lagi peluang-peluang pekerjaan bagi rakyat.

Kita tidak boleh kekal di tahap yang lama dengan terus mengalami perbelanjaan yang berlebihan tanpa pulangan yang seimbang. Di mana apabila keadaan begini berlanjutan ia boleh mendatangkan akibat terburuk kepada negara.

Oleh itu sampailah masanya kita berhati-hati dalam menjalani keadaan hari ini sambil menyedari hakikat masa depan yang lebih panjang.

Akhirnya, beta mengambil kesempatan merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih beta kepada Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi dan lain-lain Jawatankuasa Sambutan Perayaan Ulangtahun Ke-10 Hari Kebangsaan kita.

Kepada seluruh rakyat dan penduduk yang beta kasihi termasuklah semua peringkat pegawai dan kakitangan di dalam Perkhidmatan Awam Kerajaan, Pasukan-pasukan Keselamatan dan Angkatan Bersenjata serta mereka yang berkhidmat di sektor swasta, beta mengucapkan Selamat Menyambut dan Merayakan Hari Kebangsaan.

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Titah di Majlis Nuzul Al-Quran 1414 Hijrah/1994 Masihi Bertempat Di Pusat Persidangan Antarabangsa

pada 28 Februari 1994

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismilahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa ‘Alaa Aalihie

Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Dengan hati yang penuh khusyuk serta mengharapkan rahmat Allah Subhanahu Wataala jua, beta tidak lupa merafakkan syukur kerana dapat hadir di Majlis Memperingati Nuzul Al-Quran ini.

Kita sebenarnya telah banyak membaca tulisan-tulisan, ataupun mendengar ucapan-ucapan mengenai dengan Al-Quran, yang semuanya itu merumuskan betapa hebat dan unggulnya kitab Allah ini.

Demikian juga kita sudah diajak atau dibawa untuk mengetahui sekian banyak keutamaan Al-Quran itu, supaya umat Islam bertambah-tambah yakin serta rajin mempelajarinya. Pendeknya, dari segi galakan dan perangsang seperti ini, rasanya adalah memadai.

Cuma ingin beta timbulkan di sini ialah, sejuah manakah sudah usaha dan percubaan kita untuk memahami dan menghayati isi Al-Quran itu. Barangkali di bidang-bidang akidah dan ibadat, kita sudahpun menerokanya. Tetapi di bidang-bidang yang lain, masih sahaja banyak kekurangannya.

Kalau dahulu orang menganggap bumi ini leper atau rata tiada bergerak, matahari dan bulan pula tahan-tahan di atas langit, tetapi oleh ahli ilmuan, mereka telah Berjaya mengubah anggapan ini dengan mengkaji isi Al-Quran, antaranya ialah sepotong ayat dalam Surah Yaasin yang mengatakan bahawa bulan dan matahari itu beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing.

Page 50: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/Titah 1993 1994.pdf · Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1993 ... Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1415 pada

87 Titah 2012 Titah 201286 86 87

Begitu juga pada masa dahulu, manusia hanya bercakap tentang bahtera dan kapal layar. Tetapi ajaran Al-Quran telah membuka fikiran mereka supaya bertindak lebih jauh lagi untuk menciptakan kapal terbang atau yang seumpamanya, berdasarkan ayat seperti dalam Surah Ar-Rahman yang menegaskan, bahawa makhluk manusia dan makhluk jin itu boleh sahaja menerawang naik ke angkasa dengan izin dan kuasa Allah.

Di dalam Al-Quran juga terdapat ayat –ayat yang berkaitan dengan sains tumbuhan dan haiwan, iaitu dua sumber rezeki utama bagi manusia. Beta rasa, ini juga elok dikaji untuk mendapatkan suatu garis panduan menurut Al-Quran, tentang bagaimana ia boleh dimanfaatkan bagi memenuhi keperluan ummah.

Serentak dengan kita memerlukan bahan makanan yang mencukupi, maka di zaman ini juga kita sedang menghadapi beberapa wabak penyakit ganjil yang memeningkan kepala. Dalam keadaan yang memeningkan ini, apakah tidak wajar misalnya, kita mengambil langkah merujuk dan mengkaji beberapa ayat Syifaa’ yakni Ayat-ayat Penyembuh yang terdapat dalam Al-Quran, bagi bacaan dan amalan orang ramai. Kerana Allah sendiri pun dengan terang-terang telah mengakui bahawa diturunkan-Nya Al-Quran itu ialah sebagai ubat dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.

Demikian juga terdapat setengah nama benda, yang disebut oleh Al-Quran sebagai ubat kepada manusia. Apakah semua ini bukan perkara menarik untuk dikajiselidik?

Pada hemat beta, ianya bukan sahaja menarik, tetapi juga mustahak untuk dirintis oleh umat Islam sendiri.

Selain daripada itu, Al-Quran juga ada menyebutkan mengenai beberapa ketetapan hukum bagi setengah-setengah perbuatan seperti zina, judi, menilik nasib, membuka aurat dan makan riba; dan juga bagi setengah-setengah benda seperti arak, bangkai atau daging yang tidak disembelih, darah dan lain-lain lagi.

Semua ini, selain dari memerlukan penekanan kita tentang azab yang akan menimpa pelaku-pelakunya, juga mustahak sekali ialah kajian dan huraian ilmiah mengenai dengan Hikmat Tasyri’ atau Rahsia Syara’ mengapa ia diharamkan itu. Jika ini dapat dilakukan dengan cara yang bersungguh-sungguh dan mendalam, maka beta yakin, kesannya tentulah akan lebih ramai lagi orang Islam yang akan meninggalkan perbuatan-perbuatan keji dan mungkar itu.

Inilah cara kita menghayati Al-Quran itu selain daripada membacanya.

Adapun setakat yang beta timbulkan ini, barulah uda tiga contoh sahaja. Masih banyak lagi perkara yang berkaitan dengan hal-ehwal kehidupan. Pendeknya, tidak ada yang terlepas daripada Al-Quran itu, sesuai dengan sifatnya selaku petunjuk daripada Allah Taala.

Jadi, selaras dengan hasrat kita untuk menghayatinya, maka sukalah beta menyarankan di sini, supaya semua pihak dalam kerajaan beta akan segera dapat melihat, bahawa mana-mana jua ajaran Al-Quran yang boleh diterapkan dalam pentadbiran Negara, hendaklah dipakai dan dijalankan.

Beta tidak ragu, bahawa dengan izin Tuhan serta pertolongan-Nya, niat kita yang baik ini akan segera berhasil, insya-Allah.

Sekian sahaja, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Waramatullahi Wabarakatuh.

Page 51: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/Titah 1993 1994.pdf · Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1993 ... Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1415 pada

89 Titah 2012 Titah 201288 88 89

Titah Sempena Hari Raya Aidilfitri 1414 Hijrah/1994 Masihi pada 13 Mac 1994

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismilahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa ‘Alaa Aalihie

Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahil Hamd.

Kita bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan izin dan limpah rahmat-Nya jua, kita sekarang dapat pula merayakan Hari Raya Aidilfitri yang mulia, iaitu hari kemenangan setelah menjalani ibadat puasa di sepanjang bulan Ramadan yang penuh berkat itu.

Kemenangan dan keuntungan yang kita capai dalam hal-ehwal peribadatan, termasuk ibadat puasa, bukanlah dapat diukur hasilnya sepertimana kita mengukur keuntungan dalam bentuk mata benda.

Tetapi bagaimanapun, peribadatan yang dilakukan dengan sempurna semata-mata kerana Allah itu, pasti akan membuahkan hasilnya, yang berupa ganjaran pahala daripada Allah.

Mengenai peribadatan yang sempurna ini, beta menyedari, bahawa ianya hanylah akan dapat dilakukan dalam suasana dan keadaan yang penuh selesa sahaja. Oleh itu, usaha-usaha adalah sentiasa dibuat untuk mewujudkan keadaan seperti ini bagi tempat-tempat peribadatan, termasuk juga meningkatkan lagi kemudahan-kemudahan yang berkaitan dengannya.

Sebagai contoh, kita pada masa ini, sedang berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mengatasi serta menyelesaikan berbagai masalah yang selalu dihadapi oleh Jemaah-jemaah haji kita, khasnya masalah penginapan ketika di Tanah Suci Mekah dan Madinah Al-Munawwarah.

Biarpun usaha-usaha itu mungkin memakan masa, namun kita berdoa, semoga Allah akan memberikan kejayaan jua pada akhirnya.

Walaupun begitu, matlamat beribadat tidaklah akan dilupakan setelah kita mendapat kemudahan. Bahkan semakin beroleh kemudahan, semakin kuat lagi kita beribadat, dan semakin rajin ke masjid, bukan sebaliknya.

Adapun tujuan ibadat itu ditingkatkan, secara amnya ialah, untuk mengubat penyakit-penyakit hati manusia, sebagaimana salah satu hikmat ibadat sembahyang ialah untuk menjadikan benteng atau pencegah daripada perbuatan-perbuatan jahat dan mungkar.

Pada masa ini, masyarakat sedang gelisah dan sibuk dengan kerenah setengah kaum belia yang melepak, yang menghabiskan masa dengan percuma di tempat-tempa tertentu. Ini juga salah satu daripada penyakit sosial.

Pada hemat beta, perkara ini akan segera dapat diatasi dengan memberikan kepimpinan dan pendidikan yang berorientasikan Islam. Misalnya approach hendaklah jelas mengenai dengan apakah itu konsep ibadat, supaya semua orang tidak lagi terkecuali dengannya, hatta belia-belia sendiri.

Belia-belia mustahaklah diberitahu, bahawa bukan duduk di masjid sahaja dinamakan ibadat, tetapi juga bekerja di pejabat, berpanas dan berhujan di ladang atau di kebun, belajar ilmu-ilmu mempertahankan diri yang tidak bercampur dengan maksiat dan lain-lain lagi, semua itu juga boleh menjadi ibadat jika niatnya untuk kebajikan.

Pendeknya, menghabiskan masa dengan kesibukan-kesibukan

yang berkebajikan yang tidak bertentangan dengan ugama itu, adalah juga ibadat namanya.

Page 52: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/Titah 1993 1994.pdf · Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1993 ... Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1415 pada

91 Titah 2012 Titah 201290 90 91

Inilah yang kita mahukan untuk belia-belia kita. Mereka itu bukanlah dihalang langsung dari menggunakan masa seberapa yang banyak. Tetapi yang ditegah itu ialah membuang-buang masa dengan sia-sia, tanpa sesuatu sebab yang bermanfaat. Lainlah halnya, jika mereka itu menggunakan masa tersebut untuk mencari nafkah, untuk menuntut ilmu, untuk menziarahi keluarga, untuk menghadiri jemputan-jemputan, untuk mengunjungi tempat-tempat ibadat dan lain-lain lagi. Jika ini yang dilakukan, maka itu bukanlah lepak namanya, tetapi sebahagian daripada ibadat yang mendatangkan pahala.

Pada beta, sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini, eloklah dijadikan cabaran bagi belia-belia kita, untuk mempertingkatkan lagi imej mereka, bukan sebaliknya.

Negara adalah memerlukan belia-belia yang sedar dan mempunyai potensi, bukan yang khayal dan lemah.

Belia yang sedar itu, ialah mereka yang sentiasa terlibat dengan kegiatan membangunkan bangsa, bukan yang semata-mata menjadi beban kepada Negara.

Belia yang dibanggakan, ialah mereka yang peka dengan perkembangan semasa. Mereka tidak hanya mudah dicuit oleh kejadian-kejadian dalaman, tetapi juga turut tersinggung jika terjadi sebarang insiden yang menimpa umat Islam di seluruh dunia. Kerana dasar Islam itu adalah ibarat satu jasad, sakit satu bahagian daripada anggotanya, maka seluruh badan turut merasakan sakitnya.

Demikianlah, satu insiden sebagai contoh, ialah apa yang berlaku baru-baru ini di sebuah masjid di Hebron, di mana lebih dari 50 orang pemuda-pemuda Islam yang sedang menunaikan sembahyang Subuh telah dibunuh oleh musuh Allah dan musuh umat Islam.

Insiden seperti ini, janganlah umpama angina lalu sahaja, tetapi perlu rakat di hati menjadi pemikiran. Kerana yang penting itu, bukanlah pertembungan di antara dua bangsa yang bertelagah ini,

tetapi jauh di sebalik peristiwa tersebut, ialah dasar dan polisi musuh yang memang bertujuan untuk memadamkan cahaya Islam, di mana sahaja ianya terpancar.

Kita berharap umat Islam diseluruh dunia akan sama-sama mengambil iktibar daripada peristiwa ini.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahil Hamd.

Untuk akhirnya, beta dan keluarga beta dengan tulus ikhlas mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua lapisan rakyat serta penduduk yang berugama Islam di Negara ini. Mudah-mudahan kita semua dirahmati Allah dengan mendapat ganjaran pahala daripada ibadat-ibadat kita, amin.

Sekian, Wabilahit Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 53: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/Titah 1993 1994.pdf · Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1993 ... Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1415 pada

93 Titah 2012 Titah 201292 92 93

Titah Sempena Menyambut Hari Raya Aidiladha 1414 Hijrah/1994 Masihi Pada 20 Mei 1994

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismilahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa ‘Alaa Aalihie

Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahil Hamd.

Marilah kita bersama-sama bersyukur kerana dapat pula menyambut Hari Raya Aidiladha yang mulia ini.

Janganlah kita lupa tentang hikmat Hari Raya itu. Jika Hari Raya Aidilfitri itu merujuk kepada kemenangan kita setelah berhasil menjalani ibadat puasa selama sebulan, maka Hari Raya Aidiladha pula masih berkaitan dengan tujuan mengekalkan kejayaan itu di pihak umat Islam. Sebab itulah ia dinamakan Aidiladha atau Hari Raya Korban. Kerana tidak ada kejayaan jika tidak ada pengorbanan.

Ugama Islam sebagai ugama samawi, telah menjadikan Aidiladha sebagai landasan bagi umat Islam untuk mengambil ingatan serta pelajaran daripadanya.

Sebagai contoh, sifat-sifat pengorbanan yang dikehendaki oleh Islam itu, banyak terdapat dalam cara-cara para Jemaah haji menunaikan kewajipan mereka. Mereka itu datang daripada segenap pelusuk dunia ini, dengan berbagai cara dan keadaan, ada yang berjalan kaki, atau berkenderaan, atau mengharung lautan dan udara, dengan tidak mempedulikan sebarang kesukaran dan rintangan.

Bahkan mereka itu telah melupakan buat sementara tanahair mereka yang tercinta, berhenti daripada mengingat dan memikirkan tentang keluarga, anak-pinak dan harta-benda yang disayangi, demi semata-mata untuk suatu matlamat besar di sisi Allah Subhanahu

Wataala.Adapun sifat-sifat pengorbanan dan kelakuan begini, hanyalah

akan lahir dan wujud dari pejuang-pejuang sejati.

Tetapi agak sayang, sifat-sifat yang suci ini, tumbuhnya hanya bermusim. Ia tidak subur dan tidak segar pada masa-masa yang lain. Ia berlaku seolah-olah hanya setempat, bukan di seluruh bumi Islam ini. Maka kerana itulah, kemenangan dan keagungan belum lagi terserlah buat umat Islam, tetapi yang ada ialah kehancuran, dan penderitaan yang menyeluruh.

Keadaan dan pergolakan-pergolakan turut menjadi saksi utama yang tidak boleh dibohongi, seperti apa yang berlaku ke atas penduduk Bosnia-Herzegovina, di mana sudah melebihi angka 200,000 nyawa telah terkorban, lain lagi mereka yang cedera hampir mencapai seratus ribu, dan lebih daripada 3 juta pula menjadi pelarian.

Kemudian ditambah lagi dengan kekejaman di Gorazde oleh pengganas Serb, sebuah bandar majoriti umat Islam, entah berapa ramai pula mangsa-mangsa akan bertambah.

Sementara itu, umat Islam melalui pertubuhan-pertubuhan mereka, masih juga tidak sehaluan dalam menangani masalah ini, iaitu disebabkan oleh beberapa faktor tertentu, seperti ketiadaan kata sepakat, yang menjadikan mereka terpaksa undur ataupun mendiamkan diri.

Ini belum lagi kita menghitung korban-korban peperangan Arab Israel semenjak tahun-tahun 1967 dan 1973 sampailah sekarang, betapa pahit dan geritnya pengalaman umat Arab disebabkan peristiwa-peristiwa ini. Demikian juga baru-baru ini kejadian di Masjid Hebron, telah menjejaskan maruah umat Islam dengan teruknya.

Mengapakah umat Islam terus-menerus tewas serta mengalami penghinaan demi penghinaan ini?

Page 54: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/Titah 1993 1994.pdf · Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1993 ... Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1415 pada

95 Titah 2012 Titah 201294 94 95

Pada hemat beta, satu di antara sebabnya ialah kerana masih terdapat perpecahan serta adanya sikap mementingkan diri di kalangan umat Islam sendiri. Selama mana masih terdapat unsur negative yang seumpama ini kepada umat Islam, maka selama itulah Allah belum lagi berpihak kepada mereka. Ini bertepatan dengan maksud sebuah Hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam: “Bahawa pertolongan Allah itu hanya akan datang kepada Jemaah yang bersatu-padu.”

Hal ini, begitu mudah dapat dibuktikan dengan merujuk kepada keupayaan umat Islam pada masa ini. Mereka bukan sahaja mampu dari segi ekonomi dan politik, malahan juga dari segi jumlah bilangan mereka telah mencapai lebih dari 1,000 juta jiwa pada ketika ini. Namun begitu, mereka masih juga tetap di belakang dan sering menjadi mangsa kepada orang lain.

Jadi nampaknya, tidak ada jalan lain untuk umat Islam itu kembali bangun dan kuat, melainkan mestilah menuju “jalan bersatu”, dengan tidak mengira apapun bangsanya. Bukan bersatu itu sekadar dalam kumpulan jemaah sembahyang, di masjid atau di surau, tetapi yang utama mesti bersatu itu ialah hati, maka barulah akan tercapai kekuatan umat.

Beta berharap, suasana Hari Raya yang mulia ini akan dapat mengilhami kita bagi melahirkan perpaduan ummah yang sebenar-benarnya, di bawah semangat sedia berkorban untuk ugama, bangsa dan watan.

Akhirnya, beta dan keluarga beta dengan tulus ikhlas dan besar hati mengucapkan Selamat Hari Raya Adiladha kepada seluruh rakyat beta yang berugama Islam dan tidak dilupakan juga mereka yang sedang menunaikan ibadat haji, beta doakan semoga mereka berada dalam sihat afiat serta selamat dan beoleh haji yang mabrur. Amin.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahil Hamd.

Wabillahit Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 55: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/Titah 1993 1994.pdf · Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1993 ... Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1415 pada

97 Titah 2012 Titah 201296 96 97

Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1415 pada 10 Jun 1994

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

ALLAHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa ‘Alaa Aalihie

Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Marilah kita bersyukur, kerana Tahun Baru Hijrah datang lagi, dan kita tidak lupa merafakkan pujian kepada Allah di atas limpah kurnia-Nya yang luas kepada kita, terutama dengan menjadikan kita selaku hamba-Nya yang mukmin, yang menyembah hanya kepada-Nya sahaja, tiada Tuhan melainkan Dia.

Inilah nikamat yang tidak terhingga, nikmat Iman dan Islam. Bukan semua orang dapat memiliki nikmat ini, melainkan hanyalah bagi orang-orang yang diizinkan sahaja.

Selama 12 bulan kita berada dalam putaran masa, dan selama itu juga kita menjalani rutin kehidupan dengan makan minum, tidur dan jaga, berjalan-jalan, melancong, berhibur, membangun, bekerja dan lain-lain lagi. Tetapi di samping itu, satu ciri dari rutin kita itu yang tidak boleh tidak, ialah ibadat kepada Allah Subhanahu Wataala. Sambil makan, kita juga berzikir dan berdoa, sambil berjalan-jalan dan naik kenderaan, sambil berada di tempat tidur dan apabila terjaga, semua itu kita hiasi dengan ibadat dan ingatan kepada Allah.

Selaku orang mukmin, dihadapan kita terdapat dua persimpangan jalan. Satu simpang ke syurga dan satu lagi ke neraka, di mana kedua-dua persimpangan inilah yang menentukan budaya dan cara hidup kita.

Kedua-dua persimpangan ini mempunyai landasannya yang berbeza. Persimpangan pertama menuju syurga, landasannya berupa panduan-panduan syarak yang dibawa oleh Nabi kita Sayidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Sementara persimpangan kedua menuju neraka, landasannya ialah kebebasan yang tidak terkawal, yang berpandukan nafsu dan kelazatan semata-mata.

Sebenarnya Hijrah itu ialah manifestasi keunggulan orang-orang Islam. Ia merupakan deklarasi mukmin untuk taat kepada Allah. Jalan yang disediakannya terdapat banyak rintangan yang tidak disukai oleh hawa nafsu, yang berupa halangan-halangan syarak bagi mengawal kebebasan. Kerana itu setiap yang bercanggah dengannya bermakna seruan ke neraka, iaitu segala apa jua yang menyukakan hawa nafsu itu.

Ajaran dari Hijrah telah menolak sama sekali panggilan hawa nafsu ini. Hawa nafsu telah mengidami segala bentuk kelazatan serta-merta, umpamanya dengan mengaut keuntungan secara mudah, walaupun tidak halal, seperti memberi dan menerima rasuah, menipu, merompak, makan riba, berjudi, dan lain-lain lagi. Semua itu dilakukan dengan sekehendak hati, dengan tidak payah merujuk kepada hukum dan peraturan.

Inilah makanya orientasi Hijrah itu mestilah dihidangkan pada setiap masa. Lebih-lebih lagi di zaman ini, di mana nafsu serakah manusia lebih aktif dan keimanan dalam mencorakkan kehidupan berbangsa dan bernegara.

Dan inilah pula, yang turut mendorong kerajana beta bagi membuat pendekatan-pendekatan luhur ke arah mengadakan seminar-seminar atau kursus-kursus yang dipercayai dapat membekalkan kefahaman tentang nilai dan etika Islam dalam bidang pengurusan.

Kerana sudah banyak sistem nilai dan etika dicuba orang, namun hasilnya semakin menghampakan. Rasuah dan skandal kewangan umpamanya semakin menjadi-jadi, yang menghuru-harakan banyak Negara di dunia ini.

Page 56: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/Titah 1993 1994.pdf · Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1993 ... Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1415 pada

99 Titah 2012 Titah 201298 98 99

Kerana itulah, beta pernah menekankan supaya Al-Quran itu dihayati dan ibadat sembahyang dijadikan asas etika, sebab kedua-duanya itu telah menjanjikan kebajikan yang tidak pernah terdapat di dalam mana-mana jua etika dan sistem nilai.

Beta berharap, kedatangan Tahun 1415 Hijrah ini akan lebih banyak lagi membawakan perubahan-perubahan yang positif, terutama dari segi sikap kita dalam menghayati nilai-nilai Islam sebagai ibadat, dan juga sebagai panduan ke arah memimpin dan membangunkan negara.

Sehubungan itu, di sini sukalah beta mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih beta kepada semua pihak yang terlibat dengan sambutan keberangkatan balik beta ke tanahair baru-baru ini, setelah sempurna menunaikan ibadat haji di Tanah Suci.

Sebenarnya, sambutan itu bukan sahaja faedahnya untuk beta secara peribadi, bahkan lebih bererti lagi merupakan suatu sikap kita yang positif terhadap Islam, di mana apa jua yang boleh menjadi lambang atau syiar keagungannya akan kita hayati bersama-sama.

Kita tidaklah patut dingin dengannya, apatah lagi menganggap remeh, kerana ibadat haji itu akan tetap menjadi jihad yang bukan mudah, tetapi biasanya penuh dengan bahaya-bahaya dan kesulitan-kesulitan. Umpamanya cubalah kita ingatkan balik peristiwa Terowong Mu’aisim tahun 1990, dan pada tahun ini pula peristiwa kemalangan akibat rempuhan di tempat melontar di Mina. Semua itu menjadi bukti betapa beratnya ibadat ini. Dan kerana itu pula barangkali, ianya diwajibkan hanya sekali seumur hidup.

Akhirnya, beta dan keluarga beta dengan tulus ikhlas dan sukacita mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah 1415, dengan harapan dan doa, semoga kita dan negara akan beroleh kesejahteraan, aman makmur lagi bahagia di bawah inayah dan pemeliharaan Allah Subhanahu Wataala, Amin Ya Rabbal ‘Aalamin.

Wabillahit Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 57: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/Titah 1993 1994.pdf · Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1993 ... Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1415 pada

101 Titah 2012 Titah 2012100 100 101

Titah Sempena Hari Keputeraan Yang Ke-48 Tahun di Balai Singgahsana Istana Nurul Iman

pada 15 Julai 1994

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Bismillahir Rahmanir Rahim

ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa’ Alaa Aalihie

Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Alhamdulillah, beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala yang telah melimpahkan rahmat-Nya, sehingga istiadat yang berkebajikan ini dapat berlangsung dalam suasana yang indah.

Beta dengan ikhlas dan sukacita, lebih dahulu ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih beta kepada tetamu-tetamu beta, daripada luar negara, yang telah sudi meluangkan masa untuk hadir bersama-sama di istiadat ini.

Demikian juga ucapan yang sama kepada dif-dif sekalian serta semua pihak yang telah menghantar perutusan-perutusan ucap selamat mereka, bersempena dengan sambutan perayaan ini.

Mudah-mudahan Allah Subhanahu Wataala akan membalas ingatan baik mereka itu dengan ganjaran-Nya.

Sesungguhnya kita dapatlah bergembira, kerana sambutan ini berlangsung di dalam suasana yang aman dan selesa.

Keamanan, tidak diragukan lagi telah menjadi punca bagi kesejahteraan kita. Kerana itulah, ia sentiasa konsisten sebagai dasar yang diutamakan oleh kerajaan beta.

Ia akan terus dan tetap diperkukuh, dengan menyiapkan asas-asas rancangan dalam pembangunan negara. Dari rancangan-rancangan ini, kita akan melihat hasilnya. Dan hasil itulah yang dinamakan buah dari pembangunan.

Kalau buah itu lebat dan lazat, maka itulah dia kemajuan dan kejayaan, sementara jika sebaliknya, maka itulah pula kegagalan.

Kejayaan dalam pembangunan ini, akan membawa berbagai nikmat, termasuklah nikmat keamanan dan kesejahteraan. Sebaliknya, pembangunan yang gagal, boleh menghancurkan harapan serta mencetuskan huru-hara.

Ini dapat kita kesan dari keadaan-keadaan yang ada, di mana banyak negara yang mengalami huru-hara pada hari ini, adalah berpunca dari kegagalan mereka membangunkan negara masing-masing. Ataupun, jika pembangunan itu tidak seimbang di antara kebendaan dan rohani, juga akibatnya tidak dapat menghasilkan kesejahteraan dan keamanan itu.

Maka berasaskan inilah, kita juga tidak mahu ketinggalan pada menyiapkan rancangan demi rancangan. Beta berharap, baik rancangan-rancangan itu sudah dilaksanakan, mahupun yang akan menyusul kemudian, hendaklah ianya seimbang serta berjalan dengan teratur dan lancar.

Kita mestilah sama-sama menjadikannya dasar dan falsafah, sebagai teras survival bangsa dan negara.

Kita juga akan menitikberatkan, mekanizam pelaksana dari semua peringkat. Kita mengharpkan mereka itu, akan sama-sama bersikap gigih, cekap dan cekal serta berani dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

Dan ke arah ini, kita akan sentiasa mencari jalan, bagi membekalkan kemahiran-kemahiran dengan mengadakan berbagai kursus dan seminar, seperti baru-baru ini kerajaan telah menganjurkan satu seminar yang diberi nama Seminar Pengurusan Islam, semata-mata untuk mengemaskinikan lagi, disiplin kerja dalam era pembangunan yang pesat.

Page 58: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/Titah 1993 1994.pdf · Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1993 ... Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1415 pada

103 Titah 2012 Titah 2012102 102 103

Azam kita yang utama, ialah menyediakan pelbagai kemudahan, terutama kemudahan-kemudahan asas, seperti perumahan dan lain-lain.

Projek-projek perumahan melalui skim-skim yang ada, akan tetap diteruskan. Kerana beta, yakin, permintaan untuk ini akan sentiasa meningkat, berdasarkan pertambahan penduduk dari masa ke semasa.

Salah satu kemajuan yang boleh dibanggakan, ialah apabila setiap orang di dalam sesebuah negara itu memiliki rumahnya sendiri. Dalam makna, tinggi manapun juga kemajuan yang dicapai, jika masih ada rakyat yang tidak mempunyai rumah untuk berteduh, maka kemajuan itu belumlah besar ertinya.

Rumah dan rumahtangga adalah merupakan ciri terpenting bagi menentukan sesebuah masyrakat yang bertamadun. Kerana dari rumahlah bermula segala-galanya itu. Di sinilah tempat beribadat, tempat mengasuh diri dan peribadi, dan juga tempat menyemai dan menanam benih-benih luhur terhadap bangsa dan negara.

Kemudian selain pembinaan rumah melalui skim-skim khas ini, rumah-rumah yang dibina oleh perseorangan juga, nampaknya kian bertambah. Di mana-mana sahaja terdapat kawasan-kawasan hutan, bukit dan paya yang diteroka untuk tujuan ini. Inipun, satu lagi tanda kemakmuran, yang sedang kita nikmati pada hari ini.

Selaras dengan pertumbuhan masyarakat maju, kerajaan beta juga melakukan pembangunan infrastruktur sehingga ke kampung-kampung. Dan di samping itu jika perlu, kita juga akan melengkapkan dengan berbagai kemudahan, seperti klinik-klinik kesihatan dan sekolah-sekolah.

Menyebut mengenai dengan sekolah, bermakna kita menyentuh bidang pendidikan, iaitu bidang yang sungguh penting, sebagai punca kekuatan dan ketahanan bangsa.

Kita turut risau, kerana di mana-mana orang memperkatakan tentang dasar dan sistem pendidikan. Banyak negara yang mengeluh kerana mendapati sistem mereka kurang berjaya, untuk melahirkan anak-anak dan belia-belia yang berakhlak tinggi. Sebaliknya yang berkembang itu ialah, pelajar-pelajar dan belia-belia, yang mencuri, yang melawan guru dan seumpamanya.

Semua ini kita jadikan bahan berfikir, bagaimana hendak membendungnya secara efektif.

Di sinilah dasar sistem pendidikan itu perlu dilihat, sebagai wadah mewujudkan bangsa yang beriman di samping mempunyai pengetahuan keduniaan.

Tidaklah sukar untuk mengetahui kejayaan atau kegagalan satu-satu sistem itu. Peribadi dan pembawaan pelajar adalah menjadi cermin, bagi pendidikan yang mereka terima. Walaupun dia seorang penuntut ugama umpamanya, apabila peribadi dan pembawaanya bercanggah dengan nilai-nilai ugama, maka ini tandanya sistem pendidikan ugama itu gagal. Begitulah juga dengan ukuran secara menyeluruh, apabila nilai-nilai negatif itu berkembang dan subur di dalam masyarakat, maka ia secara langsung berkaitan dengan pendidikan.

Demikianlah besarnya peranan pendidikan itu.

Sedikit mengenai dengan perhubungan antarabangsa. Kita telah pun menjalin hubungan-hubungan yang mesra dengan negara-negara luar, sebagai asas untuk mewujudkan persefahaman. Dengan adanya hubungan-hubungan ini, dapatlah kita sama-sama mengenali dan menghormati kemerdekaan serta kedaulatan masing-masing, sebagaimana kelaziman bagi bangsa-bangsa yang bertamadun.

Melalui hubungan-hubungan ini, kita juga dapat mengadakan kerjasama yang bermanfaat, seperti baru-baru ini, kerajaan beta dan Kerajaan Malaysia telah menubuhkan sebuah Suruhanjaya Bersama Bagi Kerjasama Dua Hala. Suruhanjaya ini akan menjadi forum

Page 59: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/Titah 1993 1994.pdf · Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1993 ... Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1415 pada

105 Titah 2012 Titah 2012104 104 105

kepada kedua-dua belah pihak bagi membincang dan merangka berbagai bentuk kerjasama. Dan selain itu, ia juga boleh digunakan untuk mencari jalan, ke arah menyelesaikan masalah-masalah yang mungkin timbul.

Adapun usaha yang kita rintis di bidang perhubungan ini, bukan sahaja terbatas kepada hubungan-hubungan dua hala yang biasa. Malahan juga lebih luas dari itu. Misalnya baru-baru ini, kita amat berbangga dengan tertubuhnya dua buah pusat, iaitu Ibu Pejabat Pusat Serantau Bagi Pendidikan Teknikal dan Vokasional Pertubuhan Menteri-Menteri Pendidikan Asia Tenggara yakni SEAMEO-VOCTECH dan Pusat Pengurusan ASEAN-EC.

Pusat-pusat ini turut memberi imej yang baik kepada negara, dan juga sebagai bukti bahawa kita turut berkecimpung di arena antarabangsa.

Selain bagi tujuan menjalinkan persefahaman, perhubungan juga dijadikan landasan untuk meneroka banyak bidang, khasnya bidang-bidang ekonomi dan perdagangan.

Dalam ASEAN, kita turut mendukung wawasna yang dinamik, dengan penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN yakni AFTA. Begitu juga kita terlibat dalam Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik yakni APEC, dan sama-sama mengorak langkah untuk menjayakan Kawasan Pertumbuhan Timur ASEAN yakni EAGA yang baru ditubuhkan itu.

Bidang perdagangan antarabangsa hari ini, adalah seperti medan peperangan layaknya. Masing-masing pihak melakukan apa sahaja, demi utnuk melindungi kepentingan masing-masing. Bagi setengah pihak, keghairahan mengejar keuntungan, sangat mendorong mereka untuk menggunakan taktik-taktik yang tidak sihat, seperti menganjurkan sekatan-sekatan tertentu, atau mengaitkannya dengan isu-isu yang senghaja diadakan, seperti isu-isu hak asasi manusia, pencemaran alam dan seumpamanya.

Karenah-karenah yang tidak berasas seumpama ini, mungkin sahaja terus berlaku sampai bila-bila, iaitu sebagai menguji ketabahan kita. Jika kita tetap gigih dan bersedia meneruskan wawasan-wawasan kita yang baik, insya-Allah, masanya akam tiba juga untuk rantau ini dihormati dan dikagumi.

Seperti di mana-mana, kita juga berusaha untuk menjadikan negara ini, lebih menarik bagi pelabur-pelabur, khasnya dari luar negara. Dan untuk ini, langkah memperbaiki dan memodenkan kemudahan-kemudahan infrastruktur akan terus dijalankan.

Melalui kementerian-kementerian berkenaan, usaha terus dibuat untuk memmbaiki lagi, keadaan jalan raya serta lain-lain perkhidmatan asas.

Jalan raya baik dan teratur, merupakan nadi kepada negara. Usaha mengatasi kesesakan akan diteruskan. Demikian juga pembaikan jalan-jalan yang rosak, perlu diusahakan dengan cara profesional dan berkesan, bukannya setakat menampal, ditampak hari ini, dua tiga hari kemudian, berlopak semula.

Demikian juga mustahaknya kita mengawal dan memelihara longkang-longlang secara bersama, di antara kerjaan dan orang ramai. Kita jangan membuang sampah di dalam longkang-longkang itu. Begitu juga tanah-tanah yang diteroka serta pembinaan bangunan-bangunan baru, hendaklah mengambil kira masalah pengaliran air ini, bagi mengelakkan banjir dan pencemaran.

Semua ini kelihatannya remeh, tetapi kepentingannya cukup besar dan mencabar. Ia menjadi ukuran perkhidmatan yang sempurna dan cekap, serta turut menentukan baik buruknya imej negara.

Semua perkhidmatan itu adalah ditentukan oleh mutu pegawai dan kakitangan kerajaan. Ilmu dan pengalaman berganding rapat menjadi penentu. Sebab itulah, usaha-usaha menambah kualiti ini, akan tetap diteruskan, dengan cara, memberikan latihan-latihan sama ada di dalam kehidupan mahupun di luar negeri.

Page 60: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/Titah 1993 1994.pdf · Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1993 ... Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1415 pada

107 Titah 2012 Titah 2012106 106 107

Dan adapun kita yang menjalani latihan itu, mestilah betul-betul cara orang berlatih, bukannya setakat untuk memenuhkan rekod perkhidmatan, atau dijadikan sebagai kesempatan berehat dan lain-lain.

Masanya sudah sampai untuk semua orang memikul tanggungjawab masing-masing dengan penuh amanah dan gigih.

Sebagai langkah untuk menilai rancangan-rancangan kerajaan, beta telah pun memperkenankan penubuhan sebuah Review Committee, yang antara lain tugasnya, untuk memastikan setiap rancangan, yang terkandung dalam Rancangan Kemajuan Negara itu adalah berjalan dengan baik dan sempurna, serta menepati waktunya.

Mudah-mudahn segala usaha ini akan diberkati oleh Allah Subhanahu Wataala, amin.

Akhirnya, beta tidak lupa merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih beta kepada segenap lapisan rakyat dan penduduk yang telah memberikan kerjasama dan sokongan mereka kepada kerajaan beta, dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing.

Ucapan yang sama juga kepada semua kakitangan kerajaan, selaku penggerak pentadbiran negara.

Kepada semua pegawai dan kakitangan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei serta orang ramai, beta juga sukacita mencatatkan setinggi-tinggi penghargaan, di atas kerjasama mereka, dalam memelihara keamanan, dan keselamatan negara ini.

Kepada Ahli-Ahli Jawatankuasa Perayaan sama ada di peringkat kebangsaan mahupun daerah, beta juga tidak melupakan mereka itu, di atas penat-lelah mereka menyusun dan melaksanakan rancangan-rancangan perayaan.

Semoga Allah jua yang akan membalas mereka dengan ganjaran yang setimpal.

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 61: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/Titah 1993 1994.pdf · Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1993 ... Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1415 pada

109 Titah 2012 Titah 2012108 108 109

Titah Sempena Hari Keputeraan Yang Ke-48 Tahun Di Daerah Tutong pada 19 Julai 1994

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalameen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa’ Alaa Aalihie

Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Segala syukur dan pujian bagi Allah Subhanahu Wataala kerana mengizinkan kita hadir di istiadat pada pagi ini.

Beta tidak lupa mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menyumbangkan buah fikiran dan tenaga masing-masing untuk mengatur Rancangan-Rancangan Perayaan Ulangtahun Hari Keputeraan beta yang ke-48 tahun di daerah ini.

Beta berdoa semoga Allah jua yang akan memberkati mereka dengan ganjaran-Nya.

Dalam istiadat yang bersukut mulia ini, beta suka menyebut mengenai dengan pembentukan sebuah jawatankuasa yang diberi nama “Jawatankuasa Kemajuan Pertanian Luar Bandar”.

Jawatankuasa ini telah dibentuk di bawah Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, bagi semua usaha ke arah penggalakan penghasilan tanaman buah-buahan di negara ini.

Beta percaya, projek ini sungguh menarik, dan insya-Allah, ianya boleh berjaya dengan sokongan padu oleh semua pihak.

Selain Daerah Tutong, daerah-daerah lain juga pada hemat beta, adalah sama-sama mempunyai potensi yang tinggi untuk memajukan tanah masing-masing, khasnya dalam bidang penghasilan buah-buahan.

Memang masih banyak tanah-tanah yang belum diteroka, khasnya di Daerah Tutong ini. Padahal, inilah masanya untuk kita menabur budi di atas tanah-tanah yang luas dan subur itu.

Jika ini dilakukan, maka sedikit sebanyak dapatlah kita mengurangkan pergantungan kita kepada import buah-buahan daripada luar negeri.

Bagi memastikan penghasilan yang lumayan, maka sokongan dari pihak-pihak berkenaan di dalam kerajaan amatlah di perlukan. Sokongan tersebut hendaklah bermula dari penanaman pokok-pokok itu, sampailah ianya mendatangkan hasil, dan hasilnya pula dipasarkan kepada orang ramai.

Sokongan seumpama ini boleh diselaraskan dengan skim-skim yang sedia ada, dengan mengambil kira perkembangan-perkembangan terbaharu di kalangan penduduk.

Sokongan dari agensi-agensi kerajaan, seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Kerja Raya, Pejabat Daerah, Pejabat Tanah dan lain-lain itu, mestilah sentiasa selaras.

Penyelarasan ini sungguh penting, kerana kegagalan kita di masa yang sudah-sudah dalam bidang tanaman buah-buahan ini, mungkin sahaja berpunca dari ketidakselarasan rancangan serta tindakan oleh agensi-agensi berkenaan itu.

Oleh itu, dalam percubaan kita yang terkini ini, mustahaklah diambil kira mana-mana titik kelemahan yang perlu diatasi, dan mana-mana pula langkah atau cara yang boleh membawa kepada keberhasilan.

Page 62: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/Titah 1993 1994.pdf · Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1993 ... Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1415 pada

111 Titah 2012 Titah 2012110 110 111

Secara umum, penghasilan tanam-tanaman boleh membantu meningkatkan ekonomi negara. Kerana ia juga merupakan bahan komoditi yang amat popular.

Kita perlu menyedari, bahawa perkembangan ekonomi di sebelah rantau Asia Pasifik hari ini adalah pesat. Kerana itu, walaupun kita hanya sebuah negara kecil, namun ini tidaklah menjadi alasan untuk kita tidak dapat memberi apa-apa sumbangan terhadap perkembangan tersebut.

Jika usaha kita digandakan sedikit, dengan peranan dipegang oleh tenaga-tenaga mahir yang gigih, maka beta yakin, kita juga insya-Allah akan dapat mencapai apa yang orang lain boleh capai.

Tegasnya, kita tidaklah seharusnya tinggal sebagai penonton sahaja kepada pencapaian orang lain, khasnya di bidang ekonomi dan perdagangan.

Buat akhirnya, marilah kita sama-sama berdoa semoga rakyat dan penduduk di daerah ini akan lebih maju lagi dalam bidang-bidamg usaha mereka, supaya dapatlah mereka mencapai tahap kemakmuran yang lebih tinggi lagi, insya-Allah.

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Titah Sempena Hari Keputeraan Yang Ke-48 Tahun Di Daerah Temburong pada 21 Julai 1994

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalameen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa’ Alaa Aalihie

Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Marilah kita sama-sama merafakkan pujian dan syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala yang telah dilimpahkan rahmat-Nya kepada kita pada pagi ini, sehingga membolehkan kita berkumpul di dalam suasana yang riang lagi gembira.

Mula-mula sukacita beta mengucapkan terima kasih serta penghargaan kepada sekalian yang terlibat di dalam mengatur dan menjayakan acara-acara sambutan sempena hari keputeraan beta yang ke-48 tahun bagi daerah ini.

Kehidupan di daerah ini sangatlah membanggakan dengan suasananya yang rukun damai serta keadaan rakyat dan penduduk bersatu padu, walaupun mereka itu terdiri dari berbagai kaum dan puak.

Keadaan berlainan kaum dan puak ini, bukanlah satu halangan untuk kita berbaik-baik dan bermuafakat. Lebih-lebih lagi di dalam sebuah negara yang mengamalkan lunas-lunas ugama Islam sebagai dasar dan cara hidupnya.

Kita cukup memahami, bahawa hikmat dijadikan manusia itu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak adalah sebagai tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah Subhanahu Wataala, sehingga kita dianjurkan untuk saling mengenali, hormat-menghormati dan berkerjasama bagi tujuan-tujuan yang baik.

Page 63: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/Titah 1993 1994.pdf · Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1993 ... Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1415 pada

113 Titah 2012 Titah 2012112 112 113

Dalam pada itu, terdapat pula batas-batas di dalam cara hidup masing-masing yang ditentukan oleh peraturan dan undang-undang, serta hukum syarak. Semuanya ini adalah untuk mengatur dan mengelokkan perjalanan hidup menurut landasannya.

Suatu hakikat, bahawa kita mempunyai sifat dan ciri-ciri kenegaraan yang tersendiri. Maksud beta, dalam amalan-amalan rasmi di peringkat negara, kita adalah sentiasa menonjolkan sifat-sifat dan ciri-ciri kenegaraan yang turun-temurun, yang dibentuk oleh ajran-ajaran ugama Islam.

Segala sifat dan ciri yang baik ini, membantu kita mewujudkan persefahaman dan kemesraan di kalangan semua rakyat dan penduduk, iaitu suatu nilai yang menjadi idaman kepada bangsa-bangsa di dunia ini.

Beta berharap, amalan ini akan menjadi dasar pemikiran bangsa, lebih-lebih lagi bagi generasi akan datang. Kita mestilah pupuk dan lanjutkan cara berfikir orang-orang Brunei seperti ini. Kerana cara ini sudahpun teruji dapat membawa keharmonian yang sebenar-benarnya. Kita tidaklah mahu terikut-ikut, kerana masing-masing golongan di dunia ini mempunyai iklimnya sendiri-sendiri.

Di dalam kesempatan ini, beta sukalah menarik pehatian tentang kecenderungan setengah pihak untuk menerima “angin perubahan”. Bagi kita, kita hanyalah akan menerima perubahan-perubahan yang baik sahaja, yang tidak menjejaskan sifat-sifat dan nilai-nilai murni Brunei Darussalam, bukannya yang dibawa atau diimport daripada luar.

Nilai-nilai Brunei itu antara lain ialah taat kepada raja, bersopan santun, patuh kepada undang-undang dan peraturan, khasnya peraturan-peraturan syarak, yang menentukan di mana batas dan sempadan dalam pergaulan dengan masyarakat, sambil mengawal tingkah-laku dan perkataan, dalam makna memelihara kehormatan

siapa-siapa yang patut dihormati secara yang layak.Nilai-nilai Brunei juga ialah bersih hati, tidak ria, tidak sombong

dan tidak mementingkan diri. Semua ini menjadi asas utama dalam kita membangunkan bangsa semenjak berabad-abad lagi.

Beta berharap nilai-nilai yang unggul ini mestilah didedahkan oleh kaum cerdik pandai kita, di dalam tulisan-tulisan, ceramah-ceramah, forum-forum dan seumpamanya, bagi memandu pertumbuhan yang sihat generasi hari ini dan lebih-lebih lagi generasi yang akan datang selapis demi selapis.

Langkah ini dapat menolong mengukuhkan lagi nilai-nilai yang unggul itu, yang kita yakini dapat menumbuhkan kesedaran di kalangan rakyat untuk terus menolak sebarang usaha dan percubaan anasir-anasir yang tidak diingini, yang ingin meracuni pemikiran dan pendirian rakyat.

Demikianlah yang beta ingin sampaikan dalam kesempatan ini. Beta pecaya, seluruh rakyat dan penduduk akan dapat memahami dengan baik.

Akhirnya, marilah kita sama-sama berdoa semoga Allah Subhanahu Wataala akan sentiasa melindungi kita dan negara dengan penuh rahmat dan keredaan-Nya.

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 64: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/Titah 1993 1994.pdf · Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1993 ... Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1415 pada

115 Titah 2012 Titah 2012114 114 115

Titah Sempena Hari Keputeraan Yang Ke-48 Tahun Di Daerah Belait pada 22 Julai 1994

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalameen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa’ Alaa Aalihie

Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana mengizinkan kita hadir di majlis yang berkebajikan ini.

Beta sukacita mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak yang telah sama-sama mengusahakan berbagai aturcara Sambutan Ulangtahun Hari Keputeraan beta ke-48 tahun di daerah ini.

Beta berdoa semoga Allah jua yang akan melimpahkan balasan yang baik kepada sekalian yang berkenaan itu.

Dalam lawatan beta ke daerah ini di masa yang lalu, beta pernah menekankan akan peri mustahaknya amalan hidup bermuafakat. Kerana permuafakatan itu turut menjadi teras bagi kesejahteraan bersama. Ia mestilah dipupuk dan dikembangkan dalam semua aktiviti-aktiviti kemasyarakatan, sama ada aktiviti-aktiviti itu di peringkat rasmi ataupun tidak rasmi, di peringkat kumpulan ataupun peribadi.

Dalam konteks ini, Daerah Belait adalah terkenal dengan penduduknya berbilang bangsa. Selain terdapat mereka yang bertaraf rakyat dan penduduk tetap, daerah ini juga menerima orang-orang luar asing.

Kehadiran orang-orang luar asing ini, kita lihat dari sudut keperluan tenaga kerja, bagi negara. Kerana itu, kita menerima mereka, selama mana mereka masuk melalui saluran-saluran yang sah.

Kita menyedari, kehadiran mereka dalam jumlah yang ramai, boleh mempengaruhi suasana dan keadaan setempat. Tetapi kita berharap, pengaruh-pengaruh itu biarlah yang positif, seperti dedikasi terhadap kerja, semangat yang tinggi serta kemahuan yang kuat untuk memajukan diri.

Adapun pengaruh-pengaruh yang negatif serta budaya yang boleh menjejaskan nilai-nilai luhur masyarakat setempat, hendaklah mereka elakkan.

Kita tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang laku dan budaya yang boleh mengaburkan nilai-nilai keislaman dan kebruneian.

Rakyat dan penduduk negara ini adalah merupakan kumpulan masyrakat yang baik hati dan peramah. Mereka menerima baik serta bergaul mesra dengan orang-orang luar asing itu tanpa sebarang masalah.

Sikap positif rakyat dan penduduk terhadap orang-orang luar ini, adalah selaras dengan dasar kerajaan beta sendiri yang memberikan peluang-peluang perkhidmatan kepada mereka di negara ini.

Hanya sukalah beta mengingatkan, bahawa apabila mereka itu mendapat kesempatan begini, maka janganlah ada yang cuba-cuba menjalankan kegiatan-kegiatan yang tidak ada kena-mengena dengan tugas dan pekerjaan masing-masing.

Mereka hendaklah patuh serta menghormati apa jua peraturan yang berjalan di negara ini, khasnya yang paling tidak diingini ialah, seperti kegiatan-kegiatan menyebarkan ugama serta ajaran-ajaran menyeleweng yang menyalahi hukum Islam.

Page 65: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/Titah 1993 1994.pdf · Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1993 ... Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1415 pada

117 Titah 2012 Titah 2012116 116 117

Akhirnya, dengan harapan yang tinggi, beta tidak lupa mendoakan semoga Allah Subhanahu Wataala akan sentiasa melindungi kita sekalian dengan inayah dan rahmat-Nya.

Diucapkan selamat maju jaya kepada sekalian rakyat dan penduduk di daerah ini khasnya, dan juga tidak terkecuali rakyat-rakyat asing yang sedang berkhidmat di sini.

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Titah Bersempena Dengan Lawatan Tuan Yang Terutama Presiden Fidel V.ramos, Presiden Republik Filipina

Ke Negara Brunei Darussalam pada 6 - 8 Ogos 1994

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalameen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa’ Alaa Aalihie

Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Tuan Yang Terutama Presiden Fidel V. Ramis;

Tuan-tuan Yang Terutama;

Dif-dif Kehormat;

Tuan-tuan dan Puan-puan.

Beta dengan amat sukacita mengalu-alukan kedatangan Tuan Yang Terutama dan Puan Ramos bersempena dengan lawatan negara Tuan Yang Terutama ke Negara Brunei Darussalam.

Perhubungan di antara Republik Filipina dengan Negara Brunei Darussalam sudah terjalin sekian lama. Perahu-perahu layar telah kerap-kali berulang-alik di antara kedua-dua buah negara kita. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini perhubungan tersebut telah betambah luas dan mendalam. Kita telah mengadakan pertukaran-pertukaran lawatan di peringkat pegawai. ASEAN telah membawa kita ke dalam satu rangka kerjasama yang teratur dalam berbagai bidang. Melalui interaksi tersebut kita saling mengenali di antara satu dengan yang lain dan ini telah meningkatkan lagi tahap kepercayaan di antara kita. Beta berharap kita akan membina perhubungan yang stabil berasaskan kepentingan-kepentingan jangka panjang bersama.

Page 66: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/Titah 1993 1994.pdf · Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1993 ... Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1415 pada

119 Titah 2012 Titah 2012118 118 119

Lawatan Tuan Yang Terutama ini adalah merupakan satu sumbangan dan penglibatan yang besar kepada perhubungan kepercayaan dan persahabatan jangka panjang itu.

Kita beruntung menjadi sebahagian dari rantau yang paling pesat membangun di dunia. Sekiranya tidak terdapat halangan-halangan yang besar terhadap kestabilan dan keselamatan rantau ini, semua negara dalam rantau ini akan bertambah maju dan makmur. Kebiasaan bagi kerjasama dan persaingan sekonomi telah berkembang. Memanglah sesebuah negara itu semestinya mewujudkan keadaan-keadaan dalaman yang perlu bagi perkembangan ekonominya.

Mujurlah perkembangan ekonomi itu bukanlah satu permainan yang kosong. Semua negara berkerjasama dan bersaing apabila mereka mengejar pembangunan ekonomi. Penubuhan kumpulan-kumpulan ekonomi rantau kecil menunjukkan bahawa mereka dalam keadaan mendapat keuntungan. ASEAN mempunyai Pertumbuhan Segitiga Utara dan Selatan. Sekarang dengan adanya inisiatif Tuan Yang Terutama, kita juga telah mempunyai Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur. Semua ini akan meningkatkan lagi kesatuan serantau dan pertumbuhan ekonomi. Dengan terlaksananya AFTA, Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN akan menjadikan Asia Tenggara lebih menarik dan disukai bagi perdagangan, pelaburan dan pelancongan. Adalah menjadi kepentingan kita bersama bagi memastikan supaya perlaksanaan AFTA akan disegerakan.

Dalam APEC kita mempunyai satu lagi institusi untuk lebih merapatkan lagi hubungan kita dan meningkatkan pengaliran perdagangan dan pelaburan menyeberangi Pasifik, lebih-lebih lagi dengan Amerika Utara, iaitu di mana terletaknya pasaran-pasaran utama kita. Kita seharusnya bekerjasama untuk memajukan lagi proses APEC apabila ketua-ketua APEC berjumpa lagi bagi kali keduanya di Jakarta pada penghujung tahun ini.

Selepas beberapa tahun di dalam gangguan-gangguan politik dan ekonomi, sekarang di bawah pemimpin yang mantap dan berkemampuan Tuan Yang Terutama, Republik Filipina telah

menunjukkan tanda-tanda kemajuan. Tuan Yang Terutama telah dapat memulihkan semula kestabilan politik dan telah mewujudkan keadaan yang sesuai bagi pertumbuhan ekonomi. Masalah kekurangan tenaga elektrik telah dapat dikurangkan dan akan dapat diselesaikan. Tuan Yang Terutama telah membuat pembaharuan dalam bidang telekomunikasi dan urusan bank. Dari itu jangkaan adalah kuat bagi mencapai pertumbuhan 4 peratus hingga 4.5 peratus bagi Republik Filipina dalam tahun 1994.

EAGA akan membuka banyak peluang baru di antara empat buah negara; iaitu Republik Filipina, Negara Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia. Beta berharap Republik Filipina dan Negara Brunei Darussalam akan dapat mengambil kesempatan dari peluang-peluang ini dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan pelancongan, telekomunikasi, pembangunan lapangan terbang dan cadangan bagi sebuah syarikat penerbangan anatar negara yakni transnational airline. Negara Brunei Darussalam berharap untuk menjadi salah satu jalan keluar-masuk antarabangsa bagi kawasan pertumbuhan ini.

Negara Brunei Darussalam mempunyai kekurangan tenaga manusia dengan penduduknya kurang daripada tiga ratus ribu orang. Republik Filipina dengan keahlian dalam bidang pengurusan dan perusahaan, dan kadar penduduknya melebihi enam puluh lapan juta dapat memenuhi keperluan kami. Di masa lalu kami telah mendapatkan khidmat tenaga pakar dan ahli dari negara Tuan Yang Terutama bagi membantu kami dalam projek-projek pembangunan di Negara Brunei Darussalam.

Tuan Yang Terutama;

Perkumpulan serantau tidak mungkin akan mengubah sifat-sifat asas sesebuah negara. Setiap negara kita akan, sepertimana jua di Eropah, megekalkan perbezaan kita dalam bidang kebudayaan dan social. Pendapat dan pandangan adalah kuat bagi identity kebangsaan dan nilai-nilai serta cara hidup yang berlainan. Hubungan-hubungan dua hala kita akan lebih baik sekiranya pemimpin-pemimpin, lebih-

Page 67: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/Titah 1993 1994.pdf · Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1993 ... Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1415 pada

121 Titah 2012 Titah 2012120 120 121

lebih lagi pihak media negara-negara Asia Tenggara, memahami perbezaan-perbezaan ini dan akan menjaganya dengan penuh berhati-hati.

Akhirnya, izinkanlah beta untuk melafazkan ucap selamat bagi kesihatan Tuan Yang Terutama yang beterusan, bagi keberhasilan kawasan pertumbuhan ASEAN Timur dan bagi hubungan baik yang berkekalan di antara Negara Brunei Darussalam dengan Republik Filipina.

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Titah di Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam pada 20 Ogos 1994

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalameen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa’ Alaa Aalihie

Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Dengan perasaan gembira marilah kita bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala yang telah memperkenankan kita berkumpul sekali lagi bagi menyambut dan merayakan Hari Keputeraan Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

Perhimpunan ini benar-benar memberi makna yang tersendiri kepada perkembangan Islam dan juga kehidupan berugama di negara ini. Kerana sebagaimana kita sedia maklum, tidak banyak lagi negara di dunia yang mempunyai tradisi merayakan hari-hari kebesaran ugama, seperti Hari Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam ini dan lain-lain.

Dunia sekarang sudah lebih banyak dimeriahkan oleh berbagai-bagai upacara, yang di luar upacara-upacara keugamaan. Di mana-mana sahaja orang tidak jemu merancang dan mengadakan berbagai upacara kemeriahan yang berbentuk hiburan dan olahraga, yang sangat diminati ramai. Berbeza dengan upacara-upacara keugamaan, jikapun ada, ianya dibuat hanyalah secara sederhana atau kecil-kecilan sahaja.

Dalam hal ini, Negara Brunei Darussalam insya-Allah dengan sikap dan semangatnya yang tersendiri ini akan terus mengungkayahkan sambutan-sambutan tersebut sebagai perangsang ke arah meningkatkan lagi keimanan dan ketakwaan ummah.

Page 68: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/Titah 1993 1994.pdf · Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1993 ... Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1415 pada

123 Titah 2012 Titah 2012122 122 123

Kesedaran yang tinggi di bidang ugama adalah ditentukan, di samping oleh pendidikan dan pengajaran di sekolah, juga dapat dicapai melalui penghayatan terhadap syiar-syiar Islam seperti ambutan-sambutan keugamaan dan majlis-majlis ugama yang berkaitan dengannya.

Di dalam berugama, ada tiga matlamat yang mesti kita capai. Pertama kesedaran yang luhur, kedua kemantapan akidah, dan ketiga selepas itu, kita beramal menurut garis panduan hukum yang telah ditentukan oleh syarak.

Di negara kita, ketiga-tiga matlamat ini telah dan sedang dijalani dengan baiknya. Terutama yang menyangkut perkara akidah, kita tidaklah mengalami sebarang masalah yang boleh mengganggu atau mengacau-bilaukan fikiran kita.

Walaupun pada hakikatnya kita terdedah kepada jangkitan-jangkitan yang negatif, namun pada lazimnya, kita juga cepat menangkis jangkitan-jangkitan tersebut sebelum lagi orang lain memulakannya.

Inilah satu dari kelebihan kita. Bukanlah kerana kita lebih pandai, tetapi mungkin keranan sikap kita yang mempercayai diri sendiri, serta amat teguh memegang aliran yang betul, Ahlisunnah Waljemaah, makanya kita pun dapat mengelakkan diri dari sebarang perpecahan disebabkan akidah.

Beta rasa, ini juga ada hubungannya dengan pengurusan dan kepimpinan yang berjaya.

Di dalam kesempatan ini, beta ingin mengingatkan terutama belia-belia dan orang ramai pada umumnya supaya sentiasa berhati-hati dan berwaspada terhadap sebarang ajaran atau amalan yang dibawa daripada luar, baik oleh orang-orang Brunei sendiri, mahupun lebih-lebih lagi oleh orang-orang yang memang dari luar. Jika terdapat sebarang perkara seumpama itu, maka hendaklah ianya cepat-cepat

dirujukkan kepada pihak berkenaan ugama untuk diteliti serta diambil tindakan yang sewajarnya, berdasarkan fatwa-fatwa hukum syarak, undang-undang dan peraturan yang ada yang berjalan di negara ini.

Langkah ini ialah cara biasa bagaimana kita menyekat kemungkinan berlakunya kegiatan-kegiatan yang tidak diingini yang boleh menggugat pegangan umat Islam.

Jika pegangan sudah tidak betul, walaupun datangnya dari orang perseorangan, kemungkinan ianya menggugat masyarakat adalah besar. Contohnya cuba kita lihat apa yang sudah dicetuskan oleh seorang penulis Bangladesh baru-baru ini mengenai dengan Al-Quran.

Ini membuktikan bahawa apa jua perkara yang mengenai dengan soal akidah itu tidaklah dapat diperkecilkan.

Sekali lagi kita bersyukur kerana negara ini masih tetap terpelihara dari sebarang anasir pemesongan yang boleh menimbulkan keadaan serba tidak tenteram dan gelisah. Mudah-mudahan ianya akan berterusan sampai bila-bila.

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 69: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/Titah 1993 1994.pdf · Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1993 ... Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1415 pada

125 Titah 2012 Titah 2012124 124 125

Titah Di Majlis Penyerahan Surat Pengakuan Mengikuti Rancangan Perumahan Yayasan Sultan Haji Hassanal

Bolkiah pada 22 Ogos 1994

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalameen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa’ Alaa Aalihie

Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Beta sangat bersyukur di atas limpah kurnia Allah Subhanahu Wataala yang telah mengizinkan kita berkumpul di Majlis Penyerahan Surat Pengakuan Mengikuti Rancangan Perumahan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah di Buang Sakar pada pagi ini.

Sebagaimana kita sama-sama maklum bahawa Rancangan Perumahan di Buang Sakar ini adalah merupakan rancangan penempatan bagi penduduk-penduduk Kampong Ayer yang terlibat dalam suatu kebakaran pada tahun 1993 yang lalu.

Inilah satu-satunya rancangan yang agak besar yang pernah dikendalikan oleh pihak bukan kerajaan. Ini juga memberi makna bahawa tanggungjawab terhadap rakyat dan penduduk itu boleh dikendalikan sama oleh pihak-pihak tertentu di luar kerajaan, yakni ianya tidaklah mesti dipikul sepenuhnya oleh kerajaan.

Beta harap perkara ini akan dapat dicontohi oleh pihak-pihak lain di dalam masyarakat sebagai suatu ‘perubahan sikap’ tidak suka bergantung kepada bantuan-bantuan kerajaan semata-mata. Kita perlulah melangkah dari sekarang ke arah perubahan ini kerana jika kita lambat, ia mungkin membawa padah melemahkan bangsa dan masyarakat kita.

Mengenai Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, beta sangatlah gembira kerana dalam usianya yang semuda itu serta bilangan kakitangannya yang masih kecil, ia telah dapat melaksanakan beberapa kegiatan dan rancangan, selaras dengan tujuan

penubuhannya. Dalam hubungan ini, beta dengan ikhlas suka merakamkan penghargaan beta kepada Pengerusi dan ahli-ahli Lembaga Pengarah serta lain-lain yang berkenaan yang sama-sama turut menyumbangkan tenaga dan masa secara sukarela kepada Yayasan. Semoga Allah jua yang akan mebalas khidmat bakti mereka itu dengan ganjaran pahala-Nya.

Berbalik kepada Rancangan Perumahan Buang Sakar, beta turut menghargai kesabaran penduduk-penduduk kampong yang terlibat, yang terpaksa menempuh beberapa kesulitan bagi beberapa waktu, seperti terpaksa menumpang kepada sanak- saudara masing-masing, sementara menunggukan Rancangan Perumahan Yayasan ini siap. Adapun sikap yang ditunjukkan oleh sanak-saudara terhadap mangsa-mangsa ini, sangatlah membanggakan sebagai suatu cara hidup atau budaya orang-orang Brunei. Ia amat jarang didapati di mana-mana ataupun mungkin juga sudah tidak wujud lagi.

Kebakaran besar yang terjadi dalam bulan September 1993, dan sekali lagi pada bulan Mei 1994 itu, adalah merupakan suatu malapetaka yang dahsyat, bukan sahaja ke atas kampung-kampung berkenaan, malahan juga kepada negara. Ini adalah ketentuan takdir, tetapi dalam pada itu, sekaligus ia juga menjadi iktibar dan pengajaran supaya kita sentiasa ingat dan jangan leka dari memeriksa diri dan persekitaran, apakah kelemahan-kelemahan dan kesilapan-kesilapan kita yang sudah-sudah, kerana setiap kejadian itu ada dengan hikmat dan rahsianya. Demikian itulah kuasa Allah, jika Dia berkehendak, dengan sekelip mata sahaja apa jua perkara boleh berlaku.

Di dalam kesempatan ini, beta sukacita mengingatkan supaya kampung baru abiskita yang indah ini, akan dapat dipelihara dan dikawal keunggulannya. Janganlah tunggu besok lusa, tetapi mulai dari sekarang, abiskita mesti memelihara dan mengawalnya dari segala pekara yang bercanggah atau yang dilarang oleh ugama. Perkara-perkara yang tidak elok dan bercanggah itu merupakan kuman penyakit, jika ia diberikan kesempatan hidup, lama-lama pasti membiak pula dan membinasakan. Jadi sebelum apa-apa yang

Page 70: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/Titah 1993 1994.pdf · Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1993 ... Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1415 pada

127 Titah 2012 Titah 2012126 126 127

terjadi, kita mesti memasang benteng dan kubu mencegahnya, insya-Allah abiskita akan selamat, dan negara juga selamat.

Salah satu dari asas-asas kawalan yang berkesan itu ialah dengan menghidupkan semangat muafakat, bertolak ansur dan bermuzakarah di antara sesama ahli kampong. Janganlah ada dalam perasaan bahawa kita ini orang lain, yang berasal dari kampung-kampung yang berlainan.

Masa semua itu sudah luput. Yang ada sekarang, abiskita telah menempati suatu tempat yang lebih selesa. Dan juga paling penting, abiskita sebenarnya tidak di mana-mana, tetapi masih tetap dalam pangkuan ibu pertiwi, Negara Brunei Darussalam.

Beta difahamkan, untuk perumahan ini beberapa kemudahan asas seperti sekolah, bengkel dan tempat rekreasi sedang pun dirancangkan. Sementara kedai runcit, bengkel tenunan dan perkhidmatan motorboat telah pun berjalan. Semua perkhidmatan ini di samping untuk kemudahan, juga dapat memberikan sumber pekerjaan kepada penduduk-penduduk yang berkebolehan. Beta harap peluang ini akan dapat direbut dengan sebaik-baiknya.

Untuk kemudahan beribadat pula, beta telah memperkenankan bagi pembinaan sebuah masjid wakaf di tengah-tengah kawasan perumahan ini yang akan menampung kira-kira seribu Jemaah.

Beta berharap masjid ini kelak akan dapat digunakan untuk amal ibadat, di samping menjadi syiar yang sangat bermakna bagi perkembangan dakwah dan ilmu Islam di perumahan ini khasnya.

Kepada penduduk-penduduk Kampong Saba yang terlibat dalam kebakaran bulan Mei yang lalu, beta harap mereka itu akan dapat bersabar menunggu selesainya rancangan Yayasan di Berambang yang sedang berjalan sekarang.

Buat akhirnya, beta sukacita merakamkan di sini penghargaan kepada Kementerian Pembangunan yang sentiasa memberikan kerjasamanya kepada Yayasan bagi menjayakan rancangan-rancangan Yayasan.

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 71: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/Titah 1993 1994.pdf · Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1993 ... Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1415 pada

129 Titah 2012 Titah 2012128 128 129

Titah Di Majlis Konvokesyen Keenam Universiti Brunei Darussalam Di Pusat Persidangan Antarabangsa

pada 10 September 1994

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalameen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa’ Alaa Aalihie

Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Beta bersyukur dan gembira kerana dapat pula hadir dalam Majlis Konvokesyen Universiti Brunei Darussalam Kali Yang Keenam ini.

Begitu juga beta merasa gembira mengetahui bahawa pembinaan kampus kekal universiti ini pada sebahagian besarnya sudahpun selesai, dan akan mula digunakan insya-Allah pada bulan Disember 1994 ini. Beta berharap, segala kemudahan yang ada akan dapat dimanfaatkan bagi meningkatkan lagi kecemerlangan di bidang akademik pada khususnya.

Mengenai pencapaian bidang akademik ini, beta ingin mengucapkan tahniah atas kecemerlangan graduan pertama program kembar Universiti Brunei Darussalam dengan Universiti Glasgow dalam bidang B.Sc. Electrical and Electronic Engineering, dalam mana dari 8 orang graduan program ini, seorang telah memperolehi Kelas Pertama, 3 orang Kelas Dua Atas, dan 4 orang lagi Kelas Dua Bawah.

Prestasi graduan-graduan ini menunjukkan bahawa kualiti pendidikan asas yang mereka terima selama dua tahun di Universiti Brunei Darussalam itu adalah standing dengan apa yang diberikan oleh universiti luar negara.

Beta berharap pencapaian ini akan dapat dikekalkan dan sekaligus menjadi pendorong kepada pelajar-pelajar yang lain untuk mencapai prestasi yang sama.

Sebagai sebuah universiti yang sedang beransur mantap, baik dari segi pengajian mahupun perjalanannya, ia adalah mustahak mempertingkatkan terus bidang-bidang penyelidikan, consultancy dan perkhidmatannya kepada masyarakat.

Maka sehubungan ini, beta mengalu-alukan sambutan oleh pihak kerajaan dan swasta dalam memanfaatkan perkhidmatan yang boleh diberikan oleh Universiti Brunei Darussalam khasnya di bidang-bidang pendidikan, komputer, alam sekitar dan pengurusan. Ini memberi gambaran jelas adanya keyakinan pihak-pihak tersebut itu terhadap kepakaran yang ada di dalam negara sendiri. Dan ini juga merupakan asas kepada mengurangkan kecenderungan terlalu suka bergantung kepada pakar yang didatangkan daripada luar.

Tentang kerjasama di antara universiti dengan pihak kerajaan dan swasta pula, beta berpendapat ianya eloklah juga diterapkan kepada pelajar-pelajar universiti ini sendiri dari awal-awal lagi supaya pelajar-pelajar itu akan turut terdedah kepada pengalaman bekerja di sektor swasta. Ini juga berguna dari segi dapat menambahkan kepercayaan pelajar-pelajar terhadap peluang-peluang pekerjaan di sektor swasta, serta sebaliknya mempamerkan potensi graduan-graduan itu kepada sektor swasta.

Adalah kena pada masanya semua pihak turut merancang atau menggalakkan pengaliran graduan-graduan untuk berkhidmat di sektor swasta, ataupun memulakan perusahaan sendiri. Kerana dua bidang ini sungguh mustahak bagi mencapai matlamat jangka panjang masyarakat maju. Dalam hubungan ini, beta difahamkan terdapat beberapa orang graduan pada tahun yang lepas telah memulakan perusahaan mereka sendiri. Syabas dan tahniah kepada mereka itu.

Menyentuh sekali lagi bidang akademik, kita bersyukur dengan bertambanhnya bilangan kakitangan akademik tempatan yang sedang mengikuti kursus Masters dan Phd. di luar negara. Dalam usaha membina Universiti Brunei Darussalam, tenaga akademik tempatan itu sangatlah perlu dikemaskan bagi mencapai tahap selaku ahli akademik yang unggul. Ini sangatlah mustahak khasnya

Page 72: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/Titah 1993 1994.pdf · Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1993 ... Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1415 pada

131 Titah 2012 Titah 2012130 130 131

bagi tujuan mendapatkan pengiktirafan serantau dan antarabangsa yang lebih menyeluruh. Pada hemat beta tidak ada jalan yang singkat untuk mencapai matlamat ini.

Mengambil peluang di sini, beta sukacita mengucapkan tahniah kepada semua graduan dan penerima sijil pada hari ini di atas kejayaan mereka.

Demikian juga ucapan yang sama serta ucapan terima kasih kepada pihak-pihak berkenaan dengan Universiti Brunei Darussalam yang meliputi Naib Canselor, ahli-ahli akademik, pengurus, pentadbir dan seluruh kakitangan universiti di atas sumbangan dan khidmat bakti mereka. Semoga Allah jua yang akan membalas mereka dengan ganjaran-Nya.

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Titah Di Majlis Sambutan Hari Guru Di Pusat Persidangan Antarabangsa pada 22 September 1994

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalameen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa’ Alaa Aalihie

Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Marilah kita sama-sama bersyukur kerana dapat pula berkumpul di dalam perhimpunan pada pagi ini iaitu perhimpunan terbesar para guru di negara ini.

Perhimpunan ini tentunya membawa message tersendiri untuk semua peringkat zaman yang memerlukan pimpinan dan keilmuan sekaligus.

Pimpinana dan keilmuan tidak boleh terpisah. Kerana ia menentukan tahap pencapaian bangsa dan negara di bidang-bidang kehidupan yang beraneka rupa. Jika kita mencuaikan salah satu daripadanya bermakna kita berdiri hanya dengan sebelah kaki sahaja, tidak cukup kuat untuk menanai tanggungjawab yang berat.

Sebab itulah, menilai guru adalah sama mahalnya dengan harga tamadun, keagungan dan kemuliaan bangsa itu sendiri. Kerana semua ini tidak mungkin tercipta tanpa adanya campur tangan guru secara langsung.

Di dalam masyarakat yang sering berubah, yang sentiasa terdedah kepada aneka kemajuan dan perubahan, peranan guru itu tetap diperlukan. Ia berfungsi sebagai ‘calak zaman’ di mana masyarakat itu sedang berkembang. Jika calak ini bagus, maka bagus pulalah ‘generasi pewaris’ yang akan mewarisi kita.

Demikian hebatnya peranan guru, dan sehebat itu jugalah harapan masyarakat terhadap mereka. Harapan ini tidak pernah pudar,

Page 73: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/Titah 1993 1994.pdf · Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1993 ... Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1415 pada

133 Titah 2012 Titah 2012132 132 133

apatah lagi padam, istimewa di zaman yang penuh dengan cabaran ini.

Ada dua cabaran besar yang dihadapi oleh para guru, pertama ‘cabaran dalaman’ yang berupa kerenah dan gelagat para murid, seperti perangai nakal, malas, tidak mematuhi disiplin dan lain-lain. Dan cabaran kedua yang lebih besar ialah berhadapan dengan bentuk-bentuk budaya negatif yang dibawa oleh arus kemodenan sekarang.

Semua ini menghendaki ketabahan dan kebijaksanaan untuk menghadapinya. Beta yakin para guru adalah memiliki ciri-ciri yang diperlukan itu. Di samping telah terbiasa dengan keadaan ini, mereka juga sedia memiliki kebolehan bagaimana untuk menjawab segala cabaran itu berpandukan pengalaman dan modal ilmu yang ada pada mereka.

Walaupun begitu, sesuai dengan perkembangan zaman, penguasaan terhadap bidang-bidang ilmu mestilah dijadikan matlamat oleh para guru. Mereka janganlah berhenti menerokanya sejauh yang mungkin. Umpamanya, mereka juga perlu terdedah kepada bidang-bidang terbaru dalam pendidikan seperti bidang teknik pengajaran, termasuk penggunaan alat-alat teknologi moden.

Dalam pada itu, penguasaan ilmu semata-mata tidaklah memadai. Kita juga perlu memiliki disiplin yang lain selain dari disiplin ilmu itu sendiri.

Disiplin yang beta maksudkan ialah disiplin nilai dan moral, dalam makna selaku orang Islam, kita juga memerlukan kekayaan rohani di samping aspek kebendaan.

Sikap ini kita bina, setelah belajar dari kejadian-kejadian khasnya yang berlaku di sekitar negara-negara maju hari ini. Mereka itu walaupun berjaya mencapai kemajuan di bidang teknologi canggih namun kebinasaan semakin nyata dan hampir. Alat-alat pemusnah moden di satu pihak, dan kedua keruntuhan moral yang sukar dibendung, pada akhirnya akan menjadi pemusnah utama kepada mereka.

Kerana itulah falsafah pendidikan kita hendaklah mengutamakan keimanan, di samping tidak menolak segala unsur moden. Kita akan menerimanya selama ia baik dan tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip keimanan.

Kita mustahak memilih dan menapis mana-mana yang baik dan selamat untuk kita. Tegasnya kita tidaklah akan mengambil bulat-bulat secara membuta tuli, dengan harapan supaya kita dianggap orang moden. Sikap begini tidaklah menguntungkan bahkan mungkin membahayakan.

Kita perlu sedar bahawa menjelang abad ke-21 cabaran adalah semakin hebat. Jika kita tidak memiliki falsafah dan dasar yang kukuh, maka dengan mudah sahaja kita boleh dihanyutkan oleh arus yang merugikan ini.

Jadi yang penting bagi kita khasnya guru-guru, di samping meningkatkan ilmu dan kemahiran, dan memanfaatkan kemajuan teknologi moden, mereka juga mestilah mempertahankan nilai-nilai luhur masyarakat kita yang berteraskan ajaran-ajaran Islam. Hanya dengan ini sahaja para guru akan selamat dan sekaligus menjadi penyelamat kepada anak bangsa dan watan.

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Page 74: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/Titah 1993 1994.pdf · Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1993 ... Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1415 pada

135 Titah 2012 Titah 2012134 134 135

Titah Di Sidang Ke-49 Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu Di New York pada 6 Oktober 1994

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalameen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa’ Alaa Aalihie

Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

TERIMA KASIH Tuan Presiden. Tahniah beta di atas lantikan Tuan bagi jawatan yang tinggi ini. Awda begitu dikenali di kalangan anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Lantikan tuan adalah satu penghargaan bagi negara tuan, Cote d’Ivoire, dan bagi awd. Izinkan beta juga untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Duta Insanally atas sumbangan besar beliau. Kita merasa bangga kerana seorang anggota sekerja kita dalam komanwel telah berkhidmat dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dengan begitu cekap dan penuh wibawa.

Beta amat berbesar hati mengalu-alukan Afrika Selatan menyertai semula Perhimpunan Agung ini. Kita sejak lama mengkagumi kepimpinan Presiden Mandela yang dengan penuh keberanian memperjuangkan kebebasan negaranya. Beliau kini menghadapi cabaran yang sama hebatnya bagi membangun semula Afrika Selatan. Kita ucapkan selamat maju jaya pada beliau.

Beta juga mengucapkan tahniah kepada rakyat Palestin atas keberanian dan wawasan mereka dalam menandatangani perjanjian damai yang bersejarah. Rakyat Palestin juga menghadapi cabaran untuk melupakan kesengsaraan mereka di masa lalu demi membangun masa hadapan yang aman dan makmur. Untuk mencapai kejayaan, mereka perlu sokongan masyarakat antarabangsa dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Di rantau kita, rakyat Kemboja juga sedang berjuang bagi membina masa hadapan yang baru. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memainkan peranan yang penting di Kemboja. Namun masih terdapat beberapa halangan. Negara beta menyokong segala usaha Raja Norodom Sihanouk dan kerajaan baginda untuk membangun semula dan menyatupadukan Kemboja. Kita ucapkan selamat maju jaya.

Tuan Presiden,

Berakhirnya Perang Dingin menyebabkan bidang ekonomi menjadi agenda antarabangsa yang utama. Cabarannya ialah bagaimana untuk meningkatkan kerjasama ekonomi melalui lebih banyak perdagangan dan pelaburan. Dunia kini memerlukan suasana antarabangsa yang stabil untuk membolehkan perkara ini berlaku. Kita seharusnya menentang tren ke arah ‘protectionism’. Kita juga seharusnya menggalakkan dan memberikan ganjaran kepada mereka yang mempunyai pandangan yang liberal dalam memperluaskan ekonomi mereka.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan agensi-agensi khususnya dapat membantu ke arah matlamat ini. Malangnya tamatnya Perang Dingin telah membataskan segala sumber Bangsa-Bangsa Bersatu. Bosnia, Rwanda, Somalia, Haiti dan kawasan-kawasan lain yang menghadapi kesulitan telah mempergunakan begitu banyak sumber kewangan dan tenaga. Bangsa-Bangsa Bersatu. Ianya juga telah mengurangkan peranan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam mempergiatkan pembangunan. Begitu menyedihkan sekali kerana masalah pembangunan menjadi terbengkalai. Ini bukanlah kesilapan Bnagsa-Bangsa Bersatu. Bangsa-Bangsa Bersatu boleh melakukan lebih banyak daripada apa yang sedia dilakukan oleh para anggotanya.

Satu cara untuk mengurangkan pengaliran keluar segala sumber Bangsa-Bangsa Bersatu ialah bagi pertubuhan serantau bekerja bersama-sama Bangsa-Bangsa Bersatu, mengikut Bab 8 Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu. Kita mungkin belum mempergunakan

Page 75: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/Titah 1993 1994.pdf · Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1993 ... Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1415 pada

137 Titah 2012 Titah 2012136 136 137

dengan sepenuhnya potensi Bab 8. Sebagaimana yang telah disentuh oleh Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu, segala penyusunan serantau dapat membantu mengurangkan bebanan Bangsa-Bangsa Bersatu. Bangsa-Bangsa Bersatu memikul tanggungjawab utama bagi keamanan dan keselamatan antarabangsa sementara pertubuhan serantau yang lain, seperti ASEAN dapat mengurangkan bebanannya dengan cara kawalan diplomasi serta kerjasama ekonomi serantau. Mereka akan dapat melengkapi tugas Bangsa-Bangsa Bersatu.

Pada hakikatnya terdapat begitu banyak pertubuhan serantau. Tiada rantau yang tidak mempunyainya. Tetapi bukan kesemuanya berhasil. Jika kita hendak melaksanakan potensi Bab 8, kita perlukan pendekatan baru dalam segala penyusunan serantau. Pertubuhan serantau seharusnya bersikap realistik dalam matlamat mereka. Mereka perlu mewujudkan satu rangka kerja bagi kerjasama yang sesuai dengan keadaan mereka.

ASEAN, yang dianggotai juga oleh Brunei, telah mencapai beberapa kejayaan. ASEAN menghadapkan satu wawasan yang munasabah bagi kerjasama dan pembangunan serantau. Kita tidak mempunyai institusi dan perjanjian undang-undang yang tertentu sebagaimana Kesatuan Eropah. Matlamat kita lebih sederhana. Kita berusaha untuk mewujudkan satu budaya kerjasama. Melalui perundingan, persetujuan dan kerjasama, kita telah dapat membendung, menyelesaikan atau mengurangkan segala perbezaan kita.

Kita telah menumpukan perhatian untuk bekerja bersama-sama bagi kepentingan bersama. Ianya adalah satu proses “memperbesarkan satu set nilai yang diagihkan”. Sejak ditubuhkan pada tahun 1967, anggota ASEAN telah memperkembangkan cara yang tidak formal bagi menyisikan segala perbezaan mereka. Kerjasama bukanlah hasil perjanjian formal tetapi datangnya dari perasaan yang kukuh dengan tujuan yang sama.

Kita bukannya tidak mempunyai masalah. Kebanyakan negara ASEAN mempunyai persoalan wilayah yang tidak dapat diselesaikan di antara satu sama lain. Persoalan yang sensitif mengenai bangsa,

budaya dan ugama kerap melibatkan hubungan kita di antara satu sama lain. Tetapi kita terus bekerja bersama-sama seberapa yang boleh. Segala perbezaan di antara kita tidak menghalang kerjasama bagi faedah bersama.

Adalah lebih bijaksana bagi semua pertubuhan serantau untuk bermula dengan matlamat yang tidak begitu tinggi. ASEAN mengambil masa suku abad dari 1967 hingga 1992 untuk mengukuhkan hubungan kerjasama dan perundingan yang erat. Hanya selepas mencapai kesemua ini, baharulah ASEAN merasa cukup yakin untuk mengambil keputusan yang penting tetapi sederhana bagi menubuhkan kawasan Dagangan Bebas ASEAN (AFTA) dalam tempoh 15 tahun mulai 1992. Kita pada masa ini sedang membincangkan bagaimana mempercepatkan AFTA serta menyelesaikannya dalam tempoh sepuluh tahun. Kita telah juga menubuhkan beberapa “segitiga pertumbuhan” yang merangkumi wilayah berdekatan tiga atau lebih negara-negara anggota.

Kita semua adalah anggota APEC, sebuah pertubuhan bagi kerjasama ekonomi dan dagangan yang liberal yang dapat memberikan lebih banyak peluang untuk semua. Disebabkan oleh kerjasama dan kestabilan sedemikian di rantau ini pada umumnya, perdagangan dan pelaburan telah meningkat naik. Kesemua negara ASEAN bergiat pesat dalam perindustrian, dengan kadar pertumbuhan yang tinggi.

Tuan Presiden,

Beta mengemukakan komen mengenai ASEAN ini dengan harapan ianya akan dapat membawa kepada perundingan yang akan mengukuhkan lagi system Bangsa-Bangsa Bersatu. ASEAN sememangnya menyedari akan had dan batasnya sendiri. ASEAN bukannya wujud tanpa berbuat apa-apa. Kita tidak akan berjaya tanpa adanya suasana antarabangsa yang mantap.

Page 76: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/Titah 1993 1994.pdf · Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1993 ... Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1415 pada

139 Titah 2012 Titah 2012138 138 139

ASEAN bukanlah alternative bagi Bangsa-Bangsa Bersatu. Bilamana ASEAN berjaya, seperti di Kemboja, ianya adalah kerana kita bekerja dengan kuasa besar dalam lingkungan rangka kerja sebagaimana yang digariskan oleh Bangsa-Bangsa Bersatu. Tanpanya kita mungkin gagal.

Kita akan dan semestinya terus bekerja rapat dengan Bangsa-Bangsa Bersatu. Kesemua institusi serantau memerlukan sokongan rangka kerja Bangsa-Bangsa Bersatu. Bangsa-Bangsa Bersatu terutama sekali anggota tetapnya, seharusnya mengekalkan tanggungjawab utama bagi keamanan dan kestabilan antarabangsa.

Tiada pertubuhan serantau dapat mencapai kejayaan jika ia mengasingkan dirinya dari dunia. Matlamat kita ialah sebuah ASEAN bagi semua negara Asia Tenggara.

Kita secara perlahan-lahan sedang mewujudkan apa yang dihuraikan secara kasar sebagai budaya keamanan dan keselamatan di Asia Tenggara. Kita berharap untuk memperluaskannya dengan cara menghubungkannya dengan pertubuhan serantau yang lain di Asia-Pasifik. ASEAN berhasrat untuk melibatkan kesemua kuasa besar dalam satu corak perhubungan yang membina di seluruh Asia-Pasifik. Forum Serantau ASEAN, yang dimulakan di Bangkok pada bulan Julai, merapatkan kesemua kuasa besar dan sederhana – Amerika Syarikat, Jepun, Kesatuan Eropah, China, Rusia, Kanada, Australia, Korea Selatan dan New Zealand – dalam satu rangka kerja bersama. Kita mahukan agar Bangsa-Bangsa Bersatu dan kesemua kuasa besar menyekutukan mereka dengan Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama ASEAN.

Tuan Presiden,

Ulangtahun ke-50 Bangsa-Bangsa Bersatu akan menjelang. Ianya adalah detik yang sesuai bagi kita semua untuk memikirkan semula bagaimana memperkukuhkan lagi sistem Bangsa-Bangsa Bersatu untuk membolehkannya menghadapi dengan jaya segala cabaran abad ke-21. Beta kemukakan komen beta dengan semangat ini iaitu

untuk menyumbang ke arah matlamat yang sama demi mengukuhkan lagi dunia terbuka yang akan mendatangkan faedah kepada semua negara.

Terima kasih.

Page 77: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/Titah 1993 1994.pdf · Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1993 ... Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1415 pada

141 Titah 2012 Titah 2012140 140 141

Titah Sempena Lawatan Negara Tuan Yang Terutama Tuan Akbar Hashemi Rafsanjani, Presiden Republik Islam Iran

pada 15-17 Oktober 1994

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhBismillahir Rahmanir Rahim

Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalameen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa’ Alaa Aalihie

Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Tuan Yang Terutama Tuan Akbar Hashemi Rafsanjani, Presiden Republik Islam Iran.

Tuan Yang Terutama,

Beta sangat gembira mengalu-alukan kedatangan Tuan Yang Terutama dan rombongan ke Negara Brunei Darussalam.

Beta mengingati kembali kenang-kenangan manis semasa lawatan negara beta ke Republik Islam Iran dalam bulan Februari tahun ini, tatkala mana Tuan Yang Terutama telah memberikan sambutan yang hangat serta mesra kepada beta dan rombongan beta.

Pada dasarnya, selaku negara Islam, Republik Islam Iran dan Negara Brunei Darussalam adalah serupa, walaupun berbeza dalam pendirian geopolitik, dasar dan penglibatan masing-masing.

Iran merupakan sebuah negara yang besar dengan sejarahnya yang gilang-gemilang lagi purba. Kedudukannya terletak dalam salah satu rantau dunia yang amat strategik, iaitu rantau Timur Tengah yang sedang bergolak serta mengalami banyak perubahan pada ketika ini.

Berbanding dengan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara yang kecil di Asia Tenggara. Walaupun saiznya kecil, namun ia tetap mampu untuk survive dengan menempah sejarahnya yang indah, sekalipun sesudah pemecahan wilayah-wilayahnya oleh kuasa-kuasa penjajah.

Adapun ketahanan dan sejarah yang membanggakan ini, mestilah dirujuk serta disandarkan kepada sikap dan usaha raja-raja yang adil lagi saksama di negara ini.

Inilah sahaja kekayaan dan keunikan kita dalam menghadapi banyak cabaran dan karenah zaman.

Alhamdulillah, dengan izin Allah jua, negara kami sekarang berkeadaan stabil dan aman serta makmur setelah melimpasi fasa selepas penjajahan.

Beta yakin, walaupun beberapa pengalaman dan keadaan yang membentuk pandangan-pandangan kita terhadap hal-ehwal dunia adalah berbeza, namun dengan jalan hubungan-hubungan peribadi yang terbuka dan jujur, kita insya-Allah akan dapat dengan mudah memahami pendirian masing-masing yang berbeza itu.

Ini tidak syak lagi akan turut menumbuhkan rasa saling hormat-menghormati serta sekaligus menjadi pendorong kepada persahabatan yang berpanjangan.

Pergolakan yang menyusuli berakhirnya perang dingin telah memastikan kebanyakan negara untuk bersikap pragmatik dalam menjalin hubungan antarabangsa mereka.

Ideologi tidak lagi memaksa kita untuk membahagikan dunia ini di antara kawan atau lawan, sekalipun negara-negara mempunyai kepentingan yang berbeza-beza.

Semua negara perlu bersikap praktikal dalam mencari keamanan, kestabilan dan kemantapan ekonomi bagi kepentingan rakyat masing-masing.

Di bidang-bidang ini, tidak siapa yang bercanggah sikap. Maka demikianlah juga dengan kita, bahkan dalam beberapa isu, kita mempunyai pandangan yang serupa, seperti isu Bosnia dan lain-lain isu yang menghina umat islam dan ugama Islam.

Page 78: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/Titah 1993 1994.pdf · Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1993 ... Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1415 pada

143 Titah 2012 Titah 2012142 142 143

Jikapun ada yang berbeza, maka perbezaan itu tidaklah semestinya akan menghalangi kerjasama, khasnya bilamana matlamat kita masih serupa.

Contoh dari matlamat yang serupa ini dapat dilihat dari konteks kita dalam Pertubuhan Persidangan Negara-Negara Islam (OIC) dan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM).

Semasa lawatan beta ke negara Tuan Yang Terutama, beta telah dapat melihat dengan lebih dekat lagi kemajuan-kemajuan yang telah Tuan Yang Terutama capai, rancangan-rancangan semasa Tuan Yang Terutama dan cita-cita Tuan Yang Terutama untuk masa depan.

Beta percaya di sinilah banyak terdapatnya titik persamaan kita, iaitu ingin menyaksikan kedua-dua rakyat masing-masing mencapai taraf hidup yang tinggi, serta sejahtera, bukan sahaja di bidang-bidang kehidupan lahir, malahan juga di bidang-bidang spiritual dan kerohanian.

Tuan Yang Terutama,

Akhir kata, beta sangatlah mengharapkan lawatan Tuan Yang Terutama selaku balasan kepada lawatan beta ke negara Tuan Yang Terutama akan menjadi sejarah dan ristaan abadi untuk meneguhkan lagi ikatan persahabatan di antara kedua-dua buah negara kita, insya-Allah.

Mudah-mudahan selama berada di negara ini, Tuan Yang Terutama dan rombongan akan merasa gembira dan selesa.

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Titah Di Sidang Kemuncak Pertubuhan Persidangan Islam Kali Ketujuh Di Casablanca, Morocco

pada 13-14 Disember 1994

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Bismillahir Rahmanir Rahim

Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalameen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa’ Alaa Aalihie

Wasahbihie Ajma’een, Waba’du.

Duli Yang Maha Mulia King Hassan II,

Puan Pengerusi, Duli-Duli Yang Teramat Mulia, dan Tuan-Tuan Yang Terutama.

Sidang Kemuncak Pertubuhan Persidangan Islam Kali Ketujuh ini adalah begitu bermakna bagi Negara Brunei Darussalam. Disinilah di Casablanca, kami menganggotai Pertubuhan Persidangan Islam sepuluh tahun yang lalu. Beta merasa gembira berkesempatan ke Maghribi sekali lagi bagi mengingati kembali detik bersejarah itu.

Sidang kemuncak ini akan dapat disaksikan bukan hanya oleh umat Islam tetapi juga di seluruh dunia pada keseluruhannya. Umat Islam menyedari bahawa kita menghadapi cabaran yang besar. Mereka mengalu-alukan beberapa perkembangan positif di Timur Tengah tetapi merasa kesal kerana konflik-konflik lain yang melibatkan saudara-saudara kita yang beragama Islam belum lagi dapat diselesaikan. Mereka menyedari bahawa kemakmuran yang semakin bertambah telah meningkatkan penghidupan masyarakat Asia Timur tetapi kemakmuran ini tidak dinikmati oleh banyak negara Islam di rantau lain. Sebaliknya imej orang-orang Islam telah tercemar dengan berlakunya persengketaan dan konflik di rantau ini. Kita tidak boleh meninggalkan negara Maghribi tanpa menyentuh tentang cabaran ini.

Page 79: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/Titah 1993 1994.pdf · Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1993 ... Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1415 pada

145 Titah 2012 Titah 2012144 144 145

Bosnia merupakan cabaran yang perlu diberi tindakan segera bagi kita yang berhimpun di sini, di Casablanca. Jika pertubuhan kita hendak kekal sebagai kuasa yang berpengaruh dalam arena antarabangsa, kita tidak seharusnya memerhatikan sahaja dengan penuh kekesalan segala kemusnahan terhadap orang-orang Islam di Bosnia. Kita seharusnya membaharui segala usaha kita bagi mendapatkan respons yang lebih berpengaruh dari Bangsa-Bangsa Bersatu dan masyarakat antarabangsa. Masa depan pertubuhan kita bergantung kepada tahap keberkesanan kita dalam krisis ini.

Pengendalian hal ehwal antarabangsa terletak di tangan kuasa-kuasa perindustrian yang besar. Mereka tidak begitu memberi perhatian terhadap pandangan kita disebabkan oleh kelemahan ekonomi kita dan pembahagian di dalam darjat kita. Kita seharusnya bertanya diri kita sendiri mengapa sebuah masyarakat dengan satu bilion manusia, yang merupakan satu per lima daripada penduduk dunia, mempunyai pengaruh yang begitu kecil sedangkan dunia mengakui bahawa jenayah terhadap kemanusiaan dilakukan.

Saya yakin bahawa pengaruh kita tidak akan berkesan sehingga kita dapat melepaskan masyarakat kita daripada kemiskinan. Orang-orang miskin mewujudkan negara-negara lemah. Sidang Kemuncak Pertubuhan Persidangan Islam Kali Ketujuh seharusnya memberikan petunjuk yang jelas bahawa kerjasama pembangunan dan ekonomi mestilah dijadikan keutamaan bagi orang-orang kita bagi beberapa dekad seterusnya agar kita dapat menjadi negara perindustrian yang kukuh, dengan pengetahuan dan kemahiran bagi menguasai teknologi yang akan menjadikan kita sebahagian daripada masyarakat informasi abad ke-21.

Kita tahu dari sejarah tahun-tahun selepas perang bahawa jalan menuju kepada kemakmuran ekonomi ialah melalui pasaran terbuka dan saingan bebas. Bandar Marrakesh di Maghribi memberikan proses ini satu peningkatan besar selaku tuan rumah perhimpunan penting yang mengeluarkan Deklarasi Marrakesh dalam Perjanjian Pusingan Uruguay. Terciptanya sistem dagangan sejagat yang lebih terbuka

akan menaikkan semangat kesemua masyarakat kita. Perhimpunan di Casablanca mestilah memperteguh Deklarasi Marrakesh dengan mengesahkan semula bahawa kesemua negara-negara anggota OIC bertanggungjawab sepenuhnya terhadap warkah dan semangat deklarasi. Kita mestilah meluaskan ekonomi kita bagi pelaburan, dagangan sedunia yang meningkat yang membawa kemakmuran kepada masyarakat kita.

Bandar Casablanca juga baru-baru ini telah mengesahkan kerjasama ekonomi serantau di Sidang Kemuncak Ekonomi Timur Tengah/Afrika Utara pada 1 November, 1994. Ucapan tahniah saya ke hadapan majlis Duli Yang Maha Mulia atas inisiatif yang berani dengan mengadakan persidangan seumpama ini. Deklarasi Casablanca menyatakan dengan cukup jelas bahawa para pemimpin sidang kemuncak bersatu padu di belakang wawasan “perdamaian yang lengkap dan perkongsian baru dalam perniagaan dan pemerintah yang didedikasikan untuk kedamaian seterusnya di antara Arab dan Israel”. Sidang Kemuncak Pertubuhan Persidangan Islam Kali Ketujuh seharusnya diselaraskan dengan keberanian Deklarasi Casablanca yang mengeluarkan dokumen wawasan yang sebanding mengenai pembangunan ekonomi bagi masyarakat ini.

Negara Brunei Darussalam bernasib baik dengan lokasinya di Asia Pasifik. Kami mendapat manfaat daripada kemakmuran ekonomi yang kian meningkat di rantau kami. Kesemua negara di rantau kami menyedari bahawa tiada negara dapat mencapai kemajuan atau kemakmuran dengan bersendirian. Ianya mestilah dilaksanakan melalui kerjasama dengan jiran tetangganya. Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara, ASEAN jelas membuktikan kenyataan ini. Dalam ASEAN, tiga negara anggota OIC – Indonesia, Malaysia dan Negara Brunei Darussalam mencapai kemajuan bersama tiga buah negara bukan anggota OIC Filipina, Singapura dan Thailand. Kami telah membentuk segi tiga pertumbuhan yang mewujudkan pertalian kami di antara satu sama lain. Kami menyarankan kepada anggota lain dalam OIC untuk menimbangkan pembentukan segi tiga pertumbuhan yang serupa di rantau mereka. Kami menyarankan laluan ini terutama sekali bagi rakyat Palestin. Mereka kini

Page 80: Kumpulan Titah - information.gov.bn Publication PDF/Titah 1993 1994.pdf · Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 1993 ... Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1415 pada

147 Titah 2012 Titah 2012146 146 147

mempunyai peluang melalui proses damai untuk mengikuti laluan damai dan pembangunan ekonomi.

Kami juga telah mempelajari di Asia Tenggara bahawa perbezaan di kalangan negara-negara dapat diselaraskan. Dalam ASEAN kami mengamalkan “musyawarah dan muafakat”, untuk membangkitkan perasaan kemasyarakatan di kalangan rakyat kita. Ummah dapat melakukan yang sama di bahagian-bahagian lain di dunia. Kami memerlukan tahap toleransi yang lebih besar di antara satu sama lain. Kami juga memerlukan komitmen untuk mendapatkan muafakat dan kata sepakat bukannya konfrantasi dan konflik bila terjadi pertikaian.

Melalui kedua-dua perkataan dan tindakan, kita dapat menjadi kuasa bagi keamanan, toleransi dan keadilan. Kita meletakkan keutamaan yang paling tinggi ke atas nilai-nilai kemanusiaan bukannya faedah politik atau ekonomi. Ini telah menjadi kekuatan kita.

Pembentukan Pertubuhan Persidangan Islam dua puluh lima tahun yang lalu dibangkitkan oleh kejadian di Masjid Al-Aqsa. Ianya merapatkan negara-negara anggota dengan hasrat bersama untuk bersatu padu.

Hari ini kesengsaraan di Bosnia memperkukuh perpaduan di kalangan rakyat kita, perpaduan yang wujud hasil daripada kemarahan dan keberangan. Namun kita harus juga merangka wawasan yang sama untuk meningkatkan semangat rakyat kita yang akan mendapat penghormatan dunia. Wawasan ini adalah dalam bentuk dunia di mana ummah dan masyarakat yang berlainan agama akan hidup dalam aman, bekerjasama dan bersaing demi mewujudkan kemakmuran untuk semua.

Duli Yang Maha Mulia,

Sebagai penutup, izinkan saya mengucapkan terima kasih ke hadapan majlis Duli Yang Maha Mulia dan rakyat Maghribi atas

layanan mesra, aturcara yang begitu rapi serta sumbangan besar rakyat Maghribi yang menganjurkan persidangan ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Setiausaha Agung kita.

Bagi pihak rakyat Negara Brunei Darussalam, saya juga ingin menyampaikan salam mesra kami kepada saudara-saudara kami dan meyakinkan awda komitmen kami kepada OIC atas tugas besar yang dilaksanakannya bagi umat Islam di seluruh dunia.

Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Top Related