Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)
e-ISBN: 978-967-2122-15-9
153
Kualiti Perkhidmatan, Budaya Bekerja Cemerlang dan
Perspektif Etika Kerja Islam Dengan Komitmen Pekerja
ZAKIAH BINTI KHOLIB
Faculty of Management and Muamalah
International Islamic University College Selangor, Malaysia
NOOR RAUDHIAH ABU BAKAR
Department of Accounting and Finance
Faculty of Management and Muamalah
International Islamic University College Selangor, Malaysia
ABSTRAK
Kajian ini mengkaji hubungan antara kualiti perkhidmatan, budaya bekerja cemerlang dan
perspektif etika kerja Islam dengan komitmen kerja. Responden kajian terdiri dari pensyarah-
pensyarah di sebuah IPTS di Malaysia. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dan kutipan
data adalah melalui borang soal selidik. Responden kajian terdiri dari 100 orang pensyarah
yang telah menjawab borang soal selidik tersebut. Kaedah analisis kolerasi pearson
digunakan untuk menguji hipotesis kajian mendapati wujudnya hubungan yang signifikan
antara ketiga-tiga faktor dengan komitmen kerja. Hasil kajian menunjukkan komitmen
pekerja boleh ditingkatkan dengan peningkatan kualiti perkhidmatan, peningkatan
persekitaran budaya kerja cemerlang dan peningkatan persekitaran tentang etika kerja Islam.
Kata kunci: kualiti perkhidmatan,budaya bekerja cemerlang, etika kerja islam, komitmen
pekerja
ABSTRACT
This study examines the relationship between service quality, excellent working culture and
Islamic work ethic perspective with work commitment. Respondents of the study consisted of
lecturers in one IPTS in Malaysia. This study is a quantitative study and the collection of data
is through questionnaire. Respondents of the study consisted of 100 lecturers who answered
the questionnaires. The pearson correlation analysis method used to test the hypothesis of the
study found a significant relationship between the three factors and work commitment. The
findings show that employees’ commitment can be enhanced by improving the quality of
services, enhancing the culture of excellence and enhancing the environment of Islamic work
ethics.
Keywords: service quality, excellent working culture, Islamic work ethics, employees’
commitment
Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)
e-ISBN: 978-967-2122-15-9
154
PENDAHULUAN
Pekerja merupakan aset yang paling penting dalam sesebuah organisasi. Apabila organisasi
mempunyai pekerja yang berkomitmen tinggi serta berdedikasi, ia membolehkan organisasi
tersebut mancapai matlamat atau objektif yang telah digariskan dan seterusnya membawa
kepada kecemerlangan organisasi. Komitmen yang tinggi dari pekerja dapat ditingkatkan
dengan adanya kualiti perkhidmatan, budaya bekerja cemerlang dan pendedahan etika kerja
seseorang individu. Pengurusan sumber manusia sangat memainkan peranan mendorong
pekerja ke arah mencapai tujuan atau matlamat organisasi.
Komitmen pekerja amat penting bagi memastikan sesebuah organisasi mencapai matlamat.
Sehubungan dengan itu, untuk memberikan komitmen yang baik pekerja seharusnya
mengetahui strategi dan daya tindakan yang betul dan sesuai dalam merancang pelan
tindakan untuk memberikan sepenuh komitmen dalam tugasan yang diberikan. Walau
bagaimanapun produktiviti sesebuah organisasi akan merosot sekiranya komitmen pekerja
terhadap tugasnya terganggu bila mana seorang individu tidak berpuas hati terhadap
tugasannya.
Terdapat dua aspek yang dapat menunjukkan komitmen pekerja terhadap organisasi dimana
tempat mereka bekerja iaitu kesetiaan dan penglibatan (Daud, 2010). Kesetiaan yang
dimaksudkan ialah perasaan sayang dengan organisasi dan ingin kekal untuk menjadi
sebahagian daripada organisasi. Penglibatan pula berusaha dengan bersungguh tanpa paksaan
demi kepentingan sesebuah organisasi untuk mencapai matlamat yang ingin dicapai.
Tambahan pula, komitmen merupakan sifat yang berkembang secara perlahan tetapi
konsisten serta lebih stabil (Porter et. al , 1974). Walaupun komitmen adalah sifat yang boleh
dipupuk tetapi sering terlepas pandang oleh pihak pengurusan dalam aspek pentadbiran
sumber manusia. Menurut Yahya, Johari, Adnan, Isa dan Daud (2008), pihak pengurusan
seringkali terlepas pandang dan kurang memberi perhatian terhadap aspek pembangunan
insan dan seterusnya akan membawa kepada tahap komitmen yang rendah dalam kalangan
pekerja.
Menurut Mohamad dan Abidin (2008) pula, komitmen pekerja terhadap organisasi juga
dipengaruhi secara tidak lansung oleh keselesaan bekerja seseorang individu. Hal ini kerana
pekerja memerlukan sokongan dari segi fizikal dan emosi. Oleh itu, peranan seorang ketua
sangat penting dalam organisasi untuk memperkukuhkan dan mengekalkan pekerja kepada
organisasi dengan membina kesetiaan antara pekerja dan organisasi.
Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi komitmen pekerja, kertas kerja ini hanya melihat
tiga faktor iaitu kualiti perkhidmatan, budaya bekerja cemerlang, dan etika kerja Islam kerana
faktor ini penting di dalam organisasi. Faktor-faktor ini dipilih kerana tiada lagi kajian yang
menggabungkan antara ketiga-tiga faktor ini dan ketiga-tiga faktor ini juga tidak diuji
hubungannya dengan komitmen pekerja oleh kajian lepas, maka kajian ini mengkaji
hubungan antara kualiti perkhidmatan, budaya bekerja cemerlang dan etika kerja Islam
dengan komitmen kerja.. Kajian ini ingin melihat aspek Islamik dalam setiap faktor untuk
mempengaruhi komitmen pekerja.
KAJIAN LITERATUR
Kajian literatur bagi kertas kerja ini dimulakan dengan perbincangan mengenai komitmen
kerja dan seterusnya faktor-faktor yang mempengaruhinya. Kerja kerja ini cuma
mengemukakan 3 faktor yang dijangka dapat mempengaruhi komitmen kerja iaitu kualiti
perkhidmatan, budaya bekerja cemerlang dan etika kerja Islam.
Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)
e-ISBN: 978-967-2122-15-9
155
Komitmen kerja telah dibuktikan oleh kajian lepas amat penting dalam meningkatkan prestasi
pekerja tersebut dan seterusnya meningkatkan prestasi organisasi. Menurut Gulverson (2002),
organisasi selalunya amat menghargai komitmen pekerjanya memandangkan pekerja yang
menpunyai komitmen yang tinggi lebih cenderung untuk dikaitkan dengan hasil kerja yang
baik seperti peningkatan produktiviti, kepuasan kerja, kurangnya kadar ponteng kerja,
kestabilan suasana kerja dan sebagainya.
Tambahan pula, menurut Bennett&Durkin (2000), pekerja yang mempunyai komitmen yang
tinggi terhadap organisasi lebih mudah untuk memberikan sumbangan tenaga kerja yang
lebih seperti inovasi dan kreativiti di mana ia akan menyumbang ke arah keupayaan
organisasi yang lebih tinggi. Oleh itu, komitmen pekerja ke atas organisasi adalah satu
cabang pengurusan sumber manusia yang perlu ditadbir sebaik mungkin, sepertimana setiap
organisasi harus memberikan perhatian kepada aset sumber manusia iaitu pekerja.
Komitmen pekerja kepada tugasnya boleh dicapai bilamana mereka mematuhi disiplin, nilai
dan etika kerja serta memiliki sikap dan penilaian positif dalam melaksanakan tugas yang
telah diamanahkan kepada mereka. Nilai sikap positif ini boleh diukur melalui apabila
seseorang pekerja berasa seronok dan gembira mulakan harinya dengan pekerjaan. Suasana
kerja yang telah dibawa oleh sikap dan nilai keseronokan bekerja ini juga mampu
mewujudkan amalan positif yang menjadikan kerja yang dibuat itu sebagai ibadat, komitmen
yang tinggi di kalangan pekerja dapat menyuntik semangat seharian bekerja serta sedia untuk
bekerjasama antara pekerja dan majikan.
Dalam Islam bekerja adalah suatu tuntutan, keperluan dan merupakan ibadat yang dituntut
oleh Allah S.W.T. Ia seharusnya dilaksanakan dengan penuh amanah dan bertanggungjawab
supaya mendapat balasan yang baik pada hari akhirat kelak. Oleh yang demikian, bekerja
adalah tuntutan agama dan ia boleh ditunjukkan dengan kesungguhan kerja yang
dilaksanakan untuk kepentingan diri dan masyarakatnya. Selain dari itu, setiap perkara yang
dilakukan adalah bermula daripada diri sendiri. Sebagai contoh memupuk perasaan gembira
untuk pergi ke tempat kerja ataupun tidak meletakkan pekerjaan sebagai suatu perkara yang
mendatangkan tekanan yang hebat didalam diri. Anggaplah pekerjaan itu sebagai hiburan dan
juga ibadah seperti tempat untuk membina silaturrahim dan hubungan dengan orang lain.
Oleh itu, anda akan lebih seronok untuk pergi ke tempat kerja.
Menurut kajian oleh Graham (1998), terdapat hubungan antara keseronokan dan kepuasan
terhadap persekitaran mampu mempengaruhi perilaku pekerja dalam organisasi ia akan
memberi kesan terhadap keseronokan seseorang untuk bekerja. Keseronokan bekerja yang
dicapai inilah yang akan menjadi nadi serta tonggak kepada kecemerlangan organisasi serta
membantu pekerja memberikan komitmen yang baik dalam segala tugasan yang
diamanahkan kepadanya. Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi komitmen kerja, dan
masih terdapat banyak juga faktor penting yang belum diuji. Kajian ini memilih untuk
melihat faktor dari segi kualiti perkhidmatan, budaya bekerja cemerlang dan perspektif etika
kerja Islam.
Kualiti perkhidmatan menurut perspektif Islam.
Kualiti perkhidmatan memainkan peranan penting dalam memastikan sesebuah organisasi
mampu bersaing dan mengekalkan prestasi yang cemerlang. Ini adalah kerana kualiti
perkhidmatan yang baik merupakan salah satu strategi persaingan yang dapat meningkatkan
prestasi individu yang bekerja serta meningkatkan prestasi organisasi.
Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)
e-ISBN: 978-967-2122-15-9
156
Menurut Mamat, K. (2003), perkhidmatan yang berkualiti adalah sebahagian daripada
perkara asas kepada organisasi untuk mencapai matlamat sesebuah organisasi. Apabila
matlamat telah dicapai secara automatiknya komitmen kerja seseorang individu telah
meningkat. Jelaslah bahawa kualiti perkhidmatan amat penting untuk meningkatkan
komitmen kerja seseorang individu. Selain itu, dalam mewujudkan kesedaran untuk
meningkatkan kualiti dalam setiap perkhidmatan yang disediakan kini bukan lagi menjadi
perkara mudah malahan ia akan menjadi satu tanggungjawab yang berat untuk dilaksanakan
kepada organisasi. Berdasarkan hadis Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud “
Sesungguhnya Allah menyukai seseorang jika apabila kamu melakukan sesuatu tugasan,
maka kamu akan melakukan dengan tekun”. Menurut hadis tersebut, istiqamah dan tekun
dalam melaksanakan sesuatu tugas yang diberikan akan memberikan impak yang positif iaitu
akan diredhai dan disukai oleh Allah S.W.T.
Kualiti kerja dalam Islam adalah jelas berdasarkan perintah Allah S.W.T dalam firmanNya
yang bermaksud “sebaik-baik umat yang dikeluarkan di kalangan manusia di mana mereka
mengajak manusia berbuat baik dan mencegah perbuatan mungkar serta beribadat kepada
Allah. Menurut Salleh M. (1991), kualiti yang dimaksudkan di sini merujuk kepada kepuasan
hati pelanggan dan keperluan yang ditetapkan. Kerja yang berkualiti yang menjadi amalan
kerja bersama apabila diperkukuhkan dengan sistem, proses, prosedur dan peraturan yang
jelas akan membentuk kualiti perkhidmatan yang baik. Seterusnya menurut Wan Omar
(1996), untuk menjadikan sesuatu kerja itu berkualiti, konsep dan nilai yang diajar dalam
ajaran Islam perlu disemai dan dipraktikkan dalam urusan seharian.
Budaya bekerja cemerlang menurut perspektif Islam
Menurut Sharifah Hayaati al-Qudsy (2008) menyatakan, budaya bekerja cemerlang adalah
satu konsep dan pendekatan pengurusan pentadbiran yang telah diamalkan di Malaysia sejak
tahun 1989 lagi. Konsep ini juga telah memberi penekanan kepada penghasilan pekerja yang
mempunyai tanggungjawab atau kebolehpercayaan yang tinggi. Oleh itu, penjelasan tentang
konsep budaya bekerja cemerlang juga turut dikaji dari perspektif Islam untuk menerangkan
bagaimana Islam memberikan penegasan terhadap nilai-nilai murni dalam perkhidmatan.
Menurutnya lagi, budaya bekerja cemerlang adalah satu usaha yang menitikberatkan suasana
bekerja yang baik ke arah tingkah laku dan perlaksanaan kerja yang berkesan pada setiap
peringkat perkhidmatan sama ada dilakukan secara formal atau tidak, tanpa mengambil kira
sama ada dilakukan bagi mencapai sesuatu matlamat ataupun dalam melaksanakan rutin
perkhidmatan seharian.
Menurut Abu Hamid Al-Ghazali (1973), menyatakan Islam amat menitikberatkan persoalan
kecemerlangan dalam apa jua pekerjaan yang dilakukan oleh seseorang individu. Malah
dalam laungan azan juga telah terkandung ayat yang menyeru seseorang individu kearah
kecemerlangan iaitu ‘hayya ala al-falah’. Jelaslah disini Islam amat menuntut umatnya untuk
berusaha kearah kecemerlangan dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan atau tugasan. Antara
ciri-ciri cemerlang ialah apabila sesuatu pekerjaan itu dilaksanakan dengan berkualiti.
Maksud berkualiti disini ialah apabila melakukan sesuatu pekerjaan atau tugasan itu mestilah
tekun, khusyuk, ikhlas, konsisten, amanah, bertanggungjawab dan sebagainya.
Menurut Sharifah Hayaati al-Qudsy (2008), proses awal dalam melahirkan suatu budaya
kerja yang cemerlang adalah dengan membentuk sikap pekerja terhadap bekerja. Robert
Kreitner dan Angelo Kinichi (2004), menyatakan sikap budaya bekerja cemerlang
dipengaruhi oleh tiga faktor, pertama penglibatan dalam kerja, kedua kepuasan kerja dan
yang ketiga komitmen kerja. Menurutnya ketiga-tiga ini berkait antara satu sama lain.
Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)
e-ISBN: 978-967-2122-15-9
157
Menurut Ahmad Shukri Mohd Nain (2002), penglibatan dalam kerja membawa maksud
seseorang pekerja harus memainkan peranannya dalam organisasi tersebut. Mereka mestilah
lebih bercita-cita dalam mencapai matlamat organisasi serta bekerja dengan sukarela. Yang
kedua kepuasan kerja pula bermaksud seseorang pekerja itu mestilah merasa gembira dengan
kerjaya yang dilakukannya. Manakala faktor yang ketiga komitmen kerja membawa maksud
seseorang pekerja itu mestilah melakukan sesuatu tugasannya dengan bersungguh-sungguh
serta sentiasa berdedikasi dalam melaksanakan Sesuatu tugasan. Ketiga- tiga faktor ini dapat
mempertingkatkan kualiti, produktiviti dan prestasi pekerja terhadap organisasi. Sekiranya
faktor ini dapat dibudayakan oleh setiap individu yang bekerja, ia akan melahirkan suatu
budaya kerja yang cemerlang. Disebut dalam sepotong hadith Rasulullah s.a.w. yang
bermaksud ‘sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu membuat sesuatu pekerjaan
hendaklah dilakukan dengan tekun’. Oleh itu, budaya bekerja cemerlang patut diamalkan
dalam setiap organisasi agar lebih meningkatkan komitmen pekerja dan organisasi.
Etika Kerja Islam
Etika kerja bagi semua peringkat kehidupan adalah di mana objektif jangka panjang di dunia
ini perlu dikaitkan dengan objektif jangka yang sebenarnya iaitu beribadah kepada Allah
S.W.T dan memohon keredaanNya (Mahiyaddin , 2009). Nilai-nilai agama serta nilai moral
perlu diambil kira semasa bekerja dan masa mestilah digunakan sebaik-baiknya oleh setiap
individu yang bekerja. Selain itu, menurutnya lagi pengamalan nilai-nilai murni dalam etika
Islam seperti amanah, dedikasi, disiplin, jujur, menahan diri dan takwa diperlukan oleh semua
penganut Islam dalam melaksanakan sesuatu tanggungjawab.
Menurut Muhammad Mustakim, Siti Arni Basir dan Wan Nor Hasniah Wan Husin (2014),
etika kerja merupakan salah satu isu penting dalam pengurusan organisasi. Pencapaian
organisasi dipengaruhi oleh etika kerja yang diamalkan oleh para pekerjanya. Jika etika kerja
seseorang individu adalah baik, kurangnya masalah yang timbul di dalam organisasi. Islam
sebagai agama yang lengkap memberikan garis panduan yang memberikan garis panduan
yang menyeluruh tentang etika kerja yang sepatutnya diamalkan dalam sesebuah organisasi.
Menurutnya lagi perkataan etika mempunyai makna yang tersendiri dalam Islam iaitu akhlak.
Muhammad Al-Ghazali (1997: 309) menyatakan akhlak sebagai, “Satu sikap yang berada
dalam diri seseorang manusia yang mendorong individu untuk melakukan sesuatu perbuatan
tanpa perlu berfikir dan biasanya berlaku secara spontan”. Beliau menyatakan bahawa etika
terbentuk melalui penyucian hati daripada perkara-perkara lain selain Allah. Setelah
penyucian hati ini akan terbentuklah sikap yang benar-benar ikhlas dengan tidak dipengaruhi
dengan perkara keduniaan.
Menurut Abdallah (2010), etika kerja Islam adalah tanggungjawab sesuatu bidang pekerjaan
dan boleh di kategorikan sebagai salah satu ibadah. Manakala bentuk perlaksanaannya
berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah serta perbuatan yang dipaparkan oleh Rasulullah
S.A.W. Dengan adanya keimanan yang kuat terhadap Allah S.W.T penerapan akhlak yang
mulia dapat dihayati sepenuhnya oleh seseorang insan. Antara nilai mulia yang ditekankan
dalam Islam adalah bersikap jujur dan adil ketika melaksanakan sesuatu pekerjaan. Misalnya
dalam organisasi perniagaan, Islam menekankan kejujuran dalam menentukan sesuatu
timbangan agar dapat mengelakkan penganiayaan terhadap individu lain. Etika kerja Islam
mestilah ada dalam diri seseorang pekerja demi meningkatkan komitmen pekerja.
Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)
e-ISBN: 978-967-2122-15-9
158
Secara kesimpulan, faktor-faktor yang dikaji dalam kajian ini adalah kualiti perkhidmatan,
budaya kerja Islam dan etika kerja Islam. Oleh itu ini membawa kepada 3 hipotesis kajian
iaitu:
i. Hipotesis Pertama
Kualiti perkhidmatan yang bagus memainkan peranan penting dalam penghasilan kerja yang
lebih baik. Semakin tinggi tinggi kualiti perkhidmatan, semakin tinggi komitmen kerja dan
ini membawa kepada hipotesis pertama:
H1: Terdapat hubungan positif di antara kualiti perkhidmatan dan komitmen kerja.
ii. Hipotesis Kedua
Budaya kerja cemerlang menekankan nilai-nilai murni dalam bekerja. Semakin tinggi tinggi
budaya kerja cemerlang, semakin tinggi komitmen kerja dan ini membawa kepada hipotesis
kedua:
H2: Terdapat hubungan yang positif di antara budaya kerja cemerlang dan komitmen kerja.
iii. Hipotesis Ketiga
Etika kerja Islam mestilah ada dalam diri seseorang pekerja demi meningkatkan komitmen
pekerja.Semakin tinggi tinggi etika kerja Islam, semakin tinggi komitmen kerja dan ini
membawa kepada hipotesis ketiga:
H3: Terdapat hubungan yang positif di antara etika kerja Islam dan komitmen kerja.
METODOLOGI
Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dan dalam kajian ini, data diperolehi melalui borang
soal selidik yang telah diedarkan kepada seramai 120 orang pensyarah di sebuah IPTS.
Hanya 100 borang telah diterima dan 20 borang lagi tidak dikembalikan. Soal selidik kajian
ini diadaptasi daripada kajian Zainab Salleh (2014).
HASIL KAJIAN
Analisis Demografi Responden
Demografi merujuk kepada maklumat daripada latar belakang responden yang telah
dikumpul dalam kajian ini. Responden dalam kajian ini adalah seramai 100 orang yang terdiri
daripada pensyarah di sebuah IPTS. Dalam kajian ini, pengkaji telah menyediakan enam
soalan bagi mendapatkan latar belakang responden. Enam soalan tersebut terdiri daripada
jantina, umur, status, tahap pendidikan, tempoh perkhidmatan dan jawatan.
Jadual 1 Latar Belakang Responden
Demografi Kekerapan Peratus%
Jantina:
Lelaki 45 45.0
Perempuan 55 55.0
Umur
21 hingga 30 tahun 31 31.0
31 hingga 40 tahun 39 39.0
41 hingga 50 tahun 23 23.0
51 tahun dan ke atas 7 7.0
Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)
e-ISBN: 978-967-2122-15-9
159
Status:
Bujang 34 34.0
Berkahwin 66 66.0
Bercerai 0 0.0
Tahap Pendidikan:
Diploma 0 0
Ijazah Sarjana Muda 35 35.0
Sarjana 61 61.0
Doktor Falsafah 4 4.0
Tempoh Perkhidmatan:
Kurang dari 1 tahun 2 2.0
1 ke 5 tahun 45 45.0
6-10 tahun 43 43.0
10 tahun ke atas 10 10.0
Jawatan:
Pensyarah 68 68.0
Pensyarah kanan 8 8.0
Pensyarah muda 24 24.0
Jadual 1 menunjukkan data demografi responden dan berdasarkan Jadual 1 sebanyak 45
responden kajian terdiri daripada kalangan lelaki manakala sebanyak 55orang terdiri daripada
kalangan wanita. Majoriti responden kajian berumur antara 31sehingga40 tahun iaitu
sebanyak 39.0%. Seterusnya peratusan dan kekerapan kedua yang tertinggi adalah dikalangan
umur 21 sehingga 30 tahun yang meliputi sebanyak 31.0% . Kemudian diikuti oleh pensyarah
yang berumur 41sehingga 50 tahun iaitu 23.0%. Namun, hanya terdapat 7 orang pensyarah
yang berumur 51 tahun ke atas.
Berdasarkan kepada Jadual 1, menunjukkan bahawa pensyarah yang sudah berkahwin
mempunyai peratusan dan kekerapan yang tinggi iaitu sebanyak 66.0%, diikuti oleh
pensyarah yang belum berkahwin ataupun bujang iaitu sebanyak 34.0%. Manakala tiada
responden yang berstatus bercerai. Jadual 1 juga menunjukkan majoriti responden adalah
berkelulusan di peringkat Sarjana iaitu sebanyak 61.0%. Sebanyak 35% responden kajian
berkelulusan di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan seterusnya peratusan yang terendah
aadalah kelulusan Doktor Falsafah iaitu sebanyak 4.0% sahaja.
Tempoh perkhidmatan responden majoritinya adalah 1 ke 5 tahun iaitu sebanyak 45.0%. Ini
diikuti sebanyak 43.0% yang berkhidmat selama 6 ke 10 tahun. Seterusnya adalah sebanyak
10.0% iaitu berkhidmat selama 10 tahun keatas dan hanya 2% yang berkhidmat kurang
daripada 1 tahun. Majoriti responden kajian adalah berjawatan pensyarah iaitu sebanyak
68.0%. Manakala peratusan kedua tertinggi adalah pensyarah muda iaitu sebanyak 24.0%.
Dan yang seterusnya adalah sebanyak 8.0% adalah terdiri daripada golongan pensyarah
kanan.
Pernyataan Negatif
Di dalam borang soal selidik yang telah disediakan terdapat satu sahaja soalan yang
berbentuk negatif. Soalan tersebut adalah daripada bahagian D soalan bernombor 7 dan
soalan tersebut telah direkod sebagai soalan yang negatif dan telah dikod kembali bagi tujuan
analisis.
Ujian Kebolehpercayaan
Ujian kebolehpercayaan data dinilai dari segi konsistensinya. Soal selidik boleh dipercayai
jika jawapan responden terhadap soal selidik adalah konsisten dan boleh dilihat dengan
melihat nilai cronbach alpha bagi setiap pembolehubah. Jadual 2 menunjukkan hasil ujian
kebolehpercayaan data .
Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)
e-ISBN: 978-967-2122-15-9
160
Jadual 2: Ujian Kebolehpercayaan (cronbach Alpha)
Pembolehubah Bilangan
item
Cronbach alpha
Komitmen pekerja 11 0.74
Kualiti perkhidmatan 6 0.75
Budaya bekerja cemerlang 7 0.71
Etika kerja islam 6 0.83
Jadual 2 menunjukkan nilai cronbach alpha bagi kesemua pembolehubah. Instrumen
pengukuran pembolehubah komitmen pekerja memiliki 11 item dan kesebelas item ini
menunjukkan nilai cronbach alpha 0.74. Bagi pembolehubah kualiti perkhidmatan kesemua
instrumen pengukurannya masih kekal dan hasil dari ujian kebolehpercayaan data mendapati
nilai cronbach alpha 0.75 juga mengekalkan semua item. Pembolehubah seterusnya adalah
budaya bekerja cemerlang item masih dikekalkan iaitu sebanyak 7 item. Hasil dari ujian yang
telah dibuat nilai cronbach alpha adalah 0.71. Pembolehubah etika kerja islam ini juga masih
dikekalkan itemnya iaitu sebanyak 6 item dan keboleh percayaan data mendapati nilai bagi
pembolehubah ini adalah 0.83.
Nilai croncbach alpha bagi setiap pembolehubah melebihi 0.5 menunjukkan bahawa semua
pembolehubah boleh dipercayai dan konsisten. Bahagian berikutnya pula akan
membincangkan analisis deskriptif bagi setiap pembolehubah.
Analisis Deskriptif
Analisis deskriptif digunakan untuk melihat taburan nilai bagi setiap pembolehubah. Jadual 3
menunjukkan hasil analisis deskriptif bagi semua pembolehubah.
Jadual 3 Analisis Deskriptif Pembolehubah
Pembolehubah Minima Maksima Min
Komitmen Pekerja 3.18 4.91 4.2082
Kualiti Perkhidmatan 2.33 5.00 3.9933
Budaya Bekerja Cemerlang 2.14 5.00 4.0529
Etika Kerja Islam 3.67 5.00 4.5483
Hasil analisis deskriptif menunjukkan etika kerja Islam dikalangan responden kajian adalah
yang tertinggi iaitu sebanyak 4.5 dan nilai min ini juga menunjukkan tahap etika kerja
dikalangan responden kajian amat tinggi. Ini diikuti dengan komitmen kerja sebanyak 4.2 dan
seterusnya budaya kerja cemerlang 4.05. Nilai min bagi kedua-dua pembolehubah ini juga
menunjukkan tahap komitmen dan budaya kerja cemerlang juga adalah tinggi di kalangan
responden kajian. Nilai min bagi kualiti perkhidmatan pula adalah 3.99 yang terendah namun
menunjukkan secara purata kualiti perkhidmatan mengikut pandangan responden masih lagi
tinggi.
Analisis Korelasi
Pengujian hipotesis bagi kajian ini adalah menggunakan analisis korelasi. Menurut Mukesh
Kumar et al (2013), korelasi pearson digunakan untuk mengukur hubungan antara pemboleh
ubah. Jadual 4 menunjukkan hasil analisis korelasi hubungan antara pembolehubah tidak
bersandar dan pembolehubah bersandar.
Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)
e-ISBN: 978-967-2122-15-9
161
Jadual 4: Kolerasi Hubungan antara Kualiti Perkhidmatan, Budaya Bekerja Cemerlang dan Perspektif
Etika Kerja Islam dengan Komitmen Kerja.
Komitmen
Pekerja
Kualiti
perkhidm-
atan
Budaya
Bekerja
Cemerlang
Etika Kerja
Islam
Komitmen
pekerja
Pearson Correlation 1 0.387**
0.335**
0.242*
Sig. (2-tailed) .000 .001 .015
Kualiti
perkhidmatan
Pearson Correlation .387**
1 .520**
.281**
Sig. (2-tailed) .000 .000 .005
Budaya
bekerja
cemerlang
Pearson Correlation .335**
.520**
1 .341**
Sig. (2-tailed) .001 .000 .001
Etika kerja
islam
Pearson Correlation .242* .281
** .341
** 1
Sig. (2-tailed) .015 .005 .001
Jadual 4 menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif yang signifikan antara kualiti
perkhidmatan dengan komitmen pekerja iaitu nilai kolerasi sebanyak 38.7%. Ini
menunjukkan bahawa nilai kolerasi sederhana. Manakala pembolehubah bersandar yang
kedua iaitu budaya bekerja cemerlang juga mempunyai hubungan yang positif yang
signifikan dengan komitmen kerja dengan nilai kolerasi sebanyak 33.5%, ini menunjukkan
nilai kolerasi sederhana. Dan pembolehubah bersandar yang terakhir etika kerja Islam juga
mempunyai hubungan yang positif yang signifikan terhadap komitmen kerja dengan nilai
kolerasi pearson sebanyak 24.2%, tetapi ia menunjukkan nilai kolerasi sedikit rendah
berbanding dengan kualiti perkhidmatan dan budaya bekerja cemerlang.
Hipotesis satu menjangkakan terdapat hubungan yang positif di antara kualiti perkhidmatan
menurut perspektif Islam dengan komitmen kerja. Dapatan kajian ini menjelaskan bahawa
terdapat hubungan yang signifikan dan positif di antara kualiti perkhidmatan dengan
komitmen kerja. Nilai korelasi Pearson tersebut ialah r = 0.387 dan p = 0.000. Dengan ini,
H1 diterima.
Hipotesis dua menjangkakan terdapat hubungan yang positif di antara budaya bekerja
cemerlang menurut perspektif Islam dengan komitmen kerja. Dapatan kajian ini menjelaskan
bahawa terdapat hubungan yang signifikan dan positif di antara budaya bekerja cemerlang
dengan komitmen kerja. Nilai korelasi Pearson tersebut ialah r = 0.335 dan p = 0.001.
Dengan ini, H2 diterima.
Hipotesis 3 juga menjangkakan terdapat hubungan yang positif diantara etika kerja Islam
dengan komitmen kerja. Dapatan kajian ini menjelaskan bahawa terdapat hubungan yang
signifikan dan positif di antara etika kerja Islam dengan komitmen kerja. Nilai korelasi
Pearson tersebut ialah r = 0.242 dan p = 0.015. Dengan ini, H3 diterima.
Jadual 5 menunjukkan ringkasan perbincangan hasil kajian ini.
Jadual 5: Perbincangan Hasil Kajian
Objektif Kajian Hipotesis Kajian Hasil Kajian Kajian Lepas menyokong atau sebaliknya
Hubungan antara
kualiti perkhidmatan
menurut perspektif
Islam dengan
komitmen kerja.
Terdapat hubungan
positif antara
kualiti
perkhidmatan
menurut perspektif
Islam dengan
komitmen kerja.
Positif dan
signifikan.
Hipotesis
disokong.
Kajian lepas menyokong. Menurut Mamat, K.
(2003), perkhidmatan yang berkualiti adalah
sebahagian daripada perkara asas kepada
organisasi untuk mencapai matlamat sesebuah
organisasi. Apabila matlamat telah dicapai
secara automatiknya komitmen kerja seseorang
individu telah meningkat.
Hubungan antara
budaya bekerja
Terdapat hubungan
yang positif di
Positif dan
signifikan.
Kajian lepas menyokong menurut Ahmad
Shukri Mohd Nain (2002), komitmen kerja
Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)
e-ISBN: 978-967-2122-15-9
162
cemerlang menurut
perspektif Islam
dengan komitmen
kerja.
antara budaya
bekerja cemerlang
menurut perspektif
islam dengan
komitmen kerja
Hipotesis
disokong
membawa maksud seseorang pekerja itu
mestilah melakukan sesuatu tugasannya dengan
bersungguh-sungguh serta sentiasa berdedikasi
dalam melaksanakan Sesuatu tugasan.
Hubungan etika
kerja Islam dengan
komitmen kerja
Terdapat hubungan
yang positif
diantara etika kerja
islam dengan
komitmen kerja
Positif dan
signifikan.
Hipotesis
disokong.
Kajian lepas menyokong. Menurut Rusniyati
Binti Mahiyaddin (2009), Etika kerja
merupakan salah satu isu penting dalam
pengurusan organisasi. pencapaian organisasi
dipengaruhi oleh etika kerja yang diamalkan
oleh para pekerjanya. Jika etika kerja seseorang
individu adalah baik, kurangnya masalah yang
timbul di dalam organisasi serta boleh
meningkatkan komitmen pekerja.
Daripada hasil perbincangan kajian sebelum ini, kajian ini dapat menerangkan bahawa
pentingnya kualiti perkhidmatan, budaya bekerja cemerlang dan etika kerja Islam kerana ia
akan meningkatkan lagi komitmen pekerja terhadap organisasi. Sumbangan kajian dapat
menambahkan lebih lagi kajian yang berkaitan dengan komitmen pekerja dan dapat memberi
komitmen yang baik kepada organisasi, pekerja dan juga Negara. Secara keseluruhannya,
sumbangan kajian ini boleh digunakan oleh organisasi, pensyarah, pihak pengurusan dan
setiap individu yang bekerja.
KESIMPULAN
Objektif kajian ini adalah untuk melihat hubungan antara kualiti perkhidmatan, budaya kerja
cemerlang dan etika kerja Islam dengan komitmen kerja. Hasil kajian menunjukkan ketiga-
tiga faktor memang mempengaruhi komitmen kerja secara positif dan signifikan. Ini juga
menunjukkan semakin tinggi kualiti perkhidmatan, persekitaran budaya kerja cemerlang dan
persekitaran etika kerja Islam akan meningkatkan lagi komitmen pekerja.
Pihak pentadbiran organisasi perlu melihat kualiti perkhidmatan, budaya kerja cemerlang dan
etika kerja Islam ini bagi meningkatkan komitmen pekerja dan seterusnya dapat
meningkatkan prestasi kerja individu dan organisasi secara keseluruhan. Pihak pentadbiran
boleh meningkatkan ketiga-tiga faktor ini dengan menekankan kepentingan faktor ini kepada
keseluruhan pekerja dengan penganjuran seminar, kursus dan latihan berkaitan. Kajian ini
juga melihat kesemua faktor dari segi Islamik dan ini juga menunjukkan penekanan agama
penting dalam meningkatkan komitmen kerja.
Hasil daripada kajian ini telah memberi implikasi kepada pihak-pihak tertentu. Antaranya
ialah IPTS tersebut dan pekerja iaitu difokuskan kepada pensyarah sahaja. Hasil daripada
kajian ini IPTS dapat mengetahui hubungan antara kualiti perkhidmatan, budaya bekerja
cemerlang dan etika kerja Islam dengan komitmen seseorang pekerja. Ini menunjukkan
ketiga-tiga faktor ini penting untuk IPTS untuk meningkatkan lagi komitmen pekerja
seterusnya dapat meningkatkan prestasi pekerja dan organisasi secara keseluruhan. Dengan
adanya kajian ini para pekerja yang telah difokuskan kepada pensyarah sahaja dapat
mengetahui kualiti perkhidmatan, budaya bekerja cemerlang dan etika kerja yang mereka
lakukan di organisasi adalah baik seterusnya dapat meningkatkan komitmen kerja terhadap
organisasi.
Limitasi kajian ini adalah kajian ini cuma dijalankan hanya di sebuah organisasi sahaja iaitu
sebuah IPTS. Jumlah responden yang kecil iaitu seramai 100 orang sahaja berikutan jumlah
Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)
e-ISBN: 978-967-2122-15-9
163
pekerja iaitu difokuskan kepada pensyarah sahaja di sebuah IPTS. Selain itu, dapatan kajian
diperolehi melalui analisis soal selidik yang telah diisi oleh responden berdasarkan perspektif
mereka sahaja. Ketetapan hasil dapatan kajian bergantung kepada kejujuran, ketelusan, dan
kefahaman responden menjawab soal selidik. Kajian ini juga cuma hanya melihat tiga faktor
sahaja iaitu, kualiti perkhidmatan, budaya bekerja cemerlang dan etika kerja Islam.
Berdasarkan limitasi kajian, maka kajian lain boleh melihat faktor-faktor lain seperti kesan-
kesan komitmen pekerja terhadap organisasi yang boleh membawa manfaat kepada individu
yang bekerja dan organisasi. Selain itu, kajian lain juga boleh mengkaji faktor-faktor yang
mempengaruhi komitmen pekerja terhadap prestasi pekerja.
Selain itu untuk kajian masa depan, pengkaji boleh mendapatkan data responden yang lebih
besar lagi supaya pengkaji boleh mendapatkan data atau maklumat yang lebih banyak dan
lebih tepat. Pengkaji akan datang juga boleh mengkaji bukan hanya sekadar satu organisasi
sahaja mungkin boleh membuat perbandingan dua atau tiga organisasi mengenai komitmen
pekerja.
Rujukan
Abu Hamid al-Ghazzali. (1973). Ihya’ Ulumuddin, Cairo: Amal Kitabi al-Arabi.
Abdul Majid Konting (1997). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa & Pustaka..
Ahmad Shukri Mohd Nain. (2002). Tingkahlaku Organisasi: Pengenalan Tingkahlaku
Individu; K.L: UTM, h.2.
Abdallah, s.(2010). Ethics: An Exposition For Resolving ICT Ethical Delimma. Journal of
Information, communication and Ethics in society, 8 (3):289-301.
Bennet&Durkin.(2000). Dalam Buletin Bil.125. Oktober 2013.
Chen, S.H.; Yang, C.C, Shiou, J.Y. & Wang, H.H. (2006). The Development of an Employee
Satisfaction Model for Higher Education.
Daud, N. (2010). Jaminan Kerja dan Hubungannya dengan Kepuasan Kerja Dan Komitmen
Terhadap organisasi.
Dzulizzi Bin Hj.Sabuti. (2010). Hubungan Tekanan Kerja Terhadap Prestasi Kerja.
Davis, D. (1996), Business Research for Decision Making. Belmont: Duxbury Press.
Fraenkel, J., & Wallen, N. (1996). How to design and evaluate research in education. (Edisi
kedua). San Francisco, CA: McGraw-hill.
Gulverson. (2002. Dalam Buletin Bil.125. Oktober 2013.
Hoppock; R. (1935). Job satisfaction, New York: Harper and Brother. Dalam Lai,
H.H.(2011). The Influence of Compensation System Design on Employee Satisfaction.
African Journal of Business Management, 5 (26):10718-10723.
Link.galeri.jpm.gov.m/rakan/sites/default/files/buletin/20Oktober/2013.pdf
Muna dan Atasya.(2013). Jurnal Produktiviti dan Hubungannya Dengan Komitmen dan
kepuasan Kerja Dalam Organisasi. Universiti Sains Malaysia, Pulau pinang.
Mohamad, M dan Abiddin, N.Z. (2011). Hubungan Budaya Organisasi dan sub Budaya
Terhadap Komitmen Pekerja. Dinamika Sosial Ekonomi, 7(1), 79-85.
Muhamad Faisal dan Mohd Rizal Muwazir. (2010). Jurnal kualiti Perkhidmatan Menurut
Perspektif islam. Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah.
Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)
e-ISBN: 978-967-2122-15-9
164
Mustakim, Siti Arni, Wan Norhasniah. (2014). Jurnal Strategi dan Faktor Mempengaruhi
Perlaksanaan Etika Kerja Islam (EKI): Kajian Kes di JCORP.
Mamat, K. (2003). Kualiti Perkhidmatan Perbankan Islam dan Kepuasan Pelanggan.
Universiti Utara Malaysia.
Mustafa Hj. Daud. (1994). Pengurusan Islam, Kuala Lumpur: Utusan Publication &
Distributors Sdn.Bhd, h.103.
Mohd Tap Bin Salleh.et. al. (1991), Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam, Kuala
Lumpur : INTAN, h.356 News Straits Times, Wednesday, March 14, p.2.
Muhammad al-Ghazali, I.A.H.M. (1997). Tahzib Ihya’ Ulum al-Din. Dar Tibaah Wa al-Nasr
al-Islamiah, Kaherah.
Othman, A. & Owen, L. (2001). Adopting and Measuring Customer Service Quality (SQ) in
Islamic Bank: A Case Study in Kuwait Finance House. International Journal of Islamic
Financial Service, 3(1).
Parasuraman, A. ; Zeitham, V. & Berry, L. (1988). SERVQUAL: a Multiple-Item Scale for
Measuring Consumer Perceptions of Services Quality. Journal of Retailing, 64(1), 12-40.
Porter, L.W. ; Steers, R.M. ; Mowday, R.T. ; & Boolian, P.V. (1974). Organizational
Commitment, Job Satisfaction and Turnover Among Psychiatric Technicians. Journal of
Applied Psychology, 59, 603-609.
Robert Kreitner & Angelo Kinichi (2004), Organizational Behavior, New York:Mc Graw
Hill.
Rowntree, D. (1981). Statistic Without Tears: A premier for non-mathematicians. London:
Penguin
Rusniyati Binti Mahiyaddin. (2009). Jurnal Hubungan Etika Kerja Islam Dengan Komitmen
Organisasi: Kajian di Kalangan kakitangan Lembaga Urusan Tabung haji. (unpublished)
Sharifah Hayaati al-Qudsy. (2008). Budaya kerja Cemerlang Menurut Perspektif islam :
Amalan Perkhidmatan Awam Malaysia.
Salleh,M. (1991). Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam. Kuala Lumpur: INTAN
Surah At-Taubah (9: 105).
Wan Omar,w. (1996). Pengurusan Islam Abad Ke-21. Kuala Lumpur: Utusan Publications
and Distributors Sdn.Bhd.
Yahya, K.K. ; Johari, J. ; Adnan, Z. ; Isa, M.F. ; & Daud, Z. (2008). Faktor-Faktor yang
Mempengaruhi Komitmen Pekerja. Dinamika Sosial Ekonomi, 7(1), 79-85.