Download - Kt bib (2)
1
1.0 Pendahuluan
Matematik dikatakan satu bidang ilmu yang berstruktur dan berhierarki. Justeru itu,
konsep-konsep asas dalam matematik perlu difahami secara tersusun dan berperingkat-
peringkat. Seperti yang sedia maklum, setiap aktiviti sosial manusia menggunakan
matematik. Jackson P.W. (1992), dalam bukunya menyatakan bahawa Newman melihat
tiga ciri utama matematik iaitu matematik disajikan dalam bentuk pola dan boleh digunakan
secara meluas dalam bidang-bidang ilmu lain. Namun, menurut kajian Aplin, N. dan
J.Saunders (1996), matematik terkenal sebagai mata pelajaran yang tidak menarik, kering,
sukar dan membosankan jika dibandingkan dengan mata pelajaran lain.
Kementerian Pendidikan Malaysia khasnya dalam kurikulum matematik memberikan
kelonggaran kepada guru-guru untuk mewujudkan persekitaran yang menyenangkan dan
bermakna semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Pada masa yang
sama, guru-guru juga dipertanggungjawabkan untuk memastikan murid-murid
menunjukkan perkembangan dalam mengadaptasikan kemahiran matematik secara
sistematik. Menurut Huraian Sukatan Matematik Sekolah Rendah, matlamat kurikulum
matematik sekolah rendah adalah untuk membolehkan murid-murid menguasai operasi
asas matematik yang melibatkan penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian.
Tambahan pula, matlamat pendidikan matematik sekolah rendah adalah untuk membina
dan mengembangkan kefahaman murid-murid dalam konsep dan kemahiran asas
matematik.
Masa depan pendidikan matematik di Malaysia bergantung sepenuhnya kepada para
pendidik matematik itu sendiri. Kecemerlangan pendidikan matematik tidak mungkin
berlaku, kecuali guru-guru mempunyai keyakinan penuh terhadap matematik serta
perubahan pengajaran dan pembelajaran (Noraini, 1994). Pengetahuan asas yang kuat
dalam bidang matematik adalah penting dalam masyarakat kita yang sedang menuju ke
arah sebuah negara maju yang berteraskan sains dan teknologi. Murid-murid kita perlu
kuat terhadap konsep-konsep matematik asas yang akan membolehkan mereka
melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Bagi menjamin masa depan negara,
kita perlu mengkaji semula dan menggunakan pendekatan yang lebih berkesan dalam
mengajar kanak-kanak asas pemikiran tentang matematik dari peringkat awal
persekolahan.
Salah satu operasi asas dalam matematik adalah penolakan yang merupakan suatu
kemahiran yang sangat penting dikuasai oleh murid-murid sekolah rendah. Penolakan
dibahagikan kepada dua bentuk iaitu penolakan tanpa pengumpulan semula dan penolakan
dengan pengumpulan semula. Objektif pembelajaran menyatakan bahawa bagi penolakan
2
dengan pengumpulan semula, murid-murid perlu mendapatkan pemahaman penolakan
sebagai: "mengambil" atau "perbezaan" antara dua kumpulan objek.
Menurut Margaret M. Flores (2009), murid-murid mengalami kesulitan dalam
mempelajari matematik apabila mereka gagal memahami cara menyelesaikan soalan
penolakan dengan pengumpulan semula. Secara amnya, apabila guru menggunakan cara
traditional semasa proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid mungkin tidak dapat
memperolehi pemahaman yang betul tentang konsep yang dibelajar. Mohd. Sapiyan Baba
dan Thanaletchumi Darmalingam (2003), mendakwa bahawa kaedah tradisional dalam
proses pengajaran mengabaikan pemahaman murid-murid dimana ia hanya menekankan
pada penghafalan dan pengaplikasian formula tanpa sebarang penjelasan.
Berdasarkan pengalaman pengajaran yang ada pada para guru , mereka dapat
memikirkan cara yang ideal bagi membantu murid memahami dan mempelajari sesuatu
tajuk dalam pembelajaran.Kaedah yang digunakan amat bersesuaian dengan tahap murid
dan menarik minat mereka untuk mempelajari tajuk tersebut.Hasil kajian tidak hanya
berjaya menyelesaikan masalah kefahaman murid sebaliknya dapat mencipta suatu teknik
yang baru bagi menambah kepelbagaian dalam menyelesaikan masalah matematik.
1.1 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Berdasarkan pemerhatian dan analisis hasil evidens pentaksiran berasaskan
sekolah (PBS) , didapati bahawa 14 daripada 37 orang murid Tahun 2 Usaha , tidak dapat
menjawab ke semua soalan tolak dengan mengumpul semula melibatkan bentuk lazim.
Ketika menjawab soalan tolak dengan kumpul semula melibatkan bentuk lazim, kebanyakan
murid menolak nombor di bawah dengan nombor di atas kerana nombor di atas adalah
lebih kecil berbanding nombor di bawah.
Contoh, Rajah 1
Rajah 1 : Kesilapan Murid
5 5 4
- 3 4 7
2 1 3
7 – 4 = 3
3
Selain itu, semasa di dalam kelas mereka juga dilihat kurang memberi tumpuan
dengan bermain, mengganggu rakan dan berkhayal ketika guru mengajar. Bedasarkan
masalah tersebut, saya telah mencari punca yang menyebabkan kegagalan mereka dalam
menyelesaikan masalah tolak dengan mengumpul semula melibatkan bentuk lazim.
Rajah 2 : Contoh-contoh kesalahan yang sering dilakukan oleh murid.
Masalah murid tidak dapat menyelesaikan soalan penolakan matematik yang
melibatkan pengumpulan semula telah membangkitkan semangat saya untuk membantu
murid-murid tersebut menguasai topik penolakan yang melibatkan pengumpulan semula
dengan mudah dan berkesan.
Semasa saya mengajar topik penambahan didapati murid-murid tidak menghadapi
masalah dan mereka dapat menyelesaikan soalan penambahan nombor bulat hingga
1000.Topik penambahan nombor bulat hingga 1000 yang saya ajar pada murid-murid tahun
2 Usaha telah mencapai objektif dan saya amat gembira dengan keputusan tersebut
berdasarkan latihan didalam buku tulis dan buku aktiviti.
Apabila saya mengajar topik penolakan iaitu selepas topik penambahan, murid-murid
masih dapat memahami konsep penolakan iaitu pengurangan dari jumlah yang besar
menjadi kecil berdasarkan latihan lembaran kerja dan buku akatiivti.Namun apabila saya
meneruskan pengajaran topik penolakan dengan mengumpul semula didapati ramai murid
tidak mampu untuk menyelesaikannya . Kesilapan ini dapat dikesan melalui latihan yang
diberikan di papan tulis.Saya telah meminta beberapa orang murid tampil ke hadapan kelas
bagi menyelesaikan contoh soalan bagi operasi penolakan dengan mengumpul semula .
Mereka mengambil masa yang agak lama untuk berfikir , akhirnya mereka lambat
menyelesaikan soalan serta banyak melakukan kesilapan.
4
1.2 Refleksi Nilai Pendidikan
Matematik bukan hanya digunakan oleh ahli Matematik, tetapi juga oleh semua
orang.Kita menggunakan asas matematik dalam kehidupan seharian. Ini meliputi aktiviti
ataubidang pekerjaan seperti pertukaran wang, membaca carta, mengira diskaun,
mengukur jarak, masa dan sebagainya. Kita juga mengaplikasikan pengetahuan
matematik untukmenyelesaikan masalah praktikal mahu pun masalah berbentuk abstrak.
Sewajarnyalah,kita menghargai ilmu, kemahiran dan konsep yang telah kita pelajari di
sekolah dahulu.
Kemajuan dalam bidang matematik juga dilihat sangat penting dalam mempastikan
tercapainya Wawasan 2020. Cabaran yang keenam dalam Wawasan 2020 iaitu “the
building of a progressive scientific society with creative and far-sighted abilities”, telah
memberi impak yang besar, bukan sahaja kepada perkembangan silibus matematik yang
baru, tetapi juga terhadap peranan guru-guru matematik pada masa hadapan. (Mok,
2005).Oleh itu “Guru ibarat pelita yang membakar diri untuk menerangi orang lain” Topik
tolak merupakan tajuk besar dalam matematik. Di sekolah rendah, topik tolak
digabungkan dengan tajuk-tajuk lain seperti wang, masa dan waktu serta lain-lain lagi.
kemahiran tolak telah didedahkan hingga konsep mengumpul semula.Sepatutnya, apabila
murid melangkah ke kelas yang lebih tinggi, pemahaman konsep semakin mantap dan
boleh dikembangkan dengan nombor yang lebih besar dan diaplikasikan dengan tajuk-
tajuk lain.
Konsep ini tidak boleh dipandang remah kerana tanpa pemahaman yang kukuh
murid akan keliru dengan kemahiran-kemahiran lain seperti membahagi, menolak wang,
menolak pecahan, menolak nombor bercampur, operasi bergabung dan lain-lain lagi.
Kaedah alternatif merupakan salah satu cara terbaik bagi membantu murid dalam
subjek matematik. Terdapat banyak kaedah alternatif yang dipelopori oleh pencinta
matematik. Salah satu kaedah yang saya maksudkan adalah kaedah jari. Kaedah ini telah
pun dikomersial penggunaannya terutama untuk pemahaman konsep asas. Kaedah ini
memperjelas nilai nombor yang diwakili dan boleh mengurangkan kesalahan murid semasa
menolak. Murid tidak lagi keliru dengan nilai nombor. Murid lebih yakin dalam
menyelesaikan soalan tolak kerana kaedah ini terbukti lebih jelas dan sistematik serta
menggunakan bahan maujud yang ada pada tubuh badan murid..
Kaedah ini akan menambahkan lagi keyakinan serta keupayaan murid dalam
menyelesaikan soalan tolak. Selari dengan itu, mereka akan lebih berkeyakinan dan
berminat untuk mempelajari matematik.Saya berharap dengan kaedah yang telah
5
diajarkan dapat membantu murid-murid memahami dan menyelesaikan operasi penolakan
dengan mudah.Saya juga dapat meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran untuk
topik yang seterusnya bagi menghabiskan standard kandungan KSSR yang telah tiga tahun
diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM ).
2.0 FOKUS KAJIAN / ISU PENYELIDIKAN
Menguasai kemahiran asas matematik merupakan satu aspek yang sangat penting
bagi seseorang murid. Hal ini kerana matematik merupakan sebahagian daripada
kehidupan. Banyak masalah dalam kehidupan hari ini yang memerlukan kemahiran
matematik untuk menyelesaikannya. Contohnya, menentukan masa dan waktu,
menentukan bilangan barang yang ingin diguna, urusan jual beli di kedai dan di kantin,
tambang bas dan sebagainya. Oleh itu adalah sangat penting seseorang individu itu
didedahkan dengan kemahiran-kemahiran asas matematik agar mereka boleh menjalani
kehidupan dengan lebih terancang dan sempurna.
Oleh yang demikian, seseorang pendidik memainkan peranan yang penting dalam
menyampaikan sesuatu maklumat secara berkesan kepada murid agar murid dapat
memahami dan seterusnya mengaplikasi pengetahuan dalam masalah yang dihadapi.
Menurut Wong (1987, seperti dinyatakan dalam Azizi & Elanggovan, 2011), kebolehan
matematik yang lebih tinggi adalah bergantung kepada kebolehan yang lebih rendah, iaitu
dalam bentuk hirarki. Ramai murid tidak dapat menyelesaikan masalah atas sebab-sebab
tiada penguasaan konsep yang sebenar atau berlakunya kesalahfahaman konsep.
Di atas kesedaran betapa peri pentingnya kemahiran asas bagi murid-murid, saya
terpanggil untuk membuat kajian terhadap masalah kemahiran asas matematik. Fokus
kajian saya adalah mengenai tajuk tolak hingga 1000 yang melibatkan murid Tahun 2.
Melalui pemerhatian ketika proses pengajaran dan pembelajaran ,saya mendapati
murid-murid hilang minat untuk menyelesaikan soalan penolakan dengan mengumpul
semula.Kebanyakan mereka menyatakan soalan yang diberi terlalu susah dan mereka
malas untuk menyelesaikannya.Mereka juga cuai semasa menyelesaikan operasi
penolakan dengan mengumpul semula.
Saya juga telah menjalani satu temu bual dengan mereka.Hasil temu bual tersebut
murid-murid telah meluahkan perasaan mereka terhadap topik penolakan dengan
6
mengumpul semula..Masalah ini jelas dapat dilihat melalui lembaran kerja ,latihan buku
kerja dan aktiviti di papan tulis.Saya terfikir bahawa murid-murid akan berminat untuk belajar
sekiranya mereka bergerak didalam kelas dan tidak duduk sahaja sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran.Oleh sebab itu saya mengambil inisiatif menggunakan
kaedah permainan jari supaya membolehkan murid-murid melibatkan diri secara aktif
didalam kelas dengan menggerakkan jari tangan dan bukan hanya duduk dan mendengar
penjelasan guru tanpa berbuat apa-apa.
Berdasarkan masalah tersebut , saya cuba membantu murid Tahun 2 Usaha ,
dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka dengan memperkenalkan
kaedah permainan jari untuk menolak nombor dengan mengumpul semula menggunakan
bentuk lazim.Saya telah mengesan lima belas orang murid dari tahun 2 Usaha sebagai
sampel kajian dalam penyelidikan kajian tindakan ini.Murid- murid ini mempunyai masalah
dalam pembelajaran seperti sering melakukan kesilapan , tidak menjawab soalan dalam
latihan yang diberi , tidak menyelesaikan soalan dengan cara yang betul.Oleh itu saya telah
memperkenalkan kaedah permainan jari bagi membantu murid menjawab soalan
penolakan dengan mengumpul semula.
2.1 Kebolehtadbiran
Pemilihan fokus kajian ini juga dibuat berdasarkan kretiria kebolehtadbiran.Ini
bermakna penggunaan kaedah permainan jari mudah untuk ditadbirkan dan boleh
dijalankan oleh mana-mana guru Matematik dan seterusnya dapat meningkatkan
kefahaman murid-murid mengenai topik ini .Perkara ini dapat dibuktikan dengan adanya
keputusan kedua-dua ujian yang dilaksanakan.Murid hanya menggunakan jari dalam
permainan ini .Amat mudah sebab semua murid mempunyai jari.
2.2 Kepentingan
Penggunaan kaedah permainan jari ini juga dapat membuktikan kajian ini dalam
meningkatkan kefahaman murid-murid mengenai topik penolakan dengan mengumpul
semula.Kajian yang akan dilaksanakan ini tidak memerlukan kos langsung.Dalam
pelaksanaan permainan ini , murid tidak akan rasa tertekan sebaliknya dapat belajar sambil
bermain.Kajian ini juga berkepentingan untuk memastikan murid memperkembangkan
psikomotor yang sihat sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Melalui aktiviti
permainan jari ini , guru dapat menyerapkan pelbagai nilai yang positif dalam kalangan
murid terutamanya nilai kebersihan dan keperihatinan pada anggota tubuh badan murid.
7
2.3 Kebolehgunaan
Kriteria yang berikutnya ialah kebolehgunaan.Kajian ini boleh diguna pakai oleh semua
orang yang ada didunia ini.Saya berharap agar kajian ini boleh diguna pakai oleh pengkaji
yang lain untuk dijadikan bahan rujukan dan dapat memberikan pelbagai input dan
pengetahuan yang baru
2.4 Kawalan
Bagi aspek kawalan pula , kajian ini boleh diguna terhadap semua murid yang
mengalami masalah topik ini.Ia boleh digunakan oleh murid-murid tahap 2 yang masih
lemah dalam topik penolakan dengan mengumpul semula secara congak.Kaedah
permainan jari ini boleh menjadi akativiti sokongan untuk murid-murid meningkatkan
kefahaman mereka mengenai topik penolakan dengan mengumpul semula dengan lebih
mudah.
2.5 Kolaborasi
Selain itu , kajian yang dijalankan juga mempunyai kolaborasi dan kerjasama dengan
pihak sekolah terutama daripada guru-guru dan murid-murid .Ia bertujuan untuk
mendapatkan maklumat secara terperinci dan tepat.Saya juga memerlukan rakan-rakan
bagi bertukar –tukar pendapat dan pandangan serta memberi cadangan terhadap kajian
yang dijalankan.
2.6 Kerelevenan Kepada Sekolah
Kajian yang akan dilaksanakan di sekolah merupakan salah satu maslah yang
dihadapi oleh murid-murid dalam subjek matematik.Jadi kajian ini akan memberi kesan dan
Impak yang positif dalam membantu pihak sekolah dalam mengatasi masalah tersebut.Jadi
ia membuktikan kajian ini sangat releven untuk dilaksanakan di sekolah.Kaedah permainan
jari yang digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dapat menarik minat murid
dalam subjek Matematik dan boleh diguna pakai oleh semua guru.
Jadi ,fokus kajian ini dilaksanakan adalah untuk menilai sama ada kaedah permainan
jari dapat meningkatkan kefahaman murid mengenai topik penolakan dengan mengumpul
semula dengan lebih mudah dan menarik.
Isu mengenai topik ini timbul apabila saya melihat hasil buku latihan , buku kerja dan
latihan di papan hitam yang diberikan kepada murid banyak melakukan kesilapan.Saya
amat kecewa dengan kesilapan yang dilakukan oleh murid.Kekeliruan ini berlaku
disebabkan murid tidak tahu untuk meminjam dari rumah sebelah bagi menolak nombor
8
yang lebih besar.Oleh sebab itu saya mengambil peluang ini untuk menggunakan kaedah
permainan jari dalam membantu semula murid-murid untuk menguasai topik penolakan
dengan mengumpul semula dengan lebih baik.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN
3.1 Objektif Umum
Meningkatkan penguasaan murid Tahun 2 mengenai topik penolakan dengan
mengumpul semula menggunakan bentuk lazim.
3.2 Objektif Khusus
Selain daripada mengkaji objektif umum tersebut, kajian ini juga dijalankan untuk :
a. Menggunakan kaedah permainan jari bagi meningkatkan kefahaman murid dalam
topik penolakan dengan mengumpul semula menggunakan bentuk lazim.
b. Mengenalpasti keberkesanan kaedah permainan jari dalam menyelesaikan
soalan penolakan dengan mengumpul semula dengan menggunakan bentuk
lazim.
3.3 Soalan Kajian
Setelah meneliti objektif-objektif kajian yang telah dinyatakan, beberapa persoalan
yang boleh ditimbulkan melalui kajian ini ialah :
a. Adakah kaedah permainan ‘jari’ berkesan terhadap pengajaran guru bagi tajuk
tolak dengan mengumpul semula menggunakan bentuk lazim?
b. Adakah kaedah permaian ‘jari’ dapat membantu murid yang tidak menguasai
menyelesaikan soalan tolak dengan mengumpul semula melibatkan bentuk lazim
dengan tepat?
4.0 KUMPULAN SASARAN
Responden-responden yang telah ditentukan bukanlah dipilih secara rawak.
Malahan, mereka yang dipilih adalah daripada kumpulan murid yang tidak menguasai
kemahiran iaitu mereka tidak dapat melakukan operasi asas tolak bagi sebarang dua
9
nombor bulat hingga tiga digit dengan mengumpul semula. Responden adalah terdiri
daripada 15 daripada 33 orang murid Tahun Dua, iaitu tujuh orang murid lelaki dan lapan
orang murid perempuan.
Jadual 1 : Bilangan Murid dari Segi Jantina
Jantina Bilangan Murid
Lelaki 7
Perempuan 8
Jumlah 15
5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN
5.1 Perancangan Tindakan
Selepas mengenalpasti masalah yang timbul saya telah melakukan pembacaan yang
melibatkan model-model kajian tindakan.Saya telah memilih model Kemmis & Mc Taggart
sebagai petunjuk untuk saya menjalankan kajian tindakan ini.Kemmia dan McTaggart
(1988 ) menjelaskan , bagi sesetengah kumpulan yang sudah merancang tindakan ,
mereka boleh memulakan langkah pertama seperti mana yang dikemukakan oleh model
Lewin.Walau bagaimanapun , mereka berpendapat bahawa kebanyakan kumpulan akan
memulakan peringkat awal refleksi bagi membuat tinjauan awal terhadap sesuatu situasi
sebagai asas untuk merancang dan bertindak.
5.1.1 Tinjauan awal
Pada peringkat permulaan, saya membuat pentaksiran berasaskan sekolah (PBS)
terhadap murid-murid Tahun Dua mengenai kemahiran asas menolak bagi sebarang dua
nombor bulat hingga tiga digit. Lima belas orang murid didapati mengalami masalah untuk
menyelesaikan masalah penolakan dengan mengumpul semula.
5.1.2 Merancang tindakan
Perancangan sangat penting dalam memastikan kajian dapat dilaksanakan dalam
tempoh masa yang ditetapkan dan mencapai objektif yang telah dipilih.Setelah mengenal
pasti masalah yang timbul , saya akan merancang satu kaedah yang sesuai supaya murid
10
dapat memahami topik penolakan dengan mengumpul semula dengan cara yang lebih
mudah dan berkesan.Seterusnya ujian pra akan diberikan untuk melihat kefahaman murid
mengenai topik penolakan dengan mengumpul semula.
Hasil daripada ujian pra yang dijalankan , saya akan menggunakan kaedah permainan
jari dalam membantu meningkatkan kefahaman murid terhadap topik tersebut.Berikut
adalah cara kaedah permainan jari digunakan dalam menyelesaikan masalah bagi topik
penolakan dengan mengumpul semula.
Jadual 2 : Langkah Pelaksanaan Tindakan
Langkah Pelaksanaan
1. Murid menetukan nilai tempat bagi setiap digit nombor.
2. Pada nilai tempat ‘sa’ : Murid perlu menentukan sama ada nombor pada
bahagian atas cukup untuk menolak nombor pada bahagian bawah.
6 10
Contoh : 7 5
- 8
____
3. Murid melakukan pengumpulan semula dengan meminjam sebanyak 10
dari rumah ‘puluh’.
4. Nilai ‘satu puluh’ yang dipinjam dari rumah puluh akan diberi kepada
rumah ‘sa’.sebanyak sepuluh.Satu puluh tersebut mewakili 10 jari
murid.Murid akan menutup 8 jari dan jari yang terbuka adalah 2.Selepas
itu murid diminta untuk tambah dengan 5 dengan cara membuka 5 jari dari
8 jari yang telah ditutup tadi.
5. Murid diminta mengira berapakah bilangan jari yang telah terbuka.Murid
akan mendapati terdapat 7 jari yang terbuka. Maka itulah jawapannya.
6. Murid meneruskan soalan dengan mencari jawapan pada nilai tempat
puluh.
Pada tindakan seterusnya , saya akan memberikan ujian pasca untuk melihat sejauh mana
kaedah permainan jari dapat meningkatkan kefahaman murid dalam topik penolakan
dengan mengumpul semula.berikut adalah langkah-langkah seterunya dalam kaedah
permainan jari.
Nombor atas
Nombor bawah
11
Saya akan melaksanakan kaedah yang dipilih terhadap murid-murid yang
menjadi kumpulan sasaran.Dalam proses pelaksanaan itu nanti saya akan menerangkan
kaedah penggunaan jari langkah demi langkah kepada murid –murid yang telah
dikenalpasti.
Rajah 3 : Cara Penolakan Bentuk Lazim
Contoh : 1) Susunkan nilai digit dalam bentuk lazim seperti di atas
Rajah 4 : Cara Penolakan Dengan Meminjam
i) Nilai 8 pada rumah “sa” lebih tinggi daripada 4 maka operasi penolakan tidak
boleh dijalankan sebaliknya murid perlu meminjam daripada rumah “puluh”
seperti ditunjukkan dalam rajah di atas.
ii) Selepas meminjam satu puluh dari rumah “puluh” ,saya meminta murid melihat
10 jari yang ada pada mereka.Lapan daripada jari-jari tersebut akan ditutup ,
maka akan tinggal dua jari sahaja.
iii) Langkah seterusnya ialah murid diminta membuka semula jari yang tertutup
tadi sebanyak empat sahaja.
5 4
- 8
4 10
5 4
- 8
12
iv) Jadi dari dua jari ditambah dengan empat jari ,maka bilangan jari yang sudah
terbuka menjadi enam jari semuanya.
5.1.3 Melaksana Tindakan dan memerhati
Saya juga akan menggunakan pelbagai instrumen lain dalam menjalankan
kajian ini.Antara instrumen yang akan digunakan sepanjang proses pengumpulan data
adalah :
1. Ujian pra dan ujian pasca.
2. Pemerhatian
3. Temubual.
5.1.4 Mereflek
Selepas data dikumpulkan. Saya akan mereflek semua sesi yang diadakan
samada ianya membantu murid atau tidak dalam meningkatkan lagi kefahaman mereka
mengenai topik penolakan dengam mengumpul semula,Saya akan melihat prestasi murid
berdasarkan kedua-dua ujian yang telah dijalankan dan akan membuat perbandingan sama
ada kaedah permainan jari mampu memberi impak positif atau tidak.
5.2 Perancangan Cara Mengumpulkan Data
Terdapat pelbagai instrumen yang boleh dijalankan untuk mengutip data
dalam sesuatu kajian sama ada bersifat kualitatif ataupun kuantitatif.Perancangan mengutip
data perlu dirancangan dengan teliti agar data yang dikumpul sahih dan boleh
digunakan.Data yang akan diambil boleh melibatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
, pemerhatian , soal selidik dan sebagainya .Bagi kajian ini , saya akan menggunakan tiga
kaedah pengumpulan data untuk memperoleh maklumat yang dikehendaki .Antara
instrumen yang akan digunakan oleh saya sepanjang kajian ini dijalankan ialah kaedah ujian
pra , ujian pasca ,pemerhatian dan temubual.
5.2.1 Ujian Pra
Ujian pra merupakan satu proses yang amat penting dalam kajian ini dan
dijalankan sebelum tindakan kajian yang akan dilakukan seterusnya.Menurut Mohamad
Najib Abd Ghafar (1999) , sesebuah penyelidikan yang berdasarkan prestasi memerlukan
penyelidik menyediakan ujian yang mana proses tersebut dinamakan
pengujian.menurutnya lagi , pengukuran yang menggunakan teknik ujian menghasilkan
skor.Skor atau markah mengikut skala tertentu adalah data kuantitatif yang selalu
13
digunakan dalam analisis.Skor-skor ini diperolehi daripada jawapan subjek berdasarkan
soalan yang disediakan oleh saya.markah ujian pra penting untuk dibuat perbandingan
dengan markah ujian pasca yang akan dijalankan selepas kajian tindakan dilakukan.
Ujian pra yang akan dijalankan mengandungi 10 item soalan bentuk
lazim.Soalan-soalan itu diambil dari pelbagai sumber terutama buku teks tahun 2 dan buku
aktiviti teks Tahun 2.Responden dikehendaki menunjukkan jalan penyelesaian
menggunakan bentuk lazim.Ujian pra akan membuktikan tahap pencapaian sebenar murid-
murid dalam mata pelajaran Matematik dalam topik penolakan dengan mengumpul semula
sebelum kaedah permainan jari diperkenalkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
.Soalan-soalan yang disediakan dapat dirujuk dalam lampiran A yang disertakan di
belakang.
5.2.2 Ujian Pasca
Ujian pasca adalah ujian yang sama akan digunakan tetapi akan diubah keddukan
nombor soalan sahaja sperti dalam jadual 2 .menurut Chua Yan Piaw (2006) , ujian pasca
merupakan reka bentuk eksperimental yang sebenar yang paling ringkas tetapi ia
mempunyai kesahan dalaman yang tinggi.Soalan akan diubah kedudukannya untuk melihat
adakah penggunaan kaedah permainan jari dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
Matematik dapat membantu meningkatkan kefahaman murid mengenai topik penolakan
dengan mengumpul semula.Selain itu , ujian pasca digunakan untuk membandingkan
prestasi murid sebelum dan selepas penggunaan kaedah jari digunakan dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran.Ujian pasca akan dijalankan selepas saya melaksanakan
kaedah permainan jari bagi menolak dengan mengumpul semula bersama
responden.Soalan-soalan dalam ujian pasca boleh dilihat dalam lampiran B yang
dilampirkan di belakang.
UJIAN NOMBOR ITEM
Pra 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Pasca 2 1 4 5 3 7 6 9 10 8
Jadual 3 : Susunan item soalan dalam ujian pra dan ujian pasca.
14
5.2.3 Pemerhatian
Menurut Sidek Mohd.Noah (2002) , pemerhatian merupakan satu kaedah
penyelidikan yang digunakan untuk mengukur pemboleh ubah penyelidikan.Melalui
pemerhatian seseorang penyelidik dapat mengamati sesuatu tingkah laku subjek
berpandukan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang telah dikenalpasti.Pemerhatian
merupakan proses meneliti situasi atau kejadian secara kritikal.Pemerhatian dapat
dibahagikan kepada dua jenis iaitu pemerhatian berstruktur dan pemerhatian tidak
berstruktur .Saya akan menjalankan pemerhatian tidak berstruktur sepanjang kajian ini
dijalankan.Semasa pemerhatian ini , antara perkara yang akan diambil kira adalah dari
aspek respon responden terhadap kaedah permainan jari , tahap kefahaman penguasaan
responden terhadap kaedah permainan jari dan kerjasama di antara responden semasa
menyelesaikan topik penolakan dengan mengumpul semula berdasarkan bentuk lazim.
5.2.4 Temubual
Kaedah pengumpulan data yang ketiga ialah kaedah temubual.Temubual
merupakan satu kaedah pengumpulan data yang melibatkan aktiviti seorang penyelidik
menyoal untuk mendapatkan jawapan atau respon daripada responden.Temubual boleh
dibahagikan kepada tiga jenis iaitu temubual berstruktur , temubual separuh berstruktur dan
temubual tidak berstruktur .bagi kajian ini saya akan menyediakan teks temubual dan
menjalankan temubual terhadap murid.selain itu saya akan menambah bilangan soalan dan
tidak tertumpu kepada soalan yang telah dibina mengikut kesesuaian.
Berdasarkan kempat-empat kaedah yang digunakan , saya akan dapat
mengenalpasti sama ada soalan kajian yang dinyatakan berjaya dijawab ataupun tidak.Bagi
kaedah ujian pra dan ujian pasca yang digunakan , ia akan menjawab soalan kajian kedua
iaitu sejauh manakah keberkesanan kaedah permainan jari dalam meningkatkan
kefahaman murid- murid Tahun 2 Usaha mengenai topik penolakan dengan mengumpul
semula.
15
5.3 Perancangan Cara Menganalisis Data
5.3.1 Ujian Pra dan Ujian Pasca
Bagi menganalisis kedua-dua ujian yang dilaksanakan ,saya akan mengutip
semua kertas ujian yang telah dijawab oleh responden.Kemudian , Markah bagi setiap ujian
akan dikira dalam bentuk peratus dan kemudia akan direkodkan dalam borang markah
ujian.Seterusnya saya akan membuat perbandingan di antara kedua-dua markah ujian
responden dalam bentuk graf bar.markah bagi setiap responden pula akan ditunjukkan
dengan menggunakan carta pai.
BIL. RESPONDEN MARKAH UJIAN PRA MARKAH UJIAN
PASCA
1. R1
2. R2
3. R3
4. R4
5. R5
6. R6
7. R7
8. R8
9. R9
10. R10
11. R11
12. R12
13. R13
14. R14
15. R15
5.3.2 Pemerhatian
Bagi tindakan yang akan dijalankan , saya akan melaksanakan pemerhatian
tidak berstruktur ke atas responden semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung.Pemerhatian yang dibuat adalah berkenaan respon kepada soalan yang
diajukan dan ujian yang dijalankan.Data pemerhatian juga direkodkan dalam bentuk catatan
dengan menggunakan instrument rekod anekdot.
16
Rekod anekdot adalah catatan ringkas tentang satu peristiwa atau tingkah laku
murid yang dianggap penting dan signifikan akan direkodkan.Anekdot yang ditulis adalah
secara objektif , menerangkan apa yang berlaku , bila dan dimana ia berlaku.Catatan ini
membantu saya untuk memahami sikap dan tingkahlaku murid berkenaan terhadap kajian
tindakan yang dilaksanakan.melalui rekod ini , tindakan susulan dan laporan perkembangan
dan kemajuan murid dapat dibuat.Berikut adalah contoh rekod anekdot yang akan
digunakan.
.
Rajah 4 : Contoh Borang Anekdot
5.3.3 Temubual
Bagi kaedah temubual pula , saya akan melaksanakan temubual bersama guru-guru
lain dan juga responden itu sendiri.saya akan menggunakan kaedah ini bagi mendapatkan
maklumat terpeninci berkaitan dengan latar belakang , pencapaian dan penglibatan
responden di dalam kelas.Saya akan menyediakan soalan-soalan yang akan ditanya
kepada guru dan mencatatkan di dalam borang temubual yang disediakan.Berikut adalah
contoh soalan yang akan ditanya:
Nama Murid :
Umur :
Tarikh :
Masa :
Nama Guru :
CATATAN ULASAN
17
1. Bagaimanakah pencapaian responden dalam matapelajaran Matematik ?
2. Apakah pekerjaan ibu bapa atau penjaga responden ?
3. Adakah responden seorang pelajar yang aktif melibatkan diri di dalam kelas ?
4. Pernahkah responden melakukan sebarang tingkahlaku yang melanggar peraturan
sekolah ?
5. Adakah terdapat kaedah lain yang digunakan oleh guru untuk membantu murid
mengingati fakta asas tolak ?
Saya Bagaimanakah pencapaian responden dalam matapelajaran Matematik ?
Guru
Saya Apakah pekerjaan ibu bapa atau penjaga responden ?
Guru
Saya Adakah responden seorang pelajar yang aktif melibatkan diri di dalam kelas ?
Guru
Saya Pernahkah responden melakukan sebarang tingkahlaku yang melanggar
peraturan sekolah ?
Guru
Saya Adakah terdapat kaedah lain yang digunakan oleh guru untuk membantu murid
mengingati fakta asas tolak ?
Guru
Jadual 4 : Contoh Borang temubual
Menurut Noraini idris (2010) telah menyatakan temubual berstruktur merupakan
kaedah temubual dengan soalan yang mempunyai ayat dan susunan yang telah
ditetapkan terlebih dahulu.Saya telah menyenaraikan senarai semak tentang aspek
yang hendak dikaji.Temubual ini akan diadakan untuk mengesahkan samada
matlamat kajian tidakan dapat mencapai ke arah yang positif dari aspek prestasi ,
18
minat dan kefahaman responden.Berikut adalah senarai semak temubual yang
akan digunakan.
Penglibatan dan sikap murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Bil Item Kadar
Selalu
berlaku
Jarang
berlaku
Tidak
berlaku
1. Murid-murid berasa gembira mempelajari
topik penolakan.
2. Murid-murid menyiapkan segala latihan
penolakan melibatkan pengumpulan semula
yang
diberikan
3. Murid-murid gemar membuat latihan
penolakan melibatkan pengumpulan semula.
4. Murid-murid mendapat semua betul apabila
disuruh membuat soalan penolakan
melibatkan pengumpulan semula di papan
hitam.
5. Murid-murid menanya soalan berkaitan
dengan tajuk penolakan melibatkan
pengumpulan semula semasa pengajaran
dan pembelajaran.
6. Murid-murid menggunakan kaedah baru
apabila membuat soalan penolakan
melibatkan pengumpulan semula semasa
membuat latihan.
7. Murid-murid mendapat salah apabila
membuat penolakan melibatkan
pengumpulan semula semasa pengajaran
dan pembelajaran.
8. Murid-murid berani mencuba soalan
penolakan melibatkan pengumpulan semula
di papan hitam.
19
5.4 Perancangan Pelaksanaan Tindakan
Carta Gantt di bawah akan memberi gambaran yang lebih jelas mengenai
pelaksanaan kajian tindakan yang akan saya laksanakan.
Jadual Pelaksanaan Kajian Tindakan ( Carta Gantt) : (Jun 2014 Hingga Mei 2015)
Item/ Bulan Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis Jan Feb Mac Apr Mei
Kuliah dan perbincangan
dengan pensyarah
pembimbing
Perbincangan awal
dengan penyelia kajian
Serahan draf kertas
cadangan
Mengenal pasti
responden dengan
kajian
Serahan kertas cadangan
Ujian pra
Pemerhatian dan
pelaksanaan
Ujian pasca
Analisis data
Rumusan kajian
Hantar kajian
Seminar
20
Bagi anggaran kos perbelanjaan , saya telah mengambil kira semua aspek dan bahan
yang memerlukan penggunaan kos .Bagi memberikan gambaran yang lebih jelas , saya
telah menyenaraikan semua bahan , kuantiti dan kos yang diperlukan bagi setiap bahan
tersebut.Jadual dibawah menunjukkan anggaran kos perbelanjaan yang diperlukan.
Kos Kajian
BIL PERKARA KOS
1. Ujian Pra 15 x RM 0.50 = RM 7.50
2. Ujian Pasca 15 x RM 0.50 = RM 7.50
4. Dakwat warna pencetak 4 x RM 12.00 = RM
48.00
5. Dakwat hitam pencetak 1 x RM 15.00 =
RM15.00
6. Kertas A4 1 x RM 8.50 = RM8.50
JUMLAH KESELURUHAN RM 86.50
21
6.0 Tinjauan Literatur
Matlamat wawasan negara dapat direalisasi melalui masyarakat yang berilmu,
berpengetahuan dan berketrampilan mengaplikasi pengetahuan Matematik. Antara usaha
ke arah mencapai wawasan ini adalah dengan memastikan masyarakat membudayakan
matematik dalam kehidupan seharian. Matematik merupakan jentera atau penggerak
kepada pembangunan dan perkembangan dalam bidang sains dan teknologi. Oleh yang
demikian, kemahiran Matematik perlu diterapkan dari awal lagi iaitu dari sekolah rendah.
Pendidikan di sekolah rendah adalah pendidikan asas. Kurikulum Matematik telah
direka bentuk bagi membolehkan semua murid-murid memperoleh kemahiran,
pengetahuan dan nilai-nilai dalam pendidikan Matematik. Setiap murid dirangsang dan
dibimbing untuk menguasai kemahiran asas Matematik dan pada masa yang sama
membentuk murid supaya lebih kreatif. (Sukatan Pelajaran KBSR Matematik, 2012)
Masa depan pendidikan Matematik di Malaysia bergantung sepenuhnya kepada para
pendidik Matematik itu sendiri. Kecemerlangan pendidikan Matematik tidak mungkin
berlaku, kecuali guru-guru mempunyai keyakinan penuh terhadap matematik serta
perubahan pengajaran dan pembelajaran (Noraini, 2001).
Oleh yang demikian, sebelum kita membuat keputusan untuk mengkaji, para guru
perlulah terlebih dahulu mengesan kesukaran dan kesilapan yang dihadapi oleh murid.
Noraini Idris (2001) menyatakan penilaian dalam bilik darjah boleh mengesan kesukaran
dan kesilapan yang di hadapi pelajar. Maklum balas ini boleh memberi gambaran
pencapaian oleh murid untuk diperbetulkan khususnya kepada guru dalam merancang
aktiviti pemulihan untuk murid yang memerlukannya.
Dalam kajian Janting anak Ringkai (2005), kaedah jari sesuai digunakan kerana
ianya dekat dengan murid dan boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja.Kaedah
permainan jari boleh menjadi peransang kepada otak untuk berlatih berfikir dengan lebih
cepat sebagai perkembangan dalam diri murid-murid dan seterusnya mereka mungkin tidak
perlu lagi menggunakan kaedah jari sebaliknya mencongak untuk menyelesaikan masalah
penolakan.
Dalam kajian Chua ( 2005) , menyatakan kaedah jari ini senang digunakan oleh
murid kerana pada peringkat awal murid mudah hilang fokus..Apabila mereka
menggunakan kaedah permainan jari penumpuan mereka untuk menyelesaikan masalah
22
Matematik meningkat .Menurut Chieng (2011), murid-murid sering didedahkan kepada
pembilangan nombor dengan jari bermula dari nombor 1 hingga 10 sejak kecil lagi.Ini kerana
kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui apa yang dapat disentuh , dirasai dan
dilihat.Tinjauan literatur mendapati bahawa kaedah jari dapat dipelbagaikan dengan
merujuk kepada kemahiran yang hendak diajar.Bagi topik penolakan , trdapat tiga jenis
kaedah yang boleh digunakan.Yang paling umum adalah mengira ke hadapan dan mengira
ke belakang.Dalam penyelidikan tindakan ini , saya telah memilih kaedah permainan jari
mengira atau menolak ke belakang kerana berpendapat kaedah ini sesuai dengan murid-
murid saya.Kaedah permainan jari juga membolehkan murid menggunakan tenaga mereka
secara positif , iaitu menggunakan jari mereka untuk menyelesaikan soalan penolakan
dengan mengumpul semula.
Westreich (2002) , telah menjalankan satu kajian tentang prinsip kinestetik dalam
pembelajaran Matematik .Beliau mendapati bahawa melalui aktiviti pembelajaran yang
melibatkan prinsip kinestetik , murid telah menunjukkan perkembangan yang positif.Ini
kerana penggunaan kaedah permainan jari telah menerapkan prinsip kinestetik.
Kajian Gan (2007) , melaporkan bahawa kaedah permainan jari berjaya membantu
muridnya menguasai kemahiran penolakan fakta asas.Kajian Janting anak Ringkai (2005)
juga mendapati bahawa murid-murid lebih seronok menghafal sifir dengan menggunakan
jejari tangan.Saya turut menggunakan kaedah permainan jari dalam kajian ini tetapi telah
diubah suai , sesuai dengan murid saya.Kaedah permainan jari ini mungkin kecil pada
pandangan orang lain namun besar ertinya bagi murid-murid dalam membantu mereka
menyelesaikan masalah Matematik kerana keupayaan seseorang individu adalah berbeza.
Kajian yang akan dijalankan adalah berfokuskan kepada kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang digunakan.Bagi tujuan meningkatkan perhatian dan pembelajaran
yang disampaikan.Menurut Tengku Sarina Aina dan Yusmina (2006) , terdapat pelbagai
kaedah yang dapat digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di antaranya
adalah kaedah hafalan , syarahan , kuliah , soal jawab, permainan , penyelesaian
masalah dan sebagainya.Menurut Tengku Sarina Aina dan Yusmina (2006 ) lagi ,
permainan adalah satu cara bagi melatih murid memperolehi sesuatu maklumat
berdasarkan pada mesej yang tersirat di sebalik aktiviti yang dilakukan.
Menurut Abdul Ghafar (2003) kaedah kuliah atau konvensional menyebabkan
ramai pelajar menjadi bosan dengan pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh
guru.Kebosanan yang melanda diri murid menjadikan penyampaian tidak berkesan dan isi
pengajaran yang ingin disampaikan oleh guru kepada murid tidak sampai sepenuhnya
23
secara maksimum.Kaedah ini secara tidak langsung telah menjejaskan pemahaman dan
perhatian murid terhadap isi pelajaran.
Oleh sebab itu , saya telah mencari kaedah altenatif bagi menghilangkan
kebosanan murid terhadap pengajaran dan pembelajaran.Kaedah yang saya pilih adalah
kaedah permaianan jari.Menurut Shahabuddin (2003) tokoh yang banyak membincangkan
peranan permainan dalam pendidikan ialah Froebel.Menurut beliau , aktiviti bermain dapat
meningkatkan kemahiran belajar dikalangan murid.Di peringkat rendah , kanak-kanak
perlu bermain bagi meningkatkan kemahiran psikomotor dan kemahiran sosial
mereka.menurut Shahabuddin (2003) lagi ,tokoh lain yang menyatakan mengenai
keperluan bermain adalah Piaget.Piaget menyatakan permainan dapat menimbulkan
perasaan seronok kepada murid.Oleh itu , saya telah memilih kaedah permainan jari
sebagai kaedah pengajaran dalam melakukan kajian ini.
Selain tokoh barat , terdapat juga tokoh insan Islam yang membincangkan
peranan permainan kepada kanak-kanak iaitu Imam Al-Ghazali.Imam Al-Ghazali (Hassan
Langgulung,1979) berpendapat , menitikberatkan bermain bagi murid kerana dengan
bermain murid boleh mengembangkan sikap semulajadi mereka disamping menyihatkan
tubuh dan menguatkan otot-otot.Beliau juga berkata dengan bermain boleh
mendatangkan kegembiraan dan kerehatan.Pelaksanaan pendekatan belajar melalui
bermain hendaklah dijalankan dengan mengambil kira hasil pembelajaran yang ingin
dicapai dan ditentukan.
Bloomfield (1933) , dalam teori pembelajaran pembentukan kebiasaan ,
penguasaan sesuatu topik bukanlah satu hal pengetahuan tetapi adalah satu hal
latihan.Dalam teori ini menegaskan bahawa latihan dan latih tubi secara berpola
dapatmembentuk satu kebiasaan baru untuk murid-murid.Aliran ini juga menganggap
pembelajaran merupakan satu kebiasaan yang diperolehi dengan mengulang aktiviti yang
hendak dikuasai.Bagi aliran ini , pengukuhan , pemerhatian , sifat-sifat ingin tahu dan
aktiviti meniru adalah faktor utama dalam pembelajaran.
Sesebuah persekitaran yang terancang dalam dan luar bilik sangat penting dalam
memberikan peluang murid-murid menyerap dan merangsang kegiatan yang
membolehkan mereka untuk belajar melalui pengalaman bermain yang
bermakna.Permainan menggalakkan perkembangan otak yang sihat .Permainan juga
membolehkan murid-murid mendapatkan kompentensi dan kemahiran yang membantu
mereka menilai tentang diri mereka sendiri.
24
Kesimpulannya kaedah pengajaran secara bermain penting bagi murid kerana
dapat mengembangkan sikap semulajadi mereka.Bermain juga boleh membuatkan murid
merasa selesa dan tenang selepas sesi pengajaran dan pembelajaran.Belajar melalui
bermain harus dilakukan dengan mempertimbangkan hasil pembelajaran yang hendak
dicapai.
7.0 Senarai Rujukan
Abdul Ghafar Md Din. (2003).Prinsip dan Amalan Pengajaran. Kualam Lumpur : Utusan
Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Amir hamzah Bakri. (2014).Instrumen Pentaksiran Prestasi matematik KSSR Tahun 2.
Selangor : PEP Publications Sdn. Bhd.
Chua Y.P. (2006).Kaedah Penyelidikan Buku 1.Kuala Lumpur : McGraw hill (Malaysia)
Sdn. Bhd.
Endra devi Supiah dan Che Nasir Che Hussin. (2008).Kaedah Belajar Sambil
Bermain.Kuala Lumpur : PTS Profesional.
Lev S.V. (1896 1934 ). (n.d) Diperolehi 26 Mac 2014 dari
http://www.coe.ufl.edu/webtech/greatideas/pages/peoplepage/vygotsky.htm
Mohamad Najib Abdul ghafar . (1999).Penyelidikan Tindakan .Johor : Universiti Teknologi
Malaysia.
Musthafa Shahabudin .(2003). EFL for Young Learners.Course Materials: Bandung ,
Indonesia , Universiti of Education.
Noraini Idris.(2010).Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : McMraw-Hill
(Malaysia) sdn. Bhd.
25
LAMPIRAN A
UJIAN PRA
Nama ……………………………………….................. Kelas :………….
Selesaikan operasi tolak berikut .
1 . 2.
3. 4.
5. 6.
7. 8.
9. 10.
2 4 5
- 2 9
6 7 0
- 1 3 4
7 8 2
- 8 8
8 3 5
- 2 5 7
5 4 3
- 1 5 4
7 9 0
- 7 6
9 5 6
- 7 9
8 5 3
- 1 3 5
______
8 6 1
- 3 9
4 9 3
- 8 6
26
LAMPIRAN B
UJIAN PASCA
Nama ……………………………………….................. Kelas :………….
Selesaikan operasi tolak berikut .
1 . 2.
3. 4.
5. 6.
7. 8.
9. 10.
3 4 5
- 2 9
6 7 0
- 1 3 4
7 8 2
- 8 8
9 3 5
- 2 5 7
6 4 3
- 1 5 4
7 9 0
- 7 6
9 5 6
- 7 9
8 5 3
- 1 3 5
______
8 6 1
- 3 9
4 9 3
- 8 6
27